50 Jamuan Jamuan Hari Raya Hari Raya Hari Raya 2023 J A B A T A N KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN
51 J A B A T A N KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN Para pelajar Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah menyelesaikan perjalanan epik mereka selama 24 minggu di dunia sebenar industri. Dari kilang hingga ke tapak pembinaan, mereka tidak hanya memeroleh pengetahuan praktikal, tetapi juga mengasah kemahiran interpersonal dan kepimpinan. Lawatan ini menjadi medan latihan yang menarik di mana pelajar mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dalam bilik kuliah ke dalam situasi sebenar. Pengalaman ini membentuk mereka menjadi profesional keselamatan dan kesihatan yang berdaya saing tinggi dan menghubungkan jurang antara teori dan aplikasi praktikal dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
DUNIAPENYELIDIKAN PENYELIDIK MENDALAMI BIDANG TERTENTU DENGAN TEKUN, MELAKUKAN PENYELIDIKAN SECARA SISTEMATIK, DAN BERUSAHA MEMECAHKAN MISTERI ATAU MENCAPAI PEMAHAMAN BARU. KEHIDUPAN PENYELIDIK MELIBATKAN SEMANGAT PENASARAN, KETEKUNAN DALAM MENGHADAPI CABARAN, SERTA KEMAMPUAN UNTUK BERADAPTASI DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN PENGETAHUAN TERKINI. PENCAPAIAN SEORANG PENYELIDIK TIDAK HANYA MEMBERIKAN SUMBANGAN BERHARGA KEPADA MASYARAKAT DAN DUNIA ILMIAH, TETAPI JUGA MEMBENTUK IDENTITI SERTA DEDIKASI TERHADAP EKSPLORASI INTELEKTUAL. PENYELIDIK MENDALAMI BIDANG TERTENTU DENGAN TEKUN, MELAKUKAN PENYELIDIKAN SECARA SISTEMATIK, DAN BERUSAHA MEMECAHKAN MISTERI ATAU MENCAPAI PEMAHAMAN BARU. KEHIDUPAN PENYELIDIK MELIBATKAN SEMANGAT PENASARAN, KETEKUNAN DALAM MENGHADAPI CABARAN, SERTA KEMAMPUAN UNTUK BERADAPTASI DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN PENGETAHUAN TERKINI. PENCAPAIAN SEORANG PENYELIDIK TIDAK HANYA MEMBERIKAN SUMBANGAN BERHARGA KEPADA MASYARAKAT DAN DUNIA ILMIAH, TETAPI JUGA MEMBENTUK IDENTITI SERTA DEDIKASI TERHADAP EKSPLORASI INTELEKTUAL. 9 FAKULTI SAINS KESIHATAN FAKULTI SAINS KESIHATAN 52
Kejayaan penyelidikan adalah keindahan di mana pengetahuan bersemi. Dengan setiap langkah yang diambil di dunia penyelidikan, pintu-pintu rahsia alam semesta terbuka lebar. Dalam sorotan cahaya pengetahuan, kita melihat kemajuan dan perubahan yang mengghairahkan. Penyelidikan adalah perjalanan yang membawa kita melampaui batasan, dan kejayaannya adalah harapan yang menerangi masa depan. Dalam kejayaan penyelidikan, terpahat prestasi-prestasi gemilang yang mengukir jejak peradaban manusia menuju puncak kemajuan dan pemahaman yang lebih dalam. Melalui penelitian, kita meretas jalan ke arah terangnya pengetahuan, dan setiap temuan adalah secercah cahaya yang menyoroti kebesaran manusia dalam menjelajahi misteri-misteri kehidupan. Kejayaan penyelidikan adalah puncak pencapaian intelektual yang membentuk dunia kita dan memberikan inspirasi untuk terus bertanya, terus mencari, dan terus berkembang. Penerima geran penyelidikan dalaman (Bestari) 2023 berjumlah RM5000 bertajuk “Knowledge And Attitude On Basic Life Support Among Childcare Provider From Registered Childcare Centre In Shah Alam, Selangor: A Questionnaire Study” oleh Puan Arfiza Abdul Razak sebagai ketua penyelidik bersama dua ahli fakulti yang lain iaitu Puan Khairul Mazzura Mansor dan Encik Mohd Sharikh Dali bin Mahad adalah satu-satunya kumpulan penyelidik Fakulti Sains Kesihatan yang berjaya pada tahun 2023 menerima geran. Sekalung tahniah kepada penerima geran. 53 GERAN DAN INOVASI
Bertemakan “Cultivating curiosity” yang diadakan di atas talian pada 7 Julai 2023 dianjurkan oleh para pelajar tahun akhir dari program Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dan Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pengarah program Muhammad Azreen bin Mohd Jamal, telah berjaya melaksanakan tugasan tahun akhir bersama ahli-ahli jawatankuasanya. Seramai 45 pelajar berjaya membentangkan poster penyelidikan dengan jayanya. Poster penyelidikan mereka boleh di layari di blogspot 15thUCHS https://15thuchs.blogspot.com/ Jemputan terhormat pada kali ini dari Universiti Pertahanan Malaysia, Dr Jahwarhan Izuan Abdul Rashid telah membentangkan mengenai kehebatan dunia “Artificial Intelligence (AI)’ di dunia penyelidikan. Pembentangan ini telah dirakam melalui Facebook Faculty of Health Sciences, University Selangor di https://www.facebook.com/fskunisel/videos/2616598 09938675/ Terima kasih kepada penganjur 15thUCHS yang sudi merealisasikan majlis ini. Program ini telah dibukukan dan boleh dilayari di https://drive.google.com/file/d/1J1wysg6- MGOiX4KC1AYAX6AOqvDQTGE2/view UNDERGRADUATE COLLOQUIUM ON HEALTH SCIENCES 2023 BERTEMAKAN CULTIVATING CURIOSITY TELAH DIADAKAN PADA 7 JULAI 2023 SECARA ATAS TALIAN. 54 KOLOKIUM 15TH UNDERGRADUATE COLLOQUIUM OF HEALTH SCIENCES
The exponential advancement of AI technology has revolutionized numerous facets of our existence, including the approach to scientific academia. AI-based tools have simplified the process of drafting scientific papers, making it more efficient and less time-intensive. In fact, a scientific paper can now be composed within a matter of hours. An increasing number of AI tools are being engineered to aid in the exploration, analysis, synthesis, evaluation, and composition of scientific literature. These tools possess the capability to delve into the substance of articles, gauge their scientific influence, and highlight the most pertinent literature. They present this data in visually intuitive graphs for ease of comprehension. Furthermore, these tools assist authors in swiftly analysing and amalgamating knowledge from the literature, offering summaries of crucial information, organizing references, and enhancing the linguistic quality of their manuscripts. This talk will explore various AI tools that can significantly aid and streamline scientific academic writing, particularly for those who are novices in the field. 55 KEYNOTE SPEECH Dr Jahwarhar Izuan Abdul Rashid Senior Lecturer National Defence University of Malaysia
56 PEMASARANFAKULTI SAINSKESIHATAN Penulis: Dr Mohd Nazif bin Samat Ketua Pemasaran Fakulti Sains Kesihatan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Selangor telah menjalankan aktiviti pemasaran secara konsisten sepanjang tahun 2023. Kakitangan fakulti yang terdiri daripada staf akademik dan staf sokongan telah melawat sebanyak 26 lokasi, terutamanya sekolah menengah, untuk memberikan maklumat kepada pelajar tentang program-program pengajian yang ditawarkan serta informasi Biasiswa SELFA dan Biasiswa Tahun Asas. Setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen yang diberikan oleh semua warga fakulti dalam menjayakan progam ini. Selain menyampaikan maklumat pengajian dan biasiswa, kakitangan fakulti juga berpeluang untuk berkongsi modul-modul yang penting untuk pelajar dan guru melalui modul “Kerjaya Dalam Bidang Sains Kesihatan”, Anak Yang Baik lagi Cerdik, Bahaya Vape dan Merokok, dan sebagainya. Modul "Kerjaya Dalam Bidang Sains Kesihatan" disampaikan untuk memberikan pemahaman secara santai kepada pelajar mengenai pelbagai kerjaya yang ada dalam bidang sains kesihatan. Modul ini merangkumi aspek seperti penerokaan peranan profesion kesihatan, kelayakan akademik, serta laluan kerjaya dalam bidang sains Kesihatan yang boleh diceburi. PROGRAM JELAJAH SEKOLAH 2023 FAKULTI SAINS KESIHATAN, UNISEL
Modul "Anak Yang Baik lagi Cerdik" memberikan strategi praktikal untuk membina kecerdasan dan tingkah laku yang baik pada para pelajar. Modul yang dibangunkan selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia ini meliputi fokus dalam pembangunan karakter, disiplin, serta perkembangan intelektual. Modul "Bahaya Vape dan Merokok" mendidik pelajar mengenai risiko kesihatan yang serius berkaitan dengan produk tembakau dan vape. Ia mengetengahkan kesan kerosakan terhadap kesihatan pernafasan, kardiovaskular, dan keseluruhan tubuh badan. Dengan meningkatkan kesedaran, modul ini bertujuan untuk mengurangkan amalan merokok dan penggunaan vape, serta menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat. 57
58
Senarai 26 lokasi / sekolah yang telah dijelajahi oleh seluruh staf Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Selangor sepanjang 2023 adalah: · Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah · Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2 · Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul · Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah · Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong · Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa · Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya · Sekolah Menengah Kebangsaan Pendamaran Jaya · Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi · Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 · Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16 · Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 · Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19 · Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama · Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Alam · Sekolah Menengah Kebangsaan Subang · Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari · Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah · Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Muda · Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang · Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya · Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak · Innovative Conference on Education 2023 (PUICE 2023) Anjuran PPD Petaling Utama · Kolej Tingkatan Enam Shah Alam · Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Alam Impian, Klang Perancangan bagi tahun 2024, Fakulti Sains Kesihatan menyasarkan lebih banyak sekolah akan dilawati dengan tambahan modul-modul terbaharu, bukan sahaja di dalam Negeri Selangor, malah di negeri-negeri lain juga. 59
60
RAHSIA KEJAYAAN PENYELIDIKAN: DISEBALIK SENYUMAN KEGEMBIRAAN 61 Penyelidikan tidak hanya sekadar mengejar jawapan, tetapi juga membuka pintu-pintu baru bagi pertanyaan yang lebih kompleks. Kejayaan penyelidikan tidak hanya terletak pada hasil akhir, tetapi juga dalam proses pencarian, kreativiti, dan semangat penelitian yang gigih. Dalam setiap peringkat penyelidikan, penulis mengalami perjalanan penuh cabaran, pengorbanan, dan kegembiraan ketika berhasil menemukan sesuatu yang baru. KEJAYAAN PENYELIDIKAN MERUPAKAN TONGGAK PENTING DALAM KEMAJUAN ILMIAH DAN PERKEMBANGAN MANUSIA. SEIRING BERJALANNYA WAKTU, PENGETAHUAN YANG DIPEROLEH MELALUI PENYELIDIKAN TELAH MEMBENTUK LANDASAN BAGI INOVASI, PEMAHAMAN MENDALAM, DAN SOLUSI TERHADAP BERBAGAI TANTANGAN YANG DIHADAPI OLEH MASYARAKAT GLOBAL.
62 Siapa sangka, perjalanan saya dalam dunia penyelidikan bermula dengan satu minat kecil yang membawa saya ke puncak kejayaan. Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi pengalaman peribadi saya, bagaimana kecintaan terhadap ilmu membawa saya memenangi pelbagai anugerah dan mencapai kejayaan dalam bidang penyelidikan. Minat yang Menjadi Pemangkin Semuanya bermula ketika menyambung pejaran peringkat sarjana. keseronokan meneroka memacu saya untuk meneruskan pengajian dalam bidang penyelidikan. Dengan tekad yang kuat, dorongan dari emak, anak-anak, suami serta keluarga menjadi pemangkin untuk saya memulakan perjalanan kecil saya dalam dunia besar ini. "Merentas Halangan: Perjalanan Kejayaan dalam Dunia Penyelidikan"
Menggunakan Kejayaan untuk Membawa Perubahan Kejayaan ini membuka peluang untuk saya berkongsi pengetahuan dan inspirasi dengan komuniti. Saya terlibat dalam program penyelidikan untuk memotivasikan generasi akan datang dan membangunkan lebih ramai individu berbakat dalam bidang penyelidikan. Mesej untuk Generasi Muda Pesan saya kepada generasi muda adalah jangan takut untuk bermimpi besar dan mengejar minat anda. Dunia penyelidikan menanti untuk diterokai oleh idea-idea segar dan kreativiti anda. Setiap usaha yang anda sumbangkan mempunyai nilai yang besar dalam mewujudkan dunia yang lebih baik. Penemuan Pertama dan Anugerah Awal Saya teruja untuk berkongsi bahawa penemuan pertama saya adalah berkaitan pembuktian daun selaput tunggul atau nama saintifiknya “Mikania micrantha” digunakan dalam merawat luka. Penemuan daun ini telah diubah menjadi krim luka yang senang diguna pakai oleh pengguna. Penghasilan ulung yang mendapat pengiktirafan novelty dari myIpo ini membawa saya memenangi 7 anugerah khas, 19 anugerah emas, 4 anugerah perak memberi keyakinan kepada saya bahawa idea sederhana pun boleh memberikan impak yang besar. Cabaran yang Menguji Kekuatan Namun begitu, perjalanan kejayaan tidak selalu lancar. Saya menghadapi cabaran dan kegagalan yang menguji keazaman saya. Tetapi, setiap cabaran adalah satu peluang untuk belajar dan meningkatkan diri. Dengan semangat gigih, saya bangkit semula dari setiap kegagalan. Pencapaian Antarabangsa dan Penghargaan Prestij Dengan ketekunan dan dedikasi, saya melangkah lebih jauh dengan menyertai pertandingan penyelidikan antarabangsa. Kejayaan muncul apabila saya memenangi Penghargaan Kecemerlangan dalam Penyelidikan di peringkat antarabangsa, memberikan pengiktirafan kepada kerja keras dan inovasi yang saya bawa ke meja penyelidikan. 63
Kisah Inspirasi : “Bekerja sepenuh masa, belajar sepenuh masa, PhD ’ Graduate On Time’ bersama kajian Radiomik” 64
65 Menghabiskan pengajian Ijazah Kedoktoran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sepanjang pandemik COVID-19 bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Namun, berbekalkan keazaman yang tinggi untuk menghabiskan pengajian pada waktunya (Graduate On Time) menjadikan Dr Mardhiyati terus pandang kehadapan dan tidak menoleh kebelakang lagi. Cabaran mengumpulkan data sewaktu pandemik di dua buah hospital bagi menjalankan kajian Radiomik iaitu aplikasi pembelajaran mesin (machine learning) dalam mengesan penyakit salur darah jantung tersumbat (aterosklerosis) dengan menggunakan imej Tomografi Berkomputer (CT) menjadi penguat semangat Dr Mardhiyati untuk terus fokus mencari pelbagai solusi. “Pekakkan telinga, butakan mata, masuk bilik VIVA!” -Dr RoketPada semester kelima, Dr Mardhiyati terus mengorak langkah berani mengambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan. Dengan hanya berbekalkan elaun Khas Kecemerlangan Naib Canselor UNISEL dan tajaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau berjaya menerbitkan 3 artikel berimpak, beberapa kertas prosiding, selesai menulis 117 draf tesis, menghantar notis penghantaran tesis kepada fakulti dan menyiapkan model pengaturcaraan dalam masa 6 bulan sahaja! Beliau cekal meneruskan pengajian secara sepenuh masa dengan tajaan GREP MARA, sambil bekerja sepenuh masa sebagai Pensyarah dan Penyelaras Program Diploma Pengimejan Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Selangor (UNISEL). Beliau juga mempunyai dua orang cahaya mata yang menjadi penguat semangat untuk terus menyiapkan apa yang telah dimulakan.
66 Dr Mardhiyati juga sering dijemput untuk menyampaikan ceramah terutamanya berkaitan aplikasi pembelajaran mesin dalam bidang pengimejan perubatan. Salah satunya ialah sebagai Keynote Speaker di persidangan antarabangsa yang melibatkan peserta dari Indonesia dan Filipina. Beliau juga pernah menyampaikan ceramah sebagai panel bual bicara “Ada apa dengan Jantung” anjuran Universiti Islam Selangor (UIS). Selain itu juga beliau pernah menyampaikan ceramah berkaitan Kajian Skop serta Kajian Pembelajaran Mesin Automatik anjuran IEEYP, UNISEL dan Universiti Malaya (UM). Selain daripada itu juga, beliau berjaya membawa nama UNISEL ke peringkat antarabangsa dengan lantikan sebagai panel pemeriksa artikel di jurnal berindeks, berjaya memenangi anugerah emas dan anugerah khas dari Chinese Innovation and Invention Society (CIIS) pada tahun 2023. Beliau juga banyak memenangi anugerah-anugerah lain seperti anugerah pembentang terbaik, anugerah kertas kajian terbaik, pemenang tempat pertama pertandingan poster dan tempat kedua pertandingan 3 minit tesis UKM. Semoga kisah Dr Mardhiyati ini mampu menyuntik semangat bagi yang sedang berjuang dalam pengajian pascasiswazah untuk meneruskan perjuangan menimba ilmu sehingga ke garisan penamat dengan cemerlang.
Leading Health and Excellence