d. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja
tertentu, membawa makna alat.
kata kerja + -an
sandar + -an = sandaran (alat untuk menyandar)
salur + -an = saluran
tapis + -an = tapisan
e. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja
tertentu, membawa makna orang atau haiwan yang menjadi penderita kerja.
kata kerja + -an
suruh + -an = suruhan (orang yang disuruh)
tawan + -an = tawanan
buru + -an = buruan
f. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja
tertentu, membawa makna perkara atau benda yang menjadi penderita kerja.
kata kerja + -an
hampar + -an = hamparan (benda yang dihampar)
makan + -an = makanan
hantar + -an = hantaran
47
g. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif,
membawa makna sesuatu yang mempunyai sifat yang terkandung dalam kata dasar.
kata adjektif + -an
manis + -an = manisan (mempunyai sifat manis)
padu + -an = paduan
bulat + -an = bulatan
h. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja
membawa makna tempat melakukan sesuatu yang digambarkan oleh kata dasar.
kata kerja + -an
kurung + -an = kurungan (tempat untuk mengurung)
henti + -an = hentian
gantung + -an = gantungan
i. Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar tertentu daripada golongan kata
nama dan kata tugas (jenis kata bilangan), membawa makna ukuran atau kiraan
berdasarkan makna yang terkandung kata dasar.
kata nama + -an kata bilangan + -an
satu + -an = satuan
hari + -an = harian (kiraan berdasarkan angka satu)
puluh + -an = puluhan
(kiraan berdasarkan hari) juta + -an = jutaan
kilometer + -an = kilometeran
batu + -an = batuan
48
iii. Apitan Kata Nama
Imbuhan apitan kata nama ialah imbuhan yang hadir serentak di hadapan dan di
belakang kata dasar bagi membentuk kata nama terbitan (Mohd. Ra'in Shaari,
Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusof, 2009).
Abdullah Hassan (2006), menyatakan bahawa imbuhan apitan kata nama amat
produktif kerana imbuhan dapat hadir serentak pada posisi awal dan akhir kata
dasar menerbitkan kata nama.
Imbuhan apitan kata nama terdiri daripada bentuk-bentuk berikut:
i. peN-...-an
ii. peR-...-an
iii. ke-...-an
Apitan peN-...-an
i. Bentuk apitan peN-...-an
Apitan ini terdiri daripada binaan imbuhan awalan peN- dan imbuhan akhiran
-an.
Kehadiran setiap bentuk peN-...-an bergantung pada huruf awal perkataan.
Apitan peN-...-an terdiri daripada enam bentuk, iaitu:
i. pe-...-an
ii. pem-...-an
iii. pen-...-an
iv. peng-...-an
v. penge-…-an
vi. peny-…-an
49
ii. Fungsi apitan peN-...-an
Imbuhan apitan ini berfungsi menerbitkan kata nama. Imbuhan apitan peN-...-
an apabila digabungkan dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama dan
kata kerja akan membentuk kata nama terbitan.
Contoh: peN-...-an + kata kerja (lari)= pelarian
peN-...-an + kata nama (waris) = pewarisan
iii. Makna apitan peN-...-an dalam kata nama terbitan
Menunjukkan nama proses
Kata nama hasil
Bentuk Keterangan Contoh perkataan
pe-…-an Apitan peN-…-an akan peN-…-an + makan = pemakanan
menjadi pe-…-an apabila peN-…-an + nama = penamaan
bergabung dengan kata peN-…-an + nyala = penyalaan
dasar yang bermula dengan
huruf m, n, ny, ng, r, l, w, peN-…-an + ngaum = pengauman
dan y. peN-…-an + risik = perisikan
peN-…-an + lampir = pelampiran
peN-…-an + wujud = pewujudan
peN-…-an + yakin = penyakinan
pen-…-an Apitan peN-…-an akan peN-…-an + cuci = pencucian
menjadi pe-…-an apabila peN-…-an + dapat = pendapatan
50
bergabung dengan kata peN-…-an + jadual = penjadualan
dasar yang bermula dengan peN-…-an + syarat = pensyaratan
c, d, j, sy, t, dan z.
peN-…-an + tempat = pentempatan
pem-…-an Apitan peN-…-an akan peN-…-an + buka = pembukaan
menjadi pe-…-an apabila peN-…-an+ periksa = pemeriksaan
kata dasarnya terdiri peN-…-an + veto = pemvetoan
daripada: peN-…-an + fatwa = pemfatwaan
kata pinjaman peN-…-an + fitnah = pemfitnahan
peN-…-an + prose = pemprosesan
gugusan konsonan yang
bermula dengan huruf p
dan b.
kata dasar bermula
dengan huruf v, p, dan f
dikekalkan.
peng-…-an Apitan peN-…-an akan peN-…-an + kaya = pengayaan
menjadi pe-…-an apabila peN-…-an+hasut = penghasutan
bertemu dengan: peN-…-an + ghaib = penggaiban
peN-…-an+khayal= pengkhayalan
kata dasar bermula
peN-…-an + galak = penggalakan
dengan huruf k, g, h,
kh,dan gh. peN-…-an + ajar = pengajaran
peN-…-an + elak = pengelakan
peN-…-an + intip = pengitipan
51
kata dasar bermula peN-…-an + olah = pengolahan
= pengubahan
dengan huruf vocal a, peN-…-an + ubah
e, I, o, dan u
penge-…-an Apitan peN-…-an akan peN-…-an + bom = pengeboman
= pengehadan
menjadi pe-…-an apabila peN-…-an + had = pengecatan
diimbuhkan dengan kata peN-…-an + cat
dasar yang terdiri daripada
satu suku kata.
peny-…-an Apitan peN-…-an akan peN-…-an + satu = penyatuan
menjadi pe-…-an apabila peN-…-an + salur = penyaluran
bertemu dengan kata dasar peN-…-an + siar = penyiaran
bermula dengan huruf s,
dan huruf s itu digugurkan.
Aktiviti
Gariskan dan tulis jenis apitan peN-...-an bagi setiap perkataan dalam
petikan dibawah, sama ada apitan pe-...-an, pen-...-an, pem-...-an, peng-...-
an, penge-...-an atau peny-...-an.
1. Pemansuhan undang-undang itu suatu tindakan yang sepatutnya.
2. Kebanyakan nilai murni yang kita amalkan hasil pewarisan datuk nenek
moyang dahulu.
3. Penjenisan karangan bergantung pada format dan isi karangan.
4. Tarikh pengunduran tentera asing dari negara tersebut telah tamat.
5. Usaha pembasmian nyamuk aedes di kawasan perumahan kerap dilakukan.
52
Apitan peR-...-an
i. Bentuk apitan peR-...-an
Struktur binaan imbuhan apitan peR-...-an terdiri daripada awalan peR- dan
akhiran -an.
Pembentukan imbuhan apitan peR-…-an hanya mempunyai satu sahaja.
ii. Fungsi apitan peR-...-an
Sebagai ksta nama atau inti frasa nama.
iii. Makna apitan peR-...-an
Kata nama yang menunjukkan hal peristiwa
Kata nama yang menunjukkan hal proses
Kata nama tempat
Kata nama hasil perbuatan
Bentuk Keterangan Contoh perkataan
peR-…-an Apitan peR-…-an apabila peR-…-an + satu = persatuan
bergabung dengan semua peR-…-an + bekal = perbekalan
kata dasar kecuali kata peR-…-an + dagang = perdagangan
dasar yang bermula
dengan huruf r, huruf r itu peR-…-an + khabar = perkhabaran
akan digugurkan. peR-…-an + tempur = pertempuran
peR-…-an + sembah = persembahan
peR-…-an + ragut = peragutan
peR-…-an + rencana = perencanaan
53
Aktiviti
Tukarkan kata dasar berikut dengan menggunakan imbuhan apitan peR-...-
Kata Dasar Kata Terbitan
dagang
baris
musuh
alat
industri
rangcang
geser
Apitan ke-...-an
i. Bentuk apitan ke-...-an
Binaan imbuhan apitan ke-...-an terdiri daripada dua imbuhan yang hadir
serentak iaitu imbuhan awalah ke- dengan imbuhan akhiran -an.
Imbuhan apitan ke-…-an hanya ada satu bentuk sahaja, iaitu ke-…-an.
ii. Fungi apitan ke-...-an
Menerbitkan kata nama abstrak dan konkrit.
iii. Makna apitan ke-...-an
Kata nama abstrak Kata nama keserupaan
Kata nama pasi Kata nama tempat
54
Bentuk Keterangan Contoh perkataan
ke-…-an Apitan ke-…-an yang ke-…-an + datang (KK) = kedatangan
bergabung dengan kata
dasar sama ada kat ke-…-an + masuk (KK) = kemasukan
tunggal, kata majmuk
atau frasa tertentu tidak ke-…-an + raja (KN) = kerajaan
akan berlaku berubahan
huruf. ke-…-an + malas (KA) = kemalasan
ke-…-an + berangkat (KT) =
keberangkatan
ke-…-an + seimbang (KT) =
keseimbangan
ke-…-an + urus setia (KM) =
keurusetiaan
ke-…-an + tidak adil (KM) =
ketidakadilan
Aktiviti
Nyatakan bentuk kata dasar yang membina imbuhan apitan ke-...-an berikut.
Contoh: Kelahiran = lahir (kata kerja)
1. Kenaikan =
2. Keberadaan =
3. Keberadaan =
4. Kekalahan =
5. Kemenjadian =
6. Keteraturan =
7. Kedudukan =
8. Kelebihan =
55
iv. Sisipan kata nama
Nik Safiah Karim et. al. (2016), dalam Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah
Menengah menyatakan bahawa imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir
dalam sesuatu perkataan yang masuk secara menyisip.
Imbuhan sisipan kata nama mempunyai tiga bentuk, iaitu:
a. Sisipan -el-
b. Sisipan -er-
c. Sisipan -em-
Kesemua bentuk imbuhan sisipan tidak mengalami perubahan dari segi konteks
bunyi dalam kata dasar.
Imbuhan sisipan berfungsi membentuk kata nama terbitan.
Sisipan Kata dasar Kata terbitan
Sisipan -el-
patuk pelatuk
Sisipan -er- kupas kelupas
kemumur kelemumur
kuping keruping
gigi gerigi
suling seruling
56
Sisipan -em- Kuning kemuning
tali temali
gerlap gemerlap
Aktiviti
Keluarkan imbuhan sisipan kata nama yang terdapat dalam perkataan
berikut.
1. Gerigi =
2. Pelatuk =
3. Kemuning =
4. Jelajah =
5. Serabut =
Latihan 1
Bentukkan kata nama terbitan berawalan bagi perkataan yang dberikan di dalam
kurungan. Kemudian isi tempat kosong dengan perkataan tersebut.
1. Doktor pakar itu memerlukan beberapa orang untuk membantunya
semasa pembedahan itu dijalankan.
2. Semua pihak haruslah yakin dalam menghadapi untuk
memartabatkan bahasa Melayu. (kekang)
3. Pesawat itu dipandu oleh seorang yang berpengalaman. (terbang)
57
pelatuk keseimbangan kekalahan seruling
gerigi kenaikan
gemerlap kedudukan
Latihan 2
Senaraikan imbuhan apitan dan imbuhan sisipan yang terdapat dalam petikan, kemudian
bina ayat.
Imbuhan Apitan
1.
2.
3.
4.
Imbuhan Sisipan
1.
2.
3.
Bina ayat.
1.
2.
58
3.3 KATA NAMA MAJMUK
Kata nama majmuk
Definisi
Kata nama majmuk boleh dihasilkan melalui proses merangkaikan dua kata
dasar mahupun lebih seterusnya membawa makna yang tertentu (Nik Safiah
Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood, 2015).
Kata nama majmuk terhasil daripada dua kata dasar atau lebih yang
digabungkan. Penggabungan ini akan membawa maksud tertentu. Kata
nama majmuk dieja secara terpisah dan membawa kepada satu makna yang
lain daripada perkataan-perkataan asal.
Jenis kata nama majmuk
Kata nama
majmuk
Rangkai kata Kiasan
bebas
Istilah khusus
59
a. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya:
guru besar urus setia kertas kerja
atur cara balai raya tengah hari
rukun tetangga jalan raya ibu bapa
Kata majmuk rangkai kata bebas juga boleh digunakan dalam gelaran.
Contohnya:
Menteri Besar Duta Besar Penolong Penerbit
Raja Permaisuri Datuk Bendahara Setiausaha Sulit
Profesor Diraja Leftenan Jeneral Ketua Pustakawan
b. Kata majmuk yang terdiri daripada istilah khusus dalam bidang ilmiah.
Contohnya:
titik buta temu duga cari gali
mogok umum hukum alamiah analisis teks
deria rasa medan selera graf terarah
c. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa.
Contohnya:
kepala batu anak emas otak udang
ulat buku kaki lima buah hati
anak emas mata petai lipas kudung
bulan madu tangkai jering buruk siku
duit kopi kaki bangku cakar ayam
60
d. Bentuk yang telah mantap
Terdapat beberapa perkataan yang penggunaannya sudah dianggap mantap
sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun perkataan tersebut ternyata
mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai
perkataan. Contohnya:
bumiputera setiausaha jawatankuasa
sukarela kerjasama matahari
olahraga sukarela antarabangsa
warganegara kakitangan tanggungjawab
e. Pengimbuhan kata nama majmuk
Kata nama majmuk boleh juga menerima imbuhan untuk membentuk kata
terbitan. Pengimbuhan kata nama majmuk terbahagi kepada dua, iaitu:
i. Kata nama majmuk yang menerima awalan atau akhiran tetap dieja
terpisah. Contohnya:
terima kasih berterima kasih
reka bentuk direka bentuk
rumah tangga berumah tangga
temu ramah menemu ramah
ulang kaji mengulang kaji
61
ii. Kata nama majmuk yang menerima apitan dieja secara bercantum.
Contohnya:
anak tiri menganaktirikan
surat khabar persuratkhabaran
kuat kuasa dikuatkuasakan
ibu bapa keibubapaan
Contoh:
KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia sepakat untuk mengukuhkan
kerjasama pertahanan sedia ada dengan menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara awal tahun hadapan.
Menurut beliau, kedua-dua negara juga bersetuju meneruskan latihan bersama
dalam usaha menangani ancaman pengganas melalui LATGABMA
MALINDO DARSASA yang akan diadakan pada tahun hadapan di Malaysia.
(Sumber: Sinari Harian Online, 28 Oktober 2021)
Aktiviti
62
Latihan 1
Gariskan jenis kata ganda yang anda temui dalam ayat di bawah.
4. Kakitangan syarikat Ahmad terpaksa diberhentikan ekoran daripada wabak penyakit
yang melanda syarikat itu.
5. Kamaliah berdukacita atas pemergian sahabatnya akibat kemalangan jalan raya.
6. Soraya selamat melahirkan cahaya mata yang pertama pada hari Sabtu yang lepas.
7. Ahmad merupakan anak emas kepada ibunya kerana dia merupakan satu-satunya
anak lelaki.
8. Penguatkuasaan undang-undang yang mantap perlu bagi mengawal gejala buli
dalam kalangan pelajar.
9. Karim menemuduga seorang artis ekoran daripada penularan rakaman memasak
yang diminati oleh orang ramai.
10. Salleh iri hati dengan kemewahan yang dimiliki oleh Johan sejak dia hilang
pekerjaan.
11. Hanis menyertai pertandingan olahraga yang dianjurkan kerana dia merupakan
pelari yang pantas.
12. Kerjasama yang erat antara dua buah negara akan menjamin kestabilan negara pada
masa akan datang.
13. Wafi dianggap lipas kudung kerana tidak berhenti menyiapkan kerja rumahnya dari
pagi hingga lewat malam.
63
3.4 KATA NAMA GANDA
Kata nama ganda
Definisi
Ahmad Khair (2012) dalam Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
mendefinisikan kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan
mengulang atau menggandakan kata dasar, sama ada kata ganda tersebut
diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan
imbuhan atau tanpa imbuhan. Bentuk kata yang diulang itu dikenali sebagai
kata dasar, manakala bentuk ulangan itu disebut sebagai kata gandaan.
Jenis kata ganda
Berdasarkan Tatabahasa Dewan (2015), terdapat tiga jenis penggandaan yang
melibatkan kata dasar nama, iaitu:
Penggandaan penuh
Penggandaan separa
Penggandaan berentak
a. Penggandaan penuh
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), penggandaan penuh ialah
proses yang melibatkan keseluruhan kata dasar jenis kata nama digandakan
tanpa sebarang perumahan bentuk. Kata dasar yang digandakan boleh terdiri
daripada kesemua jenis bentuk, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan
kata nama majmuk.
64
Jadual 1
Menunjukkan Contoh Gandaan Kata Tunggal
Kata Tunggal Gandaan Penuh Kata Tunggal
Tadika Tadika-tadika
Sekolah Sekolah-sekolah
Kereta Kereta-kereta
Budak Budak-budak
Buku Buku-buku
Ayat Ayat-ayat
(Rujukan: Tatabahasa Dewan, 2015)
Jadual 2
Menunjukkan Contoh Kata Ganda Berimbuhan Awalan, Apitan dan Akhiran
Kata Ganda berimbuhan
Awalan Akhiran Apitan
Kekasih-kekasih Pakaian-pakaian Pengakuan-pengakuan
Pelatih-pelatih Ilmuan-ilmuan Keramaian-keramaian
Pengajar-pengajar Seniman-seniman Persatuan-persatuan
Rujukan: Tatabahasa Dewan (2015)
65
i) Penggandaan penuh kata nama tunggal
Contoh:
SEPANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut
selepas dilanggar van dinaikinya, di hadapan sebuah tadika di sini, tengah
hari tadi.
Utusan Malaysia Online, 12 Novermber 2021
Contoh:
“Program Didik Johor yang akan mula dilaksanakan tahun depan itu akan
dibantu guru-guru pakar melalui pelaksanaan kaedah tuisyen.”
Kosmo Online, 7 Disember 2021
ii) Penggandaan Penuh Kata Nama Berimbuhan
a) dengan awalan
Contoh:
Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub mempersoal
fungsi penasihat-penasihat khas perdana menteri di mana portfolio kesemua
penasihat itu sama seperti kementerian yang berada di dalam kerajaan.
Malaysia Dateline, 5 Disember 2021
66
Contoh:
"Apakah pemimpin-pemimpin Melayu yang berada di kerajaan hari ini tidak
malu, tidak bermaruah?" katanya.
Malaysia Kini, 19 Oktober 2021
b) dengan akhiran
Contoh:
Katanya, ketika ini, beliau melihat masih berlaku pengurusan tidak cekap,
yang mewujudkan amalan-amalan tidak produktif dalam jabatan, justeru
pembasmian amalan tidak produktif itu pastinya akan dapat membawa
kemajuan dalam produktiviti di pejabat masing-masing.
Berita Harian Online, 28 Oktober 2021
c) dengan apitan
Contoh:
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) mahu persatuan-persatuan pengguna di negara ini
berganding bahu dalam menguruskan isu kenaikan harga dan bekalan
barangan.
Utusan Malaysia, 29 Oktober 2021
67
Aktiviti
Berdasarkan kod QR, sila kenal pasti penggunaan jenis bentuk penggandaan penuh
kata nama.
b) Penggandaan separa
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), penggandan separa kata
nama melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri
daripada kata nama tunggal dan kata nama imbuhan.
i) Penggandaan separa kata nama tunggal
Penggandan separa kata nama melibatkan suku kata pertama dalam kata
dasar. Bunyi- bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang
digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet
(Nik Safiah Karim, Farid M, Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid
Mahmood, 2015).
Jadual 3
Menunjukkan Contoh Gandaan Kata Tunggal
Kata Tunggal Gandaan Separa Kata Tunggal
Kura Kekura
Gelang Gegelang
Sumbu Sesumbu
Pohom Pepohon
laki Lelaki
(Rujukan: Tatabahasa Dewan, 2015)
68
Contoh:
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) mahu persatuan-persatuan pengguna di negara ini
berganding bahu dalam menguruskan isu kenaikan harga dan bekalan
barangan.
Utusan Malaysia, 29 Oktober 2021
iii) Penggandaan separa kata nama berimbuhan
Menurut Tatabahasa Dewan (2015), penggandaan separa jenis ini melibatkan
penggulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Hanya perkataan-perkataan yang
menerima imbuhan akhiran –an yang mengalami penggandaan jenis ini.
Jadual 4
Menunjukkan Contoh Gandaan Separa Kata Berimbuhan
Gandaan Separa Imbuhan
A
Kenangan Kenang-kenangan
Bayangan Bayang-bayangan
Sayuran Sayur-sayuran
(Rujukan: Tatabahasa Dewan, 2015)
Contoh:
JERANTUT: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengambil maklum
situasi kenaikan harga sayur-sayuran dan ternakan dalam tempoh pemulihan
pandemik Covid-19 dan melaksanakan pelbagai usaha meningkatkan
pengeluaran dan pemasaran.
Utusan Online, 8 Disember 2021
69
Aktiviti
Berdasarkan kod QR, sila kenal pasti penggunaan bentuk penggandaan separa kata
nama.
c) Penggandaan berentak
Penggandaan berentak kata nama ialah proses yang menggandakan kata dasar
jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam
penggandaan jenis ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu
diulang atau diubah.
Berdasarkan pengulangan dan perubahan bunyi-bunyi demikian, penggandaan
berentak kata nama dapat dibahagikan sekurang-kurangnya kepada tiga jenis,
iaitu:
(i) Penggandaan berentak kata nama pengulangan vokal.
(ii) Penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan.
(iii) Penggandaan berentak kata nama bebas.
i) Penggandaan berentak kata nama pengulangan vokal
Penggandaan berentak jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri
persamaan pada bunyi vokal tertentu. Dengan kata lain, penggandaan tersebut
mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya:
70
sayur sayur-mayur
kuih kuih-muih
lauk lauk-pauk
selok selok-belok
hina hina-dina
(Sumber: Buku Tatabahasa Dewan)
Contoh:
KUALA NERUS - Seorang suri rumah di Kampung Baru Pulau Redang di sini
mengambil inisiatif menghasilkan kuih-muih untuk membantu suaminya yang
terjejas pendapatan selepas sektor pelancongan tidak dapat beroperasi akibat
pandemik Covid-19. (Sumber Berita Harian 8 November 2021)
(Sumber Berita Harian 8 November 2021)
ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan
pada bunyi konsonan tertentu. Contohnya:
batu batu-batan
warna wama-warni
gunung gunung-ganang
suku suku-sakat
kayu kayu-kayan
mundar Mundar-mandir
bukit bukit-bukau
(Sumber: Buku Tatabahasa Dewan)
71
iii) Penggandaan berentak bebas kata nama
Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri
persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya:
anak anak-pinak
sedu sedu-sedan
ipar ipar-lamai
saudara saudara-mara
congek congek-
cakdong
(Sumber: Buku Tatabahasa Dewan)
Aktiviti
72
Arahan
1. Pelajar dikehendaki melengkapkan silang kata berikut dengan merujuk kepada
pembayang kata yang telah diberikan.
2. Selesaikan kesemua ruangan dan semak jawapan anda dengan imbas kod QR
dibawah.
3. Cuba selesaikan kesemua ruangan sebelum menyemak jawapan. Selamat Mencuba!
iv) Penggandaan kata nama majmuk
Penggandaan kata nama majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk
yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Kedua,
kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan, dan seluruh kata
digandakan. Contohnya:
kertas kerja kertas-kertas kerja
rumah sakit rumah-rumah sakit
mata pelajaran mata-mata pelajaran
roda tenaga roda-roda tenaga
(Sumber: Buku Tatabahasa Dewan)
setiausaha setiausaha-setiausaha
jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa
suruhanjaya suruhanjaya-suruhanjaya
tanggungjawab tanggungjawab-tanggungjawab
(Sumber: Buku Tatabahasa Dewan)
73
v) Aspek makna penggandaan kata nama
Terdapat sekurang-kurangnya lima aspek makna penggandaan kata nama:
i) Gandaan sebagai penanda jamak, iaitu yang menandakan jumlah yang banyak.
Contohnya:
meja meja-meja
ketua ketua-ketua
jabatan jabatan-jabatan
gunung gunung-ganang
saudara saudara-mara
(Sumber: Buku Tatabahasa Dewan)
ii) Gandaan sebagai penanda beberapa nama haiwan.Contohnya:
biri-biri
rama-rama
kupu-kupu
kunang-kunang
kura-kura atau kekura
labi-labi atau lelabi
(Sumber: Buku Tatabahasa Dewan)
iii) Gandaan sebagai penanda makna kesarnaan atau keserupaan. Contohnya:
gula gula-gula
anak anak-anak
orang orang-orang
langit langit-langit atau
lelangit
kuda
kekuda
(Sumber: Buku Tatabahasa Dewan)
74
iv) Gandaan sebagai penanda kepelbagaian jenis. Contohnya
sayur sayur-mayur
kuih kuih-muih
lauk lauk-pauk
rempah rempah-ratus
(Sumber: Buku Tatabahasa Dewan)
v) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya
apa apa-apa
siapa siapa-siapa
mana mana-mana
bila mila-bila
suatu sesuatu
(Sumber: Buku Tatabahasa Dewan)
Latihan 1
Baca dan jawab semua soalan.
1. __________ kering di pangkal pokok itu berterbangan ditiup angin.
A. Dedaun C. Pepohon
B. Dedahan D. Bebola
2. Puan Ruha meletakkan ______ di rumahnya untuk membezakan antara ruang tamu dengan
dapur.
A. Kekuda C. Sesiku
B. Sesekat D. Sesendal
75
3. Ramai yang tidak tahu bahawa bawang menyimpan makanan di _____ nya.
A. Rerambut C. Bebawang
B. Jejari D. Bebola
4. Encik Anand memasang _______ tingkap pada rumah baharunya untuk keselamatan.
A. Sesiku C. Kekuda
B. Tetingkat D. Sesiku
5. Pegawai penyiasat itu gemar memakai kot labuh yang ber_______.
A. Kekisi C. Kekabu
B. Tetulang D. Kekepuk
Soalan 6-7
Baca soalan dengan teliti.
“Pepohon yang ditanam itu sangat cantik"
6. Berdasarkan contoh di atas, kata ganda jenis apakah yang terdapat dalam ayat tersebut?
A. kata ganda imbuhan C. Kata ganda berentak
B. kata ganda penuh D. Kata ganda berima
7. Pilih ayat yang betul.
A. Tetupai pada tiang itu sudah diganti dengan yang baru.
B. Semua pokok-pokok bunga di halaman rumah ibu sedang berbunga indah.
C. Puan Hanis memasak buah lelabu khas untuk suami kesayangannya.
D. Nexam amat mahir menunggang kekuda.
76
8. Pilih ayat yang betul.
A. Di halaman rumah ibu ditanami dengan bermacam-macam bunga-bungaan,
B. Tuan Zarul menanam pokok buah-buahan untuk mempelbagaikan pendapatnya,
C. Sifat kelelakian Aiman semakin menonjol apabila beliau mula menetap di kawasan bandar,
D. Rempah-ratus ini kami temui di dasar laut.
Soalan 9-10
Baca dan pilih ayat yang betul dan besesuai dengan penggunaan kata.
9. Pilih ayat yang betul.
I. Bebuli kaca itu berisi dakwat yang berwarna merah.
II. Pelajar-pelajar lelaki tersebut sedang bermain bebola di padang.
III. Belalang itu ada sepasang sesungut di kepalanya.
IV. Tiga ekor burung murai hinggap di dahan pokok rambutan,
A. I, III dan IV sahaja C, I dan IV sahaja
B. I, II, III dan IV sahaja D, II, III dan IV sahaja
10. Pilih ayat yang betul.
I. Kulit udang itu bertukar kemerah-merahan setelah direbus,
II. Jalan raya ke tapak perumahan itu lekuk-lekuk.
III. Cikgu Aaila dan Doktor Khaizam sekeluarga berura-ura hendak berhijrah ke luar
negara.
IV. Murid dalam setiap kelas tersebut berhambat-hambat dalam setiap pentaksiran
yang dilakukan.
77
A. I, II dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja
B. Semua diatas D. I.II.dan III sahaja
Latihan 2
Jawab semua soalan dengan jawapan yang paling tepat dan sesuai
Soalan 1-3
1. Yang manakah merupakan kata ganda penuh kata tunggal?
A. rerama
B. kanak-kanak
C. jabatan-jabatan
D. makanan-makanan
2. Sejak kebelakangan ini, Encik Nexam tidak lagi bergiat aktif dalam memberikan
____________________ bagi mengatasi isu semasa yang berlaku di kampungnya.
A. tegur-menegur
B. tahu-menahu
C. cadangan-cadangan
D. sembang menyembang
3. Wan Hanis membalut hadiah itu ___________.
A. kemas-kemas
B .ketat-ketat
C. kuat-kuat
D. erat-erat
78
Soalan 4-6
Ayat-ayat dibawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika
ayat itu mengandungi kesalahan dam tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat
berkenaan.
4. Gajah yang mengganas di kampung itu telah ditangkap hidup-hidup sebelum
AB
dihantar ke Zoo Melaka. Tiada kesalahan.
CD
5. Para tetamu boleh mengambil mana-mana makanan yang disukai mengikut selesa
AB
masing-masing. Tiada kesalahan.
CD
6. Saya gemar membaca karya penulisan A.Samad Said kerana banyak pengajaran-
AB
Soalan 7-8
Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin
mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika and
menganggap bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah
menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda dan jika tiada kesalahan
tandakan dengan D.
7. Semua kakitangan sekolah itu diminta berkumpul di dewan sekarang.
A. Semua kakitangan-kakitangan sekolah
B. Seluruh kakitangan sekolah-sekolah
C. Para-para kakitangan sekolah
D. Semua kakitangan sekolah
79
8. Para pengunjung dapat melihat berbagai-bagai barangan kraf tempatan semasa mengunjungi
pameran kraf tangan yang diadakan sejak berapa hari yang lalu.
A. Para
B. berbagai-bagai
C. berapa
D. Tiada kesalahan
Soalan 9-10
Plih ayat-ayat yang betul.
9. Pilih ayat yang betul.
I. Pelbagai usaha-usaha dilakukan untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik
murid-murid sekolah itu.
II. Saya dan rakan-rakan turut membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat yang
diadakan petang itu.
III. Segelintir ahli-ahli masyarakat tidak prihatin tetang kebersihan alam sekitar.
IV. Selain masalah pelajaran, murid boleh mengadu hal-hal lain kepada guru kaunseling
juga
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
10. Pilih ayat yang betul.
I. Puan Badariah berbual-bual dengan jiran tetangga di depan rumah.
II. Kecetakan ilmu pengetahuan dapat diatasi dengan pembacaan bahan-bahan ilmiah.
80
III. Pelbagai usaha-usaha dilakukan untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik
murid-murid sekolah itu.
IV. Para pelancong-pelancong yang baru datang itu berasal daripada New Zealand.
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
81
KESIMPULAN
Morfologi merupakan bahagian pembentukan perkataan yang penting dalam tatabahasa
Melayu. Ia merupakan satu bidang yang mengkaji bentuk perkataan. Apabila kita
menggunakan istilah perkataan, ia boleh merujuk kepada bentuk perkataan yang diujarkan dan
direalisasikan dalam sesuatu bahasa. Pembentukan perkataan ini terdiri daripada beberapa
hierarki tatabahasa daripada morfem hingga ayat, di mana ayat merupakan tingkat paling atas
dalam tatabahasa. Unsur-unsur seperti morfem dan kata adalah sebahagian daripada
pembentukan kata dan pembinaan ayat. Oleh itu, golongan kata nama yang dibincangkan
dalam modul ini merupakan inti dan subgolongan kepada tatabahasa. Kata nama mewakili
benda, perkara, haiwan, manusia dan sebagainya dalam kehidupan seharian masyarakat. Ia
amat penting dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kata nama juga menjalankan fungsi seperti
kata nama sebagai subjek, kata nama sebagai predikat dan kata nama sebagai objek.
82
Bibliografi
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Selangor: PTS Peofessional Publishing Snd. Bhd.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu .
Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan. (2009). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: BS
Print (M) Sdn. Bhd.
Ahmad Khair Mohd Nor. (2012). Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd .
Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu Kemas Kini: Panduan Bahasa Yang Baik dan Betul. Kuala
Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd
Kalsom Azid, Alshaa Rani Ab Wahab dan Norshanie Saharudin. (2021). Fokus SPM Bahasa
Melayu. Selangor: Pelangi Sdn. Bhd.
Mohd. Ra'in Shaari, Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusof. (2009). Pembelajaran tatabahasa
Bahasa Melayu morfologi dan sintaksis. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood, Muhammed
Salehudin Aman dan Abdul Ghalib Yunus. (2016). Tatabahasa dewan edisi sekolah
menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
83
1