ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Menangani Stress
Pengarang : Amirul Amin
Penerbit : Pustaka Rubiah
Muka Surat : 60 Muka Surat
No Panggilan : MJN 155.9042 AMI
ISBN No : 978-967-5087-32-5
Harga Buku : Rm19.60
Buku bukan fiksyen Pendidikan dan Psiko yang bertajuk Menangani Stress
tulisan Amirul Amin sangat sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat
Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang
terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh
seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.stres yang kerap
berlaku dan berterusan dalam jangka panjang boleh mendatang kan kesan negatif
serta menjejaskan kesihatan diri dan mental.
Menerusi pembacaan kepada buku ini pastinya dijamu dengan pelbagai ilmu
pengetahuan berkenaa stres.Antara yang terkandung dalam buku ini iaitu apa itu
stress,gejala stress dalam masyarakat,insomnia pada stress,fisiolog ketika stress serta
fenomena yang akan berlaku dan cara disamping tip-tip untuk menangani stress.
51
Bersambung dimuka surat seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Pendidikan adalah proses perubahan sikap dan tingkahlaku seseorang atau
sekelompok dalam usaha mendewasakan manusia.Masyarakat abad ini dilihat
mengalami pelbagai krisis kejiwaan sama ada dengan orang luar atau diri sendiri
tidak kira kanak-kanak,remaja dan dewasa yang masing-masing mempunyai tahap
gangguan jiwa dan emosi yang berbeza.Hanya dengan kawalan jiwa yang rapi
sahaja mampu membendung perkara ini menjadi lebih serius
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Lawrance Angansuk.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
52
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU: RAHSIA KESIHATAN DARI MEMPELAM
PENULIS: PANGKALAN IDE
PENERBIT: SYNERGY MEDIA DIVISI PENERBITAN
MUKASURAT: 135
NOMBOR KELAS: MAN 615.32377 PAN
NOMBOR AKSESI : 0003370353
ISBN: 9789673719433
HARGA: RM13.52
Buku yang bertajuk rahsia kesihatan mempelam adalah hasil karya Pangkalan
Ide dan setebal 135 mukasurat. Buah Mempelam sudah tidak asing bagi kita dan
didapati masih banyak tumbuh di kawasan perumahan. Mempelam tersenarai dalam
kelompok Mangifera yang terdiri 35 hingga 40 anggota dan suku Anacardiaceae,
nama ilmiahnya adalah Mangifera Indica. Buah mempelam ini berasal dari India dan
Burma dan terkenal di Asia tenggara semenjak 1500 tahun yang lalu. Pohon
mempelam termasuk tumbuhan tinggi yang struktur batangnya (habitus) termasuk
kelompok arboreus iaitu sejenis tumbuhan berkayu yang mempunyai ketinggian
pohon lebih dari 5 m iaitu pohon mempelam boleh mencapai ketinggian 10 - 40m.
Buah mempelam kaya dengan pelbagai fitokimia dan nutrisi dan buah ini juga
kaya dengan serat makanan prebiotik,vitamin C,polifenol dan karotenoid provitamin
A. Kulit dan biji mempelam mengandungi fitonutrisi seperti pigmen
antioksidan,karotenoid dan polifenol. Kandungan fitokimia dan nutrisi pada buah
mempelam ini bervariasi bergantung spesies mempelam, hamper 25 karotenoid
berbeza yang berhasil dipisahkan dari isi biji mempelam,kandungan paling banyak
adalah beta karoten berdasarkan warna pigmen kuning-oren pada kebanyakan spesies
53
mempelam
Bersambung dimuka surat seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Mempelam juga salah satu buah yang kaya dengan kalium, pengambilan
kalium yang memadai dapat mengurangkan kesan natrium dalam
meningkatkan tekanan darah dan sekaligus menyumbang terhadap penurunan
risiko terkena strok. Selain pengambilan kalium ekstra sebanyak 400 mg
setiap hari dapat mengurangkan kemungkinan terkena penyakit jantung dan
pembuluh darah. Menurut penyelidik makanan di Texas Agril Life Raisearch
di college station menemui mempelam amat berkesan memprogram sel-sel
kanser payudara dan kanser usus untuk membunuh atau apoptosis,walaupun
tahap antiaksidannya lebih rendah jika dibandingkan dengan blueberry dan
delima.Kapasiti antioksidan mempelam 4 hingga 5 kali lebih rendah
dibandingkan dengan anggur tetapi amat berkhasiat melawan sel kanser.
Kita sudah mengetahui beberapa khasiat biji mempelam ini
diantaranya dapat membantu mengawal tekanan darah,dapat membantu
mencegah anemia,memainkan peranan dalam pencegahan kanser serviks dan
memperkuat sistem imum, khasiat ini adalah dari kandungan mangiferin
dalam biji mempelam yang mana mangiferin mempunyai potensi sebagai
antioksidan dan agen antivirus. Buah mempelam selain enak juga boleh
membantu menjaga kesihatan kita , menurut Sanchez, ekstrak mempelam
memiliki kesan perlindungan yang berguna untuk menjaga kesihatan. Ekstrak
buah mentah dan ekstrak kulit batang dan daun mempelam juga mempunyai
khasiat sebagai antibiotik. Bunga atau kulit kayu yang kering dan rebusan biji
mempelam digunakan sebagai ubat pengelat dalam perubatan tradisional.
Mempelam juga berkhasiat membantu menyembuhkan berbagai - bagai
penyakit, diantaranya radang kulit, influenza,asma,gangguan penglihatan,gusi
berdarah,radang tekak,radang saluran nafas, sesak nafas dan luka. Selain itu
mempelam juga boleh mengatasi bisul,kudis,penyakit kulit,perut mulas,cirit-
birit,mabuk perjalanan, penyakit disebabkan oleh cacing,kurang selera makan,
keputihan,gangguan kitaran haid, hernia dan reumatik. Triterpenese dalam
mempelam iaitu lupeol merupakan inhibitor berkesan terhadap kanser kulit
dan prostat, lupeol juga berpotensi melawan kanser pancreas dan dijadikan
ubat kanser, dan merupakan komponen yang ditemui dalam mempelam pada
daya tumpuan tertentu akan memiliki antioksidan.
54
Bersambung dimuka surat seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Selain itu buah mempelam juga didapati sangat bermanfaat bagi mereka
golongan darah jenis O. Mempelam adalah sumber penting beta-karoten,salah
satu jenis karotenoid yang memiliki aktiviti provitamin A dan mempunyai
antioksidan, di mana setiap orang memerlukan antioksiddan untuk mencegah
kerosakan tubuh akibat radikal bebas yang dapat mencetuskan penuaan,
penyakit degenerative dan kematian. Buah mempelam mengandungi
carotenoid yang disebut beta-crytoxanthin satu antioksidan yang dapat
melindungi terhadap beberapa jenis kanser seperti kanser usus dan kanser
tulang.
Oleh itu buah mempelam amat baik dimakan sebagai buah segar kerana
buah ini mengandungi banyak gula serta sedikit masam, disamping itu
mempelam mengandungi sejumlah asid galat yang baik untuk isi saluran
pencernaan dan sangat berkhasiat untuk melindungi tubuh dari serangan atau
jangkitan penyakit.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
55
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU: PENULISAN SURAT RASMI
PENULIS: HASNAH MOHD SALEH,NORMAH MOHAMAD &
ISNARIAH
PENERBIT: SASBADI SDN.BHD
MUKASURAT: 153
NOMBOR KELAS : MAN 651.74 HAS
NOMBOR AKSESI : 0003587260
ISBN: 9789835982620
HARGA: RM13.50
Penulisan surat rasmi adalah hasil karya tiga orang penulis iaitu Hasnah
Mohd.Saleh, Normah Mohamad dan Isnariah Idris , mengandungi empat bab.
Menurut para penulis buku ini diterbit atas keprihatinan kepada para pembaca yang
ingin mengetahui penyediaan penulisan surat rasmi yang betul,tepat dan mematuhi
format yang ditetapkan, ini juga disebabkan sering timbul kesilapan yang dilakukan
oleh mereka yang terlibat menulis surat rasmi ini. Dalam buku ini ada kupasan
bebarapa tajuk yang mencakupi aspek format, isi, struktur, kesantunan berbahasa,
kerancuan bahasa serta peraturan penulisan surat rasmi sebagai rujukan. Selain itu
turut diselit dalam buku ini para penulis menganalisis dan membetulkan beberapa
contoh surat rasmi dalam usaha memberikan kefahaman serta penjelasan tentang
penulisan surat rasmi yang betul.
Bab pertama penulis membincangkan tentang pengenalan surat rasmi ini, di
mana penulis menerangkan takrif umum surat dan pengertian surat rasmi, selain itu
penulis juga mengupas fungsi, jenis dan klasifikasi surat rasmi.
56
Bersambung dimuka surat seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Menerusi bab kedua penulis membincangkan berkenaan dengan ciri-ciri surat
rasmi iaitu merangkumi format dan struktur surat rasmi, dan juga prinsip penulisan,
isi surat serta panduan penulisan yang betul. Bab ketiga membincangkan
penggunaan bahasa dalam surat rasmi di mana penulis mengupas penggunaan
bahasa iaitu kesantunan bahasa merujuk kepada perkara atau tajuk surat, rujukan
diri pengirim,nama penerima,isi surat, kata pembukaan surat dan penutup. Selain itu
format penggunaan kata ganti nama diri juga dibincangkan serta nama
penerima,panggilan hormat ataupun sapaan seperti gelaran dalam keagamaan,
gelaran turun-temurun,gelaran diraja,gelaran kurniaan ikhtisas dan gelaran kurniaan
darjah kebesaran. Dalam bab ketiga juga penulis memberi kupasan berkenaan
dengan ungkapan khusus bagi frasa penanda terdapat 17 penanda yang
dibincangkan oleh penulis dalam bab ketiga ini diantaranya adalah penanda
rujukan contohnya “ Dengan hormatnya,perkara di atas dirujuk, dan penanda
penyertaan contohnya “bersama-sama ini saya sertakan”. Penulis juga membuat
analisis beberapa contoh surat rasmi dari segi format dan penggunaan
bahasa,kesilapan penggunaan bahasa dan membuat pembetulan surat-surat rasmi
yang dianalisis tersebut. Kerancuan bahasa turut dititikberat oleh penulis dalam
penulisan surat rasmi ini, kerancuan bahasa merangkumi penggunaan tanda baca,
ejaan, kata dan ayat.
Menurut penulis terdapat penggunaan tanda noktah, koma,titik bertindih,
sempang. garis miring, tanda petik tunggal,tanda petik mengapit dan tanda
kurungan tidak digunakan dengan betul dalam penulisan surat rasmi . Selain itu
kesalahan ejaan, kesalahan kata majmuk, kesalahan kata, kesalahan frasa dan
kesalahan ayat juga berlaku dalam penulisan surat rasmi ini. Bab keempat dalam
buku ini penulis berkongsi berkenaan dengan surat-surat pekeliling am serta Arahan
pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU yang berkaitan dengan format penulisan
surat rasmi. Sehubungan dengan itu, penghasilan buku ini banyak merujuk contoh
surat rasmi yang ditulis oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Justeru itu buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan oleh semua
jabatan,organisasi dan agensi kerajaan serta pihak swasta dalam mematuhi
penulisan surat rasmi yang mengikut format yang betul. Penghasilan buku ini juga
dapat membantu pembaca memperoleh bimbingan dan panduan yang betul tentang
penulisan surat rasmi ini, khususnya kepada penulis surat rasmi dapat
memanfaatkan ilmu dari buku ini agar urusan surat-menyurat dapat diselenggarakan
dengan berkesan. Sesungguhnya penulisan surat rasmi yang komprehensif akan
mencerminkan kewibawaan sesebuah organisasi tersebut.
57
Bersambung dimuka surat seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
58
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : VARIASI JEM: BERASASKAN BUAH-BUAHAN.
Pengarang : Rupingah Kosni.
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Muka surat : 45 Muka Surat.
ISBN NO : 978-967-61-2618-4
Nombor Kelas :MAN 641.852 RUP
Harga : RM16.50
Jenis Buku : Bukan Fiksyen Bahasa Melayu
Jem, perisa sapuan yang biasanya dimakan bersama roti, kek atau biskut.
Rasanya yang menarik menambatkan lagi makanan yang dimakan bersama-sama
dengannya.
Terdapat pelbagai pilihan jem berasaskan buah-buahan dijual di kedai-kedai atau
pasaraya pada masa kini. Berbeza daripada jem yang sedia terdapat dalam pasaran,
jem buatan sendiri sudah tentu tidak menggunakan bahan pengawet tiruan. Pelbagai
jenis jem buah-buahan juga boleh dihasilkan mengikut cita rasa masing-masing.
Apabila tiba musim buah-buahan maka terlihatlah longgokan buah
pelbagai jenis di sana sini. Bagi mereka yang memiliki dusun buah-buahan
apatah lagi banyaknya hingga tidak termakan. Jangan dibuang atau biarkannya
begitu sahaja, sayangkan dan sangat membazir. Alternatifnya, jadikan buah-
buahan tersebut jem, boleh dimakan dan boleh simpan lama. Kebanyakan buah
sesuai dibuat jem. 59
Bersambung dimuka surat seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tidak tahu bagaimana? Ini dia panduan menghasilkan Jem. Sebuah
buku panduan membuat Jem berjudul “VARIASI JEM: BERASASKAN
BUAH-BUAHAN TANPA BAHAN PENGAWET TIRUAN” . Dalam buku
ini, penulis telah mengumpul beberapa resipi jem buah yang telah diuji dan
dihasilkan sendiri buat panduan para pembaca. Anda bolehlah mencuba resipi-
resipi ini atau boleh sahaja mencuba uji dengan buah-buahan lain.
Antara kandungan buku ini adalah, tips-tips untuk mengetahui
bagaimana memasak jem yang masak sempurna, cara menguji jem dan alatan
asas untuk memproses jem. Antara variasi jem buah-buahan pula seperti jem
strawberi, jem rambuatan, jem mangga, jem jambu batu, jem nenas dan
banyak lagi jenis-jenis jem buah-buahan yang ada disekeliling kita.
Semoga maklumat yang diberikan dapat meningkatkan pengetahuan
serta bermanfaat kepada pembaca. Akhir kata, selamat mencuba.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Beatrice Saili.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
60
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku:Ekonomi Kesihatan
Pengarang:Syed Mohamed Aljunid et al
MukaSurat: 202ms
No Panggilan:MAR 338.473621 SYE
ISBN No: 978983461154
Harga:RM18.00
Jenis Buku:Ekonomi
Sistem kesihatan secara global kini sedang menghadapi pelbagai cabaran untuk
terus berfungsi bagi menyediakan perkhidmatan yang mampu menangani keperluan
kesihatan penduduk dunia. Masalah kesihatan masa kini dikatakan merentasi benua
dan tidak mengenal batasan. Pada masa lampau Negara maju bergelut dengan
masalah penyakit kronik, manakala negaramembangun terpaksa berhadapan dengan
penyakit berjangkit. Namun begitu perbezaan ini tidak lagi ketara sekarang. Satu lagi
elemen penting yang menambahkan tekanan pada sistem kesihatan adalah
keterbatasan sumber kewangan untuk menghasilkan perkhidmatan kesihatan yang
mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti. Ilmu ekonomi kesihatan yang pada masa
dahulu meletakkan pasaran buruh dan barangan komoditi dibawah mikroskopnya
telah melebarkan medan pemerhatiannya bagi mencukupi sistem kesihatan.
61
Bersambung dimuka surat seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Dua puluh bab dalam buku ini mengupas dua aspek utama bidang ilmu
ekonomi kesihatan, iaitu ekonomi kesihatan mikro dan pembiayaan kesihatan
dan penulis juga mendebatkan isu-isu ekonomi kesihatan samada dari segi
sudut akademik ataupun perlaksanaan perkhidmatan kesihatan di klinik dan
hospital.
Buku ini amat sesuai untuk semua golongan tanpa mengambil kira
pembaca daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman dalam bidang
kesihatan dan dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan
dalam ilmu ekonomi kesihatan Penulis berharap buku ini dapat dijadikan
rujukan dalam merekodkan perbincangan isu-isu masakini dalam bidang
ekonomi kesihatan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Masnah Yusof.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
62
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : CEPAT MATEMATIK: PERMAINAN DAN AKTIVITI
UNTUK KANAK-KANAK 4 – 8 TAHUN. (Siri 2)
Pengarang : Sharon MacDonald.
Penerbit: Terjemahan ke Bahasa Melayu, Al-Ameen Serve Holdings
Sdn Bhd. Kuala Lumpur, 2010.
Muka Surat: 132 Muka Surat.
ISBN NO : 978-967-362-023-4
N0 Kelas :MAN 513.076 MAC
Harga: RM21.90
Jenis Buku: Bukan Fiksyen
BUKU yang bertajuk “CEPAT MATEMATIK: PERMAINAN DAN
AKTIVITI UNTUK KANAK-KANAK 4 – 8 TAHUN (Siri 2)” adalah buku
yang menarik. Pengenalan kepada kosnep awal matematik yang menarik dan
sudah pasti disukai kanak-kanak.
Penulis buku ini, Sharon MacDonald sering menyampaikan ucap utama
dan membentang kertas kerja di pelbagai persidangan pendidikan awal kanak-
kanak. Buku ini telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan diterbitkan di
Malaysia oleh Al-Ameen Serve Holdings, untuk bacaan rakyat Malaysia.
63
Bersambung dimuka surat seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Setiap bab akan dimulai dengan aktiviti yang mudah dan akan
dikembangkan ke tahap yang lebih mencabar. Setiap aktiviti dalam buku ini
diselaraskan dengan objektif serta kaedah pembelajaran ‘National Council of
Teachers of Mathematics (NCTM) Amerika Syarikat’ dan ‘Kurikulum
Bersepadu Prasekolah dan Sekolah Rendah Malaysia’.
Buku ini dibahagi kepada 7 bab.
Bab 1 – Saya mengajar matematik
Bab 2 – Bijak Nombor/Kesedaran Nombor dan Pengiraan
Bab 3 – Pengiraan dan Anggaran
Bab 4 – Pengukuran, Pensirian, Masa, dan Wang
Bab 5 – Geometri dan Bijak Ruang/Kesedaran Ruang
Bab 6 – Pengasingan, Pengklasifikasian, Penggrafan, Analisis Data dan
Keberangkalian
Bab 7 – Pola dan Perkaitan di Antara Nombor.
Buku ini juga menyelitkan petua-petua berguna daripada guru yang
berpengelaman yang sudah semestinya akan memberi manafaat buat guru dan
ibu bapa. Baling-baling Pompom, Hari Anggaran, The Apple Thief, Mari
Mengemas, Kad permainan Bernombor adalah sebahagian daripada sejumlah
aktiviti yang ringkas lagi menyeronokkan dalam buku Cepat Matematik ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Beatrice Saili.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
64
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TajukBuku:Lawatan Orang Mati
Pengarang:-
Penerbit:Pelangi Novel Sdn Bhd
MukaSurat:289
No Panggilan:MAN 899.28301 LAW
ISBN No: 9789670973128
Harga:RM 20.25
ADAKAH SEMUA YANG DILIHAT DENGAN MATA KEPALA ADALAH
NYATA?’
Buku ini merupakan himpunan cerita masyarakat Korea dan cerita yang
dipaparkan merupakan cerita daripada pengalaman sebenar masyarakat Korea.
Terdapat 33 buah cerita seram dalam buku ini yang dihimpunkan dari segenap
pelusuk masyarakat Korea dan diterjemahkan kedalam bahasa Malaysia.
Terdapat tiga bahagian cerita dalam buku ini iaitu hantu Bandar, hantu
kem tentera dan hantu sekolah . pada hantu Bandar cerita yang dipaparkan lebih
kepada cerita di Bandar itu sendiri yang antaranya hantu yang membalas
dendam selepas terlibat dengan pergaduhan dan terkorban dalam kemalangan
jalanraya, yang kemudiannya merasuk dan menyebabkan kematian ketika
sedang bermain di komputer disebabkan ketagihan bermain.
65
Bersambung dimuka surat seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Pada bahagian kedua dipaparkan cerita berkisar dalam kem tentera
antara cerita yang tersedia iaitu pos kawalan yang berhantu 1 dan 2, tugas di
penjara kematian dibilik gas dan beracun dan lain –lain lagi manakala pada
bahagian ketiga cerita hantu yang berkaitan dengan sekolah dan antara tajuk
yang menarik Video seram, gadis siber, guru rumah berhantu dan banyak lagi.
Buku ini amat sesuai dibaca untuk pembaca tegar kisah-kisah seram
dengan garapan cerita yang mudah dan senang difahami. Mungkin juga boleh
menjadi satu pengalaman dan situasi ketakutan yang baru kerana cerita hantu
yang diceritakan adalah cerita seram dari negara luar yang sudah pasti punya
kelainan dan gaya penceritaan yang tersendiri.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Ismail Abas.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
66
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TajukBuku:Koleksi Cerita Rakyat sabah
Pengarang:Lokman Abdul Saman & Mohd Suhaimi Md Yassin
Penerbit: Universiti Malaysia sabah
MukaSurat:217
No Panggilan:MAN 398.209H LOK
ISBN No: 978-967-2166-56-6
Harga:RM 55
Koleksi cerita rakyat sabah umumnya merangkumi cerita – cerita yang
diceritakan semula oleh masyarakat setempat dan diwarisi dari satu generasi ke
generasi seterusnya. Ianya bukan hanya berfungsi sebagai satu hiburan malah
diolah untuk memberikan pendidikan dan pengajaran kepada segenap lapisan
masyarakat. Cerita yang disampaikan saling berhubungkait dgn peristiwa dan
sejarah budaya tempatan, secara tidak langsung memberikan jawapan bagi para
generasi baru yang masih cuba mencari jati diri asal usul dan sejarah tempatan.
Buku ini mengandungi 63 buah cerita rakyat dengan kepelbagaian tema
yang menarik untuk dibaca. Kisah tentang kehidupan dan kemanusiaan menjadi
satu intipati kepada pada buku cerita rakyat sabah. Buku ini mengandungi 7 bab
dan cerita-cerita rakyat sabah terkandung pada bab 2 hingga bab 6.
67
Bersambung dimuka surat seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Cerita-cerita dalam buku ini dibahagikan kepada beberapa genre iaitu
cerita asal usul pada bab kedua yang memaparkan kisah – kisah disebalik
penamaan sesebuah tempat atau kampong contohnya kg labuaya yang diambil
dari Bahasa dusun labu dan buayo yang bermaksud lubang dan buaya dimana
pada zaman dahulu ada satu lubang yang menjadi tempat tinggal buaya. Kedua
perkataan ini disingkatkan menjadi labuaya.
Bab 3 memaparkan koleksi cerita tokoh tempatan dan pahlawan
antaranya kisah Sogunting dan datuk unduk, kisah kesengsaraan hidup dalam
cerita tentera jepun dan jingga Mong dan banyak lagi. Bab 4 pula memaparkan
cerita binatang, motif alam dan mitos seperti cerita Sang Kancil dengan orang
utan, ular sawa Tempasok, misteri pokok berjalan dan banyak lagi. Pada bab 5
diselitkan pula cerita berunsur jenaka seperti si paloi yang bodoh dan cerita si
Pusung dan pada bab 6 disajikan dengan koleksi cerita mitos.
Nilai positif seperti kasih sayang, kemasyarakatan dan kehidupan
banyak mempengaruhi cerita dalam buku ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan
Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati
laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut
Diulas oleh,
Ismail Abas.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
68
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
Jika anda berminat untuk meminjam buku
yang terdapat dalam naskah flipbook ini, anda
boleh hubungi kami ditalian 087-336097
( waktu pejabat sahaja ) atau
klik Sent Message pada link
di Page Muka Buku/ FaceBook Rasmi
Perpustakaan Cawangan Keningau.
Pastikan anda telah menjadi ahli
Perpustakaan Negeri Sabah terlebih dahulu.
Nota : Tersedia untuk kemudahan Pandu lalu
di Perpustakaan Cawangan Keningau
( Kecuali Buku Koleksi Rujukan )
#malaysiamembaca
#sabahmembaca
#stayathome
#dudukrumah
#bacadirumah
#letsreadtogether
#letsreadabook
#readmeabook
69 #sabahstatelibrary
#perpustakaannegerisabah
#agmjanuari2021
Hubungi kami di talian berikut :
Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087 -331752
Untuk pertanyaan sila hubungi :
Peti Surat 174 ,89008 Keningau SABAH.
Tel:087336097/336096 (Operator )
Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087 -331752
Seksyen Rujukan Maklumat : 087-331769
Unit Hypermedia : 087-331760
Fax: 087-338022
70
Bantu like & Share . Sila klik link berikut :
https://www.facebook.com/perpustakaancawangankeningausabah
TERIMA KASIH !