MODUL TATABAHASA
PEDAGOGI
PENGGOLONGAN KATA
ANWAR IBRAHIM BIN KHALIDAYUBI | MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD ZAKI |
UMI NABILA BINTI AHMAD ZANI @ ZAINI | MUNIRAH BINTI MOHAMAD NAWI |
MUHAMMAD HARITH SYAHMI BIN HANAFI
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
MODUL TATABAHASA PEDAGOGI:
PENGGOLONGAN KATA
TUGASAN BERKUMPULAN
KUMPULAN KULIAH: A
KUMPULAN: 15
NAMA PENSYARAH: ENCIK MOHD RA’IN BIN SHAARI
NAMA PELAJAR NO. MATRIK
MUHAMMAD HARITH SYAHMI BIN HANAFI D20211098790
D20211100066
ANWAR IBRAHIM BIN KHALIDAYUBI D20211100046
MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD ZAKI D20211100071
UMI NABILA BINTI AHMAD ZANI@ZAINI D20211100060
MUNIRAH BINTI MOHAMAD NAWI
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1
BIL PERKARA
1. Pengenalan 2
2. Penggolongan Kata Nama 5
7
2.1 Kata Nama Khas
2.2 Kata Nama Am 15
2.3 Kata Ganti Nama 23
3. Penggolongan Kata Kerja
3.1 Kata Kerja Aktif 29
3.2 Kata Kerja Pasif
4. Penggolongan Kata Adjektif 32
4.1 Konsep Kata Adjektif
4.2 Jenis Kata Adjektif 35
4.3 Contoh Yang Berkonteks 56
5. Penggolongan Kata Tugas 57
5.1 Kelompok Kata Tugas 58
6. Kesimpulan
7. Rujukan
8. Lampiran
1.0 PENGENALAN
Menurut Nawi Ismail (2016), penggolongan kata merupakan proses menjeniskan atau
mengelompokkan kata berdasarkan kriteria tertentu. Kriteria-kriterianya ialah kriteria struk
semantik, kriteria sintaksis dan kriteria morfologi. Penggunaan kriteria semantik bermaksud
memasukkan perkataan ke dalam golongannya menurut makna perkataan berkenaan.
Seterusnya, penggunaan kriteria sintaksis pula bermaksud memasukkan perkataan ke dalam
golongannya menurut bentuk binaan perkataan, lebih-lebih lagi setelah menerima imbuhan.
Oleh hal demikian, penentuan golongan kata bagi sesuatu perkataan dibuat berdasarkan ciri
persamaan yang dimiliki oleh kata itu, khususnya dari segi makna, keserupaan bentuk, posisi
kata dan fungsinya dalam ayat.
Dapat ditegaskan bahawa penentuan golongan kata bagi sesuatu perkataan dibuat
berdasarkan ciri persamaan yang dimiliki oleh kata itu, khususnya dari segi makna, keserupaan
bentuk, posisi kata, dan fungsinya. Menurut Nawi Ismail (2016), golongan kata terbahagi
kepada 4 iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan juga kata tugas. Golongan kata nama,
kata kerja dan kata adjektif merupakan golongan kata utama iaitu kata yang dapat menjadi inti
frasa dan predikat ayat. Seterusnya, golongan ini juga dikenali sebagai kata leksikal, iaitu
kumpulan kata yang mempunyai makna yang jelas. Ketiga-tiga golongan kata ini berpotensi
untuk menambah bilangan kata baharu yang tidak terhad jumlahnya. Sehubungan dengan itu,
tiga golongan kata ini juga tidak terdapat lagi golongan kata yang boleh menjadi inti bagi mana-
mana frasa.
Menurut Norliza Jamaluddin (2011), sebenarnya, usaha menggolongkan kata ke dalam
golongan tertentu bukanlah suatu bidang yang baharu di Malaysia. Perkara ini dapat dilihat
dengan jelas menerusi buku-buku tatabahasa serta artiek-artiekl yang diterbitkan dalam jurnal
linguistik seperti Lingua dan Dewan Bahasa. Didapati, pada peringkat awal, apabila
menghuraikan bahasa Melayu dari aspek ejaan, morfologi, sintaksis, tanda baca, hal ehwal
karang-mengarang dan gaya bahasa, buku-buku tatabahasa turut memberi huraian yang
mendalam terhadap aspek golongan kata. Bahkan, sebelum tahun 1940-an bidang utama yang
diberikan tumpuan apabila menghuraikan tatabahasa bahasa Melayu selain aspek imbuhan.
1
2.0 PENGGOLONGAN KATA NAMA
Kata nama digunakan untuk merujuk kepada orang, tempat, benda, konsep dan sebagainya.
Kata nama juga merupakan sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa
nama dalam ayat. Tambahan lagi, menurut Nawi Ismail et al (2016), frasa nama ialah frasa
yang intinya merupakan kata nama, sama ada kata nama tunggal, kata terbitan atau ganti nama.
Frasa nama juga merupakan binaan dari sudut nahu yang terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Oleh yang
demikian, kata nama dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kata nama khas, kata nama am
dan juga kata ganti nama.
Kata nama
Kata nama am
Kata nama khas Kata ganti nama
2.1 KATA NAMA KHAS
Kata nama khas merupakan bentuk kata yang merujuk khusus kepada sesuatu nama orang,
haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan
seumpamanya. Dari segi penulisan, huruf pertama bagi kata nama khas perlulah ditulis dengan
huruf besar. Tambahan lagi, kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup
dan kata nama khas tak hidup.
2.1.1 Kata Nama Khas Hidup
Kata nama khas hidup ini terbahagi lagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. Bagi kata nama khas hidup manusia ini, ia meliputi
perkataan yang mewakili manusia. Ianya dapat didahului oleh nama panggilan atau gelaran.
Kata nama khas hidup manusia ditulis dengan huruf besar di pangkalnya termasuk dalam kelas
kata nama khas dan ianya merujuk kepada sesuatu yang bernyawa.
2
Formula: Kata nama khas hidup manusia = merujuk kepada manusia sahaja.
Contoh: Haris, Syafiq, Aisyah, Nachiappan, Doktor Faiz.
Seterusnya, bagi kata nama khas hidup bukan manusia pula, ia merujuk kepada benda-benda
hidup tetapi bukan manusia seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
Formula: Kata nama khas hidup bukan manusia=benda hidup tetapi bukan manusia
Contoh: Belang, Si Tompok, Sang kacil, Reflesia.
2.1.2 Kata Nama Khas Tak Hidup
Kata nama khas tak hidup ini merujuk kepada benda-benda yang khusus tetapi bukan seperti
nama benda, institusi, negara, bangsa, bahasa, pangkat, dan undang-undang.
Formula: Merujuk benda khusus= tetapi tak hidup
Contoh: Acer, Samsung, Jalur Gemilang, Perodua
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dewan Bahasa dan Pustaka
Benda Malaysia, Singapura, Filipina, Kemboja, Thailand, Indonesia
Institusi Tanjung Malim, Tangkak, Sungai Muar, Tasik Proton City
Negara Melayu, Cina, India, Iban
Tempat bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Arab
Bangsa Islam, Buddha, Hindu
Bahasa Kasut Kelopak Jantung, Lambaian Malar Hijau
Agama
Judul
3
Aktiviti 1
Tulis semula ayat-ayat berikut menggunakan ejaan yang betul.
1. reflesia merupakan bunga yang terbesar di malaysia.
2. si comot merupakan kucing kesayangan marina.
Aktiviti 2
Padankan jenis kata nama khas tak hidup berikut dengan
contoh yang betul.
Institusi Tan Sri
Negara Jepun
Pangkat
Universiti
Kebangsaan
Malaysia
4
2.2 KATA NAMA AM
Kata nama am ialah bentuk kata yang merujuk sesuatu konsep atau benda yang umum. Dengan
kata lain, kata nama am ialah kata selain kata nama khas dan tidak ditulis dengan huruf besar.
Kata nama am ini juga boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am hidup dan kata
nama am tak hidup. Kata nama am hidup merujuk kepada manusia dan binatang manakala kata
nama am tak hidup merujuk kepada benda yang tidak bernyawa.
2.2.1 Kata Nama Am Hidup Manusia
Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk kepada manusia, iaitu bersifat hidup dan
mendukung makna nama am.
Contoh: guru, bayi, pelayan, jutawan, ibu, kanak-kanak, nelayan
Aktiviti
Berdasarkan petikan di bawah, gariskan kata nama am yang
terdapat di dalam petikan.
Tugas sebagai seorang guru bukan hanya mengajar, malah
adalah untuk mendidik. Hal ini demikian kerana, demi
melahirkan generasi yang berjaya pada masa akan datang,
mendidik murid adalah tugas yang utama supaya negara dapat
melahirkan lebih ramai pemimpin yang berwibawa.
2.2.2 Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia
Kata nama am hidup bukan manusia ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda
hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am.
Contoh: gajah, burung, hantu, pokok, harimau
5
Aktiviti
Pelajar dikehendaki menyediakan satu peta i-think
dan menyenaraikan kata nama am hidup bukan
manusia.
2.2.3 Kata Nama Am Tak Hidup Institusi
Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat
tidak hidup tetapi mendukung makna nama am.
Formula: Dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada
sebelum kata nama institusi.
Contoh: sekolah, universiti, persatuan, hospital.
Aktiviti
Bentuk satu kumpulan seramai 5 orang
dan namakan 10 kata nama am tak
hidup institusi di dalam kertas majong.
2.2.4 Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Konkrit
Kata nama jenis ini merujuk kepada benda-benda yang bukan institusi tetapi sifatnya konkrit.
Kebanyakan kata nama dalam golongan ini merujuk kepada tempat.
Formula: Kata nama jenis ini didahului oleh sendi nama ke dan dari.
Contoh: rumah, padang, kampong, negeri, sungai
6
2.2.5 Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak Berbilang
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang tidak hidup, bukan
institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, iaitu dapat diserta oleh kata bilangan.
Contoh: Senyuman, bayangan, pendapat, gangguan, rancangan
2.2.6 Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak Tak Berbilang
Kata nama jenis ini merujuk benda-benda atau perkara yang tidak hidup, bukan institusi,
abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang.
Contoh: Angin, iklim, kecantikan, keadilan, ketibaan, angkasa
Aktiviti
Guru akan mengadakan sesi soal jawab bersama pelajar di
dalam bilik darjah berkenaan kata nama am tak hidup bukan
institusi konkrit. Pelajar juga akan disoal berkenaan kata
nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang dan
kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak
berbilang bagi memastikan pelajar dapat membezakan
kedua-dua jenis kata nama ini.
2.3 KATA GANTI NAMA
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.
Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil iaitu kata ganti nama tunjuk
dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri pula dibahagikan lagi kepada kata ganti nama
diri orang dan kata ganti nama diri Tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata
ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama orang
ketiga. Dalam erti kata lain, kata ganti nama ialah kata yang menggantikan nama dan berfungsi
seperti nama.
7
2.3.1 Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ini merujuk kepada perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan
mendukung makna menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk. Kata ganti nama yang
menunjuk pada perkara atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum, manakala yang
menunjuk pada tempat disebut kata ganti nama tunjuk tempat.
Formula:
Jenis kata nama
tunjuk
Kata ganti nama Kata ganti nama
tunjuk umum tunjuk tempat
Ini (arah dekat) Sini (arah dekat)
Itu (arah jauh) Sana (arah jauh)
2.3.2 Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama khas atau kata
nama am supaya kata nama berkenaan tidak berulang dalam sesuatu pertuturan atau penulisan.
Kata ganti nama diri ini terbahagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti
nama diri orang.
2.3.2.1 Kata Ganti Nama Diri Tanya
Perkataan yang merujuk benda atau orang bentuk pertanyaan. Sebagai contoh:
1. Itu siapa?
2. Apa itu?
3. Awak mahu ambil yang mana?
8
2.3.2.2 Kata Ganti Nama Diri Orang
Kata ganti diri nama orang mengandungi perkataan yang merujuk kepada diri orang tertentu
iaitu diri orang pertama, kedua, dan ketiga.
Contoh kata ganti nama diri pertama:
Kata ganti
diri pertama
1. Aku
2. Saya
3. Hamba
4. Patik
5. Beta
6. Kami
7. Kita
Contoh kata ganti nama diri kedua:
Kata ganti nama
diri kedua
1. Anda
2. Awak
3. Engkau
4. Tuanku
5. Kalian
9
Contoh kata ganti nama diri ketiga:
Kata ganti nama
diri ketiga
1. Bagina
2. Beliau
3. Dia
4. Mereka
Aktiviti
Setelah mempelajari kata ganti nama, pelajar
dikehendaki membinat 5 jenis ayat berdasarkan
kata ganti nama bagi kesemua jenis kata ganti
nama tersebut.
10
KOTA BHARU: Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Ahli Parlimen
Larut, yang juga Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sebagai Ketua
Pembangkang di Dewan Rakyat.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata perkara itu telah diputuskan dalam satu
mesyuarat yang diadakan beberapa hari lalu.
Beliau berkata, pencalonan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang juga telah dihantar ke Parlimen.
"Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju
melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.
(sumber): Berita Harian 10 Disember 2022
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1037796/hamzah-zainuddin-sebagai-ketua-
pembangkang-di-dewan-rakyat
❖ Contoh kata nama khas yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah Perikatan
Nasional
❖ Contoh kata nama khas hidup yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah Datuk Seri
Hamzah Zainudin
❖ Contoh kata ganti nama diri ketiga yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah beliau
❖ Contoh kata ganti nama tunjuk yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah itu
❖ Contoh kata ganti nama diri pertama yang terdapat dalam akhbar tersebut ialah kita
11
Latihan 1
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. itu bertungkus lumus mengerjakan sawah padi miliknya.
A Nelayan C Penjaja
B Petani D Peniaga
2. Perlawanan persahabatan bola sepak antara Johor dan Perak itu akan dijalankan di
.
A Stadium Bukit Jalil C Restoran Maju
B Tasik Bera D Jalan Maharaja
3. mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam
kehidupan.
A Itik C Saya
B Ibu bapa D Kenderaan
4. Kasut sukan berjenama dijual dengan harga yang berpatutan
sempena jualan promosi besar-besaran.
A Adidas C Taman Ehsan
B Singapura D Kamus Sari
5. Beberapa ekor bergayut pada sebatang pokok.
A Monyet C Buaya
B Beruang D Singa
12
Latihan 2
Isi tempat kosong dengan kata nama am atau kata nama khas yang sesuai.
1. Arnab itu diberi nama oleh bapa saya kerana bulunya ada tompok-tompok
hitam.
2. Kehandalan Lee Chong Wei bermain sudah terkenal di seluruh pelosok
dunia.
3. menangis teresak-esak apabila dimarahi emak kerana bermain di tempat
yang becak.
4. Warga kota berpusu-pusu ke stesen keretapi untuk pulang ke .
5. merupakan seorang guru bahasa Melayu yang cantik.
Latihan 3
Nyatakan jawapan yang betul bagi kata ganti nama diri orang di ruang yang disediakan.
Bil Kata Ganti Nama Diri Contoh
1. Pertama
2. Kedua
3. Ketiga
13
Latihan 4
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai bagi kata nama am tak hidup bukan
institusi konkrit dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak.
Bil Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Kata Nama Am Tak Hidup Bukan
Institusi Konkrit Institusi Abstrak
1.
2.
3.
4.
5.
6.
14
3.0 Penggolongan Kata Kerta
Kata kerja ialah perkataan yang membawa makna perbuatan. Ia menjadi inti bagi binaan
frasa kerja. Frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain
seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan keterangan (Nik Safiah Karim et
al.,. 1994:139). Kata kerja juga terdiri daripada perataan yang boleh menjadi unsur inti bagi
binaan frasa kerja. Dari segi makna, kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu
perbuatan atau keadaan terjadi sesuatu perbuatan atau keadaan terjadinya sesuatu. Kata kerja
dapat digolongkan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif.
Golongan Kata
Kerja Golongan
Kata Kerja Aktif Kata Kerja Pasif
3.1 Kata Kerja Aktif
Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Kata kerja aktif dapat
dibahagikan kepada kata kerja aktif tak transitif dan kata kerja aktif transitif. Kata kerja aktif
tak transitif boleh berdiri sendiri dalam binaan ayat apabila dapat menjadi inti bagi binaan frasa
kerja. Manakala kata kerja aktif transitif tidak dapat menjadi inti bagi frasa kerja kerana
memerlukan objek bagi membentuk binaan frasa kerja.
Nota: Kata kerja aktif lazimnya menggunakan imbuhan yang berfungsi sebagai
penanda aktif.
Contoh: men-, ter-, ber-, -I, -kan, meN-…-kan, meN-…I, mempeR-…-kan, dan memper-…-i.
15
Kata Kerja aktif
Kata Kerja Aktif Kata Kerja Aktif
Transitif Tak Transitif
3.1.1 Kata Kerja Aktif Transitif
Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengambil satu objek di belakangnya.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut
sesudahnya, yang disebut objek (Nik Safiah Karim et al.:2004). Objek tersebut boleh terdiri
daripada kata nama, frasa nama, atau klausa nama.
Formula: KKAT + Objek (Frasa nama)
Contoh:
KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan mendapat tonik terbaik dalam persiapan ke Piala AFF,
hujung bulan ini apabila menewaskan Kemboja 4-0 dalam aksi persahabatan di Stadium
Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon menguji beberapa senjata baharu termasuk dua
pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero serta pemain kacukan David Rowley.
Detik manis dikecapi Tuck apabila dia meledak gol kedua Malaysia pada minit ke-38 bagi
penampilan sulung bersama Harimau Malaya selepas Faisal Halim membuka tirai jaringan
hanya selepas 11 minit perlawanan berlangsung.
Faisal yang turut membantu jaringan Tuck meneruskan kecemerlangan apabila dia meledak
gol ketiga skuad negara pada masa kecederaan babak pertama selepas menerima umpanan
Darren Lok.
Sumber: Berita Harian 9 Disember 2022
16
Al Rayyan, Qatar: Maghribi mahu mencipta sejarah Piala Dunia apabila berdepan Portugal di
suku akhir esok, menyatakan mereka belum berpuas hati sekalipun memecah rekod bola sepak
Arab dan menyamai pencapaian terbaik oleh pasukan Afrika.
Jurulatih skuad Afrika Utara itu, Walid Regragui berkata mereka harus memulakan
perlawanan sebagai 'underdogs' menentang Portugal tetapi membuktikan mereka pencabar
sebenar di Qatar dan dahagakan lebih banyak kejayaan.
Jika menang di Stadium Al Thumama Stadium, Maghribi akan menjadi pasukan Afrika
pertama mara kelompok empat terbaik sementara mereka sudahpun menjadi negara Arab
pertama mara ke kelompok lapan terbaik.
"Kami sudahpun melakar beberapa pencapaian yang hebat tetapi kami berasakan ia belum
mencukupi, kami mahu pergi lebih jauh. "Kami sudah membuktikan semua data analisis adalah
salah mengenai peluang Belgium dan juga Sepanyol. Mereka semua menyangkakan kami tewas
kepada mereka." kata Regragui pada sidang media hari ini.
Sumber: Harian Metro 9 Disember 2022
➢ Perkataan yang dihitamkan adalah kata kerja aktif transitif.
Kata kerja aktif transitif menggunakan imbuhan meN-, mempeR-, meN-…-kan,
meN-…I, mempeR-…-kan, dan mempeR-…-i
Bentuk kata kerja aktif transitif iaitu: Contoh
Bentuk kata kerja aktif transitif Ternakan, termakan, tersepak
Membaca, menendang, memandu
Kata kerja berawalan ter-
Kata kerja berawalan meN- Menaiki, mendekati
Kata kerja berapitan meN…-i Mengemaskan, memasukkan
Kata kerja berapitan meN…-kan Memperbuat, memperlebar
Kata kerja berawalan memper- Memperbaiki, memperlajari
Kata kerja berapitan memper…-i Memperkenalkan, mempertemukan
Kata kerja berapitan memper…-kan
17
3.1.2 Kata Kerja Aktif Tak Transitif
Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau
penyambut. Kebanyakan kata kerja aktif tak transitif tidak memerlukan pelengkap. Kata kerja
tak transitif boleh dibahagikan kepada kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap, kata kerja
aktif tak transitif berpelengkap dan kata kerja aktif tak transitif berpenerang.
Formula: KN + KKATT
Contoh:
Kuala Nerus: Penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan mudah dinaiki air dinasihatkan
supaya tidak berlengah-lengah untuk berpindah sekiranya penempatan mereka ditenggelami
air.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Lt Kol (PA) Mohd
Rosman Abdullah, berkata, sekiranya arahan berpindah dikeluarkan pihak berkuasa,
penduduk perlu berpindah segera.
"Jangan tunggu air naik baru nak pindah dan elakkan berpindah pada waktu malam kerana
proses pemindahan pada waktu malam menimbulkan pelbagai masalah dan kesukaran kepada
pasukan penyelamat untuk melakukan operasi," katanya ketika ditemui selepas pemantauan air
pasang besar di Pantai Miami, Seberang Takir, di sini, malam tadi.
Sumber: Harian Metro 10 Disember 2022
18
Kota Bharu: Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas dalam tali air di Kampung Jambu Merah di
sini, petang tadi. Mangsa, 7, terdahulu bersama keluarganya ke tali air itu pada 5 petang kerana
bapanya ingin memukat ikan.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azman Ayob berkata, ketika sampai di lokasi kejadian,
mangsa meminta kebenaran bapanya, 33, untuk turun bermain di tali air berkenaan.
"Bapanya membenarkannya sebelum lelaki itu terus memancing ikan di kawasan dalam petak
sawah.
"Selang beberapa minit kemudian, pengadu mendapati anak lelakinya tiada dan dia cuba
mencari di sekitar kawasan itu termasuk di dalam tali air dan mendapati mangsa berada di
dasar tali air," katanya ketika dihubungi di sini.
Azman berkata, sebaik mangsa diangkat ke tebing sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan
Mahligai.Mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.50 petang tadi dan kes diklasifikasi sebagai
mati mengejut.
Sumber: Harian Metro 10 Disember 2022
➢ Perkataan yang dihitamkan adalah kata kerja aktif tak transitif.
Nota:kata kerja yang dihitamkan menunjukkan perbuatan dia tidak memerlukan objek sebagai
pelengkapnya
Terdapat beberapa bentuk kata kerja aktif tak transitif iaitu:
Bentuk kata kerja aktif tak transitif Contoh
Kata kerja tanpa imbuhan Mandi, tidur, duduk
Kata kerja berawalan beR- Berjalan, bersenam
Kata kerja berawalan meN- Menyanyi, menangis
Kata kerja berawalan teR- Tersenyum, termenum
Kata kerja berapitan ber…-an Bersalaman, berpelukan
19
Terdapat tiga jenis kata kerja aktif tak transititf.
Kata Kerja aktif
Tak Transitif
Tanpa Pelengkap Berpelengkap Berpenerang
3.1.2.1 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata kerja aktif tak transititf tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri
dalam predikat ayat.
Contoh:
a) Angin bertiup.
b) Dia masih tidur.
c) Petani sedang berehat.
Kata kerja ini boleh menerima keterangan selepasnya sebagai unsur tambahan.
Keterangan biasanya dalam bentuk frasa sendi nama atau frasa keterangan dan boleh
digugurkan tanpa menjejaskan kegramatisan ayatnya.
Contoh:
a) Angin bertiup dengan kencang sekali.
b) Dia masih tidur di bilik itu.
c) Nelayan sedang berehat di tepi pantai.
20
3.1.2.1 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap merupakan kata kerja yang memerlukan kata
atau frasa tertentu selepas kata kerja untuk melengkapkan maksudnya. Pelengkap merupakan
unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak transitif. Tanpa pelengkap, ayat yang
terhasil tidak mempunyai makna yang sempurna.
Contoh:
• Penyakitnya beransur sembuh. (√ )
• Penyakitnya beransur. (X)
• Dia ingin menjadi guru. (√ )
• Dia ingin menjadi. (X)
Pelengkap tidak dapat disamakan dengan objek. Perbezaannya adalah seperti yang berikut:
Pelengkap Objek
Hadir selepas kata kerja aktif tak transitif. Hadir selepas kata kerja aktif transitif.
Contoh: Contoh:
• Badan bayi itu bertambah montel. • Kakak menyiram pokok bunga.
• Wajah Siti menyerupai wajah • Beliau mengesahkan berita itu.
ayahnya. (montel dan wajah (pokok bunga dan berita itu ialah
ayahnya ialah pelengkap) objek)
Ayat yang mengandungi pelengkap tidak Ayat yang mengandungi objek boleh
boleh dipasifkan. mengalami pemasifan.
Montel ditambah badan bayi itu. (X) Pokok bunga disiram kakak. (√ )
Wajah ayahnya diserupai wajah siti. (X) Berita itu disahkan beliau. (√ )
21
Unsur yang menjadi pelengkap terdiri daripada tiga jenis.
Unsur Pelengkap
Kata Nama atau Kata Adjektif atau Frasa Sendi Nama
Frasa Nama Frasa Adjektif
3.1.2.2 Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpenerang
Kata kerja aktif tak transitif berpenerang teridir daripada kata kerja aktif tak transitif yang
diikuti oleh kata nama. Kata nama tersebut bukan pelengkap atau objek kerana sekiranya unsur
tersebut ditiadakan, ayat tetap gramatis.
Contoh:
• Mereka berjalan kaki ke sekolah. (Kaki ialah penerang)
• Mereka berjalan ke sekolah. (√ )
• Salman berbaju melayu merah jambu. (Melayu ialah penerang)
• Salman berbaju merah. (√ )
• Mereka bermain bola di padang. (Bola ialah penerang)
• Mereka bermain di padang. (√ )
22
3.2 Kata Kerja Pasif
Kata kerja pasif
Dengan imbuhan pasif Dengan penanda pasif “kena”
Awalan di- Contoh ayat:
Contoh ayat: Bola itu kena basuh oleh adik.
Tingkap itu ditutup dengan kain.
Awalan ter-
Contoh ayat:
Pintu rumahnya masih terbuka.
Apitan di-…--kan
Contoh ayat:
Pesakit itu tidak dibenarkan keluar wad.
Apitan ke-…-an
Contoh ayat:
Anak kucing itu kesejukan di luar rumah
Apitan ter-…-kan
Contoh ayat:
Pemandangan itu tidak tergambarkan oleh
saya.
Awalan ter-…-i
Contoh ayat:
Permintaannya tidak terpenuhi oleh saya.
23
Aktiviti 1
Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada
kata kerja itu kata kerja transitif (KKT) atau kata kerja tak Transitif (KKTT).
1) Encik Ali mengasah pisau-pisau itu sehingga tajam. ( )
2) Abu sering mandi di air terjun itu bersama adiknya. ( )
3) Penyanyi itu baru menyanyi dengan penuh emosi. ( )
4) Abang Azwan pergi ke bandar dengan menunggang basikal. ( )
5) Azman terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya pagi tadi. ( )
Aktiviti 2
Gariskan pelengkap dalam ayat di bawah.
6) 1. Pokok rambutan itu berbuah lebat.
7) 2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
8) 3. Encik Ahmad baru keluar dari pejabatnya.
9) 4. Kereta itu membelok ke kiri.
10) 5. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
11) 6. Ali dan keluarganya tinggal di Kepala Batas.
24
Aktiviti 3
Bina 5 ayat yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.
1.
2.
3.
4.
5.
Latihan 1
Tandakan betul ( / ) atau salah ( X ) pada penggunaan kata kerja yang berhuruf condong
dalam ayat-ayat di bawah.
1 Puan Laila lebih suka membeli di pasar-pasar raya besar.
2 Kumpulan koir itu menyanyi dengan penuh semangat.
3 Halaman rumah datuk dipenuhi daun kering kerana belum bersapu.
4 Adik sedang melukis di ruang tamu dengan kawan-kawannya.
5 Lelaki itu pergi ke bandar dengan menunggang motosikal.
6 Abu selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.
7 Pak Ali mengasah parang-parang itu sehingga tajam.
8 Semangkuk bubur itu memberikan oleh Fatimah kepada jirannya.
Latihan 2
Bina 5 ayat dengan menggunakan kata kerja aktif transitif.
1.
2.
3.
4.
5.
25
Bina 5 ayat menggunakan kata kerja pasif dengan kata “kena”.
1.
2.
3.
4.
5.
Latihan 3
Pilih jawapan yang betul.
1. Berikut merupakan ciri-ciri kata kerja aktif transitif kecuali
A. Memerlukan objek selepas kata kerja
B. Kebiasaannya bermula dengan awalan me-
C. Tidak memerlukan objek selepas kata kerja
D. Tidak boleh berdiri sendiri
2. Apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja tak transitif dengan tepat?
A. Kata kerja yang memerlukan objek
B. Kata kerja yang boleh berdiri sendiri
C. Kata kerja yang boleh berdiri sendiri dan tidak memerlukan objek
3. Berikut merupakan ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
kecuali
A. Air sungai itu mengalir deras sekali.
B. Pinggan kotor itu belum berbasuh.
C. Adik terkejut setelah melihat hadiah sempena hari lahirnya.
D. Ayah duduk di atas kerusi sementara menunggu ibu membeli barang.
4. Pilih ayat yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif berpelengkap.
A. Ali Bertani untuk mengisi masa lapang.
B. Kanak-kanak tertawa riang.
26
C. Penyakit demam panas adiknya sudah beransur pulih.
D. Mereka bersiar-siar di taman permainan pada waktu petang.
5. Unsur pelengkap terdiri daripada
A. Kata adjektif
B. Kata ganda
C. Kata nama
D. Frasa sendi nama
Latihan 4
Bina ayat dengan menggunakan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap di bawah.
1. balik
2. memiliki
3. beralaskan
4. bertambah
5. bertemakan
Latihan 5
Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
1. Saya telah memasak bubur untuk adik.
2. Pasukan pengakap mendirikan khemah itu di tepi hutan.
27
3. Saya telah menyiapkan kerja rumah itu semalam.
4. Mereka menyediakan pelbagai hidangan untuk tetamu yang hadir.
5. Ayah membeli makanan itu di pasar malam.
28
4.0 PENGGOLONGAN KATA ADJEKTIF
4.1 Konsep kata adjektif
Kata adjektif atau kata sifat merupakan perkataan yang menjad unsur inti dalam struktur frasa
adjektif. Dalam binaan frasa adjektif, kata adjektif boleh hadir secara sendirian atau hadir
bersama-sama dengan perkataan lan seperti kata bantu dan kata penguat. Menurut Nik Safiah
Karim (2004), kata adjektif sifatan atau keadaan terdiri daripada perkataan yang memberi
pengertian sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Kata adjektif mempunyai
pelbagai jenis antaranya :
KA KA CARA KA WARNA KA UKURAN KA JARAK
SIFAT/KEADAAN
KA BENTUK KA WAKTU KA KA
PERASAAN PANCAINDERA
4.2 Jenis-jenis Kata Adjektif
4.2.1 Kata adjektif berdasarkan sifat dan keadaan
Kata adjektif berdasarkan sifat atau keadaan ialah kata adjektif yang menerangkan perangai,
tabiat atau keadaan bagi kata nama atau frasa nama sama ada benda atau orang.
Formula
KN + KA (Sifat)
Contoh ayat: Zainab sangat gembira pada hari ini.
Contoh kata adjektif sifat ialah :
i) Takut
ii) Berani
iii) Gembira
iv) Sedih
29
4.2.2 Kata adjektif berdasarkan waktu
Kata adjektif berdasarkan waktu ialah kata adjektif yang menerangkan masa atau waktu. Ianya
berfungsi sebagai unsur keterangan bagi kata nama.
Formula
KN + KA (Waktu)
Contoh ayat: Dia jarang-jarang pulang ke rumah.
Contoh kata adjektif waktu:
i) Lampau
ii) Kerap
iii) Sering
iv) Kadang-kadang
4.2.3 Kata adjektif berdasarkan warna
Kata adjektif yang menerangkan warna sesuatu nama. Ianya menjelaskan warna sebagai unsur
keterangan.
Formula
; KN + KA (Warna)
Contoh ayat : Kereta itu warna merah.
Contoh kata adjektif warna ialah:
i) Hitam
ii) Merah
iii) Kuning
iv) Biru
v) Hijau
30
4.2.4 Kata adjektif berdasarkan jarak
Kata adjektif berdasarkan jarak ialah kata adjektif yang menerangkan jarak atau perkara yang
berkaitan dengan ruang antara dua benda, tempat atau keadaan.
Formula
KN + KA (Jarak)
Contoh ayat : i) Rumah Syafiq hampir dengan kedai runcit.
ii) Susunan kereta di tempat letak kereta itu sangat rapat.
Contoh kata adjektif jarak ialah :
i) Dekat
ii) Jauh
iii) Hampir
iv) Rapat
v) Sebelah
4.2.5 Kata adjektif berdasarkan ukuran
Kata adjektif berdasarkan ukuran merupakan kata adjektif yang menerangkan saiz, berat atau
ringan sama ada benda bernyawa atau tidak, dan konkrit atau abstrak.
Formula
KN + KA (Ukuran)
Contoh ayat : i) Buku itu sangat tebal.
ii) Pembaris itu sangat panjang.
Contoh kata adjektif ukuran :
i) Labuh
ii) Pendek
iii) Cetek
iv) Dalam
v) Nipis
31
4.3 CONTOH PENGGUNAAN DALAM KONTEKS SEBENAR
LUSAIL: Lionel Messi berkata Argentina terasa kehadiran mendiang Diego Maradona
sepanjang kempen Piala Dunia termasuk ketika mereka menewaskan Belanda menerusi
penentuan sepakan penalti sekali gus mara ke separuh akhir.
Messi menjadi inspirasi untuk membantu Argentina menempah pertemuan dengan Croatia
selepas dia mencipta peluang untuk gol pembukaan Nahuel Molina sebelum menambah gol
kedua menerusi sepakan penalti.
Namun, Argentina mensia-siakan kelebihan dua gol itu apabila diikat di hujung permainan
sebelum penjaga gol, Emi Martinez tenang menyelamatkan dua sepakan penalti pertama Belanda
dan kemenangan dinoktahkan menerusi Lautaro Martinez yang menyempurnakan tendangannya.
Sumber : Berita Harian, 10 Disember 2022
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/12/103
7641/maradona-perhati-kami-dari-syurga
Terdapat beberapa kata adjektif waktu yang terdapat dalam petikan akhbar ini iaitu perkataan
selepas dan sebelum.
Terdapat juga kata adjektif berdasarkan sifat atau keadaan iaitu tenang.
TEHRAN: Seorang ulama kanan Sunni dibunuh di tenggara Iran, di wilayah Sistan dan
Baluchestan, manakala pasukan keselamatan berkata, percubaan sama digagalkan di
wilayah Khorasan Razavi, lapor media Iran semalam.
Ulama tempatan, Molavi Abdulvahed Rigi, ditemui mati di tepi jalan di daerah Khash
pada awal pagi dengan tiga peluru di kepala, lapor Press TV yang memetik pendakwa
raya Sistan dan Baluchestan, Mehdi Shamsabadi.
Sumber : Berita Harian, 10 Disember 2022
https://www.bharian.com.my/dunia/asi
a/2022/12/1037777/ulama-kanan-
Perkataan ‘tepi’ dalam petikan akhbar ini merupakan kata adjektif jarak.
32
4.4 AKTIVITI YANG SESUAI
1. Berikan lima contoh perkataan bagi setiap jenis kata adjektif
2. Menggunakan contoh perkataan yang telah diberi, bina ayat bagi setiap perkataan.
3. Berdasarkan keratan akhbar yang akan guru berikan, kenal pasti kata adjektif yang terdapat
dalam petikan akhbar tersebut dan golongkannya mengikut jenis kata adjektif.
4.5 LATIHAN
Latihan 1
Senaraikan empat jenis kata adjektif.
i.
ii.
iii.
iv.
Latihan 2
Bina 5 ayat yang mengandungi kata adjektif waktu.
1.
2.
3.
4.
5.
33
Latihan 3
Kenal pasti jenis kata adjektif berdasarkan ayat berikut:
1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
2. Kakak selalu gopah-gapah dalam pekerjaan.
3. Suasana di pasar malam itu sungguh bising.
4. Almari lama itu masih kelihatan baharu kerana penjagaannya yang rapi.
5. Buku itu nipis sekali.
34
5.0 PENGGOLONGAN KATA TUGAS
Kata tugas merupakan kata yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat dengan mendukung sesuatu
tugas sintaksis. Selain itu, kata tugas juga merupakan sejumlah morfem bebas yang tidak
mempunyai makna sendiri tetapi mempunyai tugas atau fungsi tatabahasa tertentu dalam binaan
frasa, klausa dan ayat. Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat ayat
kerana kata tugas berfungsi sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, penafi, pembenar
penegas pembantu dan tugas-tugas lain (Suhaimi Mohd Salleh & Md. Rahim Yahaya, 2020).
Sehubungan dengan itu, kata tugas juga berperanan sebagai kata yang membantu kata utama
seperti kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Oleh itu, kata tugas ini boleh dibahagikan kepada
beberapa kelompok.
Formula Kata Tugas
Kelompok Kata Tugas
Kata Penyambung Ayat
• Kata Hubung
Kata Praklausa
Kata Parafrasa dan Kata Pascafrasa
• Prafrasa - hadir pada awal frasa
• Pascafrasa - hadir selepas frasa
Kata Pascakata
5.1 Kelompok Kata Tugas
Kata tugas boleh dibahagikan kepada empat kelompok di mana setiap kelompok dapat dibahagikan
kepada beberapa jenis.
35
5.1.1 Kata Penyambung Ayat
Kata ini berfungsi untuk menghubungkan dua atau lebih binaan frasa, klausa dan ayat. Selain itu,
penggunaan kata penyambung ayat menghasilkan bentuk ayat berlapis yang disebut sebagai ayat
majmuk. Ayat majmuk yang terbentuk melalui kata penyambung ayat ini boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu ayat majmuk pancangan yang dihubungkan menggunakan kata hubung
pancangan dan ayat majmuk gabungan yang dihubungkan menggunakan kata hubung gabungan.
Hal ini disebabkan, kata hubung boleh dibahagikan kepada dua jenis.
Formula Kata Penyambung Ayat
1.
Kata Hubung (KH) Formula
Kata Hubung Gabungan (G) Group
Kata Hubung Pancangan (PRKK) Pelajar
Ramai
Relatif Kawan
Komplemen Karib
Keterangan
5.1.1.1 Jenis-jenis Kata Hubung
i. Kata Hubung Gabungan
Kata hubung ini berfungsi menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.
Penggunaan kata hubung di dalam ayat adalah untuk menerbitkan ayat majmuk gabungan yang
boleh dibahagikan kepada beberapa jenis kata hubung gabungan iaitu kata hubung gabungan
setara, kata hubung gabungan tentangan dan kata hubung gabungan berpasangan. Contoh:
dan, atau, serta, lagi, sambil, sedangkan, tetapi, namun, manakala, sama ada ….. atau, bukan
sahaja ….. malahan, semakin ….. semakin
Contoh ayat:
1. Dia berjoging sambil mendengar muzik.
2. Buah itu rasanya masam lagi pahit.
36
ii. Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan merupakan jenis kata penyambung ayat yang tugasnya menyambungkan
klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama. Kata hubung pancangan dapat
dibahagikan kepada tiga jenis.
Jenis-jenis Kata Hubung Pancangan
Relatif
Kata Hubung Pancangan Komplemen
Keterangan
▪ Kata Hubung Pancangan Relatif
- Menggunakan perkataan ‘yang’.
Contoh ayat: Razak memandu kereta yang baru
▪ Kata Hubung Pancangan Komplemen
- Menggunakan perkataan bahawa, supaya, agar, untuk.
Contoh ayat: Ayah menyatakan bahawa tabiat merokok membahayakan kesihatan
▪ Kata Hubung Pancangan Keterangan
- Digunakan untuk menerangkan sebab, akibat, syarat dan tujuan iaitu seperti kerana,
kalau, hingga, sehingga, jika, jikalau.
Contoh ayat: Pelajar itu diberikan hadiah kerana tekun belajar.
37
Aktiviti 1
Kenal pasti kata penyambung ayat dan nyatakan jenisnya.
1. Kami ke Putrajaya lalu singgah sebentar di Putrajaya.
2. Perlawanan bola sepak Liga Perdana itu ditangguhkan kerana hujan lebat.
3. Banyak perokok yang menyedari bahaya merokok tetapi mereka masih meneruskan
amalan yang buruk ini.
4. Pihak Kementerian Pelajaran menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil kepada
pelajar yang ponteng sekolah.
JAWAPAN:
1. …………………………………..
2. …………………………………..
3. …………………………………..
4. …………………………………..
Aktiviti 2 Bahan Pelaksanaan
Aktiviti
• Kertas • Guru membahagikan para pelajar kepada 4
Meningkatkan Mahjong kumpulan.
pengetahuan
pelajar terhadap • Pen • Setiap ketua kumpulan diminta untuk
kata penyambung marker membuat cabutan tajuk bagi tujuan
ayat. pembentangan.
• Blu-tack
• Tajuk yang dipilih akan dibentangkan di dalam
kelas bersama-sama ahli kumpulan.
• Setiap kumpulan diminta menerangkan tajuk
yang diterima di atas kertas mahjong dan
menerangkannya di hadapan rakan-rakan
sekelas.
• Setiap kumpulan diberi masa 20 minit sahaja.
• Tujuannya bagi melatih kerjasama dan
pemikiran pelajar agar berfikir dengan kritis
dan kreatif.
38
5.1.2 Kata Praklausa
Kata praklausa ialan perkataan tertentu yang hadir atau yang digunakan di hadapan klausa atau
ayat. Selain itu, kata praklausa juga berfungsi untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, perintah,
pengeyaan atau sebagai penerang pangkal klausa atau ayat. Oleh itu, terdapat lima jenis kata
praklausa.
Jenis Kata Praklausa Kata Seru
Formula Kata Praklausa Kata Tanya
Kata Praklausa
Kata Seru Kata Perintah
Kata Tanya
Kata Perintah Kata Pembenar
(SLAPP)
Kata Pembenar Kata Pangkal Ayat
Kata Pangkal Ayat
Formula (STPPP)
Sering
Tanya
Persoalan
(Silaan, Larangan, Ajakan, Permintaan, Pembiaran)
Pelajar
Pintar Amat
39
a) Kata Seru
Kata seru merupakan kata yang digunakan pada permulaan ayat seruan untuk menzahirkan
perasaan tertentu. Antaranya perasaan saying, marah, kagum, kesal, sedih dan lain-lain.
Contoh:
Jenis Perasaan Kata
Menarik Perhatian eh, hai, wahai, helo
Kagum dan hairan amboi, eh, oh, wah
Kesakitan aduh
Kesedihan aduh, aduhai
Contoh ayat:
Kata Seru Ayat Contoh
Cis Cis, lancing betul mulut kamu!
Eh Eh, pasukan bola sepak kita menang lagi!
Aduhai, malang benar nasibnya!
Aduhai Aduh, sakitnya kaki aku!
Aduh
b) Kata Tanya
Kata tanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau kata yang digunakan
untuk mengemukakan pertanyaan tentang orang, benda, tempat, masa, sebab, cara dan lain-
lain. Kata jenis ini hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Pada permulaan
ayat songsang kata tanya disertai penegas -kah.
Contoh:
Apa Bagaimana Berapa Bila Mengapa Siapa Mana
40
Contoh Ayat: Ayat Tanya (Susunan Biasa)
Ayat Tanya (Susunan Songsang) (a) Abang kamu balik bila?
a) Bilakah abang kamu balik? (b) Nama guru besar itu siapa?
b) Siapakah nama guru besar itu? (c ) Harga sepasang kasut ini berapa?
c) Berapakah harga sepasang kasut
ini?
c) Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perintah, sama ada
larangan, permintaan, silaan atau ajakan. Pihak yang menjadi sasaran perintah itu akan
memberikan reaksi atau tindak balas. Untuk pengetahuan juga, kata perintah boleh disertai
partikel -kah.
Contoh:
Jenis Kata Perintah Contoh
Larangan Dilarang, jangan, tak usah, usah
Permintaan Harap, minta, mohon, tolong
Silaan Jemput, sila, sudi
Ajakan Ayuh, mari, jom
PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan memohon pertimbangan pihak PLUS
Malaysia Bhd. (PLUS) bagi memasang lampu jalan di sepanjang Lebuhraya Seremban
– Port Dickson.
Menteri Besar, Datu Seri Aminnuddin Harun berkata, langkah tersebut bagi
mengelakkan kejadian kemalangan yang kerap berlaku di lebuh raya tersebut.
Sumber: Utusan Malaysia 8 Disember 2022
• Perkataan yang dihitamkan dalam ayat di atas adalah kata tugas perintah.
41
Contoh Ayat:
a) Tolong bawa alat ini ke makmal.
b) Usahlah biarkan budak itu menangis.
c) Jangan makan di dalam kelas.
d) Sila keluarkan alat tulis masing-masing.
d) Kata Pembenar
Kata pembenar ialah kata yang digunakan bagi menyatakan kesahihan tentang sesuatu
perkara atau isu untuk mengeyakan sesuatu perkara. Terdapat tiga kata pembenar yang
lazim digunakan dalam bahasa Melayu iaitu ya, benar dan betul.
Contoh:
Ya Benar Betul
Contoh Ayat:
a) Penghulu: Ahmad nak jumpa saya?
Ahmad : Ya, saya nak jumpa penghulu.
b) Penghulu: Betulkah Ahmad akan ditukarkan ke Johor?
Ahmad : Betul, saya akan ditukarkan ke Johor.
c) Penghulu: Khabarnya calon isteri Ahmad orang Johor?
Ahmad : Benar, penghulu.
e) Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang digunakan pada awal ayat dan digunakan dalam
bahasa Melayu klasik. Kata ini berfungsi untuk mewujudkan tautan idea antara ayat yang
terdahulu dengan ayat yang berikutnya.
Contoh:
Adapun alkisah arakian hatta maka syahadan sebermula sekali
peristiwa kalakian
42
Contoh Ayat:
a) Maka anak raja-raja itu pun duduklah di atas kerusi yang keemasan.
b) Sebermula, setelah lama berjalan itu sampailah baginda ke negeri Firdaus.
c) Adapun akan ubat baginda itu sukarlah beroleh dia.
d) Alkisah maka tersebutlah perkataan Tajul Muluk dihalau baginda.
e) Hatta anak raja keempat itu pun sampailah.
Aktiviti 1 Bahan Pelaksanaan
• Kertas warna ▪ Setiap pelajar perlu dibahagikan kepada lima
Aktiviti • Marker pen
Cabaran Kata • Blu-Tack kumpulan.
Praklausa ▪ Guru menyediakan lima kertas warna yang
berbeza warna dan menetapkan tajuk mengikut
warna kertas yang dipilih oleh setiap ketua
kumpulan.
▪ Setiap kumpulan diminta menulis topik,
subtopik dan menyenaraikan contoh. Setiap
kumpulan hanya diberikan masa 15 minit
sahaja, kemudian menampalkannya di papan
putih.
▪ Kumpulan pelajar yang berjaya menampalkan
kertas warna terlebih dahulu dan dapat
memberikan contoh ayat dengan baik akan
digelar sebagai pemenang.
43
Aktiviti 2
Aktiviti Aplikasi Pelaksanaan Pautan
Mengenali
kata Wordwall ▪ Setiap pelajar pelajar perlu Sila klik pautan ini:
praklausa
menjawab soalan yang disediakan https://wordwall.net/resource/
menerusi pautan yang disediakan 39245815/kata-praklausa
oleh guru.
Sila imbas kod QR di bawah.
5.1.3 Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa
Kata prafrasa ialah perkataan yang berfungsi dihadapan sebelum frasa. Kata ini juga berfungsi
untuk membantu menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menunjukkan arah dan
membilang agar dapat menonjolkan maksud dalam ayat. Terdapat enam jenis kata yang biasa
dikelompokkan sebagai kata prafrasa. Selain itu, jenis kata pascafrasa diwujudkan kerana selain
hadir di belakang frasa, kata jenis ini dapat hadir sebelum frasa juga.
Formula Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa
Kata Prafrasa dan Pascafrasa Formula
Kata Nafi Nak
Kata Bantu
Belajar
Kata Penguat Pengajian
Kata Penegas Perniagaan
Kata Pemeri
Kata Sendi Nama Perlu
S
Kata Arah A
Kata Bilangan B
Kata Adverba A
44
a) Kata Nafi
Kata nafi merupakan perkataan yang menjadi unsur nafi bagi frasa dalam konstituen
predikat. Terdapat dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.
Contoh:
Kata Nafi Penggunaan
Bukan (untuk menafikan frasa nama dan bukan ibu, bukan kucing, bukan di
frasa sendi nama) Timur, bukan daripada rotan
Tidak (untuk menafikan frasa kerja dan tidak hantar, tidak balik, tidak halus,
frasa adjektif) tidak aneh
SHAH ALAM: Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, berkata
Ahmad Zahid sebagai penjawat awam dan dibayar gaji oleh pembayar cukai tidak boleh
menerima sumbangan, termasuk dana politik mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian Online 6 September 2022
• Perkataan yang dihitamkan dalam ayat di atas adalah kata tugas prafrasa.
Formula Kata Nafi
i) KNafi + KN/KSN
ii) KNafi + KK/KA
Contoh Ayat:
• Dia bukan berasal dari negeri Perak tetapi berasal dari negeri Pahang.
• Maklumat yang disebarkan oleh Pak Razak itu adalah tidak benar.
• Dia tidak ke kebun hari ini kerana sakit.
• Kereta itu bukan buatan Malaysia tetapi buatan Jepun.
• Bukan Awang yang mengambil wang itu.
45
b) Kata Bantu
Kata bantu ialah perkataan yang berfungsi menerangkan kata kerja, terutama dari segi masa
atau ragam dan hadir di hadapan kata kerja. Kata bantu juga boleh hadir di hadapan kata
adjektif dan frasa sendi nama. Terdapat juga kata bantu yang berfungsi sebagai kata
adverba.
Formula Kata Bantu
• KB + KK / KA
• KB + FSN
Contoh:
• Kata Bantu Aspek (Masa)
Masa Contoh Ayat
Belum dilakukan (belum, akan) 1. Budak itu belum makan.
2. Kami akan pulang ke kota.
Sedang dilakukan (masih, mula, 1. Ahmad masih tinggal bersama-sama
sedang) neneknya di kampung.
2. Petani mula menanam semula padi.
3. Kakak sedang memasak di dapur.
Sudah dilakukan (baru, sudah, 1. Aiman baru selesai mengaji al-
pernah, telah) Quran.
2. Rambutan itu sudah masak ranum.
3. Ibu pernah berkhidmat di sekolah itu
selama 10 tahun.
• Kata Bantu Ragam
Jenis Ragam Contoh Ayat
Menyatakan kehendak (hendak, mahu, 1. Saya mahu ke bandar hujung minggu
ingin) ini.
2. Azizah ingin berjumpa dengan
penghulu kampung itu.
46
Keupayaan dan Keizinan (boleh, 1.Warga asing itu boleh bekerja di
dapat) syarikat itu.
2. Kucing itu dapat memanjat pokok
itu.
KOTA BHARU: Bekas Menteri alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan
Ibrahim Tuan Man, menegaskan beliau tidak pernah menandatangani sebarang Surat
Setuju Terima (SST) kepada mana-mana syarikat berhubung projek tebatan banjir.
Sumber: Berita Harian Online 8 Disember 2022
• Perkataan yang dihitamkan dalam ayat di atas adalah kata tugas bantu aspek.
c) Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Kata penguat
berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Seterusnya,
kata penguat juga boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kata penguat hadapan,
belakang dan bebas.
Formula Kata Penguat
KPeng + KA
Contoh:
Jenis Kata Penguat dan Contoh Contoh Ayat
Kata Penguat Hadapan (agak, paling, 1. Harga sewaan itu terlalu mahal bagi
terlalu, cukup) kami.
2. Ayah memilih tempat paling sesuai
untuk berkelah.
Kata Penguat Belakang (benar, betul, 1. Umi hebat betul dalam berpidato.
sekali, nian) 2. Merdu sekali suara penyanyi itu.
Kata Penguat Bebas (sangat, amat, 1. Sungguh jinak kucing peliharaan saya.
sungguh) 2. Pengetahuannya tentang sejarah sangat
luas.
47