The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HISYAMUDDIN BIN HASHIM / PENDAFTAR, 2023-11-13 20:00:47

PENANDAARASAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI AWAM MALAYSIA DAN NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE

LAPORAN LAWATAN PENANDAARASAN JKSMUA KE NUS

TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Secara keseluruhannya program ini sangat baik dan perlu diteruskan agar Universiti Awam di Malaysia khususnya di Bahagian Sumber Manusia terus maju seiring dengan Universiti terkemuka di dunia. Saya juga amat berterima kasih kepada JKSMUA kerana memberi peluang dan ruang untuk semua wakil sumber manusia UA untuk belajar sesuatu yang baharu dan berkongsi pandangan bersama salah satu Universiti terbaik di dunia.


NAMA SITI IMA MUNIRAH BINTI AHMAD EMEL [email protected] JAWATAN KETUA PENOLONG PENDAFTAR GRED N48 INSTITUSI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Kerangka kerja kompetensi staf 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. UPM mempunyai kerangka kerja kompetensi dan telah dilaksanakan di peringkat Pejabat pendaftar bagi beberapa proses utama seperti proses pengambilan staf, proses kenaikan pangkat, proses penilaian prestasi dan proses mengenalpasti bakat kepimpinan universiti. Perbezaan yang dapat dilihat diantara pelaksanaan di NUS dengan UPM adalah NUS lebih tertumpu kepada Pembangunan kompetensi secara keseluruhan seperti kepimpinan, skil, komuniti dan journeys berbanding di UPM yang menjurus kepada kerangka kerja kompetensi berdasarkan fungsi/proses. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Mewujudkan kerangka competency staf yang menyeluruh berdasarkan objektif startegik dan pelan strategik sumber manusia meliputi kompetensi generik dan kompetensi fungsian. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Menepati masa, bersedia mengeluarkan idea baru untuk penambahbaikan proses kerja dan menggunakan ruang dan peluang yang ada bagi tujuan peningkatan kualiti kerja. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Program yang dianjurkan ini memberi impak yang besar dalam perkongsian maklumat bagi pelaksanaan tadbir urus di universiti terutamanya melibatkan pembangunan profesional staf, merangka dan merancang laluan kerjaya staf, merangka pelan penggantian bagi kakitangan pentadbiran dan perkongsian pembangunan ecosystem pembangunan sumber manusia yang baik dan wajar diikuti


NAMA AHMAD TERMIZI AB AZIZ EMEL [email protected] JAWATAN TIMB. PENGARAH (PENGURUSAN) GRED 54 INSTITUSI HOSPITAL PENGAJAR UNISZA MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Scenario / future planning oleh HR 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Kebanyakkan strategi yang dibuat oleh universiti tidak mengambil kira scenario planning di mana menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan keperluan semasa. Future work force masih belum menjadi keutamaan besar pada universiti. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. HR universiti perlu serius dalam menyediakan tenaga kerja yang sedia dengan revolusi baharu dunia. HR perlu lebih fleksibel dalam mengadaptasi kaedah dan platform baharu agar tenaga kerja yang dilahirkan adalah yang terbaik dan sesuai dengan dunia sekarang dan masa depan. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Lead by example. Pendaftar NUS contoh besar bagaimana beliau sendiri mengambil tahu dan pakar dalam bidang berkaitan HR. Tidak hanya lepaskan tangan tetapi turut bersama team HR dalam merangka strategi. Kedua NUS beri peluang kepada generasi baharu dalam kerja kerja membangunkan strategi dan teknologi berkaitan. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Terbaik. Perlu juga difokuskan kepada pengurusan dan tadbir urus hospital universiti


NAMA ZAHARAH ZAINAL ABIDIN EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENDAFTAR GRED N48 INSTITUSI/ UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Perlaksanaan 'Work From Anywhere’. 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. NUS mempunyai sistem dan aplikasi teknologi yang terkini bagi mengenalpasti dan menjejak tugasan yang dilaksanakan oleh staf walau dimana jua berada. Ianya memudahkan pentadbiran untuk menilai hasil kerja tanpa perlu berada secara fizikal di ruang pejabat atau dalam kampus. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. (i) Menambahbaik sistem sedia ada yang digunapakai bagi membolehkan staf yang menjalankan kerja dari luar kampus atau luar pejabat dapat dinilai hasil kerjanya. (ii) Pengenalpastian perjawatan tertentu yang dibenarkan untuk pelaksanaan 'Work From Anywhere' ini. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Fasiliti dan kecanggihan teknologi maklumat menjadikan NUS antara universiti yang terbaik di Asia. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Program ini secara keseluruhannya sangat baik dan mampu memberikan idea baru dalam menambah baik penyampaian perkhidmatan yang ada di universiti.


NAMA MOHD RIZAL NORDIN EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN GRED N52 INSTITUSI HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH, UiTM MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Pengurusan sumber manusia dan kewangan menggunakan sistem di atas talian secara menyeluruh. 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Sistem sedia ada tidak 'integrated'. Sebagai contoh sistem kewangan dan pengurusan sumber manusia dibangunkan secara berasingan. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Pembangunan satu sistem pengoperasian universiti yang 'integrated' di antara satu sama lain perlu diusahakan supaya data yang dibina dapat dimanfaatkan oleh pengurusan universiti untuk membuat sesuatu keputusan yang lebih efesien dan strategik. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Ruang kerja yang kondusif dan menggalakkan staf bekerja secara hybrid. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. perlu diteruskan bagi memberi pendedahan kepada amalan terbaik sesuatu organisasi.


NAMA HISYAMUDDIN HASHIM EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENDAFTAR GRED N52 INSTITUSI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Competency 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Proses penilaian kompetensi yang dibuat NUS adalah secara menyeluruh. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Membangunkan polisi supaya penilaian kompetensi digunapakai secara menyeluruh meliputi proses kenaikan pangkat, competency gap analysis untuk latihan serta job fit analysis untuk kesesuaian penempatan staf. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Rata-rata pekerja tetap di HR Department NUS berusia muda serta mempunyai energi yang tinggi. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Program lawatan penandaarasan ini patut diteruskan pada masa hadapan ke universitiuniversiti lain di luar negara.


NAMA MOHD ZULFA BIN AWANG EMEL [email protected] JAWATAN PEGAWAI TADBIR GRED N44 INSTITUSI UniSZA MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Pemantauan kerja yang terbaik 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Kos pembangunan sistem yang Tinggi 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Pelaporan pencapaian aktiviti 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Dashboard Monitor TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Sangat2 baik dan banyak penambahbaikan dipelajari


NAMA MOHD NAZMI BIN SAHDAN EMEL [email protected] JAWATAN PEGAWAI TADBIR GRED N44 INSTITUSI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Kompetensi staf 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Kompetensi digital dan data literacy 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Tambahan kompetensi pendigitalan dan data literacy bagi setiap lapisan jawatan dan gred 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Kepercayaan kepada generasi muda untuk memacu perubahan sumber manusia TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Program berjalan dengan sangat baik dengan pendedahan kepada pelaksanaan di Universiti terkemuka.


NAMA NORLAILE HAMID EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENDAFTAR GRED N52 INSTITUSI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Latihan dan Pembangunan Staf 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Program pembangunan staf dan latihan adalah lebih kurang sama sahaja. Contohnya di UMT juga laksanakan kaedah latihan formal/informal dan experiential learning. Cuma di UMT ada dikembangkan lagi perbezaan kepada latihan akademik (pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, pembangunan kerjaya), sokongan akademik (generik, kefungsian) serta latihan berbentuk kepimpinan (program pembangunan kepimpinan). ada juga disoal berkaitan proses kenaikan pangkat bagi ahli akademik adakah kriteria khusus atau disediakan kpi yang jelas untuk setiap kenaikan gred namun tidak dapat dijelaskan oleh pihak NUS. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Tambahan kepada program wajib hadir untuk staf HR (data literacy, artificial intelligence dan design for agility) berdasarkan keperluan semasa dan juga perkembangan teknologi terkini. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Kaedah penempatan atau penyusunan pejabat yang lebih terbuka/open space boleh dipraktikkan terutamanya dalam situasi kekangan ruang di pejabat untuk disediakan bilik-bilik pegawai mengikut kelayakan gred. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Keseluruhan program adalah bagus cuma lebih bagus jika masa lawatan dipanjangkan dan tempat lawatan dapat ditambah supaya tanda aras yang lebih banyak dapat dilaksanakan dari pelbagai sudut.


NAMA ROHIMAH ABDUL RAHMAN EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENDAFTAR GRED N48 INSTITUSI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Pengurusan masa yang baik dalam aspek menyelesaikan tugasan dirancang dalam tempoh yang ditetapkan. 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Fleksibiliti dalam menyelesaikan tugasan pejabat dengan mendahului urusan peribadi yang boleh diselesaikan di luar waktu pejabat atau boleh ditangguhkan sementara sehingga tugasan pejabat diselesaikan. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Pembudayaan, penghayatan dan penerapan Nilai-Nilai Teras USIM (Al-Qawiyy dan Al-Amin) dengan lebih baik. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Memanfaatkan ruangan yang ada dengan penanaman pokok untuk memberikan ketenangan setelah penat bekerja. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Pelaksanaan program yang baik dengan suntikan input baharu di luar daripada praktis sedia ada UA masing-masing.


NAMA MUHAMMAD HUZAIFAH BIN REDZUAN EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENDAFTAR KANAN GRED N52 INSTITUSI UiTM MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Persekitaran kerja yang kondusif tanpa lapisan pembuat keputusan. 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Perlu melalui beberapa jawatankuasa & peruntukan untuk melaksanakan persekitaran kerja yang kondusif. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Cadangan bagi mempermudahkan pelaksanaan tanpa melibatkan jawatankuasa peringkat LPU dan keperluan sekadar kelulusan Ketua Eksekutif sahaja. 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS Mewujudkan persekitaran pejabat yang tersusun dan tenang. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Secara keseluruhan program yang dianjurkan adalah di tahap yang terbaik dalam memperolehi pandangan dan idea yang baharu dalam meningkatkan daya pemikiran yang kritis dan membangun. Maka, program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang, in shaa Allah.


NAMA ABDUL HADI BIN AHMAD EMEL [email protected] JAWATAN PENOLONG PENDAFTAR KANAN GRED N44 INSTITUSI UPSI MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Persekitaran Kerja dan Development Program yang dijalankan. 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Persekitaran Pejabat yang luas dan selesa dan NUS ada Community of Practice. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. -kosong4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS -kosongTESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Program ini perlu dianjurkan secara berkala di setiap institusi terbaik di rantau Asia Tenggara atau Asia bagi memastikan amalan terbaik yang dilakukan oleh institusi berkaitan diadaptasi untuk keperluan di universiti masing-masing. Peserta boleh dikecilkan kepada ajk tertinggi sahaja dan task force yang berkaitan sahaja.


NAMA ANIS AZLIRA ALI EMEL [email protected] JAWATAN TIMBALAN PENDAFTAR GRED N48 INSTITUSI UPSI MAKLUMBALAS LAWATAN 1. Nyatakan satu (1) proses penandaarasan yang dibuat dengan amalan di universiti sendiri. (Contoh : Khidmat pelanggan, pelantikan staf, persekitaran kerja dan lain-lain) Latihan, pelan penggantian, kompetensi framework 2. Jurang perbezaan proses yang dinyatakan di atas, diantara NUS dengan universiti sendiri. Pelaksanaan sepenuhnya telah dibuat di NUS manakala di UPSI walaupun pendekatan yang digunakan hampir sama tetapi tidak sepenuhnya dilaksanakan. 3. Penambahbaikan di universiti sendiri yang boleh ditambah baik, berkaitan proses yang dinyatakan di atas. Penggunaan teknologi yang lebih maju dan kakitangan UPSI juga perlu kompeten dengan tekonogi baru dan idea baru 4. Pembelajaran tidak rasmi di NUS no boundary antara top management and support staff, x perlu bilik. TESTIMONI PESERTA Nyatakan pendapat anda mengenai keseluruhan program ini. Pendedahan yang sangat baik kepada pegawai untuk belajar budaya kerja di universiti antara terbaik dan termaju di dunia


SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background Menumpukan usaha dalam mencipta strategi perancangan pelan penggantian yang kukuh untuk kakitangan pentadbiran. Kenal pasti jawatan-jawatan utama yang strategik dalam kepimpinan dan latih bakal pengganti dalam organisasi. Pendekatan ini memastikan peralihan tanggungjawab yang lancar dan membantu mengekalkan kestabilan institusi.


Analisis Ringkasan Soal Selidik Soal selidik telah diedarkan kepada semua peserta melalui google form yang disediakan oleh pihak ahli jawatankuasa bagi membuat tinjauan pendapat daripada mereka. Daripada dua puluh sembilan (29) orang peserta dan ahli jawatankuasa yang mengikuti lawatan ini, hanya dua puluh dua (22) orang peserta atau 75.86% telah memberikan maklum balas dan bakinya sebanyak tujuh (7) orang atau 24.14% tidak memberikan sebarang maklum balas dalam tempoh yang telah ditetapkan. Soal selidik tersebut mengandungi empat (4) soalan yang menggunakan 5 skala likert. Data daripada soal selidik tersebut dibuat dalam bentuk peratusan seperti jadual berikut; Bil Soalan Sangat Sangat Teruk Baik 1 2 3 4 5 1. Lawatan ini mempunyai matlamat dan objektif yang jelas. 0% 0% 0% 14% 86% 2. Matlamat lawatan tercapai. 0% 0% 0% 27% 73% 3. Lawatan ini memberi manfaat kepada saya. 0% 0% 0% 18% 82% 4. Institusi yang dipilih untuk dilawati adalah sesuai. 0% 0% 0% 14% 86% Kesimpulan Dapatan daripada hasil soal selidik tersebut, 100% peserta yang telah memberikan maklum balas memberikan markah empat (4) dan lima (5) iaitu condong (skewness) ke kanan iaitu ke arah Sangat Baik. Kajian ringkas yang telah dijalankan ini, adalah berdasarkan andaian bahawa program ini mempunyai matlamat dan objektif yang jelas, matlamat lawatan tercapai dan memberi manfaat kepada peserta serta kesesuaian NUS yang telah dipilih sebagai tempat lawatan. Hasil soal selidik ringkas dan maklumbalas daripada peserta program ini boleh digunakan untuk program-program lawatan panandaarasan yang akan dibuat pada masa akan datang.


SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background “Memberi manfaat dan pengalaman kepada peserta bagi menambah pengetahuan, mendapatkan ilmu baharu, membuat penandaarasan serta meluaskan rangkaian hubungan antara pegawai kedua-dua negara”.


MEMANTAPKAN PLATFORM PERKONGSIAN PENGETAHUAN PEMBANGUNAN SISTEM SUMBER MANUSIA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI AI MELAKUKAN PENILAIAN BERKALA MENYESUAIKAN MODEL PEMBANGUNAN PROFESIONAL NUS MEMBANGUNKAN PROFESIONAL DEVELOPMENT PLAN (PDP) SEBAGAI LALUAN KERJAYA PROMOSIKAN KERJASAMA ANTARA INSTITUSI MEMPROMOSI BUDAYA PENINGKATAN BERTERUSAN MEMPERKEMASKAN PELAN PENGGANTIAN JAWATAN PENTADBIR UTAMA UNIVERSITI MEMBANGUNKAN MODEL RANGKA KERJA KOMPETENSI MEMUPUK EKOSISTEM PEMBANGUNAN STAF YANG POSITIF Cadangan Untuk JKSMUA; Pelan Tindakan


Lawatan penandaarasan ke National University of Singapura (NUS) telah menjadi pembuka mata dalam melihat amalan terbaik dalam pengurusan sumber manusia. Untuk memanfaatkan peluang bagi meningkatkan tatakelola sumber manusia di seluruh universiti awam Malaysia, Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam Malaysia (JKSMUA) boleh mempertimbangkan pelan tindakan berikut: 1. Memantapkan Platform Perkongsian Pengetahuan Platform perkongsian pengetahuan khusus yang telah diwujudkan melalui saluran penganjuran program JKSMUA seperti Syarahan Pendaftar, Syarahan Pentadbir dan Siri Latihan Pentadbir dari kalangan pentadbir universiti awam Malaysia perlu terus diperkasakan sebagai usaha kerjasama, berkongsi pengalaman dan membincangkan amalan terbaik secara berkala. Platform ini boleh dikembangkan lagi dalam bentuk komuniti dalam talian secara podcast atau mesyuarat berkala untuk memudahkan pembelajaran berterusan dan pertukaran idea. 2. Menyesuaikan Model Pembangunan Profesional NUS Memanfaatkan model pembangunan profesional NUS sebagai kerangka kerja bagi universiti awam Malaysia. Menyesuaikannya untuk selaras dengan keperluan dan matlamat yang khusus di setiap universiti. Tekankan kepentingan pembangunan profesional berterusan untuk meningkatkan kemahiran kakitangan, produktiviti dan kepuasan kerja. 3. Membangunkan Profesional Development Plan (PDP) Sebagai Laluan Kerjaya Bekerja dan dalam masa sama merancang dan melaksanakan laluan kerjaya yang jelas untuk kakitangan di universiti awam Malaysia. Laluan-laluan ini harusnya menggariskan peluangpeluang untuk pertumbuhan dan kemajuan dalam institusi, membantu mengekalkan bakat dan memotivasikan kakitangan untuk cemerlang dalam peranan mereka. 4. Memperkemaskan Pelan Penggantian Jawatan Pentadbir Utama Universiti Menumpukan usaha dalam mencipta strategi perancangan pelan penggantian yang kukuh untuk kakitangan pentadbiran. Kenal pasti jawatan-jawatan utama yang strategik dalam kepimpinan dan latih bakal pengganti dalam organisasi. Pendekatan ini memastikan peralihan tanggungjawab yang lancar dan membantu mengekalkan kestabilan institusi. 5. Memupuk Ekosistem Pembangunan Staf yang Positif Beri keutamaan kepada penciptaan ekosistem pembangunan bakat yang positif dengan memberi keutamaan kepada kesejahteraan, pertumbuhan dan perkembangan kakitangan. Pertimbangkan pelaksanaan program kesihatan, inisiatif mentor, dan budaya pembelajaran berterusan untuk meningkatkan pengalaman kerja secara keseluruhan.


6. Membangunkan Model Rangka Kerja Kompetensi Reka model rangka kerja kompetensi yang komprehensif yang disesuaikan dengan keperluan unik setiap universiti awam Malaysia. Model ini harusnya dengan jelas mendefinisikan pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang diperlukan untuk suai tugas, kepelbagaian kefungsian mengikut skim, pengurusan prestasi dan program latihan. 7. Melakukan Penilaian Berkala Bangunkan instrumen penilaian. Secara berkala nilai keberkesanan dasar-dasar dan proses sumber manusia di universiti awam Malaysia. Jalankan tinjauan, kumpul maklum balas dari kakitangan dan ukur penunjuk prestasi. Ia boleh mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diperbaiki dan mengukur kemajuan dari semasa ke semasa. 8. Promosikan Kerjasama Antara Institusi Galakkan kerjasama dan perkongsian pengetahuan bukan sahaja di kalangan universiti Malaysia, tetapi juga dengan institusi-institusi swasta dalam dan luar negara. Penyertaan dalam program pembangunan berfokus, pertukaran staf dan inisiatif penyelidikan bersama untuk kekal relevan sebagai subject matter expert (SME) sumber manusia. 9. Pembangunan Sistem Sumber Manusia Menggunakan Teknologi AI Teroka penggunaan teknologi kepintaran buatan (AI) untuk menyelaraskan data berkaitan proses sumber manusia. Mengautomatikkan tugas-tugas pentadbiran dan meningkatkan kecekapan membuat keputusan berasaskan data. Pelaburan ini dapat meningkatkan produktiviti dan membolehkan pentadbir sumber manusia memberi tumpuan kepada inisiatif strategik. 10. Mempromosi Budaya Peningkatan Berterusan Tanamkan budaya peningkatan berterusan dalam bahagian sumber manusia universiti awam Malaysia. Galakkan lebih ramai pentadbir menjadi SME dalam bidang masing-masing, memiliki kelayakan profesional, membudayakan penyelidikan berasaskan data translasional untuk mencari penyelesaian inovatif, kekal relevan dalam industri dan sentiasa menyesuaikan proses sumber manusia untuk memenuhi keperluan yang berubah dan kalis masa hadapan.


Rumusan Pelaksanaan penandaarasan merupakan satu pendekatan yang perlu dilaksanakan oleh semua universiti awam dalam usaha untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang dihasilkan. Kejayaan pelaksanaannya juga banyak bergantung kepada komitmen dan dedikasi pengurusan Universiti Awam kerana ia memerlukan perubahan yang akan dilakukan ke atas organisasi. SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background


Ia juga memerlukan perubahan dari segi perlakuan dan sikap anggota sesebuah agensi. Pelaksanaan penandaarasan membuka ruang kepada Universiti Awam Malaysia untuk melaksanakan penambahbaikan. Ia adalah merupakan proses yang berterusan yang dilaksanakan untuk mencapai objektif utama iaitu memenuhi kehendak pelanggan dan juga stakeholders. Ia adalah merupakan alat pengurusan yang boleh membantu sesebuah organisasi maju ke hadapan untuk mencapai prestasi pengurusan bertaraf dunia.


Penghargaan Penghargaan kepada JKSMUA yang menampung kos program berjumlah berjumlah RM10,000.00. SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background


SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background “Program lawatan penandaarasan ini patut diteruskan pada masa hadapan ke universiti-universiti lain di luar negara”.


Laporan di Laman Sesawang NUS https://www.nus.edu.sg/inside-nus/stories/a-guiding-beacon-for-human-resources-management-strategies


Keratan Akhbar https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/09/universiti-kita-harus-aplikasi-revolusi-industri-5-0/ 20 September 2023, 9:00 am SAUDARA PENGARANG, PADA 25 Ogos lalu, Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam Malaysia (JKSMUA) menghantar 30 wakil menyertai lawatan penandaarasan ke Jabatan Sumber Manusia, Universiti Nasional Singapura (NUS). Ditubuhkan pada 1905, NUS mendapat penghormatan menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) tertua di Singapura. Sebagai gergasi pendidikan ASEAN, NUS bersinar sebagai contoh cemerlang pencapaian akademik, inovasi dan impak global. Berada di kedudukan ke-24 dalam ranking Pendidikan Tinggi Times (THE), NUS berdiri setanding beberapa institusi berprestij dunia. Seperti yang diperhatikan semasa lawatan tersebut, penekanan NUS terhadap pembangunan profesional, laluan kerjaya, pelan penggantian serta ekosistem pembangunan sumber manusia untuk kakitangan pentadbiran dan model rangka kerja kompetensi telah membuktikan keberkesanannya. Menerusi Pembangunan Profesional Kakitangan NUS, pendekatan komprehensif dalam memupuk pertumbuhan profesional kakitangannya telah memberikan hasil yang cemerlang, selari dengan komitmennya terhadap pembangunan holistik kakitangan mereka. Terdapat perkaitan kuat langkah diaplikasi di NUS dengan Revolusi Industri 5.0 (IR 5.0) yang ditakrifkan sebagai ‘Kesejahteraan pekerja menjadi tonggak utama dalam proses pembuatan dan menggunakan teknologi baharu bagi mewujudkan kemakmuran dalam pekerjaan.’ Laluan kerjaya berstruktur di NUS menawarkan landasan bagi kemajuan pekerja, memupuk rasa kepunyaan dan pertumbuhan dalam institusi. Proses pelan penggantian kakitangan pentadbiran dilaksanakan melalui pendekatan teliti terhadap kepakaran dan kesesuaian bagi memastikan kesinambungan dan kelestarian dalam proses peralihan kepimpinan. Ekosistem pembangunan sumber manusia bagi pentadbiran di NUS mencerminkan pendekatan secara menyeluruh terhadap pembangunan, memupuk budaya kerja positif dan kesejahteraan kakitangan. NUS berpegang kepada empat tonggak dalam kerangka pembangunan kompetensi mereka, iaitu kepimpinan, kemahiran, laluan kerjaya dan komuniti. Model rangka kerja kompetensi yang dipetakan dengan baik di NUS memberikan penjelasan mengenai kemahiran dan kelayakan serta sumbangan kepada prestasi yang dioptimumkan dan keserasian organisasi. Semasa kita merenung prestasi luar biasa NUS yang diperkuatkan melalui lawatan oleh JKSMUA, adalah jelas kecemerlangan merupakan perjalanan berterusan yang didorong oleh kerjasama, inovasi dan pembelajaran bersama. Komitmen NUS dalam menerajui dan memupuk budaya kecemerlangan menjadi inspirasi kepada IPT di seluruh dunia. Lawatan penandaarasan ini bukan hanya mengetengahkan kejayaan NUS tetapi menawarkan pandangan berharga untuk peningkatan amalan sumber manusia di universiti awam Malaysia. Melalui kerjasama berterusan dan pertukaran amalan terbaik, NUS dan JKSMUA membuka jalan bagi masa depan lebih bermakna dalam memperkasa dan mengantarabangsakan sumber manusia melalui pengurusan bakat berasaskan kompetensi. – UTUSAN MOHD. RAFIZI RAHMAD dan DR. DINA AZLEEMA MOHAMED NOR Universiti kita harus aplikasi Revolusi Industri 5.0


SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background “Program ini sangat memberi manfaat kepada semua wakil delegasi yang hadir di mana kita semua dapat bertukar maklumat dan berkongsi pengalaman dengan NUS. Semoga dengan lawatan penandaarasan ini kita dapat melaksanakan penambahbaikan di universiti masing-masing”.


“Secara keseluruhannya program ini sangat baik dan perlu diteruskan agar Universiti Awam di Malaysia khususnya di Bahagian Sumber Manusia terus maju seiring dengan Universiti terkemuka di dunia”.


1. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Bilangan 1 Tahun 1999 (Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam). 2. Administrator Global Outreach Programme (AGOP) Tahun 2014, 2015, 2016, 2017 3. Executive Overseas Programme (EXOP 2018) 4. The ALUMNUS Issue 134 (Jul-Sep 2023) 5. WHAT’S ON Flowing Resonnances (August-November 2023) 5. Laman web National University of Singapore https://nus.edu.sg/ 6. Laman web Utusan Malaysia https://www.utusan.com.my Sumber Rujukan SUMBER GAMBAR : https://wiki.nus.edu.sg/display/cit/NUS+images+for+Zoom+Virtual+Background


Lampiran 1 – Maklumbalas lawatan


Lampiran 2 – Gambar-gambar sekitar lawaran


JKSMUA JAWATANKUASA SUMBER MANUSIA UNIVERSITI AWAM Jawatankuasa Jaringan Dalam dan Luar Negara


Click to View FlipBook Version