The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dikendalikan oleh : Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-03-09 00:09:54

Kompilasi Ulasan Buku Februari 2021 Perpustakaan Cawangan Keningau

Dikendalikan oleh : Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Keywords: Kesihatan,Pendidikan,Agama,Motivasi,Resepi,DIY,Kanak-kanak,Remaja,Makanan,Food,Health,Education,Religion,Novel,Sabah,Borneo,Falks

Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau

Ulasan Buku
Februari 2021

Koleksi
Perpustakaan
Cawangan Keningau

Oleh
Kakitangan

Perpustakaan Cawangan Keningau

Hai
Sahabat....

Selamat
membaca
kompilasi
ulasan
buku
yang
2 kami
sediakan
untuk
anda...

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Tumbuhan Ubatan Untuk Kesejahteraan Wanita
Penulis : Zaharah Hasan, Musa Yaacob dan Nur Azizah Mazlan
Penerbit: MARDI dan NRH Publications. Kuala Lumpur. 2005.

MukaSurat: 80
No Panggilan: MAN 618.6 ZAH

ISBN No: 967-936-456-9
Kategori Buku: Bukan Fiksyen, Tumbuhan Herba,

Perubatan, Kesihatan dan Wanita

Buku 'Tumbuhan Ubatan untuk Kesejahteraan Wanita' ini mendedahkan

kepentingan dan kerapian rawatan selepas bersalin serta rawatan-rawatan untuk sakit

puan dan penjagaan bayi dalam tradisi orang Melayu. Rawatan tradisional Melayu

untuk wanita merupakan satu khazanah yang amat bernilai dan tidak harus diabaikan.

Tujuan utama buku ini diterbitkan adalah untuk dijadikan asas kepada para penyelidik

dalam menjalankan penyelidikan mengenai kegunaan tumbuhan ubatan dalam

penjagaan kesihatan wanita.

Tumbuhan ubatan adalah tumbuhan yang digunakan bagi tujuan kesihatan dan

kesejahteraan hidup termasuklah herba, pokok, rumpai, rumput dan sebagainya.

Mnakala tumbuhan herba pula adalah jenis tumbuh-tumbuhan yang berbatang rendah

dan tidak berteras (batang lembut) namun ia juga dirujuk sebagai tumbuhan ubatan.

Herba merangkumi bahan-bahan mentah tumbuhan seperti daun, bunga, buah-

buahan, biji, batang, kayu, kulit kayu, akar rizom atau bahagian tumbuhan yang lain.

Ia boleh merujuk kepada keseluruhan bahagian tumbuhan, beberapa bahagian

tumbuhan tertentu sahaja atau dalam bentuk serbuk. Herba atau disebut juga sebagai

tumbuhan ubatan, merupakan bahan yang digunakan dalam penjagaan kesihatan

terawal, yang mana ia diamalkan sejak berkurun-kurun lamanya. 3

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Telah terbukti bahawa tumbuhan tempatan memang mempunyai kesan
terapeutik. Sebagai contoh, batang serai wangi yang digunakan sebagai ramuan air
mandian mengandungi bioaktiviti antimikrobial. Daun mengkudu pula mempunyai
ciri-ciri aktiviti anti oksidan, anti mikrobial, hipotensif, kesan analgesik dan
pengenduran otot rahim dan anti serangga dan halia pula mengandungi kesan
antibakteria.

Selain daripada itu terdapat beberapa jenis tumbuhan lain dan kegunaannya
turut disenaraikan dalam buku ini dan mempunyai nilai perubatan yang baik untuk
diamalkan oleh para wanita khususnya wanita berpantang selepas bersalin.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur pembaca khususnya
pelajar, pengkaji mahupun orang awam.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

4

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : DASAR DAN KESAN PENDIDIKAN JEPUN
DI TANAH MELAYU 1941 - 1945

PENULIS : AHMAD SOHAIMI LAZIM
PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR

MUKASURAT : 149
NOMBOR KELAS : MAN 370.9M AHM

NOMBOR AKSESI : 0003505610
ISBN : 9789834611590
HARGA: RM12.80.

Dasar dan kesan pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941 - 1945 adalah hasil

karya Ahmad Sohaimi Lazim dan mengandungi lima bab, setiap bab berfokus kepada

suatu isu tertentu tetapi saling berkaitan. Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu

selalam tiga tahun lapan bulan banyak meninggalkan kesan pahit dan manis kepada

masyarakat. Berdasarkan sejarah kehidupan masyarakat pada masa itu dipenuhi

dengan penderitaan kerana kekejaman Jepun, selain rakyat terpaksa menghadapi

pelbagai masalah seperti sentiasa diselubungi perasaan takut, kesukaran mendapatkan

makanan dan berisiko dengan jangkitan penyakit.

Pengalaman yang dilalui generasi ketika itu merupakan satu pengajaran

berguna kepada generasi masa kini. Kemudahan pendidikan yang terdapat pada masa

itu sangat kurang disebabkan oleh peperangan. Tentera Jepun menggunakan pelbagai

pendekatan untuk menyebarkan propaganda mereka termasuklah melalui bidang

pendidikan dan latihan.

Dasar dan sistem pendidikan yang dilaksanakan bertujuan menyebarkan

propaganda serta meraih sokongan politik rakyat walaupun terdapat elemen yang

memberikan pengetahuan dan kemahiran tertentu kepada masyarakat. 5

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Meskipun begitu, terdapat juga perkara menarik yang berlaku yang
membawa kebaikan dan faedah kepada masyarakat daripada sistem pendidikan
tersebut. Dalam bab 1 membincangkan berkenaan dengan pembentangan semula
kajian dan tulisan yang pernah dilakukan oleh pengkaji tentang topik yang berkaitan
dengan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Objektif pembentangan semula
tersebut dibuat untuk menilai kekurangan dan kelebihan kajian-kajian terdahulu dan
perkaitannya dengan kajian penulis.

Bab 2 pula menceritakan latar belakang pendudukan Jepun serta dasar
pendidikannya di Tanah Melayu. Menurut penulis latar belakang pendudukan Jepun
digambarkan semula untuk mengembalikan nostalgia dan mengingati semula
sejarah, khususnya kepada pembaca kerana peristiwa ini telah berlalu lebih daripada
separuh abad. Penulis turut menyentuh tentang dasar dan pendekatan yang
diamalkan tentera Jepun dalam mengendalikan soal pendidikan di Tanah Melayu.
Selain itu dalam bab 2 ini juga penulis cuba membongkar tujuan dan strategi tentera
Jepun dalam menjadikan pendidikan sebagai alat untuk menyebarkan propaganda
mereka. Seterusnya bab 3 penulis membincangkan isu pendidikan guru, pendidikan
bahasa Jepun dan latihan kemahiran.

Ketiga - tiga aspek ini diberikan perhatian oleh Jepun kerana kepentingan
yang tersendiri.Perbincangan dalam bab ini juga menyentuh tentang strategi yang
digunakan Jepun untuk mengembangkan bahasa Jepun,selain itu latihan kemahiran
yang melibatkan bidang pertanian, teknik dan vokasional turut mendapat perhatian
pihak Jepun.

Pendekatan Jepun dalam perkara ini berbeza dengan pihak British yang
kurang memberi penekanan dalam aspek latihan kemahiran kepada masyarakat
tempatan. Justeru itu daripada perbincangan yang dibuat dapatlah disimpulkan
bahawa Jepun memberikan latihan kemahiran ini dengan hasrat membolehkan
mereka menggunakan kemahiran yang diperoleh untuk mengatasi masalah dalam
kehidupan harian masyarakat ketika itu .

Sumbangan dan Kesan Pendidikan Zaman Jepun dibincang dalam bab 4, terdapat
kesan positif dan negatif yang dirasai oleh masyarakat tempatan. Disamping itu dalam bab
ini juga turut membincangkan tentang mengetengahkan pandangan serta pengalaman para
tokoh tertentu yang berpeluang mendapat pendidikan daripada pihak tentera Jepun. Bab
terakhir iaitu bab 5 memfokuskan kepada soal kesan pendidikan terhadap pemikiran dan
sikap masyarakat, fokus perbincangan termasuklah melihat bagaimana dasar dan sistem
pendidikan Jepun yang bermotif menyebarkan propaganda mereka mampu memberikan
faedah atau sebaliknya khususnya kepada masyarakat Melayu.

6

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum selain untuk

rujukan para pelajar dan pengkaji sejarah yang berminat mengetahui peristiwa yang
berkaitan dengan pendidikan semasa zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

7

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:Tertib Peribadi Adab & Etiket Dalam Amalan Seharian
Pengarang:Zalida Adam
MukaSurat: 311ms

No Panggilan:MAR 170 TER
ISBN No: 9789831243725
Harga:RM9.70

Jenis Buku:Motivasi,Pembangunan Diri

Adab dan etiket adalah cerminan diri seseorang yang tidak boleh
dipandang remeh. Tidak kiralah adab semasa berjual beli, adab berkunjung
ke rumah orang atau adab makan. Melalui adab dan etiket, orang sekeliling
akan dapat menilai perwatakan sebenar diri seseorang. Terutamanya
apabila berhadapan dengan seseorang buat kali pertama. Kita perlulah
mempunyai nilai diri yang tinggi dan sentiasa bertutur dengan sopan
supaya orang tersebut akan berasa diri mereka dihormati dan berasa selesa.

Dengan mengamalkan adab dan etika yang betul, ia bukan sekadar
mampu memberikan kesan yang positif terhadap diri sendiri, malah ia turut
memberikan tanggapan yang baik kepada orang lain juga.
Dalam mengecapi dunia yang serba moden ini, manusia semakin
melupakan adab-adab dan etiket. Tiada lagi batas pergaulan antara lelaki
dan perempuan. Malah, banyak ensiden tingkahlaku ditempat awam seperti

8

bergaduh dan hilangnya santun ketika di jalan raya.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Dengan adanya buku ini, amat sesuai dibaca oleh semua golongan
masyarakat sebagai panduan dalam mengamalkan adab-adab dalam
kehidupan seharian. Disertakan juga bersama kompilasi artikel dari
majalah “Miingguan Wanita” supaya dapat dijadikan panduan dan dapat
dimanfaatkan bersama pembaca

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Masnah Yusof.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

9

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Di Ambang Kehancuran Dunia
Pengarang:Muhammad Mujahid,Mohammad Fadzil

MukaSurat: 310ms
No Panggilan:MAR 297.23 MUH

ISBN No: 9789675549199
Harga:RM33.00

Jenis Buku:Agama

Buku ini mengupas tentang dunia kita yang semakin menuju ke hari
kiamat. Penulis menceritakan tanda-tanda kecil Hari Kiamat bermula
dengan kebangkitan dan kewafatan Nabi Muhammad dan seterusnya
tanda-tanda yang dapat dilihat di hadapan mata kita hari ini yang menuju
di ambang kehancuran.

Di dalam Al-Quran dan Hadith Nabi yang juga menceritakan tentang
tanda-tanda kehancuran alam iini. Para saintis menolak hari kiamat dan
menyatakan bahawa itu adalah kehancuran ala mini disebabkan kejadian-
kejadian semulajadi alam dan kebanyakan mereka sendiri tidak yakin
dengan kajian mereka.

Tanda-tanda kecil yang disifatkan oleh para ulama sedang berlaku
masakini. Kita menyatakan dengan lidah bahawa kita berpegang dengan
Hari Kiamat, tetapi kita tidak memahami erti sebenar pegangan tersebut.

10

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Ini terbukti apabila pegangan itu hanya bermain dilidah, sedangkan
sedikit persiapan pun tidak kita buat untuk menghadapinya. Manusia
lalai mengejar dunia yang akan hancur dan sekiranya kita masih
meneruskan dengan cara ini, pasti kita akan mengalami kerugian dihari
mendatang iaitu alam akhirat. Kerugian dihari mendatang tidak berguna
lagi walau sebanyak mana penyesalan.

Penulis membawa pembaca agar membuka mata, melihat sekeliling
dan melihat betapa dunia sedang berada di ambang kehancuran. Bersiap
sedialah kita menghadapinya. Kebangkitan dan kewafatan Nabi
Muhammad yang telah berlaku lebih 1430 tahun dahulu adalah tanda
pertama kehancuran alam, sedangkan kita manusia hari ini masih
memejam mata.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Masnah Yusof.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

11

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU: SELERA MASAKAN KAMPUNG
PENULIS: OTHMAN RAHIM

PENERBIT: GRUP BUKU KARANGKRAF SDN.BHD
MUKASURAT: 176

NOMBOR KELAS: MAN 641.59M OTH
NOMBOR AKSESI: 0003460835
ISBN : 9789831249840
HARGA: RM19.40

Buku resepi selera masakan kampung ini merupakan sebuah hasil karya Encik

Othman Rahim. Sedikit mengenai penulis iaitu beliau pernah terpilih untuk menyertai

pertandingan masakan anjuran Astro dan Dumex bersama anak bongsunya. Nasib

menyebelahi mereka kerana mereka telah menjadi juara di dalam pertandingan

tersebut dan itu menjadi titik permulaan beliau kerana telah mendapat banyak peluang

dan pendedahan dalam bidang masakan. Disebabkan minat beliau dalam barangan
antik dan lukisan, beliau juga menampilkan unsur – unsur sedemikian di dalam

bukunya ini. Sebanyak 70 resepi yang telah dikongsikan oleh penulis kepada para

pembaca dan pelbagai aneka masakan juga yang telah dikongsikan oleh beliau dan

antaaranya ialah masakan daging, ikan, mi, makanan laut, hidangan sampingan,

sayuran dan ulam.

Buku resepi ini juga lebih menfokuskan kepada masakan kampung yang lebih

digemari oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia. Penulis pasti bahawa masakan

kampung tiada tadingan sehingga ke hari ini, resepi turun temurun yang dimasak oleh
ibu tetap dicari oleh kita. Oleh itu, penulis mengongsikan buku resepi ini. Bahan –
bahan untuk masakan yang disediakan oleh penulis merupakan bahan – bahan yang

boleh didapati di pasar raya atau pun di kedai runcit yang berdekatan dengan rumah

anda. 12

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Malah, penulis juga akan mengongsikan cara – cara membuat
masakan – masakan tersebut,bukan itu sahaja penulis juga ada
menyelitkan gambar rajah bagi setiap masakan yang dikongsikannya itu.
Ini bertujuan untuk membantu untuk memberi gambaran mengenai
masakan yang bakal dimasak oleh para pembaca. Selain daripada resepi,
penulis juga ada mengongsikan tip dan info yang memberi manfaat atau
menambahkan lagi pengetahuan para pembaca tentang bab – bab
masakan.
Beliau turut menyenaraikan sayur – sayuran serta membincangkan
tentang khasiat yang terdapat pada sayur – sayuran tersebut.

Secara keseluruhannya, buku ini akan membantu para pembaca
dalam menyediakan masakan kampung dan sekaligus mengekalkan
resepi kampung yang diketahui umum asal dari turun temurun.
Tambahan pula, penulis ada menyelitkan khasiat sayur – sayuran untuk
meningkatkan lagi pengetahuan para pembaca.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Arthur JAngian.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

13

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU: The Best Natural Homemade Skin & Hair Care Products
PENGARANG: Gomez, Mar

PENERBIT : Ontario, Canada: Robert Rose Inc., 2015.
MUKAS URAT: 288

ACC NUMBER : 0003576337
ISBN NO: 9780778805021
HARGA : RM143.70

JENIS BUKU: Natural Products (EAR668.55GOM)

This book is organized, interestingly, by type of oil used as the base, full
of color photographs of both what appear to be final products and ingredients.
Each section begins with a description of the oil, its origin and properties for
skin or hair. The oils include: baobab, monoi, macadamia, flaxseed, safflower,
evening primrose, babassu, argan, black cumin, andiroba, grapeseed, pumpkin
seed, hemp seed, borage, shea butter, bitter almond, apricot kernel, peanut,
sesame, prickly pear seed, tamanu, pequi, and soybean oil.

All these oils have wonderful skin-care properties, great formulas
for all sorts of skin conditions, from dry to oily and from young to old. Health-
enhancing oils from around the world form the base for all natural cosmetics.
With these easy-to-follow recipes and widely available natural ingredients,
creating effective, soothing and above all natural creams, balms, face and body
oils, exfoliating scrubs, shampoos, shower and bath gels and lip balms is easier
than ever. Features really lovely oils such as monoi oil (a coconut and flower oil
that is a staple in beauty and skin regimens in Tahiti), soy oil, nut oils (such as
macadamia, almond and peanut), seed oils (such as sesame, hemp, pumpkin
seed and flax) and some really beautiful exotic natural oils such 1a4s piqui,
andiroba, prickly pear seed, tamanu and argan.

Continue on the next page

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Each formula is very easy to make and only requires normal
kitchen equipment and a good scale.There are formulas for anti-ageing
creams, firming recipes to fight against cellulite, freckle- and spot-
removing oil, moisturizing facial wrinkle cream, anti-dandruff shampoos
and many others. Making luxurious, heavenly-smelling homemade
cosmetics is surprisingly simple and satisfying with this book.

Recommended for natural foods and natural home people who
already make their own products, looking to expand their ideas on
ingredients. Shops who make natural products who are looking for new
recipes.

Good instructions if you wanted to go into business creating your
own products like these. Great background information on a variety of
unfamiliar oils.

To find more about the book and its contents, please visit the Sabah
State Library Keningau Branch or the nearest Sabah State Library by
visiting the website www.library.sabah.gov.my to find out the availability
of the book

Diulas oleh,
Mobin Mahadin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

15

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Traditional Treatment for Women
Penulis : Zaharah Hasan

Penerbit: MARDI Publications. Kuala Lumpur. 2007.
MukaSurat: 146

No Panggilan: MAC 615 882 ZAH
ISBN No: 978-967-936-5092

Kategori Buku: Bukan Fiksyen, Tumbuhan Herba,
Perubatan, Kesihatan dan Wanita

Zaharah Hasan telah menjadi saintis penyelidikan di Institut
Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) sejak tahun
1976. Beliau memiliki ijazah di B.Agr. Sk. dari Universiti Malaya dan M.
phil. Agr. dari University of London. Baru-baru ini dia menunjukkan minat
dalam pengembangan produk herba dengan perhatian khusus terhadap
produk aromateraphy.

Penggunaan herba telah menjadi sebahagian daripada hidupnya sejak
muda. Kakek buyutnya adalah bomoh yang terkenal pada zamannya, dan
dia diajar menggunakan ramuan dalam makanan hariannya, dan setiap kali
dia sakit, ramuan adalah satu-satunya ubatnya. Nenek moyang dan
neneknya kedua-duanya hidup selama seratus tahun dengan sedikit
masalah kesihatan, dan meninggal hanya pada usia tua. Ini mendorong dan
meyakinkannya untuk terus menggunakan ramuan dengan enam anaknya,
di samping perubatan moden, dan mengembangkan produk herb16a untuk
generasi akan datang.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Keindahan, dalam budaya tradisional Melayu, dilihat dari luar kulit.
Selain penampilan luar yang cantik, seorang wanita juga harus cantik
secara dalaman dan memuaskan secara seksual bagi suaminya. Buku ini
mengaitkan amalan untuk kecantikan luaran dan dalaman dengan
menggunakan sumber yang tersedia. Ia merangkumi penjagaan kulit,
rambut, mata, kaki dan gigi, penjagaan sebelum dan selepas bersalin,
masalah penyakit berkaitan wanita dan pemeliharaan libido lelaki dan
wanita.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur pembaca
khususnya pelajar, pengkaji mahupun orang awam.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

17

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: Tercagarnya Akadku
Penulis: Fauziah Ashari

Diterbitkan Oleh: Intens Idea International Sdn.Bhd.
Bil. Muka Surat: 611

ISBN: 978-967-5289-83-5
Harga: RM23.25

“Tercagarnya Akadku” buku ini mengisahkan Nur Airis dan Zufar Hannah,
yang pada asalnya berkahwin atas sebab kepentingan masing-masing. Nur Airis
terdesak untuk berkahwin agar dapat lari dari bekas suami yang gila talak. Zufar pula
terdesak mahu kahwin sebab ingin dapatkan duit serta sanggup jadi cina buta,
akhirnya memilih untuk terus setia. Tapi, adat berkasih, bahtera mana yang tidak diuji?

Cerita ditulis dengan gaya bahasa yang santai, penuh kekeluargaan, romantik dan
terdapat unsur komedi yang menghiburkan. Kisah dimulakan dengan Kafil yang
mencari cina buta untuk dikahwinkan dengan bekas isterinya, Airis. Zufar yang pada
mulanya setuju tetapi membatalkan niatnya dengan memulangkan duit yang diberi
oleh Kafil terhadapnya. Berikutan itu, Kafil terasa tercabar dan merancang siri
jenayah terancang untuk membalas dendam. Seorang demi seorang yang menjadi
mangsa Kafli dan menyebabkan Airis menjauhi Zulfar iaitu suami yang baru
dikahwininya.

Kafil memang ada mental. Depan orang, dia berlagak seperti lelaki budiman.
Tetapi hanya isterinya sahaja yang tahu bagaimana perangai Kafil yang sebenar. Kafil
bukan sahaja mendera mental dan emosi, malah selalu mengasari isterinya tanpa belas
kasihan. Kerana terlalu obses pada Airis, ramai yang menjadi mangsa kezaliman Kafil.
Setelah diceraikan dengan talak tiga oleh Kafil Ikhwan, hidup Airis jadi kaca1u8 bilau

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Bersungguh hendak mencari suami baru secepat mungkin untuk
menghindari Kafil. Zufar Hannan yang kahwin dengan Airis hanya
kerana duit, mula jatuh cinta dengan Airis. Namun Kafil pula yang
berdendam dengan Zufar. Dia yang menjadi punca Zufar koma kerana
kemalangan. Keadaan semakin rumit buat Airis dan terpaksa tinggalkan
suaminya, Zufar.

Watak Zulfar, dalam sisi luaran yang nampak sedikit kasar, tetapi isi
didalamnya sangat lembut. Kerana rasa cinta yang membara dan setianya
dia pada Airis, dia sanggup melindungi isterinya dengan menjadi drebar
dan bodyguard isterinya atas arahan Datuk Jae yakni daddy Airis.

Sebuah karya yang penuh dengan tauladan tentang kasih sayang,
persahabatan dan pengorbanan di samping terisi ilmu pengetahuan yang
bermanfaat.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Rosni Poin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

19

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: SATU HARI NANTI
Penulis: SHERA ZULGHAFAR
Diterbitkan Oleh: SYKT FAJAR

Bil. Muka Surat: 499
ISBN: 978-983-822-036-1

Harga: RM19.50

Kisah cinta yang sangat romantik, Noah Lee yang cuba mencari makna cinta
sejati. Demi mengejar cinta Safiyyah, akhirnya dia bertemu cinta abadi. Cinta itu
terkadangnya ada di hadapan mata, cuma waktunya belum tiba untuk bersama.
Perbezaan bangsa dan agama, Marissa Safiyyah dan Noah Lee tidak pernah terfikir
akan jatuh cinta sehingga takdir kembali menemukan mereka. Pertemuan tidak
sengaja di antara Marisa Safiyah dan Noah Lee Jin Hua menimbulkan bibit-bibit cinta
antara mereka. Namun, Noah kecewa apabila mendapat tahu keluarga Safiyyah
menjodohkan gadis itu dengan seorang imam muda, Ibrahim. Walaupun hati Safiyyah
sudah terpaut pada pemuda bermata sepet itu, dia tetap taat dengan permintaan
ayahnya yang ingin bermenantukan Ibrahim. Merasa tak layak bertanding dengan
imam muda itu. Tentangan keluarga dan takdir memisahkan mereka. Noah memilih
untuk menerima tawaran kerja di Dubai. Tiga tahun Noah dan Safiyah berpisah. Di
Dubai, Noah bertemu Aulia Kristoph. Persahabatan di antara mereka melahirkan rasa
cinta di hati Aulia.

Aulia jatuh cinta pada Noah, besar harapan Aulia padanya. Namun besar lagi
beban Noah apabila dia kembali bertemu Safiyyah di Mesir. Berdosakah jika dia
masih mencintai gadis itu walaupun dia tahu Safiyyah mungkin sudah bersuamikan
Ibrahim? Memilih antara gadis yang pernah dicintai ataupun gadis yan2g0 sedang
mencari cinta.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Bahagia dengan yang baru atau bahagia dengan masa lalu? Apapun
takdir yang telah ditetapkan-Nya. Novel yang sangat menarik, kisah
Safiyyah dan Noah Lee, jika sudah tertulis mereka berjodoh, berpisah
beberapa tahun pun akhirnya tetap bersama juga. Genggamlah sebelum
ia hilang.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Rosni Poin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

21

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: MENCARI JALAN PULANG
Penulis: FARAH ADIBAH

Diterbitkan Oleh: LOVE NOVEL PUBLISHING SDN.BHD.
Bil. Muka Surat: 489

ISBN: 978-967-2185-14-7
Harga: RM21.00

Buku bertajuk “Mencari Jalan Pulang ” sebuah novel cinta karya Farah Adibah
- Kisah mengenai penghijrahan Hana Suziela yang mencari jalan untuk kembali ke
fitrah beragama setelah sekian lama tersesat dizaman jahiliahnya. Mengenai rasa
terkilan seorang anak yang tidak berdaya untuk melakukan apa-apa apabila ayah
sendiri memilih jalan untuk murtad. Mengenai kasih sayang seorang kawan dikala
susah dan senang. Mengenai dugaan dan ujian seorang muslimah yang ingin mencari
jalan pulang ke landasan Allah.

Kisah ini berlatarbelakangkan Australia kerana watak-watak ini merupakan
pelajar diuniversiti disana. Watak Uzair dikatakan dari keluarga yang sederhana dan
Suzie dari keluarga berada tetapi Uzair mampu memiliki kereta di sana. Hana
Suziela… Dia dibesarkan dengan kemewahan, namun serba-serbi kekurangan; kurang
sifat kasih sayang dan asas hubungan sesama insan. Arah tujunya penuh dosa dan
noda, paksinya dibelenggu dengan hawa nafsu. Kebahagiaan yang dicari tidak pernah
abadi, lantas dirinya mula mempersoalkan kewujudannya di atas muka bumi. Namun
dia tetap beruntung kerana dihadirkan orang-orang yang baik di sekelilingnya22.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Takdir juga telah mempertemukan dia dengan Uzai tatkala dia
sedang lemas dalam putus asa dan kekecewaan. Kemunculan lelaki itu
telah memberikan seribu satu perubahan dalam dirinya, mengajarnya
hakikat hidup yang sebenar.

Mungkin itulah ujian untuk menguji sejauh mana keimanan seorang
hamba pada Tuhannya. Hampir tertewas, nasib baik ada sahabat yang
kembali menariknya ke jalan yang benar. Mencari jalan pulang, Jalan
cerita yang sarat dengan perasaan sedih, rendah diri, kasih sayang.
Manusia hanya merancang, hanya Allah yang boleh menentukan
pengakhiran kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Rosni Poin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

23

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: JANGAN BENCI CINTAKU
Penulis: EMY ROBERTO

Diterbitkan Oleh: Idea KREATIF PUBLICATION
Bil. Muka Surat: 570

ISBN: 978-967-2137-32-0
Harga: RM21.75

Novel “Jangan Benci Cintaku”, karya Emy Roberto. Berkisar mengenai
pergolakan rumah tangga Shahrizal dan Rafeeqa disebabkan kesilapan masing-masing.
Namun, perlahan-lahan mereka kembali membina kepercayaan walaupun satu demi
satu halangan datang menimpa.

Rafeeqa terpaksa berkahwin dengan Shahrizal, calon pilihan keluarganya ketika
usianya masih muda dan mentah. Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta. Bagi
Shahrizal, tiada masalah untuk mencintai Rafeeqa, tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu
satu bebanan. Dan oleh sebab itu, bila dapat peluang melanjutkan pelajarannya keluar
negara, Rafeeqa tak berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut. Sambung
belajar menjadi alasan. Walaupun Shahrizal berat hati, namun terpaksa juga
dilepaskan isterinya pergi ke Sunderland, setelah Rafeeqa berkeras dengan
keputusannya.

Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Apa sahaja kehendak
Rafeeqa diturutkannya. Sharizal memang sayang pada isterinya. Namun, segalanya
berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa
mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan. Kembali dan mahu24berubah.
Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal
Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tetapi.. Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia
sudah terlewat. Rupanya Shahrizal sudah ada orang ketiga, penganti
dirinya, yang kononnya lebih baik daripada Rafeeqa. Tapi, dia tetap
tidak mahu mengalah. Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali
menyintainya.

Kepulangan Rafeeqa membongkar segala kecurangan Shahrizal.
Pada masa ini dia mula emosi pada Shahrizal. Ya lah.… isteri begitu
gigih menghabiskan pengajian, dia pula sibuk bermain cinta dengan
perempuan lain. Isteri mana yang tidak marah, bila suami sendiri
dirampas orang. Cuma bagi Rafeeqa, dia sedar kedudukan dirinya di sisi
Shahrizal. Mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Memang tidak
mudah bagi Rafeeqa. Dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan
Shahrizal, Nek Pah yang tidak pernah mengiktiraf kedudukannya
sebagai cucu menantu dan juga Irwan (sepupu Rafeeqa) yang tidak habis-
habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Rosni Poin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

25

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : MENANGANI KESIHATAN CARA HOLISTIK : STROK
PENULIS: REDAKSI AGROMEDIA

PENERBIT: S.A.MAJEED & CO.SDN BHD
MUKASURAT: 83

NOMBOR KELAS: MAN 616.8106 STR
NOMBOR AKSESI: 0003371475
ISBN: 9789673719051
HARGA: RM11.92

Buku yang bertajuk Cara Holistik Menangani kesihatan penyakit strok
merupakan buku hasil pihak Redaksi AgroMedia dengan kerjasama dua orang editor
iaitu Dr. Hassan Noor dan Nor Hanis Hashim. Buku ini mengandungi sebanyak 5 bab
yang berkaitan dengan penyakit strok atau lebih dikenali sebagai angina ahmar. Strok
yang kita tahu bahawa penyakit ini merupakan penyakit yang amat popular dalam
masyarakat kita dan antara penyakit yang menyerang manusia secara senyap tanpa
sebarang amaran malah ramai penghidapnya tidak menyedari mereka mempunyai
risiko diserang strok ini serta adalah sangat sedikit penghidap strok yang boleh pulih
seperti sedia kala. Selain itu, ianya juga dikategorikan sebagai satu penyakit yang
merbahaya kerana boleh menyebabkan kecacatan kekal di peringkat dewasa. Kerajaan
juga telah menunjukkan satu statistik hospital – hospital berkenaan dengan
peningkatan ketara pesakit strok dan kematian yang diakibatkan oleh strok. Menurut
penulis, kadar peningkatan penyakit strok ini merupakan kesan daripada kegemukan
akibat pola pemakanan yang kaya dengan lemak atau kolestrol. Pada bab yang
pertama penulis lebih memfokuskan tentang cara untuk menghindari strok dengan
menjalani pola hidup sihat. Menurut penulis strok adalah satu situasi di mana
berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau lebih dikenali sa26lur darah
pecah.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Berdasarkan penyebabnya strok dibahagikan kepada dua jenis iaitu strok
iskemik dan strok hemoragik. Strok iskemik terjadi pada sel-sel otak yang
mengalami kekurangan oksigen dan nutrisi yang disebabkan penyempitan pada
pembuluh darah manakala strok Hemoragik adalah strok pendarahan yang terjadi
akibat pecahnya pembuluh darah di otak. Faktor yang tidak dapat diubah berkenaan
dengan strok ini adalah faktor keturunan,jenis kelamin,umur dan ras.Terdapat juga
faktor yang dapat diubah dari di serang strok ini iaitu hipertensi,penyakit
jantung,diabetes mellitus,obesity dan hiperkolesterol. Oleh itu untuk menghindari
strok ini adalah dengan memperbaiki gaya hidup kita. Di bab yang kedua pula
penulis menerangkan tentang cara untuk mengatasi strok dengan mengamalkan
terapi herba dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana herba ini
mempunyai banyak manfaatnya dan antaranya ialah dapat membaiki kerosakan
jaringan sel otak dan sel – sel saraf setelah serangan strok. Seterusnya bab ketiga
iaitu kaedah yang boleh digunakan oleh para pembaca untuk mengatasi strok adalah
dengan terapi diet. Ini disebabkan penyakit strok ini biasanya mempunyai
hubungkait dengan jenis pemakanan yang diambil sehari-hari. Oleh itu, diet yang
seimbang dalam pemakanan adalah disarankan oleh doktor. Menu sihat untuk
penghidap strok pula dibincangkan pada bab yang keempat dalam buku ini. Menu –
menu yang disenaraikan adalah makanan yang mempunyai khasiat dan sesuai
dimakan oleh penghidap strok.

Penulis juga ada menyelitkan resepi bagi memudahkan pembaca untuk
menyediakan jamuan yang disarankan. Bab yang terakhir iaitu bab 5 cara dalam
mengatasi strok dengan menggunakan terapi jus. Jus dikatakan sebagai terapi yang
dapat membantu pesakit yang menghidap strok. Terdapat beberapa jenis buah –
buahan yang dapat membantu mencegah mahupun mengubati strok. Antaranya
ialah brokoli, jagung manis, epal, nenas dan sebagainya. Penulis juga ada
menjelaskan vitamin atau khasiat yang terkandung di dalam setiap buah – buahan
yang disenaraikan. Secara keseluruhannya, buku ini sangat bermanfaat dan dapat
membantu kepada para pembaca terutamanya yang menghidap atau ahli keluarga
yang menghidap penyakit ini kerana di dalam buku ini mengandungi pelbagai
maklumat yang sedikit dan sebanyak yang dapat membantu para pembaca
mengatasi serta menghindarkan diri dari diserang strok.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila

kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh, 27
Jacquline J.Angian.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: The Forgotten Jungle Medicine Of
Taman Negara Pahang
Penulis : Musa Nordin

Penerbit: Malaysian Pharmaceutical Society
( Penang Area Committee ). Pulau Pinang. 2007.

MukaSurat: 154
No Panggilan: MAC 615.32109M MUS

ISBN No: 978-9-8342-3030-2
Kategori Buku: Bukan Fiksyen, Tumbuhan Herba

dan Perubatan

Jauh sebelum ada alat kontraseptif, orang asli sudah mempraktikkan
kawalan kelahiran dengan ubat herba mereka sendiri. Sebahagian tanaman
Jambol Cer’ut dan Pokok Perancang direbus dan dimakan dan kesannya
tidak berbeza dengan pil kawalan kelahiran moden.

Datuk Musa Nordin, pengarang The Forgotten Jungle Medicine
Taman Negara Pahang, mengatakan bahawa penduduk asli Taman Negara -
salah satu hutan tertua di Malaysia dan antara kumpulan gen biodiversiti
terkaya di dunia - mempunyai banyak rahsia menarik lain untuk dikongsi.
Buku ini juga memaparkan ilustrasi gambar pokok herba dan penerangan
kegunaannya terhadap perubatan.Dia menulis buku itu dengan bantuan
beberapa orang penyelidik dari USM, UKM, penyelidik syarikat 2f8armasi,
renjer dan warden Perhilitan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Terdapat beberapa amalan penduduk asli turut dimuatkan dalam
buku ini. Ketika disengat oleh ulat, penduduk asli akan menggosok-
gosokkan makhluk itu dan memasukkan jus perutnya pada luka yang
bengkak. Kedengarannya aneh tetapi praktik ini telah diikuti selama
beberapa generasi. Buku ini mengandungi banyak lagi amalan menarik
seperti menggunakan abu dari ramuan bakar dan bukannya serbuk
talkum pada bayi baru lahir. Buku ini mengandungi lima bab yang
meliputi pengenalan Taman Negara Pahang, Penghuni Taman Negara
seperti orang Melayu, orang Batek dan orang Semaq Beri. Tumbuh-
tumbuhan yang mengandungi nilai perubatan. Pemuliharaan lestari dan
contoh kerja-kerja yang dilaksanakan. Pengalaman sepanjang ekspedisi
menelusuri hutan Taman Negara Pahang.
Musa, yang merupakan bekas ketua pengarah Jabatan Hidupan Liar dan
Taman Negara (Perhilitan), menulis buku hardcover dengan bantuan
Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan penyelidik syarikat farmaseutikal dan penjaga dan warden
Perhilitan.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur pembaca
khususnya pelajar, pengkaji mahupun orang awam.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

29

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU: BAHASA DUSUN KIMARAGANG
PENULIS: RASIMI LINGGANG

PENERBIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
MUKASURAT: 185

NOMBOR KELAS: MAN 499.28 RAS
NOMBOR AKSESI: 0003710864
ISBN: 9789834922320
HARGA: RM24.00

Buku yang bertajuk Bahasa Dusun Kimaragang merupakan sebuah hasil

karya Encik Rasimi Linggang dan merupakan satu inisiatif penulis bagi

memastikan bahasa etnik di Sabah masih terpelihara dalam perubahan

sosioekonomi dan sosiofizikal masyarakat pada masa kini.

Buku ini juga mengandungi sebanyak 5 bab. Pada bab yang pertama, penulis

memberi kupasan mengenai asal usul etnik Sabah dan juga Dusun Kimaragang.

Laman sesawang yang beralamat https://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun

ada

menyatakan bahawa KadazanDusun merupakan kelompok penduduk peribumi

yang terbesar yang menetap di negeri Sabah sejak zaman dahulu lagi. Selain itu

dalam laman tersebut juga menyatakan bahawa kaum ini dikenali sebagai
“Momogun” atau “Mamasok” yang membawa maksud “ Orang Asli”. Namun

demikian teori ini masih belum mendapat pengesahan kerana sumbernya masih

belum jelas, walaubagaimanapun sumber ini diguna pakai memandangkan
30
wujudnya perkaitan dalam masyarakat pada masa kini.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Menurut penulis Dusun Kimaragang merupakan salah satu etnik
KadazanDusun yang menetap di beberapa daerah di Sabah iaitu Pitas dan
Kota Marudu. Namun, sebilangan besar etnik ini menetap di Daerah Kota
Marudu. Menariknya,ciri-ciri bahasa yang diguna pakai tidak sama,hal
ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuklah
status penuturnya sendiri sama ada penutur asli atau penutur muda.

Faktor kedua ialah faktor sosioekonomi iaitu merujuk anjakan
pendidikan dan ekonomi.Faktor ketiga pula disebabkan faktor budaya
iaitu penutur yang tinggal dengan etnik lain dan terpaksa berasimilasi
dengan mereka. Perbezaan antara penutur ini dapat dilihat melalui
komunikasi penggunaan bahasa yang banyak menggunakan ciri bahasa
etnik terutama ciri bahasa Dusun Bundu. Pada bab yang kedua, penulis
membincang tentang perkaitan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Dusun,
berdasarkan kupasan dalam sosiolingustik hubungan antara bahasa
Melayu dengan bahasa Dusun hanya ditandai melalui kelompok yang
sama, iaitu kelompok Austronesia.

Namun, dari segi hubungan kenegaraan menampakkan hubungan
yang amat rapat kerana bahasa Dusun di Sabah iaitu di Kepulauan
Borneo dan bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia berada dalam
pentadbiran yang sama. Menurut Asmah Haji Omar, hubungan antara
bahasa di Sabah dengan bahasa Melayu diperlihatkan perkaitannya
menerusi perbandingan sistem bunyi,sistem bilangan,kata ganti nama diri
dan modus perintah. Bab ini juga turut menerangkan beberapa aspek
iaitu hubungan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Sukuan,

Kepentingan Bahasa Sukuan dalam Bahasa Melayu dan
Kepentingan Bahasa Melayu dalam Bahasa Sukuan. Asmilasi dalam
Bahasa Dusun dibincang dalam bab ketiga, aspek yang dikupas ialah
faktor asimilasi, tatacara asimilasi, kosa kata yang telah berasimilasi dan
kosa kata yang tidak berasimilasi.Pada dasarnya, asimilasi wujud akibat
daripada adanya proses globalisasi maka proses sosial dan interaksi
sosial dilakukan oleh manusia dalam lingkungan sosial yang luas.
Asimilasi juga merupakan salah satu faktor menyumbang terhadap
wujudnya proses pemaduan sama ada dalam bahasa atau31 dalam
kebudayaan.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Kajian telah dilakukan terhadap proses pengimbuhan dalam bahasa
Dusun Kimaragang ini dan mendapati bahawa proses pengimbuhan
adalah berdasarkan teori morfologi. Di bab yang terakhir iaitu bab lima,
penulis lebih memfokuskan proses imbuhan akhiran, apitan dan sisipan.
Bab ini membincangkan dua proses imbuhan yang terdapat di dalam
Bahasa Dusun Kimaragang ini iaitu imbuhan akhiran dan imbuhan apitan
di mana kedua – dua imbuhan ini turut memberikan kesan yang besar
dalam usaha membina sebuah ujana khusus untuk memberi nafas baharu
kepada bahasa Dusun Kimaragang.

Secara keseluruhannya, buku ini sangat membantu para pembaca
dalam menguasai bahasa etnik di Sabah terutamanya bahasa Dusun
Kimaragang. Hal ini demikian kerana penulis telah menjelaskan secara
terperinci beberapa aspek yang penting dalam mempelajari bahasa Dusun
Kimaragang ini. Buku ini juga sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan
kepada para pengkaji bahasa - bahasa etnik di Sabah khasnya yang ingin
mempelajari bahasa Dusun Kimaragang ini agar bahasa Dusun Kimarang
ini tidak hilang ditelan arus zaman kemodenan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh, 32
Jacquline J.Angian.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Kisah Hidup Seniman Agung P.Ramlee
Pengarang: Abdullah Hussain

Penerbit: Dewan bahasa Dan Pustaka
Muka Surat: 279 Muka Surat

No Panggilan: MAR 927.914309M ABD
ISBN No: 978-983-49-0596-5
Harga Buku: Rm20.00

Buku Kisah Hidup Seniman agung P.Ramlee yang ditulis Abdullah
Hussain dan diterbitkan sebagai santapan masyarakat mengenai liku-liku
kehidupan seniman agung P.Ramlee.

Allayarham seniman agung Tan sri P.Ramlee telah meninggalkan
peminatnya semenjak 29 mei 1973.Namun nama beliau tetap segar dalam
ingatan malah hasil karyanya masih setia menjadi wadah tontonan di kaca
televisyen meskipun dengan perkembangan teknologi yang semakin
meluas.

33

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Sesungguhnya beliau berkebolehan yang luar biasa dalam seni
berlakon,bernyanyi,berlawak,bermain alat muzik,mengarah filem dan
menghasilkan lagu sehinggakan bakatnya terserlah di seluruh pelesok
nusantara.Masyarakat umum hanya mengenali Tan Sri P.Ramlee setelah
belaiu berada dikemuncak kejayaan tetap tidak mengetahui kepedihan
dan penderitaan yang terpaksa dilaluinya dalam menempa
kejayaan.Menerusi buku ini diceritakan segala peristiwa demi peristiwa
persembahan dan liku-liku kehidupan insan yang bernama P.Ramlee.Dia
sudah lama meninggalkan kita tetapi jasa dan seninya tetap dikenang dan
masih bertahan sehinggalah ke hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Lawrance Angansuk.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

34

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Bahaya Penggodaman Komputer
Pengarang: Amir Zakaria

Penerbit: Content Plus SDN BHD
Muka Surat: 40 Muka Surat
No Panggilan: MJN 175 AMI
ISBN No: 978-967-356-312-8
Harga Buku: Rm17.60

Buku bukan fiksyen keselamatan dan etika melayari internet yang

bertajuk Bahaya Penggodaman Komputer tulisan Amir zakaria sesuai

dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat

Teknologi internet menguasai ruang kehidupan namun turut membawa

pelbagai gejala yang memudaratkan kepada generasi muda.Antaranya

terdapat banyak laman web yang membabitkan penipuan siber,pornografi

dan sebagainya
“Hacking” atau dalam bahasa malaysia,”penggodam”,bukanlah

perkara yang baharu.Ia telah bermula bersama perkembangan awal dunia

computer sejak awal era 1960-an apabila ada pihak yang berniat jahat

menggunakan internet.Menerusi kepada pembacaan bahan ini pembaca

akan lebih mengetahui jenis-jenis serta kategori penggodam mengikut

keupayaannya memusnahkan kepentingan orang lain.

35

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Serangan penggodam mengakibatkan kerugian yang banyak dan
membawa kesan yang buruk kepada individu dan sistem pentadbiran
Negara.Lebih memburukkan keadaan lagi sekiranya aktiviti atau virus ini
tidak dibendung dan dibenteras dari awal lagi kerana akan merosakkan
pelan perancangan pembangunan.buku ini sangat membantu generasi
muda dalam mengetahui serba sedikit tentang budaya mengodam ini
serta kesannya terhadap masyarakat dan Negara Khususnya

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Lawrance Angansuk.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

36

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Minda Positif
Penulis : Julian Melgosa
Penerbit: Safeliz. 2014.
MukaSurat: 331

No Panggilan: MAR 158.1 MEL
ISBN No: 978-84-7208-501-5

Kategori Buku: Bukan Fiksyen, Motivasi, Psikologi,
Kehidupan dan Kesihatan

Memperkembangkan minda yang sihat, dalam kata-kata Profesor
Melgosa sendiri, adalah ‘sebuah buku yang sesuai untu percetakan awam.
Di mana mereka semua boleh memahami dan menerapkan prinsip-prinsip
terkandung untuk membantu diri sendiri atau orang lain tanpa mengira
latar pengetahuan masing-masing dalam bidang psikologi mahupun sains
tingkahlaku.’

Buku ini mengandungi enam bab meliputi tiga tema penting, iaitu, 1)
masalah mental yang tertumpu pada diri sendiri, 2) maslah yang dihadapi
dengan orang lain dan , 3) cara-cara menangani kedua-dua masalah
tersebut. Dari mula lagi, buku ini telah berjaya mengunci minat pembaca.

37

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Salah satu petikan menarik kajian kes yang mampu membangkitkan inspirasi
dikongsikan dalam naskah ini, iaitu pada bab pertama : ‘ Sebelum ini, selama tiga puluh
tahun pertama, Arlene menyangka bahawa nikmat kebahagiaan itu hanya bergantung
kepada nasib semata-mata. Ada yang memilikinya, dan ada yang tidak. Namun
berdasarkan pengalaman peribadinya baru-baru ini, dia mendapati bahawa semua orang
berpeluang membuat banyak pilihan dalam kehidupan mereka. Dia juga mempelajari
bahawa sebahagian besar daripada kebahagiaan dikecapi itu sebenarnya boleh diperolehi
menerusi keputusan peribadi…..Sehingga kini dia masih kagum dengan betapa besarnya
manfaat mengetepikan kepentingan diri.’

Gaya pemikiran positif seharusnya dijadikan satu aktiviti mental yang tetap dan
berterusan. Ia juga patut diperluas ke segenap aspek kehidupan. Perkembangan harga diri
berpunca dari dua sumber asas iaitu diri sendiri dan orang yang berinteraksi dengan kita.
Kata-kata yang diucap atau didengar kita boleh memberikan kesan penerimaan atau
penolakan, serta galakan atau kekecewaan. Keadaan bahagia terdiri dari usaha memilih
tindakan, perasaan, dan pemikiran yang sesuai. Kebahagiaan yang dicapai adalah
bergantung kepada kehendak. Harapan adalah satu-satunya sumber dorongan paling
penting bagi manusia.

Pembawaan optimis dan kebolehan memelihara hubungan baik, merupakan
ciri utama yang mampu mencegah penyakit mental. Kesihatan mental boleh didorong
melalui pengelakan emosi-emosi negatif ( benci, berang, bersangka buruk, iri hati, kecewa,
sedih dan tidak sabar… ) sambil memberikan fokus kepada emosi-emosi positif.

Penulis buku ini Julian Melgosa merupakan seorang pemegang Phd dalam bidang
Psikologi. Beliau adalah mantan presiden AIIAS ( sebuah universiti yang terletak di
Filipina ) dan pernah menjadi profesor di Open University ( UK ). Beliau kini berkhidmat
sebagai Dekan Fakulti Pendidikan dan Psikologi di Walla Walla University ( Washington,
AS ). Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur pembaca khususnya pelajar,

pengkaji mahupun orang awam.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh, 38
Maslianah Hj.Mohd Shom.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : PEMAKANAN & KESANNYA TERHADAP
PEMBENTUKAN PERIBADI MUSLIM

PENULIS: USTAZ ZAKARIA B.TALIB AL-REMBAWI
PENERBIT: PUSTAKA ILMI
MUKASURAT: 147

NOMBOR KELAS: MAN 297.57 PEM
NOMBOR AKSESI: B01904946K
ISBN: 9789830982694
HARGA:RM10.00

Buku pemakanan dan kesannya terhadap pembentukan peribadi

muslim merupakan hasil karya seorang ustaz yang bernama Ustaz Zakaria

B. Talib Al-Rembawi. Penulis lebih memfokuskan tentang makanan

muslim di dalam buku penulisannya. Buku ini mengandungi Muqaddimah

yang akan menjelaskan tentang pengaruh makanan serta dahil dan

hubungan amalan soleh oleh faktor pemakanan. Selain itu, sebab dan kesan

pemakanan terhadap jasmani yang juga akan membincangkan makanan

yang beracun dan yang meninggalkan sunah. Seterusnya, kesan pemakanan

terhadap rohani yang mana di dalam buku ini penulis lebih menfokuskan

kesan pemakanan rohani yang boleh membutakan hati, merosakkan zuriat,

tidak takut melakukan maksiat dan juga memutuskan makrifat dengan

Allah. 39

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Seterusnnya, keprihatinan Nabi dan Sahabat terhadap makanan. Di
sini, penulis memceritakan sedikit tentang peristiwa tentang Abu Bakar
dengan makanan tukang tilik, Umar memuntahkan susu yang
diminumnya. Penulis juga turut menjelaskan tentang hukum, kesan dan
kebencian ulama terhadap rokok.

Bukan itu sahaja, keburukan, kisah harut dan marut, pengharaman,
hukuman dan kesan pengambilan arak dalam kehidupan seorang umat
Islam juga ada dibincangkan oleh penulis di dalam buku ini. Akhir sekali,
penulis akan menjelaskan hukum yang berkaitan dengan binatang.

Menurut penulis, setiap daging haiwan yang dimakan oleh manusia
mengandungi hormon - hormon yang akan mempengaruhi pertumbuhan
badan manusia. Secara keseluruhannya, buku ini sangat baik terutamanya
untuk mereka yang beragama islam. Hal ini dikatakan demikian kerana
penulis akan menjelaskan secara terperinci tentang makanan yang boleh
dimakan menurut garis panduan yang telah ditetapkan Allah dan
Rasullullah s.a.w.

Ini bertujuan supaya dapat memilih makanan yang sihat, bersih dan
sekaligus boleh membina pertumbuhan rohani dan jasmani yang
sempurna

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Arthur J.Angian.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

40

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : KOLEKSI CERITA-CERITA DONGENG
PENGEDAR TUNGGAL : MIND TO MIND (M) Sdn. Bhd.

MUKASURAT: 128 Muka Surat.
ISBN NO : 978-967-331-601-4
NO KELAS :MJF KOL
HARGA : RM21.00

JENIS BUKU : MALAY JUVENILE FICTION

BUKU yang bertajuk “KOLEKSI CERITA-CERITA DONGENG”
adalah buku siri cerita popular yang tidak luput di telan zaman di kalangan
kanak-kanak. Buku ini sangat menarik untuk kanak-kanak dan ibubapa
membaca dan bercerita bersama anak-anak mereka.

Buku ini mengandungi koleksi cerita-cerita dongeng yang popular

untuk kanak-kanak. Bergembiralah apabila membaca cerita-cerita dalam

koleksi ini sambil belajar mengenali budaya dan tradisi masyarakat

setempat. Bahan bacaan fiksyen ini turut memuatkan unsur nilai murni dan

ilustrasi yang berwarna-warni pada setiap cerita. 41

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Bagi kanak-kanak yang baru belajar membaca, buku ini adalah
sangat sesuai untuk mereka kerana buku ini di tulis dan dicetak warna
warni mengikut suku kata dengan penuh gambar-gambar yang berwarna
warni bagi menarik minat serta untuk memudahkan kanak-kanak
membaca.

Antara judul-judul cerita dalam siri ini adalah:
-Cinderella
-Puteri Duyung
-Aladdin dengan Lampu Ajaib
-Anak Itik Yang Hodoh
-Puteri Salji dengan Tujuh Orang Kerdil
-Puteri Beradu
-Si Comel Bertudung Merah
-Jack Dengan Kacang Ajaib

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Beatruce Saili.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

42

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU: PERMAINAN UNTUK ANAK TATIH 12 HINGGA
18 BULAN: AKTIVITI BERSAMA IBU BAPA.
PENGARANG : Jackie Silberg.

PENERBIT : Di Malaysia, Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur, 2011.

MUKASURAT : 123 Muka Surat.
ISBN NO : 978-967-362-027-2
NO KELAS :MAN 649.5 SIL
HARGA : RM21.00

JENIS BUKU : MALAY NON FICTION

Anak tatih menurut kamus Dewan, bermakna anak yang baru mulai belajar berjalan.
Ketika seorang kanak-kanak menginjak usia tiga tahun, mindanya telah membentuk
lebih kurang 1000 trillion hubungan, iaitu dua kali ganda daripada orang dewasa, dua
kali ganda lebih aktif daripada pelajar kolej dan menyerap serta mengurus maklumat
baharu lebih pantas daripada otak orang dewasa.

BUKU yang bertajuk “PERMAINAN UNTUK ANAK TATIH 12-18 BULAN:
AKTIVITI BERSAMA IBU BAPA” adalah buku yang menarik dan mengandungi
pelbagai permainan yang menyeronokkan, inovatif dan memberangsangkan anak anda.
Buku ini dapat membantu anda mengembangkan pelbagai kemahiran anak-anak yang
berusia sekitar 12 – 18 bulan untuk tumbuhbesarannya. Antara permainan yang
disarankan adalah seperti membina bongkah, berbisik semasa suasana senyap,
bermain dengan alat mainan ataupun bergelak ketawa bersama-sama, yang mana anda
akan menemui idea yang sangat menakjubkan untuk berseronok dengan anak anda

43

dan membantunya belajar. Nikmati keseronokannya bersama anak anda.

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tiada apa yang paling bernilai bagi seorang anak tatih selain melihat
dunia luar, menjatuhkan makanan di atas lantai, berlari ke sana sini, atau
mendengar cerita dan lagu yang sama berulang kali. Anak tatih belajar
daripada semua pengelaman di atas.
Permainan yang terdapat dalam buku ini telah pun dimainkan oleh orang
dewasa bersama anak tatih. Ia diperolehi daripada budaya dan latar belakang
etnik pelbagai kaum. Permainan ini juga telah dipilih secara teliti mengikut
peringkat umur. Antara permainan yang mudah adalah seperti :- Permainan
Menconteng, Meniup Buih, Lihat Hujan Itu, Ba, Ba, Cak dan banyak lagi
yang dapat membantu anak tatih anda mempelajari pelbagai kemahiran,
seperti:
- Keseimbangan
-Koordinasi
-Penyelesaian Masalah
-Bahasa
-Kemahiran Motor
-Kreativiti
-Pendengaran
Anda dan anak tatih anda akan merasa pengelaman yang menyeronokkan
apabila melakukan aktiviti yang menceriakan.

Penulis buku ini, Jackie Silberg merupakan jurucakap, guru dan pelatih
untuk perkembangan awal kanak-kanak dan muzik. Buku ini telah diterbitkan
di Malaysia oleh Al-Ameen Serve Holdings, untuk bacaan rakyat Malaysia

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh, 44
Beatruce Saili.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU: RAHSIA KESIHATAN DARI KIWI
PENULIS: PANGKALAN IDE

PENERBIT: SYNERGY MEDIA DIVISI PENERBITAN
MUKASURAT: 131

NOMBOR KELAS: MAN 615.32366 PAN
NOMBOR AKSESI: 0003370231
ISBN: 9789673719419
HARGA: RM13.52

Buku yang bertajuk rahsia kesihatan kiwi adalah hasil karya Pangkalan Ide
mengandungi tiga tajuk iaitu Pendahuluan: buah eksotik pencegah penyakit,Semasa:
kiwi Vs ciku dan penutup : makan buah jadi sihat dan setiap tajuk besar mempunyai
beberapa sub tajuk. Buah kiwi mengandungi beberapa nutrisi yang berkhasiat iaitu
zink,polifenol,karotenoid,asid folik vitamin E,serat,vitamin
C,kalium,kalsium,fosfor,magnesium,selenium,tembaga dan zat besi. Menurut penulis
para pakar gizi tidak pernah jemu memuji kehebatan buah-buahan dalam memerangi
penyakit kanser. Pada masa kini semakin banyak orang mengemari jus buah-buahan
kerana selain menyingkirkan toksin,buah-buahan dipercayai dapat membuatkan kita
awet muda.

Selain itu,buah-buahan yang secara spesifik mengandungi zat antikanser adalah
buah kiwi, dipercayai buah kiwi mengandungi klorofil yang unik dan beta karoten
dalam isi buahnya. Walaupun bukan buah dewa,ternyata buah kiwi ini memiliki
banyak khasiat salah satunya adalah menjaga tubuh supaya tetap awet muda. Buah
kiwi ini memang boleh dijadikan salah satu bahagian dalam memenuhi nutrisi untuk
meningkatkan taraf kesihatan kita, kerana dengan kesihatan yang sentiasa terjaga
pastinya usia kita akan lebih panjang serta kualiti hidup yang lebih baik. 45

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Di seluruh dunia, terdapat lebih 100 jenis buah kiwi yang berbeza,

di Malaysia umumnya kita baru mengenali buah kiwi yang isinya

berwarna hijau. Zespri International telah mengembangkan jenis baru

iaitu jenis kiwi gold, oleh sebab itu selain kiwi berwarna hijau yang

memiliki rasa sedikit masam,kini terdapat juga buah kiwi jenis gold

dengan isinya berwarna kuning keemasan dan rasanya lebih manis.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Zespri International dalam

meneliti manfaat dan menyempurnakan kualiti produk buah kiwi,

ternyata buah kiwi memang mengandungi banyak zat gizi dan

antioksidan berbanding buah-buahan lain. Tidak dinafikan bahawa buah

kiwi mempunyai banyak kandungan nutrisi,antaranya vitamin E sebagai

antioksidan dan diperlukan untuk kesihatan jantung, asid folik untuk

mencegah kecacatan pada bayi, sama ada untuk perkembangan otak dan

mencegah penyakit kardiovaskular serta kalium untuk menjaga keadaan

tekanan darah dan jantung. Buah kiwi juga kaya dengan pelbagai mineral

berkhasiat iaitu kalium,magnesium,kalsium,tembaga,zink mangan dan

fosfot.

Buah kiwi juga bermanfaat untuk meningkatkan daya serap tubuh

terhadap zat besi dan juga mampu menaikkan kadar high-density

lipoprotein ( HDL). Terdapat dua buah kiwi yang berada di pasaran iaitu

buah kiwi hijau dan buah kiwi emas, buah kiwi ternyata mengandungi

hamper seluruh vitamin dan mineral essensial yang menyihatkan dan

diperlukan tubuh kita.

Satu kajian yang dijalankan oleh Rutgers University

membandingkan 27 buah paling popular dan mendapati buah kiwi paling

padat dengan gizi termasuk buah yang mengandungi vitamin E.

Kandungan lutein penyelamat penglihatan juga lebih tinggi berbanding

buah atau sayuran lain. Didapati buah kiwi ini juga dapat melindungi

mata daripada Age-related Mascular Degeneration ( ARMD). Fakta

tersebut diperolehi berdasarkan penelitian oleh Archives of

Ophthalmology yang membuktikan bahawa memakan tiga atau lebih

sajian buah per hari termasuk buah kiwi dapat mengurangkan 36% risiko

terkena penyakit mata yang disebut ARMD. 46

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Buah kiwi mengandungi karotenoid lutein – pigmen antioksidan
yang bermanfaat melindungi kesihatan mata terutama mencegah
kebutaan akibat usia tua, selain itu buah kiwi juga disaran kepada
penghidap diabetes,hipertensi,penyakit jantung,pesakit strok dan juga
bermanafaat terhadap saluran pernafasan. Buah kiwi juga memiliki
manfaat untuk kulit jika dibuat sebagai masker di mana kandungan
vitamin,asid organik dan antioksidannya dapat memberikan manfaat
sebagai tonik sekaligus memberi terapi untuk kulit. Menurut penulis lagi
buah kiwi ini mengandungi klorofil berguna sebagai pencuci bahagian
dalam tubuh manusia,klorofil mengandungi nutrisi yang diperlukan
untuk menyeimbangkan tubuh manusia sehingga boleh dibersihkan.

Dalam bab kiwi vs ciku penulis menyatakan bahawa buah kiwi
juga dapat mengawal berat badan kerana kandungan lemak dan tenaga
adalah rendah serta mampu meningkatkan kemampuan otak. Selain itu
dalam bab ini juga penulis berkongsi maklumat cara mengolah dan
menyimpan buah kiwi ini. Manakala buah ciku menurut penulis buah
ciku sebagai buah yang manis rasanya selain kaya gula, juga
mengandungi zat gizi lain yang baik untuk kesihatan jantung dan
pembuluh darah dan juga sebagai ubat sembelit serta cirit-birit. Penulis
turut mengupas jenis-jenis ciku, kegunaan getah ciku dan cara menanam
buah ciku ini Justeru itu buah kiwi dan ciku masing-masing menpunyai
kelebihan khasiatnya dalam aspek kesihatan malah kedua-dua buah ini
boleh dijadikan pelbagai hidangan lazat yang sihat.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan
melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui
ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh, 47
Jacquline J.Angian.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : ASAS PERCETAKAN SUTERA SARING
PENULIS : MOHAMMAD KHIZAL MOHAMED SAAT

PENERBIT : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
MUKASURAT : 72

NOMBOR KELAS : MAN 746.6 MUH
NOMBOR AKSESI : 0003079728
ISBN: 9789838614634
HARGA: RM32.00

Asas percetakan sutera saring adalah hasil karya mohammad Khizal Mohamed
Saat dan mengandungi empat bab. Penerbitan buku ini adalah untuk berkongsi
maklumat tentang teknik-teknik asas yang terdapat dalam percetakan sutera saring
tersebut. Bab pertama penulis membincangkan definisi,prinsip,sejarah dan karya-
karya percetakan sutera saring ini. Menurut penulis meskipun perkataan cetakan itu
hanya mempunyai tujuh huruf tetapi ia membawa banyak konotasi dalam penghasilan
bentuk karyanya. Dalam sejarah seni cetakan sama ada di luar negara mahupun di
Malaysia, kita boleh membezakan empat jenis proses cetakan dan setiap satu
daripadanya membawa satu persamaan iaitu dakwat akan dipindahkan dari
permukaan cetakan sama ada dari permukaan kayu,plat tembaga,zink, mahupun
aluminium,batu atau skrin yang mempunyai imej,perbezaan itu boleh dilihat menerusi
penggunaan permukaan bagi tujuan mencetak. Cetakan sutera juga dikenali sebagai
cetakan sarigrafi iaitu proses cetakan grafik yang mudah.Keupayaannya untuk dicetak
dalam menghasilkan pelbagai produk seperti kad nama,poster,kain rentang,baju atau
fabric,plastic,permukaan kaca,metal,kayu mahupun permukaan kulit

48

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Kaedah penghasilan reproduksi ini bermula dengan proses memberi laluan
kepada dakwat menerusi kain sutera yang halus jalinannya, ia datang dalam
pelbagai jenis seperti poliester,organdi atau nilon. Cetakan skrin (silk) adalah antara
penghasilan grafik yang terawal, antara empat bidang cetakan tersbut ialah cetakan
timbul,cetakan benaman,cetakan litografi dan cetakan sutera saring. Secara amnya
sejarah mengetahui bahawa cetakan awal bagi stensil adalah menggunakan warna
yang diolah daripada bahan-bahan semulajadi. Dalam bab kedua penulis
membincangkan tentang bahan dan kelengkapan dalam cetakan sutera saring ini.
Setiap disiplin cetakan yang sedia ada seperti cetakan kayu,cetakan benaman atau
intaglio dan lain-lain memerlukan pengkhususan dalam penggunaan bahan mentah
mahupun peralatan khusus untuk menghasilkan kerja-kerja cetakan. Hal ini kerana
bidang cetakan merangkumi pelbagai jenis teknik yang memerlukan kelengkapan
yang khusus bagi setiap jenis cetakan yang akan dibuat. Teknik cetakan sutera
saring juga memerlukan keperluan- keperluan yang khusus dan ada setengahnya
direka khas untuk tujuan percetakan seperti penggunaan skrin nilon,squeegee,meja
cetakan,unit pendedahan ultraungu,penggunaan dakwat dan bahan-bahan lain.
Dikongsikan juga keperluan penyedian bingkai skrin,cara penyambungan
bingkai,skrin fabrik dan sifatnya,jenis-jenis fabric,cara meregangkan skrin dan cara
membuat kekemasan pada bingkai dan beberapa lagi peralatan yang perlu untuk
percetakan sutera saring ini.

Bab ketiga dikupas tentang kaedah dalam menghasilkan cetakan sutera saring
yang sering digunakan adalah seperti potongan kertas,filem,melakar secara terus
pada blok menggunakan pastel dan teknik fotografi. Terdapat 12 langkah-langkah
asas yang perlu dalam penghasilan cetakan sutera saring diantaranya adalah
pemilihan rekaan,penyediaan bingkai sutera saring,meregangkan skrin,penyediaan
sekuji dan memindahkan imej ke atas skrin. Apabila kerja-kerja menghasilkan
bingkasi yang mengandungi skrin siap maka kerja-kerja penghasilan stensil pula
akan dilakukan. Proses yang perlu dilalui untuk memastikan skrin yang digunakan
baik keadaannya ialah skrin hendaklah dicuci terlebih dahulu,proses pencucian
boleh dibuat dengan menggunakan bahan-bahan pencuci biasa selagi tidak
meroksakan skrin. Empat kaedah untuk menghasilkan percetakan stensil kertas
yang tidak menggunakan kaedh foto yang amat mudah dipraktikkan antara kaedah
tersebut ialah penggunaan kertas surih,laker /blockout, oil pastel,tusche atau gam
dan kaedah potongan filem.

49

Bersambung dimuka surat seterusnya……

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Kesimpulan penggunaan seni cetakan sutera saring ini dapat dilihat sebagai

satu komponen yang boleh diketengahkan sebagai ejen penghasilan karya seni
mahupun kerja-kerja yang bersifat komersial. Bermula daripada penggunaan stensil
sehinggalah penggunaan media foto sebagai bahan menghasilkan imej dan
kemudiannya dicetak pada sebarang permukaan,sutera saring dapat dilihat sebagai
cabang seni yang boleh diimbangi dengan penggunaan teknologi percetakan sutera
saring.

Buku ini juga dilengkapi dengan rajah dan gambar untuk memudahkan
pembaca memahami teknik penghasilan sebuah cetakan sutera saring ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

50

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau


Click to View FlipBook Version