The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uyaa07, 2021-04-30 23:17:00

SC T1 BAB 4 = PEMBIAKAN

PP SC T1 BAB 4

Keywords: SAINS T1

KITAR HAID

• Perempuan akan mula mengalami haid
apabila mencapai akil baligh.

• Haid merupakan tanda bermulanya kitar
haid bagi setiap perempuan.

• Haid ialah peluluhan lapisan dinding
uterus dan darah yang mengalir melalui
faraj

• Kitar haid pula merujuk kepada satu siri
perubahan yang berlaku pada dinding
uterus dan ovari.

• Kitar haid juga melibatkan pembentukan
dan pembebasan telur yang matang.

KITAR HAID

• Kitar haid dikawal oleh otak dan
sistem endokrin yang
membebaskan hormon.

• Perempuan normal mengalami
kitar haid kira-kira 28 hari dan
berbeza-beza mengikut individu.

• Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi kitar haid seperti
pengambilan nutrien, perubahan
berat badan secara mendadak,
perubahan emosi dan tekanan
mental.



FASA HAID

• Hari 1 – 5

• Lapisan dinding
uterus, salur
darah dan
ovum yang
tidak
tersenyawa
terluluh dan
disingkirkan
apabila haid
bermula.

FASA
PEMULIHAN

• Hari 6 – 11

• Dinding uterus mula
dibina semula dan
menebal.

• Salur darah pada
dinding uterus mula
terbentuk dan bersedia
untuk menerima
penempelan sel yang
telah disenyawakan.

FASA SUBUR

• Hari 12 – 17

• Ovum dibebaskan dari
ovari pada hari ke-14
kitar haid
(pengovulan).

• Dinding uterus dan
salur darah terus
berkembang.

• Jika ada sperma,
persenyawaan
mungkin berlaku.

FASA PRAHAID

• Hari 18 – 28
• Dinding uterus terus

menebal dan kaya
dengan salur darah.
• Jika berlaku
persenyawaan,
penempelan embrio akan
terjadi di dinding uterus.
• Kitar haid akan berulang
semula sekiranya
persenyawaan tidak
berlaku.

KEPENTINGAN MENGURUS
KEBERSIHAN DIRI SEMASA HAID

• Penjagaan kebersihan diri semasa
haid adalah sangat penting bagi
memastikan sistem pembiakan tidak
dijangkiti oleh mikroorganisma
seperti bakteria, virus dan kulat.

KEPENTINGAN MENGURUS
KEBERSIHAN DIRI SEMASA

HAID

• Semasa haid, wanita perlu
sentiasa menukar tuala wanita
3-4 kali sehari untuk menghindari
jangkitan bakteria dan virus
yang boleh menyebabkan
jangkitan saluran kencing (UTI).

• Wanita haid digalakkan mandi
dengan kerap untuk
membersihkan tubuh badan.

MASALAH KITAR HAID

• Kitar haid yang tidak stabil merujuk
kepada seseorang wanita itu tidak
mengalami haid pada setiap bulan,
kitar haid yang terlalu panjang atau
terlalu pendek dan fasa haid yang
melebihi 15 hari.

• Masalah ini mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor seperti pertambahan
berat badan, masalah hormon,
gangguan emosi, senaman yang
berlebihan dan juga boleh
disebabkan oleh ketumbuhan di
dalam rahim.

4.4 PERSENYAWAAN DAN
KEHAMILAN

PERSENYAWAAN
DAN KEHAMILAN

• persenyawaan bermaksud
proses percantuman
nukleus sperma dengan
nukleus ovum.

• Selepas persenyawaan,
seseorang perempuan
akan mengalami proses
kehamilan, zigot mula
terbentuk dan membesar
di dalam uterus sehingga
kelahiran.



PERSENYAWAAN

DAN KEHAMILAN

• Sperma akan berenang
memasuki faraj ketika
persetubuhan.

• Jika ovum hadir di tiub Falopio,
persenyawaan mungkin akan
berlaku. Nukleus sperma akan
bercantum dengan nukleus
ovum di tiub Falopio dan
membentuk zigot.

• selepas persenyawaan, zigot
membahagi menjadi satu
bebola sel yang disebut sebagai
embrio. Embrio akan menempel
di dinding uterus.

PERSENYAWAAN
DAN KEHAMILAN

• Embrio yang telah
menempel pada dinding
uterus akan terus
berkembang menjadi fetus
yang menyerupai manusia
(bayi).

• Proses ini dinamakan
sebagai kehamilan. Selepas
kira-kira 38 minggu, fetus
akan dilahirkan melalui
faraj.







UJIAN
AMNIOSENTESIS

• Ujian amniosentesis
merupakan suatu ujian
yang dijalankan untuk
mengesan beberapa
jenis kecacatan
kelahiran seperti
sindrom Down dan
pengecutan otot.

• Sejumlah kecil cecair
amnion dikeluarkan
dan diuji.

KEPENTINGAN DAN FUNGSI
PLASENTA DAN TALI PUSAT

• Embrio akan membesar dan
berkembang di dalam satu
pundi yang dikelilingi oleh
membran yang dikenal
sebagai amnion.

• Amnion mengandungi
bendalir untuk melindungi
fetus.



4.5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN FETUS DAN BAYI

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN FETUS DAN BAYI

• Wanita hamil perlu
mendapatkan makanan yang
berkhasiat dan seimbang, serta
menjaga kesihatannya dengan
baik untuk melahirkan bayi yang
sihat.

• Keperluan kalori wanita hamil
adalah lebih tinggi.



FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN FETUS DAN BAYI

• Gizi wanita hamil perlu seimbang
dan mengandungi lebih banyak
karbohidrat, lemak, protein, asid
folik, vitamin C, kalsium, fosforus,
ferum dan serat.

• Setiap kelas makanan ini
memainkan peranan yang penting
bagi kesihatan ibu dan bayi















• Wanita hamil
juga tidak
harus merokok,
mengambil
alkohol dan
dadah

ROKOK

• Bayi yang dilahirkan
berkemungkinan bersaiz kecil

• Risiko kematian bayi semasa
kelahiran berkemungkinan tinggi

• Bayi yang dilahirkan
berkemungkinan terencat akal
dan cacat fizikal

• Bayi berkemungkinan dilahirkan
pramatang

• Keguguran fetus mungkin
berlaku

MINUMAN BERALKOHOL

• Bayi berkemungkinan
menghidap Sindrom Alkohol
Fetus

• Fetus berkemungkinan
terencat

• Fungsi otak,sistem saraf dan
jantung berkemungkinan
musnah

DADAH

• Fetus berkemungkinan
cacat

CIRI-CIRI BAYI YANG
MENGALAMI
MASALAH SINDROM
ALKOHOL FETUS

• Dilahirkan dengan
berat badan yang kecil

• Ukuran kepala bersaiz
kecil

• Terencat akal
• Rupa paras yang cacat

KEPENTINGAN SUSU IBU

• Bayi yang baharu dilahirkan tidak
mempunyai gigi dan tidak dapat
memakan makanan pejal.

• Bayi hanya bergantung pada
susu sebagai sumber nutrien
mereka.

SUSU IBU MERUPAKAN MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI
YANG BAHARU LAHIR KERANA SUSU IBU LEBIH BERKHASIAT

BERBANDING DENGAN SUSU FORMULA.

• Susu ibu mengandungi segala keperluan
makanan bayi.

• Susu ibu mempunyai antibodi yang dapat
melindungi bayi daripada sesetengah
penyakit.

• Hubungan bayi dan ibu menjadi erat dan
penting untuk emosi bayi.

• Penghadaman bayi lebih baik dengan
meminum susu ibu berbanding dengan
susu formula

• Wanita hamil perlu menjaga
kesihatannya dengan baik kerana
setiap makhluk yang bernyawa
mempunyai hak untuk hidup
walaupun masih dalam kandungan

• Oleh itu, seseorang ibu haruslah
memastikan bayi yang berada di
dalam kandungan mendapat
nutrien yang mencukupi dan
mengelakkan diri daripada
mengambil bahan-bahan yang
boleh memudaratkan kesihatan ibu
dan bayi

4.6 KEMANDULAN DAN
PENCEGAHAN KEHAMILAN

KEMANDULAN

• Kemandulan ialah ketidakupayaan
seseorang untuk melahirkan anak.

• Apabila pasangan suami isteri tidak
berupaya untuk memperoleh zuriat,
suami atau isteri atau kedua-duanya
mungkin mandul



KAEDAH
MENGATASI
KEMANDULAN

• Rawatan
hormon

• Pembedahan

• Kaedah
persenyawaan
in vitro (IVF)

RAWATAN
HORMON

Rawatan ini sesuai
bagi individu yang
mengalami masalah
ketidakseimbangan
hormon.

PEMBEDAHAN

• Pembedahan dilakukan
terhadap wanita yang
mengalami masalah tiub
Falopio tersumbat atau
terhadap lelaki yang
mengalami masalah
saluran duktus sperma
tersumbat.

KAEDAH PERSENYAWAAN
IN VITRO (IVF)

• Prosedur ini dijalankan untuk
wanita yang mempunyai
masalah tiub Falopio
tersumbat.

• Kaedah ini mengeluarkan
ovum dari ovari untuk
disenyawakan oleh sperma
di luar badan.

• Ivf Embrio yang terbentuk
akan dimasukkan kembali ke
dalam uterus wanita.

KAEDAH PENCEGAHAN
KEHAMILAN

• Pil pencegah hamil
• Implan
• Penggunaan kondom
• Alat kontraseptif dalam uterus

(Intrauterine Contraceptive Device,
IUCD)
• Vasektomi
• Ligasi

PIL PENCEGAH HAMIL

Pil pencegah hamil menghalang proses pengovulan.

IMPLAN

• Penggunaan
implan
merembeskan
hormon yang
menghalang ovari
daripada
menghasilkan
ovum


Click to View FlipBook Version