28 OKTOBER 2023 | SABTU DEWAN SERBAGUNA MATTARY MESYUARAT Agung Tahunan PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU MA’HAD TAHFIZ TUN ABDUL RAHMAN YA’KUB KKAALLII KKEE--33
8:30 pagi 9.00 pagi 9.30 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru : Bacaan doa : Ucapan YDP PIBG MATTARY : Ucapan Penasihat PIBG, Pemangku Guru Besar MATTARY : Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-3 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat kali ke 2/2022 : Laporan Aktiviti 2023 oleh Penolong Setiausaha : Laporan Kewangan oleh Bendahari : Pembentangan dan Perbahasan Usul : Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2021 - 2023 (Pengerusi Pemilihan Sementara) : Pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2023 - 2025 (Pengerusi Pemilihan Sementara) : Ucapan Penangguhan YDP PIBG 2023 - 2025 : Jamuan MASA PERKARA Isi Kandungan Tentatif 2
Kata Alu-aluan Pemangku Guru Besar 3
Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 4
Ahli Jawatankuasa PIBG 5
Jawatankuasa Pelaksana 6
Jawatankuasa Pelaksana 7
Jawatankuasa Pelaksana 8
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) MATTARY KALI KE – 2/2022 TARIKH : 22 OKTOBER 2022 MASA : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA MATTARY PENASIHAT : Tuan Haji Ibrahim bin Haji Jamain KEHADIRAN : Lampiran 1 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG MATTARY KALI KE 2/2022
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 10 1.0 Pengenalan 1.1 Pengerusi majlis mengalu alukan kedatangan YDP PIBG MATTARY, Ustaz Mohamad Zamri bin Ariffin, Naib YDP PIBG, Guru Besar, semua guru dan ibu bapa penjaga. 2.1 Majlis dimulakan dengan Ummul kitab Al Fatihah dan bacaan doa daripada Ustaz Mohd Safwan bin Mahli. 2.0 Ucapan Aluan daripada Ustaz Mohamad Zamri bin Ariffin (YDP PIBG MATTARY) 2.1 Beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa PIBG MATTARY dan ibu bapa penjaga yang sudi meluangkan masa untuk turut serta dalam mesyuarat yang diadakan secara bersemuka buat julung kalinya. Beliau menggesa semua pihak dapat berkerjasama dan menyumbang idea dalam memantapkan lagi aktiviti-aktiviti di sekolah bagi kepentingan anakanak MATTARY. 2.2 Pihak PIBG MATTARY ini baru sahaja ditubuhkan dengan mencipta logo persatuan, membuka akaun bank dan mengatur urusan surat menyurat rasmi. 2.3 Yuran dan sumbangan kepada pihak PIBG MATTARY ini sangat diperlukan untuk memastikan persatuan dapat berjalan dengan baik dalam merancang aktiviti-aktiviti untuk murid-murid MATTARY. 2.4 Beliau berharap mesyuarat pada hari ini dapat mendengar sebarang cadangan daripada kalangan ibu bapa untuk berganding bahu dalam menyelesaikan masalah anak-anak dan berbincang bersama-sama dalam melaksanakan cadangan tersebut demi memastikan kejayaan mereka.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 11 2.5 Beliau juga berharap segala kelemahan yang ada diperbaiki supaya anak-anak kita mendapat keputusan yang cemerlang dengan adanya sumbangan tenaga dan idea daripada pihak ibu bapa dalam memastikan kejayaan anak-anak mereka. Contohnya masalah hafazan anak-anak di sekolah dan ibu bapa tahu titik kelemahan anak-anak mereka, ibu bapa boleh mendoakan anak-anak mereka disusuli dengan ikhtiar dan usaha. 2.6 Pihak PIBG MATTARY akan cuba berusaha sebaik mungkin dalam membantu pihak sekolah dengan mencari solusi bersama-sama untuk memperbaiki masalah anak-anak di MATTARY.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 12 3.0 Ucapan Aluan daripada Tuan Haji Ibrahim bin Haji Jamain(Guru Besar MATTARY) 3.1 Guru Besar menekankan tentang aspek kehadiran ibu bapa dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dimana perkara ini amat penting dalam memastikan kejayaan sesuatu program. 3..2 Beliau juga meminta semua pihak menjadikan sekolah yang berjaya sabagai rujukan di mana salah satu faktor kejayaan anak-anak di sekolah ialah berpunca daripada sokongan padu daripada ibu bapa. Perkara ini amat penting kerana sentuhan ibu bapa sendiri dan penglibatan mereka dalam mendidik anak-anak. Faktor ibu bapa memainkan peranan dan tanggungjawab dalam kemenjadian murid. Selain itu, dana yang cukup juga perlu untuk mengadakan aktivitiaktiviti bagi anak-anak di MATTARY. 3.3 Guru Besar juga menekankan tentang visi dan misi sekolah. Visi MATTARY ialah melahirkan generasi al-Quran yang berilmu. Manakala misi sekolah ialah kemenjadian insan yang cemerlang alQuran, ilmu pengetahuan, sahsiah dan kokurikulum. Contohnya aktiviti kokurikulum di mana terdapat murid yang mengalami obesiti akan menyertai program Jom Kurus anjuran sekolah bagi mengatasi masalah berat badan. 3.4 Guru Besar turut menekankan tentang slogan MATTARY iaitu ‘Mattary Bestari’ dan juga 7 nilai amalan MATTARY iaitu Menepati masa, Amanah, Team (Jamaah), Thaharah (Kebersihan), Adab, Rajin dan Yakin.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 13 3.5 Guru Besar juga berkongsi tentang laporan terkini dari bahagian Pentadbiran, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Akademik, Hafazan dan program-program yang dianjurkan oleh MATTARY sepanjang tahun 2022 iaitu merangkumi: • Waktu persekolahan tahap 1 dan tahap 2 • Enrolmen murid MATTARY • Aktiviti Kokurikulum MATTARY • Kehadiran murid (bulan Mac -Oktober 2022) • Tahap pencapaian Hafazan bagi KBTS Tahun 1 dan 2 • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini • Program anjuran MATTARY pada tahun 2022 • Pencapaian murid di luar MATTARY 3.5.1 Waktu Persekolahan MATTARY 2022 Waktu persekolahan bagi murid-murid ialah bermula pada pukul 7.00 pagi dan balik pada pukul 4.30 petang bagi tahap 1 manakala bagi tahap 2 pula murid akan balik pada pukul 5.00 petang. Murid akan menunaikan solat zohor secara berjemaah di sekolah dan solat asar dilakukan di rumah masing-masing. 3.5.2 Enrolmen murid MATTARY 2022 Jumlah enrolmen murid MATTARY pada tahun 2022 di mana terdapat 355 orang murid pada masa kini. Bilangan murid dalam setiap kelas juga akan diseragamkan menjadi 20 orang dalam satu kelas pada masa akan datang. 3.5.3 Aktiviti Kokurikulum MATTARY Aktiviti kokurikulum yang ditawarkan bagi murid-murid MATTARY pada masa kini ialah sukan dan permainan, kelab dan persatuan dan badan beruniform. Aktiviti renang dan taekwando tidak lagi ditawarkan oleh pihak MATTARY.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 14 3.5.4 Kehadiran murid (bulan Mac – Oktober 2022) Kehadiran murid pada tahun ini mencapai target iaitu 90% di mana terdapat segelintir murid yang bercuti awal bersama-sama ibu bapa serta urusan mengerjakan umrah. Guru besar berharap kehadiran ke sekolah bagi murid-murid MATTARY mencapai 100% pada masa akan datang. Selain itu, pihak sekolah juga menyarankan kepada ibu bapa untuk meminta bantuan daripada ibu bapa yang lain yang tinggal dalam kawasan yang sama bagi urusan pergi dan balik sekolah sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah pengangkutan. 3.5.5 Tahap pencapaian murid dalam hafazan bagi Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sarawak (KBTS) Tahun 1 dan Tahun 2 Guru Besar juga berkongsi tentang pencapaian hafazan dan akademik bagi tahun 2022 di mana melibatkan Tahun 1 dan Tahun 2 yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sarawak (KBTS). Sasaran bagi pencapaian murid dalam hafazan ialah sebanyak 7 juzuk untuk dihafal selama 6 tahun berada di MATTARY. Pada tahun 2021, seramai 10 orang murid berjaya menghafal 6 juzuk kerana faktor kelas dijalankan secara dalam talian selama 2 tahun. 3.5.6 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Terkini Pada masa kini, UPSR dimansuhkan dan diganti dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berbentuk Ujian Formatif. Pelaporan PBD ini dibuat sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Julai dan Februari kelak. Pihak MATTARY juga akan mengadakan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 1 kali dalam setahun. Terdapat 5 subjek yang penting bagi murid tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6) perlu kuasai dalam ujian kelak iaitu subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Gred pencapaian murid akan diganti dengan Tahap Pencapaian (TP). Syarat wajib lulus murid ialah lulus dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 15 3.5.7 Program-program anjuran MATTARY pada tahun 2022 Terdapat 14 buah aktiviti yang telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2022 bermula bulan Mac sehingga bulan Oktober ini. Antara program yang telah dijalankan ialah Program SINAR DHUHA, Program NILAM dan Perhimpunan, Sambutan Nuzul Al-Quran, Sambutan Hari Guru, Kem Bestari Solat (Siri 1 & 2), Kem Pengawas dan Brainbox MATTARY Challenge (BMC), Karnival Panitia, Sambutan Maal Hijrah, Hari Muafakat, Firedrill, Hari Sukan, Sambutan Bulan Kebangsaan, Sambutan Maulidur Rasul dan Sambutan Hari Sukan Negara. 3.5.8 Pencapaian murid di luar MATTARY Terdapat tiga buah kejohanan sukan yang disertai oleh murid di luar MATTARY iaitu Kejohanan Catur, Renang dan Memanah. Bagi kejohanan Memanah, wakil MATTARY mendapat tempat ke 3 dan ke 4 untuk kategori 12 TKB bagi peringkat Bahagian. 3.6 Terdapat tiga aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak PIBG MATTARY. Aktiviti pertama ialah Korban MATTARY pada 12 Julai 2022. Aktiviti kedua ialah Program SUCI Siri 1 pada 23 Jun 2022 dan aktiviti ketiga ialah Program SUCI Siri 2 pada 24 September 202.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 16 4.0 Ahli Jawatankuasa PIBG MATTARY SESI 2021-2023 Bil Nama Jawatan 1. Tn Haji Ibrahim bin Haji Jamain Penasihat 2. Ustaz Mohamad Zamri bin Arrifin Yang DiPertua 3. Dr Aswandi bin Laman Naib DiPertua 4. Cg Aslinda bt Mohamad Ali Rahman Setiausaha 5. Pn Aliffa Rafini bt Abdullah Penolong Setiausaha 6. Cg Syed Mohammad Alawie bin Wan Abdul Rahman Bendahari 7. Pn Kastina binti Othman Jalel Penolong Bendahari 8. Faizal bin Umar Juruadit (ibu bapa) 9. Cg Dayang Nurzahidah binti Awang Jesemi Juruaudit (guru) 10. Pn Azean binti Zakaria AJK Ibu bapa 11. En Awangku Mohamad Nizam bin Awang Abdul Rahman AJK Ibu bapa 12. En Azrizan Hajon AJK Ibu bapa 13. Dr Roslin binti Mohd Taha AJK Ibu bapa 14. Dr Azzahrah Anuar AJK Ibu bapa 15. Ts Amirul bin Sait AJK Ibu bapa 16. Ustazah Fatimahtuzzahrah bt Mat Som @ Othman AJK Guru 17. Ustazah Nurizzatul Syuhada binti Mohamad Termizi AJK Guru 18. Ustaz Mohd Safwan bin Mahli AJK Guru 5.0 Pembentangan laporan aktiviti PIBG MATTARY daripada Setiausaha PIBG (Cg Aslinda bt Mohamad Ali Rahman) 5.1 Pengesahan minit mesyuarat agung penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MATTARY yang pertama bagi tahun 2021. Pencadang: Wan Jiman bin Wan Drahman Penyokong: Tuanku Faizal bin Tuanku Karim 5.2 Setiausaha PIBG memaklumkan beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022 ini. Antaranya ialah:
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 17 5.2.1 Mesyuarat AJK PIBG MATTARY Mesyuarat AJK PIBG Mattary telah diadakan sebanyak 5 kali sepanjang sesi 2021/2022 untuk membincangkan tentang logo dan kepala surat (letterhead) persatuan. 5.2.2 Logo dan kepala surat (letterhead) persatuan Logo dan kepala surat (letterhead)PIBG MATTAR diperkenalkan untuk digunakan secara rasmi bagi menunjukkan identiti persatuan yang baru ditubuhkan. 5.2.3 Pembukaan akaun bank rasmi persatuan Pihak PIBG MATTARY telah berjaya membuka satu akaun bank rasmi persatuan yang telah didaftarkan di Bank Rakyat pada bulan Julai 2022. Akaun tersebut atas nama Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Y’akub (PIBG MATTARY) yang mempunyai no akaun iaitu 1101916110. 5.2.3 Perancangan aktiviti atau program PIBG MATTARY ➢ Program Semarakkan Ukhuwah Cintakan Ibadah (SUCI) ➢ Ibadah korban (KorbanTARY) ➢ Program Perkongsian Pendidikan / Hafazan di rumah (Jom Kongsi) ➢ Page rasmi sekolah ➢ Program Kesedaran tentang Attention Deficit Dissorder ➢ Screening for Digital Addiction ➢ Lawatan penanda aras PIBG dan Guru (Benchmarking) ➢ Show and Tell / Audio Story (masa balik) ➢ Hari Anugerah ➢ Walk About (pemerhatian 4K – kebajikan, kesihatan, keselamatan dan keceriaan) ➢ Program Gotong-royong (Biar Betik – penanaman pokok betik)
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 18 5.2.4 Laman web rasmi sekolah (mattary.org) Pihak PIBG MATTARY telah berjaya mewujudkan laman web rasmi sekolah untuk memudahkan orang luar menghubungi sekolah dan mengemaskini maklumat terkini dari semasa ke semasa. 5.3 Pengesahan untuk laporan aktiviti atau program yang telah dilaksanakan oleh pihak PIBG MATTARY pada tahun 2022 yang telah disampaikan oleh setiausaha PIBG MATTARY (Cg Aslinda binti Mohamad Ali Rahman) adalah seperti berikut: Pencadang: Puan Haryati bt Mohamad Penyokong: En Haji Mohamad Ismail bin Haji Sulaiman 6.0 Laporan kewangan daripada Bendahari PIBG MATTARY (Cg Mohammad Syed Alawie bin Wan Abdul Rahman) 6.1 Bendahari membentangkan laporan penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira bagi tahun berakhir 17 Oktober 2022 untuk program yang telah dijalankan oleh pihak PIBG MATTARY. Kutipan sumbangan AJK PIBG MATTARY pada tahun 2022 yang telah terkumpul ialah sebanyak RM1714. 6.2 Laporan penerimaan dan perbelanjaan PIBG MATTARY pada tahun 2022 adalah seperti berikut: 6.2.1 SUCI 1 Bagi Program SUCI 1, jumlah kutipan wang yang berjaya dikumpul ialah sebanyak RM3100. Bagi program tersebut, pihak PIBG MATTARY telah menempah makanan sebanyak 310 bungkus dan membayar jumlah makanan sebanyak RM3100.Jumlah penerimaan dan perbelanjaan wang bagi program SUCI 1 ialah seimbang.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 19 6.2.2 KorbanTARY Program KorbanTARY yang berjaya dilaksanakan telah menumbangkan dua ekor lembu. Seramai 14 orang yang terdiri daripada kalangan ibu bapa dan guru memberi sumbangan sebanyak RM950 untuk ibadah korban pada kali ini. Jumlah penerimaan kutipan untuk lembu dan sembelihan ialah sebanyak RM13300. Manakala untuk penerimaan jumlah sumbangan tambahan untuk makanan dan banner bagi program ini ialah sebanyak RM589. Keseluruhannya ialah sebanyak RM13889. Perbelanjaan untuk bayaran lembu dan sembelihan ialah sebanyak RM13300. Manakala bagi perbelanjaan untuk bayaran makanan dan banner ialah sebanyak RM589. Keseluruhannya ialah sebanyak RM13889. Jumlah penerimaan dan jumlah perbelanjaan wang bagi program KorbanTARY ialah seimbang. 6.2.4 SUCI 2 Bagi program SUCI 2, pihak PIBG MATTARY telah berjaya mengutip wang sebanyak RM3125. Jumlah makanan yang ditempah ialah sebanyak 230 bungkus di mana bayaran makanan bagi program SUCI 2 ini ialah sebanyak RM1840. Kos-kos lain bagi program ini ialah sebanyak RM260 (bayaran penceramah).Jumlah penerimaan wang bagi program ini ialah sebanyak RM3125 manakala jumlah perbelanjaan pula ialah sebanyak RM2100. Baki yang belum dipindahkan ke dalam akaun bank ialah sebanyak RM1025.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 20 6.2.5 SUMBANGAN YURAN PIBG MATTARY Bendahari melaporkan jumlah keluarga di sekolah MATTARY ialah seramai 290 keluarga. Jumlah keluarga yang sudah menyumbang yuran ke PIBG MATTARY ialah seramai 156 orang daripada 290 keluarga. Bayaran yuran untuk PIBG bagi setiap keluarga ialah RM60. Jumlah kutipan sumbangan bagi yuran PIBG MATTARY yang terkumpul setakat 17 Oktober 2022 ialah sebanyak RM12350. Jumlah kutipan sumbangan yuran kepada PIBG MATTARY sekiranya 290 keluarga membuat pembayaran ialah sebanyak RM17400. Jumlah bayaran yuran PIBG MATTARY yang belum diterima daripada 134 keluarga ialah sebanyak RM5050. 6.3 Persoalan dan pendapat daripada ibu bapa tentang laporan kewangan PIBG MATTARY 2022 Nama Pencadang En Haji Mohammad Ismail bin Haji Sulaiman (Hana Nazihah Zarifah binti Mohamad Ismail: 4 Al-Biruni) Soalan Siapakah yang memegang baki duit kutipan bagi program SUCI 2 yang berjumlah RM1025? Ulasan Bendahari yang akan memegang duit kutipan tersebut sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank rasmi PIBG MATTARY.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 21 Nama Pencadang En Muhammad Shauqi bin Mahamud Sayuti (Afryna Sofea Binti Muhammad Syauqi: 3 Al-Farabi) Soalan Adakah dana PIBG MATTARY mendapat sumbangan atau tajaan daripada NGO atau wakil rakyat? Ulasan Tiada tetapi akan diusahakan kelak. AJK PIBG hendak membuat kutipan sebanyak RM20 untuk bayaran yuran. Pihak PIBG MATTARY akan berusaha untuk mencari dana dari sumber lain. YDP PIBG juga memaklumkan pihak PIBG berhasrat memberikan insentif kepada anakanak yang menunjukkan prestasi yang baik dalam hafazan pada masa akan datang. Nama Pencadang En Raden Chekra Muda bin Raden Alwie (Raden Alexa Iqlima Binti Raden Chekra Muda: 3 AlFarabi) Soalan Adakah dibenarkan pihak ketiga untuk menghantar sumbangan haiwan untuk ibadah korban di MATTARY? Ulasan Boleh. Sumbangan dari pihak luar sangat dialukan. Nama Pencadang En Azman bin Sahari (Afshan Amri bin Azman : 4 Al-Biruni) Pendapat Yuran PIBG MATTARY sebanyak RM60 adalah sesuai. Pihak PIBG MATTARY perlu membuat tindakan kepada sesiapa yang belum menyelesaikan baki yuran tersebut. Yuran tersebut boleh diselesaikan secara ansuran sehingga selesai. Ulasan Sekiranya terdapat pihak ibu bapa yang mempunyai masalah untuk pembayaran yuran kepada PIBG, boleh maklumkan kepada pihak sekolah.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 22 Nama Pencadang En Fadzillah Ahmadi Alli (Muhammad Amir Firas Fadzillah Ahmadi: 3 Al-Biruni) Pendapat Pihak PIBG memberikan maklumat anggaran bajet untuk program akan datang lebih awal kepada pihak ibu bapa. Ini akan memudahkan pihak ibu bapa mengatur perbelanjaan mereka dalam memberikan sumbangan yang cukup untuk aktiviti PIBG MATTARY. Ulasan Pihak PIBG MATTARY akan membuat bajet belanjawan bagi aktiviti dan program yang akan dianjurkan kelak. Nama Pencadang Tuanku Faizal bin Tuanku Karim (Tuanku Fariz Bin Tuanku Faizal: 2 Al-Khawarizmi) Cadangan Pihak PIBG boleh meminta sumbangan daripada wakil rakyat untuk menambah dana PIBG MATTARY. Selain itu, kutipan yuran untuk Program KorbanTARY boleh dibuat secara ansuran untuk mengurangkan beban kepada ibu bapa. Ulasan Pihak PIBG MATTARY ambil maklum tentang perkara ini. 6.4 Pengesahan laporan kewangan bagi tahun 2022 yang telah disampaikan oleh Bendahari PIBG MATTARY (Cg Mohammad Syed Alawie bin Wan Abdul Rahman) adalah seperti berikut: Pencadang: En Muhammad Shauqi bin Mahamud Sayuti Penyokong: En Kamarudin bin Saat
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 23 7.0 Pembentangan Usul dan Cadangan USUL / CADANGAN 1 Terdapat sesetengah pihak ibu bapa yang berhasrat membawa anak mereka bagi mengerjakan solat jumaat di masjid. Selain itu, pihak ibu bapa juga meminta kerjasama guru untuk memastikan murid-murid melakukan solat dengan tertib dan betul apabila berada di sekolah. ULASAN / JAWAPAN Ambil maklum NAMA PENCADANG: EN FADZILLAH AHMADI ALLI NAMA ANAK & KELAS: MUHAMMAD AMIR FIRAS FADZILLAH AHMADI (3 AL-BIRUNI) USUL / CADANGAN 2 Pihak ibu bapa mencadangkan pihak sekolah untuk membenarkan murid solat asar di sekolah pada waktu balik. Terdapat tiga cara yang boleh dilaksanakan iaitu pertama semua murid solat asar bersamasama di surau, kedua murid solat asar mengikut tahap 1 atau tahap 2 di surau dan ketiga murid solat asar berjemaah di kelas masingmasing. ULASAN / JAWAPAN Pihak pengurusan sekolah akan melihat kesesuaian masa jadual kelas dan waktu balik murid. Perkara ini amat penting kerana sekiranya murid solat asar di sekolah, murid akan lambat keluar dan menyebabkan kesesakan di kawasan sekolah. Buat masa ini, murid diminta untuk terus balik dan solat asar di rumah masing-masing. NAMA PENCADANG: HARYATI BINTI MOHAMAD NAMA ANAK & KELAS: MUHAMMAD AMIRUL MUKMIN BIN MOHAMAD FAIRAN (3 AL- FARABI)
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 24 USUL / CADANGAN 3 Terdapat isu dari pihak ibu bapa agar murid-murid tidak membawa beg yang terlalu berat dengan semua buku dan penggunaan loker digunakan sebaik mungkin. Selain itu, terdapat ibu bapa yang meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk membuat kunci pendua sendiri untuk kegunaan murid bagi mengelakkan barang hilang di sekolah. ULASAN / JAWAPAN Guru Besar memaklumkan kepada ibu bapa bahawa murid-murid dibenarkan untuk menyimpan buku di dalam loker masing-masing. Murid-murid hanya perlu membawa buku teks atau latihan yang dberikan kerja rumah oleh guru bagi mengelakkan beg berat. Selain itu, terdapat pihak ibu bapa yang mencadangkan anak-anak boleh merujuk buku teks dalam bentuk digital iaitu fail pdf yang boleh didapati di alam maya. NAMA PENCADANG: NURMAZRINA BINTI MOHAMMAD NAMA ANAK & KELAS: DANI BIN HADI (2 AL-FARABI) NAMA PENCADANG: FAREINY BINTI MORNI NAMA ANAK & KELAS: RADEN ALEXA IQLIMA BINTI RADEN CHEKRA MUDA (3 AL- FARABI)
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 25 USUL / CADANGAN 4 Aktiviti renang dan taekwando di sekolah. ULASAN / JAWAPAN Penyelaras Kokurikulum iaitu Cikgu Mohd Dzulkifflie memaklumkan bahawa aktiviti renang dan taekwando tidak dapat dijalankan di sekolah kerana beberapa faktor. Antara salah satu faktornya iala MATTARY tidak mempunyai kawasan yang agak luas untuk aktiviti taekwando. Faktor kedua ialah keselamatan murid perlu diutamakan dan faktor ketiga ialah kos yang sangat tinggi iaitu RM90 seorang bagi aktiviti taekwando. Tambahan pula, pihak sekolah ada menawarkan aktiviti korikulum seperti badan beruniform, persatuan dan kelab permainan bagi murid-murid Tahap 2. USUL / CADANGAN 5 Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di luar sekolah. ULASAN / JAWAPAN Pihak sekolah menggalakkan pihak ibu bapa untuk menghantar anakanak ke pertandingan luar sekiranya berminat. Pertandingan luar yang disertai oleh murid-murid perlu dimaklumkan kepada pihak sekolah untuk rekod PAJSK bagi murid tahap 2. Manakala bagi murid tahap 1 pula, rekod penglibatan murid akan disimpan dalam fail peribadi murid tersebut. USUL / CADANGAN 6 Kekosongan guru kaunseling di MATTARY ULASAN / JAWAPAN Akan dimaklumkan kepada pihak atasan MIS
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 26 USUL / CADANGAN 7 Baju sukan tahunan berlogo ULASAN / JAWAPAN Penyelaras Kokurikulum iaitu Cikgu Mohd Dzulkifflie memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengeluarkan cadangan baju sukan dalam masa terdekat untuk digunakan pada masa hadapan. USUL / CADANGAN 8 Pihak ibu bapa berharap bahawa guru-guru dapat datang lebih awal untuk menjaga dan memantau murid-murid yang datang awal ke sekolah pada waktu pagi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dalam kelas. ULASAN / JAWAPAN Guru Besar memaklumkan terdapat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Cikgu Misiah yang sentiasa memantau dan memastikan muridmurid dalam keadaan selamat di dalam kelas. Selain itu, pihak sekolah berharap ibu bapa dapat mengambil anak-anak balik mengikut masa yang telah ditetapkan seperti dalam jadual sekolah. NAMA PENCADANG: AISYAH BINTI MAINOL NAMA ANAK & KELAS: MUBAMMAD AQMAL BIN ASIM (6 AL-BIRUNI) USUL / CADANGAN 9 Mewujudkan sekolah tahfiz menengah untuk kesinambungan sekolah rendah sekarang. ULASAN / JAWAPAN Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat sebuah sekolah menengah bertaraf antarabangsa (Islamic International School) yang akan ditubuhkan tidak lama lagi yang mempunyai kurikulum tersendiri.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 27 USUL / CADANGAN 10 Apakah usaha pihak sekolah untuk meningkatkan bacaan hafazan untuk murid-murid? Selain itu, terdapat jurang antara murid yang cepat dan lambat dalam pencapaian hafazan dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sarawak (KBTS) dilihat berhasil dalam menunjukkan perkembangan murid yang lebih baik seperti kelas Ustaz Aiman yang akan melaporkan pencapaian hafazan murid-murid dalam kelas sepanjang masa. ULASAN / JAWAPAN Terdapat ibu bapa mencadangkan penggunaan MP4 bagi kegunaan murid-murid untuk memudahkan hafazan di mana murid dapat mengenal bacaan imam-imam terkenal. Selain itu, ibu bapa menggesa pihak guru iaitu guru hafiz mengadakan tuisyen bagi membantu murid dalam hafazan. NAMA PENCADANG: NURUL AZHAR BIN AHMAD NAMA ANAK & KELAS: NUR MUHAMMAD ABDUH BIN NURUL AZHAR (5 AL-FARABI) NUR MUHAMMAD SALAHUDDIN AL- AYYUBI BIN NURUL AZHAR (2 AL-BIRUNI) USUL / CADANGAN 11 Mengapa murid-murid MATTARY tidak menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)? ULASAN / JAWAPAN MATTARY tidak mempunyai kelas KAFA tetapi ada hafazan. Satu penilaian seperti UPKK akan diusahakan untuk murid Tahun 6 sebelum tamat sekolah.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 28 USUL / CADANGAN 12 Susur gajah - tempat duduk khas menunggu murid-murid. ULASAN / JAWAPAN Pihak sekolah memaklumkan surat fasiliti telah dihantar kepada MIS dan akan dibina nanti.
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 29 Pihak PIBG berharap ibu bapa dapat bersama-sama pihak sekolah mengatasi masalah pembelajaran anak-anak dan tidak bergantung kepada guru sepenuhnya. Selain itu, komitmen ibu bapa terhadap anak-anak perlu dilakukan juga di rumah supaya membantu dalam pencapaian hafazan dan akademik anak masing-masing. Tambahan pula, pihak PIBG akan mengusahakan dana bagi menjalankan aktiviti atau program murid di sekolah. Sesi bergambar bersama semua pihak yang hadir pada hari tersebut. 8.0 Penutup 8.1 Mesyuarat Agung PIBG MATTARY 2021 ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari. Pencatat Minit Mesyuarat PIBG: Nurul Ikhsan binti Bohari Fatin Nur Athiqah binti Janudin Nur Hanadia binti Hapendi Disemak oleh: Disahkan oleh: …………………………………… …………………………………… Aslinda binti Mohamad Ali Rahman Ustaz Mohamad Zamri bin Ariffin Setiausaha PIBG, Yang DiPertua PIBG, Ma’had Tahfiz Tun Abdul Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Rahman Ya’kub (MATTARY) Rahman Ya’kub (MATTARY)
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 30 LAMPIRAN 1
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 31 Kehadiran Guru dan AKP MATTARY BIL NAMA JAWATAN 1 Haji Ibrahim bin Haji Othman Guru Besar 2 Abdullah bin Othman PK Pantadbiran 3 Fatimahtuzzahrah binti Mat Som @ Othman PK Al-Quran 4 Azlyn binti Abdul Rahman PK Akademik 5 Mohd Dzulkifflie bin Ai-ee Penyelaras Kokurikulum 6 Ahmad Farhan bin Abdul Hamid Guru Hafazan 7 Muhammad Fazlul Karim bin Azahari Guru Hafazan 8 Muhammad Izzuddin bin Abd Aziz Guru Hafazan 9 Ahmad Fazrin bin Omar Guru Hafazan 10 Amirah Solehah binti Abdul Khalil Guru Hafazan 11 Mohd Safwan bin Mahli Guru Hafazan 12 Muhammad Fittri bin Mat Desa Guru Hafazan 13 Muhammad Uthman bin Muhammed Suhaimi Guru Hafazan 14 Mohd Fairuz bin Zakaria Guru Hafazan 15 Nur Izzatul Syuhada bt Mohd Termizi Guru Hafazan 16 Mohamad Firdaus bin Mohamad Sabari Guru Hafazan 17 Nina Syaffida binti Abdullah Guru Hafazan 18 Luqman Hakim bin Mohamad Kerta Guru Hafazan 19 Muhamad Zul Aiman bin Zahidi Guru Hafazan 20 Mohammad Fadzrul Hakim bin Jobli Guru Hafazan 21 Abdul Muiz bin Ismail Guru Hafazan 22 Siti Zahrah binti Abdul Jalil Guru Akademik 23 Rafidah binti Salleh Guru Akademik 24 Rahimah binti Ariffin Guru Akademik 25 Izzah Syazani binti Zabidi Guru Akademik 26 Nor Farizah binti Darno Guru Akademik 27 Nurul Ikhsan binti Bohari Guru Akademik 28 Mohammad Izrie bin Mohd Noor Guru Akademik 29 Khatijah binti Basri Guru Akademik 30 Dayang Nur Zahidah binti Awang Jesemi Guru Akademik 31 Dayang Nur Fhaziana binti Rosli Guru Akademik 32 Siti Najwa binti Jamaluddin Jugah Guru Akademik 33 Aslinda binti Mohamad Ali Rahman Guru Akademik 34 Haiyazi bin Roslan Guru Akademik 35 Mohamad Kamaludin bin Abdul Kadir Guru Akademik 36 Khairuldeen Azahar bin Ismail Guru Akademik 37 Faris Azri bin Aswandi Guru Akademik 38 Nurqistina binti Mohamad Abdul Rahman Guru Akademik 39 Syed Mohammad Alawie bin Wan Abdul Rahman Guru Akademik 40 Nur Aidelia binti Rosli Guru Akademik 41 Muhammad Firdaus bin Aseri Guru Akademik 42 Mohamad Riswan Aizzat bin Mohamad Idris Guru Akademik 43 Nur Amirah binti Bustaipo Guru Akademik 44 Fatin Nur Athiqah binti Janudin Guru Akademik 45 Nur Hanadia binti Hapendi Guru Akademik 46 Syarifah Suhaila binti Wan Mohamad Pem. Tadbir 47 Mardiana binti Has Pem. Tadbir 48 Alima binti Sarman Pem. Penyelia Makanan 49 Sukri Murshidi Penyelia Rendah Am
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 32 Kehadiran Ibu Bapa BIL NAMA IBU BAPA KELAS NAMA MURID 1 Ahmad Ashrin bin Mohamad Bohari 1 AL-BIRUNI Ahmad Alif Danial bin Ahmad Ashrin 2 Khyrol Etty bt Abdul Hamid 1 AL-BIRUNI Syafiyyah Rihanna bt Mohd Syamsul Rizal 3 Mohammad Fakaruddin bin Mario 1 AL-BIRUNI Ahmad Yusha Al Qadri bin Mohammad Fakaruddin 4 Mohd Naqib bin Ahmad Napis 1 AL-BIRUNI Sarah Humaira bt Mohd Naqib 5 Muhammad Fazlul Karim bin Azahari 1 AL-BIRUNI Baridah Sofiyyah bt Muhammad Fazlul Karim 6 Syarifah Nur Syed Ali 1 AL-BIRUNI Syed Muhd Talhah bin Syed Hossin 7 Talib bin Bujang Masli 1 AL-FARABI Muhammad Danish 8 Iswandi bin Fauzan 1 AL-FARABI Nur Maisa Insyirah binti Iswandi 9 Iswandi bin Hajon 1 AL-FARABI Mawaddah Iswandy 10 Liyana bt Norizan 1 AL-FARABI Saiful Wafiy bin Saifuldin 11 Saifuldin bin Abdul Jalil 12 Nur Amalina Binti Ramlee 1 AL-FARABI Sharifah Durratul Aisy 13 Salina bt Drahman 1 AL-FARABI Ahmad Rizqi bin Wazi 14 Siti Aisyah bt Ramli 1 AL-FARABI Aadra Fatihah bt Mohd Dzulkarnaen 15 Ts. Aidazurinawaty Binti Taim 1 AL-FARABI Iszea Amani Binti Ishak 16 Ts. Ishak Bin Buji 17 Wan Anuar Bin Hamdan 1 AL-FARABI Sharifah Durratul Aisy 18 Wazi Bin Seman 1 AL-FARABI Ahmad Rizqi Bin Wazi 19 Abang Saifuddin Abang Ismail 1 ALKHAWARIZMI Abang Ar Rizqin 20 Izzah Syazani bt Zabidi 1 ALKHAWARIZMI Ubaidillah Dzahin bin Mohd 21 Mohd Fairuz bin zakaria Fairuz 22 Mohd. Noor Nasyrud Faiz Bin Fazan 1 ALKHAWARIZMI Malaeqa Humairah 23 Nur Hazwani bt Md Yusof 1 ALKHAWARIZMI Nur Hawa Humaira bt Muhammad Habibullah 24 Wahab bin Abdul Majid 1 ALKHAWARIZMI Aisha Eryna binti Wahab 25 Khairul Fahmi bin Rosli 2 AL-BIRUNI Syifa' Maisarah bt Khairul Fahmi 26 Mohamad Ihsan bin Ahmad Ulis 2 AL-BIRUNI Mohamad Wathiq Amjad bin Mohamad Ihsan 27 Mohd Zainal Abidin bin Ahmad 2 AL-BIRUNI Mumtaz Faqihah 28 Mus Mulyadi Bin Saupi 2 AL-BIRUNI Muhammad Aiman Bin Mus 29 Siti Hasziah Mohd Askar Mulyadi 30 Ruzaman bin Haji Rusdi 2 AL-BIRUNI Raid bin Ruzaman 31 Shahreen bin Saraee 2 AL-BIRUNI Basyar Iman Bin Shahreen 32 Sidratul Hakim 2 AL-BIRUNI Naema/ Umar 33 Zaitol Akmal Zulkernain bin Kamarulzaman 2 AL-BIRUNI Iqbal Zarif Bin Zaitol Akmal Zulkernain
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 33 34 Zuria Idura bt Abd Mokhtar 2 AL-BIRUNI Gibran Rifky Naufal dan Gibran Rezky Nufael 35 Marliana Ahmad 2 AL-FARABI Abdul Hanan bin Hazizul 36 Mohammad Firdaus bin Ahmad 2 AL-FARABI Muhammad Luqmanulhakim bin Mohammad Firdaus 37 Nur Intan Sykira 2 AL-FARABI Hareeth Hassan 38 Nurmazrina bt Mohammad 2 AL-FARABI Dani bin Hadi 39 Siti Farizah bt Jamil 2 AL-FARABI Fahmie Zafrell bin Mohamad Zakie 40 Afnalizan bt Ali 2 ALKHAWARIZMI Haidar Mustaqim bin Zawardy 41 Amirul bin Sait 2 ALKHAWARIZMI Alifatunnisa Raiqah bt Amirul 42 Rafidah binti Salleh 43 Kamarudin Bin Saat 2 ALKHAWARIZMI Hanania Khayla Binti Kamarudin 44 Mohamad Muslimin bin Junaidi 2 ALKHAWARIZMI Muhammad Zaahin bin Mohamad Muslimin 45 Sahiskandar bin Mohd Salleh 2 ALKHAWARIZMI Muhammad Shahiran Fakhrullah 46 Tuanku Faizal bin Tuanku Karim 2 ALKHAWARIZMI Tuanku Fariz bin Tuanku Faizal 47 Azzahrah bt Anuar 3 AL-BIRUNI Muhammad Hamza Yusuf 48 Fadzillah Ahmadi Alli 3 AL-BIRUNI Muhammad Amir Firas Fadzillah Ahmadi 49 Normawati bt Hj Musleh 3 AL-BIRUNI Muhammad Danish Ikram bin Mohammad Basirun 50 Siti Hajar Minani bt Othman 3 AL-BIRUNI Ahmad Imtiyaz bin Muhammad Randie 51 Zaharah bt Ibrahim 3 AL-BIRUNI Ibrahim Fayyadh Salihin bin Abdullah 52 Dayang Siti Khairunnisa Binti Awang Ali 3 AL- FARABI Dani Khasyi Bin Md Djohannis 53 Fareiny binti Morni 3 AL- FARABI Raden Alexa Iqlima binti 54 Raden Chekra Muda bin Raden Chekra Muda Raden Alwie 55 Haryati binti Mohamad 3 AL- FARABI Muhammad Amirul Mukmin bin Mohamad Fairan 56 Muhammad Syauqi bin Mahamud Sayuti 3 AL- FARABI Afryna Sofea Binti Muhammad Syauqi 57 Sarizah bt Salleh 3 AL- FARABI Miqdam bin Mahdi 58 Azman bin Sahari 4 AL-BIRUNI Afshan Amri bin Azman 59 Hj Mohamad Ismail Bin Hj Sulaiman 4 AL-BIRUNI Hana Nazihah Zarifah 60 Mohamad Abdillah bin Motsit 4 AL-BIRUNI Muhamad Mikail bin 61 Hazizah binti Madini Mohamad Abdillah 62 Nor Farizah binti Darno 4 AL-BIRUNI Muhammad Al-Fateh bin Mahathir 63 Nurdyana athilah binti buang 4 AL-BIRUNI Muhammad danish naufal 64 Roslin binti Mohd Taha 4 AL-BIRUNI Umar Jawwad bin Sabaruddin 65 Rozlin binti Jamil 4 AL-BIRUNI Nur Safiyyah Areefah binti Mohamad Augus 66 Shahreen Bin Saraee 4 AL-BIRUNI Mirza Aina Binti Shahreen 67 Aswandi Laman 4 AL-FARABI Athif ArRidhwan bin Aswandi
MINIT MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN PIBG MATTARY KALI KE 2/2022 34 68 Azrizan Bin Hajon 4 AL-FARABI Harun ar-Rasyid bin Azrizan 69 Faizal Bin Umar 4 AL-FARABI Nur Soffiya Miasara Binti Abdullah Faizal 70 Abdul Aziz bin Abdullah 4 ALKHAWARIZMI Alya Alisha bt Abdul Aziz 71 Khairul Fahmi bin Rosli 4 ALKHAWARIZMI Syifa' Humairah bt Khairul Fahmi 72 Aswandi bin Laman 5 AL-BIRUNI Ameer ArRayyan bin Aswandi 73 Muhammad Izzuddin 5 AL-BIRUNI Fazlul Karim 74 Muhammad Khawar Hezazy Bin Uthman 5 AL-BIRUNI Muhammad Khalid Hafizi Bin Muhammad Khawar Hezazy 75 Norhayati binti Abd Majid 5 AL-BIRUNI Aina Norhazimah binti Abdul Razak 76 Wan jiman bin wan drahman 5 AL-BIRUNI Syed Adam Haneef bin Wan Jiman 77 Abg Armand bin Abg Ismail 5 AL-FARABI Abg Ariq Hilman 78 Nurul Azhar bin Ahmad 5 AL-FARABI Nur Muhammad Abduh bin Nurul Azhar 79 Dayang Norkhaimah bt Pungut 5 ALKHAWARIZMI Khasyi Damia bt Rodi 80 Farah Farini Bolhi 5 ALKHAWARIZMI Muhammad Adam bin Norirwandy 81 Aisyah bt Mainol 6 AL-BIRUNI Mubammad Aqmal Bin Asim 82 Fatillah bt Bujang 6 AL-BIRUNI Irdina Aqilah bt Hamizan 83 Dayang Emillia 6 AL-FARABI Mohamad Zarkashi bin Mohammad Yazid 84 Hajibah binti Ibrahim 6 AL-FARABI Muhammad Fathurrahman bin Azhar 85 Mohamad Zamri bin Ariffin 6 AL-FARABI Nurul Hannan
LAPORAN SETIAUSAHA
35 LAPORAN SEMARAKKAN UKHUWWAH, CINTAKAN IBADAH (SUCI) 3.0 Program Semarakkan Ukhuwwah, Cintakan Ibadah (SUCI) 3.0 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MATTARY telah mengadakan program bersama semua ibu bapa pelajar MATTARY pada 6 Mei 2023. Bertemakan "Ibu Bapa Gemilang, Murid Cemerlang", program kali ini telah dihadiri seramai 240 orang ibu bapa bersama dengan anak serta warga MATTARY yang memeriahkan majlis pada hari tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amarus Syafiq bagi memberkati majlis. Kemudian ucapan alu-aluan daripada YDP PIBG MATTARY Ustaz Mohamad Zamri bin Ariffin kepada semua tetamu yang hadir. Tidak dilupakan ucapan daripada Pemangku Guru besar, Puan Misiah bin Wajhi yang berterima kasih kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis pada hari ini. Apa yang menarik pada program SUCI 3.0 kali ini, PIBG MATTARY telah menjemput penceramah jemputan dari semenanjung malaysia iaitu, YBrs. Al- Fadhil Ustaz Mohd. Zulkifli bin Makhtar Al- Hafiz, Penolong Pengarah Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ibu bapa sangat teruja dan seronok mendengar perkongsian dan nasihat daripada beliau. Disamping mengambil iktibar dan belajar supaya dijadikan panduan dan juga diamalkan. Masa berlalu amat pantas sekali. Akhir sekali, para jemputan dijamukan dengan makanan "buffet" yang disumbangkan oleh pihak JAKIM dikantin sekolah. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa MATTARY. Oleh itu, program SUCI yang seterusnya akan diadakan lagi pada masa akan datang dengan aktiviti yang lebih menarik.
36 Lampiran 1 (Gambar-gambar sepanjang program SUCI 3.0) Pengerusi PIBG dan guru guru menyambut ketibaan penceramah jemputan, Ibu bapa (tetamu yang hadir)
37
38
39
40 Sekitar Majlis SUCI 3.0
41 RAMAH TAMAH AIDILFITRI MATTARY (POTLUCK) 2023 Program Ramah Tamah Aidilfitri MATTARY (POTLUCK) 2023 telah diadakan pada 6 Mei 2023 pada jam 8.30 pagi di bilik kelas dan kantin MATTARY. Seramai 240 orang ibu bapa bersama dengan anak dan warga MATTARY memeriahkan majlis pada hari tersebut dengan jayanya. Setiap murid-murid membawa "potluck" berupa makanan, minuman, kuihmuih, kerepek dan "dessert" bagi memeriahkan suasana "Hari Raya Aidilfitri" di kelas masing-masing. Majlis turut dihidangkan dengan makanan yang disumbangkan oleh pihak JAKIM seperti Nasi Minyak, Daging Minyak Kicap, Ayam Masak Merah, Acar, Buah - buahan dan Air Sirap. Selepas majlis ramah tamah, ibu bapa bekerjasama bergotong-royong membersihkan kelas dan menyusun atur meja dan kerusi ke tempat yang asal untuk kegunaan murid-murid pada sessi pembelajaran kelak. Secara tidak langsung hubungan di antara ibu bapa di antara murid-murid dapat dieratkan dan memupuk sifat saling bantu-membantu antara satu sama lain. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa MATTARY. Oleh itu, program Ramah Tamah Aidilfitri MATTARY bersama ibu bapa dan guru-guru boleh diteruskan lagi di masa yang akan datang untuk mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan guru serta sesama ibu bapa dikalangan murid-murid.
42 Lampiran 1 (Gambar-gambar sepanjang program Ramah Tamah Aidilfitri MATTARY 2023)
43
44
45
46
47 LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS MATTARY 2023 Pada 13 Mei 2023 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsung Kursus Kepimpinan Pengawas MATTARY di Bilik Kuliah PATARY, MATTARY. Kursus yang melibatkan seramai 65 orang pemimpin kecil MATTARY ini merupakan hasil kerjasama MATTARY dengan PIBG dan UNIMAS. Kursus ini melibatkan seramai 20 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian dan Sarjana Sains dalam Kaunseling UNIMAS. Objektif yang dicapai adalah bagi membentuk tahap sahsiah diri yang baik sebagai seorang pemimpin dan pembimbing rakan sebaya, meningkatkan potensi diri dan peranan murid serta meningkatkan daya kepimpinan murid dari segi ketrampilan, jati diri dan tanggungjawab agar dapat menjadi pemimpin yang berdedikasi. Seramai 10 orang guru terlibat dalam memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. Antara pengisian program adalah aktiviti Ice Breaking, Role dan Responsibility yang mengambil masa dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Diharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan secara berkala dengan sokongan semua pihak.
48 GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
49