VI. ISTIADAT MENINGKAT NAIK Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut: apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda; apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja; dan ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Kelana. PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di antara satu sama lain. Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat Laung Agung dalam kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela mara ke garisan pemisah di antara PKK dan PM. Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, “TRUP! TRUP… SEDIA!” Setelah Trup dalam keadaan SEDIA, Pemimpin PM/Akela menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik diadakan. 01 02 03 Prosedur pelaksanaan Istiadat Meningkat Naik: 47
Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik bergerak ke garisan pemisah. PKK yang meningkat naik akan: 04 bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus bersalam dengan PEK; bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin PKK/Akela; Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada PKK; PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin dan Penolong Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK; PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong Pemimpin dan PEK; dan Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin PKK melangkah garisan (tali) pemisah dengan menggunakan tangan kiri lalu menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan Ketua Patrol yang sedang menunggu dalam kawasan PM. GAMBAR RAJAH SUASANA ISTIADAT MENINGKAT NAIK 48
05 Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan PM: Pemimpin PM/Akela menyambut dengan mengucapkan “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu. Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin PM/Akela dan kemudian bersalam dengan beliau; Pemimpin PM/Akela menyerah Adik Baharu kepada Ketua Patrol; Ketua Patrol membawa Adik Baharu ke dalam Patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli. Setelah semua selesai, Trup memberikan sorakan pengakap atau ‘Yell’ yang berbunyi “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu dan secara rasminya Adik Baharu telah diterima menjadi ahli PM. Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak “BERSURAI!”. 06 ** Peringatan : Ibu bapa Adik Baharu boleh diundang untuk menyaksikan Istiadat Meningkat Naik ini. 49https://youtu.be/k2TZPqd3Gfs?si=Cz8yvUOsn_73XJtW
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PELBAGAI PERINGKAT i. Mengikut Seksyen 6 (1), Akta Pengakap, 1968, Majlis ialah satu badan yang bertanggungjawab mentadbir segala urusan Perbadanan. ii. Terdapat empat jenis Majlis Pengakap dalam Persekutuan Pengakap Malaysia, iaitu: a. Majlis Pengakap Negara; b. Majlis Pengakap Negeri; c. Majlis Pengakap Daerah; dan d. Majlis Pengakap Kawasan. iii. Semua majlis pengakap ini mempunyai struktur organisasi dan kepemimpinan yang tersendiri. Misalnya: Majlis Pengakap Negara (MPN) diketuai oleh Ketua Pengakap Negara (KPN) selaku Yang DiPertua MPN dan dibantu oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) dari segi pentadbiran. Majlis Pengakap Negeri (MPNg) diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (KPPNg). Beliau terikat secara langsung dengan KPPN dan KPN selain Pengerusi Pengakap Negeri. Majlis Pengakap Daerah (MPG) diketuai oleh Pesuruhjaya Daerah (PjD). PjD terikat secara langsung dengan KPPNg, KPPN dan KPN selain daripada Pengerusi Pengakap Daerah dan Negeri. Manakala di peringkat Majlis Pengakap Kawasan (MPK) atau sekolah dipimpin oleh seorang pemimpin pengakap (PP). PP terikat secara langsung dengan PjD, KPPNg, KPPN dan KPN selain daripada Pengerusi Pengakap Kawasan atau Kuasa Penganjur, Pengerusi Pengakap Daerah dan Negeri. 50
iv. Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Malaysia atau MPKLMIPG merupakan sebuah negeri sama seperti PPM negeri Perak, Selangor dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, MPKLMIPG mempunyai struktur dan organisasi tersendiri yang bergerak berpandukan kepada Undang-undang Kecil MPKLMIPG, namun masih terikat di bawah PPM. Tanggungjawab Majlis Mengikut Akta Pengakap 1968 Mengurus-tadbir urusan-urusan Perbadanan. [Sek. 6 (1)] Membuat ketetapan tentang segala surat ikatan, suratan dan surat cara lain yang perlu dimenterikan. [Sek. 7 (2)] Merekod dan menyimpan data pendaftaran ahli pengakap. [Sek. 8 (1)] Merekod dan menyimpan data pendaftaran ahli pengakap. [Sek. 8 (1)] Memidah milik harta atas nama PPM Negeri atau Pesuruhjaya Pengakap kepada Perbadanan. [Sek. 10 (1)] Segala urusan hutang dan tanggungan yang kena bayar dan yuran dan caruman yang perlu dikutip oleh Perbadanan. [Sek. 10 (2)] .Menggunakan pendapatan untuk membangunkan Perbadanan. [S. 11] Mencari dan mentadbirkan segala wang. [POR 12(3)(a)(i)] ** dan lain-lain. 51
Struktur dan Organisasi Peringkat Negara I. Terdapat empat struktur organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia, iaitu: a. Pegawai Utama PPM; b. Majlis Pengakap Negara; c. Jawatankuasa Kerja Majlis Eksekutif Pengakap Malaysia (Exco Members); dan d. Kumpulan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pegawai Utama PPM: Empat jawatan tertinggi di dalam PPM dilantik atas nama jawatan yang disandang. Sehubungan dengan itu, sesiapa sahaja yang memegang jawatanjawatan ini secara automatik akan dilantik sebagai: (i) Penaung Utama PPM dilantik atas nama jawatan, iaitu DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (YDPA). Oleh itu, mana-mana sultan yang menjadi YDPA secara automatik akan menjadi Penaung Utama PPM. DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PENAUNG UTAMA PPM (ii) Penaung PPM setiap negeri dilantik atas nama jawatan yang terdiri daripada Sultan, Raja dan Tuan Yang Terutama negeri. (iii) Presiden Agung PPM dilantik secara automatik atas jawatan Perdana Menteri. 52
YAB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM PRESIDEN AGUNG PPM YAB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI TIMBALAN PRESIDEN AGUNG PPM Berdasarkan Perlembagaan PPM atau POR, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk melantik seorang rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman, sama ada dalam kalangan menteri kabinet, mantan menteri kabinet atau warganegara Malaysia lain yang berkelayakan sebagai Ketua Pengakap Negara (KPN) berdasarkan POR 12(1) dan POR 12(4) dalam Perlembagaan PPM. KPN secara automatik akan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara (MPN) sebuah badan yang tertinggi dalam urus tadbir perjalanan PPM. KPN akan dibantu oleh seorang Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) yang dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM berdasarkan POR 11(4) dalam Perlembagaan PPM. YBhg. Mejar Jen. Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Zin bin Bidin KETUA PENGAKAP NEGARA & KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP MALAYSIA 53Gambar daripada Facebook “Persekutuan Pengakap Malaysia”.
BIL. JAWATAN DALAM PPM PEMEGANG 1 PENAUNG UTAMA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG (Atas jawatan) 2 PRESIDEN AGUNG YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA (Atas jawatan) 3 TIMBALAN PRESIDEN AGUNG YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA (Atas jawatan) 4 KETUA PENGAKAP NEGARA BERTAULIAH [POR 12(1), POR 12(4)] Dilantik oleh Yang DiPertuan Agong YBhg. Mejar Jen. Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Zin bin Bidin 5 KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA BERTAULIAH [POR 11(4)] Dipilih dalam Mesyuarat Agung PPM YBhg. Mejar Jen. Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Zin bin Bidin Struktur organisasi Pegawai Utama PPM: 54
Struktur Organisasi Majlis Pengakap Negara: 55
Negeri Pemegang Johor Haji Yaacob bin Abdul Karim Kedah Haji Mohd Nizar Bin Yusoff Kelantan Haji Aminuddin Bin Mohamad Melaka Mohd Zamir bin Hj. Mohd Sharif Negeri Sembilan Hamdan bin Haji Mohd Nor Pahang Dato’ Haji Lias bin Mohd Nor Perak Haji Ahmad Azam bin Abdul Majid Perlis Azmi Bin Abdullah Pulau Pinang Haji Zulkafli bin Kamaruddin Sabah Jamaludin@Jamal bin Jinal Selangor Haji Noor Hashim bin Ismail Sarawak Sudaryo bin Osman Terengganu Haji Che Soh bin Muda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Haji Zakran Abdul Manan Wilayah Persekutuan Labuan Hong Heng Chee Kumpulan Latihan Malaysia (KLM/IPGM/KP M) Zainal Ariff Bin Matt Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Mohamad. Ketua-ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Bertauliah – 17 orang) 56
Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri i. Pentadbiran pengakap di peringkat negeri atau PPM Negeri diurus tadbir oleh Majlis Pengakap Negeri (MPNg) yang diketuai oleh seorang Yang DiPertua MPNg. Yang DiPertua MPNg dilantik oleh PPM. ii. MPNg menjalankan urus tadbir PPM Negeri berdasarkan Undang-undang Kecil PPM Negeri yang terikat dengan POR PPM. Berdasarkan Undang-undang Kecil ini, PPM Negeri mempunyai kuasa untuk menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Tadbir untuk menjalankan tugas-tugas MPNg. iii. Ahli MPNg terdiri daripada (bergantung kepada Undang-undang Kecil PPM Negeri): (a) Penaung (b) Yang DiPertua (c) Naib Yang DiPertua (d) Pengerusi (e) Timbalan Pengerusi (f) Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (g) Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (h) Ahli Jawatankuasa Ahli Beruniform Ahli Tidak Beruniform (i) Ex-Officio (pengawai daripada PPM atau MPNg) Juruaudit Dalaman (2 org) 57
Struktur Organisasi Majlis Pengakap Negeri: 58
Contoh Carta Organisasi Jawatankuasa Tadbir sebuah PPM Negeri: 59
(i) Pentadbiran pengakap di peringkat daerah atau PPM Daerah diurus tadbir oleh Majlis Pengakap Daerah (MPD) yang diketuai oleh seorang Yang DiPertua MPD. Yang DiPertua MPD dilantik oleh PPM. (ii) MPD menjalankan urus tadbir PPM Daerah berdasarkan Undang-undang Kecil PPM Negeri yang terikat dengan POR PPM. Berdasarkan Undang-undang Kecil ini, PPM Negeri mempunyai kuasa untuk menasihati MPD menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif dan Jawatankuasa Tadbir MPD untuk menjalankan tugas-tugas MPNg. (iii) Ahli MPD terdiri daripada (bergantung kepada Undang-undang Kecil PPM Negeri): Struktur dan Organisasi Peringkat Daerah (a) Penaung (b) Yang DiPertua (c) Naib Yang DiPertua (d) Pengerusi (e) Timbalan Pengerusi (f) Pesuruhjaya Pengakap Daerah (g) Penolong-penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (h) Ahli Jawatankuasa Ahli Beruniform Ahli Tidak Beruniform (i) Juruaudit Dalaman (2 org) 60
Contoh Carta Organisasi sebuah Jawatankuasa Tadbir MPD: 61
Struktur dan Organisasi Peringkat Kumpulan/ Sekolah Pergerakan Pengakap di peringkat Kumpulan atau Sekolah amat penting kerana kumpulanlah yang akan menentukan perjalanan hidup sebuah pergerakan pengakap di peringkat negeri dan negara. 1. Setiap sekolah tidak semestinya mempunyai satu kumpulan pengakap. Jika ahli pengakap melebihi 36 orang, sekolah tersebut perlu menubuhkan dua kumpulan pengakap. 2. Oleh itu, amat penting untuk membentuk sebuah pentadbiran pengakap yang jitu dan mantap agar perjalanan pengakap di peringkat sekolah akan sentiasa berjalan dan hidup. 3. Pergerakan pengakap di peringkat kumpulan atau sekolah ditadbir oleh Jawatankuasa Tadbir Pengakap Kumpulan yang terdiri daripada: Kuasa Penganjur/Pengerusi – Pengetua/Guru Besar Sekolah Setiausaha – Pemimpin Pengakap, iaitu guru pengakap di sekolah berkenaan Bendahari – Penolong Pemimpin Pengakap, iaitu guru pengakap di sekolah yang berkenaan atau wakil PIBG Jawatankuasa– Dilantik dalam kalangan guru, wakil PIBG dan/atau individu yang berminat Bagi melancarkan perjalanan aktiviti pergerakan pengakap kumpulan, Jawatankuasa Tadbir akan dibantu oleh Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Kerja Kumpulan yang terdiri daripada: Seorang Pengerusi Seorang Setiausaha Seorang Bendahari Empat orang atau lebih Ahli Jawatankuasa. 62
Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan (Sekolah Rendah): Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan (Sekolah Menengah): 63
Struktur dan Organisasi Peringkat Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia Menurut Undang-undang Kecil Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia atau MPKLMIPG [Bil. 11(a)], maka hendaklah ada sebuah Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia bagi menjaga dan mengawasi Pergerakan Pengakap di Institut Pendidikan Guru yang berdaftar dan bertauliah yang ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negara dan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat, PPM. MPKLMIPG diiktiraf sebagai sebuah negeri pengakap sama seperti PPM Negeri Perak, PPM Negeri Johor dan seumpamanya. Oleh sebab itu, sistem pentadbiran MPKLMIPG adalah sama seperti sistem pentadbiran yang diamalkan negeri PPM Negeri yang lain. Yang membezakan hanyalah disebabkan oleh sedikit perbezaan yang terdapat di dalam Undang-undang Kecil PPM Negeri masing-masing. MPKLMIPG diurus tadbir oleh Majlis Pengakap Negeri berdasarkan Undang-undang Kecil PPM Negeri yang terikat dengan POR PPM. Pengurusan dan pentadbiran MPKLMIPG melibatkan empat buah majlis atau jawatankuasa tadbir, iaitu: Majlis Eksekutif; Majlis Tadbir; Majlis Tadbir Zon/Jawatankuasa Tadbir Zon; dan Majlis Pesuruhjaya Daerah/Jawatankuasa Tadbir Daerah. 64
Struktur dan Organisasi Peringkat IPG: 65
DASAR KEAGAMAAN DASAR KEAGAMAAN Anggota pengakap mestilah mengamalkan kepercayaan dan Rukun Agama maingmasing. Anggota pengakap perlu menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya. Pemimpin menggalakkan anggota bawahannya untuk membuat ibadat mengikut kepercayaan masing-masing. Objektif Keagamaan: Untuk memelihara agama-agama yang terdapat di negara kita. Persaudaraan Pengakap yang tidak mengira agama dan warna kulit. Berbangga menjadi masyarakat majmuk di Malaysia. Persekutuan Pengakap Malaysia tidak mengehadkan ahliahlinya pada satu agama, tetapi mereka mesti mengamalkan Rukun Negara masing-masing. 66
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN Penubuhan & Pendaftaran Kumpulan Pengakap: Untuk mendaftarkan ahli pengakap perlu ada kumpulan pengakap, sama ada di sekolah, institusi perguruan atau di institusi pengajian tinggi. Satu organisasi atau institusi hanya perlu menubuhkan satu kumpulan pengakap sahaja. Satu kumpulan pengakap dihadkan keahlian antara 18 hingga 48 orang sahaja. Sekiranya bilangan ahli melebihi 48 orang maka kumpulan tersebut perlu dipecahkan kepada beberapa buah pasukan. Misalnya: Kinta Ke-35A Kinta Ke-35B SM Anderson Ke-10A SM Anderson Ke-10B ATAU Setiap kumpulan, sama ada yang lama atau yang baharu perlu didaftarkan dengan PPM menggunakan Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) dan Borang PPM 1B (Borang Kawalan [diisi oleh Pemimpin Pengakap]). Setelah diisi, borang tersebut perlu dihantar kepada Ibu Pejabat PPM untuk diterima dan didaftarkan. Borang tersebut boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri: Unit Pentadbiran, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri atau daripada Ibu Pejabat PPM. Yuran pendaftaran bagi setiap kumpulan pengakap ialah RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh) sahaja. 67
Kumpulan Pengakap yang tidak berdaftar dengan PPM atau tidak menjelaskan yuran pendaftaran dianggap TIDAK SAH dan tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti kepengakapan. Pendaftaran Ahli: Setiap rakyat Malaysia yang berumur 8 tahun dan ke atas adalah layak untuk menjadi ahli Persekutuan Pengakap Malaysia. Mereka dikategorikan mengikut unit-unit yang ada di dalam Pergerakan Pengakap Malaysia. Misalnya: Unit Pengakap Kanak-kanak - berumur dari 8 hingga 12½ tahun Unit Pengakap Muda - berumur dari 12½ hingga 15½ tahun Unit Pengakap Remaja - berumur dari 15½ hingga 18½ tahun Unit Pengakap Kelana – berumur dari 18½ hingga 35 tahun Semua ahli pengakap perlu didaftarkan dengan PPM menggunakan Borang PPM 1A (Pendaftaran Ahli) dan Borang PPM 1B (Borang Kawalan [diisi oleh Pemimpin Pengakap]). Setelah diisi, borang tersebut perlu dihantar kepada Ibu Pejabat PPM untuk diterima dan didaftarkan. UNIT-UNIT YANG TERDAPAT DALAM PERGERAKAN PENGAKAP 68
Borang tersebut boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri: Unit Pentadbiran, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri atau daripada Ibu Pejabat PPM. Yuran pendaftaran bagi setiap ahli pengakap ialah RM5.00 (Ringgit Malaysia Lima) sahaja. Ahli Pengakap yang tidak berdaftar dengan PPM atau tidak menjelaskan yuran pendaftaran akan digugurkan keahlian dan tidak dibenarkan memakai uniform pengakap atau menjalankan/mengikuti sebarang aktiviti kepengakapan. 69
Borang Pendaftaran Untuk Ahli 70
Pendaftaran Kumpulan dan Tauliah Pemimpin: Setiap Kumpulan Pengakap mesti didaftarkan. Yuran pendaftaran bagi kumpulan ialah RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh) sahaja. Pemimpin menggunakan Borang PPM 9A (Borang Permohonan Tauliah Pemimpin/Penolong Pemimpin Pengakap). Setelah diisi, borang tersebut perlu dihantar kepada Ibu Pejabat PPM untuk diterima dan didaftarkan. Ada dua jenis Tauliah Pemimpin daripada PPM, iaitu: Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin pengakap yang telah lulus dan memiliki Sijil Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin pengakap yang telah lulus dan memiliki Sijil Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Pemimpin pengakap perlu memohon tauliah yang baharu serta mengembalikan tauliah yang lama kepada PPM sekiranya pemimpin tersebut bertukar ke tempat lain. (a) Tauliah Sementara (b) Tauliah Tetap 71
Borang Pendaftaran Untuk Pemimpin 72
Struktur Unit: Penaung Penasihat Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Jawatankuasa Tertinggi Jawatankuasa Kerja JAWATANKUASA (QUATERMASTER) PERALATAN JAWATANKUASA MAKANAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA PENGANKUTAN JAWATANKUASA AKTIVITI DAN RIADAH JAWATANKUASA PERSIAPAN ( MAJLIS PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN) JAWATANKUASA KEBERSIHAN JAWATANKUASA MALAM PENGAKAP JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS 73
Pentadbiran Kumpulan: Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua) dan Pemimpin Surat-menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa penganjur/ ketua pemimpin bagi pihak pelajar. Anggota tidak dibenarkan menjalankan urusan pentadbiran. Pihak sekolah perlu memiliki/ menyediakan satu fail pengakap. Tanggungjawab Pemimpin: Sebagai pemimpin anda bertanggungjawab mengarah dan menyelaras aktiviti yang boleh membantu kumpulan anda mencapai matlamat. Tugas utama pengakap mengikut Akta Pengakap 1968 dan POR RPM: 74
Berminat, sabar, tabah, beryakinan serta jujur Berkemampuan dan berwibawa Berminat terhadap tugas untuk memimpin Sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas Sentiasa tenang dan berfikiran terbuka Menunaikan kewajipan terhadap agama Sentiasa berwaspada dan selalu sedia Sifat Seorang Pemimpin: Menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin unit. Tugas Awal Pemimpin: Dapatkan tauliah sementara sebagai pemimpin dan menjelaskan yuran pendaftaran sebagai ahli PPM. Kumpulan yang dipimpin mestilah berdaftar serta memperbaharui pendaftaran keahliannya. Terangkan masalah bagaimana menjalankan skim latihan lencana kepada pembimbing. Mematuhi kehendak yang tercatat dalam program Kursus Dalam Perkhidmatan dan minta Pembimbing/Pemimpin Kumpulan yang melawat menandatangani borang selepas menjalankan perjumpaan mingguan. 75
T U G A S M A J LIS P E MIM PIN T A N G G U N G J A W A B P E MIM PIN K U A S A P E N G A N J U R T A N G G U N G J A W A B P E MIM PIN S E K O L A H Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan. Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin. Memeriksa stok alatan kumpulan. Membuat persediaan mengajar (Program Latihan Mingguan). Memohon surat kebenaran Ibubapa/ Penjaga. Menubuhkan kumpulan. Mendaftarkan kumpulan dan keahlian setiap tahun. Memilih / membentuk Majlis Ketua Sekawan. Menentukan Sistem Berpatrol berfungsi. Memberi bidang kuasa yang terhad kepada Ketua Sekawan. Menggunakan sumber alam di peringkat kumpulan dan daerah dengan berkesan. Mempraktikkan kemahiran berpengakap. Memelihara semangat berpasukan. Merancang perjumpaan mingguan / bulanan dan latihan / aktiviti. Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) seorang lagi ialah pemimpin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pengakap itu. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana perlu. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah Memastikan AJK menjalankan tugas. Merancang aktiviti tahunan dengan pelajar. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda diurus dengan baik Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform Pengakap. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. 76
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP, PROTOKOL DAN PEMAKAIAN LENCANA DAN TANDA PANGKAT i. Menurut Akta Pengakap 1964, pakaian seragam pengakap yang betul dan lengkap bagi semua unit Pergerakan Pengakap, termasuk Penaung Utama dan Penaung-penaung adalah seperti mana yang dinyatakan di bawah peraturan dalam bahagian ini. ii. Rupa bentuk dan corak alatan yang mengandungi pakaian seragam hendaklah mengikut rupa bentuk ukuran dan corak yang telah ditetapkan. iii. Anggota Pergerakan Pengakap TIDAK DIBENARKAN memakai pakaian seragam yang lain selain daripada apa yang telah ditetapkan. iv. Warna rasmi bagi kemeja, baju wanita dan seluar atau kain wanita dan apa jua jenis pakaian ialah: a. Kelabu asap bagi kemeja, iaitu uniform kerja atau bush jaket; b. Biri tua bagi seluar ataupun kain (wanita). v. Terdapat empat jenis pakaian seragam dalam pergerakan pengakap. Pakaianpakaian ini dikategorikan berdasarkan kod yang telah ditetapkan, iaitu: a. Pakaian No. 1 : Uniform pengakap berwarna putih (bersongkok) b. Pakaian No. 2 : Bush Jacket Lengan Panjang (bersongkok) c. Pakaian No. 3 : Uniform Kerja dan uniform Jurulatih/Penolong Jurulaih d. Pakaian No. 4 : Baju-T pengakap Pakaian Seragam Ahli & Pemimpin 77
vi. Di samping itu, terdapat juga beberapa pakaian pengakap yang masih belum diberikan kod. Umpamanya: a. Kemeja korporat pengakap b. Baju batik pengakap vii. Apabila pakaian seragam dipakai dalam istiadat-istiadat rasmi, seperti perhimpunan pengakap atau semasa menjalankan kerja-kerja latihan (gerak kerja) pengakap, pakaian seragam hendaklah dipakai dengan lengkap dan betul. viii. . Cara pemakaian pakaian seragam pengakap adalah seperti yang berikut: 1 2 MAKLUMAT DARIPADA BLOGSPOT CIKGU MADRID (2011) 78
3 4 MAKLUMAT DARIPADA BLOGSPOT CIKGU MADRID (2011) 79
5 5 Penggunaan lencana pangkat pada baju Penggunaan nama Sekawan atau nama Patrol pada lengan baju MAKLUMAT DARIPADA BLOGSPOT CIKGU MADRID (2011) 80
6 Tanda Cemerlang Rambu Pengakap KanakKanak Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri Setelah mendapat Lencana kemajuan Keris Emas dan TUJUH Lencana Kepandaian iaitu SATU Lencana Wajib, DUA Lencana Kegemaran, DUA Lencana Pengetahuan dan DUA Lencana Perkhidmatan, Pengakap Kanak-kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-Kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri) dengan syarat : Telah memakai Lencana Keris Emas selama 1 bulan Berkelakuan baik Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi Dicalonkan oleh Pemimpin Kumpulan Catatan : Rambu Pengakap Kanak-kanak ini boleh dipakai sehingga Pengakap mendapat Anugerah Rambu Pengakap Muda. Anugerah Rambu dan Sijil dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri masing-masing dan ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri. MAKLUMAT DARIPADA BLOGSPOT CIKGU MADRID (2011) 81
8 Cara memasang lencana Pengakap Remaja pada lengan baju. 7 Cara memasang lencana Pengakap Muda pada lengan baju. MAKLUMAT DARIPADA BLOGSPOT CIKGU MADRID (2011) 82
10 9 Cara pemakaian lencana pada lengan baju pemimpin lelaki. MAKLUMAT DARIPADA BLOGSPOT CIKGU MADRID (2011) 83
11 12 Cara pemakaian lencana pada lengan baju pemimpin wanita. MAKLUMAT DARIPADA BLOGSPOT CIKGU MADRID (2011) 84
SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Sebelum dilantik menjadi ahli, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara yang terkandung dalam silibus Lencana Keahlian. AHLI RENANG Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakuil bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja. Untuk lulus Lencana Keahlian, seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut: 1.Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Dunia 2.Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap 3.Lima Prinsip Rukun Negara 4.Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap 5.Sejarah Pengakap Malaysia 6.Cerita Hutan 7.Istiadat Laung Agung Setelah lulus Lencana Keahlian, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan SATU (1) Lencana WAJIB mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut. MAKLUMAT DARIPADA PENANG SCOUT 85
AHLI RENANG Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). 1.Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teonn) ATAU 2. 3.Cara junam, terjun kaki lurus /junam depan layang (teori). Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan di lutut / tangan di atas kepala: Gerak tangan, tondang rejang. meniarap, rangkaian meniarap (teori).. 4. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 5. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroorm Float) Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terientang. dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 6. 7.Mengetahul cara mengendalikan jeket keselamatan di air. PENUNGGANG BASIKAL Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. Untuk lulus Lencana Ahli Renang, seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut: MAKLUMAT DARIPADA PENANG SCOUT 86
LENCANA KEMAJUAN - Keris Gangsa Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. 1.Menyatakan undang-undang jalanraya semasa berbasikal Mengetahul dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang. Basikal. 2. 3.Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbakat 4.Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 5. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bag penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang. bulatan dan Lintasan pejalan kaki. 6. Untuk lulus Lencana Penunggang Basikal, seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut: Sebelum layak menjalani ujian dalam silibus Lencana Keris Gangsa, seseorang Pengakap Kanak-kanak mestilah lulus Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. Untuk lulus Lencana Penunggang Basikal, seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut: MAKLUMAT DARIPADA PENANG SCOUT 87
KOLEKSI HOBI Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah memungut, dan mengumpul sebanyak 15 jenis benda-benda sebagai hobi dan menyimpan dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya. AHLI KRAFTANGAN Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat atau menghasilkan 5 jenis hasil tangan sendiri seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya. PELADANG KECIL Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah menyempurnakan hasil tanaman sendiri yang ringkas di dalam pasu atau hidroponik sebagai hasil peladang kecil. Hasil tanaman mestilah teratur dan berhasil dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurangkurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasilnya. 1.Bahagian Kesetiaan 2.Bahagian Kesihatan dan Keselamatan 3.Bahagian Kecekapan 4.Bahagian Penyertaan 5.Bahagian Perkhidmatan Setelah lulus Lencana Kemajuan, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: MAKLUMAT DARIPADA PENANG SCOUT 88
PELUKIS Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah melukis dengan minat dan berkebolehan sebagai anak seni dengan hasil yang kemas dan cantik dalam tempoh sekurangkurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasilnya. PEMBACA BUKU Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah minat kepada membaca atau minat dengan perpustakaan mendatangkan minat membaca sekali gus dapat dijadikan hobi. Catatkan secara ringkas mengenai beberapa buku yang dibaca dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasil bacaanya PENGHIBUR Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanakkanak sebagai mengakui telah Menyanyi, Menari, Berjenaka, atau apa kaitan dengan menghiburkan boleh dijadikan sebagai tugasan dan perlu dilakukan dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta menghasilkan kegembiraan sedikir sebanyak tentang hiburannya. MAKLUMAT DARIPADA PENANG SCOUT 89
LENCANA KEMAJUAN - Keris Perak Lencana ini adalah lencana kemajuan yang dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak, sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetiaan Pengakap, Rukun Negara, amalan keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-Kanak itu mestilah lulus Lencana Keahlian, satu Lencana Wajib, Lencana Keris Gangsa dan 2 Lencana Kepandaian (Kategoti kegemaran) terlebih dahulu. Lencana ini dipakai pada lengan kanan kemeja (uniform Pengakap). Lencana Keris Gangsa perlu ditanggalkan untuk memberi ruang pemakaian lencana ini. Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-Kanak Untuk lulus Lencana Keris Perak, seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut. 1. Bahagian Kesetiaan Orang kenamaan/Sultan/Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Besar Selangor a. b.Pesuruhjaya Daerah c.Rukun Sembahyang agama masing-masing 2. Bahagian Kesihatan dan Keselamatan a.Cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran b.Mengetahui faedah senaman c.Cara memberhentikan darah keluar dari hidung d.Bahaya elektrik dan gas e.Isi kandungan Peti Pertolongan Cemas 3. Bahagian Penyertaan a.5 jenis haiwan dan sifat khususnya b.Cara tumbuhan mendapatkan makanan c.Cara mengelakkan makanan tercemar d.Asas penggunaan komputer e.Penggunaan telefon awam. MAKLUMAT DARIPADA PENANG SCOUT 90
AHLI OLAHRAGA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi, melontar peluru dan sebagainya. Contoh acara olahraga yang perlu dijalankan: Mengetahui apaka MSSD / MSSN / MSSM / SUKMA Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan untuk bersukan Mengambil bahagian dengan 3 percubaan: Lari 100 meter 20 saat; Lari 200 meter 50 saat; Lompat Tinggi 0.8 meter; Lontar Peluru 6 paun 5 meter Menyertai acara Merentas Desa 4. Bahagian Perkhidmatan a. Mengetahui dan memahami isyarat wisel b. Syarahan atau ceramah c. Memberikan pertolongan di air dengan alatan Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak - Lencana Keris Perak, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan mengikut minat dan kesukaanya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut. MAKLUMAT DARIPADA PENANG SCOUT 91
AHLI PASUKAN PERMAINAN Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak dalam sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan bidang pasukan permainan seperti bola sepak. bola tampar, Sepak takraw, pingpong dan sebagainya dan mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri. Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut : bola sepak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, ping-pong, bola baling dan bola jaring. Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurang-kurang dua (2) permainan pasukan. Menunjukan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah / negerinya. Menunjukkan yang ia bermain dengan jujur dan mencontohkan semangat kesukanan dalam pasukan permainanya. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan. Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain. AHLI SAINS Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung litar; elektro magnet dan sebagainya. Plih EMPAT (4) sahaja. Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu memerlukan udara. Membuat pelangi tiruan dengan memecahkan cahaya yang mengandungi spektra Menunjukkan bagaimana menyambungkan litar elektrik dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri dan bagaimana mengawal aliran eiektrik dengan menggunakan suis dan bagaimana menggunakan lampu isyarat. Membuat kamera lubang halus dan menyatakan sebab yang menjadikan bayang gambar atau area yang dilihat pada layar kamera itu menjadi terbalik. MAKLUMAT DARIPADA PENANG SCOUT 92
PECINTA ALAM SEMULA JADI Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. Menyimpan catatan harian berkenaan dengan kejadian harian selama tidak kurang dari empat bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini: Tumbuh-tumbuhan, Kehidupan burung, Pelbagai jenis batu fosil/ batu lontar, Pokok pakis rumput-rampai dan lain-lain Memelihara binatang belaan dan ternakan sekurangkurang 3 bulan dan menyimpan catatan mengenainya. Pengakap Kanak-kanak boleh membicarakan perhatiannya seperti kegemaran dan makanan binatang tersebut. Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri. PEMBACA PETA Lencana ini diberi kepada Ahli PengakapKaПak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas. Plih TIGA (3) sahaja. Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. Melukis Petunjuk dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta. Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman sungai dan lain-lain. Mencari sudut bearing : Melukis dengan menggunakan alat geometri : sudut 075°, 025°, 120°, dan 245° dan lain-lain. Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran: sekembalinya memberi laporan atas perkara yang ditetapkan (seperti mendapatkan maklumat dari satu tempat yang ditetapkan) dan membuat lakaran berkenaan. MAKLUMAT DARIPADA PENANG SCOUT 93
PECINTA ALAM SEMULA JADI Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. Menyimpan catatan harian berkenaan dengan kejadian harian selama tidak kurang dari empat bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini: Tumbuh-tumbuhan, Kehidupan burung, Pelbagai jenis batu fosil/ batu lontar, Pokok pakis rumput-rampai dan lain-lain Memelihara binatang belaan dan ternakan sekurangkurang 3 bulan dan menyimpan catatan mengenainya. Pengakap Kanak-kanak boleh membicarakan perhatiannya seperti kegemaran dan makanan binatang tersebut. Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri. PEMBACA PETA Lencana ini diberi kepada Ahli PengakapKaПak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas. Plih TIGA (3) sahaja. Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. Melukis Petunjuk dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta. Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman sungai dan lain-lain. Mencari sudut bearing : Melukis dengan menggunakan alat geometri : sudut 075°, 025°, 120°, dan 245° dan lain-lain. Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran: sekembalinya memberi laporan atas perkara yang ditetapkan (seperti mendapatkan maklumat dari satu tempat yang ditetapkan) dan membuat lakaran berkenaan. MAKLUMAT DARIPADA PENANG SCOUT 94
PENYELAMAT NYAWA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR,berenang. Memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan JPAM. Untuk lulus Lencana ini: Pemegang lencana Ahli Renang. Menunjukkan cara terjun ke air dengan luncur meniarap dan tendang keribas sekurang-kurangnya 50 meter dibantu oleh Tenaga Pengajar. Menunjukkan cara berenang gaya tangan di atas kepala, rangkaian meniarap, kuak dada di dalam air. Menunjukkan cara membantu orang lemas di dalam air. Menunjukkan cara-cara pemulihan pernafasan (CPR) dari mulut ke mulut. Mengetahui cara menyelaat diri apabila berlaku kebocoran paip tangki gas baracun dan memahami cara meminta bantuan. Memahami atau mengetahui cara menyelamat dari api, memahami isyarat kebakaran di bangunan besar dan cara memecahkan kaca penggera kebakaran. Menunjukkan cara menyelamat diri dalam kebakaran. Setelah lulus Lencana Kepandaian - Kategori Pengetahuan, Ahli Pengakap Kanak-kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan mengikut minat dan kesukaanya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut. MAKLUMAT DARIPADA PENANG SCOUT 95
AHLI PERTOLONGAN CEMAS Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membuat anduh Mengetahui isi kandungan dan mengetahui menggunakan serta menjaga peti pertolongan cemas. Mengetahui keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang beГpengalaman. Mengetahui cara bertindak member rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock). Terangkan kepada Pemeriksa l Penilai sekurangkurangnya cara yang diperlukan. Menunjukan bagaimana memberhentikan darah keluar dari hidung. PEKERJA AM Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian,mengecat dan sebagainya. Lakukan LIMA (5) bahagian sahaja dari 12 bahagian yang dicadangkan. Mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa. Dengan tunjuk ajar orang dewasa membantu orang dewasa menukar tayar basikal. Mengetahui menukar mentol lampu basikalnya, menegangkan rantai. Menunjukan cara bagaimana menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, pelayar, pisau, kapak dan bagaimana memelihara alat itu selepas digunakan. Membuat satu benda permainan kanak-kanak daripada kayu dengan menggunakan alat pertukangan. Mengetahui cara membersihkan dan memasang sumbu lampu minyak dan sumbu dapur minyak. MAKLUMAT DARIPADA PENANG SCOUT 96