Seterusnya, soalan soal selidik ketiga ialah adakah sampel dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Kedua-dua sampel dapat menjawab soalan guru dengan baik dan yakin. Kesimpulannya, dari jadual analisis pemahaman kedua-dua sampel, didapati bahawa pemahaman sampel telah meningkat dan ini membuktikan demonstrasi model hidup yang ditunjukkan oleh pengkaji dapat membantu sampel dalam memahami isi pelajaran dalam Slot Kreativiti dan Estetika ini. Jadual 6.2.5 : Analisis Analisis Analisis penguasaan penguasaan penguasaan sampel 1 Bil Soalan Ya Tidak 1 Adakah anda dapat mencubit kapas dengan baik semasa membuat kolaj? / 2 Adakah kamu dapat menggunakan gam dengan cermat semasa menampal kapas di kertas lukisan? / 3 Adakah kamu dapat menampal kapas secara bertindihan antara satu sama lain? / Jadual 6.2.6 : Analisis Analisis Analisis penguasaan penguasaan penguasaan sampel 2 Bil Soalan Ya Tidak 1 Adakah anda dapat mencubit kapas dengan baik semasa membuat kolaj? / 2 Adakah kamu dapat menggunakan gam dengan cermat semasa menampal kapas di kertas lukisan? / 3 Adakah kamu dapat menampal kapas secara bertindihan antara satu sama lain? /
Jadual di atas menunjukkan bukti penguasaan sampel 1 dan sampel 2. Penguasaan kedua-dua sampel dalam aspek ini akan dapat menunjukkan bahawa demonstrasi model hidup yang digunakan oleh pengkaji benar-benar dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid dalam melakukan aktiviti. Soalan pertama soal selidik aspek penguasaan adalah samada sampel dapat mencubit kapas dengan baik atau tidak. Sebelum ini, sampel tidak dapat mencubit dengan baik kerana tidak didedahkan dengan cara yang betul semasa mencubit. Tetapi, setelah ditunjukkan demonstrasi model hidup, sampel mampu mencubit dengan baik seterusnya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Bagi soalan kedua, pengkaji mahu memastikan samada gam telah digunakan dengan cermat ataupun tidak. Aspek penguasaan ini amat penting kerana ia menjejaskan kekemasan hasil akhir kolaj. Kedua-dua sampel dapat menguasai cara penggunaan gam dengan cermat apabila ditunjukkan contoh. Soalan ketiga pula adalah berkaitan dengan aspek penguasaan menampal kapas secara bertindihan antara satu sama lain. Kolaj yang tidak bertindihan adalah hasil kerja yang tidak bermutu. Kesimpulannya, setelah pengkaji menunjukkan demonstrasi model hidup sebelum meminta sampel menyiapkan kolaj masing-masing, dibuktikan bahawa tahap penguasaan kedua-dua orang sampel dapat ditingkatkan. Aktiviti kolaj yang dilakukan dijalankan dengan baik dan kualiti kerja bertambah.
6.3 TEMUBUAL. TEMUBUAL. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen temubual untuk mendapatkan sendiri maklumbalas dari sampel. Temubual ini dijalankan untuk memastikan demonstrasi model hidup benar-benar dapat meningkatkan minat, pemahaman dan penguasaan sampel dalam aktiviti kolaj. 6.3.1 Senarai Senarai Senarai Soalan Temubual Temubual Temubual Kajian 1. Apakah perasaan anda tentang kolaj yang telah dihasilkan? 2. Adakah aktiviti kolaj amat membosankan? 3.Adakah anda tahu membezakan kolaj yang baik atau tidak? 4.Apakah kesan gam terlalu banyak digunakan pada kolaj? 5.Adakah anda sudah boleh mencubit kapas dengan betul? 6. Adakah anda telah dapat mengawal gam dari digunakan secara berlebihan? 6.3.2 Apakah perasaan perasaan perasaan anda tentang tentang tentang kolaj yang telah dihasilkan? dihasilkan? Soalan ini adalah untuk mengetahui sejauh mana minat dan pendapat sampel terhadap hasil kolaj mereka. Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel Sampel (s) Jawapan Temubual S1 ‘Rasa lagi comey dari hok wat aritu’ S2 ‘Rasa puah ati doh, kite suke buat ni’
6.3.3 Adakah aktiviti aktiviti aktiviti kolaj amat membosankan? membosankan? Soalan ini adalah untuk mengetahui sejauh mana minat dan pendapat sampel terhadap hasil kolaj mereka. Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel Sampel (s) Jawapan Temubual S1 ‘Dop pom, kite suker sebab kite boleh tampal-tampal kapas S2 ‘Dop cikgu, kalu buat sokmo-sokmo dak per’ Berdasarkan dua soalan diatas, pengkaji mendapati jawapan kedua-dua sampel menunjukkan perasaan berpuas hati dan berminat dengan aktiviti yang dijalankan. 6.3.4 Adakah anda tahu membezakan membezakan membezakan kolaj yang baik atau tidak? Soalan ini adalah untuk mengetahui tahap pemahaman sampel terhadap kolaj. Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel Sampel (s) Jawapan Temubual S1 ‘Kolaj hok baik hok tak ada gam banyok-banyok sangat’ S2 ‘Kolaj hok molek hok tak kotor’
6.3.5 Apakah kesan gam terlalu terlalu terlalu banyak digunakan digunakan digunakan pada kolaj? Soalan ini adalah untuk mengetahui tahap pemahaman sampel terhadap kolaj. Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel Sampel (s) Jawapan Temubual S1 ‘Nanti kolaj mudah kotor’ S2 ‘Kolaj mudah koyok kalu gam banyak sangat’ Berdasarkan dua soalan diatas, pengkaji mendapati jawapan kedua-dua sampel telah faham kesan daripada penggunaan gam yang berlebihan terhadap hasilan kolaj. Pemahaman mereka telah meningkat. 6.3.6 Adakah anda sudah boleh mencubit mencubit mencubit kapas dengan betul? Soalan ini adalah untuk mengetahui tahap penguasaan sampel terhadap kolaj. Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel Sampel (s) Jawapan Temubual S1 ‘Boleh dah cikgu, kapas hok bergulung tu kena buka dulu, pahtu baru cubit’ S2 ‘Senang jer cikgu, kalu nok cubit kena buka gulung kapas tu dulu,’
6.3.7 Adakah anda telah dapat mengawal mengawal mengawal gam dari digunakan digunakan digunakan secara berlebihan? berlebihan? Soalan ini adalah untuk mengetahui tahap penguasaan sampel terhadap kolaj. Jadual Ringkasan Temubual Bersama Sampel Sampel (s) Jawapan Temubual S1 ‘Bolehlar, jangan picit gam kuat sangat, nanti gam tumpah’ S2 ‘Boleh, picit gam sikit-sikit jer cikgu’ Berdasarkan dua soalan diatas, pengkaji mendapati jawapan kedua-dua sampel telah menunjukkan peningkatan terhadap penguasaan mereka. Penguasaan yang baik menghasilkan mutu kerja yang baik seterusnya mendapat Gred A. 6.4 ANALISIS ANALISIS ANALISIS DOKUMEN DOKUMEN Hasil kerja kedua-dua orang sampel dianalisis dan diberikan penilaian. Pemarkahan yang diberikan adalah berpandukan rubrik pemarkahan kerja kursus Pendidikan Seni Visual. Walaubagaimanapun, pengkaji telah mengubahsuai rubrik ini mengikut pertimbangan yang wajar atas sebab rubrik ini perlu dipermudahkan kerana sampel kajian tindakan ini adalah dalam kalangan murid-murid prasekolah. Analisis dokumen ini akan hanya memfokuskan pada penguasaan sampel kerana analisis dokumen dijalankan terhadap hasil kerja akhir kolaj sampel. Hasil kerja sampel akan dinilai setelah sesi demonstrasi model hidup ditunjukkan oleh pengkaji.
Antara aspek yang diperhatikan terhadap hasil kerja sampel adalah dari segi kekemasan. Aspek kekemasan ini ditentukan dengan penggunaan gam yang sesuai iaitu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu kurang. Penggunaan gam yang banyak cenderung menghasilkan kolaj yang comot dan tidak kemas. Selepas demonstrasi model hidup ditunjukkan, perbezaan hasil kerja sampel dapat dikesan dengan lebih jelas berbanding ketika tidak menggunakan demonstrasi model hidup. Aspek kedua yang diperhatikan adalah dari segi susun atur kapas. Semasa demonstrasi model hidup , pengkaji telah mengingatkan sampel agar menampal kapas dengan sekata dan memenuhi ruang kertas lukisan sebagaimana yang sepatutnya. Kapas telah ditampal dengan sekata dan bertindihan antara satu sama lain. Ini menunjukkan ciri-ciri hasil kerja yang baik. Aspek ketiga yang dilihat dalam analisis hasil kerja sampel adalah ketepatan cara kapas dicubit. Semasa demonstrasi model hidup berlangsung, pengkaji telah menunjukkan cara mencubit bebola kapas dengan cara yang mudah. Kesimpulannya, tahap penguasaan kedua-dua sampel dapat ditingkatkan dengan adanya kaedah demonstrasi model hidup. Sampel satu telah menunjukkan peningkatan tahap penguasaan dari C (sederhana) kepada A (sangat baik). Tahap penguasaan sampel dua pula meningkat dari B (baik) kepada A (sangat baik). Dengan ini, jelaslah demonstrasi model hidup akan dapat membantu guru memudahkan proses penguasaan murid-murid terutama dalam bidang yang dikaji ini.
7.0 DAPATAN DAPATAN 7.1 PENDAHULUAN PENDAHULUAN Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan hasil dapatan yang diperolehi dari bab sebelumnya. Perbincangan ini adalah tentang hasil dapatan kajian yang berkaitan dengan Menyelesaikan Masalah Dalam Bidang Menggambar Aktiviti Kolaj Dengan Menggunakan Kaedah Demonstrasi Model Hidup Bagi Murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa. 7.2 RINGKASAN RINGKASAN RINGKASAN KAJIAN Sampel yang dipilih oleh pengkaji adalah terdiri daripada murid-murid Prasekolah Bestari SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Sampel terdiri dari murid yang bermasalah dalam aspek minat, pemahaman dan penguasaan bagi Slot Kreativiti dan Estetika. Kedua-dua orang sampel adalah lelaki dan berbangsa Melayu. Untuk mendapatkan hasil dapatan yang sahih, pengkaji telah menggunakan empat instrumen. Instrumen tersebut adalah borang pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Instrumen borang pemerhatian, soal selidik dan temubual digunakan untuk menentukan peningkatan dari segi minat, pemahaman dan penguasaan kedua-dua sampel. Instrumen analisis dokumen pula menumpukan pada aspek penguasaan kedua-dua sampel dalam penghasilan kolaj.
7.3 MINAT SAMPEL Pengkaji memilih untuk melihat aspek minat dalam kajian ini. Ini adalah disebabkan tanpa minat, apapun aktiviti yang dirancang oleh pengkaji tidak akan mendapat sambutan sebagaimana yang diharapkan. Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun, mengikut tahap pelajar dan disokong dengan kaedah pengajaran bagi merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Menurutnya lagi, para guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam pengajaran mereka. Kaedah pengajaran adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar. Perbincangan mengenai minat sampel akan dihuraikan dari borang pemerhatian, borang soal selidik dan temubual yang telah digunakan terhadap kedua-dua sampel. Berdasarkan jadual 6.1.7, iaitu jadual pemerhatian keseluruhan, kedua-dua orang sampel telah mendapat skala 4 iaitu sangat berminat (Rujuk jadual 6.1.7). Peningkatan ini dapat dilihat dengan jelas jika dibandingkan dengan sebelum pengkaji menggunakan demonstrasi model hidup iaitu sampel hanya mendapat skala 2. Dalam pemerhatian pengkaji, setelah pengkaji menunjukkan demonstrasi model hidup, minat sampel bertambah iaitu murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj. Kemudian, dapat diperhatikan bahawa murid tidak bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan. Akhir sekali, pengkaji mendapati bahawa murid dapat
memerhatikan cara-cara untuk menghasilkan kolaj. Hal ini adalah selari dengan pendapat Jennifer (2005) yang menyatakan demonstrasi akan meningkatkan minat dan pemahaman dalam perkembangan kanak-kanak. Menurutnya, minat kanak-kanak akan diraih dari pemerhatian terhadap tingkahlaku guru didalam kelas semasa mengajar. Penilaian terhadap demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru akan membantu dalam pemerolehan dalam aspek kognitif kanak-kanak. Bagi instrumen kedua, pengkaji memilih menggunakan borang soal selidik untuk mengenalpasti peningkatan minat sampel. Dapatan dari soal selidik menunjukkan bahawa minat sampel telah bertambah (Rujuk Jadual 6.2.1 dan Jadual 6.2.2). Didapati bahawa sampel berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot Kreativiti dan Estetika. Sampel juga bersetuju bahawa belajar Slot Kreativiti dan Estetika adalah menyeronokkan dan sampel juga ingin melakukan kolaj lagi di masa depan. Menurut Shahabuddin dan Rohizani (2003), apabila seseorang pelajar sudah mempunyai minat, ia akan mendorong pelajar tersebut untuk berusaha sehingga berjaya. Faktor minat ini menjadi pendorong utama pelajar melakukan sesuatu. Apabila guru berjaya merangsang minat pelajar terhadap pelajarannya, dengan sendirinya pelajar akan bermotivasi dan boleh belajar tanpa dipaksa. Untuk instrumen ketiga pula iaitu temubual, pengkaji mendapati kedua-dua sampel memberi jawapan yang positif iaitu telah berpuas hati dengan hasil kerja mereka dan berminat untuk menghasilkan kolaj lagi pada masa depan (Rujuk Jadual Ringkasan Temubual). Hasil dari temubual ini menunjukkan peningkatan minat kedua-dua sampel dan dapatan ini menyokong Zaiton Zanariah (2000) yang mengatakan kaedah demonstrasi yang diasaskan oleh John Dewey, menggalakkan pelajar mempelajari
sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan aktiviti yang dijalankan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Kesimpulannya, pengkaji berpendapat kaedah demonstrasi model hidup telah dapat meningkatkan minat kedua-dua sampel yang dikaji. Seperti yang telah diketahui, minat adalah aspek penting yang harus dimiliki oleh sampel dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ng Ying (2004) , kaedah demonstrasi adalah sangat penting kerana pelajar dapat belajar menerusi pengalaman dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, para guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang kaedah mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.
7.4 PEMAHAMAN PEMAHAMAN PEMAHAMAN SAMPEL Dari segi pemahaman sampel, pengkaji menggunakan instrumen borang pemerhatian, temubual dan soal selidik. Dari Jadual pemerhatian keseluruhan iaitu Jadual 6.1.7, kedua-dua sampel telah mencapai skala 4. Mengikut skala yang ditetapkan, skala 4 adalah sangat memahami. Dari item pemerhatian yang dibina, pengkaji ingin membuktikan bahawa dengan adanya demonstrasi model hidup, pemahaman sampel akan meningkat. Ia adalah kerana murid telah dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak, murid juga faham bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindih antara satu sama lain. Selain dari itu, murid boleh menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh menjejaskan kekemasan hasilan kolaj. Menurut (Abd. Ghafar 2003) dalam (Mohd 2010), semasa demonstrasi dijalankan, guru memperlihatkan kemahirannya kepada pelajar. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelasan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan mudah memahami apa yang dijelaskan oleh guru. Instrumen kedua untuk membuktikan peningkatan tahap pemahaman sampel adalah soal selidik. Keputusan dari soal selidik yang diberikan kepada sampel menunjukkan pemahaman kedua-dua sampel telah meningkat dan ini membuktikan kaedah demonstrasi yang ditunjukkan oleh pengkaji dapat membantu sampel dalam memahami isi pelajaran dalam Slot Kreativiti dan Estetika ini. Menurut T.Sarina (2006), kaedah tunjuk cara atau demonstrasi adalah satu kaedah yang paling sesuai untuk membawa pelajar kepada hidup berealiti. Menurutnya lagi, kaedah demonstrasi akan membolehkan pengkaji melihat kepada keupayaan murid-murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri.
Sampel telah dapat membezakan kolaj yang baik dan tidak baik, mengecam bahan untuk menghasilkan kolaj dan sampel dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Hal ini adalah selari dengan kajian oleh Azizi (2008) yang menyatakan keputusan dari hasil kajiannya mendapati bahawa pelajar-pelajar di tiga buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan lebih cenderung untuk belajar melalui kaedah pengajaran demonstrasi. Justeru itu, Azizi (2008) turut menyarankan agar guru harus perbanyakkan lagi menggunakan kaedah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana didapati pelajar lebih berminat belajar melalui kaedah ini. Peralatan dan kelengkapan untuk menjalankan kaedah ini haruslah mencukupi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu, W.Noraini (2009) menyatakan bahawa dengan adanya demonstrasi, guru akan memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan dan membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah. Selain itu, demonstrasi akan meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen, meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti seterusnya membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah. Instrumen ketiga untuk membuktikan peningkatan pemahaman sampel adalah melalui instrumen temubual . Dapatan dari temubual membuktikan tahap pemahaman sampel meningkat iaitu kedua-dua sampel boleh membezakan kolaj yang baik atau tidak dan membuat jangkaan apa yang berlaku terhadap hasil kerja jika gam digunakan secara berlebihan. Kebolehan sampel dalam meningkatkan tahap pemahaman ini adalah disebabkan semasa demonstrasi model hidup dijalankan, pancaindera sampel telah digunakan. Antaranya, adalah pancaindera penglihatan yang digunakan sewaktu
memerhatikan bahan menghasilkan kolaj, memerhatikan langkah-langkah penghasilan kolaj serta pemerhatian terhadap hasil kerja yang baik dan tidak baik. Pancaindera pendengaran digunakan semasa memberi perhatian pada penerangan pengkaji dan soalan-soalan yang diutarakan oleh rakan-rakan sampel yang lain. Seterusnya pencaindera sentuhan digunakan sewaktu kedua-dua sampel diberi peluang untuk menyentuh kapas. Sifat kapas adalah lembut dan dapat meransang deria sentuhan sampel terhadap bahan yang lembut. Penggunaan tiga jenis pancaindera ini telah membantu meningkatkan pemahaman sampel kesan daripada penggunaan Demonstrasi Model Hidup. Dapatan ini menyokong Wan Nur Azyyati (2007), iaitu semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Dengan sebab itu, pengajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi yang melibatkan pancaindera akan lebih mendatangkan kesan baik kepada pembelajaran. 7.5 PENGUASAAN PENGUASAAN PENGUASAAN SAMPEL Seterusnya, perbincangan adalah menjurus kepada penguasaan sampel terhadap pengajaran dan pembelajaran selepas demonstrasi model hidup ditunjukkan kepada sampel. Untuk menentukan peningkatan dalam aspek ini, pengkaji menggunakan instrumen borang pemerhatian, soal selidik, temubual serta analisis dokumen. Bagi instrumen pemerhatian terhadap penguasaan, terdapat peningkatan yang jelas antara hasil kerja sebelum demonstrasi model hidup dan hasil kerja selepas demonstrasi model hidup. Sebelum demonstrasi model hidup dijalankan, sampel tidak
dapat menghasilkan kolaj yang kemas. Mereka tidak dapat mencubit kapas dengan betul dan tidak menyiapkan kolaj dengan baik iaitu kapas tidak ditampal bertindihan antara satu sama lain. Tetapi, selepas ditunjukkan demonstrasi model hidup, sampel telah dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam. Mereka telah dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj dan sampel dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain. (Rujuk Jadual 6.1.7). Peningkatan terhadap penguasaan ini adalah selari dengan Mohd Arshad (2008), dalam kajiannya yang menunjukkan pelajar mula memberikan reaksi yang memberangsangkan ketika pengajaran dijalankan dengan kaedah demonstrasi. Penglibatan pelajar di dalam kelas memang memberansangkan dan telah membantu dalam pemahaman pelajar dalam tajuk atau subjek yang diajar oleh guru. Demonstrasi yang berkaitan dengan isi pengajaran amat membantu dalam pemahaman pelajar serta dapat mengukuhkan lagi penguasaan dan pemahaman pelajar tersebut. Instrumen kedua untuk menentukan penguasaan sampel adalah dapatan dari soal selidik. Penguasaan kedua-dua sampel dalam aspek ini menunjukkan bahawa demonstrasi yang digunakan oleh pengkaji benar-benar dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid dalam melakukan aktiviti. (Rujuk Jadual 6.2.5 dan Jadual 6.2.6) Soalan pertama soal selidik aspek penguasaan adalah samada sampel dapat mencubit kapas dengan baik atau tidak. Sebelum ini, sampel tidak dapat mencubit dengan baik kerana tidak didedahkan dengan cara yang betul semasa mencubit. Tetapi, setelah ditunjukkan demonstrasi, sampel mampu mencubit dengan baik seterusnya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Mazur (2011) menyatakan demonstrasi
mempunyai dua tujuan utama iaitu meningkatkan pemahaman konsep yang ditunjukkan dan meningkatkan minat dalam kelas. Pengkaji berpendapat, setelah minat dan pemahaman dipupuk, aspek penguasaan kedua-dua sampel turut meningkat. Bagi soalan kedua soal selidik, pengkaji mahu memastikan samada gam telah digunakan dengan cermat ataupun tidak. Aspek penguasaan ini amat penting kerana gam yang tidak digunakan dengan cermat menjejaskan kekemasan hasil akhir kolaj. Keduadua sampel dapat menguasai cara penggunaan gam dengan cermat apabila ditunjukkan contoh. Sampel dapat menentukan bahawa penggunaan gam perlu dikawal. Peningkatan dari aspek penguasaan ini adalah kesan dari demonstrasi model hidup yang ditunjukkan kepada sampel. Penguasaan yang meningkat dari pemerhatian terhadap proses demonstrasi model hidup dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi seperti Ng Ying (2004) yang menyatakan, pancaindera penglihatan berupaya memproses 4 300 000 maklumat manakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50 000 maklumat. Soalan ketiga pula adalah berkaitan dengan aspek penguasaan menampal kapas secara bertindihan antara satu sama lain. Kolaj yang tidak bertindihan adalah hasil kerja yang tidak bermutu. Hal ini adalah penting kerana kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Ayien (2010) menyatakan perkara penting tentang kolaj adalah hasil kerja seni ini memerlukan muridmurid menyusun dan menampal bahan serta ditindih. Instrumen ketiga yang mengukur tahap penguasaan sampel adalah temubual. Dapatan dari temubual yang dijalankan mendapati sampel dapat mencubit dengan betul dan mengawal penggunaan gam agar tidak berlebihan. Terbukti kaedah demonstrasi
model hidup membantu penguasaan sampel. Gowri (2011) menyatakan kaedah ini digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran untuk hampir semua mata pelajaran di sekolah. Demonstrasi digunakan oleh guru dalam berbagai-bagai mata pelajaran seperti sains,kemahiran hidup, pendidikan jasmani, dan pendidikan seni. Instrumen terakhir yang mengukur penguasaan sampel adalah analisis dokumen terhadap hasil kerja sampel. Aspek pertama yang diperhatikan adalah aspek kekemasan yang ditentukan dengan penggunaan gam yang sesuai iaitu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu kurang. Sampel telah sedar bahawa dengan menggunakan gam yang banyak, kolaj yang dihasilkan akan comot dan tidak kemas. Selepas demonstrasi model hidup ditunjukkan, perbezaan hasil kerja sampel dapat dikesan dengan lebih jelas berbanding ketika tidak menggunakan demonstrasi model hidup. Mohd Arshad (2010) menyatakan penggunaan demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri (Rief, 1993). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Dalam bab prosedur kajian, pengkaji telah menerangkan pengkaji sentiasa berkomunikasi dengan sampel semasa demonstrasi model hidup dilakukan.
Aspek kedua yang diperhatikan adalah dari segi susun atur kapas. Semasa demonstrasi, pengkaji telah mengingatkan sampel agar menampal kapas dengan sekata dan memenuhi ruang kertas lukisan sebagaimana yang sepatutnya. Selepas demonstrasi ditunjukkan, sampel dapat menampal kapas dengan sekata dan bertindihan antara satu sama lain. Ini menunjukkan ciri-ciri hasil kerja yang baik. Peningkatan mutu hasil kerja ini adalah disebabkan oleh faktor pengajaran guru. Menurut Brophy (1998) dalam Ng Ying (2004) mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar. Dalam dapatan kajian Indrawati (2003), beliau mendapati bahawa faktor pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar. Aspek ketiga yang dilihat dalam analisis hasil kerja sampel adalah ketepatan cara kapas dicubit. Semasa demonstrasi berlangsung, pengkaji telah menunjukkan cara mencubit bebola kapas dengan cara yang mudah. Oleh itu, sampel telah dapat menguasai cara bagaimana mencubit bebola kapas. Sampel satu telah menunjukkan peningkatan tahap penguasaan dari C (sederhana) kepada A (sangat baik). Tahap penguasaan sampel dua pula meningkat dari B (baik) kepada A (sangat baik). Pelopor bagi Teori Pembelajaran Sosial adalah Albert Bandura yang terkenal kerana telah membuat kajian tentang cara bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian. Oleh kerana semua dapatan dalam analisis dokumen hasil kerja ini telah menunjukkan peningkatan positif dalam aspek penguasaan, terbukti kaedah demonstrasi model hidup yang ditunjukkan oleh guru adalah sangat sesuai untuk digunakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran kolaj. Dapatan ini selari dengan Teori Albert Bandura
yang mengatakan kanak-kanak belajar melalui pemerhatian atas tingkahlaku orang lain dan hasil tingkahlaku tersebut. 8.0 CADANGAN CADANGAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA SETERUSNYA Berdasarkan dapatan daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mencadangkan kajian ini dapat diteruskan dengan kajian ke atas bidang lain menggunakan kaedah demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Contoh bidang lain yang boleh dikaji adalah bidang membentuk doh. Untuk penambahbaikan, kajian seterusnya boleh dijalankan dengan menggabungkan penggunaan kaedah demonstrasi dan video untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru diharapkan dapat memberikan demonstrasi yang lebih jelas kepada murid-murid agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Guru perlu jelas dengan jarak yang sesuai untuk menjalankan demonstrasi agar semua murid dapat melihat guru menjalankan demonstrasi. Guru juga perlu memberi arahan ringkas dengan ayat yang mudah untuk memudahkan pemahaman murid-murid. Guru haruslah memastikan murid-murid telah memahami langkah-langkah dalam demonstrasi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya minat, pemahaman dan penguasaan murid-murid dapat ditingkatkan. Selain itu, penggunaan instrumen tambahan lain boleh digunakan. Antaranya adalah menggunakan senarai semak dan rekod berterusan.
SENARAI SENARAI RUJUKAN RUJUKAN Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. Abdul Rahim B. Hamdan (2004). Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan, dan Alatan dan Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Dalam Matapelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Dari Perspektif Guru-guru Kemahiran H Hidup di Sekolah Menengah di Daerah Kluang. Dimuat turun pada 1 Ogos 2011 daripada http://eprints.utm.my/10639/1/KESESUAIAN_ISI_KANDUNGAN.pdf Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2005). Mendorong kreativiti kanak-kanak. Bentong: PTS Millenia Sdn Bhd. Admin (2011). Kaedah Pengajaran. Dimuat turun pada 1 Ogos 2011 daripada http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/Kae_tek.htm Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim:Quantum Books. Ayien (2011) Definisi Kolaj. Dimuat turun pada 4 April 2011 dari http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/pengenalan-kolaj.html Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur,PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Azizi Yahaya (2007) Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dan Kaedah Pengajaran dengan Pencapaian Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Dimuat turun pada 5 Julai 2011 daripada http://eprints.utm.my/6059/1/aziziyahwani.pdf Dywer, F.M (1978). Strategies For Improving Visuals Learning : A Handbook For Effective Selestion, Design And Use Of Visualized Materials. Pannsylvania: Learning Service,State College. Ee, Ah Meng (1999). Siri Diploma Perguruan, Pendidikan Di Malaysia 1,Falsafah Pendidikan, Guru Dan Sekolah. 2nd . ed. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Esah Sulaiman (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor : Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Gowri Sai (2010) Presentations. Dimuat turun pada 10 Julai 2011 daripada http://www.scribd.com/gowri_sai Haliza Hamzah (2008). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Hidayah (2009). Kaedah Pengajaran di Sekolah Menengah . Dimuat turun pada 27 Jun 2011 daripada file:///C:/Users/user/Documents/penyelidikan_ilmiah_bab_2.htm Jennifer (2005) Working Models for Uncertain Data. Technical Report. Stanford. Kasnani Ab Karim, Norbe Md Nor &Nazimah Abdullah (2005). Perkembangan Pendidikan Prasekolah untuk Kursus Persediaan dan KPLI, Subang Jaya: Kumpulan Budiman. Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos (2008) Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar. Dimuat turun pada 2 Februari 2011 dari http://jurnalpendidikan.com/prasekolah/kurikulumpendidikanislam/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran.html. Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis SarjanaMuda. Rief (1993). How to reach and teach ADD/ADHD children. West Nyack, NY: The Center for Applied Research in Education. Russell, James D., (1996). Introduction to Instructional Technology, Instructional Technology for Teaching and Learning Englewood Cliffs, New Jersey: Educational Technology Publications. Saedah Siraj & Ahmad Sabri Shuib. (2004). Preferen Pelajar Terhadap TeknikPengajaran Guru. Jurnal Pendidikan: 93-109. Universiti Malaya Kuala Lumpur. Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986). Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur : Heinemann. Shahabuddin dan Rohizani (2003). Kepimpinan Profesional Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn Bhd.
Sternberg, R. J. (2004 ). Intelligence: A brief history. Malden, MA: Blackwell Publishing. Storm, R. D., & Storm, P.S. 2002. Changing the rules: Education for creative thinking. Journal of Creative Behavior, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor : PTS Professsional Publishing Sdn.Bhd. Toh, W.S (2003) Student - centered Educational Beliefs &Teacher Education. Jurnal Penyelidikan : MPBL Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Kurikulum, Puchong: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd. Wan Md Hatta Wan Ahmad (2011). Rekabentuk Pengajaran dan Pembelajaran. Dimuat turun pada 5 Julai 2011 daripada http://whatta.ipgmksm.edu.my/ Wan Nooraini binti Wan Muhammad(2009). Kajian Tindakan. Dimuat turun pada 2 Julai 2011 daripada http://wannoorainiwmp51992.blogspot.com/2009/12/aktiviti-13.html Wan Nur Azyyati (2007). Psikologi Kognitif . Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Zaiton Zanariah Hamid (2000). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
LAMPIRAN LAMPIRAN A ANALISIS DOKUMEN JADUAL PANDUAN PENILAIAN KARYA ASPEK YANG DINILAI KRITERIA A (Sangat Baik) B (Baik) C (Sederhana) D (Kurang mencapai tahap) KEKEMASAN Murid berjaya menyiapkan karya dengan amat kemas Murid menyiapkan karya dengan baik Murid menyiapkan karya pada tahap sederhana Murid tidak Berjaya menyiapkan karya dengan kemas SUSUN ATUR Murid menyusun bahan dengan amat baik dan seimbang Murid menyusun bahan dengan baik dan seimbang Murid menyusun bahan dengan tahap sederhana Murid tidak menyusun bahan dengan baik dan seimbang KETEPATAN Murid dapat mencubit kapas dengan amat baik Murid dapat mencubit kapas dengan baik Murid dapat mencubit kapas dengan sederhana Murid tidak dapat mencubit kapas dengan baik
LAMPIRAN LAMPIRAN B BORANG PEMERHATIAN PEMERHATIAN Menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakan demonstrasi model hidup bagi murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa. Jadual Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran tanpa demonstrasi model hidup. Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel. Soalan Ya Tidak 1. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj? 2. Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ? 3. Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan? Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel. Soalan Ya Tidak 1. Adakah murid dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak? 2. Adakah murid faham bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindih antara satu sama lain? 3. Adakah murid boleh menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh menjejaskan kekemasan hasilan kolaj? Pemerhatian difokuskan kepada penguasaan sampel. Soalan Ya Tidak 1. Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam? 2. Adakah murid dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj? 3. Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain?
BORANG PEMERHATIAN PEMERHATIAN Menyelesaikan masalah dalam bidang menggambar aktiviti kolaj dengan menggunakan demonstrasi model hidup bagi murid Prasekolah Bestari, SK Pulau Rusa. Jadual Pemerhatian pengajaran dan pembelajaran dengan menunjukkan demonstrasi model hidup. Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel. Soalan Ya Tidak 4. Adakah murid menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan kolaj? 5. Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru memperkenalkan bahan ? 6. Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi dilakukan? Pemerhatian difokuskan kepada pemahaman sampel. Soalan Ya Tidak 4. Adakah murid dapat membezakan cara menghasilkan kolaj yang betul atau tidak? 5. Adakah murid faham bahawa kapas yang digunakan untuk menghasilkan kolaj perlu bertindih antara satu sama lain? 6. Adakah murid boleh menerangkan kesan penggunaan gam yang terlalu banyak boleh menjejaskan kekemasan hasilan kolaj? Pemerhatian difokuskan kepada penguasaan sampel. Soalan Ya Tidak 4. Adakah murid dapat menghasilkan kolaj yang kemas tanpa lebihan gam? 5. Adakah murid dapat mencubit kapas dengan betul semasa menyiapkan kolaj? 6. Adakah murid dapat menyiapkan kolaj yang baik iaitu setiap kapas yang ditampal bertindihan antara satu sama lain?
Pemarkahan 1 2 3 4 Sangat tidak berminat Sangat tidak memahami Sangat tidak menguasai Tidak berminat Tidak memahami Tidak menguasai Berminat Memahami Menguasai Sangat berminat Sangat memahami Sangat menguasai Tajuk Demonstrasi Model Hidup Minat Pemahaman Penguasaan Kolaj Aiskrim X / JADUAL PEMERHATIAN PEMERHATIAN PEMERHATIAN KESELURUHAN KESELURUHAN
LAMPIRAN LAMPIRAN C Nama : Arahan : Tandakan Tandakan Tandakan (/) dalam petak yang betul Ya Tidak 1 Adakah anda berminat berminat berminat untuk melakukan melakukan melakukan aktiviti aktiviti semasa Slot Kreativiti Kreativiti Kreativiti dan Estetika? Estetika? 2 Adakah belajar belajar belajar Slot Kreativiti Kreativiti Kreativiti dan Estetika Estetika menyeronokkan? 3 Adakah anda ingin melakukan melakukan melakukan kolaj lagi di masa depan? 4 Adakah anda tahu membezakan membezakan membezakan kolaj yang baik dan tidak baik? 5 Adakah kamu dapat mengecam mengecam mengecam bahan untuk menghasilkan menghasilkan kolaj? 6 Adakah anda dapat menjawab menjawab menjawab soalan yang ditanya ditanya oleh guru? 7 Adakah anda dapat mencubit mencubit mencubit kapas dengan baik semasa membuat membuat membuat kolaj? 8 Adakah kamu dapat menggunakan menggunakan menggunakan gam dengan cermat semasa menampal menampal menampal kertas di kertas lukisan? lukisan? 9 Adakah kamu dapat menampal menampal menampal kertas secara bertindihan bertindihan antara satu sama lain?