LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL (BPLTV) DENGAN SYARIKAT FANUC MECHATRONICS MALAYSIA SDN. BHD. TARIKH : 14 OKTOBER 2023 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL (BPLTV) OBJEKTIF Perkongsian kepakaran dan kemahiran bidang Teknologi Pemesinan Industri. Program ini memberi manfaat untuk pelajar-pelajar mempelajari tentang jenterajentera/teknik yang merangkumi basic technologies, consisting NCs (numerical controls) servers and lasers and Robots yang terkini dalam pasaran pekerjaan. RUMUSAN Pada 14 Oktober 2023 telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Antara Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional Dengan Fanuc Mechatronics Malaysia Sdn. Bhd. bertempat di Kolej Vokasional Kerian. Majlis MoU ini ditandatangani oleh YBrs.Ts. Zulkernai Bin Fauzi, Pengarah BPLTV dan Tn. Kota Ogusu, Pengarah Urusan Fanuc Mechatronics (Malaysia) Sdn. Bhd. MoU ini bertujuan ntuk perkongsian dan kemahiran bidang Teknologi Pemesinan Industri. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat mewujudkan kerjasama antara BPLTV dan syarikat berteknologi terkini dan mengubah laluan kerjaya para pelajar ke arah kemahiran menggunakan mesin/jentera berasaskan Teknologi Robot di alam pekerjaan kelak.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN SMART SOLAT TARIKH : 17 OKTOBER 2023 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : SURAU AT TAQWA KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT PENDIDIKAN ISLAM OBJEKTIF ● Dapat meningkatkan pengetahuan tentang solat yang betul. ● Menjamin kualiti pelajar yang beragama Islam supaya dapat menunaikan solat dengan betul dan sempurna. ● Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang solat dan rukun-rukun solat. RUMUSAN Seramai 5 orang guru yang terlibat di dalam program ini. Program ini adakah di bawah unit Pendidikan Islam. Program Smart Solat ini melibatkan pelajar Tahun 1 SVM kohort 2023. Program ini telah dapat meningkatkan dan menambahkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar tentang solat. Selain tu, program ini juga diadakan secara teori dan praktikal. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat meningkatkan kerjasama dan kegigihan dalam kalangan tenaga pengajar Unit Pendidikan Islam dan Tahun 1 SVM Kohort 2023 secara keseluruhannya di samping memastikan program ini dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang solat.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PENGURUSAN JENAZAH TARIKH : 20 OKTOBER 2023 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT PENDIDIKAN ISLAM OBJEKTIF ● Melaksanakan tuntutan sebagai orang yang beragama Islam dalam menguruskan jenazah yang telah meninggal dunia. ● Meningkatkan pengetahuan pelajar-pelajar yang beragama Islam supaya tahu untuk menguruskan jenazah seperti memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan jenazah. ● Meningkatkan kemahiran dan kecekapan pelajar dalam menguruskan jenazah yang telah meninggal dunia. RUMUSAN Seramai 5 orang guru daripada unit Pendidikan Islam dan pelajar Tahun 1 SVM Kohort 2023 yang terlibat dengan program pengurusan jenazah ini. Pengurusan jenazah ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang menguruskan jenazah yang telah meninggal dunia bermula daripada memandikan jenazah, mengafankan jenazah, menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan jenazah. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat meningkatkan kerjasama dan kegigihan dalam kalangan tenaga pengajar dan para pelajar Tahun 1 SVM Kohort 2023 dalam pengurusan jenazah.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN HAJI DAN UMRAH TARIKH : 28 OKTOBER 2023 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT PENDIDIKAN ISLAM OBJEKTIF ● Melaksanakan tuntutan sebagai orang yang beragama Islam dalam menunaikan haji dan umrah bagi yang berkemampuan. ● Meningkatkan pengetahuan pelajar-pelajar yang beragama Islam supaya tahu untuk tentang rukun-rukun haji dan umrah. ● Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang tawaf mengelilingi kaabah. RUMUSAN Seramai 5 orang guru daripada unit Pendidikan Islam dan pelajar Tahun 1 SVM Kohort 2023 yang terlibat dengan program haji dan umrah ini. Program Haji dan Umrah ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang rukun-rukun haji dan Umrah. Selain itu, program haji dan umrah ini dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang cara untuk mengerjakan haji dan umrah dengan sempurna dan mampu mengajarkannya kepada orang lain. Program haji dan umrah ini telah berjaya memenuhi silibus pelajar di dalam modul Pendidikan Islam. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini dapat meningkatkan kerjasama dan kegigihan dalam kalangan tenaga pengajar dan para pelajar Tahun 1 SVM Kohort 2023 dalam tajuk Haji dan Umrah.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN PECUTAN BAHASA MELAYU SEMESTER 3 TARIKH : 08 NOVEMBER 2023 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : BILIK KULIAH, PUSAT SUMBER, MAKMAL SAINS 1 DAN 2 KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ANJURAN : UNIT BAHASA MELAYU, KOLEJ VOKASIONAL KERIAN OBJEKTIF ● Memberi bimbingan dengan lebih mendalam tentang karangan dan rumusan supaya semua pelajar ingat teknik penulisan yang diajar di dalam kelas sebelum ini. ● Membolehkan pelajar menguasai tajuk karangan dan rumusan kerana dua tajuk ini mempunyai markah yang tinggi. ● Semua pelajar mampu menulis karangan dan rumusan dengan betul serta lengkap. RUMUSAN Program pecutan karangan dan rumusan dijalankan bagi memberi bimbingan buat kali terakhir kepada semua pelajar semester 3 sebelum mereka menduduki pentaksiran akhir. Komitmen yang diberikan sangat baik kerana majoriti pelajar hadir ke kelas ini iaitu 111 daripada 125 orang. Diharapkan program ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar-pelajar tentang tajuk karangan dan rumusan serta melonjak jumlah pelajar yang mendapat kepujian bagi pentaksiran akhir. IMPAK / KEPENTINGAN Program pecutan karangan dan rumusan dapat membantu pelajar-pelajar lebih memahami kerana mereka diajar menggunakan kaedah slaid powerpoint yang lebih menarik.
LAPORAN TAHUNAN KOLEJ VOKASIONAL KERIAN ENGLISH LANGUAGE FINAL PUSH TARIKH : 9 NOVEMBER 2023 MASA : 10.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, KELAS 2PIB, KELAS 2TKB DAN BILIK PERSIDANGAN ANJURAN : UNIT BAHASA INGGERIS KV KERIAN OBJEKTIF ● Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan yang betul dan tepat. ● Sebagai inisiatif untuk memastikan semua pelajar tahun 2 SVM lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris. ● Untuk mempersiapkan pelajar menghadapi penilaian akhir SVM yang sebenar. RUMUSAN Program ini merupakan antara usaha yang giat dijalankan untuk meningkatkan peratusan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris bagi pelajar tahun 2 SVM sesi 3 kohort 2022. Antara perkara yang disentuh ketika program ialah pendedahan format soalan, cara menjawab soalan objektif, soalan pindah maklumat, soalan jenis dan fungsi serta teknik menjawab esei yang betul. IMPAK / KEPENTINGAN Program ini telah meningkatkan motivasi pelajar untuk persediaan mereka menghadapi penilaian akhir SVM yang sebenar. Selain itu, pelaksanaan program ini juga memberikan pendedahan tentang teknik menjawab soalan yang betul dan tepat agar pelajar dapat terus skor dengan baik bagi subjek Bahasa Inggeris memandangkan mereka sudah berada di semester 3.