Membangun Masyarakat M A D A N I
Membangun Masyarakat 2023 M A D A N I
Copyright @2023 Cetakan Pertama, 2023 Malaysia Hakcipta terpelihara; mana-mana bahagian di dalam penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan di dalam sistem simpanan kekal atau dipinda dengan sebarang bentuk atau sebarang cara samada eletronik, sawatan, salinan fotokopi, perimejan, rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan daripada Penerbit. Penerbit: Pengedar: Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Dicetak oleh Disclaimer: Penerbit dan pengedar tidak bertangunggjawab ke atas apa-apa fakta atau maklumat penulisan yang dikumpul daripada bahan-bahan sumber yang diperolehi untuk menerbitkan buku ini. MAKSUD MALAYSIA MADANI KONSEP MALAYSIA MADANI 4 TERAS STRATEGIK MALAYSIA MADANI LOGO MALAYSIA MADANI
Kandungan p PENDAHULUAN 1 p MAKSUD & KONSEP MALAYSIA MADANI 12 p MAKSUD & LOGO MALAYSIA MADANI 21 p DASAR RUKUN MADANI 25 p MENGANGKAT MARTABAT NEGARA SEJAHTERA 41 p PENDEKATAN RAHMAH DAN PENDIDIKAN 55 p ASAL MADANI 65 p PETIKAN 76
2 n Membangun Masyarakat MADANI
PENDAHULUAN ”Masyarakat madani yang kita bayangkan diasaskan di atas prinsip akhlak dan pemerintahan berasaskan hukum, bukan oleh nafsu manusia yang tidak menentu. Kita perlu mengembalikan nilai-nilai kemanusiaan dan menyegarkan sikap berlapang dada.” (Buku Anwar Ibrahim, Gelombang Kebangkitan Asia, K.Lumpur: DBP, 1997, ms. 49). Membangun Masyarakat MADANI n 3
4 n Membangun Masyarakat MADANI Ustak saya selalu dengar ada orang sebut gagasan Malaysia madani. Bolehkah ustak ceritakan bagaimana dan bila wujudnya gagasan ini. Iya anak muda. Pertama sekali ingin saya sebutkan Massarakat Madani merupakan penerjemahan istilah dari konsep civil society yang pertama kali digunakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya pada simposium Nasional dalam rangka forum ilmiah pada acara festival istiqlal, 26 September 1995 di Jakarta.
Membangun Masyarakat MADANI n 5 Konsep yang diajukan oleh Anwar Ibrahim ini hendak menunjukkan bahwa masyarakat yang ideal adalah kelompok masyarakat yang memiliki peradaban maju. Inisiatif individu dan masyarakat akan berpikir, seni, pelaksanaan pemerintah oleh hukum dan tidak nafsu atau keinginan individu. Lebih jelas Anwar Ibrahim menyebutkan bahwa yang dimaksud dengan masyarakat madani adalah sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perorangan dengan kestabilan masyarakat.
6 n Membangun Masyarakat MADANI Pengertian lain dari masyarakat madani adalah masyarakat yang beradab, menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan, yang maju dalam penguasaan ilmu pengetahuan, dan teknologi. Mun’im (1994) mendefinisikan istilah civil society sebagai seperangkat gagasan etis yang mengejawantah dalam berbagai tatanan sosial, dan yang paling penting dari gagasan ini adalah usahanya untuk menyelaraskan berbagai konflik kepentingan antarindividu, masyarakat, dan negara. Allah SWT memberikan gambaran dari masyarakat madani dengan firman-Nya dalam Q.S. Saba’ ayat 15:. Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun”.
Membangun Masyarakat MADANI n 7 Hefner menyatakan bahwa masyarakat madani adalah masyarakat modern yang bercirikan demokratisasi dalam beriteraksi di masyarakat yang semakin plural dan heterogen. Dalam keadan seperti ini masyarakat diharapkan mampu mengorganisasi dirinya, dan tumbuh kesadaran diri dalam mewujudkan peradaban. Mereka akhirnya mampu mengatasi dan berpartisipasi dalam kondisi global, kompleks, penuh persaingan dan perbedaan. Mahasin (1995) menyatakan bahwa masyarakat madani sebagai terjemahan bahasa Inggris, civil society. Kata civil society sebenarnya berasal dari bahasa Latin yaitu civitas dei yang artinya kota Illahi dan society yang berarti masyarakat. Dari kata civil akhirnya membentuk kata civilization yang berarti peradaban. Oleh sebab itu, kata civil society dapat diartikan sebagai komunitas masyarakat kota yakni masyarakat yang telah berperadaban maju.
8 n Membangun Masyarakat MADANI Istilah madani menurut Munawir (1997) sebenarnya berasal dari bahasa Arab, madaniy. Kata madaniy berakar dari kata kerja madana yang berarti mendiami, tinggal, atau membangun. Kemudian berubah istilah menjadi madaniy yang artinya beradab, orang kota, orang sipil, dan yang bersifat sipil atau perdata. Dengan demikian, istilah madaniy dalam bahasa Arabnya mempunyai banyak arti. konsep masyarakat madani menurut Madjid (1997) kerapkali dipandang telah berjasa dalam menghadapi rancangan kekuasaan otoriter dan menentang pemerintahan yang sewenang-wenang di Amerika Latin, Eropa Selatan, dan Eropa Timur. Hall (1998) mengemukakan bahwa masyarakat madani identik dengan civil society, artinya suatu ide, anganangan, bayangan, cita-cita suatu komunitas yang dapat terjewantahkan dalam kehidupan sosial. Pada masyarakat madani pelaku social akan berpegang teguh pada peradaban dan kemanusiaan.
Membangun Masyarakat MADANI n 9 Apakah maksud “madani“? Sekiranya kita merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), madani membawa maksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Semua orang tahu bahasa Malaysia ialah negara kita yang tercinta. Namun, secara kolektifnya, ia boleh dianggap sebagai masyarakat. Jadi, apa pula maksud “masyarakat“? Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu, maksud perkataan madani adalah seperti berikut: [ma.da.ni] | Definisi : Ar maju dr segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bkn masyarakat, generasi dsb): usaha utk membentuk masyarakat ~ dgn menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan; kurikulum itu juga terarah kpd pembinaan masyarakat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Merujuk kepada DBP sekali lagi, masyarakat pula membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama. Jadi, jika kita menggabungkan perkataan masyarakat dan madani, dengan mudah kita dapat menyimpulkan bahawa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mahukan kita semua sebagai kumpulan manusia yang tinggal di Malaysia untuk terus maju dari segi pemikiran, kerohanian dan juga kebendaan. Istilah “masyarakat madani” diterjemahkan dalam bahasa Arab sebagai “kota atau peradaban” dan dikaitkan dengan kota suci umat Islam Madinah.
Membangun Masyarakat 10 n Membangun Masyarakat MADANI 2023 M A D A N I
Membangun Masyarakat MADANI n 11 Maksud & Konsep Malaysia MADANI Maksud & Logo Malaysia MADANI Membangun Masyarakat MADANI n
12 n Membangun Masyarakat MADANI Ustak saya kerap dengar ramai yang sebut mengenai membangun Malaysia Madani. Bolehkah Ustak terangkan mengenai gagasan Malaysia Madani mamandangkan ia menjadi topik hangat ketika ini. timbul pelbagai persepsi mengenainya. Ia anakanda gagasan Malaysia Madani kini sudah meluas. Ada pro ada kontra. Malaysia Madani adalah kerangka dasar baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 19 Januari 2023. Malaysia madani kerangka dasar baru negara
Membangun Masyarakat MADANI n 13 Konsep MADANI ini bertujuan untuk memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati dengan enam tonggak utama, keMampanan, kesejAhteraan, Daya Cipta, HormAt, KeyakiNan, dan Ihsan. Malaysia Madani adalah sebuah kerangka dasar yang terdiri daripada enam tonggak dasar, yaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya Cipta, HormAt, KeyakiNan, dan Ihsan. Keenam tonggak ini menyumbang maksud MADANI secara menyeluruh dan menjadi landasan utama dalam memperkukuh lapan keperluan dalam pembangunan negara, seperti ekonomi, kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan, bandar, dan luar bandar. Tonggak Dasar MADANI p KeMampanan p kesejAhteraan p Daya Cipta p HormAt p KeyakiNan p Ihsan M A D A N I Malaysia Madani bertunjangkan empat Teras Strategik Utama iaitu Membina Semula Ekonomi, Menjamin Kesejahteraan Insan, Reformasi Institusi Demokrasi dan Perundangan dan mewujudkan Pentadbiran Beramanah. Bagi memastikan kelancaran agenda ini, tiga pembolehdaya strategik akan berfungsi sebagai enjin penggerak iaitu : 1. Digitalisasi Perkhidmatan Rakyat 2. Pendayaupayaan Bakat Terbaik Negara 3. Pemerkasaan Pengurusan Projek Strategik Madani juga menjadi dasar setiap teras bagi memperkukuh lapan keperluan dalam pembangunan negara iaitu : 1. Ekonomi 2. Kewangan 3. Perundangan 4. Pendidikan 5. Kemasyarakatan 6. Kebudayaan 7. Bandar 8. Luar Bandar
14 n Membangun Masyarakat MADANI Teras Strategik Malaysia Madani 1. Membina semula ekonomi melalui pendekatan human economy menerusi penstrukturan semula ekonomi berasaskan etika dan kemampanan. 2. Menjamin kesejahteraan insan ditunjangi prinsip adil dan ihsan. Institusi kemasyarakatan diperkasa untuk menjaga martabat dan maruah keinsanan, normal sosial, hormat-menghormati dan solidariti. 3. Reformasi institusi demokrasi dan perundingan ke arah mengoptimumkan fungsi dan tanggungjawabnya bagi melaksanakan dasar-dasar berkaitan. 4. Mewujudkan pentadbiran beramanah menerusi islah dan pembaharuan bagi mewujudkan sistem yang adil dan bermanusiawi. Memahami konsep Malaysia Madani 1. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan konsep Malaysia Madani yang dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi tata keloka dan pentadbiran negara secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya, yang berteraskan nilai, etika atau akhlak. Sebenarnya perkataan Madani begitu sinonim dengan Anwar. Malahan istilah Madani yang sememangnya sudah sekian lama dipopularkan dan diungkap beliau suatu ketika dahulu yang memberi keutamaan kepada soal keyakinan dan kemanusiaan. 2. Tatkala negara dipacu untuk maju dan kadang kala tercemar kerana salah laku serta rasuah, selain keruntuhan nilai, Anwar menyuntik kesedaran dalam kalangan semua pihak untuk menghidupkan semula kekuatan leluhur bangsa dengan nilai murni yang harus dikembangkan semula. 3. Menerusi buku beliau yang dilancarkan, bertajuk Membangun Negara Madani, antara lain mengangkat martabat manusia dan menegakkan keadilan menjadi asas penting dalam konteks falsafah negara Madani. 4. Konsep Madani juga meletakkan Islam di kedudukan yang sangat istimewa kepada manusia. Satu di antara konsep penting dalam masyarakat Madani adalah berlakunya keseimbangan dan mampan.
Membangun Masyarakat MADANI n 15 5. Keseimbangan ini memberi keadilan kepada seluruh rakyat tanpa melakukan diskriminasi, kezaliman dan penindasan. Membangun Malaysia Madani menepati elemen keterangkuman bagi membina masyarakat bertamadun, bukan sahaja dari aspek fizikal, malah melahirkan modal insan yang cemerlang spiritual. 6. Anwar, mengangkat wacana itu tepat pada masanya, terutama melihat kepada pelbagai kepincangan berlaku ketika ini. 7. Ini kerana konsep Madani menitik beratkan kepada masyarakat yang diurus dengan baik dan mencapai tujuan pembinaan beradaban bangsa. Objektif melahirkan masyarakat Madani membolehkan setiap manusia mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan. 8. Konsep ini menekankan aspek tata kelola yang me¬nekankan kepada pelak¬sanaan terhadap dasar sedia ada terutamanya dalam ke¬melut politik dan ekonomi yang dihadapi negara sekarang ini. 9. Gagasan Madani bersifat menyeluruh berdasarkan enam tonggak utamanya iaitu M (kemampanan), A (kesejahteraan), D (Daya cipta), A (hormat), N (keyakinan) dan I (Ihsan). 10. Untuk rekod terdapat banyak kelemahan dari segi tata kelola, terutamanya rasuah yang berleluasa, isu kemiskinan, gejala sosial dan kemusnahan alam sekitar.Maka konsep ini menekankan aspek tata kelola dalam pelaksanaan terhadap dasar sedia ada terutamanya ketika berdepan kemelut politik dan ekonomi negara sekarang ini. Walaupun negara ini mempunyai dasar yang baik mengenai perlindungan alam sekitar, namun kemusnahan tetap berterusan. Masih banyak kes rasuah dilaporkan media saban hari. Kita juga disuakan dengan kelemahan dalam menangani isu sosial dan menangani persoalan kemiskinan baik di luar atau di bandar. Ternyata ini bukan kelemahan dasar namun lebih kepada tata kelola, ketirisan dan penyalah gunaan kuasa.
16 n Membangun Masyarakat MADANI Konsep ini juga menekankan aspek tata kelola yang menekankan kepada pelaksanaan terhadap dasar sedia ada terutamanya dalam kemelut politik dan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini. Gagasan Perdana Menteri melalui masyarakat Madani adalah melahirkan Malaysia yang maju dan tinggi tamadunnya. Kemajuan ini bukan dinilai dari segi kebendaan atau ekonomi semata-mata, namun yang lebih penting kemajuan dari segi pemikiran dan peradaban. Madani juga berkait dengan dua konsep utama di dalamnya iaitu ketelusan dan kerjasama. Ketelusan penting sebab ia menyentuh soal tadbir urus yang baik dan integriti. Malahan ini sebenarnya menjadi fokus kepada kerajaan dan Perdana Menteri kita masa kini. Begitu juga dengan konsep kedua iaitu kerjasama. Ini terserlah dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan hari ini hasil muafakat dan kerjasama beberapa parti berbeza. Semangat ini perlu dibawa dalam konteks pembangunan negara dan sudah tentu ia pemangkin kemajuan negara. Rakyat yakin kerangka dasar baharu untuk negara dengan konsep Madani dapat membawa perubahan besar kepada negara, terutama dalam merencanakan kepentingan rakyat. Pada masa sama, perlu ada rangsangan lain untuk memenuhi matlamat atau agenda yang ditetapkan dalam tonggak Madani. Ternyata Malaysia Madani akan membawa rakyat ke arah yang lebih baik, sama ada dari segi ekonomi mahupun sosial. Namun kerangka dasar baharu ini akan memberi peluang dan ruang ekonomi kepada rakyat, terutama golongan B40.
Membangun Masyarakat MADANI n 17 Konsep Malaysia Madani diharap dapat membantu membuka ruang kerjaya yang lebih luas kepada golongan muda yang berhadapan dengan isu pengangguran yang semakin mencemaskan. Melalui konsep Malaysia Madani juga, rakyat mahu melihat kematangan politik negara supaya berada dalam keadaan stabil. Rakyat akan yakin dasar baharu itu dapat memacu kemajuan negara terutama dalam pembangunan ekonomi, jika pemimpin komited dan beriltizam memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela. Maka, setiap rakyat perlu terbabit dalam membangun Malaysia Madani. Kesejahteraan rakyat bermula dengan ekonomi yang stabil, selain pembangunan modal insan yang mampan. Justeru, konsep Madani perlu difahami dan diamalkan bukan sahaja penting untuk setiap orang daripada pemimpin namun setiap warga perlu dijadikan amalan supaya segala nilai baik dapat dibentuk dan dipertahankan. Namun apa yang lebih penting adalah Malaysia Madani perlu disambut baik oleh seluruh masyarakat untuk diterjemahkan dalam setiap tindak tanduk mereka.
18 n Membangun Masyarakat MADANI Apa Keutamaan Dalam Konsep Ini? Tiga keutamaan utama yang ingin dicapai dengan konsep “Malaysia Madani” adalah membasmi kemiskinan, mengubah suai semula ekonomi dan memulihkan dan menjana ekonomi. Dalam masyarakat Malaysia, konsep Malaysia Madani diwujudkan kerana kerajaan komited ingin menjaga rakyat daripada konflik perkauman dan melawan usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecahbelahkan masyarakat. Dalam pendidikan, konsep ini mencadangkan untuk menghapuskan dasar yang menyusahkan guru dan pelajar, serta menerapkan pemikiran kritis dan kreatif. Fokus pembangunan sahsiah atau ‘character development‘ juga akan diberi perhatian. Konsep ini juga ingin menggerakkan pemodenan sistem universiti dan mewujudkan ijazah yang berkaitan dengan industri dengan fokus kepada teknologi baharu. Dalam isu alam sekitar, Malaysia Madani bertekad untuk mencapai net-zero green house emissions pada tahun 2050 dan melaksanakan komitmen berdasarkan pendekatan holistik dan tidak silo. Dalam isu tenaga, konsep ini ingin menggerakkan peralihan sumber tenaga daripada bahan api fosil kepada sumber tenaga hijau dan memupuk ekonomi hijau melalui komitmen penuh daripada sektor awam dan swasta. Dalam isu perundangan, Malaysia Madani ingin menubuhkan undang-undang yang tegas terkait perlindungan flora dan fauna, alam sekitar dan masa hadapan negara. Dalam isu cukai, konsep ini mencadangkan untuk memperkenalkan cukai kemampanan yang merangkumi aspek alam sekitar seperti perubahan iklim, keadilan sosial dan isu-isu khusus di peringkat tempatan dan antarabangsa. Dalam isu teknologi pula, Malaysia Madani ingin menggerakkan sektor pembuatan yang berdasarkan prinsip daya cipta. Konsep ini juga ingin menyediakan negara untuk menghadapi kerancakan revolusi industri dan teknologi pertanian. Pasaran kerja akan berubah dengan penggunaan Artificial Intelligence (AI), robotik, automasi, data raya, analitik yang canggih, dan kecerdasan buatan. Negara juga harus siap sedia untuk menghadapi tsunami digital dengan kedatangan teknologi baru.
Membangun Masyarakat MADANI n 19 Dalam isu kemajuan desa, Malaysia Madani ingin menubuhkan pusat luar bandar dan pusat universiti yang memberi fokus kepada penyelidikan dalam aspek Pertanian 4.0 dan daya cipta pertanian moden. Konsep ini juga ingin meningkatkan daya cipta pertanian moden dan pertanian pintar berdasarkan teknologi. Dalam isu institusi, Malaysia Madani ingin menubuhkan pusat penyelidikan dan institusi yang akan memberi fokus kepada penyelidikan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan enam teras utama konsep ini. ‘Malaysia Madani’ slogan kerajaan pimpinan Konsep Madani yang lahir dari perkataan Arab itu menekankan kepada keterangkuman dan urus tadbir baik, demikian menurut Perdana Menteri. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap semasa memperkenalkan slogan pentadbiran kerajaan baharunya ‘Malaysia Madani” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 19 Januari, 2023. Kerajaan memberi jaminan kaum-kaum minoriti dalam masyarakat berbilang kaum di negeri itu akan dihormati dan dipelihara, demikian menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim apabila beliau memperkenalkan slogan yang menekankan kepada keterangkuman dan urus tadbir baik. Malaysia Madani memberi penekanan kepada jaminan bahawa tiada komuniti akan terpinggir, ujar Anwar dalam menerangkan slogan pentadbirannya, termasuk parti-parti di Sabah dan Sarawak, negerinegeri di mana populasinya bukan majoriti Melayu. Konsep Madani dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan dirangkul peradaban yang dicitakan. Pimpinan ini akan berusaha mempelihara rakyat daripada kancah perkauman, serta meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecah-belahkan masyarakat.
20 n Membangun Masyarakat MADANI Malaysia Madani merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi, bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban & nbsp; Kerangka Malayaisa Madani menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.
Membangun Masyarakat MADANI n 21 MAKSUD & LOGO MALAYSIA MADANI (Slogan Baru Kerajaan Perpaduan) Membangun Masyarakat 2023 M A D A N I Jalur – Lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat Warna Biru – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan Warna Kuning – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan Warna Merah – Keberanian, jatidiri dan keazaman Warna Putih – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan Bulan Sabit – bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
22 n Membangun Masyarakat MADANI Peranan setiap anggota masyarakat dalam membina dan membantu kemajuan negara adalah tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Bermula dengan pembentukan masyarakat sejahtera inilah akan terbentuk sebuah masyarakat Madani yang akan menjadi nadi dan penggerak utama kepada sebuah negara yang maju dan sejahtera. Tanggungjawab membina sebuah negara yang sejahtera terletak di atas bahu rakyat. Sama ada sebagai individu atau kumpulan tertentu sehinggalah kepada mereka yang dipilih dan diberikan tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat. Malah, semua anggota masyarakat mesti berganding bahu dalam membantu kerajaan membina negara yang maju daripada semua aspek sama ada politik, ekonomi dan sosial. Setiap warganegara sepatutnya menggembleng tenaga dan menumpukan segala usaha tanpa sikap prejudis atau sebarang konspirasi demi membentuk negara sejahtera sebagaimana dituntut Allah SWT. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’, satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): “Makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya; (negeri kamu ini) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu) Tuhan yang Maha Pengampun!” (Surah Saba’, ayat 15) PERTAMA Matlamat terpenting ialah menumpukan untuk mencurahkan segala khidmat kepada masyarakat demi kepentingan negara. Semua organisasi dan kumpulan masyarakat yang terlibat mestilah meletakkan tujuan asal adalah untuk menjaga kebajikan seluruh anggota masyarakat terutama golongan fakir, miskin dan mereka yang memerlukan. KEDUA Memberikan perhatian khusus dan cakna terhadap golongan yang berkeperluan khas seperti orang tua, anak yatim, golongan kurang upaya dan mereka yang tidak bernasib baik. Tumpuan mereka berkhidmat kepada anggota masyarakat secara umumnya tidak boleh mengkesampingkan golongan ini. Mereka mesti diutamakan. KETIGA Antara matlamat penting masyarakat Madani ialah sentiasa menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa setiap warganaegara. Semangat inilah yang akan memacu setiap jiwa yang cintakan negara agar sentiasa bersedia dan sanggup berkorban demi negara tercinta. Pada masa sama, cuba sedaya upaya untuk menghindarkan perkara yang boleh meruntuhkan negara seperti isu perkauman
Membangun Masyarakat MADANI n 23 dan perbezaan sosio-ekonomi. Program yang mampu untuk menerapkan semangat patriotik perlu diperbanyakkan bagi menangkis anasir buruk daripada pihak tidak bertanggungjawab. KEEMPAT Menumpukan kepada usaha membasmi buta huruf dan golongan tercicir daripada mendapat pendidikan. Walaupun negara kita sudah berada pada tahap yang agak baik dalam kemajuan teknologi dan pendidikan, tetapi masih terdapat sebilangan rakyat yang masih ketinggalan. Program pendidikan dan memberikan pendedahan tentang peluang pendidikan mestilah dibuat secara lebih agresif kerana negara yang maju memerlukan masyarakat yang berpengetahuan tinggi untuk menggalas cabaran yang lebih besar pada masa hadapan. Seterusnya akan dapat menambahbaik dan menaiktaraf kehidupan mereka terutamanya dalam aspek sosio-ekonomi. KELIMA Menjadi matlamat masyarakat Madani juga ialah mendidik seluruh warganegara untuk memahami sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara. Setiap rakyat mesti memahami tanggungjawab masing-masing kepada negara dan apakah yang mereka boleh sumbangkan kepada negara. Rakyat mesti memahami konsep negara majmuk dan hak setiap anggota masyarakat dalam negara. Mereka perlu diterapkan semangat perpaduan antara berbilang kaum dan agama yang saling memerlukan untuk kemajuan negara. KEENAM Semua anggota masyarakat perlu ditingkatkan nilai diri di samping memantapkan jati diri sebagai rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang terkenal di seluruh dunia dengan nilai dan adat resam yang baik mestilah terus dipandang tinggi oleh dunia. Akhlak dan moral yang baik mesti sentiasa dititikberatkan agar terus dihormati dan dipandang mulia. Kesedaran tentang keburukan akibat daripada amalan buruk seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan kerja yang tidak berkualiti mesti menjadi agenda penting. Pencapaian baik secara fizikal sahaja tidak bermakna jika tiada moral dan melanggar etika. Kejayaan di peringkat nasional dan antarabangsa mesti bersulamkan nilai akhlak dan moral yang tinggi. KETUJUH Antara perkara yang sangat penting juga ialah matlamat masyarakat Madani tidak sekali-kali untuk mendapat tempat dan kuasa di dalam pemerintahan negara. Bermakna, matlamat masyarakat Madani bukan mengejar kedudukan. Oleh itu, pembentukan negara Madani yang sejahtera mestilah dibantu oleh peranan masyarakat Madani yang pastinya akan memacu kemajuan negara dengan lebih cepat dan mantap.
24 nn Membangun Masyarakat MADANI Membangun Masyarakat MADANI
Membangun Masyarakat MADANI n 25 DASAR RUKUN MADANI Membangun Masyarakat MADANI n
26 n Membangun Masyarakat MADANI Pada 19 Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati. Bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’, konsep yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini terletak pada enam tonggak utama seperti berikut : • KeMampanan • kesejAhteraan • Daya Cipta • HormAt • KeyakiNan • Ihsan ENAM tonggak iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan serta ihsan memegang maksud MADANI secara menyeluruh. Enam tonggak ini bakal memeta hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera. Berdasarkan kenyataan daripada Perdana Menteri, Malaysia Madani dikarang hasil daripada pengalaman lebih empat dekad di dalam bidang perkhidmatan awam, mengepalai beberapa kementerian dalam kerajaan, menerajui beberapa badan antarabangsa, serta menjadi pendidik di beberapa universiti berprestij dunia.
Membangun Masyarakat MADANI n 27 MADANI bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bukan masyarakat, generasi dan sebagainya) usaha untuk membentuk masyarakat - dengan menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan. Manhaj itu terarah kepada pembinaan masyarakat.
28 n Membangun Masyarakat MADANI
Membangun Masyarakat MADANI n 29 M (KEMAMPANAN) Kemampanan mensyaratkan kesejahteraan dan keseimbangan, dengan pengertian saling menghormati dan mengasihi sesama manusia, dan juga terhadap alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuhan. Ia lebih daripada sekadar pemeliharaan alam sekitar tetapi juga soal memelihara kebajikan haiwan dan mutu kehidupan manusia. Enam Rukun Malaysia MADANI 1
30 n Membangun Masyarakat MADANI
Membangun Masyarakat MADANI n 31 A (KESEJAHTERAAN) Kalimat sejahtera sering membawa makna keseimbangan, atau lebih tetap lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan. Mewujudkan kesejahteraan rakyat justeru haruslah mengambil kira sikap yang baik dan mampan. Enam Rukun Malaysia MADANI 2
32 n Membangun Masyarakat MADANI
Membangun Masyarakat MADANI n 33 Enam Rukun Malaysia MADANI 3 D (DAYA CIPTA) Kalimat daya cipta mengandungi beberapa konotasi, antaranya pembaharuan, reka cipta dan reka baharu. Rekaan itu sendiri merupakan teras utama daya cipta. Perbuatan mereka sesuatu boleh difahami sebagai tindakan menggubah secara kreatif.
34 n Membangun Masyarakat MADANI
Membangun Masyarakat MADANI n 35 Enam Rukun Malaysia MADANI 4 A (HORMAT) Kalimat hormat mengadungi konotasi maruah manusia. Suatu kalimat lain yakni adab, yang berasal daripada bahasa Arab, mengandungi yang sama konotasi seperti budi bahasa, kesopanan dan ketawadukan, dan dilihat bukan semata sebagai asas kepada tingkah laku tetapi juga sebagai asas kepada sebuah peradapan.
36 n Membangun Masyarakat MADANI
Membangun Masyarakat MADANI n 37 Enam Rukun Malaysia MADANI 5 N (KEYAKINAN) Keyakinan punyai kaitan yang erat dengan amanah, yakni sesuatu ikrar pertanggungjawaban moral duniawi dan ukhrawi. Amanah menjadi unsur pokok yang bertanggungjawab menjamin ketenteraman dalam banyak masyarakat sepanjang sejarah.
38 n Membangun Masyarakat MADANI
Membangun Masyarakat MADANI n 39 Enam Rukun Malaysia MADANI 6 I (IHSAN) Ihsan merupakan sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan. Demikian, mengasihi orang lain - keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat secara keseluruhannya, terutamanya kelompok minoriti. Perasaan ihsan itu adalah soal menyelami penderitaan dan kemelaratan orang lain, lalu berusaha untuk mencari jalan bagi penyelesaian.
40 nn Membangun Masyarakat MADANI Membangun Masyarakat MADANI
Membangun Masyarakat MADANI n 41 MENGANGKAT MARTABAT NEGARA MAKMUR Membangun Masyarakat MADANI n
42 n Membangun Masyarakat MADANI
Membangun Masyarakat MADANI n 43 PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan ‘Malaysia Madani’ sebagai langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama. a. Madani ialah kerangka dasar terdiri enam tonggak dasar; b. Enam tonggak dasar itu ialah KeMampanan, KesejAhteraan, Daya cipta, HormAt, KeyakiNan, Ihsan ; c. Madani menyentuh pencorakan masa depan, penuhi potensi rakyat dan negara; dan d. Madani jadi dasar setiap teras bagi memperkukuh lapan keperluan: Tiga keutamaan Keutamaan 1: Membasmi Kemiskinan; Keutamaan 2: Penstrukturan semula ekonomi; dan Keutamaan 3: Memulih dan menjana ekonomi 1 5 6 7 8 EKONOMI 2 3 4 KEMASYARAKATAN BUDAYA BANDAR LUAR BANDAR KEWANGAN PERUNDANGAN PENDIDIKAN
44 n Membangun Masyarakat MADANI
Membangun Masyarakat MADANI n 45 PENDIDIKAN - Pemansuhan dasar yang membebankan guru dan pelajar, serta penerapan pemikiran kritis dan kreatif - Fokus pembangunan sahsiah atau ‘character development’ - Menggerakkan pemodenan sistem universiti; dan - Mewujudkan ijazah berkaitan industri dengan fokus kepada teknologi baharu, mewujudkan kajian bidang-bidang baharu, termasuk pendekatan baharu terhadap ekonomi manusiawi, ihsan dan mampan. MASYARAKAT - Pelihara rakyat daripada kancah perkauman; dan - Meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecahbelahkan masyarakat.
46 n Membangun Masyarakat MADANI