The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Fazilah Noor Din, 2023-11-24 09:34:29

Mini Showcase Amalan Terbaik Praktikum T3S1 IPG Kampus Perlis

SINOPSIS AMALAN TERBAIK PRAKTIKUM FASA 1

M I N I S H O W C A S E S I N O P S I S I N O V A S I P E R K O N G S I A N A M A L A N T E R B A I K P R A K T I K U M F A S A 1 PISMP TAHUN 3 SEMESTER 1 IPG KAMPUS PERLIS


SINOPSIS SAIDINA PERMAINAN TRADISIONAL ‘Irdina Binti Shariful Anuar Fenomena dunia teknologi telah menjadi asbab penghasilan inovasi Saidina Permainan Tradisional. Hal ini kerana, anak murid di SJK (c) Hwa Aik telah dibesarkan di kawasan bandar. Maka, mereka lebih serasi dengan gadget daripada permainan dahulu kala. Saya ingin membuka mata murid mengenai dunia permainan yang lebih menyeronokkan daripada gadget tersebut. Hal ini seiring dengan isu yang telah saya kenal pasti dalam kelas 3 Qin iaitu isu membaca. Saya mendapati bahawa murid-murid ini sukar membaca perkataan-perkataan baharu. Hal ini menunjukkan mereka tidak mempunyai pengetahuan perbendaharan kata yang luas. Kebanyakkan murid perlu mengulang satu perkataan banyak kali untuk memastikan sebutannya jelas dan betul. Walaupun mereka mampu membaca, namun mereka tidak memahami apa yang dibaca. Oleh hal demikian, Saidina Permainan Tradisional ini bertujuan menguji pemahaman murid mengenai apa yang dibaca. Malahan, murid juga dapat menambah kosa kata yang baharu. Di samping itu, cara penggunaan inovasi saya adalah murid perlu melempar dadu digital untuk mengerakkan magnet bagi kumpulan masing-masing. Apabila magnet tersebut berada di mana-mana perkataan, murid perlu meneka gambar bagi perkataan tersebut. Misalnya, magnet kumpulan itu jatuh pada perkataan ‘congkak’, jadi murid perlu mencari gambar congkak. Seterusnya, kumpulan itu perlu menterbalikkan gambar tersebut dan membaca pernyataan mengenai permainan tersebut. Akhir sekali, kelebihan bahan inovasi saya adalah dapat menarik minat murid yang kurang minat membaca. Hal ini kerana, pelajar pemulihan yang mencuba permainan ini sangat teruja untuk meneka gambar berdasarkan kotak perkataan yang kumpulannya telah duduki. Secara tidak langsung, apabila berjaya meneka, mereka juga bersemangat untuk memahami dan membaca pernyataan yang diberi. Malahan, bahan inovasi saya melibatkan semua murid kerana semasa permainan berjalan, tiada murid yang ketinggalan dan masing-masing berpeluang untuk bermain dan belajar bersama-sama bagi mengenali kosa kata baharu. Kata kunci: gadget, permainan tradisional, kosa kata, pemahaman, penglibatan murid.


MMI Mari Membaca Ahmad Basri bin Mohd Akbal Multimedia Interaktif (MMI) Mari Membaca merupakan bahan bantu mengajar yang memanfaatkan Power Point sebagai medium pembelajaran berkumpulan. MMI ini memupuk semangat membaca dalam kumpulan serta menerapkan kemahiran membaca dengan intonasi dan gaya yang sesuai mengikut tanda baca yang terkandung di dalam petikan yang digunakan. Pembelajaran secara berkumpulan dengan menggunakan MMI ini memupuk minat murid murid pada masa sama meningkatkan kemahiran membaca murid. Idea menghasilkan MMI ini tercetus kerana terdapat segelintir murid sahaja yang cekap dalam membaca dan bercerita. Hal ini menyebabkan kesukaran bagi saya melakukan pentaksiran secara lisan kerana penguasaan kemahiran lisan yang lemah dalam kalangan murid. Oleh itu saya menghasilkan satu MMI Mari membaca bagi membantu murid menguasai kemahiran lisan, membaca dan bercerita secara berkumpulan. MMI Mari Membaca merupakan kumpulan beberapa PowerPoint yang terdiri daripada nota dan permainan dalam talian yang membina kemahiran berbahasa murid.Kekuatan inovasi ini ialah mampu digunakan oleh murid di luar bilik darjah sesuai dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Kata Kunci : Membaca jambatan ilmu, kemahiran membaca, kemahiran lisan


INOVASI KOTAK 4 BENUA Disediakan Oleh: Aina Yusrin Binti Mohd Borhan Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Kamus Dewan Edisi Keempat pula mendefinisikan perkataan “inovasi” sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem dan lain-lain. Semasa menjalani sesi PdP Bahasa Melayu di dalam kelas 4 Harapan, saya mendapati beberapa orang murid masih tidak dapat membina ayat sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk dengan betul. Walaupun sudah diterangkan berkali-kali, terdapat beberapa orang murid yang masih sukar untuk membina ayat menggunakan subjek dan predikat dengan betul. Oleh itu, saya telah merancang untuk menghasilkan satu inovasi yang boleh meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat menggunakan subjek dan predikat yang betul. Jadi, inovasi yang telah saya hasilkan untuk meningkatkan kemahiran murid membina ayat dinamakan sebagai Kotak 4 Benua. Projek inovasi Kotak 4 Benua yang telah saya hasilkan adalah satu bahan maujud yang boleh disentuh, dipegang dan dilihat. Di dalam kotak ini terdapat 4 bahagian yang mengandungi maklumat tentang binaan subjek dan predikat. Pada bahagian pertama terdapat contoh ayat yang mengandungi subjek dan predikat. Pada bahagian kedua dan ketiga pula terdapat permainan lekat dan padan untuk mengenali subjek dan predikat. Pada bahagian keempat pula terdapat papan putih kecil yang membolehkan murid membina dan menulis contoh ayat berdasarkan pemahaman mereka. Jadi, dengan menggunakan Kotak 4 Benua ini, murid-murid lebih mudah memahami penggunaan subjek dan predikat kerana mereka boleh belajar sambil bermain. Secara tidak langsung mereka dapat memahami penggunaan subjek dan predikat dalam ayat dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan gramatis. Jadi, dapat dilihat keberkesanan penggunaan inovasi ini apabila semua murid berjaya membina ayat dengan betul dan tepat. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan guru berjaya mencipta satu inovasi yang dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat dengan betul. Kata kunci: Kotak 4 Benua, subjek, predikat, ayat tunggal, ayat majmuk


INOVASI MASIH INGAT SAYA ALEXIS LIEW WEN JIE Inovasi Masih Ingat Saya merupakan satu bahan bantu belajar (BBB) yang dihasilkan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam perbendaharaan kata. Melalui permainan Masih Ingat Saya, murid-murid boleh menambah kosa kata dan mengenali definisi perkataan tersebut. Inovasi tersebut dihasilkan adalah kerana saya mendapati bahawa terdapat beberapa murid Tahun 3 menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata dalam subjek Bahasa Melayu. Mereka tidak mengenali dan memahami perkataan yang sepatutnya telah dipelajari semasa Tahun 1 dan 2. Inovasi yang telah saya hasilkan ini adalah untuk membantu murid tersebut menghafal, mengingat dan memahami 36 perkataan yang mudah melalui permainan Masih Ingat Saya yang bersifat board game. Murid-murid boleh menggunakan bahan tersebut secara individu atau kumpulan. Murid-murid akan diberikan masa sepanjang 2-5 minit (mengikut tahap murid) untuk membaca dan menghafal 36 perkataan dan maksudnya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Seterusnya, murid membaling dadu dan menggerakkan catur mengikut kotak-kotak atas peta. Murid mencari kad perkataan berdasarkan gambar dalam kotak. Murid meletakkan kad perkataan tersebut atas gambar dan meneruskan permainan sehingga sampai di penamat. Sekiranya murid menggerakkan catur sampai di kotak cabut kad bertuah, murid perlu mencabut satu kad bertuah dan mengikut arahan atas kad tersebut. Permainan tersebut perlu dilaksanakan di bawah bimbingan guru. Selepas beberapa kali pelaksanaan permainan tersebut, murid-murid boleh bermain permainan ini tanpa bimbingan guru. Masih Ingat Saya merupakan satu BBB yang senang dihasilkan oleh para guru dengan kos yang rendah. Murid-murid boleh belajar kosa kata dan definisi kosa kata melalui permainan yang dapat menarik perhatian/merangsang minat mereka. Murid-murid tidak akan berasa bosan sekiranya berbanding dengan pembelajaran secara tradisional. Melalui pelaksanaan permainan tersebut di dalam kelas saya, murid-murid yang terlibat dalam permainan tersebut mempunyai kemajuan dari segi perbendaharaan kata mereka. Kata kunci: perbendaharaan kata, menarik perhatian, board game, mengingat, memahami


INOVASI SISIK IKAN TEMENUNG Disediakan Oleh: Che Muhammad Firdaus Bin Che Mohd Azmi Inovasi ialah proses pengubahsuaian bahan-bahan sedia ada atau pun penambahbaikan sesuatu bahan dan bukanlah menghasilkan sesuatu yang belum pernah ada sebelum daripada itu (Lednor, 2019). Sisik Ikan Temenung adalah Inovasi yang diilhamkan daripada persekitaran Kuala Perlis yang terkenal dengan makanan laut. Pengkaji menggunakan bahan ini adalah untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap PdP yang kebanyakkannya berlatarbelakangkan sebagai anak nelayan. Inovasi Sisik Ikan Temenung ini tercetus apabila berlaku isu-isu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara isu atau masalah yang dikenal pasti, ialah murid berasa bosan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan buku teks dan lembaran kerja semata-mata, tiada aktiviti yang melibatkan psikomotor murid dan murid kurang berfikir secara kreatif dan kritis. Maka terhasillah inovasi Kepala Ikan Tememenung yang menggabungkan idea daripada aplikasi Jamboard, Peta i-Think PAK-21, dan aplikasi Paint. Tujuannya supaya murid dapat berfikir secara kritis, mencatat maklumat dalam bentuk peta i-Think, memaksimumkan aktiviti psikomotor dalam PdP dan menyerlahkan kreativiti murid. Dalam aktiviti ini, murid akan diedarkan sekeping pinggan kertas yang dipotong separuhg dengan label merah atau biru. Guru seterusnya membahagikan papan putih kepada dua bahagian dengan menampal kepada dan ekor ikan berwarna merah dan biru. Murid dikehendaki mencatat maklumat berkaitan isi pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang seperti mencari perkataan salah dan membuat pembetulan, mencatat maklumat yang dijumpai dalam teks helaian, berfikir dan mencatat berdasarkan gambar dan lain-lain lagi. Murid seterusnya dikehendaki menampal pinggan kertas yang berfungsi sebagai sisik ikan menggunakan takcit pada papan putih sehingga membentuk Ikan Temenung yang sempurna. Aktiviti diakhiri dengan murid melukis panorama Ikan Temenung di bawah laut secara kreatif dan bersesuaian dengan isi pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan inovasi ini terbukti apabila murid kelihatan seronok, dapat menjawab soalan yang ditanya, dan mahu bermain aktiviti yang menggunakan inovasi tersebut. Kata kunci: Sisik Ikan Temenung, berfikir, mencatat, melukis


SINOPSIS PENGIMBAS KESALAHAN Chin Chia Wen Inovasi Pengimbas Kesalahan merupakan satu inovasi yang dihasilkan sebagai bahan bantu belajar kepada murid-murid tahap 1. Bahan inovasi ini dinamakan Pengimbas Kesalahan kerana terdapat kad penanda yang boleh digerak untuk mencari kesalahan tanda baca serta papan sebagai ruangan untuk memasukkan kepingan ayat yang perlu disemak kesalahannya. Inovasi Pengimbas Kesalahan ini dihasilkan untuk mengatasi isu murid dalam kesalahan tanda baca. Saya mendapati bahawa kebanyakkan murid masih belum menguasai penggunaan tanda baca dengan betul. Murid-murid selalunya menulis huruf kecil pada huruf pertama dalam sesuatu ayat serta tidak menulis tanda noktah pada akhir ayat. Oleh itu, Inovasi ini dihasilkan untuk murid-murid mempelajari cara mengedit kesalahan tanda baca dalam sesuatu ayat. Cara penggunaannya ialah murid perlu memasukkan sekeping kepingan ayat yang perlu diedit dalam papan. Kemudian, murid akan mencari kesalahan tanda baca dalam ayat tersebut dengan menggunakan kad penanda tanda baca. Kad penanda tersebut akan mengeditkan kesalahan tanda baca dalam ayat dan murid perlu menyalin semula ayat yang telah diedit dalam kertas jawapan yang disediakan. Jadi, inovasi ini dapat membantu murid untuk mencari, mengedit, dan mengingat kesalahan tanda baca yang perlu dititikberatkan dalam penulisan ayat. Melalui inovasi ini, pemahaman murid terhadap penggunaan tanda baca dapat ditingkatkan. Bukan itu sahaja, murid-murid juga akan lebih tertarik dengan bahan bantu belajar maujud yang boleh disentuh dan dipegang oleh murid. Kata Kunci: Mengedit, tanda baca, bahan maujud


INOVASI TANGKAP SATU PATUNG Disediakan Oleh : Chong Wai Kit Tangkap Satu Patung merupakan satu bahan bantu mengajar (BBM) untuk membantu murid untuk menguasai serta memperkukuhkan lagi penguasaan murid terhadap ejaan. Saya mendapat idea untuk menghasilkan inovasi ini apabila saya telah mendapati bahawa penguasaan murid terhadap ejaan oleh murid-murid di SJK(C) Choon Siew kurang memberangsangkan ketika sesi PdP berlangsung. Saya mendapat idea untuk menghasilkan inovasi ini apabila saya telah mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid Tahun 1 Pintar yang masih lagi tidak dapat menguasai atau mengenali ejaan dengan baik. Dengan melaksanakan projek inovasi ini, murid-murid dapat mengingati dan mengenali kesemua ejaan yang dipelajari dengan betul. Tangkap Satu Patung menggunakan pendekatan bermain sambil belajar. Bagi melaksanakan aktiviti pengajaran menggunakan projek inovasi Tangkap Satu Patung, guru akan menayangkan permaninan projek inovasi ini dengan menggunakan projektor. Setiap soalan yang dirancang dalam projek inovasi akan mengandungi satu gambar dan dua pilihan jawapan. Murid perlu melihat gambar dan memikirkan perkataan untuk gambar tersebut dengan ejaan yang betul. Seterusnya, murid akan dipilih secara rawak untuk menekan pilihan jawapan yang betul. Sekiranya jawapan yang dipilih betul, patung yang dipilih akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam lubang. Sekiranya jawapan yang dipilih salah, patung yang dipilih tidak akan ditangkap. Tangkap Satu Patung merupakan satu bahan bantu mengajar (BBM) yang senang dihasilkan oleh. Hal ini demikian kerana BBM ini adalah dalam bentuk digital dan guru tidak perlu membuat belanjawan dalam menghasilkan BBM ini. Seterunsya, Tangkap Satu Patung ini dapat menjimatkan masa dan tenaga guru. Bukan itu sahaja, projek inovasi ini juga dapat menarik minat murid untuk belajar tentang ejaan. Kata kunci: Berfikir, ejaan, bahan digital


INOVASI ROKET BOTOL CHOONG CHUN KEAT Bahan inovasi yang dihasilkan dinamakan sebagai “Roket Botol”. Bahan inovasi tersebut adalah inovasi produk daripada botol air dan juga plasticine. Bahan inovasi ini dihasilkan bagi melatih teknik merejam semasa kelas Pendidikan Jasmani. Dalam nada yang serupa, bahan inovasi ini dihasilkan untuk menggantikan peralatan sukan iaitu lembing. Masalah yang dihadapai untuk menginovasikan produk tersebut ialah memudahkan murid untuk mempraktikkan dan menguasai teknik asas merejam tanpa menggunakan lembing. Selain itu, sekolah juga tidak mempunyai lembing yang mencukupi untuk setiap murid. Bahan inovasi ini digunakan seperti teknik merejam lembing. Bahan inovasi tersebut terdapat tiga kelebihan iaitu mudah dihasilkan, kos murah dan selamat digunakan. Untuk menghasilkan bahan inovasi tersebut, botol air diperlukan dan plasticine akan diletakkan pada bahagian kepala botol untuk menambahkan berat. Dengan ini, Roket Botol dapat digunakan sebagai lembing untuk mempraktikkan teknik merejam. Bahan inovasi ini juga selamat digunakan dan tidak akan mencederakan murid-murid. Kata Kunci: Roket Botol, Merejam, Lembing, Selamat, Mudah Dihasilkan


INOVASI TAMPAL-TAMPAL Disediakan oleh: Chu Min Hui Projek inovasi yang dihasilkan ini merupakan bahan untuk membantu murid untuk menguasai serta memperkukuhkan lagi penguasaan murid terhadap tatabahasa. Saya mendapat idea untuk menghasilkan inovasi ini apabila saya telah mendapati murid Tahun 2 di SJK(C) Sin Min lebih suka bergerak berbanding daripada belajar atau mendengar pengajaran daripada guru secara pasif. Oleh itu, saya telah memilih untuk menghasilkan satu projek inovasi yang sesuai dengan tahap daan kemampuan murid-murid iaitu “Tampaltampal” yang bertumpukan pada tajuk kata perintah. Projek inovasi ini dikhususkan untuk murid Tahun 2. Saya memilih projek ini kerana saya mendapati 7 orang murid Tahun 2 yang masih lagi tidak dapat menguasai atau mengenali kata perintah dengan baik. Dengan melaksanakan projek inovasi ini, saya berharap mereka dapat mengingati dan mengenali kata perintah yang dipelajari. Jika diperhatikan dari segi pengajaran guru, guru sering menggunakan kaedah tradisional iaitu “chalk and talk” yang melibatkan guru menulis perkataan serta maknanya di papan putih dan kemudian mengarahkan muridnya untuk menyalin apa yang ditulis oleh guru dalam buku latihan. Keadaan ini menyebabkan suasana di bilik darjah menjadi bosan dan komunikasi yang berlaku di antara guru dan murid hanyalah dalam bentuk sehala. Oleh itu, murid akan kurang memberi perhatian kepada pengajaran guru tersebut kerana mereka tidak dapat merasai keseronokan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kata kunci: kata perintah, permintaan, tampal-tampal


INOVASI ‘KATA ADJEKTIF PANCAINDERA’ Fathimatuzzahra’ Binti Mohd Zabidon Kata Adjektif Pancaindera ini terbahagi kepada lima jenis iaitu pancaindera pandang, rasa, dengar, bau dan sentuh. Topik ini dipilih kerana pelbagai kaedah, strategi dan teknik dapat diaplikasikan menggunakan inovasi berdasarkan topik ini. Tambahan pula, inovasi ini dihasilkan dengan mengambil kira isu yang telah berlaku semasa saya melaksanakan PdPc di dalam kelas iaitu murid-murid sukar untuk memahami sesuatu topik pembelajaran yang mengandungi lebih daripada dua subtopik kecil seperti Kata Adjektif Pancaindera ini. Malahan murid-murid juga sukar mengenal pasti subtopik yang diberikan dengan betul seperti pancaindera pandang disebut sebagai pancaindera mata. Dalam pada itu, kelas yang diajar turut mempunyai dua orang murid pemulihan dan inovasi ini secara tidak lansung dapat memberikan kafahaman yang lebih jitu kerana semua murid diberikan peluang untuk menjawab soalan yang dipaparkan di slaid Powerpoint ‘Kata Adjektif Pancaindera’ ini. Hal ini bermaksud, inovasi yang dihasilkan ini turut mengambil kira kepelbagaian tahap pembelajaran murid yang terdiri daripada pengayaan, sederhana dan pemulihan. Terdapat lima jenis permainan yang terdapat dalam inovasi ini iaitu, Nyanyian Lagu Kata Adjektif Pancaindera, Soalan Objektif, Teka Gambar dan Bina Ayat (pengayaan), Kad Ajaib (pemulihan dan sederhana) dan soalan pengukuhan menggunakan aplikasi Wordwall. Inovasi yang dihasilkan ini sememangnya dapat membantu murid-murid untuk lebih memahami topik ‘Kata Adjektif Pancaindera’ ini dan berpusatkan murid kerana memerlukan penglibatan murid yang aktif. Tambahan pula, inovasi yang berteraskan multimedia interaktif ini mempunyai unsur didik hibur dan mempunyai suara latar belakang yang dapat menarik minat murid-murid untuk kekal fokus sepanjang PdPc dilaksanakan. Inovasi yang dihasilkan menggunakan aplikasi Powerpoint ini tidak memudahkan guru juga kerana sesiapa sahaja dapat mengakses multimedia interaktif ini di mana-mana tanpa menggunakan talian Internet.


‘SAHABAT SAYA’ Habilah Begam binti Abu Bakar Sahabat saya adalah satu inovasi yang telah saya hasilkan bagi menangani konflik yang telah dihadapi semasa mengajar murid tahun 2 di SK Bohor Mali. Murid tahun 2 yang saya mengajar terdiri daripada murid pemulihan iaitu seramai 18 orang. Murid yang aktif dan mencapai TP 5 dalam ketiga-tiga kemahiran bahasa Melayu hanya seorang sahaja. Maka bagi melaksanakan sesi PdP yang memerlukan tahap pemikiran dan penjanaan idea yang tinggi, saya semestinya perlu menghasilkan sesuatu bahan yang boleh merangsang tahap kognitif murid yang pelbagai aras. Murid memerlukan daya tarikan sebagai dorongan dan saluran untuk mereka bertutur. Sahabat saya dibina sebagai satu alternatif bagi membantu guru dalam proses PdP dalam menyelesaikan masalah murid yang lemah dalam bertutur dan menyampaikan idea. Sahabat saya boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran yang memerlukan pembinaan ayat terutamanya ketika melibatkan murid yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi atau mempunyai tahap kognitif yang rendah. Contohnya, aktiviti membina ayat. Inovasi ini juga sesuai digunakan dalam proses menarik minat murid yang bermasalah dari segi komunikasi kerana saya menggunakan unsur visual sebagai tunjang bagi penjanaan idea dan mendorong murid untuk menyampaikan idea. Penghasilan inovasi ini tidak memerlukan kos yang tinggi hanya kertas A4, kotak, mesin ‘laminate’, mesin pencetak, batang aiskrim dan pelekat ‘volcro’. Sahabat saya merupakan gambar murid yang mempunyai lencana nama, tangan dan kaki yang boleh digerakkan serta tangan yang berupaya memegang bahan seperti sikat, botol, dan sebagainya. Jadi, bagi memudahkan murid untuk menjana idea guru akan lekatkan lencana nama pada sahabat saya dan menyelitkan barangan yang dilekat pada batang aiskrim. Apabila guru menggerakkan sahabat saya dengan elemen yang ditambah, murid ketahui untuk membina ayat berdasarkan aksi tersebut. Pada masa yang sama guru dapat memberi gambaran jelas kepada murid tentang subjek dan juga predikat. Kelebihan inovasi ini ialah murid mudah untuk intepretasi mesej dan memberikan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Inovasi ini juga dapat memudahkan murid memahami subjek dan predikat dengan lebih cepat berbanding ‘chalk and talk’. Kata Kunci: Menjana idea, Komunikasi, Visual


SINOPSIS INOVASI GALERI SEJARAH ARTSTEP Irdina Amira Binti Haffizzul Inovasi Galeri Sejarah Artstep menggunakan konsep pembelajaran sejarah seperti penjelajahan galeri sebenar secara maya. Hal ini demikian kerana, galeri yang telah dihasilkan adalah menggunakan aplikasi digital. Inovasi ini bertujuan untuk membantu sesi pengajaran dan pembelajaran guru menjadi lebih efektif dan berkesan. Inovasi ini juga dapat membantu pembelajaran kendiri murid sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran bersama guru tidak dapat dijalankan. Galeri ini juga boleh ditambah baik dari semasa ke semasa bagi membolehkan guru menambah bahan pada galeri tersebut. Guru juga boleh memberi lembaran kerja kepada murid dan meminta murid untuk mengakses galeri tersebut bagi mendapatkan jawapan. Murid hanya perlu mengakses pautan yang diberi oleh guru untuk mengeksplorasi galeri sejarah yang telah dihasilkan.Sebelum inovasi ini dihasilkan, saya mengalami beberapa isu bagi sesi pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah iaitu saya mendapati bahawa murid-murid kurang berminat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menggunakan buku teks. Saya juga melihat reaksi murid seakan-akan bosan semasa sesi PdP sejarah berlangsung. Selain itu, terdapat juga isu seperti kekangan masa iaitu saya tidak dapat masuk ke dalam kelas kerana terlalu banyak program yang dijalankan semasa sesi PdP sejarah untuk kelas yang diajar oleh saya.Terdapat beberapa kelebihan yang terdapat pada inovasi yang dihasilkan ini. Antaranya termasuklah ia dapat menarik minat murid kerana sesi pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan luar dari kebiasaan selain itu, ia juga boleh diakses dan digunakan pada bila-bila masa. Inovasi ini juga daoat membantu murid membuat pembelajaran kendiri sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran bersama guru tidak dapat dijalankan. Kelebihan inovasi ini juga adalah ia tidak menggunakan kos yang tinggi. Akhir sekali, galeri yang dihasilkan ini membolehkan murid belajar melalui aktiviti jelajah galeri seperti galeri sebenar. Kata kunci: kekangan masa, digital, galeri, eksplorasi, pembelajaran kendiri


SINOPSIS MARI BELAJAR KATA SENDI Disediakan Oleh: Joanne Wong Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), inovasi bermakna sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah dan sistem. Inovasi juga merupakan pembaharuan iaitu hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan produktiviti. Inovasi dalam pendidikan telah memperkembangkan strategi pengajaran inovatif. Inovasi dalam pendidikan adalah penting kerana murid-murid dapat berdaya saing untuk menghadapi cabaran dunia selaras dengan perkembangan pesat Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sesetengah murid mudah hilang fokus semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) berlangsung kerana kaedah penerangan yang digunakan oleh guru menimbulkan kebosanan dan kurang menarik minat murid-murid. Perkara ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai topik kata sendi nama dengan sepenuhnya. Oleh itu, inovasi yang bernama Mari Belajar Kata Sendi – Hutan Kata Sendi telah dihasilkan untuk menarik minat murid-murid belajar semasa PdPC. Inovasi ini merangkumi nota dan latihan dalam bentuk multimedia interaktif. Berdasarkan inovasi ini, murid-murid dikehendaki membantu Cony mendapat kata laluan kunci untuk pulang ke rumah. Murid-murid dapat menggunakan inovasi ini berdasarkan hyperlink dan arahan yang telah diselitkan. Kelebihan inovasi ini ialah dapat menarik perhatian murid-murid supaya sentiasa fokus semasa PdPC dengan adanya unsur interaktif seperti teks, animasi watak kartun, audio dan jalan cerita yang menarik. Inovasi ini juga menggalakkan pembelajaran visual dengan adanya latar belakang yang berwarna-warni dan watak kartun yang comel. Plot cerita juga menarik minat murid-murid tentang apa yang akan berlaku seterusnya. Inovasi ini menggalakkan pendekatan berpusatkan murid selaras dengan PAK21 kerana murid dapat melibatkan diri secara aktif. Mereka dapat berinteraksi dengan watak kartun comel dan berpeluang untuk meneroka, mencuba dan mencari penyelesaian secara kritis. Maka, murid-murid dapat menguasai kata sendi nama dengan sepenuhnya dalam suasana yang menyeronokkan. Kata Kunci: Hutan kata sendi, multimedia interaktif, visual, watak kartun, menyeronokkan


SINOPSIS ULAR AYAT Lim Jun Yao Ular ayat merupakan satu inovasi yang telah saya cipta setelah saya mendapati murid sukar untuk memahami aspek tatabahasa dari segi pembinaan ayat majmuk. Saya difahamkan bahawa kebanyakkan murid dalam kelas tersebut tidak mempunyai penguasaan yang kukuh dalam bahasa Melayu dan terdapat sebanyak lima orang murid merupakan murid kelas pemulihan. Oleh itu, ular ayat telah dihasilkan untuk membantu murid memahami konsep dan cara pembinaan ayat majmuk melalui kaedah bermain sambil belajar. Sebelum menghasilkan ular ayat, beberapa isu telah saya ketengahkan iaitu murid mudah berasa tercicir kerana penguasaan mereka terhadap kosa kata bahasa Melayu masih berada pada tahap yang rendah. Melalui ular ayat ini, murid telah dijelaskan konsep pembinaan ayat majmuk berdasarkan konsep permainan ular tamak, iaitu melibatkan seekor ular yang tamak yang telah menelan telur ular yang lain di samping menelan ular tersebut. Bahagian ular yang telah ditelan yang mempunyai persamaan dengan ular yang menelan akan dihadam manakala bahagian yang berbeza akan menjadi sebahagian daripada ular tersebut sehingga menyebabkan ular tersebut menjadi panjang. Ular ayat ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran kepada guru untuk memudahkan pemahaman murid, malah murid juga boleh diberi peluang untuk merasai cara pembinaan ayat majmuk menerusi ular ayat tersebut. Kata kunci: aspek tatabahasa, ayat majmuk, bahan pengajaran, memudahkan pemahaman


PAPAN WIRA KEBANGSAAN Mohamad Firdaus Bin Arifuddin Penghasilan inovasi di dalam pendidikan merupakan sebuah perkara prima yang mampu menjadi wadah dalam keberkesanan proses Pengajaran dan Pemudahcaraan yang berselaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia lantas mampu mencapai objektif pembelajaran itu sendiri. Inovasi yang telah dihasilkan ialah bertajuk “Papan Wira Kebangsaan”. Inovasi ini dihasilkan bagi tajuk atlet kebangsaan negara dibawah mata pelajaran Sejarah tahun 6. Inovasi ini menekankan elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah dibawah aspek memahami kronologi. Elemen ini menekankan murid agar mampu memahami kronologi pencapaian atlet negara melalui inovasi yang mengandungi aspek didik hibur. Penghasilan kit Papan Wira Kebangsaan dihasilkan bertujuan untuk memudahkan proses murid memahami kronologi serta turutan berkaitan pencapaian serta latar belakang seseorang atlet yang telah mengharumkan nama Malaysia. Sebagai contoh, penerapan kemahiran pemikiran sejarah sememangnya mengandungi beberapa cabaran untuk mengaplikasikannya. Namun kita papan sejarah telah memudahkan proses pengaplikasian aspek ini untuk diterapkan. Sebagai contoh, murid-murid menggunakan teks yang diberikan lantas menyusun semula kronologi berdasarkan teks yang telah diberikan. Inovasi Papan Wira Kebangsaan dihasilkan adalah berkontekskan aspek memahami kronologi iaitu memahami konsep dan konversi masa. Penggunaan inovasi ini dimulakan dengan murid diberikan dengan sebuah teks di dalam setiap kumpulan. Teks yang diberikan mengandungi latar belakang serta kronologi pencapaian seseorang atlet Malaysia yang telah mengharumkan nama negara. Berdasarkan teks yang telah diberikan, murid perlu menyusun semula latar belakang dan pencapaian atlet tersebut mengikut kronologi yang beul di atas papan kronologi masa yang akan diberikan. Murid menampal kad-kad maklumat tersebut di atas pelekat “Valcro Tape” yang digunakan. Invoasi ini sememangnya dilihat menarik serta meningkatkan tahap aktif dan fokus murid ketikan di dalam kelas. Elemen didik hibur 4sebegini sememamngnya mampu mewujudkan sebuah kelas sejarah yang menarik dari semasa ke semasa. Inovasi ini diharapkan mampu digunakan dengan lebih kerap serta fleksibel dengan corak pembelajaran masa kini. Kata Kunci: Papan Wira, Kemahiran Pemikiran Sejarah, Pengajaran dan Pemudahcaraan


SINOPSIS INOVASI AJAIBNYA TONG SAYANGI ALAM Disediakan Oleh: Muhammad Shabirin Bin Shahrulnizam Inovasi merupakan satu kaedah untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. dengan bertujuan meningkatkan kualiti serta produktiviti sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, inovasi “Ajaibnya Tong Sayangi Alam” merupakan sebuah produk yang telah dihasilkan bagi memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan mengingati cara penggunaan tong kitar semula dengan betul. Hal ini demikian kerana, berdasarkan pemerhatian dan penelitian yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa sebilangan besar murid-murid kelas 6 Perdana tidak mengetahui cara penggunaan tong kitar dengan betul. Oleh yang demikian, inovasi “Ajaibnya Tong Sayangi Alam” sudah pasti berpotensi untuk memberi impak yang positif kepada murid-murid dalam menangani kekeliruan mereka terhadap penggunaan tong kitar semula seperti tong biru untuk kertas, coklat untuk kaca dan jingga untuk tin aluminium. Prosedur penggunaan inovasi ini juga mudah sahaja. Pertama sekali, murid-murid akan ditayangkan satu video berkaitan dengan penggunaan tong kitar semula dengan betul, kemudian mereka akan diberikan satu tong sayangi alam secara rawak mengikut warnawarna yang ada. Seterusnya, murid-murid turut diberikan beberapa kad ajaib yang kelihatan seakan-akan kad yang tidak bergambar sekiranya dilihat dengan mata kasar, tetapi akan terlihat sesuatu gambar apabila disuluh dengan lampu suluh. Akhir sekali, murid- murid perlu melekatkan kad tersebut mengikut kesesuaian tong yang mereka peroleh. Jadi, setelah inovasi ini digunakan pada kelas 6 Perdana, saya mendapati bahawa penglibatan muridmurid bertambah aktif dan secara tidak langsung membuatkan suasana pembelajaran menjadi lebih ceria dan bermakna. Hal ini dikatakan kerana inovasi ini menekankan kepada aspek psikomotor iaitu memerlukan murid-murid bergiat secara aktif untuk melekatkan kad ajaib pada tong kitar semula. Bukan itu sahaja, inovasi ini juga menerapkan unsur suspen yang dapat dilihat pada penggunaan kad ajaib yang memerlukan murid-murid untuk menyuluh lampu suluh pada kad tersebut untuk melihat isi kandungannya. Perkara sedemikian sekali gus berupaya menarik minat serta mendorong keterujaan murid untuk lebih bersemangat semasa sesi pembelajaran dijalankan. Dalam masa yang sama, inovasi ini juga boleh dikatakan sebagai sebuah projek yang boleh diletakkan di dalam kelas sekali gus memudahkan murid-murid untuk menggunakannya apabila mereka perlu. Secara keseluruhannya, inovasi ini sudah pasti berkeupayaan untuk memudahkan murid-murid memahami serta mengingati cara penggunaan tong kitar semula dengan betul. Kata kunci: Ajaibnya tong sayangi alam, kad ajaib, psikomotor, alam sekitar, suspen


SINOPSIS INOVASI TARIK SAMPAI DAPAT Disediakan Oleh: Mohammad Izanni Bin Jamaludin Inovasi adalah satu perubahan atau penambahbaikan kepada sesuatu yang telah dicipta atau sesuatu perkara yang diamalkan. Inovasi yang telah saya hasilkan adalah suatu produk yang membantu murid-murid yang kurang berkemahiran dalam kemahiran mengeja. Jadi dengan itu saya telah hasilkan inovasi Tarik Sampai Dapat. Hal ini demikian kerana semasa saya di sekolah, kelas yang diajar oleh saya iaitu 3 Arif, terdapat segilintir daripada murid kelas tersebut merupakan murid pemulihan. Jadi dengan itu saya telah mengambil keputusan untuk menghasilkan inovasi Tarik Sampai Dapat. Sebenarnya inovasi Tarik Sampai Dapat ini saya pernah melaksanakan uji rintis sebelum ini semasa program di Institut Pendidikan Guru, jadi saya terus mengaplikasikan inovasi yang sama pada murid yang diajar oleh saya semasa berpraktikum. Prosedur penggunaan produk yang dihasilkan ini mudah sahaja, pertama sekali murid perlu memilih satu gambar yang terdapat pada papan Tarik Sampai Dapat. Setelah murid memilih gambar yang dikehendaki, murid perlu mengenal pasti apakah objek yang dipilih, kemudian murid perlu menarik pilihan kad-kad yang mengandungi suku kata di atasnya. Murid perlu menarik kad suku kata tersebut sehingga membentuk perkataan objek yang telah dipilih. Jadi, setelah inovasi ini dilaksanakan kepada murid pemulihan tahun 3 Arif, sedikit sebanyak telah membantu mereka untuk mengeja sesuatu perkataan dan juga menguasai ejaan sesuatu suku kata. Di samping itu, murid nampak lebih tertarik untuk melibatkan diri dalam pembelajaran kerana dalam melakukan aktiviti ini, aspek psikomotor perlu digunakan untuk menggerakkan kad-kad suku kata. Dalam masa yang sama, inovasi ini juga boleh dikatakan sebagai sebuah projek yang boleh diletakkan di dalam kelas sekali gus memudahkan murid-murid untuk menggunakannya apabila mereka perlu. Secara keseluruhannya, inovasi ini dapat membantu kemahiran murid dalam mengeja atau membentuk suku kata kerana kad-kad yang terdapat pada produk ini terdiri daripada banyak pembentukan suku kata, jadi semasa murid menarik kad suku kata tersebut semasa mencari suku kata yang mereka kehendaki, murid juga dapat mengeja dan menyebut suku kata yang mereka lihat semasa menarik kad tersebut. Kata kunci: Tarik Sampai Dapat, kemahiran mengeja, kad suku kata


SINOPSIS INOVASI MULTIMEDIA INTERAKTIF BAHASA Muhamad Mukref Faizal bin Effendi Inovasi merujuk kepada pengenalan atau penerapan sesuatu yang baharu atau lebih baik dalam sesuatu bidang. Hal ini kerana inovasi melibatkan penghasilan dan perkembangan idea, konsep, produk dan proses suatu konteks. Sehubungan itu, Inovasi Multimedia Interaktif (MMI) Bahasa merupakan salah satu alat atau bahan bantu belajar yang dapat membantu murid-murid menguasai pembelajaran mereka dengan lebih baik dan berkesan. Inovasi Multimedia Interaktif (MMI) Bahasa ini membolehkan murid untuk mempelajari pelbagai kemahiran bahasa Melayu dengan cara yang seronok dan menarik. Hal ini kerana murid dapat belajar dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berbanding hanya menggunakan bahan maujud seperti buku teks, kertas A4 dan sebagainya. Tambahan pula, inovasi yang bercirikan MMI adalah amat mudah untuk diubah suai mengikut topik yang ingin diajar oleh seseorang guru. Hal ini kerana guru hanya perlu mengubah kandungan MMI tersebut menggunakan komputer riba sahaja. Selain itu, inovasi MMI Bahasa ini juga dapat dihasilkan menggunakan pelbagai medium. Sebagai contoh, antara medium yang sering digunakan adalah Microsoft PowerPoint dan Canva. Kepelbagaian medium ini dapat membantu guru yang kurang ilmu pengetahuan tentang platform tertentu untuk menghasilkan MMI mereka sendiri. Berdasarkan inovasi ini, punca utama ia dihasilkan adalah untuk mengatasi masalah murid yang kurang berminat untuk belajar menggunakan bahan maujud. Hal ini kerana semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) terdapat beberapa orang murid yang menjadi tidak aktif apabila guru pelatih menggunakan bahan maujud dalam pembelajaran mereka. Tambahan pula, inovasi ini juga dihasilkan untuk mencapai kehendak Kementerian Pendidikan yang ingin menerapkan kemahiran modul TMK dalam sesi PdP di sekolah. Kemahiran modul TMK berfungsi sebagai daya penarik murid terhadap kemajuan teknologi masa ini. Kata Kunci: Multimedia Interaktif, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bahan Maujud


SINOPSIS BIJAK BINGO Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Inovasi yang dinamakan “Bijak Bingo” ini merupakan pengubahsuaian yang dibuat berdasarkan permainan bingo. Permainan bingo yang berbentuk maujud telah saya ubah suai menjadi “Bijak Bingo” yang berbentuk Multimedia Interaktif (MMI). MMI merupakan suatu aplikasi multimedia yang membenarkan pengguna berinteraksi secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan didengar bagi menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi. Cetusan idea untuk menghasilkan “Bijak Bingo” ini wujud apabila murid sudah mulai bosan dengan bahan maujud. Jadi, saya telah mewujudkan suatu MMI yang menarik serta mampu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bijak Bingo dimainkan dengan cara guru menayangkan “Bijak Bingo” kepada murid dan menyuruh murid memilih nombor yang diinginkan mereka. Kemudian, murid akan melakukan tugasan yang terdapat pada nombor yang dipilih sama ada berbentuk soalan, ganjaran atau hukuman. Kelebihan “Bijak Bingo” adalah mampu menerapkan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam diri murid, mudah dimainkan serta menarik. Elemen TMK sangat penting untuk murid terutama bagi menghadapi zaman yang serba canggih ini. Jadi, kemahiran TMK ini harus diterapkan sejak murid di sekolah rendah lagi agar mereka mempunyai kemahiran asas TMK untuk dibawa ke sekolah menengah. MMI ini juga mudah untuk diubah suai untuk digunakan bagi pelbagai tajuk dalam pengajaran Bahasa Melayu seperti kata nama, kata adjektif dan sebagainya. Kata Kunci: Bijak Bingo, Multimedia Interaktif, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, kata nama dan kata adjektif


Sinopsis Inovasi Lagu Warna di Sekeliling Kita Disediakan oleh: Muhammad Afiq bin Asrulsani Inovasi merupakan hasil binaan baharu yang telah diadaptasi daripada bahan asal. Proses ini melibatkan pemikiran kreatif dan keupayaan untuk mengadaptasi konsep sedia ada kepada sesuatu yang lebih baik atau berbeza. Inovasi bukan sahaja mampu menghasilkan sesuatu yang baru, tetapi juga berupaya untuk terus mencipta sesuatu yang baharu. Dalam konteks pendidikan, inovasi ini merangkumi pembaharuan dalam kaedah pengajaran, kurikulum, dan teknologi pembelajaran. Inovasi dalam pendidikan juga boleh merujuk kepada pembangunan bahan pengajaran yang lebih dinamik dan relevan dengan keperluan pelajar dalam era kini. Seperti sedia maklum, tahap penguasaan murid kurang memuaskan apabila murid kini hampir hilang semangat untuk belajar. Hal ini kerana murid didedahkan kepada penggunaan gajet secara meluas. Oleh itu, murid tidak mampu mengingat kalimah-kalimah tentang warna. Murid mengambil masa yang lama untuk mengingat kalimah yang perlu dihafal. Sabagai seorang pendidik, kita perlulah mencari jalan penyelesaian sebagai inisiatif bagi memastikan murid dapat mencapai objektif yang disasarkan. Didik hibur merupakan salah satu kaedah pengajaran yang perlu diterapkan dalam sesi PdPc sejajar dengan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). Bagi mengatasi murid yang sukar mengingati kalimah warna dalam bahasa Arab, sebuah lagu khas telah dicipta yang bertajuk ‘Warna di Sekeliling Kita’. Lagu ini diadaptasi daripada lagu ‘Ayam Den Lapeh’ oleh Ria Amelia. Guru perlulah memperdengarkan kepada murid instrumen supaya murid boleh ikutinya. Kemudian, guru akan memberi lirik lagu kepada murid dan seterusnya, mereka akan mendengar nyanyian daripada guru terlebih dahulu. Kemudian, guru boleh meminta murid untuk menyanyi bersama-sama. Inovasi ini mempunyai kelebihannya, antaranya penggunaan kalimah yang mudah membolehkan murid untuk menghafal. Selain itu, tempo lagu yang perlahan memudahkan murid mengikutinya dengan baik. Maksud bahasa Melayu dalam lirik juga turut disertakan supaya murid dapat mengenal pasti kalimah dengan maksud yang betul. Oleh yang demikian, kaedah pengajaran yang menekankan aspek didik hibur dapat menjadikan pengajaran lebih seronok dan secara tidak langsung murid akan terlibat secara aktif. Kata kunci: warna, lagu, didik hibur, kalimah dan bahasa Arab.


SINOPSIS INOVASI LAGU KATA TANYA Lagu Kata Tanya memerihalkan sebuah inovasi yang menggabungkan elemen muzik dengan aspek tatabahasa dalam konteks Bahasa Melayu. Melalui lirik yang mudah serta melodi yang memikat, lagu ini tidak hanya menghibur, tetapi juga mengajak pendengar iaitu murid-murid untuk merenung dan bertanya. Penciptaan ini seiring dengan aspek alam pendidikan yang bersifat dinamik. Dalam menangani kekeliruan murid terhadap penggunaan kata tanya seperti "apa", "siapa" dan “bagaimana”, lagu kata tanya telah dicipta. Lagu ini juga menjawab isu kesukaran murid untuk menghafal formula atau maklumat yang diberikan oleh guru secara bertulis mahupun lisan. Jadi, dengan harmoni melodi yang mengalun, lagu ini mencipta pengalaman belajar yang menyenangkan, menjadikannya lebih mudah bagi murid untuk mengingat konteks penggunaan kata tanya. Kronologi penggunaannya mudah sahaja. Berasaskan pengetahuan murid-murid tentang melodi dan rentak lagu Anak-anak Nabi, guru hanya perlu membimbing murid untuk menggantikan lirik lagunya sahaja. Maslahat utama lagu ini adalah dari segi kemampuannya menyelaraskan diri dengan kecerdasan muzik muridmurid serta menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan. Dalam pada itu, lagu ini juga bukan sekadar alat pengajaran, tetapi juga merangkumi unsur didik hibur yang memikat dan mudah diikuti oleh murid-murid. Dengan sinergi antara melodi yang mengasyikkan dan pesan pendidikan yang kuat, lagu kata tanya ini diharapkan dapat mengatasi kekeliruan murid serta memudahkan mereka menghafal maklumat secara efektif. Dalam masa yang sama, inovasi ini bukan merujuk kepada konteks pembelajaran semata-mata, bahkan juga mampu menimbulkan keterujaan murid untuk belajar. Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Tuntasnya, lagu ini menjadi pintu gerbang kepada dunia pembelajaran yang kreatif, efektif dan menyeronokkan bagi para murid. Kata Kunci : Inovasi, Kata tanya, Lagu, Didik hibur, Tatabahasa, Lirik, Muzik.


INOVASI DAM BACAAN Muhammad Hafiz bin Arzaha Inovasi atau kit persembahan merupakan bahan yang digunakan untuk membantu muridmurid belajar dengan lebih berkesan dan menarik (Nurul Haniza Samsudin et. al, 2017). Inovasi ini merupakan elemen penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bertujuan untuk memudahkan murid-murid mencapai objektif pembelajaran. “Dam Bacaan” ini berfokuskan kepada kemahiran membaca bagi murid Tahun 6. Kesemua bahan yang digunakan dalam menghasilkan inovasi merupakan barangan terpakai bagi memenuhi kehendak Seni Dalam Pendidikan (SDP) yang menekankan elemen seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Menurut Mohd Jamel Ismail et. al (2015), pengintergrasian elemenelemen ini dapat menjadi satu rangkaian kurikulum dalam memantapkan lagi kaedah PdP. Berdasarkan inovasi yang dicipta, saya yakin ciptaan ini mampu menarik minat murid untuk menggunakannya kerana terdapat kepelbagaian unsur warna yang digunakan hasil daripada barangan kitar semula dan terpakai seperti kadboard, penutup botol, kertas warna, gam, pen penanda dan dadu. Justeru, elemen muzik diterapkan bagi mewujudkan keharmonian dan kegembiraan murid semasa mereka menggunakan inovasi ini. Guru akan memainkan lagu semasa murid menggunakan inovasi ini di samping murid menyanyikan lagu secara beramairamai. Dalam masa yang sama, murid-murid sentiasa belajar dalam keriangan. Kemudian, elemen seni pergerakan dalam penghasilan inovasi ini jelas kelihatan apabila murid membuat balingan dadu lantas menggerakkan penanda masing-masing (penutup botol) mengikut bilangan angka yang diperoleh pada petak yang sepatutnya. Sebagai penghias bicara akhir, inovasi yang dihasilkan wajar dirancang terlebih dahulu dan dibuat draft awal agar tidak menimbulkan terlalu banyak kelemahan dan kekurangan. Penerapan ketiga-tiga elemen penting seperti visual, muzik dan pergerakan menjurus kepada murid-murid ke arah konsep pembangunan dan perkembangan yang berpusatkan kepada murid sejajar dengan tuntutan dan objektif utama pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Dalam pada itu, guru mampu membuat pengukuhan dari segi gaya pembelajaran yang diguna pakai agar dapat menarik minat dan fokus murid untuk terus belajar dengan kaedah yang lebih berkesan. Kata Kunci: kemahiran membaca, visual, muzik, pergerakan


SINOPSIS INOVASI TELUR AYAT BERGANDA Disediakan oleh: Muhammad Naim bin Omar Inovasi didefinisikan sebagai suatu penghasilan baharu atau produk yang telah melalui proses penyusunan semula bagi penambahbaikan. Wujudnya inovasi ini adalah sebagai pendorong motivasi di samping menjadikan sesuatu pembelajaran itu menarik dan berkesan serta melahirkan generasi yang aktif, kreatif, motivatif dan dinamik. Semasa menjalani praktikum fasa 1, saya berkesempatan untuk mengajar Tahun 5 bagi tajuk ayat tunggal dengan peluasan subjek. Permasalahan yang timbul ialah apabila ramai murid yang tidak dapat mencapai objektif dengan baik menerusi gaya pengajaran saya yang begitu bersahaja. Justeru itu, saya telah mencipta satu inovasi yang direka khas untuk aspek tatabahasa bagi tajuk ayat tunggal dengan peluasan subjek untuk diaplikasikan dalam kelas yang seterusnya. Inovasi yang dihasilkan ialah Telur Ayat Berganda. Inovasi yang saya hasilkan ini adalah berbentuk bahan maujud dan bertumpu kepada Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berpusatkan guru. Saya menamakannya sebagai Telur Ayat Berganda disebabkan oleh 2 jenis ayat yang terdapat pada inovasi ini iaitu ayat tunggal dan ayat tunggal dengan peluasan subjek. Cara penggunaannya mudah sahaja iaitu dengan hanya membuka dan menutup telur bagi menunjukkan formula dan contoh ayat. Telur yang tertutup akan menunjukkan formula dan contoh bagi ayat tunggal manakala telur yang terbuka pula akan menunjukkan formula dan contoh bagi ayat tunggal dengan peluasan subjek. Inovasi ini menunjukkan keberkesanan yang sangat memuaskan apabila kesemua murid dapat membina ayat tunggal dengan peluasan subjek dengan betul. Inovasi Telur Ayat Berganda ini dapat meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk ayat tunggal dengan peluasan subjek kerana wujudnya formula dan contoh ayat mudah pada inovasi ini. Selain itu, inovasi ini juga menggalakkan aktiviti yang melibatkan kemahiran membaca murid disebabkan oleh bentuk ilustrasi telur yang mampu menarik perhatian mereka untuk terus fokus sepanjang sesi PdPc berlangsung. Jelaslah menunjukkan bahawa inovasi dalam pendidikan amat penting dan terbukti keberhasilannya apabila menampakkan peningkatan murid sebelum dan selepas menggunakan inovasi. Kata Kunci: Bahan maujud, aspek tatabasa, telur ayat berganda, ayat tunggal dan ayat tunggal dengan peluasan subjek


SINOPSIS INOVASI LAGU TEKNIK ULASAN KARANGAN MUHAMMAD NURHADI BIN MOHD ARIF Inovasi Lagu Teknik Ulasan Karangan ini berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Inovasi ini diciptakan dengan menambah baik kandungan dan idea daripada seorang guru yang menghasilkan teknik ini melalui aplikasi Youtube Cikgu Ruza. Teknik ini telah diinovasikan dengan melagukan penanda wacana yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah ulasan karangan yang lengkap, ringkas dan padat. Cetusan idea inovasi ini ialah hasil daripada refleksi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang menunjukkan satu permasalahan yang berlaku dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Azam berkaitan dengan kemahiran mereka dalam menulis karangan. Antara permasalahan yang paling ketara dilihat ialah mereka tidak dapat memahami konsep isi tersurat dan isi tersirat yang diperlukan untuk membina sebuah ulasan karangan yang lengkap. Ini menyebabkan mereka terpinga-pinga apabila saya menerangkan konsep isi tersurat dan isi tersirat di hadapan kelas. Bukan itu sahaja, permasalahan membina ulasan karangan ini bertambah buruk apabila mereka tidak mengetahui penanda wacana yang bersesuaian untuk membina karangan tersebut. Hal ini menyebabkan proses pelaksanaan PdPc yang memfokuskan kepada kemahiran menulis karangan berlarutan dan membazir masa kerana murid-murid saling bertanya kepada guru tentang penanda wacana yang sesuai digunakan untuk membina ulasan karangan. Inovasi yang dijalankan ini adalah berbentuk ciptaan lagu penanda wacana yang digunakan untuk membina ulasan karangan yang lengkap. Teknik-teknik membina ulasan karangan ini diambil daripada idea daripada seorang guru yang mengaplikasikannya di dalam kelas secara atas talian. Antara idea yang diambil ialah berkenaan dengan akronim PASDAK yang terdiri daripada Pengenalan, Antaranya, Seterusnya, Di samping itu, Akhir sekali dan Kesimpulan. Tetapi, saya telah mengubah akronim pertama iaitu Pengenalan (P) kepada Terdapat (T) yang akhirnya menjadi akronim yang baharu iaitu TASDAK. Bagi merealisasikan pembelajaran secara didik hibur, saya telah mengubah cara penyampaian teknik ini daripada chalk and talk kepada teknik nyanyian. Menurut Abdul Rasid Jamian et al. (2016) penggunaan teknik didik hibur yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan penulisan karangan murid-murid. Ciptaan lagu yang dihasilkan mampu memberi peluang kepada muridmurid untuk bereksperimentasi dan menggunakan apa yang telah dipelajari dalam modul berdasarkan aktiviti, seronok dan bermakna. Kata Kunci: Ulasan karangan, TASDAK, penanda wacana, ciptaan lagu, didik hibur


SINOPSIS INOVASI AJAIBNYA TONG SAYANGI ALAM Disediakan Oleh: Muhammad Shabirin Bin Shahrulnizam Inovasi merupakan satu kaedah untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. dengan bertujuan meningkatkan kualiti serta produktiviti sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, inovasi “Ajaibnya Tong Sayangi Alam” merupakan sebuah produk yang telah dihasilkan bagi memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan mengingati cara penggunaan tong kitar semula dengan betul. Hal ini demikian kerana, berdasarkan pemerhatian dan penelitian yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa sebilangan besar murid-murid kelas 6 Perdana tidak mengetahui cara penggunaan tong kitar dengan betul. Oleh yang demikian, inovasi “Ajaibnya Tong Sayangi Alam” sudah pasti berpotensi untuk memberi impak yang positif kepada murid-murid dalam menangani kekeliruan mereka terhadap penggunaan tong kitar semula seperti tong biru untuk kertas, coklat untuk kaca dan jingga untuk tin aluminium. Prosedur penggunaan inovasi ini juga mudah sahaja. Pertama sekali, murid-murid akan ditayangkan satu video berkaitan dengan penggunaan tong kitar semula dengan betul, kemudian mereka akan diberikan satu tong sayangi alam secara rawak mengikut warna-warna yang ada. Seterusnya, murid-murid turut diberikan beberapa kad ajaib yang kelihatan seakan-akan kad yang tidak bergambar sekiranya dilihat dengan mata kasar, tetapi akan terlihat sesuatu gambar apabila disuluh dengan lampu suluh. Akhir sekali, muridmurid perlu melekatkan kad tersebut mengikut kesesuaian tong yang mereka peroleh. Jadi, setelah inovasi ini digunakan pada kelas 6 Perdana, saya mendapati bahawa penglibatan murid-murid bertambah aktif dan secara tidak langsung membuatkan suasana pembelajaran menjadi lebih ceria dan bermakna. Hal ini dikatakan kerana inovasi ini menekankan kepada aspek psikomotor iaitu memerlukan murid-murid bergiat secara aktif untuk melekatkan kad ajaib pada tong kitar semula. Bukan itu sahaja, inovasi ini juga menerapkan unsur suspen yang dapat dilihat pada penggunaan kad ajaib yang memerlukan murid-murid untuk menyuluh lampu suluh pada kad tersebut untuk melihat isi kandungannya. Perkara sedemikian sekali gus berupaya menarik minat serta mendorong keterujaan murid untuk lebih bersemangat semasa sesi pembelajaran dijalankan. Dalam masa yang sama, inovasi ini juga boleh dikatakan sebagai sebuah projek yang boleh diletakkan di dalam kelas sekali gus memudahkan murid-murid untuk menggunakannya apabila mereka perlu. Secara keseluruhannya, inovasi ini sudah pasti berkeupayaan untuk memudahkan murid-murid memahami serta mengingati cara penggunaan tong kitar semula dengan betul. Kata kunci: Ajaibnya tong sayangi alam, kad ajaib, psikomotor, alam sekitar, suspen


SINOPSIS TONG KATA Muhammad Syahidi Zafran Bin Shazali Inovasi Tong Kata merupakan suatu bahan bantu mengajar dan belajar yang telah dihasilkan bagi membantu meningkatkan minat murid terhadap pelajaran di dalam kelas. Cetusan idea untuk menghasilkan inovasi ini apabila pemerhatian yang telah saya laksanakan terhadap murid kelas 3 Ruby bagi subjek Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, saya mendapati bahawa sebahagian daripada mereka tidak dapat mengenal pasti jenis kata dengan tepat. Penghasilan ini turut memperlihatkan isu yang telah direkodkan berkaitan murid kurang fokus di dalam kelas dan mula menunjukkan maklum balas yang kurang baik. Oleh yang demikian, inovasi Tong Kata sememangnya memberi impak positif apabila membuktikan penglibatan murid secara aktif melalui peranan yang dimainkan sama ada aktiviti secara individu atau berkumpulan. Selain daripada pergerakan psikomotor secara aktif, inovasi ini turut mengfokuskan kepada kemahiran membaca dan menulis. Kit pembelajaran ini mempunyai tiga bahagian permainan yang dijadikan sebagai aktiviti didik hibur iaitu roda impian kumpulan, roda impian cepumas dan tong kata. Ketiga-tiga permainan ini mempunyai kaitan antara satu sama lain dengan memperlihatkan gabungan kemahiran yang diwujudkan. Permainan ini memerlukan murid untuk memutarkan roda impian kumpulan untuk menentukan giliran permainan. Kemudian, wakil kumpulan akan mengambil kertas pada ruangan atas kotak dan menjawab soalan yang diberikan guru. Murid perlu meletakkan kata ke dalam tong kata yang berkonsepkan tong kitar semula yang mempunyai tiga warna berlainan. Setiap kumpulan atau individu perlu memutarkan roda impian cepumas di bahagian kiri kotak untuk mendapatkan soalan dan ganjaran tambahan. Kit ini telah dilaksanakan bagi topik Kata Ganti Nama Diri dan sememangnya maklum balas yang diberikan sangat baik. Murid kelas 3 Ruby sangat teruja dan menunjukkan reaksi positif semasa aktiviti dilaksanakan. Perkara yang lebih menarik lagi adalah kit ini boleh digunakan pelbagai jenis topik dan mata pelajaran dan tidak terhad kepada satu topik sahaja. Kata kunci: Tong kata, roda impian cepumas, tong kitar semula, pemerhatian, ganjaran


SINOPSIS INOVASI TABUNG KATA LALUAN Disediakan oleh: Muhammad Zulmukhsar bin Jamaludin Inovasi merupakan pembaharuan kepada produk sedia ada ke arah yang lebih sesuai dan efektif. Penghasilan inovasi “Tabung Kata Laluan” adalah bertujuan untuk memudahkan murid mengetahui dan seterusnya membuka minda mereka untuk penghasilan produk di bawah subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Hal ini berlaku kerana murid-murid kelas 6 Arif tidak dapat menyediakan sebuah produk yang mengandungi elemen elektromekanikal. Jadi, saya telah membina satu inovasi menggunakan bahan robotik sedia ada menjadi tabung kata laluan. Prosedur penggunaan produk ini sangat mudah. Antaranya ialah, murid diberikan satu pernyataan masalah iaitu menyediakan tabung yang mengandungi elemen robotik. Murid perlu memikirkan produk yang boleh mereka bina menggunakan perkakasan robotik seperti papan mikropengawal dan sensor. Tabung kata laluan dijadikan panduan untuk memastikan murid memahami dan melihat secara maujud produk yang mereka akan bina. Akhir sekali, murid boleh merancang produk yang telah mereka bina dan menjayakan penghasilan produk tersebut. Setelah inovasi ini digunakan dalam kelas 6 Arif, saya dapat merumuskan bahawa inovasi ini penting dalam memastikan keterujaan dan pemikiran yang kreatif dalam diri muridmurid. Hal ini juga dilihat mampu menarik minat murid dan bukan sahaja berpandukan produk dalam buku teks semata-mata. Secara keseluruhannya, inovasi ini memudahkan murid membina dan mencapai objektif pembelajaran. Kata kunci: Tabung Kata Laluan, elektromekanikal, robotik, maujud


SINOPSIS INOVASI AJAIBNYA TONG SAYANGI ALAM Disediakan Oleh: Muhammad Shabirin Bin Shahrulnizam Inovasi merupakan satu kaedah untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. dengan bertujuan meningkatkan kualiti serta produktiviti sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, inovasi “Ajaibnya Tong Sayangi Alam” merupakan sebuah produk yang telah dihasilkan bagi memudahkan murid-murid untuk mengetahui dan mengingati cara penggunaan tong kitar semula dengan betul. Hal ini demikian kerana, berdasarkan pemerhatian dan penelitian yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa sebilangan besar murid-murid kelas 6 Perdana tidak mengetahui cara penggunaan tong kitar dengan betul. Oleh yang demikian, inovasi “Ajaibnya Tong Sayangi Alam” sudah pasti berpotensi untuk memberi impak yang positif kepada murid-murid dalam menangani kekeliruan mereka terhadap penggunaan tong kitar semula seperti tong biru untuk kertas, coklat untuk kaca dan jingga untuk tin aluminium. Prosedur penggunaan inovasi ini juga mudah sahaja. Pertama sekali, murid-murid akan ditayangkan satu video berkaitan dengan penggunaan tong kitar semula dengan betul, kemudian mereka akan diberikan satu tong sayangi alam secara rawak mengikut warna-warna yang ada. Seterusnya, murid-murid turut diberikan beberapa kad ajaib yang kelihatan seakan-akan kad yang tidak bergambar sekiranya dilihat dengan mata kasar, tetapi akan terlihat sesuatu gambar apabila disuluh dengan lampu suluh. Akhir sekali, muridmurid perlu melekatkan kad tersebut mengikut kesesuaian tong yang mereka peroleh. Jadi, setelah inovasi ini digunakan pada kelas 6 Perdana, saya mendapati bahawa penglibatan murid-murid bertambah aktif dan secara tidak langsung membuatkan suasana pembelajaran menjadi lebih ceria dan bermakna. Hal ini dikatakan kerana inovasi ini menekankan kepada


aspek psikomotor iaitu memerlukan murid-murid bergiat secara aktif untuk melekatkan kad ajaib pada tong kitar semula. Bukan itu sahaja, inovasi ini juga menerapkan unsur suspen yang dapat dilihat pada penggunaan kad ajaib yang memerlukan murid-murid untuk menyuluh lampu suluh pada kad tersebut untuk melihat isi kandungannya. Perkara sedemikian sekali gus berupaya menarik minat serta mendorong keterujaan murid untuk lebih bersemangat semasa sesi pembelajaran dijalankan. Dalam masa yang sama, inovasi ini juga boleh dikatakan sebagai sebuah projek yang boleh diletakkan di dalam kelas sekali gus memudahkan murid-murid untuk menggunakannya apabila mereka perlu. Secara keseluruhannya, inovasi ini sudah pasti berkeupayaan untuk memudahkan murid-murid memahami serta mengingati cara penggunaan tong kitar semula dengan betul. Kata kunci: Ajaibnya tong sayangi alam, kad ajaib, psikomotor, alam sekitar, suspen


SINOPSIS INOVASI PIZZA RIA NUR AIRIN SAFFIYA BINTI MAZAKI Pizza Ria merupakan satu inovasi yang dihasilkan untuk membentuk satu konsep didik hibur di dalam bilik darjah. Hal ini kerana pembelajaran yang tidak melibatkan konsep didik hibur dan keseronokan akan membuatkan murid-murid di dalam kelas berasa bosan terutamanya yang melibatkan PdPc tiga masa ke atas dan PdPc ketika waktu akhir. Buktinya, semasa menjalani praktikum fasa satu yang lalu, saya mendapati bahawa murid-murid akan mula bersifat pasif sekiranya PdPc tersebut dijalankan secara terus tanpa sebarang aktiviti yang melibatkan unsur permainan. Selepas pukul 12.30 tengah hari, murid akan mula berasa pasif dan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap PdPc yang sedang berlangsung. Murid yang pasif di dalam kelas ini akan menyebabkan suasana PdPc menjadi tidak ceria. Malah, keadaan murid yang pasif ini juga akan mengurangkan tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu topik yang dipelajari kerana mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran tersebut. Rentetan itu, satu inovasi yang dikenali sebagai Pizza Ria telah dihasilkan bagi mengurangkan permasalahan di atas. Pizza Ria merupakan satu kit yang mempunyai lapan kepingan yang mewakili 8 aktiviti yang berbeza. Di setiap kepingan tersebut, terdapat satu gambar rajah yang menunjukkan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh murid. Sekiranya, terdapat gambar rajah yang menunjukkan aktiviti nyanyian pada kepingan pizza tersebut, maka murid perlu melakukan persembahan nyanyian di dalam kelas. Namun, sekiranya kepingan pizza tersebut menunjukkan gambar menjawab kuiz tambahan, maka murid bertuah itu perlu menjawab kuiz berkaitan dengan topik yang dipelajari pada ketika itu. Kelebihan utama Pizza Ria ini adalah fleksibel untuk diguna pakai dalam pelbagai tajuk dan subjek. Guru hanya perlu menukar QR Code yang terdapat pada kepingan pizza tersebut untuk disesuaikan dengan topik pembelajaran pada hari tersebut. Kata kunci: pasif, didik hibur, keseronokan, aktiviti


SINOPSIS INOVASI KOTAK REKORDER MASUK TARIK Nur Amirah Hatasya binti Harwi Kotak Rekorder Masuk Tarik ini merupakan antara inovasi yang telah saya hasilkan semasa saya menjalani Praktikum Fasa 1 di SK Guar Jentik. Inovasi ini tercetus hasil daripada beberapa isu yang timbul di dalam bilik darjah iaitu seperti masalah kawalan kelas dan murid kurang fokus terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Inovasi ini dihasilkan untuk subjek Pendidikan Muzik bagi topik pengajaran rekorder iaitu penjarian rekorder. Sepertimana yang diketahui, rekorder sebenar adalah berbentuk kecil dan menyukarkan murid untuk memahami berkenaan dengan penjarian rekorder. Oleh itu, kotak rekorder ini dihasilkan dengan saiz yang lebih besar daripada saiz rekorder sebenar supaya murid-murid dapat melihat dengan lebih jelas lagi berbanding pengajaran menggunakan rekorder biasa. Selain itu, kotak rekorder ini juga dihasilkan bagi tujuan kawalan kelas iaitu dengan menggunakan kotak rekorder, murid-murid akan dialihkan perhatian daripada memegang rekorder sebenar dan meniupnya sesuka hati yang boleh mengganggu kelancaran proses PdP yang dijalankan. Kotak rekorder ini dihasilkan daripada kotak serbaguna dan dibentuk seolah-olah rekorder sebenar dengan menebuk lubang padanya. Murid-murid akan memasukkan kertas yang disediakan ke dalam kotak rekorder tersebut mengikut penjarian yang betul pada lubang yang betul. Secara ringkasnya, inovasi ini dihasilkan adalah bagi membantu murid untuk lebih memahami isi kandungan pembelajaran yang akan dipelajari iaitu penjarian rekorder, membantu kawalan kelas dan membolehkan murid melihat dengan lebih jelas dengan adanya bahan inovasi berbentuk maujud yang bersaiz besar ini. Murid-murid juga akan lebih tertarik untuk mengikuti PdP dengan adanya inovasi yang melibatkan aktiviti hands-on murid-murid. Kata Kunci: penjarian rekorder, bahan maujud, hands-on


SINOPSIS INOVASI JUAL APA TU? Nur Ayunni Binti Ismail Bidang pendidikan telah membawa kepada perubahan yang besar setiap tahun. Perubahan-perubahan tersebut memerlukan para pendidik mengahasilkan inoavasi bagi melakukan pembaharuan dalam mempertingkatkan amalan dalam bidang pendidikan. Sehubungan dengan itu, inovasi yang saya hasilkan semasa saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang diberi nama ‘Jual Apa Tu’. Inovasi ‘Jual Apa Tu?’ merupakan satu inovasi yang melibatkan pembelajaran melalui pengalaman praktikal atau pengalaman sebenar kepada murid-murid. Masalah atau isu utama yang timbul adalah terdapat segelintir murid yang kurang berkeyakinan untuk tampil ke hadapan dan juga murid kurang fokus sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Cetusan idea dalam menghasilkan inovasi ini adalah diambil daripada reka bentuk gerai jualan. Ciptaan inovasi ini menggunakan beberapa kotak, bahan hiasan dan juga beberapa bahan jualan seperti bunga, pisang, ikan dan banyak lagi. Penggunaan inovasi telah digunakan dalam kemahiran membaca dalam subjek bahasa Melayu dan melibatkan tema ekonomi, keusahawanan dan pengurusan kewangan. Cara penggunaanya adalah guru akan berlakon seperti seorang penjual dan wakil murid setiap kumpulan akan datang ke hadapan dan berperanan sebagai seorang pembeli. Beg kertas hasil daripada belian mereka akan diberikan dan mereka akan membaca soalan yang terdapat dalam bag kertas tersebut. Soalan-soalan hanya berkisarkan tentang jumlah harga yang perlu dibayar atau jumlah baki yang perlu mereka beri. Konsep belajar sambil menjual ini dapat memperkuatkan kemahiran bahasa Melayu melalui interaksi pelanggan dan kiraan.Tambahan pula, inovasi ini telah membawa mereka kepada situasi sebenar kepada suasana jualan. Oleh itu, inovasi ini mampu mendorong integrasi kemahiran berkomunikasi dengan cekap dan mampu menarik fokus murid sehingga akhir pdp. Kata Kunci: Jual Apa Tu ? , fokus, jualan, kemahiran membaca, berkomunikasi


SINOPSIS DUMBEL APITAN Nur Hasya Iman Binti Abdullah Kamal Inovasi Dumbel Apitan merupakan salah satu bahan bantu belajar (BBB) yang telah dihasilkan dan digunapakai dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) semasa menjalani praktikum fasa 1. Dumbel Apitan merupakan BBB yang berkaitan dengan salah satu pengajaran dalam aspek tatabahasa bagi tahap 2 iaitu imbuhan apitan. Pengajaran aspek tatabahasa ini penting untuk dipelajari dan difahami kerana melaui pengimbuhan, setiap kata dasar akan dikembangkan membentuk perkatan baharu dan memberi makna yang berlainan bagi setiap perkataan tersebut disamping dapat menambah kosa kata murid. Sehubungan dengan itu, inovasi ini dapat melatih penggunaan imbuhan bagi murid tahap 2 supaya dapat meningkatkan kemahiran menulis bahasa Melayu. Hal ini kerana, terdapat beberapa murid yang masih mengalami kekeliruan untuk menggunakan imbuhan pada perkataan yang diberikan lalu menyebabkan ayat yang dihasilkan dalam penulisan kurang tepat. Kesannya, maksud bagi ayat yang hendak disampaikan akan terjejas. Oleh itu, inovasi Dumbel Apitan yang berbentuk seakan-akan alat sukan iaitu dumbel membolehkan murid untuk menyesuaikan sendiri kata dasar dengan imbuhan yang telah disediakan dengan memusingkan roda pada dumbel tersebut. Secara umumnya, penggunaan imbuhan digunakan pada kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk membentuk kata terbitan yang baharu. Jadi, kod warna yang berbeza bagi setiap kata terbitan, imbuhan awalan dan imbuhan akhiran pada dumbel tersebut dapat memudahkan murid untuk menyesuaikan kata dasar dengan imbuhan apitan yang betul dan tepat serta mengingat pasangan imbuhan yang telah dipelajari. Bukan itu sahaja, Inovasi ini tidak terhad kepada imbuhan apitan sahaja malah juga boleh diubahsuai bagi pengajaran imbuhan awalan dan akhiran. Kata Kunci: tatabahasa, imbuhan apitan, menulis, kata terbitan, kekeliruan


SINOPSIS TEMBAK PETAK JAWI NUR NABILAH BINTI MANSOR Inovasi Tembak Petak Jawi adalah merupakan salah satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang telah saya hasilkan semasa Praktikum Fasa 1 di SK Guar Jentik. Idea ini tercetus semasa mengajar murid Tahun 5 Arif dalam aspek Seni Bahasa. Inovasi ini membolehkan murid mempelajari Bahasa Melayu dengan menerapakan elemen pembelajaran Jawi dengan cara yang seronok dan menarik. Alatan inovasi ini juga mudah dibawa dan mudah difahami. Tujuan inovasi ini dicipta adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mempelajari peribahasa di samping mengembangkan pengetahuan mereka dalam menulis Jawi yang mempunyai nilai estetika yang tinggi, klasik dan unik. Projek inovasi Tembak Petak Jawi ini dihasilkan daripada set permainan alatan menembak, cardboard, peta, dan 5 keping peribahasa. Setiap keping peta dibalut dengan pembalut plastik atau dilamina supaya dapat tahan lama dan boleh digunkan berulang kali. Set inovasi Tembak Petak Jawi ini adalah berasaskan latar belakang permainan PUBG. Alat ini membolehkan murid mempelajari dan menguasai peribahasa dalam tulisan jawi di bawah bimbingan guru ataupun tanpa guru. Alat ini dilihat bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran peribahasa murid-murid malahan dapat menambahkan kemahiran murid dalam menulis jawi. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam projek inovasi ini adalah melibatkan murid untuk melafaz pantun terlebih dahulu, mengenalpasti peribahasa yang terdapat di dalam pantun dan mula bermain alat inovasi ini. Murid-murid boleh menggunakan alat ini dengan bermain secara berkumpulan supaya guru dapat mengawal kelas dengan lebih baik. Alat ini juga boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang kerana guru boleh sentiasa mengemaskini soalan-soalan yang terdapat dalam inovasi Tembak Petak Jawi. Kata kunci: jawi, menembak, seni bahasa, peta


SINOPSIS INOVASI CAWAN MISTERI Nur Syakirah Binti Riping Umumnya, inovasi amat diperlukan dalam bidang pendidikan pada masa kini bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, penghasilan inovasi mampu menjadikan suasana PdP lebih menarik kerana guru sentiasa kreatif menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang pelbagai. Antara masalah yang timbul sewaktu Praktikum Fasa 1 dilaksanakan ialah masalah pembacaan murid yang semakin membimbangkan khususnya murid-murid tahap 2. Saya mendapati bahawa sebilangan besar murid tahun 4 masih tidak lancar untuk membaca di khalayak ramai apabila guru meminta wakil secara sukarela di dalam bilik darjah. Justeru, satu inovasi bertajuk Cawan Misteri yang mengandungi telur berisi petikan teks telah dihasilkan untuk menarik minat murid membaca sekali gus meningkatkan keyakinan murid untuk bertutur di dalam kelas. Dengan inovasi yang dihasilkan ini, guru dapat mengenal pasti tahap kelancaran murid dalam kemahiran membaca bahkan dapat membimbing secara langsung murid-murid yang lemah. Prosedur penggunaan inovasi ini ialah guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Kemudian, guru mencabut nama murid menggunakan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti Claw Crane Machine. Seterusnya, murid tersebut perlu tampil ke hadapan dan memilih telur yang berisi keratan perenggan petikan teks mengikut kumpulan masing-masing serta membacanya dengan suara yang kuat. Hasil akhir mendapati bahawa murid lebih teruja untuk membuka telur yang telah diletakkan di dalam cawan misteri itu dan membaca petikan di dalam kelas. Di samping itu, inovasi ini bersifat fleksibel kerana guru dapat menggantikan pelbagai isi pengajaran mengikut kesesuaian tajuk yang ingin diajar. Tambahan pula, inovasi ini amat tahan lama kerana kertaskertas yang diletakkan di dalam telur yang tertutup rapat itu tidak akan mudah koyak dan kotor. Tuntasnya, penghasilan inovasi ini memberi impak yang positif terhadap murid-murid tahun 4 ketika proses PdP berlangsung di dalam bilik darjah sekali gus meningkatkan kemahiran membaca murid. Kata kunci: cawan misteri, kemahiran membaca, kreatif, fleksibel,


SINOPSI INOVASI PAPAN KEYAKINAN NUR SYAKIRIN DAYINI BINTI ROMZI Papan Keyakinan merupakan satu platform untuk meningkatkan keyakinan murid setiap kali memasuki “frame” yang berbentuk bulat pada papan tersebut. Papan ini dicipta adalah kerana terdapat segelintir murid masih belum mempunyai keyakinan diri untuk bercakap di hadapan kelas khususnya murid yang lemah dan pasif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, Papan Keyakinan dicipta adalah untuk memupuk sifat yakin dalam diri murid untuk bercakap dan menyuarakan segala pandangan dan jawapan yang terbuku dalam hati. Syarat untuk berada dalam “frame” Papan Keyakinan ini adalah secara automatik, murid perlu yakin untuk menyuarakan apa sahaja yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid perlu buang perasaan takut untuk bersuara. Inovasi tentang Papan Keyakinan ini adalah mudah digunakan dan dikendalikan. Cara penggunaannya adalah dengan menggantung atau melekatkan Papan Keyakinan pada kayu atau sebarang alatan untuk mendirikan inovasi tersebut. Kemudian, murid perlu memastikan muka dan separuh badan mereka berada tepat-tepat di tengah “frame” tersebut. Murid juga perlu memastikan agar postur badan tegak untuk menunjukkan keyakinan dalam diri mereka. Selain itu, mereka perlu memandang hadapan atau memandang kepada audien agar dapat membantu untuk mengurangkan kegelisahan dalam diri semasa bercakap. Sehubungan dengan itu, kelebihan inovasi yang digunakan ini ialah murid lebih yakin untuk bertutur atau menyuarakan sebarang soalan berdasarkan isi pelajaran. Hal ini kerana, melalui penggunaan inovasi yang sesuai dan menyeronokkan akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan bahan tersebut. Seterusnya, warna Papan Keyakinan yang menyerlah iaitu merah akan mendorong mereka untuk bersifat berani semasa berada di hadapan khalayak ramai. Akhir sekali, inovasi ini boleh diguna pakai dalam semua kemahiran yang memerlukan murid untuk bersifat aktif. Contohnya, kemahiran mendengar dan bertutur dan kemahiran membaca. Kata kunci: bertutur, yakin, Papan Keyakinan, “frame”, menyuarakan, menyeronokkan


Sinopsis Replika Kandang Lembu Nuralya Sahira binti Mohd Nasir Replika Kandang Lembu merupakan salah satu bahan bantu mengajar (BBM) yang telah diinovasikan dan telah diaplikasikan dalam sesi PdP mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 6 Antara tujuan atau objektif utama penghasilan inovasi ini adalah untuk mewujudkan aktiviti berkumpulan yang menarik dan teratur serta memupuk kerjasama antara ahli kumpulan. Terdapat dua isu yang telah dikenal pasti berdasarkan sesi PdP yang lalu di mana menjadi asbab tercetusnya idea dalam menghasilkan inovasi BBM ini. Antara isu tersebut ialah aktiviti berkumpulan yang kurang menarik dan membosankan. Pada sesi PdP yang lalu, kebanyakan murid kelihatan bosan dan tidak memberikan komitmen yang baik di dalam kumpulan masing-masing. Oleh itu, BBM Replika Kandang Lembu telah direka khas sebagai satu BBM yang mampu menarik minat dan penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh semasa aktiviti berkumpulan. Selain itu, isu yang turut diketengahkan ialah wujudnya suasana yang bising dan kelam-kabut semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. Senario ini dapat dilihat apabila murid menerima arahan aktiviti berkumpulan yang panjang lebar dan sukar difahami. Terdapat segelintir murid tidak memahami akan arahan tugasan yang perlu dilaksanakan. Kesannya bukan sahaja menyebabkan aktiviti berkumpulan tidak dapat berjalan dengan lancar, malah berlaku juga masalah lain seperti kekangan masa dan objektif PdP tidak dapat dicapai. Jadi, Replika Kandang Lembu telah dicipta sebagai satu bentuk solusi dalam menjadikan aktiviti berkumpulan lebih berjalan dengan lancar oleh kerana penggunaannya yang amat mudah dan tidak memerlukan guru untuk memberikan arahan penggunaan secara berulang kali. Bagi menggunakan bahan BBM ini, murid diberikan gambar lembu yang terdapat ayat padanya, dua replika kendang lembu yang dilabelkan “Kandang Betul” dan Kandang Salah” serta sekotak tanah liat. Murid akan membacakan ayat-ayat pada gambar lembu yang dilekatkan pada batang kayu aiskrim. Setelah itu, murid-murid secara berkumpulan perlu menganalisis dan mengenal pasti sama ada ayat-ayat tersebut betul atau salah. Murid perlu memacakkan gambar lembu dengan ayat yang betul di dalam kendang betul manakala ayat yang salah di dalam kendang salah menggunakan tanah liat yang telah dibekalkan. Antara kelebihan inovasi ini ialah menjimatkan kos kerana banyak menggunakan bahan kitar semula, mampu menggalakkan penglibatan murid secara menyeluruh, menggalakkan penggunaan psikomotor halus dan memastikan sesi PdP berjalan dengan lancar. Kata kunci: Aktiviti berkumpulan, teratur, lancar, menarik, penglibatan secara menyeluruh


KIT TABA: Meningkatkan Penguasaan Terhadap Tanda Baca Nurhidayah Irsalina binti Mohd Jaya Penggunaan tanda baca dalam penulisan merupakan satu perkara yang penting bagi membantu keberkesanan penyampaian mesej yang tepat dalam penulisan. Penguasaan terhadap penggunaan tanda baca pastinya akan membantu dalam meningkatkan kemahiran berbahasa murid iaitu dari segi kemahiran penulisan. Sebuah kit yang dinamakan sebagai Kit TABA telah dihasilkan bagi meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman murid terhadap penggunaan tanda baca dalam penulisan. Penghasilan kit ini tercetus setelah melihat gaya penulisan murid tahun 5 Marikh yang masih kurang mahir dalam penggunaan tanda baca. Permasalahan ini jelas sekali dapat dilihat pada setiap penulisan murid yang tidak meletakkan tanda baca dan tidak menggunakan tanda baca mengikut kesesuaian pada ayat yang dihasilkan. Hal ini menyebabkan ayat yang dihasilkan tidak bersifat gramatis kerana tidak dapat menyampaikan mesej ayat dengan jelas. Malah, penggunaan tanda baca yang tidak tepat di dalam penulisan juga menyebabkan hasil penulisan sukar untuk dibaca dan mempengaruhi keseluruhan impresi terhadap penulisan yang dihasilkan. Penggunaan kit TABA yang dinamakan sempena singkatan ‘TAnda BAca’ ini dapat memberi peluang kepada murid untuk mengenal dan memahami setiap penggunaan tanda baca dengan lebih jelas. Kit TABA berbentuk interaktif ini dilengkapi dengan video, nota dan permainan. Murid dapat mengakses nota yang telah disediakan sebelum memulakan permainan bagi menguji tahap kefahaman terhadap penggunaan tanda baca. Kit ini juga dapat memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan melalui permainan interaktif yang disediakan. Muhammad Firhan et. al. (2017) menyifatkan penulisan yang baik perlulah menggunakan tanda baca yang sesuai dan betul pada tempatnya agar informasi yang disampaikan secara bertulis mudah difahami, bermakna dan tidak menyebabkan kekeliruan kepada pembaca. Kit interaktif yang dihasilkan mampu untuk membantu murid dalam mengatasi kekeliruan dalam penggunaan tanda baca dan seterusnya menghasilkan satu penulisan lengkap yang bermakna dan tepat. Kata kunci: penulisan, Kit TABA, tanda baca, interaktif, kemahiran menulis


SINOPSIS MISI EJEN ALI Nurul Amira Binti Azhar Inovasi Misi Ejen Ali merupakan satu inovasi yang diciptakan sebagai bahan bantu belajar kepada murid-murid. Inovasi ini mengaplikasikan konsep permainan BINGO yang menjadi satu permainan umum kanak-kanak. Penghasilan inovasi Misi Ejen Ali tercetus daripada refleksi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkait dengan isu murid kurang fokus terhadap aktiviti yang guru sedang jalankan. Aktiviti pengajaran yang stereotaip seperti berbincang dalam kumpulan tidak lagi menarik minat murid. Hasil daripada itu, berlaku keciciran dalam sesi PdP yang dijalankan. Oleh yang demikian, inovasi Misi Ejen Ali dicipta bertujuan untuk menarik perhatian murid untuk fokus di dalam kelas seterusnya mewujudkan penglibatan aktif murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Inovasi ini menambah elemen didik hibur sebagai pendekatan baharu untuk murid. Inovasi Misi Ejen Ali telah dibina sebagai bahan maujud yang mengandungi satu papan BINGO yang berkonsepkan Ejen Ali dan mempunyai nombor satu sehingga dua puluh. Saya telah mengubah suai bilangan nombor 25 kepada 16 setelah mengambil kira faktor tahap kognitif dan kemampuan murid. Setiap nombor yang dilekatkan di papan BINGO mempunyai soalansoalan tertentu berkaitan topik pembelajaran. Inovasi Misi Ejen Ali dapat digunakan secara berkumpulan mahupun individu. Murid akan mendapat kertas BINGO dimana garisan telah disediakan dan murid hanya perlu mengisi nombor satu sehingga dua puluh seterusnya memulakan permainan seperti biasa. Murid perlu memilih nombor dan menjawab soalan yang terdapat pada nombor tersebut dengan tepat. Setelah itu, barulah murid boleh melorek nombor mereka dalam kertas BINGO masing-masing. Inovasi ini sangat fleksibel di mana guru boleh mengubah soalan-soalan di dalam nombor tersebut mengikut topik yang dipelajari murid. Penghasilan inovasi ini tidak menelan kos yang tinggi kerana kebanyakan bahan diperbuat daripada kertas. Inovasi yang dihasilkan ini telah berjaya menarik minat dan mengekalkan fokus murid untuk belajar topik yang dipelajari sekaligus menjadikan sesi PdP lebih berkesan dan bermakna. Keseluruhannya inovasi ini merupakan satu usaha untuk membantu murid. Kata kunci: Ejen Ali, BINGO, didik hibur, maujud, mengubah suai


SINOPSIS INOVASI BUNGA KATA ADJEKTIF Nurul Atiqah Binti Muhamad Nujeib Dasawarsa ini, penggunaan inovasi amat penting bagi memperlihatkan pengembangan dan penerapan idea-idea baru, metode pembelajaran untuk meningkatkan kualiti pembelajaran yang ingin disampaikan. Penggunaan inovasi pada era ini dilihat relevan bagi meningkatkan keterlibatan pelajar-pelajar serta mempersiapkan mereka untuk tuntutan masa depan seterusnya mencipta lingkungan pembelajaran yang dinamik dan adaptif. Antara masalah yang timbul ketika saya melaksanakan praktikum Fasa 1 ialah kebanyakan murid-murid Tahun 4 dilihat sukar untuk membezakan jenis-jenis kata adjektif. Kata adjektif terdiri daripada 9 jenis iaitu sifat, warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, perasaan dan pancaindera. Oleh itu, inovasi “Bunga Kata Adjektif” telah dihasilkan bagi membantu murid-murid mengenalpasti konsep kata adjektif serta mengetahui jenis-jenis kata adjektif dengan tepat. Inovasi ini melibatkan murid-murid untuk mengkategorikan kata adjektif kepada jenis-jenisnya dengan betul. Inovasi ini juga mengandungi input-input berkaitan jenis-jenis bunga yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, di samping muridmurid dapat memperolehi ilmu berkaitan kata adjektif dan jenis-jenisnya, mereka juga dapat mengenali kepelbagaian bunga yang terdapat di Malaysia. Selepas menggunakan inovasi ini dalam kelas, saya dapati bahawa murid-murid dapat mengenalpasti jenis kata adjektif dengan baik. Mereka sangat teruja untuk meletakkan kelopak bunga pada tempat yang sesuai. Tambahan juga, inovasi ini bersifat fleksibel kerana guru boleh menggantikan perkataanperkataan yang terdapat pada kelopak mengikut tajuk yang sesuai. Selain itu, penggunaan kertas yang telah di’laminate’kan menyebabkan inovasi ini dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang. Natijahnya, penggunaan inovasi yang efisien sangat membantu dalam mencapai objektif pembelajaran yang dirancang. Kata kunci: kata adjektif, bunga, fleksibel


SINOPSIS IMBAS DAN BELAJAR Nurul Izzani binti Ashar Inovasi Imbas dan Belajar merupakan satu inovasi yang dihasilkan sebagai bahan bantu belajar kepada murid-murid. Inovasi ini dihasilkan dengan memuatkan maklumat-maklumat berkaitan topik yang akan dipelajari oleh murid. Penghasilan inovasi Imbas dan Belajar ini tercetus daripada refleksi sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berdasarkan isu yang berlaku di dalam kelas iaitu isu murid yang kurang fokus terhadap penerangan yang diberikan oleh guru tentang topik yang dipelajari. Penerangan yang diberikan oleh guru secara verbal atau juga dikenali sebagai chalk and talk menyebabkan murid cenderung untuk tidak memberikan perhatian yang baik. Kesannya, murid-murid tersebut menerima input pengajaran yang kurang berbanding rakan mereka yang lain. Oleh itu, inovasi Imbas dan Belajar ini dihasilkan bertujuan untuk menarik perhatian serta minat murid untuk mempelajari topik yang diajar oleh guru sekali gus melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dijalankan. Inovasi ini juga akan dapat menukarkan kaedah pengajaran guru daripada kaedah tradisional iaitu chalk and talk kepada kaedah didik hibur. Inovasi ini digunakan dengan dua cara iaitu yang pertama menerusi imbasan kertas kod oleh murid menggunakan telefon bimbit guru. Berdasarkan imbasan tersebut, imej kedai alat muzik 3D akan terpapar pada skrin telefon bimbit dan skrin paparan slaid projektor menggunakan aplikasi screen mirroring. Imej yang terpapar akan memaparkan nota berkaitan topik yang akan dipelajari. Cara yang kedua pula ialah murid akan diberikan pautan imej 3D tersebut bagi memudahkan murid mengakses pautan ini pada bila-bila masa sahaja. Menerusi pautan ini, jelas menunjukkan bahawa inovasi yang dihasilkan ini adalah fleksibel terutamanya dari aspek masa penggunaannya. Penghasilan inovasi ini juga berupaya untuk menarik minat dan fokus murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dijalankan. Bukan itu sahaja, inovasi ini juga boleh disesuaikan dengan pelbagai topik dan mata pelajaran kerana aplikasi yang digunakan untuk menghasilkan inovasi ini mempunyai pelbagai elemen yang menarik serta tidak menggunakan kos yang tinggi. Kata Kunci: Imej 3D, penerangan, perhatian, disesuaikan, didik hibur


INOVASI RODA PLOT Disediakan oleh: Nurul Tasnim binti Mohamad Tarmizi Dalam dunia pendidikan yang terus berkembang, inovasi dalam pembangunan bahan bantu mengajar menjadi aspek penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Inovasi ini bukan sekadar menambahkan elemen baru, tetapi bertujuan untuk meningkatkan daya serap dan pemahaman murid, terutamanya bagi mereka yang menghadapi cabaran dalam pembelajaran. Semasa berpraktikum, saya telah menghasilkan suatu inovasi bahan bantu mengajar yang menitikberatkan tentang kesesuaian dengan keperluan dan fokus kepada bagaimana inovasi ini dapat memberi impak positif kepada proses pembelajaran. Penggunaan Inovasi Roda Plot yang saya hasilkan sebagai bahan bantu pembelajaran terbukti mampu meningkatkan kemahiran bercerita murid yang lemah di samping mendorong penglibatan aktif murid dalam proses pembelajaran. Inovasi ini mampu memberi bimbingan secara terarah agar murid dapat menceritakan semula cerita yang ditonton mengikut susunan plot. Aktiviti yang melibatkan penggunaan roda plot ini sejajar dengan objektif kurikulum Bahasa Melayu, terutamanya dalam konteks kemahiran mendengar dan bertutur. Penggunaan roda plot ini melibatkan murid menonton video terlebih dahulu sebelum menggunakan roda plot tersebut sebagai panduan bagi menceritakan semula cerita tersebut. Penggunaan visual pada roda plot dapat membantu memvisualisasikan urutan peristiwa dalam cerita dan memberikan panduan kepada murid yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mengingat dan menyusun fakta tersebut. Roda plot ini boleh digunakan secara berulang kali bagi cerita yang berbeza-beza yang disesuaikan mengikut tema yang murid pelajari. Semasa pelaksanaan aktiviti ini, guru berperanan sebagai fasilitator yang membimbing murid menggunakan bahasa yang sesuai, serta sebutan dan intonasi yang betul. Pendek kata, inovasi ini membuka peluang bagi murid yang lemah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam suasana yang ceria di dalam bilik darjah. Kata kunci: Roda Plot, video, menceritakan semula, visual, panduan


SINOPSIS INOVASI SUSUNKAN SAYA DISEDIAKAN OLEH: PENNY GOH Inovasi yang telah dihasilkan bernama ‘SUSUNKAN SAYA’. Inovasi ini digunakan unuk mengajar subjek Bahasa Melayu dari aspek tatabahasa iaitu ayat aktif. Inovasi ini telah digunakan oleh murid Tahun 4 Qin SJK (C) Hwa Aik, Arau, Perlis. Bahan inovasi ‘SUSUNKAN SAYA’ dibina kerana saya mendapati bahawa terdapat beberapa murid 4 Qin yang kurang mampu membina ayat dan tidak mengetahui susunan ayat aktif. Disebabkan murid kelas ini lebih suka bahan maujud dan mereka memiliki kecerdasan pelbagai visual yang lebih tinggi, saya mengambil inisiatif untuk menghasilkan satu papan ‘SUSUNKAN SAYA’ untuk mengajar ayat aktif.Bagi menghasilkan inovasi ini, saya hanya menggunakan papan,gambar,sampul surat, velcro tape, kertas laminate dan kertas warna.Sebelum bermain bahan inovasi ini, penjelasan terhadap susunan ayat aktif akan diberi oleh guru. Murid perlu memilih dan membuka salah satu sampul surat yang ada pada papan. Murid perlu menyusun dan melekatkan perkataan dengan mengikut susunan ayat aktif iaitu subjek diikuti dengan kata kerja aktif transitif dan akhirnya diikuti oleh objek di ruang yang telah dilabelkan. Selepas itu, murid memilih gambar yang berpadanan dengan ayat yang dibina dan dilekatkan tadi. Akhirnya, murid boleh membaca semula ayat ataupun menyalin semua ayat pada buku latihan. Bagi murid cemerlang, mereka boleh memperluaskan ayat dengan menambah kata penerang agar dapat melahirkan ayat yang lebih gramatis. Terdapat beberapa kelebihan yang wujud pada inovasi ‘SUSUNKAN SAYA’. Antaranya, inovasi ini mudah digunakan.Murid senang bermain bahan inovasi kerana mudah difahami. Selain itu, bahan inovasi ini sesuai dengan tahap murid yang berbeza bukan sahaja untuk murid yang kurang cemerlang malah juga sesuai dimainkan oleh murid cemerlang. Seterusnya, bahan inovasi ini boleh dimainkan pada bila-bila masa sahaja dan boleh dimainkan secara kumpulan ataupun individu.Kecerdasan pelbagai murid dari segi kinestetik, visual dan verbal linguistik juga boleh diperkembangkan melalui penggunaan bahan inovasi ini. Kata Kunci: Ayat aktif, susunan ayat, kata kerja aktif transitif


CANTUMKAN BADAN SAYA PUTERI NURDIYANA BINTI MEGAT AMRAN Inovasi yang telah saya hasilkan telah diberi nama ‘Cantumkan Badan Saya’. Idea ini tercetus semasa saya menjalani praktikum di SK Bohor Mali. Hal ini demikian kerana, sekolah tersebut hanya mempunyai sebuah kelas sahaja bagi setiap tahun. Saya telah ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu (BM) dan Pendidikan Seni Visual (PSV) bagi murid tahun 5. Kelas yang telah ditugaskan kepada saya memuatkan 26 orang murid daripada pelbagai aras kemampuan kognitif. Inovasi yang dihasilkan ini bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk PdP yang sesuai untuk kesemua murid daripada pelbagai aras supaya objektif pembelajaran dapat dicapai. Maka, murid dapat bergiat aktif semasa sesi PdP dilaksanakan di dalam atau di luar bilik darjah. Inovasi ‘Cantumkan Badan Saya’ ini melibatkan seekor ikan yang kehilangan tulangnya. Inovasi ini diperbuat daripada kertas sahaja yang dipelbagaikan warnanya mengikut kumpulan masing-masing. Melalui permainan mencari harta qorun yang telah diubah suai, murid akan mencari tulang-tulang ikan yang telah disembunyikan di kawasan sekitar tempat pelaksanaan PdP dijalankan. Murid perlu mencantumkan kertas tulang-tulang ikan yang telah dijumpai pada rangka ikan yang telah diberikan. Aktiviti ini boleh disesuaikan dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, aspek tatabahasa dan aspek seni bahasa. Terdapat beberapa kelebihan yang diperoleh menggunakan inovasi ini. Antaranya ialah murid dapat belajar sambil berhibur menggunakan inovasi ini. Hal ini demikian kerana, murid perlu bermain permainan mencari harta qorun untuk mendapatkan bahan bagi melengkapkan anggota badan haiwan. Kelebihan lain yang terdapat pada inovasi ini ialah haiwan tersebut boleh ditukarkan kepada haiwanhaiwan lain. Contohnya, sotong, kucing, obor-obor dan labah-labah. Selain itu, kelebihan lain yang dapat dilihat ialah inovasi ini mampu merangsang murid secara kognitif, psikomotor dan afektif. Aspek kognitif murid dapat dirangsang melalui kemahiran yang diuji menggunakan inovasi ini. Manakala aspek psikomotor murid dapat dirangsang melalui pergerakkan yang dibuat semasa melaksanakan aktiviti menggunakan inovasi ini. Seterusnya, aspek afektif dapat dilihat melalui semangat berpasukan murid semasa pelaksanaan aktiviti. Kata Kunci: aras kognitif, kemahiran dan pelaksanaan.


SINOPSIS INOVASI KIT MMI BIJAK TATABAHASA Rabiatul Najihah Binti Mohd Redhuan Semasa melaksanakan praktikum fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Dato’ Kayaman, saya telah diberi amanah untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kelas tahun 4. Melalui pemerhatian sepanjang pelaksanaan PdPc di dalam kelas, saya dapati sebilangan murid di dalam kelas tidak dapat menguasai pengetahuan berkaitan aspek tatabahasa dan tidak dapat mengingati konsep yang telah diajar di dalam kelas berkaitan tatabahasa bahasa Melayu. Selain itu, murid-murid juga dilihat kurang fokus dan bosan terhadap aktiviti yang guru laksanakan di dalam kelas menyebabkan mereka akan menunjukkan tingkah laku seperti mengganggu rakan sebelah, tidak mendengar arahan guru dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, inovasi kit MMI Bijak Tatabahasa telah dihasilkan sebagai bahan bantu belajar kepada murid-murid di dalam kelas. Inovasi ini merupakan inspirasi daripada permainan BINGO yang telah diubahsuai ke dalam bentuk digital bagi menarik minat murid untuk bermain permainan ini di samping membantu murid menguasai aspek tatabahasa bahasa Melayu dengan baik. Inovasi ini dicipta bertujuan untuk menarik perhatian murid untuk kekal fokus di dalam kelas seterusnya mewujudkan penglibatan aktif murid dalam sesi PdP terutamanya semasa topik PdP berkaitan tatabahasa sedang dijalankan di dalam bilik darjah. Inovasi ini menambah elemen didik hibur sebagai pendekatan utama kepada murid-murid di samping pelaksanaan permainan ini dalam bentuk aplikasi TMK. Pelaksanaan aktiviti yang berasaskan TMK sangat menarik minat murid untuk kekal fokus di dalam kelas disebabkan murid sudah bosan dengan bahan bantu belajar yang berasaskan bahan maujud. Permainan di dalam kit MMI ini memerlukan murid untuk menjawab soalan mengikut nombor yang telah dipilih dan setiap kumpulan diberi peluang untuk melorek nombor tersebut pada kotak BINGO masing-masing jika soalan dijawab dengan betul. Kit yang dihasilkan ini dapat memberi peluang kepada murid yang lemah dalam penguasaan tatabahasa untuk mengingati konsep yang telah diajarkan oleh guru sekaligus meningkatkan motivasi dan kemahiran berkomunikasi antara satu sama lain. Kata kunci: bosan, tingkah laku, digital, tatabahasa, motivasi


SINOPSIS INOVASI MUZIUM MINI Raihan Najeehan Binti Abdul Muie Marcapada ini, pendekatan “Fun Learning” yang diterapkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) amat ditekankan agar penglibatan murid maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Namun begitu, subjek Sejarah merupakan antara subjek yang membosankan kepada pelajar. Perkara ini telah menyebabkan guru perlu kreatif dalam mempelbagaikan kaedah atau menggunakan bahan yang menarik untuk menarik minat murid-murid seterusnya mewujudkan persekitaran pengajaran yang interaktif. Sejajar dengan itu, hal ini telah memberi cetusan ideal kepada saya sebagai seorang guru mata pelajaran Sejarah menghasilkan sebuah inovasi. Inovasi yang saya hasilkan ialah, ‘Mini Muzium’. Ia dinamakan sebagai ‘Mini Muzium’ kerana reka bentuk dalamannya persis seperti muzium kerana terdapat gambar dan maklumat tokoh-tokoh semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Inovasi ‘Mini Muzium’ ini melibatkan murid untuk meneroka maklumat tokoh-tokoh semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Guru boleh menggunakan inovasi ini dalam pengajaran individu mahupun kumpulan. Misalnya, inovasi ‘Mini Muzium’ ini telah saya gunakan semasa melaksanakan aktiviti “Table Talk”, di mana setiap kumpulan akan mendapat ‘Mini Muzium’ untuk mereka meneroka dan berbincang di dalam kumpulan masing-masing berkenaan maklumat tokoh-tokoh tersebut. Sepanjang perlaksanaan aktiviti dengan menggunakan inovasi ini, murid-murid sungguh teruja dan seronok meneroka kandungan yang ada dalam “Muzium Mini”. Ciptaan inovasi ‘Mini Muzium’ menggunakan bahan yang tidak memakan bajet yang terlalu besar iaitu dengan hanya mneggunakan kotak, kertas warna, dan beberapa gambar tokoh. Untuk kelihatan lebih menarik saya telah meletakkan lampu di sekeliling kotak tersebut. Inovasi ini sangat mudah digunakan kerana murid-murid hanya perlu membuka kotak dan segala maklumat berkenaan tokoh-tokoh pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka ada di dalam kotak tersebut. Dalam pada itu, keunikan yang ada pada inovasi ini ialah gambar yang digunakan berunsurkan 3 dimensi. Hal ini sekaligus akan memberikan kejutan dan keterujaan kepada murid-murid untuk membuka kotak ‘Muzium Mini’ ini. Di samping itu, saiznya juga tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil yang mudah dibawa kemana sahaja. Oleh yang demikian, saya yakin dan pasti inovasi ini mampu membantu guru Sejarah diluar sana untuk menarik minat murid untuk belajar Subjek Sejarah. Kata kunci : Fun Learning, Table Talk, pengajaran interaktif, muzium mini, Zaman Kesultanan Melayu Melaka,


SINOPSIS KAD FORMULA AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF Siti Aishah Baharom Inovasi kad formula ayat aktif dan ayat pasif adalah merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang dicipta dan diolah untuk mengajar aspek tatabahasa kepada murid-murid. Hal ini demikian kerana, murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang mempunyai tahap kefahaman yang lemah terhadap aspek tatabahasa. Aspek tatabahasa perlu diberi kefahaman yang jitu dan utuh agar murid dapat memahami dan mengaplikasikan pemahaman tersebut. Ciptaan inovasi ini adalah menggunakan bahan maujud. Oleh itu, murid akan lebih faham akan susunan ayat aktif dan ayat pasif. Kad formula ini diilhamkan daripada ‘flashcard’ dan diolah menjadi kad formula untuk pembinaan ayat aktif dan ayat pasif. Bagi menghasilkan inovasi ini, bahan yang diperlukan hanyalah kertas dan kertas laminate. Kos untuk menyediakan bahan inovasi ini adalah sangat rendah dan kad ini juga boleh digunakan berulang-ulang kali. Cara penggunaannya adalah murid akan mendapat satu ayat lengkap susunan aktif dan apabila guru mengkehendaki murid untuk menukarkan ayat tersebut kepada ayat pasif. Murid perlu menulis ayat tersebut pada kad formula dengan susunan 3214 atau 3124. Lalu ayat itu akan menjadi ayat pasif. Kad formula ini juga boleh digunakan sekiranya hendak menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif. Namun begitu, murid harus memahami terlebih dahulu berkaitan formula ayat aktif dan ayat pasif iaitu bagi ayat aktif adalah 1234 dan bagi ayat pasif adalah 3214 atau 3124. Seterusnya, murid boleh menggunakan kad formula tersebut untuk menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif atau ayat pasif kepada ayat aktif. Akhirnya, murid boleh membaca semula ayat ataupun menyalin ayat yang telah ditukarkan pada buku latihan. Inovasi ini telah diaplikasikan dalam pengajaran dan terbukti dapat memudahkan kefahaman murid berkaitan dengan ayat aktif dan ayat pasif. Terdapat beberapa kelebihan dengan inovasi yang diciptakan ini, antaranya adalah menggunakan kos yang rendah, mudah disediakan, mudah dibawa dan fleksibel. Kesimpulannya, inovasi ini diciptakan untuk memudahkan kefahaman murid berkaitan ayat aktif dan ayat pasif serta membantu mencapai objektif pembelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci: Kad formula, ayat aktif, ayat pasif, maujud, kefahaman


SINOPSIS INOVASI RIMAP Siti Khadijah binti Mohd Anuar Inovasi Rimap ini merupakan salah satu inovasi yang dihasilkan melalui penggunaan multimedia interaktif. Rimap merupakan singkatan bagi Rimba Pasif di mana murid akan belajar berkaitan kata kerja pasif menggunakan tema rimba. Inovasi ini bertujuan untuk membantu sesi pengajaran dan pembelajaran guru menjadi lebih efektif dan berkesan. Konsep inovasi ini adalah untuk menghasilkan sebuah bahan bantu mengajar yang berbentuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam subjek Bahasa Melayu iaitu Kata Kerja Pasif. Proses menghasilkan inovasi ini adalah berasaskan aplikasi Powerpoint. Guru bolehlah mengedarkan pautan bahan yang telah siiap dihasilkan kepada murid-murid dan ia boleh diakses di mana-mana sahaja selepas dimuat turun. Inovasi ini terhasil apabila murid-murid kurang berminat dengan gaya pengajaran dan pembelajaran tradisional seperti chalk and talk dan menggunakan buku teks. Bentuk pengajaran sebegini akan membuatkan murid mudah hilang fokus dan bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Kelebihan yang dapat diperoleh melalui penggunaan inovasi ini ialah guru dapat menarik minat murid untuk belajar topik kata kerja pasif terutamanya bagi murid Tahap 1. Penggunaan bahan bantu mengajar yang berbentuk didik hibur dapat menjadikan sesi PdP lebih seronok dan menarik. Selain itu, inovasi ini juga dapat menjimatkan kos belanjawan bahan bantu mengajar guru-guru terutamanya bagi sekolah yang mempunyai bilangan murid yang ramai bagi sesebuah kelas. Seperti yang kita ketahui bahawa inovasi digital seperti ini akan mudah diakses dan dapat digunakan secara berulang kali sama ada sebagai kegunaan bahan rujukan murid atau guru. Latihan pengukuhan yang terkandung dalam inovasi ini telah memudahkan murid-murid untuk mengulang kaji pembelajaran secara kendiri di luar bilik darjah. Kata Kunci: TMK, multimedia interaktif, mudah diakses


SINOPSIS BUKU BINA KATA (BUBIKA) Siti Nordiana binti Mohd Irawan Buku Bina Kata atau BUBIKA merupakan satu inovasi yang telah saya hasilkan sepanjang tempoh praktikum fasa 1. Inovasi yang dihasilkan ini adalah hasil daripada penambahbaikan kandungan dan idea daripada seorang blogger dari Missouri United States. Inovasi asal yang diwujudkan adalah bersaiz kecil seperti buku nota namun saya telah mengubah suai inovasi tersebut kepada buku bersaiz besar atau saya namakan ia ‘Buku Gergasi” yang memudahkan murid-murid untuk melihat dengan lebih jelas. Cetusan inovasi ini adalah berkaitan beberapa isu yang dikenal pasti di kelas 4 Bitara. Berdasarkan pemerhatian saya semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung, saya dapati bahawa kebanyakan murid-murid masih tidak mahir membaca dan mengeja perkataan dengan betul walaupun sudah berada di tahun 4. Tambahan pula, kelas yang diajar mempunyai ramai murid pemulihan yang menyebabkan sesi PdP kurang berjalan dengan lancar terutamanya semasa aktiviti membaca dan menulis. Oleh itu, penghasilan inovasi ini adalah bertujuan untuk menggalakkan murid-murid di kelas 4 Bitara khususnya murid pemulihan supaya dapat mengikuti sesi PdP dan tidak mengganggu kelancaran PdP. Inovasi ini juga tercetus berdasarkan isu murid-murid pemulihan kelihatan agak bosan dan tidak melakukan tugasan yang diberi. Selain itu, murid-murid dalam kelas 4 Bitara ini terdiri daripada murid yang mempunyai tahap pembelajaran aras rendah. Oleh yang demikian, saya telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan inovasi yang diberi nama BUBIKA. Inovasi ini dihasilkan khas untuk murid-murid yang baru mengenal abjad ABC dan murid yang tidak lancar membaca serta mengeja. Penggunaan BUBIKA adalah semasa aktiviti tambahan atau aktiviti khas bagi muridmurid pemulihan di dalam kelas. Murid lain akan membuat tugasan mereka manakala muridmurid pemulihan pula akan melakukan aktiviti BUBIKA. Berdasarkan maklum balas daripada murid-murid pemulihan ini, mereka berasa seronok melakukan aktiviti BUBIKA kerana wujudnya unsur didik hibur dalam aktiviti tersebut, bahkan kawalan kelas juga dapat dikawal dengan baik kerana murid-murid kelihatan fokus pada kerja masing-masing tanpa mengganggu rakan mereka. Kata kunci: murid pemulihan, BUBIKA, pembelajaran aras rendah, membaca, menulis


Click to View FlipBook Version