Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ulasan Buku
Ogos 2021
Oleh
Kakitangan
Perpustakaan Cawangan Keningau
Hai Sahabat ……
Selamat Membaca
Koleksi Ulasan Buku
Perpustakaan Cawangan Keningau
Yang Kami Sediakan Untuk Anda
… Teruskan Membaca
Membaca Terapi Minda Anda
Disediakan oleh ;
Kakitangan
Perpustakaan Cawangan Keningau
2
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : AROWANA : Ikan Hiasan Bernilai
PENULIS : Mohamad Zaini Suleiman
PENERBIT : Dewan Bahasa dan Pustaka
MUKA SURAT : 147
NOMBOR PANGGILAN : MAN 639.3747 MUH
NOMBOR ISBN : 9789834918606
KATEGORI BUKU : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Bersambung dimuka surat seterusnya…… 3
Encik Mohamad Zaini Suleiman telah menghasilkan sebuah
buku bertajuk Arowana ikan hiasan bernilai edisi ketiga yang telah
dicetakkan pada tahun 2018. Buku ini mengandungi sebanyak 8
bab. Arowana ini merupakan sejenis ikan hiasan yang agak popular
juga dalam masyarakat kita. Menurut penulis, ikan Arowana ini
juga dikenali sebagai ikan Kelisa namun dalam kalangan
masyarakat di Pantai Timur pula ikan Arowana dikenali sebagai
Ikan Sarung Golok. Masyarakat di Pantai Timur mengelar ikan
sarung golok kerana bentuk tubuhnya yang menyerupai sarung
golok atau sarung parang. Pada bab yang pertama, penulis
memperkenalkan asal usul ikan Arowana ini kepada para pembaca.
Penulis menceritakan kisah – kisah disebalik populariti ikan hiasa
ini dan juga kejayaan pembiakannya. Terdapat banyak kisah yang
menarik yang diceritakan oleh penulis tentang ikan ini pada bab
yang pertama oleh itu para pembaca digalakkan untuk membaca
buku ini untuk mengetahui kisah mengenai ikan ini dengan lebih
lanjut. Seterusnya di bab yang kedua pula, penulis
memperkenalkan jenis – jenis Arowana yang terdapat di seluruh
negara.
Terdapat hanya tiga jenis Arowana iaitu Scleropages,
Osteoglossum dan Heterodontis. Di bab ini juga penulis akan
mengongsikan maklumat seperti saiz tubuh, bentuk telur dan ciri –
ciri lain ikan hiasan ini. ikan Arowana ini popular dalam kalangan
masyarakat disebabkan keunikan yang terdapat pada ikan ini. Oleh
itu, penulis akan menyatakan keunikan – keunikan yang terdapat
pada ikan ini di bab yang ketiga. Bab yang seterusnya iaitu bab
yang keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan pula masing –
masing mempunyai maklumat seperti pemakanan, penternakan,
pembiakan, penjagaan dan juga penyakit dan rawatan bagi ikan
hiasa Arowana ini.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
4
Di setiap bab tersebut penulis akan mengongsikan maklumat –
maklumat berkaitan dengan lebih terperinci lagi supaya para pembaca
dapat mengenali ikan ini dengan lebih dekat lagi terutamannya kepada
mereka yang sedang, mahu atau berazam untuk menjadikan ikan ini
sebagai ikan hiasan di rumah masing – masing.
Penulis berharap dengan menghasilkan buku ini dapat membantu
sedikit sebanyak para pembaca dalam mengenali ikan ini dengan lebih
terperinci lagi. Oleh itu, para pembaca terutamanya yang sangat
meminati ikan ini untuk meluangkan sedikit masa untuk membaca
buku ini jika ingin menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai
ikan ini.
Secara keseluruhannya, buku ini sangat bermanfaat kepada para
pembaca. kerana informasi yang terdapat dalam buku ini sangat
membantu bagi mereka yang berminat memelihara ikan Arowana
tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut
‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
5
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Penyakit Akibat Jangkitan Virus
Penulis : -
Penerbit : Pustaka Minda Aktif
“Mukasurat : 40
No Panggilan : MTN 612.11 PEN
ISBN No : 9789673871537
Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Bersambung dimuka surat seterusnya……
6
Buku Penyakit Akibat Jangkitan Virus salah satu tajuk dalam
Siri Eksplorasi Darah disusun oleh Nurul Ain Amirnur Rashid dan
mengandungi 10 tajuk . Tajuk 1 membincangkan tentang Penyakit
AIDS atau sindrom kurang daya tahan penyakit yang disebabkan
oleh virus Human Immunodeficiency Virus ( HIV). Penyakit ini
akan melumpuhkan kemampuan tubuh melawan penyakit ini
disebabkan kuman HIV telah memusnahkan sel TCD4+ yang
bertanggungjawab melawan penyakit yang berpunca dari kuman
bakteria,virus dan sebagainya. Kegagalan sistem imun seseorang
pesakit AIDS ini menyebabkan mereka mudah dijangkiti pelbagai
kuman dan beberapa jenis kanser. Dalam tajuk 2 tentang Asal –
Usul HIV, asal usul AIDS dan HIV ini telah menjadi satu persoalan
kepada para saintis sejak penyakit ini timbul pada awal tahun
1980-an kerana penyakit ini sukar dirawat. Pada tahun 1982, para
pegawai kesihatan mula menggunakan istilah acquired
munodeficiency syndrome atau AIDS bagi menerangkan kejadian
jangkitan luar biasa ini seperti barah karposi sarcoma dan
pneumonia dalam kalangan masyarakat pada asalnya dalam
keadaan yang sihat.
Tahun berikutnya iaitu 1983 sekumpulan saintis antarabangsa
telah menemui virus yang mengakibatkan AIDS ini dinamakan
human T-cell lymphotropic virus-type III atau lymphadenopathy
associated virus tetapi kemudian nama tersebut ditukar kepada
human immunodeficiency virus ( HIV). Namun demikian sehingga
kini para saintis masih belum menjumpai fakta sebenar berkenaan
dengan asal usul HIV ini dan bagaimana virus ini tersebar dalam
kalangan masyarakat. Seterusnya tajuk ke 3 tentang Cara HIV
Bertindak, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai
melindungi manusia daripada pelbagai virus.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
7
Virus HIV yang masuk dalam badan seseorang akan
merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil CD4
helper lymphocyte, yang mana sel CD4 ini bertindak
memaklumkan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang
lain untuk melawan organisma yang menceroboh. Virus HIV
melekat dan menjangkiti sel CD4 menjadikan sel CD4 tempat
menggandakan virus HIV tersebut. Tajuk ke 4 Cara Sebaran, HIV
boleh disebarkan melalui cecair badan seperti Perhubungan seks
tanpa kondom, penerimaan darah yang tercemar dan perkongsian
jarum suntikan dadah. Penyakit Sifilis tajuk ke 5, sifilis merupakan
penyakit kelamin berjangkit dan boleh disebarkan melalui
hubungan seks sama ada melalui vagina,dubur atau oral, penyakit
ini juga boleh disebarkan daripada seorang ibu kepada bayinya
semasa hamil. Sifilis disebabkan oleh satu organisma dinamakan
“spirochete” dan penyakit ini berbahaya malah boleh meragut
nyawa seseorang jika tidak dirawat. Tajuk ke 6 ialah Peringkat
Penyakit Sifilis, penyakit sifilis ini terjadi dalam empat peringkat
iaitu peringkat rendah, peringkat sekunder, peringkat pendam dan
peringkat lewat . Peringkat rendah akan timbul ulser atau kudis di
bahagian sulit ,dubur dan kadang-kadang di mulut serta bibir, ulser
ini dipanggil “chancre” dan akan hilang selepas beberapa minggu.
Manakala peringkat sekunder biasanya bermula dengan
timbulnya ruam pada satu atau lebih di bahagian badan. Ruam
tersebut kebiasaan tidak akan menyebabkan kegatalan tetapi akan
keluar semasa chancre / ulser sifilis beransur sembuh atau
beberapa minggu selepas chancre sembuh.Peringkat Pendam
adalah peringkat tersembunyi dan peringkat lewat timbul pada 10 –
20 tahun selepas jangkitan pertama diperoleh.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
8
Tajuk ke 7 adalah Hubungan Sifilis Dan HIV, Ulser di
bahagian sulit yang disebabkan oleh sifilis memudahkan
pemindahan kuman HIV secara seksual. Ini kerana ulser yang
disebabkan oleh STD seperti sifilis menyebabkan kudis, luka atau
rekahan pada kulit di mana luka ini boleh berdarah dengan mudah.
Hepatitis B tajuk ke 8, hepatitis B adalah penyakit kelamin, virus
hepatitis B menyebabkan keradangan hati yang teruk dan sangat
mudah berjangkit. Kuman hepatitis B boleh berjangkit melalui
sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar, Ia adalah
100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Diantara tanda-
tanda penyakit ini adalah mual, muntah,cirit birit,hilang selera
makan,sakit kepala,lemah dan tidak suka pada asap rokok. Tajuk
ke 9 iaitu Barah Pangkal Rahim, barah pangkal rahim juga dikenali
sebagai kanser serviks adalah barah kedua tertinggi kejadiannya
dalam kalangan wanita di Malaysia. Penyakit ini juga merupakan
barah paling biasa dalam kalangan wanita usia biak, serviks adalah
bahagian bawah uterus berbentuk bonjol dengan permukaan kaya
dengan sel.
Dalam barah pangkal rahim sel-sel di pangkal Rahim tumbuh
secara tidak normal, sel-sel ini akan membesar dan membentuk
satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini
akan merebak ke bahagian badan lain melalui sistem darah atau
limfa. Tajuk ke 10 iaitu HPV, kanser ini disebabkan oleh pelbagai
faktor antaranya ialah jangkitan kuman papillomavirus ( HPV)
iaitu penyakit kelamin,kurang menjaga kebersihan alat
sulit,mempunyai pasangan seks yang ramai,memulakan
perhubungan seks pada usia muda,merokok dan beberapa sebab
lain. Hampir semua kes kanser serviks disebabkan oleh human
papillomavirus ( HPV) jenis enam iaitu virus biasa yang
menjangkiti separuh daripada manusia suatu ketika.
Bersambung dimuka surat seterusnya…… 9
Didapati dua pertiga kes kanser serviks disebabkan oleh HPV
berisiko, walaupun kuman HPV tidak berbahaya namun virus ini
dipercayai menyebabkan berlakunya perkembangan barah.
Secara keseluruhan bagi saya tajuk buku ini amat bersesuaian
dijadikan bahan bacaan serta rujukan bukan sahaja di kalangan
remaja tetapi juga kalangan dewasa kerana banyak informasi
berkenaan dengan virus yang menyebabkan penyakit berjangkit
mungkin kita tidak tahu. Selain itu setiap kupasan tajuk dalam
buku ini mudah difahami.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut
‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
10
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku:Lima Gaya Pemikiran (Buku 2)
Pengarang:Mariam Mohamed Nor, Yasser Rahmad
MukaSurat: 158ms
No Panggilan:MAN 153.42 MAR
ISBN No: 9789671269206
Harga:RM33.40
Jenis Buku:Falsafah,Psikologi
Bersambung dimuka surat seterusnya……
11
Buku Bersiri ini yang bertajuk Lima Gaya Pemikiran (Buku 2)
membawa pembaca memahami lima gay pemikiran sekaligus
mengenal pasti gaya pemikiran diri sendiri. Malah dapat mencetuskan
daya pemikiran minda bagi meningkatkan kehidupan, perhubungan
dan kerjaya individu itu sendiri. Oleh itu, akan dapat dipelajari dan
memahami gaya berfikir orang-orang sekeliling dan akan
membuatkan diri sendiri untuk memahami dan mengelakkan
persengketaan. Malahan memudahkan berinteraksi dan memberikan
manfaat dari segi komunikasi, melaksanakan kerja berpasukan dan
membuat keputusan.
Buku bersiri ini sesuai bacaan untuk pelajar-pelajar Sekolah, para
remaja serta orang dewasa yang mahukan perubahan dalam corak
pemikiran mereka. Kemahiran Dan Kebolehan Berfikir adalah penting
untuk setiap peringkat Umur. Setiap individu sememangnya
mempunyai Gaya Berfikir tersendiri yang unik. Oleh itu kita perlulah
mengetahui gaya berfikir dan orang-orang di sekeliling supaya lebih
memahami, mengawal dan menguasai persekitaran dan pemikiran.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut
‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Masnah Yusof
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
12
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Aneka Hidangan Ubi
Penulis : Haryati Mat Deris
Ilustrasi: Roslan Sajat Penerbit
: ALAF 21 SDN. BHD.
No Panggilan : MAN 641.6368 ANE
Muka Surat : 44
ISBN No: 978-983-124-534-7
Harga : RM 4.20
Bersambung dimuka surat seterusnya……
13
Buku yang bertajuk Aneka Hidangan Ubi ini merupakan
sebuah buku yang menjadikan ubi sebagai bahan utama. Buku
yang ditulis oleh Haryati Mat Deris ini mempunyai 44 halaman
muka surat. Ilustrasi penyampaiannya yang jelas dan mudah
difahami mengenai resepi- resepi yang dipelbagaikan gaya
masakannya semestinya mengikut selera yang anda ingini.
Ubi ialah sejenis tumbuhan yang menghasilkan umbi atau
akar yang boleh dimakan. Selain mempunyai rasa yang sungguh
sedap, ubi juga mempunyai banyak khasiatnya. Tahukah anda ?
Ubi kaya dengan potassium dan vitamin C yang akan
membekalkan karbohidrat kompleks dan serat. Makanan yang
tinggi serat ini akan membantu untuk mengawal rasa lapar, kerana
serat akan membuat kita terus merasa kenyang sesuai sekali bagi
mereka yang mencoba untuk menurunkan berat badan ataupun
tidak. Selain vitamin C dan serat , ubi juga kaya dengan vitamin –
vitamin lain seperti vitamin B, vitamin B2 , vitamin B3 dan
vitamin A yang dapat meningkatkan lagi sistem imunisasi badan.
Ubi juga merupakan sumber protein dan zat besi yang kandungan
antioksidannya tinggi mampu mengubati sakit urat atau
peradangan.
Jika dibandingkan dahulu, santapan harian merupakan ubi
kayu yang mana cara masakannya hanya direbus dan dimakan
sama ada bersama kelapa parut, sambal, ikan kering dan lain- lain.
Kini, resepi ubi sudah dipelbagaikan. Melalui buku ini, yang akan
mengkongsikan pelbagai resepi yang menjadikan ubi sebagai
bahan utama atau sampingan dalam pelbagai jenis masakan tidak
kira sama ada jenis ubi berasal dari ubi kentang, ubi keledek
ataupun ubi kayu.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
14
Terdapat 44 resepi yang terkandung dalam buku ini dan
terbahagi kepada beberapa jenis lagi seperti lauk- pauk, kuih-muih,
kek dan bubur. Antarannya masak Kurma Daging Berubi Kentang,
Ikan Masin Gulai dengan Ubi, kuih Karipap, Kuih Ubi, Lemang
Ubi Kayu, Kek keladi, Bubur Ubi kayu dan banyak lagi.
Kesemua resipi dalam buku ini ada disertakan dengan gambar
dan cara-cara penyediaannya. Melalui panduan daripada buku ini
yang disampaikan dengan pelbagai gaya masakannya yang mudah,
semestinya dapat mengikut selera yang diinginkan untuk dinikmati
seisi keluarga . Semoga buku ini dapat memberi manfaat dan
membantu menghasilkan menu terbaik sebagai sajian utama
mahupun sampingan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut
‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Jimmy Andrew
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
15
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Orang Bunian Dan Tukang Kasut
Siri : Kisah-Kisah Dongeng Menarik
Penulis : Fatimah Abdul Nasir
Ilustrasi : -
Penerbit : Edukid Publication Sdn. Bhd. (745620-D)
Muka Surat : 16
No. Panggilan : MJF FAT
ISBN No: 978-967-364-427-8 (Set)
ISBN No: 978-967-364-418-6
Kategori Buku : Fiksyen Kanak-kanak Bahasa Melayu
Harga : RM 3.26
Bersambung dimuka surat seterusnya……
16
Buku yang bertajuk Orang Bunian Dan Tukang
Kasut ini adalah sebuah buku cerita untuk bacaan
kanak-kanak daripada “Kisah-Kisah Dongeng Menarik”
Buku ini mempunyai 16 halaman bercetak yang ditulis
oleh Fatimah Abdul Nasir. Cerita-cerita dalam Kisah-
Kisah Dongeng Menarik ini juga sarat dengan nilai-
nilai yang dapat diteledani oleh kanak-kanak. Struktur
ayat yang ringkas dan mudah difahami, perkataannya
yang dicetak dalam dua warna mengikut suku kata,
ditambah dengan ilustrasi yang ceria dan berwarna-
warni akan menarik minat kanak-kanak untuk membaca
koleksi cerita ini.
Di sebuah perkampungan, tinggal seorang tukang
kasut bersama isterinya. Suatu malam, dia kehabisan
kulit untuk membuat kasut. Kulit yang tinggal hanya
cukup untuk membuat sepasang kasut sahaja. Tiba-tiba
hidup tukang kasut dan isterinya berubah apabila
mereka menjumpai kasut yang cantik sudah siap dijahit
di kedainya. Sejak itu, setiap pagi mereka akan
menemui kasut baharu yang cantik. Kedua-dua mereka
mula mencari siapakah yang telah membantu mereka.
Apakah kesudahan cerita ini? Dapatkan buku ini untuk
mengetahui kesudahan miseri penghasilan kasut itu
dengan membaca kisah ini sehingga akhirnya.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
17
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut
‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
18
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Si Biskut Halia
Siri : Kisah-Kisah Dongeng Menarik
Penulis : Fatimah Abdul Nasir
Ilustrasi : -
Penerbit : Edukid Publication Sdn. Bhd. (745620-D)
Muka Surat : 16
No. Panggilan : MJF FAT
ISBN No: 978-967-364-427-8 (Set)
ISBN No: 978-967-364-419-3
Kategori Buku : Fiksyen Kanak-kanak Bahasa Melayu
Harga : RM 3.26
Bersambung dimuka surat seterusnya……
19
Buku yang bertajuk Si Biskut Halia ini adalah
sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-kanak
daripada “Kisah-Kisah Dongeng Menarik” Buku ini
mempunyai 16 halaman bercetak yang ditulis oleh
Fatimah Abdul Nasir. Cerita-cerita dalam Kisah-
Kisah Dongeng Menarik ini juga sarat dengan nilai-
nilai yang dapat diteledani oleh kanak-kanak.
Struktur ayat yang ringkas dan mudah difahami,
perkataannya yang dicetak dalam dua warna
mengikut suku kata, ditambah dengan ilustrasi yang
ceria dan berwarna-warni akan menarik minat kanak-
kanak untuk membaca koleksi cerita ini.
Dahulu, tinggal seorang perempuan tua bersama
suaminya. Wanita itu suka membakar biskut. Suatu
hari, dia membuat biskut halia dan kemudian
membakarnya di dalam ketuhar. Tiba-tiba biskut
halia yang dibakarnya keluar berlari. Dalam
pelariannya, dia menemui pelbagai orang dan juga
binatang. Musang yang ditemuinya ingin
memakannya. Bagaimanakah pengakhiran si biskut
halia? Adakah dia mati dimakan musang ataupun dia
pulang semula kepada tuannya? Ketahui keseluruhan
cerita ini dengan membacanya.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
20
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut
‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
21
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Gadis Bertopi Merah
Siri : Kisah-Kisah Dongeng Menarik
Penulis : Fatimah Abdul Nasir
Ilustrasi : -
Penerbit : Edukid Publication Sdn. Bhd. (745620-D)
Muka Surat : 16
No. Panggilan : MJF FAT
ISBN No: 978-967-364-427-8 (Set)
ISBN No: 978-967-364-420-9
Kategori Buku : Fiksyen Kanak-kanak Bahasa Melayu
Harga : RM 3.26
Bersambung dimuka surat seterusnya……
22
Buku yang bertajuk Gadis Bertopi Merah ini
adalah sebuah buku cerita untuk bacaan kanak-kanak
daripada “Kisah-Kisah Dongeng Menarik” Buku ini
mempunyai 16 halaman bercetak yang ditulis oleh
Fatimah Abdul Nasir. Cerita-cerita dalam Kisah-Kisah
Dongeng Menarik ini juga sarat dengan nilai-nilai yang
dapat diteledani oleh kanak-kanak. Struktur ayat yang
ringkas dan mudah difahami, perkataannya yang
dicetak dalam dua warna mengikut suku kata,
ditambah dengan ilustrasi yang ceria dan berwarna-
warni akan menarik minat kanak-kanak untuk
membaca koleksi cerita ini.
Suatu masa dahulu, tinggal seorang kanak-kanak
perempuan bersama ibunya di dalam hutan.
Neneknya pernah menghadiahkannya sebuah topi
berwarna merah. Dia selalu memakainya. Maka dia
digelar ‘Gadis Bertopi Merah’. Suatu hari, dia pergi ke
rumah neneknya. Dalam perjalanan, dia bertemu
dengan seekor serigala. Serigala yang mengetahui
gadis bertopi merah ingin ke rumah neneknya lantas
melalui jalan pintas dan tiba awal di rumah nenek
gadis bertopi merah. Apabila tiba, serigala menelan
neneknya. Bagaimanakah nasib gadis bertopi merah
apabila dia tiba dirumah neneknya? Dapatkan buku ini
untuk mengetahui kesudahan ceritanya.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
23
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut
‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
24
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Rapunzel
Siri : Kisah-Kisah Dongeng Menarik
Penulis : Fatimah Abdul Nasir
Ilustrasi : -
Penerbit : Edukid Publication Sdn. Bhd. (745620-D)
Muka Surat : 16
No. Panggilan : MJF FAT
ISBN No: 978-967-364-427-8 (Set)
ISBN No: 978-967-364-421-6
Kategori Buku : Fiksyen Kanak-kanak Bahasa Melayu
Harga : RM 3.26
Bersambung dimuka surat seterusnya……
25
Buku yang bertajuk Rapunzel ini adalah sebuah
buku cerita untuk bacaan kanak-kanak daripada “Kisah-
Kisah Dongeng Menarik” Buku ini mempunyai 16
halaman bercetak yang ditulis oleh Fatimah Abdul Nasir.
Cerita-cerita dalam Kisah-Kisah Dongeng Menarik ini juga
sarat dengan nilai-nilai yang dapat diteledani oleh kanak-
kanak. Struktur ayat yang ringkas dan mudah difahami,
perkataannya yang dicetak dalam dua warna mengikut
suku kata, ditambah dengan ilustrasi yang ceria dan
berwarna-warni akan menarik minat kanak-kanak untuk
membaca koleksi cerita ini.
Di sebuah kampung, tinggal sepasang suami isteri
yang sudah lama inginkan seorang anak. Setelah puas
berusaha dan berdoa, akhirnya doa mereka dimakbulkan.
Si isteri mengandung. Berhampiran dengan rumah
mereka, ada sebuah taman yang sangat indah. Si isteri
selalu memandang kearah taman tersebut. Selepas
beberapa bulan, si isteri melahirkan seorang bayi
perempuan yang bernama Rapunzel dia diambil oleh
wanita yang bergelar ahli sihir. Dia menjaga bayi itu
sehinggalah dewasa. Kini gadis itu dikurung di dalam
sebuah menara. Suatu hari, seorang Putera ternampak
gadis itu dan ingin membawanya keluar. Namun,
rancangannya itu diketahui oleh ahli sihir itu. Ahli sihir itu
sangat marah dan ingin membunuh kedua-duanya.
Bagaimanakah nasib mereka? Dapatkah Putera
membawa Rapunzel? Untuk mengetahui lebih lanjut
dapatkan buku ini untuk mengetahui kesudahan cerita ini.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
26
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut
‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
27
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Kitaran Darah Dalam Sistem Tubuh
Penulis : -
Penerbit : Pustaka Minda Aktif
Mukasurat : 40
No Panggilan : MTN 612.11 KIT
ISBN No : 9789673871513
Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Bersambung dimuka surat seterusnya……
28
Buku bertajuk Kitaran Darah Dalam Sistem Tubuh
merupakan salah satu tajuk dalam Siri Eksplorasi Darah yang disusun
oleh Nurul Ain Amirnur Rashid dan mengandungi 9 tajuk. Darah
adalah satu unsur penting dalam tubuh manusia dan pengaliran darah
di dalam tubuh kita menentukan tahap kesihatan kita.Tajuk 1 dalam
buku ini membincangkan tentang Darah iaitu satu tisu unik dan
mempunyai ciri-ciri tertentu serta merupakan satu medium pengangkut
oksigen ke seluruh tubuh kita. Selain itu darah juga memainkan
peranan untuk membekalkan tisu dengan zat,menyingkir bahan kuman
dan mengandungi sistem imunisasi yang bertujuan mempertahankan
diri daripada jangkitan kuman. Dalam darah kita terdapat beberapa
jenis korpuskel yang membentuk 45% sebahagian daripada darah dan
55% yang lain adalah plasma darah iaitu cecair kekuningan yang
membentuk medium cecair darah.
Kumpulan darah adalah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau
ketiadaan bahan-bahan antigen terwaris pada permukaan sel darah
merah. Antigen ini berbentuk protein, karbohidrat dan glikoprotein
tetapi ianya bergantung sistem kumpulan darah. Terdapat juga antigen
ini diperoleh pada permukaan jenis sel lain dan juga pada pelbagai
jenis tisu, sebilangan antigen permukaan sel darah merah ini bersama-
sama membentuk satu sistem kumpulan darah iaitu kumpulan A, B,
AB dan O.
Kupasan selanjutnya tentang kumpulan darah tersebut boleh
dirujuk dalam tajuk ke 2 buku ini. Seterusnya tajuk ke 3 tentang
Sistem ABO, sistem ini merujuk kepada sistem kumpulan darah
terpenting dalam aspek pemindahan darah manusia. Antibodi anti-A
dan anti-B biasanya berupa antibodi
“ Imunoglobulin M” singkatannya IgM, antibodi IgM ABO ini terhasil
pada tahun pertama kehidupan dengan dipekakan kepada bahan-bahan
persekitaran seperti makanan,bakteria dan virus, O dalam ABO
disebut sifar dalam sesetengah bahasa lain.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
29
Kumpulan darah seseorng individu bergantung kepada
allele,di mana setiap individu mempunyai dua allele iaitu satu
daripada bapa dan satu daripada ibu. Allele ini adalah satu bentuk
genetik yang terdapat di dalam DNA kita dan terletak di tempat
yang telah ditetapkan pada kromosom. Justeru itu dalam sistem
ABO terdapat tiga jenis allele iaitu A, B dan O. Tajuk ke 4 pula
membincangkan tentang sistem Rhesus iaitu satu sistem yang
sangat penting selepas sistem ABO. Faktor Rhesus ini merujuk
kepada protein khusus yang ditemui pada permukaan sel darah
merah, di mana darah yang mempunyai protein dikategorikan
sebagai Rh positif manakala darah yang kurang protein disebut Rh
negatif. Antigen Rh+ yang amat penting ialah antigen D kerana
mampu merangsang tindakbalas sistem imun. Sistem Rhesus ini
juga tidak terkecuali menghadapi masalah, oleh itu tajuk ke 5
mengupas Penyelesaian Masalah Rhesus ini dengan cara mengesan
jenis darah ibu dan bapa seseorang individu. Berdasarkan cara ini
jika didapati perbezaan faktor Rh maka ibu boleh diberi Rh
immunoglobulin,suntikan ini boleh mengelakkan darah ibu
bertindak balas terhadap darah bayi dalam kandungannya.
Selain itu dalam tajuk ini turut dibincangkan tentang
tahap antibodi dalam badan seseorang ibu semasa mereka
mengandung kerana jika antibodi mereka kurang maka ianya akan
menimbulkan masalah pada anak yang dikandung. Darah O
Bombay tajuk ke 6, di mana kumpulan darah ini pertama kali
ditemui di Bombay, India oleh Bhender tahun 1952. Darah O
Bombay ini dimiliki oleh individu bergenotin (hh) dan individu ini
tidak dapat menghasilkan antigen A dan B serta tidak berpadanan
untuk O negatif dan positif kerana tidak mempunyai antigen.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
30
Individu berdarah O Bombay hanya boleh menerima
darah O Bombay sahaja, ini adalah disebabkan golongan darah ini
mempunyai genotip yang tidak mampu merembeskan antigen H
pada eritrositnya akibat mutasi fukosiltrasferase enzim yang
diperlukan untuk menghasilkan substansi H. Lymphoma sejenis
kanser darah yang bermula daripada sel sistem imun dipanggil
Lymphocytes, seperti kanser lain lymphocytes terjadi apabila
lymphocytes berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak
terkawal dan berganda. Selain itu lymphocytes adalah sel darah
putih yang mengalir ke seluruh tubuh melalui bendalir yang
dikenali sebagai limfa, kupasan selanjutnya mengenai penyakit
lymphocytes ini boleh dirujuk dalam tajuk ke 7.
Tajuk ke 8 membincangkan tentang Tekanan Darah
Tinggi, darah tinggi atau hipertensi merujuk kepada tahap tekanan
darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara
kronik. Tekanan darah mempunyai dua ukuran dan biasanya
dicatatkan 120/80 mmHg, nombor atas menunjukkan tekanan ke
atas pembuluh arteri manakala nombor bawah menunjukkan
tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman yang
dipanggil tekanan diastolik.
Risiko Darah Pekat tajuk ke 9, darah pekat berpunca
daripada pengambilan makanan yang mengandungi
pengawet,penaik,perisa tambahan,perasa dan pewarna tiruan yang
akan larut dalam darah menjadi toksik.Apabila kandungan air
dalam darah hilang dengan banyak maka kepekatan darah menjadi
semakin meningkat dan menyebabkan sel-sel darah merah melekat
bersama dan menjadi gelap serta lekit yang menghalang pengaliran
darah yang lancar. Darah menjadi pekat dan mengalir dengan
perlahan menyebabkan oksigen serta nutrient tidak dapat
disalurkan ke seluruh badan dengan efektif.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
31
Tajuk buku ini amat bersesuaian dijadikan bahan bacaan serta
rujukan kepada semua lapisan masyarakat kerana banyak
informasi menjelaskan tentang fungsi serta kepentingan datrah
dalam tubuh badan kita dan setiap kupasan tajuk dalam buku ini
mudah difahami.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut
‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
32
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : KISAH MALAM JUMAAT Vol. 4
PENGARANG : Ebriza Aminuddin
PENERBIT : Grup Buku Krangkraf Sdn.Bhd., 2018
MUKASURAT : 162
ACC NUMBER : 0003729035
ISBN NO : 9789674464011
HARGA : RM17.25
JENIS BUKU : Malay Fiction (MTF/EBR)
Bersambung dimuka surat seterusnya……
33
Buku ini mengandungi empat cerita seram yang bakal
menganggu malam Jumaat anda. Terdapat kisah seram KEM
REMAJA (Ebriza Aminnudin), MANGSA (Zaifuzaman Ahmad),
TEKSI (S.Kausari), DORM 403 (Hasrudi Jawawi)
Kisah pertama mengisahkan seorang remaja yang keliru
akan mana yang benar dan palsu.
Kisah kedua pula tentang seorang pemuja iblis yang
menjadikan rumah sewanya sebagai jerangkap pemuas nafsunya.
Kisah mengenai misteri kematian penyewa sebuah rumah dimana
setiap penyewa yang menyewa rumah itu pasti akan berakhir
dengan kematian baik lelaki mahupun perempuan.
Kisah ketiga pula cerita-cerita hantu yang berkaitan
dengan teksi yang dicerita kan oleh dua orang gadis yang tengah
tunggu kawan datang jemput pada waktu malam. Semua cerita
berkisar dengan teksi dan akhirnya mereka juga yang terkena.
Kisah keempat pula tentang misteri sebuah dorm di kem
yang membawa kepada suatu lagi misteri. Kisah pasal empat orang
pelajar sekolah dekat kem bina semangat. Dia orang menginap
dekat Dorm 404 tapi selalu dengar macam-macam bunyi dari dorm
403 terutama pada waktu malam. Sedangkan dorm tersebut tiada
orang tinggal. Budak-budak yang tinggal dorm 402 pun terasa
juga. Apakah misteri yang ada dalam dorm 403.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
34
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut
‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Mobin Mahadin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
35
BOOK REVIEW SABAH STATE LIBRARY COLLECTION KENINGAU BRANCH
Book Title: Hospitality Law- Second Edition
Author : Gan Joo Ee
Publisher: Oxford Fajar SDN BHD, 2017.
Pages: 350
Call No: EAR 343.M07864794 GAN
No. ISBN: 9789834721411
Books: Nonfiction (English), Business,Hospitality And Law
Price : RM34.50
Continued on next page ……
36
The hotel industry, in particular, has been many
challenges. Due to the oversupply of hotels in Kuala Lumpur, the
Federal Teritory has imposed a freeze on approval of hotel licences
until further notice. The calculation of minimum wage in the hotel
industry remains contentious. At the time of writing, Kesatuan
Kebangsaan Pekerja-pekerja Hotel, Bar and Restoran
Semenanjung Malaysia v Crystal Crown Hotel & Resort Sdn Bhd
[2014] 3 ILR 410 was pending appeal at the Court of Appeal.
This book is a paragmatic guide on the legal issues that
commonly affect the hospitality and tourism industry. Written in a
easy-to-read style, the book provides student pursuing hospitality
ant tourism courses with a comprehensive overview of important
legal issues in the industry. For hospitality managers, the book
provides straight foward answers to probable workplace problems.
The book also provides description information on some
key topics. Legal system : A system of law that a country follows.
When we say that Malaysia follows the common-law tradition, it
means that our legal system adopts the English model, where many
laws are not codified into statutes.
Persuasive authority : Cases and other sources of law that
a court may consult in deciding a case, but need not follow in
reaching its decision. By contrast, where a case is of ‘binding
authority’, a court must apply it in reaching its decision.
Oral agreement : An agreement that is entered into
verbally, as opposed to an agreement made in writing.
Instantaneous : Happening or done very quickly, without delay.
Privity of contract: A doctrine that says a contract cannot confer
benefits or impose obligations to persons who are not parties to the
contract. Innocent party : Refers to the party who did not
intentionally become part of a dispute.
Continued on next page …… 37
The Sale of Goods Act 1957 applies only to west Malaysia.
When a person sues another for money or for any other reason, he
has an actionable claim. A ‘chose in action’ is for intangible assets,
such as trademark, patent and copyright. Consumer protection law
: Laws that protect someone who purchases goods or services for
his personel use, as opposed to someone who acquires goods or
services in the ordinary course of business. Right of redress : A
person’s entitlement to compensation or other remedy.
This second edition highlights various development taht
impact on the hospitality and tourism industry. New to this edition
: Updated content to reflect the latest industry developments. End-
of-chapter exercise in all chapters taht are deal for classroom
activity or self-assessment.
To find out more about the book and its contents, please visit
the Sabah State Library Keningau Branch or the nearest Sabah
State Library by visiting the website www.library.sabah.gov.my to
find out the availability of the book.
‘DILIGENT READING CAN INCREASE KNOWLEDGE’
Reviewed by:
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Sabah State Library Keningau Branch
This book is available in the collection of Sabah State Library Keningau Branch
38
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Ternakan Ikan Keli
Pengarang : Nasnan Jajuli
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka
Muka Surat : 102 Muka Surat
No Panggilan : MAN 639.37492 NAS
ISBN No : 978-983-49-1272-7
Harga Buku : Rm21.00
Bersambung dimuka surat seterusnya……
39
Buku yang bertajuk siri keusahawanan tani ternakan ikan
keli tulisan Nasnan Jajuli
sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat khususnya bagi
individu yang berminat dalam bidang keusahawanan ternakan ikan
keli.
Pemeliharaan dan penternakan ikan keli ini sangat
berdaya maju dan mampu bersaing di pentas keusahawanan di
Negara kita Malaysia tercinta.Permintaan yang tinggi,pulangan
yang cepat dan tidak memerlukan ruang yang besar serta kos yang
tinggi menjadikan industri ini menguntungkan sekiranya
diusahakan.
Buku penternakan ikan keli ini mengandungi panduan
yang lengkap mengenai gambaran awal dan maklumat terperinci
berkenaan proses menternak sehinggalah kepada aktiviti
pemasaran.Oleh demikian pembabitan dalam industri ini mampu
meningkatkan taraf ekonomi berikutan hasil pendapatan yang
lumayan melalui dengan ikan keli.Selain itu,menerusi buku ini
penternak turut didedahkan berkenaan tips-tip
pemakanan,penjagaan dan pengurusan.
Dalam pada itu,sektor ternakan ikan keli seharusnya dapat
membuka minda masyarakat dalam menceburkan diri dalam
aktiviti yang memerlukan kos yang sangat rendah tetapi
memberikan hasil yang agak lumayan.Beberapa lampiran dalam
buku ini juga diselitkan beberapa variasi masakan yang
berasaskan ikan keli sebagai perkongsian kepada pembaca ,bakal
usahawan dan usahawan
Bersambung dimuka surat seterusnya……
40
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut
‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Lawrance Angansuk
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
41
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Ayam Kampung
Penulis : Dr Hassan Noor,Amalina Razali
Penerbit : Synergy Media SDB BHD
Muka Surat : 208 Muka Surat
No Panggilan : MAN 745.5944 ABI
ISBN No : 978-967-444-502-7
Harga Buku : Rm41.65
Bersambung dimuka surat seterusnya……
42
Buku projek agro preneur bertajuk Ayam Kampung
sangat sesuai dibaca oleh seluruh lapisan masyarakat apatah
lagi kepada individu yang bakal-bakal menjadi usahawan
yang berjaya.
Aktiviti penternakan ayam kampung telah
dikomersialkan dengan cara moden yang melibatkan
pelaburan besar serta bertaraf industri.Memahami sifat
fenotip,ciri spesifik dan gen melalui ayam kampung
bahagian luar dan dalam penting untuk kemajuan ternakan
terutama dalam proses pembiakan serta mengetahui habitat
yang sesuai dan tingkahlaku semulajadi sehinggalah kepada
pelarasan keperluan nutrien ayam.
Menerusi buku ini dipaparkan pelbagai teknik-teknik
asas cara yang betul menternak ayam kampung dengan
proses yang perlu diketahui secara terperinci. Pengurusan
kesihatan sehinggalah kepada vaksinasi bagi mengelak
wabak penyakit diberikan juga turut dikongsikan.
Buku ini mengispirasikan kepada masyarakat cetusan
idea yang baharu dalam penternakan ayam kampung yang
mampu menghadirkan pendapat lumayan disamping pengisi
waktu yang terluang namun boleh menjana pendapatan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
43
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku
tersebut
‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’
Diulas oleh,
Lawrance Angansuk
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
44
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Haruman Bunga
Penulis : Zahirul Danial
Penerbit : Penerbit Sinar Cemerlang
Mukasurat : 52
No Panggilan : MTN 615.321 ZAH
ISBN No : 9789670593708
Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Bersambung dimuka surat seterusnya……
45
Haruman Bunga salah satu tajuk yang terdapat dalam siri
khazanah sumber tumbuh – tumbuhan hasil tulisan Zahirul Danial
yang akan memberi kupasan ringkas berkenaan dengan khasiat dan
kegunaan yang terdapat pada 30 jenis tumbuhan bunga. Selain
daripada kelihatan cantik bunga juga kaya dengan hormon
tanaman, ini terbukti apabila bunga digunakan di seluruh dunia
dalam perubatan moden dan tradisional. Didapati bunga digunakan
sebagai penambah cairan biasanya teh bunga atau buah, selain itu
bunga digunakan sebagai ubat salap untuk kulit serta sebagai
aroma terapi untuk pelbagai jenis penyakit. Bunga Corong atau
nama lain dikenali sebagai bunga kuning dan nama saintifik
Allamanda Cathartica, bunga ini mempunyai ketinggian sehingga 6
meter, mempunyai daun tunggal serta tebal bertangkai pendek dan
bunga berwarna kuning. Jenis bunga ini biasanya digunakan untuk
mengubati bisul dan kurap serta malaria, selain itu getah pokok
bunga ini yang beracun boleh membunuh jentik-jentik yang
bertakung di dalam air.
Bunga Kertas yang mendapat nama disebabkan bunganya
yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Batang pokok
bunga ini besar, tergolong dalam spesies memanjat dan berduri
serta daun yang bercabang. Jenis bunga ini dijadikan bahan dalam
perubatan tradisional seperti membantu kaum wanita
menghilangkan keputihan dan membetulkan kitaran darah haid.
Bunga Matahari atau nama saintifik Helianthus annuus, bunga ini
mendapat namanya kerana bunganya akan berpaling mengikut arah
matahari. Jenis bunga ini mempunyai ketinggian sehingga 15 kaki
dengan bunga bersaiz besar dan terdapat khasiat tersendiri
diperoleh pada bunga,akar,daun serta biji, contohnya salah satu
khasiat yang terdapat pada bunga bunga matahari ini ialah dapat
menurunkan tekanan darah dan gastrik.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
46
Bunga Tahi Ayam atau nama saintifik Lantana Camara,
bunga ini merupakan tumbuhan bunga renek berketinggian enam
kaki, daun dan batang dilitupi rerambut halus. Khasiat ekstrak yang
terdapat pada bunga ini boleh dijadikan ubat
kanser,campak,asma,luka,bengkok serta tekanan darah tinggi. Bunga
Cempaka memiliki ciri-ciri seperti pokok berkayu dengan ketinggian
30 meter, bunga berwarna putih, kuning dan merah. Terdapat
beberapa khasiat yang ada pada daun dan bunga di antaranya
mengubati bisul, radang tekak, gonorea dan demam selesema.Bunga
Cempaka Telur, nama saintifik Michelia Pumila mempunyai pokok
batang berkayu, membiak melalui biji benih dan mempunyai bau
yang sangat wangi. Khasiat yang ada pada bunga ini ialah dapat
mengubati batuk berkahak,keputihan,insomnia serta kecederaan
traumatik.Seterusnya Bunga kecubung atau nama saintifik Datura
Metet Linn, bercirikan pokok yang renek serta bercabang, bunga
berbentuk serombong besar dan mempunyai buah berwarna coklat.
Daun bunga kecubung ini digunakan untuk merawat asma,resdung
dan reumatik.
Nama saintifik disebut Impatiens Balsamina Linn atau
nama lain disebut Bunga Keembung. Pokok bunga keembung ini
tegak bercabang dan berukuran diantara 50 – 80cm, pokok bunga ini
juga lembut serta berair, manakala bunga berbentuk tunggal panjang
dan mempunyai warna seperti merah, jingga, putih dan merah
jambu. Kegunaan bunga ini diantaranya membantu mengurangkan
sakit bisul dan sakit sendi. Bunga Kembang Kertas dalam istilah
saintifik dikenali juga sebagai Zinnis Elegans Jacq, mempunyai
pokok berketinggian 50cm,kelopak bunga berbentuk seperti sayap
serta berdaun hijau tua. Batang dan daun bunga ini digunakan untuk
merawat bisul dan mengurangkan bengkak puting payu darah serta
merawat kencing bernanah.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
47
Bunga Kemboja diantara ciri – ciri bunga ini ialah
mempunyai pokok tumbuh tegak dan banyak cabang, tinggi 7 – 8
meter, batang pokok berwarna coklat kelabu. Khasiat bunga
kemboja ini adalah menyejukkan badan, sebagai antibiotik dan
mengubat kaki bengkak. Bunga Kemunting yang tumbuh renek
dengan ketinggian 2 meter , batang muda yang mempunyai bulu-
bulu pendek yang halus dan padat dan bunga berwarna merah
jambu. Khasiat yang terdapat pada bunga ini adalah seperti
penawar muntah darah bagi masyarakat kadazandusun, melegakan
sakit perut dan merawat keputihan kepada wanita. Bunga
Kemunting Cina mempunyai batang pokok berkayu dengan
ketinggian sehingga 60 cm, bunga ini digunakan untuk merawat
penyakit leukemia dan kencing manis. Bunga Kenanga yang
mempunyai pokok berbatang kayu dengan ketinggian antara 5 - 20
meter dan diameter batangnya 0.1 - 0.7 meter, diantara kegunaan
bunga ini ialah diguna dalam perubatan aroma terapi, dapat
melegakan kekejangan dan menurunkan tekanan darah. Bunga Lili
Putih atau nama lain bunga bawang mempunyai pokok ketinggian
antara 60 - 180cm dan mempunyai bunga besar pelbagai warna.
Khasiat serta kegunaan yang terdapat pada bunga ini ialah
dapat menghilangkan luka kulit, menghalang pertumbuhan kanser
dan membantu kelembapan kulit. Seterusnya bunga Lili Sayur
Kuning tumbuh dalam bentuk rumpun padat setinggi 60cm,
berdaun panjang,nipis dan tirus. Akar dan Bunga mempunyai
khasiat tersendiri iaitu khasiat akar bunga ini membantu
meredakan bengkak payudara, melawaskan buang air kecil
manakala bahagian bunga juga dapat membantu merawat
barah,tumor, demam panas dan penyakit kulit.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
48
Bunga Mawar atau lebih dikenali bunga ros mempunyai
pokok berperdu tegak, berbatang bulat, berduri serta bersilang
silang, daun bergerigi tajam di hujung dan tumbuh secara majmuk.
Bunga ini biasanya digunakan untuk menghilangkan keputihan,
melancarkan kitaran haid dan juga berkhasiat mengurangkan
bengkak. Bunga Melur atau nama lain bunga melati mempunyai
pokok yang tinggi iaitu diantara 2 - 3 meter, daun berwarna hijau
pekat. Kegunaan bunga ini boleh membantu pengaliran susu ibu,
melegakan sengatan lebah dan merawat sesak nafas. Bunga Musa
Indah yang tumbuh secara rimbun dan mempunyai banyak cabang,
daun bertangkai pendek dan bunga berbentuk seperti jantung.
Bunga ini dapat membantu membersihkan darah dan melancarkan
peredaran darah. Bunga Pakma atau lebih dikenali bunga rafflesia,
disebut pokok parasit tidak berdaun, tidak berwarna dan bunga
boleh mengembang selebar 45cm, bunga ini dikeringkan untuk
dijadikan ubat herba. Bunga Ros Jepun berdaun hijau dan
mempunyai pelbagai warna, boleh digunakan untuk merawat luka
yang ringan. Bunga Siantan mempunyai pokok renek dan tegak
dengan ketinggian 1.2 -2 meter dan berwarna coklat kehitaman.
Terdapat pelbagai khasiat dan kegunaan bunga ini
diantaranya ialah menghilang rasa sakit, mengecilkan pembekuan
darah dan mengubati masalah batuk. Bunga Senduduk dengan
ketinggian 1 - 3 meter, batang berwarna kemerahan, bunga
mempunyai lima kelopak. Bunga ini digunakan sebagai air
mandian untuk mengembalikan kecerdasan badan dan digunakan
juga menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.Senduduk
Putih, bunga berpokok renek berketinggian 1 - 1.5 meter, daun
berbentuk ringkas. Salah satu kegunaan bunga ini adalah
mengubati batuk lama, mengubati kanak-kanak yang mempunyai
masalah pertuturan dan juga boleh diguna merawat cirit-birit.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
49
Bunga Senna Mekah, sejenis bunga juga mempunyai
pokok yang renek dengan ketinggian satu meter serta daun
tersusun secara berpasangan, Bunga ini boleh digunakan sebagai
pelawas. Stevia sejenis bunga mempunyai ketinggian sehingga 1
meter, berbatang lembut dan berdaun bujur. Diantara khasiat yang
terdapat pada bunga stevia ini adalah membantu melawaskan
kencing, merawat luka terbakar dan menstabilkan tekanan darah.
Bunga Susun Kelapa, juga sejenis bunga berpokok renek dan
ketinggian antara satu hingga 2.5 meter dan bunga berwarna putih.
Akar pada bunga ini boleh digunakan untuk mengubati sakit mata
serta penyakit berkaitan darah. Bunga Tanjung memiliki pokok
bersaiz sederhana besar dan rending, daun bewarna hijau tua dan
bunga berwarna krim. Kegunaan bunga ini diantaranya dijadikan
air mandian untuk merawat ruam bernanah, selain itu bunga ini
juga dapat menghilangkan nafas berbau. Bunga Telang tumbuh
dengan melilit, berketinggian sehingga 3 -4 meter, daun berbentuk
ringkas dan bunga keluar dari ketiak daun berwarna biru. Bunga
ini digunakan mencuci mata yang merah manakala daun bunga ini
boleh diguna untuk merawat bisul. Bunga Teratai yang mempunyai
pokok berketinggian sehingga 19 kaki bergantung kedalaman paya
dan memiliki bunga pelbagai warna. Kegunaan serta khasiat
bunga ini antaranya adalah seperti dapat menyejukkan badan,
merawat cirit-birit,pening dan boleh digunakan juga untuk
mengatasi insomnia.
Tuntasnya buku ini amat bersesuaian dijadikan bahan
bacaan kepada semua lapisan masyarakat kerana banyak informasi
boleh diperoleh dari buku ini berkenaan dengan kegunaan dan
khasiat yang terdapat pada bunga - bunga di sekitar kita sama ada
kita sedar atau tanpa kita sedari, malah setiap kupasan tajuk dalam
buku ini mudah difahami.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
50