PEMULIHAN PERNAFASAN
KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN
1. MULUT KE MULUT
a) Dalam keadaan mangsa berbaring melentang, anda hendaklah terlebih dahulu
membuang sebarang halangan dari mulutnya.
b) Buka saluran udara dengan mencondongkan kepala ke belakang dan dagu
diangkat ke atas
c) Tutup lubang hidung dengan memicitnya dan dengan pegangan ini,
kadudukan kepalanya boleh dikekalkan
d) Tentukan mulut terbuka. Tarik nafas dalam-dalam dan melalui mulut kemulut
tiup nafas sampai masuk ke dalam paru-paru pesakit
e) Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru pesakit secarapasif
f) Tarik nafas kembali dan ulangkan langkah e dan f.
2. KAEDAH MULUT KE HIDUNG
Kaedah ini berguna apabila mulut pesakit tersumpat dan tidak boleh
dibersihkan
segera. Bibir pesakit dipicit rapi dan tiupan nafas penolong dibuat ke dalamhidung
pesakit
3. KAEDAH MULUT KE MULUT DAN HIDUNG
Untuk bayi atau kanak-kanak kecil yang ruang kawasan mulut dan hidungnyaboleh
ditutupi oleh penolong, maka kaedah ini boleh digunakan
PEMERIKSAAN ABC
A - Airways (saluran Pernafasan)
o terbuka atau tersekat
o keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah
daripada mulut jika ada.
B - Breathings (pernafasan)
o Boleh bernafas atau tidak
o jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan
segera.
C - Circulation (peredaran darah)
o pastikan adakah denyutan nadi atau tidak
o jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation)
(pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)
95
NOTA KULIAH
MINGGU 5
96
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL
SEBELUM PERKHEMAHAN
1. MENGETAHUI TUJUAN BERKHEMAH
a) Rekreasi - mementingkan kemudahan / keselesaan makan-minum / tempat tidur.
Tidak mementingkan kegiatan kemahiran Ilmu perkhemahan.
b) Khusus - kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap
kemahiran- kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana ‘back
woods’ (ala hutan).
c) Pengembaraan ekspedisi - berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu
dalam perjalanan jauh untuk tujuan berehat / perancangan baru.
d) Misteri - siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan
panduan yang diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-
duanya.
e) Penyelidikan - membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan
jangka masa yang lama di sesuatu lokasi.
f) Ikhtiar hidup (survival) - untuk tujuan yang lebih khusus - biasanya untuk
pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah
dipelajari dan membina semangat serta ketahanan diri.
2. PERANCANGAN
o Membuat kertas kerja (organisasi / bajet / kos / logistik).
o Mengadakan mesyuarat dengan J/K Pengelola.
o Senarai petugas / Jadual bertugas.
o Penentuan jumlah penyertaan / syarat / peraturan.
o Peralatan / Perkakasan untuk kemudahan pegawai / peserta.
o Pengisian aktiviti
o Senarai pegawai & peserta
o Atur cara program a) Pelan A b) Pelan B
o Makan minum (Kaedah)
o Pengangkutan peserta (persendirian atau berkumpulan)
o Peralatan perhubungan ‘radio komunikasi’.
o Mengambil insurans tambahan (jika difikirkan perlu).
97
3. PEMILIHAN LOKASI
• Berdasarkan objektif / keperluan / kemudahan / kesesuaian & keselamatan.
4. MEMPEROLEHI KEBENARAN
• Pemilik / Penguasa Lokasi ( Ikuti prosedur )
• Kementerian / JPN / PPD / pihak swasta dll.
• Surat Permohonan / Lantikan / jemputan / makluman
• Surat kebenaran membawa pelajar keluar daripada kawasan sekolah daripada
Pengetua.
• Surat kebenaran ibu bapa pelajar.
5. IKLAN / PENGUMUMAN / MAKLUMAN
• Memaklumkan kepada pihak polis / pusat kesihatan / renjer hutan
• Memaklumkan kepada pelajar / peserta program
• Taklimat awal kepada para peserta program
i. barangan yang dibawa dan lain-lain.
ii. apa yang perlu dan yang tidak perlu disediakan.
iii. hal-hal lain yang berkaitan kebajikan / keselamatan & kemudahan ibu
bapa.
6. PENGLIBATAN
Jawatankuasa Induk terdiri daripada:
Penaung : Penaja/PPD/JPN
Penasihat : Pengetua
Pengerusi : GPK 1
Naib Pengerusi : GPK HEM
Setiausaha : Penyelaras Ko-Kurikulum
Pen. Setiausaha : Penyelaras Pasukan Pakaian Seragam
Bendahari : Guru Pembimbing/Penasihat
Jawatankuasa : Guru-guru Penasihat/pembimbing atau wakil agensi yang dilantik
oleh pengetua.
98
Ahli Jawatankuasa Kerja terdiri daripada:
Pengerusi : GPK 1
Naib Pengerusi : GPK KOKURIKULUM
Setiausaha : Penyelaras Ko-kurikulum
Komandan : Ketua penyelaras PPS/dilantik
Pen. Komandan Kem : Pen.Penyelaras PPS/dilantik
Urusetia : dilantik
Makanan : dilantik
Penginapan : dilantik
Logistik : dilantik
Kebajikan/keselamatan : dilantik
Pengangkutan : dilantik
J/k Pembukaan Penutup : dilantik
Jawatankuasa aktiviti : dilantik
SEMASA DI LOKASI PERKHEMAHAN
1. TAKLIMAT KOMANDEN PERKHEMAHAN / PENYELARAS PROGRAM
• Peraturan / Larangan & Disiplin
• Taklimat program aktiviti
• Menyelia perjalanan program.
2. MENJALANKAN MESYUARAT / PERJUMPAAN DENGAN PEGAWAI KEM
• Hari - 1 / 2 / 3
3. GOTONG ROTONG / KEBERSIHAN / PERJALANAN KEM
SELEPAS TAMAT PROGRAM PERKHEMAHAN
1. Penyelaras Program / Ketua Perkhemahan perlu berada di sekolah atau lokasi tertentu untuk
memastikan semua peserta telah pulang.
2. Membuat laporan.
3. Menghantar surat penghargaan.
4. Mesyuarat post mortem.
99
PEMILIHAN TEMPAT
Beberapa perkara perlu diteliti semasa memilih sesuatu tempat perkhemahan.
a) Keselamatan Peserta dan harta-benda
• Keluasan kawasan yang mencukupi bagi semua peserta dalam kumpulan.
• Pemimpin unit atau kumpulan berpengetahuan dalam mengatasi sesuatu kecemasan
semasa berkhemah.
• Taklimat diberikan kepada peserta bagi mengatasi dan memudahkan bertindak
semasa berlakunya sesuatu kecemasan.
b) Kemudahan-kemudahan asas
• Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan wajib mempunyai kemudahan asas
seperti sumber air dan sebagainya.
• Meneliti sama ada terdapat kedai menjual bahan makanan mentah di kawasan
berhampiran tapak perkhemahan.
• Terdapatnya sistem perhubungan seperti jalan raya, talian telefon dan sebagainya.
c) Tempat menarik dan selesa
• Kawasan tepi pantai, sungai, tasik, hutan simpan boleh dijadikan pilihan untuk tapak
perkhemahan.
• Kawasan haruslah jauh dari sebarang ancaman bahaya seperti banjir, haiwan buas
dan sebagainya.
100
ASAS KESELAMATAN
• Khemah anda tidak didirikan di bawah pokok yang tua dan mudah sekah. Besar
kemungkinan dahannya boleh patah dan menimpa khemah anda.
• Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah yang rata atau agak rata terutama apabila
berkhemah di kawasan pergunungan. Ini sangat penting bagi mengekalkan kestabilan
edaran darah ke seluruh tubuh badan anda. Jangan tidur kaki lebih tinggi daripada aras
kepala kerana peredaran darah akan menjadi kurang stabil. Kawasan yang didirikan
khemah seharusnya lebih tinggi sedikit dan bersih daripada batu, lubang, tunggul kayu,
sarang semut dan sebagainya.
• Jangan dirikan khemah di kawasan berhampiran dengan rumput dan lalang yang panjang
serta pokok renek. Tempat ini berkemungkinan terdapat binatang berbisa seperti kala
jengking, ular, semut dan sebagainya.
• Anda seharusnya meneliti cuaca, arah matahari dan tiupan angin. Apabila mendirikan
khemah tiada berpintu, anda seharusnya mengelakkan cahaya matahari terus memancar
ke dalam khemah. Apabila berkhemah pada musim hujan, anda perlu mendirikan khemah
berlawanan dengan arah tiupan angin. Ini bertujuan mengelakkan angin yang bertiup
membawa air hujan ke dalam khemah. Sebaliknya apabila berkhemah pada musim
kemarau, khemah seharusnya didirikan menghadap tiupan angin. Keadaan ini bertujuan
agar udara yang nyaman akan bertiup ke dalam khemah.
• Memilih tempat yang selesa dan teduh terutama apabila waktu tengah hari. Tujuan
khemah didirikan adalah untuk keselesaan dan kerehatan sepanjang masa.
101
NOTA KULIAH
MINGGU 6
102
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
PEMERIKSAAN PAGI
103
104
SURAT-MENYURAT
105
NOTA KULIAH
MINGGU 7
106
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
KUARTER MASTER
Sebelum melaksanakan aktiviti ini, persatuan boleh melantik dua kuarter master, iaitu kuarter
master Alatan dan kuarter master Makanan bagi melancarkan pengurusan.
Tugas kuarter master Alatan
• Memastikan senarai peralatan yang diperlukan oleh persatuan untuk tujuan aktiviti
perkhemahan yang akan dijalankan. Setelah persatuan mengadakan mesyuarat peringkat
jawatankuasa bagi membincangkan dengan jelas berkenaan keperluan perkhemahan, satu
senarai peralatan akan disediakan.
• Menyediakan senarai semak peralatan yang ingin dibawa untuk mengelakkan sebarang
keciciran. Senarai semak akan dibuat untuk merekodkan bilangan peralatan yang dipinjam,
beli atau sewa yang dibawa ke tapak perkhemahan. Senarai semak ini turut diperlukan
sebagai rujukan di akhir aktiviti perkhemahan untuk memeriksa jumlah alatan yang
dipulangkan
• Memberi panduan tentang cara-cara membawa alatan, terutamanya alatan tajam seperti
parang, kapak, pisau dan cangkul. Kuarter master bertanggungjawab dalam menjaga
selain mengendalikan peralatan yang berada di bawah jagaannya. Oleh itu, beliau harus
memastikan agar segala peralatan digunakan dengan cara yang betul dan berhati-hati agar
ia tidak rosak selain tidak memudaratkan keselamatan orang lain.
• Memeriksa keadaan peralatan agar berada dalam keadaan baik sebelum dibawa ketapak
perkhemahan. Segala peralatan yang akan dibawa ke tapak perkhemahan akan
dikumpulkan di satu tempat dan diperiksa. Ini bertujuan mengelakkan pembaziran kerana
membawa peralatan yang tidak dapat berfungsi dengan baik apatah lagi boleh
membahayakan keselamatan pengguna.
Tugas Kuarter Master Makanan
• Menyediakan menu yang sesuai untuk semua peserta perkhemahan. Kuarter master akan
menentukan menu yang sesuai bagi hidangan sarapan, kudapan, makan tengahari dan
makan malam sepanjang hari perkhemahan berlangsung.
• Mengenal pasti peserta yang mempunyai masalah alahan kepada jenis makanan tertentu.
Kuarter master akan membuat menu alternatif bagi peserta yang mempunyai alahan
terhadap makanan tertentu.
• Menyediakan bahan kering dan bahan basah dalam kuantiti yang mencukupi untuk semua
peserta seperti beras, ikan, sayur, buah dan sebagainya.
107
ORIENTASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
KURIKULUM UNIT BERUNIFORM
108
109
110
111
NOTA KULIAH
MINGGU 8
CUTI
PERTENGAHAN
SEMESTER
112
NOTA KULIAH
MINGGU 9
113
114
115
116
117
118
119
120
121
BAHAGIAN 4
122
LAPORAN AKTIVITI
PERKHEMAHAN
123
LAPORAN 1: AKTIVITI AMALI PERKHEMAHAN
UJIAN KAWAD KAKI
TARIKH : 6 September 2021
HARI : Isnin
MASA : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
LOKASI : SK Merlimau 1 dan Halaman Rumah
Masa Aktiviti Catatan
8.00 pagi – 10.00 pagi
• Menyiapkan pakaian lengkap bagi Unit SK Merlimau 1
Beruniform Pengakap.
• Menonton semula video kawad kaki
statik Pengakap di aplikasi Youtube.
• Menganalisis pergerakan yang perlu
dilakukan.
11.00 pagi – 12.00 pagi • Melakukan rakaman amali kawad kaki SK Merlimau 1
statik dengan bantuan kenalan rapat.
• Meminta pandangan senior terhadap
video yang dirakam tadi.
2.00 petang – 3.30 petang • Merakam semula amali kawad kaki Halaman Rumah
statik setelah diberi teguran terhadap
video yang telah dirakam pagi tadi.
4.00 petang – 5.00 petang • Melakukan suntingan video amali bagi Aplikasi Capcut
ujian kawad kaki statik yang telah
dirakam menggunakan tablet.
124
REFLEKSI LAPORAN 1: AKTIVITI AMALI PERKHEMAHAN
UJIAN KAWAD KAKI
Kelebihan:
Pada hari pertama minggu perkhemahan, saya telah berjaya menyiapkan video rakaman bagi
ujian kawad kaki statik mengikut masa yang ditetapkan. Tiada istilah penangguhan pada hari
pertama minggu perkhemahan diadakan. Saya juga mendapat pandangan dari rakan dan senior
terhadap video rakaman yang dihasilkan sebelum melaksanakan proses suntingan video. Hal ini
membantu saya untuk mengenal pasti kesalahan yang dilakukan pada video pertama yang
dirakam. Dalam masa yang sama, saya juga dapat membezakan kawad bagi unit beruniform
Pengakap dengan Kadet Remaja Sekolah. Seterusnya, saya juga dapat mengasah bakat dalam
mengedit atau menyunting video agar kelihatan lebih kemas dan menarik.
Kelemahan:
Ketika sesi rakaman di halaman rumah, terdapat banyak gangguan kerana kawasan tersebut
merupakan lokasi laluan orang kampung. Selain itu, suasana juga agak bising kerana kanak-
kanak agak ramai dan teruja apabila mereka melihat saya segak memakai baju uniform yang
lengkap.
Cadangan Penambahbaikan:
➢ Mengangkat kaki sehingga 90 darjah.
➢ Menguatkan suara untuk menyebut bahasa hukuman kawad kaki.
➢ Memakai kasut yang lebih sesuai.
Lampiran:
125
LAPORAN 2: AKTIVITI AMALI PERKHEMAHAN
UJIAN IKATAN DAN SIMPULAN
TARIKH : 7 September 2021
HARI : Selasa
MASA : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
LOKASI : Rumah
Masa Aktiviti Catatan
8.00 pagi – 10.00 pagi • Menyiapkan pakaian lengkap bagi Unit ➢ Simpulan Buku Sila
11.00 pagi – 12.00 pagi Beruniform Pengakap. ➢ Simpulan Bungan Keti
2.00 petang – 3.30 petang
• Menyediakan bahan yang diperlukan ➢ Ikatan Tindih Kasih
seperti tali dan batang mop. ➢ Ikatan Balak
• Belajar semula berkenaan tentang ➢ Simpul Belit
teknik ikatan dan simpulan
menggunakan aplikasi Youtube.
• Menyediakan tempat rakaman dengan ➢ Simpulan Buku Sila
sistematik. ➢ Simpulan Bungan Keti
• Melakukan rakaman amali ikatan dan
simpulan.
• Menyambung rakaman amali bagi ➢ Ikatan Tindih Kasih
ikatan dan simpulan. ➢ Ikatan Balak
➢ Simpul Belit
4.00 petang – 5.00 petang • Melakukan suntingan video amali bagi ➢ Aplikasi Capcut
ujian ikatan dan simpulan yang telah
dirakam menggunakan tablet.
126
REFLEKSI LAPORAN 2: AKTIVITI AMALI PERKHEMAHAN
UJIAN IKATAN DAN SIMPULAN
Kelebihan:
Pada hari kedua minggu perkhemahan, saya telah berjaya menyiapkan video rakaman bagi ujian
ikatan dan simpulan mengikut masa yang ditetapkan. Saya berasa lega kerana dapat
melaksanakan video amali ini tanpa menangguhkan tugasan yang diberikan. Saya juga banyak
memperoleh ilmu berkenaan ikatan dan simpulan yang mana banyak membantu dalam menjalani
kehidupan seharian seperti ketika memakai anduh sewaktu pertolongan cemas, serta ketika
membina kraf perkhemahan. Seterusnya, rakaman dan suntingan video yang memerlukan
pengetahuan terhadap teknologi dapat membantu saya memberi banyak kebaikan seperti dapat
meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Kelemahan:
Antara kelamahan yang dapat saya kenal pasti ialah kualiti video yang dihasilkan tidak jelas.
Selain itu, saya perlu melaksanakan dua kali kerja, iaitu memasukkan audio suara selepas
merakam teknik ikatan dan simpulan kerana terdapat gangguan bunyi kipas yang agak bising.
Cadangan Penambahbaikan:
➢ Memastikan video yang dirakam jelas dengan terang.
Lampiran:
127
LAPORAN 3: AKTIVITI AMALI PERKHEMAHAN
UJIAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS
TARIKH : 8 September 2021
HARI : Rabu
MASA : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
LOKASI : Rumah
Masa Aktiviti Catatan
8.00 pagi – 10.00 pagi
• Menyiapkan pakaian lengkap bagi Unit ➢ Anduh besar.
Beruniform Pengakap. ➢ Balutan luka di tapak
• Menyediakan anduh segi tiga. tangan.
• Belajar semula berkenaan tentang ➢ Balutan luka di kepala.
teknik balutan menggunakan aplikasi ➢ Penghentian pengaliran
Youtube. darah dengan menekan
di titik nadi yang terdapat
pada badan.
11.00 pagi – 12.00 pagi • Memanggil anak buah untuk berlakon ➢ Anduh besar.
2.00 petang – 3.30 petang Balutan luka di tapak
menjadi pesakit atau mangsa. ➢ tangan.
• Melakukan rakaman amali bagi dua Balutan luka di kepala.
Penghentian pengaliran
jenis balutan. darah dengan menekan
di titik nadi yang terdapat
• Menyambung rakaman amali bagi dua ➢ pada badan.
balutan lagi. ➢
4.00 petang – 5.00 petang • Melakukan suntingan video amali bagi ➢ Aplikasi Capcut
ujian asas pertolongan cemas yang
telah dirakam menggunakan tablet.
128
REFLEKSI LAPORAN 3: AKTIVITI AMALI PERKHEMAHAN
UJIAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Kelebihan:
Pada hari ketiga minggu perkhemahan, saya telah berjaya menyiapkan video rakaman bagi ujian
asas pertolongan cemas mengikut masa yang ditetapkan. Saya berasa lega kerana dapat
melaksanakan video amali ini tanpa menangguhkan tugasan yang diberikan. Saya juga banyak
memperoleh ilmu berkenaan asas pertolongan cemas yang mana banyak membantu dalam
menjalani kehidupan seharian seperti ketika berlakunya kemalangan atau kecemasan.
Seterusnya, rakaman dan suntingan video yang memerlukan pengetahuan terhadap teknologi
dapat membantu saya memberi banyak kebaikan seperti dapat meningkatkan kemahiran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Kelemahan:
Antara kelamahan yang dapat saya kenal pasti adalah terdapat dua video yang dihasilkan
mempunyai kualiti video kabur dan tidak jelas. Selain itu, saya perlu melaksanakan dua kali kerja,
iaitu memasukkan audio suara selepas merakam teknik ikatan dan simpulan kerana terdapat
gangguan bunyi yang bising disebabkan proses penebangan pokok oleh orang kampung.
Cadangan Penambahbaikan:
➢ Memastikan video yang dirakam jelas dengan terang.
➢ Memberi penerangan dengan lebih baik.
Lampiran:
129
LAPORAN 4: AKTIVITI AMALI PERKHEMAHAN
UJIAN KRAF PERKHEMAHAN
TARIKH : 9 September 2021
HARI : Khamis
MASA : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
LOKASI : Rumah
Masa Aktiviti Catatan
8.00 pagi – 10.00 pagi • Mengambil bahan yang diperlukan di ➢ Pokok leban hutan
11.00 pagi – 12.00 pagi
2.00 petang – 3.30 petang kebun abang saya. ➢ Batang pelepah kelapa
4.00 petang – 5.00 petang
• Memastikan bahan yang diambil sawit
mencukupi berdasarkan gambar atau ➢ Gergaji
rangka yang telah dilukis. ➢ Parang
• Memotong bahan yang telah diambil
mengikut ukuran yang dirangka.
• Memulakan rakaman amali bagi ➢ Simpulan manuk
melaksanakan gajet meja serbaguna. ➢ Ikatan Seraya
• Mendirikan kaki meja terlebih dahulu ➢ Ikatan serong
menggunakan ikatan dan simpulan ➢ Simpul belit
yang telah dipelajari.
• Menyambung rakaman amali bagi ➢ Ikatan lilit kacang
permukaan meja pula menggunakan
batang pelepah kelapa sawit yang telah
disediakan.
• Menguji tahap ketahanan gajet yang
dihasilkan.
• Melakukan suntingan video amali bagi ➢ Aplikasi Capcut
ujian kraf perkehmahan yang telah
dirakam menggunakan tablet.
130
REFLEKSI LAPORAN 4: AKTIVITI AMALI PERKHEMAHAN
UJIAN KRAF PERKHEMAHAN
Kelebihan:
Pada hari keempat minggu perkhemahan, saya telah berjaya menyiapkan video rakaman bagi
ujian masakan mengikut masa yang ditetapkan. Saya berasa lega kerana dapat melaksanakan
video amali ini tanpa menangguhkan tugasan yang diberikan. Antara kelebihan yang dapat saya
kenal pasti berdasarkan gajet meja serbaguna yang telah dihasilkan ialah tahap ketahanan yang
tinggi. Hal ini dapat dibuktikan apabila anak buah saya baring di atas meja tersebut tanpa
merobohkan meja atau menggoyangkan meja. Gajet yang saya hasilkan juga mempunyai
kekemasan yang tinggi. Seterusnya, rakaman dan suntingan video yang memerlukan
pengetahuan terhadap teknologi dapat membantu saya memberi banyak kebaikan seperti dapat
meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Kelemahan:
Antara kelamahan yang dapat saya kenal pasti ialah saya tidak sempat untuk merakam video
ketika saya mengambil bahan atau kayu di kebun. Selain itu, gajet meja serbaguna yang
dihasilkan juga mempunyai kekurangan dari aspek kelurusan meja.
Cadangan Penambahbaikan:
➢ Mengukur kayu dengan lebih teliti sebelum memotongnya.
Lampiran:
131
LAPORAN 5: AKTIVITI AMALI PERKHEMAHAN
UJIAN MASAKAN
TARIKH : 10 September 2021
HARI : Jumaat
MASA : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
LOKASI : SK Merlimau 1
Masa Aktiviti Catatan
8.00 pagi – 10.00 pagi
• Menyediakan bahan yang diperlukan ➢ Tepung
untuk menghasilkan roti lilit. ➢ Air
• Memastikan bahan yang diambil ➢ Telur
mencukupi. ➢ Garam & Gula
• Mencari tempat yang sesuai untuk ➢ Besen
melaksanakan masakan rimba.
11.00 pagi – 1.30 pagi • Memulakan rakaman amali dengan ➢ Kayu ranting
3.00 petang – 5.00 petang
menghidupkan api terlebih dahulu. ➢ Daun kering
• Menunjukkan bahan yang diperlukan. ➢ Batu-bata
• Menggaul bahan sehingga menjadi ➢ Mancis
adunan roti lilit.
• Melilitkan adunan setelah naik di ranting
kayu.
• Membakar roti lilit.
• Rasa roti lilit yang telah dibakar.
• Melakukan suntingan video amali bagi ➢ Aplikasi Capcut
ujian masakan rimba yang telah
dirakam menggunakan tablet.
132
REFLEKSI LAPORAN 5: AKTIVITI AMALI PERKHEMAHAN
UJIAN MASAKAN
Kelebihan:
Pada hari terakhir minggu perkhemahan, saya telah berjaya menyiapkan video rakaman bagi
ujian masakan mengikut masa yang ditetapkan. Saya berasa lega kerana dapat melaksanakan
video amali ini tanpa menangguhkan tugasan yang diberikan. Saya juga banyak memperoleh
ilmu berkenaan asas pertolongan cemas yang mana banyak membantu dalam menjalani
kehidupan seharian seperti ketika berlakunya kemalangan atau kecemasan. Seterusnya,
rakaman dan suntingan video yang memerlukan pengetahuan terhadap teknologi dapat
membantu saya memberi banyak kebaikan seperti dapat meningkatkan kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Kelemahan:
Antara kelamahan yang dapat saya kenal pasti adalah terdapat dua video yang dihasilkan
mempunyai kualiti video kabur dan tidak jelas. Selain itu, saya perlu melaksanakan dua kali kerja,
iaitu memasukkan audio suara selepas merakam teknik ikatan dan simpulan kerana terdapat
gangguan bunyi yang bising disebabkan proses penebangan pokok oleh orang kampung.
Cadangan Penambahbaikan:
➢ Memastikan video yang dirakam jelas dengan terang.
➢ Memberi penerangan dengan lebih baik.
Lampiran:
133
RUJUKAN
Ali Mohamad. (2013, Feb 2). Kraf Perkhemahan. Diakses pada 23 Julai 2021 diambil daripada
slideshare: https://www.slideshare.net/alimohamad94043/kraf- perkhemahan-16311308
Arahan Kawad Kaki Pengakap. (2012, May 22). Diakses pada 20 July 2021 diambil daripdfslide:
https://pdfslide.tips/documents/arahan-kawad-kaki-pengakap.html
Fatin Nabilah NorZaidi. (2018, Oktober 15). Perancangan Semester 2018 Unit BeruniformPengakap
SK Bukit Kuda. Diperoleh daripada slideshare:
https://www.slideshare.net/FatinNabilahNorzaidi/perancangan-semester-2018-unit-beruniform-
pengakap-sk-bukit-kuda
Haniskumar. (2021). Struktur Dan Organisasi Pertubuhan, Pengurusan Dan Pentadbiran.
Diakses pada 20 Julai 2021, dari
https://tugasanpengakap1bukulogdigital.blogspot.com/2019/09/struktur-dan-organisasipertubu
han.html
Huda. (2014, April 29). Pertolongan Cemas dan Balutan. Diakses pada 20 July 2021 diambildaripada
slideshare: https://www.slideshare.net/huda83/2-pertolongan-cemas-dan- balutan
Liea Chong (2018, Okt 29) Mengesan Tanda dan Simbol Jalan lasak. Diakses pada 25 Julaidiambil
daripada laman web: https://www.scribd.com/presentation/391846044/Mengesan-tanda-dan-
simbol-jalan-lasak-pptx
Mat Noi. (2016). Rancangan Tahunan Unit Pengakap Kanak-Kanak. Diperoleh daripada academia:
https://www.academia.edu/9882138/RANCANGAN_TAHUNAN_UNIT_PENGAKAP_
KANAK_KANAK
Mohd Azif Bin Shukor (2010, Mac 14). Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan. Diakses pada 23
Julai 2021 diambil daripada laman web: http://anyflip.com/thbrn/whiu/basic
Mokhtar. (2010, January 23). Unit 2: Pertolongan Cemas. Diakses pada 20 July 2021diambil daripada
slideshare: https://www.slideshare.net/mokhtarpadeli/unit2-2979562
Norfarhana Mohd Noh. (2012, November 16). PBSM 2012 Patah dan Terseliuh. Diaksespada 20 July
2021 diambil daripada slideshare: https://www.slideshare.net/norfarhanamohdnoh/pbsm-2012-
patah-dan-terseliuh
Perlembagaan Pertubuhan. (2021). Diakses pada 20 Julai 2021, dari
https://persatuanpengakap.wordpress.com/dasar-pertubuhan-2/perlembagaan-pertubuhan/
134
Racun dan Keracunan. Diakses pada 20 July 2021 diambil daripada slideshare:
https://www.slideshare.net/ayunmayuni/presentation-hbu124-d
Sejarah Unit Beruniform Pengakap. (2021). Diakses pada 20 Julai 2021, dari
https://dokumen.tips/documents/sejarah-unit-beruniform-pengakap.html
Zainal Ariff, Yusoff Osman, Siti Khazimah Sallip & Zainab Bee Hamid. 2017. Modul Pembelajaran
MPU2031 Unit Beruniform (Pengakap). Selangor: KementerianPendidikan Malaysia
135