RUJUKAN: GP/RMKe12/SKMPPT2021
18 GARIS PANDUAN SKM-PPT RMKe-12 SULIT
146
19 GARIS PANDUAN KURSUS SKM –PPT RMKe-12 SULIT
147
Rujukan: GP/RMKe-12/WINS2022
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
(WACANA ILMU WANITA INSPIRASIKU - WINS)
RMKe-12
BAHAGIAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
KEMAS IBU PEJABAT
1 | GP WANITA INSPIRASIKU (WINS-2022)
148
Rujukan: GP/RMKe-12/WINS2022
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
(WACANA ILMU WANITA INSPIRASIKU - WINS)
RMKe-12
1. TUJUAN
1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk memaklumkan mengenai tatacara
pelaksanaan yang seragam dan boleh diikuti oleh semua pihak yang
menjadi pelaksana.
1.2 Garis panduan ini diubahsuai berdasarkan arahan Majlis Keselamatan
Negara susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dikuatkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 (APPPB 1988) dan Akta Polis 1967. Pelaksanaan dan
penguatkuasaan garis panduan ini adalah tertakluk kepada arahan
dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
berhubung pelaksanaan PKP.
1.3 Garis panduan keselamatan Covid-19 pasca Perintah Kawalan
Pergerakan adalah sebagai rujukan kepada KEMAS negeri dalam
mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi SOP PKPB atau
SOP PKPP berkaitan SOP Am Pelaksanaan Majlis Kerajaan & Swasta
yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi
membendung penyebaran penyakit Covid-19 apabila kursus/latihan
dibenarkan beroperasi semula seperti yang diperintahkan oleh pihak
berkuasa.
2 | GP WANITA INSPIRASIKU (WINS-2022)
149
Rujukan: GP/RMKe-12/WINS2022
2. OBJEKTIF
2.1 Memberi peluang kepada kumpulan sasar terutama kaum wanita
dalam untuk bersama-sama usahawanita yang berjaya di setiap negeri
untuk berkongsi pandangan dan pengalaman
2.2 Mewujudkan profail peserta Quick Win bagi tujuan membantu
mempromosi produk yg telah dihasilkan atau diperniagakan.
2.3 Memberi maklumat maklumat yang telah diberikan oleh pihak
Kerajaan berkaitan peningkatan pendapatan usahawan rintis kecil
sederhana.
2.4 Mewujudkan rangkaian usahawan Quick Win luar bandar hasil
bimbingan KEMAS melalui potensi perniagaan atas talian.
3 | GP WANITA INSPIRASIKU (WINS-2022)
150
Rujukan: GP/RMKe-12/WINS2022
3. PEMATUHAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
3.1 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DAN DIAMBIL TINDAKAN
i. Lakukan langkah pembersihan dan disinfeksi (nyahkuman)
secara menyeluruh di dalam dan di luar kawasan
kelas/bangunan sebelum memulakan pengoperasian. Proses
pembersihan dan disinfeksi dilaksanakan 2 kali sehari
(sebelum dan selepas) di tempat umum yang kerap disentuh
seperti kaunter, pemegang pintu, kerusi dan meja tempat
menunggu.
ii. Pastikan premis /bangunan berada dalam keadaan yang
selamat dan bersih untuk peserta dan kakitangan menjalankan
kursus.
iii. Pastikan peserta dan semua kakitangan berada dalam
keadaan yang sihat dan bebas Covid-19 serta bersedia untuk
berkursus.
iv. Pengisytiharan kesihatan dan sejarah perjalanan hendaklah
dibuat sama ada peserta dan kakitangan yang terdedah
kepada mereka yang dijangkiti Covid-19 atau penyakit
berjangkit yang lain serta samada mereka baru pulang dari luar
negara. Borang pengisytiharan kesihatan hendaklah diisi
sebelum memulakan kursus (Lampiran A).
4 | GP WANITA INSPIRASIKU (WINS-2022)
151
Rujukan: GP/RMKe-12/WINS2022
4. PELAKSANAAN PEMBELAJARAN/AKTIVITI
i. Waktu pelaksanaan adalah secara bersemuka.
ii. Peserta wajib memakai face mask sepanjang masa.
iii. Jumlah kehadiran peserta yang dibenarkan adalah 200 orang sahaja
pada suatu masa termasuk moderator, panel forum dan urusetia/
kakitangan .
iv. KEMAS Negeri hendaklah memastikan :
a) Penjarakan sosial (seperti tanda jarak 1 meter di lantai,
meja dan kerusi)
b) Elakkan aktiviti yang memerlukan sentuhan;
c) Elakkan perkongsian peralatan/bahan pembelajaran;
d) Elakkan perkumpulan ramai.
v. Jumlah kehadiran setiap kakitangan dan peserta pada setiap masa
hendaklah direkodkan.
vi. KEMAS negeri hendaklah menyediakan alat saringan suhu badan
dan mengambil bacaan suhu badan kakitangan dan peserta dengan
bacaan suhu hendaklah direkodkan dengan menggunakan aplikasi
MySejahtera.
vii. Kakitangan atau peserta yang mempunyai suhu badan melebihi
kadar tidak sihat (37.5°) adalah tidak dibenarkan memasuki premis.
viii. Setiap kakitangan dan peserta hendaklah perlu mencuci tangan
menggunakan cecair pencuci tangan (hand sanitiser) yang
diletakkan di setiap pintu masuk.
5 | GP WANITA INSPIRASIKU (WINS-2022)
152
Rujukan: GP/RMKe-12/WINS2022
ix. Pemakaian penutup hidung dan muka (face mask) adalah
digalakkan.
x. Jamuan makan hendaklah merujuk dan mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.
5. KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasar adalah wajib terdiri daripada:
i. Usahawan / peserta Quick Win KEMAS
ii. Usahawan / peserta KKJP KEMAS
iii. Usahawan / peserta Bantuan Ekonomi Kampung (BEK),
iv. Usahawan / peserta Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
v. Usahawan / peserta kelas kemahiran KEMAS
6. PERUNTUKAN
Menggunakan Peruntukan Pembangunan. Perincian adalah seperti
berikut:-
6.1 Peruntukan yang diperuntukan bagi mengadakan program ini
adalah sebanyak RM60,000.00 (Ringgit Malaysia : Enam
Puluh Ribu Ringgit sahaja) bagi setiap satu (1) siri.
6 | GP WANITA INSPIRASIKU (WINS-2022)
153
Rujukan: GP/RMKe-12/WINS2022
6.2 KEMAS Negeri boleh melaksanakan program melalui kaedah
perolehan mengikut item (secara berasingan)
6.3 Sebarang pindaan berkaitan dengan kursus perlu mendapatkan
kelulusan daripada Pengarah KEMAS Negeri dan pindaan
tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Bahagian Pendidikan
Kemahiran KEMAS Ibu Pejabat.
6.4 Anggaran perbelanjaan adalah berdasarkan kiraan seperti
berikut:
BIL PERKARA JUMLAH
(RM)
1 Kos Pengurusan pelbagai adalah termasuk :
i. Makan minum (peserta dan urusetia) 60,000.00
ii. Bayaran Pengacara Majlis, Panel dan Moderator
iii. Penginapan
iv. Sewaan Dewan / Khemah
v. Sewaan PA System + LED
vi. Promosi, Montaj dan Gimik Pelancaran
vii. Sanitasi
viii. Cetakan Bahan
ix. Aktiviti Tarikan Pengunjung
x. Perbelanjaan pelbagai
xi. Tapak/ tempat pameran dan jualan usahawan
xii. Pengangkutan
xiii. Lain – lain keperluan
6.5 Perbelanjaan sebenar berdasarkan keperluan di peringkat
KEMAS negeri dan tidak melebihi peruntukan yang disalurkan.
7 | GP WANITA INSPIRASIKU (WINS-2022)
154
Rujukan: GP/RMKe-12/WINS2022
6.6 Sebarang perubahan kos adalah tertakluk kepada kesesuaian
pelaksanaan di setiap negeri dan tidak melebihi syiling
peruntukan yang telah ditetapkan.
6.7 Mematuhi tatacara dan peraturan kewangan dan perakaunan
semasa yang sedang berkuat kuasa.
7. KAEDAH PELAKSANAAN
Kaedah pelaksanaan adalah seperti berikut :-
7.1 Dicadangkan untuk dilaksanaan bersekali dengan program
karnival keusahawanan KEMAS dan mengikut kesesuaian
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
7.2 Bilangan Kehadiran : Maksima 200 orang
7.3 Tempoh Program : 1 hari (8pagi- 5 petang)
7.4 Lokasi :
i. Pusat/ Institut Latihan KEMAS
ii. Premis Agensi Kerajaan
iii. Lain-lain Premis yang bersesuaian
7.5 KOMPONEN PROGRAM
Huraian kandungan Program Wacana Ilmu adalah seperti berikut :
Pengisian Huraian
Sesi Bual Bicara Tajuk yang melibatkan pembangunan usahawan
yang dikendalikan dan ekonomi
moderator dan • Platform Perniagaan atas talian dan
panel- panel yang
konvensional.
• Pembangunan usahawan
8 | GP WANITA INSPIRASIKU (WINS-2022)
155Typ
Rujukan: GP/RMKe-12/WINS2022
berkemahiran dan • Ikon KEMAS
berpengalaman • Sesi motivasi
Aktiviti tarikan Pilihan aktiviti mengikut kesesuaian negeri
pengunjung • Gerai jualan hasil produk usahawan Quick Win
Majlis Perasmian yang berjaya.
• Pameran/ Pertandingan & Jualan serta lain – lain
aktiviti yang bersesuaian
• Demonstrasi aktiviti kemahiran
• Pameran dari agensi berkaitan usahawan
• Bual bicara motivati keusahawanan
Anugerah Ikon Usahawan
8. TENAGA PENGAJAR/ PENYELARAS/ URUS SETIA
8.1 Tenaga Pengajar
Penceramah mengikut bidang seperti berikut :
▪ Perniagaan atas talian
▪ Pembangunan usahawan
▪ Ikon KEMAS
▪
9. PROMOSI DAN PUBLISITI
Pihak KEMAS Negeri adalah digalakkan menjemput media- media
tempatan yang merangkumi media cetak dan media elektronik untuk
liputan program WINS.
9 | GP WANITA INSPIRASIKU (WINS-2022)
156
Rujukan: GP/RMKe-12/WINS2022
10. PELAPORAN PROGRAM
10.1 Adalah menjadi tanggungjawab KEMAS Negeri untuk
memastikan penyenaraian peserta dibuat secara saksama dari
segi liputan supaya tidak timbul pertindihan peserta. Maklumat
setiap peserta hendaklah disimpan bagi tujuan kajian impak
keberkesanan kursus yang telah dihadiri.
10.2 KEMAS Negeri perlu mengemukakan laporan pelaksanaan
program ke Bahagian Pendidikan Kemahiran, Ibu Pejabat
KEMAS Putrajaya selewat-lewatnya DUA (2) MINGGU selepas
bengkel / kursus dijalankan.
11. IMPAK PROGRAM
Peserta Program Quick Win hasil bimbingan KEMAS terus berdaya
saing bagi meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar dan
mengambil peluang melalui bantuan- bantuan yang telah diberikan
oleh Kerajaan.
12. PENUTUP
Program ini dijalankan untuk memberi pengetahuan berkaitan dengan
perkongsian ilmu mengenai bidang-bidang yang telah disenaraikan.
10 | GP WANITA INSPIRASIKU (WINS-2022)
157
Rujukan: GP/RMKe-12/WINS2022
13. PENGUATKUASAAN
Garis panduan ini adalah tertakluk kepada sebarang arahan terkini
Kerajaan merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 (APPPB 1988) dan Akta Polis 1967. Jika terdapat
sebarang arahan terbaharu dari kerajaan yang dilihat tidak bersesuaian
dengan garis panduan ini, maka secara tidak langsung garis panduan
ini terbatal.
Bahagian Pendidikan Kemahiran
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Putrajaya
TARIKH KEMASKINI : 26 JANUARI 2022
11 | GP WANITA INSPIRASIKU (WINS-2022)
158
Rujukan: GP/RMKe-12/WINS2022
12 | GP WANITA INSPIRASIKU (WINS-2022)
159
Rujukan: GP Online/ RMKe12/WINS
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
(WACANA ILMU WANITA INSPIRASIKU –
WINS@ONLINE)
UNIT PEMBANGUNAN & TVET
BAHAGIAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN
IBU PEJABATJABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT PUTRAJAYA
GP WINS @ONLINE 2022 SULIT 1
160
Rujukan: GP Online/ RMKe12/WINS
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (WACANA ILMU WANITA
INSPIRASIKU - WINS) SECARA DALAM TALIAN
1. PENGENALAN
1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk memaklumkan mengenai
tatacara pelaksanaan Program (Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku -
WINS) secara dalam talian yang seragam dan boleh diikuti oleh
semua pihak yang menjadi pelaksana. berdasarkan situasi
kecemasan seperti semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) atau penularan wabak COVID-19 dan sebagainya.
1.2 Penguatkuasaan PKP membawa perubahan drastik dalam
pelaksanaan program daripada kelaziman dan kursus secara
bersemuka terpaksa ditangguhkan.Hal ini demikian, mengakibatkan
takwim perancangan dan pelaksaan program terganggu serta
menjejaskan prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan sedia
ada.
1.3 Justeru, bagi memastikan kelicinan pelaksanaan program ini,
Bahagian Pendidikan Kemahiran mengambil langkah alternatif
dengan mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan (Wacana Ilmu
Wanita Inspirasiku - WINS) Secara Dalam Talian.
GP WINS @ONLINE 2022 SULIT 2
161
Rujukan: GP Online/ RMKe12/WINS
2. OBJEKTIF
2.1 Memperkasakan peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat
dari pelbagai sudut kemahiran kendiri, ilmu pengetahuan, penglibatan
di samping membuka peluang dari aspek keusahawanan, kesihatan
dan sosial yang seimbang.
2.2 Memastikan objektif untuk meningkatkan kemahiran kepada
masyarakat luar bandar tercapai disamping membantu meningkatkan
pendapatan mereka.
2.3 Memberi peluang kepada kumpulan sasar terutama kaum wanita
dalam untuk bersama-sama usahawanita yang berjaya di setiap
negeri untuk berkongsi pandangan dan pengalaman
2.4 Mewujudkan rangkaian usahawan luar bandar hasil bimbingan
KEMAS melalui potensi perniagaan atas talian.
3. KONSEP PELAKSANAAN
3.1 Dilaksanakan secara dalam talian sama ada melalui kaedah
Perbincangan, pembentangan, live video conference, perundingan
dan lain- lain yang bersesuaian.
3.2 Cadangan aplikasi yang boleh digunakan adalah seperti Google Meet,
Zoom, Webex, Telegram, WhatsApp, YouTube Live Stream, Live
Instagram/Facebook (FB), dan lain-lain yang bersesuaian. Konsep
pelaksanaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:
GP WINS @ONLINE 2022 SULIT 3
162Typ
Rujukan: GP Online/ RMKe12/WINS
i. Kedai maya produk usahawan Quick Win atas talian:
• Mengenalpasti /dapatkan produk.
• Membuat rakaman produk dalam talian.
• Iklan/ promosi produk secara dalam talian, mengikut kreativiti.
negeri untuk salurkan maklumat peserta/ usahawan yang terlibat.
ii. Pertandingan Usahawan Quick Win Berjaya:
• Negeri perlu memilih dua (2) orang usahawan daripada Buku
Direktori Usahawan Quick WIN untuk dicalonkan menyertai
pertandingan ini.
• Proses penilaian Pertandingan Usahawan Quick Win yang Berjaya
akan dilaksanakan secara fizikal.
• Panel Penilai dan skema pemarkahan akan diselaraskan oleh
Bahagian Pendidikan Kemahiran KEMAS Ibu Pejabat.
• Semasa Penilaian dibuat akan disertai oleh kakitangan dan Team
Media KEMAS Negeri
iii. “Facebook Live”:
• Bersama usahawan (Instafamous) online yang berjaya.
• Sesi soal jawab dan interaksi dengan usahawan Berjaya.
iv. Demonstrasi:
• Siaran / rakaman video berkaitan bidang yang ditawarkan oleh
KEMAS melalui pemilihan video e- learning yang terbaik.
v. E-training / Biz online:
• Ikon KEMAS / Usahawan Berjaya
• Turut Melibatkan agensi seperti KPLB, MARA, INSKEN,
EBIZONLINE, PENJANA
GP WINS @ONLINE 2022 SULIT 4
163
Rujukan: GP Online/ RMKe12/WINS
vi. Seminar:
• Moderator: artis 1 orang
• Usahawan: Berjaya 2 orang
3.3 Pelaksanaan Sudut Quick Win Kiosk “QU KIS KEMAS”
i. Lokasi:
• Pusat Digital KEMAS
• Pusat Masakan KEMAS
• Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM)
• Kelas-Kelas Kemahiran KEMAS
ii. Sudut Kiosk:
• Produk usahawan KEMAS
• Produk yang berkualiti
• Pembungkusan & perlabelan produk yang menarik
Nota: Sila Rujuk Garis Panduan PROGRAM QUICK WIN KIOSK “QU KIS KEMAS”
GP WINS @ONLINE 2022 SULIT 5
164
Rujukan: GP Online/ RMKe12/WINS
4. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELAKSANA / PENCERAMAH
/PESERTA
4.1 Bersedia dengan peralatan teknologi dan sambungan internet yang
baik, membiasakan diri dengan aplikasi/medium pertemuan yang
akan digunakan oleh pelaksana / penceramah.
4.2 Memastikan sahsiah rupa diri yang kemas dan berpakaian sopan
4.3 Rekod pelaksanaan kelas dalam talian dan penglibatan peserta
dalam aktiviti dalam talian perlu disimpan bukti pelaksanaan PdP
dan juga bukti kehadiran peserta.
5. PESERTA
Kumpulan sasar adalah wajib terdiri daripada:
i. Usahawan / peserta Quick Win KEMAS
ii. Usahawan / peserta kelas kemahiran KEMAS
6. PERUNTUKAN
Menggunakan Peruntukan Pembangunan. Perincian adalah seperti
berikut:-
6.1 Peruntukan yang diperuntukan bagi mengadakan program ini adalah
sebanyak RM60,000.00 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh Ribu
Ringgit sahaja) bagi setiap satu (1) siri.
6.2 KEMAS Negeri boleh melaksanakan program melalui kaedah
perolehan mengikut item (secara berasingan)
GP WINS @ONLINE 2022 SULIT 6
165
Rujukan: GP Online/ RMKe12/WINS
6.3 Sebarang pindaan berkaitan dengan kursus perlu mendapatkan
kelulusan daripada Pengarah KEMAS Negeri dan pindaan tersebut
hendaklah dimaklumkan kepada Bahagian Pendidikan Kemahiran
KEMAS Ibu Pejabat.
6.4 Anggaran perbelanjaan adalah berdasarkan kiraan seperti di lampiran
6.5 Perbelanjaan sebenar berdasarkan keperluan di peringkat KEMAS
negeri dan tidak melebihi peruntukan yang disalurkan.
6.6 Sebarang perubahan kos adalah tertakluk kepada kesesuaian
pelaksanaan di setiap negeri dan tidak melebihi syiling peruntukan
yang telah ditetapkan.
6.7 Mematuhi tatacara dan peraturan kewangan dan perakaunan semasa
yang sedang berkuat kuasa.
7. KAEDAH PELAKSANAAN
7.1 Program Wins akan dilaksanakan seluruh Malaysia dengan kaedah
pelaksanaan adalah seperti berikut:-
7.2 Bilangan siri : 1 siri@ negeri
7.2 Bilangan Kehadiran : 200 orang
7.3 Tempoh Program : 2 hari
7.4 Lokasi siaran : Mengikut kesesuaian KEMAS Negeri
7.5 Lokasi Peserta : Premis peserta
GP WINS @ONLINE 2022 SULIT 7
166
Rujukan: GP Online/ RMKe12/WINS
7.6 KOMPONEN PROGRAM
Huraian kandungan Program Wacana Ilmu adalah seperti berikut :
PENGISIAN HURAIAN
Hari Pertama • Kedai Maya : Produk Quick Win atas talian
• Pertandingan Usahawan Quick Win yang Berjaya
1. Aktiviti tarikan • FB Live : Bersama usahawan (Instafamous) online yang
pengunjung
berjaya
2. Jaringan Sesi soal jawab dan interaksi dengan usahawan
Networking berjaya
antara peserta • E- TRAINING – BIZ ONLINE
Hari Kedua • Bergantung kepada kesesuaian mengikut negeri
1. Majlis Perasmian • Video Penyerahan peralatan Quick Win kepada
2. Sesi Bual Bicara:
peserta (minimum 2 minit)
Forum/ ceramah/ • DEMONSTRASI : video e- learning yang terbaik
webinar • SEMINAR : Moderator (selebriti) 1 orang & Usahawan
berjaya 2 orang
8. TENAGA PENGAJAR/ PENYELARAS/ URUS SETIA
8.1 Tenaga Pengajar
Penceramah mengikut bidang seperti berikut :
▪ Perniagaan atas talian
▪ Pembangunan usahawan
▪ Ikon KEMAS
GP WINS @ONLINE 2022 SULIT 8
167
Rujukan: GP Online/ RMKe12/WINS
9. PROMOSI DAN PUBLISITI
Pihak KEMAS Negeri adalah digalakkan menjemput media- media
tempatan yang merangkumi media cetak dan media elektronik untuk liputan
program WINS.
10. PENUTUP
Program ini dijangka dapat memberikan impak dalam memberikan
pendedahan kepada peserta yang berpotensi dan ingin menambah nilai
pendapatan dalam bidang kemahiran . Disamping dapat meningkatkan
tahap kemahiran dan mempromosikan produk kemahiran .
DISEDIAKAN OLEH:
UNIT PEMBANGUNAN & TVET
BAHAGIAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN
KEMAS IBU PEJABAT PUTRAJAYA
GP WINS @ONLINE 2022 SULIT 9
168
Ruju
PECAHAN PERUNTUKAN BAGI PROGRAM WI
BIL PERKARA
1 Bayaran Elaun Hilang Punca Pendapatan (EHPP) pese
Bayaran Moderator ( perkhidmatan selebriti terkenal, p
2 Ummah-PU), pakar motivasi/ ahli sukan/Social Media I
Pelbagai kos pengurusan termasuk :
• Platform Digital:
• Portal laman web/Sewaan Platfo
(technical assistance)-jika perlu
• Integrasi media sosial
• Produksi Video
3 • Promosi, Montaj dan Gimik Pela
• Sanitasi (sekiranya perlu)
• Penyediaan Tempat Promosi Pr
• Cetakan Bahan
• Aktiviti Tarikan Pengunjung
• Perbelanjaan pelbagai
• Lain – lain keperluan yang berka
•
• Tertakluk berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha (SPKSU
GP WINS @ONLINE 2022
ukan: GP Online/ RMKe12/WINS LAMPIRAN 1
INS@online TAHUN 2021 JUMLAH
(RM)
erta (2 hari)
pendakwah bebas (Dai'e/Pencetus
Influncer (SMI)
orm online termasuk bantuan teknikal
RM 60,000.00
ancaran
roduk
aitan dengan penganjuran WINS
U) Kementerian Pembangunan Luar Bandar Bilangan 2 Tahun 2021.
SULIT 10
169
Ruju
PECAHAN BILANGAN PESERTA BAGI PROGRAM WINS
BIL NEGERI BILAN
1 PERLIS
2 KEDAH
3 PULAU PINANG
4 PERAK
5 SELANGOR
6 WILAYAH PERSEKUTUAN
7 MELAKA
8 NEGERI SEMBILAN
9 JOHOR
10 KELANTAN
11 PAHANG
12 TERENGGANU
13 SABAH
14 SARAWAK
GP WINS @ONLINE 2022
ukan: GP Online/ RMKe12/WINS LAMPIRAN 2
S@ONLINE TAHUN 2022
NGAN PESERTA JUMLAH KESELURUHAN
(ORANG) PESERTA
200
200 2800
200
200
200
200
200
200
200
200
200
200
200
200
SULIT 11
170
Ruju
Nota: Rekaan e- banner selain yang dicadangkan adalah dibenark
KEMAS HQ
GP WINS @ONLINE 2022
ukan: GP Online/ RMKe12/WINS
kan , tetapi perlu disemak dan mendapatkan kelulusan dari UKK
SULIT 12
171
Ruju
Nota: Rekaan e- banner selain yang dicadangkan adalah dibenar
KEMAS HQ
GP WINS @ONLINE 2022
ukan: GP Online/ RMKe12/WINS
arkan , tetapi perlu disemak dan mendapatkan kelulusan dari UKK
SULIT 13
172
Ruju
YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID
Nota: Rekaan e- banner selain yang dicadangkan adalah dibenark
KEMAS HQ
GP WINS @ONLINE 2022
ukan: GP Online/ RMKe12/WINS
kan , tetapi perlu disemak dan mendapatkan kelulusan dari UKK
SULIT 14
173
Rujukan: GP Online/ RMKe12/QUKIS
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN
QUICK WIN KIOSK ”QU KIS KEMAS”
BAHAGIAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
KEMAS IBU PEJABAT
1 GARIS PANDUAN QU Kis KEMAS SULIT
174
Rujukan: GP Online/ RMKe12/QUKIS
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN
QUICK WIN KIOSK ”QU KIS KEMAS”
1. TUJUAN
i. Garis Panduan ini disediakan untuk memaklumkan mengenai
tatacara pelaksanaan sudut Quick Win Kiosk ”Qu Kis KEMAS”
yang perlu diikuti oleh semua pihak yang menjadi pelaksana.
Penyediaan garis panduan ini akan menghasilkan keseragaman
dari segi penyediaan Quick Win Kiosk ”Qu Kis KEMAS” di PKM
KEMAS seluruh negara dan seterusnya dapat memberi manfaat
kepada usahawan di bawah KEMAS.
2. LATAR BELAKANG
i. Melalui Rancangan Malaysia ke 11, Jabatan Kemajuan Masyarakat
telah melaksanakan Program Kursus Kemahiran Quick Win yang
telah banyak menghasilkan usahawan yang terdiri daripada
masyarakat luar bandar umumnya dan peserta kelas kemahiran
KEMAS khasnya. Program ini dilaksanakan selaras dengan Teras
2: Keusahawanan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar.
ii. Oleh yang demikian, satu platform perlu diwujudkan bagi membantu
mempromosi dan memasarkan bagi memastikan usahawan-
usahawan bimbingan KEMAS berdaya saing dan mampu bertahan
di dalam situasi pandemik kini.
175
Rujukan: GP Online/ RMKe12/QUKIS
3. OBJEKTIF
Objektif Quick Win Kiosk “Qu Kis KEMAS” ini adalah untuk:
i. Membantu mempromosikan produk-produk usahawan Bimbingan
KEMAS sekaligus membantu memasarkan produk bagi
membolehkan produk tersebut bersaing di pasaran dan sekaligus
membantu meningkatkan hasil jualan serta pendapatan usahawan
ii. Membantu mewujudkan rangkaian kerjasama di kalangan
usahawan-usahawan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Agensi-
Agensi Kerajaan yang berkaitan;
iii. Mewujudkan program inkubator kepada usahawan bimbingan
KEMAS untuk membentuk mereka sebagai usahawan yang Berjaya
dalam masa yang sama mengurangkan risiko kegagalan di
peringkat awal perniagaan dijalankan.
iv. Merealisasikan pembentukan budaya keusahawanan dalam
kalangan peserta kelas kemahiran KEMAS dan kumpulan sasar
Program.
v. Menjadi tarikan pengunjung semasa program Quick Win dan
Program WINS@Online
3 GARIS PANDUAN QU Kis KEMAS SULIT 176
Rujukan: GP Online/ RMKe12/QUKIS
4. PEMATUHAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan yang seangkatan
dengannya, langkah-langkah yang perlu diberi perhatian dan diambil
tindakan dalam pematuhan SOP adalah:
i. Diwajibkan menyediakan kemudahan Kod QRMySejahtera dan
menyediakan buku pendaftaran kehadiran.
ii. Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian
internet yang luas. Penggunaan buku pendaftaran kehadiran
pelanggan hanya dibenarkan di kawasan yang tiada liputan internet
atau lain-lain alasan yang munasabah (warga emas, ketiadaan
telefon pintar dan lain-lain).
iii. Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan
penggunaannya sebelum masuk.
iv. Lakukan langkah pembersihan dan nyahkuman secara menyeluruh
di dalam dan di luar kawasan kelas/bangunan sebelum memulakan
pengoperasian.
v. Proses pembersihan dan nyahkuman dilaksanakan 2 kali sehari
(sebelum dan selepas) di tempat umum yang kerap disentuh
peralatan kiosk seperti rak pamplet, almari pamer, kaunter, kerusi
dan meja perbincangan.
vi. Pastikan pengunjung dan petugas berada dalam keadaan yang
sihat dan bebas Covid-19.
177
Rujukan: GP Online/ RMKe12/QUKIS
vii. Pengisytiharan kesihatan dan sejarah perjalanan hendaklah dibuat
sama ada pengunjung, usahawan dan kakitangan yang terlibat
terdedah kepada mereka yang dijangkiti Covid19 ,penyakit
berjangkit yang lain serta untuk mengesan sejarah perjalanan dari
luar negara.
5. KUMPULAN SASAR
i. Golongan kumpulan sasar adalah seperti berikut
a) Golongan B40 dan M40
b) Usahawan Bimbingan KEMAS
c) Peserta Quick Win
d) Peserta Kelas Kemahiran KEMAS
e) Peserta Kursus Kemahiran Jangka Pendek
ii. Telah memulakan perniagaan dan mempunyai mendaftar
perniagaan dan mempunyai sijil SSM
6. KRETERIA PRODUK SULIT
i. produk yang berkualiti
ii. pembungkusan dan Pelabelan produk yang menarik
iii. logo atau jenama atau cogankata.
5 GARIS PANDUAN QU Kis KEMAS
178
Rujukan: GP Online/ RMKe12/QUKIS
7. LOKASI
i. Pusat Digital KEMAS
ii. Pusat Masakan KEMAS
iii. Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM)
iv. Kelas-kelas Kemahiran KEMAS
8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
i. Pengurusan Inkubator
- Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Pendidikan
Kemahiran (PPMK PK) adalah Pengurus Inkubator
- menggalakkan peserta untuk membangunkan serta
menyerlahkan idea-idea dan bakat, terutama dalam bidang
perniagaan dan keusahawanan
- Penyelaras untuk melantik mentor usahawan yang sesuai dan
berkelayakan bagi membimbing serta membantu usahawan
yang terlibat.
- Memberi pengalaman sebenar kepada peserta dalam dunia
perniagaan dan keusahawanan.
- Memupuk semangat dan bakat keusahawanan di kalangan
peserta.
179
Rujukan: GP Online/ RMKe12/QUKIS
- Menyelia dan memantau perkembangan peserta sepanjang
program dijalankan sehingga suatu waktu yang ditetapkan.
- Mewujudkan sistem pengrekodan bagi stok keluar masuk dan
transaksi urusniaga. (POS - Point Of Sale) Contoh ;
UNICENTA, OPENSOURCEPOS
ii. Pengurusan Kewangan
- Mengawalselia pengurusan kewangan dikendalikan oleh
Jawatankuasa Aktiviti Kelas Kemahiran.
- Mewujudkan pengurusan sistem fail dan dokumentasi yang
bersistematik.
- Mengadakan Mesyuarat minimum 4 kali setahun bagi
membincangkan hal ehwal kewangan, urusniaga Qu Kis dan
lain-lain.
- Menguruskan dokumen kewangan dan stok keluar/masuk.
- Mengemaskini urusan akaun / lajer dan kira-kira
- Menyediakan penyata kewangan dan dibentangkan dalam
mesyuarat
- Caj pengurusan tidak melebihi 10% dari harga jualan dan
dimasukkan dalam tabung Jawatankuasa Aktiviti Kelas
Kemahiran. Penetapan kadar hendaklah diputuskan oleh
Jawatankuasa Aktiviti
7 GARIS PANDUAN QU Kis KEMAS SULIT 180
Rujukan: GP Online/ RMKe12/QUKIS
9. PERUNTUKAN
i. Peruntukan bagi penyediaan Quick Win Kiosk ”Qu Kis KEMAS” ini
adalah RM10,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Ringgit
sahaja)
ii. Anggaran kos perbelanjaan bagi Quick Win Kiosk ”Qu Kis
KEMAS” adalah berdasarkan kiraan seperti di Lampiran A.
iii. Perbelanjaan sebenar berdasarkan keperluan di peringkat KEMAS
Negeri dan tidak boleh melebihi siling peruntukan yang disalurkan.
iv. Sebarang perubahan kos adalah tertakluk kepada kesesuaian
pelaksanaan di setiap negeri.
v. Mematuhi tatacara dan peraturan kewangan dan perakaunan
semasa yang berkuat kuasa.
vi. Sebarang pindaan berkaitan dengan peruntukan perlu mendapat
kelulusan secara rasmi daripada Bahagian Pendidikan Kemahiran
KEMAS Ibu Pejabat.
181
Rujukan: GP Online/ RMKe12/QUKIS
10. PENUTUP
Quick Win Kiosk “Qu Kis KEMAS” ini dijangka dapat memberikan
impak kepada usahawan yang berpotensi untuk meningkatkan
pendapatan dan nilai tambah dalam melebarkan lagi jaringan kerjasama.
Disamping dapat meningkatkan tahap kemahiran dan mempromosikan
produk.
Bahagian Pendidikan Kemahiran
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Putrajaya
TARIKH KEMASKINI : 6 SEPTEMBER 2021
9 GARIS PANDUAN QU Kis KEMAS SULIT 182
Rujukan: GP Online/ RMKe12/QUKIS
LAMPIRAN A
LAMPIRAN ANGGARAN PERUNTUKAN
BAGI PENYEDIAAN
QUICK WIN KIOSK ”QU KIS KEMAS”
TAHUN 2021
183
Rujukan: GP Online/ RMKe12/QUKIS
Anggaran perbelanjaan bagi Quick Win Kiosk “Qu Kis” adalah berdasarkan
kiraan seperti berikut :
BIL PERKARA JUMLAH
Perabot dan kelengkapan (RM)
i. Kerusi
ii. Meja Perbincangan 10,000.000
1 iii. Meja Promosi 10,000.00
iv. Almari Pamer
v. Rak Pamplet Usahawan
vi. Banner
2. Sudut Photophone
Kos Pelbagai (sekiranya Perlu)
i. Kos Peralatan
3.
ii. Peralatan sanitasi
iii. Lain – lain keperluan yang berkaitan
JUMLAH (RM)
• Tertakluk kepada perkara 9 (iii, iv dan v)
11 GARIS PANDUAN QU Kis KEMAS SULIT 184
Rujukan: GP Online/ RMKe12/QUKIS
LAMPIRAN B
“LAY OUT”
QUICK WIN KIOSK ”QU KIS KEMAS”
TAHUN 2021
185
Rujukan:GP/RMKe-12PPDMKK2022
GARIS PANDUAN PELANCARAN
PUSAT DAYA MAJU KELUARGA KEMAS
RMKe-12
BAHAGIAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN
JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
KEMAS IBU PEJABAT
1 | GP PELANCARAN PUSAT DAYA MAJU KELUARGA KEMAS2022
186
Rujukan:GP/RMKe-12PPDMKK2022
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
GARIS PANDUAN PELANCARAN PUSAT DAYA MAJU KELUARGA
(KEMAS) RMKe-12
1. PENDAHULUAN
Garis Panduan ini disediakan untuk memaklumkan mengenai tatacara
pelaksanaan Program Pelancaran Pusat Daya Maju Keluarga
(KEMAS) yang seragam dan boleh diikuti oleh semua pihak yang
menjadi pelaksana.
2. TUJUAN
2.1 Melaksanakan pelancaran Program Pusat Daya Maju Keluarga
(KEMAS). Di mana program ini dirangka dengan tujuan untuk memberi
kemudahan kepada masyarakat setempat yang terlibat secara aktif
dalam perniagaan dapat menggunakan peralatan mesin yang
berteknologi tinggi di kelas kemahiran KEMAS disamping dapat
meningkatkan ekonomi dan pendapatan keluarga.
2.2 Bersandarkan kepada Dasar Pembangunan Luar Bandar, Teras 8;
Sistem Penyampaian Dan Tadbir Urus Berkesan; Merapatkan jaringan
kerjasama antara agensi Kerajaan dan sektor swasta/korporat bagi
mentransformasi kawasan luar bandar.
2 | GP PELANCARAN PUSAT DAYA MAJU KELUARGA KEMAS2022
187
Rujukan:GP/RMKe-12PPDMKK2022
3. OBJEKTIF
3.1 Merapatkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan
masyarakat bagi mentransformasikan kawasan luar bandar
3.2 Menarik minat golongan masyarakat setempat / belia/ wanita/ untuk
melibatkan diri dalam perniagaan disamping dapat meningkatkan
ekonomi dan meningkatkan pendapatan keluarga.
4. PEMATUHAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
4.1 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DAN DIAMBIL TINDAKAN
i. Lakukan langkah pembersihan dan disinfeksi (nyahkuman)
secara menyeluruh di dalam dan di luar kawasan
kelas/bangunan sebelum memulakan pengoperasian. Proses
pembersihan dan disinfeksi dilaksanakan 2 kali sehari
(sebelum dan selepas) di tempat umum yang kerap disentuh
seperti kaunter, pemegang pintu, kerusi dan meja tempat
menunggu.
ii. Pastikan premis /bangunan berada dalam keadaan yang
selamat dan bersih untuk peserta dan kakitangan menjalankan
kursus.
iii. Pastikan peserta dan semua kakitangan berada dalam
keadaan yang sihat dan bebas Covid-19 serta bersedia untuk
berkursus/ menyertai program.
iv. Pengisytiharan kesihatan dan sejarah perjalanan hendaklah
3 | GP PELANCARAN PUSAT DAYA MAJU KELUARGA KEMAS2022
188
Rujukan:GP/RMKe-12PPDMKK2022
dibuat sama ada peserta dan kakitangan yang terdedah
kepada mereka yang dijangkiti Covid-19 atau penyakit
berjangkit yang lain serta samada mereka baru pulang dari luar
negara.
v. Peserta dan kakitangan digalakkan membuat ujian kendiri
Covid-19 sebelum menyertai kursus/ program/aktiviti . Borang
pengisytiharan kesihatan hendaklah diisi sebelum memulakan
kursus (Lampiran A).
4.2 PELAKSANAAN PEMBELAJARAN / AKTIVITI
i. Waktu pelaksanaan adalah secara bersemuka.
ii. Peserta wajib memakai face mask sepanjang masa.
iii. Jumlah kehadiran peserta yang dibenarkan adalah mengikut kapasiti
yang dibenarkan sahaja pada suatu masa termasuk moderator,
panel forum dan urusetia/ kakitangan .
iv. KEMAS Negeri hendaklah memastikan :
a) Penjarakan sosial (seperti tanda jarak 1 meter di lantai,
meja dan kerusi)
b) Elakkan aktiviti yang memerlukan sentuhan;
c) Elakkan perkongsian peralatan/bahan pembelajaran;
d) Elakkan perkumpulan ramai.
4 | GP PELANCARAN PUSAT DAYA MAJU KELUARGA KEMAS2022
189
Rujukan:GP/RMKe-12PPDMKK2022
v. Jumlah kehadiran setiap kakitangan dan peserta pada setiap masa
hendaklah direkodkan dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.
vi. KEMAS negeri hendaklah menyediakan alat saringan suhu badan
dan mengambil bacaan suhu badan kakitangan. Kakitangan atau
peserta yang mempunyai suhu badan melebihi kadar tidak sihat
(37.5°) adalah tidak dibenarkan memasuki premis.
vii. Setiap kakitangan dan peserta perlu menggunakan cecair pencuci
tangan (hand sanitiser) yang diletakkan di setiap pintu masuk.
viii. Jamuan makan hendaklah merujuk dan mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.
5. KUMPULAN SASAR
Kumpulan sasar adalah wajib terdiri daripada:
i. Peserta Kelas Kemahiran KEMAS
ii. Usahawan Peniaga / Kecil
iii. Masyarakat setempat
5 | GP PELANCARAN PUSAT DAYA MAJU KELUARGA KEMAS2022
190