The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fendy.edu21, 2021-12-01 07:11:16

Contoh_BUKU PROGRAM KOLOKIUM PICP FINAL

Contoh_BUKU PROGRAM KOLOKIUM PICP FINAL

Keywords: Kolokium PICP

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

PROJEK DAwal

FARIDAH BINTI A. RAHMAN
Pengetua SMK Seri Bedena, Sabak Bernam

[email protected]
HJH. NORHASIMAH BINTI HASHIM
Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands

[email protected]
ROHANI BINTI MARJUKI
TN HJ SUHAIMI BIN SABRAN
Pegawai SIP+, PPD Sabak Bernam

@ppd.edu.my

Kehadiran ke sekolah memainkan peranan penting dalam usaha membantu
meningkatkan prestasi akademik sesebuah sekolah. Berdasarkan analisis peratus
kehadiran murid sepanjang tahun 2017, 2018 dan 2019, SMK Seri Bedena, Sungai
Besar, Selangor mencatat kehadiran di bawah 80%. Tindakan yang drastik diambil
bagi mengatasi masalah ini dengan menyasarkan peratus kehadiran sebanyak 85%.
Projek DAwal (Datang Awal) dirancang dan dilaksana bagi melahirkan rasa sayang
pada sekolah dan berkeinginan datang ke sekolah serta mengurangkan masalah
ketidakhadiran murid ke sekolah. Projek ini telah dimulakan seawal bulan Januari 2020
dan setiap bulan data kehadiran murid dianalisis. Pelbagai insentif disediakan bagi
menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah termasuk memberi hadiah pada
murid-murid yang datang awal ke sekolah. Berlaku peningkatan peratus kehadiran
murid bagi bulan Januari (85.51%), Februari (87.2%) dan Mac (86.09%). Tiga bulan
pertama jelas menunjukkan KPI sekolah (85%) telah tercapai. Manakala bulan Jun
hingga Oktober purata peratus kehadiran murid ke sekolah mulai menurun ekoran
pandemik COVID-19 dan murid tidak dibenarkan hadir ke sekolah hampir tiga bulan
(sekolah ditutup, dibuka dan ditutup semula). Keselesaan berada di rumah yang agak
lama sedikit sebanyak mendorong kemalasan murid untuk hadir ke sekolah apabila
sekolah mula dibuka secara berperingkat.
Kata kunci: Pengurusan HEM, kehadiran

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 49

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

TALIAN KASIH

AHMED SHOLAHUDDIN BIN OMAR
Pengetua SMK Seri Rasau, Dungun, Terengganu

[email protected]
EUIS MARIANI BINTI D KOSWARA
Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands

[email protected]
TAJULDDIN BIN MOHAMMAD Ph.D

Pegawai SIP+, PPD Dungun
[email protected]

Kehadiran murid ke sekolah memainkan peranan yang penting untuk memberi impak
yang besar dalam keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia SPM. Isu yang berlaku di
SMK Seri Rasau (SERASA) adalah peratus kehadiran murid tidak mencapai 95%
seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan analisis,
peratus kehadiran murid pada tahun 2018 mencatat 90.38%. Pelbagai program telah
dirancang dan dilaksanakan, akhirnya kita dapati data kehadiran bulanan tahun
2019 telah meningkat iaitu 90.58% namun menurun semula kepada 86.59% pada
tahun 2020 ketika mana negara kita ditimpa pandemik COVID-19. Walaupun begitu
program yang dirancang telah ditambah baik dan diteruskan dalam keadaan norma
baharu. Kerja keras itu telah mengubah prestasi akademik dan kokurikulum SMK
Seri Rasau di mana telah meningkat pencapaian dalam Layak dapat Sijil Pelajaran
Malaysia iaitu dari 76.56% kepada 97.58%. Manakala keputusan gred purata sekolah
meningkat sedikit iaitu 6.64 kepada 6.50. Semua ini adalah hasil kerja keras semua
iaitu, pihak pengurusan, guru, ibu bapa dan komuniti setempat.
Kata Kunci: Kehadiran, Layak Mendapat Sijil (LMS)

50
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROGRAM MUTIARA PRIHATIN

MOHAMAD ZUKHI BIN SAAD
Pengetua, SMK Taman Mutiara, Kulim Bandar Baharu, Kedah

[email protected]
LIM SIEW HUI, PhD
Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected]
SUYAMIN BIN SAMSUDIN
Pegawai SIP+ PPD Kulim Bandar Baharu

Program Mutiara Prihatin amat sesuai dilaksana dan dijalankan di SMK Taman
Mutiara memandangkan peratusan kehadiran murid ke sekolah semakin merosot
setiap bulan dan tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia sebanyak 95%. Berdasarkan data APDM, jelas menunjukkan
bahawa peratusan kehadiran murid ke sekolah tidak mencapai 90% pada tahun 2018
dan 2019. Malah peratus kehadiran semakin merosot dari 87.45% (2018) kepada
86.00% (2019). Sekiranya fenomena ini tidak dibendung, maka tabiat ponteng ini
juga akan menjejaskan prestasi akademik murid-murid khususnya dalam pencapaian
peperiksaan awam iaitu PT3 dan SPM. Isu ketidakhadiran murid ke sekolah ini
merupakan satu isu kritikal yang perlu dicari jalan penyelesaiannya. Sehubungan itu,
atas dasar kepentingan pendidikan, program Mutiara Prihatin, iaitu bersama-sama
meningkatkan peratusan kehadiran murid ke sekolah perlu dilaksanakan agar murid-
murid diberi perhatian khusus untuk hadir menuntut ilmu pengetahuan dan sekaligus
memotivasikan para guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc)
dijalankan di dalam kelas. Purata peratus kehadiran murid sebelum program adalah
86.00% (2019). Setelah program dijalankan peratus kehadiran telah meningkat
kepada 88.50%. Walau bagaimanapun peningkatan hanya sebanyak 2.50%. Sasaran
kehadiran yang sebenar (93.00%) tidak dapat dicapai kerana faktor pandemik
COVID-19 yang melanda negara pada tahun 2020.
Kata kunci: Mutiara Prihatin, kehadiran murid, perhatian khusus

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 51

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

I LOVE PATRICIAN

MD RADZI BIN YAACOB, BKM
Pengetua, SMK St Patrick (M), Kulim Bandar Baharu, Kedah

[email protected]
LIM SIEW HUI, Ph.D

Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected]

AZAMAN BIN ABD RAHMAN
Pegawai SIP+ PPD Kulim Bandar Baharu
Hasil analisis data kehadiran murid menunjukkan kehadiran murid ke sekolah masih
belum mencapai tahap yang memuaskan. Lantaran itu, satu Program I Love Patrician
(cinta, merisik dan ziarah) dilaksanakan untuk meningkatkan kehadiran murid ke
sekolah di samping dapat meningkatkan pencapaian akademik, membentuk mental,
jasmani dan rohani serta membangunkan sahsiah terpuji bagi murid sekolah ini.
Program I Love Patrician melibatkan seramai 28 orang murid yang telah mencatat
ketidakhadiran melebihi 50 hari dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Data dikumpul
melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan analisis data
menunjukkan Program ini mendapat hasil yang amat menggalakkan kerana ada
peningkatan kehadiran murid walaupun sedikit. Walaupun tidak mencapai sasaran
yang ditetapkan disebabkan wabak pandemik COVID-19, namun dengan peningkatan
yang diperoleh memberi semangat kepada para guru yang begitu komited dan
berusaha dalam pelaksanaan program ini. Pasukan yang mantap ini telah memberi
suntikan semangat kepada saya untuk membawa pasukan saya terus melangkah ke
depan bagi mencapai sasaran seperti dirancangkan dalam pemetaan tiga tahun dan
seterusnya melonjakkan kecemerlangan sekolah.
Kata kunci: Kehadiran murid, sahsiah terpuji, pasukan yang mantap, kecemerlangan
sekolah

52
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

RIMBUNAN KASIH

AHMAD NORDIN BIN BAHARI
Pengetua Cemerlang SMK Penarek, Setiu, Terengganu

[email protected]
DR ABDUL WAHAB BIN MUDA
Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands

[email protected]
WAN YAAKOB BIN WAN IBRAHIM

Pegawai SIP+, PPD Setiu

Berdasarkan penelitian dan analisis data mendapati SMK Penarek sedang
menghadapi ambang penurunan dari segi prestasi baik kurikulum, kokurikulum
mahupun sahsiah. Paling membimbangkan bila mana keputusan peperiksaan SPM
dan STPM menduduki tangga terbawah pada tahun 2018 di negeri Terengganu. Dalam
sukan daerah juga tiada sebarang pingat emas dapat dikutip. Sahsiah pelajar juga
sangat membimbangkan dengan berlakunya banyak pergaduhan, vandalisme dan
yang menakutkan apabila terdapat 3 orang pelajar yang telah melahirkan anak tanpa
nikah. Kehadiran pelajar ke sekolah juga sangat rendah iaitu sekitar 82% sahaja.
Dapat diperhatikan bahawa hubungan antara ibu bapa dan sekolah sangat jauh.
Sangat sedikit kerjasama yang dapat dibuat antara keduanya. Berlaku penurunan
jumlah pelajar yang sangat ketara di mana pada tahun 2008 jumlah pelajar sekolah ini
mencapai sehingga 1200 orang, namun pada tahun 2018 jumlah pelajarnya menurun
sehingga 720 orang sahaja.
Kata kunci: Pengurusan Hem dan Pengurusan Hubungan Luar

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 53

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

MASIH ADA YANG SAYANG (MAYANG)

MOHD SUBERI BIN ABDULLAH
Pengetua SMK Landas, Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu

[email protected]
DR ABDUL WAHAB BIN MUDA (Januari 2020-Mei 2021)

PN,NORITA BT.ISMAIL (Julai 2021)
Pensyarah Pembimbing, IAB Genting Highlands

[email protected]
EN.ZULKIFLE BIN SULONG
Pegawai SIP+, PPD Hulu Terengganu
[email protected]
Isu yang dilihat di SMK Landas ialah kehadiran yang tidak mencapai 95% pada setiap
hari. Hal ini sudah pasti memberi impak yang besar dalam keputusan peperiksaan SPM
dan STPM. Justeru, isu yang dipilih untuk diselesaikan ialah meningkatkan kehadiran
pelajar melebihi 93% setiap hari. Murid SMK Landas berpotensi untuk menyerlah
dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum. Keputusan yang dicatatkan dalam SPM
menunjukkan potensi untuk meningkatkan GPS dari setahun ke setahun. GPS SPM
tahun 2016 ialah 6.14 tetapi telah menurun 6.19 pada tahun 2017 kemudian meningkat
semula kepada 5.54 pada tahun 2018. Walaupun begitu telah menurun kepada 5.82
tahun 2019. Walau bagaimanapun pada tahun 2020 telah melompat saujana kepada
5.17 peningkatan yang agak tinggi sejak tahun 2013. Lonjakan prestasi sebanyak
0.65 tercipta kerana penggemblengan usaha pengurusan serta semua guru yang
terus menerus meningkatkan motivasi murid untuk mencipta kejayaan.
Kata kunci: Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Kurikulum

54
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

MENGGALAKKAN KEHADIRAN MURID MELALUI
PEWUJUDAN KECERIAAN KOLAM IKAN HIASAN

SEBAGAI PEMANGKIN

KAMIL SOHAIMI BIN MOHD YUSOP
Pengetua SMK Toh Indera Wangsa Ahmad

[email protected]
Hong Boon Ching

Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected]

Hassan Azahari Bin Yunus
Pegawai SIP+, PPD Kinta Selatan

[email protected]

Masalah kehadiran murid ke sekolah merupakan isu besar yang sering berlaku di
sekolah hari ini. Kajian punca masalah dan jalan penyelesaian dengan pelaksanaan
program dan aktiviti yang bersesuaian telah dilaksanakan bagi membendung
isu ini daripada berterusan. Isu ketidakhadiran ke sekolah dikenal pasti daripada
kelompok murid yang mempunyai masalah tersendiri dan sukar bagi mereka untuk
menyelesaikannya. Oleh itu, pihak sekolah telah memainkan peranan penting untuk
melaksanakan beberapa program yang menyeronokkan untuk menarik minat murid
hadir ke sekolah. SMK Toh Indera Wangsa Ahmad telah melaksanakan satu projek
khas bagi menarik minat murid hadir ke sekolah antaranya Projek Kolam Ikan Hiasan
dan beberapa projek lain yang akan menyusul sepanjang tahun. Di samping itu, bagi
meningkatkan motivasi murid laungan Slogan sekolah “Proud To Be Tiwarian” juga
telah diperbaharui dan dijayakan dalam pelbagai program dan aktiviti dapat menyuntik
semangat dan perasaan positif dalam kalangan murid dan guru. Manakala, Projek
Kolam Ikan Hiasan pula dapat memberi impak positif sebagai pemangkin kehadiran
murid secara berterusan bagi murid yang mengalami masalah kehadiran merosot.
Tanggungjawab tersebut direalisasikan oleh murid sendiri untuk meningkatkan
kemenjadian murid dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Kata kunci: Pengurusan Hal Ehwal Murid, Projek Kolam Ikan Hiasan, Ketidakhadiran
Murid

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 55

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROGRAM “PERMATA SEMESTA”

FARIDAH BINTI SALLEH
Pengetua SMK Seri Kota, Taiping Perak

[email protected]
JAMELAA BIBI BINTI ABDULLAH Ph.D
Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands

[email protected]
THIAGARRAJAN A/L R. ANAMALAI Ph.D
Pegawai SIP+, PPD Larut, Matang dan Selama

[email protected]
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam anjakan ke-5 telah
menetapkan peranan pemimpin berprestasi tinggi di sekolah iaitu memastikan
sekolah-sekolah dapat melahirkan murid seimbang dari segi akademik, kokurikulum
dan sahsiah. SMK Sri Kota berhadapan dengan isu utama iaitu berkaitan sahsiah murid
dan peratusan kehadiran murid yang rendah dan tidak mencapai KPI yang ditetapkan
oleh pihak KPM menjadi penyumbang utama. SMK Sri Kota sentiasa termasuk
dalam senarai sekolah yang dilibatkan dalam Dialog Prestasi Kehadiran peringkat
negeri mahupun daerah. Sehubungan dengan itu, Program ‘PERMATA SEMESTA”
diperkenalkan di bawah bidang Hal Ehwal Murid yang bertujuan untuk menarik minat
murid hadir ke sekolah dengan slogan “SEDERAP MEMARTABATKAN MARUAH
KAMI, SEKOLAH KAMI”. Program “PERMATA SEMESTA” yang berfokus kepada
pembentukan sahsiah dan disiplin murid dapat seiring meningkatkan pencapaian
sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Kata kunci: Permata Semesta, Hal Ehwal Murid, kehadiran

56
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

INTERVENSI KEHADIRAN MURID 2020

TN. HJ. JASMI BIN HJ. HUSIN
Pengetua SMK Pernu, Melaka

[email protected]
FADZILAH BINTI ABDULLAH
Pensyarah Pembimbing, IAB Bandar Enstek

[email protected]
NOR EZAH BINTI MOHAMMAD
Pegawai SIP+, PPD Melaka Tengah

[email protected]

Ketidakhadiran murid ke sekolah akan memberi kesan terhadap pencapaian akademik
mereka. Isu bagi tahun 2020 yang telah dikenal pasti di sekolah ini ialah peratus
kehadiran murid yang tidak menggalakkan hingga memberi kesan kepada pencapaian
akademik. Kehadiran murid pada tahun 2019 hanya mencapai 85.06 peratus sahaja.
Oleh itu, titik tumpu utama adalah untuk menggalakkan kehadiran murid ke sekolah
melalui intervensi yang berkesan. Projek Ziarah Cakna telah dipilih berdasarkan
analisis yang dilakukan. Projek ini memberi fokus kepada usaha mengadakan lawatan
ke rumah murid terlibat dengan masalah kehadiran. Perancangan yang rapi telah
dilaksanakan, tetapi kehadiran pandemik COVID-19 telah memberi cabaran yang
besar terhadap pelaksanaan projek ini. Namun begitu, terdapat impak yang positif
dan akan diteruskan dalam pendekatan yang berbeza. Walaupun GPS SPM sekolah
sedikit menurun tetapi hal ini bukanlah menunjukkan kegagalan perancangan projek
ini tetapi sebagai kayu pengukur untuk menggunakan pendekatan yang lebih sesuai
dengan situasi semasa.
Kata Kunci: Kehadiran murid, Ziarah Cakna

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 57

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROGRAM SPOT – SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU

DARMA TAKSIAH BINTI KAMARUDDIN
Pengetua SMK Tun Mutahir, Melaka
[email protected]
AKMA BINTI ABD. HAMID Ph.D

Pensyarah Cemerlang, IAB Genting Highlands
[email protected]

PN HJH NOR EZAH BINTI HJ MOHAMMAD
SIP+ PPD MELAKA TENGAH
[email protected]

Program SPOT (Sistem Pemantauan Orang Tertentu) lebih berfokuskan kepada
usaha meningkatkan kehadiran murid ke sekolah supaya tiada seorang murid pun
keciciran. Program ini dilaksanakan semasa waktu persekolahan dan dikendalikan
sepenuhnya oleh pengetua dan guru tingkatan yang terlibat. Setiap guru yang terlibat
akan dibimbing dan dipantau oleh pengetua sepanjang program ini dilaksanakan.
Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa surat amaran tidak dikeluarkan mengikut
tempoh masa yang ditetapkan. Usaha ke arah memperkasakan surat amaran melalui
guru tingkatan semasa program ini dijalankan. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan
kemenjadian murid dalam bidang Sahsiah, Kurikulum dan Kokurikulum. Potensi
murid dapat ditingkatkan dan meningkatkan motivasi murid untuk mencipta
kejayaan sekali gus meningkatkan penglibatan dan mengharumkan nama sekolah di
persada antarabangsa. Walaupun intervensi terganggu dengan pandemik, terdapat
peningkatan dalam skala yang kecil sebanyak 0.23% daripada purata kehadiran
secara keseluruhan pada tahun 2019 (85.29%) kepada 85.52% (2020).
Kata kunci: Pengurusan HEM, Program SPOT

58
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROGRAM HADIRMU DINANTI, HILANGMU DICARI

HAJAH ALIMAH BT MOHD ZAIN
Pengetua SMK TUN TIJAH, Melaka Tengah

[email protected]
SITI ARIJA BT ABD RAHMAN
Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands

[email protected]
HASSAN BIN SUBOH
Pegawai SIP+, PPD Melaka Tengah

@jpn.edu.my

Fenomena penurunan kehadiran murid SMK Tun Tijah pada 2019 semakin
membimbangkan. Analisis data menunjukkan peratus kehadiran sebanyak 84.0
peratus tidak dapat mencapai KPI Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak 95
peratus. Isu kehadiran murid ke sekolah perlu diambil perhatian yang serius. Tindakan
segera perlu dilakukan bagi mengurangkan kes ponteng sekolah melalui Program
Hadirmu Dinanti Hilangmu Dicari (HDHD). Intervensi ini dijalankan terhadap semua
murid tingkatan 5 seramai 154 orang. Oleh kerana masalah COVID-19 dan atas
kepentingan kehadiran kelas peperiksaan, hanya murid tingkatan lima dibenarkan
hadir ke sekolah. Intervensi telah dilaksanakan melalui tiga inisiatif. Hasilnya, berlaku
perubahan trend terhadap kehadiran walaupun dalam keadaan dunia dilanda masalah
pandemik COVID-19. Kesan daripada pelbagai tindakan yang dijalankan dalam
program HDHD, ternyata bahawa 30 orang murid-murid yang tegar ponteng dapat
dikurangkan.
Kata Kunci: Pengurusan Hal Ehwal Murid, pengurusan kehadiran murid

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 59

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PENGURUSAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

PROGRAM iTHINKING

ZAHRI BIN HAJI RAMLAN Ph.D
Pengetua SMK Sri Utama, Petaling Jaya

[email protected]
MARIANI BINTI RAHIM

Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected]

HANISAH BINTI MOHD ALI
Pegawai SIP+, PPD Petaling Utama

[email protected]
Fokus utama program ini adalah untuk menggerakkan Standard 1 Aspek 1.2.2
dengan memberi bimbingan kepada barisan pemimpin pertengahan yang diturun
kuasa secara profesional dan sistematik. Melalui strategi ini Pengetua akan memberi
panduan, maklum balas dan pendedahan berkaitan tugas kepada Penolong Kanan
(PK), Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan Ketua Panitia mengikut keperluan,
secara jelas, menyeluruh dari semasa ke semasa. Method Design Thinking atau
Pemikiran Rekaan adalah pendekatan untuk memberi panduan bagaimana masalah
berkaitan pembelajaran dikenal pasti dan dibuat penambahbaikan. Lima tahap yang
diperkenalkan melalui Design Thinking iaitu 1. Fahami (Empathise), 2. Definisikan
(Define), 3. Menjana Idea (Ideated), 4. Membina Prototaip (Prototype) dan 5. Uji
(Test). Metod ini dijenamakan sebagai iTHINKING, diberikan kepada SLT dan MLT
untuk memahami bagaimana mereka akan mengupayakan bidang pembelajaran
berdasarkan 5 fasa pelaksanaan. Setiap fasa diuji menggunakan instrumen dan
penyelesaian masalah seperti kaedah Design Thinking, Perancangan Strategik, Dialog
Prestasi, Normaliti Sri U, Pelan Intervensi 3 langkah dan Aplikasi One TouchINFO.
Kesemua instrumen ini digunakan untuk memastikan pengupayaan SLT dan MLT
berada pada landasan yang betul dan berimpak. Melalui program iTHINKING ini,
kejayaan awal dapat dilakar dengan penerimaan positif warganya. Tiada masalah
aduan, rungutan dan stress berlaku dalam kalangan SLT, MLT dan guru-guru.
Program ini juga secara tidak langsung berjaya merubah keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia sekolah menjadi yang terbaik sepanjang lima (5) tahun dengan menurunkan
ukuran GPS daripada 6.20 kepada 6.13 serta meningkatkan prestasi peratus layak
mendapat sijil.
Kata kunci: Pembangunan Sumber Manusia, Mengupaya Pemimpin Pertengahan,
iThinking

60
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

OH GURU KU SAYANG

HJH. NORIHAN BINTI RAMLY
Pengetua, SMK Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan

[email protected]
YM RAJA IBRAHIM BIN RAJA MIDIN
Pensyarah Pembimbing, IAB Bandar Enstek

[email protected]
MURNI BINTI MD YASSIN Ph.D
Pegawai SIP+. PPD Port Dickson

[email protected]
Tahap profesionalisme dan kompetensi guru yang diterjemahkan dalam cara kerja
mereka terutamanya semasa PdPc dalam kelas adalah satu elemen penting yang
perlu diberi perhatian untuk dibangunkan. Kelemahan dalam penyampaian mengikut
Standard 4 SKPMg2 dan kurang mahir kaedah PAK 21 dikenal pasti antara punca
kepada masalah kehadiran murid dan penurunan prestasi SPM. Melalui program “Oh
Guruku Sayang” yang menekankan kepada pembangunan dua faktor ini diharapkan
menjadi penyelesaian kepada kemenjadian pelajar seperti peratus pencapaian
akademik yang rendah, kehadiran pelajar yang tidak mencapai KPI, pelajar kerap
ponteng kelas, pencapaian kokurikulum yang tidak memberangsangkan dapat diatasi.
Aktiviti Pembugaran PLC, pembinaan pasukan, LaDaP SKPMg2 dan PAK21 yang
lebih terancang menjadi fokus utama. Dapatan analisis pencerapan guru berdasarkan
SKPMg2, berlaku peningkatan dalam Standard 4.1, pencapaian cemerlang daripada
6 (2019) orang kepada 18 orang (2020).
Kata Kunci: PAK21, PLC, pembinaan pasukan, pembangunan sumber manusia

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 61

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

GURU SMK PULAU GEMILANG

KINIT BINTI TAGOK
Pengetua SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

[email protected]
AZIAH BINTI ADI

Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected]
JALILAH APIANG

Pegawai SIP+, PPD Kota Kinabalu, Sabah
Senario yang berlaku dalam proses penyampaian ilmu dalam kalangan guru di
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah dapat dilihat
menerusi kesukaran untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang. Sungguhpun
terdapat murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, namun jumlahnya
adalah kecil. Justeru, isu yang ingin diketengahkan adalah “Kualiti Pengajaran Guru
dan Impaknya Terhadap Kemenjadian Murid Masih Kurang Memuaskan”. Isu ini
dilihat berkeupayaan untuk memberi sinergi kepada guru subjek khususnya untuk
bereksperimentasi dengan program yang lebih terarah bagi meningkatkan Gred
Purata (GP) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kepelbagaian aktiviti PLC
seperti Google Code, penggunaan myVIEWBoard, CANVA dan Video membantu
guru melaksanakan PdPc dengan lebih menarik. Hasilnya, keputusan subjek Sejarah
dan Pendidikan Seni Visual menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dan
lonjakan yang sangat membanggakan bagi subjek Pendidikan Seni Visual menerusi
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Prestasi subjek Sejarah meningkat daripada 6.72
(2019) kepada 6.55 (2020). Pendidikan Seni Visual pula menunjukkan peningkatan
daripada 3.79 (2019) kepada 3.08 (2020).
Kata kunci: Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Organisasi dan Kualiti Guru

62
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

GURUKU ‘A’ GAGOH (HEBAT)

MASRIN BIN ZAINI
Pengetua SMK Sukau, Kinabatangan

[email protected]
AZIAH BINTI ADI

Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected]
JAIMAN BIN LUMAK

Pegawai SIP+ PPD Kinabatangan

Peningkatan prestasi pencapaian murid terutamanya calon SPM bertitik-tolak daripada
kaedah penyampaian ilmu daripada guru. Berdasarkan kepada keputusan SPM 2019
adalah didapati, perlunya pihak sekolah melakukan sesuatu tindakan yang berkesan
terhadap PdPc bagi membolehkan peningkatan keputusan diperolehi dalam SPM
2020. PLC (Professional Learning Community) telah dijadikan sebagai intervensi
untuk meningkatkan kualiti PdPc guru-guru. Projek Pemerkasaan Guru melalui PLC
melalui aktiviti seperti Analisis Data Headcount & PBD dan Cakna Ilmu dilaksanakan
bagi mempelbagaikan kaedah PdPc guru. Berdasarkan keputusan SPM 2019,
peratusan LMS (Layak Mendapat Sijil) bagi calon SPM 2019 (93.8%) telah melonjak
pada tahun 2020 kepada 94.12% peningkatan sebanyak 0.32%, GP Sekolah juga
menunjukkan peningkatan yang ketara di mana keputusan SPM pada tahun 2019
GPS yang diperoleh adalah sebanyak 6.07 mata telah meningkat sebanyak 0.67
mata kepada 5.40 semasa keputusan SPM 2020. Aktiviti PLC sedikit sebanyak telah
berjaya meningkatkan keputusan pencapaian calon SPM 2020. Diharapkan aktiviti
PLC ini dapat dikembang pesatkan lagi bagi memboleh pencapaian yang lebih baik
pada masa akan datang.
Kata kunci: PLC (Professional Learning Community), LMS (layak mendapat sijil),
Intervensi.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 63

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN

PROGRAM G.A.S.A.K. SEGALIUD

PETER SEMUDIN
Pengetua, SMK Segaliud
[email protected]
MOHD ZAIDI BIN BASIR
Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected]
HJH. KAMARIAH BT. LAPATURUSI
Pegawai SIP+, PPD Sandakan
[email protected]
Program Gilap Akal Sampai Ada Kecemerlangan (GASAK) adalah program
kecemerlangan menyeluruh seperti yang diasaskan kepada sembilan domain
Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM). Di bawah program
ini, sekolah telah menjajarkan semula program kecemerlangan yang sudah sedia ada
di sekolah ini. Program GASAK ini dibina hasil daripada analisis persekitaran sekolah
serta dengan melihat kepada hasil daripada usaha-usaha yang telah dilakukan pada
tahun-tahun sebelumnya. Program ini bersifat menyeluruh kerana ia menyentuh
semua domain yang berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan sekolah.
Hasrat untuk melahirkan sekolah berkualiti dan mencapai kemenjadian murid yang
dikehendaki memerlukan perancangan yang teliti dan bersifat menyeluruh. Bermula
dari pemantapan barisan kepimpinan sekolah hingga kepada program jalinan pintar
dengan pihak-pihak yang berkepentingan telah dilaksanakan di bawah program ini.
Kata kunci: GASAK, SKKSM, kepimpinan, pengurusan, kecemerlangan, prestasi.

64
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PENGURUSAN ORGANISASI

SCHOOL OF MERRIMENT AND JOY
(SEKOLAH KERIANGAN DAN KEGEMBIRAAN)

IBRAHIM BIN KASA
Pengetua SMK Seri Bayu, Telok Kumbar, Pulau Pinang

[email protected]
NOOR HASHIMAH BINTI HASHIM, Ph.D
Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Utara

[email protected]
SARIMAH BINTI KASSIM
Pegawai SIP+, PPD Barat Daya
[email protected]

Hasil daripada analisis persekitaran yang dijalankan mendapati prestasi sekolah
dalam bidang akademik kurang memberangsangkan atau masih berada pada tahap
yang kurang memuaskan. Sejak sekolah ini dibina peratus lulus dan gred purata
sekolah masih berada di tahap yang kurang memuaskan. Pada tahun 2017 peratus
lulus pelajar ialah 67.4 peratus sementara gred purata sekolah pula ialah 6.64. Satu
perubahan perlu dilakukan untuk meletakkan kembali perjalanan sekolah ini seiring
dengan sekolah-sekolah lain yang berdekatan. Pendekatan mewujudkan sekolah
keceriaan dan kegembiraan ini mengambil kira nilai yang terdapat dalam Tonggak
12 Etika Perkhidmatan Awam iaitu keseronokan bekerja. Program “Merriment and
Joyˮ akan memberi fokus kepada keseronokan bekerja dan pembelajaran. Perubahan
ini perlu dibuat memandangkan sebelum ini banyak program akademik telah
dijalankan oleh pengetua-pengetua terdahulu dengan pelbagai pendekatan seperti
analisis SWOT, Perancangan Strategik, dan sebagainya namun hasil yang diperolehi
amat mengecewakan. Program “Merriment and Joy” ini merupakan program yang
menyeluruh meliputi pelbagai aspek dan tumpuan diberikan kepada faktor guru, murid
dan persekitaran yang boleh menimbulkan suasana seronok bekerja dan belajar.
Kata kunci: Sekolah keceriaan dan kegembiraan, keseronokan bekerja, Tonggak 12

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 65

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK FORTEX (FORWARD TO EXCELLENT)

ZAINI BINTI HASSAN
Guru Besar

SK Kerayong, 28200 Bandar Bera, Pahang
PUAN FADZILAH BINTI ABDULAH
Pensyarah Penyelia

Projek ForTEx (Forward to Excellent) adaptasi daripada Program Sandaran Industri
ke Syarikat Perodua iaitu Modul Dojo yang menekankan peningkatan kompitensi
melalui latihan yang diberikan oleh syarikat. Projek ForTEx merupakan satu program
yang dilaksanakan bagi memperkasakan pentaksiran bilik darjah (PBD) di Sekolah
Kebangsaan Kerayong seiring keperluan memenuhi penilaian murid yang tidak
lagi berorientasikan peperiksaan. Seramai 13 orang guru subjek teras iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains terlibat dalam projek ini. Berdasarkan
analisis pelaporan akhir tahun PBD Tahun 5 2019, pencapaian Tahap Penguasaan
6 (TP 6) bagi mata pelajaran teras tidak mencapai 10 peratus daripada jumlah
keseluruhan murid bagi setiap tahun. Projek ini melibatkan beberapa program yang
berfokuskan kepada peningkatan kualiti guru sebagai penilai. Jelajah Pembelajaran
digunakan untuk melihat kompetensi guru sebagai penilai. SKPMg2 Standard 4.5.1
guru melaksanakan penilaian secara sistematik dan terancang yang digunakan
sebagai instrumen penilaian dalam Jelajah Pembelajaran. Data Jelajah Pembelajaran
dijadikan sebagai pra dan pasca projek ini. Data praprojek menunjukkan min skor guru
sebagai penilai adalah 1.12 dan data pascaprojek menunjukkan peningkatan min skor
3.76. Projek ini juga berjaya meningkatkan pencapaian PBD TP 6 Tahun 5 2021.
Peratus peningkatan Bahasa Melayu 31.82%, Bahasa Inggeris 32.95%, Matematik
45.45% dan Sains 25%. Bagi mengenal pasti isu dan kesesuaian projek analisis
data, pemerhatian, analisis SWOT, Schematic Programme digunakan. Seterusnya
Business Canvas digunakan untuk merangka projek yang berimpak tinggi.
Kata Kunci: Pentaksiran Bilik darjah, Tahap Penguasaan, Kualiti guru, SKPMg2
Standard 4. Penilaian

66
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

I MANDARIN

YONG KUI CHEN
SJK(C) Chung Hwa
[email protected]
JACQUELINE MARTIN
Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Sarawak
[email protected]

Projek ‟I MANDARIN” (IN) merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak
sekolah dalam usaha untuk mencetuskan motivasi dan galakan ke arah pembudayaan
amalan berkomunikasi dalam bahasa Cina. Projek ini bertujuan memupuk amalan
membaca dalam kalangan warga sekolah dan sekali gus menjadi medium untuk
menyuburkan minat membaca dalam sanubari murid-murid untuk mengatasi masalah
penguasaan bahasa Cina. Semua warga sekolah terlibat dalam melaksanakan projek
ini khasnya panitia Bahasa Cina. Projek ini merangkumi dua aktiviti utama yang
membawa impak ketara terutamanya dalam peningkatan penguasaan bahasa Cina
dan juga memupuk budaya membaca dalam kalangan murid. Peningkatan yang ketara
juga dapat dilihat dari aspek penyertaan murid dalam aktiviti Saya Suka Bercakap
Mandarin. Di samping itu, projek ini telah membawa perubahan yang drastik kepada
amalan membaca dalam kalangan murid. Akhir sekali, projek ini juga meningkatkan
pencapaian murid dalam aktiviti sokongan Bahasa Cina di peringkat negeri.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 67

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PEMBANGUNAN BRILLIANT CHESS DAN IMPAK KEPADA
KEMENJADIAN MURID DI SK KAMIL (1)

Samsul Bahari bin Mohd. Jali
Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Kamil (1) Pasir Puteh Kelantan
Kecemerlangan aktiviti kokurikulum diberi perhatian kerana kemenjadian murid
dalam bidang kokurikulum menjadi aspek penting dalam sistem pendidikan yang
seimbang. Pada tahun 2017 dan 2018, berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) pencapaian kokurikulum sekolah SK Kamil 1,
berada pada Tahap Sederhana iaitu 66% dan 68%. Projek Pembangunan Brilliant
Chess dirancang dan dilaksanakan di SK Kamil (1) bermula Januari 2019 sehingga
November 2020. Anjakan tranformasi sekolah dalam bidang kokurikulum ini dirancang
khas untuk menghasilkan kemenjadian murid yang berterusan dalam sukan catur di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Seramai 125 orang murid terlibat dalam
Pembangunan Brilliant Chess. Pembangunan Brilliant Chess berjaya memberi impak
positif kepada kemenjadian murid dalam sukan catur. Namun begitu, matlamat amalan
terbaik ini tidak mungkin akan dicapai sekiranya tanggungjawab ini hanya terletak di
bahu pihak sekolah sahaja tanpa usaha dan kolaborasi semua pihak iaitu ibu bapa
yang sentiasa menyokong minat dan bakat anak-anak, sokongan Persatuan Ibu bapa
dan Guru, PPD, JPN, KPM serta agensi luar seperti kelab dan persatuan swasta.
Projek telah dapat memberikan input kepada pihak sekolah untuk merancang strategi,
mengurus dan melaksanakannya secara sistematik, cekap dan berkesan agar hasrat
kerajaan untuk melahirkan kemenjadian murid yang seimbang selaras dengan 6
aspirasi murid dalam PPPM (2013-2025) dapat direalisasikan.
Kata Kunci: Pembangunan Brilliant Chess, catur, kemenjadian murid

68
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK “U.Y.L”
(Upgrade Your Literacy)

Rosmani Binti Man
Guru Besar

SK Tambun Tulang, Perlis
Selaras dengan dasar NKRA, “Memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan
Bahasa Inggeris (MBMMBI)” di sekolah, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah mengambil berat mengenai peningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris
dalam kalangan guru dan murid-murid serta komuniti. Sehubungan itu, SK Tambun
Tulang, Arau, Perlis, telah dipilih sebagai sekolah rintis bagi program ‘Highly Immersive
Programme’ (HIP). Projek “U.Y.L” (Upgrade Your Literacy) merupakan inisiatif yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk mencetuskan pengupayaan
murid Tahap 1 kelas pertama setiap tahap ke arah peningkatan penguasaan dalam
literasi Bahasa Inggeris melalui Program HIP berkenaan. Murid Tahap Satu dari kelas
pertama iaitu Tahun 1 Delima, Tahun 2 Delima dan Tahun 3 Delima terlibat dalam
melaksanakan projek ini. Projek ini memperkenalkan suasana pembelajaran Bahasa
Inggeris melalui aktiviti-aktiviti yang seronok dan menarik di luar bilik darjah. Hasilnya
bukan sahaja murid didapati lebih berkeyakinan dan seronok menggunakan Bahasa
Inggeris bahkan guru juga lebih berkeyakinan dalam pengajaran Bahasa berkenaan.
Pihak sekolah akan terus memperkembang dan mempelbagaikan aktiviti melalui
projek ini.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 69

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK BALAI CATUR

Rosli Bin Abdullah
Guru Besar

SK Felda Bukit Mendi, Bera Pahang
Puan Fadzilah Binti Abdulah

Pensyarah Penyelia
Projek Balai Catur diilhamkan apabila melihat permainan catur kurang mendapat
sambutan dalam kalangan murid dan guru. Ini disebabkan oleh faktor kurang kemahiran
dan juga ketiadaan infrastruktur yang mencukupi untuk menghidupkan permainan
ini. Kekuatan sekolah mempunyai seorang jurulatih catur yang berkemahiran tinggi
di samping sokongan pentadbir dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru menjadi modal
utama pembugaran permainan ini. Balai Catur dirancang untuk dibangunkan sebagai
hub aktiviti permainan catur. Namun hadirnya pandemik COVID-19 telah memaksa
aktiviti fizikal bertukar secara dalam talian. Ini melibatkan bimbingan kepada guru
berkaitan permainan catur dan juga latihan kepada murid. Pertandingan catur dalam
talian (Lichess) merupakan salah satu program yang terdapat dalam Projek Balai
Catur. Pada awalnya pertandingan dirancang diadakan secara bersemuka, namun
disebabkan pandemik yang melanda negara kita dan beberapa kali sesi persekolahan
terpaksa ditutup oleh itu pertandingan ini dibuat secara dalam talian menggunakan
aplikasi Lichess. Secara tidak langsung pertandingan ini menggarap kemahiran berfikir
dan kemahiran menggunakan ICT. Oleh yang demikian, pertandingan ini merupakan
pertandingan catur secara maya yang melibatkan 6 buah sekolah rendah di daerah
Bera dengan hampir 39 orang murid telah mengambil bahagian. Pertandingan ini
dianjurkan sepenuhnya oleh SK Felda Bukit Mendi di bawah Unit Kokurikulum yang
diurus selia oleh Kelab Catur. Pertandingan ini telah dapat membina keyakinan semua
peserta untuk bermain secara maya melalui penyertaan yang ditunjukkan.
Kata Kunci: Pengurusan Sukan dan Permainan, Membangun Kompetensi

70
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

“WE CARE, WE SHARE”

Ramnah Binti Darus
Guru Besar

SK Taman Tun Dr. Ismail (1), Kuala Lumpur

Projek “WE CARE, WE SHARE” merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak
sekolah dalam usaha untuk mencetuskan motivasi dan galakan ke arah pembudayaan
amalan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi warga sekolah
ini sekali gus menjadi medium untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
di rumah (PdPR). Semua guru sekolah ini terlibat dalam melaksanakan projek ini.
Isu guru-guru yang kurang mahir, tiada kemahuan dan kurang peralatan serta bahan
sokongan turut diberi perhatian dalam projek ini. Projek ini merangkumi beberapa
aktiviti yang membawa impak yang besar terutamanya dalam memupuk budaya
penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran daripada 61% kepada 100.%.
Akhir sekali, projek ini juga dapat meningkatkan kemenjadian murid dalam aktiviti
pertandingan dalam talian.
Kata Kunci: Nadi pengajaran dan pemudahcaraan, pembelajaran sepanjang hayat,
pembudayaan amalan TMK.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 71

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROGRAM STRICT (SEKOLAH TRANSFORMASI ICT)

Puzil Bin Othman
Guru Besar

SK Toh Puan Sharifah Hanifah
Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Selaras dengan perkembangan pesat dalam bidang Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK), sistem pendidikan negara turut tidak terkecuali dalam mengalami
perubahan. Warga pendidik masa kini cenderung untuk berkolaborasi dengan
“Internet of Thing (IoT)” sebagai salah satu medium yang boleh digunapakai dalam
sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc). Dalam masa yang sama Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) turut mengubah lanskap sistem pendidikan di negara kita. PKP
dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19. Sekolah-sekolah dan institusi
pendidikan ditutup. Keadaan menyebabkan sistem pengajaran dan pembelajaran
terpaksa diubah menjadi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Perubahan
ini memaksa semua pihak yang terlibat untuk menggunakan sistem atas talian
seperti google classroom, aplikasi WhatsApp, telegram dan sebagainya. Justeru,
bagi mengelakkan masalah keciciran pembelajaran dalam kalangan murid, Progarm
STRICT dilaksanakan oleh SK Toh Puan Sharifah Hanifah dalam mengharungi
norma baharu. Projek ini dilaksanakan untuk meningkatkan kompetensi literasi dan
kemahiran ICT semua guru-guru di sekolah dalam pendidikan digital. Sehubungan
itu, pelbagai program dijalankan untuk menjayakan objektif berkenaan. Pelaksanaan
projek ini telah dapat meningkatkan kemahiran penggunaan beberapa aplikasi ICT
kepada guru-guru. Namun begitu pihak sekolah perlu menjalankan usaha yang lebih
bagi meningkatkan kemahiran ICT bagi guru-guru yang berusia.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, applikasi pendidikan

72
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PEVIA
(PROGRAM EVERYONE IS AN ACHIEVER)

Nazzatul Ashima Binti Abdul Rahman
SK Bayan Baru, Pulau Pinang

PEVIA (Program Everyone Is An Achiever) yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan
Bayan Baru telah berjaya meningkatkan Tahap Penguasaan 5 (TP 5) dan Tahap
Penguasaan 6 (TP 6) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam kalangan murid
Tahun 6 bagi Subjek Teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik
dan Pendidikan Agama Islam yang rendah melalui kaedah Pelaksanaan Pentaksiran
Bilik Darjah Berasaskan Projek. Pelaksanaan PEVIA telah berjaya membina budaya
Teaming with Passion yang positif dalam kalangan warga sekolah dengan kerjasama
ibu bapa, PIBG serta PIBK. PEVIA memberi tumpuan meningkatkan kemenjadian
murid melalui proses pembelajaran yang berpusatkan murid di mana pelbagai disiplin
ilmu boleh diintegrasikan secara sistematik dan terancang. Pelaksanaan PEVIA
memberikan murid ruang untuk meneroka dan menyelesaikan sesuatu isu secara
praktikal dengan menjalankan inkuiri, perancangan, pelaksanaan dan refleksi. PEVIA
menggalakkan Pengajaran dan Pembelajaran aktif secara inkuiri dan pengapliksian
KBAT, disamping meningkatkan 4C + 1V (Critical Thinking, Communication,
Collaboration,Creativity + Value). PEVIA dapat meningkatkan Pembudayaan Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC Learning Walk) dalam kalangan guru. Sukarelawan
Dalam Kelas (SDK) diwujudkan dan sumber tenaga, kepakaran serta kewangan
diperolehi melalui sumbangan PIBG dan PIBK. Persekitaran Pembelajaran Bermakna
ditambahbaik untuk proses pembelajaran serta mewujudkan inovasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kata kunci: Everyone Is An Achiever,Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek,
Pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC –Learning Walk), Persediaan
Persekitaran Pembelajaran yang bermakna, Inovasi dan Kreativiti dalam PdPc serta
sokongan ibu bapa melalui Sukarelawan Dalam Kelas (SDK)

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 73

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK “FUN TEACHING STUDIO” (FuTeSt)

Norhazlen bt Abdullah
SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu.
Projek Fun Teaching Studio (FuTest) telah dilaksanakan di SK Sultan Sulaiman 1,
Kuala Terengganu, Terengganu. Masalah pencapaian murid dalam subjek Matematik
dikenalpasti sebagai faktor penyumbang utama terhadap pencapaian akademik yang
rendah. Berdasarkan dapatan daripada analisa SAPS, punca utama berlakunya
masalah tersebut adalah disebabkan murid kurang faham pengajaran guru,
Sehubungan itu, projek “FuTeSt” yang dilaksanakan bagi menangani masalah ini.
Projek ini bertujuan mewujudkan satu tempat khas penyimpanan hasil pengajaran guru
yang divideokan bagi menambah baik pedagogi pengajaran guru agar lebih efisien,
kreatif dan meningkatkan pencapaian murid. Projek ini menggunakan Strategi DOJO
dan PLC. Konsep yang diaplikasikan daripada lawatan penandaarasan di PERODUA
menekankan kepada low capital, high income. Dapatan daripada pencerapan
mendapati bahawa projek ini telah meningkatkan kualiti guru hasil daripada kreativiti
dan inovasi mereka dalam melaksanakan pdpc secara channel youtube. Sementara
itu objektif projek untuk meningkatkan pencapaian subjek matematik murid Tahun
4 dan 5 juga tercapai dengan peningkatan dari 63.1% / 49.54 SAPS 2020 kepada
70.8% / 62.5 % dalam Saringan 2 (April 2021) Pelaksanaan projek ini telah memberi
manfaat secara langsung kepada guru, murid dan komuniti di sekolah. Jangkamasa
projek ini adalah tidak melebihi 6 minggu dan masa perbincangan dan penyelesaian
tidak melebihi 30 minit dalam satu –satu sesi. Selepas sesi ini, projek berjalan seperti
biasa dan segala hasil pdpc didokumenkan dan disimpan di Studio-Channel sebagai
BBM yang dipraktikkan sebagai amalan terbaik sekolah.

74
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

TRASH FREE

Rosmi Bin Abdul Rasid
Guru Besar

SK Taman Merdeka Melaka
[email protected]

Kepimpinan yang berkualiti dan holistik dapat mengubah sekolah ke tahap yang
lebih cemerlang dalam semua bidang. Program ini bertujuan untuk mengukur
keberkesanan amalan Budaya Sekolah Bebas Sampah “Trash Free’’ di Sekolah
Kebangsaan Taman Merdeka (SKTM) serta langkah-langkah yang telah diambil
oleh pihak pentadbir bagi menjayakan program ini sepanjang tempoh 2019 hingga
kini. Kumpulan sasaran program ini terdiri daripada semua warga sekolah SKTM.
Kajian program ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data
dikumpul dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama dan melalui
pemerhatian. Dapatan kajian program ini diperolehi dengan mengedarkan satu set
soal selidik kepada responden dan protokol borang pemerhatian digunakan oleh
pentadbir semasa pemerhatian dijalankan. Seramai 120 warga SKTM yang terdiri
daripada murid, guru dan ibubapa telah dijadikan sampel bagi menjawab soal selidik.
Analisis dibuat berdasarkan peratusan dan pemerhatian. Dapatan kajian program
ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman murid terhadap budaya Sekolah Bebas
Sampah “Trash Free” berada pada tahap yang tinggi iaitu melebihi 90%. Hasil
kajian ini dapat dijadikan panduan bagi pihak pentadbir membuat peraturan baharu,
penambahbaikan peraturan dan panduan yang sedia ada atau menambah maklumat
kepada seluruh warga SKTM, pihak PPD, JPN dan KPM. Keseluruhannya, perjalanan
program ini membuktikan pihak pentadbir sememangnya memainkan peranan yang
begitu penting dalam menguruskan sampah sarap yang terdapat di SKTM. Namun
begitu, langkah-langkah yang diambil oleh pihak pentadbir perlu lebih efektif kerana
masih wujud masalah pembuangan sampah walaupun pada kadar yang rendah.
Maka tanggungjawab semua pihak yang terlibat amat diperlukan bagi menjayakan
program ini mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.
Kata Kunci: Budaya Sekolah Bebas Sampah

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 75

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROGRAM PENINGKATAN NILAI-NILAI MURNI

“3..2..1.. ACTION!!!!”

ROSLAN BIN ABU BAKAR
Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Melaka
Perkara yang harus ditekankan bagi melahirkan murid yang berakhlak mulia adalah
dengan pelaksanaan penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di persekitaran sekolah. Projek peningkatan nilai-nilai murni “3..2..1..
ACTION!!!!” ini dijalankan sebagai salah satu inisiatif oleh pihak sekolah dalam
usaha meningkatkan amalan baik murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Udang,
Melaka. Umum mengetahui, kerajaan telah memperkenalkan sistem SSDM iaitu
Sistem Salahlaku Disiplin Murid kepada pihak sekolah yang mana guru-guru akan
menggunakan sistem tersebut untuk merekodkan sahsiah murid-murid di sekolah.
Sistem ini mementingkan amalan baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-
nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa
hadapan. Dengan memasukkan elemen mata iaitu markah dalam sistem ini, status
sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi
pekerti. Projek ini dicetuskan impak daripada kurangnya rekod amalan baik murid-
murid Sekolah Kebangsaan Sungai Udang di dalam sistem SSDM. Oleh itu, projek ini
merupakan salah satu suntikan semangat kepada murid-murid untuk mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka sekaligus meningkatkan prestasi
amalan baik di dalam SSDM serta mewujudkan suasana sekolah yang lebih kondusif
dan selamat.
Kata kunci: Nilai-nilai murni, SSDM, Amalan baik

76
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROSIDING PROJEK “J.P.N.S. YOSH ABC..T.L.L.PBL”

NORMAMISAH BINTI ABD.RAHMAN GURU BESAR
SK Senawang 3

PUAN FADZILAH BINTI ABDULAH
Pensyarah Penyelia

Projek “J.P.N.S. YOSH ABC..T.L.L.PBL” (Jom Poie Nolong Sekolah. Yosh Anak
Baik lagi Cerdik. Teroka Laman Lestari PBL) merupakan inisiatif yang dilaksanakan
oleh pihak sekolah dalam usaha untuk mencetuskan motivasi dan galakan ke arah
pembudayaan amalan pembelajaran berasaskan projek bagi warga sekolah. Usaha
ini dilaksanakan bagi menjayakan hasrat TS25 iaitu memastikan guru yang kompeten
dan beraspirasi tinggi serta dapat mengaplikasikan konsep dan amalan PdPc terbaik.
Dapatan melalui analisis data SKPMg2 Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan
aspek 4.3.1, 4.4.1 dan 4.6.1 iaitu guru sebagai pembimbing murid, sebagai pendorong
dan murid sebagai pembelajar aktif didapati skor agak rendah iaitu 70% ke 75%.
Aspek kualiti guru menjadi isu dan cabaran untuk memastikan kemenjadian murid
secara holistik. Projek JPNS YOSH ABC TLLPBL ini menjadi pilihan dan tercetusnya
idea hasil dapatan pengalaman baru berpeluang melihat corak kepimpinan syarikat
PERODUA melalui program sandaran industri. Ilmu pengetahuan yang diperolehi
akan diserapkan dalam bidang pendidikan dengan transformasi sikap, peningkatan
kemahiran serta penguasaan ilmu (Attitude, Skill, Knowledge) dalam kalangan
guru yang berdisiplin pastinya memberi impak yang berkesan terhadap PdPc yang
dilaksanakan dan seterusnya melahirkan murid yang unggul dalam pelbagai aspek.
Guru dan pemimpin sekolah yang kompeten dan berkualiti adalah faktor penentu
kepada keberhasilan murid.
Kata kunci: Guru kompeten, pembelajaran berasaskan projek, kemenjadian murid

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 77

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

SKS URBAN FARM

NORHAYATI BINTI HARON
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur

ENCIK AMRAN BIN OMAR
Pensyarah Pembimbing, IAB Induk
Data PAJSK murid-murid tahun 4 tahun 2019 menunjukan hanya 13% daripada
mereka mendapat skor A bagi pencapaian dalam bidang kokurikulum. Pencapaian
ini menyumbang kepada peratus murid-murid yang mewakili sekolah dalam aktiviti
kokurikulum adalah sebanyak 25% sahaja. Daripada analisa yang dibuat, pencapaian
pasukan Pandu Puteri Tunas sangat menyerlah berbanding dengan unit-unit yang
lain. Oleh sebab yang demikian, pihak sekolah cuba menyeimbangi tahap pencapaian
murid dengan merancang satu projek inovasi iaitu “Kebun Bandar” atau “SKS URBAN
FARM” bagi meningkatkan pencapaian dalam kokurikulum serta menyerlahkan daya
kepimpinan dan meningkatkan keyakinan diri murid-murid. Murid-murid gred B dan
C (PAJSK) diberi tugas menguruskan kebun ini mengikut kumpulan kokurikulum
mereka. Mereka perlu melaporkan dapatan pengalaman mereka dalam projek inovasi
ini kepada guru penyelaras. Secara tidak langsung, mereka berkeyakinan menjadi
pemimpin sama ada kelab, persatuan, unit beruniform atau pun sukan yang mereka
wakili di sekolah. Projek ini diharapkan sebagai pencetus inovasi kepada semua
pihak untuk meningkatkan daya kepimpinan dan yakin diri dalam diri murid-murid.
Keyakinan diri yang tinggi menjadi pemangkin untuk mereka melibatkan diri dalam
apa juga pertandingan yang dianjurkan di peringkat sekolah, daerah, kebangsaan dan
juga antara bangsa.
Kata Kunci: Pencetus inovasi, kepimpinan berkualiti

78
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK “JOKESA”
(JOM KE SEKOLAH ANAKKU)

HJ. MOHD ZUKI BIN ABDUL RANI
Guru Besar

SK Gual Tinggi, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
JOKESA merupakan singkatan bagi projek, Jom Ke Sekolah Anakku. Ia merupakan
satu projek bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah yang menggunakan
pendekatan psikologi dan kaunseling berbanding hukuman disiplin untuk menarik minat
murid hadir ke sekolah. Berdasarkan teori Maslow, motivasi manusia akan meningkat
jika dihargai dan diberikan pengiktirafan di samping kasih saying. Maka Projek
JOKESA dilaksanakan berdasarkan pemahaman berkenaan. Projek ini dilaksanakan
bagi mengatasi masalah peratus kehadiran murid sekolah ini yang semakin menurun
setiap bulan. Insentif berupa hadiah diberikan kepada murid yang sentiasa hadir ke
sekolah. Cabutan bertuah akan dibuat setiap awal bulan. Setiap cabutan akan ditulis
nama murid dan kelas pada slip kertas yang telah disediakan. Setiap kali cabutan
bertuah diadakan, 30 hamper disediakan dan satu hadiah bonanza berupa sebuah
basikal akan diberikan kepada murid yang berjaya dan bertuah. Cabutan bertuah ini
diadakan setiap awal bulan Oktober, November dan Disember. Hadiah yang berupa
hamper dan basikal ini adalah hasil daripada sumbangan NGO, syarikat persendirian
dan ahli perniagaan. Dengan adanya projek JOKESA ini, peratus kehadiran murid ke
sekolah ini telah meningkat.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 79

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK PERFECT PREFECTS

MOHD AMIN BIN HAMZAH
SK Putrajaya Presint 9(2), Putrajaya
Projek Perfect Perfects merupakan satu projek sekolah di dalam bidang Hal Ehwal
Murid (HEM). Projek ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat 80% barisan
pengawas mempunyai keyakinan diri menyampaikan pengucapan awam di khalayak
ramai dan seterusnya meningkatkan peratusan kemenjadian sahsiah murid serta
mencapai band tertinggi dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang
2 (SKPMg2). Seramai 38 orang pengawas sekolah terlibat dalam projek ini. Guru
Pengawas, Guru Disiplin, Kaunselor, dan Ketua-Ketua Panitia Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina serta Ketua Panitia Agama Islam pula
terlibat sebagai fasilitator. Ujian pra menunjukkan hampir 53% pengawas kurang
berkeyakinan diri apabila berada di hadapan audien. Setelah Program Perfect Prefect
dilaksanakan secara intensif selama lima bulan satu ujian pos dilaksanakan. Hasil
ujian pos menunjukkan 80% pengawas sekolah yang terlibat mempunyai keyakinan
diri untuk tampil di khalayak ramai bagi menyampaikan maklumat serta pengucapan
awam yang ringkas dan padat. Matlamat akhir projek ini adalah semua pengawas
sekolah berketrampilan dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
Kata Kunci: Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Hal
Ehwal Murid (HEM), kemenjadian sahsiah murid, berketrampilan, daya kepimpinan

80
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK KEBITARAAN SEKOLAH
(PUNCAK BATIK)

MOHD RUDY BIN MANSOR
Guru Besar

SK Sungai Menghulu, Langkawi, Kedah
Kebitaraan sekolah menjadi aspek penting bagi sesebuah sekolah untuk mempunyai
identiti yang boleh dibanggakan. Ini bertepatan dengan hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang berfokus kepada Sekolah Berkualiti
dan Kemenjadian Murid. Usaha memperkasakan sekolah melalui kebitaraan menjadi
agenda yang sangat signifikan untuk mencapai dua hasrat tersebut. Justeru, projek
kebitaraan batik yang dinamakan “Puncak Batik” dipilih untuk mewujudkan identiti
khusus yang mampu menjadi kebanggaan sekolah. Projek ini merupakan projek rintis
bersama Kraftangan Langkawi yang melibatkan 30 orang murid dalam kalangan
tahun 4 dan 5 sahaja. Projek ini mengadaptasi prinsip DOJO yang menjadi amalan
terbaik pihak Perodua Malaysia dengan menilai kemahiran murid berdasarkan tahap
pencapaian hasil kerja bermula daripada Tahap 1 hingga Tahap 5. Terdapat tiga
stesen yang diwujudkan iaitu Balai Puncak Batik, Lorong Puncak Batik dan Galeri
Puncak Batik. Projek ini memfokuskan aktiviti mencanting batik dengan murid-murid
diberi pendedahan kelas mencanting oleh pihak Kraftangan Langkawi sehingga
mampu menghasilkan produk batik dengan kreativiti masing-masing. Projek ini juga
mengalami proses pengubahsuaian aktiviti akibat pandemik COVID-19 di mana
aktiviti mencanting ditukar kepada mewarna produk batik dan akhirnya murid-murid
berjaya menghasilkan karya batik sendiri dengan bimbingan melalui video. Projek ini
akhirnya telah berjaya menjadikan batik sebagai identiti khusus SK Sungai Menghulu.
Kata kunci: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), sekolah berkualiti,
kemenjadian murid, kebitaraan

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 81

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK SKTK PENGGERAK PBL–STEM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

HALUE BIN MAT TAHIR
Guru Besar

SK Telok Kemang, Port Dickson
FADZILAH BINTI ABDULLAH

Pensyarah Penyelia
Bersesuaian dengan anjakan kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM 2013-2025), iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan
di sekolah, maka amat bertepatanlah Kursus GrEEL ini diadakan kepada semua
pengetua dan guru besar sekolah seluruh Malaysia. Memanfaatkan kemahiran yang
diperolehi melalui kursus ini, maka program peningkatan kecemerlangan sekolah
bagi memenuhi hasrat TS25 “Sekolah Berkualiti” iaitu projek SKTK Penggerak
PBL–STEM Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah disusun dan dilaksanakan.
Pelbagai ‘tools’ digunakan untuk melihat keperluan dan kesesuaian projek seperti
analisis data dan analisis jurang bagi mengenal pasti isu dan masalah, analisis swot,
tows matrik dan Ishikawa fishbone bagi mengenal pasti punca masalah dan business
model canvas dan schematic diagram bagi merancang program telah digunakan bagi
menjayakan projek ini. Projek ini telah menyepadukan usahauntuk meningkatkan
kompetensi guru dan kemahiran murid. Seramai 10 orang guru sekolah ini telah diberi
pengiktirafan sebagai penceramah PBL STEM untuk JPN Negeri Sembilan di samping
kejayaan menganjurkan Pertandingan Bot Stim Peringkat Negeri.
Kata Kunci: Problem-Based Learning, STEM

82
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

SAYANGI APP ALAM SEKITAR

SELVAM A/L RAMASAMY
Guru Besar

SJK Tamil Ladang Lanadron
Projek “Sayangi APP Alam Sekitar” (Animal Plant for Planet) merupakan inisiatif
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sebagai usaha untuk mencetus motivasi dan
memupuk minat dalam kalangan warga sekolah serta menanam nilai menghargai
sumber alam sehingga dapat mengatasi fenomena kurang kepedulian terhadap
alam sekitar. Semua warga sekolah terlibat dalam melaksanakan projek ini secara
efektif bagi mencapai matlamat projek dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pihak
Pelaksana. Pada masa yang sama, keadaan persekitaran sekolah yang kurang
kondusif, tidak ceria turut diberi perhatian dalam projek ini. Selain itu, terdapat juga
masalah kekurangan peralatan bagi menjalankan projek-projek khas di sekolah juga
diberi fokus yang secukupnya. Matlamat projek ini dapat disempurnakan dengan
beberapa aktiviti yang membawa impak yang besar terutamanya dalam memupuk
budaya menjaga alam sekitar dalam kalangan murid. Hasilnya, keadaan alam sekitar
di sekolah dapat ditingkat daripada 22.23% kepada 44.45%. Peningkatan yang
ketara juga dapat dilihat dari aspek menanam pokok bunga, memelihara haiwan di
rumah daripada 44.45% kepada 88.89%. Di samping itu, projek ini telah membawa
perubahan kepada keadaan fizikal rumah dan pemeliharaan haiwan di rumah dengan
mewujudkan suasana yang lebih kondusif, kreatif, ceria dan bersih. Kemudahan yang
lengkap dengan maklumat juga meningkat daripada 33.34% kepada 88.89%. Akhir
sekali, projek ini juga meningkatkan pencapaian murid dalam aktiviti penjagaan alam
sekitar dan menjaga hidupan serta mendapat maklumat yang secukupnya tentang
alam semula jadi.
Kata kunci: App, motivasi, perubahan, penjagaan, alam sekitar

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 83

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK “SURI TELADAN BESTARI”

AISAH BINTI BAKRI
Guru Besar

SK Ayer Manis, Kulai, Johor
Projek “Suri Teladan Bestari” merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak
sekolah dalam usaha untuk pembugaran peranan panitia mata pelajaran dalam
meningkatkan profesionalisme guru terutama dalam aspek kemahiran pedagogical
content knowledge serta pengetahuan dan kemahiran guru menguasai aplikasi alatan
dalam talian melalui platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM
pacsa Frog VLE. Projek ini dirancang bagi mengatasi isu di sekolah iaitu guru tidak
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran mengikut kesesuaian murid menyebabkan
murid kurang aktif dalam aktiviti pembelajaran. Aspirasi projek ini adalah untuk
meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru menghasilkan pedagogi yang
menarik minat serta sesuai mengikut kehendak dan keperluan murid pada masa
kini agar dapat menghasilan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Projek
ini melibatkan 27 orang guru yang berfokus kepada kepimpinan instruksional, kualiti
guru dan persekitaran pembelajaran bermakna di rumah bagi meningkatkan tahap
penguasaan murid melalui pembelajaran berorientasikan perkembangan agar dapat
merealisasikan halatuju sekolah berkualiti dan kemenjadian murid seiring dengan
Naratif Baharu Amalan Pendidikan KPPM. Pengawalan dan penilaian projek melalui
aktiviti Coaching and Mentoring, PLC-Peer Coaching, soal selidik pra dan pasca
melalui google form tentang tahap kemahiran guru dalam mengeksplorasi alatan
dalam talian serta penyediaan suasana pembelajaran di rumah sebagai instrumen
projek. Data diproses, dianalisis dan dinyatakan dalam bentuk peratusan, kekerapan
dan min. Projek ini didapati berupaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru
serta mempengaruhi peningkatan tahap penguasaan murid berdasarkan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) Tahun 5. Dengan ini, diharapkan projek ini dapat dijalankan dan
dipraktiskan oleh semua guru untuk diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran
mereka supaya murid dapat didedahkan dengan pelbagai kaedah pengajaran dan
seterusnya setiap guru berupaya menjadi Suri Teladan Bestari mengikut tahap
kebolehan masing-masing tanpa mengenepikan peranan ibu bapa di rumah jua.
Kata kunci: Kompetensi, sekolah berkualiti, kemenjadian murid, pembelajaran dan
pengajaran

84
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK BUDI
(BACA UNTUK DAPAT ILMU)

ANIS BINTI IBERAHIM
Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
[email protected]

DR SALWATI BINTI SHAFEE
Pensyarah Pembimbing, IAB Bandar Enstek

[email protected]
Salah satu elemen penting untuk mengukur prestasi sesebuah sekolah adalah
tahap pencapaian akademiknya. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif
melaksanakan projek “BUDI” (BACA UNTUK DAPAT ILMU) dalam usaha untuk
mengurangkan peratus murid yang kurang menguasai kemahiran membaca dan
menulis. Projek ini dilaksanakan setelah mengambil kira analisa Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) fasa 1 2020 bagi murid-murid tahun 1 dan saringan instrumen LINUS
Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, masalah dalam diri murid untuk menguasai
kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu diberi penekanan. Bagi
mengatasi masalah ini, Panitia Bahasa Melayu SK Seksyen 9 Shah Alam telah
melaksanakan projek BUDI. Projek ini merangkumi beberapa aktiviti yang membawa
impak yang besar dan berkesan kepada murid yang terlibat. Walaupun pencapaian
projek BUDI ini tidak mencapai 100% sasaran, tetapi telah menunjukkan peningkatan
yang amat menggalakkan iaitu sepuluh (10) orang dapat membaca dan menulis
dengan lancar, dua puluh enam (26) murid dapat membaca dan menulis ayat mudah,
manakala tiga (3) orang belum menguasai dan memerlukan pemeriksaan doktor
pakar. Projek ini juga telah membawa impak yang besar kepada keprihatinan ibu
bapa untuk membimbing anak-anak mereka membaca dan menulis. Kesepaduan dan
kerjasama erat dalam satu pasukan di kalangan guru-guru juga dapat diperteguhkan
dan telah menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian
murid. Selain itu, kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa juga turut meningkat.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 85

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK RIMBA MATEMATIK (RIMATIK)

SALGARING BIN WAHIT
Guru Besar

SK Bantayan Tamparuli Tuaran
Persekitaran pembelajaran bermakna dengan elemen interaktif dan berpusatkan
murid di samping menggunakan pelbagai alat dan proses yang sesuai untuk menilai
kebolehan murid adalah yang mendorong kewujudan Projek RIMATIK. Projek ini
dilatari oleh satu persekitaran taman herba yang sedia ada dilengkapkan kolam ikan
moden dan pelbagai tanaman hiasan. Tata hias mini taman rimba membantu kepada
satu konsep pembelajaran luar bilik darjah menyokong kepada pedagogi guru terhadap
satu pembelajaran bermakna. Azizi Ahmad (2019) dalam satu tulisannya berkenaan
dengan Memahami Pedagogi Pembelajaran Bermakna, menyatakan Pedagogi
pembelajaran bermakna adalah keinginan untuk mengubah bentuk pendidikan yang
menyediakan pelajar yang lebih baik untuk dunia persekitaran mereka. Oleh sebab itu
Rimba Matematik (RIMATIK) bertepatan dengan aspirasi ini. Elemen terapi ini akan
lebih menarik dengan aktiviti operasi asas matematik yang sebelum menjadi punca
isu kepada tahap penguasaan murid yang tidak mencapai tahap minima terutamanya
dalam kalangan murid tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 .Dalam satu kertas kerja oleh
Azizi Hj. Yahaya dan Elanggovan A/L M. Savarimuthu yang bertajuk Kepentingan
Kefahaman Konsep Matematik menggariskan antara punca kelemahan penguasaan
metametik ialah kerana kurangnya penguasaan konsep asas matematik justeru
mengurangkan minat murid terhadap pembelajaran matematik. Oleh yang demikian
adalah amat perlu untuk memberi perhatian serius serta memberi penekanan kepada
pembentukan kefahaman yang betul di peringkat awal.
Kata Kunci: Naik taraf surau

86
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK RAK BUKU MAYA

WAN AHMAD HASBI BIN WAN JUSOH
Sekolah Kebangsaan Keluang
Besut, Terengganu
EN. AMALLUDIN BIN SUFIAN
Pensyarah

Rak Buku Maya telah berkembang secara menyeluruh di perpustakaan sekolah-
sekolah di negara kita dengan pelbagai inovasi yang telah dibuat. Mengambil
semangat inilah, Projek Belek Buku di Rak Maya dilaksanakan sebagai satu alternatif
menggalakkan murid membaca dan menyertai aktiviti-aktiviti maya yang disediakan.
Projek ini mengaplikasikan model Kurt Lewin yang melaksanakan tindakan, membuat
pemerhatian dan refleksi terhadap tindakan yang telah dilaksanakan. Melalui projek ini,
Pusat Sumber Sekolah (PSS), Sekolah Kebangsaan Keluang, Besut memperkenalkan
dua capaian rak buku maya sebagai alternatif kepada murid membaca. Projek ini
diberi keutamaan setelah menilai kepada data pinjaman buku di perpustakaan dalam
masa tiga tahun (2018 sehingga 2020) begitu sedikit. Pada tahun 2018, pinjaman
keseluruhan buku di perpustakaan hanyalah 260 buah (bilangan murid 389 orang),
pada tahun 2019 hanyalah 213 buah (bilangan murid 399) dan pada tahun 2020
hanyalah 43 buah sahaja (bilangan murid 375 orang), yang terkesan akibat penutupan
sekolah kerana penularan COVID-19. Selain daripada itu, perekodan NILAM juga
menunjukan peratusan yang rendah mencapai KPI yang telah ditetapkan pada setiap
tahun. Pada tahun 2019 hanya mencapai 63.7% (KPI: 27 buah buku setiap murid),
manakala pada tahun 2020 hanyalah 46.1% (KPI: 30 buah buku setiap murid).
Akses buku di internet adalah perkara baru bagi sebahagian besar murid sekolah ini
disebabkan kekangan ketiadaan peranti sendiri dan kemudahan internet yang terhad.
Projek Belek Buku Maya ini akan memberi peluang kepada murid-murid menerokai
ilmu di alam maya dengan seronok, dapat menambah keinginan murid membaca dan
meningkatkan peratusan murid membaca dalam perekodan Program NILAM.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 87

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK DARBAH BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN KUALITI DAN
KUANTITI MATA PELAJARAN MATEMATIK

Kasma Bt Mohamad Saaid
Guru Besar,

SK (P) Treacher Methodist Taiping, Perak.
[email protected]

Hamsiah Binti Mohd Dahalan
Pensyarah Pembimbing, IAB Bandar Enstek

[email protected]
Projek Darbah bermatlamat untuk meningkatkan prestasi pencapaian Matematik
dalam operasi Darab dan Bahagi bagi memantapkan kemahiran murid untuk
persedian menjawab soalan pelbagai aras dan bentuk soalan yang menjurus kepada
KBAT. Analisis data kurikulum menunjukkan faktor utama murid-murid tahun 5 bestari
tidak dapat menguasai kemahiran matematik adalah kerana kurang mahir dalam
penguasaan sifir, maka soalan yang berkaitan darab dan bahagi tidak dapat dikuasai
dengan baik. Berdasarkan analisis pencapaian peperiksaan akhir tahun 2020,
daripada 18 orang murid tahun 5 Bestari, hanya 33.3% sahaja yang lulus matematik.
Oleh itu satu projek DARBAH telah dilaksanakan. Objektif projek ini adalah untuk
meningkatkan kuantiti lulus murid-murid 5 Bestari dari 33.3 % kepada 100% dan
meningkatkan kualiti A dari 0% kepada 30%. Sehubungan itu pihak sekolah telah
mengadakan perancangan bagi menjalankan pelbagai aktiviti seperti smart planner,
letice, hafal sifir, kuiz dalam talian, ujian pra, ujian pos dan ujian pasca. Cetusan idea
ini timbul semasa Program Sandaran Industri di McDonald's di Kajang Perdana, yang
mana pembudayaan konsep warga McDonald's diaplikasikan di sekolah, bahkan
Modul Business dipraktikkan dalam kepimpinan. Hasil dapatan projek menunjukkan
peningkatan kualiti A meningkat kepada 16.7% dan kuantiti lulus 72.2%. Sehubungan
itu pihak pengurusan mengenal pasti bahawa projek akan berjaya sekiranya
dilaksanakan secara berterusan dan dari peringkat awal, bagi mengekalkan prestasi
Matematik murid-murid Sekolah Kebangsaan (P) Treacher Methodist 100% lulus.
Kata Kunci: Kurikulum, DARBAH (Darab Bahagi)

88
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

“SEMADU DO”

Norazani binti Mahamad
SK Matang Gerdu, 34300 Bagan Serai,Perak.

[email protected]
Hamsiah Binti Mohd Dahalan
Pensyarah Pembimbing, IAB Bandar Enstek

[email protected]
Program Transformasi Sekolah adalah suatu usaha ke arah melahirkan modal insan
unggul melalui guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi berupaya mengaplikasikan
konsep dan amalan PdPc terbaik selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025. Hasil dapatan data standard
4(SKPMg2) didapati pencapaian skor guru kurang 20% mencapai skor cemerlang.
Justeru, untuk memastikan peningkatan kompetensi guru projek SEMADU DO
dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan Kajian (RBL) dilaksanakan bagi meningkat
kualiti PdPc mereka. Projek ini menggunakan kaedah kualitatif melalui soal selidik,
pemerhatian dan temu bual yang melibatkan 10 orang guru daripada dua panitia
mata pelajaran. Hasil dapatan pelaksanaan projek didapati skor pencapaian guru
telah meningkat daripada pencapaian baik kepada pencapaian cemerlang dengan
pencapaian skor semua guru melebihi 90%. Pengalaman program sandaran
industri menjadi pendorong dan pencetus bahawa transformasi kepimpinan guru
besar memberi impak kepada kompetensi guru. Dicadangkan pelaksanaan projek
seterusnya melibatkan seluruh warga pendidik sekolah dan penglibatan ibu bapa
serta komuniti untuk menilai tahap perubahan pedagogi guru yang memberi impak
besar kepada kemenjadian murid.
Kata kunci: Guru Kompeten, Kaedah Pembelajaran Berasaskan kajian

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 89

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

ABSTRAK AMALAN TERBAIK STEMEC
MENGIKUT TEMA

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) STEM

PEMBUDAYAAN DAN PERLUASAN PBL-STEM SK TELUK KEMANG
KE SELURUH SEKOLAH NEGERI SEMBILAN MELALUI
PERTANDINGAN STIM BOAT

Halue bin Mat Tahir
SK Teluk Kemang

[email protected]
Murni binti Mohamad Yasin (PhD)

Pejabat Pendidikan Port Dickson
[email protected]

Pemilihan kaedah mengajar yang sesuai untuk menarik minat murid dan meningkatkan
pemahaman dalam pembelajaran murid adalah penting bagi setiap guru. Tujuan SK
Teluk Kemang menggunakan kaedah projek dalam pengajaran dan pembelajaran
selain daripada menarik minat murid, ia juga dapat mengekalkan perhatian dan
dapat membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran
pembelajaran. Pelaksanaan pembudayaan di SK Teluk Kemang dalam PBL-STEM
bermula dengan perbincangan dalam kalangan guru-guru pelbagai bidang disiplin
ilmu atau mata pelajaranbersama dengan murid tentang projek yang bakal dihasilkan.
Guru-guru menggunakan kurikulum SKP semasa memberi tugasan kepada murid.
Tugasan juga mengambilkira keupayaan murid dan kemampuan murid yang terlibat.
Kejayaan kaedah PBL-STEM telah dapat mengurangkan peratus murid yang tidak
menguasai daripada 46.4% kepada 33.6% pada tahun 2019. Kaedah ini juga telah
meningkatkan penguasaan murid kepada Tahap Penguasaan (TP) yang lebih baik
sehingga ada yang mencapai TP6. Maka perluasan PBL-STEM diperingkat negeri
telah menjadi matlamat baru pada SK Teluk Kemang agar manfaat yang sama dapat
dikongsikan kepada semua sekolah di Negeri Sembilan. Justeru, pertandingan Stim
Boat telah dibentangkan kepada semua daerah dan telah mendapat sebanyak 178
penyertaan. Harapan daripada SK Teluk Kemang agar pertandingan ini akandapat
memberikan impak terhadap kepelbagaian kaedah guru dalam PdP dan juga
peningkatan minat dan pemahaman murid dalam bidang STEM yang menjadi tunjang
kepada teknologi.
Kata Kunci: PBL-STEM, Pengajaran dan Pembelajaran, kurikulum, DSKP

90
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PROJEK KEAJAIBAN CIPTAAN TEKNOLOGI

Su Chung Wei
SJK (C) Kung Ming, Tawau, Sabah

[email protected]
Afiqah binti Arshad
Helen Chong Siew Jin

SJK (C) Kung Ming, Tawau, Sabah
[email protected]
[email protected]

Perkongsian amalan terbaik ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran
murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang seronok menggunakan
pengintegrasian pendidikan STEM di samping mengembangkan profesion keguruan
melalui penulisan ringkas kajian tindakan di bawah kepimpinan Guru Besar. Masalah
yang ingin diselesaikan ialah penguasaan murid dalam Unit 10 Mata Pelajaran Sains
Tahun 4 di samping turut memerhatikan minat dan kemahiran berbahasa murid
mengikut laras bahasa Sains. Seramai 52 orang murid Tahun 4M dan 4K dipilih untuk
menjalani intervensi kajian tindakan ini. Metodologi kajian adalah berbentuk kuantitatif
dan kualitatif yang menggunakan pengumpulan maklumat melalui ujian diagnostik
dan ujian pencapaian, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), temubual, soal selidik dan
pemerhatian. Kejayaan projek ini banyak bergantung kepada pemimpin yang
berkaliber, guru yang berkemahiran, kesungguhan murid dan kerjasama yang sangat
komited dalam kalangan ibu bapa. Diharapkan selepas ini akan lebih banyak Projek
STEM yang dijalankan di sekolah sekaligus penghasilan penulisan kajian tindakan
yang berkualiti dalam kalangan guru.
Kata kunci: Projek STEM, Minat, Kajian Tindakan

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 91

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

KESAN PENGINTERASIAN PBL STEM TERHADAP
PENGAJARAN GURU DAN KEMENJADIAN MURID DI

SEKOLAH KEBANGSAAN ANCHI

Sapri bin Paee
Sekolah Kebangsaan Anchi, Miri

[email protected]
Awangku Azwan bin Awang Yaman

Sekolah Kebangsaan Anchi, Miri
[email protected]

Umum mengetahui kini, bahawa pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, dan
matematik (STEM) sangat penting untuk melahirkan sumber manusia yang kreatif
dan inovatif. Bagi mencapai pendidikan STEM yang berkesan dan pendekatan
interdisiplin. Maka, Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) boleh menjadi kaedah
yang paling sesuai untuk pendidikan STEM di sekolah. Dalam program PBL, pelajar
dapat mempelajari STEM melalui pengalaman menyelesaikan projek antara disiplin
dan praktikal. Oleh itu, kajian amalan terbaik ini adalah tentang pelaksanaan PBL
STEM yang memberi impak kepada pengajaran guru serta kemenjadian murid di
Sekolah Kebangsaan Anchi. Data bagi amalan terbaik dalam pengajaran guru bagi
melaksanakan PBL STEM adalah dari Standard 4 SKPMg2. Manakala data bagi
kemenjadian murid diambil berdasarkan penilaian PBD yang telah ditafsir sepanjang
tahun. Amalan terbaik ini juga berfokus kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan
Anchi manakala murid pula adalah murid pada Tahap 2. Hasil kajian mendapati
bahawa pengajaran guru di Sekolah Kebangsaan Anchi telah meningkat saban tahun.
Bagi kemenjadian murid, didapati pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid
meningkat di samping penglibatan di dalam kelas turut meningkat. Implikasi kajian
amalan terbaik ini akan memberi kesan kepada sekolah yang telah disenaraikan
sebagai sekolah TS25. Justeru, beberapa tindakan untuk menata dengan sistematik
dan mengatur kaedah pengajaran dan kaedah penilaian untuk pelaksanaan STEM
PBL.
Kata kunci: PBL, STEM, SKPMg2, PBD

92
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DALAM ELEMEN STEM
DENGAN MENGAPLIKASIKAN KAEDAH PENANAMAN
ALTERNATIF PROJEK NUTRIPOT

Hanuar Bin Misron
Sekolah Kebangsaan Batu 3, Kluang, Johor

[email protected]

Noor Fadilah Binti Cholan
Sivasanthni A/P Ramachandran
Sekolah Kebangsaan Batu 3, Kluang, Johor

[email protected]
[email protected]

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah elemen penting dalam STEM 93
yang merupakan satu cara untuk membantu guru memahami dan merungkai
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) seterusnya mereka bentuk
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Projek Nutripot merupakan hasil pendekatan
pembelajaran berasaskan projek yang melalui proses PBP dan dilaksanakan dengan
mengintegrasikan mata pelajaran Rekabentuk dan Teknologi, Sains, Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, dan Matematik. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan
maklumbalas murid-murid tahun 5 di SK Batu 3 setelah murid mengaplikasikan kaedah
penanaman alternatif projek nutripot. Kajian tinjauan ini dijalankan ke atas 81 orang
murid di Sekolah Kebangsaan Batu 3, Kluang. Maklum balas ini merangkumi aspek
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan refleksi terhadap hasil projek nutripot.
Murid-murid tahun 5 SK Bt 3, Kluang menggunakan soal selidik dalam aplikasi
google form. Data kajian dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for
Social Science” versi 20.0 menggunakan peratusan dan min dalam setiap aspek yang
dikaji iaitu maklum balas semasa merancang, proses melaksana dan penilaian serta
refleksi PBP. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan item yang dikaji mendapat
maklum balas yang positif. Aspek perancangan PBP menunjukkan 72.2% responden
gembira kerana boleh menggunakan kemudahan wifi internet selain buku rujukan
dan sumber bahan lain dalam PBP. Semasa proses pelaksanaan PBP, didapati
78.2% responden gembira kerana bebas memilih cara persembahan berdasarkan
kreativiti dan idea mereka sendiri. 75.3% responden juga suka melaksanakan projek
menggunakan alatan digital seperti youtube dan google search. Manakala bagi aspek
penilaian dan maklum balas PBP, 80.8% responden berpuas hati dan rasa dihargai
apabila mendapat komen yang positif daripada guru, rakan-rakan, ibu bapa dan
pentadbir sekolah. 75.6% responden berasa seronok mendapat ganjaran atau token
apabila projek nutripot mencapai pengiktirafan dan kemenangan dalam pertandingan.
Implikasi kajian adalah relevan dan sesuai dengan naratif baharu amalan pendidikan
di mana pembelajaran yang berfokuskan kepada perkembangan murid perlu
diusahakan. Pencapaian dan prestasi murid melalui proses PBP dan pendekatan PBP
merupakan amalan baharu pedagogi yang melibatkan pentaksiran bilik darjah yang
menilai kemenjadian murid secara holistik.
Kata kunci: STEM, Projek Nutripot, Pembelajaran berasaskan projek, Kemenjadian
murid.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

KEBERKESANAN PENGINTEGRASIAN PENDIDIKAN STEM
MELALUI KAEDAH PBL DALAM KALANGAN WARGA
SJKT TUN SAMBANTHAN, BIDOR

Vasagi A/P G Muniandy
SJKT Tun Sambanthan, Bidor
[email protected]

Valarmathi A/P Valoo
Malliga A/P Maniam

Kumaran A/L Gandiappan
Malarkodi A/P Kalidasan
Vigneswary A/P Selvarajan
SJKT Tun Sambanthan, Bidor

[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]

Artikel ini membincangkan amalan terbaik STEM di SJKT Tun Sambanthan, Bidor.
Objektif artikel ini adalah untuk berkongsi amalan terbaik pelaksanaan pendidikan
STEM melalui kemahiran PBL. Pengintegrasian STEM PBL meningkatkan kualiti
PdPc guru, kemenjadian murid dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid serta
kepimpinan pemimpin berkesan. Pengetahuan STEM merangkumi idea, teori, prinsip
dan konsep yang terkandung dalam semua mata pelajaran STEM. Pengetahuan dan
perkembangan terkini dalam Pendidikan STEM disampaikan melalui aktiviti yang
dikendalikan oleh guru di dalam dan di luar bilik. Pendidikan STEM mementingkan
pendekatan inkuiri untuk menjana kecekapan dan kemahiran murid untuk meneroka,
membina penyelesaian masalah dan mereka bentuk. Kemahiran-kemahiran ini dicapai
melalui tugasan dan projek dalam semua mata pelajaran STEM. Selain itu, program
ini telah dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Program
ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke
sekolah pada setiap hari. Keberkesanan program ini telah dinilai menggunakan kaedah
pemerhatian analisis data pentaksiran bilik darjah(PBD), data analisis kehadiran murid,
suara guru, suara murid dan pencapaian murid dalam kokurikulum. Semua dapatan
dikemukakan dalam bentuk jadual dan graf. Intervensi menunjukkan peningkatan
dalam kajian ini. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa pembudayaan Pendidikan
STEM melalui kemahiran PBL sangat memberangsangkan. Diharap kajian ini akan
menjadi panduan kepada pengkaji dan guru-guru lain dalam bidang pendidikan.
Kata kunci: PBL, integrasi, PBD , adaptasi, holistik

94
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

GREEN HOUSE: TANAMAN ROCK MELON SECARA FERTIGASI
BOLEH MENARIK MINAT DAN MENCUNGKIL BAKAT MURID

Paridah binti Haji Omar
SK Losong, Kuala Terengganu

[email protected]
Pruzlan bin Muda

Guru Rekabentuk dan Teknologi,
SK Losong, Kuala Terengganu

[email protected]

Tanaman Rock Melon secara fertigasi merupakan inovasi yang telah dibuat oleh
guru mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi murid Tahun 6. Silibus yang diberi ialah Tanaman Hidroponik.
Inovasi ini dibuat apabila satu tinjauan awal mendapati sebahagian besar murid
tidak berminat dengan Teknologi Pertanian. Namun begitu hasil penerangan dan
perbincangan dengan murid-murid, guru-guru cuba menarik perhatian mereka
dengan menayangkan video berkaitan pertanian dan teknologi yang digunakan dalam
bidang pertanian. Inovasi ini juga ingin memperkenalkan murid-murid dengan Teknik
penyiraman secara berjadual. Cara ini banyak membantu murid-murid mendekatkan
diri mereka dalam bidang pertanian. Guru juga telah melakukan penyesuaian aktiviti
mengikut keadaan persekitaran sekolah. Memandangkan ruang tanah sekolah yang
sangat sempit telah memberi idea yang baik untuk murid-murid aplikasi pembelajaran
di sekolah untuk digunakan di rumah atau bila-bila masa. Cara ini telah memberi
atau membentuk percambahan idea kepada murid-murid Tahun 6 SK Losong. Hasil
kajian ini mendapati pelaksanaan STEM di sekolah dapat menarik minat murid untuk
lebih mendalami bidang Sains dan Teknologi khususnya dalam bidang kejuruteraan
reka bentuk. Selain itu dapat melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif dalam
menyelesaikan masalah di samping memberi motivasi untuk meningkatkan lagi
prestasi dalam akademik.
Kata Kunci: STEM, Inovasi, Rekabentuk dan Teknologi, Rock Melon, Fertigasi

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 95

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

KEMENJADIAN MURID TAHUN 6 SK SEMPANG DALAM PENDIDIKAN STEM
BAGI PROJEK PENJERUKAN DAN PENGERINGAN

Karim bin Miskiran
Sekolah Kebangsaan Sempang

[email protected]
Zaidi bin Harun

Atikah binti Saari
Yazid bin Md Tap
Sekolah Kebangsaan Sempang
[email protected]
[email protected]
[email protected]
Pendidikan STEM menekankan konsep 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama,
kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad
ke-21 (PAK21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Dengan itu, matlamat
program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang memiliki intelektual yang tinggi,
meningkatkan kepekaan pelajar kepada isu permasalahan sebenar, membabitkan
pelajar dalam inkuiri dan penerokaan terbuka, bekerja secara berpasukan dalam
penyelesaian masalah, mengaplikasikan pemahaman STEM dalam kehidupan
seharian dan memberi peluang menambah baik kerja dan produk yang dihasilkan.
Projek penjerukan dan pengeringan merupakan satu aktiviti yang dilaksanakan
setelah murid Tahun 6 selesai mempelajari tajuk Kerosakan Makanan dalam KSSR
Sains Tahun 6. Aktiviti ini menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Masalah. Murid didedahkan kepada isu berkenaan lambakan buah mangga untuk
mereka selesaikan dengan menghasilkan satu produk yang boleh dipasarkan. Antara
cadangan produk yang boleh dihasilkan oleh murid adalah seperti jeruk dan halwa
mangga. Murid mengaplikasikan pengetahuan tentang kaedah pengawetan makanan
bagi memastikan kelestarian alam sekitar. Selain itu, murid juga dapat diterapkan
dengan nilai keusahawanan seperti menyelesaikan masalah harian melibatkan untung
dan rugi, diskaun, harga kos, dan harga jual. Cadangan masa pelaksanaan aktiviti ini
adalah 4 minggu secara bersemuka, mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Pelaksanaan projek ini merangkumi empat aspek iaitu merancang, melaksana,
menaksir dan membuat rumusan. Seterusnya, pelaksanaan projek ini dapat difahami
secara teoritikal dan dipersembahkan secara praktikal. Kesimpulannya, kesedaran
terhadap pendidikan STEM perlu diperkasa secara holistik.
Kata kunci: Pendidikan STEM, Penjerukan dan pengeringan

96
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

REVOLUSI ERA BAHARU PENDIDIKAN HOLISTIK
DI SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR

Rosida binti Rashid
SK Singkir, Kedah.
[email protected]

Noor’Ain binti Salam
Guru Akademik

SK Singkir,Kedah.
[email protected]
Pembelajaran berasaskan projek (berasaskan masalah) merupakan satu pendekatan
pembelajaran berpusatkan murid dan dilaksanakan secara merentas kurikulum
dan bersifat modular dalam pelaksanaan kurikulum. Murid berpeluang meneroka
pengetahuan dan pelbagai kemahiran secara merentas kurikulum yang menjadikan
pembelajaran lebih bermakna dalam kehidupan seharian mereka. Justeru itu,
kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan pembelajaran berasaskan projek
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang meliputi pedagogi PAK21.
Maklum balas ini meliputi aspek perancangan, semasa proses pelaksanaan dan
penilaian atau refleksi hasil projek. Kajian tinjauan ini dijalankan ke atas murid
tahun 4 & 5 dengan menggunakan borang soal selidik “student voice”. Dapatan
kajian menunjukkan keseluruhan item yang dikaji mendapat maklum balas yang
positif. Aspek perancangan PBL menunjukkan 70.4% responden gembira kerana
kemudahan semasa perancangan PBL mudah didapati. Semasa proses pelaksanaan
PBL mendapati 75.3% responden gembira melaksanakan projek kerana bebas
memilih cara pembentangan yang kreatif dari idea mereka sendiri. Manakala bagi
aspek penilaian dan refleksi PBL, 77.8% responden merasa puas dan rasa dihargai
apabila mendapat komen yang positif dari guru, rakan pelajar, ibu bapa dan pentadbir
sekolah. Implikasi kajian ini terhadap pelaksanaan aktiviti pembelajaran berasaskan
projek adalah ia sangat sesuai dan relevan dengan perkembangan trend pembelajaran
murid masa kini. Pendedahan pendekatan ini perlu diperluaskan ke sekolah-sekolah
lain bagi mencapai matlamat pembelajaran abad ke-21 yang berpusatkan murid
secara aktif, bermakna dan menyeronokkan.
Kata Kunci: Project based learning, pedagogi PAK21, program TS25/STEMEC

INSTITUT AMINUDDIN BAKI 97

KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021

STEM Endgame:
Pembelajaran Berasaskan Projek secara Kolaboratif

(Whole-School Approach)

Norihan binti Ismail
SK Putrajaya Presint 16(1)
[email protected]
Soffeatul Raunaqiah binti Mohamad Rahim
SK Putrajaya Presint 16(1)
[email protected]
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1) (SKPP16(1)) merupakan salah satu
daripada 32 buah sekolah di Malaysia yang terpilih menjadi perintis bagi Program
STEMEC, iaitu Sekolah Model STEM oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program ini bertujuan untuk melestarikan pendidikan STEM secara holistik dan
memberi peluang kepada murid merasai pengalaman pembelajaran yang menarik dan
menyeronokkan melalui pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dengan
mengintegrasi ilmu merentasi kurikulum dan mengaplikasikan apa yang dipelajari
dalam konteks dunia sebenar. Pendekatan PBL adalah menggalakkan kemahiran
berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. Suatu tinjauan secara
dalam talian telah dijalankan bagi menyelidik sama ada matlamat PBL dalam program
STEMEC berjaya tercapai atau tidak di SKPP16(1). Seramai 209 orang responden
yang terdiri dalam kalangan guru dan murid telah mengikuti program STEM Endgame.
Soalan tinjauan direka khas berdasarkan manfaat lazim PBL yang didapati daripada
kajian lampau. Dapatan kajian menunjukkan 100 peratus guru dan 80 peratus murid
bersetuju terhadap semua manfaat dalam PBL seperti berasa seronok, lebih kreatif
dan memberi lebih tumpuan semasa mengikuti PBL. Program ini dipersetujui untuk
terus dilaksanakan oleh 100 peratus guru dan 94 peratus murid. Amalan coaching and
mentoring daripada pemimpin sekolah banyak membantu guru-guru melaksanakan
program STEM Endgame dengan lebih bermakna dan pentaksiran dapat dijalankan
dengan lebih berkesan. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat menyumbang
maklumat dalam aspek perkongsian amalan dalam membudayakan amalan PBL bagi
mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan
autentik.
Kata kunci: Pembelajaran berasaskan projek (PBL), STEM Endgame, abad-21,
kolaboratif

98
INSTITUT AMINUDDIN BAKI


Click to View FlipBook Version