MENYELESAIKAN MASALAH DALAM BIDANG MENGGAMBAR AKTIVITI KOLAJ DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH DEMONSTRASI MODEL HIDUP BAGI MURID PRASEKOLAH BESTARI, SK PULAU RUSA NIK SITI AMANAH ZUHRI BINTI NIK OMAR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Prasekolah INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU 2011
PENGESAHAN PENGESAHAN PENYELIA PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini sudah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.” (Pendidikan Prasekolah) Tandatangan : Nama Penyelia : DR. HJ IBRAHIM BIN TAIB Tarikh : 13 OKTOBER 2011
PENGAKUAN PENGAKUAN PENULIS PENULIS “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : Nama Penulis : NIK SITI AMANAH ZUHRI BINTI NIK OMAR Tarikh : 13 OKTOBER 2011
DEDIKASI Khas untuk suami tercinta, Adly Zil Ikram bin Razali, Bonda tersayang, Wan Fatimah binti Wan Abdullah Ayah dan ibu mertua, Haji Razali bin Shafei Hajah Marina binti Ismail Serta adik beradik tersayang Nik Siti Solahiah binti Nik Omar Nik Muhammad Firdaus bin Nik Omar Nik Nur Anis binti Nik Omar. Pensyarah Penyelia, Dr. Hj Ibrahim bin Taib, Pensyarah-pensyarah IPG KDRI serta rakan-rakan seperjuangan.
PENGHARGAAN “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan kajian tindakan dalam bidang Prasekolah yang bertajuk “Menyelesaikan Masalah Dalam Bidang Menggambar Kolaj Dengan Menggunakan Demonstrasi Model Hidup Bagi Murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa. Sekalung penghargaan ditujukan buat pensyarah pembimbing iaitu Dr. Hj Ibrahim bin Taib kerana telah banyak memberi bimbingan, pandangan serta teguran yang membina sepanjang penghasilan kajian tindakan ini. Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dengan berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan kajian tindakan. Kepada keluarga saya, jutaan terima kasih diucapkan kerana telah banyak menyokong saya selama ini. Diharap kertas cadangan ini telah dilaksanakan dengan baik dan memenuhi kehendak tugasan. Sekian, terima kasih.
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat, tahap pemahaman dan tahap penguasaan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang menggambar menggunakan teknik kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika, kesan dari penggunaan demonstrasi model hidup. Responden adalah terdiri daripada murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa, iaitu seramai 2 orang sampel diambil. Kajian tindakan ini menggunakan instrumen pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Analisis kajian menggunakan kaedah kualitatif dan kajian ini berbentuk kajian kes. Dapatan kajian ini telah membuktikan dengan adanya demonstrasi model hidup dalam pengajaran dan pembelajaran, telah meningkatkan ketiga-tiga objektif kajian iaitu minat, pemahaman dan penguasaan murid dalam bidang menggambar menggunakan teknik kolaj. Kajian ini boleh diteruskan dengan menggabungkan penggunaan kaedah demonstrasi dan video untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai kesimpulan, kajian ini menekankan kepentingan kaedah demonstrasi model hidup dalam pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci : Kolaj, demonstrasi, demonstrasi model hidup.
ABSTRACT The purposes of this research are to increase interest, understanding and mastery in teaching and learning in “bidang menggambar” using collage technique during Esthetic and Creativity Slot. Respondents were from Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa, where two samples are involeved in this research. This action research uses observation, survey, interview and document analysis. Research analysis uses qualitative method and this action research is a case study. The result from this research have proved that by using living model in demonstration could increase all research objectives which are interest, understanding and mastery in “bidang menggambar” using collage technique. In the future, this research could be continued by combining video and demonstration to overcome problems in teaching and learning. In conclusion, this research stresses the importance of living model demonstration in teaching and learning process.
KANDUNGAN Halaman MUKA SURAT TAJUK i PENGESAHAN PENSYARAH ii PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB iii DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ABSTRAK vi ABSTRACT vii ISI KANDUNGAN ix SENARAI JADUAL x SENARAI LAMPIRAN xi 1.0 PENDAHULUAN 1 1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 1 1.2 Refleksi Literatur 4 2.0 FOKUS KAJIAN /ISU KEPRIHATINAN 12 2.1 Tinjauan Masalah 12 2.2 Analisis Tinjauan Masalah 16 3.0 OBJEKTIF KAJIAN /SOALAN KAJIAN 18 3.1 Objektif Umum 18 3.2 Objektif Khusus 18 3.3 Soalan Kajian 19 3.4 Kepentingan Kajian 19 3.5 Definisi Operasional 20 3.6 Batasan Kajian 21 4.0 KUMPULAN SASARAN 22
5.0 TINDAKAN 23 5.1 PROSEDUR TINDAKAN 23 5.2 PROSEDUR CARA MENUMPUL DATA 27 5.2.1 Instrumen Kajian 27 6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 29 6.1 Pemerhatian 29 6.2 Soal Selidik 37 6.3 Temubual 42 6.4 Analisis Dokumen 45 7.0 DAPATAN 47 7.1 Pendahuluan 47 7.2 Ringkasan Kajian 47 7.3 Minat Sampel 48 7.4 Pemahaman Sampel 51 7.5 Penguasaan Sampel 53 8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 58 SENARAI RUJUKAN 59 LAMPIRAN 62
SENARAI JADUAL Jadual Muka Surat 1. Jadual 6.1.1 Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup. 30 2. Jadual 6.1.2 Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup. 30 3. Jadual 6.1.3 Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran sebelum Kaedah Demonstrasi Model Hidup. 32 4. Jadual 6.1.4 Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran selepas Kaedah Demonstrasi Model Hidup. 32 5. Jadual 6.1.5 Pemerhatian selepas pengajaran dan pembelajaran sebelum Kaedah Demonstrasi Model Hidup digunakan. 34 6. Jadual 6.1.6 Pemerhatian selepas pengajaran dan pembelajaran selepas Kaedah Demonstrasi Model Hidup digunakan. 34 7. Jadual 6.1.7 Jadual Pemerhatian Keseluruhan 36 8. Jadual 6.2.1 Analisis Minat Sampel 1 37 9. Jadual 6.2.2 Analisis Minat Sampel 2 38 10. Jadual 6.2.3 Analisis Pemahaman Sampel 1 39 11. Jadual 6.2.4 Analisis Pemahaman sampel 2 39 12. Jadual 6.2.5 Analisis Penguasaan sampel 1 40 13. Jadual 6.2.6 Analisis Penguasaan sampel 2 40
SENARAI LAMPIRAN Jadual Muka Surat A. PANDUAN PEMARKAHAN 62 B. BORANG PEMERHATIAN 63 C. BORANG SOAL SELIDIK 66
1.0 PENDAHULUAN PENDAHULUAN Slot Kreativiti dan Estetika merupakan antara slot penting yang terdapat dalam jadual waktu di prasekolah. Peruntukan masa selama 150 minit diberikan untuk slot ini sahaja dalam tempoh seminggu. Antara aktiviti yang sering dijalankan di prasekolah adalah kolaj. Namun, aktiviti akan membosankan murid-murid sekiranya kaedah yang dipilih oleh guru tidak sesuai. Oleh itu, guru perlu menunjukkan demonstrasi cara penghasilan kolaj. 1.1 Refleksi Refleksi Refleksi pengajaran pengajaran pengajaran dan pembelajaran pembelajaran pembelajaran lalu Sejak pengkaji mula mengajar di sekolah ini iaitu pada minggu kedua praktikum pengkaji sering berhadapan dengan masalah di mana murid-murid sering mengadu tidak pandai untuk menyiapkan kerja semasa slot kreativiti dan estetika serta tidak berminat dengan slot ini. Ketika pengkaji baru sahaja mengagihkan bahan-bahan untuk membuat kolaj, segelintir murid-murid akan mengadu tidak pandai untuk mengoyak kertas, tidak pandai menampal kolaj dengan kemas kerana bimbang gam akan tumpah serta tidak pandai menggunting. Ayat klise yang sentiasa diulang oleh murid-murid adalah “Cikgu, kite dok reti”. Jika seorang murid mengadu, beberapa orang murid lagi akan turut mengadu. Hal ini menyebabkan keadaan kelas bising dan suasana agak tidak terkawal. Sedikit sebanyak emosi pengkaji untuk mengajar kolaj semasa slot kreativiti dan estetika terganggu. Mengapakah masalah ini berlaku?. Adakah pengkaji telah gagal untuk
mewujudkan kesediaan murid-murid semasa set induksi?. Pengkaji berasa sedikit marah dan geram kerana sikap murid-murid yang suka mengadu dan berfikiran negatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran baru bermula. Semasa menyiapkan kolaj yang diberi, murid-murid sukar menampal dengan kemas menyebabkan hasil kolaj kurang memuaskan. Gam yang digunakan secara berlebihan merosakkan kolaj menyebabkannya comot. Gam kerap tumpah kerana ditekan terlalu kuat dan masa dibazirkan bagi membersihkan sisa gam yang melekat di atas meja. Pakaian murid-murid prasekolah kerap kotor kerana sisa gam melekat. Muridmurid masih tidak faham bagaimana konsep kolaj iaitu bahan yang digunakan perlu ditampal secara bertindihan. Ini menyebabkan kolaj yang dihasilkan kurang bermutu. Pengkaji sering mengeluh kerana masa menyiapkan kolaj menjadi agak lama dan memenatkan kerana perlu berhadapan dengan kerenah murid-murid. Pengkaji menyedari bahawa di peringkat awal persekolah begini, pengkaji sepatutnya menjadi pembimbing yang baik dan bukannya terus memarahi murid-murid setiap kali mereka melakukan kesalahan. Setelah beberapa kali berhadapan dengan masalah ini, pengkaji cuba untuk menahan marah dan mententeramkan diri dengan merenung sejenak dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang berlaku di sebalik suasana ini. Pengkaji mendapati ada beberapa perkara yang menyebabkan masalah ini berlaku dan pengkaji cuba menganalisisnya. Antara punca murid-murid mudah menetapkan mind set bahawa kolaj adalah sesuatu yang susah adalah kerana murid-murid jarang membuat kolaj. Tambahan pula, sesi persekolahan murid-murid baru bermula dan mereka masih cuba untuk menyesuaikan diri.
Punca kedua adalah kolaj yang disediakan untuk kanak-kanak adalah terlalu besar, menyebabkan murid-murid penat untuk mengoyak kertas atau tisu dalam saiz yang kecil kerana ia melibatkan tempoh masa yang lama. Hal ini juga akan menyebabkan hasil akhir kolaj tidak kemas kerana proses menampal menggunakan gam menjadi lebih kompleks dan lama. Punca ketiga yang dapat dikenalpasti adalah guru tidak menunjukkan contoh kolaj yang mudah untuk disediakan supaya sesuai dengan aras dan kemampuan murid-murid yang berumur lima dan enam tahun. Hal ini menyebabkan aktiviti ini tidak berupaya menarik minat murid-murid dan murid-murid menganggapnya membosankan serta leceh. Punca yang keempat pula adalah pengkaji hanya menunjukkan kolaj yang telah disediakan terlebih dahulu menyebabkan demonstrasi menyiapkan kolaj tidak dapat dilakukan. Arahan verbal yang diberi tanpa demonstrasi tidak mampu memberi gambaran pada murid-murid untuk memahami cara yang dikehendaki oleh pengkaji. Murid-murid tidak dapat melihat bagaimana pengkaji membuat kolaj. Di sini, muridmurid tidak dapat memerhatikan cara yang betul untuk mengoyak, mencubit, menampal atau menggunting. Bagi pengkaji, mengoyak, menampal atau menggunting adalah perkara asas yang mudah. Tetapi, ternyata ia silap. Melalui analisa dan refleksi kendiri yang dilakukan, pengkaji berasakan amat penting bagi seorang guru untuk memilih saiz kolaj yang sesuai dengan kanak-kanak supaya ia lebih mudah disiapkan. Selain itu, kolaj yang dilakukan oleh kanak-kanak prasekolah harus sesuai dengan aras dan kemampuan mereka kerana setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan motor halus yang berbeza. Menurut Putri Zabariah (2008), aktiviti fizikal pada peringkat prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur dan keupayaan kanak-kanak.
Seterusnya, pengkaji juga berpendapat murid-murid perlu diberi peluang untuk memerhatikan proses membuat kolaj sebelum mereka cuba untuk menghasilkannya sendiri. Kaedah yang boleh digunakan adalah melalui demonstrasi. . Menurut T.Sarina (2006), demonstrasi ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza. Terdapat tiga jenis demonstrasi iaitu menggunakan model simbolik, model persepsi dan model hidup. Pengkaji memilih untuk menjalankan demonstrasi model hidup. Model hidup ini termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasikan aktiviti yang berkenaan. Modelmodel seperti ini akan menjadi contoh untuk diikuti atau ditiru oleh murid-murid yang lain. Di antara contoh-contoh model hidup ialah tingkah laku guru yang baik seperti pertuturan yang bersopan santun serta demonstrasi guru dalam berbagai-bagai mata pelajaran seperti sains, kemahiran hidup, pendidikan jasmani, dan pendidikan seni. 1.2 REFLEKSI REFLEKSI REFLEKSI LITERATUR LITERATUR Aktiviti kolaj bagi slot Kraetiviti dan Estetika mungkin nampak remeh, namun, guru masih perlu memastikan kaedah yang dipilih adalah berkesan dan bermanfaat bagi murid-murid mereka. Menurut ahli teori pembelajaran sosial, kebolehan, kognitif dan faktor-faktor fizikal seperti ciri-ciri fizikal, personaliti, kepercayaan dan sikap mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak serta persekitaran di mana mereka berada. Pengaruh ini bersifat timbal balik di mana tingkahlaku seseorang individu boleh mempengaruhi sikap
dan kepercayaan individu yang lain. Selain itu, pemerhatian ke atas apa yang berlaku di alam sekeliling boleh juga mempengaruhi sikap dan kepercayaan seseorang individu. Pembelajaran pemerhatian berlaku apabila tingkahlaku boleh berubah melalui proses modeling. Pelopor bagi Teori Pembelajaran Sosial adalah Albert Bandura yang terkenal kerana telah membuat kajian tentang cara bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Beliau telah mengkaji bagaimana kanak-kanak belajar melalui modeling. Menurut Albert Bandura, manusia adalah makhluk yang bersifat proaktif, sentiasa membuat refleksi sendiri, mempunyai kebolehan kawalan kendiri dan berupaya mengurus diri. Antara kajian Bandura mengenai pembelajaran melalui modeling adalah kajian patung Bobo. Secara umum, proses modeling melibatkan empat langkah. Langkah pertama adalah perhatian di mana kanak-kanak hanya akan mempelajari sesuatu jika menumpukan perhatian terhadap apa yang sedang berlaku di sekeliling. Tumpuan kanak-kanak dipengaruhi oleh sejauh mana kanak-kanak gemar dan setakat mana model memenuhi jangkaan atau menggerakkan emosi kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak lebih berminat pada objek yang berwarna warni atau bersifat dramatik. Langkah kedua proses modeling adalah pengekalan. Pengekalan adalah berhubungkait dengan kebolehan kanak-kanak untuk mengekod dan menyimpan maklumat tersebut dalam bentuk imej mental atau huraian tertentu dalam ingatan mereka. Langkah ketiga modeling adalah penghasilan semula. Penghasilan semula berlaku apabila kanak-kanak berupaya menghasilkan apa yang mereka perhatikan dan simpan dalam ingatan mereka. Kebolehan untuk langkah penghasilan semula dapat ditingkatkan melalui amalan atau praktis. Langkah keempat proses modeling adalah motivasi. Kanak-kanak akan
menghasilkan semula sesuatu tingkahlaku jika mereka diberi motivasi atau mempunyai sebab yang konkrit. Motivasi seringkali berkait dengan pengukuhan dan dendaan. Kesimpulan dari teori pembelajaran sosial ini, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian atas tingkahlaku orang lain dan hasil tingkahlaku tersebut. Sekiranya tingkahlaku ‘model’ diberi ganjaran, kanak-kanak akan terus meniru tingkahlaku tersebut. Sebaliknya, jikalau tingkahlaku tersebut didenda, kanak-kanak akan berhenti untuk berbuat demikian. Seperti yang diutarakan oleh Bandura, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian. Salah satu kaedah berkesan yang membolehkan kanak-kanak belajar adalah melalui demontrasi. Adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memilih kaedah paling tepat untuk membantu murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Contoh-contoh kaedah adalah kaedah kuliah, demonstrasi, simulasi, inquiri penemuan. Menurut Wan Noraini (2009), antara ciri penting demonstrasi adalah ia memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Ia juga akan membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah serta meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti. Guru yang menunjukkan demonstrasi juga akan
meningkatkan keyakinan murid-murid untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Seterusnya, melalui teknik demonstrasi, murid-murid akan dapat mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah. Antara kelebihan demonstrasi ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran Menurut Abdullah (2005), setiap kanak-kanak memiliki kemampuan kreativiti. Beliau menyarankan agar guru memerhatikan bagaimana kanak-kanak bermain, sama ada sendiri ataupun dalam kumpulan dan guru akan dapat menyaksikan sendiri daya kreativiti semulajadi kanak-kanak. Sayangnya, semasa kanak-kanak membesar, kemampuan kreativiti mereka ditekan melalui asakan dan latihan atas nama mengembangkan keupayaan lain. Di prasekolah, antara aktiviti yang boleh dijalankan semasa Slot Kreativiti dan Estetika adalah kolaj. Kolaj bermaksud memotong, mengoyak, menggunting dan menampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan menampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah yang disusun dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan ditampal pada satu permukaan khas seperti kertas lukisan. Beberapa kepentingan dari aktiviti kolaj yang dapat dikenalpasti adalah memantapkan kemahiran motor halus murid-murid. Menurut Dokumen Standard Prasekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, beberapa kemahiran motor halus yang perlu dikuasai oleh muridmurid prasekolah adalah mengoyak bebas, menggunakan tangan untuk merenyuk serta menggunting menghasilkan satu bentuk. Menurut Foster & Headley (1966), guru boleh
membantu murid-murid mencapai kesejahteraan fizikal dengan membantu mereka membina kawalan motor kasar dan motor halus. Menurut Haliza Hamzah( 2008), pada peringkat awal kanak-kanak, otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna. Jadi, dengan merangka aktiviti yang melibatkan motor halus seperti kolaj, diharapkan perkembangan fizikal kanak-kanak akan berkembang secara optimum. Kementerian Pendidikan dan Latihan Kanada (1998) menyatakan matlamat fizikal adalah untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus dan yakin mengenai apa yang boleh dilakukan oleh badan mereka disebabkan kemahiran ini berkait rapat dengan setiap bidang lain dalam kurikulum prasekolah. National Education for the Education of Young Children (1986) menyatakan guru yang baik akan menyediakan persekitaran yang meransang, bahan-bahan dan aktiviti yang mencabar terhadap kanak-kanak. Terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan keberkesanan teknik demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah kajian oleh Azizi (2008) yang menyatakan keputusan dari hasil kajiannya mendapati bahawa pelajar-pelajar di tiga buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan lebih cenderung untuk mempelajari mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam melalui kaedah pengajaran demonstrasi. Justeru itu, Azizi (2008) turut menyarankan agar guru harus memperbanyakkan lagi menggunakan kaedah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana didapati pelajar lebih berminat belajar melalui kaedah ini. Peralatan dan kelengkapan untuk menjalankan kaedah ini haruslah mencukupi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, Jennifer (2005) menyatakan demonstrasi akan meningkatkan minat dan pemahaman dalam perkembangan kanak-kanak. Menurutnya, minat kanak-kanak akan diraih dari pemerhatian terhadap tingkahlaku guru didalam kelas semasa mengajar. Penilaian terhadap demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru akan membantu dalam pemerolehan dalam aspek kognitif kanak-kanak. Hasil kajian yang bertajuk "Preferan Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru" yang dilakukan ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati bahawa secara keseluruhan, sebanyak 81 peratusan daripada bilangan responden menyukai kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri (Rief, 1993). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Menurut Amir Hassan (2002) penggunaan kaedah yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa
merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Menurut Zaiton Zanariah Hamid (2000) kaedah demonstrasi yang diasaskan oleh John Dewey, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan aktiviti yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun mengikut tahap pelajar dan disokong dengan kaedah pengajaran bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu para guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam pengajaran mereka. Kaedah pengajaran adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Menurut Ng Ying (2004) lagi, kaedah demonstrasi adalah sangat penting kerana pelajar dapat belajar menerusi pengalaman dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, para guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang kaedah mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada
pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara. Kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi dalam kajian Ng Ying (2004) mendapati bahawa, pancaindera penglihatan berupaya memproses 4 300 000 maklumat manakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50 000 maklumat. Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007) pula, semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Dengan sebab itu, pengajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi yang melibatkan pancaindera akan lebih mendatangkan kesan baik kepada pembelajaran. Menurut Brophy (1998) dalam Ng Ying (2004) mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar. Dalam dapatan kajian Indrawati (2003), beliau mendapati bahawa faktor pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar.
2.0 FOKUS KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada masalah sampel yang dipilih dalam aktiviti kolaj. Didapati dengan adanya Demonstrasi Model Hidup, telah mampu meningkatkan minat, pemahaman dan penguasaan sampel. 2.1 TINJAUAN TINJAUAN TINJAUAN MASALAH MASALAH Kebanyakan ibubapa pada hari ini menganggap slot kreativiti dan estetika sebagai slot yang tidak penting. Pengkaji memilih untuk memfokuskan aktiviti kolaj dalam kajian ini atas beberapa sebab tertentu. Menurut Sternberg (2004), minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Tambah beliau lagi, ketigatiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum. Namun begitu dalam konteks pendidikan di negara kita, kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa banyak sekali tumpuan diberikan untuk memupuk kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi diberikan perhatian yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Sekiranya perkara ini berlarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai. Ini seterusnya akan turut menghalang negara mencapai status menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat dan negara telah lama disedari (Storm & Storm, 2002). Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi di mana perubahan, cabaran, dan persaingan sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan kepada kreativiti rakyatnya adalah lebih mendesak. Perkembangan ekonomi yang berlaku akibat daripada perubahan dasar kerajaan yang kini lebih mementingkan sektor industri telah mengubah dan akan mengubah taraf dan corak kehidupan rakyat Malaysia keseluruhannya. Perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang teknologi dan komunikasi telah memberikan kesan kepada cara hidup penduduk Malaysia. Penduduk Malaysia kini telah mengamalkan cara hidup yang lebih canggih dan oleh itu keperluan mereka kepada latihan dan pendidikan serta kreativiti turut meningkat kerana mereka memerlukan banyak bimbingan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan yang berlaku.( Mohamad Mohsin, 2008). Bagi pengkaji, sekiranya sesuatu slot itu tidak penting dan dianggap remeh jika dibandingkan dengan slot lain, slot kreativiti dan estetika tidak akan dimasukkan dalam Kurikulum Standart Prasekolah Kebangsaan. Howard Gardner (1984), mengutarakan teori kecerdasan pelbagai dalam buku bertajuk Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. Kecerdasan pelbagai yang diutarakan oleh Gardner adalah seperti kecerdasan pelbagai visual-spatial. Antara ciri-ciri individu yang cenderung pada visual-
spatial adalah kanak-kanak mahir dari segi visualisasi dan manipulasi objek secara mental. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan pelbagai ini mempunyai ingatan visual yang kuat, cenderung pada seni dan mahir dari segi koordinasi mata-tangan. Di sini, jelas membuktikan setiap individu dilahirkan unik dan dikurniakan dengan kecerdasan pelbagai yang berbeza-beza. Jadi, di prasekolahlah tempat pertama kanakkanak sepatutnya diberi peluang meneroka dan memperkembangkan kebolehan dan kecenderungan mereka. Bidang pendidikan masa kini menunjukkan semakin ramai pelajar cemerlang dicatatkan setiap kali keputusan peperiksaan utama di umumkan. Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang menunjukkan bakat yang menyerlah dalam aspek kreativiti dan estetika, mereka boleh menggalakkan anak-anak mereka mengambil jurusan yang sesuai dengan mereka. Antara contoh bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah pereka dalaman, arkitek serta pelukis. Sebagai guru prasekolah, adalah menjadi tanggungjawab pengkaji dalam membimbing murid-murid dan memperkembangkan kebolehan murid-murid seawal umur lima dan enam tahun agar dapat membantu mereka di prasekolah sebagai persediaan ke sekolah rendah, sekolah menengah serta peringkat yang seterusnya. Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa kini berusaha menggalakkan murid-murid agar lebih berminat dengan mata pelajaran seni dengan penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Minat ini akan pengkaji pupuk bermula di alam prasekolah lagi. Melalui aktiviti membuat kolaj, banyak impak positif yang akan
dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Ia akan menambah penguasaan dari segi kemahiran motor halus iaitu mengoyak, menampal, mencubit dan menggunting. Dari segi kognitif, murid-murid akan dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam membanding atau membeza hasil kerja yang bermutu, membuat jangkaan yang bakal berlaku sekiranya gam yang digunakan terlalu banyak serta meramal kesan gam yang banyak digunakan akan mengotorkan pakaian dan meja masing-masing. Melalui aktiviti kolaj juga, murid-murid berpeluang untuk bersosial sesama rakan dan memupuk nilai murni bekerjasama, baik hati dan sabar sewaktu berkongsi bahan atau alat membuat kolaj. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti kolaj berlangsung, terlalu banyak nilai murni dan kesepaduan tunjang dapat diintegrasikan. Semasa slot kreativiti dan estetika menghasikan kolaj, pengkaji hanya memberi arahan ringkas dan tidak menunjukkan cara yang tepat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Pengkaji juga hanya menunjukkan kolaj kompleks yang telah disiapkan terlebih dahulu. Impaknya, pengkaji berhadapan dengan sikap negatif dan sikap suka mengadu murid-murid yang asyik mengulang bahawa mereka tidak pandai dan mereka tidak tahu untuk menyiapkannya. Murid-murid menghadapi masalah untuk mengoyak kertas, menampal menggunakan gam serta menggunting. Murid-murid berasakan kolaj adalah aktiviti yang sukar kerana mereka tidak biasa menghasilkannya. Dari analisa masalah ini, pengkaji berpendapat guru perlu menggunakan kaedah demonstrasi model hidup bagi mengatasi masalah semasa mengajar kolaj untuk meningkatkan minat, pemahaman serta penguasaan murid-murid.
Demonstrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Antara kelebihan demonstrasi adalah memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan, membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah serta meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti. Melalui demonstrasi juga, keyakinan murid-murid untuk menjalankan sesuatu aktiviti akan meningkat. Seterusnya, melalui teknik demonstrasi, murid-murid akan dapat mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah. Kesimpulannya, kajian yang akan dilaksanakan ini adalah berkaitan menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakan demonstrasi model hidup. . Perancangan kajian tindakan ini difokuskan bagi mengatasi masalah muridmurid semasa menjalankan aktiviti kolaj semasa slot Kreativiti dan Estetika. 2.2 ANALISIS ANALISIS ANALISIS TINJAUAN TINJAUAN TINJAUAN MASALAH MASALAH Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Pada pendapat pengkaji, kaedah yang sesuai boleh diaplikasikan untuk menarik minat murid-murid semasa slot kreativiti dan estetika. Kaedah yang ingin digunakan pengkaji adalah kaedah demonstrasi. Pengkaji berharap dengan kaedah ini, murid-murid akan berminat untuk
membuat kolaj, meningkatkan prestasi mereka serta tahap kreativiti mereka juga akan bertambah. Melalui pengalaman pengkaji di sekolah sewaktu menjalani praktikum, kaedah demonstrasi adalah antara kaedah yang paling digemari oleh guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran disebabkan oleh keberkesanannya yang telah terbukti. Kaedah demonstrasi ini akan membolehkan pengkaji melihat kepada keupayaan murid-murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat. Kaedah demonstrasi ini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar bukan sahaja secara teori sematamata, bahkan murid-murid dapat melakukan semula cara-cara menghasilkan kolaj yang telah diperhatikan. Hasil kajian yang bertajuk "Preferan Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru" yang dilakukan ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati bahawa secara keseluruhan, sebanyak 81 peratusan daripada bilangan responden menyukai kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan hasil kajian ini, jelaslah bahawa minat pelajar terhadap kaedah pengajaran yang dibawa oleh guru boleh meningkatkan kecenderungan pelajar untuk memahami apa yang dipelajari. Pengkaji yakin dapat membantu meningkatkan minat, pemahaman dan penguasaan murid terhadap slot kreativiti dan estetika khususunya semasa aktiviti menghasilkan kolaj. Di prasekolah, peruntukan masa selama 150 jam di khususkan untuk Slot Kreativiti dan Estetika setiap minggu. Jumlah masa ini agak lama dan membuktikan kepentingannya terhadap murid-murid prasekolah. Kajian tentang terapi seni telah banyak dijalankan dan terbukti kajian-kajian ini dapat membantu guru menyelami emosi dan perasaan murid-murid prasekolah. Melalui
aktiviti seni, murid-murid berupaya mengekspresikan perasaan, kebolehan serta kecenderungan masing-masing. Seterusnya, sikap yakin diri, berfikiran positif serta ketekunan dalam diri murid-murid dapat dipupuk. Aktiviti kolaj yang dijalankan di prasekolah mempunyai kesepaduan tunjang yang tidak terbatas. Contohnya, kolaj ramarama boleh disepadukan dengan Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Bahasa dan Komunikasi serta Tunjang Kemanusiaan. 3.0 OBJEKTIF OBJEKTIF OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 3.1 OBJEKTIF OBJEKTIF OBJEKTIF UMUM Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan kaedah demonstrasi akan dapat meningkatkan minat, pemahaman, penguasaan murid-murid Prasekolah Bestari dalam aktiviti kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika. 3.2 OBJEKTIF OBJEKTIF OBJEKTIF KHUSUS i. Mengenalpasti minat murid dalam aktiviti kolaj kesan daripada penggunaan kaedah demonstrasi model hidup. ii. Mengenalpasti tahap pemahaman murid dalam aktiviti kolaj kesan daripada penggunaan kaedah demonstrasi model hidup. iii. Mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam aktiviti kolaj kesan daripada penggunaan kaedah demonstrasi model h
3.3 SOALAN KAJIAN i. Adakah penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat menarik minat murid dalam aktiviti kolaj? ii. Sejauh manakah penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat meningkatkan tahap pemahaman murid dalam aktiviti kolaj? iii. Sejauh manakah penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam bidang menggambar aktiviti kolaj? 3.4 KEPENTINGAN KEPENTINGAN KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini mengupas mengenai penggunaan kaedah demonstrasi model hidup dapat menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti kolaj. Antara kaedah demostrasi yang berkesan adalah aras kedudukan guru dan murid-murid perlu sesuai agar murid-murid tidak perlu melangut semasa memerhatikan guru membuat demonstrasi. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan kaedah demonstrasi model hidup semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid terhadap Slot Kreativiti dan Estetika dengan lebih berkesan. Selain itu,murid dapat mencapai pemahaman yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan murid-murid juga dapat ditingkatkan selepas demonstrasi ditunjukkan.
3.5 DEFINISI DEFINISI DEFINISI OPERASIONAL OPERASIONAL Berikut adalah merupakan istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini: 3.5.1 Kolaj : Ayien (2010) menyatakan kolaj bermaksud memotong, mengoyak, menggunting dan menampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan menampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan ditampal di atas permukaan khas seperti kertas lukisan. 3.5.2 Kaedah : Gowri (2011) menyatakan, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Ia berbeza dengan pendekatan di mana ia merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
3.5.3 Demonstrasi Demonstrasi Demonstrasi : Wan Md Hatta (2011), mengatakan demonstrasi ialah kaedah pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. 3.5.4 Demonstrasi Demonstrasi Demonstrasi model hidup: Gowri (2011) menyatakan demonstrasi model hidup ini adalah demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasikan aktiviti yang berkenaan. 3.6 BATASAN BATASAN BATASAN KAJIAN Kajian ini adalah berkenaan dengan menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj. Antara batasan-batasan dalam kajian ini adalah ia terhad kepada sebuah sekolah sahaja iaitu SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Kajian ini juga hanya dibuat terhadap dua orang murid Prasekolah Bestari SK Pulau Rusa. Bidang yang ingin dikaji ialah bidang menggambar dan hanya tertumpu pada masalah murid dalam aktiviti kolaj. Masalah yang ingin diatasi adalah berfokus pada minat, pamahaman dan penguasaan.
4.0 KUMPULAN KUMPULAN KUMPULAN SASARAN SASARAN Kumpulan sasaran untuk kajian berkaitan menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakan kaedah demonstrasi model hidup bagi murid-murid Prasekolah Bestari SK Pulau Rusa ini adalah seramai 2 orang . Pemilihan sampel dijalankan secara bertujuan. Sampel yang dipilih adalah dari kalangan yang bermasalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan dalam aktiviti kolaj. Murid yang dipilih telah menunjukkan ciri-ciri mereka bosan untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kolaj. Murid-murid ini juga tidak faham konsep kolaj dan gagal menguasai cara menghasilkan kolaj yang baik. Sampel yang dipilih menghadapi masalah dalam aktiviti kolaj kerana kerana kurang berminat dan kurang tumpuan.
5.0 TINDAKAN TINDAKAN 5.1 PROSEDUR PROSEDUR PROSEDUR KAJIAN Rajah 5.1 Prosedur Kajian Tindakan berasaskan Model kajian Kemmis dan McTaggart. MEREFLEK Membuat refleksi diri untuk melihat kekuatan dan kelemahan p&p diri sendiri *Terdapat murid yang mempunyai masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan dalam Slot Kreativiti dan Estetika. MERANCANG Merancang tindakan/intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan BERTINDAK Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan. MEMERHATI Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan. TINJAUAN AWAL -Pengumpulan awal data bagi mengesahkan isu/masalah sebenar -Mengenal pasti fokus masalah yang menjadi keprihatinan
Langkah pertama prosedur tindakan adalah pengkaji membuat refleksi dengan mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung. Pengkaji melihat pada kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada setiap sesi. Antara isu yang diperhatikan adalah samada murid faham atau tidak tentang apa yang ingin diterangkan oleh pengkaji. Dari refleksi yang dilakukan, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid. Pengkaji berhadapan dengan masalah murid yang kurang berminat, kurang pemahaman dan kurang penguasaan dalam bidang menggambar aktiviti kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika. Kemudian, pengkaji mengenalpasti murid yang betul-betul bermasalah dengan mendapat maklumat dari guru Prasekolah SK Pulau Rusa. Langkah kedua yang dibuat adalah merancang kaedah tindakan yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Tindakan ini difikirkan paling sesuai dan berkesan bagi menyelesaikan masalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan sampel yang dikenalpasti. Pengkaji memilih menggunakan kaedah demonstrasi untuk menyelesaikan masalah ini. Pengkaji telah mengikut langkah-langkah yang disarankan oleh Esah (2004) dalam melaksanakan kaedah demonstrasi. Sebagai persediaan untuk membuat demonstrasi, pengkaji telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan sebagaimana yang dirancang. Antara bahan yang diperlukan adalah gam, kertas lukisan, kapas, kertas lukisan dan pensel warna.
Pengkaji mengikut saranan oleh Esah (2004) dalam melaksanakan demonstrasi yang terdiri dari 3 fasa. Rajah 5.2 Langkah-langkah demonstrasi.
Langkah ketiga dalam prosedur kajian ini adalah melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus. Tindakan yang dibuat oleh pengkaji adalah melakukan demonstrasi model hidup . Demonstrasi model hidup merujuk kepada demonstrasi yang dijalankan oleh pengkaji sendiri. Pengkaji menggunakan bahan untuk menghasilkan kolaj seperti gam, kapas, kertas warna dan kertas lukisan. Untuk memudahkan sampel memahami perbezaan antara cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak, pengkaji menunjukkan cara untuk membuka gulungan kapas dan mencubit kapas. Pengkaji juga menerangkan bahawa untuk menghasilkan kolaj yang baik, kapas perlu bertindihan antara satu sama lain dan meliputi semua permukaan kertas lukisan. Untuk memudahkan pemahaman dan ingatan sampel, pengkaji menunjukkan dua jenis contoh hasil kerja di mana hasil kerja pertama melibatkan penggunaan gam yang banyak dan hasil kerja kedua melibatkan penggunaan gam yang sesuai iaitu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Jika gam yang digunakan terlalu banyak, hasil kerja mungkin koyak, kekemasan hasilan kolaj juga terjejas. Langkah keempat dalam prosedur tindakan pengkaji adalah memerhati. Pengkaji mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan. Pengkaji memilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap tiga objektif utama kajian iaitu berkaitan minat, pemahaman dan penguasaan sampel. Pemerhatian yang dijalankan telah direkodkan untuk dianalisa bagi mendapatkan kesimpulan.
Pengkaji juga menggunakan soal selidik dalam kajian ini. Soal selidik diedarkan terhadap sampel untuk melihat respon daripada sampel kajian. Soal selidik ini juga akan melihat bagaimana penggunaan kaedah demonstrasi meningkatkan minat, pemahaman dan penguasaan sampel. Seterusnya, pengkaji turut menggunakan temubual yang dijalankan selepas pengkaji menggunakan demonstrasi model hidup . Temubual dijalankan terhadap keduadua orang sampel yang dipilih. Selain dari itu, pengkaji juga menggunakan analisis dokumen dalam menentukan peningkatan yang dialami oleh setiap sampel. Beberapa item telah ditetapkan semasa menilai setiap hasil kerja yang dibuat oleh kedua-dua sampel. Setiap instrumen untuk mendapatkan data digunakan dengan baik dan ia dirumuskan dalam bab seterusnya. 5.2 PROSEDUR PROSEDUR PROSEDUR CARA MENGUMPUL MENGUMPUL MENGUMPUL DATA 5.2.1 INSTRUMEN INSTRUMEN INSTRUMEN KAJIAN Pengkaji telah menggunakan empat instrumen dalam kajian ini iaitu pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Keempat-empat instrumen ini digunakan bagi mengukur minat, pemahaman dan penguasaan kedua-dua sampel dalam bidang yang dikaji iaitu kolaj semasa Slot Kreativiti dan Estetika. Pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji menggunakan borang pemerhatian yang telah disediakan lebih awal. Pemerhatian dijalankan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran, semasa aktiviti dijalankan
dan selepas aktiviti dijalankan. Semasa peringkat awal pengajaran dan pembelajaran, pengkaji melihat bagaimana demonstrasi meningkatkan minat sampel. Semasa pengajaran dan pembelajaran, pemahaman sampel dicatatkan dalam borang pemerhatian dan seterusnya pengkaji memerhatikan penguasaan sampel dalam penghasilan karya. Instrumen kedua adalah instrumen soal selidik. Borang soal selidik yang digunakan akan mengukur minat, pemahaman dan penguasaan setiap sampel. Sebelum soal selidik diedarkan, setiap sampel diberikan penerangan ringkas. Instrumen ketiga yang digunakan adalah temubual. Temubual dijalankan terhadap kedua-dua sampel selepas demonstrasi model hidup untuk aktiviti kolaj diadakan. Instrumen keempat yang digunakan adalah analisis dokumen. Analisis dokumen ini dijalankan terhadap hasil kerja kedua-dua sampel sebelum demonstrasi model hidup digunakan dan selepas penggunaan demonstrasi model hidup semasa aktiviti kolaj. Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut aspek pemarkahan yang ditetapkan iaitu dari segi kekemasan, susun atur kolaj serta cara kolaj dihasilkan dengan cara yang betul iaitu dengan mencubit kapas. Dari segi kekemasan, pengkaji melihat dari segi cara penggunaan gam yang tidak terlalu banyak kerana gam yang terlalu banyak akan menyebabkan hasil kerja comot serta kertas lukisan yang digunakan mungkin akan koyak. Aspek susun atur kolaj akan dilihat dari segi adakah kapas yang digunakan menutup setiap permukaan kertas lukisan sebagaimana contoh semasa
demonstrasi dilakukan. Kapas yang tidak menutup permukaan kertas lukisan menunjukkan hasil kerja yang kurang baik. Aspek ketiga adalah cara kolaj dihasilkan betul atau tidak. Cara kolaj dihasilkan dengan betul adalah apabila ia dicubit dan bukan sekadar melekatkannya dengan gam. 6.0 ANALISIS ANALISIS ANALISIS DAN INTERPRETASI INTERPRETASI INTERPRETASI DATA 6.1 PENDAHULUAN PENDAHULUAN Kajian pengkaji ini adalah tentang menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan penggunaan demonstrasi model hidup. Setiap dapatan kajian akan dilihat dan dianalisis untuk mendapatkan hasil bagi setiap dapatan. Analisis ini dibahagikan kepada analisis jadual pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan analisis soal selidik. 6.2 PEMERHATIAN PEMERHATIAN Instrumen pemerhatian dibuat oleh pengkaji bagi melihat aspek penting yang dikaji dalam kajian tindakan ini. Minat kedua-dua sampel diperhatikan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Aspek pemahaman dilihat semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung iaitu semasa aktiviti kolaj dilakukan. Aspek penguasaan sampel dalam aktiviti kolaj ini diperhatikan selepas kolaj siap dihasilkan. Semua item yang diperhatikan ditandakan dalam borang pemerhatian yang dibuat dalam bentuk soalan. Jadual pemerhatian ini membandingkan antara pemerhatian aktiviti kolaj tanpa
menggunakan demonstrasi model hidup serta pemerhatian aktiviti kolaj yang menggunakan demonstrasi model hidup. Pemerhatian pertama menunjukkan perbandingan pemerhatian minat sampel sebelum menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup dan selepas menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian Pemerhatian terhadap terhadap terhadap minat sampel. sampel. Jadual 6.1.1: Pemerhatian Pemerhatian Pemerhatian terhadap terhadap terhadap minat pada peringkat peringkat peringkat awal pengajaran pengajaran pengajaran dan pembelajaran pembelajaran sebelum sebelum sebelum menggunakan menggunakan menggunakan Kaedah Demonstrasi Demonstrasi Demonstrasi Model Hidup. Soalan Ya Tidak 1. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj? / 2. Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ? / 3. Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan? / Jadual 6.1.2: Pemerhatian Pemerhatian Pemerhatian terhadap terhadap terhadap minat pada peringkat peringkat peringkat awal pengajaran pengajaran pengajaran dan pembelajaran pembelajaran selepas selepas selepas menggunakan menggunakan menggunakan Kaedah Demonstrasi Demonstrasi Demonstrasi Model Hidup. Soalan Ya Tidak 4. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj? / 5. Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ? / 6. Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan? /
Analisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Soalan 1 : Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj? Soalan ini akan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah demonstrasi model hidup. benar-benar membantu meningkatkan minat sampel kerana mereka telah tahu cara-cara untuk menghasilkan kolaj yang baik dan berminat untuk menyiapkannya. sebelum menggunakan kaedah demonstrasi model hidup , sampel tidak menyiapkan kolaj walaupun masa yang ada untuk melakukan aktiviti masih banyak. Tetapi, setelah demonstrasi model hidup ditunjukkan, sampel bersungguh-sungguh menyiapkan kolaj. Soalan 2 : Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ? Soalan ini juga menunjukkan peningkatan dari segi minat sampel. Sampel yang dipilih sememangnya mempunyai masalah dari segi minat terhadap Slot Kreativiti dan Estetika. Setelah kaedah demonstrasi model hidup digunakan, terdapat peningkatan minat yang positif iaitu sampel lebih menumpukan perhatian terhadap guru semasa mengajar. Sampel tidak lagi bermain sesama sendiri. Soalan 3 : Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan? Setelah pemerhatian dibuat, sampel dapat memberi respon pada guru. Respon seperti menganggukkan kepala dilihat sebagai sampel lebih berminat pada sesi demonstrasi jika dibandingkan sampel tidak memberikan sebarang respon.
Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel Jadual 6.1.3 Pemerhatian Pemerhatian Pemerhatian semasa pengajaran pengajaran pengajaran dan pembelajaran pembelajaran pembelajaran sebelum sebelum sebelum Kaedah Demonstrasi Demonstrasi Model Hidup Soalan Ya Tidak 1. Adakah murid dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak? / 2. Adakah murid faham bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindih antara satu sama lain? / 3. Adakah murid boleh menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh menjejaskan kekemasan hasilan kolaj? / Jadual 6.1.4 Pemerhatian Pemerhatian Pemerhatian semasa pengajaran pengajaran pengajaran dan pembelajaran pembelajaran pembelajaran selepas selepas selepas Kaedah Demonstrasi Demonstrasi Model Hidup Soalan Ya Tidak 1. Adakah murid dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak? / 2. Adakah murid faham bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindih antara satu sama lain? / 3. Adakah murid boleh menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh menjejaskan kekemasan hasilan kolaj? /
Analisis pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran memfokuskan kepada pemahaman sampel. Soalan 1 : Adakah murid dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak? Kaedah demonstrasi model hidup yang tidak ditunjukkan menyebabkan murid-murid tidak dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak. Semasa kaedah demonstrasi model hidup digunakan, pengkaji telah menerangkan bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu dicubit dan cara-caranya telah ditunjukkan oleh pengkaji. Dengan ini, telah membuktikan bahawa demonstrasi membantu murid memahami bagaimana membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul dan tidak. Soalan 2 : Adakah murid faham bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindih antara satu sama lain? Kaedah demonstrasi model hidup yang tidak ditunjukkan menyebabkan sampel tidak memahami bahawa kapas yang dihasilkan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindihan antara satu sama lain. Masih terdapat banyak permukaan kertas lukisan yang dibiarkan kosong. Tetapi, setelah demonstrasi ditunjukkan, sampel telah dapat memahami bahawa untuk menghasilkan kolaj yang baik, sampel perlu menampal kapas secara bertindihan dan memenuhi permukaan kertas lukisan. Soalan 3 : Adakah murid boleh menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh menjejaskan kekemasan hasilan kolaj? Semasa kaedah demonstrasi model hidup digunakan, pengkaji tidak menunjukkan demonstrasi bagaimana penggunaan gam secara berlebihan akan menjejaskan kolaj yang dihasilkan. Tetapi, semasa demonstrasi, pengkaji telah menunjukkan bagaimana gam yang berlebihan menyebabkan kolaj yang dihasilkan comot, tidak kemas serta mungkin
terkoyak. Dengan demontrasi, sampel lebih mudah memahami dan mengingat apa yang cuba diterangkan oleh pengkaji. Pemerhatian difokuskan kepada penguasaan sampel. Jadual 6.1.5 : Pemerhatian Pemerhatian Pemerhatian selepas selepas selepas pengajaran pengajaran pengajaran dan pembelajaran pembelajaran pembelajaran sebelum sebelum sebelum Kaedah Demonstrasi Demonstrasi Model Hidup Soalan Ya Tidak 1. Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam? / 2. Adakah murid dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj? / 3. Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain? / Jadual 6.1.6 : Pemerhatian Pemerhatian Pemerhatian selepas selepas selepas pengajaran pengajaran pengajaran dan pembelajaran pembelajaran pembelajaran selepas selepas selepas Kaedah Demonstrasi Demonstrasi Model Hidup digunakan. digunakan. Soalan Ya Tidak 1. Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam? / 2. Adakah murid dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj? / 3. Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain? /
Analisis Analisis pemerhatian pemerhatian pemerhatian selepas selepas selepas pengajaran pengajaran pengajaran dan pembelajaran pembelajaran pembelajaran memfokuskan memfokuskan memfokuskan kepada penguasaan penguasaan sampel. sampel. Soalan 1 : Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam? Sebelum kaedah demonstrasi model hidup digunakan,, sampel tidak dapat menghasilkan kolaj yang kemas. Gam telah digunakan dengan terlalu banyak dan mengotorkan hasil kerja mereka. Tetapi, setelah ditunjukkan , sampel telah menunjukkan peningkatan dari segi penghasilan kolaj yang lebih kemas. Soalan 2 : Adakah murid dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj? Sampel tidak dapat mencubit kapas dengan betul sebelum kaedah demonstrasi model hidup digunakan, kerana mereka hanya mendengar arahan dan tidak dapat melihat dengan jelas cara kapas dikoyak. Selepas demonstrasi, sampel dapat mencubit kapas dengan betul kerana mereka memberi tumpuan semasa pengkaji menunjukkan demonstrasi. Soalan 3 : Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain? Dengan memerhatikan hasil kolaj yang dihasilkan oleh sampel, didapati sebelum kaedah demonstrasi model hidup ditunjukkan, kolaj yang dihasilkan adalah tidak sempurna dimana kapas yang ditampal adalah tidak bertindihan antara satu sama lain. Masih
terdapat ruang kosong yang tidak ditampal dengan kapas. Selepas kaedah demonstrasi model hidup ditunjukkan, hasil kerja sampel lebih baik di mana kapas-kapas memenuhi ruang kertas lukisan sepertimana yang ditunjukkan semasa demonstrasi. Kapas yang ditampal adalah bertindihan antara satu sama lain. Dari borang pemerhatian yang ditandakan, pengkaji telah membuat jadual pemerhatian keseluruhan. Skala yang diberikan adalah seperti jadual dibawah. Jadual pemerhatian keseluruhan yang dianalisis adalah seperti yang ditunjukkan dibawah. Jadual 6.1.7 : Jadual Keseluruhan Keseluruhan Keseluruhan pemerhatian pemerhatian Pemarkahan 1 2 3 4 Sangat tidak berminat Sangat tidak memahami Sangat tidak menguasai Tidak berminat Tidak memahami Tidak menguasai Berminat Memahami Menguasai Sangat berminat Sangat memahami Sangat menguasai Tajuk Demonstrasi Model Hidup Minat Pemahaman Penguasaan Kolaj Aiskrim X 2 2 2 / 4 4 4 Secara keseluruhannya, pemerhatian dapat dilihat dalam jadual di atas. Dapat disimpulkan bahawa sampel lebih berminat untuk melakukan aktiviti kolaj sekiranya Demonstrasi model hidup dilakukan oleh guru. Demonstrasi model hidup juga dibuktikan membantu murid memahami pengajaran dan pembelajaran semasa
melakukan kolaj. Seterusnya, dapatan dari pemerhatian ini turut membuktikan sampel dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran kolaj dengan lebih berkesan. 6.2 SOAL SELIDIK SELIDIK Dalam kajian ini, instrumen soal selidik digunakan. Instrumen ini digunakan untuk membuktikan bahawa demonstrasi yang ditunjukkan oleh pengkaji benar-benar dapat meningkatkan tiga aspek yang dikaji iaitu aspek minat, pemahaman dan penguasaan setiap sampel. Soalan kaji selidik ini diedarkan selepas demonstrasi model hidup ditunjukkan. Jadual 6.2.1 : Analisis Analisis Analisis minat sampel 1 Bil Soalan Ya Tidak 1 Adakah anda berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika? / 2 Adakah belajar Slot Kreativiti dan Estetika adalah menyeronokkan? / 3 Adakah anda ingin melakukan kolaj lagi di masa depan? /
Jadual 6.2.2 : Analisis Analisis Analisis minat sampel 2 Bil Soalan Ya Tidak 1 Adakah anda berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika? / 2 Adakah belajar Slot Kreativiti dan Estetika adalah menyeronokkan? / 3 Adakah anda ingin melakukan kolaj lagi di masa depan? / Dari jadual analisis minat sampel di atas, didapati kedua-dua sampel menjawab ya bagi semua soalan soal selidik. Dari soalan pertama iaitu adakah mereka berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika, mereka menjawab ya. Ini membuktikan masalah sampel yang tidak berminat untuk melakukan aktiviti dapat diatasi. Soalan kedua soal selidik turut mendapati bahawa kedua-dua sampel bersetuju bahawa belajar semasa Slot Kreativiti dan Estetika adalah menyeronokkan. Ini adalah perkembangan yang baik kerana meransang kedua-dua sampel yang dulunya pasif menjadi lebih bersemangat untuk belajar kerana mereka seronok tanpa melakukan aktiviti dengan paksaan. Soalan ketiga kaji selidik ialah adakah mereka ingin melakukan kolaj lagi di masa depan. Kedua-dua sampel manjawab ya dan ini menunjukkan mereka telah berminat untuk melakukan aktiviti seni. Kesimpulannya, dari jadual di atas yang telah menguji minat sampel mendapati demonstrasi model hidup dapat membantu meningkatkan minat kedua-dua sampel.
Masalah sampel yang tidak berminat pada aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika sebelum ini dapat diatasi. Jadual 6.2.3 : Analisis Analisis Analisis pemahaman pemahaman pemahaman sampel 1 Bil Soalan Ya Tidak 1 Adakah anda tahu membezakan kolaj yang baik dan tidak baik? / 2 Adakah kamu dapat mengecam bahan untuk menghasilkan kolaj? / 3 Adakah anda dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru? / Jadual 6.2.4 : Analisis Analisis Analisis pemahaman pemahaman pemahaman sampel 2 Bil Soalan Ya Tidak 1 Adakah anda tahu membezakan kolaj yang baik dan tidak baik? / 2 Adakah kamu dapat mengecam bahan untuk menghasilkan kolaj? / 3 Adakah anda dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru? / Bagi soalan pertama, kedua-dua sampel menunjukkan peningkatan dalam aspek pemahaman. Mereka telah dapat membezakan kolaj yang baik dan tidak baik. Ini menunjukkan sampel telah faham kriteria kolaj yang baik. Bagi soalan kedua soal selidik ini, kedua-dua sampel juga telah dapat mengecam bahan untuk menghasilkan kolaj. Hal ini menunjukkan peningkatan pemahaman sampel semasa melakukan akviti membuat kolaj.