The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HISYAMUDDIN BIN HASHIM / PENDAFTAR, 2023-11-13 20:00:47

PENANDAARASAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI AWAM MALAYSIA DAN NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE

LAPORAN LAWATAN PENANDAARASAN JKSMUA KE NUS

Jawatankuasa Jaringan Dalam dan Luar Negara SUMBER MANUSIA Universiti Awam Malaysia dan National University Of Singapore (NUS) JKSMUA JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA UNIVERSITI AWAM


PENANDAARASAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI AWAM MALAYSIA DAN NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE


Hisyamuddin Hashim (UPM) Ts. Mohd. Rafizi Rahmad (UiTM) Noorazilah Mohamed (UTeM) Norazilee Abd. Aziz (UIAM) Abdul Qaiyum Abdul Razak (UiTM) Mohd. Rizal Nordin (UiTM) Rohimah Abdul Rahman (USIM) Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia 2023 PENANDAARASAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI AWAM MALAYSIA DAN NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE


© Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia Cetakan Pertama 2023 Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin daripada Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia. e ISBN 978-629-98910-0-0 Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Dengan Kerjasama: Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam Malaysia (JKSMUA) Jawatankuasa Jaringan Dalam dan Luar Negara


PRAKATA Buku ini diterbitkan hasil daripada lawatan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Jaringan Dalam dan Luar Negara dibawah Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA). Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam Bilangan 4 Tahun 2022 pada 15 Disember 2022 telah dimaklumkan berhubung laporan daripada Jawatankuasa Kerja Jaringan Dalam dan Luar Negara di mana program jaringan bersama National University of Singapore (NUS) yang merupakan Universiti terbaik di Asia dan berada di kedudukan ke 24 Universiti terkemuka di dunia. Hasil lawatan dan maklumbalas daripada peserta yang menyertai lawatan tersebut pada 25 Ogos 2023, maka lahirlah buku ini bagi merekodkan penandaarasan sumber manusia diantara Universiti-universiti Awam Malaysia dengan NUS. Penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Universiti Awam Malaysia (JKSMUA) yang sentiasa menyokong usaha kami.


Cadangan Untuk JKSMUA: Pelan Tindakan - 63 Rumusan - 66 Penghargaan - 69 Laporan Di Laman Sesawang NUS - 70 Keratan Akhbar Utusan Malaysia - 71 Sumber Rujukan - 74 Lampiran 1 : Google Form Maklumbalas Peserta - 75 Lampiran 2 : Gambar-gambar - 76 Pendahuluan -4 Latar belakang Program - 5 Proses Pelaksanaan Penandaarasan - 6 (i) Mengenal pasti dan memilih projek penandaarasan (ii) Mewujudkan pasukan petugas penandaarasan (iii) Latihan sebelum lawatan (iv) Mengenal pasti amalan terbaik dan memilih rakan rujukan (v) Mengumpul maklumat (vi) Mengukur jurang perbezaan (vii) Mengambil tindak penambahbaikan (viii) Menilai Ahli Jawatankuasa -16 Senarai Semak dan Agihan Tugas -17 Objektif Lawatan -19 Rasional Mengadakan Program - 22 Jadual Program - 24 Pengisian Lawatan - 26 Senarai Peserta Program - 28 Sesi Pembelajaran di National University of Singapore (NUS) - 31 Pembelajaran Tidak Rasmi - 37 Analisis - 61 SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background


“Penandaarasan merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan atau istiqomah untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai, dan melaksanakan amalanamalan terbaik daripada organisasi yang sama atau organisasi yang lain.”


“Proses penambahbaikan di mana sesebuah organisasi membandingkan prestasinya dengan organisasi lain yang terbaik dalam kelasnya, menentukan bagaimana organisasi berkenaan mencapai tahap prestasi mereka, dan menggunakan maklumat yang diperolehi untuk meningkatkan prestasi di organisasi sendiri”.


Assalamualaikum WBT dan Salam Malaysia MADANI. Buku laporan ini merupakan hasil daripada lawatan penandaarasan JKSMUA ke Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 25 Ogos 2023. Penandaarasan adalah satu proses yang penting dalam usaha penambahbaikan berterusan. Ia melibatkan pengenalan, pembelajaran, pengubahsuaian dan pelaksanaan amalan terbaik daripada organisasi lain untuk mencapai prestasi unggul. Dalam konteks JKSMUA, penandaarasan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber manusia di Universiti Awam. Lawatan penandaarasan ke NUS merupakan satu langkah penting dalam usaha JKSMUA untuk mempelajari amalan terbaik yang dilaksanakan oleh universiti terkemuka di rantau ini. NUS telah dikenali sebagai institusi yang cemerlang dalam pengurusan sumber manusia dan kami berharap dapat memperoleh wawasan dan pengetahuan yang berharga daripada pengalaman NUS. Buku laporan ini mengandungi analisis terperinci mengenai lawatan penandaarasan ke NUS. Ia merangkumi maklumat tentang program-program yang dihadiri, sesi perbincangan dengan ketua-ketua bahagian dan unit di bawah pejabat sumber manusia Bicara Pemula NUS, serta penemuan dan cadangan daripada lawatan ini. Saya ingin mengucapkan setinggitinggi penghargaan kepada kumpulan penganjur dari Jawatankuasa Kerja Jaringan Dalam dan Luar Negara, JKSMUA dan semua ahli yang turut serta dalam lawatan ini. Sinergi antara pegawai sumber manusia universiti awam Malaysia, telah mencetuskan idea bernas yang menjadi pemangkin idea-idea luar biasa di peringkat universiti masing-masing. Kepada pihak NUS yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang berharga dalam merealisasikan lawatan. Tanpa kerjasama mereka, lawatan penandaarasan ini tidak akan menjadi kenyataan. Saya berharap bahawa buku laporan ini akan menjadi sumber rujukan yang berguna bagi JKSMUA dan juga institusi-institusi pengajian tinggi lain di Malaysia. Semoga penandaarasan ini dapat memberikan sumbangan yang signifikan dalam usaha kita untuk meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia di universiti awam. Terima kasih. Encik Helmi Zaifura Abdul Rahman Pengerusi JKSMUA Merangkap Pendaftar UPSI


Pendahuluan Penandaarasan merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan atau istiqomah untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau organisasi yang lain. Selain daripada itu, adalah satu proses penambahbaikan di mana sesebuah organisasi membandingkan prestasinya dengan organisasi lain yang terbaik dalam kelasnya, menentukan bagaimana organisasi berkenaan mencapai tahap prestasi mereka, dan menggunakan maklumat yang diperolehi untuk meningkatkan prestasi di organisasi sendiri. Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam Bilangan 4 Tahun 2022 pada 15 Disember 2022 telah dimaklumkan berhubung laporan daripada Jawatankuasa Kerja Jaringan Dalam dan Luar Negara di mana program jaringan bersama National University of Singapore (NUS) akan diteruskan pelaksanaanya dengan mengambilkira NUS merupakan Universiti terbaik di Asia dan berada di kedudukan ke 24 Universiti terkemuka di dunia.


Latar belakang Program Cadangan pelaksanaan kolaborasi di antara JKSMUA dengan NUS ini adalah bertujuan bagi menyokong salah satu sebelas (11) aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi melalui strategi keempat iaitu; Memantapkan Jaringan Kolaborasi Strategik sepertimana dalam Amanat Menteri Pendidikan Tinggi pada 30 Januari 2023 iaitu keperluan bagi membangunkan pelbagai jaringan strategik dan sinergi untuk kepentingan dan manfaat Universiti melalui konsep brain sharing dan pelbagai program cross fertilisation. Selain itu, JKSMUA perlu menjalinkan hubungan dengan Universiti dan badan-badan profesional luar negara dalam mempromosikan kerjasama serta pertukaran kepakaran terutamanya dalam latihan dan pembangunan pelbagai bakat dalam pengurusan sumber manusia, penyelidikan, penerbitan dan lain-lain yang berkaitan.


“Meninjau amalan terbaik yang dilakukan oleh pihak lain, bagaimana ia dilakukan dan bagaimana agensi boleh melakukannya dengan lebih baik lagi”.


Mengenal pasti dan memilih projek penandaarasan (i) Mengenal pasti dan memilih projek penandaarasan Penandaarasan adalah merupakan "satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi lain untuk mencapai prestasi unggul". Ia memerlukan sesebuah agensi memilih Rakan Rujukan dimana pengukuran boleh dilakukan dan sebarang jurang yang wujud dirapatkan. Secara umumnya ia melibatkan agensi untuk "meninjau amalan terbaik yang dilakukan oleh pihak lain, bagaimana ia dilakukan dan bagaimana agensi boleh melakukannya dengan lebih baik lagi". Dalam proses ini, sesebuah agensi akan membuat perbandingan dengan rakan rujukan untuk menambahbaik sesuatu produk atau perkhidmatan ataupun proses-proses kerja. Ia adalah merupakan alat untuk mengenalpasti dan mencapai sesuatu tahap kecemerlangan. Proses Pelaksanaan Penandaarasan 1


Mewujudkan Pasukan Petugas Penandaarasan (ii) Mewujudkan pasukan petugas penandaarasan Pasukan Petugas atau jawatankuasa telah diwujudkan bagi melaksanakan lawatan kerja ke NUS, Singapura. Ahli-ahli yang dilantik terdiri dari pelbagai fungsi (cross functional team) dan mempunyai kepakaran yang diperlukan bagi pelaksanaan projek berkenaan. Di antara kriteria yang ditetapkan bagi pemilihan ahli-ahli jawatankuasa ini adalah seperti berikut: (1) Semua ahli jawatankuasa telah memahami visi dan matlamat yang dinyatakan dalam perancangan strategik agensi; (2) Semua ahli jawatankuasa mempunyai kepakaran yang diperlukan; (3) Semua ahli jawatankuasa boleh meluangkan masa untuk melaksanakan projek penandaarasan; (4) Semua ahli jawatankuasa mempunyai semangat serta kesungguhan yang tinggi; (5) Semua ahli jawatankuasa mempunyai kaitan dengan bidang yang dikaji; dan (6) Semua ahli jawatankuasa mempunyai daya kreativiti yang tinggi serta fleksibel. 2


Latihan Sebelum Lawatan Mengenal Pasti Amalan Terbaik dan Memilih Rakan Rujukan (iii) Latihan sebelum lawatan Pelaksanaan latihan merupakan komponen penting dalam menentukan kejayaan pelaksanaan penandaarasan. Dalam hal ini semua peserta perlu didedahkan kepada konsep penandaarasan dan perlu dilatih dalam keseluruhan proses penandaarasan, peranan yang perlu mereka mainkan, strategi pelaksanaan dan faedah hasil daripada penandaarasan. Latihan secara dalam talian telah diberikan pada 21 Ogos 2023 bagi menyampaikan maklumat terkini, senarai semak, keperluan serta tatacara pengendalian piawai atau Standard Operating Procedure (SOP) yang perlu diikuti sewaktu lawatan ke NUS. (iv) Mengenal pasti amalan terbaik dan memilih rakan rujukan Sebagai projek projek penandaarasan, jawatankuasa telah mengkaji amalan-amalan terbaik dalam bidang yang berkaitan dan telah memilih National University of Singapore (NUS) sebagai rakan rujukan yang sesuai. Di antara ciri-ciri pemilihan NUS sebagai Rakan Rujukan ialah; (1) Mempunyai amalan terbaik dalam bidang yang berkenaan; dan (2) Sanggup untuk meluangkan masa dan berkongsi maklumat. (3) Amalan terbaik yang akan ditanda araskan adalah bergantung kepada kesesuaian di universiti tempat peserta bertugas. Para peserta dikehendaki mengisi google form yang disediakan untuk melaporkan amalan terbaik yang telah ditanda aras. 3 4


(v) Mengumpul maklumat Jawatankuasa juga telah memastikan jenis maklumat yang harus diperolehi iaitu yang mempunyai hubungkait dengan produk, perkhidmatan atau proses kerja yang mahu ditambahbaik. Terdapat dua kaedah di mana maklumat boleh diperolehi iaitu samada secara langsung (direct) atau secara tidak langsung (indirect). Sebagai permulaan, jawatankuasa telah mengumpul maklumat secara tidak langsung iaitu dengan meneliti laporan agensi berkenaan, iklan dalam majalah, penulisan artikel serta laman web NUS. Maklumat juga telah diperolehi daripada NUS melalui email yang telah dihantar serta diberi maklum balas. Jawatankuasa juga telah memberi perhatian terhadap kod tatalaku seperti berikut: (1) Bersedia dan sanggup untuk bertukar-tukar maklumat dengan NUS; (2) Menyimpan maklumat terperingkat terhad/ sulit dan tidak menyebarkannya; (3) Menggunakan maklumat yang diperolehi untuk tujuan penandaarasan sahaja; (4) Membuat temujanji terlebih dahulu dengan NUS; (5) Mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum berhubung dengan pegawai NUS iaitu Encik Rudy Tedja, Culture & Engagement Lead dan Encik Jia Wei Lee, Teaching Assistant; dan (6) Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada NUS. Mengumpul Maklumat 5


(vi) Mengukur jurang perbezaan Proses ini melibatkan penganalisisan data, pembentangan dan pemerhatian melalui lawatan yang yang dibuat di NUS bagi mengukur jurang prestasi di antara universiti-universiti di Malaysia dan NUS. Para peserta perlu meneliti faktor-faktor yang menjadikan NUS begitu cemerlang. (vii) Mengambil tindakan penambahbaikan Jawatankuasa perlu menyediakan laporan yang mengandungi hasil penyelidikan, analisis, cadangan penambahbaikan, strategi pelaksanaan dan pelan tindakan. Laporan ini perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA). (viii) Menilai Sebaik sahaja program selesai dijalankan, semua peserta diminta untuk mengisi google form bagi memberikan input serta maklumbalas. Google form tersebut adalah seperti di Lampiran 1. Melalui maklumbalas yang diberikan, jawatankuasa akan bertindak dengan mengumpul serta membuat laporan untuk diserahkan kepada JKSMUA. Mengukur Jurang Perbezaan Mengambil Tindakan Penambahbaikan Menilai 6 7 8


“Satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi lain untuk mencapai prestasi unggul”.


Ahli Jawatankuasa PENGARAH Ts. Mohd. Rafizi Rahmad, Timbalan Pendaftar Kanan, Instititut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA (UiTM). SETIAUSAHA 1 Puan Noorazilah Mohamed, Timbalan Pendaftar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). SETIAUSAHA 2 Encik Abdul Qaiyum Abdul Razak, Penolong Pendaftar Kanan, Instititut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA (UiTM). AHLI JAWATANKUASA Encik Hisyamuddin Hashim, Timbalan Pendaftar, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD), Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia (UPM). Encik Norazilee Abd. Aziz, Timbalan Pengarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Encik Mohd Rizal Nordin, Timbalan Pendaftar Kanan, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Cik Rohimah Abdul Rahman, Timbalan Pendaftar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Senarai Semak dan Agihan Tugas BIL. PERKARA TINDAKAN 1. Pengangkutan (Bas) Ts. Mohd. Rafizi bin Rahmad 2. Pengesahan NUS Encik Norazilee Abd.Aziz 3. Senarai Peserta Puan Rohimah Abdul Rahman 4. Laporan Lawatan Encik Hisyamuddin bin Hashim 5. Elaun Makanan Encik Abdul Qaiyum Abdul Razak 6. Passport Puan Noorazilah Mohamed 7. Pemandu Pelancong Ts. Mohd. Rafizi bin Rahmad 8. Borang Maklumbalas Encik Hisyamuddin bin Hashim 9. Taklimat Sebelum Ts. Mohd. Rafizi bin Rahmad Lawatan SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background


“ Memberi pengalaman dan ruang pembelajaran serta melihat kemungkinan peluang bagi pelaksanaan di jabatan atau Universiti masingmasing”. SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background


1 OBJEKTIF 2 3 4 Memberi pengalaman dan ruang pembelajaran serta melihat kemungkinan peluang bagi pelaksanaan di jabatan atau universiti masing-masing. PENGALAMAN DAN PEMBELAJARAN Memperoleh pengetahuan tentang amalan tadbir urus terbaik pengurusan sumber manusia yang sedang dilaksanakan oleh NUS. AMALAN TADBIR URUS TERBAIK Membuka minda dengan melakukan transformasi budaya kerja ke arah budaya kerja berprestasi tinggi melalui pembelajaran, pemerhatian dan penilaian budaya kerja di NUS. MEMBUKA MINDA Memperluas jaringan kerjasama diantara NUS dengan universiti masingmasing, serta meneroka peluang dan kaedah pengurusan bakat di peringkat antarabangsa yang boleh diaplikasikan di universiti masingmasing. JARINGAN KERJASAMA Objektif Lawatan OBJEKTIF OBJEKTIF OBJEKTIF


“Merancakkan agenda dan membangunkan pengalaman dan perspektif antarabangsa di kalangan pentadbir di Universiti Awam”.


“Meningkatkan keupayaan kepimpinan dan kompetensi staf dalam persekitaran dan tadbir urus organisasi yang berbeza dengan mengadaptasi kepakaran yang diperoleh daripada agensi luar negara yang berkaitan sebagai tanda aras peningkatan kualiti”.


MENJALINKAN HUBUNGAN KERJASAMA MEMBERI PENDEDAHAN DAN PERKONGSIAN MENINGKATKAN KEUPAYAAN KEPIMPINAN DAN KOMPETENSI Rasional Mengadakan Program (i) Pelaksanaan Program Jaringan Kolaborasi Sumber Manusia Luar Negara di Singapura adalah bagi tujuan menjalinkan hubungan kerjasama di antara JKSMUA dengan NUS dalam bidang sumber manusia tanpa mewujudkan suatu hubungan perundangan dan tidak terikat kepada apa-apa obligasi, tanggungan atau liabiliti secara perundangan melalui cadangan pelaksanaan Surat Hasrat/Letter of Intent (Lol) atau Memorandum Persefahaman (MoU) di antara JKSMUA dengan rakan strategik luar negara iaitu NUS. (ii) Pelaksanaan Program Sangkutan Pentadbiran oleh JKSMUA dalam memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan, pengalaman profesional, dan perkongsian amalan terbaik agar staf dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan efektif, proaktif, dan inovatif yang menepati keperluan semasa. (iii) Meningkatkan keupayaan kepimpinan dan kompetensi staf dalam persekitaran dan tadbir urus organisasi yang berbeza dengan mengadaptasi kepakaran yang diperoleh daripada agensi luar negara yang berkaitan sebagai tanda aras peningkatan kualiti.


KESAMAAN SOSIO BUDAYA DAN KEDUDUKAN GEOGRAFI MERANCAKKAN AGENDA DAN MEMBANGUNKAN PENGALAMAN DALAM PERSPEKTIF ANTARABANGSA (iii) Merancakkan agenda dan membangunkan pengalaman dan perspektif antarabangsa di kalangan pentadbir di Universiti Awam. (iii) Singapura menjadi pilihan utama untuk melaksanakan program jaringan kolaborasi luar negara dengan mengambil kira kesamaan sosio budaya seperti bahasa yang digunakan selain kedudukan geografi yang berdekatan dengan Malaysia.


1.30 PM Tiba di NUS, Kampus Kent Ridge, Queenstown 2.00 PM Sesi Taklimat 4..00 PM Lawatan ke Human Resource Department, NUS 8.30 AM Bergerak ke NUS 10.00 AM Lawatan ke beberapa tempat ikonik di sekitar Singapura 12.00 PM Makan tengah hari 5.00 PM Tamat lawatan Jadual Program


“Memberi manfaat dan pengalaman kepada peserta bagi menambah pengetahuan, mendapatkan ilmu baru, membuat penandaarasan serta meluaskan rangkaian hubungan antara pegawai kedua-dua negara”. SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background


Pengisian Lawatan 01 03 02 Lawatan ke Academy NUS (Training Room), Human Resource Department NUS. Taklimat pengenalan NUS oleh Dr. Janson Yap, Chief People Officer, NUS. Taklimat mengenai amalan terbaik serta halatuju NUS oleh ketuaketua unit di Pejabat Chief People Officer, NUS.


“Program ini sangat memberi manfaat kepada semua wakil delegasi yang hadir di mana kita semua dapat bertukar maklumat dan berkongsi pengalaman dengan NUS. Semoga dengan lawatan penandaarasan ini kita dapat melaksanakan penambahbaikan di universiti masing-masing”. SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background


Peserta Program Jawatankuasa Kerja Jaringan Dalam dan Luar Negara mencadangkan penyertaan kepada JKSMUA seperti berikut; (i) Seorang wakil daripada 20 Universiti Awam yang dinamakan oleh Universiti (20 orang), (ii) Jawatankuasa Kerja Jaringan Dalam dan Luar Negara (9 orang) Jadual 1: Senarai Peserta 1. Mohd. Rafizi bin Rahmad - Universiti Teknologi MARA 2. Mahanum binti Muhammad - Universiti Pendidikan Sultan Idris 3. Anis Azira binti Ali - Universiti Pendidikan Sultan Idris 4. Abdul Hadi bin Ahmad - Universiti Pendidikan Sultan Idris 5. Zainudin bin Mohd. Daud - Universiti Kebangsaan Malaysia 6. Md. Khir bin Mohd Yunus - Universiti Malaya 7. Mariashabiradalia - Pusat Perubatan Universiti Malaya binti Mohammed Hashim 8. Dr. Dina Azleema binti Mohamed Nor - Universiti Teknologi Malaysia 9. Siti Ima Munirah binti Ahmad - Universiti Putra Malaysia 10. Kartini binti Tajul Urus - Universiti Utara Malaysia 11. Muhammad Huzaifah bin Redzuan - Universiti Teknologi MARA 12. Sirahim bin Abdullah - Universiti Malaysia Sabah 13. Mizan bin Morshidi - Universiti Malaysia Sarawak 14. Norlaile binti Hamid - Universiti Malaysia Terengganu 15. Mohd. Nazmi bin Sahdan - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 16. Raja Shah Erman bin Raja Arifin - Universiti Malaysia Perlis 17. Mohd. Azmi bin Mat Said - Universiti Teknikal Malaysia Melaka 18. Mohd. Zulfa bin Awang - Universiti Sultan Zainal Abidin 19. Ahmad Termizi bin Ab. Aziz - Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin 20. Kamarrudin bin Ali - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 21. Muhamad Anuar bin Ismail - Universiti Malaysia Kelantan 22. Zaharah binti Zainal Abidin - Universiti Sains Islam Malaysia 23. Noorazilah binti Mohamed - Universiti Teknikal Malaysia Melaka 24. Norazilee bin Abd. Aziz - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 25. Mohd. Rizal bin Nordin - Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM 26. Hisyamuddin bin Hashim - Universiti Putra Malaysia 27. Rohimah binti Abdul Rahman - Universiti Sains Islam Malaysia 28. Abdul Qaiyum bin Abdul Razak - Universiti Teknologi MARA 29. Norhanom Abdul Halim - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


“Program ini sangat baik serta memberikan manfaat yang banyak kepada para peserta. Tidak mudah untuk menembusi jaringan kerjasama dengan universiti ternama dunia, namun melalui usaha JKSMUA, semua UA Malaysia dapat bergabung dan memberikan lebih keyakinan kepada universiti antarabangsa untuk menerima kunjungan dan seterusnya berkongsi amalan terbaik mereka dengan kita semua”. SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background


National University of Singapore (NUS) ialah sebuah universiti awam dan universiti penyelidikan di Singapura. NUS telah ditubuhkan pada tahun 1905 sebagai Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada waktu pemerintahan Inggeris di Malaya. Sesi Pembelajaran Di National University of Singapore (NUS) SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background


NUS disenaraikan dalam kedudukan; (1) Kedudukan ke 8 dalam QS World Rankings 2024, (2) Kedudukan ke 19 dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2024, (3) Kedudukan ke 26 dalam USNWR 2022-2023 Best Global Universities Rankings, (4) Kedudukan ke 71 dalam Acedemic Ranking of World Universities (ARWU). SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background


NUS menawarkan program ijazah dalam pelbagai disiplin di peringkat sarjana muda dan pasca siswazah, termasuk dalam bidang sains, perubatan dan pergigian, reka bentuk dan persekitaran, undangundang, seni dan sains sosial, kejuruteraan, perniagaan, pengkomputeran, dan muzik. NUS adalah salah satu institusi akademik yang berprestasi tinggi di Asia dan di dunia.


Kampus utama NUS terletak di bahagian barat daya Singapura, bersebelahan dengan kawasan Kent Ridge di Queenstown. Kampus utama ini menempatkan kawasan seluas 170 hektar (420 ekar). SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background


Kampus utama NUS terletak di bahagian barat daya Singapura, bersebelahan dengan kawasan Kent Ridge di Queenstown. Kampus utama ini menempatkan kawasan seluas 170 hektar (420 ekar). Selain daripada kampus utama, Sekolah Perubatan Duke–NUS, iaitu sebuah sekolah perubatan pascasiswazah yang ditubuhkan dengan kerjasama Universiti Duke, terletak di kampus Outram manakala kampus Bukit Timah menempatkan Fakulti Undang-Undang dan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.


“Program yang baik, sangat fokus kepada keperluan iaitu aspek HR dan pembangunan bakat berasaskan kompetensi”.


Pembelajaran Tidak Rasmi Pembelajaran tidak rasmi yang diperolehi daripada semua peserta yang mengikuti program ini berdasarkan maklumbalas peserta. NAMA DINA AZLEEMA BT MOHAMED NOR EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENDAFTAR GRED N48 INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain); Pelan Penggantian, Job Rotation 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Pengurusan Job Rotation di NUS sangat tersusun di mana mereka mengambil kira aspek Employee Perspective, Supervisor Perspective & Organisation Perspective. Melalui kaedah ini, staf mempunyai peluang mengembangkan minat masing-masing dalam skop tugas yang diminati. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Pengurusan Job Rotation tersebut boleh diadaptasi ke UTM. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Ruang kerja pejabat HR di NUS mengamalkan konsep 'open-space'. Melalui pendekatan ini, dapat mewujudkan suasana yang lebih terbuka, santai dan mengurangkan jurang antara sesama staf. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Program ini sangat baik serta memberikan manfaat yang banyak kepada para peserta. Tidak mudah untuk menembusi jaringan kerjasama dengan Universiti ternama dunia, namun melalui usaha JKSMUA, semua UA Malaysia dapat bergabung dan memberikan lebih keyakinan kepada Univ Antarabangsa untuk menerima kunjungan dan seterusnya berkongsi amalan terbaik mereka dengan kita semua.


NAMA MARIASHABIRADALIA MOHAMMED HASHIM EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN GRED JUSA C INSTITUSI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain). Learning and Development 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Perancangan dan pembangunan latihan di organisasi dibuat untuk tempoh jangka pendek antara 1-2 tahun tetapi di NUS konsep future of learning adalah untuk jangka panjang melebihi 5 tahun dan melibatkan sistem/ teknologi. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Perancangan dan pembangunan latihan akan ditambah baik kepada konsep learning of future dan keperluan menyediakan living lab bagi mengoptimumkan sumber manusia dan lain2 sumber. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Persekitaran bekerja yang hijau dengan tumbuhan serta layout yang terancang serta optima dapat merangsang ideas dan seterusnya membantu meningkatkan produktiviti. Tiada ruang yang dibiarkan kosong tanpa tumbuhan hijau. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Mencapai objektif lawatan. NUS telah memberi perkongsian ilmu yang memberi amalan terbaik dalam pentadbiran.


NAMA YM RAJA SHAH ERMAN RAJA ARIFIN EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENDAFTAR GRED N48 INSTITUSI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Succession Planning 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Corporate Culture to apply in Succession Plan 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Open the system.to Corporate Culture 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Training Lab for Staf very efficient TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Perlu lebih masa bersama agency yang dilawati.


NAMA KAMARRUDIN ALI EMEL [email protected] JAWATAN PENGARAH, PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI GRED N54 INSTITUSI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Pengurusan kompetensi 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Jurang yg agak besar. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Menambah baik pengurusan kompetensi dan hubungkait dengan program latihan 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Kita dapat lihat bagaimana NUS memgawal selia sumber manusia secara keseluruhan dari proses analisa tenaga kerja di pasaran, penyediaan sistem maklumat sehingga pembangunan kompetensi. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Sangat bagus. Dapat belajar banyak perkara baru


NAMA MD KHIR BIN MOHD YUNUS EMEL [email protected] JAWATAN Ketua HTD GRED N52 INSTITUSI UNIVERSITI MALAYA MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Talent management 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Lebih berstruktur dan lebih jelas 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Pelan yang lebih berstruktur 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Pelan pembangunan staf disokong oleh pihak Pengurusan Institusi TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Baik


NAMA NORAZILEE BIN ABD AZIZ EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENGARAH KANAN GRED N52 INSTITUSI HP UIAM, UIAM MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Wujudnya HR Digitalization Office di NUS 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Tiada pegawai sumber manusia dan kakitangan yang mahir dan berkelayakan dalam bidang IT. Semua bergantung sepenuhnya kepada jabatan IT universiti. Kakitangan sumber manusia NUS semuanya celik IT dan berkemahiran tinggi dalam bidang IT. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Mewujudkan satu jabatan yang berkaitan di mana pegawai dan kakitangan sumber manusia itu sendiri berkemahiran dalam bidang IT. Kakitangan sumber manusia perlu berkemahiran tinggi dalam bidang IT supaya semua projek berkaitan aplikasi atas talian dapat diselesaikan dengan jayanya. Kemahiran teknikal di kalangan kakitangan sumber manusia sangat penting. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Kepercayaan (Trust) yang diamanahkan oleh pihak pengurusan kepada kakitangan untuk menjayakan sesuatu projek dengan jayanya. Ideas and creativity from NUS young talents are being appreciated. Penekanan kepada values and sumbangan kepada komuniti amat dititikberatkan oleh semua warga NUS. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Program ini sangat memberi manfaat kepada semua wakil delegasi yang hadir di mana kita semua dapat bertukar maklumat dan berkongsi pengalaman dengan NUS. Semoga dengan lawatan penandaarasan ini kita dapat melaksanakan penambahbaikan di universiti masing-masing.


NAMA ZANUDIN BIN MOHD DAUD EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENDAFTAR GRED N54 INSTITUSI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Workforce skills and education platform (WSEP). 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. NUS telah merangka kemahiran asas dan kemahiran utama. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Mewujudkan program latihan yang berstruktur untuk menyokong pelan strategik Universiti. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS WSEP ialah alat penting untuk pembangunan pekerja, direka bentuk untuk menyokong strategi NUS 2027, ia menawarkan pendekatan berstruktur untuk perancangan kerjaya dan pemerolehan kemahiran, membolehkan kakitangan untuk cemerlang dalam peranan mereka. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. NUS telah berkongsi dengan peserta mengenai HRM dan HRD serta pembentangan oleh Dr Yap dan team sangat menarik.


NAMA MOHD AZMI MAT SAID EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENDAFTAR KANAN GRED N52 INSTITUSI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) T.E.A.M (Talent Engagement Activity Map) - gambaran menyeluruh hubungkait antara domain kerja, proses kerja, aktiviti kerja dan Unit / Sumber yang terlibat. 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Tiada gambaran menyeluruh dan berstruktur berkaitan keempat-empat item tersebut. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Boleh dibangunkan di Universiti sendiri agar jelas dan terlihat keempat-empat item ini dalam satu kerangka yang besar. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Budaya kerja yang berbeza seperti cara berpakaian yang lebih kasual dan mungkin sesuai di negara tersebut serta staf yang ada di Unit Sumber Manusia agak muda usia mereka. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Memberi manfaat dan pengalaman kepada peserta bagi menambah pengetahuan, mendapatkan ilmu baru, membuat penandaarasan serta meluaskan rangkaian hubungan antara pegawai kedua-dua negara.


NAMA MOHD RAFIZI BIN RAHMAD EMEL [email protected] JAWATAN TPK GRED N52 INSTITUSI UiTM MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Perancangan strategik yang dibuat sehingga 2027 secara realistik mengambil kira analisis data yang dimiliki pihak universiti. Ini menjadikan hala tuju NUS sesuatu yang bersifat realistik dan data-driven. Ia sekaligus membolehkan NUS merancang Kerangka Kompetensi yang diperlukan dan program latihan dan pembangunan yang sememangnya komprehensif dan berasaskan keperluan kompetensi. 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Data-driven dalam membuat analisa dan perancangan. Tenaga muda yang berpengetahuan dan yakin dalam pembuatan keputusan dan sebagai ahli kumpulan. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Seperti 2 di atas 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Dr Janson Yap - pemikir hebat. Kita perlukan lebih ramai "Dr Janson Yap" di UA Malaysia TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Program yang baik, sangor fokus kepada keperluan iaitu aspek HR dan pembangunan bakat berasaskan kompetensi.


NAMA NORHANUM BINTI ABDUL HALIM EMEL [email protected] JAWATAN PENOLONG PENDAFTAR KANAN GRED N44 INSTITUSI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Talent Technology 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Bagi membantu melicinkan pentadbiran Sumber Manusia, UPNM baharu melaksanakan pendigitilan pentadbiran Sumber Manusia melalui integrasi beberapa sistem-sistem sokongan seperti hebahan iklan perjawatan, pelantikan, rekod maklumat peribadi dan perkhidmatan staf. Jika dilihat kepada pembangunan teknologi yang telah dilaksanakan oleh NUS, UPNM masih lagi jauh untuk mencapai tahap pendigitalan yang sangat efisien dan inovatif. Dari pemerhatian juga, team HRDO NUS sangat efektif dan cepat dalam merangka serta melaksanakan inovasi dari masa ke semasa selaras dengan perubahan teknologi masa kini. Dalam tempoh lima (5) tahun pelbagai pembaharuan dan penambaikan yang telah dilaksanakan oleh team HRDO dalam memastikan HR di NUS terus bergerak dalam arus teknologi terkini dan berada di dalam kelas tersendiri. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. UPNM akan berusaha untuk memastikan teknologi dalam pengurusan sumber manusia ditambah baik dari masa ke semasa selari dengan dunia teknologi masa kini. Namun begitu, faktor kekangan kewangan semasa Universiti sedikit sebanyak mengganggu dalam perkembangan pembangunan pendigitalan sumber manusia di UPNM. Walau bagaimanapun, seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, UPNM akan lebih agresif dan bergerak lebih pantas dalam pendigitalan sumber manusia agar seiring dengan Universiti Awam yang lain dengan menggunakan sumber kewangan dan tenaga sedia ada. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Banyak pembelajaran yang telah diperolehi sepanjang sesi bersama NUS. Daripada sesi awal opening speech oleh Prof Adjung Janson Yap, NUS Chief People Officer sehinggalah kepada sesi terakhir pelbagai informasi yang telah dikongsikan bersama. Jika dilihat NUS mempunyai seorang ketua yang sangat berfikiran jauh dan strategik dalam pengendalian pentadbiran pembangunan dan pengurusan sumber manusia. Beliau sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan dan perkara inovatif yang harus dilaksanakan agar memastikan NUS sentiasa berada dalam kedudukan 10 Universiti terbaik di dunia. NUS juga mengambil khidmat generasi muda serta menggunakan kepakaran dan kemahiran mereka dalam pengurusan operasi. Selain itu, di Pejabat Sumber Manusia terdapat sebuah bilik meeting/training yang sangat selesa sebagai tempat untuk bertukar pandangan dan pendapat. Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada produktiviti yang berkualiti dan mencapai penilaian happiness index yang tinggi.


Click to View FlipBook Version