NAMA : WONG WAI PENG NOMBOR MATRIKS: P21241260 PROGRAM : PISMP 2021/2026 UNIT : X12 KUMPULAN : KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM22) IPGM KAMPUS IPOH, PERAK. PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
BIODATA DIRI 1 MAKLUMAT PENGENALAN UNIT 2 LAMBANG 3 BENDERA 4 COGAN KATA/MOTO 4 IKRAR 5 LAGU UNIT 6 SEJARAH PENGAKAP DUNIA 7 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA 14 PERLEMBAGAAN 18 UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN 22 PENGASAS 24 SEJARAH PENUBUHAN 26 TUJUAN PENUBUHAN 27 I S I K A N D U N G A N
ISTIADAT RASMI 29 TUJUAN PELAKSANAAN ISTIADAT 30 ISTIADAT LAUNG AGUNG 31 ISTIADAT BENDERA 34 ISTIADAT MELANTIK 45 ISTIADAT MENINGKAT NAIK 47 STRUKTUT ORGANISASI PENGAKAP PELBAGAI PERINGKAT 50 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT NEGARA 52 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT NEGERI 57 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT DAERAH 60 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KUMPULAN/ SEKOLAH 62 STRUKTUR DAN ORGNISASI PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 64 DASAR KEAGAMAAN 66 ISI KANDUNGAN
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN 67 PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP 67 PENDARFTARAN AHLI 68 PENDAFTARAN KUMPULAN DAN TAULIAH PEMIMPIN 71 PENDAFTARAN KUMPULAN 74 SIFAT DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN 75 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP, PROTOKOL DAN PEMAKAIAN LENCANA DAN TANDA PANGKAT 77 SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK- KANAK 85 MERANCANG PROGRAM/ AKTIVITI BERKUMPULAN 101 ISI KANDUNGAN
1NAMA: WONG WAI PENG NO KAD PENGENALAN: 030314-08-0152 TARIKH LAHIR: 14 MAC 2003 NO. TELEFON: 018-9826771 ALAMAT RUMAH: 771, Kampung Muhibbah, 32400 Ayer Tawar, Perak. E-MEL: [email protected] AMBILAN: Jun 2021/2026 KURSUS: Bahasa Cina Sekolah Rendah BIODATA
MAKLUMAT PENGENALAN UNIT Unit beruniform berfungsi mewujudkan murid yang berdisiplin dan cergas bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah. Unit beruniform yang bersifat menyeluruh aktivitinya dapat mencungkil bakat dan minat murid seperti perkhemahan yang memerlukan mereka menjalankan pelbagai tugasan bermula daripada tindakan asas sehingga kerja berkumpulan. Persekutuan Pengakap Malaysia, ringkasnya PPM ialah suatu pertubuhan beruniform sukarela untuk para belia dan beliawan. Ianya sebahagian daripada pertubuhan kepengkapan global iaitu Persekutuan Pengakap Sedunia ataupun World Organization of the Scout Movement. Persekutuan Pengakap Malaysia bergerak di bawah Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1968. Sehingga kini, hanya PPM satu-satunya pertubuhan seumpamanya yang dikuatkuasakan melalui akta Parlimen. 2
LAMBANG - Maksud Lambang A. Pecahan tiga kelopak: Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga itu: (i) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; (ii) Menolong orang pada setiap masa; dan (iii) Menurut undang-undang pengakap. B. Warna Kuning, Hijau dan Merah: Melambangkan unit-unit di dalam pergerakan pengakap, iaitu: (i) Kuning bagi Unit Pengakap Kanakkanak; (ii) Hijau bagi Unit Pengakap Muda; (iii) Merah bagi Unit Pengakap Remaja. C. Bua butir bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan: Melambangkan Undang-Undang Pengakap. D. Ikatan berwarna hijau: Melambangkan ikatan persaudaraan Pengakap. E. Lingkaran tali berwarna kuning: Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap Sedunia. F. Anak bulan dan bintang: Menunjukkan agama rasmi Malaysia ialah Agama Islam. G. Warna kuning pada anak bulan dan bintang: Menunjukkan warna Diraja bagi DuliDuli Yang Maha Mulia Raja-raja. H. Bintang pecah 14 (warna kuning): Melambangkan 14 buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalam Malaysia. 3
BENDERA Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia COGAN KATA/MOTO PENGAKAP MALAYSIA 4
IKRAR Persetiaan Pengakap 5Gambar daripada Facebook “Persekutuan Pengakap Malaysia”.
LAGU UNIT Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama (Korus) Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan Negara Berbudi, bersaudara Taat menurut perintah Kami bangga junjung citi-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung citi-cita Pengakap Malaysia Lagu : Hafiiz b Khamis Lirik : YBhg Dato’ Kaharuddin Momin : Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin Gubahan : Abdul Razak Abdul Rahman https://youtu.be/Gk-7Q6ELp5o?si=8olkXhysTb1SjwUo 6
SEJARAH PENGAKAP DUNIA i. Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden Powell atau Lord Baden-Powell (of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British) berpangkat Leftenan Jeneral. ii. Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” - dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. iii. Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Iv. Semasa cuti persekolahan BP bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara, berjalan kaki, berkhemah, belayar dan berperahu di beberapa buah tempat di England. Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberikan suatu pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna kepada BP, khususnya dari segi sikap bekerjasama dan mematuhi perintah (ketua). LORD ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN-POWELL PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP 7Maklumat dan gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
v. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap aktiviti pengembaraan dan perkhemahan, beliau telah memilih tentera sebagai kerjaya tetapnya. Setelah berjaya dalam peperiksaan ketenteraan, BP telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda dan mula bertugas ke merata-rata tempat di dunia, termasuklah di India dan Afghanistan pada tahun 1876. Kemudiannya beliau telah dihantar ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. vi. Beberapa tahun kemudian, BP dihantar bertugas di Benua Afrika untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ, BP digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. BP juga pernah mendapat gelaran IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tidak pernah tidur atas sifatnya yang sentiasa berhatihati terhadap pergerakan musuh semasa dalam peperangan. PERMULAAN PENGAKAP i. Pada tahun 1897, BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin pasukan Dragon Guard ke-5. Sebagai Kolonel, beliau pernah menghadiahi lencana SCOUTS yang bermaksud Peninjau kepada askaraskarnya yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam ketenteraan. ii. Semasa berkhidmat di sinilah, BP telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Aids to Scouting (Bimbingan Pengakap) pada tahun 1899, yang menceritakan tentang kisah peninjauan di India serta hasil daripada pengalaman dan pengamatan beliau terhadap kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa menjalankan tugas sebagai utusan atau pemberita menggantikan tentera di medan perang ketika pasukannya dikepung musuh. BUKU AIDS TO SCOUTMASTERSHIP 8Maklumat dan gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
iii. Dalam jangka waktu yang hampir sama, BP telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda mempertahankan sempadan British daripada serangan orang Boer, iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British. Pengepungan ini telah mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. iv. Dalam peperangan tersebut, BP hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding tentera Boer yang berjumlah 9,000 orang. Dengan tipu helah yang beliau lakukan, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah 13 menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden Powell berjaya memenangi peperangan itu. v. Kemenangan tersebut menyebabkan BP dinaikkan pangkat ke pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat tersebut pada masa itu. Selepas peperangan Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. vi. Setelah bersara dari tentera, BP telah kembali ke England. Ekoran daripada sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku Aids to Scouting, khususnya dalam kalangan kanak-kanak telah mendorong BP menganjurkan satu perkhemahan selama 10 hari di Pulau Brownsea, England pada tahun 1907. BP telah menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku Aids To Scouting. POSTER DAN BATU PERINGATAN PERKHEMAHAN PERTAMA PENGAKAP DI PULAU BROWNSEA, ENGLAND 9Maklumat dan gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
Vii. Inilah perkhemahan pengakap yang pertama pernah dianjurkan di dunia. Seramai 20 orang budak-budak pengakap telah menyertainya dan dibahagikan kepada empat sekawan atau empat patrol. Mereka diajarkan cara-cara mendirikan khemah, memasak, mengembara, berperahu, cara-cara menyelamatkan nyawa, cara-cara untuk mengesan jejak sepanjang perkhemahan dijalankan. viii. Pada malam terakhir perkhemahan telah diadakan aktiviti Malam Unggun Api. Kejayaan penganjuran perkhemahan pengakap di Pulau Browsea telah berjaya menyuntik ramai kanak-kanak untuk menyertainya. ix. Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku secara bersiri bertajuk Scouting for Boys (Ilmu Pengakap untuk Kanak-Kanak) yang memuatkan segala pengalaman beliau semasa bertugas di Afrika dan India serta perkhemahan pertama pengakap di Pulau Brownsea. Buku tersebut telah berjaya memikat lebih ramai lagi kanak-kanak kepada pengakap. xi. Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan di Canada, Amerika Syarikat, Ghana, India dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia seperti di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan Malaysia. xii. Pada tahun 1912, BP telah berkahwin dengan Olave St. Clare Baden-Powell dan dikurniakan seramai tiga orang cahaya mata. SCOUTING FOR BOYS OLEH LORD BADEN POWELL 10Maklumat dan gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
xiii. Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak perkhemahan yang pertama di dunia yang dikenali sebagai Gilwell Park di England. KELUARGA LORD BADEN-POWELL GILWELL PARK DI ENGLAND 11Maklumat dan gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
CONTOH MANIK KAYU DAN LENCANA GILWELL xiv. Setahun kemudian (1920), Jambori Pengakap Sedunia yang pertama telah diadakan di Olympiad, Old Deer Park, Richwood, London. BP kemudiannya telah dilantik sebagai Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia semasa Jambori tersebut. xv. 1937, semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke Kenya (Afrika) bersama isterinya, Lady Baden Powell. Sebelum berpindah, BP sempat menganjurkan Jambori Pengakap di Washington DC pada tahun yang sama. vi. Sebagai mengenangkan jasanya dalam bidang kepengakapan, BP telah dianugerahi gelaran Pengakap Agung Sedunia dan kemudiannya gelaran Lord oleh Ratu England. LENCANA JAMBORI PENGAKAP 12Maklumat dan gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
xvii. BP juga telah dianugerahi gelaran Lord Baden-Powell of Gilwell. Pada tahun 1922, BP telah dianugerahi pingat French Legion of Honour. xviii. BP meninggal dunia pada 8 Januari 1941. Manakala isteri beliau, Lady Baden Powell yang merupakan pengasas Pandu Puteri meninggal dunia pada 25 Jun 1977. 13Maklumat dan gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA i. Mula diperkenalkan di Malaysia (atau Semenanjung Tanah Melayu/Malaya ketika itu) oleh Frank Copper Sands, seorang pendidik dan jaguh pengakap dari Nottingham, England di Institut Victoria (Victoria Institution), Singapura pada tahun 1910, iaitu dua tahun selepas pergerakan pengakap dimulakan di Great Britain. Seramai 30 orang kanak-kanak telah menyertai pergerakan tersebut. FRANK COOPER SANDS DAN PERGERAKAN PENGAKAP DI SINGAPURA ii. Dipercayai bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang paling awal menubuhkan pergerakan pengakap di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pada tahun 1908 diikuti Selangor pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas. iii. Pahang menubuhkan Pergerakan Pengakap Pahang pada tahun 1912 oleh G.M. Laidlow. Diikuti Sabah pada tahun 1913. Pada tahun 1915, pengakap telah ditubuhkan di Sarawak, manakala H.R. Cheesman telah menubuhkan pengakap di Penang Free School, Pulau Pinang. 14Maklumat dan gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
iv. Pergerakan Pengakap khusus untuk anak-anak Melayu telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1919 oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Al-Sagoff. v. Perak 1920 oleh I.R.Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Diikuti Kedah dan Perlis pada tahun 1922. Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1925 oleh Brunstone. vi. Pada tahun 1926, pengakap telah ditubuhkan di Selangor oleh Ameen Akbar, manakala Terengganu oleh A.J. Gracle pada tahun yang sama. Kelantan pada tahun 1927 oleh YM Tengku Ahmad Temenggong dan Johor pada tahun 1928 di Maktab Abu Bakar, Johor Bahru, Johor. Dipercayai jumlah keahlian pengakap pada masa ini melebihi 85,000 orang. vii. Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Singapura disatukan di bawah satu persekutuan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya dan diletakkan di bawah Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain dengan setiap negeri sebagai satu Daerah Pengakap. Sabah dan Sarawak menjadi ahli cawangan Great Britain. ABDULLAH AHMAD BADAWI (GAMBAR KANAN) SEMASA MENYERTAI PASUKAN PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MERTAJAM IBU PEJABAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 15Gambar daripada abalim pengakap (2019)
viii. Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi dua cawangan yang berasingan daripada Great Britain. Setiap cawangan mempunyai Persekutuan Negeri yang dibahagikan kepada beberapa Daerah Pengakap yang mempunyai Persekutuan-persekutuan Tempatan yang dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu. ix. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya kemudiannya telah menjadi satu badan bebas dan berasingan dan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu. x. Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan taraf menjadi satu cawangan penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia dan seterusnya diterima menjadi anggota Kawasan Asia Pasifik. xi. Pada tahun 1964, selepas Malaysia diwujudkan, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia meliputi Pergerakan-pergerakan Budak-budak Pengakap Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak. xiii. Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang dianggotai 14 Majlis Pengakap Negeri, termasuk Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun 1972) tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 - Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974. 16
AKTA PARLIMEN NO. 38 TAHUN 1968 PINDAAN AKTA PARLIMEN NO. 143 – AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA TAHUN 1974 xiii. Akta ini telah menggugurkan perkataan Budak-budak yang terdapat pada nama Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). xiii. Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional. 17
PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia perlu dibaca berlandaskan; dan bersama: Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 1. 2.Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berasaskan: Kelulusan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Pengakap Negara pada 27 Mac 2010; dan 1. 2.Disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 28 Mac 2010. Susunan Seksyen Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia. Susunan Seksyen-Seksyen di dalam Perlembagaan Persekutuan PengakapPengakap Malaysia dan Pertubuhan Negara adalah seperti berikut: 2. Menjadi Ahli Persekutuan 3. Dasar Agama 4. Perbalahan Politik & Perindustrian 1. Perlembagaan 5. Dasar Kewangan 6. Hubungan Luar & Antarabangsa 7. Peraturan-Peraturan Am 18
MATLAMAT Mendorong perkembangan sikap yang cemerlang dalam mencapai tahap fizikal yang maksimum, berintelek dan menanam semangat berusaha sebagai seorang individu yang dapat memberi sumbangan yang positif terhadap masyarakat, negara dan antarabangsa. OBJEKTIF Taat kepada tuhan dan agama yang dianuti Taat dan setia kepada negara Mempunyai perasaan persaudaraan Berkhidmat kepada masyarakat KEAHLIAN Dibuka kepada semua murid Tahun 3 hingga 6 di sekolah ini . Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. Setiap ahli dikehendaki membayar yuran keahlian sebanyak RM10.00. GURU SEBAGAI PEMIMPIN Pemimpin Pengakap adalah terdiri daripada guru sekolah ini. Pemimpin mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Pemimpin berhak memilih ahli pengakap untuk mewakili sekolah mengikuti acara yang dipertandingkan di peringkat jabatan atau kementerian. AHLI JAWATANKUASA Dilantik semasa Mesyuarat Agung. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK. Pemilihan AJK secara undian. Ajk kecil boleh dilantik oleh Pemimpin tanpa mengadakan mesyuarat. Ajk yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada guru penasihat. Ajk persatuan terdiri : Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ajk. Pemimpin boleh menambahkan bilangan Ajk jika perlu. AJK bertugas membantu Pemimpin melaksanakan aktiviti yang dirancang. 19
DERMA Sumber utama kewangan pengakap adalah melalui derma yang ditetapkan. Pengakap juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti. Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut. Sebarang derma yang dikutip hendaklah mendapat kelulusan dari Guru Besar Sekolah. KEHADIRAN/ PENYERTAAN Ahli pengakap dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh pengakap sepanjang tahun. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hakhak keahlian pengakap. Kehadiran ahli pengakap adalah satu dari markah wajib PAJSK. AKTIVITI Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli. Perkhemahan Pengakap peringkat sekolah wajib diadakan setiap tahun. PERATURAN-PERATURAN Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. Ahli-ahli yang mematuhi peraturan adalah merupakan pengakap sejati. TINDAKAN PERLEMBAGAAN Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, pemimpin-pemimpin atau pentadbir sekolah secara bertulis. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru besar. 20
TINDAKAN DISIPLIN Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat unit pakaian seragam, persatuan/kelab dan kelab sukan/permainan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan pengakap kanak-kanak dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: Amaran lisan. Amaran bertulis. Gantung keahlian. Pecat keahlian. Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian. 21
UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP Terdapat 10 Undang-Undang Pengakap, iaitu: Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa. 22
1 2 3 4 5 6 PENGAKAP PERLU: Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan. Menghormati diri sendiri dan orang lain. Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat. Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan. Beriman serta beramal soleh. Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang UNTUK MENJADIKAN Hayat. DUNIA LEBIH BAIK. 23
PENGASAS Nama Pengasas Pengakap: Lord Baden Powell og Giwell Nama Penuh: Lord Robert Stephenson Symth Baden Powell Tempat Lahir: Hype Park, London Pangkat: Leftnan Muda (1876) Leftnan Jeneral (1907) Ketua Inspektor (1963) TAHUN 1899 Beliau menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantukan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak memberi dorongan untuk menubuhkan pergerakan Pengakap. BP dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda. TAHUN 1907 BP menubuhkan perkhemahan percubaan di Brownsea Island BP merupakan “Scout Master”, Beliau menulis dan mengemaskini semula buku “Aids to Scouting” kepada “Scouting for Boys” sebagai pandu asas pergerakan Pengakap serta diterjemahkan dalam lima bahasa di serata dunia. Beliau meneruskan perjuangannya sebagai Pengakap dan berhenti berkhidmat dalam askar. 24
TAHUN 1914 Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England seperti pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. TAHUN 1919 & 1920 BP telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London dan merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap terulung di dunia. Jambori pertama diadakan di Richmond Parkdi di Olympia, London dan sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World. TAHUN 1937 BP sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia pada usia 80 tahun. Beliau berhijrah ke Kenya, Afrika dengan isterinya selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun. BP meninggal dunia di Paxtu, Kenya dan disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya pada 8 Januari. Batu nisan beliau turut diukir “Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941.” Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. TAHUN 1941 KATA-KATA TERAKHIR BP: Tuhan Memimpin dan Membantu di dalam Kerjakerjamu. 25
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84. SEJARAH PENUBUHAN 26
Picnic basket or canvas bag Cooler Picnic blanket (preferably waterproof on the bottom) Picnic chairs Portable picnic table (if that's the kind of picnic you're having!) TUJUAN PENUBUHAN MEMBENTUK WARGANEGARA YANG TAAT KEPADA NEGARA MENINGGIKAN PERSAUDARAAN ANTARA PENGAKAP SEDUNIA Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama yang diketuai oleh seorang Yang Dipertuan Agong. Yang Dipertuan Agong merupakan simbol kedaulatan undang-undang negara. Pengakap Kelana adalah diingatkan supaya mempertahankan undang-undang dan dasar-dasar negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara. Pengakap Kelana adalah ahli Pergerakan Pengakap Sedunia yang telah ditubuhkan untuk memastikan ahli-ahlinya menjadi warganegara dunia yang berguna dan berkebolehan. Semua Pengakap Kelana adalah sahabat dan saudara antara satu sama lain. Setakat ini, lebih daripada 250 juta orang di seluruh dunia pernah menjadi Pengakap. PERSAUDARAAN AKTIVITI-AKTIVITI LUAR Pengakap ditubuhkan untuk menggalakkan belia-belia melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar seperti berkhemah, mengembara dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut melatih seseorang itu menjadi seorang yang berpengalaman dan boleh bergantung kepada dirinya sendiri dan seterusnya membantu orang lain. Sistem Latihan Pengakap Kelana menggalakkan semua ahlinya melatih diri sendiri dalam kemahiran luar. PERKHIDMATAN MASYARAKAT Dalam pembentukan warganegara yang berguna, Pengakap Kelana itu diwajibkan berkhidmat kepada masyarakatnya dengan tujuan untuk keamanan dan kedamaian masyarakat. 27
Picnic basket or canvas bag Cooler Picnic blanket (preferably waterproof on the bottom) Picnic chairs Portable picnic table (if that's the kind of picnic you're having!) FIKIRAN PROGRESIF ANTARA BELIA BERDIKARI Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia memandang ke arah golongan belianya untuk menjadi pemimpinpemimpin masa depan. Dengan melibatkan diri dalam hal ehwal masyarakat, seorang Pengakap Kelana diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Ini dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti melanjutkan pelajaran, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tiada kaitan unsur politik, ataupun berkhidmat kepada masyarakat. Undang-undang Pengakap yang kesebelas yang dicatatkan, iaitu “Seorang Pengakap itu bukannya bodoh”. A Scout is not a fool. Dalam latihan Pengakap Kelana, seseorang itu diwajibkan memperoleh tabiattabiat berdikari dan dipastikan supaya menjalankan tugas-tugasnya dengan seberapa daya upaya yang boleh. PERLINDUNGAN ALAM SEMULA JADI Dengan pembangunan yang pesat, kita kehilangan sebahagian daripada alam semula jadi kita. Alam semula jadi adalah tempat di mana aktiviti-aktiviti berpengakap dijalankan. Dengan kesedaran ini, Pengakap Kelana diharapkan memainkan peranannya untuk melindungi alam semula jadinya dengan sebaik mungkin. 28
ISTIADAT RASMI 1. Istiadat Laung Agung (PKK) 2. Istiadat Bendera 3. Istiadat Melantik 4. Istiadat Meningkat Naik 5. Istiadat Pemeriksaan Pagi 6. Istiadat Pengalungan Manik Kayu 7. Istiadat Penganugerahan Pingat dan Bintang PPM 10 a. Mana-mana badan atau unit beruniform, seperti Pergerakan Pengakap, Pandu Puteri dan lain-lain mempunyai beberapa istiadat yang tersendiri. Terdapat beberapa istiadat yang sama tetapi kebanyakan istiadat adalah berbeza antara satu unit dengan satu unit yang lain. b. Antara unit-unit beruniform tersebut, Pergerakan Pengakap dan Pandu Puterilah yang memiliki paling banyak istiadat. Antaranya, ialah: i. PENGENALAN 29
Melatihkan diri taat kepada Tuhan; Menghargai dan menghormati pemimpin; Melatih ahli pengakap supaya lebih berdisiplin dan bersikap positif serta mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan; Menandakan permulaan dan tamat sesuatu aktiviti atau perjumpaan; Kaedah memberi hormat kepada tetamu; Mengingati semula asas atau asal usul Pergerakan Pengakap; Menyuburkan semangat Persaudaraan dan Perpaduan; Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan; Melahirkan semangat bekerjasama, kekitaan, kejelikitan dan bertanggungjawab; dan Memahami dan membina perasaan cintakan agama dan negara melalui aktiviti: Hormat bendera (dalam Istiadat Bendera); Nyanyian lagu Negaraku atau lagu Kebesaran Negeri; Nyanyian lagu Pengakap Malaysia; dan Bacaan Doa. II. TUJUAN PELAKSANAAN ISTIADAT 30
a. Istiadat Laung Agung merupakan satu istiadat yang penting dan hanya terdapat di dalam Unit Pengakap Kanak-kanak sahaja. Istiadat ini tidak dilakukan dalam unit-unit pengakap yang lain. b. Istiadat Laung Agung dilakukan oleh Pengakap Kanak-kanak di seluruh dunia. c. Laung Agung atau nama asalnya Laung Tuk Guru (Grand Howl) dilakukan sama seperti situasi keluarga serigala berhimpun mengelilingi batu untuk bermesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, Akela atau ketua serigala berada di tengah-tengah bulatan. d. Istiadat Laung Agung dilakukan untuk menunjukkan bahawa mereka boleh melaksanakan sesuatu dengan ”Buat Habis Baik”. e. Istiadat Laung Agung dilaksanakan setiap kali diadakan perjumpaan PEK, iaitu semasa permulaan dan penutupan perjumpaan PEK. f. Prosedur pelaksanaan Istiadat Laung Agung: 01 02 03 KEADAAN PKK MENGELILINGI AKELA III. ISTIADAT LAUNG AGUNG (UNTUK PKK SAHAJA) AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berdiri dalam keadaan SEDIA lalu berteriak “PEK!” (semua PKK berdiri dalam keadaan SEDIA). (Setelah semua PKK dalam keadaan SEDIA) AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berteriak “PEK! PEK! PEK!” Semua PKK berlari-lari anak ke arah AKELA sambil menyahut “P… E….K….!” (sekitar lima harakat) lalu mengelilingi AKELA. 31Gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
04 05 06 07 PKK MEMBENTUK BULATAN DENGAN AKELA BERADA DI TENGAH BULATAN KEADAAN PKK DUDUK MENCANGKUNG AKELA mengangkat (mendepakan) kedua-dua tangan hingga ke paras bahu untuk memerintahkan PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan di antara satu sama lain dalam Sekawan yang sama (amat digalakkan berpegangan tangan sesama jantina). Apabila bulatan telah sempurna dilakukan, AKELA yang berada di tengahtengah bulatan akan menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha untuk meminta PKK menjatuhkan tangan masing-masing. AKELA kemudian mengangkat/mendepakan tangan sekali lagi tetapi kali ini mengatasi sedikit paras bahu untuk meminta PKK mengangkat tumit. AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha. PKK akan duduk mencangkung dengan kedua-dua belah jari tangan mencecah ke bumi sambil berteriak: “A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK! 32Gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap) Gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
08 09 10 KEADAAN PKK SEMASA MENYAHUT CABARAN AKELA https://www.youtube.com/watch?v=aHghh92aC3I AKELA kemudian mencabar dengan merenung seorang PKK dalam Sekawan Bertugas. PKK yang dicabar akan bangun sambil memberi Tabik Hormat Pengakap kepada AKELA dengan berteriak: “KAMU BUAT HABIS BAIK? Setelah dicabar, semua PKK bangun sambil memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada AKELA dengan menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK!” AKELA membalas Hormat Pengakap PKK. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai membalas Tabik Hormat Pengakap menandakan bahawa istiadat Laung Agung telahpun tamat. 33Gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
IV. ISTIADAT BENDERA Istiadat Bendera terbahagi kepada tiga jenis istiadat, iaitu: (i) Istiadat Mengibarkan Bendera; (ii) Istiadat Menaikkan Bendera; dan (iii) Istiadat Menurunkan Bendera. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PKK): Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung pada setiap pagi. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Sekawan Bertugas. Pemimpin Pengakap atau AKELA sudah siap berdiri tegak dalam keadaan SEDIA menghadap bendera kerana baru sahaja selesai melaksanakan Istiadat Laung Agung. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap pula akan berdiri di belakang tiang bendera. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia. 01 02 03 04 34Gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
07 Pemimpin/AKELA berteriak “BENDERA!” Seorang PKK daripada Sekawan Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Manakala PKK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera. Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap. 05 06 Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. (ix) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal. 08 09 Pemimpin/AKELA kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan PEK akan menyanyikan Lagu Kebangsaan. 10 Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!” 11 Pemimpin/Akela kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. PEK dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. 12 PKK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan menundukkan kepala. 35Gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap)
15 Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan PEK serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. Pemimpin/AKELA berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” 13 14 Pemimpin/AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain-lain kepada PEK. Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin/AKELA memberikan arahan “PEK… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai. 16 36Gambar daripada Modul Pembelajaran MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap) https://m.youtube.com/watch?si=EKP1VA_Aa8kLjA8x&v=smAM_LDIVPI&feature=youtu.be
Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PM/PR/PK): 03 Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas. 01 02 Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol. Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. 04 05 Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA. 06 Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera. 07 Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap. Istiadat ini diadakan pada setiap pagi dan dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi. 08 Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. 37
11 Pemimpin kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan Trup akan menyanyikan Lagu Kebangsaan. 09 10 Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!” Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. 12 13 PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala. 14 Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. 15 Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. (x) Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal. 16 Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lainlain kepada Trup. 17 Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan “Trup… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai. 38https://youtu.be/k2TZPqd3Gfs?si=Cz8yvUOsn_73XJtW
Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menaikkan Bendera (PM/PR/PK): 03 Bendera sudah siap diikat pada tali tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas. 01 02 Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol. 05 Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA. 06 Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera. 07 Petugas menaikkan bendera secara perlahan-lahan seiring dengan nyanyian lagu NEGARA KU hingga ke puncak tiang bendera. Seperti mana Istiadat Mengibarkan Bendera, Istiadat Menaikkan Bendera juga diadakan pada setiap pagi dan hanya dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi. 08 Setelah bendera berada di puncak tiang bendera, petugas mengikat tali bendera pada tiang bendera lalu berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepadabendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. 04 Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. 39
11 Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal. 09 10 Pemimpin berteriak “LAGU PENGAKAP MALAYSIA!” Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. 12 13 PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala. 14 Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. 15 Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. 16 Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lainlain kepada Trup. 17 Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan “Trup… SEDIA!” “KELUAR… BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai. 40https://m.youtube.com/watch?si=wiZLSEfNM7TOQAAI&v=pQC69be-Rlc&feature=youtu.be
Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menurunkan Bendera (PM/PR/ PK): 01 Terdapat dua situasi dalam mengendalikan Istiadat Menurunkan Bendera, iaitu: (a) Pada sebelah petang (sekitar jam 6.30 petang) semasa mengikuti perkhemahan pengakap; dan (b) Setelah selesai sesuatu perjumpaan, aktiviti perkhemahan atau Break Camp Pada jam 6.30 petang (dikira waktu yang paling sesuai), dua orang petugas yang lengkap beruniform dan wisel bergerak ke tiang bendera untuk melakukan Istiadat Menurunkan Bendera. 36 PEK/Trup yang lain berada di tempat masing-masing sambil melakukan aktiviti tersendiri. Sebaik-baiknya kedua-dua petugas bergerak dalam keadaan berkawad ke tiang bendera agar pergerakan tersebut tampak lebih kemas, teratur dan bersistematik. Sampai di hadapan tiang bendera, petugas pertama akan berdiri di hadapan tiang manakala petugas kedua akan berdiri di belakang petugas pertama. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera, manakala petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu tiupan yang kuat dan panjang sebaik sahaja ikatan tali pada tiang bendera dibuka. Semua PEK/Trup yang mendengar tiupan wisel akan berdiri tegak dalam keadaan SEDIA ke arah bendera sebagai tanda hormat kepada bendera. Petugas di hadapan akan menurunkan bendera secara perlahanlahan. Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di belakang akan menyambut hujung bendera lalu diletakkan di atas bahu keduadua petugas sebelum bendera tersebut mencecah tanah. Petugas di belakang akan meniup wisel dengan satu tiupan yang kuat dan panjang sekali lagi sebagai menandakan Istiadat Menurunkan Bendera berakhir dan PEK/Trup kembali dengan melakukan tugas masing-masing. 02 03 04 05 06 41
07 Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera dalam bentuk segi tiga secara bersama-sama. Setelah bendera dilipat, petugas di hadapan akan memegang bendera tersebut dengan tangan kiri dan menyimpan bendera tersebut dengan baik untuk diserahkan kepada Sekawan/Patrol yang akan bertugas pada hari esok. Istiadat Penyerahan Bendera akan dilakukan sebaik sahaja selesai sesi terakhir pada sebelah malam. Dua orang petugas yang lengkap beruniform diperlukan untuk melaksanakan tugas menurunkan bendera, jika satu bendera sahaja diturunkan. Empat orang petugas diperlukan jika dua bendera diturunkan. Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan melaksanakan Istiadat Laung Agung terlebih dahulu. 37 Jika PM/PR/PK, Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol. Jika PKK, Pemimpin/AKELA akan berdiri dalam keadan SEDIA di tengah-tengah bulatan laung agung. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. Jika PM/PR/PK, Pemimpin berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera. 08 01 02 03 Istiadat Menurunkan Bendera setelah selesai perjumpaan atau break camp: Jika PM/PR/PK, Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP… SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA. Pemimpin berteriak “BENDERA!” Dua orang ahli PM/PR/PK daripada Sekawan atau Patrol Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam bentuk ladam kuda atau bulatan, PKK/PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera. 04 05 42
06 Setelah berada di hadapan tiang bendera, petugas di hadapan kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK atau Trup, pemimpin dan penolongpenolong pemimpin pengakap. Kedua-dua petugas melangkah satu langkah ke hadapan tiang bendera. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada tiang bendera dan menurunkan bendera secara perlahan-lahan. Setelah bendera diturunkan, petugas yang berada di belakang akan menyambut hujung bendera lalu diletakkan di atas bahu kedua-dua petugas sebelum bendera tersebut mencecah tanah. Petugas di hadapan akan membuka ikatan pada bendera kemudian berpusing ke belakang untuk melipatkan bendera secara bersamasama. 07 08 09 10 Setelah bendera dilipat dalam bentuk segi tiga, petugas di hadapan akan memegang bendera tersebut dengan tangan kiri. Petugas di hadapan akan berteriak “AP!” secara perlahan dan keduadua petugas akan mula bergerak. Petugas di belakang akan berkawad kembali ke tempat asal, manakala petugas di hadapan akan ‘berkawad selaku terima gaji’ untuk menyerahkan bendera tersebut kepada Pemimpin/AKELA, sama ada di tengah 38 bulatan (PKK) atau di sebelah kiri tiang bendera (PM/PR/PK) sebelum kembali ke tempat asal. 11 12 Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK/Trup, pemimpin dan penolong-penolong pemimpin pengakap. 43
13 Pemimpin/AKELA kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKK/PM/PR/PK Bertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak “AP!”. PEK/Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas. Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan PEK/Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan atau mengangkatkan kepala. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal. Jika UPKK, Pemimpin/AKELA akan ‘kawad selaku terima gaji’ untuk menyerahkan bendera kepada Ketua Pemimpin, Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih, kemudian bergerak ke sebelah kiri tiang bendera. Pemimpin/AKELA yang berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” Pemimpin / AKELA memberikan ucapan ringkas dalam bentuk nasihat atau rangsangan kepada PEK/Trup. (Ada juga Pemimpin/AKELA yang meminta Ketua Pemimpin, Ketua Kursus atau Ketua Jurulatih untuk memberikan ucapan ringkas dalam istiadat ini). 14 15 16 17 18 PKK/PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala. Setelah selesai memberikan ucapan, Pemimpin/AKELA memberikan arahan “PEK/Trup… SEDIA!” “BERSU…RAI!” sebagai menandakan Istiadat Menurunkan Bendera selesai dan aktiviti perkhemahan berakhir (dengan PEK/Trup bersalamsalaman dengan pemimpin dan penolong-penolong pemimpin sambil menyanyikan beberapa lagu perpisahan). 44
V. ISTIADAT MELANTIK Istiadat Melantik akan diadakan apabila ada ahli atau adik baharu yang ingin menjadi ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja atau Pengakap Kelana. Sebelum istiadat ini dilaksanakan, pemimpin/Akela perlu menyediakan lencana keahlian, skaf, wogel dan topi mengikut bilangan adik baharu pengakap. Prosedur pelaksanaan Istiadat Melantik adalah seperti yang berikut: Jika PKK, Istiadat Melantik akan dimulakan dengan melakukan Istiadat Laung Agung terlebih dahulu. PEK membuat bulatan manakala 39 pemimpin/Akela berdiri di tengah bulatan. Penolong pemimpin berada di luar bulatan di belakang tiang bendera (jika ada tiang bendera). Adik (ahli) baharu berdiri dalam keadaan SEDIA dalam satu barisan di luar bulatan, bersedia untuk dibawa masuk ke dalam bulatan oleh seorang petugas atau Ketua Sekawan yang bertugas. Petugas akan membawa masuk adik baharu ke dalam bulatan lalu berdiri tegak di hadapan Pemimpin/Akela. Petugas akan kembali ke tempat asal setelah adik baharu berdiri di hadapan pemimpin/Akela. Penolong Pemimpin Pengakap akan bergerak masuk ke dalam bulatan lalu berdiri di sebelah Pemimpin/Akela dengan membawa lencana keahlian, skaf, wogel dan forage cap mengikut bilangan adik baharu pengakap. 01 02 03 04 45
Pemimpin/Akela akan memulakan dialog dengan Adik Baharu: Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak?” Adik Baharu : “Ya, Akela!” Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap?” Adik Baharu : “Ya, Akela!” Akela melafazkan Persetiaan Pengakap diikuti oleh Adik Baharu. Akela berjabat tangan dengan Adik Baharu dan berkata, ”Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-kanak dan seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Sedunia.” Pemimpin/Akela kemudian menyematkan lencana keahlian, menyarungkan skaf dan memakaikan forage cap kepada Adik Baharu. Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin/Akela. Adik Baharu berpusing lalu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada PEK. PEK membalas tabik hormat sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran Adik Baharu ke dalam PEK. Ketua Sekawan membawa Adik Baharu untuk diperkenalkan kepada Sekawan. Istiadat Melantik diakhiri dengan Istiadat Laung Agung yang buat pertama kalinya disertai oleh Adik Baharu Sekiranya keseluruhan PEK merupakan ahli baharu dalam PKK, maka Istiadat Melantik akan diadakan dalam dua peringkat. Ketua Sekawan akan dilantik terlebih dahulu diikuti oleh Adik Baharu yang lain. 05 06 07 08 09 10 11 12 ** Peringatan : Ibu bapa Adik Baharu boleh diundang untuk menyaksikan Istiadat Melantik ini. 46