LEMBARAN KEHIDUPAN FSK e-Buletin FSK 1/2023 MU KA S U RAT 52 MU KA S U RAT 61 MU KA S U RAT 7 MU KA S U RAT 56
52 DUNIA PENYELIDIKAN FAKULTI SAINS KESIHATAN Geran & Inovasi Kolokium Anugerah 7 KEHIDUPAN FAKULTI Staf Jabatan Diagnostik Perubatan Jabatan Pengurusan Penjagaan Kesihatan dan Rehabilitasi Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Pekerja PENGENALAN 3 Kata alu-aluan Dekan Fakulti Sains Kesihatan Dari meja Editor Carta organisasi Fakulti Sains Kesihatan Program Fakulti Sains Kesihatan 56 PEMASARAN Gerak Gempur SPM Gerak Gempur STPM Kerjasama fakulti dan sekolah 61 RAHSIA KEJAYAAN PENYELIDIKAN Pn Sarimah binti Mat Nawi Dr Mardhiyati binti Mohd Yunus 1 ISI KANDUNGAN
KETUA EDITOR I Fadia Razali KETUA EDITOR II Izreen Supaat PENOLONG KETUA EDITOR Fauzana Mustaffa PENOLONG KETUA PENERBITAN Dr Mardhiyati Mohd Yunus PRUF BACAAN Khairul Mazzura Mansor PENYUMBANG DR MOHD NAZIF SAMAT DARAWI PN SARIMAH MAT NAWI 2 Fakulti Sains Kesihatan, Blok Zamrud, Universiti Selangor, Jalan Zirkon A7/A, Seksyen 7, 40000 Shah Alam fsk.unisel.edu.my [email protected] +603 5522 3421 KETUA PENERBITAN Dr Ahmad Norasidi Mohd Raffie PENATA GRAFIK Dr Ahmad Norasidi Mohd Raffie PN NOORMALIZA HAMDAN PN NOR SYAFIZAN MD AZIZ PN ERNA HARYANI AMALUDIN
Alhamdulillah, Syukur kehadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya e-Buletin Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Selangor yang pertama dapat dilahirkan. Saya dengan tulus ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kelahiran buletin FSK 2023. Kejayaan ini adalah hasil usaha yang berterusan dan dedikasi semua pihak termasuk penulis, penyunting, dan penyumbang yang telah berusaha sepenuh hati dalam mencipta kandungan berkualiti yang bermakna bagi pengisian buletin ini. Terima kasih kepada seluruh keluaga besar FSK yang sentiasa memberikan sokongan, maklum balas, dan dorongan. Buletin ini bukan hanya sebagai publikasi rutin, tetapi ianya membawa harapan besar untuk terus bekembang dan menjadi sumber ilmu yang relevan dengan semangat inovasi yang terus diperkukuh oleh sokongan semua. Penghargaan setinggi-tingginya saya kepada staf FSK yang berdedikasi dalam merakam pengalaman-pengalaman dan aktiviti-aktiviti fakulti melalui lensa dan catatan yang penuh semangat. Semoga semangat ini terus berkembang, dan Fakulti Sains Kesihatan terus bersinar dalam menghadapi cabaran mendatang sementeahan komitmen serta sokongan berterusan yang diberikan oleh Y.Bhg Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman Presiden dan Naib Canselor UNISEL serta seluruh pengurusan tertinggi, saya yakin FSK akan berkembang maju dan kekal relevan di masa akan datang. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pihak. Assalamualaikum wrbt dan Salam Sejahtera. Mohd Sharikh Dali Bin Mahad Dekan Fakulti Sains Kesihatan 3 PENGENALAN DARI MEJA DEKAN
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi atas kelahiran pertama majalah FSK pada tahun 2023. Dengan rasa hormat dan sukacita sebagai Ketua Editor I, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua pihak yang telah bersama-sama menyumbangkan tenaga, idea, dan sokongan dalam menjayakan penerbitan majalah ini. Tanpa kerjasama dan semangat gigih daripada penulis, penyunting, fotografer, dan semua individu yang terlibat, kami tidak akan dapat menghasilkan isi kandungan yang berkualiti dan bermakna untuk para pembaca kami. Setiap tulisan, setiap gambar, dan setiap kontribusi adalah titik tolak ke arah keunggulan dan kepelbagaian dalam penerbitan kami. Terima kasih kepada semua pembaca yang sentiasa memberikan sokongan, memberikan maklum balas, dan terus memberi kami dorongan untuk terus berinovasi dan memberikan yang terbaik dalam setiap keluaran majalah kami. Semoga majalah ini terus menjadi sumber inspirasi, ilmu, dan hiburan yang bermakna bagi semua pembaca. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Majalah ini tidak akan mencapai kejayaan tanpa kerjasama dan sokongan anda semua. Izreen Supaat Izreen Supa’at 4 MEJA PENA KETUA EDITOR I MEJA PENA KETUA EDITOR II FadiaRazali Fadia Razali Assalamualaikum wrbt dan Salam Sejahtera, Syukur alhamdulillah kerana dengan izinNya, kita telah berjaya menerbitkan e-Buletin sulung Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Selangor. e-Buletin yang pertama ni memperkenalkan FSK, sebuah fakulti yang mempunyai sejarah yang amat menarik di UNISEL serta mempamerkan aktiviti-aktiviti fakulti sepanjang tahun 2022 dan 2023. Fakulti telah mengalami banyak perubahan yang ketara di dalam dua tahun ini. Oleh itu kami dengan berbesar hati ingin berkongsi pengalaman fakulti yang telah dirakam melalui lensa dan catatan staf FSK yang sangat berdedikasi. Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada semua staf FSK yang telah menyumbangkan tenaga dan masa yang berharga, baik secara langsung atau tidak dalam menjayakan e-Buletin ini. Semoga semangat ini berterus dan tidak luntur dengan cabaran mendatang. Terima kasih.
5 Carta Organisasi Fakulti Carta Organisasi Fakulti
6 Our Team
JJAABBAATTAANN FFAAKKUULLTTII SSAAIINNSS KKEESSIIHHAATTAANN 7 KKEEHHIIDDUUPPAANN FFAAKKUULLTTII
6 Jabatan Diagnostik Perubatan atau lebih mesra dikenali sebagai Jabatan MedDx mempunyai empat (4) program di bawah naungannya iaitu Diploma Pengimejan Perubatan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan, ISM Sains Bioperubtan (Kepujian) - HS406 & HS407 serta Sarjana Sains Hayat. Jumlah ahli jabatan pada masa penerbitan buletin ini adalah 16 orang. DIAGNOSTIK PERUBATAN J a b a t a n 8
Jabatan Pengurusan Penjagaan Kesihatan dan Rehabilitasi (JPPKR), terdiri daripada dua (2) program iaitu kejururawatan dan fisioterapi. Kedua-dua program ini menawarkan bidang di dalam Diploma Kejururawatan dan Diploma Fisioterapi. Visi dan misi JPPKR bertujuan untuk menyediakan graduan dengan kemahiran yang relevan dan pengetahuan yang meluas dalam bidang fisioterapi dan kejururawatan. Ia merupakan kelayakan peringkat pertengahan yang terdiri daripada komponen teori dan praktikal yang membolehkan mereka menjadi berkesan, kompeten, dan mematuhi etika profesional. 9 PENGURUSAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN REHABILITASI J a b a t a n
KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELA M ATAN PEKERJAAN J a b a t a n Ts. Nordin bin Ayoub Mohd Jamalil Azam bin Mustafa Ketua Jabatan/ Penyelaras Program ISM Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Erna Haryani binti Amaludin Penyelaras Program Diploma Kesihatan Persekitaran Mohd Amir bin Arshad Pensyarah Fauzana binti Mustaffa Pensyarah Noormaliza binti Hamdan Pensyarah Pensyarah Ts. Zahiruddin bin Idris Pensyarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Pekerjaan (ENVOSH) menjadi penjaga utama di Fakulti Sains Kesihatan (FSK), memainkan peranan penting dalam melatih generasi masa depan untuk mencapai prestasi maksimum dalam suasana kerja yang selamat dan sihat. Misi dan Visi ENVOSH ENVOSH memiliki misi yang jelas untuk melahirkan graduan yang tidak hanya mahir dalam aspek kesihatan dan keselamatan pekerjaan, tetapi juga memahami kaitan penting antara kelestarian persekitaran dan keberlanjutan keselamatan dalam konteks tempat kerja. Visi ENVOSH ialah menjadi peneraju dalam pengajaran, penyelidikan, dan perkhidmatan kepada masyarakat dalam bidang ini. Program Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Program ini memberikan landasan kukuh kepada pelajar untuk memahami isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan mendalam. Pelajar diajar untuk mengenali risiko, merancang langkah-langkah pencegahan, dan melaksanakan program keselamatan yang efektif di tempat kerja. Dengan penekanan kuat pada aplikasi praktikal, program ini mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran sebenar di lapangan. Program Diploma Kesihatan Persekitaran Program diploma ini membawa pelajar melangkah ke alam kesihatan persekitaran, memberi mereka pemahaman mendalam mengenai impak aktiviti manusia terhadap persekitaran. Dengan kurikulum yang holistik, pelajar diajar untuk mengenal pasti masalah persekitaran, merancang langkah-langkah pemuliharaan, dan menjalankan pemantauan kesihatan persekitaran. Komitmen kepada Kualiti ENVOSH tidak hanya terdiri daripada program-program berkualiti, tetapi juga disokong oleh pasukan pengajar dan penyelidik yang berpengalaman. Dengan tujuh orang staf yang berdedikasi, jabatan ini memastikan pembelajaran berlaku dalam persekitaran yang menyokong perkembangan holistik pelajar. Peranannya dalam Komuniti Selain memberikan pendidikan, ENVOSH juga terlibat dalam penyelidikan dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Melalui penyelidikan inovatif, jabatan ini berusaha untuk mencipta penyelesaian baru bagi cabaran keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sambil memberikan khidmat nasihat kepada industri tempatan. Cabaran dan Peluang Masa Depan Dengan keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang semakin meningkat, ENVOSH juga terlibat dalam membentuk dan melatih tenaga kerja yang berkualiti tinggi, dengan mengintegrasikan teknologi baru dan relevan ke dalam program pengajaran sambil terus memberikan impak positif kepada masyarakat. ENVOSH di FSK bukan sekadar tempat pembelajaran; ia adalah sebuah pusat yang membentuk masa depan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Dengan program yang berdaya saing dan pasukan pengajar yang berdedikasi, ENVOSH membuktikan bahawa kelestarian dan keselamatan di tempat kerja adalah pelaburan dalam masa depan yang lebih baik. ↓ ENVOSH ↓ 10
SAINS KESIHATAN FAKULTI PENGAJARAN PEMBELAJARAN PERTUKARAN AKADEMIK KEMAHIRAN 11 AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL PROGRAM SILATURRAHIM DI LAPANGAN
12
13
Sambutan Aidilfitri 2023 (1444H) peringkat fakulti telah diadakan pada 12 Mei 2023 bersamaan 22 Syawal 1444H. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran pelajar dan seluruh warga kerja FSK dan turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi UNISEL. Sambutan Aidilfitri akan diteruskan setiap tahun bagi memupuk kerjasama erat antara staf, pelajar dan pengurusan tertinggi. Sambutan Aidilfitri Fakulti Sains Kesihatan 2023 (1444H) 14 fakulti SAINS kesihataN K E L U A R G A
Program anjuran Kelab Kebajikan dan Aktiviti Staff FSK (KKAS) bertarikh 20-21 Ogos 2022 diadakan di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor Perak. FUN & EASY DI PANGKOR 2022 15 fakulti sains kesihatanK E L U A R G A
Environment Conservation programme (ecp) pulau giam Program anjuran Kelab Kebajikan dan Aktiviti Staff FSK (KKAS) diadakan dengan kerjasama dari beberapa syarikat penaja bagi membersihkan Pulau Giam, Pangkor pada 21 Ogos 2022 yang melibatkan staf dan keluarga staf. 16
Aktiviti hiking yang pertama kali diadakan disertai oleh staf dan keluarga bertempat di Bukit Rawang Bypass. Bukit Rawang Bypass Rawang merupakan lokasi menjadi tumpuan ramai untuk menikmati pemandangan. Laluan adalah mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke puncak. Aktiviti hiking anjuran Kelab Kebajikan dan Aktiviti Staf FSK (KKAS) akan diteruskan kelak bagi meningkatkan kesihatan fizikal dan mental staf. Tarikh aktiviti : 19.08.2023 (Sabtu) Let’s go Hiking 1.0 17 fakulti sains kesihataN K E L U A R G A
18 DIAGNOSTIK PERUBATAN J A B A T A N Medlab Meet & Greet Medlab Meet & Greet Medlab Meet & Greet 1.0 Medlab Meet & Greet Medlab Meet & Greet Medlab Meet & Greet 2.0
8 DIAGNOSTIK PERUBATAN J A B A T A N Medlab Meet & Greet Medlab Meet & Greet Medlab Meet & Greet 2.0 Medlab Meet-Up 3.0 19
20 DIAGNOSTIK PERUBATAN J A B A T A N 050322 Meet & Greet 1.0 010223 Meet & Greet 2.0 110923 Meet-Up 3.0 Mentor-Mentee Activities Medlab Meet-Up Medlab Meet-Up Medlab Meet-Up 3.0
21 DIAGNOSTIK PERUBATAN J A B A T A N MI Mentor-Mentee MI Mentor-Mentee MI Mentor-Mentee Program Program Program 4th August 2023 4th August 2023 4th August 2023
22 DIAGNOSTIK PERUBATAN J A B A T A N Phlebotomy Training Bengkel phlebotomi yang telah dianjurkan oleh Medicskill Sdn Bhd telah dihadiri oleh 7 orang pensyarah Medlab pada 11 September 2023 sebagai sebahagian daripada latihan ‘upskilling’ mereka.
8 DIAGNOSTIK PERUBATAN J A B A T A N Bual Bicara bersama MI Bual Bicara ini telah diadakan secara langsung di Facebook FSK pada 3 November 2022. Para panel membincangkan berkenaan halatuju dan peluang karier di dalam bidang pengimejan perubatan 23
24 DIAGNOSTIK PERUBATAN J A B A T A N Pengajaran Kolaboratif Bengkel Asas Morfologi Sel Darah yang diadakan pada 23 Februari 2023 telah dihadiri oleh pelajar DMLT dan BBMS FSK. Program ini adalah sebahagian daripada pengajaran kolaborasi antara FSK dan institusi luar dalam memperkasakan pengajaran dan pembelajaran.
25 DIAGNOSTIK PERUBATAN J A B A T A N Pengajaran kolaboratif yang dilaksanakan antara FSK, UNISEL dan UiTM telah dilaksanakan sejak tahun 2022. Tujuan pengajaran kolaboratif ini dijalankan adalah untuk memperkasakan pengalaman, pengetahuan serta kemahiran pelajar yang merentas IPT
26 J A B A T A N D I A G N O S T I K p E R U B A T A N Eidulfitri 2022 Eidulfitri 2023 6
27 DIAGNOSTIK PERUBATANJ A B A T A N Perbincangan isu semasa dan halatuju profesion juruteknologi makmal perubatan (JTMP) bersama Kesatuan JTMP di Institut Kesihatan Negara, Setia Alam pada 21 Jun 2023. Di antara perkara yang dibincangkan termasuk kepentingan JTMP di masa hadapan serta peluang kolaboratif di antara kesatuan dan UNISEL.
8 J A B A T A N D I A G N O S T I K p E R U B A T A N Lawatan ke Makmal Diagnostik SELCARE. 7.2.2023 Saringan kesihatan. UNISEL Kampus Shah Alam. 30.10.2023 28
29 J A B A T A N D I A G N O S T I K p E R U B A T A N Para Graduan 2022 & 2023
PENGURUSAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN REHABILITASI J A B A T A N Seramai 50 orang pelajar dari jurusan Diploma Fisioterapi dan Diploma Kejururawatan berkunjung ke pameran anatomi yang bertempat di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Impak pengajaran secara teori telah berjaya diadaptasi secara fizikal apabila para pelajar melihat struktur anatomi di pameran ini. Mayat yang diawetkan oleh penganjur dapat membantu para pelajar memahami secara amnya struktur rupa anatomi manusia. Selain itu, para pelajar juga dapat mengenal pasti secara fisiologi organ manusia melalui video di pameran tersebut. Pameran tersebut juga dilengkapi dengan beberapa gerai jualan buku dan alatan perubatan bagi membolehkan para pelajar membeli bahan rujukan dan alatan perubatan bagi tujuan latihan industri mereka. LAWATAN ANATOMI INI DIADAKAN DI UNIVERSITI MALAYA PADA 5-7 JANUARI 2023. PELAJAR DIPLOMA FISIOTERAPI DAN DIPLOMA KEJURURAWATAN MENYERTAI LAWATAN INI BAGI MENAMBAH ILMU DALAM BIDANG ANATOMI LAWATAN PAMERAN ANATOMI KEBANGSAAN 30
Seramai 9 orang pelajar tahun 2 yang mengambil kursus Neurology I mengadakan bengkel bagi “outcome measurement” bagi pesakit neurologi. Bengkel ini diadakan bagi melatih para pelajar dari segi ilmiah lisan dan kepimpinan bagi mengelolakan bengkel. BENGKEL SETENGAH HARI OLEH PARA PELAJAR DIPLOMA FISIOTERAPI TAHUN 2 TELAH DIADAKAN PADA 17 FEBRUARI 2023, DI MAKMAL FISIOTERAPI. BENGKEL “OUTCOME MEASUREMENT PHYSIOTHERAPY NEUROLOGY I” 31 PENGURUSAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN REHABILITASI J A B A T A N
32 PENJAGAAN PENGURUSAN REHABILITASI DAN KESIHATAN J A B A T A N Pelajar Diploma Fisioterapi yang mengambil kursus “Neurology Physiotherapy I” telah didedahkan dengan rehabilitasi teknologi 4.0. Penghargaan tidak terhingga kepada pihak Syarikat Wistron Medical Technology En Zul Adi dan Cik Aishah bagi memberi maklumat ini. Para pelajar teruja dengan pengaplikasian teknologi ini bagi membantu proses rehabilitasi. PROGRAM DIPLOMA FISIOTERAPI TELAH MENJEMPUT SYARIKAT WISTRON MEDICAL TECHNOLOGY MALAYSIA MEMBUAT DEMONSTRASI ROBOTIC PADA 10 MEI 2023 DI MAKMAL FISIOTERAPI. DEMONSTRASI “ROBOTIC REHABILITATION”
Pelajar tahun 2 Diploma Fisioterapi seramai 9 orang telah menyertai acara ini bagi memenuhi undangan SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur untuk “booth fitness test”. Para pelajar buat kali pertamanya selepas pendemik COVID-19 memenuhi undangan program kemasyarakatan ini. “Step test” dan “Fitness level test” telah dilakukan kepada para pelajar SMK Sentul Utama. Penghargaan tidak terhingga kepada pihak penganjur kerana memberi ruang program kemasyarakatan ini kepada para pelajar. 33 KARNIVAL SINAR ILMU 2023 JEMPUTAN SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR PENGURUSAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN REHABILITASI J A B A T A N AKTIVITI INI TELAH DIADAKAN PADA 25 MEI 2023 DI SMK SENTUL UTAMA , JALAN SULTAN AZLAN SHAH, KUALA LUMPUR. JEMPUTAN SEKOLAH INI MENYANTUNI PELAJAR DIPLOMA FISIOTERAPI BAGI SLOT “FITNESS TEST”
34 Pelajar Diploma Fisioterapi yang mengambil kursus “Neurology Phgysiotherapy I” mengambil pendekatan untuk melawat pusat rehabilitasi yang menggunakan teknologi 4.0. Penggunaan teknologi robotik sememangnya menjadi satu perkara yang bukan asing dalam dunia rehabilitasi. Namun pendedahan awal di peringkat akademik adalah amat wajar diberikan. Terima kasih tidak terhingga kepada penyelia Pusat Rehabilitasi PERKESO, En Mohd Hamdan Muhammad Noor atas ilmu yang dikongsikan serta kerjasama diberikan sewaktu lawatan ini. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERKESO TUN ABDUL RAZAK CAWANGAN JALAN SULTAN ISMAIL TELAH DIADAKAN PADA 14 JUN 2023. PELAJAR TAHUN 2 DIDEDAHKAN KEPADA AKTIVITI PUSAT REHABILITASI YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI REHABILITASI 4.0 LAWATAN BELAJAR PUSAT REHABILITASI PERKESO PENGURUSAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN REHABILITASI J A B A T A N
JEMPUTAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA YANG MENYAMBUT HARI FISIOTERAPI SEDUNIA 2023, YANG BERTEMPAT DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA. PADA 8 SEPTEMBER 2023 YANG DIRASMIKAN OLEH YB DR ZALIHA MUSTAFFA, MENTERI KESIHATAN MALAYSIA. TEMA PADA TAHUN INI ADALAH “HIDUP KUALITI MATLAMAT FISIOTERAPI” SAMBUTAN HARI FISIOTERAPI SEDUNIA 2023 35 PENGURUSAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN REHABILITASI J A B A T A N
AKTIVITI TAHUNAN INI BERTUJUAN BAGI MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA PELAJAR. PELAJAR BARU DIBERIKAN PENDEDAHAN BERKENAAN PENGALAMAN PELAJAR-PELAJAR LAMA DALAM ASPEK PEMBELAJARAN DAN KLINIKAL. SELAIN DARI ITU KONSEP KENDIRI JUGA DITERAPKAN BAGI MEMOTIVASIKAN PARA PELAJAR. MENTOR MENTEE FISIOTERAPI 2023 36 PENGURUSAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN REHABILITASI J A B A T A N
Sembang santai alumni: Kerjaya Sebagai Jururawat Program ini telah berlangsung pada 25 September 2022 secara atas talian. Objektif program ini adalah untuk menyampaikan kepada umum bahawa kerjaya jururawat merupakan profesyen yang luas prospeknya. Selain daripada itu, bidang kejururawatan mempunyai banyak cabang pengkhususan seperti kebidanan, perawatan kanser, penjagaan perawatan rapi, perawatan pediatrik dan banyak lagi. Jururawat yang berpengalaman berpeluang untuk bekerja di luar negara seperti di Singapura, Arab Saudi, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Pautan bagi sesi sembang santai alumni: https://youtu.be/ee6- l2u6J34 SLOT SEMBANG SANTAI ALUMNI DIPLOMA KEJURURAWATAN 37 J A B A T A N PENGURUSAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN REHABILITASI
PENGURUSAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN REHABILITASI J A B A T A N Acara sukaneka bagi program Diploma Kejururawatan telah diadakan pada 17 Disember 2022, bertempat di Taman Botani Negara, Shah Alam. Tujuan sukaneka ini dijalanka adalah untuk mengeratkan ukhwah di antara sesama pelajar dan pengajar. Di samping itu, program ini dapat membina semangat berpasukan di antara pelajar. SUKANEKA 2022 DIPLOMA KEJURURAWATAN 38
Aktiviti lawatan lapangan ke Air Selangor adalah sebahagian daripada aktiviti yang melibatkan kursus-kursus tertentu yang diambil oleh pelajar Diploma Kesihatan Persekitaran khususnya. Aktiviti ini mendedahkan pelajar mengenai kaedah rawatan air minuman secara terperinci yang melibatkan beberapa loji rawatan dengan kaedah yang berbeza. Pelajar dapat melihat sendiri kaedah rawatan air yang dijalankan oleh Air Selangor melalui lawatan ke loji selain daripada perkongsian secara teori oleh pihak Air Selangor. AIR SELANGOR LAWATAN LAPANGAN 39 KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATaN PEKERJAAN J A B A T A N
Lawatan ke IWK ini mendedahkan pelajar kepada kaedah pengendalian loji rawatan kumbahan yang juga mempunyai loji-loji tertentu dengan kaedah yang berbeza. Aktiviti juga adalah sebahagian daripada kursus yang diambil oleh pelajar Diploma Kesihatan Persekitaran. Pihak IWK menyampaikan aktiviti secara teori dan juga membawa pelajar melihat sendiri loji rawatan kumbahan dengan lebih dekat. INDAH WATER KONSORTIUM (IWK) LAWATAN LAPANGAN 40 KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATaN PEKERJAAN J A B A T A N
Aktiviti lawatan ke pelabuhan Klang telah mendedahkan pelajar-pelajar berkenaan kaedah pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan bahawa mana-mana kapal yang masuk ke pelabuhan negara ini tidak menjadi punca kepada penularan penyakit berjangkit sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan Kesihatan Antarabangsa dan akta serta peraturan kesihatan awam lain yang berkaitan. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan kaedah pemantauan kesihatan persekitaran yang lain seperti kualiti air dan kawalan vektor. PELABUHAN KLANG Lawatan Lapangan 41 KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATN PEKERJAAN J A B A T A N
Tugas sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dengan kelulusan Diploma Kesihatan Persekitaran sangat penting dalam memastikan pintu masuk negara dikawal sepenuhnya dari pelbagai aspek keselamatan terutamanya bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dari luar. Melalui lawatan ke KLIA, pelajar didedahkan dengan info berkenaan kawalan pintu masuk negara mengenai perkara-perkara tertentu yang diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR Lawatan Lapangan 42 KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN J A B A T A N
Pelajar Diploma Kesihatan Persekitaran perlu melalui praktikal di Pejabat Kesihatan Daerah dan Pihak Berkuasa Tenpatan untuk tempoh tertentu dan melakukan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan. Melalui praktikal, mereka akan didedahkan dengan situasi sebenar di lapangan contohnya kaedah persampelan air minuman, pemeriksaan premis makanan, pengambilan sampel makanan dan sebagainya. PEJABAT KESIHATAN DAERAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN Praktikal 43 KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN J A B A T A N
KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN J A B A T A N Selain terlibat dengan aktiviti yang dijalankan di peringkat universiti dan semasa praktikal, pelajar Diploma Kesihatan Persekitaran juga terlibat dengan pelbagai aktiviti lain bersama agensi luar seperti Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan Malaysia, NGOs dan sebagainya. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti seminar, program kebersihan, sukan dan promosi kesihatan. AGENSI LUAR Aktiviti kerjasama 44
KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN J A B A T A N 45 Kem Melawan Kebakaran di Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Baru Peserta terdiri daripada 30 orang pelajar ISM KKP, FSK UNISEL Program ini dijalankan bagi mendedahkan para pelajar kepada kepentingan pengurusan keselamatan kebakaran yang baik.
KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN J A B A T A N 8 ‘OSH IN SCHOOL’ Khidmat KOmuniti 46
KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN J A B A T A N Khidmat profesional Staf di Jabatan ENVOSH bukan sahaja menjadi pensyarah dan penyelidik di kampus, tetapi turut menjadi wira di luar universiti. Beberapa daripada mereka telah dijemput sebagai panel penilaian projek tahun akhir di Universiti Teknologi MARA (UiTM), menyumbang kepada pembangunan ilmu di peringkat kebangsaan. Selain itu, beberapa staf juga memberi sumbangan profesional mereka dengan peranan sebagai pemeriksa luar di Open University Malaysia (OUM) serta sebagai penilai risiko ergonomik di pelbagai industri. Keaktifan mereka di luar universiti membuktikan komitmen Jabatan ENVOSH dalam menyumbang kepada kemajuan bidang kesihatan persekitaran dan keselamatan pekerjaan di peringkat yang lebih luas. 47
Khidmat profesional ENVOSH 48
49 ENVOSHDalam usaha menyatukan ikatan di Jabatan ENVOSH, aktiviti mentor-mentee mencapai tahap baharu melalui pertandingan bowling yang mengujakan antara pensyarah dan pelajar. Berlangsung di pusat bowling ‘Ole-ole Super Bowl Shah Alam’, acara ini melibatkan lebih daripada sekadar lemparan bola; ia adalah satu peristiwa yang menyeronokkan dan penuh semangat kekeluargaan. Pertandingan bowling mentor-mentee tidak hanya tentang pemenang dan pecundang; ia adalah perjalanan bersama untuk menguatkan hubungan, memupuk semangat pasukan, dan mewujudkan komuniti yang lebih bersatu di Fakulti Sains Kesihatan. Inilah bukti bahawa pembelajaran tidak melibatkan hanya fakta dan angka, tetapi juga ikatan kasih sayang dan kegembiraan bersama.