Munkar wa Nakir bukan kepalang, suaranya merdu bertambah garang, tongkatnya besar terlalu panjang, cabuknya banyak tiada terbilang. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini menggambarkan tentang malaikat yang akan melaksanakan tugasannya. Malaikat yang akan menyiksa roh kita semasa berada di alam kubur. Roh kita kemudian akan disambut oleh malaikat Munkar dan Nakir dengan suara yang keras serta tongkatnya yang panjang dan cambuk yang sangat menyeramkan dan menakutkan. Rangkap 32
Kenali dirimu, hai anak Adam! Tatkala di dunia terangnya alam, Sekarang dikubur tempat mukelak, Tiada berbeda siang dan malam. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah penulis ingin menjelaskan secara terperinci tentang keadaan alam kubur yang sangat sunyi, sepi dan gelap gelita. Keadaan tersebut sangat jauh berbeza dengan kehidupan di dunia yang mempunyai siang yang terang dan keadaan suasana malam yang nyaman dan tidak menakutkan Rangkap 33
Kenali dirimu, hai anak dagang! di balik papan tidur telentang, kelam dan dingin bukan kepalang, dengan siapa lawan berbincang? Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah penjelasan bahawa keadaan manusia ketika dikubur adalah sangat buruk. Manusia hanya terbujur dan kaku disebalik papan yang menutupi ruang dan tanah yang menghimpit tubuh badan. Tidak ada seorang pun yang boleh menemani kita dan kita perlu lalui semuanya dengan sendiri. Rangkap 34
La ilaha illallahu itulah firman, Tuhan itulah pergantungan alam sekalian, iman tersurat pada hati insap, siang dan malam jangan dilalaikan. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah kalimat syahadah yang disebut dalam baris pertama tersebut merupakan subah kalimah Tuhan yang sangat agung. Sesungguhnya, iaman dapat diukur dengan manusia yang selalu mengingati Tuhan. Oleh itu, bagi meningkatkan keimanan dalam hati seseorang insan itu, maka setiap manusia perlu mengisi masa hariannya dari siang dan malam dengan mengingati Allah. Rangkap 35
La ilaha illallahu itu terlalu nyata, tauhid ma’rifat semata-mata, memandang yang gaib semuanya rata, lenyapkan ke sana sekalian kita. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah penulis memberikan pesanan bahawa kalimah syahadah itu sangat penting kepada umat Islam dan mempunyai makna dan manfaat yang sangat besar. Kegunaannya sangat berguna untuk manusia sehingga mampu memandang hal-hal ghaib. Namun, jika kita menggunakan dengan salah maka ia akan membinasakan. Rangkap 36
La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah, sekalian makhluk ke sana berpindah, da’im dan ka’im jangan berubah, khalak di sana dengan La ilaha illallahu. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah manusia janganlah memandang entang atau rendah dalam keimanan terhadap Allah. Jelas di dunia ini tidak kekal dan akhirat itulah yang kekal dan tempat yang bakal dituju oleh kita. Maka, kita haruslah tetap berpegang teguh kepada kalimah Syahadah kerana hamba yang benar-benar bertaqwa akan bersama dengan Tuhan di akhirat kelak. Rangkap 37
La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan, siang dan malam jangan kau sunyikan, selama hidup juga engkau pakaikan, Allah dan rasul juga yang menyampaikan. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah manusia haruslah sentiasa taat akan setiap perintah dan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah. Kita perlulah sentiasa mengingati Allah setiap waktu dengan cara menunaikan iabadah, berzikir dan berselawat ke atas Nabi. Amal ibadah tersebut akan menjadi pendinding kita di dunia yang diibaratkan seperti pakaian kita. Rangkap 38
La ilaha illallahu itu kata yang teguh, memadamkan cahaya sekalian rusuh, jin dan syaitan sekalian musuh, hendak membawa dia bersungguhsungguh. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah penjelasan berkaitan Syahadah yang merupakan satu kalimah yang mempu menenangkan jiwa raga manusia dan mampu memadamkan emosi dan gangguan jin. Oleh itu, manusia haruslah beriman kepada Allah SWT. Rangkap 39
La ilaha illallahu itu kesudahan kata, tauhid ma’rifat semata-mata. hapuskan hendak sekalian perkara, hamba dan Tuhan tiada berbeda. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini ialah mengenai kalimah La Ilaha Illahllahu itu merupakan sebuah kelimah terakhir yang diucapkan sebelum manusia meninggal. Keyakinan setiap hamba bahawa tahap taqwanya tinggi, maka pada puncaknya dia akan berada pada kedudukan yang tinggi iaitu digelarkan sebagai makrifat. Makrifat adalah seseorang hamba yang telah menganali Allah sedalam-dalamnya dam dia mampu merasakan bahawa Allah itu sentiasa berada di sisinya. Setiap manusia wajar merasakan perkara ini agar kita yakin dengan keberadaan Allah yang sentiasa bersama dengan kita. Rangkap 40
La ilaha illallahu itu tempat mengintai, medan yang kadim tempat berdamai, wujud Allah terlalu bitai, siang dan malam jangan bercerai. Manifestasi akal budi dalam rangkap ini mengatakan bahawa Allah merupakan satu-satunya tempat untuk manusia bergantung dan mencari segala jawapan. Bukan itu sahaja, Allah juga tempat untuk manusia memohon pertolongan dan ampun. Sesungguhnya, Allah itu Maha Melihat dan janganlah kita lalai dan sebaliknya kita haruslah sentiasa mengingati-Nya. Rangkap 41
La ilaha illallahu itu tempat musyahadah, menyatakan tauhid jangan berubah, sempurnalah jalan iman yang mudah, pertemuan Tuhan terlalu susah. Manifestasi akal budi dalam rangkap terakhir ini ialah kalimah syahadah adlah merupakan kalimah yang bermusyahadah kepada Allah oleh umat muslim untuk bersaksi akan keteguhan hatinya hanya untuk menuruti segala perintah dan suruhan Tuhan, beriman kepada Tuhan dan Rasul. Iman perlu dikukuhkan dalam diri manusia agar diizinkan untuk bertemu dengan Allah SWT di surga nanti. Rangkap 42
Nilai danPengajaran Syair Perahukarya HamzahFansuri Nilaikeyakinan ->yakin terhadap Allah danRasul Nilai Keberanian -> berani menempuhsegalacabaran yang bakal dihadapi dengan penuhketaqwaan. Nilai Nilai Bertanggungjawab -> bertanggungjawab dalam melaksanakansegala amal ibadah Nilai Kepatuhan ->patuh dalam mengerjakanibadahsebagai bekalan dihari akhirat Nilai Kitaperlulahsentiasapercaya danyakin bahawa Allahitu wujud dan menyaksikansegala perbuatankita. Kitaharuslah berimankepada Allah danRasul serta berpegang teguhkepada al-Quran dan Sunnah Pengajaran Kitaperlulahsentiasa melaksanakanibadah dengan tekunsupaya dapat menjadi bekalan di akhirat. Kitaharuslah mengharungi segalacabaran denganhari yangterbuka danikhlah. Pengajaran
Kesimpulan Kesimpulannya,karya sastera merupakansebuahkaryayang sangat indah dan banyak memberikan manfaatkepadakita. Oleh sebab itu,karya ini menjadiperantarakomunikasiyangsangat pentingpada zaman dahulu dalam menyampaikansesebuah mesej atauperingatan. Pemilihan karya yang dikarang oleh Hamzah Fansuri iaitu Syair Perahu ini, telah memberikan saya banyak banyak pedoman dan pengajaran serta nasihat. Syair ini mengumpakan kehidupan manusia seperti perahu yang harus berlayar di sebuahlautan yang luas yang didalamnya terdapat pelbagai rintangan dan halangan. Misalnya, ikan dan hiu, ombak yang besar dan sebagainya. Syair ini memberikan pandangan umum kepada manusia tentang perjalanan yang akan dihadapi oleh kita semasa berada di dunia ini sehinggalah tiba di penghujung iaitu alam akhirat. Dengan ini diharapkan agar karya-karya sastera yang lain dapat diangkat semula dan difahami dengan mendalam oleh setiap masyarakat pada masa kini. Hal ini kerana, HangTuahpernah berkata " Takkan Melayu Hilang di Dunia".
Rujukan Azman Bin Rahmat, Mohd Nazri Bin Zainuddin, Shamsudin Bin Abu Bakar, Abdul Rani Bin Hassan, Hasnah Binti Awang.(2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan George Jod Bungas. ( 2009, Julai 9). Kajian Teks syair http://georgebadus.blogspot.com/2009/07/kajian-tekssyair.html Mreditor. (2021, Oktober 30). Syair Perahu Hamzah Fansuri https://nurfeed.com/syair-perahu-hamzah-fansuri/ Yupi Saputri. (2017, November 30). Makna Syair Perahu http://salamjasmerah.blogspot.com/2017/11/makna-syairperahu.html
SEKIAN Terima Kasih H A N A L I E S H A