Jadual 4-13: Skor Min Kebolehan Graduan SPKM Bekerja
KEBOLEHAN GRADUAN SPKM BEKERJA MIN
3.86
Graduan SPKM mempunyai kompetensi teknikal yang sesuai dengan 3.78
keperluan syarikat saya 3.75
Graduan SPKM telah memberi sumbangan dalam meningkatkan 3.77
produktiviti syarikat 3.87
4.04
Graduan SPKM memiliki tahap professional yang tinggi
3.78
Graduan SPKM menunjukkan sikap yang positif dalam melaksanakan 3.85
tugas.
Graduan SPKM mempunyai kemahiran yang sesuai dengan keperluan
syarikat saya
Syarikat saya menyedari bahawa graduan SPKM berkeupayaan memenuhi
keperluan tenaga mahir syarikat.
Graduan SPKM telah memberi sumbangan dalam meningkatkan imej
syarikat
Skor min bagi konstruk
4% 4% 32%
27%
KEBOLEHAN
GRADUAN SPKM
BEKERJA DARI
PERSPEKTIF MAJIKAN
33%
Sangat Tinggi Tinggi Sederhana Rendah Sangat Rendah
Rajah 4-10: Tahap Kebolehan Graduan SPKM Bekerja (Perspektif majikan)
Berdasarkan kepada Jadual 4-13 dan Rajah 4-10, didapati bahawa 65% majikan sangat setuju
dan bersetuju bahawa kebolehan graduan SPKM melakukan kerja adalah tinggi (skor min-
3.85).
42
Jadual 4-14: Skor Min Penerimaan SPKM oleh Industri MIN
PENERIMAAN SPKM 3.70
Syarikat saya telah mengakses maklumat/panduan berkaitan SPKM melalui laman web 3.66
Jabatan. 3.58
Syarikat saya pernah memiliki dan menggunapakai NOSS. 3.69
Syarikat saya memohon untuk menjadi Pusat Bertauliah SLDN. 3.33
Syarikat saya memohon persijilan pekerja melalui PPT. 3.77
Syarikat saya pernah mengadakan perbincangan dengan pihak JPK SLDN 3.81
3.49
Wakil syarikat saya telah menghadiri kursus Induksi SLDN/PP-PPD 3.30
3.92
Kandungan dokumen NOSS adalah sesuai dengan keperluan operasi industri syarikat saya 3.65
Wakil syarikat saya pernah menghadiri sesi taklimat SPKM
Syarikat saya pernah menyenarai pendek graduan SPKM untuk dipanggil temuduga
Konsep SLDN sesuai dilaksanakan di syarikat saya.
Skor min bagi konstruk
13% 40%
10%
17%
20%
Sangat Tinggi Tinggi Sederhana Rendah Sangat Rendah
Rajah 4-11: Tahap Penerimaan SPKM Oleh Industri
Berdasarkan kepada Jadual 4-14 dan Rajah 4-11, didapati bahawa 60% majikan sangat setuju
dan bersetuju bahawa penerimaan industri terhadap SPKM adalah tinggi (skor min- 3.65).
43
Perbandingan pencapaian sebelum dan selepas pelaksanaan syor terhadap dua konstruk ini
tidak dapat dilakukan kerana limitasi data sebelum pelaksanaan syor dilakukan sama ada
disebabkan item-item konstruk yang berbeza atau populasi responden yang berbeza.
4.6 Kesimpulan
Bab ini telah menjelaskan langkah-langkah yang telah dilaksanakan dalam menganalisis data.
Analisis data dimulai dengan pengelasan syor mengikut kluster Majlis Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan, diikuti dengan status pelaksanaan syor dan penilaian pencapaian
pelaksanaan syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran. Analisis ini dapat mengenalpasti
kluster syor yang terpenting dalam Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran, status
pelaksanaan syor agar syor-syor kajian diberi perhatian dan dipertimbangkan sebagai langkah
penambah baikan berterusan. Akhirnya data sekunder yang bersesuaian dipilih dan dijadikan
sebagai indikator bagi pelaksanaan syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran.
44
BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
Tujuan bab ini adalah untuk membincangkan hasil dapatan, cadangan penambah baikan dan
sumbangan kajian. Perbincangan terhadap hasil dapatan analisis berkisar kepada objektif
kajian ini dijalankan. Bab ini memberikan rumusan terhadap analisis yang telah dijalankan
serta cadangan penambah baikan.
5.2 Rumusan Kajian
Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran di Malaysia telah dilaksanakan pada tahun 2016
dan 2018. Sebanyak dua Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran Di Malaysia telah
dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan pembangunan sebanyak RM1 juta. Tujuan
kajian tersebut dilaksanakan adalah untuk menyokong aspirasi negara iaitu untuk memenuhi
keperluan tenaga mahir negara yang memenuhi kehendak industri. Sebanyak 87 syor telah
dihasilkan daripada kajian tersebut. Syor-syor tersebut telah dianalisis dan dibentangkan
untuk pelaksanaan JPK pada tahun 2019. Didapati kluster Peningkatan Kualiti Latihan
mempunyai bilangan syor tertinggi. Unit Penyelidikan, Bahagian Perancangan, Penyelidikan
dan Pembangunan telah diberi tanggungjawab untuk menilai tahap pelaksanaan syor kajian
luaran di JPK bagi memastikan semua syor diambil kira bagi menambah baik pelaksanaan
latihan kemahiran.
Bagi Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan
Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM), sebanyak 64 syor telah dihasilkan.
Didapati, 28% syor telah dilaksanakan, 69% syor telah dilaksanakan tetapi perlu ditambah
baik dan 3% syor belum atau tidak dapat dilaksanakan. Antara penambah baikan yang boleh
dilakukan adalah memantapkan dan memperluaskan sistem atas talian JPK (MySPIKE)
berdasarkan keperluan semasa, menambahbaik hubungan dengan industri melalui
pemantapan dan perluasan skop kerjasama ILB-JPK-PB, memasukkan perkara seperti
perkongsian ilmu/kepakaran/teknologi antara PB dan industri ke dalam perancangan strategik
hala tuju ILB, mengadakan lawatan pemantauan PB bersama wakil industri, penglibatan
pakar industri yang diiktiraf dalam pembangunan WIM/NOSS dan menambah baik
insfrastruktur di pusat latihan.
45
Bagi Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) sebanyak 23 syor telah
dihasilkan. Didapati, 35% syor telah dilaksanakan, 35% syor telah dilaksanakan tetapi perlu
ditambah baik dan 30% syor belum atau tidak dapat dilaksanakan. Penambah baikan yang
boleh dilaksanakan adalah penambah baikan peraturan dan garis panduan yang merangkumi
keperluan ini termasuk peraturan pelaksanaan PB dan PPT yang jelas serta kaedah kelulusan
perlu diperhalusi dan dokumentasi disimpan bagi memudahkan kerja-kerja penguatkuasaan,
pemantapan proses pemantauan dan penyelarasan, hebahan dan promosi yang lebih berkesan,
membangunkan sistem petunjuk prestasi personel PPT yang berdaftar, tapisan LPKT yang
lebih efektif, memberi anugerah kepada calon yang berjaya komersialkan/paten hasil/produk
daripada LPKT serta menggugurkan nama kaedah penilaian di dalam Sijil Kemahiran
Malaysia.
Berdasarkan kepada analisis pelaksanaan syor Kajian Pembangunan Latihan
Kemahiran, Jadual 5-1 menunjukkan cadangan tindakan yang perlu diambil oleh Jabatan.
Jadual 5-1: Cadangan Tindakan Mengikut Bahagian JPK
Perkara Cadangan Bahagian
1. Memantapkan dan memperluaskan skop kerjasama BKS
JPK-ILB-INDUSTRI-PB. MOSQ/PKS
2. Industri-driven platform – perancangan, NOSS
pelaksanaan dan impaknya? PMO
3. Pelaksanaan pembelajaran secara kolaboratif
bersama industri.
4. Kepatuhan terhadap infrastruktur lengkap di PB.
5. Perkenalkan anugerah bagi menghargai
calon/pelatih yang paten/komersial/terbitkan
produk atau artikel.
6. Menghapuskan aktiviti plagiat dalam LPKT serta
penguatkuasaan yang wajar ke atasnya.
7. Penyelarasan kurikulum dan penilaian di semua PB
di bawah pelbagai agensi.
8. Memantapkan penglibatan pakar industri yang
diiktiraf oleh golongan pakar serta badan
professional dalam dan luar negara.
9. Pendaftaran, persijilan, portfolio secara atas talian
sepenuhnya.
10. Sistem petunjuk prestasi personel/ zon pemantau
bagi SPKM mengikut bidang kepakaran.
11. Memantapkan pelaksanaan hebahan dan promosi
TVET secara lebih berkesan.
46
12. Perancangan berkaitan kerjaya dan gaji graduan PPP
TVET melalui platform MPKK.
13. Pemantauan terhadap setiap tindakan yang diambil
oleh bahagian terlibat bagi setiap syor kajian.
Dari aspek pelaksanaan kajian, terdapat beberapa isu timbul terhadap syor yang
dihasilkan melalui Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran di Malaysia antaranya ialah syor
yang diberi tidak jelas, terdapat syor yang telah dilaksanakan sebelum kajian dilakukan dan
syor juga di luar bidang kuasa JPK. Oleh itu, dicadangkan agar penambah baikan terhadap
kriteria syor dalam terma rujukan kajian dijelaskan agar syor yang optima dapat dihasilkan
melalui kajian serta memastikan kajian tersebut dapat mencapai objektif dan matlamat utama
pembangunan latihan kemahiran di Malaysia. Antara kriteria yang dicadangkan adalah
justifikasi syor yang jelas, syor hendaklah spesifik kepada fungsi dan boleh dilaksanakan di
peringkat Jabatan dan pilot test hendaklah dilakukan terhadap model pelaksanaan baharu
yang dicadangkan dalam kajian (jika ada).
5.3 Limitasi
Perbandingan kesan (sebelum dan selepas) pelaksanaan syor kajian terhadap kebolehan
graduan SPKM dalam melakukan kerja dan penerimaan SPKM oleh industri tidak dapat
dilakukan disebabkan oleh ketiadaan data awalan yang bersesuaian.
47
5.4 Cadangan
Data dan instrumen Kajian Tahap Penerimaan Industri Terhadap SPKM yang telah
dilaksanakan oleh JPK pada tahun 2019 dicadangkan menjadi asas pengukuran kesan
pelaksanan syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran di Malaysia. Pengukuran kesan
pelaksanaan syor kajian ini perlu dibuat secara berkala bagi menilai keberkesanaan
pelaksanaan syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran.
Kriteria syor kajian hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam terma rujukan kajian JPK
agar setiap syor yang dihasilkan adalah bermanfaat kepada jabatan supaya penambah baikan
secara berterusan dalam pelaksanaan latihan kemahiran dapat dilaksanakan dan seterusnya
dapat meningkatkan kualiti graduan SPKM serta meningkatkan kebolehan graduan bekerja
dan memenuhi kehendak industri.
5.5 Kesimpulan
Secara keseluruhannya syor Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran di Malaysia
adalah tertumpu kepada dua kluster MPKK iaitu kerjasama strategik bersama industri dan
peningkatan kualiti latihan. Bagi kluster kerjasama strategik, dalam memantapkan
penerimaan SPKM, agensi dan pusat bertauliah perlu memantapkan mekanisma kolaborasi
bersama industri dengan lebih fokus kepada supply-demand dan perkongsian kepakaran dan
teknologi terkini serta mekanisma pemantauan. Penguatkuasaan terhadap pelaksanaan SPKM
perlu diperhalusi dan diperketatkan. Bagi kluster peningkatan kualiti latihan, pemantapan
pelaksanaan proses pentauliahan dan persijilan seperti penggunaan sistem atas talian dan
penyelarasan kurikulum dan penilaian. Pemberian anugerah bagi calon yang berjaya paten
atau komersil atau terbitkan hasil projek diploma juga boleh dilaksanakan sebagai
pengiktirafan kepada graduan. Selain itu juga, perancangan berkaitan kerjaya dan gaji
graduan SPKM dibincangkan melalui platform MPKK bagi meningkatkan laluan kerjaya
graduan SPKM. Kriteria syor juga hendaklah ditambah baik dalam terma rujukan
pelaksanaan kajian Jabatan agar syor yang dihasilkan adalah optimum dan memenuhi aspirasi
negara dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran.
48
SUMBANGAN
Analisis ini telah memberi maklumat kepada pihak pengurusan JPK mengenai tahap
pelaksanaan syor dapatan Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran di Malaysia melalui
projek Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran di Malaysia. Analisis ini juga dapat
memastikan syor dapatan kajian mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya oleh
Jabatan dalam menambah baik pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
agar kebolehan graduan dalam melakukan kerja dan penerimaan industri terhadap SPKM
dapat ditingkatkan. Penelitian terhadap syor juga dapat membantu Jabatan dalam menambah
baik kriteria syor kajian di dalam terma rujukan kajian Jabatan.
49
SENARAI RUJUKAN
Alausa, Y. A. (2004). Continuous Assessment in our schools: Advantages and problems.
Kolin Foundation Arandis, Namibia.
Bennett, N., Dunne, E., & Carre, C. (2000). Skills development in higher education and
employment. Buckingham: SRHE & Open University Press.
Black, P. W. (1998). Assessment and classroom learning. Educational Assessment:
Principles, Policy and Practice, 7-74.
Bloom, B. (1969). Some theoretical issues relating to educational evaluation. In R.W. Taylor
(Ed.). In Educational evaluation: New roles, new meand: The 68th yearbook of the
National Society for the Study of Evaluation, Part I (pp. 26-50).
Brenbaum M, Breuer K, Cascallar E, Dochy F, Dori Y, Ridgeway J, Wiesemes R. (2010). A
Learning Integrated Assessment System . European Association for Research on
Learning and Instruction.
Clarke, M. (2007). Where to from here? Evaluating employability during career transition.
Journal of Management & Organization. https://doi.org/10.1017/s1833367200003692.
Coll C, Rochera M, Mayordomo RM, Naranjo M. (2007). Continuous assessment and
support dor learning: An experience in educational innovation with ICT support in
higher education. Electronic Journal of Research in Educational Psychology, 5(3), 783-
804.
Combrinck,M & Hatch, M. (2012). Students' Experiences of a Continuous Assessment
Approach at a Higher Education Institution. J Soc Scie, 33 (1), 81-89.
JPK. (2007). Panduan Dan Peraturan-Peraturan Pentauliahan Persijilan Kemahiran
Malaysia 2007 - Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian.
50
JPK. (2009). Laporan Kajian Keberkesanan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) di
Industri.
JPK. (2012). Sijil Kemahiran Malaysia: Gerbang Kerjaya Anda.
JPK. (2014). Kajian Keberkesanan Sistem Penilaian Akhir Latihan Kemahiran Pusat
Bertaliah (PB) di Bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Dalam Program
Automotif dan Elektrik Berdasarkan kepada Laporan Verifikasi Pegawai Pengesah
Luaran (PPL).
JPK. (2017). Laporan Kajian Penerimaan Kurikulum Terhadap Kebolehkerjaan Graduan
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
JPK. (2017). Laporan Statistik JPK Disember 2017.
JPK. (2018). Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu.
JPK. (2015). Laporan Statistik JPK Disember 2015.
Kemahiran, J. P. (2017). Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap
Kebolehkerjaan Graduan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
Lopez D, Herrero J R, Pajuelo A. (2007). A Proposal for COntinuous Assessment at Low
Cost. Frontiers in Education in Milwaukee, Wisconsin.
Lynch, R. (2000). High School Career and Technical Education for the First Decade of the
21st Century. Journal of Vocational Education Research.
McGonigal, K. (2004). Getting more "Teaching" out of "Testing" and "Grading".
Minghat, A. D., & Yasin, R. M. (2010). A sustainable framework for Technical and
Vocational education in Malaysia. In Procedia - Social and Behavioral Sciences.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.12.312
51
Robinson, S., & Garton, B. (2008). An Assessment of the Employability Skills Needed By
Graduates in the College of Agriculture, Food and Natural Resources at the University
of Missouri. Journal of Agricultural Education. https://doi.org/10.5032/jae.2008.04096
Scriven, M. (1967). The methodology of evaluation. Perspectives of curriculum evaluation,
Volume I (pp. 39-83).
Tissot, P. (2004). Terminalogy of vocational training policy; A multilingual glossary for an
enlarged Europe. Luxembourg: Office for Official Publications of the European
Communities.
Trotter, E. (2002). Assessment Crisis; The absence of assessment for learning. Phi Delta
Kappan, pp. 758-765.
Unit Perancang Ekonomi. (2015). Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020). Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Zinser, R. (2003). Developing career and employability skills: A US case study. Education +
Training. https://doi.org/10.1108/00400910310499974
52
LAMPIRAN
PENGELASAN SYOR DAPATAN KAJIAN PEMBANGUNAN LATIHAN KEMAHIRAN MENGIKUT KLUSTER
MPKK
Skop 1: Kajian Penerimaan kurikulum Latihan Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan Graduan Sistem
Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
KLUSTER KERJASAMA STRATEGIK
1 Melibatkan pakar emerging industry dalam pembangunan NOSS.
2 Melibatkan pakar industri besar dalam pembangunan NOSS.
3 Melibatkan pakar industri multinasional dalam pembangunan NOSS.
4 Memastikan peluang pekerjaan pelatih yang berketerampilan dibuka luas.
5 Mempelbagaikan penggunaan NOSS di industri.
6 Menggalakkan kaedah work-based training (SLDN).
7 Menggalakkan program corporate social responsibility (CSR).
8 Menjalinkan kerjasama dengan industri untuk meningkatkan kebolehkerjaan graduan SKM
berdasarkan NOSS.
9 Menjalinkan kerjasama wakil pengajar PB dan industri dalam penggubalan NOSS dan WIM.
10 Mewujudkan industry-driven platform.
11 Mewujudkan jalinan antara pelatih dengan industri untuk tujuan pendedahan kepada industri.
12 Mewujudkan pengkalan data antara majikan, graduan dan PB.
13 Mewujudkan platform untuk perkongsian peralatan bersama industri (guna sama).
14 Mewujudkan platform untuk perkongsian peralatan bersama PB.
15 Pembangunan WIM perlu melibatkan pakar industri.
16 Perluaskan konsep training cum production/manufacturing-based training (latihan untuk pengajar
dan pelajar).
17 Pertingkatkan jaringan kerjasama tenaga pakar industri dalam sistem latihan.
18 Pertingkatkan penglibatan industri untuk teknologi semasa dalam penggubalan kurikulum.
KLUSTER PENINGKATAN KUALITI LATIHAN TVET
1 Kurikulum latihan perlu menekankan kepada bidang yang mudah mendapat pekerjaan untuk
graduan - peringkat PB.
2 Memastikan pengajar/coach mempunyai kerja di industri.
3 Membangunkan kompetensi pengajar untuk mengajar golongan kelainan upaya.
4 Membuka laluan peningkatan kerjaya kepada pengajar/coach, terutamanya dalam kenaikan gred.
5 Memperkenalkan strategi penyelesaian masalah dalam pembelajaran
6 Menambah bilangan pengajar yang mahir.
7 Menambahbaik sistem pendaftaran secara online.
8 Menetapkan pegawai pakar untuk penyeliaan pelaksanaan kurikulum.
9 Menggalakkan aktiviti pembelajaran kolaboratif.
10 Meningkatkan aktiviti lawatan ke industri.
11 Meningkatkan pemantauan JPK terhadap PB/syarikat SLDN.
12 Menjalankan industrial attachment kepada pengajar.
13 Menyediakan kemudahan khidmat sokongan pelajar (resource centre)
14 Menyesuaikan kurikulum mengikut jenis industri iaitu service dan manufacturing.
15 Mewujudkan nisbah peralatan dengan bilangan pelajar (norma dan spesifikasi).
16 Mewujudkan peluang untuk semua tahap mengikut occupational framework.
17 Mewujudkan peralatan mengikut standard.
18 Mewujudkan standard program bagi bidang TVET.
19 Pembangunan kurikulum latihan yang dipacu oleh industri (industry-driven curriculum).
53
KLUSTER PENINGKATAN KUALITI LATIHAN TVET
20 Pembangunan kurikulum latihan yang selari dengan perkembangan industri di masa hadapan
(zero time lapse) seperti manufacturing 4.0.
21 Pembangunan kurikulum yang selari dengan perkembangan industri.
22 Pembangunan NOSS perlu ada benchmarking dengan negara maju.
23 Pembangunan NOSS perlu menepati kehendak industri.
24 Pembangunan WIM perlu selari dengan NOSS.
25 Penambahan akses internet (Wifi).
26 Penambahan Komponen Kompetensi berikut;
- Kemahiran usahawan
- Kemahiran berbahasa Inggeris
- Kemahiran asas sains/teknikal
- Keselamatan tempat kerja
- Kemahiran spesifik bidang
- Komunikasi di tempat kerja
- Nilai sosial
- Berfikir aras tinggi
- Pengurusan sumber kemahiran teknologi
- Kemahiran insaniah
27 Penambahbaikan infrastruktur berkaitan dengan latihan.
28 Penambahbaikan kemudahan asas untuk pekerja.
29 Penilaian graduan perlu diselaraskan supaya graduan yang dihasilkan mencapai kompetensi yang
ditetapkan dalam NOSS.
30 Penilaian kurikulum perlu dilaksanakan bersama pakar industri dan PB.
31 Peningkatan daya kreativiti pengajar.
32 Peningkatan latihan/kursus kepada pengajar/coach untuk membangunkan kemahiran insaniah
dan teknikal.
33 Penyelarasan objektif pembelajaran di institusi latihan untuk memastikan outcomes pembelajaran
adalah seragam.
34 Penyelarasan tahap kemahiran asas/ teknikal pengajar/ coach.
35 Penyelarasan tahap kemahiran asas/teknikal untuk setiap tahap.
36 Semakan berkala WIM oleh subject-matter experts.
37 Tempoh semakan NOSS mengikut keperluan industri.
38 Tempoh semakan NOSS perlu dipanjangkan dari amalan sedia ada.
KLUSTER PERSIJILAN DAN PENGIKTIRAFAN
1 Menjadikan Sijil Kemahiran Malaysia diiktiraf di peringkat global.
KLUSTER PROMOSI
1 Mengubah sistem promosi NOSS dengan melibatkan pakar industri untuk memperluaskan
penggunaan NOSS.
2 Sesi ceramah dari pakar industri kepada pelajar.
KLUSTER TADBIR URUS TVET
1 Melibatkan HR managers untuk penggunaan NOSS (standard practice) yang lebih meluas.
2 Menaikkan gaji mengikut kebolehan dan peningkatan prestasi kerja graduan SPKM.
3 Merendahkan syarat kemasukan ke institusi latihan.
4 Mewujudkan laluan kerja multi track (pengiktirafan profesionalisme).
5 Mewujudkan program artikulasi antara JPK dan institusi TVET untuk mewujudkan laluan pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi.
54
PENGELASAN SYOR DAPATAN KAJIAN PEMBANGUNAN LATIHAN KEMAHIRAN MENGIKUT KLUSTER
MPKK
Skop 2: Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
Melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
KLUSTER PEMBIAYAAN LATIHAN
1 Tingkatkan pembiayaan bagi calon yang memohon pensijilan melalui PPT yang diperoleh
daripada agensi atau kerajaan.
KLUSTER PENINGKATAN KUALITI LATIHAN TVET
1 Kurangkan borang bercetak dengan memperkenalkan borang secara dalam talian.
2 Kurangkan kes plagiat yang berlaku semasa penyediaan LPKT dengan menggunakan perisian
tertentu seperti Turnitin.
3 Menghadkan keutamaan yang diberi kepada penggunaan penilaian melalui portfolio.
4 Tamatkan tempoh pelantikan PB-PPT yang banyak menimbulkan masalah.
5 Tingkatkan penggunaan prosedur bukti keterampilan dalam format e-portfolio secara dalam
talian bagi semua bidang.
6 Tingkatkan penyelarasan di antara semua PB-PPT dan JPK.
7 Tingkatkan sesi bimbingan terarah secara berkala untuk memastikan peranan, skop tugas dan
tanggungjawab PP-PPT.
8 Wujudkan jadual kerja dan tempoh masa penyelesaian sesuatu tugas.
9 Wujudkan peraturan yang spesifik bagi menangani isu seperti plagiat, konflik antara PPL-PPT
dengan PP-PPT dan kelemahan dalam proses penilaian kendiri.
10 Wujudkan zon pemantau yang bersesuaian mengikut bidang.
PERSIJILAN DAN PENGIKTIRAFAN
1 Gugurkan pernyataan ‘Penilaian Melalui PPT’ pada cetakan sijil SKM, DKM dan DLKM supaya
tiada perbezaan dengan sijil yang dikeluarkan melalui pembelajaran normal.
2 Tingkatkan kecekapan pelaksanaan pensijilan dengan memendekkan tempoh dari fasa
permohonan hingga fasa pensijilan.
3 Wujudkan sistem permohonan pensijilan secara atas talian.
PROMOSI
1 Tingkatkan penyebaran informasi dan promosi mengenai PPT dengan cara yang lebih meluas.
TADBIR URUS TVET
1 Bangunkan sistem petunjuk prestasi bagi semua personel yang berdaftar.
2 Perkenalkan akta yang merangkumi peraturan, penguatkuasaan dan tindakan berkaitan
pemalsuan dokumen bagi pelaksanaan pensijilan melalui kaedah pengiktirafan pencapaian
terdahulu.
3 Perkenalkan rangkaian keserakan PB-PPT di dalam sesuatu kawasan (negeri/daerah).
4 Tingkatkan laluan kerjaya selepas memiliki SKM, DKM dan DLKM secara PPT.
5 Tingkatkan penguatkuasaan peraturan dan tindakan tata tertib secara bertulis bagi pihak PB-PPT,
personel dan calon yang tidak beretika serta berintegriti.
6 Tingkatkan proses pembayaran elaun agar lebih cepat diterima oleh pihak personel.
7 Wujudkan anugerah kepada calon yang berjaya mengkomersilkan dan paten hasil atau produk
daripada LPKT.
8 Wujudkan sistem pembayaran secara atas talian.
55