The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jagatmedia.plt, 2023-07-24 08:02:15

DWRamli

Draft

Membangun Masyarakat MADANI n 47 ALAM SEKITAR - Komitmen net-zero green house emissions 2050; dan - Laksana komitmen berasaskan pelaksanaan holistik dan tidak silo. TENAGA - Menggerakkan peralihan sumber tenaga daripada bahan api fosil kepada sumber tenaga hijau - Memupuk ekonomi hijau memerlukan komitmen penuh sektor awam dan swasta. PERUNDANGAN - Suatu undang-undang tegas terkait perlindungan flora dan fauna, alam sekitar dan masa hadapan Malaysia akan digubal.


48 n Membangun Masyarakat MADANI


Membangun Masyarakat MADANI n 49 TEKNOLOGI - Sektor pembuatan mendakap prinsip daya cipta, - Perubahan radikal persiap negara menghadapi kerancakan revolusi industri dan teknologi pertanian, - Pasaran kerja akan berubah dengan penggunaan Artificial Intelligence (AI), robotik, automasi, data raya, analitik yang canggih, kecerdasan buatan; dan - Siap siaga berdepan tsunami digital dengan kedatangan ChatGPT. CUKAI - Memperkenalkan cukai kemampanan; dan - Cukai kemampanan merangkumi aspek alam sekitar seperti perubahan iklim, keadilan sosial, dan isu-isu khusus di peringkat tempatan dan antarabangsa.


50 n Membangun Masyarakat MADANI


Membangun Masyarakat MADANI n 51 INSTITUSI - Menubuhkan pusat penyelidikan dan institusi bebas, yang berhubung langsung dengan industri pada aspek yang berbeda dalam Industri 4.0.; - Usaha sudah dimulakan untuk membuka ruang kepada bekalan kenderaan elektrik (EV) agar melabur di Malaysia; dan - Pembinaan infrastruktur untuk keperluan kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan tanpa pemandu. KEMAJUAN DESA - Menubuhkan pusat luar bandar dan pusat universiti beri fokus meneroka aspek Pertanian 4.0 daya cipta pertanian moden; dan - Memperhebat daya cipta pertanian moden dan pertanian pintar berasaskan teknologi.


52 n Membangun Masyarakat MADANI


Membangun Masyarakat MADANI n 53 PENILAIAN PRESTASI - Memperkenalkan mekanisme baharu penilaian prestasi sektor awam lebih holistik iaitu Malaysian Government Performance Index (MyGPI); - MyGPI menilai pengurusan organisasi dan pendigitalan perkhidmatan melalui tadbir urus ke arah reformasi sektor awam, menyumbang kepada peningkatan imej dan kedudukan negara di peringkat global, pemudahcaraan komuniti perniagaan dan kesejahteraan rakyat; dan - Pencapaian diukur kira aspek kepimpinan, pematuhan, inklusif, responsif, integriti dan ketelusan serta prestasi sektor awam yang dinamik, berkesan dan berpaksikan rakyat . MEDIA BERMARUAH - Menghormati privasi, kebenaran dan keadilan dalam media arus perdana dan media sosial; - Bebas daripada laporan tidak beretika, prasangka, dan campur tangan politik; dan - Penyuburan budaya hormat-menghormati, yang menjadi sendi kepada Madani.


54 nn Membangun Masyarakat MADANI Membangun Masyarakat MADANI


Membangun Masyarakat MADANI n 55 PENDEKATAN RAHMAH DALAM MEMACU MALAYSIA MADANI Membangun Masyarakat MADANI n


56 n Membangun Masyarakat MADANI Pendekatan rahmah dalam semua program Kerajaan Perpaduan amatlah bertepatan dengan objektifnya untuk memberikan kebaikan, kebajikan dan pertolongan terutamanya kepada golongan miskin dan yang memerlukan. Pendekatan ini telah dimulakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang memperkenalkan inisiatif Payung Rahmah bagi mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar. Program jangka pendek ini membabitkan empat elemen iaitu Bakul Rahmah (bantuan makanan bulanan), Kafe Rahmah (bantuan makanan pelajar universiti), Jualan Murah Rahmah dan Barangan Rahmah dengan harga barangan-barangan asas yang lebih rendah, di samping Menu Rahmah yang dilancarkan KPDN baru-baru ini. Selain itu, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah turut dilaksanakan kerajaan kepada keluarga dan individu B40, sebagai kesinambungan daripada bantuan-bantuan tunai daripada kerajaan sebelum ini. Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada 12 Januari 2023 telah menekankan pendekatan berkonsepkan ‘Rahmah’ dalam semua program Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan kebajikan golongan miskin terutamanya miskin tegar. Melalui pendekatan ini, beliau mahu memastikan tumpuan lebih diberikan terhadap projek pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat termasuk tebatan banjir, berbanding projek-projek besar atau mega.


Membangun Masyarakat MADANI n 57 Makna Rahmah Namun adakah makna rahmah ini difahami dan dihayati oleh masyarakat? Apakah maksud rahmah dalam pendekatan yang digunakan oleh kerajaan sekarang? Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), rahmah (dalam bahasa Arab) atau rahmat bermaksud belas kasihan, kurnia, berkat, bahagia, kelebihan, hikmah, faedah dan kegunaan. Menurut artikel ‘Kajian Semantik Kata Rahmah Dalam al-Quran’ oleh Muhammad Faqih Ihsan (2021), perkataan rahmah sendiri diulang sebanyak 64 kali dalam al-Quran, manakala perkataan tersebut dan kata-kata terbitannya diulang sebanyak 327 kali. Imam al-Raghib al-Isfahani dalam kitab Mufradat Alfadz al-Quran mendefinisikan rahmah sebagai kelembutan yang menuntut berbuat baik kepada yang disayangi. Rahmah mengandungi makna yang lebih luas dalam al-Quran dengan tidak kurang daripada 14 makna, antaranya agama Islam, syurga, hujan, kenabian, kenikmatan, rezeki, pertolongan dan kemenangan, kesihatan, kasih sayang, keimanan, petunjuk, Nabi Isa a.s., Rasulullah SAW dan al-Quran itu sendiri. Jelas di sini bahawa makna perkataan rahmah mencakupi segala bentuk kebaikan dan kebajikan yang seharusnya disebarluaskan kepada umat manusia. Negara Rahmah dan Malaysia Madani Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mempunyai aspirasi mencapai perubahan ke arah kebaikan untuk membina sebuah negara yang makmur untuk rakyat Malaysia menggunakan konsep rahmah. IKRAM sendiri ingin melihat terbinanya sebuah Negara Rahmah di Malaysia dengan agenda kebajikan dan pengislahan terus diberi keutamaan demi perubahan yang lebih baik untuk rakyat dan negara. Ciri-ciri Negara Rahmah dilambangkan dalam kepemimpinan negara yang kompeten dan berintegriti, sistem pemerintahan yang berasaskan semak dan imbang yang berkesan, tadbir urus yang baik, undangundang yang adil, masyarakat yang berilmu, berakhlak dan penyayang, institusi keluarga yang utuh.


58 n Membangun Masyarakat MADANI Ciri-ciri seterusnya ialah hubungan etnik dan penganut agama yang harmoni, ekonomi yang mampan, agihan kekayaan yang saksama, pembangunan yang lestari, kebajikan, kesihatan dan keselamatan rakyat yang terpelihara, dan menerajui usaha keamanan dan kesejahteraan sejagat. Kesemua 12 ciri Negara Rahmah ini dilihat selari dengan hasrat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memperkenalkan konsep Malaysia Madani sebagai acuan untuk membangunkan negara, melalui akronim daripada keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan. Menurut DBP, madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Konsep Malaysia Madani juga mengambil teladan daripada kejayaan Nabi Muhammad SAW membina negara Madinah dengan mendamaikan suku Aus dan Khazraj, mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar serta menyatukan semua kaum di Madinah. Rakan Bina Negara Dengan yang demikian, pendekatan rahmah oleh IKRAM bukan sahaja sekadar prihatin dengan golongan miskin dan memerlukan, tetapi ia turut melebarkan keprihatinannya dalam segala aspek kehidupan masyarakat dan negara. Bagi menjayakan Malaysia Madani, sebagai sebuah NGO dakwah, tarbiah dan kebajikan, IKRAM komited untuk menjadi rakan strategik pembinaan negara melalui kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi, NGO mahupun swasta. Ini dapat dibuktikan melalui penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (SBKK) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).


Membangun Masyarakat MADANI n 59 Sasaran Dasar MADANI Visi Kemampanan Kerumitan Percanggahan Kekacauan Keserentakan Masa hadapan Ekonomi & Kewangan Perundangan Industri Pendidikan Pemantauan Institusi Pemberdayaan Kebudayaan Kemasyarakatan Bandar Luar Bandar Kesejahteraan Daya Cipta Hormat Keyakinan Ihsan


60 n Membangun Masyarakat MADANI BAGAIMANA HALA TUJU WADAH MADANI DALAM PARADIGMA PENDIDIKAN Konsep Madani ini seiring dengan tujuh teras utama pendidikan negara. Bagi membangunkan kualiti individu sekaligus masyarakat khususnya dalam sistem sosial masyarakat Madani, ianya haruslah berakar-umbi melalui jalur pendidikan. Pendidikan telah terbukti merupakan kaedah paling efektif dalam merangka, menganalisa dan mempengaruhi pola pemikiran individu dan masyarakat untuk kesiapsiagaan masa depan.


Membangun Masyarakat MADANI n 61 Oleh yang demikian, konsep ini perlu diperhalusi dan diterapkan dalam setiap cara pengajaran dan kaedah pembelajaran melalui pendidikan Islam. Pendidikan Islam bersifat universal dan didasari nilai-nilai luhur dan relevan untuk setiap peringkat pendidikan. Pendidikan Islam bukan sekadar “transfer of knowledge” akan tetapi lebih merupakan suatu sistem yang ditata di atas teras keimanan, moral dan kesolehan yakni sistem yang berkait langsung dengan Tuhan. Pada hakikatnya, kesinambungan antara pendidikan Islam dan masyarakat Madani bukanlah kebetulan semata-mata. Kedua-dua adalah bersinergi antara satu sama lain dalam melahirkan insan yang kamil. Sistem Pendidikan kita hendaklah diterapkan juga ilmu akhlak yang menjadi semakin pudar di era globalisasi ini. Sifat hormat menghormati sesama insan tidak kira agama, bangsa dan budaya hendaklah diterapkan dalam pelbagai peringkat daripada sekolah tadika sehingga universiti.


62 n Membangun Masyarakat MADANI Bahasa yang dipakai terutamanya semasa di media sosial hendaklah dijaga bagi mengelakkan budaya sindir menyindir yang merosakkan keharmonian sesebuah negara. Kerajaan perlu lebih ke hadapan dalam membantu masyarakat supaya lebih saling sayang menyayangi, hormat menghormati dan saling bekerjasama dalam pelbagai pihak. Sikap adil perlu diberi kepada setiap negeri bagi menambahkan keharmonian dan kestabilan negara. Sikap mencari salah orang hendaklah dibuang jauh, malah kerajaan hendaklah memandang ke hadapan bagi memajukan negara dalam keseimbangan dunia dan akhirat. Masyarakat Madani hendaklah bermula dalam diri kita sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat serta negara. Pastikan maklumat yang kita kongsi di platform media sosial memberi impak yang positif kepada masyarakat. Para ilmuan dan professional perlu tampil kehadapan dalam memberikan idea dan cadangan yang bernas demi memajukan negara bukan sahaja bersifat duniawi semata-mata tetapi kita perlukan keseimbangan dunia dan akhirat. Budaya rasuah serta ketidakjujuran perlulah dibendung supaya negara dapat berdaya saing dan bergerak lebih maju tanpa penindasan daripada pihak-pihak tertentu. Manusia adalah khalifah di muka bumi ini yang bermaksud manusia sebagai wakil atau pemimpin di bumi. Maka tugas kita amat berat dalam mentadbir bumi. Ia bukan sahaja tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi keseluruhan masyarakat dalam membentuk negara yang diredhai oleh Allah SWT. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Masing-masing kalian adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban tentang orang yang dipimpinnya. Penguasa adalah pemimpin bagi manusia, dan ia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka. Seorang laki-laki adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka. Wanita adalah pemimpin bagi rumah suaminya dan anaknya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka. Seorang budak adalah pemimpin terhadap harta tuannya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang harta yang diurusnya. Ingatlah, masing-masing kalian adalah pemimpin dan masing-masing kalian akan diminta pertanggungjawaban tentang kepemimpinannya.” (HR. Bukhari) Sebagai penutup wacana, masyarakat madani bukanlah slogan rhetorik semata, malahan merupakan sebuah keniscayaan suatu bangsa. Masyarakat bertamadun didasari dengan ketinggian moral, berakhlak mulia, kaya dengan sikap toleransi, penuh semangat patriotik, justeru mengutamakan kualiti baik dalam bidang ilmu mahupun teknologi.


Membangun Masyarakat MADANI n 63 Ahli filsafat Petrus mengungkapkan bahwa masyarakat madani bisa diartikan sebagai masyarakat yang beradab dalam memaknai kehidupan. Asal mula kata madani yaitu dari Bahasa Inggris, yang artinya beradab atau berbudaya. Sedangkan istilah masyarakat sipil diambil dari terjemahan masyarakat madani sendiri, yaitu masyarakat yang beradab. Konsep terjemahan tersebut pertama kali dikenalkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, melalui ceramahnya di Simposium Nasional pada tahun 1995. Konsep yang diciptakan oleh Anwar Ibrahim ini ingin menunjukkan bahwa masyarakat idealnya memiliki peradaban yang maju. Lebih tepatnya, beliau menyebutkan bahwa yang dimaksud dengan masyarakat madani adalah sebuah sistem sosial yang subur. Dimana sistem tersebut didasarkan pada prinsip moral yang dapat menjamin keseimbangan antara kestabilan masyarakat dan kebebasan individunya. Apakah kamu mengetahui apa pengertian masyarakat madani? Masyarakat madani atau civil society merupakan bagian masyarakat yang memiliki adab dalam membangun, memaknai, dan menjalani kehidupannya. Masyarakat madani seringkali diartikan dengan makna yang berbeda-beda. Hal ini merupakan salah satu konsep berwayuh wajah. Pengertian Masyarakat Madani


64 nn Membangun Masyarakat MADANI Membangun Masyarakat MADANI


Membangun Masyarakat MADANI n 65 ASAL MUASAL/ INSPIRASI KEPADA MADANI TEKS UCAPAN YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEMPENA AMANAT PERDANA MENTERI MEMBANGUN MALAYSIA MADANI 19 JANUARI 2022 (KHAMIS) | 11.30 PAGI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC), PUTRAJAYA Membangun Masyarakat MADANI n 65


66 n Membangun Masyarakat MADANI Asal Muasal/ Inspirasi kepada MADANI 1. Istilah “Madani” merujuk kepada tatakelola yang adil dan berkesan dalam sejarah umat Islam di Madinah, yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW dan didukung oleh warganya yang berbilang kaum dan agama, yaitu masyarakat yang mengacu pada dasar-dasar manfaat buat warganya yang disebut al-khayr. 2. Keunikan fabrik sosial Madinah ditandai dengan Sahifah Madinah yang diungkapkan sebagai “serba terangkum dan sejagat (truly inclusive and universal.)”1 Sahifah Madinah juga menjadi asas kepada Fiqh al-Muwātanah tokoh demokrat Islam Rashid al-Ghannouchi dalam tulisantulisannya. 3. Pemenang Nobel Amartya Sen juga pernah menyatakan bahawa, “While democracy is not yet universally practiced, nor indeed uniformly accepted, in the general climate of world opinion, democratic governance has now achieved the 1 Dr Muhammad Hamidullah, The First Written Constitution in the World (1975) 2 Al-Dimuqratiyyah wa Huqūq al-Insān fī al-Islām (2012). status of being taken to be generally right.” Frasa utama di sini tentulah “democratic governance”, yakni, tadbir urus demokrasi. Dignity of Man 4. Perlu digariskan bahawa usul asas yang membingkai demokrasi dan masyarakat madani ialah konsep maruah manusia – the dignity of man. Sarjana Barat sering mengaitkan konsep ini dengan humanis Renaissance Itali Pico della Mirandola tetapi hakikatnya konsep ini diwacanakan jauh lebih awal lagi (hampir 500 tahun lebih awal), yakni, oleh ulama terkenal Abbasiyah Ibn Qutaiba dalam Khalq al-Insan atau “Penciptaan Manusia.” 5. Konsep ini sebenarnya begitu universal sehingga dalam karya terkenalnya Hamlet, William Shakespeare telah menggambarkan maruah manusia seperti berikut: “What a piece of work is a man! how noble in reason! How infinite in faculty! in form and moving how express and admirable, in action how like an angel….”


Membangun Masyarakat MADANI n 67 MADANI sebagai Garis Panduan untuk Mengemudi Negara 6. Pembuat dasar dan pucuk pimpinan kementerian dan agensiagensi negara sememangnya ingin tahu ke manakah hala tuju Kerajaan Perpaduan pada tahun 2023 dan selepasnya. 7. Kita perlu melihat kepada kenyataan global pada hari ini. Dalam dunia yang serba tidak menentu, ditandai dengan kerumitan (complexity), percanggahan (contradiction), kekacauan (chaos) dan keserentakan (simultaneity), suatu kerangka strategik yang komprehensif harus dibangunkan untuk mengemudi negara menempuh zaman yang ditakrifkan sebagai pascanormal – indeed, these are postnormal times. 8. Berlatarbelakangkan ini, konsep MADANI telah dirangka sebagai ikhtiar kita untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan. Negara – dan peradaban – yang kita citakan, dan akan bangunkan kelak haruslah M.A.D.A.N.I. - Mampan, sejahterA, berDaya cipta, saling menghormAti, punyai keyakiNan dan bersifat Ihsan. Ekonomi yang Manusiawi: Humane Economy 9. Prestasi ekonomi tahun 2022 dilihat sebagai memberangsangkan ekoran pembukaan semula ekonomi selaras dengan peralihan fasa endemik COVID-19. Dengan sentimen ekonomi yang kekal positif pada hujung tahun 2022 tahun 2022 besar kemungkinan melebihi unjuran awal antara 6.5 peratus hingga 7 peratus. 10. Namun demikian, tinjauan ekonomi dunia bagi tahun 2023 tidak menentu dan mencabar. Economic headwinds termasuk kekusutan konflik geopolitik yang berlaku menekan inflasi global dan melemah pertumbuhan ekonomi. 11. IMF mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global menurun daripada 3.2 peratus untuk tahun 2022 kepada 2.7 peratus pada tahun 2023. 12. Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4% tahun 2023 mengambil kira keadaan ekonomi dunia yang dijangka lebih mencabar pada tahun ini.


68 n Membangun Masyarakat MADANI Kadar pengangguran 13. Pemulihan ekonomi masa ini turut menyumbang penurunan kadar pengangguran kepada 3.7 peratus pada November 2022 tetapi masih lebih tinggi daripada keadaan guna tenaga penuh sebelum krisis COVID-19 iaitu 3.3 peratus. 14. These are not absolute numbers and we know that GDP, poverty numbers and statistics alone do not tell the whole story. They are not the be all and end all. 15. Sudah tiba masanya untuk menamatkan salah ukur kemajuan manusia dengan pertumbuhan ekonomi semata-mata. Kadar pengangguran juga tidak boleh dilihat dari segi perangkaan sahaja kerana ia tidak menggambarkan kesengsaraan dan penderitaan sebenar kemiskinan yang dialami oleh rakyat atau mereka yang terjejas. 16. Bak kata Albert Einstein, “Everything that can be counted does not necessarily count; everything that counts cannot necessarily be counted.” 17. Justeru, pertumbuhan dan pengembangan perlu dicapai dalam konteks yang lebih luas yakni ekonomi manusiawi - yang mengutamakan keperluan rakyat, khususnya, yang miskin dan terpinggir, yang membebaskan mereka daripada cengkaman kemiskinan dalam sistem kapitalisme yang tidak terkawal – unbridled capitalism – yang membiak ketidaksamaan kekayaan dan ketidaksamaan taraf hidup. 18. Apakah sistem unbridled capitalism ini dapat memberikan rakyat marhaen akses kepada keperluan asas untuk kehidupan yang bukan sahaja produktif sepenuhnya tetapi juga menganugerahkan kepadanya maruah yang sepatut diterimanya? Ini termasuk pendapatan yang mencukupi, pendidikan berkualiti dan latihan yang berkesan, perumahan yang selesa, pemakanan yang mencukupi, penjagaan kesihatan, dan keselamatan dan keamanan. 19. Ini bukan soal akademik, bahkan pertimbangan fundamental yang pada hemat saya boleh dicapai dalam sistem market economy yang diselubungi demokrasi yang berlandaskan keadilan sosial - social justice. 20. Prinsip keadilan sosial ini menjadi tunjang kepada konsep ekonomi manusiawi, di mana pada 26 tahun yang lalu, saya telah menukil dalam buku The Asian Renaissance bahawa “Asas ekonomi manusiawi ialah falsafah pembangunan yang holistik, berpandukan keprihatinan etika dan


Membangun Masyarakat MADANI n 69 sosial serta berasaskan prinsip keadilan dan kebajikan – al-‘adl wa ‘lihsan. Menguruskan ekonomi sedemikian bukan sahaja mengenai peruntukan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan fizikal dan material manusia, ia juga mengenai peruntukan sumber yang sama untuk memenuhi kehendak rohani dan intelek manusia.” 21. Fast forward ke 2023, saya percaya tema ini bukan sahaja masih relevan bahkan merupakan imperative sebagai pendekatan menyeluruh demi negara mencapai pertumbuhan ekonomi lestari yang juga prihatin rakyat dari segi rohani dan jasmani. 22. Maka dalam konteks ini, wahdah Malaysia Madani berteraskan Nilai Fundamental S.C.R.I.P.T sebagai asas, didukung oleh empat dasar semasa, yakni, Rancangan Malaysia Ke-12, Bajet Tahunan Kerajaan, Pelan Baharu Antirasuah yang akan digubal kelak serta Matlamat Pembangunan Mampan atau U.N. Sustainable Development Goals (SDGs). 23. Wahana utama yang menjadi teras Malaysia Madani akan bertunjangkan empat Teras Strategik Utama iaitu Membina Semula Ekonomi, Menjamin Kesejahteraan Insan, Reformasi Institusi Demokrasi dan Perundangan serta Mewujudkan Pentadbiran Beramanah. 24. Bagi memastikan kemampanan dan kelancaran agenda ini, tiga pembolehdaya strategik (strategic enablers) akan berfungsi sebagai enjin penggerak iaitu Digitalisasi Perkhidmatan Rakyat, Pendaya upayaan Bakat Terbaik Negara dan Pemerkasaan Pengurusan Projek Strategik. 25. Prinsip enjin penggerak ini sarat dengan makna dan implikasi. Semasa dunia dilanda dengan krisis ekonomi gergasi iaitu the Great Depression, John Maynard Keynes dalam bukunya Essays in Persuasion, menukil tentang “magneto [alternator] trouble,” yakni, “no matter how powerful the economic engine I is, it will not perform well as long as one crucial part is malfunctioning.” Ertikata lain, tidak kira betapa kuatnya enjin ekonomi, ia tidak akan berfungsi dengan baik selagi sebahagian pentingnya rosak.4 26. Enjin utama, yakni, jentera kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar perlu berfungsi secara optimal. Justeru, kita perlu selesaikan isu tatakelola serta koordinasi, terutamanya bermula dengan pihak pengurusan atasan dan inshaAllah roda ekonomi akan mula berputar semula, bahkan dengan lebih laju lagi.


70 n Membangun Masyarakat MADANI 27. Memandangkan ini, keutamaan strategik boleh dicerakin seperti berikut: Keutamaan 1: MEMBASMI KEMISKINAN Kendatipun kadar kemiskinan negara dikatakan menurun dengan ketara ketimbang lima dekad yang lalu, namun hakikatnya jumlah rakyat miskin masih tinggi. Setakat Julai 2022, lebih 136,000 isi rumah masih dalam kategori miskin tegar, sementara lebih 308,000 isi rumah dalam kategori miskin. 4 John Maynard Keynes, Essays in Persuasion Dalam kesempatan yang lain, Jabatan Perangkaan Malaysia turut mendedahkan bahawa sebanyak 20 peratus daripada kumpulan isi rumah M40 telah beralih kepada kumpulan B40 susulan pelaksanaan PKP yang menyaksikan kemerosotan atau kehilangan punca pencarian rakyat. Sementara faktor pendapatan menjadi unsur asasi dalam menentukan kadar kemiskinan, sayugia diberi tumpuan juga pada dimensi lain yang turut menjadi perkara pokok dalam mutu kehidupan. Justeru, saya usulkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi sebagai kaedah alternatif bagi mengukur kadar kemiskinan berdasarkan dimensi keperluan asas seperti tahap pendidikan, zat makanan, bekalan air bersih dan sebagainya, sesuai dengan kenyataan hidup manusia yang hakikatnya beragam dimensi. Perjuangan selama lebih 2 dekad menjadi teladan untuk kita membina sebuah masyarakat madani yang bersifat ihsan, peduli dan merasai keperitan orang miskin. Membela kebajikan bermula dengan kadar upah yang bermaruah. Keutamaan 2: PENSTRUKTURAN SEMULA EKONOMI Penstrukturan semula ekonomi perlu berasaskan etika yang mampan – elakkan pembaziran dan kemewahan, basmi ketirisan dan rasuah, segerakan bantuan dan prasarana rakyat, pemerataan kekayaan secara saksama. Soal penentangan rasuah sudah berulang kali dibangkit dan dirumus. Cukup sekadar saya mengulangi bahawa langkah-langkah berkesan terhadap rasuah mesti merangkumi pembaharuan masyarakat dan undang-undang yang menyeluruh. There must be the political will to wage war on this.


Membangun Masyarakat MADANI n 71 Keutamaan 3: MEMULIH DAN MENJANA EKONOMI Kita perlu memberi galakan dan dorongan penuh kepada perusahaan tempatan yang berteraskan M.A.D.A.N.I. untuk menyumbang kepada pertumbuhan; dan menarik pelaburan asing yang berteraskan M.A.D.A.N.I. untuk memastikan kesejahteraan rakyat. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia kerana mereka menyumbang 38% kepada KDNK kita. PKS di seluruh negara membentuk 97.2% daripada jumlah keseluruhan pertubuhan perniagaan di Malaysia, menggaji hampir 70% tenaga kerja negara. Justeru, memastikan PKS berkembang dan maju harus menjadi keutamaan pokok. Kerajaan. Masyarakat. 28. Perpaduan kaum: Pimpinan ini akan berusaha mempelihara rakyat daripada kancah perkauman, serta meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecah-belahkan masyarakat. 29. Raja-Raja Melayu seperti DYMM Sultan Perak, DYMM Sultan Selangor dan terbaru DYMM Raja Perlis, juga telah bertitah memberi peringatan. 30. Menelaah semula gesaan Ibn Khaldun yang menganjurkan asabiyyah dalam pengertian perpaduan dan kerjasama, berkongsi tujuan untuk membangunkan negara, dan berwaspada terhadap asabiyyah dalam pengertian perkauman sempit sehingga mengizinkan berlakunya kezaliman: Wahai Rasullullah, adakah tergolong sebagai asabiyyah jika seseorang mencintai kaumnya? Baginda bersabda, tidak. Tetapi yang dikatakan asabiyyah itu adalah saat seseorang menolong kaumnya pada perkara yang zalim.”


72 n Membangun Masyarakat MADANI Pendidikan 31. Menurut Franklin D. Roosevelt: Democracy cannot succeed unless those who express their choice are prepared to choose wisely. The real safeguard of democracy, therefore, is education. 32. Reformasi pendidikan menuntut pemansuhan dasar yang membebankan guru dan pelajar, serta penerapan pemikiran kritis dan kreatif. 33. Neil Postman mengutarakan tesis yang menekankan peripentingnya berwaspada atas “the false gods of modern education” dari peringkat sekolah lagi.5 Justeru, walaupun economic utility, technology dan technical and vocational skills adalah penting untuk menghasilkan tenaga kerja yang berfungsi dan produktif, kita tidak boleh lupa bahawa rasionale utama untuk pendidikan awam ialah pembangunan sahsiah – character development. 5 Neil Postman, The End of Education. 34. Mengikut Profesor Sayed Naquib Al-Attas, objektif pendidikan adalah ta’dib yakni bertujuan menjadikan manusia lebih baik, lebih beradab. Konsep ini membawa nilai keadilan, kebijaksaan dan amal yang perlu diterapkan secara holistik dalam kurikulum pendidikan nasional. 35. Melangkah ke hadapan, pemodenan sistem universiti harus digerakkan, termasuklah mewujudkan ijazah berkaitan industri dengan fokus kepada teknologi baharu, mewujudkan kajian bidang-bidang baharu, termasuklah pendekatan baharu terhadap ekonomi manusiawi, ihsan, ada pertimbangan yang mampan, memberi tumpuan kepada kerjasama dan bukannya persaingan yang tidak terkawal. Ini diperlukan bagi mengharungi masa-masa sukar dan tidak menentu yang akan datang – ternyata pendidikan tinggi berperanan mempersiap pelajar untuk masa hadapan. Alam sekitar 36. Sudah kerap kali dinyatakan bahawa Malaysia mensasarkan tahun 2050 untuk mencapai net-zero green house gas emissions. 37. Justeru, apa yang diperlukan ialah tindakan susulan terhadap rancangan pelaksanaan secara holistik dan bukan pendekatan ‘silo’. Coordination is essential or else the engine will malfunction.


Membangun Masyarakat MADANI n 73 Tenaga 38. Perpindahan sumber tenaga daripada bahan api fosil kepada sumber tenaga asli seperti suria, angin, hidroelektrik, dan sumber tenaga alternatif lain akan mula digerakkan. Usaha memupuk ekonomi hijau memerlukan komitmen penuh oleh sektor awam dan swasta. Perundangan 39. Suatu undang-undang yang tegas terkait perlindungan flora dan fauna, alam sekitar dan masa hadapan Malaysia akan digubal. Cukai 40. Cukai kemampanan yang terkait dengan aspek alam sekitar seperti perubahan iklim, keadilan sosial, dan isu-isu khusus di peringkat tempatan dan antarabangsa wajar diperkenal untuk memastikan tekad kerajaan dalam melaksanakan agenda kemampanan negara dapat diteruskan. Teknologi 41. Setiap sektor pembuatan harus mendakap prinsip daya cipta dan melakukan perubahan radikal untuk mempersiap negara bagi menghadapi kerancakan industri 4.0, teknologi pertanian serta gelombang perubahan yang lain. Pasaran kerja akan berubah dengan peningkatan penggunaan Artificial Intelligence (AI), robotik, automasi, data raya, analitik yang canggih, kecerdasan buatan dan pelbagai lagi perkembangan teknologi digital di luar kotak fikiran. 42. Mengenai AI, kita perlu bersedia berhadapan tsunami teknologi yang akan melanda dunia digital dengan kedatangan ChatGPT. Maka, persediaan yang secukupnya bagi menghadapi perubahan harus disegerakan.


74 n Membangun Masyarakat MADANI Kemajuan desa 43. Menubuhkan pusat luar bandar serta pusat universiti untuk mengkaji dan meneroka Pertanian 4.0 dan daya cipta pertanian lain (pertanian pintar, penggunaan GPS untuk mengimbas tanah dan pengurusan data, hidroponik, bahan mentah alga, penggunaan teknologi dron, pertanian di laut, kepelbagaian tanaman, dan lain-lain). Institusi 44. Menubuhkan pusat penyelidikan dan institusi bebas, yang berhubung langsung dengan industri pada aspek yang berbeda dalam Industri 4.0. Usaha sudah dimulakan untuk membuka ruang kepada bekalan kenderaan elektrik (EV) agar melabur di Malaysia – terbaru pelaburan sejumlah RM5 bilion untuk membangunkan kilang pengeluaran. Pembinaan infrastruktur untuk keperluan kenderaan elektrik dan kenderaan pandu sendiri juga akan dimulakan. Media bermaruah 45. Dalam dunia media, termasuklah media sosial dan media arus perdana, kebenaran, keadilan dan privasi haruslah dihormati, di samping bebas daripada laporan tidak beretika, prasangka, dan campur tangan politik. Ini justeru memerlukan penyuburan budaya hormat-menghormati, yang merupakan sendi kepada MADANI. Penilaian Prestasi 46. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah memperkenalkan mekanisme baharu penilaian prestasi sektor awam iaitu Malaysian Government Performance Index (MyGPI) yang bertujuan menilai prestasi agensi sektor awam secara holistik.


Membangun Masyarakat MADANI n 75 47. MyGPI melaksanakan penilaian dalam konteks pengurusan organisasi dan pendigitalan perkhidmatan melalui tadbir urus ke arah reformasi sektor awam serta menyumbang kepada peningkatan imej dan kedudukan negara di peringkat global, pemudahcaraan komuniti perniagaan dan kesejahteraan rakyat. 48. Pencapaian agensi diukur melalui tadbir urus yang cekap mengambil kira aspek kepimpinan, pematuhan, inklusif, responsif, integriti dan ketelusan serta prestasi sektor awam yang dinamik, berkesan dan berpaksikan rakyat. Para hadirin sekalian, Akhirul kalam 49. Kita telah menelusuri perjalanan yang cukup jauh dan getir dalam usaha membina negara bangsa. Sejak tanah air kita menuntut Merdeka dari cengkaman penjajah, di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, kita mudik kehadapan membangun anak watan melalui pelbagai dasar dan polisi yang diperkenalkan. 50. Demokrasi berparlimen dan pertanggungjawaban demokrasi (democratic accountability) di negara Malaysia berkembang pesat dan kukuh – is alive and well. Hari ini, dengan mandat yang jelas, keabsahan yang teguh, didukung oleh majoriti yang cukup besar ahliahli Dewan Rakyat yang mengangkat Kerajaan Perpaduan, Alhamdulillah, kita akan membawakan sebuah hala tuju baharu yang akan memandu seluruh jentera Kerajaan serta rakyat Malaysia. 51. Malaysia Madani akan menjadi satu gagasan baharu yang memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera. 52. Di atas semangat itu, kejituan hasrat dan kesungguhan azam, maka saya ingin membawa gagasan baharu Malaysia Madani ini sebagai mantra yang akan kita dukung bersama. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.


76 n Membangun Masyarakat MADANI “Masyarakat madani yang kita bayangkan diasaskan di atas prinsip akhlak dan pemerintahan berasaskan hukum, bukan oleh nafsu manusia yang tidak menentu. Kita perlu mengembalikan nilai-nilai kemanusiaan dan menyegarkan sikap berlapang dada.” (Buku Anwar Ibrahim, Gelombang Kebangkitan Asia, K.Lumpur: DBP, 1997, ms. 49).


Membangun Masyarakat MADANI n 77 Bagaimana kita boleh menjamin kesinambungan atau continuity proses menjayakan cita-cita masyarakat madani? Menurut Alexis de Tocqeville, pemikir Perancis abad ke-19, yang menjamin penerusan sesuatu struktur dan proses masyarakat ialah apa yang beliau sebutkan sebagai habits of the heart, iaitu sikap mental, kecenderungan psikologi dan kebiasaan sesuatu masyarakat tersebut. Malek Bennabi menyebutnya sebagai guiding ideas, idea-idea pendorong. Justeru itu sementara kita berusaha membina institusi untuk melaksanakan cita-cita masyarakal madani kita juga perlu memperdalamkan komitment prinsip dan idea yang mendasar masyarakat madani: iaitu prinsip moral, keadilan, kesaksamaan dan musyawarah. Dato’ Seri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri Malaysia Di Festival Istiglal, Jakarta 26 September 1995


78 n Membangun Masyarakat MADANI Akar kata madani ialah Din atau agama. Ada pelbagai makna bagi din itu dan semuanya menyumbang kearah kebenaran dan kehalusan makna madani tadi. Daripada Din kita mendapat perkataan madinah. Sebelum Nabi berpindah ke bandar yang di beri nama Madinah itu, tempat tersebut bernama Yathrib. In bererti pertukaran nama kepada Madinah mempunyai makna yang penting dan mendalam. Madinah bermaksud tempat di mana din dijelmakan dan diamalkan dengan sempurna. Biasanya tempat-tempat yang dinamakan Madinah itu ada undang-indangnya, ada hukum-hukumnya, ajaran-ajaran benarnya dan ia merupakan empat yang ada akhlak. Oleh kerana itulah di dalam al-Quran, apabila Madinah disebut, diberitahu ada orang-orang yang berilmu di dalamnya, lang boleh memahami ajaran-ajaran yang disampaikan oleh Rasul seperti yang tersebut di dalam surah Ya-Sin: “Ikutlah mereka yang tidak meminta ganjaran dan mereka yang mendapat hidayah”


Membangun Masyarakat MADANI n 79 Perkataan madinah di sini juga menunjukkan tempat di mana telah wujud kefahaman yang tinggi. Oleh kerana itulah daripada perkataan madinah tadi juga lahir perkataan tamaddun-iaitu tempt dimana masyarakatnya telah mencapai taraf insaniyah yang luhur, dimana ada tatasusila, hukum dan undang-undang, di mana ada penguasa atau pentadbirannya yang juga mempunyai hikmah yang mampu melaksanakan keadilan. Jadi madinah dan tamaddun tidak sama maknanya dengan civil yang bermaksud kota atau bandar yang sekular yang mempunyai sistem kenegaraan yang tidak ada kait mengait dengan budi pekerti. Oleh itu bila kita bercakap tentang “Islamic civilisation” kita mempunyai makna kita tersendiri dengan menggunakan istilah-istilah yang terdapat dalam Islan yang juga telah menjadi sebahagian daripada bahasa kita sendiri. Misalnya: dalam istilah sekular faham mengenai akhlak tidak terdapat seperti di dalam istilah keislaman. Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas Pengarah International Institute Of Islamic Thought And Civilization (ISTAC)


80 n Membangun Masyarakat MADANI Dengan semangat dan iltizam seperti itu pulalah Anwar Ibrahim mengenengahkan gagasan masyarakat madaninya. Kalimat madani biasanya dipakai sebagai terjemahan perkataan civil dan civic, khususnya dalam konteks civil government dan civil society. Karya al-Farabi tentang ketatanegaraan, Kitab al-Siyasah al-Madaniyyah diterjemahkan sebagai Book on the Civic Administration. 4 Demikian juga dengan istilah hakim madani yang pernah digunakan oleh al-Shaykh Muhammad Abduh biasanya diterjemahkan sebagai “pemerintah sivil// Selain itu kalimat madani juga diertikan sebagai civilized atau bertamadun. Dalam kaitan ini Ibnu Khaldun menggunakan istilah madaniyyah (peradaban dan kemakmuran hidup) di samping istilah madani dengan erti perilaku sosial khususnya ketika merujuk sifat semulajadi manusia sebagai makhluk sosial (al-insan madaniyyun bu altab’iy). Tetapi kadang-kadang ia diertikan pula sebagai secular. Bagaimanapun andainya istilah madani itu dirangkaikan semula dengan kata-kata lain yang serumpun seperti tamadun dan madinah yang terkait pula dengan kata din (dari akar kata DYN) maka ia dapat dilepaskan dari makna secular itu. Sebaliknya makna yang tersirat seperti yang dibincangkan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad al-Naquib al-Attas tentang pengertian madinah dalam kaitanya dengan din ialah “....kehidupan abadi yang bertatasusila yang luhur - kehidupan bermasyarakat yang teratur tertib dalam kawalan hukum dan undang-undang serta kuatkuasa keadilan dan hikmat kewibawaan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatya”. Prof. Madya Dr. Siddiq Fadhil Pengerusi Panel Perunding Institut Kajian Dasar (IKD)


Membangun Masyarakat MADANI n 81 Beberapa orang ahli fikir Islam zaman silam telah mengetengahkan teori ilmiah masyarakat madani yang agak luas dan komprehensif dari segi cakupan perbincangannya. Yang paling terkemuka di antara mereka ialah al-Farabi (870-950), In Miskawayh (936-1030) dan Ibn Khaldun (1332-1406). Tidak syak lagi bahawa tokoh-tokoh ini telah berjaya membincangkan konsep masyarakat madani pada tahap yang jauh lebih maju dan tinggi daripada apa yang pernah dilakukan oleh mana-mana pemikir Timur dan Barat sebelumnya termasuk Plato dan Aristotle. TAI-Farabi yang pada umumnya diiktiraf oleh para sarjana pemikiran Islam sebagai pengasas falsafah politik dalam tamadun Islam juga boleh dianggap sebagai pengasas teori masyarakat madani bukan sahaja dalam konteks sejarah Islam tetapi juga dalam konteks sejarah dunia pada amnya. Istilah madani dan juga istilah madaniyyah banyak kali terdapat di dalam tulisan-tulisannya, khususnya dalam karya-karya politik beliau. Kedua-dua istilah ini digunakan olehnya dalam berbagaibagai konteks. Sebagai contoh, dalam buku masyhurnya yang berjudul Katalog Ilmu (Ihsa’ alulum), al-Farabi menggunakan perkataan madani untuk merujuk kepada salah satu cabang ilmu falsafah amali. Istilah Arab yang dipakainya ialah al-ilm al madani 1 yang lazimnya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan istilah political science. Dalam kata lain, perkataan madani telah diterjemahkan dengan perkataan politik Terjemahan ini kurang tepat dan boleh mengelirukan kerana ada satu lagi istilah yang juga diterjemahkan dengan politik, iaitu siyasah yang sering dipakai dan dibincangkan oleh al-Farabi bersama-sama dengan konsep madani atau madaniyyah. Prof. Dato’ Dr. Osman Bakar Timbalan Naib Canselor Akademik Universiti Malaya.


82 n Membangun Masyarakat MADANI Masyarakat dalam falsafah Islam mempunyai beberapa ciri persamaan dan perbezaan dengan konsep masyarakat madani yang terkandung dalam falsafah Barat. Dalam Islam masyarakat madani bermakna masyarakat yang menegakkan nilai-nilai makruf dan melalui proses penegakan nilai-milai makruf in mewujudkan masyarakat bertamaddun. Masyarakat bertamadaun mengikut falsafah Islam yang terkenal yang memasyhurkan konsep masyarakat yang menjamin kebahagiaan (al Sa’adah) setiap insan yang menyertainya. Dalam falsafah Barat pula, masyarakat madani atau pun yang lebih tepatnya civil society merupakan masyarakat di Mana keluarga, kumpulan-kumpulan sukarela, pergerakanpergerakan Sosial, media massa dan institusi-institusi yang lain dapat berfungsi secara bebas autonomous, tapa dikawal oleh pemerintah atau negara. Jelas daripada takrif dalam falsafah Barat ini bahawa civil society merangkumi institusi-institusi yang wujud dalam sesuatu masyarakat di luar individu pada satu pihak dan di luar pemerintah pada pihak yang lain. Profesor Dr. Chandra Muzaffar Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya, Kuala Lumpur


Click to View FlipBook Version