Laporan aktiviti
mingguan
Laporan Aktiviti Mingguan
Nama Aktiviti : Pembentukan Ahli Majlis Tertinggi Pengakap KLM 14
Tarikh : 10 Ogos 2022
Masa : 8.00 hingga 10.00 Pagi
Tempat : Balai Islam
Peserta : 53 Orang Pelajar
2 Pensyarah Penasihat (Dr. Hj. Kamarudin Hj. Abu Hassan (Pesuruhjaya Daerah
KLM 14) & Encik Vishnu)
Penyelaras : Dr. Hj. Kamarudin Hj. Abu Hassan (Pesuruhjaya Daerah KLM 14)
Laporan Aktiviti :
Perjumpaan pengakap buat julung kalinya dilaksanakan untuk membentuk Ahli Majlis
Tertinggi dan Jawatankuasa baharu Pengakap KLM 14. Hal ini bagi memberi peluang kepada
tampuk kepimpinan baharu untuk mengetuai pergerakan pengakap ke suatu tahap yang lebih
tinggi berbanding tahun lalu.
Aktiviti yang dijalankan adalah termasuk laung agung, istiadat padi, bacaan ikrar,
bacaan doa dan diakhiri oleh ucapan dari Pesuruhjaya Daerah KLM 14 iaitu Dr. Hj. Kamarudin
Hj. Abu Hassan. Diharapkan perjumpaan ini dapat meningkatkan perkembangan semua
pelajar dari segi Jasmani, Emosi, rohani, intelek dan sosial. Komitmen dan kerjasama dari
penyelaras juga membolehkan aktiviti ini mampu dijalankan dengan lancar. Sekian sahaja
laporan daripada saya untuk perjumpaan Unit Beruniform Pengakap KLM 14 PISMP JUN
2021 & JUN 2022 IPG Kampus Raja Melewar pada kali ini. Terima kasih.
Disediakan oleh:
.................................
(Ahmad Syawal Yumni Bin Mohd Azri)
Ketua sekawan kumpulan kuning
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Laporan Aktiviti Mingguan
Nama Aktiviti : Sejarah Penubuhan Pengakap Dunia dan Malaysia
Tarikh : 12 Ogos 2022
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 Tengah Hari
Tempat : Pelantar Telegram & Whatsapp
Peserta : 36 Orang Pelajar
1 Pensyarah Penasihat (Encik Tamilchelvan A/L Periasamy)
Penyelaras : Dr. Hj. Kamarudin Hj. Abu Hassan (Pesuruhjaya Daerah KLM 14)
Laporan Aktiviti :
Setiap sekawan yang terdiri daripada ahli pengakap PISMP JUN 2021 diberikan agihan
tugasan untuk mencari tentang sejarah penubuhan Pengakap di laman sosial dan internet
untuk dibentangkan nanti. Terdapat banyak platform pembelajaran yang digunakan dalam
melaksanakan tugasan ini. Antara tajuk-tajuknya adalah Sejarah Pengasas, Sejarah
Penubuhan, Sejarah Penubuhan Di Malaysia, Tujuan Penubuhan dan Istiadat-istiadat Rasmi
Pertubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia. Sekian sahaja laporan daripada saya untuk
perjumpaan Unit Beruniform Pengakap KLM 14 PISMP JUN 2021 IPG Kampus Raja Melewar
pada kali ini. Terima kasih.
Disediakan oleh:
.................................
(Ahmad Syawal Yumni Bin Mohd Azri)
Ketua sekawan kumpulan kuning
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Laporan Aktiviti Mingguan
Nama Aktiviti : Persetiaan Pengakap, Undang-undang Pengakap & Kemahiran Asas
kawad kaki.
Tarikh : 19 Ogos 2022
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 Tengah Hari
Tempat : Astaka Jabatan PJK IPGKRM
Peserta : 36 Orang Pelajar
1 Pensyarah Penasihat (Encik Tamilchelvan A/L Periasamy)
Penyelaras : Dr. Hj. Kamarudin Hj. Abu Hassan (Pesuruhjaya Daerah KLM 14)
Laporan Aktiviti :
Semua ahli pengakap PISMP JUN 2021 berlatih dengan tekun membaca ikrar Persetiaan
Pengakap, menghafal undang-undang Pengakap dan Lagu Pengakap. Hal ini demikian
kerana, Persetiaan dan Undang-undang Pengakap sangatlah penting bagi setiap orang ahli
kerana ianya wajib bagi setiap anggota Pengakap tahu tentang kedua-kedua ini untuk
didalami dan diaplikasikan setiap elemen nilai-nilai murni yang terdapat dalam setiap bait-bait
lafaz kedua-keduanya dalam kehidupan seharian sebagai seorang ahli anggota Pengakap.
Ahli Pengakap Pismp Jun 2021 juga didedahkan tentang kemahiran asas kawad kaki dan
cara-cara berkawad kaki yang betul secara teori terlebih dahulu dan akan dipraktikkan
semasa pelaksanaan kursus Kepimpinan Pengenalan & Manikayu 1 yang bakal diadakan
pada 9-11 September 2022. Hal ini berikutan kerana akan adanya ujian tentang kemahiran
asas kawad kaki bagi kursus ini dan kemahiran ini juga merupakan kemahiran asas yang
wajib untuk setiap anggota mahir dalam melaksanakannya. Sekian sahaja laporan daripada
saya untuk perjumpaan Unit Beruniform Pengakap KLM 14 PISMP JUN 2021 IPG Kampus
Raja Melewar pada kali ini.
Disediakan oleh:
.................................
(Ahmad Syawal Yumni Bin Mohd Azri)
Ketua sekawan kumpulan kuning
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Laporan Aktiviti Mingguan
Nama Aktiviti : Tali ikatan dan Simpulan
Tarikh : 26 Ogos 2022
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 Tengah Hari
Tempat : Astaka Jabatan PJK IPGKRM
Peserta : 36 Orang Pelajar
1 Pensyarah Penasihat (Encik Tamilchelvan A/L Periasamy)
Penyelaras : Dr. Hj. Kamarudin Hj. Abu Hassan (Pesuruhjaya Daerah KLM 14)
Laporan Aktiviti :
Aktiviti pada minggu ini dimulakan pula dengan setiap ahli Pengakap KLM 14 diminta untuk
membawa tali masing-masing bagi sesi pembelajaran pada minggu kali ini. Pensyarah
Penasihat (Encik Tamilchelvan A/L Periasamy) telah menunjukkan simulasi kepada setiap
ahli anggota Pengakap KLM 14 dengan baik dan jelas sertaa mengikuti langkah-langkah yang
betul. Beliau akan mengulang balik cara-cara melakukan ikatan & simpulan sekiranya
terdapat beberapa orang pelajar tidak dapat memahami dengan baik cara ikatan serta
simpulan yang betul secara langkah demi Langkah. Selain itu, terdapat juga beberapa
anggota ahli Pengakap KLM 14 yang telah mahir dalam aktiviti ikatan & simpulan ini iaitu 3
orang ahli Pengakap Raja, saudara Ahmad Norzaki dari sekawan biru, saudara Muhammad
Fakhrul Haikal dari sekawan Perang dan saudara Muhammad Azza Shazwan juga daripada
sekawan biru yang membantu beliau dalam menyampaikan penyampaian ilmu tentang cara
ikatan & simpulan yang betul kepada ahli anggota Pengakap KLM 14 yang masih baharu
dalam penglibatan Unit Beruniform Persekutuan Pengakap. Sekian laporan daripada saya
untuk perjumpaan Unit Beruniform Pengakap KLM 14 IPG Kampus Raja Melewar hari ini.
Disediakan oleh:
.................................
(Ahmad Syawal Yumni Bin Mohd Azri)
Ketua sekawan kumpulan kuning
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
Laporan Aktiviti Mingguan
Nama Aktiviti : KURSUS KEPIMPINAN PENGENALAN DAN MANIKAYU 1
Tarikh : 9-11 September 2022
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : Persekitaran Balai Islam (tapak perkhemahan), Balai Ilmu & Balai Kerapatan
Peserta : 51 Orang Pelajar
2 Pensyarah Penasihat IPGKRM, (Encik Fendy & Encik Vishnu)
2 Pensyarah Luar (Dr Mohd Bin Seman & Kapten Asrar)
Penyelaras : Dr. Hj. Kamarudin bin Hj. Abu Hassan (Pesuruhjaya Daerah KLM 14)
Ringkasan Laporan Aktiviti :
1. Juru acara majlis Abdul Basir bin Muhammad yang merupakan wakil daripada sekawan
Biru yang menguruskan dan mengacarakan majlis perasmian Kem Kepimpinan Pengenalan
dan Manikayu 1
2. Nyanyian Lagu 1) Semua ahli pengakap menyanyikan Lagu Negaraku dan Pengakap
Malaysia
3. Persetiaan Pengakap - Muhammad Azza Shazwan Bin Abd Rahman mengetuai bacaan
Kesetiaan Pengakap dan diikuti oleh ahli-ahli pengakap yang lain dan doa dipimpin oleh
saudara Ahmad Syawal Yumni Bin Mohd Azri.
4. Aktiviti perasmian dilaksanakan dan disempurnakan oleh Pengarah IPGKRM, Dr Mazlan
Bin Aris dan proses penyerahan bendera kepada ketua jurulatih sebagai amanat daripada
Pengarah kepada Ketua Jurulatih Dr Mohd Bin Seman.
-Ucapan pensyarah Dr Mohd Bin Seman sebagai Ketua Jurulatih 1) Penerangan mengenai
keseragaman tepuk pengakap. 2) Penerangan mengenai pengakap yang merupakan Unit
Beruniform terbesar seluruh dunia. 3) Penerangan mengenai keselarasan dan keseragaman
Unit Beruniform Pengakap Malaysia melalui template slide pembentangan kepada ahli-ahli
pengakap.
5. Pembentangan 1) Semua sekawan diminta untuk melakukan pembentangan. Antara tajuk-
tajuk yang dibentang ialah mengenai pengenalan pengakap dari segi konsep, matlamat dan
prinsip-prinsip pengakap, pembentangan mengenai logo pengakap sedunia dan sedikit soal
jawab dengan ahli-ahli pengakap dan pembentangan mengenai cogan kata pengakap
daripada pengakap kanak-kanak, pengakap muda, pengakap remaja sehingga pengakap
kelana.
6. Semua Ahli Pengakap menyanyikan lagu Pengakap Kanak-Kanak, iaitu Nyanyian lagu Di
Sini Senang, Di Sana Senang, Tepukan Pengakap dan Terima Kasih
7. Juru acara majlis Muhammad Adib bin Shaharuddin dan Siti Nur Tashanim yang
merupakan wakil daripada sekawan kuning yang menguruskan dan mengacarakan majlis
malam kebudayaan yang berlangsung di Balai Kerapatan dan disertai oleh semua sekawan
dengan penuh riang dan gembira.
8. Setiap sekawan diminta untuk melakukan persembahan sebanyak dua kali setiap sekawan
dan persembahan tersebut dibahagikan kepada pusingan pertama dan dua.
9. Juru acara majlis Husna Wardiyah yang merupakan wakil daripada sekawan perang yang
menguruskan dan mengacarakan majlis penangguhan dan penutupan Kem Kepimpinan
Pengenalan dan Manikayu 1 yang berlangsung di Balai Ilmu dengan baik.
10. Aktiviti penangguhan dan penutupan Kem Kepimpinan Pengenalan dan Manikayu 1
dilaksanakan dengan penyerahan semula bendera sebagai amanat yang telah selesai
dilaksanakan sepanjang 3 hari berkursus kepada pesuruhjaya KLM 14 daripada ketua
jurulatih.
REFLEKSI: Berdasarkan pelaksanaan aktiviti dalam kursus ini, setiap aktiviti kursus ini
berjalan dengan lancar dengan melibatkan aktiviti nyanyian dan perkara asas kepengakapan.
Selain itu, pembentangan setiap ahli sekawan tentang perancangan yang bakal dilaksanakan
di sekolah juga berjalan dengan baik. Pada keseluruhannya, Kem Kepimpinan Pengenalan
dan Manikayu 1 ini banyak memberi limpahan ilmu kepada ahli pengakap sekalian. Itu sahaja
yang dapat dilaporkan untuk kursus ini daripada saya untuk kursus Unit Beruniform Pengakap
KLM 14 PISMP JUN 2021 & JUN 2022 IPG Kampus Raja Melewar pada minggu ini.
*Perjumpaan pada 2 September ditunda kerana ramai ahli Pengakap KLM 14 terlibat dengan
Latihan Sukan bagi Persediaan KAGUM pada 5-7 September di IPKTHO, Batu Pahat, Johor.
Disediakan oleh:
.................................
(Ahmad Syawal Yumni Bin Mohd Azri)
Ketua sekawan kumpulan kuning
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
SEKIAN
TERIMA KASIH
U