The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F4-MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fauzan09-326, 2021-09-22 09:15:51

BUKU LOG

F4-MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
KRAF PERKHEMAHAN

SEBELUM SEMASA SELEPAS
1.Perlantikan 1. membersihkan Kawasan
jawatankuasa 1. Membersihkan Kawasan 2. menimbus lubangsampah
2.Mengenalpasti 3. menurunkan khemah
kawasan 2. mendirikan khemah 4. memaklumkan kepada
3.Peralatan
4.Makanan 3. tempat memasak pihak wajib
5.Pengangkutan 5. membersih dan
6.Pihak berwajib 4. tempat membuangsampah
dan renjer) 5. kebersihan tandas menyimpan peralatan
7. Insurans 6. post mortem
8. Pakaian (polis 6. keperluan semasa
perkhemahan

7.kawalan malam

PERATURAN PERKHEMAHAN KAWASAN YANG DILARANG

1) Jangan meninggalkan khemah tanpa 1) MENDIRIKAN KHEMAH
berzip 2) Di bawah pokok
Di tepi sungai
2) Dilarang makan didalam khemah

3) Dilarang memasak di dalam khemah

4) Dilarang membawa masuk kasut 3) Di tepi laut

5) Dilarang merokok 4) Di lereng bukit

6) Dilarang membawa masuk benda tajam 5) Di denai binatang

7) Dilarang menyidai kain di dalam khemah 6) Di atas bukit (gunung)
8) Dilarang membuang dan membakar 7) Di kawasan pencawang elektrik
Di kawasan lapang (pokok ubi)
sampah
9) Jangan meninggalkan khemah tanpa berzi 8)

46

PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
• Jenis-jenis Khemah:
a. Ridge tent:

Mempunyai tiang yang melintang di
sepanjang bumbung. Diperbuat daripada
material nylon yang ringan supaya mudah
dibawa dan dilipat.

b. Dome tent: Berbentuk gelembung dan menggunakan
material yang sesuai dan fleksibel. Ringan,
c. Frame tent: mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk
berkelah atau perkhemahan seperti di
. sekolah dan sebagainya.
d. Bell tent:
Khemah jenis besar yang biasa digunakan
untuk perkhemahan keluarga. Rangka
khemah akan dipasang dahulu dan kanvas
dipasangg kemudian.

Mempunyai satu tiang tinggi di puncak
khemah. Khemah jenis ini sudah jarang
digunakan dan digantikan dengan khemah
jenis “DOME”.

47

• Pengurusan dan Keselamatan Khemah:

a. Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.

b. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.

c. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.

d. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang laindari
memasuki khemah.

e. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.

f. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.

g. Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.

h. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.

• Penjagaan Khemah:

i. Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang khemah berada
dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan
mengeluarkan tiang atau pancang.

ii. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk dibuka.

iii. Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada binatang
mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut.

JENIS – JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA
1. GAJET KAWASAN PINTU
• Gejet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
o Bahagian pintu hadapan
o Bahagian pagar
o Bahagian pintu belakang
• Variasi-Variasi pintu hadapan
o Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
o Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self-closing type).
o Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.

48

• Bahagian Pagar
o Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dankemas
dan adanya kawalan keselamatan.
o Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokokmenjalar
dan menggunakan batang kayu.

2. GAJET KAWASAN DAPUR
• Buat dari bahan semulajadi
• Selain membuat gejet-gejet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti:
o Rak pinggan mangkuk
o Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
o Meja makan
o Penyangkut cawan / gelas.
o Rak menyimpan kayu api / tong gas.

49

3. GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
• Gejet tempat meletak besen air.
• Gejet tempat menyimpan alat pergigian.
• Gejet tempat menyimpan sabun.
• Gejet mengantung tuala mandi.
• Gejet kawasan tempat basuhan.

4. GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL
Semua gajet yang dibuat hendaklah diatur / disusun dengan baik, disamping menjaga
kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut,
penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu,
penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

50

5. GAJET TEMPAT MENJEMUR KAIN
• Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.

51

IKHTIAR HIDUP
Teknik yang digunakan dalam keadaan yang merbahaya (natural disaster) untuk menyelamatkan
diri sendiri atau orang lain.
Tujuan teknik:

• Untuk menyediakan keperluan asas kehidupan manusia iaitu air, makanan,tempat
tinggal dan habitat

• Keupayaan untuk berfikir
• Memberi isyarat
• Mengembara dengan selamat
• Mengelakkan interaksi yang tidak selamat dengan binatang
• Menyembuhkan apa-apa kecederaan
KAEDAH SURVIVAL

52

FIRE FOOD & DRINK SHELTER
(API) ( MAKANAN &
( TEMPAT
MINUMAN) PERLINDUNGA

5 ELEMEN N)
IKHTIAR
HIDUP

SIGNALLING FIRST AID

( MEMBERI

)ISYARAT

1. FIRE (API)
- Digunakan sebagai isyarat untuk memberitahu kepada orang lain tentang kedudukan
survivor semasa berada dalam hutan.
- Berfungsi sebagai pemanas badan dan elemen untuk melindungi survivor daripada
diancam binatang buas daripada mendekati tapak perlindungan mereka.

2. FOOD AND DRINK (MAKANAN & MINUMAN)

- Bagi survivor yang sudah merancang perjalanan, jimatkan penggunaan makanan dan
minuman.

- Bekalkan makanan yang ringkas tetapi berprotein, bertenaga, dan berglukosa tinggi
untuk menyimpan tenaga dalam badan.

- Jika kehabisan bekalan makanan/air pastikan memakan makanan tumbuhan liar yang
anda pasti sahaja kerana ditakuti makanan tersebut beracun dan tidak sesuai.

- Elakkan juga minum air yang dikeluarkan dari badan seperti peluh dan kencing.

53

3. SHELTER (TEMPAT PERLINDUNGAN)
- Tempat untuk melindungi diri daripada panas matahari, cuaca sejuk, hujan dan angin.
- Pilih tempat berteduh yang sesuai.
- Utamakan sumber alam semulajadi seperti gua untuk tempat tinggal agar dapat
mengurangkan penggunaan tenaga.

4. SIGNALLING (MEMBERI ISYARAT)
- Dalam keadaan genting dan sukar, survivor boleh menggunakan lampu suluh,penanda
berwarna cerah, wisel, pemancar cahaya keselamatan (emergency strobe) dan cermin
untuk menarik perhatian.
- Sekiranya tidak ada alatan ini, nyalakan unggun api dalam susunan segi tiga yang
menandakan anda dalam keadaan memerlukan pertolongan.

5. FIRST AID
- Memberi bantuan semasa kecederaan malahan ia merupakan tindakan asas ikhtiar
untuk terus hidup dalam keadaan terancam dengan keadaan sekeliling.
- Gunakan kaedah STOP sekiranya berlaku kecemasan:
S-Seating T-Thinking O-Observer P-Planning

54

MASAKAN RIMBA
MEMASAK TANPA PERALATAN

• Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa menggunakanperkakas dapur.
• Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat ataulumpur boleh

digunakan.
• Dikenali juga debagai `backwoodsman' atau masakan rimba.
• Kini kerajang aluminium, tin, dawai juga digunakan.
KAEDAH MEMASAK
MEMASAK MEGGUNAKAN MAKANAN SEBAGAI BEKAS.
• Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu atau oren dipotong dan isinya

dikeluarkan. Bahagian atas digunakan sebagai penutup.
• Bekas makan dibalut dengan keranjang aluminium dan dimasak dalam bara api.
• Kari ayam boleh dimasak dalam buah kelapa muda yang bersabut.

MEMASAK MENGGUNAKAN DAUN
• Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan seperti ayam dan ikan.
• Makanan dibungkus dengan daun dan dimasak atau bara api Jenis daun yang boleh
digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun pandan, kobisdan kulit jagung.

55

MEMASAK MENGGUNAKAN RANTING DAN DAWAI
• Ranting boleh dijadikan alat untuk memanggang.
• Pastikan ranting tidak berasal dari pokok beracun.
• Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu.
• Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan

MEMASAK MENGGUNAKAN KEPINGAN BATU
• Batu yang digunakan leper dan ketebalan sederhana.
• Api dihidupkan atas permukaan batu dan biarkan selama 30 minit. Permukaan batu
dikira cukup panas apabila tirisan air berdesir ketika jatuh atasnya. Bersihkan
permukaan batu dengan kain.
• Goreng telur, ikan atas permukaan batu yang panas itu.
56

https://www.youtube.com/watch?v=yy6C8VB9V6w
MEMASAK MENGGUNAKAN BULUH

• Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak.
• Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi dan lemang.

57

MEMBUAT PERANGKAP
Perangkap binatang terbahagi kepada dua:
1. Perangkap berumpan

▪ Kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan
umpan.

▪ Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya
masuk ke dalam perangkap.

▪ Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak ditangkap dan umpan yang sesuai
bagi binatang tersebut.

Contoh: Perangkap Menggantung (Hanging Snare)
Perangkap model menggantung ini biasanya memanfaatkan :

a) Kelenturan dahan pohon.
b) Patok yang diberi lekukan dan dihubungkan dengan tali.
c) Tali laso yang lalu menghubungkan dahan pohon yang lentur dengan patok,
sehingga apabila laso goyang maka tali pada patok akan lepas dan dahan pohon akan
menarik, hingga akhirnya tali akan menjerat. Perangkap ini ditujukan untuk menangkap
binatang yang cukup besar seperti : kelinci, ayam, bebek, dan lain lain.

58

2. Perangkap tidak menggunakan umpan
▪ Perangkap jenis ini tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian
binatang.
▪ Persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada
kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari
makan atau minum.
▪ Jerat ini tidak memilih jenis binatang.
▪ Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini ialah seladang, kijang,
landak, rusa dan sebagainya.

3. Jerat
• Sebelum memasang jerat, kita perlu mengenalpasti jenis binatang yang hendak

dijerat,Kawasan laluan binatang tersebut dan habitat binatang tersebut.

59

JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
TUJUAN
1.Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikutprosedur

yang ditetapkan.
2.Mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap.
3.Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.

PERATURAN & PERSEDIAAN
Kebenaran

Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali
ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan
kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepadamereka ataupun orang
yang terdekat dengan kita.

a. Persediaan Alatan
➢ Titik kawalan (control point)

• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.

• Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik. Penanda Kawalan
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai

tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
➢ Kad Kawalan
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara

sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan

tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat

masa penamat.

60

➢ Peta utama
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan Keterangan Kawalan.
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam
bentuk kod/gambar rajah.

• Landasan

• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ketitik
kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukisdiatas peta utama
dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.

• Tanda yang berkenaan landasan adalah:

- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.

- Titik kawalan dengan tanda bulatan.

- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

MEMBACA KOMPAS

JENIS KOMPAS DAN MEMBACA BERENG

Tujuan sebenar kompas dicipta ialah sebagai alat bantuan ahli pelayaran untuk
mendapatkan arah sebenar di muka bumi. Pengunaan kompas penting bagi ahli pelayaran
kerana ia adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Secara
asasnya, kompas diperbuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara
magnet berdasarkan sebuah planetmagnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri
menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.

KEGUNAAN KOMPAS
Kompas boleh digunakan untuk tujuan berikut :-
1. Mengukur jarak
2. Menentukan kedudukan
3. Mencari arah

61

JENIS KOMPAS DIGITAL
ANALOG

TEKNIK MENGGUNAKAN KOMPAS
Kenal pasti arah utara, selatan, timur, barat dan juga arah lain seperti timur laut, barat daya
dan lain-lain. Jarum kompas yang berwarna merah hendaklahsentiasa menunjukan arah
utara.
MEMAHAMI BAHAGIAN (ANATOMI) KOMPAS

62

MENGETAHUI BACAAN BERENG (SUDUT)
Bereng ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan
kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan. Ia
menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat. Bereng kompas boleh dibaca dalam unit
darjah (0-360 darjah). Sebelum mengetahui cara menggunakan kompas, seorang
pengakap harus memahami cara membaca bereng. Bereng kompas dibaca dalam unit
darjah iaitu 0 hingga 360 darjah.
PENETAPAN PETA
1. Letak peta di atas tempat yang rata.
2. Letak kompas di atas peta itu dalam kedudukan tepi kompas selari dengan grid

peta menegak.
3. Putar dail kompas supaya berada di kedudukan 0 darjah.
4. Pusing peta itu supaya jarum kompas menghala kearah utara peta (masuk dalam

rumah kompas).
MEMBACA BERENG
1. Menghadap sasaran (point) yang hendak dituju.
2. Pegang kompas pada paras pinggang atau lebih tinggi sedikit dan pastikan arah

kompas menunjuk arah sasaran (point).
3. Putar dail kompas sehingga jarum kompas menghala kearah utara kompas(masuk

dalam rumah kompas)
4. Baca bereng pada dial kompas di bahagian penandanya.

63

MENGENAL TANDA DAN SIMBOL
64

NOTA KULIAH
MINGGU 3

65

SIMPULAN DAN IKATAN
ENAM JENIS SIMPULAN ASAS:
SIMPUL MANUK (CLOVE HITCH)

TEKNIK KEGUNAAN
• Mulakan simpul pada kayu • mengikat tali pada batang kayu

• Kemudian, buat satu lagi simpulanke • mengikat tail sampan atau bot

atas simpulan tadi. semasa berlabuh

• Tarik hujung tali. • mengikat khemah pada tiang kayu

• memulakan ikatan pada kayu.

BUKU SILA (REEF KNOT)

TEKNIK KEGUNAANNYA
• Letakkan hujung A dan B di atas • Untuk menyambung 2 tali yang

satu sama lain. sama saiz.
• Masukkan hujung A dibawah • Untuk Mengikat pembalut segitiga
• lakukan ikatan yangsama dengan
semasa pertolongan cemas.
memasukkan B di bawah.

65

TINDIH KASIH (BOWLINE)

TEKNIK KEGUNAANNYA
• Mulakan ikatan dengan membentuk
• Digunakan untuk membuat tanjul
satu bulatan. yang tidak boleh menjerut.
• Kemudian, masukkan hujung tali ke
• Untuk menyelamat orang dengan
dalam bulatan tersebut. memasukkan tanjul itu keliling badan
• Masukkan hujung tali ke bawah tali mangsa.

dan masukkan kembali ke dalam
bulatan tersebut.

BUNGA GETI (SHEET BEND)

66

TEKNIK KEGUNAANNYA
• Mulakan simpul.
• Menyambung 2 tali yang tidaksama
• Kemudian masukkan hujung tali B saiz.
supaya bersilang untuk membentuk
simpul. • Mengikat tali kesuatu tanjul.

• Seterusnya tarik kedua-dua tali
tersebut untuk membentuksimpul .

SIMPUL BALAK

TEKNIK KEGUNAANNYA

• Gunakan tali dengan • Untuk memulakan ikatan serong.

mengelilingikayu. • Untuk mengikat hujung tali ke tiang

• Tarik bahagian tali yang panjang supaya

menjadi kemas. atau pokok dengan

mudah.

• Agar kayu itu tidak licin dan mudah

digerak-gerakkan.

67

SIMPUL BELIT
Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali khemah
pada pasaknya.

TEKNIK KEGUNAANNYA
• Mulakan simpul seperti dalam • Digunakan untuk mengikat tali

rajah pada tiang atau kayu.
• Kemudian lakukan 2 lengkungan. • Mengikat hujung tali khemah
• Tarik bahagian B untuk
pada pancangnya.
mengemaskan simpul

68

IKATAN
Tiga jenis ikatan :
1. IKATAN SERAYA

TEKNIK KEGUNAANNYA
• Dimulakan dengan simpul

manuk.

• Kemudiandililitkandengan kemas Digunakan apabila dua batang kayu

dan ketat. atau buluh bersilang dengan sudut tepat

• Seterusnyadililit dicelah kayu.

• Akhirnya matikan

ikatan dengan simpul manuk.

2. IKATAN SERONG

69

TEKNIK KEGUNAANNYA
• Mulakan dengan lilit balak pada • Untuk merapatkan dan mengikat dua

kayu atau buluh yang bersilang. batang kayu yang bersilang.
• Kemudian belitkan membujur • Digunakan untuk membinajambatan,

dan melintang. menara, gejek danpioneering
• Seterusnya dicelah-celah silang

supaya lebih kuat dan kemas.
• Akhirnya matikan ikat serong

dengan menggunakan simpul
manuk.

3. IKATAN LILIT KACANG

TEKNIK KEGUNAANNYA

• Mulakan dengan memggunakan Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh
simpul manuk atau lilit balak. bagi membuat lantai sesuatugadjet.

• Ikat selang-seli pada buluh lantai

dari atas ke bawah tiang

sehingga selesai.

70

ASAS KAWAD KAKI
BAHASA HUKUMAN
1. Sedia
Skuad/Baris/Kontijen..................................Baris, Sedia

2.Senang Diri
Skuad/Baris/Kontijen...................................Senang Diri

senang diri.rehatkan diri
71

3. Gerakkan Skuad Ke Kanan
Bergerak Ke Kanan Bertiga-tiga/Berturut2…Ke Kanan.............Pusing

4. Gerakkan Skuad Ke Kiri
Bergerak Ke Kiri Bertiga-tiga/Berturut…Ke Kiri.............Pusing

5. Berjalan
Dari Kiri @ Kanan (Tengok Tangan Anggota Anggota) ……..Cepat Jalan

6.Berhenti Semasa Jalan
Skuad/Baris/Kontijen.................................Berhenti (Atas Kaki Kiri)

7.Menghadap Ke Hadapan
Skuad/Baris/Kontijen…Akan Menghadap Ke Hadapan….Ke Belakang……Pusing

Ke belakang pusing
8. Menghadap Ke Belakang

Skuad/Baris/Kontijen…Akan Menghadap Ke Belakang…..Ke Belakang……Pusing

72

9.Ke Belakang
Belakang Pusing (Cepat Jalan)
Bergerak Ke Kanan @ Kiri Bertiga2…..Ke Belakang...........Belakang.............Pusing
(Atas Kaki Kanan).
Ke Kanan @ Kiri Hendaklah LihatTangan Anggota Anggota Yang Menghadap
Menghadap Ke Hadap

10. Ke kanan lurus
Baris/skuad/kontinjen........................ke kanan lurus

Penanda sebelah kiri pemberi arahan
73

74

KAWAD STATIK DAN DINAMIK
Latihan kawad statik dan dinamik
a. Masuk Baris:

Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/perbarisan/kawalan hormat hendak dimulakan atau
selepas skuad berada dalam kedudukan KELUAR BARIS, iaitu berehat.
b. Luruskan Barisan:
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

c. Senang Diri:

Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

d. Pusing ke kanan
Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
75

Kawad Dinamik
i. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan
menggunakan bahasa hukuman (Bergerak ke kiri...kiri pusing).

ii. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan
menggunakan bahasa hukuman (Dari kiri / kanan....cepat jalan).

iii. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok
ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman (Kiri belok). Sebanyak 2 kon yang
akan dilalui pada laluan ini.

iv. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah,
Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar
langkahsemasa berjalan menggunakan bahasa hukuman (Tukar Langkah) (3 kali
sebutan secara berturut-turut selepas setiap perbuatan) dan disusuli dengan
perkataan (Maju) selepas perbuatan tukar langkah yang ketiga.

v. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok
ke arah kiri menggunakan bahasa hukuman (Kiri belok). Sebanyak 4 kon yang
akan dilalui pada laluan ini.

vi. Setelah melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri kawasan tengah,
Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tabik hormat kearah
kanan semasa berjalan menggunakan bahasa hukuman (Hormat...hormat ke
kanan....hormat). Semasa ahli terakhir menghampiri kawasan pentas hormat,
Ketua Platun mengarahkan ahli menjatuhkan tabik hormat menggunakan bahasa
hukuman (Pandang...depan).

vii. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan ahli berpatah balik ke
kawasan tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman (Bergerak
kekanan...bertiga-tiga...belakang pusing).

viii. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua Platun mengarahkan
ahli untuk berhenti dengan menggunakan bahasa hukuman (Skuad...henti).

76

ix. Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas
hormat menggunakan bahasa hukuman (Menghadap ke hadapan..kiripusing).
x. Ketua Platun kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentashormat dan
mara mengadap ke hadapan Ketua Pengadil bersama–sama keseluruhan platun
menggunakan bahasa hukuman (Skuad akan mara menghadap...dari tengah...cepat
jalan).
xi. Pergerakan adalah sebanyak 14 langkah dan berhenti di hadapan Ketua Hakim.
Ketua Platun mengarahkan semua ahli memberi tabik hormat kepada Ketua hakim
dengan menggunakan bahasa hukuman (Hormat ke hadapan...hormat) (perbuatan
tabik hormat dilakukan secara serentak selama 3 kiraan / saat sahaja)
❖ Kawad formasi

- Juga dikenali sebagai kawad persembahan.
- Melibatkan asas-asas kawad statik dan dinamik, tetapi diolah menjadi

beberapa bentuk formasi supaya lebih menarik.
Contoh-contoh Kawad Formasi Pengakap :

77

NOTA KULIAH
MINGGU 4

78

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

TUJUAN DAN PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
• Apakah itu Pertolongan Cemas?

Pertolongan cemas ialah pertolongan atau bantuan segera yang diberikan kepada mangsa
kemalangan di tempat kejadian tersebut.

• Bagaimanakah kami boleh berikan batuan atau pertolongan kepada mangsa?
Pertolongan cemas diberikan oleh ahli kepada mangsa dengan menggunakan kemudahan di
tempat kejadian untuk membaiki keadaan mangsa atau menyelamatkan mangsa dalam
keadaan terancam.

• Mengapakah kami perlu belajar pertolongan cemas?
Malang tidak berbau. Anda perlu bersedia untuk menghadapi keadaan-keadaankritikal atau
kemalangan bila-bila masa. Pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas membantu anda
untuk bantu menyelamatkan nyawaorang sekeliling dalam keadaan kemalangan. Dengan
berupaya memberikan pertolongan cemas juga,anda boleh mengelakkan mangsa daripada
kecederaan lebih serius atau mengurangkan kesakitan dan kesengsaraaan mangsa.

• Mengapakah kami perlukan prinsip dalam pertolongan cemas?
Prinsip pertolongan cemas merupakan garis panduan kepada anda untuk melakukan
pertolongan cemas dengan baik dan berkesan.Dengan adanya prinsip pertolongan cemas,
anda tahu perkara yang perlu dibuat untuk membantu menyelamatkan nyawa secara lebih
berkesan dan tidak merbahayakan anda dan mangsa. Pengamalan prinsip dalam pertolongan
cemas membantu dalam mengelakkan situasi mangsa menjadi lebih serius dalam proses
memberikan pertolongan cemas dan mengurangkan kesakitan mangsa. Selain itu, terdapat
prinsip dalam pertolongan cemas yang membolehkan pemindahan mangsa ke hospital
dijalankan dengan lebih lancar.

79

PRINSIP - PRINSIP PERTOLONGAN

Apakah prinsip-prinsip pertolongan cemas?
• Penilaian (assessment).
Ahli perlu menilai keadaan untuk menentukan sama ada selamat
untuk menyelamatkan mangsa dan keadaan persekitaran
kemalangan (keselamatan diri, orang sekitar atau kemudahan
sekitar)
• Bertenang
Ahli perlu bertenang dan tidak panik dengan keadaan. Panikakan
menjejaskan keupayaan ahli untuk berfikir dan bertindak untuk
menyelamatkan mangsa. Mulakan usaha pertolongan cemas
dengan 3C= Check, Call, Care.
• Minta bantuan daripada orang yang berhampiran
Ahli perlu meminta bantuan daripada orang sekeliling untuk
mendapatkan bantuan daripada pihak bomba, ambulans atau polis
dengan membuat panggilan atau mendapatkan bantuan luar yang
dapat berbuat demikian. Jika boleh dapatkan seorang penolong
kerana dia dapat menjadi saksi dan membantu anda dalam
keadaan yang sukar dikendalikan oleh anda seorang. Contohnya
mengalihkan mangsa ke tempat yang selamat.
• Bertindak untuk menyelamat dengan pantas, cekap dan
penuh keyakinan.
Tindakan ahli yang pantas cekap dan penuh keyakinan akan
melancarkan usaha dan proses menyelamatkan mangsa. Tindakan
yang melulu dan gopoh akan membahayakan diri ahli dan mangsa.

80

PRINSIP - PRINSIP PERTOLONGAN

• Sentiasa menjaga keselamatan diri dan mangsa.
Tidak kira tindakan atau usaha ahli menyelamatkan mangsa,keselamatan diri
dan mangsa perlu sentiasa diutamakan. Usaha perlu dilakukan untuk
mengekalkan keselamatan diri ahli sementara berusaha mengeluarkan
mangsa daripada keadaan bahaya.
• Hindari daripada keadaan yang membahayakan
Ahli perlu menjalankan tindakan pertolongan cemas kepada mangsa di
tempat yang selamat setelah mengalihkan mangsa daripada tempat yang
merbahaya.
• Dianogsa atau pengenalan punca kesakitan (diagnosis)
menilai dan mengenalpasti punca dan keadaan kesakitan mangsa. Melihat
sama ada mangsa terdapat kecederaan yang terbuka atau pendarahan yang
perlu dihentikan segera. Nilai tahap kecederaan mangsa dan tentukan
tindakan seterusnya. Jangan sekali-kali beri air atau makanan kepada
mangsa. Hanya basahkan bibir mulut jikaperlu.
• Hentikan pendarahan jika perlu
sekiranya mendapati pendarahan, usaha perlu dilakukan untuk hentikan
pendarahan terlebih dahulu. hal ini kerana pendarahan yangberterusan pasti
mengundang maut berbanding dengan kecederaan lain, kecuali pernafasan
tersekat. Ingat, buat apa yang tahu sahaja, jangan sekali-kali mencuba
kemahiran menyelamat yang anda tidak tahu kepada mangsa.
• Kurangkan kejutan dan menenangkan mangsa.
sekiranya mangsa sedar atau separuh ketika melakukan pertolongan cemas,
ahli perlu menenangkan pesakit dengan kata-kata yang menggalakkan dan
sentiasa memberitahu pesakit bahawa bantuan sedang diberikan dan
ambulans akan sampai secepat mungkin agar

81

PRINSIP - PRINSIP PERTOLONGAN

• Tidak menggerakkan pesakit kecuali perlu

usaha ini dilakukan untuk mengelakkan kecederaan pada mangsa menjadi lebih
serius akibat pergerakan yang tidak diperlukan. Pergerakan selepas kecederaan
akan menggerakkan luka dan menyebabkan lebih pendarahan atau pergerakan
tulang patah/bahan tertusuk pada kecederaan lebih jauh daripada kedudukan
asal.

• Hantar pesakit ke hospital untuk rawatan susulan profesional dan
rapi daripada pihak bertauliah.

• Usaha ini dilakukan agar mangsa mendapat rawatan yang sempurna dan
dikendalikan oleh doktor/ jururawat dengan kepakaran dan ubat yang lebih
berkesan serta menyembuhkan.

• Bila berlaku kecemasan, anda perlu melakukan 3C iaitu Check, Call and
Care.

• Anda perlu memeriksa sama ada keadaan sekeliling tempat kejadian selamat
untuk anda menyelamatkan mangsa dan adakah keadaan mangsa selamat
untuk diselamatkan oleh anda.

• Anda juga perlu memeriksa sama ada terdapat kemudahan di persekitaran
yang dapat membantu anda untuk melakukan usaha menyelamat.

• Setelah itu, anda perlu memanggil orang sekeliling untuk bantuan dan
menghubungi pihak berkenaan seperti hospital dan bomba.

82

ANDUH DAN BALUTAN:
i. Anduh
a. Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampu
anggota badan yang cedera.
b. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan cemas
kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain anduh yang
baik berukuran satu meter.

c. Antara kegunaan kain anduh ialah:
(i) mengampu bahagian yang cedera atau patah;
(ii) menghenti atau menahan pendarahan;
(iii) menetapkan bahagian yang cedera
(vi) sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais)
BALUTAN ANDUH- PEMBALUT SEGI TIGA

83

JENIS BALUTAN ANDUH
PEMBALUT CINCIN

- Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
- Diperbuat daripada pembalut tirus.
- Digunakan untuk menutup luka.
ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN

- Letakkan apak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan.
- Bucu atas kain anduh di atas tangan.
- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

84

ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN

- Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
- Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian

dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
CARA MEMBUAT ANDUH
ANDUH LENGAN
- Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .
- Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipatkebahagian

dalam untuk lebih kemas.

85

ANDUH PERGELANGAN TANGAN

- Letakkan tapak kaki / tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarikdan
letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan.

- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang

ditunjukkan di gambarajah di bawah.
- Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan padabahagian

kaki yang mesti di balut.

86

BALUTAN LUKA DADA HADAPAN
BALUTAN LUKA DADA BELAKANG

87

BALUTAN LUKA BAHU
BALUTAN LUKA SIKU

88

BALUTAN LUKA PEHA
BALUTAN LUKA LUTUT
BALUTAN LUKA KEPALA

89

MERAWAT LUKA:
90

SENGATAN SERANGGA
Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:
a) Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.
b) Jika masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit.penyepit mestilah
disterilkan atau dibakar hujungnya supaya dapat membasmi kuman.
c) Sapukan krim antihistamine atau larutan ammonia atau larutan soda bikarbonatboleh
digunakan.
d)Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan
bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, beri mangsa seketulais untuk di hisap.
e)Jika ragu-ragu, dapatkan bantuan perubatan seperti berjumpa dengan doktor.

91

RAWATAN MELECUR

Terbakar:

TERBAKAR ialah suatu kecederaan pada tisu kulit dan lain-lain tisu badan disebabkan
terkena oleh api yang menyala, bahan api (flame), haba atau objek-objek panas, haba
sejuk, bahan kimia, radiasi atau arus elektrik berkuasa tinggi.

Melecur :
MELECUR ialah kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih wap
atau minyak panas.

Kecederaan ini diklasifikasikan kepada tiga tahap iaitu :

Tahap Satu – Kecederaan yang hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja. Ia tidak
menyebabkan penembusan lapisan kulit

Tahap Dua – Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit, menyebabkan lapisan
bawah kulit mengalami kerosakan

Tahap Tiga – Kecederaan yang menyebabkan kerosakan kepada semua lapisan kulit, juga
melibatkan kerosakan pada lapisan otot, ataupun tulang

Rawatan segera menggunakan konsep 3B & 3C 92
1. “Burn stop”– hentikan pembakaran, jika pakaian terbakar buka baju, jika susah
untuk dibuka, jangan memaksa untuk buka baju. Alihkan objek panasdari mangsa.
2. “Breathing maintain” – pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka, tiada
sekatan atau objek menghalang pernafasan.
3. “Body examine” – periksa tahap kebakaran dan anggota terlibat.
4. “Cool”– sejukkan bahagian yang terbakar dengan mengalirkan air.
5. “Cover” – tutup bahagian yang terbakar dengan kain bersih.
6. “Carry” – bawa mangsa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

RAWATAN PITAM
1. Tenangkan diri anda dahulu dan Baringkan mangsa di tempat teduh dan berudara

bersih.
2. Longgarkan pakaian yang ketat.
3. Tinggikan bahagian kaki mangsa daripada paras badan
4. Apabila mangsa sedarkan diri cuba Tenangkan dan beri keselesaan kepada

mereka.
5. Galakkan tarik nafas dan yang seelok-eloknya adalah anda yang mengajarcara

pernfasan kepada mangsa.
6. Jika berlaku kecederaan ringan bolehlah teruskan untuk merawat. Jika kecederaan

teruk sila serahkan pada pihak hospital.

RAWATAN PATAH ANGGOTA BADAN

93

RAWATAN KERACUNAN

Arahan merawat:
(i) Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan perubatan.
Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah)
(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.

RAWATAN TERSELIUH

Terseliuh

Tanda-tanda dan gejala

o rasa kesakitan pada sendi itu

o bengkak

o lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera

Rawatan
o letak beg ais pada sendi yang cedera

o tinggikan bahagian yang tercedera

o letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa

o ampu bahagian yang tercedera

o hantar ke hospital jika keadaan memerlukan

94


Click to View FlipBook Version