The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran Berterusan 1 - Nur Hana Aliesha Binti Muhd Hasanuddin (BM A)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanadin147, 2023-02-22 07:41:53

Syair Perahu Karya Hamzah Fansuri

Pentaksiran Berterusan 1 - Nur Hana Aliesha Binti Muhd Hasanuddin (BM A)

P SYAIR ERAHU Hamzah Fansuri H A N A L I E S H A


BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN BAHASA MELAYU TUGASAN 1 Nama : NUR HANA ALIESHA BINTI MUHD HASANUDDIN No. K/P : 040714-10-0246 Angka Giliran : 2022232310017 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : BAHASA MELAYU (A) Nama Pensyarah : PUAN ROZIAH BINTI RAMLI Tarikh Hantar : 17 FEBRUARI 2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS


Pertama sekali, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Puan Roziah Binti Ramli pensyarah saya bagi subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan Bahasa Melayu (BMMB1104) kerana telah banyak memberi bimbingan kepada saya melaksanakan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan dan motivasi kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Sesungguhnya tanpa sokongan dan doa daripada kedua ibu bapa saya pasti saya tidak mampu untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya kerana banyak memberi bantuan kepada saya. 2 P E N G H A R G A A N


I S I K A N D U N G A N Pengenalan Fungsi Sastera Konsep Sastera Manifestasi Akal Budi Syair Perahu Karya HamzahFansuri Kesimpulan Rujukan 1 2 3 4 5 6


Hasil ciptaan karya dan ciptaan seni yang terdapat di Tanah Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu dikenali sebagai kesusasteraan Melayu. Namun, kini perubahan dan penjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan telah terjadi. Akibat daripada perkembangan umat sejagat yang semakin pesat saban hari. Kesannya, sastera telah menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Dahulu sastera merupakan hak milik bersama tetapi kini telah berubah kepada suatu kegiatan yang berkaitan pernyataan diri dan hak cipta. Menurut Ismail dalam kata pengantar buku Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, sastera bermula dari zaman sebelum mengenal huruf dan kemudiaan zaman Hindu dan Islam. Pada abad ke-19, para sarjana Melayu telah berusaha mengangkat mertabat nilai-nilai pantun, syair dan puisi sebagai salah satu platform penyebaran ilmu, menyanjung tinggi dan menyemai adab serta memperkayakan budi dalam karya sastera tersebut. Antara sarjana atau intelektual yang berjasa dalam membangunkan karya sastera ini ialah Raja Ali Haji dan Harun Mat Piah. 2 P E N G E N A L A N


KESUSASTERAAN KONSEP MELAYU H A N A L I E S H A BAB 1


A D B C Konsep Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan ialahsatu bentuk ciptaanseniyang disampaikan melalui bahasa Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa MelayuI edisikedua, Susastera berasal dariperkataan Sanskrityang bermaksud hurufatau bukuindah -> maknaumu bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab. Menurutkamus ->hasil seni atau karya tulisan dalam bentukprosa ataupuisiyang mempunyaiciri istimewa tersendiri Makna Sastera Seni Kesusasteraan ->seni karang mengarang bahan bahansasterayang berbentukprosa danpuisi


Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu -> mempunyai maksud yangsama dengan'literature' dalam Bahasa Inggeris. 'Literature' -> berasal daripadaperkataan'literate'yang mempunyai maksud hurufatauabjad. Perkataan'Literature' digunakan dalam tatabahasa dan puisi. Istilahkesusasteraan dalam Bahasa Melayu berasal dari perkataan Sanskrit, iaitusastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkanatau mengajar kata dasar -tra bermaksud alat sastra ->alatuntuk mengajar su- bermaksud indah ke- dan -anpula bermaksud menyeluruh segala yang tertulis yang mempunyainilai seni serta maksud, mempunyaipengajaran. Kesusasteraan Melayu merupakanhasilkarya masyarakat Melayuyangsangat indahserta mempunyai maknayang tersirat dan menggambarkantentangperasaan dan pengalam seseorangpengarang. Sastera dianggapsebagai medium untuk menggambarkanpengalaman,pemikiran, perasaan, idea, semangat,nasihat, dakwah,hiburan dan sebagainyakepada masyarakat.


Kesusasteraan Melayu Prosa Tradisional Prosa Moden Puisi Tradisional Puisi Moden Cerita Mitos Lagenda Cerpen Novel Sajak Pantun Syair Gurndam


Puisi Tradisional Genreyangterawal bagi semua bangsa di dunia. pantun syair gurindam seloka Syair merupakansejenispuisiyang berlagu dan dikatakantelah berasal dari Parsi dantelah dibawa masukke Nusantara dengan kedatanganIslam. Syair tradisi Arab ini telah diubahsuaikan mengikutkesusaian bahasa Melayu Klasik. Olehitu, syair Melayuini tidak beracunkansyair daripada tradisi Arab atau mana manapuisi Arab-Parsi tetapi dalam bentukkeaslian bangsa Melayusendiri. Syair


SASTERA MELAYU FUNGSI H A N A L I E S H A BAB 2


Fungsi Sastera Melayu Alat Pendidikan Dakwah Hiburan Instrumen Perpaduan Alatkawalansosial dalam kehidupan seharian Medium Protes dan Kritikan Sosial


Fungsi Sastera Melayu 1) Alat Pendidikan Menurut Siti Hajar Abdul Aziz,fungsi sastera adalahsebagai sebuat alat pendidikan. Perkara ini telahterbukti apabila wujudnya subjek Kesusasteraan Melayusejaktahun1957 di Tanah Melayu. Matlamatutama sastera Melayuadalahuntuk membolehkan murid ataurakyat Malaysia supaya mendalamiunsur dannilai murni dari segikerohanian,kemanusiaan, kemasyarakatan,kewarganegaraan, dankebudayaansekaligus dapat melahirkanrakyatyang berseni dan mahir dalam bidangsastera dan Bahasa Melayu Selainitu, sastera juga memberikanpengajaran dan dapat mendidik masyarakat. Hal ini terjadikerana, semuakaryayangtelah dikarang oleh para intelektual adalah berdasarkanpengalaman-pengalam yangtelah dihadapi oleh mereka lalu diterjemahkan dalam bentukpuisi mahupun prosa. Pengarangakan menyelitkanunsur-unsurpengajaran,nilai murni danilmupengetahuankedalam karyayang dihasilkan oleh mereka. Terdapat pelbagai bidangilmu


2) Alat Hiburan Sastera juga berfungsi sebagai alathiburanpada masa dahulusehinggalah masakini. Hiburanterhasil ->keindahankata-kata yang diungkapkan Kepentinganfungsihiburanintelah menjadikan karya sastera seperti sebuahceritapenglipurlarayang diminati oleh masyarakat. Contohnya,cerita jenaka iaituPak Kaduk, Novel Anak Mak Lela Gila , danPantun ->irama/rentakyangindah ->unsurkelucuan 3) Instrumen Perpaduan Peristiwa13 Mei,1969 telah memberikantandakepada masyarakat di Malaysia bahawahubunganetnik dinegara ini masih berada di takukyanglama. Bagi menanamkansikapperpaduan, banyak dasar yangtelah dilaksanakan olehkerajaan. Pengajaranperpaduan dakam kesusasteraan Melayu menjadi matlamatutama dalam pendidikan Menurut MantanTimbalanPerdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, sastera dijadikansebagai satualatpenting dalam mewujudkansemangatkekitaanatau'esprit decrop' dalam masyarakat. Sasteranegara menitikberatkannilaiperpaduan danpenghargaan kepada satu bentuk medium menyatupadukanrakyat


4) Alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian Sastera juga berfungsi sebagai alatkawalansosial dalam kehidupanseharian. Contohnyakarya sasteracerita rakyat ->pengajaranyang terdapat ialah masyarakat diberiyahutentangperkarayang boleh dantidak boleh dilakukan. Contoh yang mengisahkanktentangjika derhakakepadakedua orangtua maka seseorangituakan ditimpa musibah Jika selalu beranganangantinggi tanpa sebarangusaha tidakakan terhasil melaluicerita-cerita rakyat ini dapat menjadi tauladankepada masyarakatumum. Nilai -nilai danpengajaranyangterdapat dalam kisah-kisahrakyat ini dapat dijadikansebagai satu medium untuk memupuksifatyang berbudi dalam kehidupanseharian masyarakat . ->cerita Si Tanggang -> Cerita Mat Jenin


5) Medium Protes dan Kritikan Sosial Sastera diibaratkansebagai rakamankehidupanyangakan menyelongkarkantentangkehoidupan manusia daripadapelbagai sudutpandangan. Perkarayangterkandung dalam sastera merupakanrealitikehidupan manusia. Sastera disamaertikansebagaigambarankehidupan manusia sepertiyang ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Karya sastera bukansahaja merakamkantentangsesuatuyang luar biasa tetapiperkarayang biasa turut mampu diubahsehingga menjadi suatuperkarayangluar biasa dankreatif. Inilahyang digelarkeindahankarya sastera. karya sastera berfokuskan ->kehidupan, masyarakat, danalam. Kepelbagaian masyarakat dankehidupanini telah mewujudkan jurang dalamm kalangan mereka. Mempengaruhi tindakan,danadab tatasusila bertujuan menegur, mengkritik dan menyampaikan mesej Terdapatpelbagai watak dalam kalangan masyarakat dansetiap waktakpasti mempunyaiperanannyayangtertentu. konsepperjuangan merujukkepada dua buahkarya iaitu Novel Harga Sebuah Maruah oleh Aziz Abdullah DanTitis DarahTerakhir oleh Adhyat Helmy.


6) Dakwah Menurut Siddiq Fadzil (2012),ciri pentingyang membentukpandangan sastera ialahnilai ijabiyah(positif) serta waqi'iyyah( realistik)yang mendalami sesuatu. -> Sastera dalam Islam perlu jelas berciri realistik( waqi'iyyah) -> dalam erti "melihat apa adanya" ->al-adab al-muwajjihatau sasterayang membimbingke arahyanglebihsempurna dan mulia. Pembangunansastera Islam di alam melayutela bermula daripada pengaruh dakwah dan harakatpengislamanyang meluas sekitar abdake13 hingganke-16 Masih Sumbangansastera Islam dalam pembentukan akhlak manusia telah dilaksanakan olehsarjana ceritaparanabi syair ->syairyang dikarang oleh Hamzah Fansuri iaitu Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Fakir . pantun gurindam sajak( ditulis oleh Suhaimi Haji Muhammad yangrata ratanya berunsurkeagamaan seperti sajak"Peringatan Kepada Manusia" Contohkarya sastera dakwah Karya-karya seperti inilahyang dapat menjadikanpembaca untuk merenungkembali tindakanatauperilaku mereka selama ini adalah berlandaskan syariahIslam ataupuntidak. Syair-syairyang dikarang oleh HamzahFansuri telah mengajak manusia supaya sentiasa bertakwa kepada Allah SWT.


Akal Budi Manifestasi Syair Perahu H A N A L I E S H A BAB 3


Syair Perahu Persoalanyangterkandung dalam Syair Perahu Keimanankepada Tuhanakan memastikankehidupanyangaman bagi manusia di dunia dan di akhirat. Dunia ini bersifat sementara Dugaan danhalanganyang akan dihadapi oleh manusia Kehidupan di alam kubur yang bakal dilalui oleh setiap manusia Fungsi Sastera Syair ini -> Syairyang bersifat Dakwah Syairperahuini merupakanhasilkarya HamzahFansuri temakeagamaaniaitutentangtanggungjawab manusiakepada Tuhanuntuk mencapaikesempurnaanhidup di dunia danakhirat.Dalam mencapai tahap kesempurnaanhidup di dunia danakhirat terdapat banyakcabaranyangakan memesongkanakidahumat Islam.Sehubungan denganitu,setiapumat Islam perlu memperlengkap diri denganpengetahuan danpersediaan agar tidak dipesongkan olehgodaantersebut. Tema danPersoalan Syair Perahu


Rangkap 1 Inilah gerangan suatu madah mengarangkan syair terlalu indah, membetulkan jalan tempat berpindah, di sanalah i’tikat diperbetul sudah Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah penulis iaitu Hamzah Fansuri mengarang syairini bertujuan bagi membetulkan perjalanan hidup manusia di dunia demi kebahagiaan dia akhirat kelak. Penyairjuga menggalakan manusia agar memperbetulkan imsn kerana dengan iamn yang mantap dan jalan tauhid yang betulsahaja yang akan membawa kita suapaya berjaya di dunia dan akhirat.


Dalam rangkap kedua ini, penyair menyeru manusia agar mengenali diri kita sendiri kerana apabila sudah mengenal hakikat diri sendiri. Maka, barulah kita akan mula mengenali Allah yang mencipta kita. Selain itu, penyair juga menibaratkan kehidupan manusia sama seperti perahu. Hal ini kerana, kita harus mengharungi perjalanan kehidupan dunia yang sementara ini dengan pelbagai ujian seperti perahu yang dipukul ombak. Tujuan pengarang adalah mengharapkan kita supaya bersedia melayari segala ujian jika kita berjaya maka kita akan dapat berlabuh dengan selamat di pulau idaman yang kekal seumpamanya dengan surga Allah. Wahai muda kenali dirimu, ialah perahu tamsil tubuhmu, tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Rangkap 2


Hai muda arif-budiman, hasilkan kemudi dengan pedoman, alat perahumu jua kerjakan, itulah jalan membetuli insan. Penulis menyeru kita dengan menyebut kita sebagai arif budiman , agar generasi masa hadapan akan menjadi pemuda yang bijaksana, cerdasserta berbudi bahasa. Semasa menjalani kehidupan di dunia ini, manusia wajib memiliki pedoman atau pegangan yang berpaksikan kepada al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu, dapat diiaratkan jika kita memasuki hutan yang tebal manusia memerlukan kompas agar berada dalam landasan yang benar. Rangkap 3


Perteguh jua alat perahumu, hasilkan bekal air dan kayu, dayung pengayuh taruh di situ, supaya laju perahumu itu Rangkap 4 Rangkap 4 pula bermaksud bekalan amalan sangat penting agar dapat dibawa ke alam akhirat kelak. Manusia harus peka dalam menyiapkan diri dengan keperluan yang kelak akan berguna bagi menghadap Allah SWT dan dapat berjaya di akhirat kelak.


Sudahlah hasil kayu dan ayar, angkatlah pula sauh dan layar, pada beras bekal jantanlah taksir, niscaya sempurna jalan yang kabir. Rangkap 5 Rangkap ini bermaksud selain kita mempunyai pedoman, dalam menjalani kehidupan manusia juga harus mempunyai keperluan lain yang dapat membantu kita untuk menuju ke akhirat atau surgawi. Keperluan yang perlu kita miliki tersebut ialah amal kebajikan yang akan menjadikan kita sebagaiseorang manusia yang berakhlak mulia dan bertaqwa.


Perteguh jua alat perahumu, muaranya sempit tempatmu lalu, banyaklah di sana ikan dan hiu, menanti perahumu lalu dari situ. Rangkap 6 Manifestasi akal budi bagirangkap ini adalah semua manusia harus melakukan perkara yang baik agar dapat dijadikan sebagai bekal amalan untuk dibawa ke sana. Dalam hidup ini, kita tentu akan tempuhi dugaan dalam memperteguhkan iman kita. Oleh itu, kita sebagai manusia harus menyiapkan diri kita untuk menghadapinya agartidak membawa kita kepada kehancuran atau kelalaian


Muaranya dalam, ikanpun banyak, di sanalah perahu karam dan rusak, karangnya tajam seperti ombak ke atas pasir kamu tersesak. Makna rangkap ini adalah perkataan " Muara dalam, ikanpun banyak" ditakrifkan sebagai jika iman kita sudah berada pada tahap yang kuat, maka kita akan dapat tempui segala rintangan dan dugaan di dunia ini. Semua halangan yang kita lalui itu merupakan benda yang sukar, jika tidak mempunyai iman yang kuat maka halangan tersebut mampu melemahkan iman seseorang. Rangkap 7


Dalam rangkap ini, pengarang menyatakan manusia sebagai anak dagang kerana sifat manusia ini adalah sebagai perantau. Jika manusia tidak mampu mengharungirintangan maka rintangan tersebut akan membawanya kepada kemungkaran. Oleh hal demikian, manusia tidak haruslalai atau alpa dalam kemewahan dunia ini kerana sesungguhnya dunia bersifat sementara. Rangkap 8 Ketahui olehmu hai anak dagang riaknya rencam ombaknya karang ikanpun banyak datang menyarang hendak membawa ke tengah sawang.


Muaranya itu terlalu sempit, di manakan lalu sampan dan rakit jikalau ada pedoman dikapit, sempurnalah jalan terlalu ba’id. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah pengarang mengungkapkan kepada manusia agarsedar akan masa hidup di dunia ini tidka lama kerana dunia inisifatnya sementara manakala akhirat itu kekal selama-lamanya. Olehh itu, manusia wajib menyiapkan diri dengan pelbagai amalan agar dapat memperoleh timbangan yang baik di akhirat nanti dan beroleh kemenangan untuk ke surga Allah. Rangkap 9


Baiklah perahu engkau perteguh, hasilkan pendapat dengan tali sauh, anginnya keras ombaknya cabuh, pulaunya jauh tempat berlabuh. Manifestasi bagi rangkap ini ialah penyair meminta manusia untuk terus memperkuatkan lagi keimanan mereka. Dengan cara, melakukan amal ibadan dengan sebanyak-banyaknya tanpa henti kerana untuk mendapatkan surga Allah itu bukan satu perkara yang mudah. Semakin jauh jalan yang harus ditempuhi serta semakin banyak pancaroba dunia yang harus dilalui. Rangkap 10


Lengkapkan pendarat dan tali sauh, derasmu banyak bertemu musuh, selebu rencam ombaknya cabuh, La ilaha illallahu akan tali yang teguh. Rangkap ini bermaksud, manusia wajib untuk memperbanyakkan amalan dan keperluan mereka kerana jalan kehidupan yang bakal ditempuhi oleh mereka semakin sukar. Banyak yang akan mereka temui sepanjang perjalanan itu nanti dan semakin banyak musuh atau perkara yang akan menyesatkan mereka jika mereka tidak mempunyai pegangan yang utuh. Oleh itu, bagi memperkukuhkan lagi iman mereka, sudah tentu mereka haru berpegang teguh kepada Allah SWT Rangkap 11


Barang siapa bergantung di situ, teduhlah selebu yang rencam itu pedoman betuli perahumu laju, selamat engkau ke pulau itu. Manifestasi bagi rangkap ini ialah setiap manusia yang mempunyai Tauhid yang teguh, maka dia akan selamat daripada segala godaan yang menyesatkan. Jesturu jika kita mempunyai tauhid yang kuat maka perjalanan hidup kita akan lebih lancar dan selamat tiba ke penghujung kisah kita di akhirat nanti. Rangkap 12


La ilaha illallahu jua yang engkau ikut, di laut keras dan topan ribut, hiu dan paus di belakang menurut, pertetaplah kemudi jangan terkejut. Manifestasi bagi rangkap ini ialah Tauhid Allah SWT yang kita ikuti itu pasti akan menjadikan kehidupan kita menjadi lebih aman dan tenang serta kita pasti akan dapat mengendalikan semua rintangan dan pancaroba dengan baik. Oleh itu, Tetapkanlah hati dan kuatkanlah iman sehingga kita dapat terus berlabuh dengan tenang tanpa rasa tenganggu dengan pujukan syaitan. Rangkap 13


Rangkap ini bermakna bahawa suatu hari nanti kita pasti akan mengahadapi suatu ujian yang sangat besar dan amat sukar untuk ditempuhi dalam hidup kita. Bermula disitulah, kita akna mula diuji setebal mana keimanan kita terhadap Tuhan. Bermula saat itu juaga ramai manusia yang mula gugur dan hanyut dalam lautan ujian sehingga menyalahkan takdir. Keimanan yang teguh pasti akan lindungi manusia dari berbagai rintangan yang akn dihadapi seiiring dengan perjalanan kita Laut Silan terlalu dalam, di sanalah perahu rusak dan karam, sungguhpun banyak di sana menyelam, larang mendapat permata nilam. Rangkap 14


Laut Silan wahid al kahhar, riaknya rencam ombaknya besar, anginnya songsongan membelok sengkar perbaik kemudi jangan berkisar. Manifestasi akal budi dalam bait ini mengandung makna bahwa Tuhan akan menunjukkan kewujudannya untuk memberi rintangan kepada manusia yang sedang bertungkus lumus berjuang di lautan luas. Rintangan tersebut akan mampu menghancurkan dan membelokkan aqidah manusia agar terpesong dari jalan yang benar, namun kita sebagai manusia yang bertaqwa haruslah mempertebal keimanan kita agar tidak tergoda dengan godaan yang dahsyat itu. Rangkap 15


tulah laut yang maha indah, ke sanalah kita semuanya berpindah, hasilkan bekal kayu dan juadah selamatlah engkau sempurna musyahadah. Dalam bait ini menerangkan tentang tujuan akhir atau diumpamakan sebagai pelabuhan terakhir dalam perjalanan kehidupan manusia yang indah iaitu dikenali sebagai Surga. Hamba yang telah berada di akhir kehidupannya akan berpindah ke kehidupan yang berbeza alam yang dipanggil alam barzakh kemudian akhirat. Akhirat itu bersifat abadi iaitu kekal selamanya. Jika seorang hamba itu berat timbangan amalannya maka dia akan dapat memperoleh syafaat yang telah dijanjikan oleh Allah SWT> Rangkap 16


Silan itu ombaknya kisah, banyaklah akan ke sana berpindah, topan dan ribut terlalu ‘azamah, perbetuli pedoman jangan berubah. Manifestasi akal budi dalam bait ini ialah hidup ini dalam diibaratkan sebagai ombak laut yang mempunyai banyak cabaran. Keadaan juga sentiasa berubah dan didatangi ancaman yang hebat, namun kita haruslah tetap berusaha untuk mencari pedoman dalam hidup ini agar tujuan sebenar tidak berubah. Rangkap 17


Laut Kulzum terlalu dalam, ombaknya muhit pada sekalian alam banyaklah di sana rusak dan karam, perbaiki na’am, siang dan malam. Manifestasi akal budi dalam bait ini ialah halangan akan terus menghantui dalam kehidupan manusia dan seduah tentu setiap manusia pasti mempunyai kelemahan dan kecacatan dalam diri masing masing kerana tidak ada manusia yang sempurna di bumi ini kecuali Rasulullah. Bangkitlah manusia yang tidak sempurna dengan menyempurnakan setiap amal kerana amal merupakan satu-satunya yang akan membantu kita kelak. Rangkap 18


Ingati sungguh siang dan malam, lautnya deras bertambah dalam, anginpun keras, ombaknya rencam, ingati perahu jangan tenggelam. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah pengarang memberikan nasihat bahawa kita haruslah sentiasa mengingati dan mentaati kepada Allah SWT. Jangan pernah berasa takut agar amal ibadah dan iman kita dapat dipelihara. Rangkap 19


Jikalau engkau ingati sungguh, angin yang keras menjadi teduh tambahan selalu tetap yang cabuh selamat engkau ke pulau itu berlabuh. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah jika kita semua tahu dan mendalami makna sebesar apa kelebihan amal ibadah yang kita lakukan ini, sudah tentu setiap halangan yang kita lalui ini akan dilalui dengan hati yang terbuka dan ikhlas kepadanya. Oleh itu, hala tuju yang sebenar akan kita kecapi dengan tenang dan mudah. Rangkap 20


Sampailah ahad dengan masanya, datanglah angin dengan paksanya, belajar perahu sidang budimannya, berlayar itu dengan kelengkapannya. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah akan tiba waktunya kita yang bertaqwa ini akan berhasil untuk tiba ke pulau kemenangan iaitu dititik akhir manusia. Oleh itu, kita wajib melakukan amal kebaikan yang banyak untuk mencapai kebaikan di dunia dan akhirat Rangkap 21


Wujud Allah nama perahunya, ilmu Allah akan [dayungnya] iman Allah nama kemudinya, “yakin akan Allah” nama pawangnya. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah pengarang mengumpamakan perahu sebagai manusia. Jelas daripada perumpamaan rangkap ini bahawa kehidupan kita didunia ini perlulah yakin dengan Allah sebagai Tuhan yang satu. Daripada pelbagai segi ilmu, iman dalam hati dan keyakinan kita terhadap Pencipta. Sesungguhnya, hati manusia Allah SWT yang pegang. Rangkap 22


“Taharat dan istinja’” nama lantainya, “kufur dan masiat” air ruangnya, tawakkul akan Allah jurubatunya tauhid itu akan sauhnya. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah menyatakan pelbagai tentangan dan cabaran ini wujud disebabkan oleh kehendak yang Maha Esa. Potongan baris yang terakhir rangkap ini mwngungkapkan kata tauhid sebagai sauhnya dan ianya bererti tauhid atau keesaan Allah itu merupakan antara petunjuk kehidupan dalam menemukan tujuan hidup. Sesungguhnya, hanya Allah SWT sahaja yang layak disembah. Rangkap 23


Salat akan nabi tali bubutannya, istigfar Allah akan layarnya, “Allahu Akbar” nama anginnya, subhan Allah akan lajunya. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah pengarang ingin menyampaikan bahawa Allah Swt adalah segala-galanya dalam kehidupan kita ini dan di alam semesta ini. Jangan berhenti bertasbih kepada-Nya kerana segala zikir yang keluar dari mulut akan menyelamatkan kita di akhirat nanti. Oleh itu, jangan pernah berhenti memuji kebesaran Allah. Rangkap 24


“Wallahu a’lam” nama rantaunya, “iradat Allah” nama bandarnya, “kudrat Allah” nama labuhannya, “surga jannat an naim nama negerinya. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah dunia yang fana ini semuanya adalah milik Allah SWT. Sesungguhnya, Allah maha berkuaasa dan berkehendak ke atas sesuatu yang terjadi di muka bumi ini. Kita sebagai manusia haruslah mengejar dan meletakkan Surga dan Allah sebagai hala tuju kehidupan yang digelar dalam rangkap sebagai negeri. Rangkap 26


Karangan ini suatu madah, mengarangkan syair tempat berpindah, di dalam dunia janganlah tam’ah, di dalam kubur berkhalwat sudah. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah pengarang menceritakan kisah kehidupan manusia di dunia yang sementara ini akan beralih kepada alam akhirat. Pengarang menitipkan pesanan agar kita tidak mensia-siakan masa yang kita ada di dunia ini dengan perkara yang tidak berfaedah kepada kita di akhirat nanti. Hal ini kerana, apabila sudah tiba di alam barzakh nanti kita tidak mampu mengubah apa-apa lagi. Rangkap 27


Kenali dirimu di dalam kubur, badan seorang hanya tersungkur dengan siapa lawan bertutur? di balik papan badan terhancur. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah pengarang menjelaskan tentang alam kubur dan kewujudan alam barzakh. Selain itu, penulis juga menceritakan tentang keadaan yang akan ditempuhi oleh manusia ketika berada di dalam alam kubur iaitu semasa manusia terbaring keseorangan tanpa teman. Hanya amalan kebajikan yang akan menjadi teman. Rangkap 28


Di dalam dunia banyaklah mamang, ke akhirat jua tempatmu pulang, janganlah disusahi emas dan uang, itulah membawa badan terbuang. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah pengarang menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kesenangan dan hiburan tetapi di akhirat jugalah tempat asalnya setiap manusia. Oleh itu, janganlah terlalu lalai dengan segala kemewahan dunia dan jangan pula bersedih jika tidak mempunyai harta di dunia kerana semuanya hanya bersifat sementara. Bukan itu shaja, kemewahan duni inilah yang akan menjadi faktor utama yang akan membinasakan diri kita sendiri. Rangkap 29


Tuntuti ilmu jangan kepalang, di dalam kubur terbaring seorang, Munkar wa Nakir ke sana datang, menanyakan jikalau ada engkau sembahyang. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah kita perlulah menuntut ilmu tentang alam akhirat dalam melaksanakan semua amalan yang dituntut oleh Allah iaitu sembahyang. Hal ini kerana, solat itu merupakan asas dan tiang agama kita sebagai Islam. Saat yang paling mendebarkan ialah ketika malaikat datang sewaktu di kubur kelak untuk bertanya tentang amalan kita. Rangkap 30


Tongkatnya lekat tiada terhisab, badanmu remuk siksa dan azab, akalmu itu hilang dan lenyap, tanpa ada tujuan yang tetap. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini menerangkan tentang hisab Tuhan yang tidak boleh digambarkan betapa dasyhatnya dan perihnya. Siksa dan azab Tuhan itu mampu meremukkan badan-badan manusia. Pada saat itulah, fikiran kita akan mula kosong dan tidak mampu melakukan apa-apa lagi selain daripada menerima balasan dan azab daripada Allah atas perbuatan kita sendiri semasa di dunia. Rangkat 31


Click to View FlipBook Version