CCRREEAATTEE LAPORAN 2023 KOLEJ VOKASIONAL KERIAN 057217084 JALAN SIAKAP, 34300, BAGAN SERAI, PERAK TAHUNAN 057216077 FFUUTTUURREE KOLEJ VOKASIONAL KERIAN
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN VISI KOLEJ VOKASIONAL KERIAN Peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang Unggul MISI KOLEJ VOKASIONAL KERIAN Memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Melalui Pelaksanaan Program yang Berkualiti
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN KATA-KATA ALUAN PENGARAH Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah InayahNya, tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2022 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tahun 2022 berlalu dengan meninggalkan kenangan manis kepada warga Kolej Vokasional Kerian (KVK) dalam pelbagai bidang. Semoga pelbagai kejayaan menyusul pada tahun 2023. Insya-Allah. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada Jawatankuasa Laporan Tahunan Kolej Vokasional Kerian (KVK) tahun 2023. Segala aktiviti yang dianjur, program yang disertai dan kejayaan serta pencapaian bukan sahaja akan dilaporkan secara bertulis, malahan akan juga dikemaskini secara atas talian. Semoga segala jenis penyertaan, penglibatan, penganjuran dan kejayaan warga KVK akan memberikan lebih iltizam untuk kita merealisasikan Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) sepenuhnya selaras dengan visi dan misi Kolej Vokasional serta Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional (BPLTV). Komitmen dan kerjasama setiap warga KVK umpama seikat bagai sirih, serumpun bagai serai amat diharapkan demi merealisasikan visi dan misi Kolej Vokasional Kerian agar dapat menjadi salah sebuah institusi pendidikan vokasional terbaik negara. Sekian, terima kasih. HAJI ABDUL RASHID BIN AHMAD Pengarah Kolej Vokasional Kerian Bagan Serai, Perak
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN KLINIK MATEMATIK TARIKH : SEPANJANG SEMESTER MASA : WAKTU KONSULTASI / REHAT TEMPAT : BILIK MATEMATIK ANJURAN : UNIT MATEMATIK, KV KERIAN OBJEKTIF ● Membantu pelajar mengenalpasti secara khusus kesulitan yang dihadapi. ● Membantu pelajar mengenalpasti punca kegagalan untuk menguasai sesuatu kemahiran. ● Membantu pelajar menyelesaikan masalah matematik yang diberi. ● Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. ● Membolehkan guru merancang dan membina bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap pelajar. RUMUSAN Kebanyakkan pelajar yang hadir adalah daripada pelajar DVM, ini disebabkan pelajar DVM mempunyai banyak waktu konsultasi berbanding pelajar SVM. Antara masalah yang dihadapi adalah bagaimana menyelesaikan soalan-soalan peperiksaan, soalan tutorial, tugasan dan cara penggunaan kalkulator yang betul. Secara keseluruhannya kelemahan utama pelajar kolej vokasional adalah asas Algebra yang sangat lemah. IMPAK / KEPENTINGAN Melatih pelajar berani bertanya kepada guru dan menambah keyakinan pelajar untuk menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi. Selain itu ia juga dapat menambah keseronokan pelajar untuk belajar di bilik matematik yang selesa.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN AKTIVITI MINUM ZHONGGUOCHA (TEH CINA) TARIKH : 4 JANUARI 2023 MASA : 8.00 PAGI (WAKTU PDPC MATA PELAJARAN ELM 4322) TEMPAT : KELAS 1PIA & 1KP, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : BAHASA MANDARIN, UNIT KURSUS ELEKTIF UMUM, KV KERIAN OBJEKTIF ● Meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran Bahasa Mandarin. ● Memperkenalkan pelajar kepada salah satu budaya yang terkenal dalam kalangan masyarakat Cina. ● Memastikan pelajar menggunakan dialog pendek dalam Bahasa Mandarin semasa aktiviti dijalankan. RUMUSAN Seramai 30 orang pelajar yang mengambil kursus elektif Bahasa Mandarin II telah terlibat dengan aktiviti minum zhongguocha (teh cina) yang terdiri daripada 2 jenis teh cina iaitu teh hijau dan teh buah. Pelajar-pelajar tersebut telah diagihkan mengikut kelas masing-masing bagi menjayakan aktiviti ini. Diharapkan aktiviti sebegini dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan minat kepada mata pelajaran Bahasa Mandarin. IMPAK / KEPENTINGAN Aktiviti ini dapat mewujudkan peluang kepada pelajar untuk lebih mengenali budaya masyarakat Cina yang merupakan pengguna bahasa pengantar Bahasa Mandarin yang paling besar.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN AKTIVITI MEMBUAT JIANZHI (POTONGAN KERTAS) TARIKH : 10 & 11 JANUARI 2023 MASA : 8.00 PAGI (WAKTU PDPC MATA PELAJARAN ELM 4322) TEMPAT : KELAS 1PIA & 1KP, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : BAHASA MANDARIN, UNIT KURSUS ELEKTIF UMUM, KV KERIAN OBJEKTIF ● Meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran Bahasa Mandarin. ● Memperkenalkan pelajar kepada salah satu aktiviti yang terkenal dalam kalangan masyarakat Cina. ● Memastikan pelajar menggunakan dialog pendek dalam Bahasa Mandarin semasa aktiviti dijalankan. RUMUSAN Seramai 30 orang pelajar yang mengambil kursus elektif Bahasa Mandarin II telah terlibat dengan aktiviti jianzhi (potongan kertas) untuk haiwan arnab bagi mengikut kalendar lunar tahun 2023. Pelajar-pelajar tersebut telah diagihkan kepada mengikut kelas masing-masing bagi menjayakan aktiviti ini. Diharapkan aktiviti sebegini dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan minat kepada mata pelajaran Bahasa Mandarin. IMPAK / KEPENTINGAN Aktiviti ini dapat mewujudkan peluang kepada pelajar untuk lebih mengenali budaya masyarakat Cina yang merupakan pengguna bahasa pengantar Bahasa Mandarin yang paling besar.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PEMENTORAN PROGRAM ON TARGET TARIKH : 12 JANUARI 2023 MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : BILIK PERSIDANGAN, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : JABATAN PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN, KV KERIAN OBJEKTIF ● Meningkatkan peratus pencapaian lulus SVM KV Kerian ● Meningkatkan bilangan layak menyambung DVM Tahun 2023 ● Memastikan pelajar menyambung pengajian sehingga tahap diploma RUMUSAN Seramai 33 orang pelajar telah terlibat dengan program Pementoran On Target pada 12 Januari lalu. Pelajar-pelajar tersebut telah diagihkan kepada 12 orang pensyarah yang dilantik sebagai mentor khas bagi menjayakan program ini. IMPAK / KEPENTINGAN Diharapkan agar program sebegini dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PROGRAM SEMBANG SANTAI BERSAMA ALUMNI PROGRAM KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN TARIKH : 14 JANUARI 2023 MASA : 8.30 – 10.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SEMARAK BUDI, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : KELAS 2DKP OBJEKTIF ● Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam alam pekerjaan bersama pelajar. ● Mengeratkan silaturrahim antara alumni, guru dan para pelajar. RUMUSAN “Program Sembang Santai Bersama Alumni” yang dianjurkan oleh Pelajar Tahun 2 Diploma Program Kesetiausahaan Pentadbiran Kolej Vokasional Kerian telahpun berjalan dengan lancar dan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para alumni yang memberi kerjasama dan sudi hadirkan diri untuk berkongsi pengalaman dalam bidang kerjaya masing-masing. Oleh yang demikian, diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi agar setiap pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan dan memberi semangat serta manfaat untuk terus berusaha sehingga berjaya. IMPAK / KEPENTINGAN Melalui program ini, para alumni ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya dan amat berguna jika dapat diturunkan kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang masih menuntut. Alumni ini juga telah melalui pelbagai cabaran semasa menempuhi alam pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih bertungkus-lumus menimba ilmu di kelas. Dengan wujudnya program seperti ini, pengalaman dan kepakaran para alumni dapat digunakan untuk memajukan dan menambah baik kecemerlangan kolej.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN KEJOHANAN RAGBI BRASHIAN 7’S TARIKH : 14 JANUARI 2023 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL IPOH OBJEKTIF ● Memberi ruang dan peluang kepada pelajar bagi mendapatkan pengalaman serta suasana pertandingan sebenar ● Pembentukan sahsiah dan kesedaran diri termasuk semangat kesukanan RUMUSAN Wakil pasukan ragbi dari Kolej Vokasional Kerian telah menyertai Kejohanan Ragbi Brashian 7’s pada 14 Januari yang lalu. Seramai 3 guru pengiring dan 12 orang pelajar menyertai kejohanan tersebut. Pasukan KV Kerian telah menjadi naib johan kategori plate bawah 19 tahun. Tahniah diucapkan kepada semua pemain. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada guru-guru pembimbing, iaitu Tn. Hj. Mohd Idzarif@Qisti bin Idris, Muhamad Fikri bin Shohur, Mohd Amir Asraf bin Zulkefle dan Ahmad Qasyasyi bin Mat Senari. Semoga pengalaman yang berharga ini dapat membakar semangat pasukan ragbi untuk kekal cemerlang dalam pertandingan-pertandingan seterusnya.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER KOLEJ VOKASIONAL KERIAN TARIKH : 25 JANUARI 2023 MASA : 7.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG TEMPAT : POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, ARAU, PERLIS. ANJURAN : PUSAT SUMBER KV KERIAN OBJEKTIF ● Mendedahkan guru-guru Pusat Sumber tentang pengurusan Pusat Sumber yang baik ● Menambahkan kefahaman dan maklumat berkaitan persediaan Pusat Sumber bagi menghadapi lawatan pihak MQA dan MBOT RUMUSAN Seramai 4 orang guru Pusat Sumber dan 2 orang guru Program Kesetiausahaan Pentadbiran telah menyertai lawaran ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada pihak Pusat Sumber Politeknik Tunku Syed Sirajajuddin berkaitan pengurusan buku-buku. Guru-guru Pusat Sumber dan Program diberi taklimat oleh En. Fadhli (Pegawai Pustakawan) berkaitan latar belakang Perpustakaan Tuanku Syed Sirajuddin, jenis-jenis bahan rujukan dan sumber, cara mendapat dan mengesan buku-buku rujukan daripada pihak lain seperti Perpustakaan Negara. Beliau juga menerangkan persediaan pihak Pusat Sumber Politeknik ketika lawatan pihak MQA. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat menambahkan kefahaman dan pengetuahuan kepada guru-guru Pusat Sumber dan Guru-guru Program berkaitan persediaan sebelum, semasa dan selepas lawatan penilaian daripada pihak MQA. Selain itu memberi maklumat baru tentang pengurusan Pusat Sumber yang lebih moden dan berkesan untuk kebaikan pelajar.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN TAKLIMAT PELAJAR OJT KALI PERTAMA TARIKH : 26 JANUARI 2023 MASA : 8.15 PAGI TEMPAT : DEWAN SEMARAK BUDI, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI (UPLI), KV KERIAN OBJEKTIF ● Menerangkan kepada pelajar Tahun 4 Diploma tentang OJT (borang-borang, permohonan tempat OJT, syarat dan segala keperluan berkaitan OJT). RUMUSAN Semua pelajar Tahun 4 Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran, Pengurusan Perniagaan, Teknologi Pemesinan Industri dan Teknologi Kimpalan dijemput hadir ke taklimat. Taklimat disampaikan oleh Ketua UPLI, En Zainudin Bin Hashim dan diteruskan dengan amanat oleh Tuan Pengarah, Haji Abdul Rashid Bin Ahmad. IMPAK / KEPENTINGAN Taklimat ini dapat memberi gambaran awal kepada pelajar-pelajar KV tentang keperluan semasa OJT
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN AKTIVITI MEMBUAT JIAOZI (DIMSUM) TARIKH : 27 JANUARI 2023 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : ANJUNG ILMU, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : BAHASA MANDARIN, UNIT KURSUS ELEKTIF UMUM, KV KERIAN OBJEKTIF ● Meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran Bahasa Mandarin. ● Memperkenalkan pelajar kepada budaya sambutan Tahun Baru Cina dengan membuat salah satu makanan utama pada Tahun Baru Cina. ● Memastikan pelajar menggunakan dialog pendek dalam Bahasa Mandarin semasa aktiviti dijalankan. RUMUSAN Seramai 30 orang pelajar yang mengambil kursus elektif Bahasa Mandarin II telah terlibat dengan aktiviti membuat jiaozi(dimsum)pada 27 Januari lalu. Pelajar-pelajar tersebut telah diagihkan kepada 3 kumpulan besar bagi menjayakan aktiviti ini. Diharapkan aktiviti sebegini dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan minat kepada mata pelajaran Bahasa Mandarin. IMPAK / KEPENTINGAN Aktiviti ini dapat mewujudkan peluang kepada pelajar untuk lebih mengenali budaya masyarakat Cina yang merupakan pengguna bahasa pengantar Bahasa Mandarin yang paling besar.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN KARNIVAL KOKURIKULUM KOLEJ VOKASIONAL KERIAN 2023 TARIKH : 09 FEBRUARI 2023 MASA : 3.00 PETANG – 5.00 PETANG TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan ● Melahirkan murid yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pelajar yang serba boleh. ● Menjadikan murid-murid sebagai individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas yang diberikan. RUMUSAN Karnival Kokurikulum Kolej Vokasional Kerian yang dijalankan pada 09 Februari 2023 telah disertai oleh pelajar-pelajar SVM. Pertandingan-pertandingan yang berlangsung ialah pertandingan kawad kaki, Karaoke Irama 1 Malaysia, Muzik Kreatif, Sandwich Master, acara sukaneka dan acara sukantara. Para peserta telah mula berlatih bagi pertandingan yang disertai sebulan sebelum carnival diadakan. Syabas diucapkan. Tahniah kepada semua pemenang dan peserta. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan kolej, para pensyarah, staf sokongan, MPP dan pelajar-pelajar yang telah menjayakan karnival ini.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN CERAMAH & PAMERAN ANTIDADAH TARIKH : 13 FEBRUARI 2023 MASA : 8.00 PAGI – 1.00 PETANG TEMPAT : DEWAN SEMARAK BUDI, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : PELAJAR TAHUN AKHIR 2DKP OBJEKTIF ● Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan kesannya kepada kesihatan. ● Mengubah sikap dan tingkahlaku masyarakat supaya terus menghindarkan diri dan keluarga dari gejala dadah. RUMUSAN Ceramah tentang bahaya dadah selama 2jam telah disampaikan oleh En. Firdaus Bin Zakaria, Ketua Unit Pendidikan dan Pencegahan Dadah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Cawangan Parit Buntar. Diikuti pameran bermula 10.00 pagi hingga 1.00 petang, mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan. IMPAK / KEPENTINGAN Melalui pameran ini, pelajar dapat melihat sendiri maklumat dan gambar-gambar tentang jenisjenis dadah dan kesan akibat penyalahgunaan dadah. Program ini juga meningkatkan pemahaman dan pengetahuan warga kolej berkaitan bahaya dadah.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN KELAS OBESITI PELAJAR SEKOLAH SESI 2/2023 SECARA ATAS TALIAN TARIKH : 16 FEBRUARI 2023 (KHAMIS) MASA : 9.30 – 10.30 PAGI TEMPAT : MAKMAL PPN 1, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT KESIHATAN, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Menyemai gaya hidup dan cara pemakanan yang sihat dan betul mengikut piramid makanan ● Meningkatkan kepentingan menjaga kesihatan daripada penyakit seperti diabetis dalam kalangan pelajar RUMUSAN Kelas obesiti ini disampaikan oleh Puan Siti Nur Ain Binti Ramli, Pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kerian secara atas talian. Pelajar yang terlibat adalah seramai 19 orang pelajar yang mempunyai BMI obesiti melalui pemantauan dan pemeriksaan daripada mentor kelas masingmasing. Program ini memberi kesedaran dan kepentingan berkaitan menjaga berat badan dan kesihatan melalui pemakanan sihat agar tidak mendapat penyakit seperti diabetis, tekanan darah tinggi, jantung dan sebagainya pada masa akan datang. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat memberi panduan dan nasihat berkaitan pengurusan gaya hidup seharian dan cadangan menu berkhasiat mengikut keperluan badan. Program ini juga menerangkan gaya pemakanan yang sihat mengikut piramid makanan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UITM PUNCAK ALAM TARIKH : 16 FEBRUARI 2023 MASA : 11.00 PAGI TEMPAT : UITM PUNCAK ALAM, SELANGOR ANJURAN : KELAS 1DKP OBJEKTIF ● Menambah ilmu pengetahuan mengenai sistem pemfailan dengan lebih mendalam. ● Dapat mengetahui sistem pemfailan semasa dan terkini yang digunakan dalam sistem pembelajaran. ● Memberikan pengalaman baru dan pendedahan kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di universiti. RUMUSAN Seramai 18 orang pelajar dari kelas 1DKP bersama 5 orang guru dari Program Kesetiausahaan Pentadbiran telah menjalankan lawatan sambil belajar ke Uitm Puncak Alam untuk menambah pengetahuan berkenaan sistem pemfailan khususnya sistem pemfailan secara elektronik. Beberapa orang pensyarah dari Uitm Puncak Alam berkongsi pengetahuan mereka melalui beberapa slot yang telah disusun bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat menambah pengetahuan pelajar berkenaan pengurusan rekod yang lebih mendalam di samping mempelajari sistem pemfailan secara elektronik yang lebih mudah dan cepat dari pensyarah-pensyarah yang pakar dalam bidang tersebut.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PERBENGKELAN SAJAK DAN SELOKA TARIKH : 17 FEB 2023 MASA : 3.30 PETANG TEMPAT : DEWAN SEMARAK BUDI, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT BAHASA (BAHASA MELAYU), KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tahun 1 dan 2 SVM serta pelajar Diploma tentang teknik menulis sajak dan seloka. ● Melatih para pelajar tahun 1 dan 2 SVM mencipta pantun mengikut tema yang dipilih. ● Membimbing para pelajar tahun 1 dan 2 SVM menghasilkan biodata tokoh-tokoh bahasa dalam bentuk power point. RUMUSAN Pelajar-pelajar yang hadir semasa perbengkelan diberi taklimat awal tentang teknik penulisan sajak dan seloka. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat memberi pendedahan awal kepada semua pelajar yang terlibat tentang cara menghasilkan sesebuah karya sastera.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN KARNIVAL SUKAN ASRAMA 2023 TARIKH : 10-11 MAC 2023 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : BIRO SUKAN ASRAMA DAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR OBJEKTIF ● Mengeratkan silaturahim antara pelajar-pelajar asrama ● Pembentukan sahsiah dan kesedaran diri termasuk semangat kesukanan RUMUSAN Karnival Sukan Asrama merupakan acara tahunan yang disertai oleh pelajar asrama Kolej Vokasional Kerian. Acara ini berlangsung selama dua hari dan dianjurkan untuk mencungkil bakatbakat pelajar asrama, disamping dapat mengisi masa yang terluang, Karnival Sukan Asrama ini juga diadakan bagi menambah minat pelajar asrama Kolej Vokasional Kerian terhadap sukan. Pada tahun ini,antara aktiviti yang telah dianjurkan adalah sepak takraw untuk pelajar asrama lelaki(ASPURA) dan bola tampar bagi pelajar asrama perempuan (ASPURI).
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN KELAS KEYBOARDING BERSAMA PENSYARAH JEMPUTAN TARIKH : 11 DAN 12 MAC 2023 MASA : 9.00 PAGI – 5.00 PETANG TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER PROGRAM KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : PROGRAM KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Meningkatkan pengetahuan pelajar berkenaan cara yang betul dalam kemahiran menaip pantas ● Meningkatkan kemahiran menaip pantas mengikut kpi yang ditetapkan. ● Berkongsi ilmu dengan pensyarah jemputan berkaitan kemahiran menaip pantas. RUMUSAN Seramai 18 orang pelajar tahun 1DKP bersama dengan 2 orang pensyarah dari Program Kesetiausahaan Pentadbiran telah terlibat dengan kelas Keyboarding bersama pensyarah jemputan pada 11 dan 12 Mac 2023. Pensyarah jemputan iaitu Cik Tuan Zamilah binti Tuan Husain adalah merupakan pensyarah dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Kelas ini diadakan sebagai medium perkongsian ilmu dari pensyarah yang berkemahiran dan berpengalaman serta membantu meningkatkan kemahiran menaip pantas dalam kalangan peserta. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menaip pantas dalam kalangan peserta bagi subjek Keyboarding sekaligus dapat diaplikasikan dalam penyediaan tugasan di peringkat sekolah dan seterusnya di alam pekerjaan nanti.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH MQA BAGI PROGRAM DIPLOMA KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN TARIKH : 16-17 MAC 2023 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Melaksanakan penilaian akreditasi Program Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran KVK mengikut perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). ● Menjamin kualiti Program Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran yang dilaksanakan mematuhi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). ● Meningkatkan kemahiran dan kecekapan warga KVK khususnya tenaga pengajar Program Kesetiausahaan Pentadbiran (BKP). RUMUSAN Seramai tiga orang ahli panel penilai (APP) yang terdiri daripada dua orang ahli panel, seorang pegawai MQA dan seorang pegawai BPLTV telah terlibat dalam Penilaian Akreditasi Penuh MQA bagi Program Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran Kolej Vokasional Kerian (BKP) pada 16 Mac dan 17 Mac 2023 yang lalu. Penilaian akreditasi selama dua hari ini, merangkumi lawatan ke makmal BKP, mock office dan bilikbilik lain yang berkaitan dengan program ini. Selain itu, penilaian ini juga melibatkan temuduga bersama tenaga pengajar dan pelajar-pelajar serta semakan fail-fail kursus yang berkaitan dengan program BKP.Diharapkan agar penilaian akreditasi ini dapat meningkatkan motivasi dan kesungguhan warga KVK dalam memastikan kualiti program BKP tercapai di samping meningkatkan kecemerlangan KVK secara amnya. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat meningkatkan kerjasama dan kegigihan dalam kalangan tenaga pengajar BKP dan warga KVK secara keseluruhannya di samping memastikan program ini mendapat pengiktirafan yang selayaknya.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU TARIKH : 18 MAC 2023 MASA : 8.30 – 11.30 PAGI TEMPAT : BILIK PERSIDANGAN, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT BAHASA (BAHASA MELAYU) KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan bahasa Melayu bagi menghadapi peperiksaan BM setara yang akan diadakan pada bulan Mei nanti. ● Mengingatkan pelajar-pelajar tentang tajuk yang telah diajar di dalam kelas dan mesti menjawab semua soalan. ● Memastikan pelajar-pelajar menulis jawapan mengikut kaedah yang betul. RUMUSAN Seminar teknik menjawab bahasa Melayu diadakan bertujuan mengingatkan semua pelajar tentang kaedah menjawab soalan seperti yang telah diajar di dalam kelas. Selain itu, maklumat terkini daripada penataran juga disampaikan supaya pelajar dapat menguasai kaedah baru menjawab soalan rumusan dan memahami kehendak soalan karangan berdasarkan simulasi yang diberi. IMPAK / KEPENTINGAN Seminar ini sangat penting kepada pelajar tahun 2 semester 4 supaya mereka mengetahui kaedah baru menjawab soalan rumusan, karangan dan soalan-soalan lain.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU TARIKH : 20 – 22 MAC 2023 MASA : 8.00 PAGI – 4.10 PETANG TEMPAT : KELAS 1KP DAN 2PIA, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : JABATAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN & UNIT BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan ujian bertutur yang sebenar agar pelajar bersedia untuk menghadapi ujian tersebut yang akan diadakan pada bulan Mei nanti. ● Melatih pelajar agar bertutur dengan jelas dan menyampaikan pendapat yang bernas. ● Memastikan pelajar mengulang kaji tema atau tajuk yang menjadi pilihan ujian bertutur yang sebenar. RUMUSAN Ujian Bertutur Bahasa Melayu diadakan selama 3 hari mengikut sidang iaitu sidang 1 (8.00 – 9.40 pagi), sidang 2 (11.00 – 12.40 tengah hari) dan sidang 3 (2.30 – 4.10 petang). Semua pensyarah bahasa Melayu terlibat menjadi pentaksir dan beberapa guru mata pelajaran yang lain diminta untuk menjaga bilik menunggu dan bilik kuarantin. Masa untuk ujian bertutur individu adalah selama 5 minit dan berkumpulan 8 minit. IMPAK / KEPENTINGAN Percubaan Ujian Bertutur Bahasa Melayu ini sangat penting untuk pelajar tahun 2 semester 4 bagi melatih pelajar menghadapi ujian yang sebenar. Pensyarah yang menjadi pentaksir turut memberi ulasan dan perkara yang perlu dititikberatkan oleh pelajar seperti ucapan salam, tema, kelantangan suara dan panduan menjawab soalan berdasarkan petikan dan KBKK.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN SEMINAR KECEMERLANGAN MATA PELAJARAN SEJARAH TARIKH : 22 MAC 2023 MASA : 2.00 - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT SUMBER DAN BILIK MESYUARAT ANJURAN : UNIT SEJARAH OBJEKTIF ● Mendedahkan pelajar-pelajar Semester 4 dengan bentuk-bentuk soalan untuk Peperiksaan Setara Sejarah ● Menambahkan kefahaman dan maklumat berkaitan jenis-jenis soalan, dan tips-tips untuk memilih soalan esei yang akan dijawab ● Meningkatkan kemahiran pelajar untuk menjawab soalan esei dan soalan KBAT ● Meningkatkan kualiti dan kuantiti pelajar lulus dalam Sejarah Setara RUMUSAN Seramai 137 calon Peperiksaan SVM Setara dikumpulkan dan ditempatkan di 3 tempat berdasarkan guru mata pelajaran masing-masing. Contonya, Kelas PIC dan PIB di Pusat Sumber Pelajar ditunjukkan slide tips-tips menjawab dan kaedah pemilihan soalan serta tajuk-tajuk yang popular ditanya berdasarkan analisis soalan Percubaan SPM arus perdana IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat menambahkan kefahaman dan pengetahuan kepada berkaitan bentuk-bentuk soalan, tips-tips penting untuk menjawab soalan KBAT dan esei
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN TAKLIMAT PENTAKSIRAN BERTERUSAN BAHASA MELAYU SEMESTER 1 KOHORT 2023 TARIKH : 30 MAC 2023 MASA : 10.00 PAGI – 10.30 PAGI TEMPAT : SURAU, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT BAHASA (BAHASA MELAYU) KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Memberi pendedahan kepada semua pelajar semester 1 kohort 2023 tentang format baharu pentaksiran berterusan. ● Memastikan semua pelajar mendapat informasi terkini bagi memudahkan mereka menghasilkan tugasan yang berkualiti. RUMUSAN Taklimat pentaksiran berterusan diadakan pada hari Khamis 30 Mac 2023 untuk semua pelajar semester 1 kohort 2023. Maklumat ini disampaikan kepada semua pelajar supaya mereka dapat mengetahui cara menghasilkan PB dengan baik dan berkualiti. Taklimat disampaikan oleh penyelaras bahasa Melayu. IMPAK / KEPENTINGAN Taklimat pentaksiran berterusan diharapkan dapat memberi pengetahuan kepada semua pelajar tentang cara menghasilkan tugasan yang berkaitan.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN UJIAN DIAGNOSTIK ALGEBRA TARIKH : 03 APRIL 2023 – 07 APRIL 2023 MASA : WAKTU PDP MATEMATIK MINGGU 1 TEMPAT : KELAS TAHUN 1SVM ANJURAN : UNIT MATEMATIK, KV KERIAN OBJEKTIF ● Membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan yang dihadapi oleh pelajar. ● Membantu guru mengenalpasti punca kegagalan pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran. ● Membantu guru mengenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan kesukaran yang dihadapi pelajar. ● Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individua tau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. ● Membolehkan guru merancang dan membina bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap pelajar. RUMUSAN Anggaran 165 orang pelajar telah terlibat dengan ujian diagnostik Algebra pada 3 April 2023 hingga 7 April 2023. Pelajar-pelajar tersebut telah diberi set soalan Algebra terdiri daripada 8 soalan Persamaan Linear dan 4 soalan kembangkan dua ungkapan. Masa yang diberi ialah 30 minit. Di akhir ujian, guru akan membuat analisis bagi setiap kelas. Diharap ujian ini dapat membantu guru matematik dalam pendekatan yang sesuai sebelum memulakan PdP matematik semester 1. IMPAK / KEPENTINGAN Ujian ini akan memberi gambaran awal kepada guru yang mengajar supaya membuat persediaan pendekatan yang sesuai sebelum memulakan PdP. Unit Matematik juga dapat membuat analisis TOV untuk pelajar sebelum memulakan pembelajaran matematik semester 1.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN AKTIVITI UCAPAN RAYA TIKTOK TARIKH : 13 APRIL 2023 MASA : 10.30 PAGI TEMPAT : BILIK PERSIDANGAN, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : BAHASA MANDARIN, UNIT BAHASA, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Meningkatkan kepercayaan diri pelajar untuk bercakap dalam Bahasa Mandarin. ● Memastikan pelajar berusaha bercakap dengan nada dan sebutan yang betul. ● Menarik minat pelajar lain untuk belajar Bahasa Mandarin. RUMUSAN Seramai 30 orang pelajar yang mengambil kursus elektif Bahasa Mandarin II telah terlibat dengan aktiviti Ucapan Raya menggunakan aplikasi TikTok. Pelajar-pelajar tersebut telah diagihkan mengikut kelas masing-masing bagi menjayakan aktiviti ini. Diharapkan aktiviti sebegini dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan keberanian pelajar untuk terus menggunakan Bahasa Mandarin dalam kehidupan harian. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat mewujudkan saluran perhubungan untuk membolehkan pelajar meluahkan hasil belajar Bahasa Mandarin selama 2 Semester. Pautan video adalah seperti berikut: 1. KP https://vt.tiktok.com/ZS87rmjQf/ 2. PPN https://vt.tiktok.com/ZS87rmpMa/ 3. MPI https://vt.tiktok.com/ZS87r4Xhx/ 4. MTK https://vt.tiktok.com/ZS87rgtug/
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN SUMBANGAN KASIH RAMADAN LAMBAIAN SYAWAL TARIKH : 14 APRIL 2023 MASA : 10.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SEMARAK BUDI, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : JABATAN PENDIDIKAN UMUM bersama KELAB GURU & KAKITANGAN, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Menzahirkan keprihatinan kepada pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan anak yatim miskin. ● Menggalakkan amalan bersedekah dalam kalangan warga kolej khususnya pada bulan Ramadan dan mampu mengaplikasikan amalan mulia ini dalam kehidupan seharian. ● Merapatkan ukhuwah dalam kalangan warga kolej. RUMUSAN Seramai 34 orang pekerja pembersihan, 8 orang pengawal keselamatan dan 65 orang pelajar anak yatim miskin telah disenaraikan bagi menerima sumbangan barangan keperluan harian serta sampul duit raya bagi menyambut Syawal pada tahun 2023 ini. Kutipan sumbangan telah dijalankan bermula 23 Mac sehingga 12 April. Dan jumlah kutipan adalah sebanyak RM 3937.00 telah diterima dalam bentuk tunai mahupun pindahan secara atas talian. Diharapkan agar program sebegini dapat memberi motivasi kepada semua warga kolej serta alumni untuk sentiasa menghargai orang disekeliling. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat meningkatkan rasa syukur kerana mereka (pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan) telah menjaga persekitaran serta keselamatan warga kolej. Pihak kolej juga dapat berkongsi rezeki dengan anak yatim miskin.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PEMANTAUAN TADBIR URUS DAN PENGESANAN EVIDEN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB) DAN PENTAKSIRAN AKHIR (PA) KURSUS UMUM DVM SESI 2 2022/2023 TARIKH : 10 MEI 2023 MASA : 8.00 PAGI – 4.30 PETANG TEMPAT : BILIK PERSIDANGAN, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN DVM BPLTV OBJEKTIF ● Mengesan proses pelaksanaan PB dan PA bagi subjek umum DVM ● Mendidik para pensyarah melaksanakan PB dan PA secara betul RUMUSAN Pemantauan ini melibatkan penyelaras kursus umum DVM semester 2 dan 4 bagi sesi 2 2022/2023. Antara aktiviti semasa pemantauan ialah, sindikasi dan semakan dokumen pentaksiran PB dan PA Semester 2 dan & sesi 2 2022/2023 oleh pihak pemantau, dan perbincangan dapatan bersama pemantau dalaman dan pentadbir. IMPAK / KEPENTINGAN Pemantauan ini dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PB dan PA bagi kursus umum DVM di Kolej Vokasional Kerian. Selain itu, pelaksanaan program ini juga mampu memberi kesan positif terhadap para pensyarah untuk memastikan pematuhan pelaksanaan eviden PB dan PA sekaligus membantu dalam kelulusan akreditasi Kolej Vokasional Kerian.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN BENGKEL PERSEDIAAN MENJAWAB SOALAN BERFORMAT PENTAKSIRAN AKHIR BAHASA MELAYU SETARA TARIKH : 15 MEI 2023 MASA : 11.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI TEMPAT : PUSAT SUMBER, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT BAHASA (BAHASA MELAYU) KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Memberi maklumat terkini tentang cara menjawab soalan karangan kepada pelajar bagi menghadapi peperiksaan BM setara pada bulan Mei. ● Mengingatkan pelajar-pelajar tentang topik yang telah diajar di dalam kelas dan mesti menjawab semua soalan. ● Memastikan pelajar-pelajar menulis jawapan rumusan mengikut kaedah yang betul. RUMUSAN Seminar teknik menjawab bahasa Melayu diadakan bertujuan mengingatkan semua pelajar tahun 2 semester 4 tentang kaedah menjawab soalan seperti yang telah diajar di dalam kelas. Selain itu, maklumat terkini daripada penataran juga disampaikan supaya pelajar dapat menguasai kaedah baru menjawab soalan rumusan dan memahami kehendak soalan karangan berdasarkan simulasi yang diberi. IMPAK / KEPENTINGAN Seminar ini sangat penting kepada pelajar tahun 2 semester 4 supaya mereka mengetahui kaedah baru menjawab soalan rumusan, karangan dan soalan-soalan bahagian lain.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PENATARAN FORMAT PENTAKSIRAN AKHIR SVM & GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN BAHASA MELAYU TARIKH : 15 MEI 2023 MASA : 11.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI TEMPAT : PUSAT SUMBER, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT BAHASA (BAHASA MELAYU) KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Memberi pendedahan kepada semua guru Bahasa Melayu tentang format baharu pentaksiran akhir dan garis panduan pentaksiran berterusan. ● Memastikan semua guru sentiasa mendapat informasi terkini ke arah meningkatkan profesionalisme mereka. RUMUSAN Penataran format baharu pentaksiran akhir dan garis panduan pentaksiran berterusan diadakan pada 15 Mei 2023 (Jumaat). Taklimat ini melibatkan semua guru bahasa Melayu Kolej Vokasional Kerian. Taklimat pentaksiran akhir dan pentaksiran berterusan perlu disampaikan kepada semua guru supaya mereka dapat memberi maklumat tersebut kepada pelajar-pelajar. Taklimat disampaikan oleh penyelaras bahasa Melayu. IMPAK / KEPENTINGAN Penataran format baharu pentaksiran akhir dan garis panduan pentaksiran berterusan diharapkan dapat mengukuhkan lagi pengetahuan guru dan semua pelajar tentang teknik baharu menjawab soalan pentaksiran.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1444H, PERSARAAN & HARI GURU 2023 KVK TARIKH : 15 MEI 2023 MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : BILIK GURU AKADEMIK ANJURAN : JABATAN PENDIDIKAN UMUM OBJEKTIF ● Memberi peluang kepada warga kolej bermaaf-maafan dan berkongsi kegembiraan dalam menyambut hari raya bersama rakan sekerja. ● Menghargai jasa Puan Hindon bt Ibrahim yang telah lama berkhidmat di bawah Jabatan Pendidikan Umum, Kolej Vokasional Kerian. ● Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru. ● Merapatkan hubungan sesama guru. RUMUSAN Semua guru dan kakitangan Kolej Vokasional Kerian telah dijemput untuk menjayakan jamuan 3 serangkai anjuran Jabatan Pendidkan Umum. Diharapkan dengan mengadakan jamuan ini, dapat mengikis jurang negatif sama ada secara terangan atau tersembunyi dalam kalangan guru dan kakitangan kolej. IMPAK / KEPENTINGAN Jamuan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan guru dan kakitangan dengan lebih harmoni dan ceria. Dalam masa yang sama, dapat mengenang dan mengingati jasa guru dan kakitangan yang berpencen kerana mereka telah menyumbang jasa kepada kolej.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PENANG INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION AND DESIGN (PIID2023) TARIKH : 16 HINGGA 18 MEI 2023 MASA : 9.00 PAGI – 5.00 PETANG TEMPAT : UiTM CAWANGAN PULAU PINANG, KAMPUS PERMATANG PAUH ANJURAN : RESEARCH MANAGEMENT UNIT, UiTM CAWANGAN PULAU PINANG OBJEKTIF ● Menggalakkan pelajar, mahasiswa dan akademia memaparkan kerja inovasi mereka di peringkat antarabangsa dan secara tidak langsung membudayakan inovasi dalam kalangan masyarakat. ● Memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar. ● RUMUSAN Program Kesetiausahaan Pentadbiran telah mengantar sebanyak 2 kumpulan bagi menyertai Program Penang International Invention, Innovation and Design (PIID2023) anjuran Research Management Unit, Uitm Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh. Kumpulan pertama terdiri daripada 2 orang pensyarah iaitu Puan Zuraida binti Kamarudin dan Puan Noraziah binti Mohd Bashari dan 3 orang pelajar iaitu Nur Zafirah binti Mohamad Hisham, Bibi Azyyati binti Samsudin dan Nurul Najwa binti Yahaya dari kelas 1DKP. Kumpulan ini telah mempertandingkan inovasi mereka iaitu Secretary Tool Kit: A DIY Kit From Recyled Materials dan telah memenangi 2 anugerah iaitu Special Award Entrepreneurship dan Silver Award.Kumpulan yang kedua pula terdiri daripada 3 orang pensyarah iaitu Nur Azimah binti Khairulamin, Zainab binti Kamaruddin dan Siti Noorazura binti Osman dan 2 orang pelajar iaitu Putri Nur Hidayah binti Jamry dan Nur Allisya binti Harun juga dari kelas 1DKP. Kumpulan ini telah mempertandingkan inovasi mereka iaitu ‘DocStand’ Innovation: The Recycling of ‘PVC 2D Ring File’ for Keyboarding Subject for Secretary Administration Student Kolej Vokasional dan telah memenangi anugerah Silver Award. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif untuk menghasilkan inovasi. Program ini juga diadakan secara bersemuka sekaligus dapat memberikan pengalaman dan pendedahan kepada pelajar untuk membentangkan idea mereka kepada juri-juri serta orang awam.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PROGRAM NAK BAGI HANG LULUS MATEMATIK TARIKH : 23 MEI 2023 MASA : 2.00 – 4.00 PETANG TEMPAT : DEWAN B / BILIK APD / MAKMAL SAINS ANJURAN : UNIT MATEMATIK, KV KERIAN OBJEKTIF ● Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang teknik menjawab soalan matematik bahagian A,B dan C dengan betul dan tepat. ● Usaha untuk memastikan semua pelajar lulus mata pelajaran matematik. ● Untuk memastikan pelajar bersedia dan tidak gugup ketika menghadapi kertas peperiksaan akhir yang sebenar. ● Memupuk pelajar agar mengamalkan situasi pembelajaran yang berteraskan peperiksaan. RUMUSAN Seramai 71/136 (52%) pelajar 2SVM hadir ke program tersebut. Program melibatkan 6 guru matematik dengan pelajar ini di bahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 guru dan 2 kelas di tiga lokasi berbeza. Pelajar dibekalkan dengan 1 set soalan format peperiksaan akhir. Guru bertindak sebagai fasilitator. IMPAK / KEPENTINGAN Semoga program ini dapat melonjakkan pencapaian peperiksaan akhir matematik sem 4 2SVM Kohort 2022 di samping meningkatkan keyakinan pelajar ke arah kecemerlangan akademik.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN TAKLIMAT UJIAN SARINGAN TALASEMIA UNTUK PELAJAR TAHUN 1 (KOHORT 2023) TARIKH : 23 MEI 2023 MASA : 8.30 HINGGA 10.30 PAGI TEMPAT : DEWAN MAKAN ASRAMA, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT KESIHATAN, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ujian saringan pengesanan awal berkaitan talasemia ● Memastikan pelajar mendapat maklumat berkaitan talasemia bagi menyemai gaya hidup dan kesejahteraan masa akan datang. RUMUSAN Taklimat ujian saringan talasemia ini disampaikan oleh Dr Asiah Bt Hashim, Pegawai Perubatan daripada Klinik Kesihatan Bagan Serai.. Pelajar yang terlibat adalah seramai 165 orang pelajar yang yang terdiri daripada 112 orang pelajar lelaki dan 53 orang pelajar perempuan. Pelajar diberi penerangan berkaitan talasemia dan borang kebenaran daripada ibu bapa untuk melakukan ujian saringan talasemia ini. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini bertujuan memberi maklumat berkaitan talasemia dan memberitahu kepentingan membuat ujian saringan bagi pengesanan awal sama ada pelajar tersebut adalah pembawa atau bukan pembawa talasemia.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ITP APPLYING IR 4.0 TECHNOLOGIES IN TEACHING AND LEARNING WITH OPEN-SOURCE APPLICATIONS TARIKH : 20-23 JUN 2023 MASA : 8.00 PAGI – 10.00 MALAM TEMPAT : HOTEL SANI, KUALA LUMPUR ANJURAN : BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL OBJEKTIF ● Mendedahkan pendidik kepada penggunaan teknologi IR4.0 dalam PdPc RUMUSAN Seramai 25 orang tenaga pengajar kolej vokasional dari seluruh Malaysia menghadiri kursus ini. Kolej Vokasional Kerian telah diwakili oleh En. Davindran Ramesh.Kursus ini terhasil atas Kerjasama BPTV dengan SEAMEO – VOVTECH yang berpengkalan di Brunei Darusssalam. Pelbagai jenis perisian telah didedahkan kepada para peserta untuk meningkatkan penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan tenaga pengajar kolej vokasional. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat mendedahkan peserta kepada pelbagai kaedah teknologi maklumat yang boleh diterapkan dalam PdPc. Antara perisian yang telah digunakan sepanjang kursus ini ialah Lumi, Moodle, OpenShot dan OBS.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN VIRTUAL INNOVATION COMPETITION (VIC) TARIKH : 26 JUN 2023 TEMPAT : (ATAS TALIAN) ANJURAN : DIGIT 360 DAN DIGITAL INFORMATION INTEREST GROUP OBJEKTIF ● Menjadi saluran kepada pendidik, pelajar dan orang ramai untuk menunjukkan inovasi dan rekaan mereka melalui platform digital. RUMUSAN Seramai 6 orang warga Kolej Vokasional Kerian telah menyertai pertandingan ini. Mereka terdiri daripada 2 orang pelajar iaitu Muhammad Izzuddin bin Ismail dan Adam Haiqal bin Helmi dari program Teknologi Pemesinan Industri serta 4 orang pensyarah (En. Zairos Zaimy bin Mat Jenoldin, Pn. Nurul Syazwani binti Mansor, En. Davindran Ramesh dan En. Azmi bin Md Nor). Projek yang telah diusahakan oleh kumpulan ini ialah T-Hazard v2. Inovasi ini berjaya menyumbang Anugerah Pingat Emas kepada kumpulan ini. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat mencungkil bakat dan idea para pelajar dan pensyarah. Suatu penambahbaikan yang kecil kepada peralatan yang kita biasa gunakan dapat menghasilkan produk yang praktikal dan lebih efisien. Semoga lebih ramai warga Kolej Vokasional Kerian menyertai pertandinganpertandingan sebegini dan menonjolkan bakat mereka.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PEMANTAUAN ASET & PIP KV KERIAN TARIKH : 5 & 6 JULAI 2023 MASA : 08.30 PAGI HINGGA 2.30 PETANG TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : PUSAT PENYELENGGARAAN ALAT ZON UTARA (BPLTV KPM) OBJEKTIF Menerangkan fungsi dan peranan AJK JKPAK di Kolej Vokasional Kerian Menyemak dokumen kewangan, pengurusan aset serta pengurusan stok di Kolej Vokasional kerian Menilai fizikal aset, stok, PIP di bengkel dan asrama Kolej Vokasional Kerian Memberikan pelaporan dan pemarkahan hasil dapatan pemantauan di Kolej Vokasional Kerian RUMUSAN Seramai 5 orang pegawai dari Pusat Penyelenggaraan Alat Zon Utara (BPLTV KPM) telah hadir ke Kolej Vokasional Kerian untuk menjalankan pemantauan serta khidmat bantu kepada AJK JKPAK dalam pengurusan aset dan stok. Semasa pemantauan ini pihak PPASP juga memberikan taklimat fungsi dan peranan AJK JKPAK KV Kerian dalam menguruskan aset dan stok. Pihak PPASP juga melihat kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dijalankan di KV Kerian. Hasil pemantauan selama 2 hari ini pihak PPASP telah menganugerahkan 3 bintang kepada KV Kerian dalam pengurusan aset dan stok. IMPAK / KEPENTINGAN Pemantauan dan penerangan ini dapat membantu AJK JKPAK KV KERIAN dalam menguruskan aset dan stok KV KERIAN dengan lebih baik dan cemerlang.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN IN HOUSE TRAINING: BENGKEL PENJAJARAN CLO, PLO DAN CQI TARIKH : 12 JULAI 2023 MASA : 08.30 – 10.00 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT TPI, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT AKREDITASI DAN OBE PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Menyelaraskan pengisian Refleksi/ Cadangan Penambahbaikan CLORR dalam Adop KV bagi program Diploma Teknologi Pemesinan Industri ● Memastikan berlaku penjajaran CLO, PLO dan CQI dalam kalangan pensyarah ● Meningkatkan kefahaman pensyarah mengenai proses Closing- the- Loop ● RUMUSAN Pensyarah-pensyarah diberi penerangan mengenai OBE secara umumnya, dan mengenai CQI secara khususnya. Komponen CQI terdiri daripada kurikulum, pengajaran dan penilaian. Bagi setiap kursus, CQI meliputi Soal Selidik EES, CLORR dan Laporan CQI. Panel juga menerangkan cara mengisi Refleksi/ Cadangan Penambahbaikan CLORR dalam AdopKV dengan betul. Kebanyakan pensyarah yang hadir memberi respon yang positif dan faham mengenai penjajaran CLO, PLO dan CQI ini. IMPAK / KEPENTINGAN Bengkel ini dapat meningkatkan kefahaman pensyarah-pensyarah mengenai cara menghasilkan laporan CQI, CLORR, Soal Selidik EES, dan refleksi yang sesuai berdasarkan kandungan kursus dan hasil pengajaran yang telah dilaksanakan semasa tempoh PDP. Laporan-laporan ini sangat diperlukan bagi menganalisa tindakan yang perlu diambil oleh pensyarah untuk kohort yang seterusnya supaya proses pengajaran dan pemudahcara dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Ini juga penting bagi mengenalpasti masalah-masalah yang timbul semasa proses PDP pada semester sebelum itu, dan mengenalpasti cara untuk mengatasi permasalahan tersebut.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN KARNIVAL BAHASA MELAYU TARIKH : 14 JULAI 2023 MASA : 3.00 PETANG TEMPAT : BILIK PERSIDANGAN, BILIK GERAKAN DAN ANJUNG ILMU KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT BAHASA MELAYU, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Memberi peluang kepada semua pelajar tahun 1 dan tahun 2 menunjukkan bakat mereka. ● Menonjolkan kreativiti pelajar-pelajar untuk meraih ilmu dan dalam masa yang sama bertanding untuk mendapat kemenangan. ● Melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi untuk membuat persembahan dalam aktiviti yang disertainya. RUMUSAN Karnival Bahasa Melayu dijalankan pada 14 Julai 2023. Aktiviti yang dianjurkan ialah pengisahan tokoh bahasa, lagukan pantunku dan mendeklamasikan sajak. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar tahun 1 dan tahun 2. Diharapkan agar program ini dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan menambah pengetahuan mereka. IMPAK / KEPENTINGAN Karnival bahasa Melayu merupakan platform bagi melahirkan para pelajar yang boleh berkomunikasi di hadapan khalayak ramai dan memupuk nilai kerjasama antara pelajar serta guru.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN UJIAN SARINGAN TALASEMIA UNTUK PELAJAR TAHUN 1 (KOHORT 2023) TARIKH : 18 JULAI 2023 MASA : 9.00 HINGGA 12.00 PAGI TEMPAT : BILIK APD, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT KESIHATAN, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Melaksanakan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ujian saringan pengesanan awal berkaitan talasemia ● Memastikan pelajar mendapat maklumat berkaitan talasemia bagi menyemai gaya hidup dan kesejahteraan masa akan datang. RUMUSAN Ujian saringan talasemia ini dilaksanakan oleh kakitangan dan pegawai kesihatan daripada Klinik Kesihatan Bagan Serai.. Pelajar yang terlibat adalah seramai 165 orang pelajar yang yang terdiri daripada 112 orang pelajar lelaki dan 53 orang pelajar perempuan. Pelajar yang bersetuju dan dibenarkan oleh pihak ibu bapa akan di ambil darah untuk dibawa ke makmal untuk di uji bagi mengetahui keputusan sama ada adalah pembawa atau bukan pembawa talasemia. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini bertujuan memberi maklumat berkaitan talasemia dan memberitahu kepentingan membuat ujian saringan bagi pengesanan awal sama ada pelajar tersebut adalah pembawa atau bukan pembawa talasemia.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN GEMPUR CELIK ILMU BAGI PANDAI (PELAJAR GAGAL BM SEMESTER 2) TARIKH : 19 JULAI 2023 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : BILIK GERAKAN, MAKMAL SAINS 1 DAN 2 KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT BAHASA MELAYU, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Memberi bimbingan secara terperinci tentang format rumusan kepada pelajar yang gagal. ● Membolehkan pelajar yang gagal menguasai tajuk rumusan supaya mendapat markah yang lebih baik. ● Semua pelajar mampu menulis rumusan dengan betul dan lengkap. RUMUSAN Program gempur celik ilmu dijalankan bagi memberi bimbingan kepada 55 orang pelajar tahun dua yang gagal bahasa Melayu semasa semester 2. Komitmen yang diberikan sangat baik kerana 90% pelajar hadir ke kelas ini. Kebanyakan mereka memberi tumpuan semasa guru mengajar dalam kumpulan kecil. Diharapkan program ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar-pelajar tentang tajuk rumusan yang diajar. IMPAK / KEPENTINGAN Program gempur celik ilmu membantu pelajar-pelajar lebih memahami kerana mereka diajar menggunakan kaedah slaid powerpoint yang lebih menarik.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN MINGGU BAHASA MELAYU TARIKH : 21 JULAI 2023 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : BILIK PERSIDANGAN, BILIK GERAKAN, BILIK APD DAN ANJUNG ILMU KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT BAHASA MELAYU, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar tahun 1 dan tahun 2. ● Meningkatkan potensi individu menggunakan kemahiran berfikir dan keyakinan para pelajar dalam acara yang dipertandingkan. ● Mengasah bakat dan sifat kepimpinan dalam diri pelajar semasa menyertai aktiviti. RUMUSAN Minggu Bahasa Melayu dijalankan pada hari Jumaat 21 Julai 2023. Aktiviti yang dianjurkan ialah bijak karangan, rumusan mantap, mahir golongan kata, kuiz peribahasa dan teka silang kata. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar tahun 1 dan tahun 2. Aktiviti ini diharapkan dapat memberi dorongan kepada pelajar-pelajar memupuk minat suka membaca. IMPAK / KEPENTINGAN Minggu Bahasa Melayu yang dijalankan dapat menyemai minat membaca dan boleh memberi manfaat kepada semua pelajar.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN AKTIVITI CHUĪ MÉI TARIKH : 24 – 28 JULAI 2023 MASA : 8.00 PAGI (WAKTU PDPC MATA PELAJARAN ELM 3312) TEMPAT : MAKMAL SAINS DAN KELAS ANJURAN : BAHASA MANDARIN, UNIT BAHASA, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran Bahasa Mandarin. ● Memperkenalkan pelajar kepada salah satu aktiviti yang terkenal dalam kalangan masyarakat Cina. ● Memastikan pelajar menggunakan dialog pendek dalam Bahasa Mandarin semasa aktiviti dijalankan. RUMUSAN Seramai 28 orang pelajar yang mengambil kursus elektif Bahasa Mandarin I telah terlibat dengan aktiviti chuī méi. Pelajar-pelajar tersebut telah diagihkan mengikut kelas masing-masing bagi menjayakan aktiviti ini. Diharapkan aktiviti sebegini dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan minat kepada mata pelajaran Bahasa Mandarin. IMPAK / KEPENTINGAN Aktiviti ini dapat mewujudkan peluang kepada pelajar untuk lebih mengenali budaya masyarakat Cina yang merupakan pengguna bahasa pengantar Bahasa Mandarin yang paling besar.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN TARIKH : 8 OGOS -8 SEPTEMBER 2023 TEMPAT : AKTIVITI SEKITAR KOLEJ DAN LUAR KOLEJ (LARIAN MERDEKA ANJURAN : UNIT SEJARAH OBJEKTIF ● Memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar KV Kerian ● Menyemai nilai-nilai kewarganegaraan yang mulia dalam jiwa pelajar ● Meningkatkan rasa cinta dan kenal kepada tokoh-tokoh kemerdekaan negara RUMUSAN Sebanyak 8 aktiviti diadakan /dipertandingkan sepanjang tempoh sebulan yang melibatkan semua pelajar KV Kerian. Pelajar tahun 1 dan 2 diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya 1 aktiviti individu dan satu aktiviti berkumpulan. Antara aktiviti ialah Larian Merdeka, Pertandingan Mendeklamasikan Sajak, Tik Tok Merdeka, Fesyen Warisan, Bicara Tokoh, Kuiz Digital dan Poster Grafik. Penglibatan pelajar amat menggalakkan dan pelajar bersaing untuk mendapat tempat dalam setiap pertandingan kerana sijil akan diberikan kepada semua peserta yang mendapat tempat. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat menambahkan kefahaman dan pengetahuan pelajar tentang pentingnya menghargai kemerdekaan sesebuah negara dan berusaha mempertahankan kemerdekaan tersebut. Secara tidak langsung menarik minat pelajar terhadap mata Pelajaran Sejarah.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK TARIKH : 14 – 19 OGOS 2023 MASA : ISNIN - SABTU TEMPAT : BLOK AMANAH / BILIK APD / MAKMAL SAINS / BILIK MATEMATIK ANJURAN : UNIT SAINS DAN MATEMATIK, KV KERIAN OBJEKTIF ● Pendedahan kepada pelajar akan keseronokan ilmu sains dan matematik. ● Mempromosi KV Kerian sebagai sebuah pusat kegemilangan ilmu di Daerah Kerian. ● Meningkatkan keyakinan, kerjasama dan komitmen pelajar untuk belajar dengan lebih minat dan berkesan. RUMUSAN Sasaran program adalah semua pelajar SVM dan DVM. Sebanyak 7 pertandingan yang telah diadakan iaitu 1 Hari 1 Soalan, Fotografi Sains, STEM Musicals, Maths Master, Bridge Challenge, Explorace Sains dan Kapal Terbang Kertas. Pertandingan terbahagi kepada kategori kumpulan dan individu mengikut kelas dan terbuka. IMPAK / KEPENTINGAN Program sebegini perlu diadakan setiap tahun memandangkan sambutan yang baik daripada semua pelajar. Pelajar perlu disemai dengan sesuatu yang menyeronokan supaya minat kepada mata pelajaran sains dan matematik akan meningkat. Ia juga dapat melahirkan individu yang kreatif dan berdaya saing dalam apa juga bidang yang bakal mereka ceburi.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2023 TARIKH : 25 OGOS 2023 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : DEWAN SEMARAK BUDI KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Menghargai usaha dan kejayaan pelajar dalam mencapai kecemerlangan dan bidang akademik dan kokurikulum. ● Memupuk semangat ingin bersaing sesama pelajar untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. RUMUSAN Aturcara majlis dimulakan dengan perarakan masuk pensyarah dan pelajar ke dalam dewan. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan lagu Negeri Perak. Bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Meor Mohd Kamil. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Kolej Vokasional Kerian iaitu Tn Hj Adbul Rashid dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG Kolej Vokasional Kerian. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah Kokurikulum, Anugerah Inovasi dan Anugerah Emas SVM dan kemudiannya disusulu oleh persembahan pelajar. Majlis diteruskan pula dengan penyampaian anugerah oleh YDP PIBG iaitu Anugerah Emas DVM, Anugerah Platinum, Anugerah Khas Pengarah dan Anugerah Tokoh Pelajar. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu KV SMT oleh para pelajar serta jamuan kepada para tetamu yang hadir. IMPAK / KEPENTINGAN Hari Anugerah Cemerlang kepada pelajar ialah dapat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh. Para pelajar akan bersaing antara satu sama lain. Secara tidak langsung, dapat melahirkan pelajar berkualiti. Selain itu, para pelajar dapat mengetahui pencapaian masing-masing dalam kurikulum dan kokurikulum. Kesannya, dapat melahirkan murid yang seimbang dalam pelbagai aspek. Tuntasnya, Hari Anugerah Kecemerlangan bukan sahaja memberikan manfaat kepada pelajar malahan ibu bapa dan guru.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PECUTAN AKHIR BIAR CEMERLANG TARIKH : 18 SEPTEMBER 2023 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : BILIK GERAKAN, BILIK PERSIDANGAN DAN DEWAN SEMARAK BUDI KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT BAHASA MELAYU, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Membantu pelajar meningkatkan lagi kemahiran belajar dan kefahaman tentang karangan dan rumusan supaya dapat menguasai sepenuhnya. ● Menguatkan mental pelajar supaya mereka lebih tabah berhadapan dengan pentaksiran akhir. ● Meningkatkan lagi keyakinan diri pelajar untuk menghadapi pentaksiran akhir. RUMUSAN Program pecutan akhir biar cemerlang dijalankan bagi memberi bimbingan kepada semua pelajar tahun satu sebelum mereka menduduki pentaksiran akhir. Jumlah pelajar yang hadir ialah seramai 142 daripada 164 orang. Semua pelajar memberi tumpuan semasa guru mengajar dengan menggunakan slaid power point. Sesi soal jawab sangat menarik kerana pelajar aktif menjawab soalan dan mereka diberi ganjaran segaia galakan. Diharapkan program ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar-pelajar tentang tajuk karangan dan rumusan yang diajar. IMPAK / KEPENTINGAN Program pecutan akhir biar cemerlang dapat membantu pelajar-pelajar mengingat semula tajuk yang diajar sebelum ini dan memahami dengan lebih terperinci tentang tajuk karangan dan rumusan yang diajar.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN SEMINAR TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS: YOU CAN EXCEL IN ENGLISH! BAGI PELAJAR TAHUN 1 SESI 1 KOHORT 2023 TARIKH : 19 SEPTEMBER 2023 MASA : 8.00 PAGI – 10.00 PAGI TEMPAT : BILIK PERSIDANGAN, BILIK GERAKAN, BILIK APD DAN KELAS KOSONG ANJURAN : UNIT BAHASA INGGERIS KV KERIAN OBJEKTIF ● Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan yang betul dan tepat. ● Sebagai inisiatif untuk memastikan semua pelajar tahun 1 SVM lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris. RUMUSAN Program ini merupakan antara usaha yang giat dijalankan untuk meningkatkan peratusan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris bagi pelajar tahun 1 SVM sesi 1 kohort 2023. Antara aktiviti semasa seminar teknik menjawab; “You Can Excel in English” ialah pendedahan format soalan, cara menjawab soalan objektif, soalan pindah maklumat, soalan jenis dan fungsi serta teknik menjawab esei yang betul agar boleh memperoleh markah yang cemerlang. IMPAK / KEPENTINGAN Program memiliki banyak impak yang positif. Antaranya ialah dapat meningkatkan motivasi dan yakin diri pelajar untuk persediaan mereka menghadapi penilaian akhir SVM yang sebenar. Selain itu, pelaksanaan program ini juga memberikan pendedahan tentang teknik menjawab soalan yang betul dan tepat.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM TARIKH : 19 SEPTEMBER 2023 MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : DEWAN SEMARAK BUDI,KVK ANJURAN : JABATAN PENDIDIKAN UMUM OBJEKTIF ● Memberi pendedahan tentang tajuk-tajuk yang dipelajari di dalam modul Pendidikan Islam. ● Pembentukan sahsiah dan akhlak bagi subjek Pendidikan Islam. RUMUSAN Seminar Teknik menjawab subjek Pendidikan islam ini diwajibkan kepada semua pelajar Tahun 1 SVM. Hanya pelajar yang beragama Islam sahaja yang terlibat di dalam seminar ini. Seminar ini bertujuan untuk membolehkan pelajar menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuktajuk yang dipelajari bagi subjek Pendidikan Islam. Justeru itu, semoga semua pelajar Tahun 1 SVM dapat menguasai Teknik-teknik menjawab soalan bagi subjek Pendidikan Islam. IMPAK / KEPENTINGAN Seminar ini dapat membolehkan pelajar Tahun 1 SVM menguasai semua tajuk yang dipelajari di bagi subjek Pendidikan Islam.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN TAKLIMAT PERANCANGAN LATIHAN DAN KURSUS BAGI TAHUN 2024 SERTA PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA TARIKH : 22 SEPTEMBER 2023 MASA : 10.00 PAGI TEMPAT : BILIK PERSIDANGAN KV KERIAN ANJURAN : JABATAN PENDIDIKAN UMUM KV KERIAN OBJEKTIF ● Memberi penerangan mengenai perancangan latihan dan kursus bagi tahun 2024. ● Memberi pendedahan kepada para pensyarah Jabatan Pendidikan Umum mengenai cara menyediakan kertas kerja yang betul. RUMUSAN Sasaran taklimat ini ialah kepada kesemua pensyarah Pendidikan Umum. Taklimat ini amat penting sebagai nilai tambah dan peningkatan profesionalisme tenaga pengajar di Kolej Vokasional Kerian. IMPAK / KEPENTINGAN Taklimat ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan latihan dan sebagai satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pensyarah. Taklimat ini juga dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan latihan dan kursus di Kolej Vokasional Kerian. Selain itu, pelaksanaan program ini juga mampu memberi kesan positif terhadap para pensyarah untuk menyediakan kertas kerja yang betul agar peruntukan dapat diluluskan.