50
51
52 LAPORAN PENYERTAAN MURID DALAM KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH RENDAH (MSSR) DAN PERTANDINGAN FUTSAL PIALA MILO Sepanjang bulan Jun hingga September yang lepas, pihak sekolah telah menghantar beberapa pasukan untuk menyertai pelbagai pertandingan dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Unit Pembangunan Bakat JPNS. Selain itu, pihak sekolah juga telah menghantar pasukan futsal untuk menyertai Pertandingan Futsal Piala Milo. Antara sukan yang disertai ialah bola sepak, bola jaring, bola baling, catur, badminton, merentas desa, ragbi sentuh, futsal dan memanah. Bil Pertandingan Bilangan Peserta Peringkat 1 Bola sepak 15 Zon 2 Bola jaring 15 Zon 3 Bola baling 15 Zon 4 Catur 16 Bahagian 5 Badminton 2 Zon 6 Merentas Desa 16 Zon 7 Rugbi sentuh 15 Bahagian 8 Futsal 18 Bahagian 9 Memanah 10 Bahagian Negeri Sehubungan itu, pihak sekolah telah menghantar semua peserta dengan hasil sokongan kewangan daripada pihak Majlis Islam Sarawak dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru MATTARY. Sumbangan daripada PIBG MATTARY adalah sebanyak RM 4,000.00 berdasarkan permohonan yang diperlukan bagi membantu membeli keperluan peralatan latihan, penginapan hotel, jamuan, yuran dan bayaran kejurulatihan. Tahun ini menunjukkan peningkatan pencapaian dan bilangan murid yang ramai sekali gus dapat meningkatkan keyakinan dalam diri murid. Selain itu, penyertaan ini sememangnya menjadi wadah dalam mencungkil bakat yang ada pada murid. Diharapkan agar sokongan dan sumbangan daripada semua pihak dapat diteruskan bagi membangunkan kokurikulum di MATTARY.
53 LAMPIRAN GAMBAR Pasukan Bola Jaring
54 Peserta Badminton
55 Pasukan Memanah Pasukan Bola Baling
56 Pasukan Catur Pasukan Rugbi Sentuh
57 Pasukan Bola Sepak Pasukan Merentas Desa
58 Pasukan Futsal
59 LAPORAN PROGRAM IBADAH KORBAN PIBG MATTARY (KORBANTARY) 2023/1444H Pada 1 Julai 2023 iaitu hari Sabtu bersamaan 13 Zulhijjah 1444H telah diadakan program ibadah korban yang anjurkan oleh PIBG MATTARY. Program ini diadakan di kawasan parkir bas MATTARY yang melibatkan ahli jawatankuasa PIBG MATTARY bersama dengan guru dan anggota kumpulan pelaksana MATTARY. Program ini telah dijalankan seawal jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Program ibadah korban ini telah menumbangkan tiga ekor lembu. Dua ekor lembu adalah lembu yang telah disertai oleh ibu bapa dan guru MATTARY yang bersamaan 14 bahagian. Kutipan untuk sebahagian korban pada tahun ini adalah RM1350. Manakala seekor lagi hasil sumbangan daripada Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan RM 8000 dan persatuan telah menambah sebanyak RM700 untuk mencukupkan pembelian seekor lembu. Penyembelihan telah dilakukan di tempat penyembelihan di kawasan rumput sekolah. Penyembelihan telah dilakukan sendiri oleh YDP PIBG, Ustaz Mohamad Zamri bin Ariffin dan Naib YDP, Dr Aswandi bin Laman. Aktiviti melapah terus dijalankan sejurus selesai penyembelihan. Setiap bungkus agihan daging korban ditimbang sebanyak 1kg untuk diberikan kepada setiap orang. Agihan daging korban diserahkan kepada peserta korban, 32 orang murid MATTARY yang berpendapatan B40 serta kepada 74 keluarga ASNAF Kampung Sungai Periuk dan Kampung Gita. Selebihnya diberikan kepada AJK dan warga MATTARY yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Program ibadah korban ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya yang berakhir pada jam 1.00 petang. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa serta guru MATTARY. Diharapkan akan diadakan lagi dengan lebih meriah dan diharapkan mendapat lebih banyak sumbangan daripada pihak luar.
60 Lampiran I Gotong-royong penyembelihan, pemotongan serta agihan daging kepada ASNAF dan warga sekolah.
61
62 PROGRAM FOODBANK YaPEIM 5.0 BERSAMA PIBG MATTARY 2023 Pada 28 Julai 2023 iaitu hari Jumaat yang lalu telah berlansungnya Program Foodbank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) 5.0 bersama PIBG MATTARY dengan jayanya. Program tersebut telah berlansung pada pukul 3:00 petang di Dewan Serbaguna MATTARY. Seramai 3 orang wakil pegawai daripada YaPEIM Cawangan Sarawak telah hadir untuk penyerahan Foodbank yang berupa daging lembu kepada warga MATTARY yang berkelayakan. YaPEIM telah menyumbangkan sebanyak 100 pek (100kg) daging kepada warga MATTARY. Seramai 100 orang warga MATTARY yang terdiri daripada 63 orang murid dan 37 orang kakitangan yang berpendapatan rendah mendapat sumbangan ini. Program ini telah berjalan dengan lancar dan selesai diagihkan pada jam 4.30 petang kepada warga MATTARY yang terpilih. Sumbangan Foodbank 5.0 daripada pihak YaPEIM ini dapat membantu sedikit sebanyak kebajikan murid dan kakitangan yang bekeperluan serta dapat meringankan beban mereka. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang di samping dapat membantu kebajikan warga MATTARY terutamanya murid-murid.
63 LAMPIRAN I Antara warga MATTARY yang mendapat Foodbank.
64 Penyerahan Foodbank kepada wakil-wakil warga MATTARY oleh pegawai YaPEIM dan YDP PIBG. Gambar bersama barisan pentadbir sekolah dan pegawai YaPEIM.
66 LAPORAN SESI TAKLIMAT IBU BAPA MURID TAHUN 6 MATTARY 2023 Pada 18 Ogos 2023 yang lalu, satu Sesi Taklimat Ibu Bapa Murid Tahun 6 Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (MATTARY) telah diadakan di Bilik Kuliah, Pengajian al-Quran Tun Abdul Rahman Ya’kub (PATARY). Sesi bermula pada jam 2:30 petang dengan bacaan doa disusuli ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Puan Misiah binti Wajhi selaku Pemangku Guru Besar MATTARY yang turut menyatakan bahawa sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada ibu bapa berkenaan komponen-komponen dalam Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) di samping mempersiapkan murid-murid dengan pengetahuan penting sebelum menghadapi ujian PKSK dan juga memberi pendedahan mengenai tawaran ke sekolah-sekolah khusus oleh wakil sekolah yang dijemput. Selain itu, bertujuan bagi mengeratkan silaturahim antara ibu bapa, pihak sekolah, PIBG serta sekolah-sekolah menengah yang berkaitan. Sesi taklimat ini telah disampaikan dengan jayanya oleh seorang wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan enam orang penyampai yang mewakili setiap sekolah menengah yang dijemput. Antaranya, penyampaian berkenaan tatacara permohonan ke sekolah khusus yang telah disampaikan oleh Ustazah Ramona binti Hamden dari Sektor Pendidikan Islam JPNS. Beliau juga turut menyenaraikan beberapa sekolah berasarama penuh, sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah yang menawarkan kelas aliran agama di Sarawak yang boleh dijadikan sebagai pilihan sewaktu mengisi permohonan secara dalam talian kelak. Selain itu, beliau turut menerangkan bahawa permohonan ke sekolah khusus yang disenaraikan sudah dibuka seawal 1 Ogos yang lalu dan tarikh tutup permohonan adalah pada 17 September 2023. Beliau juga memberi penekanan bahawa hanya calon yang membuat permohonan dalam talian sahaja yang akan menduduki ujian PKSK. Selain itu, bagi memudahkan penempatan calon ke sekolah-sekolah khusus adalah digalakkan untuk semua ibu bapa membuat permohonan agar anak-anak menduduki ujian ini. Hal ini bagi memastikan agar tidak timbul sebarang isu keciciran penempatan anak-anak ke sekolah khusus yang dinyatakan. Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa terdapat sepuluh domain soalan aneka pilihan yang akan diuji ketika ujian PKSK yang meliputi kecerdasan insaniah dan kecerdasan intelek serta soalan berbentuk subjektif bagi menguji artikulasi penulisan. Taklimat kemudiannya diteruskan dengan penerangan tawaran daripada wakilwakil sekolah antaranya, Ustazah Asma Hanisah binti Mohd Shawal (Kaunselor SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab), Encik Fakhrul Anuar bin Madhi, (Kaunselor SMKA Tun Ahmad Zaidi), Encik Iskandar Shah bin Mohd. Ismail (Kaunselor Maktab Rendah Sains Mara), Encik Hairul Nizam bin Mohd Saet (Kaunselor SM Sains Kuching Utara), Puan Haslinda binti Haji Jedi (Pengetua SM Sains Kuching) dan Puan Hasmah binti Abang Omar (Penolong Kanan Pentadbiran Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah).
67 Melalui sesi taklimat ini, para ibu bapa dapat mengetahui tarikh tawaran kemasukan bagi setiap sekolah yang turut serta di samping memantapkan lagi pengetahuan berkenaan pelaksanaan PKSK yang akan dijalankan tidak lama lagi sekali gus dapat mempersiapkan anak-anak yang akan menduduki ujian tersebut kelak. Para ibu bapa juga berasa amat teruja dengan penganjuran sesi taklimat tersebut walaupun dijalankan dalam masa yang singkat. Justeru, besarlah harapan agar sesi sebegini diadakan lagi pada masa akan datang agar dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para ibu bapa berkenaan kemasukan murid ke tingkatan 1.
68 LAMPIRAN A: Ucapan alu-aluan oleh Puan Misiah binti Wajhi, Pemangku Guru Besar MATTARY. Suasana sekitar Sesi Taklimat Ibu Bapa Tahun 6 MATTARY, 2023 sedang berlangsung.
69 Antara suasana penyampaian cenderahati kepada para penyampai. Gambar kenangan bersama para penyampai bagi Sesi Taklimat Ibu Bapa Tahun 6 MATTARY, 2023
70 LAPORAN PROGRAM MOTIVASI TAHUN 5 DAN 6 MA’HAD TAHFIZ TUN ABDUL RAHMAN YA’KUB DI KEM SUMIRAN Pada 26-27 Ogos 2023 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Program motivasi tahun 6 MATTARY di kem Sumiran. Program ini telah berlansung selama 2 hari 1 malam. Kem motivasi ini padat dengan acara yang disediakan oleh pihak guru serta pelatih kem di kem Sumiran. Semua murid tahun 5 dan 6 mendaftar dan mendengar taklimat daripada ketua komander iaitu saudara Mizi. Ahli jawatankuasa pendaftaran dan urusetia turut membantu Ketika sesi pendaftaran peserta kem. Tepat ada jam 9.00 pagi, slot yang pertama dimulakan dengan mendengar perkongsian daripada motivator sumiran iaitu encik Mizi. Slot motivasi dimulakan dengan sesi Ice-breaking secara berkumpuan dan dikendalikan oleh komander kem,saudara Mizi serta dibantu oleh pelatih kem sumiran yang lain Setelah tamat sesi motivasi slot yang pertama, para peserta dibawa ke tapak perkhemahan masing bagi meletakkan barangan kelengkapan penginapan masing-masing. Setelah menyimpan segala kelengkapan barang, peserta kemudiannya diberi taklimat ringkas beserta demonstrasi mengenai aturcara program. Hari pertama penuh diisi dengan slot motivasi serta aktiviti riadah pada petang harinya. Pada malamnya pula, pihak kem menyediakan aktiviti senam aerobic berbentuk tarian gerakan badan serta dipersembahkan dengan persembahan pertunjukkan bunga api. Para peserta kelihatan sangat menikmati serta seronok apabila mengikuti program pada hari tersebut. Aktiviti Kumpulan disambung dengan aktiviti persembahan yang disertai oleh semua Kumpulan serta ahlinya.Sesi pada hari pertama tamat pada jam 11.00 malam. Pada keesokan harinya, aktiviti dimulakan pada jam seawall 6.30 pagi dimulakan dengan aktiviti senam aerobic selama 1 jam diikuti dengan aktiviti kumpulan sehingga jam 9.30 pagi. Seterusnya slot kem diteruskna dengan aktiviti explorace dan flying fox yang dikendalikan oleh kem komander. Para peserta Berjaya menempuhi 10 halangan serta menelusuri perjalanan sejauh 1 kilometer dengan jayanya dan selamat. Tepat pada jam 2.00 petang, peserta motivasi diteruskan dengan aktiviti refleksi kendiri dan juga penyampaian hadiah serta sesi bergambar
71 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM • KEKUATAN : 1. Program yang dijalankan merupakan aktiviti tahunan sekolah. 2. Mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar. 3. Program ini dapat memberikan maklumat tentang cara belajar berkesan . 4. Dapat memberi bimbingan kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan. • KELEMAHAN : 1. Murid kurang fokus terutama ketika kem motivasi. Gambar-gambar program Pelajar begerak daripada sekolah menuju ke Sumiran seawal jam 6.30 pagi dan sampai pada jam sebulum 8 pagi. Setibanya mereka di kem tersebut, pelajar diberikan taklimat keselematan yang diberikan oleh para pelatih Sumiran.
72 1. Aktiviti hari pertama
73 Aktiviti hari ke 2 diakhiri dengan majlis penutupan.
LAPORAN BENDAHARI
Penghargaan 76 JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA: PUAN MISIAH BINTIWAJHI PENASIHAT, PIBG MATTARY (PEMANGKU GURU BESAR) USTAZ MOHAMAD ZAMRI BIN ARIFFIN YANG DIPERTUA, PIBG MATTARY DR. ASWANDI BIN LAMAN NAIB YANG DIPERTUA, PIBG MATTARY BARISAN AJK PIBG SESI 2021-2023 BARISAN PENOLONG-PENOLONG KANAN PARA GURU DAN IBU BAPA/PENJAGA MATTARY DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG MATTARY KALI KE-3 TAHUN 2023.