KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
5.1.4 MENYIAPKAN LAPORAN KEMAJUAN murid-murid
Contoh laporan kemajuan yang dibuat setelah membuat analisis daripada senarai semak
yang dijalankan sebelum ini:
NAMA MURID : MUHAMAD HARIS DANIAL BIN ZULHISHAM
NO. SURAT BERANAK : 050415-03-0937
NAMA BAPA : ZULHISHAM BIN OSMAN
PEKERJAAN BAPA : TUKANG KAYU
NAMA GURU : PUAN HASINAH BTE CHE AMAT
ALAMAT RUMAH : KG. PULAU GAJAH, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN
TEMPAT PENILAIAN : SK PULAU GAJAH, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.
Pengenalan pemerhatian
Penilaian telah dilakukan ke atas Mohd Haris Danial berumur 6 tahun. Dia adalah anak tunggal
dan hidup bertiga bersama ibu dan bapa. Tidak hairanlah jika dia mendapat kasih sayang yang
cukup dan agak manja.
Saya memilih Haris Danial kerana dia adalah antara 3 murid yang sudah pandai membaca dan
boleh memberikan komitmen kepada saya. Ini juga bertujuan untuk menyenangkan kerja-kerja
saya. Saya juga terdorong untuk memilihnya sebagai bahan penilaian kerana dia rajin ke
sekolah dan mempunyai ketekunan yang tinggi dalam membuat tugasan. Contoh aktiviti yang
selalu mendapat perhatiannya adalah subjek kreativiti. Dia banyak menghasilkan banyak hasil
kerja yang baik jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain. Namun ini tidak bermakna ianya
sempurna. Dia mempunyai masalah tingkah laku yang bermasalah. Dia seorang yang aktif dan
suka mengusik rakan-rakannya.
Keputusan penilaian dicatatkan dalam jadual di bawah:
TAJUK: JADUAL PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID
DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF
03/03/2020(%) 11/05/2020(%) 18/10/2020(%)
DOMAIN
TM SM BM TM SM BM TM SM BM
KOGNITIF 3 6 1 9 1 0 10 0 0
PSIKOMOTOR 3 7 0 9 1 0 10 0 0
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
AFEKTIF 2 6 2 7 3 1 10 0 0
Jadual di atas menujukkan hasil dapatan pengumpulan data senarai semak mengikut tarikh
SOALAN PENGUKUHAN BAB 5.1
dan domain yang dipaparkan.
2. Lengkapkan rekod Anekdot berdasarkan situasi yang diberikan;
Situasi berlaku pada tanggal 21 September 2020 bersamaan pada hari Isnin jam 9.00 pagi. Umi
Salmah, 5 tahun sedang melakukan aktiviti kolaj bersama kawan-kawannya. Dia berkata “Boleh
bantu saya gunting kertas?” beberapa kali bertanya sehingga Umi mendapat jawapan. Umi
melihat Ayu membuat kolaj. Selepas Ayu siap membuat kolaj Umi membantu Ayu membersihkan
meja selepas mereka habis melakukan aktiviti tersebut. Umi duduk di sebelah guru dan rakan-
rakan untuk menceritakan tentang hobi yang diminatinya. Umi sangat gembira apabila
menceritakan hobinya kepada rakan-rakan. Umi kemudian memberi tumpuan kepada rakan
yang lain untuk bercakap tentang hobi.
Pra Sekolah KIDSITY
Rekod Anekdot
Nama murid-murid:
Tarikh:
Masa:
Aktiviti:
Rekod pemerhatian dilakukan:
Page87
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
Ulasan:
Page88
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN
BAB 6.1
KEBERSIHAN DI PRASEKOLAH
6.1.1 PENGENALAN
Pendekatan holistik memperlihatkan murid-murid secara holistik yang merupakan individu
yang sihat, mendapat makanan yang mencukupi dan seimbang, dan selamat daripada apa
jua kecederaan. Kesihatan ialah kesejahteraan seseorang yang meliputi aspek fizikal, mental
dan sosial dan tidak terhad kepada ketiadaan penyakit atau keuzuran. Para guru dan ibu
bapa mesti menentukan bahawa keadaan sekeliling murid-murid adalah bersih dan selamat.
Keselamatan ialah tabiat dan amalan yang dapat mencegah murid-murid menimpa
kecederaan sama ada di sekolah, luar sekolah, padang permainan termasuk makanan.
Manakala kesejahteraan pula ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokan
dan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa kepada kesejahteraan
hidup yang tinggi. Mengikut definisi Organisasi Kesihatan sedunia (WHO) kesihatan adalah
satu keadaan keselesaan fizikal, mental dan sosial dan bukan sahaja bebas dari berpenyakit
dan infirmiti.
Genetik memainkan peranan dalam
Gambar 2.1: murid-murid pelbagai bangsa
menentukan ciri-ciri fizikal seperti warna
rambut, warna mata, ketinggian, paras rupa dan bentuk. Kesihatan fizikal termasuklah
cergas dari segi fizikal, amalan pemakanan yang berkhasiat dan mendapat rehat dan tidur
yang cukup.
6.1.2 KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI DALAM DAN LUAR KELAS
Keselamatan murid-murid
Kelakuan dan amalan yang boleh melindungi murid-murid dan dewasa dari risiko,
kemalangan dan kecederaan (injuri). Kemalangan yang tidak diduga (unintensional injury) ini
merupakan punca yang utama kematian di kalangan murid-murid kecil hingga 14 tahun.
Oleh itu penting kita perlukan satu standard
yang tinggi untuk menguruskan keselamatan
murid-murid. Berbagai faktor yang mem-
pengaruhi keselamatan murid-murid;
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
Persekitaran sekeliling di dalam dan di luar
Kesedaran orang ramai
Amalan keselamatan yang baik
Aliran Pembangunan negara
Teknologi dan alam sekitar
Pengurusan Risiko Keselamatan
a) Keselamatan alatan permainan
Pastikan ianya bersesuaian dengan peringkat umur.
Tidak membahayakan murid-murid.
Tercekek atau suffocation.
Bahan lukisan yang selamat.
b) Keselamatan Interpersonal
Kecederaan kepada murid-murid oleh murid-murid lain.
Dedahan kepada keganasan.
Promosikan berinteraksi dengan lebih positif.
c) Kawalan keracunan
Paling kerap berlaku adalah keracunan yang tidak disenga-jakan.
90% kes keracunan berlaku di rumah.
Pencegahan utama ialah melalui pengawasan yang rapi.
Buangkan semua bahan yang merbahaya dan risiko dedahan.
Boleh berlaku dengan 5 cara – Ditelan, kontak, terhidu, gigitan haiwan, serangga
atau reptilia atau disuntik.
d) Kebakaran dan melecur
Sebab ketiga kematian dalam murid-murid.
Melecur.
Cecair yang menggelegak atau makanan panas atas dapur.
Wap panas (Steam).
Kopi panas atau koko.
Air atau mandian panas.
e) Elektrik
Masukkan benda asing dalam soket elektrik.
Pegang wayar yang hidup.
Sentuhan air dengan elektrik. Page90
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
f) Bahan Kimia
Kimia untuk kegunaan di rumah.
Untuk kereta.
Untuk rumput rumpai/ tanaman.
Keselamatan Luar
Kemalangan tak disengajakan dan risiko kepada keselamatan lebih kerap berlaku di luar.
Hampir separuh dari kecederaan yang berlaku disebabkan oleh murid-murid terjatuh. Taman
permainan perlu menye-diakan alat permainan yang bernilai tinggi serta selamat untuk
perkembangan kesihatan murid-murid. Banyak juga kecurian dan jenayah yang ganas
berlaku berdekatan dengan kawasan sekolah dan Pra Sekolah.
Selain itu, kenderaan juga menjadi punca kemalangan murid-murid yang menyebab-kan
kematian. Antara sebab yang menyum-bang kepada berlakunya kemalangan kepada murid-
murid ialah;
Kekurangan halangan.
Pagar / penghalang.
- Sekurang kurangnya 4 kaki
- Asingkan ruang trafik dan tempat yang tersorok.
- Guna bahan yang selamat dan disimpan baik.
- Selak yang tinggi dan ‘childproof’.
Wujudnya pokok bertoksik.
Adanya hazards racun.
- Racun Pesticides
- Racun serangga
Peralatan berkebun.
Bahan untuk kereta, gas.
Racun pokok dan rumpai, baja dll.
Masalah Kesihatan murid-murid
murid-murid kerap didedahkan kepada berbagai-bagai jenis masalah kesihatan seperti alergi,
selesema, batuk, sakit tekak dan juga keracunan seperti keracunan makanan. Walau pun
kejadian-kejadian ini dianggap tidak merbahaya, ia tidak boleh diabaikan dan Pra Sekolah
boleh mengambil tindakan untuk mengelak ia berlaku. Jika ia dibiar berterusan, ia boleh Page91
menjejas perkembangan dan pertumbuhan murid-murid serta mempengaruhi pembelajaran
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
mereka. Di Pra Sekolah, penyakit-penyakit tertentu mudah berjangkit seperti selsema,
demam campak, penyakit mulut dan kaki dan lain-lain.
Alergi ialah sesuatu reaksi abnormal oleh sistem imuniti kita terhadap sesuatu bahan.
Contohnya, sesetengah murid-murid mem-punyai reaksi alergik apabila meminum susu.
Dalam kebanyakan kes, alergi tidak merbahaya. Sesetengah orang sensitif terhadap sesuatu
bahan manakala orang lain tidak sensitif terhadap bahan yang sama. Adalah sukar
menentukan mengapakah ini berlaku. Sesetengah kajian mengaitkan alergi dengan faktor-
faktor genetik.
Ramai murid-murid yang mengalami penyakit alergi (alahan) mata. murid-murid kerap kali
mengalami keadaan mata merah dan mengadu keadaan mata yang tidak selesa. Dalam
bahasa perubatan, penyakit ini dikenali sebagai allergic conjunctivitis.
Alahan pemakanan adalah kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi
badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.
Dianggarkan, 2% murid-murid mengalami alahan makanan (lebih tinggi di kalangan murid-
murid yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%). Kebanyakan murid-murid akan hilang alahan
makanan apabila mereka meningkat dewasa. Walau bagaimanapun, sesetengah alahan
seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan
sepanjang hayat.
Cacar air (chicken pox) ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan murid-murid
disebabkan oleh virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan
penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang. Ia
biasanya dihadapi sekali seumur hidup bagi setiap orang.
Gambar 2.2: Cacar air
Page92
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
Ruam merupakan masalah biasa di kalangan murid-murid. Ruam boleh terjadi dalam
pelbagai situasi. Sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius, tetapi kebanyakannya
adalah tidak merbahaya. Ada sebahagian daripadanya adalah serius dan memerlukan
rawatan perubatan. Sebahagian ruam terjadi dan sembuh dengan cepat, manakala
sebahagian daripadanya mengambil masa yang lama. Ada juga ruam yang terjadi sembuh
dengan cepat dan ada juga yang ambil masa beberapa hari untuk sembuh.
Gambar 2.3: Ruam
panas
Cirit-birit selalunya terjadi di kalangan murid-murid. Biasanya ia akan sembuh dengan
sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.
Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada murid-murid disebabkan oleh virus
measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan
disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara
dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau
bersin.
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan
virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes
aegypti yang telah dijangkiti. Jangkitan oleh salah
satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap
virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan
jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih dari
Gambar 2.4: Demam campak sekali seumur hidupnya.
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
Mengenali penyakit berjangkit
Penting bagi guru dan pekerja di Pra Sekolah mengenalpasti jangkitan penyakit yang
mungkin boleh terjadi. Guru mahupun PEMBANTU GURU perlu mengenali penyakit secepat
mungkin dan tahu bahawa infeksi boleh berlaku beberapa hari sebelum menjelmanya tanda-
tanda dan rasa.
Sebaiknya, Pra Sekolah perlu ada garis panduan untuk membantu guru dan PEMBANTU
GURU mengenali tanda-tanda penyakit berjangkit.
2.2.1 Petanda dan rasa (Signs and symptoms) penyakit
Guru dan PEMBANTU GURU perlu perhatikan tanda-tanda yang boleh memberitahu bahawa
murid-murid itu kurang sihat. Bagaimana?
Lakukan pemeriksaan kesihatan ke atas murid-murid setiap hari.
Perhatikan murid-murid yang menunjukkan tanda-tanda kurang sihat.
Pemeriksaan untuk petanda dan rasa (kepala ke kaki);
Rambut Hidung
Mata Mulut
Telinga Tengkuk
Kulit Lengan
Muka Tangan dan jari
Badan Kaki
Petanda utama yang menunjukkan murid-murid kurang sihat.
Merengek secara luar biasa atau ketidakselesaan.
Mengadu sakit tekak atau sakit bila menelan.
Hidung berhingus.
Tanda-tanda alahan.
Hijau atau kuning menandakan infeksi.
Sakit perut (cramps).
Cirit-birit.
Page94
Pening kepala atau sakit telinga.
Mata merah dan berair.
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
Ruam dan tanda-tanda yang luar biasa.
Kudis.
Petanda yang lebih serius;
Demam Muntah
Batuk berlebihan Kesukaran bernafas
Kencing berbau kuat Mengantuk luar biasa
Menangis berlebihan
Pengurusan penyakit berjangkit;
Amalan kebersihan yang baik.
Kenalpasti simptom penyakit.
Guru dan PEMBANTU GURU perlu imun kepada penyakit yang memerlukan
vaksinasi dan imunisasi berkala.
Rekod kesihatan murid-murid perlu disimpan dan dikemaskini.
Rekod kesihatan staff perlu di-simpan dan dikemaskini.
Guru dan PEMBANTU GURU perlu me-ngetahui cara mengambil dan membaca suhu
murid-murid, mengetahui cara mentafsir suhu.
Guru dan PEMBANTU GURU perlu tahu bila untuk menghubungi ibubapa dan
setakat mana perlu memberi bantuan.
Guru dan PEMBANTU GURU perlu me-merhati dan mencatat simptom murid-murid,
bukan untuk mem-buat diagnosis.
Laporkan fakta yang boleh diukur.
Tekankan pemisahan murid-murid yang menunjukkan simptom penyakit berjangkit.
6.1.3 PANTAU KESELAMATAN DAN KESIHATAN murid-murid
Kebersihan penting untuk semua orang terutamanya murid-murid kerana kesihatan yang
sempurna akan menghindarkan mereka dari jangkitan penyakit. Antara tindakan yang boleh
dilakukan seperti membersihkan dapur untuk menghindar dari lipas, tikus dan lain-lain
Page95
serangga. Adalah penting pakaian dan kasut murid-murid sentiasa dalam keadaan bersih dan
kemas.
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
Penjagaan kebersihan persekitaran amat penting bagi memastikan kesihatan dan
keselamatan murid-murid dan juga pengen-dalian pusat jagaan ini. Mencuci tangan adalah
satu amalan yang amat penting bagi mencegah perebakan jangkitan penyakit berjangkit.
Kajian menunjukkan bahawa tombol pintu dan kepala paip mempunyai kontaminasi kuman
yang tinggi. Penyebab etiologi utama bagi penyakit periodontal ialah pengum-pulan plak
bakteria. Flos gigi yang dilakukan secara tekal dapat membersihkan plak dan partikel
makanan dari celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi.
Guru perlu menyimpan rekod kesihatan murid kerana guru perlu peka dengan keperluan
murid dan apabila membuat aktiviti perlu mengambil kira tentang kesihatan.
Jika penyakit murid-murid telah dipastikan oleh doktor sebagai penyakit penyakit berjangkit,
murid-murid tersebut tidak boleh dibenarkan sama sekali untuk hadir ke sekolah sehingga
habis tempoh jangkitan.
Rekod Kesihatan murid-murid
Jenis-jenis rekod kesihatan yang perlu ada untuk murid-murid di Pra Sekolah;
Rekod Kesihatan murid-murid
Rekod Imunisasi murid-murid
Rekod Kemalangan murid-murid
Rekod Assessment dan screening murid-murid
Rekod Ubatan dan slip kebenaran
Rekod-rekod memerlukan butir–butir terperinci seperti berikut:
i. Rekod Kesihatan murid-murid
Latar belakang kesihatan murid-murid
Nama, alamat, nombor untuk dihubungi
Nama doktor, alamat dan nombor untuk dihubungi
Nombor untuk dihubungi bila berlaku kecemasan
Kesihatan murid-murid sedia kala
Page96
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
Rajah 2.5: Jadual dan Rekod Imunisasi
ii. Rekod
Imunisasi
Jenis–jenis imunisasi
Tarikh diambil
Tarikh ulangan
iii. Rekod kemalangan
Jenis kemalangan jika ada
Bila berlaku
Jenis rawatan
Ubatan dan alahan kepada ubatan
iv. Rekod Assessment dan screening
Jenis Assessment dan screening jika ada
Jenis rawatan
Ubatan dan alahan kepada ubatan
v. Rekod Ubatan
Jenis ubatan yang diambil
Cara makan
Alahan jika ada
6.1.4 MENDIDIK murid-murid MENGENAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN Page97
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
Bab ini akan membincang dengan mendalam tentang keselamatan murid-murid Pra Sekolah.
Tumpuan ialah beberapa jenis keselematan seperti keselamatan bangunan, keselamatan
dalam bilik darjah, keselamatan luar bilik darjah, keselamatan barang permainan dan
keselamatan diri.
Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau
kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan.
Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah
terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu
satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat
memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, keda-maian, perlindungan, bebas dari rasa
resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan
keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.
Penubuhan sesuatu Pra Sekolah memerlukan kelulusan Majlis Perbandaran Tempatan yang
akan merujuk kepada pihak-pihak tempatan. Adalah penting untuk memastikan bahawa
jalan keluar masuk Pra Sekolah berkenaan terletak sekurang-kurangnya 10 meter dari
simpang utama jalan. Ia juga tidak terletak di kawasan sesak atau di jalan utama. Perlu
ditentukan bahawa jiran-jiran tiada halangan berkaitan bunyi bising dan kesesakan lalu lintas.
Walaubagaimanapun, kelulusan bagi sesuatu Pra Sekolah boleh ditarik balik atau
dipertimbangkan semula jika terdapat aduan dari orang ramai dan jiran-jiran.
Asas keselamatan dalam bilik darjah dan juga di luar bilik darjah meliputi aspek keselamatan
emosi dan keselamatan fizikal: Keselamatan Emosi – Penting untuk memas-tikan murid-
murid bebas daripada perasaan negatif, takut, resah, ragu-ragu semasa berinteraksi dengan
guru dan orang dewasa lain di sekolah. Keselamatan Fizikal – Pembahagian ruang mestilah
seimbang bagi memudahkan pergerakan pelajar di dalam kelas.
Dapur hendaklah berpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang diasingkan untuk
aktiviti-aktiviti murid-murid. Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat
dan murid-murid mestilah dilarang masuk ke ruang dapur dan stor pada setiap masa. Tandas
bagi murid-murid lelaki dan perempuan hendaklah berasingan. (Tertakluk kepada keadaan
bangunan). Kemudahan kebersihan, mesti menyediakan; ‘elbow tap’.
Paling penting ialah pintu masuk ke kawasan bilik darjah hendaklah sentiasa ditutup dengan
pagar geriji apabila murid-murid adalah di dalam kelas. Ruang di luar Pra Sekolah haruslah
dipagar dan hanya orang tertentu dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Sentiasa Page98
menutup pagar tangga untuk menghalang kecederaan daripada jatuh tangga. Pastikan
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
lubang di penghalang itu kecil supaya tidak melepasi kepala murid-murid. Jangan
menggunakan pagar jenis 'accordian'. Adalah sangat penting semua longkang di laluan
utama sekolah ditutup menggunakan simen dan bukan besi konkrit bagi mengelakkannya
dicuri selain menjamin keselamatan murid. Pastikan kawasan permainan air dikosongkan jika
tidak digunakan.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa murid-murid bersukan atau ketika
bermain di taman permainan ialah:
pastikan murid-murid memakai kasut yang tapaknya tidak licin.
pastikan murid-murid memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti luar.
tempat memanjat seharusnya terletak di atas rumput atau pasir supaya anak-anak tidak
cedera jika terjatuh.
pastikan tiada benda tajam yang menonjol.
permukaan di sekitar dan di bawah alat permainan perlu lembut dan tahan hentakan.
pastikan semua alat-alat permainan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan
serta berfungsi dengan baik.
alat permainan mesti dipasang dengan kukuh.
jangan benarkan murid-murid membaling pasir semasa bermain di timbunan pasir. Ini
kerana pasir boleh mencalarkan mata.
semua alat permainan dipastikan sesuai dengan peringkat umur murid-murid.
murid-murid lebih terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya disebabkan beberapa
faktor antaranya bentuk fizikal yang kecil, kognitif dan batasan sosial sekeliling mereka.
Maka guruan keselamatan jalan raya amat penting. Adalah mustahak diadakan kempen bagi
mendidik murid mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya
ekoran kurangnya kesedaran mengenai perkara itu oleh golongan tersebut.
Page99
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
SOALAN PENGUKUHAN BAB 2
1. Berasaskan maklumat yang dimuat-turun dari internet, pelajar berbincang dan huraikan
amalan-amalan kesihatan untuk murid-murid yang kerap dipraktikkan oleh pelbagai
kaum di Malaysia.
Amalan–amalan kesihatan murid-murid yang kerap dipraktikkan
Kaum
Amalan
Melayu Cina India Lain-lain
Kebersihan diri
Mencuci tangan
Rehat dan tidur
Demam
Penyakit ringan
Penyakit berjangkit
Rawatan kesihatan
2. Pelajar diminta mencari maklumat menerusi internet berkenaan dengan penyakit
berjangkit yang kerap dihadapi oleh murid-murid. Pelajar perlu sediakan laporan ringkas
berkenaan setiap penyakit tersebut.
Bil Penyakit berjangkit Laporan ringkas
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
1. Campak air (chicken pox)
Penyakit Kancing gigi
2.
Tetanus
3. Cacar air (Measles)
4. Rubella
5. Beguk (Mumps)
6. Diptheria
Penyakit tangan, kaki dan
7.
mulut
8. Hepatitis
9. Cirit-birit
10. Batuk Kering (Tuberculosis)
11. Penyakit SARS
Page101
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
BAB 7.1 TEKNIK CPR DAN KAEDAH PENGGUNAAN FIRST AID KITS
7.1.1 ASAS CPR DAN PERTOLO-NGAN CEMAS
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada murid-murid
yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum murid-murid mendapat
rawatan perubatan yang sempurna.
Banyak asas pertolongan cemas yang guru perlu ketahui dan pelajari kerana ilmu ini sangat
penting semasa guru berhadapan dengan situasi kecemasan yang tidak diduga seperti
murid-murid tercekik makanan, luka dan pendarahan, terseliuh atau patah tulang dan
keracunan makanan.
CPR untuk murid-murid adalah sama seperti melakukan CPR bagi orang dewasa.
Walaubagaimanapun, terdapat 3 perbezaan dalam Langkah melakukannya;
Sekiranya anda berdua dengan murid-murid tersebut, lakukan CPR terlebih dahulu
selama 2 minit sebelum menghubungi ambulan.
Gunakan tumit salah satu tapak tangan untuk melakukan tekanan di dadanya.
Berikan tekanan sedalam 1 hingga 1 ½ inci.
Langkah asas melakukan CPR untuk murid-murid (Umur 1 – 8 tahun):
Pastikan tindakbalas pesakit.
Dongakkan kepalanya. Kemudian lihat, dengar dan rasai pernafasannya. Jika tidak
bernafas, beri bantuan pernafasan sebanyak 2 hembusan.
Jika tiada tanda-tanda pesakit mula bernafas, batuk atau bergerak, mulakan tekanan
di dada sedalam 1½ hingga 2 inci sebanyak 30 kali di antara 2 puting dadanya. Tekan
pada kadar 100 kali seminit.
Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 30 kali tekanan di dada sehingga
bantuan tiba.
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
Page103
Rajah 2.6: CPR bagi murid-murid
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
Page104
Rajah 2.7: Bantuan kepada murid-murid tercekik
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
SOALAN PENGUKUHAN BAB 2
2. Berasaskan maklumat yang dimuat-turun dari internet, pelajar berbincang dan huraikan
amalan-amalan kesihatan untuk murid-murid yang kerap dipraktikkan oleh pelbagai
kaum di Malaysia.
Amalan–amalan kesihatan murid-murid yang kerap dipraktikkan
Kaum
Amalan
Melayu Cina India Lain-lain
Kebersihan diri
Mencuci tangan
Rehat dan tidur
Demam
Penyakit ringan
Penyakit berjangkit
Rawatan kesihatan
3. Pelajar diminta mencari maklumat menerusi internet berkenaan dengan penyakit
berjangkit yang kerap dihadapi oleh murid-murid. Pelajar perlu sediakan laporan ringkas
berkenaan setiap penyakit tersebut.
Bil Penyakit berjangkit Laporan ringkas
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
1. Campak air (chicken pox)
Penyakit Kancing gigi
2.
Tetanus
3. Cacar air (Measles)
4. Rubella
5. Beguk (Mumps)
6. Diptheria
Penyakit tangan, kaki dan
7.
mulut
8. Hepatitis
9. Cirit-birit
10. Batuk Kering (Tuberculosis)
11. Penyakit SARS
Page106
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
KURSUS KEPIMPINAN DALAM PROFESION GURU PRA SEKOLAH
RUJUKAN:
Phillips, D. A., & Lowenstein, A. E. (2011). Early care, education, and child
development. Annual review of psychology, 62,
Phillips, D. C. (1995). The good, the bad, and the ugly: The many faces of
constructivism. Educational researcher, 24(7), .
Phillips, D., Mekos, D., Scarr, S., McCartney, K., & Abbott–Shim, M. (2000). Within and
beyond the classroom door: Assessing quality in child care centers. Early
Childhood Research Quarterly, 15(4),
Vygotsky, L. (1978). Interaction between learning and development. Readings on the
development of children, 23(3), .
Waniganayake, M., Cheeseman, S., Fenech, M., Hadley, F., & Shepherd, W.
(2018). Leadership: Contexts and complexities in early childhood education.
Oxford University Press.
NOSS Pra Sekolah
Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan
Kurikulum Permata Negara
BIODATA PENCERAMAH
Dr. Hajah Mariani binti Haji mohamed Saad
Beliau merupakan pemegang ijazah Antara penglibatan lain Dr. Hajah Mariani
kedoktoran dari Universiti Tun Abdul Razak Hj Mohamed Saad termasuklah:
(UNIRAZAK) dalam bidang Pendidikan Awal Pembangunan Learn and Work Assignment
Kanak-Kanak serta memiliki Ijazah Sarjana (LWA) Child Care Provider Level 2 hingga 5
Muda Pendidikan dari Universiti Tunku November 2010 Intergrated Education Link
Abdul Rahman (UNITAR). Selain itu, beliau Sdn Bhd
juga turut memiliki Ijazah Sarjana Muda
Ekonomi -2005(UKM Bangi), Diploma Pembangunan NOSS Carer Level 2 dan 3 June
Psikologi dan Kaunseling -2003 (UKM 2010 Pritect International Sdn Bhd
Bangi), Diploma Pentadbiran Awam -1997 Pembangunan Cause of Study Child Care
(UITM Shah Alam), Diploma Lanjutan Provider Level 2 hingga 5 November 2010
Pengurusan Warga Emas 2017, dan Diploma Adi Mega Sdn Bhd
Lanjutan Pengurusan dan Pendidikan Pembangun NOSS Pusat Jagaan Kanak-
Kanak-kanak 2017 kanak Level 3-5 2013 Pritect Sdn Bhd
Pembangun NOSS Child Care Level 3-5 2012
Semangat kepimpinan beliau dapat dilihat Nur Ilham Sdn Bhd
melalui penglibatan beliau dalam Pembangunan NOSS Warga Emas Level 3-5
Pembangunan kurikulum PERMATA Oktober 2012 Pritect Sdn Bhd
Standand Kebangsaan pada 24. 11. 2008 di Pembangun NOSS Early Childhood Education
Jabatan Perdana Menteri, Pembangun Level 3 2016 IWM Resourses
Modul latihan dan Garispanduan
Perancangan Menu di TASKA dan Pusat Pembangun NOSS Penjagaan Kanak-kanak
Jagaan Standard Kebangsaan pada 20- Level 3 2018 IWM resources
23/7/2009 di Kementerian Kesihatan, Pegawai Penilai (PP-PPD, PP-PPT, PPL-PPT,
Pembangunan Modul Kursus Asas Asuhan PPL -SLDN, JKKP, DPIN,PNOSS) Level 2-5
Kanak-kanak Sijil Ogos – Oktober 2010 di Jabatan Pembangunan Kemahiran
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Trainer dan Fasilatator Kursus Asuhan Dan
Pembangunan Kurikulum Pendidikan Awal Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA
kanak-kanak Kebangsaan (ELDS) Standard ·Trainer (TTT) Human Resources
Kebangsaan Mei 2009 – Mei 2010 Development Foundation (KSM)
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hubungi Kami
011-20222025
[email protected]