TAKAFUL IKHLAS BERHAD 1 JABATAN PEMATUHAN SHARIAH | TAKAFUL IKHLAS BERHAD ISI KANDUNGAN AKIDAH SUSAH MENJADI MUDAH 5 PERJALANAN ISTIMEWA ISRAK MIKRAJ 6 FENOMENA GERHANA 8 CIRI-CIRI SEORANG MUKMIN 9 KITA PASTI DIUJI 11 SYUKUR KEPADA ALLAH PENGIKAT NIKMAT 13 PILIH JALAN KEBENARAN ATAU KESESATAN 15 TUJUAN KITA DICIPTAKAN ALLAH 16 IBADAH PUASA SUNAT ASYURA 20 AMALAN DI 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH 21 HIDUP UNTUK BERIBADAH 22 HIDUPKAN MALAM NISFU SYA’BAN 24 KEUTAMAAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI 26 DOA DITETAPKAN IMAN 27 SOLAT KOMUNIKASI DENGAN ALLAH 29 BAIKI AMALAN KITA 30 BIAR TERSILAP MAAF, JANGAN TERSILAP HUKUM 33 FIKAH PUASA SUNAT HARI ARAFAH 35 SUNNAH MULAKAN DENGAN KANAN 37 HARTA YANG BERCAMPUR HALAL DAN HARAM 38
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 2 TUNTUTAN JIKA MELAKSANAKAN KORBAN 39 TERMAKAN & TERMINUM KETIKA BERPUASA 41 KESALAHAN WANITA DALAM MENUTUP AURAT 42 JANGAN ABAIKAN BERPUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWAL 44 MU`AMALAT BERSEDEKAH DENGAN KATA-KATA 47 HARTA YANG BERCAMPUR HALAL DAN HARAM 48 HALAL DAN HARAM 49 IHTIKAR DI LARANG DALAM ISLAM 51 PASTIKAN YANG HALAL SAHAJA 53 JUAL BELI YANG DIHARAMKAN 55 TIDAK BERKURANG HARTA DENGAN BERSEDEKAH 56 SEDEKAH 57 AKHLAK ADAB PERGAULAN LELAKI & PEREMPUAN 60 MENJAGA LIDAH 62 SALING MEMBANTU DALAM KEBAIKAN 64 NIKMAT BERSAUDARA 65 KEUTAMAAN SABAR DALAM MENGHADAPI DUGAAN 66 AMALAN ZIARAH & ADABNYA 67 PERKATAAN YANG BAIK ITU SEDEKAH 69 MEMUJI DIRI SENDIRI 70
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 3 AKIDAH
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 4 ISI KANDUNGAN SUSAH MENJADI MUDAH 5 PERJALANAN ISTIMEWA ISRAK MIKRAJ 6 FENOMENA GERHANA 8 CIRI-CIRI SEORANG MUKMIN 9 KITA PASTI DIUJI 12 SYUKUR KEPADA ALLAH PENGIKAT NIKMAT 14 PILIH JALAN KEBENARAN ATAU KESESATAN 16 TUJUAN KITA DICIPTAKAN ALLAH 17
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 5 SUSAH MENJADI MUDAH ىض (( هللا عن أنس بن مالك ر َ ال َّ م ُ ه َّ ىب صىل هللا عليه وسلم قال :َالل عنه عن الن (( ً ال ْ ه سَ ت َ ْ ِشئ ا َ ِإذ ً ال ْ ه سَ َ ن ْ ز ُ خ ْ ال لُ َ ع جْ َ ت ت َ ْ ن َ أ َ و ً ال ْ ه سَ ُ ه َ ت ْ ل َ ع َ ا ج َ م َّ إال لَ ْ ه سَ Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Ya Allah! Tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau menjadikannya mudah. Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila Engkau kehendaki ia mudah.” Dalam kehidupan seharian, kadangkala kita merasa susah, payah, resah dan gelisah. Begitu juga dalam kejayaan, tiada jalan mudah untuk berjaya. Perlu kepada usaha yang gigih untuk berjaya. Namun kita sering terlupa untuk memohon daripada Allah s.w.t. agar mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. dengan sifat rahmat dan kasih saying-Nya tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya, cuma kita sahaja yang sering alpa dan lalai daripada melakukan perintah-Nya. Selalulah berdoa agar diberikan kemudahan dalam hidup, dipermudahkan segala urusan yang dilakukan serta sentiasa didalam keberkatanNya. Mudah-mudahan, segala urusan yang dilakukan dipermudahkan dan dijauhkan daripada perkara yang menyusah dan mendatangkan kepayahan kepada diri. Wallahua’lam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 6 PERJALANAN ISTIMEWA ISRAK MIKRAJ ِجِد ا س ْ َ م ْ ال َ ِمن ً ًل ْ ي َ ِدِه ل ْ ب َ ِع ْْسَى ب َ ِذي أ َّ ال َ ان حَ ْ ب }س ِذي ُ َّ ََص ال ْ ق َ ْ ِجِد اْل س ْ َ م ْ ال َ َِل إ ِ ام رَ حَ ْ ل } ِصرنُ َ ب ْ ال ُ ِميع السَّ َ و ُ ه ه َّ ن ِ ا إ َ ِن ات َ ي َ آ ْ ِمن ُ ه َ ي ِ ُ ِن ى ل ُ ه َ ل ْ و َ ا ح َ ن ْ ك َ ار َ ب Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’: Ayat 1) Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda s.a.w. iaitu perjalan Israk Mikraj. Israk membawa maksud perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. pada malam hari dengan menunggang Burak bermula dari Masjidil Haram ke Masjid Al- Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Dalam peristiwa ini, perjalanan paling suci sepanjang sejarah hidup baginda adalah perjalanan Rasulullah s.a.w. ke langit dan kembalinya beliau ke bumi atau yang dikenal dengan nama Mikra ditemani oleh Malaikat Jibrail a.s. Berdasarkan riwayat-riwayat tentang Mikraj yang disampaikan Nabi Muhammad s.a.w. kepada umat Islam, dalam perjalanannya beliau menyaksikan dari dekat syurga dan neraka serta keadaan ahli syurga dan juga ahli neraka. Dalam perjalanan Mikraj, Nabi sempat bertemu dengan para nabi terdahulu dan menyaksikan keajaiban penciptaan dunia. Perjalanan ini merupakan mukjizat Ilahi kerana dengan mengamati jauhnya jarak dari Mekah hingga ke Baitul Maqdis, mustahil membayangkan perjalanan sejauh itu dapat dilalui hanya dengan satu malam dengan menggunakan kenderaan yang biasa dipakai masa itu. Kesimpulan daripada peristiwa istimewa ini adalah penghayatan yang perlu diterapkan di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk Mikraj memperlihatkan kepada kita pelbagai kejadian aneh yang penuh pengaara seharusnya memberi keinsyafa kepada kita agar sentiasa mengingati Allah s.w.t. dan takut akan kekuasaan-Nya. Sekiranya kita mampu menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa ini, kebarangkalian kita mampu mengelakkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 7 dan sentiasa berlumba-lumba beramal dengan kebaikan yang telah diperintahkan oleh-Nya. Wallahua’lam. FENOMENA GERHANA ُ م ْ ((عن ال ِ وِل اَّلل َّ سُ َ ِد ر ْ ه َ ع َ ىل َ ْ ُس ع م َّ الش ت ْ َ ف سَ َ ك ْ ان َ ال َ ىضي هللا عنه ق ر َ ة َ ب ْ ع ُ ش َ ن ْ ب ِ ة ِغرنَ َّ ِن إ َ م َّ ل سَ َ ِه و ْ ي َ ل َ ع اَّلل َّ ُ َّ ىل ِ ص َ اَّلل َّ ُ ول سُ َ ر َ ال َ ق َ ف ُ ِهيم ا رَ ْ ب ِ إ ات َ َ م َ م ْ و َ ي َ م َّ ل سَ َ ِه و ْ ي َ ل َ ع اَّلل َّ ُ َّ ىل ص َ َ آي ْ ِن ِمن ا َ ت َ آي رَ َ م َ ق ْ ال َ ْ َس و م َّ الش ا َ ِ ذ إ َ ِ ِه ف ات َ ي ِحَ ل َ َل َ ٍد و َ ح َ ِت أ ْ و َ ِ م ِن ل ا َ ِسف َ ك ْ ن َ ي َ ِ َل ِت اَّلل َّ ا ِش َف)) َ ك ْ ن َ ت َب َّ َ وا ح ُّ ل ص َ َ و وا اَّلل َّ َ ُ ع ْ اد َ ا ف َ م ُ وه ُ م ُ ت ْ ي َ أ َ ر Dari al-Mughirah bin Syu’bah ra, berkata: “Terjadi gerhana matahari di masa Rasulullah s.a.w. saat kematian Ibrahim. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda-tanda kebesaran Allah, keduanya terjadi gerhana bukan kerana kematian seseorang dan tidak kerana kelahiran seseorang. Ketika kalian melihatnya, maka berdoalah pada Allah dan solatlah sampai selesai.” (Muttafaqun ‘alaihi) Gerhana adalah salah satu dari tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. Gerhana bulan atau gerhana matahari terjadi bukanlah kerana menandakan kelahiran atau kematian seseorang, tetapi ia merupakan sebahagian sunnah kauniyah dalam alam semesta ciptaan Allah s.w.t. Islam mengajarkan kepada umatnya agar fenomena ganjil ini dijadikan sebagai peringatan untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Sebagaimana telah disyariatkan dalam ajaran Islam, setiap kali terjadi gerhana, baik bulan mahupun matahari disunatkan melaksanakan solat sunat gerhana. Hukum solat sunat gerhana ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Sebagai seorang muslim, selain kita melihat gerhana matahari ini sebagai peristiwa alam, kita juga harus menelitinya dari sudut pandang syariat sebagaimana yang dijelaskan dari sebuah hadis Rasulullah s.a.w., menjelaskan kepada kita tentang tatacara solat gerhana, yang terdiri dari dua rakaat, dan setiap rakaat terdiri dari dua rukuk dan sujud dengan anjuran bacaan dan rukuk yang panjang namun hal sedemikian perlu juga mempertimbangkan keadaan serta kemampuan yang ada. Selain daripada itu, kita juga digalakkan memperbanyaakkan zikir dan istighfar. Wallahua’lam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 8 CIRI-CIRI SEORANG MUKMIN ( َ ون ُ ن ِ م ۡ ؤ ُ م ۡ ٱل َ ح َ ل ۡ ف َ أ ۡ د َ }ق 1 َ ًل ِ ص َ ى ف ۡ م ُ ه َ ِذين َّ ( ٱل ) َ ون ُ ِشع ٰ ـ َ خ ۡ ِ م ت 2ِ ہ ِ و ۡ غ َّ ٱلل ِ ن َ ع ۡ م ُ ه َ ِذين َّ ٱل َ ( و ( َ ون ِض ُ ر ۡ ع ُ م 3( َ ون ُ ِعل ٰ ـ َ ف ِ ة ٰ و َ ك َّ ِ لز ل ۡ م ُ ه َ ِذين َّ ٱل َ ( و 4( َ ون ُ ِفظ ٰ ـ َ ح ۡ ِ م وِجه رُ ُ ِ ف ل ۡ م ُ ه َ ِذين َّ ٱل َ ( و 5 َّ َِل ( إ َ ريى ِ وم ُ ل َ م ُ رن ۡ َ غ ۡ م ُ ہ َّ ن ِ إ َ ف ۡ م ُ ہ ُ ن ٰ ـ َ م ۡ ي َ أ تۡ َ ك َ ل َ ام َ م ۡ و َ أ ۡ ِ م ِجه ٲ َ و ۡ ز َ أ ٰٓ ٰ َ ىل َ ع ) 6 ِكَ ٲل َ ذ َ آء َ ر َ ٰ و ىغ َ َ ت ۡ ٱب ِ ن َ م َ ( ف ( َ ون ُ اد َ ع ۡ ٱل ُ م ُ ه ٮكَ ِٕ ٰٓ ٰ ـ َ ل ْ و ُ أ َ ف 7( َ ون ُ ٲع َ ر ۡ ِدِهم ۡ ه َ ع َ و ۡ ِ م ِته ٰ ـ َ ن ٰ ـ َ م َ ِْل ۡ م ُ ه َ ِذين َّ ٱل َ ( و 8 ٰ َ ىل َ ع ۡ م ُ ه َ ِذين َّ ٱل َ ( و ( َ ون ُ ِفظ ا حَ ُ ي ۡ ِ م ِہ ٲت َ و َ ل َ ص 9( َ ون ُ ث ِ ٲر َ و ۡ ٱل ُ م ُ ه ٮكَ ِٕ ٰٓ ٰ ـ َ ل ْ و ُ ( أ 10 ۡ ٱل َ ون ُ ث ِ ر َ ي َ ِذين َّ ( ٱل ا َ ِفيہ ۡ م ُ ۡ َس ه و َ د ِفرۡ ( َ ون ُ ِ د ل ٰ ـ َ خ 11 }) Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman(iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (budak-budak belian yang didapat dalam peperangan dengan orang kafir). Maka sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa. Barangsiapa mencari yang di balik itu (zina, homoseksual, dan sebagainya). Maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.”(Surah al-Mukminun : Ayat 1-11) Surah al-Mukminin dimulakan dengan menyatakan sifat-sifat para mukminin yang merupakan golongan manusia yang beruntung. Siapakah para mukminin yang dituliskan untuk mereka segala kebajikan, kebahagiaan taufiq dan kenikmatan hidup yang baik di muka bumi ini? Merekalah orang-orang yang dijelaskan sifat-sifat mereka selepas ayat pembukaan surah ini iaitu mulai ayat 2 hingga 9. Allah janjikan kemenangan kepada orang yang menunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi daripada perbuatan sia-sia, mengeluarkan zakat, menjaga kehormatan diri, bersifat amanah, serta menepati janji. Golongan ini adalah pewaris syurga Firdaus dan kekal di dalamnya untuk selamanya. Islam menyeru umat mencapai kejayaan (al-Falah) dunia dan akhirat.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 9 Sifat-sifat ini menggambarkan sahsiah seorang muslim pada parasnya yang paling tinggi iaitu paras Nabi Muhammad s.a.w selaku Rasulullah dan sebaik-baik makhluk Allah yang diasuh Allah dengan sebaik-baik didikan. Allah sendiri memuji baginda Rasulullah di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang agung.” (Surah al-Qalam: Ayat 4) Pengajaran ayat yang boleh diambil daripada ayat ini adalah, solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk dan ikhlas kerana solat tiang agama. Umat Islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri setiap masa serta perlumenunaikan janji dan amanah yang telah diberikan dan ia merupakan sifat yang mencerminkan peribadi Muslim cemerlang. KITA PASTI DIUJI ون{ ُ ع َ ج ر ْ ُ ت َ ا َل َ ن ْ ي َ ل ِ إ ْ م ُ ك َّ ن َ أ َ ا و ً ث َ ب َ ع ْ م ُ اك َ ن ْ ق َ ل َ ا خ َ م َّ ن َ أ ْ م ُ ت ْ ِسب حَ َ ف َ }أ Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Surah al-Mukminun: Ayat 115) Dalam menjalani kehidupan dunia sebagai manusia pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan atau kegagalan. Itulah hakikat manusia yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Dalam firman Allah s.w.t. yang lain bermaksud; Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.” Daripada ayat -ayat di atas, dapat difahami hakikat kehidupan dunia ini adalah sebagai ujian, ia bertujuan untuk menilai diri seseorang samada baik atau sebaliknya. Apabila kita menyedari inilah hakikat kehidupan, maka kita tidak seharusnya berputus asa atau kecewa apabila kita menerima kegagalan atau tidak dapat mencapai apa yang kita inginkan walaupan kita telah berusaha. Pegangan aqidah menetapkan bahawa Allah s.w.t. sahaja yang berkuasa untuk menentukan sesuatu perkara sedangkan manusia hanya berusaha. Penetapan kejayaan bukan ditangan
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 10 manusia, kerana sekiranya kejayaan itu ditangan manusia sudah pasti tidak ada orang yang gagal didunia. Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Allah s.w.t. melarang kita dari berputus asa. Allah s.w.t. menyatakan dengan jelas dalam alQuran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Berfikiran positif, merasai setiap kegagalan ada hikmahnya disebaliknya. Sekiranya doa yang kita mohon masih belum dimakbulkan, sentiasa bersangka baik kepada Allah s.w.t. dan sentiasa terus berdoa dan menghampirkan diri kepada Allah kerana Allah lebih tahu apa yang lebih baik untuk hambanya. Wallahu’alam. SYUKUR KEPADA ALLAH PENGIKAT NIKMAT } ٌ ِديد َ ش َ ل ِي ىب ا َ ذ َ ع َّ ِن إ ْ م ُ ت ر ْ َ ف َ ك ْ ى ِ ي َ ل َ ۖ و ْ م ُ ك َّ ن َ يد ِ ز َ َ ْل ْ م ُ ت ر ْ َ ك َ ش ْ ى ِ ي َ ل ْ م ُ ك ُّ ب َ ر َ ن َّ ذ َ أ َ ت ْ ذ ِ إ َ }و Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim: Ayat 7) Biasanya kita ertikan nikmat sebagai harta benda atau sesuatu yang menyenangkan. Kejadian dan keadaan yang selesa juga dianggap sebagai nikmat. Harta yang banyak adalah nikmat. Tubuh badan yang sihat adalah nikmat. Rupa yang cantik adalah nikmat. Suara yang merdu adalah nikmat. Betulkah semua itu nikmat? Jika harta menjadi nikmat tentu sahaja orang yang mempunyai harta yang banyak dan gaji yang besar akan lebih tenteram jiwanya. Jika kesihatan adalah nikmat tentu orang yang sihat tubuh badannya akan berasa bahagia. Jika wajah yang cantik dan suara yang merdu adalah nikmat tentu mereka yang memilikinya mendapat kepuasan.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 11 Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Orang yang berharta dan bergaji besar masih juga berasa miskin hingga mereka berasa perlu melakukan rasuah. Orang yang memiliki tubuh badan yang sihat masih tidak senang dengan tubuh badannya. Orang yang memiliki wajah yang cantik dan suara yang merdu masih tidak berasa senang dengan kecantikan wajah dan kemerduan suara yang dimiliki oleh orang lain. Anehnya pula orang yang tidak berharta, tubuh sering dihinggapi penyakit, wajah tidak cantik dan suara tidak merdu, boleh hidup dengan aman, bahagia dan tenteram. Golongan yang memiliki segala-galanya tidak merasakan kenikmatan sedangkan golongan yang tidak memiliki apa-apa pula yang merasakan kenikmatan hidup ini. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah nikmat? Jika kita mahu memahami maksud nikmat, kita perlu memahami perjalanan hukum sebab musabab yang sampai kepada kita. Kita melihat beberapa orang menerima benda yang serupa dan menghadapi keadaan yang serupa tetapi keadaan jiwa mereka tidak serupa. Ada orang yang terus menerus merungut walau sebanyak mana harta yang diterimanya. Ada pula orang yang sentiasa tenteram walaupun tidak punya harta. Selagi mana kita memandang kepada nikmat ini tanpa memikirkan tentang siapa yang memberi nikmat tersebut dan tidak bersyukur selagi itulah kita tidak akan pernah merasakan nikmat yang sebenarnya. Justeru segala nikmat akan menjadi ketenangan dan kebaikan buat kita jika sekiranya kita sentiasa mensyukurinya dan mengingati bahawa setiap nikmat ini adalah pemberian yang berupa pinjaman dariNya. InsyaAllah, kita akan beroleh rasa nikmat yang hakiki terhadap apa jua yang kita miliki. Wallahu’alam. PILIH JALAN KEBENARAN ATAU KESESATAN ِ وِن اَّلل َّ ُ د ْ ِمن َ اء َ ي ِ ل ْ و َ أ َ ِطريى ا َ ي َّ وا الش ُ ذ َ خ َّ ات ُ م ُ ه َّ ن ِ ۗ إ ُ ة َ ل َ ًل الض َّ ُ ِ م ه ْ ي َ ل َ ع َّ ق َ ا ح ً يق ِ ر َ ف َ ٰى و َ د َ ا ه ً يق ِ ر َ }ف } َ ون ُ د َ ت ْ ه ُ م ْ م ُ ه َّ ن َ أ َ ون ُ ب سَ حْ َ ي َ و Firman Allah s.w.t bermaksud: “Sebahagian (dari umat manusia) diberi petunjuk oleh Allah; dan sebahagian lagi berhaklah mereka ditimpa kesesatan, sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin selain Allah. Dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk hidayah.” (Surah al-A’raaf: Ayat 30)
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 12 Jelas daripada ayat ini bahawa akan ada dikalangan manusia yang diberi hidayah oleh Allah s.w.t, dipandu kehidupannya dan akan ada yang tergolong dalam golongan yang sesat sama ada mereka sedari atau tidak. Sudah ada dua jalan dihadapan kita. Terpulang kepada kita sama ada memilih jalan kemenangan atau jalan yang membawa kesesatan. Seringkali kali kita mendengar ada dikalangan kita yang masih belum berubah perilakunya, melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan sering beralasan dengan mengungkapkan ‘belum datang seru’ untuk berubah. Sedangkan perkara baik dan buruk yang dilakukan adalah dengan pilihan kita dan berpandukan akal dan fikiran yang dianugerahkan olehNya kepada kita. Hidayah tidak datang dengan sendirinya. Ia harus dimulai dengan kita mencarinya, dan apabila mencari, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah untuk menemuinya. Segalanya terpulang kepada diri kita sama ada memilih jalan kebenaran atau jalan kesesatan. Andalah yang menentukannya. Wallahu’alam. TUJUAN KITA DICIPTAKAN ALLAH ىب ي صىل هللا عليه وسلم قال : يقول تعاَل : )) ىض هللا عنه عن الن ىيب هريرة ر عن أ غال ُ يديك ش تفعل مألت ُ ّ فقرك وإال ّ د أمأل صدرك غ ىب وأسُ ي غ لعبادب َ ّ يابن آدم تفر فقرك ّ د ((ولم أسُ Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Allah s.w.t. berfirman : Wahai anak Adam! Luangkanlah dirimu untuk beribadat; nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan,dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiran kamu.” (Riwayat Tirmizi) Sehari Allah peruntukkan 24 jam. Berkerja, makan, minum, rehat, tidur dan bermacam-macam aktiviti lagi kita dapat lakukandalam masa sehari. Jika diperhatikan, terlalu banyak nikmat dan kurniaan berkaitan masa yang Allah s.w.t. telah berikan. Sebab itu, dalam sehari Allah
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 13 perintahkan untuk kita luangkan masa solat 5 waktu iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Dalam Hadis ini, Nabi s.a.w. cuba untuk sampaikan pesanan bahawa sesungguhnya ibadah adalah suatu perkara yang perlu diutamakan oleh setiap hamba kerana tujuan kita diciptakan Allah adalah untuk beribadah kepadanya. Ibadah yang benar serta ikhlas kepada Allah akan menjadikan kita merasa cukup dengan Allah. Apabila merasa cukup, maka Allah akan menutup segala kefakiran hamba. Jika kita tidak ada masa dan ruang untuk beribadah kepada-Nya maka Allah meresahkan hati kita serta tidak menutup kefakiran kepada kita. Kefakiran yang dimaksudkan bukanlah fakir dari segi harta benda semata-mata. Ibadah yang dilaksanakan menerusi hati dan jasadnya, khusyu’ dan merendahkan diri di hadapan Allah Yang Maha Esa, menghadirkan (dalam hati) betapa besar keagungan Allah, benar-benar merasa bahawa ia sedang bermunajat kepada Allah Yang Maha Menguasai dan Maha Menentukan. Ibadah terbahagi kepada 4 jenis: pertama; ibadah kerana terpaksa mematuhi perintah Allah, kedua; ibadah kerana mengharapkan ganjaran dari Allah, ketiga; ibadah kerana takutkan Allah, keempat; ibadah kerana mencintai Allah. Justeru, selama kita menjalani kehidupan, ibadah jenis manakah yang ada pada diri kita? Tepuk dada tanyalah iman.Sebagai hamba kita hendaklah meletakkan ibadah sebagai urusan pertama daripada segalanya. Susah dan berat mana sekalipun kita hendaklah memperuntukkan masa untuk ibadah. Allah s.w.t. sangat cinta kepada hamba-Nya yang beribadah. Apabila kita berusaha mengutamakan Allah di dalam pengabdian kepada-Nya nescaya Allah akan mengutamakan kita di sisi-Nya. Wallahu’alam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 14 IBADAH
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 15 ISI KANDUNGAN PUASA SUNAT ASYURA 18 AMALAN DI 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH 19 HIDUP UNTUK BERIBADAH 20 HIDUPKAN MALAM NISFU SYA’BAN 22 KEUTAMAAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI 24 DOA DITETAPKAN IMAN 25 SOLAT KOMUNIKASI DENGAN ALLAH 27 BAIKI AMALAN KITA 28
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 16 PUASA SUNAT ASYURA م صام يوم َّ ل سَ َ يِه و َ ل َ ع اَّلل َّ ُ َّ ىل ِ ص َ ول اَّلل َّ سُ َ أن ر ُ نه َ ع اَّلل َّ ُ َ ي َ ىض ِ ((عن ابن عباس ر يِه)) َ ل َ ع ٌ ق ّ ف َّ ت ُ عاشوراء وأمر بصيامه. م Daripada Ibn Abbas r.a.: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Pada tahun ini hari Asyura jatuh pada Selasa, 11 Oktober 2016. Nabi s.a.w. juga menggalakkan kepada umatnya berpuasa pada hari Asyura. Bahkan dinyatakan beberapa kali di dalam hadis-hadis yang lain, antaranya adalah seperti berikut: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam.” (Sahih Muslim) Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi pun bertanya: “Hari apa ini?” Jawab mereka: “Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya.” Sabda Nabi: “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa.” Oleh itu, Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari Asyura. (Sahih Bukhari) Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (Riwayat al-Baihaqi ) Ulama mengatakan sunat berpuasa pada 9 Muharram (hari Tasua') dan 10 Muharram (hari Assyura) atau pun 10 dan 11 Muharram bagi sesiapa yang terlepas berpuasa pada 9 Muharram supaya tidak menyerupai puasanya orang Yahudi. Bagaimana pun tidaklah salah bagi sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram sahaja. Tujuan digandingkan 9 dan 10 Muharram (lebih menepati sunnah) manakala 10 dan 11 Muharram supaya keluar daripada khilaf. Wallahua’lam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 17 AMALAN DI 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH ِّ ىب ِ َّ الن ِ ن َ ٍس ع ا َّ ب َ ِ ع ن ْ اب ِ ن َ ((ع -صىل هللا عليه وسلم - ِ َ ْش ْ ع ْ ال ِ ام َّ ي َ أ ِ ى ف لُ َ م َ ع ْ ا ال َ : م َ ال َ ق ُ ه َّ ن َ أ َ ِمن لَ ض َ ْ ف َ أ ِطرُ ا َ خ ُ ي َ ج َ ر َ خ لٌ ُ ج َ ر َّ ِال ، إ ُ اد َ ِجه ْ ال َ ال َ : و َ ال َ ق ُ اد َ ِجه ْ ال َ ال َ وا و ُ ال َ ِذِه. ق َ ِ ه ى ِ ف ل َ م َ ع ْ ال ء)) ْ ْش َ ِ ب ْ ِجع ر ْ َ ي ْ م َ ل َ ِ ِه ف ال َ م َ ِسِه و ْ ف َ ن ِ ب Dari Ibnu ‘Abbas, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak ada amalan yang lebih mulia dari amalan yang dilakukan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah. Para sahabat berkata: Tidak pula ditandingi dengan jihad? Walaupun dengan jihad kecuali jika seseorang keluar berjihad lalu sesuatu membahayakan diri dan hartanya lantas ia kembali dalam keadaan tidak membawa apa pun.” (Riwayat Bukhari) Allah mengurniakan kepada kita dalam setahun ada hari-hari yang mulia. Di antaranya adalah 10 hari pertama Zulhijjah, 10 hari terakhir Ramadhan dan 10 hari pertama Muharam, demikian kata para ulama. Ulama menerangkan bahawa amalan di 10 hari pertama Zulhijjah hanya boleh ditandingi dengan jihad. Ibnu Rajab al-Hambali berkata: “Hadis ini menunjukkan bahawa amalan di sepuluh hari pertama Zulhijjah di sisi Allah lebih disukai oleh Allah dibanding hari-hari lainnya tanpa ada pengecualian. Jika dikatakan Allah itu cinta, maka menunjukkan hari-hari tersebut dinilai mulia di sisi-Nya. Malah dikatakan bahawa lebih afdhal dan dicintai oleh Allah dibanding hari-hari lainnya dalam setahun.” Maka hadis Ibnu ‘Abbas di atas sebenarnya telah menunjukkan kepada kita bahawa berlipatgandanya pahala seluruh amalan soleh yang dilakukan di sepuluh hari pertama Zulhijjah tanpa ada pengecualian sedikit pun.Semoga Allah memberi taufik pada kita untuk terus beramal soleh terutama di hari-hari penuh kemulian. Wallahua’lam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 18 HIDUP UNTUK BERIBADAH ىب ي صىل هللا عليه وسلم قال : يقول تعاَل : يابن ىضهللا عنه عن الن ىيب هريرة ر ((عن أ ّ د غال ولم أسُ ُ يديك ش تفعل مألت ُ ّ فقرك وإال ّ د أمأل صدرك غ ىب وأسُ ي غ لعبادب َ ّ آدم تفر فقرك)) Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman: “Wahai anak Adam! Luangkanlah dirimu untuk beribadat nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiran kamu.” (Riwayat Tirmizi) Dalam Hadis ini, Nabi s.a.w. cuba untuk sampaikan pesanan: Sesungguhnya ibadah adalah suatu perkara yang perlu diutamakan oleh setiap hamba kerana tujuan kita diciptakan Allah adalah untuk beribadah kepadanya. Sehari Allah peruntukkan 24 jam. Berkerja, makan, minum, rehat, tidur dan macam-macam aktiviti lagi kita dapat lakukan dalam masa sehari. Jika diperhatikan, terlalu banyak nikmat dan kurniaan berkaitan masa yang Allah s.w.t. telah berikan. Sebab itu, dalam sehari Allah perintahkan untuk kita luangkan masa solat 5 waktu iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Ibadah yang benar serta ikhlas kepada Allah akan menjadikan kita merasa cukup dengan Allah. Apabila merasa cukup, maka Allah akan menutup segala kefakiran hamba. Jika kita tiada masa dan ruang untuk beribadah kepada-Nya maka Allah meresahkan hati kita serta tidak menutup kefakiran kepada kita. Kefakiran yang dimaksudkan bukanlah fakir dari segi harta benda sematamata. Ibadah yang dilaksanakan menerusi hati dan jasadnya, khusyuk dan merendahkan diri di hadapan Allah Yang Maha Esa, menghadirkan (dalam hati) betapa besar keagungan Allah, benar-benar merasai bahwa ia sedang bermunajat kepada Allah Yang Maha Menguasai dan Maha Menentukan. Ibadah terbahagi kepada 4 jenis: 1) Ibadah kerana terpaksa mematuhi perintah Allah; 2) Ibadah kerana mengharapkan ganjaran dari Allah; 3) Ibadah kerana takutkan Allah; 4) Ibadah kerana mencintai Allah. Justeru, selama kita menjalani kehidupan, ibadah jenis manakah yang ada pada diri kita, atau adakah langsung tiada di dalam senarai jenis pengabdian yang ada.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 19 Sebagai hamba kita hendaklah meletakkan ibadah adalah urusan pertama daripada segalanya. Susah dan beratmana sekalipun kita hendaklah memperuntukkan masa untuk ibadah. Allah s.w.t. sangat cinta kepada hamba-Nya yang beribadah. Apabila kita berusaha mengutamakan Allah di dalam pengabdian kepada-Nya nescaya Allah s.w.t. akan mengutamakan kita di sisi-Nya. HIDUPKAN MALAM NISFU SYA’BAN َ ع اَّلل َّ ُ َّ ىل ِ ص َ اَّلل َّ ُ ول سُ َ ر َ ال َ : ق َ ال َ ٍبكرم هللا وجهه ق ِ ال َ ِي ط ىب َ أ ِ ن ْ ب ِيىلِّ َ ع ْ ن َ ((ع : َ م َّ ل سَ َ ِه و ْ ي َ ل ا َ ِفيه ُ ِل ى ْ ن ى َ ي اَّلل َّ َ َّ ِن إ َ ا ف َ ه َ ار َ ه َ وا ن ُ وم ص ُ َ ا و َ ه َ ل ْ ي َ وا ل ُ وم ُ ق َ ف َ ان َ ب ْ ع َ ش ْ ِف ِمن ص ْ ِّ الن ُ ة َ ل ْ ي َ ل ت ْ َ ان َ اك َ ِ ذ إ ٌ ِق ز ْ َ ن َ س ْ ُ م َ َل َ أ ُ ه َ ل ِفرَ ْ غ َ أ َ ٍ ِيَل ف ِفر ْ غ َ ت س ْ ُ م ْ ِمن َ َل َ أ ُ ول ُ ق َ ي َ ا ف َ ي ْ ن ُّ اِء الد َ م سَ َ َِل ِس إ ْ م َّ ِب الش و رُ ُ ِ غ ل (( رُ جْ َ ف ْ ال َ ع ُ ل ْ ط َ ي َب َّ َ ا ح َ ذ َ ك َ َل َ ا أ َ ذ َ ك َ َل َ أ ُ ه َ ِفي ا َ ع ُ أ َ ف ً ىل َ ت ْ ب ُ م َ َل َ أ ُ ه َ ق ُ ز ْ ر َ أ َ ف Daripada Saidina ‘Ali r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya. Sesungguhnya Allah menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata: “Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.” (Riwayat Ibnu Majah) Malam Nisfu Sya’ban pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu malam Ahad, 21 Haribulan Mei 2016. Pada malam Nisfu Sya’ban hendaklah kita merebut peluang keemasan ini dengan cara menghidupkan malamnya dengan ibadat. Sebelum itu, pada siangnya eloklah berpuasa terlebih dahulu. Pada waktu malamnya janganlah dilepaskan peluang unuk menghidupkan malam dengan beribadah kepada Allah seperti membaca al-Quran, berzikir, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya. Dari Ali r.a. sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmat-Nya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri,
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 20 siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.” Umat Islam disunatkan juga memperbanyakkan istighfar dan bertaubat daripada segala dosa serta meminta keampunan daripada Allah s.w.t. untuk kedua ibu bapa serta keluarga di samping memperbanyakkan bacaan Al-Quran, bertasbih, berselawat dan melakukan solat-solat sunat. Selain daripada itu, disunatkan juga memperbanyakkan doa kerana malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang paling mustajab doa dan penuh rahmat. Wallahu’alam. KEUTAMAAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI ْ ال ِ ة َ ور ِل سُ َّ و َ أ ْ ٍت ِمن ا َ آي َ ْش ْ َ ع َ ِفظ َ ح ْ ن َ ِل ((م )) ا َّ ج َّ الد َ ِمن َ ِصم ُ ِف ع ْ ه َ ك Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat al-Kahfi, maka ia akan terlindung dari Dajjal.” (Riwayat Muslim) Di antara keutamaan surat al-Kahfi adalah jika sepuluh ayat pertama itu dihafal. Bahkan dalam riwayat lainnya disebutkan bahawa yang dihafal adalah sepuluh ayat terakhir. Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menggambarkan bahawa sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama atau terakhir dari surat al-Kahfi, maka ia akan terlindung dari Dajjal. Imam Nawawi berkata: Ada ulama yang mengatakan bahawa sebab mendapatkan keutamaan seperti itu adalah kerana di awal surat al-Kahfi terdapat hal-hal menakjubkan dan tanda kuasa Allah. Tentu saja siapa yang merenungkannya dengan benar, maka ia tidak akan terpengaruh dengan fitnah Dajjal. Begitu pula akhir surat Al-Kahfi, mulai dari ayat: ُ ن َ ين ِ ِفر ا َ ك ْ ِ ل ل َ م َّ ن َ ه َ ا ج َ ن ْ د َ ت ْ ع َ ا أ َّ ن ِ إ َ اء َ ي ِ ل ْ و َ أ ِي وب ى ُ د ْ ِدي ِمن ا َ ِعب وا ُ ِخذ َّ ت َ ي ْ ن َ وا أ رُ َ ف َ ك َ ِذين َّ ِس َب ال حَ َ ف َ أ ً َل ُ ز Maksud: “Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hambahamba-Ku menjadi penolong selain Aku? Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka Jahanam tempat tinggal bagi orang-orang kafir.” (Surah al-Kahfi: Ayat 102) Namun perlu diingatkan bahawa, keutamaan lainnya dari surat al-Kahfi tentang keutamaannya dibaca pada hari Jumaat. Imam Nawawi r.a. berkata: Imam Syafi’i dalam al-Umm dan al-Ashab berkata disunnahkan membaca surat al-Kahfi pada hari Jumat dan malam Jumatnya. Semoga
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 21 bermanfaat dan boleh dijadikan amalan bermanfaat sebagai persiapan menghadapi hari kiamat kelak. Wallahua’lam. DOA DITETAPKAN IMAN (( ِتكَ َ اع َ ط َ ىل َ ا ع َ ن َ وب ُ ل ُ ق ِب ََصِّف ْ و ُ ل ُ ق ْ ال ُ ََصِّفَ م َّ م ُ ه َّ ((الل Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (Riwayat Muslim) Doa di atas adalah doa yang bersumber dari al-Quran dan al-sunnah. Maka seorang Muslim patut menghafal dan memohon kepada Allah setiap waktu, kerana terpelihara ataupun tercabutnya hidayah terletak pada kehendak dan kekuasaan Allah. Apabila Allah meneguhkan hidayah, tidak ada yang dapat memalingkan dan menyesatkannya. ون ِْسُ ا َ خ ْ ال ُ م ُ ه ِئكَ َ ول ُ أ َ ف ِلْ ل ض ْ ُ ي ْ ن َ م َ ِدي و َ ت ْ ه ُ م ْ ال َ و ُ ه َ ف ِد اَّلل َّ ُ ْ ه َ ي ْ ن َ َم Maksud: “Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi.” (Surah al-A’raf: Ayat 175) Doa di atas mengandungi permohonan agar terpeliharanya hati. Hati merupakan penentu baik dan buruknya amal perbuatan seseorang. Dia menjadi pusat takwa dan hidayah. Namun, dia juga menjadi pusat kekufuran dan kesesatan. Rasulullah s.a.w. bersabda: ُ ك ُ د سَ جَ ْ ل َ ا َ ح َ ل , ص َ ت ْ حَ َ ل ا ص َ َ ِ ذ , إ ً ة َ غ ض ْ ُ ِد م سَ جَ ْ ل َ ا ِي ى ف َّ ِن إ َ و َ َل َ أ ب ْ ل َ ق ْ ل َ ا َ ِهي َ و َ َل َ , أ ُ ه ُّ ل ُ ك ُ د سَ جَ ْ ل َ ا َ د سَ َ ف ت ْ َ د سَ َ ا ف َ ذ ِ إ َ , و ُ ه ُّ ُ ل Maksud: “Ketahuilah sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila baik maka baiklah seluruh jasadnya, dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa dia itu adalah hati.” (Muttafaq ‘Alaih) Sedangkan hati setiap seseorang berada di bawah kendalian Allah s.w.t. Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: “Sesungguhnya hati anak Adam (manusia), semuanya berada di antara dua jari dari jari-jemari Allah, laksana hati yang satu, Dia arahkan ke mana sahaja yang Dia kehendaki.” (Riwayat Muslim)
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 22 Dalam riwayat al-Tirmizi dari hadis Malik bin Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati itu berada di dua jari dari jari-jari ar-Rahman, Dia membolak-balikkan sekehendak-Nya.” Dalam riwayat Ahmad: “Jika Dia berkehendak (untuk menjadikannya sesat) maka akan disesatkan-Nya dan jika berkehendak ditetapkan iman maka akan tetap diteguhkan di atas petunjuk.” Sedangkan sesiapa yang hatinya dijaga oleh Allah dengan hidayah, tiada seorang pun yang boleh menyesatkannya. ه َ ل ِديَ ا َ ه َ ًل َ ف ِلْ ل ض ْ ُ ي ْ ن َ م َ و ُ ه َ ل ِضلَّ ُ م َ ًل َ ف ِدِه اَّلل َّ ُ ْ ه َ ي ْ ن َ ُم Maksud: “Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tidak seorangpun yang boleh menyesatkannya. Sebaliknya siapa yang disesatkan oleh Allah maka tiada seorangpun yang boleh memberinya petunjuk.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmizi dan lainnya) Kita sentiasa memohon kepada Allah, agar tidak menjadikan sesat hati kita setelah dia memberi petunjuk dan kita juga memohon limpahan rahmat dari sisi-Nya, sesungguhnya Dia zat Maha Pemberi. Wallahu’alam. SOLAT KOMUNIKASI DENGAN ALLAH ِي)) ر ْ ِ ِذك ل َ الة ِم الص َّ ِق َ أ َ ِي و ب ى ْ د ُ ب ْ اع َ ا ف َ ن َ ِال أ إ َ ه َ ل ِ ال إ ا اَّلل َّ ُ َ ن َ أ ىب ِي َّ ن ِ ((إ Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku. Oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku.” (Surah Toha: Ayat 14) Solat adalah satu komunikasi yang sangat baik antara Allah s.w.t. dan manusia. Ia menjadi sebahagian pengikat antara hamba dan makhluk. Bahkan dalam setiap urusan disuruh untuk kita berurusan dahulu dengan Allah s.w.t., kemudian barulah dengan manusia yang lain. Sekiranya penghubung komunikasi tersebut hanya sekadar acuh tak acuh, mana mungkin perisai kemungkaran itu boleh dihasilkan. Sebab itu Nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap urusan kehidupan akhirat malah urusan dunia sentiasa menyuruh umatnya mendahului dengan solat dua rakaat. Ini dapat dilihat dalam kisah solat istikharah yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah maksudnya: “Adalah Rasulullah s.a.w. mengajar kami melakukan istikharah (memohon petunjuk bagi mendapat pilihan yang tepat)
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 23 pada segala urusan atau pekerjaan. Baginda bersabda apabila seseorang itu ada cita-cita mengenai satu-satu urusan, pekerjaan , hendaklah ia dirikan sembahyang dua rakaat bukan sembahyang fardhu dan kemudian berdoa.” (Riwayat al-Jamaah) Setiap perbuatan menggambarkan bahawa proses mengingati Allah itu adalah sebahagian dari kekuatuan pengawalan nafsu dari terus melakukan perbuatan mungkar. Jelas disini bukti menunjukkan bahawa solatlah sebahagian dari cara yang paling berkesan dalam menghubungkan hati manusia untuk mengingati Allah s.w.t. Wallahua’lam. BAIKI AMALAN KITA (( َ ِسِنريى حۡ ُ م ۡ ٱل َ ن ِّ م ٌ۬ ٌب ي ِ ر َ ِ ق ٱَّلل َّ َ تَ م ۡ ح َ ر َّ ِن ((إ Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.” (Surah al-A’raf: Ayat 56 ) Sesungguhnya amalan kebaikan itu merupakan nadi kepada pencernaan keimanan seseorang. Perbuatan baik itu mencakupi segala amalan soleh. Tidak kira samada ianya amalan yang kecil, besar, sedikit ataupun banyak untuk dilaksanakannya. Kita disuruh oleh Allah dan Rasul untuk sentiasa melakukan kebaikan kerana Allah s.w.t. sentiasa memberi rahmat kasih saying-Nya terhadap hamba-hamba-Nya yang berusaha memperbaiki amalan kebaikannya. Sebagai hamba, sekalipun kita sudah sering dan banyak berbuat amal kebaikan, namun di sana pasti ada kekurangan yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa, agar amalan kita tidak tertolak dan diterima oleh Allah s.w.t. Oleh itu, pohonlah daripada Allah, agar kita dikurniakan hati dan jasad yang gemar, suka, dan cintakan kepada amalan kebaikan dan memperbaikinya agar kita semua sentiasa diselubungi rahmat Allah s.w.t. Wallahua’lam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 24 FIKAH
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 25 ISI KANDUNGAN BIAR TERSILAP MAAF, JANGAN TERSILAP HUKUM 33 PUASA SUNAT HARI ARAFAH 35 SUNNAH MULAKAN DENGAN KANAN 37 HARTA YANG BERCAMPUR HALAL DAN HARAM 38 TUNTUTAN JIKA MELAKSANAKAN KORBAN 39 TERMAKAN & TERMINUM KETIKA BERPUASA 41 KESALAHAN WANITA DALAM MENUTUP AURAT 42 JANGAN ABAIKAN BERPUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWAL 44
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 26 BIAR TERSILAP MAAF, JANGAN TERSILAP HUKUM ما استطعتم فإنكان له مخرج فخلوا سبيله , فإن )) ادرؤوا الحدود عن المسلمريى العقوبة ي ى العفو خرنمن أن يخ ط ف ي ى ((اإلمام أن يخ ط ف Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), lebih baik dari yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah).” (Riwayat Ibnu Majah) Dalam hadith di atas, Nabi s.a.w mengingatkan kita agar berhati-hati dalam bab hudud, iaitu menjatuhkan kesalahan terhadap tertuduh dalam jenayah yang melibatkan hudud. Sekiranya membebas atau memberi kemaafan kepada tertuduh adalah perkara yang terbaik, maka Nabi s.a.w. menggalakkan agar kita melakukannya. Jika dalam bab hudud pun Nabi s.a.w. menasihatkan sedemikian, apatah lagi dalam bab atau perkara-perkara yang bersifat kecil atau remeh-temeh. Andai ada di kalangan sahabat yang melakukan kesalahan kecil apatah lagi merupakan kesalahan yang pertama kali dilakukan, adakah adil jika kita menjatuhkan hukuman yang berat kepadanya atau memandang serong padanya? Jangan disebabkan satu kesalahan, kita bermasam muka, menghukum individu tersebut selamanya begitu atau menanam dalam diri kita sifat tidak suka pada individu tersebut walaupun individu itu berbuat baik kepada kita. Begitu juga dalam kehidupan berkeluarga. Jika suami atau isteri mahu pun anak-anak melakukan perkara yang tidak kita sukai dan ia tidaklah sehingga melanggar perintah Allah dan Rasul, maafkanlah. Namun, jika ia melibatkan arahan atau hukum yang jelas nyatanya daripada Allah seperti arahan menutup aurat dengan sempurna, menunaikan solat dan perkara-perkara wajib yang lain, pada masa itu seharusnya kita melakukan sesuatu atau menjatuhkan hukuman sebagai salah satu usaha untuk mendidik.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 27 Ingatlah, lebih baik kita memberi kemaafan walau pun sukar daripada kita tersilap menghukum dan menuduh orang yang tidak bersalah. Wallahua’lam. PUASA SUNAT HARI ARAFAH ىيب قتادة أن رسول هللا صىل هللا عليه وسلم قال: صيام يوم عرفة أحتسب ((عن أ بعده)) َب ي قبله والسنة ال َب ي عىل هللا أن يكفر السنة ال Daripada Abu Qatadah sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Puasa pada hari Arafah dihitung pada sisi Allah menghapuskan dosa seseorang pada tahun sebelum dan tahun selepas.” (Riwayat Muslim) Beberapa hari lagi kita akan menemui hari Arafah, hari dimana para jemaah haji berkumpul di padang Arafah. Mereka berkumpul disitu mengharapkan pengampunan dan rahmat dari Allah s.w.t. Hadis di atas menganjurkan kepada umat Islam agar berpuasa pada 9 Zulhijjah ketika mana para jemaah haji sedang berwuquf di Arafah. Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping kita berpuasa pada 9 Zulhijjah/ 11 September 2016 (hari Arafah) sebagai langkah berhati-hati yang mana ada kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah bersamaan dengan 10 September 2016 itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah. Bahkan kita disunatkan berpuasa pada awal hari di bulan zulhijjah sehingga pada hari yang ke 9 zulhijjah, ini berdasarkan kepada Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah). (Riwayat Bukhari) Begitulah besarnya ganjaran yang menunggu mereka yang mengerjakan haji dan berkumpul di bumi Arafah dengan penuh tawadduk. Allah s.w.t. amat Pemurah. Dia melimpahkan kurnia-Nya yang tidak terkira kepada hamba-hambanya .Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk mengerjakan haji, maka Allah s.w.t. telah menjanjikan pengampunan-Nya kepada kita pada hari Arafah. Tidakkah kita mahu rebut peluang ini? Tidakkah kita ingin Allah mengampuni dosa-dosa kita? Maka ambillah kesempatan pada hari Arafah ini. Bagaimana caranya? Caranya mudah.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 28 Berpuasalah pada hari Arafah. Berpuasalah pada hari tersebut dengan penuh rasa rendah diri kepada Allah s.w.t., nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita. Hari ini kita berada pada hari ke 3 Zulhijjah. Tinggal di hadapan kita 5 hari lagi. Sama-samalah kita berpuasa dan beribadah merebut peluang serta ganjaran yang telah disediakan kepada kita. InsyaAllah. Wallahu’alam. SUNNAH MULAKAN DENGAN KANAN ترجله وتنعله ى ((كان رسول هللا صىل هللا عليه وسلم يحب التيمن ما استطاع ف وطهوره)) Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Nabi s.a.w. suka mendahulukan kanan dalam semua perbuatan, ketika menyikat rambut, menggunakan sandal dan ketika bersuci.” (Riwayat Tirmizi) Hadis ini menjelaskan kepada kita tentang perkara yang dicintai oleh Nabi s.a.w. dalam memulakan pekerjaan. Baginda s.a.w. sangat suka dan cinta memulakan sesuatu perkara dengan didahulukan anggota kanan pada beberapa perkara. Nabi s.a.w. menyikat rambut dimulakan dengan kanan, memakai kasut dan bersuci semuanya dimulakan dengan anggota yang kanan. Setiap apa jua yang Nabi s.a.w. lakukan pasti ada rahsia agung yang tersembunyi sehingga segala urusan tertentu dimulakan dengan kanan. Sepertimana yang kita ketahui anggota kanan adalah anggota yang digunakan pada perkara mulia, seperti makan, minum, bersalaman, mengangkat al-Quran, dan apa sahaja untuk perkara mulia digunakan kanan. Manakala anggota kiri biasanya digunakan pada perkara-perkara yang tidak mulia seperti membersihkan segala kekotoran yang ada pada anggota, membuang najis, masuk ke tandas dan sebagainya. Terdapat perbezaan antara kanan dan kiri pada kemuliaanya, sepertimana yang kita ketahui di dalam al-Quran juga ada menyebut bahawa orang-orang kanan adalah ahli syurga, manakala yang berada kiri mereka adalah dikalangan ahli neraka. Justeru, mudah-mudahan kita semua pandai meletakkan serta menggunakan sesuatu pada tempatnya. Hak kanan dan kiri harus di bezakan. Moga dengan kita mengamalkan kanan
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 29 sepertimana Rasulullah s.a.w. akan menjadikan kita dikalangan orang yang berada dalam golongan kanan yang mendapat syurga serta Baginda s.a.w. kelak. Wallahua’lam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 30 HARTA YANG BERCAMPUR HALAL DAN HARAM ا{ ً ب ِّ ي َ ط َّ ِال إ لُ َ ب ْ ق َ ي َ ِّ ٌب ال ي َ ط اَّلل َّ َ َّ ِن }إ Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu thoyyib (baik). Allah tidak akan menerima sesuatu melainkan dari yang thoyyib (halal).” (Riwayat Muslim) Dalam hadis ini Nabi Muhammad s.a.w.menyebut bahawa kita diperintahkan untuk mengambil dan menggunakan harta yang halal. Itulah yang Allah terima Bagaimana menggunakan harta yang bercampur antara halal dan haram? Mengenai hukum menggunakan harta yang bercampur antara halal dan haram dijelaskan oleh Ibnu Rajab al-Hanbali r.a. seperti berikut: 1- Jika yang bercampur kebanyakannya itu haram. Untuk harta yang bercampur antara halal dan haram jika yang haram lebih banyak, Imam Ahmad berpendapat bahawa sepatutnya harta tersebut dijauhi kecuali sesuatu yang sedikit atau sesuatu yang sulit dikenali. 2- Jika yang bercampur kebanyakannya itu halal. Untuk harta yang kebanyakannya itu halal, maka boleh digunakan dan boleh makan dari harta semacam itu. Ada riwayat dari Al Harits dari ‘Ali yang mendukung hal ini. Alasan masih dibolehkannya kerana Nabi s.a.w. dahulu dan para sahabat biasa bermuamalah dengan orang musyrik dan ahli kitab. Padahal Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat tahu kalau mereka tidak menjauhi yang haram seluruhnya. 3- Jika samar bahagian antara harta halal dan haram. Jika sama bahagian yang halal dan haram, maka itu jadi syubhat. Untuk warak atau kehati-hatian lebih baik ditinggalkan.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 31 TUNTUTAN JIKA MELAKSANAKAN KORBAN (( َ حي ض َ ِّ ُ ي ْ ن َ أ ْ م ُ ك ُ د َ ح َ أ َ اد َ ر َ أ َ و ُ َ ْش ْ ع ْ ال ت ْ َ ل َ خ َ ا د َ ِ ذ : إ َ ال َ ق َّ ىب ِ ي َّ الن َّ ن َ أ َ ة َ م َ ل سَ ِّ م ُ أ ْ ن َ َ َّس ع م َ ال ي َ ف ا ً ئ ْ ي َ ِ ش ه ِ ْش َ َ ب َ ِ و ه ِ ر َ ع َ ش ْ ((ِمن Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” Apabila menjelang 1 Zulhijjah, seseorang yang telah berazam atau berniat untuk melakukan ibadat korban, sunat baginya untuk tidak menghilangkan (memotong) bulunya seperti rambut, janggut, misai dan kukunya sehingga dilakukan penyembelihan qurban. Oleh itu, hendaklah menjaga kedua-duanya dengan baik. Jika mampu secara fizikal, disunatkan kita menyembelih sendiri binatang korban korban itu. Jika tidak mampu disebabkan uzur atau lainnya, harus diwakilkan kepada orang lain. Jika berpeluang, eloklah menyaksikan binatang korban ketika disembelih. Semasa menyembelih binatang korban disunatkan sebagaimana perbuatan Rasulullah s.a.w.: Menghadapkan binatang itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya lalu membaca: ، ا كَ َ ل َ و كَ ْ ِمن َّ م ُ ه َّ ، الل ُ ىن َ ْ ك َ أ اَّلل َّ ُ َ ِ ، و ِم اَّلل َّ ِس ْ ب ي ىب ِّ ِم لْ َّ ب َ ق َ ت َّ م ُ ه َّ . لل Maksudnya: “Dengan nama Allah dan Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada Engkau dan akan kembali kepada Engkau. Ya Allah, terimalah daripadaku.” Kata Imam Nawawi : Para ulama berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafie mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafie dan ulamanya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang tidak sampai kepada haram) dan tidak haram. (Syarah Sahih Muslim). Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persedian pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini. Justeru, ibadat korban sangat dituntut kerana manfaatnya kepada orang yang berkorban. Bagi yang masih hidup, ia lebih baik daripada bersedekah dengan harga binatang korban itu. Sesungguhnya mengharapkan keampunan dosa adalah intipati semua ibadat dalam Islam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 32 Selain daripada keampunan dosa, ibadat korban membuka ruang dan peluang meningkatkan sikap peka serta prihatin terhadap kebajikan sesama insan, terutama golongan fakir dan miskin. Wallahua’lam. TERMAKAN & TERMINUM KETIKA BERPUASA رَ )) ْ ي َ ر ُ ِي ه ىب َ أ ْ ن َ ع َ ِشي َ ن ْ ن َ م َ م َّ ل سَ َ ِه و ْ ي َ ل َ ع اَّلل َّ ُ َّ ىل ِ ص َ اَّلل َّ ُ ول سُ َ ر َ ال َ ق َ ال َ ق ُ ه ْ ن َ ع اَّلل َّ ُ َ ي َ ىض ِ ر َ ة اه َ ق سَ َ و اَّلل َّ ُ ُ ه َ م َ ع ْ ط َ ا أ َ م َّ ن ِ إ َ ف ُ ه َ م ْ و ص َ َّ ِتم ُ ي ْ ل َ ف ِب َ ْْس َ ْ و َ أ لَ َ ك َ أ َ ف ٌ ِم ائ ص َ َ و ُ ه َ (((.ُو Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa lupa semasa sedang berpuasa lalu dia makan atau minum, maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya, sebenarnya Allah jualah yang telah memberi makan dan minum kepadanya.” (Riwayat Muslim) Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sentiasa melimpahkan kepada hambahamba-Nya dengan pelbagai nikmat. Allah tidak akan menghukum hamba-Nya atas perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja. Sekiranya kita termakan atau terminum kerana terlupa sedangkan kita berpuasa, maka puasa tersebut tidak batal dan wajib diteruskan. Sebenarnya, ia adalah satu nikmat daripada Allah s.w.t. yang ingin memberi makan dan minum kepada hamba-Nya tersebut. Wallahu’alam. KESALAHAN WANITA DALAM MENUTUP AURAT َ و ۡ م ُ ِك ٲت َ ء ۡ و ِى سَ ٲر َ و ُ ا ي ٌ۬ اسً َ ِب ل ۡ م ُ ك ۡ ي َ ل َ ا ع َ ن ۡ ل َ نز َ أ ۡ د َ ق َ م َ اد َ ء ٰٓ َ ىب ِ ب ٰ ـ َ }ي ا ٌ۬ ً يش ِ ر ۖ{ Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raf: Ayat 26)
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 33 Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang dikategorikan sebagai anak Adam iaitu manusia. Pakaian merupakan sesuatu penutupan yang sempurna dan ianya melambangkan ketaqwaan. Allah s.w.t. memerintahkan kepada kaum wanita supaya menyembunyikan segala perhiasan dan melarang daripada ianya terlihat. Allah tidak memberikan pengecualiaan melainkan apa yang terzahir (muka dan tangan). Muslimah hendaklah sungguh-sungguh menyembunyikan kecantikan dan perhiasannya. Antara kesalahan wanita dalam menutup aurat ialah: 1. Menutup aurat baginya adalah cukup dengan sekadar memakai tudung sahaja. 2. Bertudung di kepala tetapi memakai pakaian sendat dan berlengan pendek. 3. Bertudung tetapi memakai kebaya yang terbelah. 4. Bertudung tetapi pakaiannya nipis dan menampakkan bentuk tubuh yang menggoda. 5. Bertudung tetapi tidak memakai anak tudung sehingga terlihat rambut, menampakkan jambul serta hujung rambutnya. 6. Bertudung tetapi hanya memakainya ketika di pejabat sahaja. Tidak memakai tudung ketika berada di sekitar rumah dan lain-lain. 7. Bertudung tetapi tudungnya dilepaskan ke belakang leher, sehingga terdedahlah bahagian dada dari tertutup. 8. Bertudung tetapi jarang dan pendek sehingga nampak sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 9. Bertudung tetapi tidak memakai stokin serta memakai seluar ketat yang menampakkan bentuk kaki. 10. Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis di sepanjang jalan. 11. Bertudung dan sempurna penutupan aurat tetapi melunakkan suara, manja ketika bercakap dengan lelaki. Semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayah-Nya untuk kita sama-sama mengamalkan segala suruhan Allah s.w.t. serta memberikan kepada kita kekuatan untuk menghindari segala hasutan dan tipu daya syaitan. Wallahu’alam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 34 JANGAN ABAIKAN BERPUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWAL ىضي هللا عنه ؛ أنه حدثه ؛ أن رسول هللا صىل هللا عليه ىيب أيوب اْلنصاري ر ))عن أ وسلم قال"من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر(( Dari Abu Ayub katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa selama setahun.” (Riwayat Muslim) Islam sangat menitikberatkan istiqamah dan berterusan dalam melakukan sesuatu amalan walaupun amalan tersebut sedikit. Ibadat puasa di bulan Ramadhan adalah satu tarbiyah atau didikan yang tidak berakhir apabila berlalunya Ramadhan. Islam mengajar bahawa adalah menjadi suatu amalan yang sangat baik apabila selesai sahaja menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan diteruskan pula bepuasa 6 hari dibulan Syawal dan ganjaran kepada siapa yang melakukannya sangat besar diumpamakan seumpama kita berpuasa selama setahun penuh. Sedangkan adalah suatu perkara yang amat payah untuk kita laksanakan puasa selama setahun. Oleh kerana itu, Allah Maha Mengetahui segala kelemahan hamba-Nya, lalu Dia telah menganugerahkan pahala amalan sedemikian buat kita. Alangkah bertuahnya kita dengan menyempurnakan enam hari puasa sunat di bulan Syawal sudah menyamai pahala puasa setahun. Ayuh kita berpuasa, didik nafsu dan hati kita setelah Ramadhan dengan menahan lagi nafsu makan di bulan Syawal ini. Semoga Allah memberi kesempatan dan kekuatan untuk kita bermujahadah dengan berpuasa lagi enam hari di bulan ini. Namun, dalam Islam bukan kuantiti atau angka yang diukur atau dinilai tetapi soal nilai ketaatan dan kecintaan kita kepada perintah Allah yang dijadikan sebagai kayu ukurnya. Wallahua’lam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 35 MU`AMALAT
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 36 ISI KANDUNGAN BERSEDEKAH DENGAN KATA-KATA 45 HARTA YANG BERCAMPUR HALAL DAN HARAM 46 HALAL DAN HARAM 47 IHTIKAR DI LARANG DALAM ISLAM 49 PASTIKAN YANG HALAL SAHAJA 51 JUAL BELI YANG DIHARAMKAN 53 TIDAK BERKURANG HARTA DENGAN BERSEDEKAH 54 SEDEKAH 55
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 37 BERSEDEKAH DENGAN KATA-KATA َ هللا صىل هللا عليه وسلم قال: )) ل ْ و سُ َ ر َّ ن َ ، أ ُ ه ْ ن َ ُهللا ع َ ي َ ىض ِ ٍِم ر ات َ ِ ح ن ْ ب ِديِّ َ ع ْ ن َ ع ِّ ِشق ب ْ و َ ل َ و َ ار َّ وا الن ُ ق َّ ات َ ف ِ ب َ ف ْ ِجد َ ي ْ م َ ل ْ ن َ م َ ف ٍ ة رَ ْ م َ ت ة َ ب ِّ ي َ ٍة ط َ ِ م ل َ ((ٍ ك Dari ‘Adi bin Hatim sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Jagalah kalian dari api neraka, walaupun dengan bersedekah sepotong kurma. Namun siapa yang tidak mendapatkan sesuatu yang boleh disedekahkannya maka dengan (berucap) kata-kata yang baik.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis ini dengan menunjukkan suruhan Nabi kepada umatnya untuk berkata-kata dengan ucapan yang baik. Dengan berkata-kata dengan kata-kata yang baik mampu menyelamatkan seseorang dari azab api neraka. al-Imam an-Nawawi berkata: Hadis ini menunjukkan bahawa perkataaan yang baik itu merupakan sebab selamat seseorang itu dari api neraka. Yang dimaksudkan dengan perkataan yang baik itu adalah ucapan yang menyenangkan hati seseorang . Selain itu, Ibnu Baththal juga berkata: “Perkataan yang baik itu dianggap sebagai sedekah dari sisi yang mana pemberian harta akan membahagiankan hati orang yang menerimanya dan menghilangkan rasa tidak senang dari hatinya. Demikian juga perkataan yang baik (mampu mengembirakan hati orang yang menerima).” Akhir kata, berhati-hati lah dalam berkata-kata kerana ia ibarat pedang tajam yang mampu menghiris teman atau lawan. Wallahua’lam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 38 HARTA YANG BERCAMPUR HALAL DAN HARAM ا(( ً ب ِّ ي َ ط َّ ِال إ لُ َ ب ْ ق َ ي َ ِّ ٌب ال ي َ ط اَّلل َّ َ َّ ِن ))إ Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu thoyyib (baik). Allah tidak akan menerima sesuatu melainkan dari yang thoyyib (halal).” (Riwayat Muslim) Dalam hadis ini Nabi Muhammad s.a.w menyebut bahawa kita diperintahkan untuk mengambil dan menggunakan harta yang halal. Itulah yang Allah terima. Bagaimana menggunakan harta yang bercampur antara halal dan haram? Mengenai hukum menggunakan harta yang bercampur antara halal dan haram dijelaskan oleh Ibnu Rajab al-Hambali rahimahullah seperti berikut: 1- Jika yang bercampur kebanyakannya itu haram. Untuk harta yang bercampur antara halal dan haram jika yang haram lebih banyak, Imam Ahmad berpendapat bahawa sepatutnya harta tersebut dijauhi kecuali sesuatu yang sedikit atau sesuatu yang sulit dikenali. 2- Jika yang bercampur kebanyakannya itu halal. Untuk harta yang kebanyakannya itu halal, maka boleh digunakan dan boleh makan dari harta semacam itu. Ada riwayat dari al-Harits dari ‘Ali yang mendukung hal ini. Alasan masih dibolehkannya kerana Nabi s.a.w. dahulu dan para sahabat biasa bermuamalah dengan orang musyrik dan ahli kitab. Padahal Nabi s.a.w. dan para sahabat tahu kalau mereka tidak menjauhi yang haram seluruhnya. 3- Jika samar antara harta halal dan haram. Jika sama bahagian yang halal dan haram, maka itu jadi syubhat. Untuk warak atau kehati-hatian lebih baik ditinggalkan.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 39 HALAL DAN HARAM ِ ٰن ـ َ ط ۡ ي َّ ِت ٱلش ٲ َ و ُ ط ُ خ ْ وا ُ ِع ب َّ ت َ ت َ َل َ ا و ٌ۬ ً ب ِّ ي َ ط ٌ۬ ً ٰال ـ َ ل َ ِض ح ۡ ر َ ۡ ٱْل ِ ى ا ف َّ ِمم ْ وا ُ ل ُ ُسك ا َّ ا ٱلن َ ه ُّ ي َ أ ٰٓ ٰ ـ َ }ي ۚ ۡ م ُ ك َ ۥل ُ ه َّ ن ِ إ } ريىٌ ِ ب ُّ م ٌ۬ و ُ د َ ع Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah: Ayat 168) Selain iman, Islam sendiri adalah suatu aturan yang wajib ditaati oleh setiap orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Di dalam kehidupan kita tidak akan dapat lari dari bermuamalat. Muamalat bukan sahaja dipraktikkan di dalam syarikat-syarikat yang menjalankan sistem ekonomi. Bahkan sesiapa sahaja akan bermain dengan muamalat. Pada hari ini penindasan berlaku dimana-mana sahaja. Semuanya bermula adalah kerana tidak pernah mengambil peduli dengan aturan Allah lebih-lebih lagi dalam urusan kewangan. Jika manusia dapat mengikut sepenuhnya syariat Islam pasti tidak akan berlaku penindasan pada mana-mana pihak. Sama ada ke atas pembeli atau penjual, majikan atau pekerja, atau sesiapa sahaja. Perkara-perkara negatif seperti menipu, mengurangkan timbangan, menyembunyikan barang, menaikan harga, begitu juga dengan kegiatan perniagaan yang dijalankan melalui riba atau judi. Segala perbuatan ini dilarang sama sekali, kerana ianya sangat memberi kesan negatif kepada masyarakat. Islam telah memberi ruang seluas-luasnya untuk menjalankan muamalat dengan cara yang telah ditetapkan. Soal halal dan haram ini adalah sistem kawalan yang paling berkesan untuk orang yang beriman kepada Allah. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk menjadikan seluruh kehidupan kita meliputi segala gerak kerja dan harta kita terlepas dari kegiatan yang haram lagi berdosa. Umpama haiwan yang tidak fikir soal halal dan haram, apa yang difikirkan hanya sedap dan mengenyangkan. Orang yang
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 40 bersifat seperti ini maka gaya hidup mereka tidak ubah seperti binatang bahkan lebih teruk lagi. Nauzubillah. IHTIKAR DI LARANG DALAM ISLAM ط(( خا ّ ىب ي صىل هللا عليه وسلم قال: ال يحتكر إال ))عن الن Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak akan melakukan ihtikar melainkan dia adalah berdosa.” (Riwayat Muslim ) Ihtikar ialah istilah bahasa arab yang digunakan dalam sistem ekonomi iaitu (menyembunyikan barang). Ini adalah suatu perbuatan negatif dalam amalan ekonomi. Tujuan utama ihtikar ialah mengurangkan bekalan barangan dalam pasaran, sekaligus menyebabkan harga barang naik. Islam sangat mencegah perbuatan ihtikar ini kerana ianya memudaratkan kepada semua pengguna bahkan ianya juga boleh memberi kesan yang buruk kepada negara. Sama ada insflasi atau kenaikan harga barang boleh mengundang kekacauan politik. Kita hidup di atas muka bumi Allah tidak akan terlepas daripada semua urusan termasuklah perkara yang melibatkan negara, semuanya mempunyai hak dan kedudukan untuk kita semua mengambil berat. Secara umumnya ihtikar ini ada dua jenis. Pertama, penguasaan penuh seseorang atau sesebuah syarikat ke atas keperluan orang ramai dari segi makanan atau barangan keperluan lain. Maka dengan ini mereka yang terbabit melakukan ihtikar ini akan bertindak menaikkan harga barang sesuka hati, termasuklah mengurangkan bekalan dan menaikkan harga. Manakala yang kedua; perbuatan menyembunyikan barang keperluan supaya dapat dinaikkan harga, apabila harga sudah naik, barang yang disembunyikan akan dijual dengan harga yang tinggi. Amalan ihtikar ini adalah amalan yang berdosa dan haram. Baginda s.a.w. telah melaknat mereka yang melakukannya. Dunia hari ini sedang menyaksikan bahawa apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.aw. adalah perkara yang sudah berlaku dikalangan masyarakat kita kini. Justeru, segala yang diberitakan oleh Nabi s.a.w. sudah pun menjadi suatu realiti, pesanan Nabi s.a.w. bukan sekadar diketahui bahkan dijadikan pedoman untuk dijadikan sempadan pada perkara yang tidak benar disisi Islam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 41 Oleh itu, kita selaku hamba hendaklah menjadikan kehidupan kita dan semua adalah kehidupan yang bebas daripada daripada penindasan dan penyelewengan, kerana kita mempunyai hak dalam menjadikan negara baik atau pun tidak. Bermula dari diri kita, keluarga kemudian sahabat yang lain untuk meneliti dan menentukan hala tuju kehidupan kita di bawah naugan negara yang baik lagi diampuni. Wallahua’lam. PASTIKAN YANG HALAL SAHAJA َ و ْ م َ أ ْ ن ِّ ام ً يق ِ ر َ ف ْ وا ُ ل ُ ك ْ أ َ ِت ل ِ ام َّ ك حُ ْ ال َ َِل ا إ َ ِ ه ب ْ وا ُ ل ْ د ُ ت َ ِ و ِطل ا َ ب ْ ال ِ م ب ُ ك َ ن ْ ي َ م ب ُ ك َ ال َ و ْ م َ أ ْ وا ُ ل ُ ك ْ أ َ ت َ ال َ ِس }و ا َّ ِل الن ا ُ م َ ل ْ ع َ ت ْ م ُ نت َ أ َ ِم و ْ ث ِ اإل ِ ب { َ ون Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: Ayat 188) Imam Ibnu al-‘Arabi menegaskan ayat ini menerangkan satu dari kaedah utama dalam muamalat Islam dan ia juga merupakan asas bagi semua kontrak pemilikan. Maksud ‘makan’ didalam ayat tersebut adalah merangkumi penerimaan, pemberian dan penguasaan. Digunakan lafaz ‘makan’ sebagai suatu perumpamaan. Manakala maksud al-bathil menurut Ibnu al-Arabi : ْشع نىه عنه ومنع منه وحرم تعاطيه ْلن ال َ ما ال يحل كالربا والغرر ونحوهما والباطل ما ال فائدة فيه ْْسعا Maksudnya: “Apa sahaja yang tidak halal menurut syarak seperti riba, gharar dan seumpamanya yang tiada satu faedah dan manfaat (buat Islam).” Syeikh Rashid Ridha meluaskan lagi bentuk dan erti ‘bathil’ kepada: ي وهو من البطل ء حقيق َ ْشي مقابلة ي ى ما لم يكن ف Maksudnya : “Apa sahaja (bayaran) yang tidak mempunyai timbal balik yang wajar (yang punyai nilai pada pandangan syarak), lagi sebenar, maka ia tergolong dalam erti bathil.”
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 42 Kehidupan hari ini terdedah kepada pemilikan harta yang haram. Kadangkala kita mengambil harta orang lain sebagai milik kita. Mungkin kita melihat harta tersebut sebagai halal sedangkan kita lupa bahawa mengambil hak orang lain merupakan perkara yang bathil dan sudah semestinya haram di sisi Allah s.w.t. Dalam konteks bekerja, ada yang bekerja dengan tekun dan rajin tidak diberikan gaji atau upah yang selayaknya diterima sedangkan orang yang bekerja sambil lewa dan tidak bersungguhsungguh diberikan gaji dan pangkat yang tinggi hanya kerana mereka pandai berkata-kata dan mengampu pihak atasan. Adakah kita mahu tergolong dalam golongan yang memakan harta atau hak orang lain? Justeru, kita perlu berhati-hati dan sentiasa memastikan harta kepunyaan kita merupakan harta yang berkat dan paling penting halal serta tidak mengambil harta atau hak kepunyaan orang lain. Wallahua’lam. JUAL BELI YANG DIHARAMKAN وا ُ ر َ ذ َ ِ و اَّلل َّ ِ ر ْ ِذك َ َِل ا إ ْ و َ ع اس ْ َ ِة ف َ ع ُ م جُ ْ ال ِ م ْ و َ ِة ِمن ي َ ًل ِ لص َّ ِ ي ل ود ُ ا ن َ ِ ذ وا إ ُ ن َ آم َ ِذين َّ ا ال َ ه ُّ ي َ ا أ َ }ي رن ٌْ َ خ ْ م ُ ِك ل َ ذ َ ع ْ ي َ ب ْ ال { َ ون ُ م َ ل ْ ع َ ت ْ م ُ نت ُ ِنك إ ْ م ُ ك َّ ل Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumu’ah : Ayat 9) Apabila sesuatu itu diharamkan dalam Islam, ia juga akan menyebabkan pengharaman perkaraperkara yang boleh mendorong terjadinya perkara haram itu. Maka Islam menutup pintu-pintu atau perkara yang boleh membawa kepada haram. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya AlHalal Wal Haram Fil Islam menegaskan perkara ini dengan mengemukakan kaedah Fiqh iaitu: “Perkara yang boleh menyebabkan berlakunya sesuatu yang haram, maka perkara itu juga haram. Begitu juga dalam hal jual-beli semasa azan Jumaat. Jual-beli semasa azan Jumaat boleh menyebabkan umat Islam lalai dengan berlengah-lengah untuk menunaikan solat Jumaat di masjid. Para Ulama secara sepakat merumuskan bahawa haram melakukan urusan jual-beli setelah azan solat Jumaat dikumandangkan.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 43 Walaubagaimanapun, pengharaman ini hanya ke atas kaum lelaki sahaja. Ini kerana, hukum menunaikan solat Jumaat hanya wajib ke atas kaum lelaki sahaja. Justeru, sekiranya urusan jualbeli itu berlaku di antara wanita dengan wanita, maka ia tidak termasuk dalam pengharaman tersebut. Tidak termasuk juga di dalam pengharaman ini kaum lelaki yang gugur syarat wajib menunaikan solat Jumaat seperti kanak-kanak yang belum baligh, orang gila, orang uzur dan sebagainya. TIDAK BERKURANG HARTA DENGAN BERSEDEKAH اَّلل َّ ُ َ اد َ ا ز َ م َ ٍل و ا َ م ْ ِمن ٌ ة َ ق َ د ص َ ت ْ ص َ َ ق َ ا ن َ م َ ال َ ق َ م َّ ل سَ َ ِه و ْ ي َ ل َ ع اَّلل َّ ُ َّ ىل ِ ص َ وِل اَّلل َّ سُ َ ر ْ ن َ ))ع )) اَّلل ه ُ ه َ ع َ ف َ ر َّ َِل ِ إ َِّلل َّ ٌ د َ ح َ أ َ ع اض َ َ و َ ا ت َ م َ ا و ًّ ِعز َّ َِل إ ٍ و ْ ف َ ِع ا ب ً د ْ ب َ ع Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah. Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim) Harta yang kita miliki hari ini belum tentu masih termiliki esok hari. Jadi, rezeki kita cuma sekadar apa yang kita gunakan hari ini, makan di waktu ini dan pakaian yang dipakai kini. Esok hari mungkin harta itu akan di tarik kembali kepada yang maha memberi. Bersedekahlah, jangan takut kehilangan harta itu kerana berbuat baik kepada sesama makhluk akan mendamaikan hati kita. Allah akan melipat gandakan apa yang telah kita sedekahkan. Kalaupun tidak mendapat balasannya di dunia ini, akhirat nanti pasti akan terhitung tidak terkecuali. Sedekah itu yang akan menjadi jariah. Duit yang dikumpul kini hanya akan menjadi baja tanah kecuali amalan sedekah itu sahaja yang akan mengalir sampai kepada kita sesudah kita kembali ke alam barzakh. Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberian-Nya. Tanda syukurnya kita atas anugerah yang Allah kurnia, maka sama-sama berkongsi nikmat ini dengan insan lain yang memerlukan. Usah sombong mendabik dada pada nikmat Allah, jangan nanti papa barulah mula menadah tangan meminta sedekah. Kerana Dia berhak memberi dan mengambilnya kembali. Wallahu’alam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 44 SEDEKAH لِّ ُ ك ِي ى ف ِلَ اب َ ن سَ َ ع ۡ ب سَ تۡ َ ت َ ب ۢ ن َ ٍة أ َّ ب َ ِ ح ل َ ث َ م َ ِ ك ٱَّلل َّ ِ يل ِ ب ِي سَ ى ف ۡ م ُ ه َ ٰ ل َ و ۡ م َ أ َ ون ُ نِفق ُ ي َ ِذين َّ ٱل لُ َ ث َّ }م ِي ل َ ع ٌ ِسع ٰ َ و ٱَّلل َّ ُ َ و ۚ ُ ء ٓ ا َ ش َ ن ي َ ِ م ُف ل ِع ٰ ـ ض َ ُ ي ٱَّلل َّ ُ َ و ۗ ٖة َّ ب َ ح ُ ة َ ئ ْ ا ِّ ٖة م َ ل ُ ب ۢ ن ُ س { ٌ م Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah : Ayat 261) Sedekah merupakan amalan yang amat dituntut dalam Islam. Orang Islam amat digalakkan untuk memberi sedekah terutamanya kepada golongan yang berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. Sedekah tidak akan merugikan kita kerana Allah s.w.t. telah menjanjikan ganjaran kepada mereka yang mengeluarkan sedekah sama ada di dunia ataupun di akhirat. Walaupun secara zahirnya harta dilihat berkurang, ianya ditutup dengan keberkatan dan pahala yang dijanjikan Allah. Sedekah yang dilakukan hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah. Bukan untuk bermegahmegah ataupun demi pangkat dan kedudukan. Semoga setiap amalan kita diterima Allah dan dibalas dengan ganjaran yang setimpal.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 45 AKHLAK
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 46 ISI KANDUNGAN ADAB PERGAULAN LELAKI & PEREMPUAN 57 MENJAGA LIDAH 60 SALING MEMBANTU DALAM KEBAIKAN 62 NIKMAT BERSAUDARA 63 KEUTAMAAN SABAR DALAM MENGHADAPI DUGAAN 64 AMALAN ZIARAH & ADABNYA 65 PERKATAAN YANG BAIK ITU SEDEKAH 67 MEMUJI DIRI SENDIRI 68
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 47 ADAB PERGAULAN LELAKI & PEREMPUAN رنٌ ِ ب َ خ اَّلل َّ َ َّ ِن ۗ إ ْ م ُ ه َ ل ٰ َ َك ْ ز َ أ ِكَ ل ٰ َ ۚ ذ ْ م ُ ه َ وج رُ ُ وا ف ُ ظ َ ف حْ َ ي َ و ْ ِ ِهم ار ص َ ْ ب َ أ ْ ِمن وا ُّ ض ُ غ َ ي َ ِنريى ِ م ْ ؤ ُ م ْ ِ ل ل لْ ُ }ق ون{ ُ ع َ ن ص ْ َ ا ي َ ِم ب رُ ُ ف َ ن ۡ ظ َ ف حۡ َ ي َ و َّ ِهن ِ ر ٰ ـ ص َ ۡ ب َ أ ۡ ِمن َ ن ضۡ ض ُ ۡ غ َ ِت ي ٰ ـ َ ن ِ م ۡ ؤ ُ م ۡ ل ِّ ل ل ُ ق َ }و { َّ ن ُ ه َ وج Firman Allah s.w.t. bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.” (Surah An Nur : Ayat 30-31) Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkaraperkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Agar tidak berlaku perkara maksiat yang sering terbabas di antara lelaki dan perempuan samada yang belum berkahwin ataupun sudah berkahwin. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan: Ucapan yang makruf (baik) dan sopan. Allah s.w.t. telah menjelaskan di dalam Al Quran supaya kita mengucapkan kata-kata yang baik, kita ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia. Menundukkan pandangan. Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah s.a.w. setelah memberi salam (solat) beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 48 Tidak berkhalwat (berdua-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.” Menghindari tempat syubhah. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari) Adab Khas Untuk Wanita • Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah s.w.t.: “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.” (Surah al-Ahzab : Ayat 59). Dan firman-Nya lagi: “Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”(Surah al-Ahzab : Ayat 33) • Serius dalam ucapan tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah s.w.t.: “Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.” (Surah al-Ahzab : Ayat 32) • Menjaga pergerakan tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah s.w.t.: “Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.” (Surah an-Nur : Ayat 31) Justeru itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan amatlah dititik beratkan di dalam Islam. Pastikan kita sentiasa menjaga batasan antara lelaki dan perempuan dimana sahaja kita berada, terutama di tempat kerja kerana ianya suasana yang sering melibatkan antara lelaki dan perempuan. Elakkan diri dari mengundang dosa dan fitnah. Wallahua’lam.
TAKAFUL IKHLAS BERHAD 49 MENJAGA LIDAH اهلل واليوم اآلخر فال يؤذ جاره، ومنكان يؤمن باهلل واليوم اْلخر ً ((منكان يؤمن ب فليكرم ضيفه، ومنكان يؤمن باهلل واليوم اآلخر فليقل خرنا أو ليصمت)) Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Siapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Hari Akhir, maka janganlah menyakiti tetangganya. Siapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Hari Akhir, maka muliakanlah tetamunya. Dan siapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Hari Akhir, maka berbicaralah yang baik atau diamlah.” (Riwayat Bukhari) Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap. Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepada kita. Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa dengan mengumpat, mengata, mengeji, mengaibkan orang lain ataupun menghina. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah apatah lagi menyebarkan sesuatu keburukan kepada orang lain. Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Riwayat Imam Tirmizi) Imam Al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.” Daripada kata Imam alGhazali ini, jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka. Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak dan imannya selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-