The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BOOK FULL (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mubarak.myzone, 2021-08-16 02:04:43

E-BOOK FULL (1)

Apa yang kita cuba capai dalam strategi THE VICEGERENT?

Dalam strategi ini kita cuba capai membina matlamat kewangan kita untuk bebas
masalah kewangan dan merdeka dari menjadi hamba pekerjaan.

Setelah kita membina matlamat kewangan, kita perlu tahu bila kita nak bersara awal
dan berapa dana ibu duit yang diperlukan untuk mendapat pendapatan pasif.

Saya faham topik ini sukar dihadam jika hanya melalui penulisan saya. Justeru itu
bersama dengan buku ini saya turut sertakan video menerangkan lebih jelas starategi
ini.

Contoh mudah hasil strategi THE VICEGERENT saya berikan adalah seperti berikut.
“Bersara awal lepas 240 bulan pada umur 45 tahun dalam keadaan bebas hutang
dan mempunyai ibu duit sebanyak RM 857,000 untuk dilaburkan ke dalam
portfolio yang memberi keuntungan 7% setahun untuk mencapai pendapatan
pasif RM 5000 sebulan pada tahun 2035”

Di sini kita dapat lihat 3 aspek :

1. Tempoh/ masa - 240 bulan dari sekarang

- pada umur 45 tahun

- capai pada tahun 2035

2. Strategi - Bina Ibu Duit sebanyak RM 857,000.
 - labur ibu duit ke portfolio beri keuntungan 7% setahun

3. Pencapaian - Bersara muda, umur 45 tahun
 - pendapatan pasif tanpa perlu bekerja RM 5000 sebulan

49

Secara ringkasnya ingin saya simpulkan bahawa THE VICEREGENT merangkumi 4
formula utama.

1. Matlamat Kewangan
2. Ibu Duit @ Compound Interest
3. Formula 4 Nombor Magik
4. Retire Young Retire Rich
Melalui Strategi THE VICEGERENT ini kita mampu bersara pada umur muda tanpa
perlu serabut dengan masalah kewangan. Pada masa itu, kita telah berjaya langsai
hutang jahat dan mendapat pendapatan tanpa perlu kerja 4-5 angka.

50

BAB 4

STRATERGI BINA IBU DUIT

51

Dalam bab lepas saya telah nyatakan hanya dua (2) sahaja strategi untuk mengumpul
ibu duit. Iaitu simpanan dan pelaburan. Seperti contoh Saifullah tadi, saya perlu
kumpul RM 900 setiap bulan.
RM 900 adalah Nombor Magik Saifullah yang ke-4. Justeru adalah menjadi
kewajipan Saifullah untuk mempunyai RM 900 setiap bulan dalam tabung Pelaburan
atau tabung ibu duit untuk mencapat ibu duit RM 857,000 apabila Saifullah berumur
45 tahun
Jadi dalam bab ini saya akan bicarakan soal apakah Teknik atau Langkah untuk
mengumpul simpanan untuk bina ibu duit. Bab pelaburan adalah bab yang panjang.
Jadi saya akan menulis sebuah buku lain yang khusus berkenaan pelaburan.
Secara dasarnya dalam bab ini, saya gariskan 4 kaedah asas untuk mengumpul ibu
duit.

i. Pay yourself first
ii. 6 Jar strategy
iii. Si Merah dan Si hijau
iv. Tambah pendapatan – Multiple Stream of Income

52

PAY YOURSELF FIRST

Konsep ini berkait dengan Pai Kewangan. Dalam Pai Kewangan,10% - 30% adalah
kepada simpanan, pelaburan dan perlindungan. Aspek ini penting kepada konsep Pay
Yourself First. Ianya adalah satu tabiat di mana menyimpan itu adalah perkara
pertama selepas kita mendapat gaji. Simpanan kita perlu sekurang-kurangnya 10%
untuk dimasukkan ke dalam tabung pelaburan dan juga tabung emergency fund.
Umum tahu menyimpan adalah suatu kewajipan, namun ramai dalam kalangan kita
akan menyimpan setelah mempunyai baki dari perbelanjaan yang lain. Kita berbelanja
dulu, ada baki baru buat simpanan.
Ini adalah merupakan konsep yang salah kerana bagi mereka yang bijak dalam
pengurusan kewangan, mereka akan mendahulukan tabungan atau simpanan
daripada gaji yang mereka terima. Baki dari simpanan mereka barulah akan
digunakan untuk perbelanjaan kegunaan lain.
Ini adalah merupakan tabiat yang penting jika kita ingin membaiki portfolio kewangan
kita. Iaitu dengan cara gaji atau pendapatan yang kita dapat akan didahulukan untuk
simpanan sebelum perbelanjaan.
Sebagai contoh jika Gaji Saifullah RM 5000 sebulan, maka jika 10% memerlukan
saya membayar RM 500 ke tabung ibu duit atau tabung pelaburan saya.
Bayangkan jika saya simpan 20% untuk tabung ibu duit, bererti RM 1000 sebulan. Ini
telah mencapai matlamat saya untuk menyimpan RM 900 sebulan untuk saya
penuhkan tabung ibu duit Saifullah RM 857,000 pada usia Saifullah 45 tahun.

53

SI HIJAU SI MERAH

Salah satu teknik untuk menggalakkan menyimpan. Kita sediakan sebuah tabung atau
lebih. Di mana, setiap kali kita balik ke rumah contohnya, baki duit yang ada di dalam
poket / dompet, kita akan masukkan ke dalam tabung mengikut warna duit.
Seperti contoh, jika duit RM1 berwarna biru, kita masukkan ke dalam tabung yang kita
khususkan untuk duit RM1. Jika duit RM5 berwarna hijau, kita masukkan kedalam
tabung yang kita khususkan untuk duit RM5. Begitulah seterusnya untuk duit-duit yang
lain.
Dalam erti kata lain, strategi ini mengajar kita supaya suka menabung. Seperti yang
telah diajar semasa kita kecil-kecil dulu, terapkanlah juga amalan ini sehingga ke tua.
Ini adalah amalan yang saya sudah amalkan bertahun-tahun. Saifullah sediakan dua
tabung satu tabung syiling dan tabung biru. Setiap kali Saifullah pulang kerja atau
pulang dari kelas dulu sewaktu belajar Saifullah akan seluk tangan di poket dan
keluarkan apa saja baki yang ada dan dimasukkan ke dalam tabung tadi.
Lakukan hal ini sehingga menjadi kebiasaan. Asalkan ada duit lebihan dalam poket
dan duit berwarna yang telah kita tetapkan, masukkan saja ke tabung.
Jika melalui Teknik Pay yourself first Saifullah dah berjaya kumpulkan RM500, melalui
Teknik ini saifullah berjaya kumpul lagi RM 200. Jumlah tabung pelaburan dan capai
RM 700, cuma tinggal RM 200 saja lagi untuk kumpulkan RM 900.
Dari tabungan ini kita boleh keluarkan apabila telah penuh atau pada setiap hujung
tahung dan di masukkan ke portfolio pelaburan kita.

54

TEKNIK 6 JAR

Konsep ‘6 Jar’ adalah satu strategi menyimpan yang diperkenalkan oleh sebuah
penulis buku iaitu T. Harv Eker di dalam bukunya ‘Secrets of Millionaire Mind’. Di
dalam buku ini, beliau memperkenalkan konsep untuk pengurusan kewangan yang
mana kita perlu sediakan 6 bekas untuk kita asingkan pendapatan kita setiap kali kita
perolehi samada gaji atau apa-apa pendapatan.
Berikut adalah 6 bekas yang akan kita asingkan mengikut keperluan:-
Bekas 1 – Keperluan / Kewajipan (The essentials) (50%)
Bekas 2 – Hiburan (Entertainment) (10%)
Bekas 3 – Tabung Kecemasan (Savings) (10%)
Bekas 4 – Pendidikan (Education) (10%)
Bekas 5 – Tabung Ibu Duit (Bigger Purchases) (10%)
Bekas 6 – Hadiah dan Derma (Gifts and Charity) (10%)

55

Dari 6 tabungan ini sebenarnya membantu kita untuk membuat bajet setiap bulan dari
hasil pendapatan kita. Mungkin dalam dunia hari ini adalah tidak pratikal untuk
keluarkan semua duit gaji dan dimasukkan dalam jar ini, tetapi kini telah banyak
applikasi di playstore yang membantu kita membuat bajet seperti Teknik 6 jar ini.
Dari segi pecahan peratusan setiap jar tidak semestinya perlu ikut peratusan yang
saya tuliskan ini 100%. Kita boleh ubah suai mengikut kesesuaian. Namun yang
penting bagi saya adalah tabung kecemasan dan tabung pelaburan (tabung ibu duit)
hendaklah ditingkatkan dari masa ke masa.
Saya masukkan Teknik 6 jar ini kerana matlamat saya dari Teknik ini saya mampu
untuk mendapat lebihan atau surplus dari pendapatan saya.
Saifullah yang bergaji RM5000, kemudian membayar pada dirinya sendiri RM500
kemudian bayar ke tabung SI Biru dan SI Hijau RM200 sebulan. Melalui Teknik ni kita
mampu untuk mendapat lebihan RM200. Hanya dari 3 teknik ini Saifullah telah berjaya
kumpulkan dana pelaburan atau tabung ibu duit RM900.
RM900 adalah merupakan salah satu magik number yang harus dicapai setiap bulan
selama240 bulan bagi mencapat sasaran RM857,000 ibu duit.

56

MULTIPLE SOURCE OF INCOME (MSI)

Dalam bahasa Melayu MSI adalah pendapatan yang pelbagai atau pendapatan kedua
dan ketiga serta seterusnya.
Dalam dunia hari ini, sebenarnya kita memang tak boleh hanya berharap kepada satu
income sahaja. Itu adalah realiti pada hari ini.
Kalau anda cuma mengharapkan aktif income yang hanya datang daripada kerja yang
kita buat waktu jam 9 hingga jam 5 itu tidak memadai. Dalam keadaan pendemik hari
ini salah satu pengajaran yang saya sendiri dapat belajar adalah apabila kita hanya
berharap kepada satu sumber pendapatan maka itu adalah saat bermula kejatuhan
kita.
Jika sebelum berlaku krisis, kita telah bersedia pelbagai sumber pendapatan atau MSI
maka Insya Allah kita akan berjaya harungi pendemik ini. Namun demikian ramai yang
terkesan daripada pendemik ini kerana ramai hanya bergantung kepada satu sahaja
sumber pendapatan.
Jadi sebenarnya, cara cepat untuk kita membina ibu duit dan survive dalam zaman
krisis yang menuju kepada financial freedom adalah dengan kita kena mula untuk
mencipta multiple source of income.

57

Multiple source of income ini adalah income kedua ketiga ataupun keempat.

Ada orang yang ada sumber income lebih daripada lima.

Untuk memahami MSI kita perlu faham jenis-jenis income atau pendapatan. Ada
pendapatan daripada aktif income, ada pendapatan daripada pasif income, ada
pendapatan daripada hustle income dan juga ada pendapatan daripada portfolio
income.

Jadi daripada income-income ini, kita akan hasilkan semua pendapatan.

Cuma dalam konteks hari ini, kebanyakan income itu datang menggunakan masa
yang kita diberikan kepada kerja tersebut. Kita panggil time based income. Maksudnya
apabila seseorang itu memberikan masanya 8 jam bekerja, maka majikan akan
membayar mengikut 8 jam yang diberikan.

Dalam dunia hari ini, rata-rata individu itu dibayar mengikut masa yang diberikan
kepadanya. Ini adalah kumpulan utama pendapat yang kebanyakkan dari kita
hasilkan.

Namun demikian, ada juga konsep pendapatan yang lain. Iaitu Result Based atau
Profesional based income ialah income yang dibayar mengikut kepakaran yang dapat
diselesaikan oleh individu tersebut. Sebagai contoh web designer, akauntan,
influencer dan sebagainya.

Dalam konteks professional based income ini, individu-individu ini dibayar bukan
mengikut masa yang diberikan kepada client ataupun pelanggan tetapi dia dibayar
oleh client ataupun pelanggan mengikut kepakaran yang dapat diselesaikan. Itu
konsep yang kedua.

Konsep yang ketiga dari segi sudut income ini adalah, income atau pendapatan yang
dibayar melalui pasif income. Pasif income ini adalah pendapatan yang dibayar
mengikut usaha, tenaga atau masa yang kecil ataupun limited. Dalam erti kata lain
ialah perkara yang dilakukan sekali tetapi dapat keuntungan berkali kali

Sebagai contohnya ialah rental management / hartanah, contoh kedua ialah affiliate
marketing. Satu sistem affiliate marketing dimana seseorang itu menjual produk orang
lain dan supplier kepada produk tersebut terus menghantar produk tersebut kepada
pelanggan yang membeli. Tetapi komisyen itu akan diberikan kepada kita sebagai
affiliate marketer.

58

Jadi tugas kita hanya untuk memasarkan produk tersebut kepada orang ramai dan
apabila orang ramai membeli produk itu. Supplier akan membayar komisyen kepada
kita.
Yang itu kita panggil sebagai pasif income.
Ada banyak jenis income yang lain tetapi dalam aspek utama yang cuba saya
perkenalkan sekarang ini adalah anda tidak boleh hanya bergantung kepada satu
pendapatan tetapi kita perlu mula mencipta sumber pendapatan daripada pelbagai
strategi yang berbeza.
Mengambil pengalaman peribadi saya, saya tidak pernah bergantung hanya kepada
satu pendapatan. Sejak selesai belajar saya berkhidmat dalam bidang yang berisiko
dan tidak menentu. Ini secara tidak sengaja mengajar diri saya untuk tidak komplesen
dan selesa dengan apa yang ada. Saya harus bersedia untuk menghadapi zaman
kemarau.
Saya bekerja dengan pendapatan aktif, kemudian ada beberapa pendapatan hustle
lain seperti mengajar tuisyen, pensyarah sambilan dan menjadi penyelidik di badan
kajian. Hasil dari MSI ini saya berupaya menambah tabung pelaburan dan tabung ibu
duit saya.
Topik MSI dan pelaburan ini kita akan kupas dengan lebih mendalam dalam buku
yang kedua.

59

BAB 5

STRATEGI URUS HUTANG

60

BAB 5 : STRATEGI URUS HUTANG
Dalam strategi THE VICEGERENT kita telah meletakkan tempoh yang ditetapkan
dengan sasaran pendapatan pasif yang ingin diperoleh setelah tempoh tersebut
dicapai.
Aspek lain dalam matlamat kewangan dan kebebasan kewangan selain dari
pendapatan pasif adalah bebas hutang jahat.
Dalam erti kata lain jika anda telah merancang untuk pencen muda dan bebas
kewangan pada umur 45 tahun, anda bukan saja perlu mendapat pandapatan pasif
tanpa perlu bekerja, malah pada tempoh ini juga anda telah langsai semua hutang
jahat yang ada.
Rumusanya untuk kebebasan kewangan adalah:

1. Pendapatan pasif
2. Bebas hutang jahat
Justeru, dalam bab ini saya akan berkongsi berkenaan strategi dalam mengurus dan
melangsaikan hutang dengan cepat.

61

GOOD DEBT BAD DEBT

Dalam bab ini kita akan fokus urus hutang. Sebab matlamat kita untuk mencapai
kebebasan kewangan dan pencen muda. Strateginya mudah anda perlu bina
pendapatan pasif dan bebas hutang.
Untuk bebas hutang kita kena kenal dulu apakah hutang.
Hutang kalau mengikut Gerrent Sutton, penulis buku “The ABC of getting out of debt”.
Beliau menyatakan tentang hutang ini terdapat dua kategori ataupun dua jenis iaitu:

1. Good debt (hutang yang baik)
2. Bad debt (hutang yang jahat)
Hutang jahat adalah merupakan hutang yang sedut duit kita keluar dari akaun atau
poket kita. Yang menjadikannya parah adalah apabila kadar faedah atau interest yang
tinggi yang dikenakan kepada peminjam oleh pihak bank.

62

Namun yang lebih sedih adalah apabila hutang jahat ini mendorong dan merangsang
nafsu kita untuk terus berbelanja. Perbelanjaan itu pula digunakan ke tempat yang
tidak memberi pulangan dan hilang tidak kelihatan.
Contoh mudah hutang jahat adalah hutang kad kredit dan personal loan. Dua hutang
ini adalah instrument produk bank yang diberikan kepada penghutang yang jika tidak
diuruskan dengan betul akan menjerat kewangan kita sehingga bertahun-tahun.
Lebih malang setelah dibayar bertahun tetapi tidak nampak hasil bayarannya kerana
faedah atas faedah, Compound Interest yang dikenakan kepada pemegang kad kredit
yang lewat membuat bayaran.
Berbeza dengan hutang baik.
Hutang baik adalah hutang yang membantu kita mencapai atau memiliki suatu aset
yang memiliki kenaikan nilai. Hutang yang membantu memasukkan duit dalam poket
kita.
Kategori hutang ini juga banyak diguna pakai oleh Robert Kiyosaki, di dalam konsep
levarage ataupun OPM (Other People’s Money).
Dalam konteks leveraging dan OPM, ini dianggap hutang yang baik kerana hutang ini
memberikan kita satu kuasa leverage untuk menggunakan duit orang lain untuk kita
mencipta lebih banyak asset.
Contoh hutang baik ini adalah hutang hartanah.
Sebagai contoh, bagi hartanah sekitar RM200,000, mustahil ataupun merugikan bagi
orang kebanyakan membeli hartanah secara tunai yang bernilai RM200 000.
Justeru itu, apabila seseorang itu menggunakan fasiliti kewangan melalui pembiayaan
bank untuk membeli rumah berkenaan, maka leverage yang digunakan oleh individu
tersebut membolehkan individu tesebut untuk memiliki rumah yang bernilai
RM200,000 ini.
Rumah ini dijadikan aset apabila dibayar oleh penyewa dan mendapat aliran tunai
positif. Rumah ini juga naik nilainya setelah 5 tahun dibeli oleh Saifullah. Nilai sewaktu
beli adalah sebanyak RM 200,000 kemudian setelah 5 tahun nilainya telah menjadi
RM300, 000.

63

Contoh ini menunjukkan bahawa berlakunya capital appreciation (ROI) sebanyak 50%
kepada hartanah Saifullah ini. Jika Saifullah jual pada tahun kelima, maka Saifullah
dapat keuntungan sekitar RM 100,000.
Semua ini berlaku kerana hutang baik yang dibuat Saifullah melalui pembiayaan
perumahan oleh pihak bank membolehkan Saifullah membeli hartanah yang beharga
RM 200,000. Kalau tidak ada hutang baik ini mustahil Saifullah boleh beli rumah RM
200,000 secara tunai.
Jadi ini adalah contoh hutang yang baik. Ada jugak contoh hutang baik yang lain selain
daripada hartanah.
Sebagai contoh ASB Loan atau pembiayaan ASB, jika ASB itu kita simpan sedikit-
sedikit setiap bulan. Keuntungan dividen yang diberi secara tahunan itu adalah lebih
kecil berbanding jika dilakukan ASB loan ataupun pinjaman ASB yang meletakkan
satu amaun yang lebih besar.

64

Saya punya pandangan sendiri mengenai hutang!
Hutang ini hanya wasilah atau instrument. Seperti mana pisau, hanyalah alat. Kalau
pisau kita juga untuk perkara baik seperti potong buah dan memasak maka pisau itu
adalah alat yang baik.
Sebaliknya pula, jika pisau itu digunakan untuk perkara jenayah. Maka pisau adalah
alat yang jahat.
Jadi sama juga dengan hutang.
Jika kita bijak gunakan hutang untuk kebaikkan dan memudahkan urusan kita untuk
mencapai sesuatu, maka hutang adalah alat kepada kejayaan.
Sebaliknya pula jika hutang digunakan untuk melayan nafsu, maka neraka
kewanganlah jawabnya.
Sebagai contoh personal loan juga boleh jadi good debt, sebab kalaulah hutang
peribadi atau pinjaman peribadi itu digunakan untuk membantu perniagaan yang
akhirnya ansuran bulanan itu tadi dibayar oleh keuntungan daripada perniagaan.
Maka itu adalah good debt. Hutang ini memberi capital gain dan juga cash flow setiap
bulan. Paling menarik pembayaran bulanan itu ditanggung oleh hasil keuntungan
perniagaan.
Kredit kad juga boleh jadi pinjaman yang baik apabila kita menggunakannya secara
berhemah, bayar hutang secara penuh dan digunakan untuk membeli barang-barang
asas seperti barang dapur dan juga pam minyak.
Dari situ ada kelebihan kepada kita melalui cash back atau ada sistem point yang
akan memberi bonus setiap bulan ataupun setiap tahun yang kita boleh redeem.
Disini kita dapat simpulkan bahawa bukan semua hutang itu tidak bagus. Hutang baik
mampu untuk membantu kita memiliki sesuatu seperti rumah dan kereta. Yang kita
ingin tekankan disini adalah bagaimana menggunakan hutang sebaiknya dan
mengurus hutang. Fokus membina ilmu kewangan. Saya harap menjadi celik
kewangan. Tahniah kerana membaca buku ini.

65

TEKNIK LANGSAI HUTANG DENGAN CEPAT

Seperti yang telah saya tuliskan dalam bab awal, untuk mencapat kebebasan
kewangan kita perlu membina pendapatan pasif dan melangsaikan hutang.
Memang terdapat pelbagai kaedah. Namun bagi saya dua kaedah ini adalah selamat
dan praktikal bagi kebanyakkan pihak. Dua kaedah yang boleh dilakukan untuk
melangsaikan hutang dengan cepat:

1. Debt consolidation (penyatuan hutang)
2. Kaedah Snowball VS Avalanche

66

KAEDAH DEBT CONSOLIDATION (PENYATUAN HUTANG)

Debt consolidation ialah cara yang membolehkan anda menghimpunkan dan
menyatukan semua hutang yang ada ke dalam satu hutang. Kelebihan Teknik ini
adalah anda akan membayar ansuran bulanan lebih rendah dengan kadar faedah
yang lebih baik. Jadi lebihan dari ansuran bulanan ini anda boleh masukkan ke tabung
pelaburan dan tabung kecemasan.

Cuma harus hati-hati. Kita perlu pastikan hutang ini mempunyai kadar faedah yang
lebih rendah atau sederhana dan tempoh pinjaman akan lebih panjang. Jadi
sebaiknya lakukan kira-kira dahulu.

Contoh instrumen untuk lakukan Teknik ini adalah dengan pinjaman peribadi dan
hartanah.

 Contoh pengiraan:

Contoh jadual sebelum menggunakan kaedah debt consolidation

Bil. Perkara Baki Pinjaman Ansuran Bulanan
1. Kereta RM20,000.00 RM271.54
2. Kad Kredit RM10,000.00 RM400.00
3. Bil Perubatan RM2,000.00 RM170.12
JUMLAH RM32,000.00 RM841.66

Contoh jadual selepas menggunakan kaedah debt consolidation

Bil. Perkara Baki Pinjaman Ansuran Bulanan
1. Kereta RM20,000.00
2. Kad Kredit RM10,000.00 RM353.27 (Personal Loan)
3. Bil Perubatan RM2,000.00 RM 316.43 (Refinance
RM32,000.00 Rumah)
JUMLAH

67

Dengan menggunakan kemudahan bank seperti personal loan atau refinance rumah
anda perlu membuat pinjaman sebanyak RM32,000 daripada bank untuk membayar
kesemua hutang tersebut.

Seperti contoh yang saya berikan, jika buat pinjaman peribadi, dengan kadar faedah
sekitar 6% selama 10 tahun kita boleh selesaikan segala baki hutang dengan kadar
ansuran RM 352.27 sebulan. Kita berjaya mendapat lebihan sebanyak RM 488.39.

Kaedah ini mesti dilakukan dengan hati-hati. Sebaiknya lakukan kira-kira khususnya
kadar faedah terhadap hutang yang baru dan kelemahanya pembiayaan baru akan
selesai lebih lama.

Kaedah ini bukan sesuai untuk semua orang. Kebiasaanya saya akan mengesyorkan
kaedah ini bagi yang ada hartanah pelaburan yang lebih 5 tahun. Kita boleh buat
refinance atau remortgage bagi hartanah yang dah habis hutang.

Dari contoh yang saya berikan jika menggunakan refinance rumah atau remorgage
rumah yang dah habis pembiayaan dengan kadar faedah 3.5% selama 10 tahun kadar
ansuran bulanan adalah sebanyak RM 316.43. Dari sini kita ada lebihan RM 498.23.

Dari duit lebihan ini, samada melalui personal loan atau pembiayaan hartanah kitab
oleh masukkan ke tabung kecemasan dan tabung ibu duit. Ini akan mencepatkan lagi
proses kebebasan kewangan yang kita idamkan.

Kelebihan kaedah ini melalui hartanah adalah kadar interest yang lebih rendah dan
pembiayaan bulanan dibayar oleh penyewa. Hutang jahat selesai dan hutang
perumahan dibayar oleh penyewa!

Apa kelemahan Teknik ini?

Namun demikian kelemahan kaedah ini ada dua, iaitu rekod Criss dan Debt Service
Ratio (DSR) harus bersih dan berkelayakan. Jika antara tidak menjaga bayaran balik
hutang lama dan kelayakan hutang DSR anda terlampau tinggi maka anda tidak layak
untuk membuat Debt Consolidation.

Kelemahan kedua ialah, Teknik ini memerlukan kita membuat hutang lain. Jika
tawaran kadar faedah untuk hutang yang baru lebih tinggi maka sebaiknya kekalkan
hutang lama. Ini juga akan memanjangkan tempoh hutang anda cuma kebaikkannya
adalah anda ada lebihan ansuran bulanan yang boleh anda masukkan lebihan
tersebut ke tabung simpanan.

68

Untuk aspek ini saya galakkan bagi mereka yang mempunyai hartanah pelaburan
yang boleh direfinance atau di remortgage dan ansurannya dibayar oleh penyewa.
Kelemahan ketiga adalah anda perlu ada rumah pelaburan. Kalau anda tidak memiliki
hartanah bagaimana nak refinance!

69

KAEDAH SNOWBALL VS AVALANCHE

Kaedah snowball adalah merupakan kaedah paling popular dan paling selamat untuk
semua. Secara dasarnya kaedah ini memerlukan disiplin yang tinggi dan komitmen
untuk membayar hutang.
Kaedah Snowball ialah melangsaikan hutang yang mempunyai baki hutang yang
paling kecil terlebih dahulu. Manakala Avalanche diselesaikan dengan melangsaikan
hutang yang mempunyai kadar faedah/ interest yang lebih tinggi terlebih dahulu.
Kedua-dua kaedah ini boleh diselesaikan dengan menambah sejumlah bayaran
tambahan kepada pinjaman tersebut.
Tidak kesah kaedah manakah yang anda ingin gunakan sama ada snowball ataupun
avalanche. Yang pentingnya fokus untuk membayar satu hutang pada satu masa
sahaja dengan menambah bayaran tambahan. Ini secara tidak langsung akan
membantu anda untuk melangsaikan kesemua hutang dengan lebih cepat.
Terdapat 4 prinsip yang perlu dilakukan jika menggunakan kaedah snowball vs
avalanche ini.

1) Dahulukan hutang yang mempunyai kadar interest yang paling tinggi
(avalanche) atau baki hutang yang paling sedikit (snowball). Sebaiknya
utamakan baki hutang yang terkecil sebab kita nak selesaikan cepat untuk
naikkan motivasi kita.

2) Dapatkan duit tambahan sebanyak RM200 (contoh). Boleh ditambah jika
ada duit lebihan yang lebih besar.

3) Duit tambahan RM200 + ansuran bulanan hutang satu
4) Setelah selesai hutang satu, gunakan Duit tambahan RM200 + bayaran

hutang 1 kepada hutang dua. Selesai hutang dua turuskan ke hutang
seterusnya hingga selesai

70

Syaratnya di sini adalah:
a. Adakan duit tambahan
b. Disiplin dan konsisten bayar duit tambahan ini beserta bayaran
ansuran yang selesai ke hutang seterusnya.
c. Jika kita biasa bayar jumlah hutang bulanan RM 2000 sebulan
teruskan membayar jumlah yang sama walaupun telah selesaikan
beberapa hutang awal.

Kita lihat contoh:
1. Anda perlu menyenaraikan segala hutang atau pinjaman yang ada terlebih dahulu.
Contoh hutang:

*Disusun menggunakan gabungan kaedah snowball dan avalanche. Baki hutang yang
lebih kecil dan kadar interest yang tinggi didahulukan.

71

2. Pengiraan selepas ditambahkan dengan wang tambahan sebanyak RM200 kepada
baki pinjaman yang paling sedikit.

Dari sini kita dapat lihat jika dilaksanakan snowball dengan bayaran ansuran
tambahan RM 200 kita dapat selesaikan hutang dari Mei 2025 ke September 2024.
Kita cepat selesai hutang selama 8 bulan!
Bagi hutang rumah, tidak perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Ini kerana
hutang rumah merupakan good debt. Dahulukan untuk melangsaikan bad debt
(personal loan, credit card, car loan) terlebih dahulu.

72

HUTANG KERETA

3 strategi untuk mengurus hutang kereta:

Strategi Pertama – GAJI RM 2000

Sebaiknya membeli kereta, pendapatan yang layak untuk membeli sebuah kereta
ialah apabila pendapatan kita mencecah sekurang-kurangnya RM2000.
Dalam erti kata lain adalah jika gaji anda tidak mencecah RM2000 adalah tidak
disyorkan untuk membeli kereta. Jika masih ada pilihan lain, jika tidak ada
memandangkan kereta merupakan keperluan penting untuk membantu urusan
pekerjaan kita harus uruskan kereta dengan baik.
Kita pertimbang kereta yang boleh dibeli secara tunai, yang kualitinya masih baik.
Kita harus faham kos untuk sesebuah kereta itu bukan hanya pada bayaran loan bank
sahaja. Kita selalu terlupa bahawa kos kereta ada kos tambahan seperti kos
penyelenggaraan, kos cukai jalan, kos insuran, kos petrol, kos parking dan lain-lain.
Jadi, di sini kita perlu ambil pendekatan kos tambahan minimum sebulan adalah
RM400. Sebagai contoh jika ansuran bulanan kenderaan tersebut adalah RM400,
maka kos tambahan yang boleh ditambah adalah RM400.

73

Jadi tips yang pertama dari segi pendapatan, selayaknya adalah RM2000 bagi
melayakkan anda untuk menggunakan kereta. Jika kos kereta keseluruhan RM 800,
anda masih ada bagi RM 1200 untuk keperluan lain.
Gunakan Pai Kewangan. Jika kita gunakan pai kewangan, RM 800 telah
menggunakan 40% daripada bayaran perbelanjaan wajib. Kita masih ada lagi bayaran
wajib lain yang perlu dilangsaikan sedangkan maksimum bayaran wajib dalam pai
kewangan adalah 50%
Pertimbangkan untuk beli kereta secara tunai jika gaji bawah RM2000 atau gunakan
motor sehingga anda benar-benar mampu.

74

Strategi Kedua – FORMULA 12 Bulan

Dari segi kiraan kelayakan ataupun apakah harga kereta yang sesuai dengan anda,
formulanya adalah gaji anda sebulan didarabkan dengan 12 bulan pendapatan.
Dalam erti kata lain, jumlah pendapatan kita setahun adalah merupakan kelayakan
harga kereta yang layak untuk kita beli
Sebagai contoh, jika gaji anda RM2000 x 12 bulan, bermaksud adalah RM24000. Jadi
kalau kita nak beli kereta, kita carilah kereta yang harganya sekitar RM24000.

75

Strategi Ketiga - Formula 20/5/15.

Formula 20 itu bermaksud 20% downpayment atau bayaran muka.
Jadi adalah amat tidak digalakkan untuk kita membeli kereta dengan menggunakan
100% loan. Melainkan anda beli kereta itu untuk tujuan perniagaan, dalam erti kata
lain ansuran bulanan itu bukan anda yang bayar tetapi dibayar oleh perniagaan.
Kalau untuk kegunaan sendiri, adalah digalakkan untuk kita mengeluarkan bayaran
muka atau downpayment sebanyak sekurang-kurangnya 20% dari harga kereta.
Formula 5 pula bermaksud 5 tahun.
Mungkin ramai yang suka buat loan kereta dalam tempoh yang panjang. Ada yang
ambil maksimum sehingga 9 tahun.
Jadi adalah tidak digalakkan kerana jika dikira mengikut kadar faedah kereta. Lagi
lama kita simpan atau lagi lama kita berhutang dengan pihak bank, lagi banyak
interest yang kita terpaksa tanggung dengan pihak bank.
Oleh itu, kita lebih beruntung jika kita memendekkan tempoh pembiayaan hutang
kereta tersebut. Jadi yang disyorkan adalah selama 5 tahun.

76

Apa pula maksud formula 15?
15 ini adalah 15% dalam erti kata lain, 15% pendapatan kita.
Contohnya jika pendapatan kita sebanyak RM2000 maka kelayakan kita untuk
membuat loan installment bulan-bulan itu adalah sekitar 15% daripada pendapatan.
Kalau pendapatan kita RM2000 bermaksud installment ataupun ansuran bulanan
yang layak untuk kita bayar kepada hutang kereta adalah sebanyak RM300. Jadi kita
boleh cari kereta yang kita perlu bayar installment sebanyak RM300.
Inilah dia formula 20% downpayment, 5 tahun ansuran dan 15% daripada pendapatan
gaji kita
Dengan izin Allah, jika kita gunakan strategi ini kita tidak akan hadapi masalah untuk
menguruskan hutang kereta.

77

PTPTN (PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL)

Hutang PTPTN kalau ikutkan zaman krisis ini tidak begitu kritikal tetapi kita boleh
sentuh juga kerana kebiasaannya hutang pendidikan ialah hutang yang paling tidak
diambil berat oleh ramai pihak.
Ini kerana hutang PTPTN adalah sebahagian daripada badan berkanun kerajaan. Jadi
kita biasa ambil lewa untuk melangsaikannya.
Kesan buruknya bila kita tidak menguruskan hutang PTPTN dengan baik adalah
PTPTN akan keluar didalam rekod CCRIS kita dan rekod buruk jika tidak membayar
hutang ini adalah sama seperti hutang lain. Kita akan ada masalah di dalam mendapat
kelulusan pinjaman bank.
Jadi bagaimana nak uruskan hutang PTPTN ini?
Hutang PTPTN ini dalam keadaan sekarang banyak pelepasan yang telah diberikan.
Maksudnya bagi yang diberhentikan atau yang tidak bekerja telah diberikan
kelonggaran untuk mendapat penangguhan bayaran.
Sebaiknya ialah kita perlu membuat rundingan dengan pihak PTPTN.
Ini ialah antara tindakan yang boleh dibincangkan untuk restructuring pembayaran
dan minta rundingan dari segi sudut jumlah tertunggak yang harus dibayar oleh
peminjam kepada pihak PTPTN agar nama kita dapat dibersihkan.
Sebagai contoh bila kita ada tunggakan sebanyak RM5000, kita sebenarnya boleh
minta sekurang-kurangnya pembayaran separuh daripada tunggakan yang
tertunggak sebanyak RM5000 itu.

78

Cara ini boleh dilakukan untuk kita bersihkan semula nama kita daripada rekod yang
tidak baik.
Kemudian kita boleh kembali bayar selepas penstrukturan semula hutang PTPTN itu.
Langkah kedua ialah dengan cara pakai akaun dua KWSP. Akaun dua untuk tujuan
pendidikan. Namun masih ada syarat. Syaratnya adalah mesti ada duit dalam akaun
KWSP. Haha.

79

KAD KREDIT

3 cara pengurusan kad kredit:
1. Fokus kepada barangan yang wajib
2. Gunakan kad kredit untuk dapatkan added value
3. Bayar hutang kad kredit on time

Ramai yang menggunakan kad kredit di zaman krisis dan kegawatan yang berlaku
sekarang. Ini kerana ramai yang terputus bekalan dan sumber kewangan.Mungkin ini
penyelesaian jangka pendek. Namun untuk jangka masa panjang ianya
memudaratkan.
Bagi yang belum ambil kad kredit, nasihat saya adalah sebaiknya tidak perlu ambil.
Gunakan kaedah lama iaitu downgrade cara hidup dan dapatkan bantuan daripada
saudara mara serta rakan.
Jadi dalam tempoh krisis seperti ini, fokus kepada hard cash ataupun tunai di tangan
supaya kita lebih merasai duit keluar masuk dan kita lebih sedar duit yang keluar dan
mudah untuk kita urus bila pakai hard cash ataupun tunai.
Bagi yang dah ambil, pertamanya adalah hutang kad kredit ini fokus kepada barangan
wajib yang perlu sahaja yang kita panggil sebagai perbelanjaan wajib dan bukannya
bagi perbelanjaan kemahuan.
Jadi cadangan saya, sewaktu pandemik ataupun krisis seperti ini fokus terhadap
perkara wajib seperti petrol ataupun barang dapur yang asas.
Jadi ramai yang celik kewangan menggunakan kad kredit untuk barangan wajib untuk
dapatkan point. Dari point ini ada yang boleh beri cashback, ada juga yang boleh
ditukar kepada barang-barangan.

80

Dalam penggunaan kad kredit kita harus bayar on time dan sebaiknya bayar sepenuh.
Jangan hanya fokus bayar minimum, bayar apa yang kita guna mengikut tempoh yang
ditetapkan bagi mengelak penalti dan compound interest.
Jadi agak bahaya kalau kita terus bergantung harap kepada kad kredit untuk hidup
walaupun sewaktu krisis.

81

BAB 6

PENUTUP

82

Dalam bab ini saya akan membuat rumusan kepada apa yang kita cuba sampaikan
dalam buku ini. Anda perlu mulakan untuk membuat tindakan kepada kewangan anda.
Tindakan anda ini akan menentukan survival anda dan keluarga menghadapi zaman
krisis serta masa depan yang baru.
Strategi THE VICEGERENT adalah merupakan strategi yang saya susun bagi jangka
masa panjang. Sebaiknya dimulakan segera kerana faktor masa memberi kesan
besar kepada strategi ini. Tempoh ideal untuk laksanakan strategi ini adalah dari 10
tahun ke 20 tahun.
Menyedari hakikat ini, matlamat saya untuk sampaikan ilmu ini kepada seramai
mungkin anak muda. Bagi yang telah melangkau umur 40-an, strategi ini turut boleh
dilakukan. Namun ianya memerlukan usaha lebih dan dana pelaburan pokok yang
lebih besar.
Bagi yang sedang terkesan dalam keadaan pendemik ini, saya cuba membantu anda
dengan mengurus dan menyusun semula hutang anda. Fokus kepada pengurusan
hutang dan kewangan anda dahulu. Bab pelaburan kita letak kedua.
Sebagai rumusan ada beberapa pelan tindakan yang kita harus selesai bersama.
Pelan tindakan melalui menjawap soalan-soalan yang telah saya gariskan dibawah.
Dengan menjawap soalan ini anda telah mendapat gambar dan mengetahui apa yang
diperlukan untuk anda mencapai kebebasan kewangan.
Lebih besar dari hanya menjawap soalan-soalan ini adalah tindakan. Setelah
mengetahui apa yang anda perlukan untuk membina masa dapan anda, anda perlu
mula bertindak.
Saya dan keluarga mendoakan kejayaan anda.

83

1. Adakah aliran tunai anda berada dalam keadaan positif? Berapa jumlahnya?

2. Berapakah nilai networth anda?

3. Nyatakan matlamat kewangan anda.

4. Berapakah ibu duit anda?

5. Anda bercadang untuk bersara pada umur berapa (Magik No ke-2)?

6. Berapakah duit pokok (principle) yang akan anda letak untuk membina ibu duit?
(Magik No Pertama)

7. Berapakah peratus keuntungan yang anda sasar untuk membina ibu duit?
(Magik no ke-3)

8. Berapakah simpanan bulanan yang anda perlukan untuk membina ibu duit?
(Magik no ke-4)
84

85


Click to View FlipBook Version