ISI KANDUNGAN
BAB 1 ......................................................................................................................... 1
PENGENALAN........................................................................................................... 1
KADAR PENGANGGURAN. .................................................................................. 4
SYARIKAT GULUNG TIKAR. ................................................................................. 5
KADAR BUNUH DIRI AKIBAT KESEMPITAN HIDUP............................................ 6
PENGENALAN BUKU INI....................................................................................... 7
SIAPA SAIFULLAH ZULKFLI? ............................................................................... 9
APA ITU ‘THE VICEGERENT’?............................................................................ 11
BAB 2 ....................................................................................................................... 14
MEMAHAMI KEWANGAN & DUIT ........................................................................... 14
KITARAN KEWANGAN / FINANCIAL CIRCLE..................................................... 16
PAI KEWANGAN .................................................................................................. 21
ASET VS LIABILITI............................................................................................... 23
KEPERLUAN VS KEMAHUAN ............................................................................. 26
MEMAHAMI JENIS PENDAPATAN...................................................................... 29
NETWORTH DAN CASH FLOW .......................................................................... 32
DANA KECEMASAN DAN DANA IBU DUIT (PELABURAN)................................ 36
BAB 3 ....................................................................................................................... 39
ULTIMATE WEALTH STRATEGY VICEGERENT ................................................... 39
FORMULA THE VICEGERENT............................................................................ 41
1. Bina Matlamat Kewangan ........................................................................ 43
APAKAH IBU DUIT?............................................................................................. 45
2. Bina Tabung Ibu duit................................................................................ 46
3. Formula 4 NOMBOR MAGIK ................................................................... 46
4. Retire Young Retire Rich ......................................................................... 48
i
BAB 4 ....................................................................................................................... 51
STRATERGI BINA IBU DUIT ................................................................................... 51
PAY YOURSELF FIRST....................................................................................... 53
SI HIJAU SI MERAH............................................................................................. 54
TEKNIK 6 JAR ...................................................................................................... 55
MULTIPLE SOURCE OF INCOME (MSI) ............................................................. 57
BAB 5 ....................................................................................................................... 60
STRATEGI URUS HUTANG .................................................................................... 60
GOOD DEBT BAD DEBT ..................................................................................... 62
TEKNIK LANGSAI HUTANG DENGAN CEPAT ................................................... 66
KAEDAH DEBT CONSOLIDATION (PENYATUAN HUTANG) ......................... 67
KAEDAH SNOWBALL VS AVALANCHE .......................................................... 70
HUTANG KERETA ............................................................................................... 73
PTPTN (PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL) ............... 78
KAD KREDIT ........................................................................................................ 80
BAB 6 ....................................................................................................................... 82
PENUTUP ................................................................................................................ 82
ii
BAB 1
PENGENALAN
1
Bab 1: Pengenalan
Pada peringkat awal krisis pandemik Covid-19 saya melihat pasaran hartanah
semakin hari semakin menarik. Banyak tawaran-tawaran menarik yang diberikan oleh
pemaju dalam tempoh ini. Bagi sektor subsale hartanah waktu ini adalah ‘buyers’
market’ yang mana pemilik hartanah terpaksa menjual hartanah dalam keadaan
terdesak dan pembeli dapat membeli dengan harga yang menarik bawah pasaran.
Namun demikian, dunia hartanah tidak dapat lari dari dua dunia yang lain iaitu dunia
perundangan dan dunia kewangan.
Dunia kewangan yang saya maksudkan adalah kewangan peribadi dan keluarga.
Mustahil untuk menyertai dunia hartanah jika profil kewangan kita koyak dan bocor.
Lebih malang adalah apabila kita terkesan secara ekonomi sewaktu pendemik sama
ada diberhentikan atau dikurangkan gaji.
Jika kita terkesan secara ekonomi dan kewangan maka kita akan terlepas daripada
merebut peluang-peluang menarik dalam dunia hartanah.
Namun demikian, lebih penting dari dunia hartanah adalah aspek survival diri kita dan
keluarga. Ramai yang putus bekalan dan kewangan untuk meneruskan kehidupan
seharian.
Buku ini ditulis untuk membantu kewangan peribadi pembaca dan keluarga, setelah
itu kita akan melihat peluang-peluang pelaburan dan hartanah.
Tahun 2020 adalah merupakan tahun bersejarah dalam sejarah dunia. Tahun 2020
yang sepatutnya menjadi tahun yang meraih keuntungan dan kebangkitan selepas
kelembapan ekonomi 2018 bertukar menjadi sejarah hitam bagi seluruh dunia.
Dunia berdepan dengan serangan tentera halus yang tidak dapat dilihat dengan mata
kasar yang kita kenali sebagai COVID-19.
Kesan covid ini bukan sahaja memberi kesan kepada sektor kesihatan dan perubatan,
malah COVID-19 telah memberi kesan kepada sektor ekonomi dan sosio-budaya
masyarakat seluruh dunia.
Bandar-bandar besar yang dulu tidak pernah sepi dan sentiasa sesak kini kosong dan
banyak premis-premis mula dilelong.
2
COVID-19 memaksa dunia melaksanakan kuarantin dan penutupan ekonomi yang
mengakibatkan perniagaan dan ekonomi lumpuh. Kesan daripada itu kita dapat
saksikan pelbagai masalah timbul daripada tindakan ini.
Namun kita faham bahawa tindakan ini adalah perlu bagi memastikan kita menang
dalam peperangan menentang COVID-19 ini.
Bagi rakyat Malaysia terdapat beberapa kesan langsung terhadap ekonomi rakyat.
1. kadar pengangguran masyarakat ketika pandemik covid-19.
2. syarikat jatuh rugi dan gulung tikar
3. kadar peningkatan bunuh diri ketika pandemik covid-19
3
KADAR PENGANGGURAN.
Berdasarkan data yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan tahun lepas terdapat
peningkatan sebanyak 17.1% peratus sebanyak 610,500 orang jumlah pengangguran
telah dicatatkan ketika PKP dilaksanakan sejak Mac 2020.
Terbaru adalah data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan pada 10 Mac 2021
kadar pengangguran pada Januari meningkat kepada 4.9 peratus (Disember 2020:
4.8 peratus) dengan tambahan sebanyak 9,700 orang penganggur kepada 782,500
orang (Disember 2020: 772,900 orang).
Ramai dikalangan kita yang dipotong gaji atau diberhentikan. Keadaan semakin
meruncing. Ramai dikalangan kita yang hilang pendapatan bukan sahaja tidak mampu
bayar pinjaman bank malah ada yang terputus bekalan makanan.
4
SYARIKAT GULUNG TIKAR.
Faktor ini menjadi penyebab utama kepada kadar pengangguran yang kian
meningkat. Apabila dilaksanakan PKP dan penutupan ekonomi, banyak industri kecil
dan sederhana yang terpaksa ditutup.
Akibat dari ini bukan sahaja B40 yang terjejas, malah M40 dan T20 turut terkesan
daripada pendemik ini. Lebih parah industri kecil ini dan peniaga-peniaga ini memberi
peluang pekerjaan kepada golongan B40 terpaksa diberhentikan.
5
KADAR BUNUH DIRI AKIBAT KESEMPITAN HIDUP.
Kesan langsung daripada tekanan kewangan keluarga dan kelangsungan hidup
memberikan tekanan kepada kesihatan mental dan psikologi masyarakat.
Apatah lagi kuarantin dan PKP yang tidak berkesudahan menambahkan lagi tekanan
kepada rakyat. Ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan kes bunuh diri
dikalangan rakyat.
Saya sendiri berdepan dengan pelbagai berita dan khabar dari kawan-kawan
berkenaan isu ini. Ada bekas anak didik sewaktu mengajar di salah sebuah universiti
yang dikhabarkan telah membunuh diri sebab kesempitan hidup dan masalah
keluarga.
Kalau yang disiarkan di dalam Facebook (FB), terdapat macam-macam video dan
berita yang dapat kita baca berkenaan hal ini. Amat tragik dan menyedihkan.
6
PENGENALAN BUKU INI
Menyedari isu kewangan dan ekonomi keluarga yang semakin mendesak ini, saya
terpanggil untuk berkongsi idea dan strategi penting berkenaan kewangan dan
bagaimana kita boleh keluar dari belenggunya.
Saya akan memberikan satu fokus iaitu strategi yang saya namakan THE
VICEGERENT.
Melalui buku ini saya akan berkongsi konsep-konsep kewangan individu. Hal ini
penting bagi kita mengenali peraturan dalam pengurusan kewangan bagi
memudahkan kita mengatur strategi dalam langkah membaiki kewangan kita.
Dari konsep ini saya akan menerangkan strategi THE VICEGERENT yang secara
khusus membantu kita untuk membina matlamat kewangan, bersara muda dan kaya,
strategi pelaburan berganda atau compounding dan ibu duit.
Melalui strategi utama ini kita akan sedar bahawa betapa besarnya kepentingan kita
untuk membuat simpanan dan sejumlah wang yang kita jadikan ibu duit untuk kita
mencapai kebebasan kewangan dan keluar dari belenggu masalah kewangan.
Justeru dalam bab empat saya akan membincangkan beberapa strategi asas untuk
kita mengumpul dan menyimpan untuk kita mencipta ibu duit untuk kita mencapai
kebebasan kewangan.
Selain dari menyimpan dan melabur duit kita, aspek kedua yang penting adalah
pengurusan hutang. Kita tidak boleh hanya mencipta dan menyimpan duit jika kadar
hutang kita tinggi. Mencipta duit harus seiring dengan mengurus hutang dan kadar
pengeluaran duit.
Justeru dalam bab lima saya akan membincangkan beberapa strategi untuk kita
mengurus hutang. Bagaimana kita boleh selesaikan masalah hutang dan langsaikan
hutang awal.
Objektif utama buku ini adalah untuk anda keluar masalah kewangan dan mengurus
kewangan demi masa depan. Kita harus membaiki mentaliti kita terhadap kewangan
dan mengatur strategi kewangan untuk kita mencapai kebebasan kewangan.
7
Langkah-langkah kecil seperti menyimpan dan mengurangkan belanja dilihat remeh.
Namun dalam buku ini kita akan lihat betapa pentingnya kedua-dua langkah ini dalam
mengeluarkan kita dari masalah kemiskinan.
8
SIAPA SAIFULLAH ZULKFLI?
Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, dilahirkan di Petaling
Jaya Selangor pada 24 Jun 1985. Mendapat
pendidikan awal di SRK Sultan Alam Shah (2),
Petaling Jaya dan melanjutkan pelajarannya di SMK
(L) Bukit Bintang, Petaling Jaya dan SM Teknik
Taiping
Setelah tamat SPM, beliau menyambung pengajian
ke peringkat matrikulasi di Matriculation Centre,
International Islamic University Malaysia (IIUM)
Petaling Jaya. Kemudian, beliau berjaya
menamatkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda di IIUM Gombak dalam jurusan
Bachelor of Political Science and Minor in Islamic Revealed Knowledge. Pengajian
beliau di teruskan ke peringkat Sarjana dalam bidang Post Graduate Master of Arts
(Malaysian History) di Universiti Malaya. Sekarang masih meneruskan pengajian
sarjana dalam Master in Property Investment di UiTM Shah Alam.
Merupakan seorang yang aktif dalam persatuan dan organisasi. Keterlibatan beliau
dalam persatuan bukan di peringkat Malaysia sahaja, bahkan pernah mewakili
Malaysia ke peringkat antarabangsa. Selain itu, beliau juga aktif dalam Non-
Government Organisation (NGO) di Malaysia di dalam membantu masyarakat.
Perkara-perkara ini telah menjurus beliau untuk berada dalam politik di Malaysia.
Berpengalaman selama 6 tahun sebagai Ketua Whip bagi badan lagislatif kerajaan
tempatan di Selangor yang bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan menggubal
dasar dalam pembangunan di Selangor.
Beliau telah mula melabur dalam hartanah sejak tahun 2010. Sehingga kini telah
menguruskan lebih daripada 200 hartanah. Beliau juga merupakan pengasas kepada
Myzone Group, Myzone Property, Zone Bersih Cleaning dan Myzone Car Rental. Dari
2018 hingga kini beliau merupakan CEO kepada Myzone Group Sdn Bhd. Syarikat
pengurusan hartanah dan pelaburan hartanah.
9
Minat beliau dalam pelaburan, khususnya dalam pelaburan hartanah telah membawa
beliau untuk berkongsi pengalaman, tips-tips serta panduan untuk menjadi pelabur
yang bijak dan berjaya. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana
dalam bidang Pelaburan Hartanah di UiTM Shah Alam.
10
APA ITU ‘THE VICEGERENT’?
اْْلَرِْض جَاعِلٌ فِي وخََلإِِذيْفًَةۖقَالَقَارَُُّبلكوَاِلْألََمتَََجلْئعَِكلَُةِفِيإِنهَِيا
فِيهَا َمن ُيفْسُِد
ُوَُنقَدِس ُوََنحْن
﴾٣٠﴿ َبِحَمْدِك ُُنسَبِح ُأَعَْلم وََيسْفِكُ الدَِماَء
َتعْلَمُوَن َما ََل َلۖكَ قَاَل إِنِي
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat
ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak
menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?” Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang
kamu tidak mengetahuinya".
The Vicegerence merupakan perkataan Bahasa Inggeris yang diterjemahkan
membawa maksud Khalifah. Secara asasnya, khalifah merupakan pemimpin atau
seseorang yang ditugaskan untuk menguruskan atau mengelola sesuatu perkara.
Berdasarkan ayat Al-Quran di atas, kita dapat lihat bahawa Allah SWT menciptakan
manusia di muka bumi ini dengan tujuan untuk menguruskan bumi.
Selain tujuan utama manusia diciptakan untuk beribadat kepada Allah SWT, tugas
manusia juga adalah sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk
menguruskan perihal berkaitan dunia dengan baik. Konsep pengurusan di sini terlalu
luas, dari sekecil-kecil pengurusan sehinggalah sebesar-besar pengurusan.
Ini termasuklah pengurusan diri sendiri, pengurusan keluarga, pengurusan
masyarakat sehingga pengurusan ummah di peringkat negara mahupun dunia. Islam
sangat mementingkan hal ehwal pengurusan. Ini kerana, pengurusan yang baik akan
membuahkan hasil yang baik.
Oleh yang demikian, pengurusan kewangan juga penting dalam Islam. Ini kerana,
Islam merupakan cara hidup. Islam bukan sekadar di Masjid ataupun Surau. Islam
meliputi kehidupan seharian seorang muslim bermula dari bangun tidur, sehingga tidur
semula. Begitu juga dari segi kewangan. Islam juga telah menggariskan beberapa
pengurusan kewangan yang mampu mengangkat ekonomi orang Islam itu sendiri.
11
Sebagai contoh, terdapat dari kalangan para sahabat Rasulullah SAW merupakan
seorang yang kaya-raya. Saidina Uthman bin Affan contoh terkenal sebagai seorang
yang kaya dan dermawan. Menjadi seorang yang kaya bukan hanya sekadar dengan
mimpi dan angan-angan, ianya perlu melalui perancangan, pengurusan dan strategi
yang betul supaya kekayaan itu adalah kekayaan yang berkat di dunia dan akhirat.
ُِاّلَّكلُصَمذَِْلّىىرَاعَاََعلٍَّلّلُىوَعَكاَُلُّلليَْنكُّهِامْس-ُعَنِنْأََعُّنرَمَُهعِرََيّقتَِعَاهِنِلَفَا«الْلََنّمأَِبَِليَىِرُك-َموسَْعَسئَُنَِلّومٌلَاْب
ٌأرََْهالعٍِ َبوَيُهْتوَِهَِموسَُْهئُووٌَلَمعسَْنئُْورٌلَعَِعيَّتنِْههُِمْوَاوَلاَْلرّجمَُرلُْأَُةرَارعٍَاععَِيلََىة
ْعَلَى َبيْتِ َبعْلَِها وَوََلدِهِ وَهِىَ َمسْئُوَلٌة عَنُْهم
َمالِ سَيِدِهِ وَُهوَ َمسْئُوٌل عَنُْه عََلى ٍْوَاْألََلعََبُْفدَكُُّلرَكاُمع
ِوَكُُّلكُمْ َمسْئُوٌل عَنْ رَعَِيّتِه ٍرَاع
)ٌ»(رَوَاهُ ُمسْلِم
Dari Ibnu Umar RA dari Nabi SAW sesunggguhnya bersabda: sesungguhnya
Rasulullah SAW bersabda: setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta
pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara adalah
pemimpin atas rakyatnya dan akan diminta pertanggungjawaban perihal rakyat yang
dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin atas anggota keluarganya dan akan
ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri adalah pemimpin atas
rumah tangga dan anak-anaknya dan akan ditanya perihal tanggungjawabnya.
Seorang pembantu rumah tangga adalah bertugas memelihara barang milik
majikannya dan akan ditanya atas pertanggung jawabannya. Dan kamu sekalian
pemimpin dan akan ditanya atas pertanggungjawabannya. (HR. Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa setiap dari kita adalah pemimpin yang akan
dipertanggungjawabkan atas apa yang kita pimpin di akhirat kelak. Sebagai khalifah
yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk menguruskan perihal dunia ini, menjadi suatu
kewajipan ke atas setiap daripada kita untuk berusaha menguruskan dengan sebaik
12
mungkin. Segala harta dan hasil bumi yang disediakan oleh Allah SWT mestilah
diuruskan dengan baik.
Oleh yang demikian, ekonomi Islam juga merupakan salah satu tanggungjawab kita
sebagai muslim untuk kita pertahankan dan kukuhkan. Hal ini kerana, ekonomi yang
kuat menjadi salah satu faktor yang akan membawa nama baik Islam seperti yang
diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Dengan menjadi seorang yang mempunyai ekonomi yang kukuh atau dengan kata
lain seorang yang kaya, secara tidak langsung akan membuka peluang kepada kita
untuk membantu orang yang kurang bernasib baik.
Islam tidak pernah melarang umatnya untuk menjadi seorang yang kaya-raya ataupun
jutawan. Malah, hal ini sangat dianjurkan supaya kita dapat mengukuhkan lagi
ekonomi umat Islam. Namun begitu, pengurusan kewangan yang baik sangat
diperlukan supaya kita berjaya menjadi seorang yang kaya dengan mengikut
landasan syariat Islam. Perkara halal dan haram menjadi fokus utama dalam
pengurusan kewangan Islam. Ini kerana, setiap harta yang kita miliki akan menjadi
tanggungjawab kita dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat nanti. Oleh itu,
jadilah seorang yang kaya-raya dengan landasan syariat dan di redhai Allah SWT.
13
BAB 2
MEMAHAMI KEWANGAN & DUIT
14
Untuk keluar daripada masalah kewangan kita harus memahami kriteria dan ciri-ciri
kewangan. Kita boleh ambil perumpamaan ini seperti peraturan permainan. Dalam
permainan, jika kita nak menang kita kena tahu peraturan permainan tersebut. Kita
akan kalah kerana kita gagal menguasai peraturan dan permainan.
Sama juga seperti kewangan, kita sering bermasalah dengan kewangan bukan
semata-mata kerana kurang pendapatan, ini juga berpunca kerana kegagalan kita
memahami peraturan kewangan dan sikap yang salah terhadap kewangan.
Saya sering menerima aduan daripada rakan dan client yang tergolong dalam M40
dan berpendapatan RM 10,000 ke atas. Mereka sering berdepan dengan pelbagai
masalah kewangan. Dalam erti kata lain, pendapatan kita tidak menentukan kejayaan
kewangan kita. Ramai yang pendapatan tinggi tetapi setiap bulan tidak berjaya
menyimpan dan tidak mempunyai lebihan kewangan.
Ini membuktikan jika kita tidak membaiki tabiat, mentaliti dan sikap yang betul
terhadap kewangan, sebesar mana pun gaji kita, kita tetap tidak akan dapat keluar
daripada masalah kewangan.
Dalam bab ini saya akan menulis berkenaan ciri-ciri, kriteria dan konsep-konsep asas
dalam kewangan sebagai langkah awal untuk membaiki kewangan kita.
15
KITARAN KEWANGAN / FINANCIAL CIRCLE
16
Terdapat lima kitaran kewangan. Sesetengah orang menamakannya ‘Tiang
Kewangan.’ Kitaran kewangan ini penting untuk kita fahami.
Dari ini kita akan mengetahu 6 aspek penting dalam kewangan yang perlu
dilaksanakan mengikut aturannya kitarannya. Dari 6 aspek kitaran kewangan ini kita
akan berjaya mengatur kewangan keluarga dan mencipta kekayaan bukan saja
kepada diri sendiri malah kepada keluarga setelah kita meninggal kelak.
Konsep kekayaan kepada ummat Islam bukan sahaja kita nak kaya di dunia malah di
akhirat, kerana itu aspek sedekah dan zakat serta pewarisan harta adalah penting
untuk kita kaya dunia akhirat.
6 kitaran kewangan peribadi adalah seperti berikut:
1. Cipta kewangan
Boleh dicipta melalui pelbagai cara. Bagi saya ada tiga cara untuk mencipta duit.
a. Active income
Duit yang kita cipta melalui kerja harian kita.
b. Hustle income
Duit yang kita cipta melalui kerja-kerja tambahan.
c. Passive income
Duit yang kita cipta melalui hasil kerja yang lain dan kita laburkan pada portfolio-
portfolio pelaburan yang ada.
Aspek mencipta kewangan ini adalah asas pokok, kerana jika tidak ada sumber
pendapatan kewangan mustahil kita boleh langkah ke kitaran seterusnya.
2. Urus kewangan
Kita perlu nijak pengurusan hutang dan pengurusan perbelanjaan. Dalam mengurus
perbelanjaan, kita bahagikan kepada dua iaitu perbelanjaan mengikut keperluan dan
perbelanjaan mengikut kemahuan.
17
Prinsip asas yang wajib kita jaga adalah perbelanjaan mestilah tidak boleh melebihi
pendapatan. Perbelanjaan pula harus memberi keutamaan kepada perbelanjaan
wajib seperti hutang dan keperluan hidup bukan dibelanjakan kepada kemahuan
seperti shopping dan hiburan.
Selain dari itu prinsip asas urus duit adalah pendapatan kita mesti sejumlah yang
khusus yang disimpan kepada tabung pelaburan dan tabung kecemasan.
Aspek inilah yang penting kerana dari tabungan dana ini kita akan laburkan untuk
mencipta pendapatan pasif dan dana kecemasan yang kita perlukan terutama
sewaktu berlaku kegawatan.
Masalah yang menimpa kita pada hari ini adalah kerana ramai yang tidak mempunyai
dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan. Justeru apabila berlaku
kecemasan seperti diberhentikan atau syarikat gulung tikar kita tidak mampu untuk
survive.
3. Labur kewangan
Bukan lebur, tapi laburkan. Ini kerana, matlamat kita adalah untuk membina
pendapatan pasif. Jadi, melalui pelaburanlah kita boleh menjana pendapatan pasif.
Istilah biasa orang guna, money works for money. Jadi, kita nak duit itu bekerja untuk
kit akita harus labur. Bahagian pelaburan ini kita akan kupas pada buku kedua.
Pelaburan juga mempunyai beberapa instrumen iaitu risiko rendah, risiko sederhana
dan risiko tinggi tapi kita perlu tahu dalam pelaburan ada prinsip high risk dan high
return. Lagi tinggi risiko pelaburan, lagi tinggi keuntungannya. Begitulah sebaliknya.
“when you did not create money that works for you when you sleep, means you need
to work for money until you die”.
“Jika kamu tidak mencipta duit yang bekerja untuk kamu ketika kamu tidur,
maksudnya, kamu perlu bekerja untuk duit sehingga kamu mati.”
18
4. Lindung kewangan
Perlindungan kewangan adalah perlu. Antara instrumen perlindungan kewangan
adalah takaful, hibah dan sebagainya.
Perlindungan ini adalah untuk dua perkara iaitu:-
a. Debt consolidation / Pelupusan Hutang
Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kita, perlindungan inilah yang akan
melindungi waris-waris kita daripada perlu menanggung beban hutang kita.
b. Income replacement / Penggantian Pendapatan
Jika kita terlibat dengan kemalangan, yang mengakibatkan kita tidak dapat bekerja
seperti biasa. Jadi, perlindungan inilah yang akan menjadi pendapatan kita.
5. Penyucian Harta
Sebagai Muslim kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam penyucian harta,
iaitu zakat sebagai Rukun Islam. Selain zakat, amalan bersedekah, infaq dan waqaf
juga dapat menambahkan amalan dan menyucikan harta kita.
6. Agih kewangan
Ini melibatkan soal wasiat dan pewarisan harta pusaka. Kita perlu sedar, terlalu
banyak harta pusaka yang tidak dapat diwarisi disebabkan soal agihan. Inilah yang
tidak diuruskan dengan baik sebelum kita meninggal dunia. Soal wasiat dan
pewarisan harta pusaka ini adalah sangat perlu untuk diselesaikan.
19
Dalam tajuk ini, kita harus memberi fokus kepada mencipta duit. Tanpa adanya
sumber pendapatan di peringkat yang pertama, mustahil untuk kita meneruskan ke
peringkat seterusnya.
Kesilapan ramai orang adalah melihat pelaburan sebagai kitaran pertama sedangkan
labur adalah langkah ketiga setelah cipta dan urus duit. Pelaburan adalah hasil lebihan
yang kita dapat setelah duit diperoleh dan diurus dengan betul.
Ramai yang hanya berminat nak melabur sahaja tanpa mempelajari ilmu pelaburan
dan mengurus duit dengan betul. Dari melabur jadi melebur.
Ramai juga yang pandai membuat duit atau mencipta duit tapi belum tentu pandai
mengurus duit. Sebab itu ramai yang sentiasa merungut tidak cukup duit apabila tiba
hujung bulan duit sudah habis. Bekerja bertahun-tahun tapi langsung tak ada
simpanan.
20
PAI KEWANGAN
Pai kewangan adalah gambaran untuk membantu kita membuat belanjawan daripada
pendapatan kita. Dengan ini kita dapat memastikan agar perbelanjaan kita tidak
melebihi pendapatan kita.
Di sini terdapat dua prinsip asas kepada kewangan. Pertama, perbelanjaan tidak
boleh melebihi pendapatan dan prinsip asas kedua adalah perlu meletakkan
sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kepada simpanan dan pelaburan.
SIMPANAN
20%
KEWAJIPAN
50%
KEMAHUAN
30%
Kewajipan (50%)
- Hutang
- Keperluan dapur
- Bil-bil
- Petrol
Kemahuan (30%)
- Hiburan
- Beli-belah
- Takaful
Simpanan (20%)
- Tabung Kecemasan
- Tabung Pelaburan
21
Pecahan peratusan kepada 3 aspek iaitu simpanan, kewajipan dan kemahuan yang
saya berikan contoh ini adalah untuk permulaan. Namun setelah keadaan kewangan
makin baik peratusan simpanan dari 20% boleh ditingkatkan dari masa ke masa.
Kebiasaan mereka yang berjaya dalam kewangan, peratusan simpanan adalah antara
50% ke 70%. Paling menarik adalah mereka yang telah mencapai kebebasan
kewangan, simpanan mereka adalah 100% kerana bahagian perbelanjaan kewajipan
dan kemahuan dibiayai sepenuhnya oleh hasil pendapatan pasif dari 100% simpanan
tadi.
22
ASET VS LIABILITI
23
Berdasarkan Robert Kayosaki, aset bermaksud segala perkara yang dapat
memasukkan duit ke dalam poket anda. Manakala liabiliti pula bermaksud segala
perkara yang mengeluarkan duit dari poket anda.
Kenapa aspek aset dan liabiliti ini penting?
Penting! Ini untuk memastikan supaya kita tidak membina liabiliti yang mengeluarkan
duit dari poket, akan tetapi kita ingin membina aset yang dapat memasukkan duit ke
dalam poket kita.
Dari kenyataan ini mungkin ramai yang berusaha untuk membina asset. Namun
banyak salah faham terhadap aset.
Contohnya, salah faham konsep aset dalam hartanah. Ramai yang sangka beli rumah
yang kita duduk adalah aset.
Sedangkan kita perlu bayar ansuran bulanan dengan duit dari poket sendiri. Itu pun
belum lagi bicara soal bil-bil, baiki kerosakan, dan cukai yang berkenaan.
Memang betul rumah memberi nilai equiti dan bersifat capital appreciation yang
menambah nilai hartanah tersebut setiap tahun.
Namun, definisi aset di sini tidak boleh digunakan jika anda mendiami rumah yang
anda beli kerana segala kos anda yang akan tanggung sendiri.
Jadi, definisi aset yang mana memasukkan duit ke dalam poket anda tidak selari
dengan rumah yang anda diami sendiri.
Berbeza pula jika rumah tersebut anda beli dan disewakan kepada penyewa. Ini
kerana, bayaran pembiayaan bulanan akan dibayarkan oleh penyewa melalui sewaan
bulanan.
Bagi pelabur hartanah yang bijak dengan memilih hartanah yang betul. Mereka
bahkan boleh mendapatkan positif cash flow melalui lebihan sewaan setelah ditolak
dengan bayaran pembiayaan bulanan.
Dalam hal ini, jika rumah yang disewakan boleh dikategorikan sebagai aset.
24
Hal yang sama juga kepada kereta. Kereta itu asalnya liabiliti. Namun, kita boleh
menjadikan kereta sebagai aset. Contohnya, apabila kita jadikan kereta sewa. Secara
purata sebelum berlakunya pandemik, dalam tempoh empat hari sewaan dalam
sebulan kereta sudah cukup untuk kita bayar pembiayaan bulanan bagi kereta
tersebut.
Jadi, dalam konteks kewangan, matlamat kita adalah untuk mencipta banyak aset.
Aset boleh dikatakan sebagai mesin ATM kita yang boleh menjana banyak duit
kepada kita.
Kesimpulannya cipta aset, bukan cipta liabiliti.
25
KEPERLUAN VS KEMAHUAN
26
Keperluan vs kemahuan berkait rapat dengan pai kewangan.
Dalam pai kewangan ada dinyatakan bahawa 20% perlu dibayar dan digunakan
daripada pendapatan kita untuk tujuan simpanan, pelaburan dan dana kecemasan.
20% daripada income (simpanan, pelaburan dan dana kecemasan).
Untuk barang-barang kewajipan atau dipanggil sebagai keperluan, akan diletakkan
50% daripada pendapatan.
Dari sudut pengurusan kewangan kita harus memahami dengan jelas apa itu
keperluan dan apa pula kemahuan.
Dalam Pai kewangan kita meletakkan 30% dari pendapatan kepada perbelajaan
kemahuan. Lagi kecil lagi bagus, fokus untuk tingkatkan 20% simpanan, pelaburan
dan dana kecemasan.
Keperluan merupakan perbelanjaan yang wajib dan perlu kita bayar. Kalaulah
pembayaran itu tidak dibuat atau penggunaan pendapatan itu tidak diberikan atau
disalurkan kepada keperluan ini maka kita akan ada masalah.
Sebagai contoh, perkara pertama dalam konteks keperluan yang perlu diuruskan
adalah soal hutang.
Kita ada pinjaman kad kredit, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi
dan sebagainya. Itu adalah merupakan kewajipan ataupun keperluan yang perlu
diselesaikan terlebih dahulu.
Kemudian, dalam keperluan juga kita ada aspek lain. Sebagai contoh, barangan
keperluan dapur, barangan basah dan barangan makanan. Kalau kita tidak membeli
dan tidak menggunakan saluran keperluan itu maka kita tidak boleh survive sebab itu
adalah barang keperluan. Kalau tidak membeli barangan dapur maka tidak
berasaplah dapur. Jadi, barang dapur juga dianggap sebagai keperluan dan
kewajipan untuk kita beli.
Cuma, dalam topik ini kita nak bercakap lebih detail atau lebih ditekankan dari segi
aspek kemahuan (desire).
Ada sesetengah daripada kita yang sebenarnya perbelanjaan kepada kemahuan itu
lebih tinggi daripada perbelanjaan keperluan. Kita lebih banyak membelanjakan duit
kita untuk perkara-perkara yang tidak perlu dan sudah tentu ia merupakan suatu
pembaziran.
27
Terlampau banyak barangan kemahuan yang boleh dibeli secara atas talian,
contohnya baju, beg, kasut dan sebagainya. Kita tidak ada keperluan untuk membeli
barangan tersebut tetapi atas sebab nafsu kita dalam berbelanja dan bermewah maka
kita terus membeli barangan kemahuan tersebut. Maka di sinilah berlakunya
pembaziran.
Jadi dalam konteks ini adalah amat digalakkan untuk kita mengurus setiap
perbelanjaan kita dan mengenal pasti apakah aspek keperluan dan apakah aspek
kemahuan.
Apabila kita sudah mengenal pasti aspek kemahuan ini maka adalah disarankan untuk
kita mengurus perbelanjaan kita dan mengecilkan perbelanjaan dalam aspek
kemahuan. Adalah disarankan aspek kemahuan ini hanyalah sekitar maksimum 30%.
Di dalam kemahuan yang melibatkan perbelanjaan ‘sampah’ seperti hiburan dan
shopping hanya lima peratus ke 10 peratus daripada pendapatan kita.
28
MEMAHAMI JENIS PENDAPATAN
Ada dua jenis pendapatan atau dipanggil income yang utama dan biasa kita dengar
dan biasa kita gunakan.
Pertama ialah aktif income (pendapatan aktif) dan yang kedua ialah pasif income
(pendapatan pasif).
Apakah yang dimaksudkan dengan aktif income?
Aktif income adalah merupakan pendapatan yang kita peroleh hasil daripada
pekerjaan seharian yang kita lakukan, sebab itu dipanggil aktif.
Dalam erti kata lain, kalau kita bekerja kita akan dapat pendapatan. Kalau kita tidak
bekerja, contohnya duduk melepak rumah, menganggur, berhenti kerja dan
sebagainya tidak adalah income yang akan masuk.
Sebab itu dipanggil aktif income iaitu pendapatan yang memerlukan tenaga, waktu
dan komitmen kita untuk menjana pendapatan. Itu istilah yang kita panggil sebagai
aktif income.
Berbeza dengan pasif income iaitu pendapatan yang dijana dengan tidak memerlukan
komitmen kita 100% atau tidak juga memerlukan tenaga dan masa kita secara 100%.
Termasuk sama ada tidak memerlukan masa kita langsung ataupun perlukan masa
dan komitmen kita pada kadar yang paling minimum. Kadang-kadang hanya
memerlukan beberapa ketika ataupun hanya perlu pada peringkat awal dan
kemudiannya ia datang dengan sendiri dan berulang (recurring).
29
Pasif income ini, saya suka memetik istilah ataupun pengertian yang digunakan oleh
Robert Kiyosaki. Seorang sifu, mentor hartanah dan juga pengurusan kewangan yang
berada di Amerika Syarikat, beliau menyatakan bahawa pasif income adalah usaha
ataupun langkah kita menjana pendapatan walaupun di saat kita tidur.
Dalam erti kata lain, walaupun kita tidur, tapi pendapatan kita tetap masuk ke dalam
akaun ataupun poket kita. Itu istilah pengertian secara sarkastik oleh Robert Kiyosaki
tentang pasif income. Duit yang kita lakukan walaupun dalam waktu kita sedang tidur.
Dalam dunia hari ini kita perlu faham bahawa kalaulah kita hanya mengharapkan
kepada satu pekerjaan yang kita punch card dari pukul lapan sehingga pukul lima
semata-mata, itu tidak mencukupi.
Maksudnya, kita tidak boleh bergantung kepada satu pekerjaan. Jadi timbullah satu
istilah baru yang kita panggil sebagai hustle income ataupun income daripada kita
usaha lebih. Boleh juga dipanggil multiple stream of income (MSI). Income yang
datang daripada sumber kedua, ketiga dan seterusnya.
Dalam kategori aktif income ini juga, hustle income ini terletak dalam aktif income
kerana hustle income ini juga memerlukan masa dan komitmen kita. Kalau kita bekerja
lebih masa contohnya, lepas kita habis bekerja kita buat pekerjaan lain seperti
perniagaan online ataupun berniaga burger, bawa Grab (e-Hailing), buat freelance. Ini
juga dikenali sebagai hustle income yang kita kategorikan dalam aktif income.
Begitu juga dengan pasif income. Pasif income ini dijana sebenarnya melalui
perniagaan pasif dan pelaburan yang kita lakukan. Pelaburan terdapat banyak
kategori dan akan diterangkan dalam buku kedua tentang pelaburan. Pasif income
juga turut dijana atau turut diperoleh melalui portfolio income.
Ada sifu-sifu pelaburan yang menggunakan istilah portfolio income yang sebenarnya
berkait rapat dengan pasif income. Pasif income ini penting sebab ini adalah
merupakan matlamat kewangan kita untuk menjana pasif income. Kita wajib
merancang untuk membina portfolio pasif income ini supaya kita dapat bersara awal,
retire young, retrire rich.
30
Strategi untuk menjana pasif income ini adalah melalui portfolio-portfolio pelaburan.
Sebab itu dalam pasif income, kita juga turut meletakkan satu lagi sumber income
yang dipanggil sebagai portfolio income. Portfolio income adalah income yang kita
jana melalui pelaburan-pelaburan kita. Sebagai contoh ialah hartanah, ASB, Tabung
Haji, emas dan yang terbaru Crypto currency dan Robo Advisor. Ini semua adalah
sumber-sumber portfolio income yang mampu menjana pendapatan kepada kita
secara pasif.
31
NETWORTH DAN CASH FLOW
Networth
Networth adalah merupakan satu istilah atau konsep yang digunakan untuk mengukur
nilai kekayaan seseorang. Kekayaan seseorang itu tidak boleh dinilai dengan berapa
besar rumah yang dimiliki oleh individu tersebut.
Kekayaan juga tidak boleh dinilai dengan kemewahan kereta yang dimiliki oleh
seseorang. Kekayaan seseorang individu itu dikira dan dinilai melalui networth yang
dimiliki oleh individu tersebut.
Bagaimana cara mengira atau mengukur networth seseorang?
Networth berkait rapat dengan aset vs liabiliti yang telah dibincangkan dalam tulisan
sebelum ini. Networth adalah kita perlu senaraikan keseluruhan aset-aset yang dimiliki
termasuk aset yang boleh alih dan aset yang tidak boleh alih.
Aset yang boleh alih ialah seperti liquid cash ataupun tunai di tangan, tunai di bank,
ASB, Amanah Saham, Unit Trust, Tabung Haji, nilai simpanan saham dan cash value
dalam takaful.
32
Satu lagi aset adalah yang tidak boleh alih seperti aset-aset hartanah, rumah kedai,
tanah, rumah, pejabat dan termasuk juga kereta. Jadi aset ini semua dikumpulkan dan
dinilai mengikut nilai semasa aset tersebut dan ditolak bagi hutang di bank. Nilai bersih
itu akan dianggap sebagai nilai networth.
Sebagai contoh, bagi aset seperti rumah sewaktu dibeli lima tahun dulu pada harga
RM100,000. Selepas lima tahun nilai pasaran atau nilai semasa rumah tersebut
mungkin sudah menjadi RM150,000. Baki hutang adalah RM 80,000.
Justeru selepas nilai bersih selepas ditolak nilai semasa dan baki pinjaman adalah
RM 70,000. Jadi dengan kata lain, aset itu dinilai pada kadar semasa atau market
value selepas ditolak baki pinjaman bank.
Untuk menilai networth individu itu, formulanya adalah jumlah nilai aset yang sudah
disenaraikan dan jumlah liabiliti itu ditolak. Untuk lebih jelas satu template khas akan
disediakan.
Secara kesimpulannya kita perlu sentiasa mengemaskini nilai networth kita. Kita perlu
pastikan keadaan kewangan kita dalam keadaan sihat.
33
Cash Flow
Cashflow dalam Bahasa Melayunya ialah aliran tunai. Cashflow yang baik ialah
pendapatan kita mestilah lebih tinggi daripada perbelanjaan.
Cashflow merupakan imbangan kewangan kita sama ada perbelanjaan kita itu lebih
tinggi ataupun lebih rendah daripada pendapatan kita. Sebagai contoh, kalaulah
pendapatan kita RM5000 tetapi kita belanjakan RM7000 bermaksud perbelanjaan kita
lebih tinggi daripada pendapatan. Jadi kita defisit ataupun kita kekurangan RM2000.
Kita panggil sebagai negatif cashflow sebanyak RM2000.
Berbanding dengan senario yang lain, gaji kita RM5000 tetapi kita hanya berbelanja
sebanyak RM4000 jadi dalam erti kata lain kita positif cashflow sebanyak RM1000.
Dalam sudut yang lain juga, sumber pendapatan kita RM5000 dan kita belanja
RM5000 juga jadi bermaksud perbelanjaan berimbang. Jadi kita tidak untung atau
tidak rugi, bermaksud ia tidak positif cashflow dan tidak negatif cashflow. Dalam erti
kata lain, ia seimbang.
Dalam situasi ini konsep cashflow sangat penting. Sehinggakan Robert Kiyosaki
menulis tentang cashflow dan ada satu permainan yang dikeluarkan berkenaan
cashflow. S cashflowlah yang menentukan kesihatan kewangan kita sama ada sihat
ataupun sakit.
34
Kalaulah kita negatif cashflow sebanyak RM2000, adakah sihat atau sakit?
Pastilah sakit.
Kalaulah kita positif cashflow sebanyak RM1000, adakah sihat atau sakit?
Pastinya sihat. Jadi kita ada lebihan RM1000 untuk kita membuat simpanan atau
untuk kita membuat pelaburan dan sebagainya.
Konsep pertama dalam kita membaiki kewangan kita adalah dengan cara memastikan
cashflow ataupun aliran tunai dalam kewangan peribadi kita berada dalam keadaan
positif.
Jadi saya akan sediakan satu template khas untuk menyemak cashflow sama ada
positif ataupun negatif. Dalam template ini anda perlu menyenaraikan semua
pendapatan yang anda ada.
Baik dari segi pendapatan pasif ataupun pendapatan aktif perlu disenaraikan dan
kemudian tuan-tuan perlu untuk menyenaraikan semua perbelanjaan baik dari segi
hutang rumah, hutang kereta, hutang kredit kad, hutang personal loan, sewa rumah,
hutang handphone (AEON) dan sebagainyalah. Perbelanjaan pula termasuklah
perbelanjaan dapur, perbelanjaan pengurusan kereta, maintenance atau
penyelenggaraan kereta dan sebagainya.
Senaraikan semua dalam template tersebut. Kemudian, hasilnya ialah pendapatan itu
perlu ditolak dengan perbelanjaan anda. Jadi di situ anda boleh nampak sama ada
positif cashflow ataupun negatif cashflow.
Topik cashflow ini amat berkait rapat dengan apa yang kita bincang tadi iaitu aktif
income dan pasif income. Adalah perlu untuk menyemak semula cashflow kita.
Hanya ada dua cara sahaja untuk memastikan cashflow anda sentiasa dalam
keadaan baik, iaitu tingkatkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan. Ini sahaja
cara untuk anda memastikan profil kewangan sentiasa sihat.
35
DANA KECEMASAN DAN DANA IBU DUIT (PELABURAN)
Dalam perbincangan selepas ini anda akan dapati banyak saya sebutkan perihal
tabung kecemasan dan tabung ibu duit. Seperti yang telah saya nyatakan di tajuk pai
kewangan, saya meletakkan sekurang-kurangnya 20% perlu diletakkan dalam
simpanan.
Justeru dari segi perincian simpanan 20% ini ada sebahagian disimpan dalam tabung
kecemasan (10%) dan sebahagian disimpan dalam tabung ibu duit atau tabung
pelaburan (10%).
Kedua-dua tabung atau dana ini merupakan kunci kita untuk berjaya dalam kewangan
peribadi. Kita nak Financial Indipendent, Retire Early. FIRE!
36
Dana Kecemasan
Tabung kecemasan berperanan untuk membantu anda disaat anda susah khususnya
apabila terputus pendapatan. Terutama sewaktu zaman pendemik sekarang, kenapa
ramai yang terputus kewangan adalah kerana mereka gagal persiapkan dana
kecemasan sewaktu zaman senang.
Dana kecemasan yang disyorkan bagi mereka yang makan gaji adalah selama 3 – 6
bulan perbelanjaan kita. Bagi yang berniaga, yang disyorkan adalah selama 6 – 12
bulan perbelanjaan.
Contoh yang saya ingin berikan:-
Saifullah (Berniaga)
- Perbelanjaan sebulan RM 5000
- Dana kecemasan 6 bulan
- RM 5000 x 6 bulan
- RM 30,000 jumlah dana kecemasan untuk 6 bulan
Asma (Bekerja)
- Perbelanjaan sebulan RM 3000
- Dana Kecemasan 3 bulan
- RM 3000 x 3 bulan
- RM 9000 jumlah dana kecemasan untuk 3 bulan
Dalam erti kata lain, melalui dana kecemasan ini kita boleh survive selama 3 - 6 bulan
walaupun tanpa sebarang pendapatan.
Kita boleh bermula dengan jumlah sedikit dahulu. Sasarkan untuk cukupkan sebulan
perbelanjaan dulu. Dari masa ke masa kita boleh tambah dana ini sehingga cukup,
lagi lama tempoh dana kecemasan lagi baik.
37
Dana Pelaburan
Untuk dana pelaburan kita lakukan simpanan secara bulanan atau sedikit demi sedikit
yang bertujuan untuk dilaburkan.
Sebagai contoh dari pendapatan kita RM 3000 sebulan dan 10% atau RM300 kita
gunakan untuk disimpan dalam dana pelaburan atau tabung ibu duit. Jika setahun
maka kita dah ada RM 3600. Dari RM 3600 ini pelbagi pelaburan kita boleh lakukan.
Dari RM 3600 kita boleh bayar deposit atau booking rumah bagi tujuan pembelian
hartanah.
RM 3600 kita boleh laburkan di pasaran bursa atau unit Amanah.
RM 3600 kita boleh bayar duit muka untuk kita beli kereta bagi tujuan perniagaan dan
rider.
Syaratnya mudah. Adakan simpanan tabung pelaburan. Mulakan kecil-kecilan.
Sebaiknya dimulakan dengan 10% pendapatan. Dari masa ke masa kita boleh
tambah.
Ramai jutawan yang saya jumpa akhirnya mereka meletakkan 100% pendapatan aktif,
atau gaji mereka ke tabung pelaburan. Mereka menggunakan keuntungan dari
pelaburan untuk membiayai kehidupan dan keperluan mereka.
Itulah matlamat kita. Financial Indipendent Retire Early! FIRE!
38
BAB 3
ULTIMATE WEALTH
STRATEGY VICEGERENT
39
Setelah kita mengenali beberapa konsep asas kewangan kita boleh mula untuk
menyusun formula-formula di dalam membaiki kewangan kita.
Masalah kewangan yang kita alami pada hari ini adalah berpunca dari 2 asbab utama
iaitu:
1. Kegagalan kita untuk mengamalkan tabiat dan sikap yang sihat terhadap
kewangan.
2. Kegagalan kita untuk bersedia menghadapi musim kemarau atau waktu gawat.
Kitaran ekonomi dan kehidupan adalah lumrah. Ada waktu diatas dan waktu dibawah.
Sebab itu kisah Nabi Yusuf memberi iktibar kepada kita akan persiapan menghadapi
7 tahun musim kemarau setelah 7 tahun musim subur.
Begitu juga kehidupan, kitaran ekonomi yang bagus sering berlaku dalam tempoh 10
tahun. Kita harus bersedia untuk menerima krisis dan musim gawat setiap 10 tahun.
Namun begitu yakinlah bahawa setiap kegawatan akan ada peluang. Apatah lagi bagi
mereka yang bersedia.
40
FORMULA THE VICEGERENT
Dalam bab ini saya ingin berkongsi kepada anda satu formula yang saya gabungkan
dengan beberapa formula yang diajar oleh guru-guru dan murabbi kehidupan saya.
Saya sendiri amalkan formula ini dan telah terbukti berkesan kepada ramai orang yang
mengamalkannya.
Melalui formula ini kita akan menghasilkan matlamat kewangan kita. Dari situ akan
dapat membantu kita meletakkan matlamat dan mencapai kebebasan kewangan.
Tidur pun duit masuk!
Mat Saleh panggil FIRE! Financial Indipendent Retire Early!
Saya gabungkan 4 strategi utama dalam FORMULA THE VICEGERENT
1. Matlamat Kewangan
2. Ibu duit dan Compounding
3. 4 Nombor Magik
4. Retire Young Retire Rich atau FIRE
41
FORMULA THE VICEGERENCE
1. Bina Matlamat Kewangan
i. Bila nak bersara?
ii. Berapa pendapatan pasif selepas pencen?
2. Ibu Duit
i. Berapa ibu duit dan compound interest untuk cipta pendapatan pasif?
(FORMULA IBU DUIT)
3. Formula 4 Nombor Magik
i. Simpanan tabung ibu duit bulanan.
ii. Tabung ibu duit diletak di portfolio pelaburan medium dan high risk (10%
- 20 % compound interest tahunan)
iii. Berapa tabung ibu duit sebulan untuk cipta ibu duit selepas bersara?
4. Retire Young Retire Rich
i. Tabung Ibu duit dah penuh mengikut tempoh yang dirancang.
ii. Ibu duit diletak ke dalam portfolio pelaburan resiko rendah dan medium
(5% - 10%)
PENCEN MUDA DAN KAYA!
42
1. Bina Matlamat Kewangan
Persoalan pertama adalah matlamat kewangan. Matlamat kewangan adalah
merupakan satu objektif utama yang harus kita jawab apabila kita bercakap soal
kewangan peribadi/ Personal financial profilling.
Jadi apakah matlamat kewangan yang kita nak capai?
Apabila kita bercakap soal matlamat kewangan, kita harus merujuk kepada 3 perkara:
1. Pertamanya adalah bila kita nak bersara?
2. Yang keduanya adalah berapa pendapatan sebulan yang nak dicapai secara
pasif?
3. Yang ketiga adalah berapa ibu duit yang diperlukan?
Tiga persoalan ini adalah merupakan tiga persoalan pokok yang wajib dijawab untuk
mencapai matlamat kewangan yang dah kita tetapkan.
Pertamanya untuk mencapai matlamat kewangan, salah satunya pasti kita letakkan
untuk mencapai financial freedom.
Apakah maksud kebebasan kewangan (financial freedom)?
Financial freedom bermaksud sebenarnya bukanlah kita tidak bekerja ataupun kita
boleh tidur sepanjang masa. Tidak!
Financial freedom ini adalah apabila kita tidak perlu menjadi hamba kepada sesuatu
pekerjaan untuk mendapatkan duit. Bermaksud kita boleh memilih sama ada ingin
bekerja ataupun tidak bekerja.
Walaupun anda tak bekerja, anda tetap dapat duit. Anda hanya bekerja sebab anda
suka untuk bekerja. Bukan sebab terpaksa bekerja.
Dalam erti kata lain, dalam tidur pun kita dapat duit. Ini ialah istilah pasif income.
Jadi sekarang matlamat kewangan kita ialah untuk mencapai kebebasan kewangan
atau financial freedom.
Untuk mencapai matlamat kewangan, kita kena letak time frame. Bila kita nak capai
bersara dan capai kebebasan kewangan? Apakah formula untuk mencapai
kebebasan kewangan?
Contohnya, Saifullah yang berumur 25 tahun ingin bersara pada umur 45 tahun.
Daripada umur 25 tahun hingga ke umur 45, Saifullah mempunyai lagi 20 tahun (240
bulan) untuk mencapai matlamat kewangannya.
43
Soalan pertama sudah terjawab. Tempoh persaraan dengan mencapai kebebasan
kewangan adalah pada umur 45 tahun dengan tempoh 240 bulan.
Soalan kedua pula, berapa pendapatan pasif sebulan yang diinginkan?
Maksudnya bila Saifullah telah mencapai umur 45 tahun, berapakah pendapatan
setiap bulan secara pasif yang ingin diperolehinya?
Tanpa bekerja Saifullah akan mendapat income tersebut ketika berumur 45 tahun.
Contohnya, jika Saifullah inginkan income pasif sebanyak RM5000 sebulan pada
umur 45 tahun tanpa perlu bekerja.
Jadi sebenarnya Saifullah telah mendapat matlamat kewangan yang diinginkan Cuma
untuk mencapai matlamat kewangan tersebut, Saifullah perlukan satu formula yang
saya namakan sebagai THE VICEGERENT.
Contoh matlamat kewangan Saifullah.
“Bersara awal lepas 240 bulan pada umur 45 tahun dalam keadaan bebas hutang dan
mempunyai ibu duit sebanyak RM 857,000 untuk dilaburkan ke dalam portfolio yang
memberi keuntungan 7% bagi untuk mencapai pendapatan pasif RM 5000 sebulan”.
Bersara pada umur 45 pada tahun 2035 dengan pendapatan pasif sebanyak RM5,000
sebulan yang dijana melalui ibu duit sebanyak RM 857,000 dengan kadar compound
interest sebanyak 7% setahun.
Tempoh pencen 20 tahun (tahun 2035)
Matlamat pendapatan pasif pada 2035 RM 5,000
Ibu duit yang perlu dikumpul
Kadar Kompaun Interest RM 857,000
7%
Dalam erti kata lain, jika matlamat Saifullah nak pencen pada umur Saifullah 45 tahun
dengan pendapatan pasif RM 5,000 sebulan, maka Saifullah perlu mengumpul RM
857,000 sebagai ibu duit dan diletakkan ke dalam portfolio pelaburan yang boleh
memberi saya sekurang-kurangnya 7% faedah tahunan.
RM 857,000 ibu duit!
44
APAKAH IBU DUIT?
Pernah tonton tak filem Jack and the beans stalk?
Dalam kartun tersebut si pencuri nak curi angsa yang bertelurkan emas. Ibu angsa ini
bertelurkan emas.
Bukankah seronok jika kita pun ada ibu angsa bertelur emas ini?
Beginilah peranan ibu duit sama seperti ibu angsa emas ini. Ibu duit berperanan
membiakkan duit tanpa perlu kita bekerja. Money works for money!
Ibu duit adalah sejumlah wang terkumpul yang kita letakkan dalam port folio pelaburan
yang menghasilkan duit kepada kita.
FORMULA IBU DUIT?
Matlamat kewangan (pendapatan pasif sebulan) x 12 bulan ÷ annual compound
interest (dividen tahunan portfolio pelaburan).
Contoh: RM5000 x 12 bulan ÷ 0.07 (7 % ASB dividen) = RM 857,000
Ibu Duit RM 857,000 untuk hasilkan pendapatan pasif RM 5000 sebulan apabila
diletak kedalam portfolio pelaburan yang memberi pulangan 7% setahun.
Boleh ke kumpul RM 857,000? Jawapannya boleh! Inilah Langkah kedua.
45
2. Bina Tabung Ibu duit.
Ibu duit – RM 857,000 untuk dapatkan pendapatan pasif RM 5000 bila umur 45 tahun
nanti. Jumlah yang besar ini hanya dapat kita buat melalui 2 cara:-
i. Simpanan
ii. Labur duit simpanan
Dari dua Langkah ini kita dapat kumpul dana ibu duit atau dana pelaburan kita
sebanyak RM 857,000 yang akan menghasilkan pendapatan pasif RM 5000 sebulan.
Apa Formula simpanan bulanan ibu duit?
Gunakan financial calculator. Boleh Muat turun di playstore.
3. Formula 4 NOMBOR MAGIK
Principle RM30,000, simpanan bulanan RM900, selama 240 bulan, compound interest
10% setahun. Hasilnya RM908,969.43 selepas 20 tahun. Ini adalah 4 Nombor Magik
mencipta RM908,969.43 Ibu Duit. Lebih sikit dari RM 857,000 yang kita sasarkan.
Contoh pengiraan menggunakan ‘Compound Interest Calculator’:-
46
Maksudnya di sini adalah di dalam kita membina ibu duit ada 4 Nombor Magik ini
yang kita boleh aturkan:
i. Duit pokok atau principle. Sejumlah wang awal yang dilaburkan.
ii. Masa yang diambil. Dalam kes ini adalah 20 tahun atau 240 bulan.
iii. Peratusan faedah atau dividen yang diberi. Dalam kes ini adalah 10%
tahunan.
iv. Monthly deposit atau simpanan bulanan yang kita masukkan ke port folio
pelaburan secara consisten selama 240 bulan.
Dari 4 Nombor Magik ini membolehkan Saifullah menyusun strategi mengikut
kesesuaian dan kemampuan dia. Dalam kes ini saya perlu menyimpan di portfolio
pelaburan yang beri 10% pulangan keuntungan, dengan simpanan bulanan sebanyak
RM 900 dan duit pokok sebanyak RM 30,000 selama 20 tahun.
Kita boleh adjust atau susun permainan kita dari keempat-empat aspek. Ini sebagai
contoh jika anda ada duit pokok yang besar jadi tak perlu deposit simpanan bulanan
yang tingga. Begitulah sebaliknya.
Jika anda tidak mempunyai duit pokok yang besar, anda perlu simpanan bulanan yang
yang tinggi. Namun jika anda tidak mampu kedua-duanya, duit pokok pun kecil, nak
simpan bulan-bulan pun terhad justeru pilihan yang anda ada adalah dengan melabur
tabung ibu duit tadi di port folio yang memberi dividen pulangan yang tinggi.
Namun demikian anda perlu hati-hati. Pelaburan pulang tinggi bermakna resiko juga
tinggi. Berkenaan pelaburan saya akan kongsi dalam buku kedua.
Kalau ditanya pandangan saya diantara keempat-empat no magik ini, saya akan lebih
memberi fokus kepada Nombor Magik ke-4 iaitu simpanan bulanan. Dalam contoh
yang saya berikan ini saya perlu menyimpan RM 900 setiap bulan selama 240 bulan.
Justeru RM 900 adalah angka magik saya untuk membantu saya mencapai matlamat
THE VICEGERENT pada umur saya 45 tahun nanti.
Apabila kita dah tahu magik no kita, kita akan berusaha mencari pendapatan lebih dan
mengurangkan perbelanjaan bagi mencapai matlamat ini setiap bulan.
47
Langkah keempat adalah Bersara Muda dan Kaya.
4. Retire Young Retire Rich
Di fasa ini kita telah berjaya membina ibu duit yang akan memberikan anda
pendapatan bulanan secara pasif. Dalam erti kata lain, pendapatan yang anda peroleh
tidak memerlukan anda bekerja. Ibu Duit anda yang bantu bekerja untuk anda. Itulah
matlamat kita untuk mencipta kebebasan kewangan.
Dalam fasa ini, Saifullah hanya perlu meletakkan ibu duit RM 857,000 tadi ke dalam
portfolio yang selamat. Risiko rendah atau sederhana. Sasaran Saifullah adalah
meletakkan ibu duit ini di portfolio pelaburan yang boleh memberi faedah dividen
sekitar 5% - 10% (7%).
Amanah saham bumiputra (ASB) dan tabung haji adalah yang dicadangkan kerana
ianya selamat selain hartanah dan Unit Amanah yang berisiko rendah dan sederhana.
Saya namakan formula ini sebagai formula THE VICEGERENT atau dalam bahasa
melayunya adalah khalifah kerana formula ini akan membantu kita bersara awal dan
keluar dari belenggu kemiskinan.
Kelebihan pendapatan pasif dan mencapai kebebasan kewangan membolehkan kita
membantu masyarakat dan orang lain.
Kitalah Khalifah atau The Vicegerent.
48