INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
2022
BUKU LOG
PENGAKAP
MPU 3062 - KOKURIKULUM - (UNIT BERUNIFORM)
NAMA : AHMAD SYAWAL YUMNI
BIN MOHD AZRI
KELAS : PIMK 1
NO KAD PENGENALAN : 021217031055
NO ANGKA GILIRAN : 2021152340069
NO KUMPULAN & NEGERI : NO. 14, KLM
NAMA PENSYARAH : EN. TAMILCHELVAN A/L
MUTUSAMY
BIODATA
ANGGOTA
Nama : AHMAD SYAWAL YUMNI BIN MOHD AZRI
Angka Giliran : 2021152340069
No. Kad Pengenalan : 021217-03-1055
Kumpulan/Unit : PENDIDIKAN ISLAM (SK/SJKC/SJKT)
Kursus/Unit : PISMP - SEMESTER 1 TAHUN 2
Ambilan : JUN 2021
E-mel : [email protected]
No. Telefon : 011-18573622
PENGENALAN
Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah
suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para
beliawan dan beliawanis. Ia sebahagian daripada
pertubuhan kepanduan atau kepengakapan global
iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World
Organization of the Scout Movement.
Satu pertubuhan sukarela, bebas dari politik, dan
terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul bangsa
dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan,
prinsip, dan kaedah kepengakapan (scout method).
Pengakap juga merupakan suatu program/ aktiviti
penuh dengan cabaran dan keseronokan yntuk
melatih golongan muda. Pengakap merupakan satu
pergerakan belia bertaraf antarabangsa dan tertua di
dunia.
Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah
Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga
kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan
seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta
Parlimen. Pengakap tertakluk kepada Akta Parlimen -
Akta 784, Akta Persekutuan Pengakap-pengakap
Malaysia (Di-Semak 2016) dahulu dikenali sebagai Akta
38 (1968) , Akta 143 (1974) dan Akta 409 (1989) dan
Dasar Pertubuhan Peraturan (P.O.R.)
PRINSIP ASA S KEPENGAKAPAN
DEFINISI
Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah
pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh
daripada pengaruh politik dalam usaha untuk melatih
genarasi muda serta terbuka kepada semua golongan
masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan
keturunannya. Definisi ini adalah selaras dengan
tujuan, prinsip dan kaedah kepengakapan (scout
method) yang diilhamkan oleh pengasasnya iaitu Lord
Baden- Powell.
MATLAMAT
• Untuk melatih generasi muda bagi melahirkan
individu yang berpotensi dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS) serta tanggungjawab
terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya
masyarakat antarabangsa.
• Menyediakan rancangan latihan yang progresif,
menyeronokkan dan menarik berdasarkan kepada
Persetiaan dan Undang-undang serta berpandukan
kepada kepimpinan dewasa.
WOSM
(WORLD ORGANIZATION OF THE
SCOUT MOVEMENT)
VISI
Menjelang tahun 2023, Pengakap akan
menjadi pergerakan belia yang berpendidikan
terkemuka di dunia, membolehkan 100 juta
anak muda menjadi warganegara aktif dengan
mewujudkan perubahan positif dalam
komuniti mereka dan di dunia melalui
perkongsian nilai."
MISI
Misi Pengakap adalah menyumbang kepada
pendidikan anak muda, melalui satu sistem nilai
berdasarkan Persetiaan dan Undang-undang
Pengakap, membantu membina dunia yang lebih
baik di mana setiap individu dapat memenuhi
keperluan diri dan memainkan peranan yang
konstruktif dalam masyarakat
KEUTAMAAN STRATEGI WOSM
1 Penglibatan Muda Remaja
Memberi peluang kepada anak muda untuk
mengembangkan kemahiran dan pengetahuan,
serta berkemampuan untuk mengambil bahagian
secara aktif dalam Pergerakan dan komuniti
mereka.
2 Kaedah Pendidikan
Penyediaan program untuk belia perlu seiring
dengan kemampuan belia untuk menghadapi
cabaran pada masa akan datang. Program yang
menarik diperlukan untuk melatih dan
mengekalkan ciri kesukarelawanan bagi menjamin
kualiti dalam melaksanakan program.
3 Kepelbagaian & Inklusif
Pengakap adalah cerminan masyarakat di mana ia
wujud dan menerima semua individu tanpa
diskriminasi. Kepelbagaian ini bukan hanya dapat
dilihat pada keahliannya, tetapi turut meliputi
kaedah dan program yang dilaksanakan dalam
Pergerakan Pengakap.
KEUTAMAAN STRATEGI WOSM
4 Impak Sosial
Ahli Pengakap harus terlibat dalam aktiviti khidmat
masyarakat dan berkongsi pengalaman dengan
orang lain. Melalui kaedah ini, Pengakap
berkhidmat kepada komuniti sekaligus membentuk
ciri kepimpinan yang positif.
5 Komunikasi & Hubungan luar
Profil Pengakap harus menggambarkan arah tuju
yang jelas serta menerapkan budaya perkongsian
melalui kaedah komunikasi yang berkesan, dan
pelibatan dalam perkongsian pelan strategik selari
dengan pergerakan belia bertaraf dunia.
6 Takdbir Urus
WOSM harus telus, bertanggungjawab, cekap, dan
jelas dengan strategi yang berfokuskan kepada
pencapaian visi dan misi Pergerakan. Peranan dan
tanggungjawab di setiap peringkat organisasi harus
difahami dengan jelas, serta berfokus kepada
pelanggan.
PPM
(PERSEKUTUAN PENGAKAP
MALAYSIA)
VISI
Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap
Malaysia akan menjadi pertubuhan pendidikan
golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang
akan melatih golongan muda negara menjadi
warganegara aktif yang menjadi agen perubahan
positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai
kepengakapan.
MISI
“Misi kepengakapan adalah menyumbang kepada
pendidikan generasi muda melalui satu sistem
nilai yang berdasarkan kepada Persetiaan dan
Undang-undang Pengakap, membantu membina
dunia yang lebih baik, di mana rakyatnya boleh
berdikari sebagai individu dan memainkan
peranan yang berguna kepada masyarakat”
BENDERA MALAYSIA &
PENGAKAP
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Dipercayai Taat
Berguna
Bersaudara
Berbudi
Menurut Kasihkan
Perintah Binatang
Berjimat Tabah Hati
Suci Fikiran,
Perkataan,
Perbuatan,
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
PERSETIAAN PENGAKAP
SEJARAH
PENGAKAP
SEJARAH PENGAKAP
ROBERT BADEN-POWELL
Pengasas Pergerakan
Pengakap Dunia, Ketua
Pengakap Sedunia
Potret Baden-Powell yang
dipaparkan telah dihasilkan
oleh David Jagger pada
tahun 1929
Sejarah Pengasas Pengakap – Lord Baden-Powell (B-P);
Lahir : 22 Februari 1857 di Paddington, London
(United Kingdom).
Nama sebenar ROBERT STEPHENSON SMYTH
BADEN-POWELL (B-P).
Ayahnya Reverend HG B.Powell ialah profesor di
University Oxford, England.
B-P mempunyai 7 orang adik-beradik.
Masa kecil, B-P suka melakukan aktiviti di luar
rumah serta alam semulajadi.
B-P mula berkhidmat dalam pasukan tentera
British, berpangkat Leftenan Muda pada 20 Februari
1876.
Pengakap bermula sebagai satu kesedaran awal
semulajadi dari awal zaman kanak-kanak sehingga
kerjaya B-P dalam tentera.
SEJARAH PENGAKAP
Selepas perang Boer, B-P
menjadi Ketua Pasukan Polis
Afrika Selatan.
Beliau mereka cipta pakaian
seragam (baju, seluar pendek,
skaf, dan topi bertepi lebar)
yang mempengaruhi pakaian
seragam Pengakap .
Pada tahun 1899, semasa
berkhidmat di Mafeking
(Afrika), B-P menggunakan
khidmat budak-budak sebagai penyampai berita dan
pesanan semasa Mafeking diserang.
Khidmat budak-budak serta kebolehan mereka itu,
meninggalkan kesan yang mendalam kepada B-P.
Apabila pulang ke England pada
tahun 1907, B-P menganjurkan
satu perkhemahan percubaan
pada 1 hingga 8 Ogos 1907 di
Pulau Brownsea yang disertai
oleh 20 budak- budak lelaki
daripada pelbagai latar
belakang.
Hasil dan pengalaman daripada perkhemahan itu,
pada tahun 1908, B-P mengarang buku “Scouting for
Boys”.
SEJARAH
PENGAKAP DI MALAYSIA
Menurut rekod, Pergerakan
Pengakap mula bertapak di
Malaysia pada awal abad ke-20
apabila sebuah pasukan
percubaan ditubuhkan di
YMCA Pulau Pinang pada
tahun 1908.
Inisiatif tersebut dipercayai
mempunyai kaitan dengan
sumbangan F. C. Sands dari Britain yang menubuhkan
pergerakan tersebut di Singapura
Pada 1915, H. R. Cheeseman, seorang pendidik, telah
mendaftar penubuhan sebuah kumpulan Pengakap
di Penang Free School.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam
membangunkan pergerakan tersebut di seluruh
negara dan sebagai menghargai jasa itu, beliau
dianugerahi pingat Silver Wolf pada 1927.
Pasukan Pengakap pertama bagi pelajar Melayu
aliran Inggeris ditubuhkan pada 1919 di Singapura
bawah kepimpinan Kapten N. M. Hashim dan A. Z.
Alsagoff.
Berikutan itu, Pergerakan Pengakap kemudian
berkembang ke negeri lain di seluruh Persekutuan
Tanah Melayu.
SEJARAH
PENGAKAP DI MALAYSIA
Selangor
Di Selangor, Pergerakan Pengakap mula bertapak kukuh
pada tahun 1926 selepas penubuhan sebuah pasukan
percubaan yang ditubuhkan pada tahun 1909 tidak
mendapat sambutan.
Pada tahun 1918, Pasukan Anak Serigala (kini dikenali
sebagai Pengakap Kanak-kanak) ditubuhkan dan
dipimpin oleh H. C. Chan dari Victoria Institution.
Pada bulan Mei 1926, Pesekutuan Tempatan (Local
Assosiation) Selangor telah ditubuhkan yang tarafnya
adalah sama dengan Majlis Pengakap Negeri pada hari
ini.
Encik Ameen Akbar telah menubuhkan bahagian
Pengakap Kelana (Rover) pada tahun 1926.
Mengikut pendapat F.C Sands, Encik Ameen Akbar
adalah tunggak utama Pergerakan Pengakap di Selangor
pada masa itu.
SEJARAH
PENGAKAP DI MALAYSIA
Sarawak
Transkrip daripada Mubaligh Thomas Cecil Alexander
Berkenaan pengesahan penubuhan Pergerakan Pengakap Sarawak
Bertarikh 22 November 1913.
Pergerakan Pengakap di Sarawak pula bermula pada
tahun 1913.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1920-an Pergerakan
Pengakap di Sarawak tidak aktif.
Pergerakan Pengakap Sarawak diaktifkan semula pada
tahun 1930-an.
SEJARAH
PENGAKAP DI MALAYSIA
Sabah
Pergerakan Pengakap yang pertama di Malaysia Timur
ditubuhkan di Sandakan, Sabah, pada tahun 1913.
Mubaligh Thomas Cecil Alexander telah menubuhkan
Kumpulan Budak Pengakap Lelaki Pertama di Sandakan
dan berkhidmat di sana sehingga tahun 1926 sebelum
pulang ke England.
Kemudian pergerakan ini berkembang ke daerah lain
sekitar negeri Sabah.
SEJARAH
PENGAKAP DI MALAYSIA
Perak
Di Perak, Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Wheeler
di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1926.
Pada tahun yang sama, beliau dianugerahkan pingat
Silver Wolf, manakala D.C. Doral, yang membantu beliau
membangunkan pergerakan tersebut, dianugerahkan
Pingat Perkhidmatan Cemerlang pada 1930.
Hertslet juga memainkan peranan penting dalam
memajukan pergerakan tersebut di Perak dengan
dibantu oleh Keir, yang merupakan seorang pegawai
sekolah-sekolah Perak, Wheeler dan Ahmad Jalalludin.
SEJARAH
PENGAKAP DI MALAYSIA
Kedah
Ketua Pengakap Negara Dato’ Sardon Jubir (dua dari kanan)
disambut oleh Pemimpin Pengakap semasa lawatan ke Tapak
Perhimpunan Pengakap Peringkat Negeri Kedah.
Di Kedah, Pergerakan Pengakap ditubuhkan pada tahun
1922, atas inisiatif E. C. Hicks, E. A. G. Stuart, R. P. S. Walker
dan C. W. Bloomfield.
SEJARAH
PENGAKAP DI MALAYSIA
Pahang
Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah melawat tapak
perkhemahan Jambori Pengakap Pahang pada 15 Februari 1982.
Di Pahang, sebuah pasukan Pengakap ditubuhkan
di Pekan oleh G. M. Laidlaw.
Bagaimanapun, selepas kematian beliau,
pergerakan tersebut menjadi tidak aktif.
Pergerakan ini kemudian telah diaktifkan semula
pada 1927 oleh H. R. Hertslet dan diperluaskan ke
daerah lain oleh L. R. Wheeler dan Frisby daripada
Pejabat Pendidikan Pahang.
SEJARAH
PENGAKAP DI MALAYSIA
Johor
Sejarah Pergerakan Pengakap di Johor pula bermula
pada awal tahun 1928 berikutan kedatangan
Cheeseman dari Pulau Pinang.
Dua kumpulan Pengakap kemudiannya telah
ditubuhkan di English College, Johor Bahru, dengan
bimbingan Abdul Hamid yang hadir ke kolej itu pada
setiap Khamis.
Selepas itu, Pergerakan Pengakap berkembang ke
Muar, Batu Pahat, dan Segamat.
SEJARAH
PENGAKAP DI MALAYSIA
Melaka
Ketua Pengakap Negara Dato’ Sardon Jubir (tengah), diiringi
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka Tawi Yaakub (kiri) dan
Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Melaka, Chin Thian Soo
memeriksa perbarisan hormat bersempena perasmian Jambori
Pengakap Malaysia ke-2 di Kem Ayer Keroh, Melaka
dari 29 Julai hingga 4 Ogos 1970.
Di Melaka, Pergerakan Pengakap bermula pada tahun
1925 dengan R. Brunston dilantik sebagai Pesuruhjaya
Pengakap Daerah pertama.
SEJARAH
PENGAKAP DI MALAYSIA
N. Sembilan
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni
Almarhum Tuanku Abdul Rahman diiringi Pemimpin Kumpulan
Ke-3 Seremban, dikenali ramai dengan panggilan Mr. Lee,
mencuba tangga yang dibina oleh ahli Pengakap.
Pada tahun yang sama 1925, Pergerakan Pengakap
di Negeri Sembilan telah ditubuhkan dengan Bird
dan Roger Smith masing-masing dilantik sebagai
Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya
Daerah.
SEJARAH
PENGAKAP DI MALAYSIA
Terengganu
Tuanku Mizan Zainal Abidin (berdiri, lima dari kiri) bersama
kumpulan Pengakap Kelana Laut A Daerah Kuala Terengganu dan
Pengakap Laut Kumpulan 01 Kuala Terengganu dari Sekolah
Menengah Sultan Sulaiman.
Pergerakan Pengakap di Terengganu lahir pada tahun
1926 di bawah kepimpinan A. J. Gracie.
Perlis
Kontinjen Malaysia yang menyertai Jambori Australia ke-8.
Pergerakan Pengakap di Perlis ditubuhkan pada tahun
1931 oleh Bird dan Roger Smith.
SEJARAH
PENGAKAP DI MALAYSIA
Kelantan
Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya
Petra diiringi Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohamad Yaakob
ketika keberangkatan tiba baginda untuk merasmikan Jambori
Pengakap Malaysia Ke-5 dan Asia Pasifik Ke-7 pada 11 April 1982.
Pergerakan Pengakap dimulakan di Kelantan
sebelum tahun 1927.
Pengasas dan Pemimpin Pasukan Pengakap yang
pertama ialah Yang Mulia Tengku Ahmad
Temenggong (Tengku Ahmad Panglima Raja)
Yang Dipertua pertama Pergerakan Pengakap Negeri
Kelantan ialah Tuan Yang Terutama Lt. Col. D. A
Somerville, Penasihat British (BA) Kerajaan Negeri
Kelantan,merangkap Pesuruhjaya Daerah Kelantan,
mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil
Persekutuan Pengakap-Pengakap Kelantan yang
telah disahkan pada 6 haribulan Mei 1932.
STRUKTUR
ORGANISASI
STRUKTUR ORGANISASI PPM
STRUKTUR ORGANISASI PPM
NEGERI
STRUKTUR
ORGANISASI PPM DAERAH
STRUKTUR ORGANISASI
PPM KUMPULAN (PKK)
ORGANISASI PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA
ORGANISASI PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA
CARTA ORGANISASI KLM 14
PPEENNAAUUNNGG
Dr. Mazlan Bin Aris
PPEESSUURRUUHHJJAAYYAA
DDAAEERRAAHH
Dr. Kamarudin Bin Hassan
PPEENNOOLLOONNGG
PPEESSUURRUUHHJJAAYYAA DDAAEERRAAHH
Pn. Zaleha Binti Endot
PPEENNGGEERRUUSSII
Abdul Basir Bin Muhamad
PPEENNOOLLOONNGG
PPEENNGGEERRUUSSII
Puravee A/L Kunasekaran
AKTIVITI
PENGAKAP
Selamat Dari
Bahaya
POLISI SELAMAT DARIPADA BAHAYA (SfH)
(SAFE FROM HARM POLICY - WOSM)
Perlindungan keselamatan orang muda dan kanak- kanak
merupakan keutamaan WOSM dan NSO. Pelaksanaan Polisi
Selamat daripada Bahaya (SfH) yang efektif daripada
pelbagai sumber secara tempatan perlu diguna pakai oleh
NSO untuk menyokong aktiviti kepengakapan antara orang
muda dan orang dewasa.
Pendekatan Polisi Selamat daripada Bahaya (SfH) WOSM
merangkumi semua bidang perlindungan kanak-kanak dan
belia serta mengandungi pelbagai jenis strategi, sistem, dan
prosedur yang bertujuan untuk menyumbang kepada
kesejahteraan, pembangunan, dan keselamatan orang
muda dan dewasa.
Selamat Dari
Bahaya
Tujuan Pendidikan dan aktiviti
1 Pengakap (mesti dalam
lingkungan persekitaran yang
selamat)
2 Keselamatan dalam melaksanakan
aktiviti Pengakap termasuk
keselamatan penyediaan
peralatan, dan keperluan aktiviti
SFHP
Policy
34
Melibatkan semua pihak Mencipta, mempromosi,
berkepentingan – struktur dan menggalakkan
(contohnya kanak-kanak, tingkah laku positif pada
orang muda, dewasa, setiap masa
sukarelawan, kakitangan, (membangunkan “budaya
profesional, ibu bapa, pihak persekitaran selamat”)
sekolah, dan organisasi)
Dasar
Keagamaan
MAKSUD/PENGERTIAN
Agama Kepercayaan kepada Tuhan dan
sifat-sifat serta kekuasaanNya dan
penerimaan ajaran dan perintahNya
Kepercayaan kepada Maha Kuasa
Kepercayaan kepada sesuatu dewa dan lain-lain ya
dipuja dan sebagainya serta dianggap sebagai sesu
yang amat berkuasa
Kepercayaan
Anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada atau
benar
Keyakinan terhadap sesuatu kebenaran
Kerohanian
Semangat intrinsik yang dikaitkan dengan perasaan
dalaman/ emosi kendiri
Kejiwaan
Dasar
Keagamaan
DASAR KEAGAMAAN
(DALAM P.O.R)
Tidak terhad kepada sesuatu agama
Mengamalkan ajaran masing-masing
Menghormati agama orang lain
Kumpulan yang mengandungi ahli-ahli yan
mengamalkan agama yang sama boleh mengatu
ibadat dan pelajaran agama mereka
Galakkan mereka melakukan ibadat mengikut car
agama masing-masing.
1 Perlu dititikberatkan kepada ahli kerana tanpa
kepercayaan agama maka Pengakap itu tidak
akan sempurna.
2 Di peringkat WOSM, syarat yang ditetapkan untuk
sesebuah negara itu diterima dalam Pertubuhan
Pengakap Sedunia adalah dengan memasukkan
unsur “Kepercayaan kepada Tuhan” di dalam
Persetiaan Pengakap negara tersebut.
3 Jangan diadakan satu sembahyang yang khas
bagi kesemua agama dalam Kumpulan itu.
Dasar
Keagamaan
CONTOH PERSETIAAN PENGAKAP
CONTOH PENERAPAN NILAI MURNI
Lagu-lagu
Pengakap
dan Yell
Yell digunakan secara berkumpulan untuk
menceriakan suasana, meraikan kemenangan
serta memberi semangat dan juga
pengiktirafan.
Yell selalunya digunakan untuk menunjukkan
kemenangan ataupun memberitahu tentang
sesuatu tugas yang sudah disempurnakan.
CARA LAFASKAN YELL
Kaki kanan ke depan
Bongkokkan badan
Tangan kanan dibengkokkan ke dada
CONTOH YELL
Bagus, bagus, bagus
Wow, Hebat, Wow, Wow, Hebat, Hebat
Tahniah, tahniah, tahniah
Hu ha, hu ha,
Hurrah, hurrah, hurray
Acha acha he
Bravo Ah cha
Ah Dijee Ah Dijee, Ah-Hoo-Ah ( ulang)
Ah jijee, Ah jejee, Zim Boom Bah
Ah-Hoo-Ah, Zim Boom Ba, Ah Hoo Ah
Lagu-lagu
Pengakap
dan Yell
Nyanyian
Menyanyi ini adalah satu-satu aktiviti kepada kumpulan
Pengakap sebagai hiburan dan tradisi
KEPENTINGAN NYANYIAN
Melalui nyanyian akan menimbulkan suatu
perasaan kasih sayang dan meneguhkan tali
persaudaraan
Membina ikatan pergaulan dalam Pengakap
Boleh dimasukan dalam kebudayaan
Boleh dijadikan pelajaran, melalui seni kata yang
membina dalam apa-apa nyanyian
Lagu-lagu
Pengakap
dan Yell
SAYA PILIH PENGAKAP
Yip pi ye ye ye
Yip pi ye ye ye
Saya pilih Pengakap saja
Siang jadi kenangan
Malam jadi impian
Cintaku semakin mendalam
DI SINI SENANG, DI SANA SENANG
Di sini senang, di sana senang,
Di mana-mana hatiku senang
Di sini senang, di sana senang,
Di mana-mana hatiku senang
Tangan dilambai-lambai
Pinggul digoyang-goyang
Kaki dihentak-hentak
Gaya unggul
Ikatan dan
Simpulan
Buku Sila
untuk menyambung tali
yang sama besar saiznya
untuk mematikan ikatan
barang-barang
mudah dibuka
Simpul Pulih
untuk memendekkan tali
tanpa memotongnya
untuk menguatkan tali
pada bahagian yang
reput,hendak putus atau
rosak.
untuk mengikat leher
binatang supaya tidak
terjerut
Simpul Abah Abah
Untuk membuat tanjul
ditengah-tengah tali
Tanjul itu dimasukkan
keliling dada dangan
tujuan untuk menarik
sesuatu barang
Ikatan dan
Simpulan
Simpul Kerusi
untuk menurunkan orang
dari bangunan yang tinggi
atau juram dengan
memasukkan tanjul yang
kecil keliling dada dan
tanjul yang besar keliling
kaki atau pelipatan lutut.
Simpul Pencuci
untuk aktiviti mendaki
atau menuruni bukit.
Simpul Rama-rama
simpulan yang paling aman, kuat,
dan mudah terikat.
mudah terikat di tebgah sebuah
tali apabila anda tidak memiliki
tambatan akhir.
Jika ikatkan simpulan rama-rama
ini di hujung tali, ikatkan sebuah
stopper knot bebas
Ikatan dan
Simpulan
Simpulan Angka No. 8
simpul pengunci yang
tidak mudah dilepaskan
salah satu daripada
stopper knots
Simpulan Himpit (Pengail)
untuk menyambung tali
pada mata kail
untuk menyambung tali
yang licin
Bunga Keti
Untuk menyambung
hujung tali yang
tidak sama besar
Ikatan dan
Simpulan
Ikatan Balak
Untuk mengikat tali pada
kayu atau batang yang
besar supaya tidak licin.
Simpulan Manok
Untuk digunakan sebagai
permulaan untuk
mengikat pada kayu atau
sebagainya.
Ikatan Seraya
Untuk menyambung 2
batang yang bersilang
secara 90'
Mulakan dengan
simpulan manok
kemudian lilitkan
ketat-ketat.
Matikan dengan
simpulan manok juga
Ikatan dan
Simpulan
Ikatan Sarong
Untuk menyambungkan 2
batang yang bersilang
secara selari
Ikatan Silang Gunting
Untuk membelit 2 batang
dengan ketat
Untuk menyambung kayu
Ikatan dan
Simpulan
Ikatan Sarong
Untuk menyambungkan 2
batang yang bersilang
secara selari
Ikatan Silang Gunting
Untuk membelit 2 batang
dengan ketat
Untuk menyambung kayu