The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d098790, 2022-12-10 10:49:07

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI : PENGGOLONGAN KATA

Kumpulan 15

Keywords: Penggolongan Kata

d) Kata Penegas
Kata penegas ialah perkataan atau partikel yang berfungsi untuk memberikan penegasan
atau penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas terbahagi
kepada dua iaitu menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagiannya adanya partikel
seperti -kah, -lah, -tah dan menegaskan subjek dan predikat.

Contoh: Contoh Ayat
Contoh Kata Penegas • Siapakah yang datang ke rumah kita tadi?
• Anak Mak cik itulah yang belajar di luar
-kah, -lah, -tah
negara.
Kata Penegas Bebas (hanya, jua, juga, • Kanak-kanak memang suka menonton
lagi, memang, pun dan sahaja)
video di Internet.
• Hanya ibu yang dapat mewarisi resepi

keluarganya.

e) Kata Pemeri

Kata pemeri ialah unsur yang memeri hal atau merangkaikan subjek dengan frasa utama

dalam predikat. Penggunannya sangat terbatas dan kurang digalakkan dalam bahasa

Melayu. Terdapat dua bentuk kata pemeri yang biasa, selain satu bentuk lain yang boleh

menjadi pengganti.

Contoh:

Contoh Kata Pemeri Contoh Ayat

Unsur memerikan frasa nama bagi • Ayah saya ialah seorang petani sawah.

menunjukkan ekuatif (ialah) • Bahan utama masakan ibu ialah ubi.

Unsur memerikan frasa adjektif dan frasa • Keputusannya untuk tidak mengikut

sendi nama untuk menunjukkan kualitatif kami sekeluarga adalah muktamad.

(adalah) • Tempat asal Faris adalah di desa.

48

PORT DICKSON: “Saya mendapat maklum balas bahawa sambutan ke atas inisiatif ini
adalah menggalakkan. Sehubungan dengan itu, inisiatif Geran kepada JMB dan MC
diteruskan di bawah Inisiatif Belanjawan Tahun 2023 yang diumumkan baru-baru ini,”
jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia 8 Disember 2022
• Perkataan yang dihitamkan dalam ayat di atas adalah kata tugas pemeri.

f) Kata Sendi Nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama.
Walaupun nama sama iaitu kata sendi nama namun tugasnya adalah berlainan.
Penggunaannya pula ditentukan oleh peraturan-peraturan tertentu.
Formula Kata Sendi Nama

KSN + KN

Contoh:

Fungsi / Makna Contoh Penggunaan

Tempat di angkasa, di sekolah, di Malaysia

Arah Tempat ke hadapan, ke Selatan Semenanjung, ke

kanan

Permulaan Tempat dari Bukit Besi, dari Kuala Lumpur, dari

gelanggang tenis.

Punca Manusia, Benda, Haiwan, Institusi daripada Haji Adli, daripada kuda,

dan Unsur Mujarad daripada mahkamah, daripada kesilapan,

daripada akhbar

Keterangan waktu pada masa itu, pada waktu pagi

Kegunaan untuk sesuatu (untuk atau bagi) Sumbangan untuk / bagi mangsa banjir,

bayaran untuk / bagi penginapan itu

49

PUTRAJAYA: Semakin ramai mengambil kesempatan dan ‘berselindung’ di sebalik
tujuan asal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melakukan
kebajikan, tetapi pada masa sama ‘terselit’ niat mahu mendapatkan ‘duit poket sendiri’.
Dalam erti kata mudah, ahli NGO ini seperti dibayar untuk melakukan kerja kebajikan
dengan menggunakan wang orang ramai atau penyumbang lain.

Sumber: Harian Metro 10 April 2021
• Perkataan yang dihitamkan dalam ayat di atas adalah kata sendi nama.

Contoh Ayat:
i. Semua pelajar diminta untuk berkumpul di surau sekolah.
ii. Salina menunggu abangnya dari pagi tadi.

iii. Pak Ahmad berkunjung ke rumah anaknya yang terletak di Selangor.
iv. Pada waktu pagi, ibu dan ayah akan keluar bersarapan di warung.
v. Sumbangan untuk mangsa banjir akan disalurkan ke akaun bank masing-masing.

g) Kata Arah
Kata arah ialah kata yang berpasangan dengan kata sendi nama. Kata ini juga digunakan
frasa nama dan sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan arah, hal atau urusan. Dengan
perkataan lain, kata arah digunakan secara berpasangan dengan kata sendi nama.
Formula Kata Arah
KSN + KAr + FN
Contoh:
atas antara hulu hilir dalam hujung kanan kiri luar tepi
tengah selatan depan utara sudut segi samping penjuru

50

Contoh Ayat:
i. Zainal berdiri di samping ibu dan bapanya.
ii. Pelancong asing sering bersiar-siar di tepi pantai itu.
iii. Kampung saya terletak di hilir Perak.
iv. Ayah menyimpan buku itu di dalam almari
v. Kampung ayah terletak di Selatan Semenanjung.

h) Kata Bilangan
Kata bilangan merupakan perkataan yang menjadi penerang jumlah bagi frasa nama.
Beberapa patah kata bilangan tertentu perlu diikuti oleh penjodoh bilangan. Terdapat
sekurang-kurangnya enam bentuk kata bilangan.
Formula Kata Bilangan

KBil + KN Huraian Contoh
Contoh:
Jumlahnya bersifat tentu. Sepuluh, dua ratus,
Bil. Jenis
1. Bilangan tentu tujuh ribu
2. Bilangan tak tentu
3. Himpunan Jumlahnya tak tentu dan Banyak, beberapa,

4. Pisahan bersifat jamak. para, sedikit, semua
5. Pecahan
Jumlahnya bersifat jamak Berjuta-juta, kelima-
6. Tingkat (ordinal)
lazimnya berawalan dan lima, berbakul-bakul

digandakan.

Bersifat jamak tetapi Masing-masing,

bermaksud berasingan. setiap, tiap-tiap

Menunjukkan bahagian- Setengah, separuh,

bahagian daripada sepertiga, dua

keseluruhan perempat

Menunjukkan turutan Kedua, kedua puluh

atau susunan kedudukan. lapan, keseratus

sepuluh, kesejuta

51

i) Kata Adverba

Kata adverba atau kata keterangan ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata
adjektif dan frasa sendi nama dari segi masa, cara dan tempat. Kata adverba juga boleh
hadir di hadapan atau di belaang frasa yang hendak diberikan keterangan. Jika perkataan
itu terdapat juga dalam kata utama, perkataan tersebut berfungsi sebagai penerang.

Formula Kata Adverba
Kata Adv + Predikat (KN/KK/KA/KSN)

Contoh:

Contoh Kata Adverba Contoh Ayat

Agaknya, barangkali, begini, begitu, • Ayah masih di kebun agaknya.

dahulu, esok • Unit Rela itu bertugas mengawal

kampung semalam.

Berbual mesra, mengalir deras, tinggal • Air sungai sering mengalir deras ketika
jauh, hidup aman, hampir tumbang musim hujan.

• Ibu berbual mesra dengan kami semua.

Cantik berseri, datang berdua, di sana • Hiasan pelamin itu cantik berseri sesuai
berseorangan dengan suasana.

• Saya datang berdua dengan Hanum ke

majlis itu.

52

Aktiviti 1

Aktiviti Bahan Pelaksanaan

Mencari kata prafrasa ▪ Keratan akhbar ▪ Setiap pelajar diminta untuk membawa keratan
dan pascafrasa ▪ Kertas A4 akhbar masing-masing.
▪ Pen
▪ Dengan menggunakan keratan akhbar yang

dibawa setiap pelajar diminta untuk mencari kata

prafrasa dan pascafrasa di dalam keratan akhbar

tersebut serta menyenaraikannya.
▪ Masa yang diberikan hanya 25 minit.
▪ Pelajar yang berjaya menyelesaikan tugasan perlu

menerangkan kata tugas yang telah disenaraikan di

atas kertas A4 semasa waktu PdP.
▪ Tujuannya untuk melatih pelajar berfikir dengan

pantas.

Aktiviti 2

Aktiviti Aplikasi Pelaksanaan Pautan

Mengenali Wordwall ▪ Setiap pelajar pelajar perlu Sila klik pautan ini
apa itu kata
prafrasa menjawab soalan yang https://wordwall.net/resource/392590
dan
pascafrasa disediakan menerusi 39/kata-prafrasa-dan-kata-pascafrasa

pautan yang disediakan

oleh guru. Sila imbas kod QR ini

53

5.1.4 Kata Pascakata
Kata pascakata merupakan unsur kata yang tidak dapat berdiri sendiri sebagai kata yang lengkap.
Ini kerana unsur kata yang dimaksudkan itu ialah partikel -nya yang hadir selepas perkataan yang
lain. Oleh sebab pertikel -nya hadir selepas perkataan maka wajarlah partikel ini dimaksukkan
dalam kata tugas pascakata.

a) Kata Penekan
Kata penekan merujuk kepada penggunaan partikel -nya untuk memberikan penegasan
kepada perkataan yang bergabung dengannya.
Contoh:
Nampak + -nya = nampaknya
Sesungguh + -nya = sesungguhnya
Sebenar + -nya = sebenarnya
Sememang + -nya = sememangnya

Contoh Ayat:
i. Nampaknya usaha kita dalam mengumpulkan dana itu berjaya membantu Faliq

meneruskan pengajian.
ii. Sesungguhnya saya sangat bersyukur dapat melanjutkan pengajian di universiti ini.
iii. Sebenarnya dia cuba memperdaya saya dengan belas kasihannya.
iv. Pemimpin negara ini sememangnya individu yang berwibawa dan bijak.

54

b) Kata Pembenda

Kata pembenda merujuk kepada penggunaan partikel -nya pada perkataan yang bukan kata

nama tetapi perkataan itu diberikan -nya. Kata ini menggunakan kata adjektif dan boleh
diuji dengan ke-…-an.

Contoh:

Contoh Kata Pembenda Contoh Ayat
Baiknya ▪ Baiknya suka digambarkan
Pantasnya ▪ Pantasnya mereka bergerak dari satu tempat ke satu

Cantiknya tempat
besarnya ▪ Cantiknya rumah baharu kamu ini.
▪ Besarnya padang bola itu.

Formula Kata Pembenda
KA/KK + -nya = KN

Aktiviti 1

Aktiviti Aplikasi Pelaksanaan Pautan

Mengenal Wordwall ▪ Setiap pelajar pelajar perlu Sila klik pautan ini
pasti kata
pascakata menjawab soalan yang https://wordwall.net/resource/392599

disediakan menerusi 08/kata-pascakata

pautan yang disediakan

oleh guru. Sila imbas kod QR ini

55

6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapat kita lihat bahawa penggolongan kata merupakan sebuah proses yang

menjeniskan perkataan mengikut keserupaan bentuk dan fungsi sama ada golongan yang sama
ataupun yang lain. Penggolongan kata amat penting untuk dikuasai dan difahami dalam Bahasa
Melayu. Melalui penggolongan kata kita dapat membezakan peranan golongan kata iaitu kata
nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas mengikut konteks tertentu. Oleh itu, amat penting
untuk kita pelajari tentang penggolongan kata supaya kita dapat mengenal pasti cara sesebuah
perkataan itu berfungsi dan dalam sesebuah frasa mahupun ayat dan dapat mengaplikasikannya
dalam Bahasa Melayu. Akhir sekali, sebagai penutur Bahasa Melayu, kita haruslah sentiasa
memelihara keindahan Bahasa Melayu serta berusaha untuk mengangkat Bahasa Melayu agar
ianya menjadi bahasa yang unggul di persada antarabangsa.

56

Rujukan

Faris Fuad. 2022. Tugas Menteri Dalam Negeri Bukan Minta Wang. Berita Harian Online.
Diperoleh daripada https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2022/09/997091/tugas-
menteri-dalam-negeri-bukan-minta-wang.

Hazira Ahmad Zaidi. 2022. ‘Saya Tak Pernah Tandatangan Surat Setuju Terima Projek Tebatan

Banjir’. Berita Harian Online. Diperoleh daripada

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/12/1036945/saya-tak-pernah-

tandatangan-surat-setuju-terima-projek-tebatan.

Muhammad Saufi Hassan, Nor Asyikin Mat Hayin & Muhamaad Razis Ismail. 2021. Rebut

Peluang Kaut 30%. Harian Metro. Diperoleh daripada

https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2021/04/693245/rebut-peluang-kaut-30.

Mohd Ra'in Shaari. Alias Mohd Yatim: & Abdullah Yusof: (2009). Morfologi dan Sintaksis

Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Nawi Ismail, Raminah Hj Sabran. Wahida Abdul Wahid, Mohd Sis Mohd Yatim Zulkarnain

Farihin Abdullah. (2016). Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu

Selangor: Pustaka Salam Sdn. Bhd

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustak.

Suhaimi Mohd. Salleh & Md. Rahim Yahaya. 2020. Nota dan Latihan STPM Bahasa Melayu.
Ilmu Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.

Zakkina Wati Ahmad Tarmizi. 2022. Kerajaan NS mohon PLUS pasang lampu di Lebuhraya
Seremban – Port Dickson. Utusan Malaysia. Diperoleh daripada

https://www.utusan.com.my/berita/2022/12/kerajaan-ns-mohon-plus-pasang-lampu-di-

lebuhraya-seremban-port-dickson/.

57

LAMPIRAN
58

59

60

61

62

63

64


Click to View FlipBook Version