The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mergastua2015, 2021-04-07 01:30:57

Prof.Dato Ungku Omar bin Ahmad

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Prof.Dato Dr.Ungku
Omar bin Ahmad

MAKLUMAT MURID

NAMA : AIRA NUR ANAQI BINTI MOHD TAUFIQ
KELAS: 6 AL-FARABI

EMAIL: [email protected]

SEKOLAH: SK SERI TELOK
ALAMAT SEKOLAH:
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TELOK,
PARIT YAANI, 83710 YONG PENG,
JOHOR DARUL TAKZIM.

i

PENDAHULUAN

Beliaulah antara orang penting dalam menyuarakan hasrat penubuhan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada pandangannya, sebuah
universiti yang menekankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar bagi membolehkan anak Melayu mendapat
pendidikan tinggi merupakan suatu keperluan yang mendesak. Penubuhan UKM
adalah titik penting bagi perkembangan pendidikan Melayu kerana inilah
institusi pengajian tinggi yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar bagi mengangkat
martabat Bahasa Melayu.

“Kesihatan itu adalah kemajuan, tak sihat manakan maju” – UNGKU OMAR

2

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

BIODATA TOKOH PEMIMPIN
NAMA: UNGKU OMAR BIN UNGKU AHMAD
TARIKH LAHIR: 18 JANUARI 1931
TEMPAT LAHIR: JOHOR BAHRU, JOHOR.

3

PENDIDIKAN
• Sekolah Melayu Kluang,

Segamat,Pontian,dan Kluang
• Maktab Melayu Kuala Kangsar
• Universiti Malaya
• Royal College of Physician London
• Royal College of Surgeons England

4

PENDIDIKAN TOKOH PEMIMPIN

Anak jati Johor ini lahir pada 18 Januari 1931 di Johor Bharu, bersekolah awal di Sekolah Melayu Kluang,
Segamat, Pontian, dan Tangkak sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar. Di sana, Ungku
Omar dilantik sebagai ketua pelajar selain menghadiri Jambori PGAKAP-Pengakap di Melbourne, Australia.
Akhirnya beliau diterima masuk ke Universiti Malaya di Singapura. Oleh kerana keputusan akademiknya yang
memberangsangkan, beliau terus diterima untuk masuk ke tahun ke-2. Pada tahun 1954, Ungku Omar telah dipilih
sebagai “student demonstrator” kerana cemerlang dalam subjek Anatomi. Pada 1957, beliau akhirnya
menghabiskan pengajian dalam ijazah Perubatan dan Bedah.

5

KERJAYA TOKOH

Berbekalkan kelulusannya pada waktu itu, beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan dan Penyelidikan di Pusat Penyelidikan
Perubatan Kuala Lumpur. Merasakan bahawa ilmunya masih belum cukup, Ungku Omar telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang
Patologi (ilmu perubatan yang mengkaji sebab-sebab, tanda-tanda dan cara mengubati penyakit) di Royal College of Physician London

dan Royal College of Surgeons England pada tahun 1962.

Sesuai dengan gelaran genius Melayu, beliau telah berjaya mendapat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Clinical Chemistry
dengan tesisnya yang bertajuk “Electrolytes in Isolated Human Leucocytes) pada tahun 1965. Pada tahun yang sama juga, beliau telah

diberi penghormatan menganggotai Institute Of Biology, London. Pada tahun 1967, College Of American Pathologist Amerika
Syarikat pula menerima Ungku Omar sebagai Ahli Kehormat Kolej. Ilmu yang dituntut, kecerdasan yang menakjubkan dan

pengalaman sebagai pemimpin yang dikutip pada usia belajarnya banyak membentuk dasar dan sumbangan beliau ketika dilantik
sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan

6

KERJAYA

KERJAYA

• Pegawai Perubatan dan Penyelidikan
di Pusat Penyeldikan Perubatan Kuala
Lumpur

• Pendaftar di Jabatan Pathology, Royal
Free Hospital, School of Medicine,
London (1962)

• Pengarah Pusat Penyelidikan
Perubatan Kuala Lumpur, (1965)

7

1. Bersama dengan Dewan Sumbangan 4. Tesis PhD nya bertajuk
Bahasa dan Pustaka beliau 8 “Electrolytes in Isolated
membentuk istilah Perubatan Human Leucocytes.” Menjadi
dalam bahasa Melayu bahan rujukan utama buat
mahasiswa jurusan perubatan.
2. Mengambil inisiatif memberi
ceramah melalui radio tentang 5. Penyumbang rencana secara
kesihatan sehingga beliau berkala untuk majalah Mastika
digelar “Doktor Radio”. dan Dewan Masyarakat

3. Telah menghasilkan lebih 6. Kajian beliau yang pernah
daripada 40 kertas kerja dan menggemparkan negara ialah
prosiding tentang perubatan berkaitan dengan taraf
dan ditanggapi dengan baik kesihatan penduduk-penduduk
oleh pengamal-pengamal di luar bandar yang diabaikan.
perubatan di Asia Tenggara Penyelidikannya mendapati
khususnya, dan dunia amnya. bahawa taraf kematian luar
bandar adalah 6 kali ganda
lebih ramai dari di bandar

NILAI KEPIMPINAN

Memartabat Memberi Mewakili
penggunaan kesedaran tentang Malaysia dalam
Bahasa Melayu
kepentingan Persidangan
kesihatan Perubatan
Antarabangsa

Ceramah dan Sumbangan idea
pidato umum berkenaan sains
penyelidikan dan teknologi

kesihatan masyarakat
Malaysia

9

PENUTUP

Pada bulan Jun 1967, beliau dikurniakan Darjah Setia Mahkota (D.S.M) oleh Yang Dipertuan Agong,
dan juga Darjah Kerabat Yang Dihormati daripada Johor di atas pelbagai jasanya yang pelbagai.
Malah, Universitas Indonesia juga memberikan anugerah gelaran Professor kepada beliau. Sayangnya,
tuhan lebih menyayangi beliau. Pada saat pelbagai kejayaan hebat sedang diraih dan menunggu masa
untuk dicipta boleh beliau, pada saat rakyat Malaysia masih bergantung harap pada kualiti yang
dimilikinya, pada usia yang dianggap muda iaitu 38 tahun, Ungku Omar meninggalkan kita semua
kerana serangan jantung. Sesungguhnya, kita sehingga hari ini, masih terasa kehilangan genius Melayu
seperti Professor Dato’ Dr Ungku Omar.

“Kesihatan itu adalah kemajuan, tak sihat manakan maju” – UNGKU OMAR

10

SUMBER RUJUKAN

1. https://www.thepatriots.asia/ungku-omar-1931-1969-genius-melayu-
yang-dilupakan/

2. http://afyassin.blogspot.com/2008/03/ungku-omar-ungku-ahmad-dato-
dr.html

3. https://mimbarkata.blogspot.com/2015/10/ungku-omar-ahmad.html

11


Click to View FlipBook Version