The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by serojadesa, 2020-11-30 00:43:52

F4 BAB 12 TENAGA NUKLEAR zila khalid =)

F4 BAB 12 TENAGA NUKLEAR zila khalid =)

z BAB 12
TENAGA
NUKLEAR
Sains Tingkatan 4

Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram, Johor

12.1
z PENGGUNAAN

TENAGA
NUKLEAR

Penggunaan Tenaga
Nuzklear

Tenaga nuklear memberikan banyak
manfaat kepada manusia apabila dijanakan
dan dikawal dengan baik.

Setiap tahun berlakunya pertambahan
negara yang menggunakan tenaga nuklear
untuk menjanakan tenaga dalam pelbagai
bidang.

Kini, terdapat lebih daripada 30 buah negara
yang menggunakan tenaga nuklear sebagai
sumber tenaga di negara mereka.

Antaranya Amerika Syarikat, Rusia,
Perancis, Slovakia dan Jepun

z

z
Tenaga nuklear ialah tenaga alternatif yang boleh
menjanakan tenaga elektrik bagi menggantikan atau

mengurangkan penggunaan petroleum dan arang batu.
Tenaga yang dihasilkan lebih besar dan efisien
berbanding dengan sumber tenaga lain.

z

z
Tenaga nuklear menghasilkan sinaran mengion yang digunakan

dalam pelbagai bidang seperti perubatan, pertanian dan
perindustrian. Penggunaan tenaga nuklear dapat

meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia.

z

Tenaga nuklear
membebaska
n jumlah gas
rumah hijau
yzang sedikit
berbanding
dengan
sumber
tenaga yang
lain.

z Sisa radioaktif
yang

dihasilkan
boleh

menjejaskan
z kesihatan dan

mengancam
nyawa semua

hidupan.

z

z

Tenaga yang dihasilkan adalah sangat besar
dan jika disalahgunakan, boleh

menyebabkan kesan yang buruk kepada
manusia.

12.2
z PENGHASILAN

TENAGA
NUKLEAR

Peznghasilan
Tenaga Nuklear

Tenaga nuklear
bermaksud tenaga yang
terhasil daripada tindak
balas di dalam nukleus
atom.

Tenaga nuklear
dihasilkan melalui
pembelahan nukleus dan
pelakuran nukleus.

z Pembelahan Nukleus

Pembelahan nukleus merupakan proses pemecahan satu nukleus
radioaktif yang berat kepada dua atau lebih nukleus yang lebih
ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga.

Pembelahan nukleus berlaku apabila satu neutron yang perlahan
membedil satu nukleus radioaktif yang berat seperti uranium-235.

Bedilan daripada neutron itu menyebabkan nukleus itu pecah
kepada dua atau lebih nukleus yang lebih ringan dan stabil.

Proses ini membebaskan tenaga yang banyak.



Pzelakuran Nukleus Pelakuran nukleus merupakan satu
proses percantuman atau penggabungan
dua nukleus radioaktif yang ringan
membentuk satu nukleus yang lebih berat
disertai dengan pembebasan tenaga.

Sebagai contoh, dua nukleus kecil dan
ringan seperti deuterium dan tritium
(isotop hidrogen) bercantum dan
membentuk satu nukleus yang lebih
besar dan berat.

Proses ini berlaku pada suhu yang amat
tinggi.

Proses ini membebaskan tenaga nuklear
yang lebih banyak berbanding dengan
pembelahan nukleus.



z Penjanaan Tenaga Elektrik daripada
Tenaga Nuklear

Kegunaan utama tenaga nuklear adalah untuk
menjana tenaga elektrik.

Penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga
nuklear ini dilakukan di dalam stesen jana kuasa
tenaga nuklear.

Sebuah stesen jana kuasa nuklear terdiri
daripada reaktor nuklear dan penjana.

Reaktor nuklear menghasilkan jumlah tenaga
yang besar.







z Reaktor Nuklear Malaysia

Malaysia memiliki sebuah reaktor nuklear berkuasa 1 MegaWatt
milik Agensi Nuklear Malaysia.

Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) mula beroperasi pada 28 Jun
1982.

RTP ini merupakan jenis kolam yang direka bentuk supaya
eksperimen boleh dijalankan di bahagian teras reaktor tersebut.

Namun, reaktor ini hanya untuk tujuan latihan, penyelidikan dan
penghasilan radioisotop sahaja

Malaysia perlu membina sebuah reaktor nuklear yang mampu
menghasilkan tenaga 1000 MegaWatt jika mahu menjalankan
penjanaan elektrik bersumberkan tenaga nuklear.



z Penggunaan Tenaga Nuklear bagi
Negara yang Menggunakannya

Sehingga kini, tenaga nuklear terus
menjadi pilihan bagi negara-negara
di dunia sebagai sumber alternatif
tenaga elektrik.

Terdapat beberapa sebab
mengapa negara-negara ini
memilih tenaga nuklear sebagai
sumber tenaga negara mereka.

z Kurang sumber tenaga lain

Kebanyakan negara yang menggunakan
tenaga nuklear kurang sumber tenaga lain
seperti arang batu dan petroleum.

Kos yang amat tinggi diperlukan jika
mereka mengimport sumber tenaga ini
dari negara lain.

Oleh itu, mereka perlu menggunakan
sumber tenaga lain seperti tenaga
nuklear.

z Keluasan negara yang besar serta
kepadatan penduduk yang tinggi

Negara China contohnya adalah
sangat besar dan mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi.

Kuasa dan tenaga yang dihasilkan
oleh tenaga nuklear cukup besar
sehingga mampu untuk
menjanakan tenaga elektrik ke
seluruh negara mereka.

z Sumber pendapatan negara

Reaktor nuklear di Slovakia
contohnya mampu menghasilkan
tenaga elektrik yang melebihi
keperluan negaranya.

Oleh itu, mereka telah
membekalkan tenaga elektrik itu
kepada negara-negara jiran dan
mampu mendapat keuntungan
yang lumayan.

z Teknologi yang canggih

Kajian dan pembangunan sentiasa
dilakukan oleh negara-negara yang
menggunakan tenaga nuklear.

Hasilnya kini, mereka telah berjaya
memiliki teknologi yang lebih canggih
serta mampu mengurangkan risiko-
risiko yang berlaku kepada reaktor
nuklear

Contohnya seperti pembinaan
Makmal Nasional Argonne yang
dimiliki oleh Amerika Syarikat.

12.3
z IMPAK

PENGGUNAAN
TENAGA NUKLEAR

z Impak Penggunaan Senjata Nuklear

Pada sekitar tahun 1940-an, penyelidikan awal tentang
tenaga nuklear dijalankan untuk menghasilkan bom.

Hasil sampingan daripada pembelahan nukleus di
dalam reaktor nuklear, iaitu plutonium boleh digunakan
untuk membuat bom atom

Dunia telah menyaksikan satu malapetaka yang amat
dahsyat apabila tenaga nuklear digunakan untuk
menghasilkan senjata nuklear

Senjata nuklear pernah digunakan semasa Perang
Dunia Kedua oleh Amerika Syarikat terhadap Hiroshima
dan Nagasaki.

Mengikut beberapa kajian dan risalah, bom atom “Little Pengeboman
dBioHy”iroteslhazihmdaigpuagduark6anOgoolesh1p9i4h5a,kdteanntedriiakuAtmi seartiukalaSgyi abroikmat bom atom di
atom “Fat Man” di Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Hiroshima dan

Letusan tenaga nuklear oleh bom atom menghasilkan satu Nagasaki
gelombang letupan yang amat kuat sehingga dalam Perang
mengorbankan kira-kira 70,000 nyawa orang awam secara Dunia Kedua
serta-merta

Pengeboman ini menyebabkan keadaan seluruh bandar
raya itu menjadi amat panas sehingga mencairkan struktur
besi

Letusan bom nuklear juga mengganggu keadaan
atmosfera kesan daripada gelombang yang terhasil di
samping luruhan radioaktif yang dikeluarkan

Pada ketika itu, seluruh sistem perhubungan di bandar
raya itu terputus.







z

Impak Ujian Nuklear

Sebelum senjata nuklear digunakan, ujian nuklear perlu dilakukan untuk memastikan
sama ada senjata itu berfungsi atau tidak.
Ujian nuklear dilakukan sama ada di atmosfera terbuka, di darat atau di bawah laut.
Ujian nuklear ini memberikan impak buruk kepada hidupan dan persekitaran
ujian nuklear di bawah tanah contohnya akan menyebabkan kesan radiasi terhadap
tanah dan sumber air.
Begitu juga di laut, akan berlaku kemusnahan hidupan dan juga pencemaran yang teruk.
Bagi manusia dan hidupan di darat, kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear
boleh menyebabkan kesan somatik dan kesan genetik.



12.4
z TENAGA NUKLEAR

DI MALAYSIA

z Kewajaran Pembinaan Stesen Jana
Kuasa Nuklear di Malaysia

Bagi melaksanakan pembinaan stesen jana kuasa nuklear, beberapa faktor perlu
diambil kira seperti:

Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli, petroleum yang akan habis dan kosnya
semakin meningkat

kesan pencemaran oleh tenaga nuklear juga adalah lebih rendah berbanding dengan
sumber bahan api fosil

Kawasan bagi membangunkan stesen jana kuasa nuklear juga mestilah sangat
strategik. Kawasannya mestilah berhampiran dengan punca air bagi memudahkan
proses penyejukan berlaku

kadar tenaga yang dikeluarkan oleh sumber tenaga nuklear adalah jauh lebih besar
daripada sumber bahan api fosil

z Agensi Nuklear Malaysia

Agensi Nuklear Malaysia, yang dahulunya
dikenal sebagai Institut Penyelidikan Teknologi
Nuklear Malaysia (MINT), terletak di Bangi,
Selangor.

Agensi ini ditubuhkan bagi menyelaras aktiviti
berteraskan sains dan teknologi nuklear serta
teknologi yang berkaitan dengannya.

Aktiviti utama yang dijalankan di sini ialah
penyelidikan dan pembangunan teknologi
nuklear bagi pembangunan negara dengan
kerjasama antarabangsa.

z


Click to View FlipBook Version