The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Analisis Pelaksanaan Syor Kajian Luaran RMKe-11.v3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rozitasulaiman, 2020-12-28 21:13:21

Laporan Analisis Pelaksanaan Syor Kajian Luaran RMKe-11.v3

Laporan Analisis Pelaksanaan Syor Kajian Luaran RMKe-11.v3

ANALISIS PELAKSANAAN SYOR

JABATAN
PEMBANGUNAN

KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER

MANUSIA
2020

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
2020

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN .............................................................................................. ii
PENGHARGAAN ........................................................................................................... v
AHLI JAWATANKUASA KAJIAN JPK ..................................................................... vi
ABSTRAK ..................................................................................................................... vii
SENARAI JADUAL..................................................................................................... viii
SENARAI RAJAH ......................................................................................................... ix
SENARAI LAMPIRAN ................................................................................................. ix
BAB 1 : PENGENALAN ............................................................................................. 1

1.1 Latar Belakang.................................................................................................... 1
1.2 Pernyataan Masalah ............................................................................................ 2
1.3 Objektif Kajian ................................................................................................... 3
1.4 Skop Kajian ........................................................................................................ 3
1.5 Kepentingan Kajian ............................................................................................ 3
1.6 Kesimpulan......................................................................................................... 3
BAB 2 : KAJIAN LITERATUR.................................................................................. 4
2.1 Pengenalan.......................................................................................................... 4
2.2 Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET) ................................ 4
2.3 Kurikulum Latihan Kemahiran............................................................................ 7
2.4 Kebolehkerjaan Graduan SPKM ......................................................................... 8
2.5 Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ......................................................... 9
2.6 Rancangan Malaysia Kesebelas......................................................................... 10
2.7 Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran Di Malaysia...................................... 11
2.7.1 Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan

Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) .................................. 11
2.7.2 Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang

Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ...................... 14
2.8 Kesimpulan....................................................................................................... 17

ii

BAB 3 : METODOLOGI........................................................................................... 18
3.1 Pengenalan........................................................................................................ 18
3.2 Kaedah Analisis ................................................................................................ 18
3.3 Analisis Dokumen............................................................................................. 19
3.4 Perbincangan Kumpulan Fokus......................................................................... 19
3.5 Analisis Data .................................................................................................... 20
3.6 Kesimpulan....................................................................................................... 20

BAB 4 : HASIL DAN PERBINCANGAN................................................................. 21
4.1 Pendahuluan ..................................................................................................... 21
4.2 Pengelasan syor mengikut kluster MPKK ......................................................... 21
4.3 Tahap Pelaksanaan Syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran................... 28
4.3.1 Tahap pelaksanaan syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran
Terhadap Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
(SPKM). ........................................................................................................... 29
4.3.2 Tahap pelaksanaan Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian
Terdahulu (PPT). .............................................................................................. 33
4.4 Syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran yang telah dilaksanakan dan boleh
ditambah baik dan syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran yang belum
atau tidak dapat dilaksanakan. ........................................................................... 36
4.4.1 Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan
Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) .................................. 36
4.4.2 Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ...................... 38
4.5 Indikator Pencapaian Pelaksanaan Syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran
......................................................................................................................... 40
4.6 Kesimpulan....................................................................................................... 44

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN .................................................................. 45
5.1 Pendahuluan ..................................................................................................... 45
5.2 Rumusan Kajian................................................................................................ 45

iii

5.3 Limitasi ............................................................................................................ 47
5.4 Cadangan .......................................................................................................... 48
5.5 Kesimpulan....................................................................................................... 48
SUMBANGAN.............................................................................................................. 49
SENARAI RUJUKAN.................................................................................................. 50
LAMPIRAN .................................................................................................................. 53

iv

PENGHARGAAN
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, Analisis
Pelaksanaan Syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran di Malaysia ini dan laporannya
dapat disiapkan dengan jayanya.
Sehubungan dengan itu, Jabatan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Pn. Norisniwati binti Ab Rahim selaku Ketua Kumpulan, Dr. Fairus Atida binti
Said, Pn Rozita binti Sulaiman, Cik Azizah binti Md Salleh dan Norzanarita Eezan binti
Abdul Ghani yang telah berjaya menjalankan analisis ini sehingga terhasilnya laporan akhir
Laporan Analisis Pelaksanaan Syor Kajian Pembangunan Kemahiran di Malaysia (RMKe-
11). Mereka merupakan nadi yang telah menyumbang idea, kepakaran, pengalaman, tenaga
dan sumber sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Bahagian
Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan (PPP), Pn Molinda binti Abd Rahman yang
telah banyak memberi bimbingan dan motivasi sejak awal hingga ke penulisan laporan akhir
ini. Sekalung penghargaan kepada semua bahagian di Jabatan Pembangunan Kemahiran yang
membantu dengan memberikan kerjasama serta menyumbangkan maklumat berkaitan yang
diperlukan dalam kajian ini.
Diharap laporan ini dapat memberi manfaat kepada warga JPK dalam mengarus perdana
latihan kemahiran sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti modal insan
bagi menghasilkan lebih ramai pekerja mahir pada masa akan datang.

v

AHLI JAWATANKUASA KAJIAN JPK
AHLI JAWATANKUASA PEMANDU KAJIAN

Pengerusi: Ts. Zaihan bin Shukri Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

Ahli Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
1. Dr. Mohd Rashid bin Buyong Hamzah Pengarah CIAST
2. En. Suimi bin Abd Majid Pengarah SLDN
3. Dr. Mohamad bin Sulaiman Pengarah MOSQ
4. Dr. Aruna binti Ismail @ Abd Wahab Pengarah BKS
5. En. Mohd Sukri bin Ismail Pengarah PMO
6. Pn. Faizah binti Harun Pengarah PKS
7. Pn. Hjh Zuleah binti Darsong Pengarah NOSS
8. Dr. Mohd Faizal bin Tokeran Pengarah PPP
9. Dr. Hj. Ghalip bin Spahat Pengarah Wilayah Tengah
10. Pn. Molinda binti Abd Rahman Pengarah Wilayah Selatan
11. Dr. Ruminah binti Mohammad Zain Pengarah Wilayah Timur
12. En. Abdul Halim bin Hasan Pengarah Wilayah Utara
13. Pn. Wan Fadzilah binti Wan Dagang Pengarah Wilayah Sabah
14. En. Mohd Azmir bin Ahmad Pengarah Wilayah Sarawak
15. Ts. Mohd Azmi bin Pelah
16. En. Sudirman bin Suratin

AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN

Pengerusi: En. Suimi bin Abd Majid Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Ahli Timbalan Pengarah (CIAST)
Timbalan Pengarah (SLDN)
1. En. Jamil bin Yahya Timbalan Pengarah (MOSQ)
2. Pn. Shamsida binti Zainal Abidin Timbalan Pengarah (PMO)
3. En. Samsuri bin Arif Timbalan Pengarah (PPP)
4. En. Mohd Faisal bin Abdul Hamid Ketua Penolong Pengarah (NOSS)
5. Pn. Meena a/p Ramalingam Ketua Penolong Pengarah (BKS)
6. Dr. Zool Hilmi bin Mohamed Ashari Ketua Penolong Pengarah (PKS)
7. En. Yuslan bin Yasok Penolong Kanan Pengarah Wilayah Tengah
8. Pn. Siti Rom binti Darman
9. En. Wan Sulaiman bin Md Daud

PASUKAN KAJIAN

Ketua: Pn. Norisniwati binti Ab. Rahim Ketua Penolong Pengarah (PPP)

Ahli Penolong Kanan Pengarah (PPP)
Penolong Kanan Pengarah (PPP)
1. Pn. Rozita binti Sulaiman Penolong Kanan Pengarah (PPP)
2. Dr. Fairus Atida binti Said Penolong Kanan Pengarah (PPP)
3. Cik Azizah binti Md. Saleh
4. Pn. Norzanarita Eezan binti Abdul Ghani

vi

ABSTRAK

Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran di Malaysia telah dilaksanakan pada tahun 2016
sehingga 2018 dengan menggunakan peruntukan pembangunan dalam Rancangan Malaysia
Kesebelas. Melalui kajian ini, dua laporan kajian telah dihasilkan iaitu Kajian Penerimaan
Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia (SPKM) dan Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Laporan kajian ini telah menghasilkan syor-syor bagi penambah baikan pelaksanaan SPKM.
Tetapi, sejauh manakah syor kajian ini telah dilaksanakan oleh JPK? Bagi menilai tahap
pelaksanaan syor kajian ini, satu analisis pelaksanaan syor dilakukan agar tujuan pelaksanaan
Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran di Malaysia dapat dicapai dan seterusnya
memenuhi aspirasi negara dalam melahirkan tenaga kerja yang memenuhi kehendak industri.
Analisis ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Bagi
Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan Graduan Sistem
Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM), sebanyak 64 syor telah dihasilkan. Didapati, 28%
syor telah dilaksanakan, 69% syor telah dilaksanakan tetapi perlu ditambah baik dan 3% syor
belum atau tidak akan dilaksanakan. Bagi Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan
Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian
Terdahulu (PPT) sebanyak 23 syor telah dihasilkan. Didapati, 35% syor telah dilaksanakan,
35% syor telah dilaksanakan tetapi perlu ditambah baik dan 30% syor belum atau tidak akan
dilaksanakan. Beberapa cadangan penambah baikan telah dikenalpasti dan dicadangkan di
akhir analisis ini.

vii

SENARAI JADUAL
Jadual 3-1: Kaedah Analisis Pelaksanaan Syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran . 18
Jadual 4-1: Senarai Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap

Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). ..... 21
Jadual 4-2: Senarai Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan

Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu . 24
Jadual 4-3: Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap

Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).yang
telah dilaksanakan .......................................................................................... 29
Jadual 4-4: Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap
Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang
telah dilaksanakan tetapi perlu ditambah baik ................................................. 30
Jadual 4-5: Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap
Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang
belum atau tidak dapat dilaksanakan ............................................................... 32
Jadual 4-6: Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) yang telah dilaksanakan ............................................ 34
Jadual 4-7: Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) yang telah dilaksanakan tetapi perlu ditambah baik ... 34
Jadual 4-8: Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) yang belum atau tidak dapat dilaksanakan ................. 34
Jadual 4-9: Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap
Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang
telah dilaksanakan dan perlu ditambah baik .................................................... 36
Jadual 4-10: Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap
Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang
belum atau tidak dapat dilaksanakan ............................................................... 37
Jadual 4-11: Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)... 38
Jadual 4-12: Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
yang belum atau tidak dapat dilaksanakan....................................................... 39
Jadual 4-13: Skor Min Kebolehan Graduan SPKM Bekerja ................................................ 42
Jadual 4-14: Skor Min Penerimaan SPKM oleh Industri ..................................................... 43
Jadual 5-1: Cadangan Tindakan Mengikut Bahagian JPK ................................................. 46

viii

SENARAI RAJAH
Rajah 2-1: Kesan Pelaksanaan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Kepada Majikan Dan

Graduan PPT .................................................................................................. 17
Rajah 4-1: Pengelasan Syor Kajian RMKe-11 mengikut kluster MPKK........................... 26
Rajah 4-2: Syor Kajian Pembangunan Kemahiran di Malaysia mengikut kluster MPKK.. 26
Rajah 4-3: Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap

Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
mengikut kluster MPKK ................................................................................. 27
Rajah 4-4: Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu mengikut kluster
MPKK............................................................................................................ 27
Rajah 4-5: Status Pelaksanaan Syor Kajian Pembangunan Kemahiran di Malaysia .......... 29
Rajah 4-6: Status Pelaksanaan Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran
Terhadap Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
(SPKM) .......................................................................................................... 33
Rajah 4-7: Status Pelaksanaan Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) ............................................................ 35
Rajah 4-8: Jenis Syarikat Responden ............................................................................... 40
Rajah 4-9: Tempoh Beroperasi Syarikat Responden......................................................... 41
Rajah 4-10: Tahap Kebolehan Graduan SPKM Bekerja (Perspektif majikan) ..................... 42
Rajah 4-11: Tahap Penerimaan SPKM Oleh Industri ......................................................... 43

SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A:Pengelasan Syor Dapatan Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran Mengikut

Kluster MPKK…………………………………………………………………53

ix

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Pembangunan modal insan merupakan salah satu teras strategik dalam Rancangan Malaysia
Kesebelas (RMKe-11). Kerajaan mengunjurkan bahawa pekerja berkemahiran tinggi akan
membentuk 35% daripada jumlah tenaga kerja negara. Di bawah teras ini, Kerajaan telah
menetapkan supaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
diperkukuhkan dan dimartabatkan bagi menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam
pasaran buruh negara. Sektor TVET sedia ada akan diperkukuhkan melalui kajian-kajian
yang telah dijalankan sebagai usaha ke arah penambah baikan fungsi JPK dalam merumus,
menggalak dan menyelaras Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Pembangunan latihan kemahiran di Malaysia telah mendapat perhatian serius oleh
pihak kerajaan. Selepas kemerdekaan, negara mengalami kekurangan tenaga kerja terlatih di
sektor industri. Ini mendorong kepada penubuhan institusi latihan kemahiran yang pertama
iaitu Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dan diikuti oleh Institut Latihan
Perindustrian Prai. Pembangunan Ekonomi yang berterusan pada sekitar tahun 1970-an telah
menyebabkan masalah kekurangan pekerja mahir dan separuh mahir dalam pelbagai sektor
pekerjaan. Program-program yang ditawarkan di institut latihan kemahiran awam telah
dikembangkan menerusi Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat, Kementerian Kebudayaan
Belia dan Sukan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan agensi lain (JPK, 2012).

Pembangunan modal insan yang seimbang dari segi pengetahuan dan kemahiran kerja
adalah amat diperlukan dalam memacu pembangunan negara. Kurikulum Latihan Kemahiran
(KLK) yang berkualiti dan dinamik dapat menjamin kemahiran kebolehkerjaan yang tinggi
dan menepati kehendak industri semasa di Malaysia. Dalam merealisasikan hasrat ini, JPK
telah membangunkan National Occupational Skills Standards (NOSS). Satu kajian untuk
menilai penerimaan NOSS dan kebolehkerjaan graduan telah dibangunkan (JPK, 2017).
Kajian bagi menilai penerimaan pihak berkepentingan terhadap graduan Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia (SPKM) dibuat bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir/separa
mahir negara di mana ia telah menghasilkan sebanyak 64 syor kajian untuk penambah baikan.
Pensijilan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) telah diperkenalkan
bermula dari tahun 1996 dan telah menghasilkan lulusan seramai 152,000 orang sehingga

1

2017 dalam semua bidang. Oleh kerana tiada kajian yang komprehensif dijalankan ke atas
proses dan pelaksanaan pentauliahan secara PPT, satu kajian telah dilaksanakan bagi
mengukur pencapaian objektif pensijilan kaedah PPT melalui kesan pensijilan terhadap
pekerja dan majikan dan juga mengenalpasti strategi yang sesuai untuk tujuan penambah
baikan. Kajian ini telah menghasilkan sebanyak 23 syor kajian untuk penambah baikan
pelaksanaan PPT di Malaysia (JPK, 2018).

1.2 Pernyataan Masalah

Tenaga kerja yang berkemahiran dan mencukupi amat diperlukan bagi merealisasikan
harapan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Latihan
vokasional dan teknikal telah dilihat sebagai satu pendekatan dalam usaha menangani
masalah kekurangan tenaga kerja yang berkemahiran dengan cara memperkasa modal insan
dan mengarus perdana latihan kemahiran. Kerajaan telah menetapkan usaha untuk
mentransformasi TVET bagi memenuhi permintaan industri. Ini adalah bagi meningkatkan
pembangunan modal insan untuk negara maju seperti dalam RMKe-11 dan selaras dengan
fokus menambah baik kompetensi pasaran buruh bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi
dengan mensasarkan komposisi pekerja berkemahiran tinggi sebanyak 35% menjelang tahun
2020 (Unit Perancang Ekonomi, 2015).

Pada tahun 2016 sehingga 2018, JPK telah menyelaras dua (2) Kajian Pembangunan
Latihan Kemahiran di Malaysia iaitu Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran
Terhadap Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dan
Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Tujuan kajian tersebut dijalankan adalah
untuk mendapatkan data penerimaan industri terhadap Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan, mendapatkan data graduan kemahiran dari segi
kebolehkerjaan yang merangkumi gaji, jenis pekerjaan, kesepadanan pekerjaan dan lain-lain
serta mengenalpasti kaedah pelaksanaan terbaik (best practices) latihan berkonsepkan
pembelajaran sepanjang Hayat secara PPT di negara-negara luar. Terdapat sejumlah 87 syor
telah dihasilkan melalui kajian-kajian tersebut. Tetapi, terdapat persoalan yang timbul iaitu
sejauh manakah syor tersebut dilaksanakan? Sejauh manakah syor yang dilaksanakan dapat
meningkatkan kebolehan graduan dalam melakukan kerja serta meningkatkan penerimaan
industri terhadap SPKM? Justeru itu, analisis ini dijalankan untuk mengukur pelaksanaan

2

syor kajian serta cadangan penambah baikan bagi memenuhi hasrat kerajaan bagi memenuhi
keperluan tenaga mahir negara.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:
a) Mengukur tahap pelaksanaan syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran.
b) Mengenalpasti syor kajian yang telah dilaksanakan tetapi boleh ditambah baik dan
syor kajian yang belum atau tidak boleh dilaksanakan.
c) Mengenalpasti cadangan penambah baikan terhadap syor yang telah dilaksanakan
tetapi boleh ditambah baik dan syor kajian yang belum atau tidak boleh
dilaksanakan.

1.4 Skop Kajian

Skop kajian adalah seperti berikut:-
a) Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan

Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
b) Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang

Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

1.5 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk peningkatan kualiti Sistem Persijilan Kemahiran
Malaysia seperti berikut:-
a) Memberi maklumat kepada pihak pengurusan Jabatan terhadap tahap pelaksanaan

syor kajian RMKe-11 diambil tindakan.
b) Membantu pihak pengurusan Jabatan mengenalpasti syor yang tidak dilaksanakan

seterusnya memberikan cadangan penambah baikan.

1.6 Kesimpulan
Bab ini menerangkan pernyataan masalah, objektif dan skop serta kepentingan Analisis
Pelaksanaan Syor Kajian Pembangunan Kemahiran di Malaysia.

3

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tujuan bab ini adalah menyediakan suatu tinjauan berhubung perkara-perkara yang
dibincangkan dalam kajian ini bermula dengan maklumat berkenaan Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional, Kurikulum Latihan Kemahiran, Kebolehkerjaan Graduan Sistem
Persijilan Kemahiran Malaysia, Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu dan Rancangan
Malaysia Kesebelas yang membawa kepada pelaksanaan Kajian Pembangunan Latihan
Kemahiran.

2.2 Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET)

Pembangunan ekonomi yang semakin pesat, seiring dengan perkembangan sains dan
teknologi, berupaya memacu transformasi Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi.
Dalam ledakan teknologi maklumat dan perubahan kehendak kepakaran dalam pasaran pada
masa kini, pembangunan modal insan merupakan faktor kritikal bagi menjana dan
mengekalkan perkembangan ekonomi negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-
2020), isu ini telah diketengahkan sebagai satu misi nasional, di mana pembangunan
kemahiran perlu berteraskan kehendak industri. Ketersediaan tenaga kerja berkemahiran
tinggi akan menyokong aktiviti berintensifkan pengetahuan, menjana produktiviti dan
menarik pelaburan ke Malaysia. 60% daripada 1.5 juta peluang pekerjaan baru yang akan
diwujudkan memerlukan kemahiran berkaitan TVET (Technical and Vocational Education
and Training) atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET merupakan
pemacu perubahan bagi Malaysia menghasilkan modal insan berkemahiran yang bertaraf
dunia (Unit Perancang Ekonomi, 2015).

Bagi merealisasikan hasrat ini, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah
melaksanakan konsep K-Pekerja holistik yang menekankan pembangunan tiga kompetensi
utama iaitu kompetensi teknikal, pembelajaran dan metodologi, serta kemahiran sosial dan
kemanusiaan. Pembangunan sistem latihan yang holistik bukan sahaja mementingkan aspek
pembangunan kemahiran tetapi pengintegrasian antara pengetahuan, kemahiran, nilai dan
bahasa dalam proses pembelajaran. Aspek-aspek ini adalah penting bagi pembangunan modal
insan negara berekonomi tinggi. Pengenalan konsep ini adalah amat relevan bagi mendepani

4

cabaran-cabaran dalam memajukan lagi pembangunan negara. Bagi merealisasikan hasrat ini,
Malaysia perlu menghadapi cabaran seperti persaingan sengit dengan pasaran antarabangsa,
percambahan pesat industri perkhidmatan dan industri berasaskan kemahiran, permintaan
pelanggan yang semakin meningkat dan kompleks, serta keperluan kemahiran dalam bidang
teknologi merentasi sektor pekerjaan. Justeru, JPK telah melaksanakan pelbagai inisiatif
untuk meningkatkan kualiti latihan kemahiran di negara kita.

Selaras dengan hasrat ini, Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta
652) telah dibangunkan khusus untuk menjadi panduan kepada latihan dan pembangunan
kemahiran di Malaysia. Akta ini menegaskan penggunaan NOSS (National Occupational
Skills Standards) dan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) sebagai kerangka asas
untuk sistem latihan kemahiran di Malaysia ke arah pelaksanaan yang lebih sistematik dan
berkesan. NOSS berperanan sebagai standard yang menggariskan kompetensi dan hala tuju
pembangunan kemahiran untuk mencapai kompetensi kerja tertentu. Kompetensi pekerjaan
ini telah dikenal pasti oleh pakar-pakar industri dan dibangunkan sebagai standard
kompetensi, Competency Profile, sub kemahiran, dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang
berkaitan bagi membantu membangunkan kemahiran pelajar. Melalui penggunaan NOSS dan
kerangka SPKM, pendidikan TVET di Malaysia berpotensi bagi pembangunan kompetensi
pekerja di Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam menghasilkan pekerja yang berkemahiran
tinggi, masih terdapat kekurangan yang perlu diatasi dan pelaksanaan pembangunan
kemahiran memerlukan penyeliaan yang berterusan bagi menjamin kualiti pelaksanaan dan
output pendidikan TVET.

Namun, keberkesanan pelaksanaan NOSS dan SPKM masih bergantung kepada
keberkesanan pelaksanaan di institusi latihan, agensi-agensi dan industri. Pelaksanaan TVET
yang berkesan perlu menekankan kepentingan jaringan industri terhadap keberhasilan
graduan TVET. Justeru, bagi pelaksanaan TVET di Malaysia adalah amat penting untuk
memantau pelaksanaan NOSS dan SPKM dalam kalangan institusi latihan yang telah
ditauliahkan. Tanpa pemantauan, pembangunan pengetahuan, kompetensi berasaskan
industri, hubungan industri dan perantisan, dan proses pembelajaran mungkin terjejas
(Minghat & Yasin, 2010).

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
atau United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada

5

tahun 2011 telah mengetengahkan kepentingan TVET dalam melahirkan tenaga kerja mahir
untuk masa hadapan. Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dilihat sebagai
platform yang berpotensi untuk: a) membangunkan pengetahuan asas pelajar, b)
membangunkan pengetahuan teknikal dan saintifik pelajar, dan c) membangunkan kemahiran
kerja praktikal, sahsiah dan kefahaman yang tinggi dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Pembangunan TVET di Malaysia adalah selari dengan hasrat UNESCO yang berfokus
kepada melahirkan tenaga kerja mahir untuk masa hadapan melalui pembangunan
pengetahuan asas dan teknikal, pembangunan kemahiran kerja praktikal, dan nilai kendiri
yang tinggi.

Pada tahun 2012, JPK bersama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan
mewujudkan kerjasama antara institusi TVET bagi merealisasikan hasrat untuk melahirkan
tenaga kerja mahir negara untuk masa hadapan. JPK menekankan kepentingan latihan dua
hala antara institusi TVET dengan industri dalam melahirkan pekerja-pekerja berkompetensi
tinggi. Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) adalah bertujuan untuk memberi
latihan kemahiran dan pembangunan diri, serta mewujudkan laluan kerjaya yang setaraf
dengan laluan kerjaya yang berlandaskan kelayakan akademik. Selain itu, melalui sistem ini,
JPK berhasrat untuk melahirkan pekerja mahir negara yang terlatih bagi memenuhi kehendak
industri tempatan dan meningkatkan daya saing industri tempatan supaya setaraf dengan
pasaran dunia.

Bagi merealisasikan hasrat ini, program latihan kemahiran di bawah pentauliahan dan
persijilan telah dibentuk JPK dalam memastikan latihan kemahiran yang diberi adalah
relevan kepada industri dan graduan yang dihasilkan diiktiraf dan menepati kehendak
industri. Pentauliahan melibatkan proses menilai dan meluluskan program latihan kemahiran
bagi penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia kepada pelajar. Justeru, Penyedia latihan
Kemahiran perlu mendapatkan pentauliahan terlebih dahulu dengan memastikan institusi
latihan: a) ditubuhkan secara sah, b) mempunyai KLK yang berlandaskan NOSS, c)
menyediakan kemudahan dan peralatan yang selamat untuk latihan, dan d) mempunyai
Pegawai Penilai atau pengajar yang berkelayakan dalam bidang. Selain itu, bagi mewujudkan
sistem pensijilan yang diiktiraf industri tempatan, JPK telah mewujudkan tiga kaedah
pensijilan iaitu: a) melalui latihan di institusi yang diiktiraf, b) melalui latihan berorientasikan
industri (SLDN), dan c) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Pensijilan

6

melalui latihan di institusi yang diiktiraf merujuk kepada kaedah pensijilan yang diberikan
kepada graduan yang telah melengkapkan program latihan kemahiran di pusat-pusat
bertauliah dan ditauliahkan dengan tahap kemahiran dalam bidang tertentu. Selain itu,
pensijilan melalui latihan berorientasikan industri (SLDN) ialah kaedah pensijilan yang
diberikan kepada graduan yang telah melengkapkan latihan perantisan dalam SLDN yang
dilaksanakan di institusi latihan kemahiran dan industri. Akhir sekali, pensijilan melalui
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merujuk kepada persijilan melalui pengalaman
kerja terdahulu. Pensijilan melalui kaedah PPT tidak memerlukan pelajar untuk menduduki
ujian. Sebaliknya, mereka dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan berdasarkan
pengalaman pekerjaan terdahulu. Bukti-bukti ini akan dinilai oleh Pegawai Penilai dan
seterusnya akan disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran yang telah dilantik oleh JPK.

2.3 Kurikulum Latihan Kemahiran

Pembangunan modal insan yang seimbang dari segi pengetahuan dan kemahiran kerja adalah
amat diperlukan dalam memacu pembangunan negara. Kurikulum Latihan Kemahiran (KLK)
yang berkualiti dan dinamik dapat menjamin kemahiran kebolehkerjaan yang tinggi dan
menepati kehendak industri semasa di Malaysia. Dalam merealisasikan hasrat ini, National
Occupational Skills Standards (NOSS) telah dibangunkan Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK).

Secara amnya, NOSS adalah dokumen yang menggariskan keterampilan yang
diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan
tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai keterampilan tersebut. Ciri-ciri utama NOSS
adalah a) berasaskan keperluan pekerjaan b) mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu
bidang pekerjaan dan c) disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan
pekerjaan. Melalui implementasi NOSS, institusi latihan dapat memahami situasi sebenar
pasaran secara meluas dan kemahiran yang diperlukan yang tidak hanya terbatas kepada
sesebuah/ sekelompok syarikat sahaja. Selain itu, NOSS juga dapat membantu menstruktur
senarai tugasan dan skop kerja berkaitan dengan sesuatu sektor bagi membantu menstruktur
keperluan latihan kepada pelajar. Secara tidak langsung, ianya boleh digunakan sebagai kayu
ukur bagi menilai prestasi kerja pelatih dan penambah baikan kemahiran untuk mereka. Dari
sudut pekerja pula, NOSS dapat dijadikan rujukan mengenai kompetensi yang diperlukan
untuk pembangunan diri dan profesionalisme serta pemahaman pekerjaan yang bakal

7

diceburi. Juga, dengan adanya NOSS, laluan pekerjaan akan tampak lebih jelas kepada
mereka. Ini secara tidak langsung dapat membantu menangani isu mengenai kurangnya
kefahaman yang memberi kesan langsung kepada produktiviti pekerja dalam industri.
Daripada sudut majikan, NOSS merupakan platform terbaik untuk memaklumkan kompetensi
dari semasa ke semasa yang perlu diterapkan dalam sistem latihan bagi memelihara
kesesuaiannya dalam memenuhi kehendak pasaran dan industri semasa.

Secara dasarnya, pembangunan NOSS adalah amat sistematik dan selari dengan
kehendak kemahiran industri. Ianya dibangunkan berasaskan keperluan kemahiran di industri
tempatan, mempunyai rujukan yang teliti terhadap laluan dan struktur kerjaya untuk setiap
sektor yang dikenal pasti, dan dibangunkan oleh pakar-pakar industri serta pekerja mahir
dalam sesebuah industri. NOSS adalah berkait rapat dengan SPKM. Oleh itu, penilaian akan
dilaksanakan dan dipantau bagi memastikan lulusan SPKM mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang relevan kepada industri yang diceburi.

2.4 Kebolehkerjaan Graduan SPKM

Secara umumnya, kemahiran kebolehkerjaan boleh ditakrifkan sebagai kemahiran akademik,
peribadi dan kerja berpasukan asas yang diharapkan majikan daripada pekerja mereka, yang
juga dijangka akan dibangunkan dalam sistem pendidikan. Menurut Munro (2007) kemahiran
kebolehkerjaan melibatkan keupayaan untuk menyumbang kepada kompetensi kerja dalam
organisasi, dan digabungkan dengan kemahiran lisan, bertulis komunikasi dan pemikiran
kritikal, yang membentuk asas kepada kedua-dua kejayaan, samada akademik atau tempat
kerja. Bennett (2000) menyatakan bahawa kemahiran kebolehkerjaan melibatkan bukan
sahaja sifat-sifat yang dikehendaki dari bakal pekerja tetapi juga keperluan asas individu yang
perlu dipertimbangkan untuk pekerjaan. Kemahiran ini diperlukan untuk menjalankan tugas
dengan cekap dan menyumbang kepada pertumbuhan sesebuah organisasi. Kemahiran
kebolehkerjaan terdiri daripada kemahiran asas, kemahiran berfikir, kemahiran sumber,
kemahiran maklumat, kemahiran interpersonal, sistem dan teknologi kemahiran dan kualiti
peribadi (Clarke, 2007). Kemahiran generik termasuk bidang-bidang seperti pengurusan
sumber, komunikasi dan kemahiran interpersonal, kerja berpasukan dan penyelesaian
masalah dalam membantu memperolehi dan mengekalkan pekerjaan (Zinser, 2003). Oleh itu,
kemahiran generik ini adalah penting untuk mendapatkan, mengekalkan, dan menyumbang
kepada keberkesanan pekerjaan. Tidak seperti kemahiran pekerjaan atau teknikal, kemahiran

8

kebolehkerjaan adalah generik dan merentasi semua jenis industri, saiz perniagaan, dan tahap
pekerjaan dari tahap rendah ke tinggi (Robinson & Garton, 2008).

Realitinya, para pekerja dalam abad ke-21 memerlukan kemahiran seperti
penyelesaian masalah dan analisis, membuat keputusan, organisasi dan pengurusan masa,
mengambil risiko, dan komunikasi sebagai syarat kelayakan untuk mendapat pekerjaan
(Lynch, 2000). Keperluan yang besar untuk menentukan apa jenis kemahiran dituntut
graduan TVET oleh industri kerana terdapat konsensus umum bahawa penyediaan pekerjaan
harus bermula ketika di sekolah tinggi. Yorke (2006) menambah bahawa pekerjaan masa kini
memerlukan satu set kemahiran dan pengetahuan yang menjadikan individu lebih cenderung
untuk mendapatkan dan berjaya dalam pekerjaan yang mereka pilih, bukan sahaja untuk
manfaatkan diri mereka, malah menyumbang kepada peningkatan kualiti tenaga kerja,
masyarakat, dan ekonomi. Ini bermakna bahawa pekerjaan adalah selamat kerana seseorang
mempunyai kompetensi (cth, pengetahuan dan kemahiran) untuk memenuhi keperluan baru
di tempat kerja yang berubah-ubah. Ringkasnya, graduan yang mempunyai kedua-dua ‘hard
skills’ dan ‘soft skills’ akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehkerjaan
mereka.

2.5 Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

PPT merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang boleh
membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (SKPK) atau National Occupational Skills Standards (NOSS) berdasarkan
kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu. Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah
satu kaedah Pensijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996. Amalan PPT ini adalah
seiring dengan amalan negara maju, contohnya Recognition of Prior Learning (RPL) di
Australia; Prior Learning Assessment (PLA) di Amerika Syarikat; Prior Learning
Assessment and Recognition of Prior Learning (APL) & Accreditation of Prior Certified
Learning (APCL) di United Kingdom dan Validation de Acquis Experiences (VAE) di
Perancis. Manakala, Hong Kong, Singapura dan Thailand juga menggunakan istilah
Recognition of Prior Learning (RPL) sebagai kaedah pensijilan untuk pembangunan
kemahiran pekerja dan perlanjutan pengajian.

9

Kaedah pensijilan secara PPT ini menekankan kepada konsep pembelajaran sepanjang
Hayat yang mengambil kira hasil pembelajaran yang diperoleh secara formal, bukan formal
dan tidak formal. Contoh hasil pembelajaran formal adalah kemahiran yang diperoleh melalui
kursus formal yang dianjurkan oleh institusi latihan dan pendidikan. Manakala, contoh hasil
pembelajaran bukan formal pula adalah kemahiran yang diperoleh melalui kelab atau
persatuan dan tidak formal pula adalah kemahiran yang diperoleh melalui rutin pekerjaan.
Terdapat tiga tujuan utama pensijilan secara PPT iaitu pensijilan untuk melayakkan seseorang
menyambung pengajian ke peringkat tinggi, pensijilan untuk tujuan pengecualian kredit
dalam mana-mana sistem pengajian atau latihan dan pensijilan untuk tujuan pengiktirafan
kelayakan. Oleh yang demikian, kajian ini memberi tumpuan kepada pensijilan untuk
pengiktirafan kelayakan di kalangan pekerja. Pelaksanaan PPT di Malaysia terbuka kepada
semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan bagi bidang yang tersenarai
dalam NOSS kecuali bidang-bidang yang tidak boleh dipersijilkan secara PPT.

Pelaksanaan PPT memberi faedah secara langsung kepada pekerja dan secara tidak
langsung kepada majikan dan negara. Kepada pekerja, pensijilan melalui kaedah PPT
memberi peluang untuk mereka mendapat pengiktirafan yang selayaknya berdasarkan
pengalaman lalu tanpa mengikuti kursus formal. Di samping kepuasan diri serta penjimatan
kos pengajian, pengiktirafan tersebut akan membuka peluang untuk pembangunan kerjaya
yang lebih luas. Kepada majikan pula, pelaksanaan PPT membantu meningkatkan imej
syarikat dan menjimatkan kos latihan dan pensijilan pekerja. Seterusnya, negara memperolehi
pertambahan tenaga mahir yang diiktiraf kelayakannya. Pertambahan tenaga mahir yang
berkelayakan ini dapat meningkatkan imej negara di mata dunia, justeru dapat menarik
pelabur asing untuk melabur di Malaysia dan seterusnya menyokong kepada pertumbuhan
industri negara.

2.6 Rancangan Malaysia Kesebelas

Sebanyak 60% daripada pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh RMKe-11 dijangka
memerlukan kelayakan TVET menjadikan TVET sebagai platform penting bagi
meningkatkan tenaga kerja mahir Malaysia. Kerajaan telah mempergiatkan kolaborasi dengan
industri untuk meningkatkan pengambilan TVET, menambah baik kualiti program dan
institusi, serta memperkukuh penjenamaan dan profil TVET. Pendekatan ini dijangka akan
menghasilkan graduan berkemahiran yang diperlukan industri dan menjadikan TVET sebagai

10

laluan pilihan. Transformasi ini dapat direalisasikan menerusi pelaksanaan tiga strategi utama
iaitu:-

 Strategi B1: Memperkukuh tadbir urus TVET untuk pengurusan yang lebih baik
menerusi pemantapan kerangka kelayakan nasional dan pengharmonian pelbagai
sistem penarafan bagi institusi TVET awam dan swasta;

 Strategi B2: Memperkasa kualiti dan penyampaian program TVET untuk menambah
baik kebolehpasaran graduan melalui pendekatan seperti membolehkan industri
menerajui kurikulum, mengurangkan pertindihan program dan penggunaan sumber,
meningkatkan keberkesanan kos dan memperluas pembiayaan TVET bagi menambah
enrolmen; dan

 Strategi B3: Meningkatkan penjenamaan untuk menarik minat terhadap TVET.
Langkah ini dapat dicapai menerusi aktiviti promosi yang menonjolkan TVET sebagai
kerjaya pilihan yang menarik.

JPK memainkan peranan yang amat penting dalam membantu mencapai matlamat untuk
melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran teknikal tinggi untuk memenuhi
keperluan industri negara.

2.7 Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran Di Malaysia

2.7.1 Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan
Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

Pembangunan modal insan yang seimbang dari segi pengetahuan dan kemahiran kerja adalah
amat diperlukan dalam memacu pembangunan negara. Kurikulum Latihan Kemahiran (KLK)
yang berkualiti dan dinamik dapat menjamin kemahiran kebolehkerjaan yang tinggi dan
menepati kehendak industri semasa di Malaysia. Dalam merealisasikan hasrat ini, National
Occupational Skills Standards (NOSS) telah dibangunkan Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK). Namun begitu, sejauh manakah NOSS yang telah dibangunkan dan juga graduan
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) diterima oleh pihak berkepentingan bagi
memenuhi keperluan tenaga kerja mahir/separa mahir negara. Oleh itu, objektif kajian ini
adalah untuk: a) mengenal pasti tahap penerimaan KLK dalam kalangan Pusat Bertauliah,
lndustri dan Agensi Awam; b) mengenal pasti tahap kebolehkerjaan graduan SPKM di

11

industri; dan c) mencadangkan kaedah bagi meningkatkan penerimaan KLK dan
kebolehkerjaan Graduan SPKM.

Bagi mengenal pasti tahap penerimaan KLK, kaedah tinjauan telah dilaksanakan
mengikut enam zon di seluruh Malaysia iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sabah dan
Sarawak. Persampelan melibatkan 1926 responden dari Pusat Bertauliah, Syarikat SLDN,
Malaysian Technical University Network (MTUN), Agensi Awam, dan 416 graduan SPKM
di Syarikat SLDN, Industri dan Agensi Awam. Instrumen Penerimaan KLK telah
dibangunkan berdasarkan kerangka Kurikulum Berasaskan Industri dan merangkumi aspek
pengetahuan, penggunaan KLK, penglibatan dalam pembangunan kurikulum dan bahan
pengajaran dan pembelajaran, jalinan kerjasama dengan industri, menguatkuasa SKM dalam
pengambilan tenaga kerja mahir, pengiktirafan graduan untuk bekerja dan pengiktirafan
untuk melanjutkan pelajaran di MTUN. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu
peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan KLK bagi
aspek pengetahuan adalah tinggi oleh PB, PB SLDN, Syarikat SLDN dan MTUN bagi
domain objektif (M = 4.30, SP= 0.47), domain semakan NOSS (M = 4.34, SP= 0.51), domain
kandungan kurikulum (M = 4.21, SP = 0.38), domain strategi pengajaran (M = 4.34, SP =
0.55), dan domain penilaian (M = 4.36, SP = 0.37). Tahap penerimaan adalah tinggi bagi
aspek penggunaan KLK, penglibatan dalam pembangunan kurikulum dan bahan pengajaran
dan pembelajaran, jalinan kerjasama dengan industri, menguatkuasa SKM dalam
pengambilan tenaga kerja mahir, pengiktirafan graduan untuk bekerja dan pengiktirafan
untuk melanjutkan pelajaran di MTUN oleh institusi latihan dan graduan. Walau
bagaimanapun, dari aspek pembangunan KLK dengan syarikat multi-nasional, tahap
persetujuan adalah pada tahap sederhana oleh PB swasta (M = 3.40, SP = 1.08) dan Syarikat
SLDN (M = 3.44, SP= 1.01).

Untuk mengenal pasti tahap kebolehkerjaan graduan SPKM, kaedah tinjauan telah
dilaksanakan mengikut enam zon di seluruh Malaysia iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan,
Timur, Sabah dan Sarawak. Persampelan melibatkan 416 majikan dan 416 graduan SPKM
dari Syarikat SLDN, Industri dan Agensi Awam. Instrumen Kebolehkerjaan Graduan SPKM:
Perspektif Majikan dan Graduan telah dibangunkan berdasarkan kerangka Secretary's
Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) dan merangkumi aspek tempoh
mendapat pekerjaan, kemahiran teknikal, pengetahuan kerja, kemahiran sosial, kesesuaian
bidang pekerjaan, jawatan yang disandang, dan penerimaan kebolehkerjaan. Data dianalisis

12

menggunakan statistik deskriptif iaitu peratus, min dan sisihan piawai, dan statistik inferensi
iaitu Ujian Normaliti dan Ujian Kruskal-Wallis H. Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan
kemahiran kebolehkerjaan graduan SPKM dari perspektif majikan dan graduan adalah pada
tahap tinggi.

Majikan telah memberikan penilaian yang tinggi kepada kemahiran kebolehkerjaan
kemahiran asas (M = 3.92, SP = 0.51), kemahiran berfikir (M = 3.86, SP = 0.54), kemahiran
pengurusan sumber (M = 3.85, SP = 0.54), kemahiran maklumat (M = 3.77, SP = 0.67),
kemahiran interpersonal (M = 4.07, SP = 0.49), kemahiran sistem dan teknologi (M = 3.78,
SP = 0.61) dan nilai kendiri (M = 4.16, SP = 0.48) terhadap graduan SPKM di Syarikat
SLDN, Industri dan Agensi Awam. Walau bagaimanapun, majikan telah memberikan
penilaian yang sederhana kepada kemahiran keusahawanan (M = 3.45, SP = 0.72). Walaupun
penilaian majikan terhadap kemahiran asas adalah tinggi, dapatan analisa secara spesifik
menunjukkan penilaian majikan adalah sederhana untuk kemahiran menyusun idea dan
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris bagi graduan SPKM di Syarikat SLDN (M = 3.28, SP
= 1.00), Industri (M = 3.19, SP = 0.93), dan Agensi Awam (M = 3.40, SP = 0.75). Penilaian
majikan SLDN adalah sederhana untuk kemahiran menganalisis dan mensintesis graduan
SPKM di Syarikat SLDN (M = 3.73, SP = 0.64). Majikan dari Agensi Awam juga telah
memberikan penilaian yang sederhana untuk kemahiran menganalisis, mensintesis dan
menaakul bagi graduan SPKM dan Agensi Awam (M = 3.74, SP = 0.57; M = 3.61, SP =
0.65). Penilaian majikan dari Syarikat SLDN adalah sederhana untuk kemahiran mengurus
kewangan dan risiko bagi graduan SPKM (M = 3.58, SP = 0.80; M = 3.69, SP = 0.76).
Majikan dari Industri juga telah memberikan penilaian yang sederhana untuk kemahiran
mengurus kewangan bagi graduan SPKM (M = 3.5, SP = 0.80). Majikan dari Syarikat SLDN
memberi penilaian yang sederhana terhadap kemahiran mengumpul dan menilai maklumat
(M = 3.73, SP = 0.73). Majikan dari Syarikat SLDN dan industri memberi penilaian yang
sederhana terhadap kemahiran memantau, memperbaiki prestasi organisasi dan menilai
kesesuaian teknologi (M = 3.65, SP = 0.79; M = 3.70, SP = 0.82; M = 3.70, SP = 0.82).
Majikan dari Syarikat SLDN juga memberikan penilaian yang sederhana kepada kemahiran
menyelesai masalah dengan teknologi (M=3.65, SP = 0.80).

Kesemua majikan di Syarikat SLDN, Industri dan Agensi Awam telah memberikan
penilaian yang sederhana terhadap kesemua kemahiran keusahawanan graduan SPKM. Bagi
mencadangkan kaedah meningkatkan penerimaan KLK dan kebolehkerjaan Graduan SPKM,

13

satu perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion) bersama 20 ahli panel pakar
telah dijalankan. Panel pakar terdiri daripada pihak berkepentingan dalam TVET iaitu Jabatan
Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Manusia, Bahagian Pembangunan Kemahiran
Belia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Tinggi (Kolej Komuniti/
Politeknik/ MARA), Ahli Akademik MTUN dan Industri. Dapatan respon terbuka dari
Instrumen Penerimaan KLK dan Instrumen Kebolehkerjaan Graduan SPKM: Perspektif
Majikan dan Graduan telah ditemakan dan dimasukkan dalam soal selidik fuzzy delphi,
dengan input daripada panel pakar perbincangan kumpulan fokus. Panel pakar telah
menjawab soal selidik ini bagi menentukan tahap keutamaan (ranking) kaedah meningkatkan
penerimaan KLK dan kebolehkerjaan Graduan SPKM. Dapatan kajian menunjukkan tujuh
aspek perlu ditekankan iaitu: a) peralatan, kemudahan dan infrastruktur, b) pembangunan
kurikulum, c) pembangunan NOSS, d) sumber manusia, e) pengiktirafan, f) kewangan, dan g)
peranan JPK. Kerangka penambah baikan KLK dan kebolehkerjaan graduan SPKM yang
dicadangkan adalah berpotensi menjamin kemahiran kebolehkerjaan yang tinggi dan
menepati kehendak industri semasa di Malaysia.

2.7.2 Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Pensijilan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) telah diperkenalkan
bermula dari tahun 1996 dan telah menghasilkan lulusan seramai 152,000 orang sehingga
2017 dalam semua bidang. Namun, sehingga kini tiada kajian yang komprehensif telah
dijalankan ke atas proses dan pelaksanaan pentauliahan secara PPT. Kajian lepas yang telah
dijalankan adalah terhad dari aspek kategori dan saiz sampel, lokasi dan tumpuan kajian.
Oleh itu, kajian yang komprehensif diperlukan bagi menjana maklumat yang lebih
meyakinkan ke arah penambah baikan proses sedia ada. Matlamat utama kajian ini adalah
untuk mengukur pencapaian objektif pensijilan kaedah PPT melalui kesan pensijilan terhadap
pekerja dan majikan; seterusnya menilai proses sedia ada bagi mengenal pasti strategi yang
sesuai untuk tujuan penambah baikan.

Rekabentuk kaedah teradun (mixed-method) telah digunakan yang menggabungkan
pendekatan secara kuantitatif dan kualitatif bagi mencapai matlamat kajian. Fokus kajian
melibatkan tiga sektor yang paling ramai melahirkan lulusan melalui PPT iaitu
Pengangkutan, Hospitaliti & Pelancongan dan Perubatan & Farmaseutikal. Kesan

14

pelaksanaan pensijilan melalui kaedah PPT ditentukan berdasarkan data tinjauan kuantitatif
yang dikumpul daripada pihak pekerja dan majikan. Manakala, strategi penambah baikan
proses ditentukan berdasarkan dapatan daripada analisis dokumen, lawatan penandaarasan
luar negara, tinjauan terhadap pekerja dan majikan serta temubual terhadap 24 orang personel
yang terdiri daripada Pegawai Penilai-PPT (PP-PPT), Pegawai Pengesah Luaran-PPT (PPL-
PPT) dan Penyelaras Pusat Bertauliah-PPT (Penyelaras PB-PPT). Tinjauan melalui soal
selidik melibatkan sampel berjumlah 381 pekerja dan 314 majikan yang diambil daripada tiga
sektor tersebut. Penandaarasan luar negara melibatkan 12 institusi dan 19 orang personel di
Australia. Hasil analisis data pekerja menunjukkan pensijilan melalui kaedah PPT memberi
kesan yang positif terhadap pekerja dalam pelbagai bentuk seperti kenaikan pangkat,
kenaikan gaji dan elaun, perluasan tanggungjawab, serta pemberian ruang kerja yang lebih
selesa. Majikan juga menerima kesan positif daripada pelaksanaan pentauliahan secara PPT
ini apabila pekerja mereka menjadi lebih berkualiti dari aspek kerja dan keperibadian.
Namun, terdapat juga majikan yang menerima kesan negatif daripada persijilan secara PPT
apabila segelintir pekerja mereka bersikap negatif kerana gagal mencapai sasaran peribadi
selepas persijilan. Kesan negatif ini telah diperolehi melalui maklumbalas terbuka daripada
soal selidik majikan. Rajah 2-1 menunjukkan kesan pelaksanaan PPT terhadap majikan dan
graduan.

Penandaarasan di Australia telah berjaya mengenal pasti beberapa amalan terbaik
yang boleh dipertimbangkan dalam usaha menambahbaik proses pensijilan melalui kaedah
PPT sedia ada. Antara amalan terbaik tersebut ialah promosi berkala melalui hari terbuka;
melaksanakan ujian lisan dalam penilaian; melaksanakan ujian amali terhadap calon yang
kurang memuaskan dalam ujian lisan; mewujudkan laman web jabatan berwajib yang mesra
pengguna dan komprehensif termasuk menyediakan maklumat Industrial Training Package
(setara dengan NOSS) yang diberi secara percuma; dan melaksanakan skills assessment
terhadap pekerja luar negara yang ingin mendapat permit kerja di industri tertentu. Temubual
dengan PP-PPT, PPL-PPT dan Penyelaras PB-PPT telah berjaya mengenal pasti 15 tema
berbangkit berkaitan proses pensijilan melalui kaedah PPT iaitu informasi, integriti dan etika,
jurang operasi, kaunseling, kesediaan calon, manfaat PPT, pemantauan, pembiayaan,
personel, promosi dan hebahan, proses pentadbiran, rubrik penilaian, sistem sokongan,
sokongan majikan dan verifikasi. Gabungan kefahaman yang diperoleh dari analisis terhadap
isu-isu berbangkit dan amalan terbaik luar negara telah menjana tiga kategori teras
pelaksanaan terbaik iaitu pemantapan kualiti pentadbiran dan pengiktirafan; persediaan calon,

15

personel dan majikan; serta pelaksanaan dan penilaian. Seterusnya, beberapa strategi telah
dikenal pasti bagi menangani kelemahan proses sedia ada dengan mengambil kira teras
pelaksanaan terbaik dan amalan semasa.

Satu model pelaksanaan pensijilan melalui kaedah PPT yang terbaik dan munasabah
telah dihasilkan yang merangkumi tiga komponen utama iaitu (i) carta alir proses, (ii) teras
pelaksanaan terbaik bersepadu dan (iii) matrik strategi pelaksanaan terbaik. Carta alir
penambah baikan adalah carta alir proses pelaksanaan sedia ada yang dilengkapi maklumat
nod aktiviti yang perlu penambah baikan. Carta alir tersebut merupakan kerangka asas
kepada pelaksanaan proses PPT terbaik dan munasabah. Teras pelaksanaan pula merangkumi
elemen-elemen asas yang diperlukan untuk mewujudkan pelaksanaan PPT terbaik dan
munasabah. Teras pelaksanaan ini harus diberi perhatian dalam pemilihan strategi yang
sesuai.

Cadangan strategi telah dikenal pasti dan disenaraikan di dalam matrik strategi yang
dibangunkan melalui kaedah membuat-keputusan Threats-Opportunities-Weaknesses-
Strengths (TOWS). Integrasi dinamik antara ketiga-tiga komponen tersebut boleh
mewujudkan satu model pelaksanaan pensijilan melalui kaedah PPT yang terbaik dan
munasabah yang mampu memantapkan pelaksanaan proses pensijilan sedia ada. Rumusan
cadangan strategi susulan telah diberikan dalam satu jadual matrik yang mengandungi senarai
tindakan berkaitan dengan faktor yang berkaitan dengan penyingkiran, peningkatan,
pengurangan dan penciptaan (Blue Ocean Strategy). Antara tindakan penyingkiran ialah
menghapuskan perbezaan antara sijil yang diperoleh melalui kaedah PPT dengan kaedah
pembelajaran formal. Manakala, tindakan peningkatan pula adalah penyebaran informasi
mengenai PPT dengan cara yang lebih meluas. Antara tindakan pengurangan ialah
mengehadkan keutamaan yang diberi kepada penggunaan penilaian melalui portfolio. Akhir
sekali, tindakan penciptaan pula adalah mewujudkan peraturan yang spesifik bagi menangani
isu seperti plagiarisme, konflik antara PPL-PPT dengan PP-PPT dan kelemahan dalam proses
penilaian kendiri.

16

NEGARA
Bilangan jumlah pekerja yang mempunyai sijil dan diploma
kemahiran meningkat dan imej negara meningkat (positif)

MAJIKAN
• Terima pekerja mahir dari tempat lain (positif)
• Pekerja mahir meningkat jika pekerja kekal di tempat kerja

(positif)
• Pekerja mahir menurun jika berlaku perpindahan pekerja ke

tempat kerja baru (negatif)

PEKERJA
(Mendapat persijilan melalui PPT

Ada perubahan Tiada perubahan
kerjaya kerjaya

Pindah tempat Kekal di tempat Kekal di tempat
kerja kerja asal kerja asal

Naik Naik Elaun Lebih Manfaat Capai Tiada
pangka gaji tambahan tanggung- lain Kepuasan Kepuasan

t jawab diri diri

Rajah 2-1: Kesan Pelaksanaan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu Kepada Majikan Dan
Graduan PPT

2.8 Kesimpulan

Bab ini telah menyediakan suatu tinjauan berhubung perkara-perkara yang dibincangkan
dalam kajian ini bermula dengan maklumat berkenaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional, Kurikulum Latihan Kemahiran, Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia, Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu dan Rancangan Malaysia
Kesebelas yang membawa kepada pelaksanaan Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran.

17

BAB 3 : METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian. Permulaan bab
menerangkan secara terperinci tentang kaedah yang digunakan semasa menganalisis syor
Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran seperti analisis dokumen dan perbincangan
kumpulan terfokus.

3.2 Kaedah Analisis

Analisis pelaksanaan syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran dilaksanakan dengan
menggunakan pendekatan secara kualitatif dan kuantitatif. Jadual 3-1 menunjukkan kaedah
yang digunakan bagi mencapai objektif analisis.

Jadual 3-1: Kaedah Analisis Pelaksanaan Syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran

Objektif Kaedah

Objektif 1: Apakah tahap pelaksanaan syor kajian 1. Analisis dokumen menggunakan perisian

RMKe-11? NVIVO.

 Pengelasan syor berdasarkan Kluster MPKK. 2. Analisis deskriptif.
 Dapatkan bilangan syor mengikut Kluster 3. Perbincangan kumpulan fokus (FGD)

MPKK.

 Dapatkan status pelaksanaan syor kajian.

Objektif 2: Apakah terdapat syor kajian luaran Analisis data secara kualitatif dan kuantitatif.

yang telah dilaksanakan dan boleh ditambah baik

dan syor kajian yang belum atau tidak boleh

dilaksanakan?

Objektif 3: Apakah cadangan penambah baikan ke Perbincangan pasukan kajian.
atas syor yang telah dilaksanakan tetapi boleh
ditambah baik dan syor kajian yang belum
dilaksanakan?

18

3.3 Analisis Dokumen

Pada amnya, analisis dokumen ialah salah satu kaedah pengumpulan data penyelidikan.
Dalam laporan ini, analisis dokumen dilaksanakan untuk mendapatkan syor Kajian
Pembangunan Latihan Kemahiran yang telah dilaksanakan. Dua laporan kajian yang
dihasilkan daripada Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran adalah laporan Kajian
Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan Graduan Sistem
Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dan laporan Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan
Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian
Terdahulu. Kajian ini dianalisis bagi meneliti syor dan dapatan kajian yang telah dihasilkan.
Analisis dilakukan dengan menggunakan perisian NVIVO. Syor daripada laporan tersebut
dikelaskan kepada enam (6) kluster Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK)
iaitu kerjasama strategik, pembiayaan latihan, peningkatan kualiti latihan, persijilan dan
pengiktirafan, promosi dan tadbir urus.

3.4 Perbincangan Kumpulan Fokus

Temu bual dalam penyelidikan kualitatif terbahagi kepada dua bahagian, iaitu temu bual
mendalam dan perbincangan kumpulan fokus (Focus Group Discussion [FGD]). Temu bual
kumpulan fokus merupakan teknik pengumpulan data yang baik dalam penyelidikan
kualitatif. Kaedah FGD merupakan kaedah kualitatif yang popular. FGD dilaksanakan bagi
mendapatkan penjelasan dan kefahaman lanjut berkenaan status pelaksanaan syor-syor kajian
yang telah diangkat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kajian JPK dan Mesyuarat
Jawatankuasa Pemandu Kajian JPK pada tahun 2019.

Kaedah penyelidikan ini mempunyai kelebihan tersendiri dimana FGD mampu
memberikan data dan pengumpulan data dengan lebih tepat kerana pengkaji dan responden
boleh berbincang agar lebih memahami topik penyelidikan yang dijalankan. FGD juga
mampu menghasilkan pengutipan dan pengumpulan data preliminari atau awalan tentang
sesuatu topik. Justeru, kaedah ini boleh digunakan untuk kajian pilot dan mencari idea yang
akan diselidiki. Selain itu, hasil boleh diperoleh dengan cepat di samping kos yang efektif.
Reka bentuk soalan amat fleksibel dan pengkaji boleh mengadakan perbincangan susulan
dengan meminta ahli kumpulan fokus menjawab soal selidik. Fasilitator yang pakar berupaya
memerhatikan gerak laku responden dan mendapat data tambahan.

19

Perbincangan kumpulan fokus boleh didominasi oleh ahli yang autoritatif atau mana-
mana pihak yang melantik diri sendiri sebagai ketua dan cuba menekankan pendapatnya lalu
mempengaruhi pendapat ahli lain. FGD juga banyak bergantung pada kepakaran fasilitator
kerana ahli kumpulan yang mungkin kurang representatif, berkemungkinan besar akan
tenggelam. Alat rakaman yang digunakan juga berkemungkinan besar boleh menakutkan
responden (Azizah Hamzah, 2010).
3.5 Analisis Data
Data dianalisis dengan menggunakan perisian NVIVO dan data sekunder di analisis
menggunakan perisian SPSS.
3.6 Kesimpulan
Bab ini telah menerangkan kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian. Permulaan bab
menerangkan secara terperinci tentang kaedah yang digunakan semasa menganalisis syor
Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran seperti analisis dokumen dan perbincangan
kumpulan terfokus.

20

BAB 4 : HASIL DAN PERBINCANGAN

4.1 Pendahuluan

Objektif utama bab ini adalah untuk membentangkan hasil analisis yang diperolehi daripada
syor dan status pelaksanaan syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran yang dilaksanakan
dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Bab ini disusun bermula dengan
pengelasan syor dapatan kajian berdasarkan kluster Majlis Pembangunan Kemahiran
Kebangsaan (MPKK), penilaian tahap pelaksanaan syor dapatan berdasarkan kategori yang
ditetapkan dan pemilihan indikator bagi mengukur syor yang telah dilaksanakan.

4.2 Pengelasan syor mengikut kluster MPKK

Sebanyak 87 syor telah dikeluarkan dan dianalisis daripada laporan Kajian Penerimaan
Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia (SPKM). Jadual 4-1 menunjukkan 64 syor dapatan kajian yang
dihasilkan daripada Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap
Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Jadual 4-1: Senarai Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap
Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

BIL SYOR DAPATAN KAJIAN
1 Mewujudkan platform untuk perkongsian peralatan bersama industri (guna sama).
2 Mewujudkan platform untuk perkongsian peralatan bersama PB.
3 Mewujudkan industry-driven platform.
4 Mewujudkan jalinan antara pelatih dengan industri untuk tujuan pendedahan kepada industri.
5 Memastikan peluang pekerjaan pelatih yang berketerampilan dibuka luas.
6 Pertingkatkan jaringan kerjasama tenaga pakar industri dalam sistem latihan.
7 Mewujudkan pengkalan data antara majikan, graduan dan PB.
8 Pertingkatkan penglibatan industri untuk teknologi semasa dalam penggubalan kurikulum.
9 Pembangunan WIM perlu melibatkan pakar industri.
10 Perluaskan konsep training cum production/manufacturing-based training (latihan untuk pengajar
dan pelajar)

21

11 Menjalinkan kerjasama wakil pengajar PB dan industri dalam penggubalan NOSS dan WIM.
12 Menggalakkan kaedah work-based training (SLDN).
13 Mempelbagaikan penggunaan NOSS di industri.
14 Menjalinkan kerjasama dengan industri untuk meningkatkan kebolehkerjaan graduan SKM

berdasarkan NOSS.
15 Melibatkan pakar industri besar dalam pembangunan NOSS.
16 Melibatkan pakar emerging industry dalam pembangunan NOSS.
17 Melibatkan pakar industri multinasional dalam pembangunan NOSS.
18 Menggalakkan program corporate social responsibility (CSR).
19 Menyediakan kemudahan khidmat sokongan pelajar (resource centre).
20 Menambahbaik sistem pendaftaran secara online.
21 Penambah baikan infrastruktur berkaitan dengan latihan.
22 Penambahan akses internet (Wifi).
23 Penambah baikan kemudahan asas untuk pekerja.
24 Mewujudkan peralatan mengikut standard.
25 Penyelarasan objektif pembelajaran di institusi latihan untuk memastikan outcomes pembelajaran

adalah seragam.
26 Penilaian graduan perlu diselaraskan supaya graduan yang dihasilkan mencapai kompetensi yang

ditetapkan dalam NOSS.
27 Menetapkan pegawai pakar untuk penyeliaan pelaksanaan kurikulum.
28 Menggalakkan aktiviti pembelajaran kolaboratif.
29 Memperkenalkan strategi penyelesaian masalah dalam pembelajaran.
30 Penyelarasan tahap kemahiran asas/ teknikal pengajar/ coach.
31 Mewujudkan nisbah peralatan dengan bilangan pelajar (norma dan spesifikasi).
32 Meningkatkan aktiviti lawatan ke indusri.
33 Meningkatkan pemantauan JPK terhadap PB/syarikat SLDN.
34 Peningkatan latihan/kursus kepada pengajar/coach untuk membangunkan kemahiran insaniah dan

teknikal.
35 Membuka laluan peningkatan kerjaya kepada pengajar/coach, terutamanya dalam kenaikan gred.

22

36 Menjalankan industrial attachment kepada pengajar.

37 Memastikan pengajar/coach mempunyai kerja di industri.

38 Menambah bilangan pengajar yang mahir.

39 Membangunkan kompetensi pengajar untuk mengajar golongan kelainan upaya.

40 Peningkatan daya kreativiti pengajar.

41 Tempoh semakan NOSS perlu dipanjangkan dari amalan sedia ada.

42 Tempoh semakan NOSS mengikut keperluan industri.

43 Pembangunan NOSS perlu menepati kehendak industri.

44 Penyelarasan tahap kemahiran asas/teknikal untuk setiap tahap.

45 Mewujudkan standard program bagi bidang TVET.

46 Mewujudkan peluang untuk semua tahap mengikut occupational framework.

47 Menyesuaikan kurikulum mengikut jenis industri iaitu service dan manufacturing.

48 Pembangunan kurikulum yang selari dengan perkembangan industri.

49 Pembangunan WIM perlu selari dengan NOSS.

50 Semakan berkala WIM oleh subject-matter experts.

51 Pembangunan kurikulum latihan yang dipacu oleh industry (industry-driven curriculum).

52 Kurikulum latihan perlu menekankan kepada bidang yang mudah mendapat pekerjaan untuk graduan
.

53 Pembangunan kurikulum latihan yang selari dengan perkembangan industri di masa hadapan (zero
time lapse) seperti manufacturing 4.0.

54 Pembangunan NOSS perlu ada benchmarking dengan negara maju.

55 Penambahan Komponen Kompetensi berikut; Kemahiran usahawan, Kemahiran berbahasa Inggeris,
Kemahiran asas sains/teknikal, Keselamatan tempat kerja, Kemahiran spesifik bidang, Komunikasi
di tempat kerja, Nilai sosial, Berfikir aras tinggi, Pengurusan sumber kemahiran teknologi,
Kemahiran insaniah.

56 Penilaian kurikulum perlu dilaksanakan bersama pakar industri dan PB.

57 Menjadikan Sijil Kemahiran Malaysia diiktiraf di peringkat global

58 Mengubah sistem promosi NOSS dengan melibatkan pakar industri untuk memperluaskan
penggunaan NOSS

59 Sesi ceramah dari pakar industri kepada pelajar

23

60 Mempromosikan kesedaran green technology

61 Merendahkan syarat kemasukan ke institusi latihan

62 Mewujudkan program artikulasi antara JPK dan institusi TVET untuk mewujudkan laluan pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi

63 Menaikkan gaji mengikut kebolehan dan peningkatan prestasi kerja graduan SPKM

64 Mewujudkan laluan kerja multi track (pengiktirafan profesionalisme)

Jadual 4-2 menunjukkan 23 syor dapatan kajian yang dihasilkan daripada Kajian Pelaksanaan
Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Pengiktirafan
Pencapaian Terdahulu.

Jadual 4-2: Senarai Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

BIL SYOR DAPATAN KAJIAN
1 Tingkatkan pembiayaan bagi calon yang memohon pensijilan melalui PPT yang diperoleh daripada
agensi atau kerajaan.
2 Tamatkan tempoh pelantikan PB-PPT yang banyak menimbulkan masalah.

3 Tingkatkan sesi bimbingan terarah secara berkala untuk memastikan peranan, skop tugas dan
tanggungjawab PP-PPT.

4 Tingkatkan penyelarasan di antara semua PB-PPT dan JPK.

5 Tingkatkan penggunaan prosedur bukti keterampilan dalam format e-portfolio secara dalam talian bagi
semua bidang.

6 Kurangkan kes plagiat yang berlaku semasa penyediaan LPKT dengan menggunakan perisian tertentu
seperti Turnitin.

7 Kurangkan borang bercetak dengan memperkenalkan borang secara dalam talian.

8 Mengehadkan keutamaan yang diberi kepada penggunaan penilaian melalui portfolio.

9 Wujudkan peraturan yang spesifik bagi menangani isu seperti plagiat, konflik antara PPL-PPT dengan
PP-PPT dan kelemahan dalam proses penilaian kendiri.

10 Wujudkan zon pemantau yang bersesuaian mengikut bidang.

11 Wujudkan jadual kerja dan tempoh masa penyelesaian sesuatu tugas.

12 Gugurkan pernyataan ‘Penilaian Melalui PPT’ pada cetakan sijil SKM, DKM dan DLKM supaya tiada
perbezaan dengan sijil yang dikeluarkan melalui pembelajaran normal.

13 Tingkatkan kecekapan pelaksanaan pensijilan dengan memendekkan tempoh dari fasa permohonan
hingga fasa pensijilan.

14 Wujudkan sistem permohonan pensijilan secara atas talian.

24

15 Tingkatkan penyebaran informasi dan promosi mengenai PPT dengan cara yang lebih meluas.
16 Tingkatkan laluan kerjaya selepas memiliki SKM, DKM dan DLKM secara PPT.
17 Tingkatkan penguatkuasaan peraturan dan tindakan tata tertib secara bertulis bagi pihak PB-PPT,

personel dan calon yang tidak beretika serta berintegriti.
18 Tingkatkan proses pembayaran elaun agar lebih cepat diterima oleh pihak personel.
19 Bangunkan sistem petunjuk prestasi bagi semua personel yang berdaftar.
20 Perkenalkan akta yang merangkumi peraturan, penguatkuasaan dan tindakan berkaitan pemalsuan

dokumen bagi pelaksanaan pensijilan melalui kaedah pengiktirafan pencapaian terdahulu.
21 Perkenalkan rangkaian keserakan PB-PPT di dalam sesuatu kawasan (negeri/daerah).
22 Wujudkan sistem pembayaran secara atas talian.
23 Wujudkan anugerah kepada calon yang berjaya mengkomersilkan dan paten hasil atau produk daripada

LPKT.

Syor-syor ini kemudian dikelaskan mengikut kluster jawatankuasa Majlis Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan (MPKK) dengan menggunakan perisian NVIVO. Hasil pengelasan
syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran adalah seperti dalam Rajah 4-2.

25

Kajian 2: Kajian Pelaksanaan Terbaik
Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat Melalui Pengiktirafan
Pencapaian Terdahulu

Kajian 1: Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan
Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan Graduan
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

Rajah 4-1: Pengelasan Syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran mengikut kluster
MPKK

Kerjasama Strategik 0 18
Pembiayaan Latihan
Peningkatan Kualiti Latihan 1 10 38
Persijilan & Pengiktirafan 0 8

Promosi 3
Tadbir Urus 1
1

2

5

0 5 10 15 20 25 30 35 40

Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu

Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan Graduan

Rajah 4-2: Syor Kajian Pembangunan Kemahiran di Malaysia mengikut kluster MPKK

26

Kerjasama Strategik 18

Pembiayaan Latihan 0

Peningkatan Kualiti Latihan 38

Persijilan & Pengiktirafan 1

Promosi 2

Tadbir Urus 5

Rajah 4-3: Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan
Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) mengikut kluster MPKK

Syor dapatan Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan
Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) mengikut kluster MPKK adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4-3. Didapati kluster Peningkatan Kualiti Latihan
mempunyai syor tertinggi (38 syor), diikuti kluster Kerjasama Strategik (18 syor) dan kluster
Tadbir Urus (5 syor).

Kerjasama Strategik 0

Pembiayaan Latihan 1

Peningkatan Kualiti Latihan 10
8
Persijilan & Pengiktirafan 3

Promosi 1

Tadbir Urus

Rajah 4-4: Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu mengikut kluster MPKK

27

Syor dapatan Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang
Hayat Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu mengikut kluster MPKK adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 4-4. Didapati kluster Peningkatan Kualiti Latihan mempunyai
syor tertinggi (10 syor), diikuti kluster Tadbir Urus (8 syor) dan kluster Persijilan &
Pengiktirafan (3 syor). Kluster Peningkatan Kualiti Latihan mempunyai bilangan syor
tertinggi dalam kedua-dua kajian. Ini menunjukkan bahawa kluster ini merupakan kluster
terpenting dan perlu diberi perhatian oleh JPK diikuti oleh kluster Kerjasama Strategik dan
Tadbir Urus.

4.3 Tahap Pelaksanaan Syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran

Maklumbalas pelaksanaan syor kajian diperolehi melalui perbincangan kumpulan terfokus
(FGD) bersama wakil-wakil bahagian yang berpengetahuan dalam pelaksanaan aktiviti di
bahagian. Sebanyak 9 bahagian di JPK terlibat dalam FGD iaitu Bahagian Malaysian
Occupational Skills Qualification (MOSQ), Bahagian National Occupational Skills
Standards (NOSS), Bahagian Kerjasama Strategik (BKS), Bahagian Penguatkuasaan dan
Kawalselia (PKS), Bahagian Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Bahagian Project
Monitoring Office (PMO), Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia (KPSM),
Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan (PPP) dan Pusat Latihan Pengajar
dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Maklumbalas yang diterima dianalisis dan dikelaskan
kepada beberapa kategori iaitu syor yang telah dilaksanakan, syor yang telah dilaksanakan
dan perlu ditambah baik dan syor yang belum atau tidak dapat dilaksanakan. Syor yang telah
dilaksanakan adalah merujuk kepada syor-syor kajian yang telah dilaksanakan oleh JPK. Syor
yang telah dilaksanakan dan perlu ditambah baik adalah merujuk kepada syor-syor kajian
yang telah dilaksanakan tetapi masih perlu ditambah baik. Rajah 4-5 menunjukkan
pengelasan status pelaksanaan syor Kajian Pembangunan Kemahiran di Malaysia.

28

8
Belum / tidak dilaksanakan

2

7

Telah dilaksanakan & boleh ditambah baik

44

Telah dilaksanakan 8
18

0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50

Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan Graduan

Rajah 4-5: Status Pelaksanaan Syor Kajian Pembangunan Kemahiran di Malaysia

4.3.1 Tahap pelaksanaan syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran
Terhadap Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
(SPKM).

Senarai status syor pelaksanaan syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran
Terhadap Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) adalah
seperti di Jadual 4-3, 4-4 dan 4-5.

Jadual 4-3: Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap
Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).yang telah

dilaksanakan

BIL SYOR KAJIAN
1 Pertingkatkan penglibatan industri untuk teknologi semasa dalam penggubalan kurikulum.

2 Pembangunan WIM perlu melibatkan pakar industri.

3 Menjalinkan kerjasama dengan industri untuk meningkatkan kebolehkerjaan graduan SKM
berdasarkan NOSS.

4 Melibatkan pakar industri besar dalam pembangunan NOSS.

5 Melibatkan pakar emerging industry dalam pembangunan NOSS.

29

6 Melibatkan pakar industri multinasional dalam pembangunan NOSS.
7 Penilaian kurikulum perlu dilaksanakan bersama pakar industri dan PB.
8 Mewujudkan peluang untuk semua tahap mengikut occupational framework.
9 Mewujudkan standard program bagi bidang TVET.
10 Meningkatkan pemantauan JPK terhadap PB/syarikat SLDN.
11 Mewujudkan nisbah peralatan dengan bilangan pelajar (norma dan spesifikasi).
12 Memperkenalkan strategi penyelesaian masalah dalam pembelajaran.
13 Menetapkan pegawai pakar untuk penyeliaan pelaksanaan kurikulum.
14 Mewujudkan peralatan mengikut standard.
15 Penambah baikan kemudahan asas untuk pekerja.
16 Penambahan akses internet (Wifi).
17 Menyediakan kemudahan khidmat sokongan pelajar (resource centre).
18 Mempromosikan kesedaran green technology.

Jadual 4-4: Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap
Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang telah

dilaksanakan tetapi perlu ditambah baik

BIL SYOR KAJIAN
1 Mewujudkan platform untuk perkongsian peralatan bersama industri (guna sama).
2 Mewujudkan platform untuk perkongsian peralatan bersama PB.
3 Mewujudkan industry-driven platform.
4 Mewujudkan jalinan antara pelatih dengan industri untuk tujuan pendedahan kepada industri.
5 Memastikan peluang pekerjaan pelatih yang berketerampilan dibuka luas.
6 Pertingkatkan jaringan kerjasama tenaga pakar industri dalam sistem latihan.

30

7 Mewujudkan pengkalan data antara majikan, graduan dan PB.

8 Perluaskan konsep training cum production/manufacturing-based training (latihan untuk pengajar dan
pelajar).

9 Menjalinkan kerjasama wakil pengajar PB dan industri dalam penggubalan NOSS dan WIM.

10 Menggalakkan kaedah work-based training (SLDN).

11 Mempelbagaikan penggunaan NOSS di industri.

12 Menggalakkan program corporate social responsibility (CSR).

13 Menambahbaik sistem pendaftaran secara online.

14 Penambah baikan infrastruktur berkaitan dengan latihan.

15 Penyelarasan objektif pembelajaran di institusi latihan untuk memastikan outcomes pembelajaran adalah
seragam.

16 Penilaian graduan perlu diselaraskan supaya graduan yang dihasilkan mencapai kompetensi yang
ditetapkan dalam NOSS.

17 Menggalakkan aktiviti pembelajaran kolaboratif.

18 Penyelarasan tahap kemahiran asas/ teknikal pengajar/ coach.

19 Meningkatkan aktiviti lawatan ke indusri.

20 Peningkatan latihan/kursus kepada pengajar/coach untuk membangunkan kemahiran insaniah dan
teknikal.

21 Menjalankan industrial attachment kepada pengajar.

22 Memastikan pengajar/coach mempunyai kerja di industri.

23 Menambah bilangan pengajar yang mahir.

24 Membangunkan kompetensi pengajar untuk mengajar golongan kelainan upaya.

25 Peningkatan daya kreativiti pengajar.

26 Tempoh semakan NOSS perlu dipanjangkan dari amalan sedia ada.

27 Tempoh semakan NOSS mengikut keperluan industri.

28 Pembangunan NOSS perlu menepati kehendak industri.

31

29 Penyelarasan tahap kemahiran asas/teknikal untuk setiap tahap.

30 Menyesuaikan kurikulum mengikut jenis industri iaitu service dan manufacturing.

31 Pembangunan kurikulum yang selari dengan perkembangan industri.

32 Pembangunan WIM perlu selari dengan NOSS.

33 Semakan berkala WIM oleh subject-matter experts.

34 Pembangunan kurikulum latihan yang dipacu oleh industri (industry-driven curriculum).

35 Kurikulum latihan perlu menekankan kepada bidang yang mudah mendapat pekerjaan untuk graduan.

36 Pembangunan kurikulum latihan yang selari dengan perkembangan industri di masa hadapan (zero time
lapse) seperti manufacturing 4.0.

37 Pembangunan NOSS perlu ada benchmarking dengan negara maju.

38 Penambahan komponen kompetensi berikut: kemahiran usahawan, kemahiran berbahasa inggeris,
kemahiran asas sains/teknikal, keselamatan tempat kerja, kemahiran spesifik bidang, komunikasi di
tempat kerja, nilai sosial, berfikir aras tinggi, pengurusan sumber kemahiran teknologi, kemahiran
insaniah.

39 Menjadikan Sijil Kemahiran Malaysia diiktiraf di peringkat global.

40 Mengubah sistem promosi NOSS dengan melibatkan pakar industri untuk memperluaskan penggunaan
NOSS.

41 Sesi ceramah dari pakar industri kepada pelajar.

42 Merendahkan syarat kemasukan ke institusi latihan.

43 Mewujudkan program artikulasi antara JPK dan institusi TVET untuk mewujudkan laluan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.

44 Mewujudkan laluan kerja multi track (pengiktirafan profesionalisme).

Jadual 4-5: Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap
Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang belum atau

tidak dapat dilaksanakan

BIL SYOR KAJIAN
1 Membuka laluan peningkatan kerjaya kepada pengajar/coach, terutamanya dalam kenaikan gred.
2 Menaikkan gaji mengikut kebolehan dan peningkatan prestasi kerja graduan SPKM.

32

Rajah 4-6 menunjukkan pecahan status pelaksanaan syor Kajian Pembangunan Latihan
Kemahiran di Malaysia bagi Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap
Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Belum/tidak

dilaksanakan, 2 (3%)

Telah
dilaksanakan, 18

(28%)

Telah
dilaksanakan &
perlu ditambah

baik, 44 (69%)

Rajah 4-6: Status Pelaksanaan Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran
Terhadap Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

Didapati, 28% syor telah dilaksanakan, 69% syor telah dilaksanakan tetapi perlu ditambah
baik dan 3% syor belum atau tidak akan dilaksanakan.

4.3.2 Tahap pelaksanaan Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian
Terdahulu (PPT).

Senarai status syor pelaksanaan syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT
adalah seperti di Jadual 4-6, 4-7 dan 4-8.

33

Jadual 4-6: Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) yang telah dilaksanakan

BIL SYOR KAJIAN
1 Tingkatkan pembiayaan bagi calon yang memohon pensijilan melalui PPT yang diperoleh daripada
agensi atau kerajaan.
2 Tamatkan tempoh pelantikan PB-PPT yang banyak menimbulkan masalah.

3 Kurangkan borang bercetak dengan memperkenalkan borang secara dalam talian.

4 Wujudkan jadual kerja dan tempoh masa penyelesaian sesuatu tugas.

5 Wujudkan sistem permohonan pensijilan secara atas talian.

6 Tingkatkan proses pembayaran elaun agar lebih cepat diterima oleh pihak personel.

7 Perkenalkan rangkaian keserakan PB-PPT di dalam sesuatu kawasan (negeri/daerah).

8 Wujudkan sistem pembayaran secara atas talian.

Jadual 4-7: Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) yang telah dilaksanakan tetapi perlu ditambah baik

BIL SYOR KAJIAN
1 Tingkatkan sesi bimbingan terarah secara berkala untuk memastikan peranan, skop tugas dan
tanggungjawab PP-PPT.
2 Tingkatkan penyelarasan di antara semua PB-PPT dan JPK.

3 Menghadkan keutamaan yang diberi kepada penggunaan penilaian melalui portfolio.

4 Tingkatkan kecekapan pelaksanaan pensijilan dengan memendekkan tempoh dari fasa permohonan
hingga fasa pensijilan.

5 Tingkatkan penyebaran informasi dan promosi mengenai PPT dengan cara yang lebih meluas.

6 Tingkatkan laluan kerjaya selepas memiliki SKM, DKM dan DLKM secara PPT.

7 Tingkatkan penguatkuasaan peraturan dan tindakan tata tertib secara bertulis bagi pihak PB-PPT,
personel dan calon yang tidak beretika serta berintegriti.

8 Perkenalkan akta yang merangkumi peraturan, penguatkuasaan dan tindakan berkaitan pemalsuan
dokumen bagi pelaksanaan pensijilan melalui kaedah pengiktirafan pencapaian terdahulu.

Jadual 4-8: Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) yang belum atau tidak dapat dilaksanakan

BIL SYOR KAJIAN
1 Tingkatkan penggunaan prosedur bukti keterampilan dalam format e-portfolio secara dalam talian
bagi semua bidang.
2 Kurangkan kes plagiat yang berlaku semasa penyediaan LPKT dengan menggunakan perisian
tertentu seperti Turnitin.

34

3 Wujudkan peraturan yang spesifik bagi menangani isu seperti plagiat, konflik antara PPL-PPT
dengan PP-PPT dan kelemahan dalam proses penilaian kendiri.

4 Wujudkan zon pemantau yang bersesuaian mengikut bidang.
5 Gugurkan pernyataan ‘Penilaian Melalui PPT’ pada cetakan sijil SKM, DKM dan DLKM supaya tiada

perbezaan dengan sijil yang dikeluarkan melalui pembelajaran normal.
6 Bangunkan sistem petunjuk prestasi bagi semua personel yang berdaftar.
7 Wujudkan anugerah kepada calon yang berjaya mengkomersilkan dan paten hasil atau produk

daripada LPKT.

Rajah 4-7 menunjukkan pecahan status pelaksanaan syor Kajian Pembangunan Kemahiran di
Malaysia bagi Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH)

Belum/tidak Telah
dilaksanakan, 7 dilaksanakan, 8

(30%) (35%)

Telah (35%)
dilaksanakan &
perlu ditambah

baik, 8

Rajah 4-7: Status Pelaksanaan Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Didapati, 35% syor telah dilaksanakan, 35% syor telah dilaksanakan tetapi perlu ditambah
baik dan 30% syor belum atau tidak akan dilaksanakan.

35

4.4 Syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran yang telah dilaksanakan dan
boleh ditambah baik dan syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran yang
belum atau tidak dapat dilaksanakan.

4.4.1 Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan
Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

Berdasarkan kepada perbincangan kumpulan terfokus, terdapat beberapa syor yang
dikategorikan sebagai telah dilaksanakan tetapi perlu ditambah baik telah diteliti dan
digabungkan berdasarkan kepada fungsi sebenar jabatan. Maklumbalas dianalisis dan
cadangan penambah baikan telah dicadangkan. Jadual 4-9 menunjukkan syor kajian yang
telah dilaksanakan, maklumbalas pelaksanaan yang diterima daripada bahagian dan cadangan
penambah baikan.

Jadual 4-9: Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap

Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang telah

dilaksanakan dan perlu ditambah baik

Syor Kajian Maklumbalas Bahagian Cadangan penambah

Pewujudan Industry-driven Kerjasama dengan ILB dan baikan
platform
industri lain dimasukkan Pemantapan dan peluasan
dalam hala tuju ILB (BKS). skop kerjasama JPK-ILB-
PB.

Perkongsian ilmu/ Telah dimasukkan ke dalam Perkara ini perlu
kepakaran/ teknologi di COPTPA (MOSQ) dimasukkan dalam

antara PB dan industri. perancangan strategik
Jalinan kerjasama pelatih – halatuju ILB.

industri (seperti IR4.0)

Pembelajaran kolaboratif Telah dimasukkan ke dalam Pelaksanaan lawatan
bersama industri COPTPA (MOSQ) pemantauan bagi
pengesahan jaminan kualiti

oleh pakar bidang.

Kerjasama industri dalam Inisiatif ini telah Pemilihan dan penglibatan
pembangunan NOSS/WIM. dilaksanakan dan menjadi pakar industri yang diiktiraf

Pelbagaikan penggunaan SOP Bahagian NOSS. dikalangan golongan pakar
NOSS di industri NOSS masih tidak oleh industri masing-masing

digunakan secara di dalam dan luar negara
menyeluruh di industri serta badan professional

(BKS) dalam dan luar negara.

Penyelarasan WIM hendaklah merujuk WIM rujukan dihasilkan

pembelajaran/penilaian di kepada NOSS berkaitan. mengikut program dan
semua pusat latihan Sistem e-QB akan penilaian diselaraskan

dilaksanakan pada RMKe- menggunakan bank soalan
12 (NOSS) penilaian.

36

Infrastruktur yang Telah dimasukkan ke dalam Masih perlu ditambah baik
bersesuaian di pusat COPTPA (MOSQ) di peringkat penyediaan
latihan infrastruktur di pusat latihan
Dalam proses penambah
Sistem atas talian baikan MySpike (PMO) Pemantapan sistem
(pendaftaran, data, MySPIKE secara berterusan
pensijilan dll) mengikut keperluan semasa

Jadual 4-10 menunjukkan syor kajian yang belum atau tidak dapat dilaksanakan,
maklumbalas bahagian dan cadangan penambah baikan bagi pelaksanaan syor tersebut.

Jadual 4-10: Syor Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap

Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang belum atau

tidak dapat dilaksanakan

Syor Kajian Maklumbalas Bahagian Cadangan Penambah

Laluan kerjaya Pengajar awam – Pekeliling baikan
pengajar/coach – perkhidmatan bil 1/2016
Kenaikan pangkat
kenaikan gred/pangkat Pengajar swasta – PPT pengajar/coach swasta
sebagai kaedah bergantung kepada majikan
di industri.
pengiktirafan Kompetensi dan kepakaran
Pelaksanaan kenaikan pengajar termasuk swasta
direkod dan dianalisis
pangkat/ gred di luar skop menggunakan TiPS sebagai
Jabatan (MOSQ) kesinambungan dalam
RMKe-12 bagi
pembangunan kepakaran
dan kerjaya pengajar.

Kenaikan gaji mengikut Sektor swasta – Panduan Kenaikan gaji graduan
prestasi graduan SKM Gaji Permulaan bagi 160 SPKM di sektor swasta

Pekerjaan Terpilih bergantung kepada majikan.
Berasaskan Kemahiran

telah disediakan oleh KSM
pada tahun 2016.

Sektor awam – penetapan
gaji permulaan graduan

SKM/DKM/DLKM sedang
dilaksanakan bersama JPA.

Julat gaji permulaan
graduan SPKM juga telah

dinyatakan di dalam NOSS
sebagai rujukan majikan

(NOSS).

37

4.4.2 Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Berdasarkan kepada perbincangan kumpulan terfokus, terdapat beberapa syor yang
dikategorikan sebagai telah dilaksanakan tetapi masih boleh ditambah baik telah diteliti dan
digabungkan berdasarkan kepada fungsi sebenar jabatan. Maklumbalas dianalisis dan
cadangan penambah baikan telah dicadangkan. Jadual 4-11 menunjukkan syor kajian yang
telah dilaksanakan, maklumbalas pelaksanaan yang diterima daripada bahagian dan cadangan
penambah baikan.

Jadual 4-11: Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran

Sepanjang Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

yang telah dilaksanakan dan boleh ditambah baik

Syor Kajian Maklumbalas Bahagian Cadangan Penambah

Akta dan JPK mempunyai mekanisma baikan
bagi mengambil tindakan
penguatkuasaan terhadap personel/calon PPT Penambah baikan peraturan
peraturan/ tindakan yang tidak berintegriti dan dan garispanduan yang
memalsukan dokumen merangkumi keperluan ini
tatatertib bagi PB/calon (MOSQ). termasuk peraturan
PPT yang tidak pelaksanaan PB dan PPT
yang jelas serta kaedah
beretika dan kelulusan perlu diperhalusi
berintegriti dan dokumentasi disimpan
bagi memudahkan kerja-
kerja penguatkuasaan.

Singkatkan tempoh Penggunaan MySpike Pemantapan sistem

dari fasa mohon dijangkakan dapat MySPIKE secara berterusan
kepada pensijilan PPT meningkatkan kecekapan mengikut keperluan semasa.

penyampaian SPKM secara
keseluruhannya (MOSQ).

Penyelarasan semua Taklimat penyelarasan PB-PPT Pemantapan proses
PB-PPT diadakan setiap tahun penyelarasan dan sistem

mengikut zon mulai tahun pemantauan oleh Bahagian
2015 sehingga sekarang MOSQ dan P&KS.

(MOSQ).

Bimbingan berkala – Taklimat penyelarasan PP-PPT Pemantapan penyelarasan
peranan/ skop tugas/ dan PPL-PPT dilaksanakan dan sistem pemantauan oleh
tanggungjawab PP- sepanjang tahun bagi Bahagian MOSQ dan
PPT pemantapan peranan personel CIAST bagi pemantapan
PPT (MOSQ). profesionalisme PP-PPT
Tingkatkan
penyebaran informasi/ Promosi PPT di industri Melaksanakan hebahan dan
promosi PPT dengan dilaksanakan oleh BKS (BKS). promosi melalui kaedah
lebih meluas yang lebih berkesan.

38

Tingkatkan laluan Telah dimasukkan dalam Prestasi graduan SPKM
halatuju ILB (BKS). melalui latihan yang
kerjaya graduan DKM/ berkualiti dipertingkatkan
DLKM secara PPT
dan melibatkan KSM bagi
perancangan dan
pelaksanaan dasar berkaitan
kerjaya dan gaji graduan
TVET.

Jadual 4-12 menunjukkan syor kajian yang belum atau tidak dapat dilaksanakan,
maklumbalas bahagian dan cadangan penambah baikan bagi pelaksanaan syor tersebut.

Jadual 4-12: Syor Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran

Sepanjang Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang belum atau

tidak dapat dilaksanakan

Syor Kajian Maklumbalas Bahagian Cadangan Penambah

Sistem petunjuk prestasi Sistem petunjuk prestasi baikan
personel PPT berdaftar boleh dibuat melalui sistem
MySPIKE oleh bahagian Bangunkan Sistem petunjuk
MOSQ (CIAST) prestasi bagi personel PPT
yang berdaftar.

Tingkatkan penggunaan Di dalam perancangan Tingkatkan kapasiti
e-portfolio secara online untuk dilaksanakan, MySPIKE selari dengan
bagi semua bidang bergantung kepada kapasiti keperluan penggunaan e-
MySpike (MOSQ). portfolio.
Hapuskan kes plagiat Perkenalkan sistem tapisan
dengan menggunakan Penilaian Laporan ketulenan dokumen LPKT
perisian (cth: Turnitin) Pengalaman Keterampilan yang lebih efektif.
Terdahulu (LPKT)
Wujudkan zon pemantau dilaksanakan oleh PP dan Perkenalkan zon pemantau
yang sesuai mengikut PPL dan keaslian laporan yang bersesuaian mengikut
bidang diambil kira (MOSQ). bidang.

Dalam perancangan untuk
dilaksanakan (MOSQ).

Gugurkan penyataan Tiada keperluan untuk Sediakan kertas cadangan
“Penilaian melalui PPT” gugurkan (MOSQ). dan dibentang dalam
pada sijil Mesyuarat Jawatankuasa
Belum dilaksanakan Penyelarasan Dasar.
Anugerahkan calon yang (MOSQ).
berjaya Anugerah diperkenalkan
komersialkan/paten bagi menggalakkan
hasil/produk daripada penglibatan calon
LPKT

39

4.5 Indikator Pencapaian Pelaksanaan Syor Kajian Pembangunan Latihan
Kemahiran

Bagi menilai pencapaian terhadap syor-syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran yang
telah dilaksanakan, penyelidik telah mendapatkan dan menganalisis data daripada Kajian
Tahap Penerimaan Industri Terhadap SPKM yang telah dijalankan oleh pasukan kajian
dalaman JPK pada tahun 2019. Sebanyak 500 borang maklum balas telah diedar dan
sebanyak 387 responden yang terdiri daripada pegawai pengurusan sumber manusia atau
pengurusan latihan syarikat, agensi dan persatuan yang bernaung di bawah Industry Lead
Body (ILB) telah memberi maklum balas.

248

Jenis Syarikat Responden

56
41 42

GLC Kerajaan/ MNC SME
Badan Berkanun

Rajah 4-8: Jenis Syarikat Responden

40

Tempoh Beroperasi Syarikat Responden

Kurang dari 5
tahun
9%

Lebih dari 15 5-15 tahun
tahun 38%
53%

Rajah 4-9: Tempoh Beroperasi Syarikat Responden

Rajah 4-8 dan Rajah 4-9 menunjukkan jenis syarikat responden dan tempoh
beroperasi syarikat responden. Didapati 248 (64%) responden adalah dari syarikat perusahaan
kecil dan sederhana diikuti 56 (14%) responden daripada agensi awam atau badan berkanun
dan masing-masing 42 (11%) dan 41 (11%) responden daripada syarikat multi-nasional dan
government linked company. 53% syarikat responden telah beroperasi lebih dari 15 tahun,
38% beroperasi antara 5 hingga 15 tahun manakala sebanyak 9% syarikat responden
beroperasi kurang dari 5 tahun.

Bagi membentuk petunjuk pencapaian pelaksanaan syor Kajian Pembangunan Latihan
Kemahiran, data daripada Kajian Tahap Penerimaan Industri Terhadap SPKM diteliti dan
item yang membentuk dua konstruk iaitu konstruk kebolehan graduan SPKM bekerja dan
konstruk penerimaan SPKM dihitung semula. Data yang dianalisis merupakan data berskala
likert 1 hingga 5 iaitu dari sangat tidak setuju kepada sangat setuju. Skala Likert adalah skala
yang digunakan untuk mengukur persepsi, sikap atau pendapat seseorang atau kelompok
mengenai sebuah peristiwa atau fenomena sosial. Interpretasi skor min adalah sangat tinggi
(min 4.55-5), tinggi (min 3.45-4.44), sederhana (min 2.45-3.44), rendah (1.45-2.44) dan
sangat rendah (min 1-1.44) (Sarrafzadeh et. al., 2010).

41


Click to View FlipBook Version