The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sumie hamzah, 2023-07-20 01:20:20

MUTIARA IKHLAS

MUTIARA IKHLAS

TAKAFUL IKHLAS BERHAD 50 baiknya. Termasuk kesempurnaan iman adalah menghormati tetangganya dan memperhatikanya serta tidak menyakitinya. Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmizi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah s.a.w. ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.” Wallahua’lam.


TAKAFUL IKHLAS BERHAD 51 SALING MEMBANTU DALAM KEBAIKAN } ۚ ِن ٰ َ و ۡ د ُ ع ۡ ٱل َ ِم و ۡ ث ِ ۡ ٱإل َ ىل َ ع ْ وا ُ ن َ او َ ع َ ت َ َل َ و ۖ ٰى َ و ۡ ق َّ ٱلت َ و ِّ ىن ِ ۡ ٱل َ ىل َ ع ْ وا ُ ن َ او َ ع َ ت َ }و Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.” (Surah al-Maidah : Ayat 2) Allah s.w.t. memerintahkan umatNya agar melakukan kebaikan dan bekerjasama dalam melaksanakannya. Allah juga melarang umatnya daripada melakukan maksiat dan kemungkaran sama ada secara individu mahupun berkelompok. Melakukan kebaikan dan amal soleh secara berjemaah itu lebih disukai dan dicintai oleh Allah s.w.t. Isu-isu seperti pembantaian rakyat Rohingya di Mnyanmar, peperangan di Syria dan Palestin dan pelbagai isu kemanusiaan merupakan antara perkara yang perlu mendapat perhatian umat Islam. Jika umat Islam terlalu sibuk bertelingkah bagi perkara yang remeh, siapa yang akan diharapkan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Kesatuan dalam Islam amat dituntut terutamanya bagi mendepani cabaran-cabaran terhadap agama pada zaman ini. Umat Islam haruslah bersatu hati dan bekerjasama untuk menegakkan syiar Islam. Perpecahan dan pertelingkahan sesama Islam hanya akan melemahkan kita sendiri. Semoga hati-hati kita disatukan Allah dan sentiasa berada di dalam golongan yang benar.


TAKAFUL IKHLAS BERHAD 52 NIKMAT BERSAUDARA يش ذكره وإن ذكر أعانه)) ((من أراد هللا به خرنا رزقه خليال صالحا إن ن Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Apabila seseorang itu dikehendaki oleh Allah menjadi baik, maka Allah memberikan rezeki kepadanya berupa seorang kekasih (sahabat) yang soleh. Jika ia lupa, kekasih itu akan mengingatkannya dan jika ia ingat maka kekasih itu akan menolongnya.” (Riwayat Abu Daud) Majoriti kehidupan kita dipengaruhi oleh orang yang berada di sekeliling kita, lebih-lebih lagi mereka yang dekat dan rapat dengan kita. Kita tidak dapat lari dari hidup bermasyarakat. Kebaikan budi pekerti akan menyebabkan timbulnya perasaan saling kasih mengasihi, tolong menolong sesama kita, manakala sebaliknya budi pekerti yang buruk akan menimbulkan perasaan benci-membenci, dengki-mendengki dan bermusuhan. Kebaikan dan keburukan kita dipengaruhi dengan siapa kita berkawan, usahalah mencari teman, rakan, pasangan yang baik sepertimana yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Setiap daripada diri kita mempunyai kelebihan dan kekurangan, di dalam pergaulan pastikan kita sentiasa cuba untuk menjadi seorang yang boleh memberi dan menerima. Jika semua umat Islam bersikap terbuka dan berlapang dada serta menepati syariat Islam, nescaya kehidupan manusia akan lebih sempurna. Di dalam persaudaraan, Islam mengutamakan sikap kasih sayang serta melarang daripada tercetusnya permusuhan. Orang Islam ibarat satu binaan, apabila salah satu daripada binaan itu rosak maka binaan tidak akan kukuh dan akan runtuh. Oleh kerana itu, kita hendaklah menjaga dan berusaha menjaga hubungan sesama kita. Umat Islam berjaya hanya apabila semuanya bersatu dan saling bekasih sayang kerana agama.


TAKAFUL IKHLAS BERHAD 53 KEUTAMAAN SABAR DALAM MENGHADAPI DUGAAN سَ َ ِه و ْ ي َ ل َ ُهللا ع َّ ىل ِهللا ص َ ُ ل ْ و سُ َ ر ْ ِي ب ى َ اد َ : ع ت ْ َ ال َ ِء ق َ ال َ الع ِّ م ُ أ ْ ن َ ((ع : َ ال َ ق َ ، ف ً ة ض َ ْ ي ِ ر َ ام َ ن َ أ َ و َ م َّ ل َث َ ب َ خ ُ ار َّ ُب الن ِه ْ ذ ُ ا ت َ م َ ك ُ اه َ اي َ ط َ ِه خ ِ ُب ُهللا ب ه ْ ذ ُ ِ ِم ي ل رَ َض المس ْ َ م ِّ ِن إ َ ِء، ف َ ال َ الع ِّ م ُ ا أ َ ي ِىْ ْش ِ ْ ب َ ا ِة )) ِفض َّ ال َ ِب و َ ه َّ الذ Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: Dari Ummu Al-Ala’, dia berkata: “Rasulullah s.a.w menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu beliau berkata. “Bergembiralah wahai Ummu Al-Ala. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuat Allah menghilangkan kesalahan-kesalahan, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran emas dan perak.” (Riwayat Abu Daud) Di dalam hadis di atas, Rasulullah memberitahu bahawa orang mukmin itu apabila diuji oleh Tuhannya, ujian itu mampu menghapuskan dosa-dosanya yang telah dia lakukan. Namun, ianya bergantung sama ada dia bersabar atau tidak dalam menghadapi dugaan itu. Dari Anas bin Malik dia berkata. “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman: Apabila aku menguji hambaku dengan (buta) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka aku akan menggantikan kedua matanya itu dengan syurga.” Maka hendaklah kita menahan diri tatkala sakit dan menyembunyikan cubaan yang menimpa kita. Sebahagian orang salaf berkata: “Barangsiapa yang mengadu tentang musibah yng menimpanya, seakan-akan dia mengadu tentang Tuhannya.” Wahai sahabatku, kamu akan menghadapi pelbagai ujian di dalam kehidupan kamu. Mungkin ujian itu akan menimpa terus kepada dirimu atau suamimu atau anakmu atau mungkin anggota keluarga yang lain. Dan ketika ujian itu datang, ia akan menguji imanmu. Adakah engkau akan bersabar atau tidak? Wallahua’lam.


TAKAFUL IKHLAS BERHAD 54 AMALAN ZIARAH & ADABNYA } َ ون ُ م َ ح ر ْ ُ ت ْ م ُ ك َّ ل َ ع َ ل وا اَّلل َّ َ ُ ق َّ ات َ ۚ و ْ م ُ ك ْ ي َ و َ خ َ أ َ ى ري ْ َ وا ب ِحُ ل ص ْ َ أ َ ف ٌ ة َ و ْ ِخ إ َ ون ُ ن ِ م ْ ؤ ُ م ْ ا ال َ م َّ ن ِ }إ Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat : Ayat 10) Antara amalan terpuji di bulan Syawal yang menjadi budaya besar-besaran umat Islam ketika sambutan Aidilfitri ialah amalan ziarah atau kunjung mengunjung satu sama lain. Amalan ini memberi manfaat yang amat besar dan faedah yang berguna dalam konteks persaudaraan dan perpaduan ummah. Amalan ziarah ini membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan sesama insan. Islam mengajak manusia saling kenal mengenali antara satu sama lain, hormatmenghormati, saling kerjasama dan faham–memahami sesama insan. Berdasarkan ayat Al-Quran dan amalan Rasulullah s.a.w. beberapa peraturan dan adab yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam antaranya ialah: Pertama: Sebagai tetamu mestilah berniat baik di atas kunjungannya. Kedua: Tidak membezakan antara orang kaya dan miskin ketika membuat jemputan. Ketiga: Hendaklah tidak menolak sesuatu undangan hanya semata-mata berpuasa sunat, sebaliknya terimalah undangan dan hendaklah berbuka kerana untuk menimbulkan kegembiraan dipihak yang membuat undangan. Keempat: Hendaklah menolak undangan di mana makanan yang dihidangkan itu terdapat unsur syubhat dan aktiviti mungkar atau orang yang mengundang itu bersifat fasiq, zalim atau suka membesar diri. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Janganlah engkau makan melainkan makanan orang yang bertakwa dan jangan pula makan makananmu itu melainkan yang membawa kepada takwa.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)


TAKAFUL IKHLAS BERHAD 55 Kelima: Semasa berkunjung hendaklah memilih waktu yang sesuai. Janganlah berkunjung pada waktu awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu itu pihak tuan rumah ingin beristirahat atau membuat persiapan keperluan keluarga. Keenam: Perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi. Pada zaman ini meminta izin juga boleh dimaksudkan dengan menghantar mesej melalui aplikasi sms, whatsapp ataupun membuat panggilan melalui telefon terlebih dahulu sekiranya kita berhajat ingin berkunjung ke rumah sanak saudara mahupun sahabat handai agar tuan rumah dapat bersedia menerima tetamu dengan sebaiknya. Ketujuh: Selaku tetamu juga adalah sangat digalakkan agar berjabat tangan dengan tuan rumah sebagaimana dengan hadis Nabi s.a.w. riwayat dari al-Barra’ r.a. yang bermaksud: “Tidak ada dua orang muslim yang bertemu, lalu saling berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah s.w.t. sebelum berpisah.” Walaubagaimanapun amalan berjabat tangan ini mestilah dilakukan mengikut asas dalam Islam serta menjaga batasan halal dan haram. Kelapan: Sebagai tetamu juga tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah. Kesembilan: Menjaga mata, jangan mencuri dengar atau mengintai tuan rumah, janganlah mengangkat suara semasa berada di dalam rumah dan jangan mengambil masa yang lama ketika berziarah. Manakala bagi pihak tuan rumah, agama Islam turut menggariskan beberapa adab yang perlu dipelihara dan dihayati oleh tuan rumah antaranya dengan menghormati dan memuliakan tetamunya. Dalam masa yang sama, tuan rumah juga disarankan agar menghidangkan jamuan yang terbaik mengikut kadar kemampuan. Tiada maksud untuk berbangga-bangga tetapi tujuannya adalah untuk merapatkan seluruh kawan serta memberikan kegembiraan dalam jiwa tetamu. Memuliakan dan melayan tetamu dengan baik adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu. Wallahua’lam.


TAKAFUL IKHLAS BERHAD 56 PERKATAAN YANG BAIK ITU SEDEKAH ((الكلمة الطيبة صدقة)) Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: “Perkataan yang baik itu adalah sedekah.” (Riwayat Muslim) Sedekah tidak semestinya melalui material dan wang ringgit semata. Perkataan yang baik juga adalah suatu sedekah, senyuman yang manis juga dianggap sedekah, begitu juga dengan katakata yang baik terlafaz daripada lisan yang baik. Ketahuilah bahawa lidah merupakan perantaraan utama bagi manusia menyampaikan sesuatu. Kata-kata yang tidak dijaga maka kesannya amatlah besar, tiada sesuatu yang dapat menyelamatkannya melainkan dengan berkata-kata dengan perkataan yang baik. Sememangnya lisan merupakan alat utama yang perlu dijaga oleh setiap insan. Maka dengan itu Islam menganjurkan kita agar menjaga lisan daripada perkataan-perkataan yang tidak baik, bertikam lidah, berbalah, mengumpat, bercakap perkara yang sia-sia lagi kosong, lebih-lebih lagi kita hendaklah mengelakkan diri daripada pertuturan yang buruk terhadap orang lain. Bagaimana perkataan boleh dianggap sedekah? Perkataan yang baik dianggap sedekah kerana ianya boleh menyenangkan hati orang lain yang mendengarkannya, malah itu suatu perkara yang dituntut dalam Islam, bahkan perbuatan tersebut termasuk dalam amalan soleh dan akhlak mulia. Dengan pertuturan yang baik dapat meleraikan permusuhan, mengeratkan hubungan persaudaraan serta membuahkan rasa kasih. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadikan setiap perkataan yang kita tuturkan adalah perkataan yang baik-baik sahaja. Lambang keperibadian seseorang itu dapat dinilai daripada ucapannya yang baik.


TAKAFUL IKHLAS BERHAD 57 MEMUJI DIRI SENDIRI } َ ق َ َّ ات ِ ن َ ِم ب ُ م َ ل ْ ع َ أ َ و ُ ه ْ م ُ ك سَ ُ ف ْ ن َ وا أ ُّ ك َ ز ُ ت َ ًل َ }ف Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (Surah an-Najm: Ayat 32) Ayat ini menjelaskan bahawa hati-hati dalam memuji diri sendiri. Contohnya “Saya itu seperti ini dan seperti itu, yang lain tidak mampu.” Hati-hati yang dimaksudkan adalah berwaspada dari memuji dan mentazkiyah diri sendiri. Al-‘Izz Ibnu ‘Abdis Salam berkata: “Engkau memuji dirimu sendiri lebih parah daripada engkau memuji orang lain. Ini kerana kesalahan seseorang di matanya sendiri lebih ia tahu banyaknya berbanding mengetahui kesalahan orang lain. Kecintaanmu pada sesuatu itu membutakan dan menulikan. Dan memang betul, tidak ada yang disukai kecuali diri sendiri. Oleh karena itu, kita lebih suka melihat ‘aib (kekurangan) orang lain daripada memperhatikan kekurangan diri sendiri. Kita juga lebih mudah bertolak ansur pada diri kita sendiri jika diri kita kurang, namun tidak pada yang lain.” Allah s.w.t. berfirman: ُّ ك َ ز ُ ي َ ِذين َّ ال َ َِل إ رَ َ ت ْ م َ ل َ }أ { ُ اء َ ش َ ي ْ ن َ م ي ِّ َك َ ز ُ ي اَّلل َّ ُ ِ ل َ ب ْ م ُ ه سَ ُ ف ْ ن َ أ َ ون Maksud: “Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya.” (Surah an-Nisa’: Ayat 49) Tidak boleh seseorang memuji dirinya sendiri kecuali jika ada hajat untuk hal itu. Contohnya, pertama; ingin melamar seorang wanita dan ia mengemukakan keistimewaan dirinya. Kedua; ingin memperkenalkan kemampuan dirinya dalam tujuan pemerintahan dan urusan agama seperti yang terjadi pada Nabi Yusuf ‘alaihis salam. Ketiga; boleh memuji diri sendiri agar boleh dicontohi. Tentu ini bagi orang yang benar-benar niatnya untuk dicontoh orang lain dan jauh dari penyakit riak dan sum’ah. Wallahua’lam.


Click to View FlipBook Version