The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munaaim838, 2021-12-10 15:42:27

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI KATA NAMA

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI KATA NAMA

Keywords: Morfologi Bahasa Melayu

ZUMRATUL MUNAWWARAH BINTI RAHIM | NURUL AIDA BINTI MOHD NOR RUDIN
NOR SUHAILA BINTI MUHAMMAD | IFFAH RASYIDAH BINTI ROSLAN
NOR FADILA BINTI ABDUL GANI

1

BML3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI : KATA NAMA

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NAMA NO. MATRIK
D20201093289
1. ZUMRATUL MUNAWWARAH BINTI RAHIM D20201093426
D20192091043
2. NURUL AIDA BINTI MOHD NOR RUDIN D20201093239
D20192091041
3. NOR SUHAILA BINTI MUHAMMAD

4. IFFAH RASYIDAH BINTI ROSLAN

5. NOR FADILA BINTI ABDUL GANI

NAMA PENSYARAH:
ENCIK MOHD RA’IN BIN SHAARI

KUMPULAN: KUMPULAN B

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 PENGGOLONGAN KATA NAMA 3
2.1 KATA NAMA KHAS 3
a. Kata nama khas hidup manusia 3-4
b. Kata nama khas hidup bukan manusia 4-8
c. Kata nama khas tak hidup institusi 8-9

2.2 KATA NAMA AM 11-12

a. Kata nama am hidup manusia 12-13

b. Kata nama am hidup bukan manusia 13-14

c. Kata nama am tak hidup institusi 14-15

d. Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit 16-17

e. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang 18-19

f. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang 19-20

2.3 KATA GANTI NAMA 24-25
a. Kata ganti nama tunjuk 25-26
b. Kata ganti nama diri 26-27

3.0 PEMBENTUKAN KATA NAMA 32
a. Kata Nama Tunggal 32-33
i) Kata nama tunggal jenis akronim 33-35
ii) Kata nama tunggal sebagai penjodoh bilangan
35

b. Kata Nama Terbitan 37
i) Awalan kata nama 38-45
ii) Akhiran kata nama 45-48

iii) Apitan kata nama 49-55
iv) Sisipan kata nama 56-57

c. Kata Nama Majmuk 59
i) Rangkai kata bebas 60
ii) Istilah khusus 60
iii) Kiasan 60
iv) Bentuk kecualian 61
v) Pengimbuhan kata nama tunjuk 61-62

d. Kata Nama Ganda 64
i) Penggandaan penuh 64-67
ii) Penggandaan separa 68-70
iii) Penggandaan berentak 70-72
iv) Penggadaan kata nama majmuk 73
v) Aspek makna penggandaan kata nama 74-76

KESIMPULAN 83
BIBILOGRAFI
LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa, dan lazimnya

perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. Abdullah Hassan
(2003) mendefinisikan kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama orang,
nama tempat dan nama perkara. Menurut Nawi Ismail (2016:133), frasa nama ialah frasa yang
intinya merupakan kata nama, sama ada kata nama tunggal, kata nama terbitan atau kata ganti
nama. Frasa nama juga merupakan binaan dari sudut nahu yang terdiri daripada satu perkataan
atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya.
Dalam tulisan dan penulisan, huruf pertama jata nama khas akan bermula dengan hurud besar.
Menurut Nik Safiah Karim et. al (2008), kata nama khas merujuk kepada sesuatu benda yang
khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas dapat dibahagikan kepada du
kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup
boleh dibahagikan kepada dua bahagian kecil iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata
nama khas hidup bukan manusia.

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat,
benda dan sebagainya. Menurut Asmah Hj. Omar (2008), kata nama am adalah kata yang tidak
merujuk kepada nama-nama secara khas dan ditulis dengan huruf kecil. Kata nama am dapat
dibahagikan kepada beberapa kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataanya,
iaitu hiduo atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi konkrit
atau abstrak.

1

Kata ganti nama merupakan golongan dalam frasa nama. Kata ganti nama boleh
menggantikan nama khas (Abdullah Hassan, 1973). Kata ganti nama juga boleh didefinisikan
sebagai kata yang dapat menggantikan nama manusia, dan secara terbatas kata nama yang lain
(Asmah Hj. Omar, 1980). Kata ganti nama terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama tunjuk
dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk merujuk kepada kata ganti nama yang dengan
jelas menunjuk kepada rujukan berdasarkan ukuran jarak. Kata ganti nama tunjuk boleh
dibahagikan kepada dua iaitu tunjuk umum dan tunjuk tempat. Kata ganti nama diri pula
merupakan perkataan yang boleh menggantikan kata nama. Kata ganti nama diri terbahagi
kepada dua iaitu kata ganti diri tanya dan kata ganti nama diri orang.

2

2. 0 PENGGOLONGAN KATA
2.1 KATA NAMA KHAS

Kata nama khas

Definisi
a. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood

(2015) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas merupakan kata
yang mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat,
dan seumpamanya.
b. Kalsom Azid, Alshaa Rani Ab Wahab dan Norshanie Saharudin (2021), kata
nama khas ialah kata atau perkataan yang merujuk kepada nama sesuatu benda
yang khusus. Pangkal huruf bagi kata nama khas mesti berhuruf besar.

Jenis Kata Nama Khas
Kata nama khas terbahagi kepada 2 jenis:

Kata nama khas Kata nama khas Manusia
hidup Bukan manusia

Kata nama khas
tak hidup

3

a. Kata nama khas hidup manusia
 Kata nama khas hidup manusia ditulis dengan huruf besar di pangkalnya termsuk
dalam kelas kata nama khas.
 Kata nama khas hidup manusia ialah kata nama yang khasnya merujuk kepada
sesuatu yang bernyawa seperti di bawah:

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas
(Tok Janggut)

Tuan Guru Dato' Bentara Setia, Dato' Haji Nik Abdul
Aziz bin Nik Mat

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah

Nur Amirah Filzah Badioezaman

4

Contoh

KUALA LUMPUR : Presiden Persatuan Olahraga Perak, Datuk Karim Ibrahim
menyambut baik kehadiran jurulatih pecut kebangsaan, Mohd Poad Md Kassim
yang menjadikan negeri itu sebagai pangkalan latihan buat dia dan atlet di bawah
bimbingannya.
Malah, beliau yakin Poad mampu membantu Perak untuk melahirkan lebih ramai
atlet pecut untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

(Sumber: Berita Harian Online 24 November 2021)

b. Kata nama khas hidup bukan manusia
 Kata nama khas hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk
benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti tumbuh-
tumbuhan, malaikat, haiwan, dan seumpamanya.
 Kata nama khas hidup bukan manusia juga boleh menerima kata panggilan atau
gelaran seperti contoh di bawah:

Nama malaikat Jibril, Mikail, Rizwan, Malik, Israfel
Nama haiwan Pak Belang

5

Comot

Sang Buaya

Sang Kancil

Parkia Speciosa
(Petai)

Nama tumbuh-tumbuhan
Cocos Nucifera
Linn (pokok
kelapa)

6

Reflesia
(bunga Pakma)

Ananas Comosus
(nanas)

Halianthus
Annuus (bunga

matahari)

Contoh:

SHAH ALAM : Perbadanan Negeri Selangor (PKNS) menjangkakan projek
Rafflesia di Bernam Jaya, Selangor akan mendapat sambutan menggalakkan
daripada pembeli kerana ditawarkan pada harga bermula RM457,000.
“Sudah tentu, pembeli yang bekerja di Kuala Lumpur inginkan suasana
kediaman yang tenang. Rafflesia 2 menawarkan ketenangan yang diperlukan
oleh ramai pembeli,” katanya selepas pelancaran projek itu di sini, hari ni.

(Sumber: Berita Harian Online, 7 Disember 2021)

7

Aktiviti

Tulis semuala ayat-ayat berikut menggunakan ejaan yang betul.
1. hibiscus rosasinensis iaitu bunga raya merupakan bunga kebangsaan
negara malaysia.
_____________________________________________________________
2. harimau malaya (panthera tigris jacksoni) merupakan salah satu subspesies
harimau belang yang kian pupus akibat pemburuan tidak terkawal.
_____________________________________________________________
__________

c. Kata nama khas tak hidup institusi
 Kata nama khas tak hidup ialah perkataan merujuk benda-benda yang khusus
tetapi tidak hidup, seperti nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa,
bahasa, pangkat, undang-undang, agama, judul, dan seumpamanya.

Benda Dell, Apple, Jalur Gemilang, Proton Saga
Institusi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dewan Bahasa dan

Negara Pustaka, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tempat
Bangsa Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat, Australia
Bahasa Sungai Rejang, Tasik Ola, Kapal Diraja Malaysia
Pangkat Melayu, China, India, Iban
bahasa Melayu, bahasa Arab
Tan Sri, Dato, Tun

8

Undang- Akta Hasutan 1948, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
Undang Islam, Kristian
Jeket Kulit Kijang, Jendela Menghadap Jalan
Agama

Judul

Aktiviti

Padankan jenis kata nama khas tak hidup berikut dengan
contoh yang betul.

Benda Dato’ Sri

Institusi Hindu

Tempat Jermen

Negara Ipoh

Negeri Melayu

Bangsa Perlis

Agama Produa Axia

Pangkat Universiti Putra
Malaysia

9

Latihan 1
Pilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

India Puan Salmah Proton Saga Sang Kancil

1. Hamdam membeli sebuah kereta baharu jenama bagi

memudahkan dia berulang alik ke pejabat.

2. Salim gemar menonton cerita kanak-kanak yang bertajuk .

3. Kamal dan Talib merancang percutian mereka ke .

4. merupakan seroang guru bahasa Melayu yang cantik.

Latihan 2

Gariskan kata nama khas dalam ayat-ayat berikut.

1. Pemandangan Bukit Titiwangsa telah menarik hati pelancong
2. Buku “Sejernih Kasih di Muara” itu akan dilancarkan oleh Pengarah Yayasan

Selatan.
3. Guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Lumpur berjumlah dua puluh orang.
4. Wartawan itu menceritakan pengalaman pahitnya semasa membuat liputan di Arab

Saudi.
5. Pak Long menyampaikan salam Mak Su kepada ayah dan ibu.
6. Perlawan bola antara pasukan Singapura dan Malaysia itu telah ditunda pada 18 Jun

2021.
7. Pak Belang merupakan haiwan yang paling buas di Zoo Semenyih.
8. Pokok Raflesia merupakan pokok yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm.

10

2.2 KATA NAMA AM

Kata nama am

Definisi

a. Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau

perkara-perkara yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004: 87).

b. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), kata nama am dapat

dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna

perkataannya iaitu hidup atau tidak hidup, manusia atau bukan manusia,

institusi atau bukan institusi, konkrit atau bukan abstrak, dan berbilang atau

tidak berbilang (ms. 98).

Kata nama am

benda binatang manusia tempat tumbuh-

tumbuhan

bantal harimau doktor bank bunga

jam kuda petani kampung cendawan

lampu ayam seniman negeri limau

tongkat kambing pengetua laut jambu

tikar arnah wartawan klinik pisang

botol tikus penghulu perpustakaan cili

beg unta pelajar hospital kubis

kasut kucing juruwang pejabat rambutan

stokin semut jurusolek bengkel manggis

11

Jenis kata nama am

Jenis kata nama am Kata nama am hidup manusia

Kata nama am hidup bukan manusia

Kata nama am tak hidup institusi

Kata nama am tak hidup institusi konkrit

Kata nama am tak hidup bukan institusi
abstrak berbilang

Kata nama am tak hidup bukan institusi
abstrak tak berbilang

a. Kata nama am hidup manusia

 Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul
Hamid Mahmood (2015), kata nama am hidup manusia ialah perkataan yang
merujuk manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am
(Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2015:99)

Contoh:

KEMENTERIAN Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM_ 2013-2025, menekankan agenda memperkenal,
mempromosi dan memantapkan pendidikan sains, teknologi,
kejuruteraan dan matematik (STEM).

Sebagai contoh, guru perlu memahami disiplin terkandung dalam STEM
terlebih dahulu serta mengambil tahu apakah kaedah paling sesuai bagi
memastikan murid dapat mempelajari disiplin ilmu berkenaan.

(Sumber: Berita Harian Online, 6 Disember 2021)

12

Aktiviti
1. Sila imbas kod QR untuk mempelajari kata nama am hidup manusia. Selamat

menonton!

b. Kata nama am hidup bukan manusia
 Kata nama hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan merujuk benda-
benda hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna am (Nik Safiah
Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood,
2015).
Contoh:
“Sehingga kini, Cuma berbaki kira-kira 200 batang pokok yang sudah
mengeluarkan hasil dan saya bimbang akan menjadi sasaran gajah liar ini
semula memandangkan kebun ini terletak di pinggir hutan,” katanya di Ulu
Retang di sini hari ini.
(Sumber: Utusan Malaysia, 9 Oktober 2021)

13

Aktiviti
1. Sila imbas kod QR dan kenal pasti kata nama am hidup bukan manusia

c. Kata nama am tak hidup institusi

 Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau
institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am. Kata
nama am institusi ini boleh dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada
dan daripada sebelum kata nama institusi demikian. Contohnya:

 Sumbangan buku itu telah diserahkan kepada sekolah. (betul)
 Sumbangan buku itu telah diserahkan ke sekolah. (salah)
 Pengiktirafan daripada universiti diperlukan untuk jawatan itu. (betul)
 Pengiktirafan dari universiti diperlukan untuk jawatan itu. (salah)

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama Kata Nama Am Institusi

lembaga

kepada majlis

daripada pertubuhan

persatuan

14

Contoh:

KUALA TERENGGANU : Ketua sebuah pertubuhan haram bergelar
‘Ayahanda’ antara 52 individu termasuk enam wanita yang ditahan ketika
menghadiri mesyuarat di sebuah hotel, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu,
Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, berkata semua
individu terbabit berusia 16 hingga 52 tahun ditahan kira-kira jam 9
malam.

(Sumber: Berita Haran Online, 10 Oktober 2021)

Aktiviti

1. Pelajar dikehendaki menyertai permainan silang kata.
2. Langkah pertama, imbas kod QR atau tekan pada link yang

diberikan.
3. Masukkan kata laluan “BML3053” dan selesaikan teka-teki silang

kata tersebut.
4. Cabar diri anda supaya selesaikan kesemua soalan sebelum

menyemak jawapan.
5. Selamat mencuba!

15

d. Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit

 Kata nama tak hidup bukan institusi konkrit merujuk benda-benda yang bukan
institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakan kata nama dalam golongan ini
merujuk tempat. Semua perkataan jenis ini tidak dapat didahului oleh sendi
nama kepada dan daripada, tetapi sebaliknya didahului oleh ke dan dari.
Contohnya

Kata sendi nama Frasa Sendi Nama
ke Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit
dari
rumah
padang
jalan
bandar
sungai

Contoh:

LIPIS: Amaran awal banjir musim tengkujuh bermula di kawasan Jelai
daerah ini apabila tujuh rumah dinaiki air Sungai Jelai Sungai Koyan Satu,
berikutan hujan lebat sejak pagi, hari ni.
Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Shahrul Nizam
Nasi, berkata seramai lapan anggota dari Balai Bomba Sungai Koyan
bergegas ke lokasi untuk tujuan pemantauan setelah dimaklumkan oleh
penduduk.
“Hanya tujuh rumah di Sungai Koyan Satu dinaiki air dan tiada mangsa
dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sini setakat ini”.
“Kawasan rumah yang dinaiki air mula surut, tetapi paras air Sungai Jelai
berdekatan kampung ini dilaporkan masih tinggi dan arusnya deras,”
katanya kepada BH.

(Sumber: Berita Harian Online, 25 November 2021)

16

Aktiviti

1. Guru akan mengarahkan pelajar untuk melakukan aktiviti mengenalpasti frasa
nama am dalam lirik lagu https://youtu.be/uY1G-vOTziA atau imbas kod QR di
bawah.

2. Klasifikasikan kata nama yang terdapat di dalam lirik lagu tersebut mengikut
kata nama am hidup manusia, kata nama am hidup bukan manusia, kata nama
am tak hidup institusi dan kata nama am tak hidup institudi konkrit.

KN Am Hidup Bukan KN Am Tak Hidup KN Am Tak Hidup Institusi
Manusia Institusi Konkrit

Atau

17

e. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang
 Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang merujuk benda-
benda atau perkara-perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak
sifatnya, tetapi boleh dibilang, iaitu dapat disertai oleh kata bilangan.
Contohnya seperti di bawah:

Kata bilangan Frasa Sendi Nama
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak
satu
tiap-tiap berbilang
senyuman
hembusan
bayangan
kehidupan
rancangan
pendapat
gangguan

Contoh:

KUALA LUMPUR: Populariti dan kilauan bintang pernah menjadi
hamparan dalam kehidupan figura popular, Neelofa, 32, sepanjang hampirr
sedekad bergelar anak seni. Namun tidak semua keindahan dikecapi,
disulami kemanisan. Silih berganti kcemerlangan dan kontroversi
mendampingi wanita bernama Noor Neelofa Mohd Noor hingga hari ini.

Cabaran dilalui amat perit, namun tetap utuh dengan misinya menjadi
inspirasi kepada orang ramai. Pernah mengecapi nikmat insan dambaan
peminat. Namun, tidak terkecuali, bertalu-talu dibelenggu kritikan dan
kecaman.

(Sumber: Berita Harian Online, 10 November 2021)

18

Aktiviti
Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti kata nama am tak hidup bukan
institusi abstrak berbilang.

Pencemaran air
Manusia menggunakan air untuk meneruskan kehidupan. Gangguan bekalan
air sahaja sudah cukup untuk menjejaskan keselesaan manusia. Air
digunakan untuk keperluan harian sebagai minuman dan makanan. Namun,
air yang tercemar menyebabkan manusia kehilangan sumber keperluan asas
untuk hidup. Pencemaran air mampu mendatangkan pelbagai penyakit
kepada manusia. Sekiranya pencemaran air berlaku akibat pembuangan sisa
toksik dan tumpahan minyak, sudah pasti kalangan nelayan yang bergantung
hidup kepada hasil tangkapan ikan tidak dapat turun ke laut.

f. Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang
 Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang merujuk benda-
benda atau perkara-perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak
sifatnya, dan tidak dapat dibilang. Contohnya seperti di bawah:

angin

iklim

semangat
angkasa

hawa

19

Contoh:
IPOH: “Gembira ada, rasa sebak pun ada sebab saya tidak lagi dapat bersama
kawan-kawan setelah enam bulan kami sama-sama bertugas di SJR ini”.
“SJR ini merupakan laluan utama untuk masuk ke Ipoh, memang banyak
trafik dan keadaan kesesakan berlaku setiap hari. “Cuaca panas dan hujan
cabaran biasa bagi kami.
(Sumber: Utusan Malaysia, 12 Oktober 201)

Aktiviti
Berdasarkan petikan di bawah, sila kenal pasti kata nama am tak hidup bukan
institusi abstrak tak berbilang.

Musim Kemarau
Musim kemarau seringkali menimbulkan keresahan kepada para petani. Jika
musim hujan memberi seribu rahmat kepada para petani kerana tanaman
menjadi begitu subur, musim kemarau pula membawa musibah sebaliknya. Pada
musim kemarau, ketiadaan sumber air dan ditambah lagi dengan suhu yang
meningkat, maka semua tanaman dan ternakan akan kepanasan. Kerugian
mungkin terpaksa ditanggung oleh petani.

20

Latihan 1

1. Antara yang berikut, yang manakah tergolong sebagai kata nama am tak hidup

institusi?

i. bumi

ii. Dewan Sri Menanti

iii. Persatuan

iv. Pertubuhan

A. i dan ii C. ii dan iii

B. i dan iii D. iii dan iv

Setelah pulang sekolah, amir membantu ibunya di warung.

2. Berdasarkan petikan di atas, pilih kata sendir nama yang sesuai untuk

melengkapkan ayat.

A. Kepada C. ke

B. Daripada D. kepada

3. Pilih ayat yang mengandungi kata nama am tak hidup institusi.

i. Adik membeli sebatang pensil di koperasi sekolahnya.

ii. Aida belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

iii. Pegawai daerah itu dilantik sebagai pengerusi bagi persatuan di sekolah

anaknya.

iv. Kedua-dua perompak itu telah ditangkap polis.

A. i dan ii C. i, iii dan iv

B. i, ii dan iii D. ii dan iv

21

4. Berdasarkan ayat di bawah, kesemua ayat mengandungi kata nama am tak hidup
institusi kecuali,
A. Guru besar bercadang untuk menubuhkan sebuah persatuan baharu bagi aktiviti
kokurikulum.
B. Ibu menghadiri majlis bacaan Yassin di surau.
C. Abang saya mempunyai sebuah kereta Toyota Altis.
D. Peniaga tidak dibenarkan menjaja di dalam kawasan hospital.

Soalan 5-6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang sesuai.

5. Pembinaan jambatan supaya menghubungkan Kampung Pinang dan Kampung Selasih
AB

tidak dapat dilakukan kerana tebingnya runtuh. Tiada kesalahan.
CD

6. Mereka berbual-bual kosong untuk mengelakkan rasa bosan ketika terperangkap dalam
A BC

kesesakan jalan raya. Tiada kesalahan.
D

22

Soalan 7-8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

i. Keluli lebih keras daripada besi.
ii. Encik Lim bekerja keras dari siang hingga malam.
iii. Tindakan keras akan dikenakan terhadap murid yang ponteng sekolah.
iv. Ibu membantah keras niat adik yang hendak pergi ke Ireland bersama rakan-

rakannya.

A. i dan ii C. i, ii dan iii
B. iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

i. Dian anti hari malam untuk mengulang kaji pelajaran.
ii. “Nanti saya di sini,” kata Katherine kepada Jessie
iii. “Kalau aduan itu dibuat, nanti boleh heboh satu sekolah,” kata Jonathan kepada

Rian.
iv. Apabila tamat belajar nanti, kami sekeluarga akan melancong ke Pulau Langkawi.

A. i dan ii C. i, ii dan iii sahaja
B. iii dan iv D. ii, iii dan iv sahaja

23

2.3 KATA GANTI NAMA
Kata ganti nama

Definisi

 Kata ganti nama ialah kata-kata yang menggantikan, menanyakan serta
menunjukkan kata nama atau frasa nama di dalam ayat (Liew Yock Fang dan
Abdullah Hassan, 1995:11).

 Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada empat golongan, iaitu kata ganti
nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan kata ganti nama
tak tentu.

 Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga subgolongan iaitu kata ganti
nama diri, kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama tanya (Asmah Hj.
Omar, 1986).

Jenis kata ganti nama

kata ganti nama tunjuk umum

kata ganti kata ganti nama tunjuk tempat
nama
Jenis kata tunjuk
ganti nama
kata ganti
nama diri kata ganti pertama
nama diri kedua
24 ketiga
tanya

kata ganti
nama diri

orang

a. Kata ganti nama tunjuk
 Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata
nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang
dirujuk.
 Kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda disebut kata
ganti nama tunjuk umum, manakala yang menunjuk pada tempat disebut
kata ganti nama tunjuk tempat. Contohnya:

Jenis kata nama
tunjuk

Kata ganti nama Kata ganti nama
tunjuk umum tunjuk tempat

ini (arah dekat) sini (arah dekat)
itu (arah jauh) sana (agak jauh)
situ (arah jauh)

Contoh:

SUNGAI SIPUT – Penduduk Taman Muhibbah Jaya, di sini yang berdepan
masalah banjir kilat sejak beberapa tahun lalu boleh menarik nafas lega
apabila kerajaan negeri tampil dengan solusi bagi menyelesaikan masalah
tersebut.

Sementara itu, seorang penduduk, M Karuniti, 54, yang ditemui berkata, dia
bersama penduduk yang lain menyambut baik usaha kerajaan negeri bagi
menyelesaikan masalah itu.

“Apabila dimaklumkan tentang tindakan penyelesaian ini, kita lega kerana
masalah ini akan selesai tidak lama lagi”. Katanya.

(Sumber: Sinar Harian Online, 8 Disember 2021)
25

Aktiviti
Berdasarkan contoh di bawah, kenal pasti kata ganti nama tunjuk umum dan
kata ganti nama tunjuk tempat. Kemudian bina tiga ayat daripada perkataan
tersebut.

KOTA BHARU: Kerajaan memberi jaminan menyelesaikan isu pesawah
padi wangi di Kelantan yang mendakwa kerugian besar susulan masalah
pemasaran hasil tanaman itu yang semakin meruncing.
“Padi ini tidak boleh dimasukkan dalam mesin bersama padi biasa, justeru
hasil padi wangi di Kelantan dibawa ke negeri berkenaan”.
Namun, kita difahamkan, turut berlaku lambakan padi wangi di sana
(Kedah), menyebabkan proses tergendala buat sementara waktu, sekali gus
menjejaskan pengusaha padi wangi di sini”.

(Sumber: Berita Harian Online. 18 Oktober 2021)

b. Kata ganti nama diri
 Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata
nama khas atau kata nama am supaya kata nama berkenaan tidak diulang
dalam sesuatu pertuturan atau penulisan. Kata ganti nama diri boleh
dibahagikan kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri
tanya.
 Dalam kata ganti nama diri orang, ada yang membawa maksud tunggal
dan ada yang membawa maksud jamak. Kata ganti nama diri orang boleh
mengambil fungsi kata nama yang digantikannya itu, misalnya sebagai
subjek, objek, dan penerang dalam ayat.. Contohnya:

26

i. Kata ganti nama diri pertama aku (tunggal)
Kata ganti diri pertama saya (tunggal)
hamba (tunggal)
patik (tunggal)
beta (tunggal)
daku (tunggal)
kami (jamak)
kita (jamak)

Contoh penggunaan kata ganti nama diri pertama dalam ayat.
1. “Aku akan belajar bersungguh-sungguh” kata Munawwarah

kepada sahabatnya.
2. “Nama saya Muhammad Samad,” murid baru itu memperkenalkan

diri.
3. “Hamba ingin menumpang berteduh dii sini,” kata pengembara

itu.
4. “Kami belajar di sekolah yang sama,” kata Helen kepada Jenny.

ii. Kata ganti nama diri kedua anda (tunggal)
Kata ganti diri kedua awak (tunggal)
engkau (tunggal)
27 tuanku (tunggal)
kalian (jamak)

Contoh penggunaan kata ganti nama diri kedua dalam ayat.

1. Jauhilah diri anda dari gejala lepak dan salah guna dadah.
2. “Saya sangat mencintai awak,” kata Ahmad kepada Jamaliah.
3. Ya Allah, Engkau berilah petunjuk dan hidayah kepadaku.

iii. Kata ganti nama diri ketiga baginda (tunggal)
Kata ganti diri ketiga beliau (tunggal)
dia dan ia (tunggal)
mereka (jamak)

Contoh penggunaan kata ganti nama diri ketiga dalam ayat.
1. “Saya akan menemani dia pada esok hari,” kata Salmah kepada
Ahmad.
2. Mereka sanga tekun menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 1

iv. Kata ganti nama diri tanya apa
Kata ganti tanya siapa
mana

Contoh penggunaan kata ganti nama diri tanya dalam ayat.
1. Itu siapa?
2. Apa itu?
3. Tuan hendak ambil yang mana?

28

Contoh:

KOTA SENTOSA – Rakyat Sarawak sudah matang untuk menilai segala baik
buruk perkara yang disebarkan menerusi media sosial.
Kata Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS), banyak isu dicetuskan oleh
blok pembangkang untuk menunjukkan kelemahan kerajaan GPS selama ini
yang dikatakan “omong kosong”.
“Tetapi rakyat Sarawak bijak. Saya serahkan kepada mereka (rakyat) untuk
menilai apa yang disebarkan di media sosial tersebut,” katanya ketika berucap
sempena Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat Penjaja Kota Sentosa, di sini,
pada Rabu.
“Bahkan kami GPS sebenarnya terlebih dahulu mengiktiraf UEC, itu tidak
termasuk dengan janji royalti minyak dan gas asli 20 peratus yang mereka
janji, sampai hari ini tiada khabar berita. Ini adalah perbezaan GPS dengan
mereka. Apa yang kami (GPS) cakap, akan buat, kalau tiada duit, usahakan,
sebab bekerja kuat demi rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Sim dan
ahli SUPP yang lain selama ini akan bertungkus lumus memberikan
perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan mereka.

(Sumber: Sinar Harian, 8 Disember 2021)

Aktiviti

Imbas kod QR dan selamat menonton.

29

Latihan 1

a. Berdasarkan rakaman video di atas, senaraikan dua kata ganti nama tunjuk
umum dan dua kata ganti nama tunjuk tempat.
i.
ii.
iii.
iv.

c. Bina dua ayat berdasarkan perkataan dalam bahagian (a)
i.
ii.

iii.

Latihan 2

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Jambatan di hujung kampung terpaksa ditutup kerana

mengalami kerosakan.

A. sini C. situ

B. sana D. mana
2. menangis teresak-esak kerana dimarahi ibunya,” kata

Salmah.

A. Kami C. Dia

B. Mereka D. Kamu

30

3. Mereka ada di sebentar tadi.

A. apa-apa C. situ

B. mana D. sini

4. “Orang yang berada dalam bilik itu ?” tanya Kuni kepada

Dani.

A. apa C. siapa

B. apa-apa D. mana

5. Dia tinggal di tidak jauh dari persimpangan Jalan Mewah.

A. itu C. mana-mana

B. sana D. situ

6. Ibu dan ayah baru sahaja pulang dari tempat kerja. keletihan.

A. kalian C. saya

B. mereka D. kamu
7. Kedatangan ini membawa sesuatu hajat yang besar,” kata

Mak Munah kepada Datuk Temenggung.

A. saya C. mereka

B. hamba D. awak

8. “Salim, tolong ambilkan saya buku yang terletak di atas meja ”

kaya Suhaila kepada Salim.

A. sana C. ini

B. situ D. itu

9. Ibu pergi ke Perak. Dia ada urusan di .

A. ini C. sini

B. sana D. situ

31

3.0 PEMBENTUKAN KATA NAMA
 Perkataan-perkataan yang tergolong dalam golongan kata nama boleh dikaji dari segi
pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamya (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn,
Hashim Hj, Musa & Abdul Hamid Mahmood, 2015).

a) KATA NAMA TUNGGAL
Kata nama tunggal

Definisi
 Kata nama tunggal ialah kata nama yang mengandungi morfem bebas

sahaja dan dapat menjadi inti dalam binaan frasa nama (Nawi Ismail,
Rahimah Hj. Sabran, Wahida Abdul Wahid, Mohd Sis Mohd Yatim
Zulkarnain Farihin Abdullah, 2017).
 Kata nama tunggal merupakan perkataan yang dapat berdiri sendiri tanpa
melalui proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Contoh kata
nama tunggal adalah seperti berikut:

Kata nama tunggal Mac
rumah malaikat
Inggeris wanita
bumi Perodua
wang pisang
Allahyarham

32

Jenis kata nama tunggal

Jenis kaata
nama
tunggal

Kata nama Kata nama
tunggal jenis tunggal sebagai

akronim penjodoh
bilangan

i) Kata nama tunggal jenis akronim
Kata nama tunggal merangkumi kata nama akronim, iaitu perkataan yang
dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian
perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu dapat terdiri daripada huruf,
suku kata, atau bahagian daripada perkataan. Kata nama akronim boleh
dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

Kata nama tunggal Kata nama akronim cantuman huruf awal
jenis akronim perkataan

Kata nama akronim cantuman huruf dan
suku kata pertama

Kata nama akronim cantuman suku kata
awal perkataan

Kata nama akronim cantuman bahagian
awal perkataan pertama dengan bahagian

yang mengikutnya

33

Kata nama tunggal jenis akronim Contoh perkataan

Cantuman huruf awal perkataan ILIM – Institut Latihan Islam Malaysia

ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri

ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia

Cantuman huruf dan suku kata Mara – Majlis Amanah Rakyat
perkataan Proton – Perusahaan Otomobil Nasional

Intan – Institut Tadbiran Awam Negara

Cantuman suku kata awal perkataan Bernama – Berita Nasional Malaysia

cerpen – cerita pendek

pawagam – panggung wayang gambar

Cantuman bahagian awal perkataan jentolak – jentera tolak

pertama dengan bahagian yang purata – pukul rata

mengikutnya. jenama – jenis nama

Contoh:
KOTA BAHRU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
sepatutnya tamat pada Selasa ini ditangguhkan selepas ada dalam kalangan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini disahkan positif Covid-19.
“Dua ADUN iaitu Tendong (Mohd Rozi Mohamad) dan Tanjong Mas
(Rohani Ibrahim) telah disahkan positif Covid-19.
(Sumber: Sinar Harian Online, 8 Disember 2021)

34

Aktiviti

Arahan
1. Murid dikehendaki menjawab soalan kuiz dengan menggunakan

pendekatan teknologi seperti komputer.
2. Murid-murid boleh mengimbas kod QR yang disediakan.

ii) Kata nama tunggal sebagai penjodoh bilangan

Sebiji telur Sebentuk cincin
Sebilah pisau Sekapur sirih
Sepapan pantai Serawan jala
Sepucuk surat Seutas tali
Sebutir permata Sesisir pisang

Contoh:

BACHOK – Seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau dan pemutar skru
yang dikhendaki polis di sebuah kedai cermin mata berdekatan Pasar Jelawat
di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendn Mohamad Ismail
Jamaluddin berkata, lelaki berusia 30 tahun yang juga penagih dadah itu telah
memasuki premis terbabit unyuk menyembunyikan diri daripada ditahan
polis.

(Sumber Sinar Harian Online, 24 Oktober 2021)

35

Latihan 1 B C D
pawagam LUTH Perhilitan
A kugiran ABIM
jentolak perkeso ADUN Intan
jalurah Pernas
jenama

a. Pilih antara A, B, C, atau D yang mewakili kata nama akronim huruf dan suku
kata perkataan.

b. Senaraikan tiga contoh lain bagi kata nama akronim di bahagian A.
c. Berikan dua contoh lain bagi kata nama akronim cantuman suku kata awal

perkataan.
d. Bina dua ayat berdasarkan kata nama akronim di bahagian (c).

Latihan 2 cubit bilah jambak bidang
bentuk

1. Samad telah menemui se cincin emas di taman permainan.

2. Abang memotong pokok pisang dengan menggunakan se

pisau.

3. Emak memasukkan se garam ke dalam msakkannya.

4. Karim memberi se bunga kepada isterinya.

5. Ayah membajak se tanah untuk penanaman padi.

36

b. KATA NAMA TERBITAN

Kata nama terbitan
Definisi
 Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses

pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan kata nama pada kata-
kata dasar (Nik Safiah Karim et al., 2015)
 Kata nama terbitan ialah kata nama yang mempunyai imbuhan iaitu sama
ada awalan, akhiran, apitan dan sisipan (Nawi Ismail et al., 2017).
Contohnya:

Kata terbitan

awalan akhiran apitan sisipan

 Terdapat empat jenis imbuhan kata nama yang boleh berganding dengan
lima jenis kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan awalan,
akhiran, apitan dan sisipan. Kata dasar tersebut ialah kata akar, kata tunggal,
kata terbitan, kata majmuk dan rangkai kata. Contohnya seperti di bawah:
a) kata akar, bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan:
tawa – ketawa
b) kata tunggal, perkataan yang dibentuk oleh satu morfem bebas:
hakis – hakisan
c) kata terbitan, perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan:

37

berangkat – keberangkatan
d) kata majmuk yang dibentuk oleh dua morfem bebas atau lebih.

Ibu bapa – keibubapaan
e) rangkai kata, bentuk binaan sintaksis yang terdiri daripada sekurang-

kurangnya dua perkataan:
salah guna – penyalahgunaan

i. Awalan kata nama

Awalan
kata nama

peN- juru-

pe- ke-
peR-

 Awalan peN- terdiri daripada empat bentuk awalan, iaitu pe-, pem-, pen-
dan peng-. Perbezaan bentuk-bentuk awalan ini bergantung kepada dua
faktor:
 faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama pada kata dasar yang
akan bercantum dengan awalan itu.
 faktor perkembangan dan perancangan bahasa, menghasilkan
bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi
bahasa melayu.

38

Bentuk Keterangan Contoh perkataan

pe- peN- menjadi pe- apabila bergabung peN-…+ masak = pemasak

dengan peN-…+ naik = penaik

kata dasar yang bermula dengan huruf- peN-…+ nyanyi = penyanyi

huruf m, n, ny, ng, r, l, dan w. peN-…+ ngiau = pengiau

peN-…+ ragut = peragut

peN-…+ layan = pelayan

peN-…+ wangi = pewangi

peN- menjadi pe- apabila bergabung peN-… + pukul = pemukul
dengan kata dasar yang bermula dengan peN-… + tahan = penahan
huruf-huruf p, t, k, dan s. peN-… + karang = pengarang
peN-… + selam = penyelam

Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata

dasar luluh dan digantikan dengan bentuk

sengau yang dilafazkan pada tempat yang

sama daerah (homorganik) dengan bunyi

pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p,

n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s.

pem- peN- menjadi pem- apabila bergabung peN-… + baca = pembaca

dengan kata dasar yang bermula dengan peN-… + beri = pemberi

huruf b dan peN-… + bilas = pembilas

 gugusan konsonan yang bermula

dengan huruf b dan p. peN-… + boikot = pemboikot

peN-… + fatwa = pemfatwa

39

 perkataan pinjaman yang peN-… + brek = pembrek

bermula dengan huruf b, f, dan v peN-… + blok = pemblok

pen- peN- menjadi pen- apabila bertemu peN-… + datang = pendatang
peng-
dengan: peN-… + curi = pencuri

 kata dasar yang bermula dengan peN-… + ziarah = penziarah

huruf d, c, j, sy, dan z peN-… + tadbir = pentadbir

 perkataan pinjaman yang kata peN-… + tafsir = pentafsir

dasarnya bermula dengan huruf t peN-… + swasta = penswasta

dan s. peN-… + tauliah = pentauliah

 Terdapat satu kecualian pada

peraturan ini, iaitu pada bentuk

kata dasar ternak yang bukan

kata pinjaman tetapi menerima

awalan pen- membentuk kata

penternak.

peN- menjadi peng- apabila bergabung peN-… + gulung = penggulung

dengan: peN-… + atur = pengatur

 kata dasar yang bermula dengan peN-… + elak = pengelak

huruf-huruf g dan h (bunyi peN-… + ukur = pengukur

konsonan)

 kata dasar yang bermula huruf a,

e, i, o, dan u (bunyi vokal) peN-… + kritik = pengkritik
 perkataan pinjaman peN-… +klasifikasi =

pengklasifikasi

40

 Terdapat satu kekecualian, iaitu peN-… + khianat = pengkhianat

pada kata dasar kaji yang bukan

kata pinjaman tetapi menerima

awalan peng- menjadi pengkaji

untuk dibezakan dengan

perkataan pengaji.

Peng- menjadi penge- apabila bergabung peN-… + cat = pengecat

dengan kata dasar yang berekasuku kata, peN-… + tin = pengetin

iaitu yang mempunyai satu suku kata peN-… + bom = pengebom

sahaja, baik perkataan Melayu ataupun peN-… + pam = pengepam

perkataan pinjaman. peN-… + lap = pengelap

pel- peN- bervariasi dengan pel- apabila peN-… + ajar = pelajar

bergabung dengan kata dasar ajar untuk

menandakan makna orang yang menerima

kerja mengajar atau orang yang

melakukan kerja belajar.

ii. Aspek makna awalan peN- Contoh perkataan
Awalan peN- penanda: pengguna
pemandu
1. Makna orang yang melakukan sesuatu penghulu
pengacara
2. Makna orang yang menjawat tugas

41

3. Makna orang yang suka akan atau gemar atau pemadat
cenderung akan sesuatu peminum
pengeras
4. Makna orang atau benda yang memiliki sifat penawar
dalam kata dasar penggali

5. Makna alat untuk melakukan sesuatu penuai
pemeluk
6. Makna ukuran hasil daripada melakukan pemanah
sesuatu pendapat
7. Abstrak

Awalan pe-
i. Bentuk awalan pe-

Awalan pe- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa melibatkan
apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut.
ii. Aspek makna awalan pe-
Awalan pe- mempunyai dua penanda makna:

 Penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata
dasar atau keadaan.

 Penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam
maksud kata dasar.

Bentuk Contoh perkataan
pe- pe-…+sara = pesara

42

pe-…+kedai = pekedai
pe-…+tani = petani
pe-…+labur = pelabur
pe-…+tugas = petugas

Awalan peR-
i. Bentuk awalan peR-

Bentuk Keterangan Contoh perkataan
peR-
Imbuhan ini boleh bergabung dengan per-…+ asap = perasap

kata dasar daripada jenis: per-…+ tapa = pertapa

 kata nama per-…+ buru = perburu

 kata kerja per-…+ bara = perbara

Tanpa melibatkan apa-apa perubahan

bunyi pada awal kata dasar.

i. Aspek makna awalan peR-
Terdapat dua aspek makna awalan peR- iaitu sebagai penanda alat atau tempat dan
penanda makna orang yang melakukan kerja (dengan awalan ber-).

43

Awalan ke-
i. Bentuk awalan ke-

Awalan ke- hanya bergabung dengan beberapa perkataan dan tidak melibatkan
sebarang perubahan huruf. Contohnya:

ke-…+ tua = ketua
ke-…+ kasih = kekasih
ke-…+ hendak = kehendak

Aspek makna awalan ke-

Aspek makna awalan ke- adalah sebagai satu penanda makna orang atau benda yang
menjadi tumpuan maksud yang terkandung dalam kata dasar.

Awalan juru-

i. Bentuk awalan juru-

Awalan juru- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa melibatkan apa-
apa perubahan pada bunyi awal kata dasar tersebut.

ii. Aspek makna awalan juru- Kata nama juru-…+ wang = juruwang
Akar kata
Awalan juru- mendukung Kata kerja juru-…+ bahasa = jurubahasa
penanda makna ahli atau
orang yang terlibat secara juru-…+ tera = jurutera
langsung dengan maksud
pekerjaan dalam kata juru-…+ mudi = jurumudi

juru-…+ kira = jurukira

44

dasar dan boleh juru-…+ jual = jurujual
bergabung dengan kata
dasar daripada golongan juru-…+ selam = juruselam

juru-…+ terbang = juruterbang

Contoh:

ARAU: LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dianugerahkan
Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan sempena Istiadat Konvokesyen Ke-58
Universiti Sains Malaysia (USM) pada Khamis.
Canselor USM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat
menyempurnakan penganugerahan ijazah itu di Istana Arau di sini.
Naib Canselor USM, Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, ijazah
kehormat dianugerahkan kepada Chong Wei di atas jasa baktinya dalam
mengharumkan nama negara sebagai pemenang pingat perak sebanyak tiga kali
pada Sukan Olimpik selain merupakan Tokoh Sukan Negara.

(Sumber: Sinar Harian, 28 Oktober 2021)

ii. Akhiran Kata Nama
i. Bentuk akhiran kata nama
Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu –an yang boleh bergabung
dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.
ii. Aspek makna akhiran –an

45

a. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan
kata kerja tertentu, membawa maksud kerja atau perkara atau benda hasil daripada
melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar.

kata nama + -an Kata kerja + -an
kritik + -an = kritikan (hasil tulis + -an = tulisan (hasil menulis)
mengritik) buat + -an = buatan
bekal + -an = bekalan

b. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan
kata adjektif dan kata tugas (jenis kata arah), membawa maksud kawasan atau bidang
yang luas.

kata nama + -an kata adjektif + -an kata arah + -an
laut + -an = lautan lapang + -an = lapangan luar + -an = luaran
(laut yang luas) (kawasan lapang yang (kawasan luar yang
ruang + -an = ruangan luas) luas)
datar + -an = dataran tepi + -an = tepian

c. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama
tertentu, membawa makna banyak.
kata nama + -an
parut + -an = parutan (banyak parut)
tampung + -an = tampungan
ratus + -an = ratusan

46


Click to View FlipBook Version