The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dikendalikan oleh :
Kakitangan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-09-02 04:52:05

Kompilasi Ulasan Buku Ogos 2021 Perpustakaan Cawangan Keningau

Dikendalikan oleh :
Kakitangan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Keywords: Kesihatan,Pendidikan,Perniagaan,Sejarah,Sabah,Etnik,Pemakanan,Resepi,Tumbuhan,Penternakan,Ikan,Ayam,Cinta,Novel,Kanak-kanak,Cerita,Bukan Fiksyen,Fiksyen,Motivasi,Kajian

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

51

51

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Kek Mini dan Mufin
Siri : Resepi Terbaik Lagi Mudah
Penulis : Nurul Mardhiah Shamsudin

Ilustrasi: -
Penerbit : Qaff Publications
No Panggilan : MAN 641. 8653 KEK

Muka Surat : 54
ISBN No: 978-967-5490-25-5

Harga : RM 6.40

Bersambung dimuka surat seterusnya……

52

Buku yang bertajuk Kek Mini dan Mufin ini merupakan
sebuah buku yang amat sesuai bagi para peminat masakan dan
kulinari dalam menyediakan hidangan sampingan atau pencuci
mulut. Buku yang ditulis oleh Nurul Mardhiah Shamsudin ini
mempunyai 54 halaman muka surat dan merupakan salat satu Siri
Resepi Terbaik Lagi Mudah. Penyampaiannya yang jelas dan
mudah difahami mengenai resepi- resepi, disertakan dengan ‘step
by step’ sangat menarik untuk dicuba.

Siapa yang tidak menyukai pencuci mulut? Merupakan
sebuah sajian manisan yang dinikmati selepas hidangan utama
yang biasanya terdiri daripada makanan dan minuman manis.
Selain dijamu selepas hidangan utama, pencuci mulut atau manisan
ini juga boleh dihidangkan untuk minum petang, hidangan hujung
minggu mahupun jamuan. Istilah “pencuci mulut” boleh digunakan
untuk banyak manisan seperti kek, tart,ais krim, pai , pudding atau
kek cawan. Maka dapat dirujuk melalui buku ini yang
membincangkan kek mini dan mufin akan dapat membantu anda
untuk mempelajari lebih dalam mengenai penyediaan pencuci
mulut yang terdiri daripada kek.

Pelbagai bentuk hidangan yang dikongsikan di dalam
buku ini termasuk juga dengan hidangannya yang digandingkan
dengan manisan seperti coklat, buah-buahan, tapai ubi dan banyak
lagi. Semestinya enak! Semua resepi yang disediakan sudah pun
diuji dan hasilnya amatlah memuaskan terutama sekali kepada para
penggemar manisan atau pencuci mulut. Di dalam buku ini,
terdapat 25 resepi enak yang dikongsikan untuk dicuba dan tidak
rugi mendapatkan buku ini kerana ia disertakan langkah demi
langkah.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

53

Antara resepi hidangan yang dikongsikan adalah seperti kek span

buah-buahan, emping- emping coklat,bebola coklat manis, kek chiffon

mini coklat, mufin kapucino, mufin nanas, mufin tapai ubi dan banyak

lagi. Melalui namanya sudah pun kedengaran sedap, apatah lagi jika

benar- benar dapat mencuba salah satu daripada makanan ini. Siapa

tahu? Mungkin salah satu daripadanya akan menjadi kegemaran anda

dan keluarga.

Kesemua resipi dalam buku ini ada disertakan dengan gambar

dan langkah demi langkah yang memudahkan dan membawa kepada

anda untuk merasai pengalaman yang menyeronokkan sepanjang

penyediaan makanan ini dengan air tangan sendiri di rumah. Resepi

serta bahan- bahan yang digunakan juga amat mudah dan semestinya

mudah didapati di kedai runcit mahupun pasaraya. Semoga buku ini

dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba !

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan

Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan

melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk

mengetahui ketersediaan buku tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Jimmy Andrew
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

54

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Kontrak Dalam Sektor Pembinaan
Penulis : Aminah Md Yusof

Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Muka surat : 163 muka surat

No.Pengenalan : MAN 692.8 AMI
No. Isbn : 978-983-46-1394-5

Kategori Buku : Buku Bukan Fiksyen ( Dewasa ) Bahasa Malaysia

Bersambung dimuka surat seterusnya……

55

Kontrak Pembinaan adalah kontrak yang begitu kompleks
kerana ianya melibatkan banyak pihak di pelbagai peringkat.Sering
berlaku masalah pertelingkahaan di antara pihak – pihak tertentu
yang disebabkan oleh ketidakpuasaan hati dalam hal-hal yang
berkaitan dengan pemilikkan kontrak.Masalah-masalah seperti
inilah yang menyebabkan perjalanan kerja-kerja pembinaan projek
terganggu dan memberi kesan kepada penyiapan sesuatu
projek.Buku ini ada menyediakan maklumat mengenai konsep asas
kontrak dan kontrak pembinaan.Perbincangan dalam buku ini lebih
tertumpu kepada tender dan kontrak sector awam.Tatacara
pengurusan kontrak swasta dan kontrak sector awam adalah
berbeza serta menggunakan dokumen yang berlainan.Contohnya
borang PAM,IEM dan CIDB digunakan dalam kontrak swasta.
Manakala dalam sector awam ,borang JKR203A yang digunakan.

Buku yang diterbitkan pada tahun 2017 ini mengandungi
enam bab utama akan dibincangkan. Dalam setiap bab utama buku
ini terdapat pecahan-pecahan tajuk kecil yang turut akan
dibincangkan. Dalam bab satu ,beberapa perkara penting mengenai
industry pembinaan seperti prinsip asas dan konsep kontrak akan
dikupas. Contohnya proses pembangunan bagi sesuatu projek akan
berjalan dengan teratur dan terperinci sekiranya pihak yang
memperolehi projek tersebut dapat menyediakan perspektif
perkembangan semasa dalam menjalankan kerja-kerja pembinaan
projek tersebut. Dalam bab satu juga akan membincangkan
hubungan diantara pihak-pihak yang terlibat dalam projek
pembinaan tersebut. Bab dua pula akan membincangkan perkara
berkenaan prinsip kontrak dan kepentingan kontrak dalam projek
pembinaan. Dalam bab dua juga akan membincangkan perkara
berkenaan proses-proses yang perlu dilalui sebelum pembentukkan
dokumen kontrak pembinaan projek dibuat dan dikeluarkan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

56

Bab tiga akan mengupas dan membincangkan secara
terperinci tentang proses tender sebelum dan semasa menjalankan
projek pembinaan. Dalam bab ini juga akan dibincangkan perkara
berkenaan perolehan tender dan pengenalan konsep tender. Selain
itu, dalam bab ini juga akan mengupas dengan mendalam
berkenaan bagaimana tatacara perolehan perbendaharaan
berdasarkan surat pekeliling perbendaharaan. Dokumen perolehan
perbendaharaan ini hanya untuk projek-projek kerajaan.Dokumen
ini merupakan dokumen rasmi yang berkaitan dengan system
perolehan tender dan system perolehan projek. Bab ini juga akan
mengupas bagaimana prosedur proses menender bermula dari
penyediaan dokumen tender, penilaian tender dan pemilihan
kontraktor bagi sesuatu projek. Bab empat buku ini juga akan
mengupas dan membincangkan perkara-perkara berkenaan dengan
jenis-jenis dan kaedah tender berserta dengan cara prosedur untuk
sesuatu projek yang akan dijalankan. Sementara itu, kaedah yang
akandibincangkan dalam bab ini hanya merangkumi kaedah-
kaedah yang lazim digunakan dalam industri pembinaan.

Kaedah tender adalah seperti pertandingan, perundingan
dan hybrid.Manakala jenis-jenis tender adalah seperti tender
terbuka, tender terhad, tender terpilih, tender prakelayakaan dan
tender perundingan. Pemakaian tender- tender ini tertakluk kepada
jenis projek, peraturan projek, keperluan projek dan keperluan
pihak yang menjalankan projek tersebut.Sementara itu, dokumen
kontrak pembinaan yang digunakan secara lazimnya dalam
mejalankan sesuatu projek pembinaan juga akan dikupas dan
dibincangkan dalam bab ini. Penjelasan lebih lanjut berkenaan
perkara beberapa perkara penting dalam pengurusan kontrak di
Malaysia juga akan dibincang dalam bab lima ini.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

57

Penulis juga akan mengulas dengan lebih jelas mengenai
beberapa jenis kontrak yang kerap digunakan, perbezaan secara
teori untuk sesuatu kontrak dan perbezaan kontrak secara praktis.
Kontrak yang berasaskan pembayaran seperti kontrak harga tetap,
bayaran gantirugi kos dan dengan kaedah kos sasaran juga akan
dibincangkan dalam bab lima.

Bab enam akan mengupas dan membincangkan perkara-
perkara yang berkaitan dengan urusan-urusan pentadbiran kontrak
yang digunakan semasa menjalankan kerja pembinaan bgi sesuatu
projek kerajaan. Perbincangan mengenai urusan pentadbiran
kontrak dalam bab ini lebih member penekanan kepada beberapa
perkara penting seperti bidang kuasa pegawai penguasa,
tanggungjawab pengesanan projek dan tugas pegawai penguasa
untuk memantau kerja-kerja pembinaan projek sebelum,semasa
dan sehingga selesai projek tersebut. Kontrak-kontrak yang
sedang dalam pembinaan perlu diurus tadbir dengan baik bagi
melancarkan perjalanan kerja-kerja pembinaan projek dan juga
untuk mengelakkan timbul masalah atau kesulitan kepada pihak-
pihak yang terlibat dalam projek tersebut.

.Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap
mana-mana pihak yang menimbulkan masalah dan menyebabkan
pembinaan projek tergendala.Selain itu, tindakan undang – undang
juga boleh dikenakan terhadap pihak kontraktor sekiranya projek
tersebut tidak menepati piawian dan gagal menyiapkan projek
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.Banyak lagi informasi
kupasan dan perbincangan berkenaan perkara-perkara berkaitan
dengan kontrak dalam sector pembinaan boleh diperolehi dalam
setiap bab buku ini.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

58

Maklumat dan informasi yang terdapat dalam buku ini
berkenaan dengan kontrak amat penting untuk diketahui dan
dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja. Buku ini juga ada
menyenaraikan contoh-contoh senarai rajah dan senarai jadual
untuk mana-mana perkara yang dibincangkan memerlukan
petunjuk bagi memudahkan maklumat dan informasi difahami.

Dengan adanya terbitan buku ini, penulis berharap agar

maklumat dan informasi yang terdapat dalam buku ini dapat

memberi manfaat dan menambah pengetahuan kepada sesiapa

sahaja.Buku ini juga sesuai dijadikan bahan rujukan kepada

sesiapa sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

59

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

59

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : KAEDAH PENYELIDIKAN SAINTIFIK
Pengarang : Mohd.Yusof Hj.Othman
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Bil.Mukasurat : 234
No.ISBN : 978-983-49-0475-3
No.Panggilan : MAN 361.007 KAE
Harga : RM 19.60

Bersambung dimuka surat seterusnya……

60

Buku ini menerangkan hal yang berhubung dengan aktiviti
penyelidikan kepada aktiviti pembangunan yang dilaksanakan dalam
sektor kehidupan,aktiviti pembangunan tidak mungkin dapat
dijalankan tanpa aktiviti penyelidikan yang dilakukan dengan
bersungguh-sungguh.Buku ini mengandungi 7 bab , 5 senarai rajah
dan 6 senarai jadual.

Buku ini ialah kompilasi tujuh artikel yang membincangkan
kaedah penyelidikan saintifik. Artikel pertama menghuraikan konsep
dan falsafah penyelidikan sains. Artikel kedua menjelaskan panduan
membaca makalah jurnal. Seterusnya, artikel ketiga memfokuskan
penulisan manuskrip untuk jurnal sains. Artikel berikutnya
membincangkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
perlu diketahui oleh pelajar siswazah ketika bekerja di dalam makmal
penyelidikan sains. Selain itu, buku ini membincangkan peranan
pelajar siswazah dalam bidang penyelidikan sains dasn teknologi ke
arah memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju seiring
dengan perkembangan sains dan teknologi menjelang tahun 2020.
Turut dihuraikan dengan terperinci lipatan penting pelajar dalam
menyediakan usulan penyelidikan dan laporan hasil penyelidikan.
Artikel terakhir membincangkan dengan terperinci etika dalam
penyelidikan sains.

Buku ini juga dapat memberikan manafaat kepada pembaca
dan membantu kepada pelajar yang menjalankan penyelidikan
memahami selok - belok dan tuntutan mengapa penyelidikan
dijalankan dengan baik dan sempurna dan bagaimana kaedah
pengurusan penyelidikan mereka dapat dilaksanakan,Buku ini juga
boleh menjadi panduan dan banyak manfaat kepada para pensyarah
yang menyelia seseorang pelajar siswazah dalam usaha menghasilkan
golongan pakar yang berwibawa dan keterampilan untuk
pembangunan Negara dan juga disiplin ilmu sains dan teknologi yang
dimiliki oleh mereka.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

61

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

62Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

62

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : Pendidikan Disleksia
Penulis : Zainal Kassan / Suhaila Abdullah

Penerbit : Sasbadi Sdn.Bhd
Bil.Mukasurat : 275

No.ISBN : 978-983-59-7866-1
No.Panggilan : MAN 371.9144 ZAI

Harga : RM 22.10

Bersambung dimuka surat seterusnya……

63

Buku Pendidikan Disleksia sebuah buku yang
menerangkan mDefinisi Pendidikan Disleksia iaitu DISLEKSIA
bermaksud kesukaran belajar berbahasa ,ketidakseimbangan dan
kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan
bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat( kesukaran
meniru tulisan pada papantulis atau buku.

Topik-topik yang terkandung dalam buku ini dibahagikan
kepada enam bahagian utama, iaitu Pendidikan Pemulihan
(Disleksia), Guru Permulaan dan Murid Disleksia, Masalah
Pembelajaran Murid Disleksia, Pentaksiran dan Penilaian Murid
Disleksia, Kaedah Pengajaran, dan Pengurusan Program Disleksia
dan mengandungi 15 bab kesluruhannya.Bab 1 Pengenalan
Pendidikan Disleksia,Bab 2 Disleksia bukan penyakit,Bab 3
perbezaanserta perkataan antara Disleksia,Disgrafia dan
Diskalkulia,Bab 4 Guru Permulaan sekolah rendah , Bab 5 Murid
Disleksia sekolah rendah,Bab 6 Masalah utama murid disleksia,
Bab 7 Masalah Bahasa dan komunikasi kanak-kanak Disleksia,
Bab 8 Kepentingan pentaksiran dan penilaian, Bab 9 Ujian –ujian
pengesanan Disleksia,Bab 10 Kaedah pengajaran Bahasa, Bab 11
Masalah dalam Matematik dan kaedah Pengajaran, Bab 12,
Kaedah mengingati/Pemprosesan Maklumat,Bab 13 Langkah-
Langkah Pengurusan, Bab 14 Aspek Pengurusan Program dan bab
15 Pengurusan Tingkah laku murid-murid Disleksia Selain itu
aspek menangani disiplin dan pengurusan tingkah laku murid-
murid disleksia juga dibincangkan dalam buku ini.

Buku ini sesuai dijadikan sebagai membantu para pelajar
yang mengikuti kursus program ijazah sarjana muda perguruan
memahami secara umum program Pendidikan Disleksia di
Malaysia dankandungan subjek Pendidikan Disleksia khasnya.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

64

Buku ini juga sesuai dijadikan panduan umum khalayak

pembaca bagi bacaan dan rujukan yang mempu memberi

perspektif jelas memahami secara jelas masalah pembelajaran

kanak-kanak disleksia serta cara menanganinya melalui

pendekatan strategi, kaedah dan teknik yang sesuai mengikut aras

dan keupayaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran spesifik

disleksia ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

65Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
65

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : Wacana SENI VISUAL Antara ASPIRASI
dengan EKSPRESI

Penulis : Mohamad Noor Othman
Penerbit : Dewab Bahasa dan Pustaka

Bil.Mukasurat : 234
No.ISBN : 978-983-46-1685-4
No.Panggilan : MAN 701.18 MUH

Harga : RM 48.75

Bersambung dimuka surat seterusnya……

66

Buku ini mengandungi yang menjurus kepada aspirasi
seni yang menampilkan 21 topik di sebalik tokoh,rintangan dan
karya.Diselitkan juga untuk menarik minat pembaca untuk
menghayati komunikasi visual sebagai aspirasi idealisme, yang
nyata ramai peminat dan menanti perkembangan seni visual yang
mencabar. Antara isu yang menarik dalam buku ini termasuklah
menyentuh aspirasi sejarah catan figurative sebagai suatu semangat
kesejagatan. Aspirasi ini meliputi kupasan isu-isu kebudayaan,
politik, sejarah, ekonomi dan kritikan sosial. Kesesuaian figura dan
tema dalam aspirasi catan figurative,komentar sosial di sebalik
apa-apa yang dilukiskan ada pertalian elemen persekitaran. Gaya
dan pengaruhnya membantu dari sudut ketamadunan manusia
kearah semangat kesejagatan yang ditunjukan dalam kegiatan
berkarya.dalam buku ini juga mengandungi 4 bahagian dan 21 bab
serta 21 juga gambarajah.Bahagian 1 Konsep, idea dan makna
dalam pernyataan seni visual yang mengandungi 6 bab, Bahagian 2
Seni dan seniman yang mengandungi 7 bab ,Bahagian 3 Aspirasi
seni visual Malaysia yang mengandungi 4 bab dan bahagian 4 Seni
suatu kesinambungan mengandungi 4 bab.

Buku ini menarik kerana mengandungi ilustrasi foto yang
merangsang minda pembaca dalam memahami karya seni yang
dihasilkan oleh pelbagai elemen di dalamnya. Buku ini dapat
membantu pembaca untuk menghayati komunikasi visual sebagai
aspirasi idealisme.

Melalui buku ini juga penulis berharap semangat aspirasi
dalam kalangan karyawan seni tidak luntur,manakala khalayak seni
sebagai masyarakat yang celik seni terus menyokong supaya
aspirasi seni tidak terpadam.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

67

Kesimpulannya, buku ini padat dengan huraian fakta seni

visual dan perbincangan daripada penulis. Buku ini amat sesuai

kepada pelajar yang minat dalam bidang seni untuk mengukuhkan

pemahaman mereka, dalam memahami konsep seni visual ini.

Buku ini juga sesuai dijadikan bahan rujukan untuk pelajar IPTA

dan IPTS.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

68Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
68

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : Wacana SENI VISUAL
Penulis : Mohamad Noor Othman
Penerbit : Dewab Bahasa dan Pustaka

Bil.Mukasurat : 171
No.ISBN : 978-983-49-0347-3
No.Panggilan : MAN 701.18 MUH

Harga : RM 34.00

Bersambung dimuka surat seterusnya……

69

Buku ini adalah buku yang diterbitkan sebagai buku untuk
membawa para pembaca dalam memahami seni visual.Skop
pemahaman ini memberikan pengetahuan seni dari pelbagai
sudut.Bukan sekadar mengetahui nilai sesuatu karya seni, malah
pengisiannya yang mencetuskan maksud dan tujuan sesuatu karya itu
dihasilkan.Disebalik pengisian tersebut timbul masalah-masalah
teknikal,pengolahan idea,pengusaan medium dan konsep falsafah
keindahan yang didukung oleh kumpulan seni yang patut diketahui
umum supaya wacana seni visual dapat dibincangkan dari pelbagai
sudut.Perkembangan seni ditandai oleh pelbagai peristiwa dan cerita
yang didokumentasikan oleh sejarahwan dan pengkritik seni.Seni
visual tidak terkecuali dalam hal ini ,khususnya dalam
perkembangannya yang dekat dengan kehidupan,budaya dan
ketamadunan manusia.

Buku ini juga membuka ruang perbincangan berkaitan
dengan seni visual yang meliputi wacana berkaitan dengan
gaya,identity,pengaruh manifestasi seni,tapisan moral,eksperimen
artistic dan hubungannya bersama-sama audiens. Segalanya
ditempuhsebagai cabaran dan mencetuskan isu-isu yang berlegar di
sekitar perkembangannya.Tuang seni visual itu berlegar berasaskan
zaman,nilai estitik.teori sejarah,cabaran dan pengalamandi sebalik
kehidupan seniman,karya dan masyarakat di sekelilingnya.Buku ini
juga mengambil pendekatan untuk membuat seni itu hidup dan dapat
difahami. Bahasa yang digunakan mudah difahami bersama-sama
gambar dan diagramyang dapat membantu menjelaskan maksud seni
dan apa-apa yang ditafsirkan disebaliknya.beberapa keterangan
sebagai kapsyen disediakan untuk menambah perbincangan teks
dengan memberikan maklumat yang berkaitan tentang sesuatu karya,

Maklumat tersebut membantu memperdalamkan pemahaman
hasil sesuatu karya.Sesuatu yang unik tentang buku ini membolehkan
pembaca untuk membaca melalui kesinambungan fakta dan teks
kandungan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

70

Pembacaan pada bahagian tengah akan berkait dengan

penghujahan pada awal bab,secara keseluruhan nya pembaca akan

mengikutinya dengan teliti dan berkeyakinan cara ini dapat

meningkatkan pembacaan yang dilakukan naik,turun dan berpatah

balik.Buku ini dapat dimanfaatkan terutama oleh pengamal seni

visual.pendidik seni visual,pelajar institusi pengajian tinggi,pelajar

sekolah menegah atas dan pencinta seni.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Benedict Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

71

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : POHON/ JEMAAH SERAM
PENGARANG : -

PENERBIT : Cheras, Selangor: KarnaDya Publishing Sdn.Bhd
MUKASURAT : 233

ACC NUMBER : 0003745536
ISBN NO : 9789674062873
HARGA : RM17.25

JENIS BUKU : Malay Fiction (ETF/KAT), Cerita Seram

Bersambung dimuka surat seterusnya……

72

Himpunan 11 cerpen seram yang bertemakan pohon/pokok.
Yang dihasilkan oleh 9 penulis berbeza. Cerita adalah ringkas dan padat
serta ada pengajaran. Ringkasan cerita adalah seperti berikut;

1. Puaka Beringin - Illya Abdullah
Kisah mengenai Hadif yang menyewa banglo berdekatan dengan pohon

beringin. Namun pada akhir cerita, timbul satu persoalan yang
membuatkan kita berfikir sejenak.

2. Harum Bakawali - Suhana Mat Lazim
Cerita mengenai Khir yang menjaga pokok bunga Bakawali dan ingin

melihat proses pengembangannya yang berlaku pada jam 12 malam.
Tetapi berlaku satu peristiwa ganjil, yang dia dapat merasakan ada
seseorang berada berdekatan dengannya dan dengan bau yang sangat
wangi.

3. Pokok Durian Berdarah - Asraf Shaari
Mengenai empat sekawan yang bermalam di kebun durian dan

mengenai cerita bagaimana askar Jepun memancung kepala mangsa
sehingga digantung di atas pokok durian.

4. Pokok - Ella Affandy
Kawan Falissa, Rose mendakwa bahawa dia sedang bermain dengan

seorang kawan namun tidak kelihatan langsung susuk tubuh yang
ditunjukkan berada berdekatan dengan pokok tempat mereka sedang
beriadah. Siapakah rakan imaginasi Rose itu..

5. Lambaian Ara - Nurhan Yusof
Cerita mengenai Alia bersama suaminya pulang ke rumah

mentuanya dan layanan yang diberikan ahli keluarga agak dingin.
Kemunculan wanita berkebaya hijau menyebabkan Alia diselubungi
ketakutan pada waktu malam.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

73

6. Misteri Pokok Ubi Kayu - Acik Zaza
Yusri serta rakan-rakanya yang bersekolah di tempat baru

menghadapi gangguan bermula daripada kelibat berambut panjang
yang menutup lampu sehinggalah peristiwa diganggu sewaktu ingin
menjamu selera di dapur asrama mereka. Pada satu malam mereka
ditakutkan dengan kemunculan pokok yang sangat besar.

7. Patin Tempoyak Daun Cemumur - Balqis Jaz
Cerita mengenai Ngah Halim yang diganggu oleh makhluk yang

amat mengerikan dan juga penyakit gatal-gatal yang dipercayai
berpunca daripada perbuatan Mak Lang Saodah. Disebabkan itu, dia
meminta bantuan Dukun Mentabang untuk mengubatinya.

8. Jantung - Alissa Alee
Maria yang sedang mengandung mengidam untuk memakan jantung

pisang. Suaminya, Johan pula masuk ke sebuah kebun dan mengambil
jantung pisang itu tanpa kebenaran lalu dia dan isterinya diganggu
dengan kelibat pocong. Ada rahsia misteri mengenai pemilik kebun
tersebut.

9. Teksi Terakhir - Zaif AB (Zaifuzaman Ahmad)
Cerita mengenai Sam yang hendak bercuti di kampung halaman

sahabatnya mengalami peristiwa yang menakutkan. Pada malam itu
dia menaiki sebuah teksi untuk ke destinasi disebabkan tiada lagi
kenderaan lain pada waktu itu. Mereka dikejar oleh satu cahaya yang
dipercayai jembalang.

10. Sakat - Zaif AB (Zaifuzaman Ahmad)
Hafizul yang pulang daripada memancing membawa balik pokok

yang dinamakan sakat. Ketika saat itulah , isteri dan anaknya diganggu
oleh kelibat putih yang melintas dan terbang di hadapan mereka.
Sehingga pada suatu malam, isterinya telah dirasuk.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

74

11. Lu Sudah Kena Main - Zaif AB (Zaifuzaman Ahmad)
Kisah Amat yang dalam perjalanan menghantar barang

dengan menaiki lori dan dipertengahan jalan lorinya ditahan oleh
seorang wanita cina bernama Swee Lan dan selepas menghantar
wanita itu, lorinya rosak. Swee Lan berpatah semula dan
menjemputnya bermalam di rumah yang terletak tidak jauh dari
situ. Bermula saat itu, kejadian aneh berlaku..

Apapun, anda pasti terhibur dengan kisah ini dan secara
keseluruhan cerita amat memuaskan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Mobin Mahadin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

75

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Hepatitis Dan Aids Penyebar Maut
Penulis : Sailey Azizah

Penerbit : MDM Enterprise
Mukasurat : 44

No Panggilan : MTN 613 SAI
ISBN No : 9789670651187

Kategori Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu

Bersambung dimuka surat seterusnya……

76

Hepatitis dan AIDS penyebar maut salah satu tajuk yang
terdapat dalam siri cara-cara mencegah penyakit, tajuk buku ini hasil
karya Sailey Azizah. Penyakit berjangkit ialah penyakit yang mudah
merebak daripada seseorang kepada orang lain dan terdapat banyak
jenis penyakit berjangkit ini, malah amat membahayakan keselamatan
diri kita serta generasi kita. Penyakit Hepatitis salah satu penyakit
berjangkit dan merupakan sejenis penyakit yang menyerang bahagian
hati manusia dan kuman penyakit ini dikenali sebagai virus hepatitis,
ini menyebabkan para pakar perubatan menyifatkan penyakit ini
sangat merbahaya kerana mudah menjangkiti kepada orang lain. Jika
dilihat dari aspek klinikal terdapat lima jenis hepatitis ini iaitu hepatitis
A, hepatitis B, hepatitis C, hepatitis D dan hepatitis E.

Seseorang yang dijangkiti kelima – lima jenis hepatitis ini
menunjukkan tanda-tanda reaksi yang serupa. Penyebaran virus
hepatitis A adalah melalui makanan dan minuman yang tercemar
dengan virus tersebut dan juga melalui transfusi darah,bagi hepatitis B
pula boleh dijangkiti melalui pemindahan darah,pisau cukur, berkongsi
sikat, jarum suntikan, jarum tindik dan tatu. Hepatitis C boleh
menjangkiti seseorang melalui darah yang tercemar virus hepatitis dan
hepatitis D juga mudah merebak melalui darah yang tercemar virus
hepatitis, melalui jarum suntikan seperti jarum tindik, tatu dan
akupunktur manakala hepatitis E boleh berjangkit melalui makanan
serta minuman yang telah dicemari virus hepatitis E.

Menurut pakar perubatan penularan virus hepatitis ini
terbahagi kepada dua cara iaitu secara am bermaksud jangkitan terjadi
daripada pesakit kepada orang lain melalui peralatan suntikan, melalui
pendermaan darah, berkongsi berus gigi, pisau cukur dan juga melalui
jarum tatu serta akupunktur dan cara kedua adalah secara langsung
iaitu penularan antara ahli keluarga pesakit tersebut. Seseorang yang
dijangkiti virus hepatitis ini sukar dikesan kerana tiada tanda-tanda
khusus yang dapat dirasakan sama ada kita telah terdedah dengan virus
hepatitis ini atau tidak sebelum pengeraman virus hepatitis ini matang.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

77

Biasanya virus hepatitis ini akan matang dalam badan kita
antara tiga sehingga empat minggu, dalam tempoh tiga minggu inilah
baru ada tanda-tanda kelihatan seseorang itu telah dijangkiti virus
hepatitis ini. Virus hepatitis ini disifatkan sangat berbahaya kepada
kehidupan manusia tidak kira sama ada orang dewasa mahupun kanak-
kanak kerana boleh menjangkiti semua peringkat umur. Sekiranya
mendapati adanya simptom – simptom virus hepatitis pada diri kita
maka segeralah ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan
agar penyakit ini dapat dicegah daripada merebak kepada orang
sekeliling kita. Penyakit kedua yang dibincangkan dalam buku ini iaitu
penyakit AIDS, AIDS dalam bahasa melayu ialah sindrom kurang
daya tahan penyakit, pada ketika ini belum ditemui jenis ubat yang
mampu memusnahkan penyakit AIDS tersebut. Ini adalah disebabkan
AIDS bersumberkan daripada virus HIV iaitu sejenis virus yang boleh
merosakkan sel darah putih dalam tubuh manusia, dalam istilah sains
disebut sel CD 4.

Terdapat dua jenis darah dalam tubuh manusia yang dikenali
sel darah merah iaitu sel eritrosit yang didalamnya terdapat satu sel
lagi disebut hemoglobin dan sel kedua yang terdapat dalam tubuh kita
ialah sel darah putih dalam istilah sains disebut leukosit juga dikenali
dengan nama sel CD 4. Sel CD 4 amat penting serta memainkan
peranan yang besar dalam tubuh badan kita diantaranya ialah
membantu tubuh melawan penyakit infeksi, memberi kekebalan
kepada tubuh kita, menentang jangkitan virus bakteria dan kuman.
Sekiranya dalam tubuh badan kita tidak ada sel CD 4 ini maka seluruh
badan kita tidak dapat melawan serangan jangkitan pelbagai penyakit.

Namun demikian didapati sel CD 4 tidak mampu melawan
virus HIV kerana virus ini amat kuat untuk merosakkan sel CD 4 , di
mana virus HIV tidak berhenti menyerang sel CD 4 ini.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

78

Apabila virus HIV telah menguasai badan kita sehingga
mencipta satu lagi kekuatan yang dinamakan AIDS maka terciptala
HIV-AIDS yang bersatu memusnahkan benteng pertahanan badan kita
maka wujudlah penghidap HIV-AIDS. Virus ini boleh menjangkiti
seseorang itu melalui pemindahan darah yang telah dicemari virus
tersebut, berkongsi jarum suntikan dadah, jarum tatu dan jarum tindik
yang tidak disteril. Virus HIV-AIDS ini tidak tahan hidup di udara
terbuka ianya hanya boleh hidup dalam kawasan yang tertutup. Justeru
itu virus tersebut tidak boleh menjangkiti seseorang melalui pergaulan
harian, bersentuhan, mandi di kolam renang, makan di restoran, dalam
bus awam dan juga gigitan nyamuk. Tanda awal jangkitan HIV-AIDS
ini tidak langsung dapat dikesan kerana masa pengeraman virus HIV-
AIDS dalam badan berlangsung sehingga bertahun, namun terdapat
juga tanda-tanda awal jangkitan seseorang jika pertahanan tubuh
badannya lemah seperti lesu dan mudah letih, turun berat badan,
demam panas, berpeluh waktu malam dan kelenjar limfa
membengkak.

Setakat ini belum ditemui jenis ubat yang boleh
melumpuhkan pembiakan virus tersebut dalam tubuh kita, hanya satu
cara yang dapat dilakukan oleh pakar perubatan untuk melambatkan
pembiakan virus HIV-AIDS ini iaitu menggunakan ubat antiretroviral
yang berfungsi melambatkan proses perkembangan virus tersebut di
dalam tubuh badan untuk jangka masa tertentu. Selain itu pencegahan
juga boleh dilakukan dengan cara mengamalkan hidup sihat, tidak
terlibat dalam pengambilan dadah dan bersukan. Virus HIV-AIDS
ialah wabak yang paling menggerunkan kepada manusia pada semua
peringkat umur kerana merebak tidak mengenal bangsa,jantina serta
umur dan yang lebih membimbangkan ialah belum menemui vaksin
untuk membasmi virus ini dalam badan seseorang pesakit HIV-AIDS.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

79

Secara keseluruhannya tajuk buku ini sangat sesuai dibaca
oleh semua lapisan masyarakat untuk menambah pengetahuan bagi
mengenal penyakit berjangkit dan penyakit berbahaya yang ada di
sekeliling kita. Selain itu bagi membantu mengenali jenis-jenis
kuman dan bakteria dalam buku ini turut diselitkan gambar-
gambar yang berwarna bagi tujuan tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

80

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Aneka Manisan Penyeri Meja Hidangan
Penyunting Dalaman : Norazwa Mahat
Penerbit : Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd

No Panggilan : MAN 641. 86 ANE
Muka Surat : 48

ISBN No: 978-967-61-2432-6
Harga : RM 12.50

Bersambung dimuka surat seterusnya……

81

Buku yang bertajuk Aneka Manisan Penyeri Meja
Hidangan ini merupakan sebuah buku yang amat sesuai bagi
mereka yang sedang tercari-cari dan ingin mempelajari resepi
manisan untuk dijadikan penyeri meja hidangan. Buku yang
disunting oleh Norazwa Mahat ini mempunyai 48 halaman muka
surat yang menyampaikan maklumat yang jelas dan mudah
difahami mengenai resepi- resepi manisan.

Hidangan di meja tidak lengkap jika tidak dihidangkan
manisan bersama- sama. Sebuah sajian manisan yang dinikmati
bagi menambahkan lagi seri di meja hidangan ini biasanya terdiri
daripada makanan dan minuman manis. Sebagai contoh, bubur,
kuih dan puding. Maka dapat dirujuk melalui buku ini yang
mengkongsikan pelbagai variasi resepi manisan yang akan dapat
membantu anda untuk mempelajari lebih dalam mengenai
penyediaan manisan yang boleh dinikmati pada bila- bila masa
sahaja.

Pelbagai bentuk hidangan yang dikongsikan di dalam
buku ini termasuk juga dengan hidangannya yang digandingkan
dengan buah durian, ubi kayu, buah nanas, dan buah mangga. Di
dalam buku ini, terdapat 24 resepi enak yang dikongsikan. Antara
resepi hidangan yang dikongsikan adalah seperti bubur sagu
berkaca,bubur sum-sum, pengat ubi kayu, puding kastard , puding
mangga buah pic, bubur kacang hijau berdurian dan banyak lagi.
Selain itu salah satunya juga adalah Panacotta sos nanas vanilla,
melalui namanya sudah pun kedengaran sedap dan unik! apatah
lagi jika benar- benar dapat mencuba makanan ini. Semestinya
merupakan pilhan anda untuk disajikan dan dinikmati bersama
dengan ahli keluarga tersayang.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

82

Kesemua resipi dalam buku ini ada disertakan dengan gambar

dan diterangkan dengan ringkas mengenai penyediaannya yang

akan memudahkan dan membawa kepada anda untuk merasai

pengalaman yang menyeronokkan sepanjang penyediaan makanan

ini dengan air tangan sendiri di rumah. Ia pasti memikat selera.

Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Selamat mencuba !

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Jimmy Andrew
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

83

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU :The Digital Photography Book: Panduan Lengkap
& Sistematis Agar foto anda sekelas karya Fotografer Profesional

PENULIS : Scoot Kelby
PENERBIT : Serambi
MUKASURAT : 356 Halaman
NOMBOR PENGENALAN : MAN 700
NOMBOR ISBN : 978-979-024-572-3
KATEGORI BUKU: BukanFiksyen Bahasa Malaysia

Bersambung dimuka surat seterusnya……

84

Buku ini merupakan sebuah karya yang dapat membantu
individu – individu yang baru berjinak dalam bidang
fotografi.Kandungan dalam buku ini ada membincangkan aspek-aspek
penting dalam dunia fotografi.Untuk mengabadikan setiap momen
atau kenangan dalam kehidupan seseorang,sebuah alat perakam atau
kamera diperlukan sebagai salah satu ala tuntuk merakam suatu
kejadian yang kita mahu. Dunia fotografi bukanlah satu hal asing
dalam kehidupan seseorang.Bermula dari kamera saku ,handphone ,
kamera analog , pinhole dan kamera digital sangat berguna kepada
sesiapa pun. Kesemua alat-alat ini dapat digunakan untuk
mengabadikan peristiwa atau momen-momen yang amat berharga
dalam hidup semua orang. Buku ini bukan sebuah buku teori
mengenai fotografi.Kandungan buku ini lebih kepada panduan –
panduan mengenai cara menggunakan tombol, cara menggunakan
mod kamera dan cara menggunakan kamera dengan betul. Panduan –
panduan ini sangat penting agar hasil gambar yang diperolehi seperti
yang kita mahukan.Sebanyak 200 trik fotografi terdapat dalam buku
ini.Buku ini juga akan dapat member dan menambah pengetahuan kita
mengenai cara-cara mengambil foto dengan lebih baik, lebih menarik,
lebih berwarna dan berkualiti. Setiap halaman dalam buku ini ada
memuatkan satu konsep yang dapat membuat keterampilan foto yang
diambil menjadi lebih baik.

Para pembaca buku ini juga akan dapat mempelajari aspek-
aspek penting dalam fotografi seperti cara mengambil foto, cara
menggunakan tool kamera dan cara mengindahkan foto yang diambil.
Kesemuaaspek-aspek ini sangat penting untuk membantu kita bagi
mentransformasikan pengambilan gambar dari gambar biasa kepada
gambar berkualiti, berkarya dan boleh dipamerkan di galeri-galeri
gambar sebagai tontonan umum.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

85

Buku ini juga akan menerangkan panduan lengkap dan
sistematik mengenai cara pengambilan gambar agar hasil gambar yang
diambil kelihatan lebih menarik dan boleh dikategorikan sebagai
sebuah gambar yang sebaris dengan gambar dari fotografer
professional. Buku ini adalah terjemahaan dari jidil satu buku the
digital photography yang dihasilkan oleh Scott Kelby dan ditulis oleh
Nadya Andwiani.Kerjaya Scott adalah seorang jurugambar
professional, designer, director, editor, penerbit dan penulis
buku.Dengan mempunyai pengalaman yang banyak, mempunyai ilmu
pengetahuan dalam dunia fotografi dan mempunyai prestasi yang baik
dalam dunia fotografi maka adalah wajar buku ini diterbitkan dan
dijadikan sumber rujukkan kepada semua orang terutamanya pencinta
dunia fotografi.Selain daripada ditulis oleh seorang fotografer yang
berpengalaman luas dalam dunia fotografik, buku ini juga mempunyai
kelebihan tersendiri seperti menggunakan Bahasa yang sederhana,
penterjemahaan yang berkualiti dan juga menggunakan Bahasa yang
mudah difahami. Penjelasan mengenai setiap isi kandungan buku ini
dibuat secara berperingkat, terperincidanjelas agar ianya mudah
difahami oleh para pembaca. Setiap penjelasan yang dibuat akan
disertai contoh-contoh gambar yang diambil untuk memudahkan para
pembaca memahami aspek-aspek yang diterangkan dan dibincangkan.

Dengan adanya penerbitan buku ini, diharap segala
maklumat yang terdapat dalam buku ini dapat membantu para
pembaca untuk menambah pengetahuan dalam dunia fotografik. Buku
ini juga akan dapat memberi manfaat kepada golongan pelajar, calon-
calon fotografer professional, golongan komuniti dan golongan
fotografi untuk memperdalamkan ilmu fotografi masing-masing.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

86

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Arthur J.Angian
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

87

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Variasi Jahitan Langsir 2
Pengarang : Azlinda Debab

Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Mukasurat : 221

Acc Number : 0003591999
Isbn No : 9789678606332

Harga : Rm26.40
Jenis Buku : Malay Adult Non Fiction (MAN 747.5 AZL)

Bersambung dimuka surat seterusnya……

88

Sebuah buku rujukan yang memuatkan kaedah menjahit
langsir dengan mudah. Menjahit langsir tidaklah susah jika tahu
cara dan teknik yang betul. Buku Variasi Jahitan Langsir 2
mengandungi himpunan rekaan langsir yang terkini untuk santapan
para pembaca. Disamping itu juga, buku ini cukup mudah untuk di
fahami kerana setiap jahitan langsir ditunjukkan dalam langkah
demi langkah secara bergambar. Penerangan yang diberi juga
mudah dan senang difahami.

Naskhah ini memaparkan kaedah menghasilkan langsir
eyelet dan pelmet. Terdapat pelbagai teknik yag berbeza dalam
menghasilkan kedua-dua langsir tersebut. Idea-idea yang
dikongsikan di dalam buku ini dapat membantu pembaca
menghasilkan langsir dengan pelbagai rekaan. Turut dimuatkan
dalam buku ini ialah cara pengiraan langsir eyelet dan pelmet. Di
samping itu, diajar juga cara menghasilkan aksesori hiasan langsir
seperti bunga rosset, bow dan sebagainya.

Variasi Jahitan Langsir 2 memberikan idea kreatif dalam
menghasilkan langsir yang lebih menraik dan bergaya. Pasti
kediaman anda lebih menyerlah dengan adanya langsir yang
menawan. Buku ini sesuai dijadikan panduan dalam menjahit
langsir.

Buku ini sesuai dijadikan teks pembelajaran bagi penuntut
dan pereka yang berminat dalam seni menjahit langsir. Malah, ia
juga sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai asas dalam jahitan
langsir. Asalkan anda minat dan rajin, insha ALLAH anda pasti
dapat menghasilkan langsir sendiri. Kemahiran yang diperoleh
juga boleh dijadikan sumber pendapatan diri dan keluarga.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

89

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Mobin Mahadin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

90

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku : Urus Wang Semasa Gawat
Pengarang : Sunthara Segar

Penerbit : Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mukasurat : 86

Acc Number : 0003268164
Isbn No : 9789673691678

Harga : Rm9.00
Jenis Buku : Kewangan (MAN 332.0254 SUN)

Bersambung dimuka surat seterusnya……

91

Benarkah ekonomi sedang gawat sekarang? Ramai orang
yang tertekan dengan kegawatan ekonomi yang ada pada hari ini.
Tapi masih ada juga yang mengaut keuntungan. Sesiapa yang ada
masalah dengan pengurusan kewangan dalam masa-masa gawat
ini. Maka buku ini sesuai untuk anda baca sebagai panduan sahaja.

Kita lebih cenderung menyelesaikan masalah sendiri
kerana kurang yakin dengan pihak ketiga. Tidak hairan lah ada
antara kita yang sukar memulakan langkah pertama dalam
menyelesaikan masalah ini. Pembaca dinasihatkan merujuk kepada
pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan, penasihat
percukaian, penasihat pelaburan dan perancang pusaka. Sekiranya
ada keraguan berkenaan kesahihan mekanisme syariah, jangan
ragu-ragu merujuk kepada mereka yang arif berkaitan kewangan
Islam.

Strategi yang diberikan dalam buku ini mungkin tidak
sesuai kepada setiap individu dan tidak dijamin menghasilkan
keputusan yang diharapkan. Ini kerana setiap individu adalah
berbeza dan terdedah kepada situasi yang sering berubah dari
semasa ke semasa.

Sebarang istilah dalam buku ini hanya bersifat panduan
dan bukannya mutlak. Wang bukan segala-galanya, namun segala-
galanya perlukan wang. Buku ini sangat berharga dan membantu
kita menguruskan hal ehwal kewangan.

Kita ambil contoh dalam pendekatan syariah Islam, iaitu
manusia sebenarnya tidak memiliki apa-apa sumber kekayaan.
Dalam konteks pengurusan kewangan manusia perlu
memanfaatkan rezeki yang diberikan oleh Tuhan. Kalau kita yakin
dan selagi usaha kita halal dan kearah kebaikan, Tuhan sentiasa
mengurniakan rezeki dan jalan keluar.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

92

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Mobin Mahadin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

93

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:Pemikiran Kritis Dan Logik
Pengarang:Lok Chong Hoe
MukaSurat:252 ms

No Panggilan:MAN 153.42. LOK
ISBN No: 9832514495
Harga:RM40.70

Jenis Buku: Falsafah & Psikologi

Bersambung dimuka surat seterusnya……

94

Buku ini mengutarakan kepada beberapa kemahiran
logik yang boleh digunakan untuk berhujah secara betul dan
berkesan, menganalisis bahan-bahan bacaan secara betul dan
lebih berkesan, efektif (terutama bahan akademik), membina
hujah dan alas an kukuh untuk menyokong pendapat tertentu
dan mencari falasi dalam hujah yang lemah. Sebelum kita dapat
mengaplikasi dengan cara yang betul dan berkesan, kita
perlulah mempelajari, menguasai prinsip-prinsip logik dan
mengetahui susunan hujah dan kesimpulannya dengan cara
kesahan hujah (validiti), penggunaan ‘Gambarajah Venn’ untuk
menentukan kesahan hujah yang berbentuk silogisme,
perbezaan, corak dan pembinaan hujah. Selain itu, cara
menentukan perkara yang tidak konsisten, penggunaan contoh
lawan dan hujah lawan untuk menentang pendirian pihak lawan
dan perbezaan antara kemungkinan fizikal dan kemungkinan
logik.

Apabila kita mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang
telah diberi untuk menganalisis hujah-hujah yang dipetik
daripada buku teks, suratkhabar,jurnal,majalah atau sumber-
sumber lain yang relevan dan dapat kita menggunakan teknik-
teknik dalam buku ini supaya dapat menganalisis bahan yang
dbuat secara kritis dan berkesan.
Buku ini amat sesuai untuk pelajar univesiti yang memerlukan
panduan dalam kemahiran untuk menganalisis, mengkaji dan
mengkritik hujah-hujah tertentu samada dalam kursus
diperingkat universiti ataupun bahan bacaan ilmiah dari luar.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

95

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi

kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut

‘ RAJIN MEMBACA BOLEH MENAMBAHKAN ILMU ’

Diulas oleh,
Masnah Yusof
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ogos 2021

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

96

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku :Penanaman Durian
Penulis : Bernard T. Wahyuwiryanata

Penerbit: Synergy Media
Mukasurat: 104 Halaman
Nombor Pengenalan: MAN 634.6 WIR
Nombor ISBN: 978-976-322-8010
Kategori Buku : Bukan fiksyen ( Bahasa Malaysia )

Bersambung dimuka surat seterusnya……

97

Buku ini menerangkan atau mengupas mengenai tanaman
durian dan buah durian.Buah Durian adalah sejenis buah yang sangat
dikenali dan begitu popular pada zaman sekarang.Kawasan hutan
tropika merupakan sebuah kawasan hutan yang menjadi habitat asal
bagi pokok durian ini.Namun pada masa kini, pokok-pokok durian
boleh ditemui di mana-mana kawasan diserata dunia.Samada ianya
tumbuh meliar dikawasan hutan atau ditanam oleh manusia.Buah
Durian juga digelar sebagai Raja Buah.Buah durian ini mempunyai
nilai komersial yang tinggi.Selain mempunyai rasa yang enak dan
manis berlemak, buah durian juga mengandungi zat protein serta gizi
yang tinggi. Disebabkan permintaan buah durian sangat tinggi pada
masa sekarang, penanaman pokok durian dan pembukaan kebun serta
ladang durian secara besar-besaran telah diusahakan di beberapa buah
negara di asia tenggara. Diantara negara-negara tersebut adalah negara
Thailand, Indonesia dan Malaysia.Terdapat 10 tajuk utama dalam buku
ini akan dihuraikan oleh penulis. Dalam setiap tajuk utama tersebut
terdapat pecahan tajuk-tajuk kecil dalam setiap tajuk utama yang turut

akan dihuraikan oleh penulis.
Peluang Tanaman Durian merupakan tajuk pertama yang

akan diulas oleh penulis. Berdasarkan kajian sejarah, buah durian telah
dijumpai di Malaysia pada abad ke -18 oleh Murray. Pada masa kini
tanaman durian telah menjadi satu tanaman buah yang digemari oleh
pekebun untuk diusahakan secara komersial. Faktor permintaan buah
yang tinggi dipasaran adalah penyebab tanaman durian ini diusahakan
secara komersial.Persaingan penanaman pokok buah durian dijangka
akan berkembang dalam tempoh 20 tahun akan datang. Pada masa
kini, keluasan tanaman durian masih kecil. Di Malaysia dan Thailand,
penanaman durian giat dilakukan secara intensif. Tajuk utama kedua
buku ini adalah Kenali Durian dan Cara Penanamannya. Terdapat
empat pecahan tajuk kecil dalam kandungan tajuk utama yang kedua
ini. Tajuk – tajuk kecil tersebut ialah taksonomi, morfologi, iklim dan
tanah.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

98

Maklumat mengenai empat tajuk kecil ini sangat penting
untuk diketahui oleh pekebun durian, penanam pokok durian dan
sesiapa sahaja yang mempunyai minat dalam tanaman durian ini.
Tajuk utama yang ketiga pula akan mengupas mengenai kepelbagaian
jenis durian tempatan atau durian import. Buah Durian kani, sitokong,
mas, otong, sihijau, sijepun dan sidodol adalah contoh nama buah
durian tempatan pada masa dahulu. Pada masa kini nama-nama durian
tempatan adalah seperti Munsang King, Mas king, Black Horn,
UdangMerah, Susu dan banyak lagi. Sementara itu, Durian Monthong,
Chanee, Kan Yao dan Kradhum Thong adalah contoh durian import
yang terbaik.

Tajuk utama yang keempat akan menerangkan cara-cara
perkembangbiakan tanaman pokok buah durian ini. Terdapat tiga cara
menanam benih pokok durian iaitu melalui pembenihan secara
generative dengan menggunakan biji, pembenihan secara vegetative
dengan cara menggunakan potongan dan cara yang ketiga adalah
pembenihan secara campuran antara generative dan vegetative dengan
menggunakan biji sebagai batang bawah dan disambung dengan pucuk
muda pokok durian matang sebagai batang atas. Setiap cara
pembenihan ini mempunyai kebaikkan dan kelemahan yang tersendiri.
Tajuk utama kelima akan mengupas dan menerangkan mengenai
proses penanaman pokok benih durian dari awal sehingga akhir.

Dalam tajuk utama kelima ini akan dibahagikan kepada
enam tajuk kecil agar memudahkan para pembaca memahami
maklumat yang terdapat dalam tajuk ke lima ini dengan mudah. Enam
tajuk kecil tersebut adalah seperti bagaimana memilih benih
,menyediakan tanah, sukatan jarak antara pokok benih, tanaman pokok
pelindung yang sesuai, size lubang tanaman dan cara penanaman
benih. Kesemua aspek-aspek tersebut sangat penting untuk diketahui
dan dipelajari agar usaha penanaman durian yang hendak dilakukan
akan terancang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan kerugian
kos kepada pekebun dan penanam durian.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

99

Selain itu, dengan adanya pengetahuan tersebut para pekebun
dan penanam durian dapat mengurus tanaman dengan baik dari awal
penanaman sehingga pokok mengeluarkan hasil. Tajuk utama keenam
pula akan menerangkan cara-cara penjagaan tanaman agar tanaman
yang diusahakan dapat menghasilkan buah-buah yang baik dan
bermutu tinggi. Dalam tajuk utama keenam ini juga akan diterangkan
dengan terperinci mengenai tujuh tajuk kecil yang penting iaitu
mengenai cara pengairan tanaman, cara pemangkasan tanaman, cara
pembajaan tanaman, cara meransang pertumbuhan bunga, cara
menghasilkan buah diluar musim, cara pendebungaan dan cara
penjagaan buah. Satu tajuk kecil atau perkara yang menarik terdapat
dalam isi kandungan tajuk utama yang keenam ini iaitu cara
membuahkan pokok durian semasa musim atau diluar musim. Ramai
pekebun dan penanam durian tidak mengetahui perkara ini. Faktor
penjagaan memainkan peranan sangat penting dalam tanaman durian
ini agar tanaman durian yang diusahakan dapat menghasilkan buah-
buah yang berkualiti. Faktor iklim dan alam juga akan diulas dalam
tajuk utama keenam ini.

Tajuk utama ketujuh akan mengupas dan menerangkan
mengenai gangguan hama ( binatang Perosak Tanaman ) dan penyakit
keatas tanaman durian ini. Serangan binatang perosak dan penyakit
tanaman adalah dua perkara yang perlu dielakkan oleh para pekebun
dan penanam durian. Dua perkara ini boleh menyebabkan kerugian
yang besar kepada para pekebun dan penanam durian. Dalam tajuk
utama ketujuh ini, para pembaca, pekebun dan penanam durian akan
dapat mengenali sepsis-spesis binatang perosak yang sering
menganggu tanaman durian yang diusahakan. Selain mengenali
sepsis-spesis binatang perosak tanaman, juga akan diterangkan
mengenai cara-cara mengatasi serangan binatang perosak ini. Dalam
tajuk utama ketujuh ini juga akan diterangkan mengenai penyakit
tanaman durian, jenis-jenis penyakit tanaman durian dan penyakit
fisiologi.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

100


Click to View FlipBook Version