The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsuria64, 2019-04-07 12:35:38

WADAH 2014


WADAH
2014
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Negeri Sembilan
i


Bil
Perkara
Muka Surat
1
Isi Kandungan
(ii)
2
Ilmu ... Indahnya berilmu
(iv)
3
Kata Aluan Pengarah
(v)
4
Kata Aluan Ketua Jabatan
(vi)
5
Pengaruh Ibubapa Kepada Anak-Anak Mengikut Model Pengaruh Ibu bapa Eccles
Anisah Hashim
1
6
Kebolehpasaran Graduan IPG KP Teknik : Satu Tinjauan Awal
Che Harithun Bt Abdullah @ Harun, Mahzam Bt Mohd Saad PhD., Noorizan Bt Baba
7
7
Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar Masa Kini
Murali a/l Murugasen, Sanmugasundaram a/l Ponnudurai
14
8
Penggunaan Kaedah “WH” Ke Arah Mengatasi Masalah Mengantuk Pelajar Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Tan Teck Seng, Sanmugasundaram a/l Ponnudurai
20
9
Kefahaman Teori Kaunseling dan Faktor Penggunaannya Dalam Kalangan Kaunselor Sekolah
Noor Haslinda Shuib, Ismail Ahmad
28
10
Ulasan Buku : The Survivor Personality: Why Some People are Stronger, Smarter and More Skillful at Handling Life's Difficulties
Thank Sow Eng
38
11
Penggunaan CAPS Bagi Membantu Guru Pelatih Membina Soalan Lisan
Mahani binti Ibrahim, Fauziah binti Hashim
41
12
Bimbingan ‘PENTUNCAD’ Dapat Meningkatkan Kemahiran Berfikir Guru Pelatih Semasa Praktikum
Fauziah binti Hashim, Mahani binti Ibrahim
47
ii


13
Penggunaan eL@IPGKPT Dalam Meningkatkan Penglibatan Interaktif Pelajar-pelajar EDU3106
Mustaffar bin Abd Majid,
Nor’ Azah binti Ahmad Safran, Shamsiah binti Md Nasir
57
14
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Kalangan Guru Pelatih
Nor’ Azah binti Ahmad Safran, Shamsiah binti Md Nasir
70
15
Pengetahuan dan Kesediaan Siswa pendidik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Terhadap Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes
Zaiton binti Sharif
79
iii


Ilmu... Indahnya berilmu ...
Benarkah berilmu itu membahagiakan? Melalui ilmu seseorang itu bukan sahaja terdidik, malah ilmu menghiasi peribadi luaran dan dalaman. Sebagai seorang pendidik, kita perlu memburu ilmu untuk memenuhi tuntutan semasa dan cabaran persekitaran yang sentiasa berubah. Allah mengangkat darjat (kebahagiaan) seseorang melalui ilmu dalam semua urusan, sama ada di dunia dan akhirat, malah keduanya sekali.
Jawatankuasa Penerbitan dan Pelaporan menerbitkan Wadah Jabatan Ilmu Pendidikan untuk meraikan perkongsian ilmu dalam kalangan warga Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) melalui penulisan artikel ilmiah dan laporan penyelidikan. Diharapkan perkongsian ini akan menyemarakkan lagi budaya ilmu dan menyuburkan penghayatan pembelajaran sepanjang hayat sekaligus memantapkan kompetensi.
Bagi pihak Jawatankuasa Penerbitan dan Pelaporan, setinggi-tinggi penghargaan kepada warga JIP yang telah menyumbang artikel ilmiah dan laporan penyelidikan bagi menyuburkan lagi wadah perkongsian ilmu ini. Semoga perkongsian murni ini memberikan manfaat buat semua. Moga usaha ini sentiasa diberkati Allah SWT.
Sidang Editor
JK Penerbitan dan Pelaporan Jabatan Ilmu Pendidikan
iv


KATA ALU-ALUAN PENGARAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya WADAH JIP, berjaya diterbitkan oleh Jawatankuasa Laporan & Penerbitan, Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Tahniah!. Saya ucapkan kepada semua panel penulis WADAH JIP yang telah berjaya menulis artikel dalam WADAH ini sehingga berjaya diterbitkan. Pengetahuan, kepakaran serta pengalaman para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan yang telah digabung dan didokumentasi dalam WADAH JIP ni, diharap akan dapat memberi manfaat kepada semua pensyarah khususnya di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan untuk melaksanakan kajian ilmiah dan seterusnya menghasilkan penulisan hasil dari kajian yang telah dijalankan.
Harapan saya agar pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan terus mengembeling tenaga untuk menghasilkan lebih banyak kajian dan penulisan hasil kajian penyelidikan yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam memantapkan profesionalisme keguruan. Moga Allah memberkati usaha dan keikhlasan para pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia ke arah memartabatkan agenda pendidikan.
Sekian, terima kasih.
Dr. Mohamad Nor Bin Mohamad Taib
Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Teknik,Bandar Enstek,Negeri Sembilan.
v


KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya WADAH JIP, berjaya diterbitkan oleh Jawatankuasa Laporan & Penerbitan, Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Tahniah! Saya ucapkan kepada semua panel penulis WADAH JIP. Sedia maklum bahawa penyelidikan adalah proses penerokaan bersama pembelajaran serta merupakan kajian terperinci sesuatu subjek dalam proses meneroka maklumat ke arah mendapatkan satu kefahaman baru. Hasil penyelidikan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan agar maklumat yang berjaya dikaji dapat dikongsi oleh pembaca dan para pengkaji yang lain. Sehubungan itu, penerbitan WADAH JIP merupakan platform terbaik untuk menyediakan pensyarah JIP menjadi penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan, berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum dan membudayakan penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan. Kesimpulanya, penyelidikan ilmiah perlu dilakukan secara sistematik, teratur dan perlu mempunyai unsur- unsur kebenaran. Oleh itu, penyelidikan ilmiah perlu dilakukan dengan serius, persis dan tepat oleh semua pensyarah demi merealisasikan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) PPP.
Sekian, terima kasih.
Shamsiah binti Md Nasir
Ketua Jabatan , Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek,Negeri Sembilan.
vi


Pengaruh Ibubapa Kepada Anak-Anak Mengikut Model Pengaruh Ibu bapa Eccles
oleh
Pn Hjh Anisah Hashim
Pengenalan
Peranan golongan remaja tidak dapat dinafikan amat penting kerana mereka merupakan aset berharga yang bakal mewarisi teraju kepimpinan negara dan memartabatkan bangsa. Oleh sebab itu penumpuan ke arah usaha melahirkan remaja atau ‘modal insan’ yang berkualiti, berintegriti, bersahsiah dan berwawasan wajar diberi keutamaan demi memastikan kesejahteraan bangsa dan kemajuan negara pada masa hadapan dapat direalisasikan.
Realitinya kita sedang berhadapan dengan suatu kenyataan yang pahit, bahawa remaja Malaysia dewasa ini sedang menghadapi ancaman kemerosotan moral yang semakin meningkat malah dalam kes-kes tertentu semakin parah akibat dari kelunturan nilai-nilai murni. Kekhuatiran para pemimpin dan ibu bapa di Malaysia tentang semakin merosotnya adab dan kesopanan, budi bahasa yang baik, sikap hormat dan bertimbang rasa terhadap orang lain dalam kalangan remaja mempunyai asas yang kukuh kerana buktinya banyak dan tidak sukar ditemui.
Banyak faktor yang dapat dikesan menyebabkan wujudnya kecelaruan ini. Muhd Mansur dan Siti Nordinar ( 1988 ) menegaskan tentang kecelaruan yang bermula apabila rumahtangga dan keluarga tidak memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak. Masa berkualiti banyak dihabiskan di luar rumah.
Anak-anak yang menuntut pengisian, belaian, kasih sayang, perhatian dan bimbingan tidak merasakan limpahan rasa keibuan dan kebapaan. Sebaliknya media elektronik dan pengaruh persekitaran banyak berperanan mengambilalih tugas mendidik anak-anak.
Ibu bapa juga tidak mempunyai ilmu dan keterampilan gaya keibubapaan yang berkesan dalam mendidik anak-anak. Mereka kurang memahami proses pertumbuhan minda anak-anak, perkembangan psikik dan emosi mereka dan hubungkaitnya dengan tingkahlaku. Akibatnya wujud kelompangan di hati dan minda anak-anak. Akhirnya anak-anak
membentuk minda, hati dan tingkahlaku berasaskan pendedahan yang ada dan pengaruh sekitar.
Keciciran di rumah ini dan pendedahan kepada penghayatan nilai-nilai baik yang terhad di luar menyebabkan para remaja menjadi pengamal nilai-nilai negatif dan akhirnya berlaku krisis nilai dalam diri serta masyarakat. Sekolah contohnya lebih banyak menumpukan kepada menyediakan anak-anak untuk tujuan peperiksaan. Membangunkan jiwa dan hati tidak diberikan fokus dan keutamaan. Akhirnya pembentukan watak yang holistik tidak berlaku. Berlakulah ‘keciciran’ kedua di kalangan anak-anak.
Amalan Keibubapaan
Amalan keibubapaan biasanya melibatkan pihak ibu dan bapa. Ibu dan bapa masing- masing memainkan peranan yang berbeza terhadap perkembangan anak sama ada dari segi perkembangan emosi, kognitif , tingkahlaku , mental ataupun perkembangan sahsiah keseluruhannya.
Gaya asuhan telah didefinisikan oleh Darling & Steinberg (1993) sebagai gabungan sikap atau tingkahlaku dan hubungan emosi yang digunakan oleh ibu bapa semasa berinteraksi dengan anak-anaknya dalam proses sosialisasi. Darling & Steinberg (1993) menyatakan wujudnya dua aspek yang berbeza dalam konsep keibubapaan, yakni cara gaya keibubapaan global dan tingkahlaku keibubapaan spesifik.
1


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cara gaya keibubapaan global dapat didefinisikan sebagai gugusan sikap keibubapaan yang terdapat pada ibubapa dan sikap tersebut disampaikan melalui tingkahlaku yang ditonjolkan oleh ibubapa terhadap anaknya. Sedangkan tingkahlaku keibubapaan spesifik merujuk kepada tingkahlaku khusus yang dipraktikkan untuk tujuan sosialisasi anak yang tertentu.
Model Pengaruh Ibu bapa Eccles
Eccles et.al ( 1993 ) telah menghasilkan satu model keibubapaan dengan memfokuskan kepada pengaruh tingkahlaku ibu bapa terhadap anak-anak. Eccles menekankan kepada peranan ibu bapa sebagai ‘model teladan’, proses ibu bapa membentuk pengalaman awal kanak-kanak dan juga meneroka persepsi anak-anak tentang pengalaman awal mereka serta ‘dunia’ mereka.
Eccles menyatakan bahawa tingkahlaku ibu bapa dibentuk hasil daripada karekter ibu bapa dan keluarga juga daripada kepercayaan–kepercayaan yang dipegang oleh ibu bapa tersebut. Eccles telah menyenaraikan beberapa faktor iaitu latarbelakang pendidikan, pendapatan, status perkahwinan, bilangan anak, status pekerjaan dan juga latarbelakang etnik. Menurut Eccles, gabungan faktor-faktor ini akan menghasilkan satu bentuk karekter yang unik pada setiap ibu bapa dan keluarga yang seterusnya membina tingkahlaku ibu bapa yang tertentu.
Tingkahlaku ibu bapalah yang akan menentukan pencapaian anak-anak juga dibentuk hasil dari kepercayaan-kepercayaan yang menjadi amalan dalam keluarga. Eccles (1993) menyatakan ada dua jenis kepercayaan iaitu kepercayaan umum dan kepercayaan khusus. Kepercayaan umum ialah apabila sesetengah ibu bapa mempercayai bahawa peranan jantina sudah ditentukan iaitu ibu sebagai pendidik dan bapa sebagai pencari sumber kewangan. Jadi kedua ibu bapa akan memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Ibu akan mencari pengetahuan tentang teknik mendidik yang
sebaiknya. Pada masa yang sama kedua-dua ibu bapa akan mengekalkan nilai, kawalan lokus dan efikasi kepercayaan yang positif yang boleh memberi kebaikan pada anak- anak mereka. Kepercayaan yang khusus pula ialah bila kedua-dua ibu bapa berkongsi persepsi yang sama tentang kebolehan, kemahiran, nilai, minat dan matlamat anak- anak. Kedua-duanya juga mempunyai pengharapan yang khusus untuk melihat kejayaan anak-anak mereka dalam aktiviti atau bidang yang berkenaan.
Gabungan karekter yang unik dan kepercayaan umum serta khusus yang diamalkan oleh ibu bapa akan menyebabkan terbentuknya tingkahlaku yang tertentu dalam kalangan ibubapa seperti di rajah 1 di bawah. Dalam usaha ibu bapa merancang kejayaan anak-anak, ibu bapa akan menggunakan strategi mendidik yang tertentu. Penglibatan yang meluas dalam aktiviti yang berkaitan akan diberi galakan sepenuhnya dengan penglibatan ibu bapa bersama-sama anak- anak semasa aktiviti berjalan. Ibu bapa bukan sahaja memberi peluang kepada anak- anaknya mempelajari kemahiran yang pelbagai dalam usaha menguasai pelbagai kemahiran , tetapi juga melatih dan menerapkan nilai-nilai tertentu pada anak- anak. Pada masa yang sama perbincangan tentang tingkahlaku anak-anak dibincangkan secara rasional dari masa ke semasa. Anak- anak bukan sahaja didedahkan dengan kemahiran yang pelbagai tetapi juga didedahkan dengan bimbingan kerjaya dibidang yang berkaitan.
Eccles mendapati tingkahlaku ibu bapa yang terancang hasil gabungan faktor karekter dan kepercayaan yang diamalkan oleh ibu bapa telah mempengaruhi pencapaian anak- anak dalam semua aspek. Kepercayaan, nilai, matlamat, kebolehan, harapan dan jaminan telah terbentuk dengan jelas pada anak-anak.
2


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anak-anak juga terdorong untuk mencapai kejayaan kerana pengaruh ibu bapa yang amat positif. Secara langsung dan tidak langsung tingkahlaku ibubapalah yang mempengaruhi dan juga mendidik asas kepercayaan, nilai dan matlamat yang jelas dalam kehidupan anak-anak.
Anak-anak diberikan latihan untuk berdikari serta menjelaskan mereka tentang disiplin serta peranan yang sepatutnya diikuti. Efikasi kendiri diperkukuhkan dalam usaha
memberi latihan agar mereka dapat berdikari. Anak-anak bukan sahaja menguasai apa yang mereka minati , malah diajar bagaimana menguruskan rumahtangga dengan memberi peranan mengikut jantina seperti anak lelaki akan membasuh kereta manakala anak-anak perempuan diajar mengemas atau memasak.
RAJAH 1 : Model Pengaruh Ibubapa . Sumber: Eccles et.al ( 1993 )
3


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RAJAH 2 : Model Kajian Semula Eccles.: Eccles et.al ( 2007 )
Berdasarkan Model Pengaruh Tingkahlaku Ibu bapa yang pertama (1993), Eccles (Davis- Kean 1999) telah menggunakan Panel Study Of Dynamics Child Development Supplement untuk membentuk model kedua yang lebih ringkas seperti rajah 2 di bawah. Kepercayaan umum dan kepercayaan khusus ibu bapa telah digantikan dengan harapan ibubapa untuk melihat kejayaan anak-anaknya.
Kesimpulannya Eccles berpendapat bahawa tingkahlaku ibu bapa, cara gaya asuhannya serta harapan mereka akan memberi kesan positif kepada pencapaian akademik, pembentukan konsep kendiri dan perkembangan tingkahlaku pro sosial remaja. Menurut Eccles, faktor ini adalah amat besar pengaruhnya mengatasi faktor status sosio ekonomi seseorang ( Davis-kean 1999 ).
Penutup
Model keibubapaan Eccles jelas memperlihatkan pengaruh tingkahlaku keibubapaan yang besar dalam
mempengaruhi kehidupan anak-anak. Ini bersamaan dengan dapatan Davis-kean ( 1999 ) dalam kajiannya mendapati, karekter dan harapan ibu bapa merupakan faktor yang kuat dalam mempengaruhi pencapaian, tingkahlaku dan konsep kendiri remaja. Persepsi ibu bapa tentang kebolehan dan kemampuan anak-anak mereka terutamanya, sangat mempengaruhi pembentukan konsep kendiri remaja yang seterusnya mempengaruhi pencapaian mereka.
Pada masa yang sama anak-anak yang mempunyai pengalaman kegagalan mendorong tingkahlaku bermasalah dan pencapaian akademik yang rendah kerana konsep kendiri tentang kebolehan mereka juga rendah. Davis juga mendapati bahawa perbezaan dalam faktor SES lebih memberi kesan kepada pencapaian akademik berbanding tingkahlaku dan pembentukan konsep kendiri.
4


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari sudut yang lain pula, ibu bapa turut memainkan peranan dalam proses mensosialisasikan anak. Nazlina Maliki (1997) telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti pengaruh (1) faktor taraf pendidikan, (2 ) faktor umur , (3) faktor status ekonomi , dan (4) faktor jenis pekerjaan terhadap kualiti tingkahlaku keibubapaan yang dipraktikkan.
Tingkahlaku keibubapaan yang didefinisikan dalam kajian ini melibatkan empat skop utama : (1) strategi kawalan dan disiplin, (2) perhatian dan kasihsayang, (3) galakan untuk kematangan dan (4) dorongan pencapaian, Pembolehubah tersebut diukur dengan menggunakan Skala Tingkahlaku Keibubapaan (Asfawasin 1990) yang mempunyai 32 item, di mana setiap item dinilai dengan skala likert 3 markah.Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor status sosio ekonomi dan jenis pekerjaan berhubungkait secara signifikan dengan tingkahlaku keibubapaan yang diamalkan bapa. Dalam masyarakat kita hari ini, ibu dan bapa sering bersama-sama bertindak sebagai pembekal sumber kewangan dalam rumahtangga. Kedudukan kewangan yang tidak stabil akan menyebabkan ibu dan bapa sering berada dalam keadaan tertekan. Keadaan tersebut akan mempengaruhi layanan dan corak interaksi yang diamalkannya. Tambahan pula, jenis pekerjaan yang mengambil masa yang lama dan sentiasa berada dalam alam pekerjaan yang tertekan turut megurangkan minat dan semangat ibu dan bapa untuk memberi layanan yang baik kepada anak- anak.
Rujukan
Darling, N. & Steinberg, L. 1993. Parenting styles as a context : an integrative model. Psychological Buletin 113 : 486-487.
Davis-kean,P.E. 1999. The effect of socio- economic characteristics on parenting and
child outcomes. Presented in Research in Child Development. April. New Mexico.
Eccles, J. S., Wigfield, A., Harold, R. D. & Blumenfeld. U. 1993. Age and gender differences in children self and task perceptions during elementary school. Child Development. 64 : 830-847.
Eccles, J.S & Barber, B.L. 1999. Student council, volunteering basketball or maching band; what kind of extra curricular involvement matter?. Journal of Adolescent Research. 14:10-43.
Eccles,J.S., Malanchuk,.O. & Chatnam, C. M. 2001. Ethnic identity typologies among African-American early adolescents. Presented in Research on Child Development. April 19-22.
Eccles, J.S. 2007. Families, schools and developing achievement related motivasion and engagement. In Grusec, J.E., Hastings, P.D (Pnyt.). Handbook of socialization : theory and research. (pp 665-691). NY:Guilford.
Magen, Z. 1994. Good parents: comparative studies of adolescents perception. Journal Current Psychology. Vol. 13(2) : 172-184.
Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar. 1988. Psikologi remaja. Petaling Jaya:Fajar Bakti.
Nazlina Maliki. 1997. Tingkahlaku keibubapaan bapa dan pencapaian akademik remaja Bandar dan luar Bandar. Tesis Sarjana. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Sidek Baba. 2008. Pembangunan modal insan dalam pembangunan Negara. Kertas kerja Seminar Pembangunan Insan di Malaysia. Anjuran Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya. Kuala Lumpur,8 Januari.
5


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suhaila Abdullah & Mohd Nizam Sahad. 2008.
Usaha pembangunan modal insan golongan belia dan cabaran semasa. Kertas kerja Seminar Pembangunan Insan di Malaysia. Anjuran Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya. Kuala Lumpur,8 Januari.
Shek, D. T. L. (1995). The relation of family environment to adolescent psychological well-being, school adjustment, and problem behavior: What can we learn from the Chinese culture?. International Journal of Adolescent Medicine and Health, 8, 199–218.
Shek, D.T. L.1999. Parenting characteristics and adolescent psychological well being : a longitudinal study in a Chinese context. Genetic, Social and General Psychology Monographs 125 : 27-44.
Shek, D.T.L. 2002. Parenting characteristic and parent adolescent conflict : a longitudinal study in Chinese culture. Journal of Family Issues. 23 : 189 – 208.
6


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kebolehpasaran Graduan IPG KP Teknik: Satu Tinjauan
Che Harithun Bt Abdullah @ Harun, Mahzam Bt Mohd Saad, PhD, Noorizan Bt Baba
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan kebolehpasaran pelajar PISMP Semester 7 di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap kesediaan kebolehpasaran pelajar mengikut pengkhususan. Akhir sekali kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kursus/ latihan yang diperlukan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka. Sampel kajian terdiri daripada 173 orang pelajar daripada 6 pengkhususan (Matematik, Sains, PBM, RBT, Prasekolah dan TESL). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik yang diubahsuai daripada SERVQUAL: A multiple item scale for measuring consumer of service quality (Parasuraman, et.al.,1988) yang mengandungi sembilan konstruk. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS Versi 19. Hasil dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan pelajar mempunyai tahap kesediaan kebolehpasaran yang tinggi dengan nilai min 4.23 dan sisihan piawai 0.57. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan tahap kesediaan kebolehpasaran pelajar mengikut pengkhususan berdasarkan ujian Anova dengan nilai [MS = 0.843, F(173) = 1.537, p < 0.05]. Manakala kursus atau latihan yang paling diperlukan oleh pelajar ialah ICT, pengurusan kewangan dan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Kata kunci: kebolehpasaran, tahap kesediaan, pelajar
Pendahuluan
Memiliki modal insan yang cemerlang dan berkemahiran tinggi merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan ekonomi sesebuah negara. Memenuhi hasrat tersebut, kerajaan Malaysia telah dan sedang giat berusaha membangun, menarik dan mengekalkan modal Pendidikan Guru (IPG) merupakan antara komitmen kerajaan ke arah meningkatkan modal insan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, pertambahan bilangan graduan sahaja tidak mencukupi tanpa melengkapkan mereka dengan kemahiran- kemahiran semasa yang diperlukan.
Isu berkaitan pengangguran dalam kalangan siswazah sering diperkatakan dan boleh dianggap sebagai satu kegagalan sistem pendidikan peringkat tinggi negara dalam melahirkan graduan yang memenuhi keperluan semasa. Walaupun banyak penambahbaikan telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi tahap kebolehpasaran siswazah di IPG dan IPTA, namun masih
terdapat banyak rungutan yang dikemukakan oleh pihak tertentu tentang kualiti para graduan misalnya kelemahan para graduan dalam aspek seperti kemahiran komunikasi, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya.
Malah graduan juga dikatakan lemah dalam kemahiran berfikir serta komunikasi dan interpersonal (Muhammad Hazrul Ismail, 2012). Sedangkan kemahiran berfikir dan kemahiran komunikasi serta interpersonal merupakan elemen penting kebolehpasaran seseorang graduan. Begitu juga Laporan PISA dan TIMSS yang menunjukkan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga ke bawah dalam senarai pendidikan antarabangsa menunjukkan bahawa prestasi murid Malaysia semakin merosot dan kualiti guru serta sistem pendidikan juga boleh dipertikaikan (KPM, 2013).
7


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika dilihat kepada senario hari ini, penempatan graduan IPG tidak lagi secara mutlak. Mereka perlu bersaing secara terbuka. Graduan juga perlu lulus temuduga untuk ditempatkan. Ini bermakna graduan perlu menampilkan diri dengan baik, bijak berkomunikasi dan mempunyai daya berfikir yang tinggi. Isu 16 orang graduan IPGM yang gagal ditempatkan dalam tahun 2013 menjadi tanda tanya adakah graduan yang dihasilkan oleh IPG tidak mempunyai nilai kebolehpasaran?
Kebolehpasaran graduan bukan diukur dari bidang ilmu yang mereka ikuti dan CGPA yang diperolehi tetapi lebih menjurus kepada kemahiran insaniah serta faktor peribadi yang mereka milik (Shaharuddin et al. 2010; Saemah et al. 2011; Vos et al. 2011) di samping kemahiran dan kecekapan tenaga kerja (Amla 2010, Ayiesah et al. 2010).
Banyak kajian telah diljalankan berhubung kebolehpasaran graduan. Kebanyakan kajian lebih memberikan fokus dengan melihat kebolehpasaran graduan dari perspektif majikan (Mohd Hazrul, 2012) tetapi tidak banyak kajian yang melihat nilai kebolehpasaran dari perspektif graduan. Kajian untuk melihat kesediaan pelajar IPG KP Teknik berhubung nilai kebolehpasaran mereka amat wajar agar langkah penambahbaikan nilai kebolehpasaran dapat dilakukan sekiranya ada kelompangan. Kajian ini bertujuan untuk melihat perspektif pelajar terhadap nilai kebolehpasaran.
Selain itu kajian mengenai kebolehpasaran graduan IPG, khususnya IPG KP Teknik sangat penting kerana ianya dapat membantu bukan sahaja kepada graduan dalam memberi kesedaran untuk meningkatkan kualiti diri tetapi juga kepada pihak IPG terutama pensyarah dalam membantu meningkat kualiti dan nilai kebolehpasaran graduan. Malah bagi pihak pentadbiran dan pengurusan IPGM, kajian ini diharapkan dapat membantu mereka merangka dasar dan kurikulum bagi menambahbaik kualiti graduan IPG.
Sementara itu bagi pelajar IPG pula, mereka dapat merancang proses membangunkan diri dalam meningkatkan ciri- ciri kebolehpasaran dan para pensyarah IPG pula dapat merancang program yang dapat memantapkan kualiti guru dengan nilai kebolehpasaran yang memenuhi kehendak semasa negara. Kesemua kepentingan ini akhirnya akan dapat melonjakkan kualiti dalam sistem pendidikan IPGM.
Tiga objektif utama kajian ini ialah pertama untuk melihat tahap kesediaan kebolehpasaran pelajar; kedua untuk melihat perbezaan tahap kesediaan kebolehpasaran pelajar mengikut pengkhususan dan seterusnya ketiga untuk mengenal pasti kemahiran yang diperlukan pelajar dalam meningkatkan nilai kebolehpasaran mereka.
Soalan Kajian
1. Apakah tahap kesediaan kebolehpasaran pelajar PISMP Semester 7 di IPG Kampus Pendidikan Teknik?
2. Adakah terdapat perbezaan tahap kesediaan kebolehpasaran yang signifikan antara pengkhususan dalam kalangan pelajar PISMP Semester 7 di IPG Kampus Pendidikan Teknik?
3. Apakah jenis-jenis kursus / latihan yang diperlukan untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar PISMP Semester 7 di IPG Kampus Pendidikan Teknik?
Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan soalselidik menggunakan Nilai Kebolehpasaran diukur dengan menggunakan instrument SERVQUAL: A multiple item scale for measuring consumer perceptions of service quality (Parasuraman et al, 1988) yang diubahsuai. Penggunaan instrumen ini terbukti sangat popular kerana banyak digunakan dalam kajian-kajian lain yang berkaitan kualiti perkhidmatan (Melisidou & Theocharis).
8


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa orang penyelidik juga telah menggunakan model SERVQUAL untuk mengukur kualiti perkhidmatan dalam sesuatu institusi dengan membuat pengubahsuaian untuk memenuhi spesifikasi yang lebih spesifik (Tsang & Qu, 2000).
Borang soal selidik yang digunakan mengandungi 3 bahagian yang utama. Bahagian A merupakan maklumat demografi subjek kajian seperti jantina, agama dan kursus. Bahagian B pula merupakan penilaian subjek kajian terhadap aspek kebolehpasaran mereka. Aspek kebolehpasaran subjek kajian diukur berdasarkan skala likert iaitu 1 sangat tidak mahir sehingga nilai 5 sangat mahir.
Terdapat 9 konstruk iaitu komunikasi dan interpersonal, membuat keputusan dan penyelesaian masalah, teknologi maklumat, kepimpinan, kerja berpasukan, perancangan
Versi 19 dan dihuraikan secara analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi melihat perbezaan nilai kebolehpasaran Analisis ANOVA digunakan.
Dapatan Kajian Analisis Deskriptif subjek kajian
Subjek kajian terdiri daripada pelajar PISMP semester 7 dari pengkhususan Matematik seramai 37 orang, PBM 22 orang, Prasekolah 18 orang, RBT 49 orang, sains 20 orang dan TESL 27 orang. Jumlah keseluruhan subjek kajian adalah seramai 173 orang. Daripada keseluruhan subjek kajian 67 orang adalah lelaki dan 106 orang adalah perempuan. Profil lengkap subjek kajian dapat ditunjukkan pada Jadual 1.
kerja, kemahiran berfikir, etika dan nilai dan kemahiran lain. Bahagian C merupakan jenis- jenis kursus atau latihan yang diperlukan untuk meningkatkan kebolehpasaran subjek kajian.
Sampel kajian terdiri daripada 173 orang pelajar Semester 7 (major Matematik, Sains, PBM, RBT, Prasekolah dan TESL). Analisis data dilakukan dengan menggunakan SPSS
Kebolehpercayaan Instrumen Kebolehpasaran
Kajian rintis telah dijalankan sebelum instrumen kebolehpasaran digunakan. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi dengan nilai Alpha Croanbach iaitu .97. Ini dapat ditunjukkan melalui Jadual 2.
9


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahap Kesediaan Kebolehpasaran Pelajar Mengikut Pengkhususan
Hasil analisis deskriptif mendapati keseluruhan subjek kajian mempunyai tahap kesediaan kebolehpasaran yang tinggi dengan nilai min 152.58 dan nilai sisihan piawai 20.38. Jika dilihat tahap kesediaan kebolehpasaran mengikut konstruk juga didapati tinggi bagi semua subjek. Hal ini dapat ditunjukkan berdasarkan Jadual 3.
Jika dilihat kepada tahap kesediaan pelajar mengikut konstruk juga didapati semua pelajar mengikut pengkhususan mempunyai tahap kesediaan kebolehpasaran yang tinggi. Bagi konstruk 1 (komunikasi dan
interpersonal) nilai min ialah antara 4.48-4.05; konstruk 2 (membut keputusan dan penyelesaian masalah) nilai min antara 4.49 – 4.06; konstruk 3 (ICT) nilai min ialah antara 4.68 – 4.14; konstruk 4 (kepimpinan) nilai min ialah antara 4.67 – 4.10; konstruk 5 (kerja berpasukan) nilai min antara 4.65 – 4.10; konstruk 6 (Perancangan Kerja) nilai min antara 4.53 – 4.04; konstruk 7 (kemahiran berfikir) nilai min antara 4.59 – 3.98; konstruk 8 (etika dan nilai) nilai min antara 4.58 – 4.12 dan konstruk 9 (kemahiran lain) nilai min antara 4.54 – 3.90. Hal ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 4.
10


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
11


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadual 5 menunjukkan analisis ujian ANOVA bagi membandingkan perbezaan antara faktor pengkhususan dengan kesediaan kebolehpasaran pelajar PISMP. Keputusan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan pada aras kesignifikan α = 0.05 antara pengkhususan dengan kesediaan kebolehpasaran dalam kalangan pelajar PISMP (MS = 0.843, F(173) = 1.537, p < 0.05). Ini menunjukkan, walaupun semua subjek kajian mempunyai tahap kesediaan kebolehpasaran yang tinggi tetapi terdapat perbezaan dalam tahap kesediaan kebolehpasaran mengikut kumpulan pengkhususan.
menunjukkan pelajar IPG KP Teknik mempunyai kesedaran tentang elemen- elemen kebolehpasaran. Walau bagaimanapun sama ada benar pelajar IPG KP Teknik mempunyai nilai kebolehpasaran tidak dapat ditentukan kerana kajian daripada perspektif majikan (pihak sekolah) tidak dilakukan. Kajian Muhammad Hazrul (2012) mendapati terdapat jurang antara prestasi sebenar graduan dengan jangkaan prestasi yang diharapkan majikan. Ini bermakna persepsi graduan terhadap diri mereka adalah tinggi tetapi dari sudut pandangan majikan belum mencapai tahap prestasi yang dikehendaki.
Latihan yang diperlukan untuk meningkatkan nilai kebolehpasaran
Hasil dapatan juga menunjukkan, walaupun semua pelajar menilai mereka mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi tetapi pelajar masih memerlukan beberapa kursus untuk meningkatkan lagi nilai kebolehpasaran mereka. Beberapa kursus yang paling diperlukan pelajar ialah yang berkaitan dengan ICT, pengurusan kewangan dan komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 6.
Rumusan, Perbincangan Dan Cadangan
Hasil kajian mendapati, secara keseluruhan subjek kajian mempunyai tahap kesediaan kebolehpasaran yang tinggi dalam kesemua sembilan konstruk kebolehpasaran. Ini
Dilihat dari segi perbezaan tahap kesediaan kebolehpasaran ternyata terdapat perbezaan antara pengkhususan di mana pelajar Sains didapati mempunyai tahap kesediaan yang tinggi berbanding pelajar dari bidang pengkhususan yang lain. Manakala pelajar Matematik menunjukkan tahap kesediaan kebolehpasaran yang rendah. Dari segi keperluan kursus ternyata kursus yang paling diperlukan pelajar ialah kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan kewangan dan kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dapatan tentang keperluan pelajar ini tidak konsisten dengan hasil dapatan Muhammad Hazrul (2012) yang menunjukkan graduan sepatutnya bukan sahaja boleh berkomunikasi dengan baik tetapi perlu bijak membuat keputusan dan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi.
12


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2013, IPGM). Warga IPG sewajarnya perlu membuka minda mengenai hala tuju institusi pendidikan dan bersedia untuk segala kemungkinan dan perubahan.
Sebagai cadangan satu kajian lanjutan perlu dilaksanakan untuk melihat maklum balas daripada perspektif pentadbir sekolah tentang nilai kebolehpasaran pelajar IPG yang sebenar. Ini bagi mengenal pasti adakah terdapat keselarasan perspektif antara pelajar IPG dan pentadbir sekolah tentang aspek kebolehpasaran serta memenuhi jangkaan seperti yang diharapkan.
Rujukan
Amla Mohd Salleh (2010). Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 201302025: Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah, 2013
Muhammad Hazrul Ismail (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia: Tinjauan dari Perspektif Majikan. Prosiding Perkem. vII, Jilid
2( 2012) 906-913
Parasuraman A., V. A. Zeithaml and L. L. Berry (1988). SERVQUAL: A multiple item scale for measuring consumer of service quality, Jool. 64 (1), pp: 14-40
Seminar Pendidikan Guru Kebangsaan 2013. Institut Pendidikan Guru Malaysia, Julai 2013
Tsang & Qu (2000). SERVQUAL: review, critique& research agenda. Impact Factor: 0.96). 12/1995; 30
13


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar Masa Kini
Murali a/l Murugasen, Sanmugasundaram a/l Ponnudurai 
 

Abstrak
Kerapkali kepimpinan dan guru besar sekolah dibincangkan dan dipersoalkan apabila berlaku sesuatu perkara atau peristiwa di sekolah. Dalam penulisan ini, penulis mengemukakan tiga jenis gaya kepimpinan berdasarkan Lewin, Leppit dan White (1939) iaitu gaya kepimpinan autokratik, gaya kepimpinan demokratik dan gaya kepimpinan laissez-faire. Ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan ini ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Apa yang jelas, adunan gaya kepimpinan autokratik dan demokratik dianggap sesuai untuk diamalkan oleh kepimpinan sekolah. Dalam penulisan ini juga dibincangkan beberapa isu yang menarik berkaitan dengan kepimpinan pengetua dan guru besar, Di samping itu, penulis juga turut mengemukakan enam strategi bagi membaiki isu-isu tersebut.
Pengenalan
Kepesatan perubahan dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan aspek kepimpinan menjadi suatu aspek yang tidak dapat dipisahkan oleh semua lapisan masyarakat. Masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat yang kompleks serta pelbagai ragam manusia ialah kepelbagaian jalan penyelesaian semasa menghadapi masalah. Rostow (1970) menyatakan:
“Kalau dalam sesuatu keadaan terdapat hanya satu jalan penyelesaian, satu sahaja hasil yang mungkin dicapai. Ia hanya melahirkan masalah teknikal atau pentadbiran, bukan masalah politik. Tetapi bentuk kepelbagaian dan kompleksnya bentuk masalah dan penyelesaian yang dikenalpasti menyebabkan keperluan terhadap kepimpinan dirasai. Jadi, kepimpinan adalah satu instrumen yang tidak dapat dielakkan dalam hidup manusia”
Gouldner (1950), menyatakan: “Soal kepimpinan telah menjadi satu masalah umum seperti juga masalah penggangguran, kemelesetan dan perpaduan”. Secara umumnya dipersetujui bahawa gaya dan kepimpinan berkesan diperlukan di semua
organisasi, sama ada dalam bidang perniagaan, kerajaan, keagamaan dan pendidikan. Organisasi ditubuhkan untuk mencapai satu set tujuan dan matlamat. Kejayaan sesuatu organisasi bergantung kepada kualiti kepimpinan. Konsep kepimpinan telah menarik minat organisasi pengurusan perniagaan kerana kesesuaiannya; sedangkan konsep kepimpinan baru sahaja diaplikasikan dalam pendidikan sebagai satu cara untuk melihat ingkah laku pengetua dan guru besar (Weinding dan Earley, 1987).
Sekolah merupakan organisasi yang penting dalam masyarakat di mana ia ditubuhkan untuk tujuan khusus pendidikan. Salah satu tujuannya ialah untuk meningkatkan pelajaran dan pencapaian akademik. Kepimpinan pengetua dan guru besar juga banyak mempengaruhi suasana di sekolah; khususnya berkaitan dengan meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar di sekolah. Keadaan ini sangat penting kepada pengetua dan guru besar kerana keberkesanannya sebagai pemimpin sekolah biasanya diukur dengan prestasi akademik pelajar-pelajar dalam peperiksaan.
14


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG), Pejabat Pelajaran Daerah Kecil (PPDK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pula biasanya meletakkan sasaran yang tinggi terhadap prestasi peperiksaan. Biasa kedengaran kita ada dalam kalangan pengetua dan guru besar yang dipanggil oleh pihak JPN dan PPG untuk memberi keterangan andainya mereka gagal mencapai sasaran yang ditetapkan. Oleh itu ada dalam kalangan pengetua dan guru besar meletakkan keutamaan kepada peperiksaan di sekolah hingga menyebabkan konsep dan matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang sebenarnya diabaikan.
Definisi Konsep Kepimpinan
Perkataan atau istilah kepimpinan baru sahaja dijadikan istilah tambahan dalam bahasa Inggeris sekitar 200 tahun; sedangkan istilah pemimpin (leader) telah muncul seawal 1300 masehi (Stogdill, 1974). Terdapat berbagai- bagai definisi untuk kepimpinan yang diterima umum. Yukl (1981) telah menyenaraikan tujuh definisi yang telah beliau ambil daripada beberapa orang pengkaji kepimpinan; iaitu:
Leadership is “ the behaviour of an individual when he is directing the activities of a group toward a shared goal.” (Hemphill and Coons, 1957)
Leadership is “a particular type of power relationship characterized by a group member’s perception that another group member has the right to prescribe behaviour patterns for the former regarding his activity as a group member.” (Janda, 1960)
Leadership is “interpersonal influence, exercised in a situation, and direced, through the communication process, toward the attainment of a specified goal.” (Tanenbaum, Weschler and Massarik, 1961)
Leadership is “an interaction between persons in which one present information of a sort and
in such a manner that the other becomes convinced that his outcomes... will be improved if he behaves in the manner suggested or desired.” (Jacobs, 1970)
Leadership is “the initiation and maintenance of structure in expectation and interaction.” (Stogdill, 1974)
Leadership is “the influential increment over and above mechanical compliance with the routine directives of the organisation.” (Katz and Kahn, 1978)
Leadership is “the process of influencing the activities of an organised group toward goal achievement.” (Raunch and Behling, 1984)
Soalan-Soalan Kajian
1. Apakah jenis-jenis kepimpinan pengetua dan guru besar yang biasa diamalkan di sekolah?
2. Apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang pemimpin berkesan?
3. Apakah cabaran-cabaran kepimpinan pengetua dan guru besar masa kini?
Jenis-Jenis Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar
Pada awal tahun 1939, Lewin, Leppit dan White telah mengenalpasti tiga gaya kepimpinan yang utama iaitu: gaya autokratik, demokratik dan laissez-faire.
Gaya Autokratik
Gaya kepimpinan ini tidak mementingkan rundingan atau perbincangan dalam menentukan tugasan kepada ahli-ahli dalam organisasi (Yukl, 1990; Robbin, 1993). Ia merupakan gaya mengarah yang melampau dan ciri-ciri kepimpinan begini adalah seperti berikut (Kretch dan Crutchfield, 1948):
• Pemimpin menetapkan semua polisi
15


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
• Teknik dan langkah-langkah ke arah mencapai matlamat diarah oleh pemimpin, satu matlamat pada satu masa, sehinggalah masa depan sentiasa ditentukan oleh pemimpin sendiri.
• Tugas-tugas kerja dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin sendiri
• Pemimpin bersikap ‘peribadi’, dalam memberi pujian dan kritik terhadap kerja- kerja setiap anggota tanpa memberi alasan yang objektif. Dia tidak mencampuri aktiviti kelompok kecuali ketika menunjukkan sesuatu.
Gaya Demokratik
Semua polisi ditentukan oleh kelompok dengan digalak dan dirangka oleh pemimpin. Sebarang aktiviti yang dijangkakan oleh anggota akan dapat difahami daripada penerangan yang diberi mengenai langkah- langkah umum dalam perbincangan pertama. Jika kelompok memerlukan nasihat teknikal, pemimpin akan memberi dua atau tiga prosedur alternatif yang boleh dipilih oleh kelompok. Anggota bebas untuk bekerja dengan sesiapa sahaja yang mereka suka dan pembahagian tugas diserahkan kepada kelompok.
Pemimpin cuba bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritikan dan mengambil bahagian dalam kelompok secara bersemangat tanpa banyak campur tangan dalam kerja.
Gaya Laissez-Faire
Dalam gaya kepimpinan ini, pemimpin hanya menyediakan kemudahan tertentu sedangkan ahli-ahli dalam organisasi bebas sepenuhnya untuk menentukan tugas, tanggungjawab serta dasar organisasi (Yukl, 1990; Robbins, 1993). Istilah ‘Laissez-Faire’ yang diambil daripada bahasa Perancis bermaksud ‘biarkan mereka bersendirian’ dan ini mengakibatkan kurang sekali kawalan terhadap anggota kelompok sehingga nampaknya seperti tidak mempunyai pemimpin.
Keberkesanan Kepimpinan
Katz dan Kahn (1978:24) menyatakan keberkesanan kepimpinan sebagai “... ia mempunyai hasil yang kita ingini atau kita iktiraf sebagai matlamat organisasi tercapai. Justeru, Bass (1960) mengetengahkan dua jenis keberkesanan kelompok yang mungkin dicapai melalui kepimpinan: keberkesanan kepimpinan dan keberkesanan interaksi. Yukl (1981) berpendapat bahawa keberkesanan kepimpinan bergantung pada hasil yang diperlihatkan seperti matlamat kumpulan, pencapaian kumpulan, pembangunan kumpulan, kesediaan kumpulan dan kapasiti kumpulan untuk menghadapi krisis. Bagi Edwin A. Locke dan rakan-rakannya (1991) pula berpendapat pemimpin yang berkesan adalah mereka yang tahu berurusan dengan semua orang, ada wawasan dan bekerja tanpa mengenal penat lelah.
Pada kesimpulannya, kepimpinan adalah mereka yang baik memimpin. Mereka membawa pengikut-pengikut ke arah yang jelas untuk jangka panjang dan tidak membawa mereka jatuh ke dalam gaung. Kita boleh andaikan Adolf Hitler sebagai pemimpin yang kuat tetapi dia bukannya pemimpin yang berkesan. Pada mulanya, kajian kepimpinan cuba menentukan ciri-ciri personaliti yang menbentuk seorang pemimpin yang berjaya.
Andaian pendekatan tingkah laku ini adalah bahawa siapa sahaja boleh menjadi pemimpin sekiranya beliau sanggup mempelajari tingkah laku pemimpin berkesan (Stogdill, 1974). Pendekatan teori situasi stail kepimpinan cuba mengkaji gaya kepimpinan yang paling sesuai dan berkesan dalam sitausi tertentu. Dengan ini timbul istilah autokratik, demokratik dan laissez-faire sebagai huraian stail kepimpinan.
16


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cabaran-Cabaran Persekitaran Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar Masa Kini
Kepimpinan pengetua dan guru besar di sekolah masa kini sedang menghadapi pelbagai cabaran akibat daripada perkembangan pesat sains dan teknologi di seluruh dunia kini. Dunia sudah menjadi semakin kecil kerana sistem komunikasi serta pertukaran maklumat dari seluruh pelusok dunia terlalu mudah dan cepat diperoleh. Antara cabaran yang sedang dihadapi oleh kepimpinan pengetua dan guru besar di sekolah adalah:
Pertama, struktur organisasi sudah berubah. Kalau dulu pengetua dan guru besar lebih ke arah ‘mengarah’ (directive), sekarang mereka lebih kepada ‘bertimbangrasa’ (democratic). Bahkan terdapat juga segelintir organisasi sekolah mengamalkan corak kepimpinan ‘laissez-faire’! Pengetua dan guru besar yang masih memimpin secara tradisional tidak akan bertahan lama di sekolah memandangkan guru-guru sekarang lebih selesa dengan stail kepimpinan demokratik dan laissez-faire (Fullan, 2000).
Kedua, organisasi sekarang menuju ke arah ‘learning organisation’. Jika pengetua dan guru besar tidak peka dan gagal mewujudkan keadaan tersebut di sekolah, maka organisasi tersebut akan ketinggalan kerana guru-guru yang bekerja di bawahnya tidak membangun dari segi pengetahuan dan kemahiran. Oleh itu, pengetua dan guru besar perlu mengawal semua guru di sekolah untuk memastikan visi dan misi organisasi tercapai (West, 1989).
Ketiga, kepesatan teknologi maklumat sekarang begitu ketara sekali. Penggunaan komputer dalam organisasi begitu meluas dan ini menuntut seseorang itu untuk belajar dan mahir menggunakannya (Syed Ismail, 2010).
Keempat, kehendak ibu bapa sekarang jauh berbeza daripada dulu kerana ibu bapa
sudah ramai yang celik huruf dan peka dengan perkembangan dunia pendidikan di luar dan di dalam negara. Mereka sudah melihat bahawa pedidikan anak-anak adalah merupakan satu pelaburan (asset) untuk masa depan (Syed Ismail, 2010).
Kelima, pengetua dan guru besar juga banyak menghadapi masalah daripada pihak atasan. Banyak dasar baru telah mula diperkenalkan secara mendadak menyebabkan mereka menghadapi tekanan yang berterusan daripada JPN atau PPD. Lantaran, perubahan kurikulum secara cepat dan mendadak adalah selaras dengan perkembangan dunia pengetahuan dan pendidikan. Pengetua dan guru besar mestilah bergerak seiring dengan perubahan kurikulum kalau mahukan organisasinya maju.
Isu-Isu Kepimpinan Pengetua dan Guru Besar
Pertama, masih terdapat sebahagian pengetua dan guru besar yang memimpin secara autokratik. Mereka sukar untuk memberi ruang kepada guru-guru memberi pendapat dan bertindak bebas dalam organisasinya (Stogdill, 1959).
Kedua, terdapat juga sebahagian besar pengetua dan guru besar cuba menyekat stafnya untuk ‘membangunkan diri’ dari segi pengetahuan dan kemahiran. Maksudnya, ruang untuk stafnya mejalankan kursus dalaman, pergi berkursus dan melanjutkan pelajaran disempitkan (Stewart, 1979).
Ketiga, terdapat sebilangan besar pengetua dan guru besar yang ‘takut’ dengan komputer. Mereka juga mempengaruhi stafnya supaya takut juga dengan komputer dan ini menyebabkan komputer yang dihantar ke sekolah (terutamanya di kawasan luar bandar) tidak disentuh walaupun bekalan elektrik ada (Syed Ismail, 2010).
17


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keempat, terdapat segelintir pengetua dan guru besar yag tidak peka dengan kehendak ibu bapa. Ini menyebabkan kepimpinannya tergugat dan menjadi kemarahan ibu bapa. Umpamanya, kehendak ibu bapa masa kini ingin kecemerlangan anak- anak mereka dalam akademik; maka organisasi sekolah perlu berusaha ke arah itu (Robiah, 1988).
Kelima, masih terdapat pengetua dan guru besar yang negatif tentang perubahan kurikulum. Apabila ini berlaku, bagaimanakah organisasi itu hendak meningkat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara? Kebanyakan negara di dunia sentiasa membuat reformasi atau perubahan terhadap kurikulum sekolah untuk disesuaikan dengan keadaan semasa (Blumberg, 1986).
Keenam, terdapat juga pengetua dan guru besar yang tindak-tanduknya bertentangan dengan kehedak nilai murni dalam organisasi dan masyarakat. Umpamanya, kejadian pengetua dan guru besar yang mencabul kehormatan pelajar perempuan, mabuk, berjudi, ponteng, muflis dan sebagainya (Ong, 1992).
Ketujuh, program latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru disifatkan sebagai tidak berkesan dan tidak sesuai, membazir wang dan membuag masa. Kebanyakan kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan lebih menekankan penyampaian maklumat dan kurang mementingkan amalan-amalan atau kaedah- kaedah pengajaran yang sesuai dalam bilik darjah (Arnsworth, 1976).
Strategi Membaiki Isu-Isu Tersebut
Gunakan stail kepimpinan autokratik untuk memberi kemudahan atau bantuan; bukannya untuk menekan atau menyeksa staf-staf di bawah (Weber, 1969).Hargai staf dalam organisasi dengan memberi ruang yang luas untuk mereka memajukan diri dari segi pengetahuan dan kemahiran. Galakkan latihan dalaman yang berjadual dan efektif (Gall, 1984).
Memimpin dengan bertindak sebagai model kepada staf di bawahnya. Sebagai contoh, pengetua atau guru besar prlu melibatkan diri dalam mengajar sekurang- kurangnya satu kelas, memantau pengajaran dan pembelajaran oleh guru dalam kelas, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sekolah sekolah, memberi ruang kepada staf untuk membuat keputusan dan sebagainya (Illich, 1971).
Memupuk keharmonian dalam kalangan kakitangan seperti mewujudkan suasana bilik guru yang tidak ada berpuak-puak, menggelakkan ancaman, mengekalkan had yang munasabah (Ramaiah, 1992). Pengetua dan guru besar dapat menerima sebarang perubahan dalam dunia pendidikan dengan hati dan fikiran yang terbuka luas. Dalam masa yang sama, kakitangan di bawah mereka perlu ikut berubah dalam teknik dan kaedah pengajaran dan pembeajaran (Leavitt, 1972). Pengetua dan guru besar mestilah berusaha untuk meningkatkan diri dengan memohon kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan seperti di Institut Aminuddin Baki serta Institut Tadbir Awam Negara (INTAN).
Kesimpulan
Kepimpinan pengetua dan guru besar mestilah berubah sebagaimana perubahan yang berlaku di sekitar mereka. Keperluan guru-guru, kehendak para pelajar, pengharapan ibu bapa serta masyarakat dan negara mesti diuatamakan. Kalau tidak, kepimpinan pengetua dan guru besar akan menimbulkan persoalan dan mengurangkan rasa hormat semua orang. Jawatan Pengetua dalam sistem sekolah adalah satu jawatan berwibawa.Pengetua dipertanggungjawabkan dan dianugerahkan autoriti ke atas perjalanan semua aspek sekolah dan terutama sekali, prestasi pengajaran dan pembelajaran (Weber, 1969).
18


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semua kemudahan fizikal, fiskal dan sumber manusia sesebuah sekolah diserahkan kepada kebijaksanaan dan budi bicara seorang pengetua bagi mewujudkan suatu persekitaran yang sesuai dengan proses pengajaran dan pembelajaran, serta kecemerlangan sekolah (Rutter, 1979)
Rujukan
Al Ramaiah. (1992). Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini, Petaling Jaya : IBS, Buku Sdn. Bhd.
Aminuddin, M. Y. (1994). Kepimpinan, Motivasi dan Prestasi : Model Guru dan Tentera. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Crosby, P.B. (1996). The Leadership and Quality Nexus. Journal for Quality and Participation, June.
Davis, G.A. Dan Thomas, M.A. (1989). Effective Scools and Effective Teachers. Boston: Allyn and Bacon.
Fiedler, F. (1967). A Theory of Leadership Effectiveness. New York: NcGraw-Hill.
Fullan,M. & (2000). Educational Leadership. San Francisco: John Wiley & Sons, Inc.
Gall, D. (1982). Program Evaluation. McGraw- Hill, New York.
Gouldner, A. W. (1950). Studies In Leadership : Leadership and Democratic Action. Harper and Brothers Publishers : New York.
Hurst, B. Reading, G. (2006). Professionalism in teaching. Ohio: Pearson Merrill Prentice Hall.
Illich, Ivan. (1971) Deschooling Society, Calder & Buyer, London
Lewin, K. (1944). The Dynamics of Group Action. Educational Leadership,1, 194-208.
M. et.al (Eds). Managing Education : The System and The Institution, London : Holt, Rinehart and Winston, 291-307
Locke, E.A. dan rakan-rakan (1991). The Essence of Leadership.
Mortimore, Peter & Jo (1991). The Primary Head Roles, Responsibilities and Reflections. Paul Chapman Publishing Ltd, London.
Ong, (1992) C.S. Effectiveness of the In- Service Training Programme for Secondary School Principals at Institute Aminuddin Baki, tesis Sarjana Pendidikan, Kuala Lumpur, Fakulti Pendidikan, University Malaya.
Razali, M.Z. (1996). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Robiah Sidin (1988). Asas Pentadbiran :Petaling Jaya: Cipta Sdn. Bhd.
Rustow, D. A. (1970). The Study of Leadership, dalam D.A. Rustow, Philosophers and Kings : Studies In Leadership. George Braziller : New York.
Syed Ismail (2010). Kepimpinan Guru dan Cabaran Semasa. Multimedia: Puchong.
Weindling, D. dan Earley, P. (1987). Secondary Headship : The First Years. NFER Nelson, Philadelphia
Wilkinson, C. Dan Cave, E. (1987). Teaching and Managing : Insperable Activities In Schools. Croom Helm ; London.
Yukl, G.A. (1981). Leadership In Organizations. Prentice-Hall, Inc.: New Jersey
19


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penggunaan Kaedah “WH” Ke Arah Mengatasi Masalah Mengantuk Pelajar Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Tan Teck Seng, Sanmugasundaram a/l Ponnudurai
Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengatasi masalah mengantuk di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah “WH.” Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada dua orang guru pelatih PISMP pengkhususan TESL semester lima di sebuah Institut Pendidikan Guru. Data kajian ini dikumpulkan secara triangulasi kaedah iaitu melalui pemerhatian, temu bual dengan responden dan temu bual dengan kawan responden.Dapatan kajian ini mendapati kaedah “WH” dapat membantu mengatasi masalah mengantuk guru pelatih dalam kelas. Dapatan kajian juga menunjukkan responden dan kawan responden yang ditemu bual bersetuju bahawa kaedah “WH” berjaya mengatasi masalah mengantuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kata Kunci: Mengantuk, Pelajar, Kaedah “WH”
Pengenalan
Latar Belakang Kajian / Konteks Kajian
Kajian ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik dan melibatkan dua orang pelajar semester lima yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) option TESL. Menurut Kamus Dewan, tidur boleh didefinisikan sebagai keadaan tidak sedar dengan mata terpejam. Mengantuk merupakan perkara semulajadi yang dialami oleh pelajar di institusi pendidikan. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu mengantuk tidak kira pada tempatnya maka tindakan ini akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri malah kepada orang lain. Perlakuan pelajar ini sering ditegur oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Jika sikap pelajar yang mengantuk ini tidak diambil tindakan oleh pihak pensyarah maka pastinya akan menjejaskan prestasi dalam akademik
dan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran.
Tumpuan penuh daripada pelajar memberikan kesan yang mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan, perlu ada satu mekanisma dalam mengurus tingkah laku pelajar secara spesifik di dalam kelas terutama pelajar yang dikategorikan sebagai “kaki tidur”.
Kaedah “WH” melibatkan kemahiran penyoalan atau pertanyaan. Guru berperanan untuk mengemukakan soalan kepada pelajar. Dalam kaedah “WH” guru mengemukakan berbagai soalan “WH” (Why?/ Who?/ When?/ Where?/ Which?/ dan How? kepada pelajar supaya mereka berfikir, menyusun dan menyedari pengalaman yang telah ada.
20


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh:
• Mengapa (Why) guru perlu mewujudkan satu suasana pembelajaran yang mesra budaya?
• Bagaiman (How) guru boleh mewujudkan satu suasana pembelajaran yang mesra budaya?
• Apakah (What) aktiviti yang boleh diadakan untuk mewujudkan persekitaran yang mesra budaya?
• Di mana (Where) aktiviti mesra budaya itu sesuai diadakan?
• Siapa (Who) perlu terlibat dalam aktiviti mesra budaya ini?
Dari jawapan pelajar, pengkaji akan tanya soalan “WH” yang lain.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam pemerhatian di dalam kelas, pengkaji mendapati dua orang pelajar menunjukkan tingkah laku negative iaitu mengantuk apabila proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
Kelesuan ialah musuh daya pengeluaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang yang mengantuk tidak dapat memberi tumpuan penuh terhadap pembelajaran yang sedang dilakukan. Pelajar yang mengantuk bukan sahaja menjejaskan proses pembelajaran diri sendiri, malah mengakibatkan bilik darjah berubah ke arah kurang sihat.
Pensyarah yang membiarkan sahaja pelajar berkenaan mengantuk mungkin dilabel sebagai kurang berkesan, kurang menarik dan kurang cekap dalam kawalan bilik darjah. Andai kata, pelajar yang mengantuk itu langsung tidak dikenakan sebarang isbat social, maka pelajar lain akan memperoleh pengaruh yang buruk. Lebih banyak pelajar akan berani tidur di dalam kelas, justeru mereka menganggap bahawa tiada tindakan tegas yang akan diambil oleh pihak pensyarah. Suasana persekitaran pembelajaran pula pada umumnya akan
kelihatan kurang ceria, tidak aktif serta tidak merangsang minat pelajar yang lain sekiranya terdapat beberapa orang pelajar yang mengantuk di dalam kelas sebelum, semasa dan selepas pengajaran berlangsung.
Sebagai seorang pensyarah sememangnya mahukan sesuatu yang baik, sempurna dan positif dalam setiap pengajaran dan pembelajaran yang dibuat tetapi adakalanya apa yang dibuat itu terpaksa mengalami kegagalan disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Pensyarah hendaklah bertindak bagi menghindari gejala berkenaan. Oleh yang demikian, kajian perlu dibuat bagi mengenal pasti cara mengatasinya masalah tersebut.
Fokus Kajian Isu Kajian / Tinjauan dan Analisis Masalah
Semasa mengajar kelas PISMP semester lima tersebut selama enam bulan di IPG Kampus Pendidikan Teknik, pengkaji berasa kurang puas hati bila berhadapan dengan masalah mengantuk di kalangan pelajar. Ada dua orang pelajar yang tidak sampai 20 minit berada dalam kelas sudah mula mengantuk. Perbuatan seperti ini sepatutnya tidak boleh berlaku dalam kalangan guru pelatih saya. Oleh itu, pengkaji telah membuat kajian tindakan untuk menangani masalah mengantuk pelajar PISMP TESL semester lima tahun 2013.
Pelajar mungkin tidak tidur atau tidak tertidur semasa pensyarah sedang mengajar, namun dalam keadaan mengantuk, pelajar tidak berupaya memanfaatkan sepenuhnya pengajaran dalam kelas. Akibatnya, kefahaman pelajar mengenai sesuatu tajuk dan keupayaan pelajar menguasai mata pelajaran berkenaan boleh dipersoalkan. Satu kaedah untuk mengurus tingkah laku pelajar secara positif dan berkesan perlu direka untuk mengatasi masalah mengantuk dalam kelas.
21


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaedah “WH” adalah kaedah penyoalan pensyarah kepada pelajar. Kaedah ini menekankan kepada perkembangan kemahiran bersoal jawab yang memerlukan kemahiran pemikiran yang lebih mendalam. Pelajar akan menyusun dan mengatur pengalaman lampau dan sedia ada bagi menjawab soalan. Kaedah “WH” melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Kaedah ini merangsangkan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. Aplikasi kaedah “WH” semasa pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mengatasi masalah mengantuk di kalangan pelajar.
Tinjauan Literatur Berkaitan Isu
Menurut Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (2010) ramai pelajar yang apabila mahu belajar akan terasa mengantuk. Ada pula yang tidak sampai 10 minit berada depan buku, mata terasa berat.Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu.
Menurut Mohd. Hasani Dali (2009) sebarang tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar di kelas, mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Tingkah laku ini walaupun dianggap biasa bagi seseorang tetapi ianya memberi kesan terhadap guru, rakan sekelas serta persekitaran pembelajaran.
Objektif Kajian Objektif Umum
Mengaplikasikan Kaedah “WH” dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengatasi masalah mengantuk dalam kalangan pelajar PISMP TESL.
Objektif Khusus
Mengatasi masalah mengantuk pelajar PISMP TESL menggunakan kaedah “WH” dalam pengajaran dan pembelajaran.
Soalan Kajian
Adakah masalah mengantuk pelajar PISMP TESL dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diatasi dengan menggunakan Kaedah “WH”.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada dua orang pelajar Semester 5 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) TESL tahun 2013, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Berdasarkan keputusan peperiksaan semester empat, pelajar-pelajar ini mempunyai pencapaian yang sederhana dalam bidang akademik.
Perancangan dan Tindakan yang Dijalankan
Model Kajian Tindakan Yang Digunakan
Kajian tindakan ini dilaksanakan mengikut model empat langkah oleh Kemmis dan Mc Taggart (1988) dan dilaksanakan dalam satu kitaran sahaja seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
22


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rajah 1 Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)
Prosedur Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
Prosedur perancangan dan pelaksanaan tindakan yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
Langkah 1:
Pengkaji akan melontarkan soalan “WH” kepada pelajar berkaitan sesuatu topic pengajaran.
Langkah 2:
Soalan akan mengaitkan dengan objektif pengajaran supaya tidak menyeleweng dan jawapan yang diterima juga berkaitan dengan objektif dan bukannya terlalu umum ataupun khusus yang tidak bertetapan dengan objektif pengajaran sesuatu topik.
Langkah 3:
Pelajar akan diberikan masa untuk berfikir kerana selain daripada mendapat jawapan daripada pelajar, kaedah ini juga bertujuan bagi mengasah pemikiran pelajar dan memberi mereka peluang bagi menghayati sesuatu isu dengan kritis dan kreatif.
Langkah 4:
Daripada jawapan pelajar langkah 1 hingga 3 diulangi dengan menggunakan soalan “WH” yang lain (Why? / What? / How? / Where? / When? / Who?).
Langkah 5:
Pengkaji membuat semakan terhadap catatan pemerhatian berstruktur yang telah dilakukan.
Langkah 6:
Temu bual bersama dua orang pelajar dan dua orang kawan responden dijalankan sehari selepas sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengetahui sama ada kaedah “WH” berkesan atau tidak.
Cara Pengumpulan Data
Bagi melaksanakan kajian ini, terlebih dahulu pengkaji perlu mengumpul data untuk membantu proses dalam membuat penilaian dan andaian. Kajian tindakan ini dilaksanakan selama tiga minggu. Antara kaedah pengumpulan data yang digunakan dalan melaksanakan kajian ini ialah pemerhatian, temu bual dengan responden dan temu bual dengan kawan responden.
23


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
i) Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang digunakan untuk memerhati reaksi responden serta membantu pengkaji melihat sama ada kaedah “WH” dapat membantu mengatasi masalah mengantuk dikalangan pelajar. Menurut Kamus Dewan (2005), pemerhatian boleh didefinisikan sebagai perihal memerhatikan dan mengamati sesuatu.Bagi mengumpul data kajian tindakan ini pengkaji menggunakan instrument pemerhatian turut serta. Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap dua responden tentang tingkah laku mereka menggunakan kaedah “WH”. Pemerhatian ini dilakukan di dalam kelas sewaktu sesi kuliah dilaksanakan oleh pengkaji.
ii) Temu Bual Dengan Responden
Pengkaji telah menjalankan temu bual dengan dua pelajar responden itu selepas mengaplikasikan kaedah “WH”. Temu bual dilaksanakan di bilik pensyarah dan dijalankan secara informal dengan tujuan supaya suasana temu bual tidak menganggu responden dalam memberi maklumat. Keadaan ini secara tidak langsung mendorong responden menceritakan / menyatakan keadaan sebenar tanpa rasa takut atau terpaksa. Situasi seperti ini juga mendorong responden bercerita lebih daripada yang dijangkakan. Ini secara tidak langsung membantu pengkaji mendapat gambaran dan maklumat yang lebih tepat. Tujuan pengkaji mengadakan sesi temu bual adalah bertujuan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas sama ada kaedah “WH” dapat mengatasi masalah mengantuk di dalam kelas.
iii) Temu Bual Dengan Kawan Responden
Pengkaji juga telah melaksanakan temu bual dengan dua orang kawan responden. Sebelum temu bual, pengkaji telah berusaha mendapatkan kepercayaan pelajar agar mereka tidak rasa kekok apabila melalui proses temu bual dijalankan. Saya telah
menjelaskan tujuan kajian serta memaklumkan sebab pelajar dipilih untuk kajian ini. Segala maklumat yang diberi adalah dirahsaikan. Pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan dan pengkaji mencatatkan nota berkaitan temu bual untuk memastikan tiada maklumat yang tertinggal.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan triangulasi antara pemerhatian, temu bual responden dan temu bual kawan responden bagi menentukan kredibiliti dan kerelevanan data yang dikumpul bagi meningkatkan lagi ketetapan pentafsiran. Menurut Merriam (1998) kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan menggambarkan situasi yang mana sesuatu dapatan dalam penyelidikan mempunyai replikasi sekiranya penyelidikan dilakukan dalam situasi yang sama untuk meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan kualitatif.
Analisis Data dan Interpretasi
Analisis data dibuat berdasarkan pemerhatian, temu bual dengan responden dan temu bual dengan kawan responden. Objektif dan persoalan kajian menjadi panduan kepada setiap analisis dan intrepretasi data dapatan kajian.
(i) Analisis Data Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan sesi pemerhatian turut serta terhadap responden dengan menggunakan borang pemerhatian sebagai panduan kepada aspek yang ingin diperhatikan. Pemerhatian merupakan cara terbaik untuk mengumpul data “first hand encounter” tentang murid yang hendak dikaji (Mariam 2002). Pemerhatian terhadap responden dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Analisis terhadap borang senarai semak pemerhatian mendapati kekerapan responden mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran semakin berkurangan pada minggu pertama.
24


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mereka menunjukkan tingkah laku mengantuk hanya pada setengah jam pertama dan kedua dalam kelas apabila Kaedah “WH” digunakan. Pada minggu kedua dan ketiga, responden tidak mengantuk pada sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran apabila kaedah “WH” yang sama dilaksanakan.
Jadual 1, merupakan analisis data yang diperolehi dari pemerhatian yang telah dilaksanakan.
(ii) Analisis Data Temu Bual Dengan Responden
Hasil temu bual mendapati sebelum kaedah “WH” diperkenalkan responden selalu rasa mengantuk pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji : Adakah anda merasa mengantuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas?
Responden A : Ya. Saya sering mengantuk dalam kelas.....................
Responden B : Saya pun rasa begitu..................
Pengkaji : Bilakah masanya anda merasa mengantuk?
Responden A : Pada waktu pertama mata pelajaran...............
Responden B : Pada waktu pertama......
Responden berpendapatan kaedah “WH” dapat membantu mereka mengatasi masalah mengantuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sekarang mereka lebih berfokas dalam pembelajaran.
Pengkaji : Adakah kaedah “WH” dapat membantu anda mengatasi masalah mengantuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Responden A : Ya. Saya tidak lagi merasa mengantuk apabila kaedah “WH” diperkenalkan...
Jadual 1 : Analisis borang senarai semak pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
25


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Responden B : Kaedah “WH” menjadikan saya lebih berfokas dan tidak lagi mengantuk.......
(iii) Analisis Data Temu Bual Dengan Kawan Responden
Semua kawan responden juga bersetuju bahawa kaedah “WH” telah berjaya mengatasi masalah mengantuk di kalangan responden. Mereka tidak lagi menujukkan tingkah negative itu semasa berada dalam kelas.
Pengkaji : Adakah kaedah “WH” dapat mengatasi masalah mengantuk responden A dan Responden B?
Kawan 1 : Ya. Kaedah “WH” dapat membantu responden A dan responden B mengatasi masalah mengantuk sebab ......
Kawan 2 : Responden A dan responden B tidak lagi mengantuk dalam kelas kerana .....
Refleksi
Rumusan Dapatan Kajian
Kajian tindakan ini mendapati bahawa kaedah “WH” berjaya dan mampu mengatasi masalah mengantuk dalam kalangan pelajar PISMP TESL dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu kaedah “WH” dapat mewujudkan suasana yang boleh mengalakkan pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh meransang minda pasif menjadi aktif dalam pembelajaran.
Sebelum menperkenalkan kaedah “WH” ada segelintir pelajar yang sering mengantuk pada waktu pengajaran saya. Ini selalu berlaku terutamanya pada waktu pertama kelas saya, Walaupun beberapa kali saya telah menegur pelajar tersebut, tetapi masalah itu terus berlaku. Ini boleh mencabar kewibawaan saya sebagai seorang pensyarah kalau masalah ini tidak dapat diatasi. Oleh itu saya perlu memikirkan satu mekanisme untuk memastikan bahawa semasa pengajaran dan penbelajaran, pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang segar dan mampu memberi sepenuh tumpuan dalam kelas.
Keadaan ini menyebabkan pengkaji melakukan refleksi kendiri terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Kaedah penerangan yang digunakan oleh saya kurang berkesan sehingga menyebabkan pelajar masih mengantuk dalam kelas. Tingkah laku negatif ini adalah daripada minda yang pasif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi aktif.
Selepas menggunakan kaedah “WH” suasana pembelajaran menjadi lebih ceria, pelajar aktif dan melibatkan diri secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka belumba-lumba untuk menjawb soalan pensyarah dan masalah mengantuk di kalangan pelajar dapat diatasi. Kebolehan menumpukan perhatian kepada sesuatu pelajaran adalah perlu untuk seseorang pelajar itu menerima arahan dan pengajaran dari pensyarah. Ini dapat dicapai melalui kegunaan kaedah “WH” kerana ia bertujuan untuk :
• Menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea
• Meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah
• Membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah
• Memperbaiki idea yang sedia ada
• Menilai idea-idea baru itu dalam konteks paradigm lama.
• Ini akan melahirkan pelajar yang sentiasa berfikir dan seterusnya kelihatan aktif dan segar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Cadangan untuk Kitaran Seterusnya
Sememangnya menjadi hasrat pensyarah untuk melihat pelajar mereka berjaya dalam pembelajaran supaya menjadi guru yang baik dan berkesan. Oleh itu, saya mencadangkan agar kitaran kedua diteruskan dengan melaksanakan kaedah “WH” di kalangan responden option lain seperti PISMP RBT, PISMP SAINS dan PISMP MATEMATIK.
26


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rujukan
Kidder, L.H. (1981). Research methods in social relation. New York: Rinehart & Winston.
Macintyre, C. (2005). The art of action research in the classroom. London: David Dalton Publishers.
Madzniyah Md.Jaafar. (2004). Temubual mendalam: Perlaksanaan kajian tindakan oleh guru di sekolah: Kertas kerja 1st National Seminar on Qualitatif Research University Malaya. 2nd December 2004.
Merriam, S.B. (1988). Qualitative Research and Case Study Application in Education. San Francisco: Jassey-Boss.
Mohd.Hasani Dali. (2010). Pengurusan bilik darjah untuk guru novis. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Tengku Asmadi b. Tengku Mohamad. (2008).Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif. Kuala Lumpur: PTS Millinnea Sdn Bhd
27


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kefahaman Teori Kaunseling dan Faktor Penggunaannya Dalam Kalangan Kaunselor Sekolah
Ismail Ahmad, Noor Haslinda Shuib
Abstrak
Latihan kaunseling di Malaysia kurang menekankan aspek teori dan ini memberi kesan kepada kefahaman dan penggunaan teori dalam kalangan kaunselor. Justeru kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap kefahaman teori, teori kaunseling yang popular digunakan dan faktor mempengaruhi penggunaan teori tertentu dalam kalangan kaunselor sekolah. Sepuluh teori kaunseling utama telah dikaji iaitu psikoanalisis, psikologi individu, pemusatan perorangan (PCC), gestalt, eksistensial, terapi rasional emotif perlakuan (REBT), realiti, modifikasi dan perlakuan, analisis transeksional (TA) dan multi modal. Sampel kajian pula terdiri daripada 130 orang kaunselor sekolah yang bertugas sebagai kaunselor sepenuh masa di sekolah menengah dalam daerah Hulu Langat, Petaling dan Klang, Selangor. Persampelan rawak mudah dijalankan bagi memilih sampel kajian. Keputusan kajian menunjukkan: 1) tahap kefahaman teori dalam kalangan kaunselor dikaji adalah sederhana atau memuaskan (min=57.2); 2) dua teori kaunseling paling popular digunakan ialah REBT dan PCC dan 3) terdapat dua faktor yang paling mempengaruhi penggunaan teori tertentu dalam kalangan kaunselor dikaji iaitu pengalaman klinikal dan falsafah teori. Berdasarkan keputusan kajian, perbincangan, implikasi, cadangan dan rumusan telah dikemukakan.
Kata Kunci: kefahaman teori, penggunaan teori dan faktor penggunaan teori.
Latar Belakang Kajian
Teori penting untuk dijadikan panduan kepada kaunselor semasa menjalankan praktis kaunseling. Penggunaan teori membolehkan interaksi antara kaunselor dan klien lebih berfokus tanpa terkeluar dari landasan perbincangan.
Masalah klien lebih mudah diteroka, dikenal pasti dan difahami jika kaunselor menjalankan proses konseptualisasi kes (case conceptualization) menurut pandangan teori yang digunakan.
Setelah masalah difahami, teori seterusnya membantu kaunselor menyediakan perancangan rawatan yang lebih teratur dan jelas. Ini bermakna teori kaunseling berupaya mempengaruhi tindakan yang bakal diambil oleh kaunselor disamping turut menyumbang kepada kelancaran kaedah rawatan yang bakal digunakan. Akhir sekali teori kaunseling juga penting kerana ia menyumbang kepada
keberkesanan sesi yang dijalankan. Dalam hal ini selain kecekapan kaunselor mempraktikkan kemahiran kaunseling, hasil kaunseling berkesan juga dikaitkan dengan keupayaan kaunselor menyesuaikan matlamat teori yang digunakan dengan matlamat kliennya. Memandangkan terdapat pelbagai kepentingan teori, maka adalah wajar semua kaunselor berpegang kepada teori disamping menggunakan teori tersebut atau lain-lain teori yang bersesuaian semasa menjalankan sesi kaunseling. Bagaimanapun Zakaria (2007) melaporkan terdapat dalam kalangan kaunselor yang terlibat dalam kajiannya tidak menggunakan teori. Kaunselor yang mengakui tidak menggunakan teori sebenarnya telah menggunakan teori secara tidak bersistematik tanpa merujuk kepada mana-mana teori kaunseling yang ada. Mereka telah menggunakan teori peribadi yang tidak jelas dan dibentuk sendiri hasil daripada pengalaman dan latihan yang diterima.
28


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh itu kaunselor sewajarnya menggunakan teori secara lebih bertanggungjawab iaitu sama ada menggunakan teori yang telah diakui keberkesanannya atau membina sendiri teori peribadi yang lebih jelas dan teratur berasaskan teori sedia ada. Teori peribadi yang dibina seharusnya tidak meminggirkan keselarasan antara falsafah peribadi dengan falsafah teori kaunseling yang dijadikan pilihan. Sekiranya keselarasan ini dipertimbangkan, penggunaan teori akan menjadi lebih bermakna iaitu teori mampu memberi impak positif kepada hasil kaunseling. Tanpa teori asas yang sistematik kaunselor akan kehilangan kekuatan, kecekalan dan keselarasan berkaitan keperluan mereka untuk membina interaksi yang lebih berfokus (Zakaria, Asyraf dan Wan Ibrahim, 2011).
Penggunaan teori kaunseling dikaitkan dengan cara kaunselor menggunakan teori dalam praktis mereka iaitu: 1) berpegang kepada satu teori dan hanya menggunakan teori pegangannya walaupun menjalankan kaunseling kepada pelbagai jenis klien yang membawa pelbagai kes ke dalam sesi (teori tunggal); 2) mengintegrasikan konsep utama yang terdapat dalam pelbagai teori (common factors integration); 3) menggunakan teknik daripada pelbagai teori tanpa berpegang kepada mana-mana teori (technical integration); 4) mengintegrasikan dua atau lebih teori untuk dijadikan pendekatan peribadi (theoretical integration) dan 5) berpegang kepada satu teori dalam masa yang sama menggunakan pelbagai teknik daripada teori-teori lain (assimilative integration). Mutakhir ini majoriti kaunselor lebih cenderung menggunakan teori, konsep dan teknik secara integrasi berbanding penggunaan teori tunggal. Ini adalah kerana, “... no one theory contains all the truth, and because no single set of counseling techniques is always effective in working with diverse client populations...” (Miller, Sward, Nielsen & Robertson, 2011 ms 7).
Selain tiada satupun teori kaunseling yang ada adalah sempurna, penggunaan teori secara integrasi juga dipengaruhi oleh peluang latihan (Castonguay & Beutler dalam Cooper & Mc Leod, 2007) dan penularan unsur spiritual atau keagamaan ke dalam perkhidmatan psikoterapi dan kaunseling (Norcross, 2005).
Penggunaan teori tertentu secara umum pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pengalaman klinikal (Arthur, 2001; Chan, 2008; Mc Clure et al., 2005; Poznanski & Mc Lennan, 2003) falsafah peribadi (Arthur, 2001; Poznanski & Mc Lennan, 2003), latihan (Arthur, 2001), falsafah teori (Murdock, Banta, Stromseth, Viene & Brown, 1998), personaliti (Arthur, 2001; Murdock et al., 1998; Poznanski & Mc Lennan, 2003; Varlami & Bayne, 2007), rakan sekerja (Arthur, 2001), penyelia (Arthur, 2001), epistemologi (Arthur, 2001) dan umur (Poznanski & Mc Lennan, 2003).
Faktor penggunaan teori tertentu merujuk kepada unsur atau sebab yang menyumbang kepada kaunselor menggunakan teori kaunseling tertentu dalam praktis mereka. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes, Zakaria et al. (2011) mendapati faktor penggunaan teori tertentu dalam kalangan responden kajiannya termasuk personaliti, pengaruh pensyarah/ penyelia, didikan keluarga, asuhan agama, falsafah peribadi dan falsafah teori. Kajian ini melibatkan lima orang kaunselor Muslim yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Usakli (2013) pula telah menjalankan kajian bagi mengetahui teori digemari dan faktor yang mempengaruhinya dalam kalangan 100 orang pelajar universiti di Turki yang terlibat sebagai responden. Kajian dijalankan secara kualitatif dengan meminta responden melihat siri pita video Three Approaches to Psychotherapy (TAP) yang memaparkan sesi kaunseling pendekatan PCC, REBT dan Gestalt.
29


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Responden diminta mencatatkan pandangan mereka berkaitan tiga pendekatan ini. Setelah analisis dokumen dijalankan, kajian mendapati 45 orang responden (45%) memilih REBT sebagai teori yang digemari, 35 orang responden (35%) memilih PCC dan 20 orang responden (20%) memilih Gestalt. Kajian juga melaporkan REBT lebih digemari kerana ia lebih realistik, mendalam dan berkesan.
Penggunaan teori tidak berupaya menyumbang kepada pencapaian matlamat kaunseling sekiranya kaunselor tidak memahami teori yang diguna secara mendalam. Matlamat kaunseling biasanya lebih mudah dicapai jika sesi kaunseling dijalankan oleh kaunselor berkesan. Ini bermakna tahap kefahaman teori seseorang kaunselor sangat berkait rapat dengan keberkesan kaunselor tersebut melaksanakan sesi kaunseling. Justeru tahap kefahaman teori merupakan salah satu petunjuk penting sama ada seseorang kaunselor itu dikategorikan sebagai berkesan ataupun tidak. Maka kaunselor wajar memahami teori yang digunakan dengan mendalam bagi memudahkan dia memahami pelbagai permasalahan klien dan seterusnya dikategorikan sebagai berkesan. Dalam hal ini, Cheston (2000) telah menggariskan peranan kefahaman berkaitan konsep utama sesuatu teori kepada kaunselor dalam memahami klien iaitu: 1) Psikoanalisis melalui pengalaman tidak sedar; 2) Psikologi Individu melalui pengalaman sedar dan tidak sedar; 3) Jungian melalui penerokaan idola, psikologikal dan nilai-nilai ketuhanan yang dianuti; 4) Humanistic/ Experiential dengan memahami secara mendalam perkataan yang dilafazkan; 5) Cognitive- Behavioral dengan memahami kekuasaan dan tenaga klien untuk berubah dan 6) Family-Systems dengan memahami salasilah (genogram) keluarga.
Penyataan Masalah
Berbanding Amerika teori kurang ditekankan dalam latihan kaunseling di Malaysia dan ini
dapat dilihat apabila hanya 3 jam kredit diperuntukkan bagi subjek teori kaunseling dalam kurikulum latihan kaunseling di IPTA yang menawarkan kursus kaunseling (Zakaria, 2010).
Keadaan ini memberi kesan kepada aspek kefahaman teori dan faktor penggunaannya kerana pelatih kaunseling perlu mengkaji dan mendalami pelbagai teori yang mengandungi pelbagai konsep abstrak serta melibatkan penguasaan pelbagai teknik. Zakaria (2010) seterusnya berpendapat, seorang kaunselor yang berpengetahuan tentang teori tidak semesti memahami teori secara mendalam kerana berkemungkinan kaunselor tersebut hanya menghafal tanpa memahaminya. Kurang memahami teori juga dikaitkan dengan kandungan sesuatu teori yang begitu kompleks dari segi falsafahnya sehingga menyukarkan kaunselor membuat pemilihan teori yang bersesuaian (Freeman, Hayes, Kuch & Taub, 2007).
Kesukaran memilih teori boleh menyebabkan kaunselor tidak menggunakannya. See dan Ng (2010) menyatakan masih terdapat kelompongan dari segi penggunaan teori dalam kalangan kaunselor di Malaysia. Kelompongan ini disebabkan mereka perlu memilih teori kaunseling yang pelbagai dan perlu sepadan pula dengan personaliti (Melati, Sh Marzety Adibah & Ping, 2009). Memikirkan kepentingan aspek kefahaman teori dan faktor penggunaannya, maka kajian ini dilakukan bagi menjawab tiga persoalan iaitu: 1) apakah tahap kefahaman teori dalam kalangan kaunselor sekolah; 2) apakah teori popular digunakan dalam kalangan kaunselor sekolah; dan 3) apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan teori dalam kalangan kaunselor sekolah.
30


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Metodologi Kajian
Reka Bentuk, Tempat, Populasi dan Persampelan
Pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk deskriptif jenis tinjauan. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat mengumpul data terus dari subjek kajian dan biasanya digunakan untuk membuat ramalan tentang sesuatu isu semasa yang timbul (Chua, 2006; Mohd. Majid, 2005) seperti untuk mengenal pasti sikap, pendapat, tingkah laku atau ciri-ciri sesuatu populasi (Creswell, 2005).
Kajian ini dijalankan di sekolah menengah dari tiga daerah dalam negeri Selangor iaitu Hulu Langat, Klang dan Petaling. Pada tahun 2010 terdapat lebih kurang 426 orang kaunselor (populasi) yang bertugas di sekolah menengah dalam tiga daerah ini. Kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan oleh pengkaji bagi memilih sampel kajian. Pada peringkat awal, pengkaji telah menetapkan sampel sebanyak 300 untuk mengelak berlakunya soal selidik yang tidak lengkap. Kemudian pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada semua kaunselor yang terlibat sama ada melalui pos atau pengkaji menghantar sendiri soal selidik ke sekolah di mana kaunselor berkenaan bertugas. Hasilnya terdapat 211 soal selidik dipulangkan. Bagaimanapun hanya 130 soal selidik lengkap dijawab oleh responden dan kesemua soal selidik tersebut dianalisis bagi tujuan kajian ini. Ini bermakna jumlah sampel dalam kajian ini ialah 130 dan ia menepati saiz sampel iaitu sama ada sebanyak 30 peratus daripada populasi atau lebih (Mohamad Najib, 1999).
Alat Kajian Kefahaman Teori Kaunseling
Satu set alat ukuran Kefahaman Teori Kaunseling (KTK) yang dibina oleh Ismail (2010) digunakan dalam kajian ini untuk menjawab persoalan kajian berkaitan dengan kefahaman teori kaunseling. KTK mempunyai 50 item yang mana memerlukan responden menjawab berasaskan kefahamannya
terhadap 5 konstruk yang terdapat dalam kebanyakan teori kaunseling.
Konstruk tersebut ialah: 1) sifat semulajadi manusia; 2) personaliti; 3) keberkesanan kehidupan; 4) kenapa manusia bermasalah dan 5) bagaimana manusia berubah. Dari segi teori pula KTK berkeupayaan untuk menilai 10 teori kaunseling utama yang menjadi tumpuan kebanyakan teks berkaitan teori kaunseling. Teori-teori tersebut termasuk REBT, PCC, Realiti, Modifikasi dan Perlakuan, Gestalt, Psikologi Individu, Psikoanalisis, Eksistensial, TA dan Multi Modal.
KTK telah menjalani kajian rintis bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan. Bagi melihat kesahan kostruk, ujian faktor analisis (varimax rotation) telah dijalankan. Oleh kerana kesemua item KTK memperoleh nilai loading 0.30 ke atas, maka kesemua 50 item tersebut diterima untuk kajian sebenar. Selain itu kesahan kandungan soal selidik ini juga telah diperoleh daripada pakar dalam bidang bimbingan dan kaunseling Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Keputusan ujian kesahan kandungan alat ukuran ialah .86. Akhir sekali untuk melihat kebolehpercayaan ujian cronbach alpha dijalankan dan mendapati keputusan kebolehpercayaan keseluruhan KTK adalah . 83. Dengan ini, kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran adalah baik dan boleh digunakan.
Data Demografi, Penggunaan Teori dan Faktor Penggunaan Teori Kaunseling
Bagi tujuan kajian ini pengkaji telah membina bahagian yang meminta responden memasukkan data demografi seperti jantina, umur, pengalaman, agama, kelulusan dan pendaftaran kaunselor. Selain itu pengkaji juga telah menyediakan deskripsi 10 teori kaunseling utama dan meminta responden menandakan teori yang digunakan dalam sesi kaunseling yang dijalankan oleh mereka.
31


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada bahagian akhir alat ukuran ini, pengkaji telah menyenaraikan 10 faktor yang mempengaruhi penggunaan teori kaunseling iaitu pengalaman klinikal, falsafah teori, personaliti, latihan diterima, falsafah peribadi, pengaruh penyelia/pensyarah, didikan agama, asuhan keluarga, rakan sekerja dan faktor umur.
Dapatan Kajian
Maklumat demografi dan tahap kefahaman teori kaunseling
Jadual 1 memaparkan maklumat demografi kesemua 130 orang kaunselor sekolah yang terlibat sebagai responden iaitu dari segi
jantina, agama, kelulusan, pendaftaran dengan Lembaga Kaunselor Malaysia, umur dan pengalaman. Jadual 2 pula menunjukkan tahap kefahaman teori kaunseling dalam kalangan kaunselor tersebut. Keputusan mendapati seramai 3 orang responden (2.3%) berada ditahap cemerlang, 71 orang (54.6%) berada ditahap baik, 38 orang (29.2%) berada ditahap memuaskan dan 18 orang (13.9%) mendapat keputusan lemah. Secara keseluruhannya tahap kefahaman teori dalam kalangan kaunselor yang dikaji adalah memuaskan (min = 57.2, sd = 14.76).
32


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teori kaunseling yang digunakan dalam kalangan kaunselor
Jadual 3 menunjukkan penggunaan teori kaunseling dalam kalangan responden. Dapatan menunjukkan REBT dipilih sebanyak 94 kali (72.3%), PCC 85 kali (65.4%), Realiti 63 kali (48.5%), Modifikasi dan Perlakuan 57 kali (43.8%), Gestalt 56 kali (43.1%), Psikologi Individu 51 kali (39.2%), Psikoanalisis 40 kali (30.8%), Eksistensial 31 kali (23.8%), TA 29 kali (22.3%) dan Multi Modal 24 kali (18.5) oleh responden kajian.
Faktor mempengaruhi penggunaan teori kaunseling
Jadual 4 menunjukkan faktor mempengaruhi penggunaan teori kaunseling dalam kalangan responden. Dapatan menunjukkan pengalaman klinikal ditanda sebanyak 86 kali (66.2%), falsafah teori 86 kali (66.2%), personaliti 40 kali (30.8%), latihan diterima 38 kali (29.2%), falsafah peribadi 37 kali (28.5%), pengaruh penyelia/pensyarah 21 kali (16.2%), didikan agama 16 kali (12.3%), asuhan keluarga 8 kali (6.2%), rakan sekerja 4 kali (3.1%) dan faktor umur 2 kali (1.5%) oleh
Berasaskan dapatan ini, penggunaan teori kaunseling mengikut pemeringkatan dari yang paling popular kepada paling tidak popular adalah REBT diikuti oleh PCC Realiti, Modifikasi dan Perlakuan, Gestalt, Psikologi Individu, Psikoanalisis, Eksistensial, TA dan akhir sekali Multi Modal. Kesimpulannya dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua teori yang paling popular digunakan oleh responden iaitu REBT dan PCC. Tiga teori kaunseling yang paling tidak popular pula ialah Multi Modal diikuti oleh TA dan Eksistensial.
responden kajian.
Dapatan ini menunjukkan pengalaman klinikal dan falsafah teori mempunyai dapatan yang sama iaitu berada pada kedudukan pertama sekiranya dilihat dari sudut pemeringkatan. Kesimpulannya, kedua-dua faktor ini adalah faktor yang paling mempengaruhi responden kajian membuat pemilihan teori kaunseling yang akan digunakan dalam praktis mereka. Sedangkan bagi faktor asuhan keluarga, rakan sekerja dan umur tidak begitu mempengaruhi penggunaan teori mereka.
33


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbincangan, Implikasi dan Cadangan
Kefahaman Teori
Secara keseluruhannya tahap kefahaman teori dalam kalangan kaunselor yang dikaji adalah sederhana atau memuaskan (min = 57.2, sd = 14.76). Dapatan ini selaras dengan kajian Zakaria (2007) yang melaporkan bahawa pengetahuan, kefahaman dan penggunaan teori dalam kalangan kaunselor yang dikaji adalah ditahap sederhana. Menurut beliau peserta kajian kelihatan masih belum menguasai teori kaunseling sepenuhnya dan ketiga-tiga aspek tersebut dipengaruhi oleh budaya tempatan, agama dan latihan yang diterima. Melalui kajian yang sama, Zakaria (2010) kemudiannya melaporkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kefahaman teori. Menurut beliau dapatan ini juga memberi makna bahawa kaunselor yang dikaji kurang memahami teori. Beliau seterusnya menambah, antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan ini adalah disebabkan praktikum kaunseling di institusi yang melatih kaunselor tidak begitu menekankan aspek teori.
Selain itu teori kurang difahami juga ada kaitan dengan kesukaran kaunselor memahami aspek-aspek kompleks yang
terkandung dalam teori kaunseling. Kesukaran ini menyebabkan mereka tidak berminat untuk mendalami teori yang ada. Keadaan ini seterusnya memberi ruang kepada kaunselor untuk tidak menggunakan teori secara bertanggungjawab atau hanya menggunakan aspek tertentu yang mudah difahami sahaja. Tidak menggunakan teori secara bertanggungjawab dalam satu jangka masa yang lama menyebabkan tahap kefahaman teori kaunselor semakin lemah. Dalam hal ini dapatan kajian yang menunjukkan terdapat 18 orang responden (13.9%) dikategorikan sebagai lemah tahap kefahaman teorinya agak membimbangkan. Selain daripada kelemahan aspek penyeliaan semasa praktikum, ketidakfahaman tentang teori juga adalah disebabkan oleh kemudahan di tempat latihan dan tempoh masa kuliah (Zakaria, 2010).
Atas dua faktor ini Zakaria seterusnya berpendapat, kaunselor yang mengikuti program kaunseling secara jarak jauh atau program berkembar tidak berpeluang untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti serta terpaksa mengikuti kuliah dengan jadual yang padat. Hal ini memberi impak kepada kualiti kefahaman teori.
34


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh itu kaunselor perlu meningkatkan kefahaman teori. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah melalui pengaplikasian teori. Pengaplikasian teori secara berterusan terbukti telah memberi sumbangan yang agak besar terhadap aspek ini. Cheston (2000) mendapati responden kajiannya sentiasa menggunakan teori kaunseling yang berlainan dalam tempoh masa tertentu sepanjang perkhidmatannya sebagai seorang kaunselor terlatih. Ini memberi makna dalam tempoh masa tertentu, seorang kaunselor telah mampu memahami secara mendalam teori yang digunakan. Apabila teori telah difahami, kaunselor akan mula meneliti kesesuaian dengan dirinya sama ada dari segi falsafah peribadi, personaliti, didikan agama, asuhan keluarga dan umur. Kaunselor berkesan akan menyesuaikan faktor-faktor ini dengan falsafah teori yang mahu digunakan. Proses pencarian ini akan berterusan sepanjang perkhidmatan sehingga dia menemui teori yang benar-benar sepadan dengan dirinya. Dalam tempoh tersebut selain menggunakan teori kaunseling utama yang telah kukuh, kaunselor juga disaran membina teori peribadi secara bersistematik berasaskan pengalaman yang dilalui.
Penggunaan Teori
Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat dua teori paling popular digunakan oleh kaunselor yang dikaji iaitu REBT dan PCC. Dapatan ini adalah selaras dengan trend semasa penggunaan teori dalam banyak kajian berkaitan penggunaan teori. Kajian oleh Chan (2008), Considine (2006), Mc Clure (2005), Miller (2006), Varlami dan Bayne (2007) dan Zakaria (2007) melaporkan REBT dan PCC adalah teori yang paling popular digunakan oleh kaunselor dan ahli psikologi.
Selain itu, pengkaji berpendapat konstruk A-B-C-D-E yang menjadi teras pengaplikasian REBT mudah difahami dan sesuai digunakan oleh kaunselor kepada pelajar. Langkah yang sistematik dan jelas sangat membantu semasa mereka menjalankan sesi kaunseling. Dari sudut teori PCC pula, kemahiran asas
kaunseling yang dipelopori oleh teori ini dapat membantu kaunselor agar berasa selesa apabila berinteraksi dengan klien. Hubungan kaunseling yang berlandaskan kemesraan pula menjadikan klien tidak rasa tertekan. Konsep kongruen, penerimaan tanpa syarat dan empati telah memberi sumbangan yang amat besar terhadap perhubungan terapeutik yang menjadi teras kepada PCC. Miller (2006) menyatakan, keutamaan PCC dalam mewujudkan hubungan terapeutik mungkin penyebab utama pelatih kaunseling memilih PCC sebagai teori kaunseling yang paling diminati. Othman (2005) pula berpendapat, konsep utama yang terdapat dalam teori PCC adalah bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia yang mana ciri-ciri interaksi PCC sebenarnya banyak persamaan dengan ciri-ciri berinteraksi masyarakat Melayu, Cina dan India.
Faktor Mempengaruhi Penggunaan Teori
Dapatan kajian ini yang mendapati faktor- faktor seperti pengalaman klinikal, falsafah teori, personaliti, latihan diterima, falsafah peribadi, pengaruh penyelia/pensyarah, didikan agama, asuhan keluarga, rakan sekerja dan faktor umur telah mengesahkan bahawa penggunaan teori kaunseling tertentu sebenarnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor-faktor ini adalah berbeza dari segi kekuatan pengaruhnya. Pengalaman klinikal dan falsafah teori didapati paling mempengaruhi iaitu kedua-duanya mempunyai keputusan yang sama dengan kekerapan 86 kali (66.2%) dipilih oleh responden.
Faktor pengalaman klinikal berhubung rapat dengan faktor umur kaunselor dan pengalaman mereka menjalankan sesi kaunseling. Pengalaman dan umur pula dikaitkan dengan kematangan. Kebiasaannya lebih berusia seseorang kaunselor itu dia dikatakan lebih berpengalaman dan matang. Pengalaman yang luas dalam menjalankan sesi kaunseling menjadikan kaunselor lebih matang dalam membuat keputusan terhadap teori yang bersesuaian dengan dirinya.
35


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majoriti kaunselor dalam kajian ini adalah berumur dalam lingkungan 35 tahun. Merujuk kepada lingkungan umur ini telah memberi makna bahawa majoriti kaunselor yang terlibat dalam kajian ini masih muda dan dikategorikan sebagai belum mencapai kematangan serta masih kurang dari segi pengalaman klinikalnya. Ini dapat dibuktikan apabila majoriti responden juga menggunakan REBT dalam praktis mereka yang merupakan salah satu teori dalam pendekatan Kognitif-Tingkah Laku.
Dapatan ini bertepatan dengan dapatan kajian Poznanski & Mc Lennan (2003) yang melaporkan, pengamal pendekatan Kognitif- Tingkah Laku kebanyakannya dari kalangan mereka yang muda (M=40) dan pengamal Psikoanalisis kebanyakannya adalah mereka yang berusia (M=47). Pengkaji menjelaskan perbezaan ini adalah kerana Kognitif-Tingkah laku melibatkan proses penyelesaian masalah yang praktikal, sedangkan Psikoanalisis memberikan penekanan kepada proses penyembuhan yang bersifat subjektif. Pendapat ini telah disokong oleh Schofield (2008) yang mendapati, kaunselor yang dikategorikan sebagai matang (M=53 tahun) cenderung untuk menggunakan Psikoanalisis dalam praktis kaunseling mereka.
Faktor falsafah teori turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kaunselor memilih teori yang mahu digunakan. Penggunaan REBT dan PCC yang tinggi dalam kajian ini berkait rapat dengan majoriti responden yang terdiri daripada kaunselor Muslim (80%). Kaunselor Muslim biasanya sangat mementingkan pandangan agama yang dianuti apabila membicarakan berkaitan manusia. Dalam hal ini faktor falsafah teori berkaitan pandangan terhadap manusia banyak mempengaruhi penggunaan teori PCC dan REBT dalam kalangan kaunselor dikaji. Menurut Wan Abd. Kader dan Ismail (2006) konsep kesempurnaan dalam teori PCC adalah selaras dengan pandangan Islam mengenai manusia yang berkecenderungan untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Mereka seterusnya berpendapat bahawa pandangan REBT iaitu manusia
berkecenderungan untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan memusnahkan diri adalah tidak bercanggah dengan perspektif Islam. Pernyataan ini sebenarnya telah menyokong dapatan kajian ini iaitu majoriti kaunselor dikaji menggunkan teori REBT dan PCC. Akhir sekali, dapatan kajian ini juga telah menjelaskan bahawa faktor falsafah sesuatu teori itu adalah faktor utama yang dipilih oleh kaunselor dikaji dalam membuat pemilihan terhadap teori yang mahu digunakan.
Rumusan
Secara keseluruhannya, kajian ini dapat memberi gambaran bahawa tahap kefahaman teori kaunseling dalam kalangan kaunselor dikaji adalah sederhana dan ini agak membimbangkan. Justeru, usaha harus dilakukan oleh kaunselor itu sendiri untuk meningkatkan tahap kefahaman teori terutama bagi teori yang dijadikan pegangan. Bagi pendidik kaunselor pula, aspek teori dalam kurikulum latihan dan praktikum kaunseling wajar diberi keutamaan. Sukatan pelajaran bagi subjek berkaitan teori kaunseling perlu dilihat kembali agar aspek teori ini diberi penekanan. Selain itu, kajian ini juga mendapati semua kaunselor dikaji menggunakan teori. Bagaimanapun penggunaan teori dilihat tidak begitu berkesan disebabkan kurangnya kefahaman terhadap teori. Penggunaan yang tinggi bagi teori REBT dan PCC pula telah memberi makna bahawa teori kaunseling utama terus mendapat tempat dalam kalangan kaunselor. Akhir sekali, kajian ini telah mengesahkan dapatan kajian-kajian terdahulu yang mana terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kaunselor menggunakan teori tertentu. Faktor pengalaman klinikal dan falsafah teori yang merupakan faktor utama yang mempengaruhi penggunaan teori telah memberi makna bahawa kaunselor lebih bergantung kepada pengalaman menjalankan sesi kaunseling dan kandungan dalam sesuatu teori dalam membuat pemilihan teori untuk digunakan.
36


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rujukan
Arthur, A.R. 2001. Personality, epistemology and psychotherapists choise of theoretical model: A review and analysis. The European Journal of Psychotherapy, Counselling & Health 4:45-64.
Chan, D. W. 2008. Theoretical counseling of teachers in Hong Kong. Counselling Psychology Quarterly 21: 257-266.
Cheston, S. E. 2000. A new paradigm for teaching counseling theory and practice. Counselor Education & Supervision 39: 11-35.
Chua, Y. P. 2006. Kaedah dan Statik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.
Cooper, M. & McLeod, J. 2007. A pluralistic framework for counselling and psychotherapy: Implications for research. Counselling and Psychotherapy Research, 7(3): 135-143.
Considine, D. C. 2006. Theoretical orientation and clinical practice: A survey of eclecticism among social workers. Unpublished doctoral dissertation. Minneapolis: Capella University.
Creswell, J. W. 2005. Educational Research : Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. New Jersey: Pearson Education.
Freeman, M. S., Hayes, B. G., Kuch T. H. & Taub, G. 2007. Personality: A predictor of theoretical orientation of students enrolled in a counseling theories course. Counselor Education and Supervision 46: 254-265.
Ismail Ahmad. 2010. Kecenderungan penggunaan teori kaunseling dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah. Tesis Master Sains yang tidak diterbitkan. Serdang, Selangor: Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
37


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan Buku :
The Survivor Personality: Why Some People are Stronger, Smarter and More Skillful at Handling Life's Difficulties
Thank Sow Eng
Mendiang Dr. Al Siebert ialah seorang tokoh yang terkenal di peringkat antarabangsa dan merupakan pakar rujuk kepada persatuan- persatuan yang menguruskan bencana dan kemalangan seperti World Trade Center Survivor’s Network, The U.S. Army Medical Service Corps Provider Resilency Trading, The Federal Eastern Management Development Center, Northwest Tribul Gathering dan lain- lain lagi.
Pengarang ini juga telah berjaya menghasilkan beberapa buah buku masyur lain yang berjaya memenangi hadiah dan bukunya perlu diulang cetak beberapa kali. Contohnya, The Resiliency Advantage: master change, thrive under pressure, and bounce back from setbacks (Winner, Indepent Publisher’s 2006 Best Self-Help Book), The Adult Student’s Guide to Survival & Success, 6th edition, How to succeed in college and still have time for your friend, 8th edition dan The Resiliency Manual for Federal Employees.
Berdasar kepada kajian mengenai fenomina untuk kekal hidup ( survival phenomenon) yang merangkumi melebihi empat dekat , Dr. Al Siebert telah menghasilkan nilai yang berharga mengenai kualiti-kualiti dan tabiat-tabiat yang dikongsi bersama oleh yang berjaya mengatasi situasi yang sukar; samaada dalam kehidupan harian kepada masalah kehidupan yang besar. Jika
anda tidak pernah dilatih tentang cara untuk mengatasi untuk mengatasai segala kesulitan, krisis, dan perubahan yang sering berlaku , buku ini boleh mengesyorkan kepada anda bagaimana untuk akses kepada ‘inborn survivor qualities’ dalam diri anda agar anda dapat bertindak yang terbaik semasa menghadapi segala rintangan.
Buku ini juga boleh menunjukkan kepada anda bagaimana untuk:
• Menyeimbangkan semula kehidupan anda yang terumbing,
• Menghadapi situasi ketidakan adilan secara berkesan.
• Mengasah bakat untuk serendipity/ good fortune.
• Membebaskan diri dari larangan semasa kanak-kanak yang mencegah anda dari mengatasi masalah secara efektif.
• Meningkatkan kepercayaan diri anda untuk menangani perubahan yang tercetus
• Hindari berlagak seperti seorang mangsa
38
• Terus berjuang bergolak.
dalam dunia yang sering


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengarang Siebert juga memberi contoh bagaimana keadaan ketidak adilan boleh menjadi positif. Beliau memberi contoh bagaimana dua orang pemuda, Oswald, yang merupakan adik-beradik sangat berbakat berjaya menghasilkan kartun animasi yang pertama di California dan berjaya mendapat kontrak setahun dengan bayaran yang lumayan. Filem kartun Oswald The Lucky Rabbit itu mendapat sambutan yang besar dan beliau berharap untuk mendapat sambungan kontrak pada tahun berikutnya. Mereka agak terkejut apabila produser itu cuma menawarkan kontrak untuk tahun berikutnya dengan bayaran yang jauh lebih rendah. Ini kerana produser tersebut telah suruh adik iparnya belajar curi cara-cara untuk menghasilkan siri katun itu secara lebih murah.
Oswald sangat marah dan kecewa kerana beliau bukan sahaja kehilangan sumber kewangan yang besar tetapi hak untuk terus mengeluarkan siri kartun yang beliau sendiri cipta itu juga luput. Namun beliau tidak berlagak seorang mangsa, beliau berazam untuk menghasilkan siri kartun yang lebih baik bersamaan dengan adiknya. Kartun animasi baru ini ditambahbaik kerana mempunyai suara. Kartun Oswald ini menempa kejayaan besar kerana ia merupakan Kartun Bersiri Mickey Mouse dan merupakan ikon popular untuk studio Walt Disney sehingga sekarang.
Siebert juga menyatakan salah satu peribadi ‘servivor’ ialah bersikap ‘Synergy Imperative’, yakni kehendak untuk melakukan kerja lancar dan terbaik. Mereka juga merupakan orang yang ‘inventif’ dan ‘trobleshooters’. Pengarang ini memberi contoh di sebuah kilang sabun terbesar di Jepun sentiasa memdapat rugutan daripada pelanggan bahawa mereka terbeli kotak sabun yang isinya kosong. Sebuah pasukan penyiastan dalaman ditubuhkan tetapi para jurutera syarikat tersebut masih tidak dapat menyelesaikannya. Sekumpulan jurutera telah diarah untuk menghasilkan sebuah alat yang melibatkan ‘hi-tech’, mahal, canggih , berupaya membuat ‘scanning’pada kotak- kotak sabun itu sebelum penghantaran keluar.
Proses ini tidak berjalan lancar dan menyebabkan ketidak selesaan pada unit pengeluaran.
Pada waktu yang sama, seorang pekerja kilang sabun tersebut telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah itu sendiri sementara masih menunggu penyelesaian yang lebih baik dari para jurutera syarikat itu. Pekerja ini telah meletakkan sebuah kipas lektrik di ‘conveyer belt’ yang membawa kotak-kotak sabun tersebut sebelum penghantaran keluar. Akibatnya, mana-mana kotak sabun yang kosong akan ditiup keluar dari ‘conveyor belt’ itu; maka masalah besar syarikat tersebut telah dapat diselesaikan dengan cara mudah, murah dan senang.
Pengarang ini juga melukis dua rajah untuk membezakan orang yang merasakan dirinya i)sebagai mangsa, dan ii)menganggap dirinya sebagai ‘thriving’/ pejuang untuk hidup. Orang yang menggap dirinya sebagai mangsa selalunya akan merasa ancaman semakin banyak ketika menghadapi menghadapi halangan dan mereka akan merasa semakin ‘distress’.
Berbeza dengan orang yang ‘thriving’ ; mereka akan berasa ancaman mereka semakin kecil walupun halangan mereka semakin banyak.
Buku ini mengandungi 14 bab dan pada bab terakhir, pengarang mencadangkan beberapa cara untuk belajar menjadi ‘surviving and Thriving’;
• Bertanya soalan
Mesti bertindak terhadap perubahan, ancaman, masalah,kritikan melalui pertanyaan. Melalui cara ini kita boleh tahu apa sedang berlaku dan memehami situasai yang sebenar dengan cepat.
• Tingkatkan fleksibility mental dan emosi anda
Tanya pada diri sendiri,” Adakah patut saya rasa serta berfikir ,sehala atau dua hala?”
Jangan konkongkan fikiran dan perasaan anda cuma terhadap pengalaman dan suara dalaman anda sahaja.
39


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
• Anggaplah perubahan dan terpaksa kerja dengan ketidak tentuan merupakan satu cara hidup mulai sekarang
Belajar untuk menangani perubahan dengan penuh keyakinan.Tinjau melalui pengalaman; perhatikan akibat-akibat daripada setiap tindakan. Mungkin ada pengajaran pada pengalaman yang lepas perlu diubah agar dapat kesan yang lebih baik pada masa hadapan.
• Ambil masa untuk perhati dan reflek
Tarik nafas panjang dan skan perasaan anda. Cuba sedari petanda-petanda awal apa yang akan berlaku di sekeliling anda.
• Ambil masa untuk menghargai diri anda
Cuba menghargai segala puji-pujian yang anda terima agar ia dapat memberi kekuatan pada diri anda sekiranya dikritik secara menyakitkan. Tahap harga diri anda akan menentukan kekuatan anda untuk mengatasi kekangan.
• Ikut arus ‘surviving’ dan ‘thriving’
Seimbang kembalikan emosi, adaptasi kepada perubahan, belajar untuk hidup dengan membuat sesuatu itu agar berakhir dengan baik, dan kemudian cuba cari hadiah. Semakin baik anda berdepan dengan perkara-perkara sebegini, semakin cepat anda dapat menukarkan bencana kepada peluang keemasan.
Kesimpulannya, buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat, terutamanya para pelatih yang bakal meminpin anak muridnya di sekolah-sekolah. Para pensyarah juga digalakkan membaca buku ini kerana kita sentiasa terdedah kepada persekitaran yang ketidak tentuan dan alam bahaya ketika kita membawa mentee kita mengikuti program dan akitiviti-aktiviti BIG.” Malang tidak berbau” itulah pepatah Melayu yang menggambarkan bahawa bencana atau kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Dengan membaca buku ini kita boleh menambah ilmu, pengajaran, kemahiran kita bertambah secara mendalam dalam bidang
ini; oleh itu diharap kita akan bertambah yakin, kuat semangat dan ‘smart’ ketika mengharung kesusahan dan rintangan dalam hidup kita.
Rujukan:
Siebert, A. (1996). The Survivor Personality: Why Some People are Stronger, Smarter, and More Skillful at Handling Life's Difficulties ...and How You Can Be Too. New York: The Berkeley Publishing Group.
40


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penggunaan CAPS Bagi Membantu Guru Pelatih Membina Soalan Lisan Kemahiran Berfikir Murid Pemulihan
Mahani binti Ibrahim, Fauziah binti Hashim
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menambah baik kaedah membimbing siswa guru bagi meningkatkan keupayaan mereka membina soalan lisan Kemahiran Berfikir (KB) murid pemulihan dalam proses pengajaran pembelajaran semasa PRAKTIKUM. Kumpulan sasaran terdiri daripada empat orang siswa guru yang sedang menjalani PRAKTIKUM pada semester 7. Kajian ini menggunakan CAPS dalam usaha untuk membimbing siswa guru membina soalan lisan yang dapat merangsang KB murid dengan mudah. Tinjauan awal mendapati bahawa siswa guru membina soalan lisan yang kurang merangsang KB murid. Data kajian dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual dan semakan dokumen siswa guru. Dapatan kajian mendapati penggunaan CAPS dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa PRAKTIKUM dapat membantu siswa guru membina soalan lisan KB murid pemulihan dengan lebih baik. Di samping itu siswa guru lebih berkeyakinan untuk menyoal murid dan sebaran soalan lebih meluas.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Semasa sidang pemerhatian, saya mendapati beberapa perkara yang boleh ditambah baik untuk meningkatkan keupayaan siswa guru dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya. Saya sering tidak berpuas hati dengan proses pengajaran dan pembelajaran siswa guru apabila mendapati mereka kurang memberi penekanan kepada unsur KB murid-murid pemulihan.
Siswa guru dilihat lebih memberi fokus bagi mencapai hasil pembelajaran dan bertindak terlalu menjurus kepada penyampaian isi pelajaran semata-mata. Pengajaran siswa guru sekadar memindahkan maklumat daripada sumber pengajaran kepada murid, tanpa membuka peluang KB murid-murid untuk berkembang. Guru pelatih menumpukan pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran murid terhadap aspek yang dilihat lemah daripada hasil ujian diagnostik sahaja.
Implikasinya, wujudlah pengajaran yang amat terikat kepada bahan dan kaedah mengajar membaca, menulis dan mengira
sahaja. Malah dalam setiap langkah pengajaran siswa guru, saya tidak nampak dengan jelas unsur-unsur KB itu dilaksanakan. Saya merasa agak kecewa dan berusaha menerangkan hal ini kepada siswa guru pada sidang pascapemerhatian.
Siswa guru tidak dapat menterjemahkan unsur-unsur KB semasa penyampaian isi pelajaran walaupun pada peringkat perancangan dicatatkan beberapa alat untuk melaksanakan unsur KB. Saya melihat siswa guru tidak berupaya membina dan mengembangkan unsur KB murid dalam pengajaran samada semasa set induksi , sewaktu penggunaan bahan bantu, dalam langkah pengajaran mahupun pada peringkat penutup pengajaran.
Hal ini menyebabkan, pada ruang unsur KB dalam borang PR1/P; siswa guru hanya berupaya mencapai tahap 2 dan 3 sahaja. Umumnya, saya mendapati bahawa siswa guru tidak berupaya membuka ruang KB untuk murid-murid pemulihan. Soalan lisan siswa guru kerap tertumpu kepada KB aras rendah sahaja.
41


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aras pengetahuan mengambil ruang lebih besar berbanding aras kefahaman. Siswa guru dilihat kurang berusaha untuk membuktikan bahawa mereka menggunakan alat berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa PRAKTIKUM.
Fokus Kajian
Soalan lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu elemen yang termaktub dalam Standard Kualiti Pendidikan Negara (Jemaah Nazir Sekolah, 2004). Standard ini lebih menumpukan tingkah laku guru semasa proses pengajarannya.
Soalan lisan guru merupakan teknik yang dominan dan meliputi keseluruhan proses pengajaran kerana guru merupakan orang yang berpengaruh di dalam pengajarannya (Roselan Baki, 2001). Maka, soalan lisan guru yang baik dapat merangsang dan menguji minda murid untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang bagaimana jawapan boleh diperoleh.
Soalan lisan yang baik juga dapat mencungkil pengalaman lalu bagi merangsang minda murid-murid untuk membuat perkaitan berbanding hanya menyatakan jawapannya. Oleh itu, amalan penyoalan lisan perlu diberi perhatian memandangkan ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran (Black & Harrison, 2001).
Hal ini menunjukkan peri pentingnya elemen penyoalan lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun, sejauh manakah keupayaan siswa guru membina soalan lisan yang dapat merangsang kemahiran berfikir murid pemulihan dalam proses pengajaran mereka? Dan adakah mereka prihatin untuk meningkatkan kemahiran penyoalan lisan ini secara lebih berkesan?. Justeru, kajian ini bukan sahaja bertujuan untuk meneliti keupayaan siswa guru membina soalan lisan secara mudah dan spontan, tetapi juga mampu merangsang kemahiran berfikir murid.
Tinjauan Awal
Semasa sidang pemerhatian; saya mencatat, meneliti dan membuat rumusan tentang taburan soalan lisan yang dibuat oleh siswa guru (SG) sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran selama 1 jam bagi setiap penyeliaan adalah seperti Jadual 1 berikut;
Apa yang dapat diperhatikan:
1. SG didapati sangat kerap mengemukakan soalan lisan (71%) semasa memulakan pengajaran dalam set induksi.
2. SG gemar mengemukakan soalan lisan (24%) semasa sesi penutup pengajarannya.
3. Tiada SG yang mengemukakan soalan lisan dalam langkah dua dan tiga.
42


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang dapat diperhatikan?
1. Sebahagian besar (81%) soalan lisan yang dikemukakan secara lisan oleh SG adalah soalan aras 1 - Pengetahuan .
2. Dua soalan lisan (9.5%) pada aras 2 – Kefahaman dan dua soalan lisan (9.5%) pada aras 4 – Analisis.
kepada diri murid dan perkara yang ada di persekitaran mereka sahaja.
Semasa Sidang Pasca Pemerhatian, data kualitatif yang diperolehi melalui sesi temu bual dengan responden (SG) pula didapati menyokong data yang ditemui sebelumnya. Antara dapatan temubual yang saya lakukan ialah;
Saya membina soalan lisan hanya pada masa set induksi untuk menarik minat murid- murid kepada isi pelajaran. Soalan yang dikemukakan hanya soalan yang mudah, yang dijangka akan dapat dijawab oleh murid- murid. Soalan akan dibuat spontan bergantung kepada bahan bantu mengajar yang saya gunakan.
SGA
Saya tidak fikir murid-murid saya akan dapat menjawab soalan aras tinggi. Mereka belum menguasai kemahiran KVK. Sebab itu, saya hanya menanyakan mereka dengan soalan lisan aras rendah meliputi apa dan siapa sahaja.
SGB
Saya tidak merancang apa soalan lisan yang akan saya kemukakan kepada murid-murid kerana soalan lisan secara spontan akan dapat dibina pada awal pengajaran dan pada waktu penutup. Soalan lisan banyak bergantung kepada bahan bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Situasi semasa juga dapat membantu saya membina soalan lisan.
SGC
Saya merancang soalan lisan dan mencatatkan dalam buku rancangan pengajaran saya. Tetapi selalunya pada aras rendah sahaja, sebab hendak menarik minat murid-murid terhadap pelajaran sahaja. Selepas itu saya akan terus kepada kemahiran yang hendak diajar.
Analisis Tinjauan Awal
Dalam masa empat hari penyeliaan PRAKTIKUM ke atas 4 orang SG, pemerhatian mendapati mereka tidak berupaya membina soalan lisan yang boleh merangsang KB murid. Sebaliknya hanya membina soalan lisan beraras rendah – pengetahuan dan kefahaman. Soalan-soalan hanya berkisar
43


WADAH EDISI 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SGD
Dari segi taburan penyoalan lisan pula, SG kerap mengemukakan soalan-soalan lisan secara spontan pada langkah set induksi dan penutup sahaja. Tujuan penyoalan pada tahap ini lebih menjurus untuk menguji ingatan murid dan mengumpul minat murid sahaja. Penyoalan lisan tidak dibuat untuk menggerak minda murid mahu pun menggalakkan pemikiran murid pada tahap tinggi.
Analisis tinjauan awal, menunjukkan satu ruang penambahbaikan boleh dilakukan dalam rangka kerja penyeliaan PRAKTIKUM oleh pensyarah pembimbing.
Penggunaan CAPS dilihat dapat mengatasi masalah SG yang kerap membina soalan lisan pada aras rendah sahaja. CAPS membantu SG merancang dan membina soalan lisan untuk murid berfikir pada aras lebih tinggi daripada biasa.
Objektif Kajian
Umumnya, kajian ini bertujuan untuk membantu guru pelatih membina dan mengemukakan soalan lisan dengan lebih mudah.
Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk;
1. Membantu guru pelatih membina soalan lisan yang mempunyai unsur KB dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelas Pemulihan melalui Carta Arah Perkembangan Soalan (CAPS).
2. Membantu guru pelatih meluaskan sebaran soalan lisan yang boleh merangsang KB murid Pemulihan dalam dengan mudah menggunakan Carta Arah Perkembangan Soalan (CAPS).
Tindakan Kajian
Model Penyeliaan Kinikal (Carl D. Glickman, Stephen P. Gordon & Jovita M. Ross-Gordon, 2007) menuntut pensyarah pembimbing melalui lima langkah bimbingan iaitu Sidang Prapemerhatian, Pemerhatian, Analisis, Sidang Pasca Pemerhatian dan Analisis Sidang Pasca Pemerhatian.
Pada Sidang Prapemerhatian, saya meneliti rancangan pengajaran SG dan berbincang tentang beberapa soalan lisan yang boleh dibina kemahiran yang akan diajarkan pada masa itu. Saya menunjukkan CAPS kepada SG dan menerangkan kerangka untuk membina soalan lisan berdasarkan CAPS. CAPS mengandungi kata tanya apa, siapa, bila, kenapa, bagaimana dan kata nama ramalan. Kata tanya dan kata nama ini disusun secara horizontal bagi menunjukkan berlakunya proses peningkatan aras semasa membina soalan lisan. Dalam rancangan pengajaran SG, didapati soalan lisan yang dibina hanya pada tahap apa, siapa dan bila sahaja.
SG dibimbing untuk meneruskan binaan soalan lisan pada tahap kenapa, bagaimana dan ramalan yang bersesuaian dengan isi pelajaran pada pengajaran tersebut, dan soalan-soalan lisan tersebut boleh dikemukakan dalam langkah tiga dan empat pengajaran.
Pada Sidang Pemerhatian, jika saya mendapati SG cuma beralih soalan lisan pada tahap kenapa, tidak pada tahap bagaimana dan ramalan, maka perbincangan akan diteruskan semasa Sidang Pasca Pemerhatian. SG dibimbing untuk membina soalan lisan lanjutan tetapi masih dalam kerangka kemahiran yang diajarkan pada hari tersebut.
Rajah1: Carta Arah Perkembangan Soalan (CAPS 1)
44


Click to View FlipBook Version