BAB 4 PEMBIAKAN
Sains Tingkatan 1 kssm
Oleh Cikgu Che Mastura Bt Hj Mahmad
Smu (a) Al Falah
4.1 PEMBIAKAN SEKS
DAN ASEKS
PEMBIAKAN SEKS DAN
ASEKS
• Pembiakan ialah proses
penghasilan individu baharu oleh
organisma hidup.
• Pembiakan merupakan ciri asas bagi
setiap organisma hidup
• Pembiakan boleh dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu pembiakan
seks dan aseks.
OBSTETRIK DAN
GINEKOLOGI
• Doktor pakar yang
mengamalkan ilmu
perubatan berkaitan
kehamilan dikenal
sebagai pakar
obstetrik dan
ginekologi.
BEBERAPA ORGANISMA HIDUP YANG
MENJALANKAN PEMBIAKAN SEKS
BEBERAPA
ORGANISMA
HIDUP YANG
MENJALANKAN
PEMBIAKAN
SEKS
BEBERAPA ORGANISMA HIDUP YANG
MENJALANKAN PEMBIAKAN ASEKS
BEBERAPA
ORGANISMA
HIDUP YANG
MENJALANKAN
PEMBIAKAN
ASEKS
PEMBIAKAN SEKS
• Pembiakan seks
merupakan jenis
pembiakan utama yang
dijalankan oleh manusia,
haiwan dan tumbuhan
peringkat tinggi.
• Pembiakan bagi manusia
bukan sahaja untuk
menghasilkan zuriat, malah
melibatkan ikatan
kekeluargaan dan kasih
sayang.
PEMBIAKAN SEKS
PEMBIAKAN SEKS
• Pembiakan seks
menghasilkan
generasi baharu yang
berbeza daripada
induknya dan
menunjukkan variasi
genetik.
• Proses pertama yang
terlibat ialah
persenyawaan.
SEL SPERMA
• Antonie van Leeuwenhoek
merupakan saintis pertama
yang mengkaji sel sperma
menggunakan mikroskop
pada tahun 1677.
PEMBIAKAN ASEKS
• Pembiakan aseks berlaku dalam
organisma ringkas seperti Amoeba,
Paramecium dan Hydra.
• Tumbuhan seperti bawang, halia
dan ubi kentang juga membiak
secara aseks.
• Bagi pembiakan aseks, hanya satu
induk yang terlibat
PEMBIAKAN ASEKS
• Persenyawaan tidak
berlaku dalam
pembiakan aseks.
• Individu baharu yang
dihasilkan adalah seiras
secara genetik dengan
induknya.
• variasi tidak wujud
dalam kalangan anak
KULTUR TISU
• Kultur tisu ialah
contoh bioteknologi
dalam penghasilan
individu baharu.
• Teknik ini akan
menghasilkan
tanaman baharu
dalam tempoh masa
yang singkat.
PEMBIAKAN
ASEKS
• Belahan dedua
• Pertunasan
• Penjanaan semula
• Pembentukan
spora
• Pembiakan
vegetatif
BELAHAN DEDUA
• Belahan dedua ialah
pembahagian satu sel induk
kepada dua sel anak
• Contoh: Amoeba, Paramecium
dan bakteria
BELAHAN DEDUA
PERTUNASAN
• Pertunasan ialah proses
pembentukan tunas
pada badan
organisma.
• Tunas bermula sebagai
satu struktur yang
berkembang dan
kemudiannya terputus
dan membentuk
individu baharu
• Contoh: Hydra dan yis
PERTUNASAN
PENJANAAN
SEMULA
• Penjanaan semula
berlaku daripada
kebolehan fragmen
organisma tertentu
yang tumbuh dan
berkembang menjadi
individu baharu yang
lengkap
• Contoh: Cacing
pipih, tapak sulaiman,
Planaria dan
Spirogyra
PENJANAAN
SEMULA
PEMBENTUKAN SPORA
• Pembentukan spora ialah proses
penghasilan spora di dalam sporangium.
• Selepas sporangium pecah, spora yang
halus dan ringan akan disebarkan oleh
angin.
• Apabila sampai di tempat yang
lembap, spora tumbuh menjadi
tumbuhan yang baharu
• Contoh: Alga, kulat, paku pakis dan
bakteria
PEMBENTUKAN SPORA
PEMBIAKAN VEGETATIF
• Pembiakan vegetatif merupakan
satu cara untuk menghasilkan
tumbuhan baharu daripada
bahagian vegetatif tumbuhan induk
selain bunga.
• Contoh bahagian vegetatif ialah
akar, batang bawah tanah, batang
rayap, bebawang dan daun
• Contoh: Lobak merah, strawberi,
halia, ubi keladi dan ubi kentang
PEMBIAKAN
VEGETATIF
BAHAGIAN VEGETATIF
•Akar
•Daun
•Batang
AKAR
Bahagian akar tumbuhan induk akan berkembang menjadi
tumbuhan baharu.
BATANG
Bahagian batang
tumbuhan induk
akan berkembang
menjadi tumbuhan
baharu.
DAUN
Bahagian daun tumbuhan induk akan berkembang menjadi
tumbuhan baharu
KEPENTINGAN PEMBIAKAN
• Semua organisma hidup membiak
bagi menghasilkan individu baharu.
• Pembiakan sangat penting untuk
menambahkan bilangan organisma
sesuatu spesies. Kegagalan organisma
menghasilkan individu baharu boleh
menyebabkan kepupusan.
• Pembiakan dapat meningkatkan
jumlah individu yang sama spesies
• Pembiakan menurunkan maklumat
genetik kepada generasi baharu
4.2 SISTEM PEMBIAKAN
MANUSIA
SISTEM PEMBIAKAN
MANUSIA
• Manusia membiak dengan cara
pembiakan seks.
• Sistem pembiakan manusia terdiri
daripada sistem pembiakan lelaki dan
sistem pembiakan perempuan.
• Sistem pembiakan lelaki dan perempuan
kedua-duanya sangat penting.
Pasangan tidak dapat melahirkan zuriat
jika mana-mana sistem pembiakan
mereka gagal berfungsi.
PERUBAHAN FIZIKAL YANG
BERLAKU KETIKA AKIL BALIGH
• Akil baligh bermaksud peringkat
permulaan sistem pembiakan menjadi
matang dan menghasilkan sel
pembiakan.
• Remaja yang telah akil baligh akan
mengalami pertumbuhan dan
perkembangan yang banyak sama ada
dari segi emosi,fizikal mahupun fisiologi.
• Umur lelaki ketika mencapai akil baligh
adalah lebih kurang 14-17 tahun
manakala perempuan pula lebih awal
daripada lelaki, iaitu antara 10-12 tahun
LELAKI AKIL BALIGH
• Suara
o Peti suara (larinks) membesar
o Suara menjadi garau
• Badan
o Misai dan janggut mula tumbuh
o Bulu tumbuh di muka, ketiak dan dada
• Organ pembiakan
o Testis menghasilkan sperma dan hormon
seks
o Bulu tumbuh di bahagian sulit
o Zakar dan skrotum mula membesar
PEREMPUAN AKIL BALIGH
• Badan
o Buah dada membesar
o Punggung mula padat dan lebar
o Bulu tumbuh di bahagian ketiak
• Organ pembiakan
o Ovari menghasilkan ovum dan hormon
seks
o Bulu tumbuh di bahagian sulit
o Kitaran haid bermula
PERBANDINGAN GAMET JANTAN
DAN GAMET BETINA
• Sperma ialah sel yang paling kecil di dalam
badan lelaki dan berbentuk seperti berudu. Ovum
pula ialah sel yang terbesar di dalam badan
perempuan.
• pewarisan untuk diturunkan
kepada zuriat (anak).
• Ekor sperma membolehkan
sperma bergerak dan
berenang dalam semen
melalui faraj, uterus dan tiub
Falopio sistem pembiakan
perempuan.
• Jumlah sperma normal yang
dilepaskan adalah sebanyak
60 juta setiap sentimeter
padu.
• Ovum berbentuk sfera dan berdiameter
kira-kira 0.1 mm.
• Nukleus ovum mengandungi maklumat
genetik dan pewarisan untuk diturunkan
kepada zuriat (anak).
• Ovum tidak boleh bergerak sendiri.
• Bilangan ovum yang dihasilkan biasanya
hanya satu setiap bulan bagi perempuan
normal.
• Ovum boleh hidup selama dua hari selepas
dibebaskan dari ovari manakala sperma
boleh hidup sehingga tiga atau empat hari.
4.3 KITAR HAID