The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mayfaezah, 2021-09-21 23:03:44

Modul_LatihanDariRumah_Siri5_Murid

Modul_LatihanDariRumah_Siri5_Murid

MODUL LMC : SIRI KELIMA

LATIHAN MASA CUTI DARI RUMAH

MODUL

BAHASA MELAYU

EDISI MURID MODUL PBD

Md. Ramli bin Sabran MEI 2020
Guru Cemerlang BM

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 2 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

BAB 1 KATA NAMA

1.1 KATA NAMA AM

1. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tempat,
benda, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya.

2. Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am
atau secara umum.

manusia / orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar, posmen
binatang ayam, gajah, kerbau, anjing, kuda, burung, ikan, buaya
tumbuh-tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang, bayam, serai, pandan, peria
benda radio, rumah, kereta, pen, buku, bangku, almari, pembaris
tempat pejabat, sekolah, kampung, bandar, negeri, dusun, kebun

3. Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil, melainkan pada
awal ayat.

Contoh:

Pada akhir ayat Pekerja di zoo itu sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada awal ayat Gajah yang dijinakkannya itu berbadan besar.

1.2 KATA NAMA KHAS

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut
nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda
yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

3. Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia Syahir, Najwa, Hanna, Lim Swee King, Ramachandran, Sarjit Singh
binatang Tompok / Comel (kucing), Jalak (ayam), Sang Bedal (buaya)
tempat Batang Padang (daerah), Seremban (bandar), Malaysia (negara)
bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku Didik (majalah), Kamus Dewan (buku), Mentari Senja (novel)
benda Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Asus (komputer), Nikon (kamera)
perkara Perlembagaan Malaysia, Rukun Negara, Akta Pengangkutan Jalan
peristiwa Hari Guru, Hari Kebangsaan, Perang Dunia Kedua, Tsunami 2004
Persatuan Persatuan Tunas Puteri, Kelab Fotografi, Persatuan Pencinta Alam

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 3 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

1.3 KATA GANTI NAMA

1. Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
2. Perkataan Ganti Nama dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Ganti Nama Diri, Ganti

Nama Umum, Ganti Nama Pertanyaan, Ganti Nama Petunjuk dan Ganti Nama Sendi.
3. Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
4. Kata ganti diri terdiri daripada:

(a) Kata ganti nama diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b) Kata ganti nama diri singkat;

1.4 GANTI NAMA DIRI
(Kata Ganti Diri Pertama)

1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang
bercakap, berbual-bual atau berkomunikasi.

2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk
jamak (lebih daripada satu).

KGD Pertama Penggunaannya

aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan

saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal
atau dalam suasana rasmi

hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat

kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila
bercakap dengan orang kedua

kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

(Kata Ganti Nama Diri Kedua)

1. Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
2. Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk

jamak seperti berikut:

KGD Kedua Penggunaannya

anda (tunggal) digunakan, diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita

awak (tunggal) digunakan, diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan
kita dan juga dengan Tuhan

tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja

kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap

kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya atau

(tunggal / jamak) pertaliannya dengan kita

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 4 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

(Kata Ganti Diri Ketiga)

1. Kata ganti diri ketiga adalah bagi merujuk orang ketiga kata-kata seperti mereka, beliau,
baginda hendaklah digunakan.

2. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk, seperti:

KGD Ketiga Penggunaannya

baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan

beliau (tunggal digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru,
dan pemimpin

dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan

-nya (tunggal) digunakan untuk menggantikan kata ganti nama diri dan perlu
ditulis rapat dengan perkataan sebelumnya

dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan

mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

1.5 Kata Ganti Tanya

1. Kata ganti tanya adalah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.

2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan
apakah siapakah manakah bilakah berapakah
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah

1.6 Kata Ganti Tempat

1. Kata ganti tempat digunakan untuk menggantikan nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

KG Tempat Penggunaannya

sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap

situ digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana

benda, orang, ini, itu
binatang

tempat sini (digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana (digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ (digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)

keadaan begini, begitu, demikian

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 5 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

1.7 Kata Ganti Tak Tentu.

1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Umum / Tak Tentu Ayat-ayat Contoh

apa-apa Entah apa-apa yang dibawanya.

(benda atau hal yang tidak tentu) Sofia tidak berkata apa-apa setelah dimarahi ibunya.

siapa-siapa Tidak ada siapa-siapa di dalam rumah itu.
(orang yang tidak tentu) Siapa-siapa saja boleh menyaksikan pertunjukan itu.

mana-mana Jangan ke mana-mana, duduklah di sini sahaja.

(benda / tempat yang tidak tentu) Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.

FOKUS PERKONGSIAN KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)

KGND 1 KGND 2 KGND 3 FIKIRKAN – TANDAKAN (√ ) ATAU ( X )

saya awak dia/ia 1. Buku cerita itu dibaca oleh saya. {X}
aku kamu -nya 2. Baju kebaya moden itu dijahit oleh ibu. { √}
beta tuan beliau
patik puan baginda 3. Kucing-kucing itu menjilat ekor mereka. {X}
hamba saudara mereka
kita saudari 4. Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. {X}
kami kalian
5. Makanlah ikan kerana ia mengandungi protein. {X}
6. “Awak hendak ke mana?” tanya Elly kepada ibunya. {X}

7. “Beta hendak berangkat ke Melaka,” kata Tun Perak. { X }

8. Abdul Rahim tidak datang ke sekolah kerana ianya sakit. { X }

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 13

Isi tempat kosong dengan kata nama yang paling sesuai.

1 “Sebagai murid, ________ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata Cikgu Ramli.
A dia
B kita
C beliau
D mereka

2 Nur Aizatul murid tahun enam, ________ berazam untuk memperoleh 6A dalam UPSR.
A dia
B aku
C kami
D awak

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 6 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

3 “________ mesti tunggu hingga saya sampai,” kata Alif mengingatkan rakan-rakannya.
A Anda
B Kamu
C Kalian
D Mereka

4 Suzana dan Normah ialah rakan sekelas. ________ tinggal di taman perumahan yang
sama, di bandar Taiping.
A Kami
B Kamu
C Kalian
D Mereka

5 Dato’ Azrul dihormati oleh para pekerjanya kerana ________ seorang majikan yang
prihatin dan baik hati.
A dia
B saya
C beliau
D mereka

6 “Tuan puteri sedang berdukacita. ________ mahu beristirahat buat sementara waktu,”
sembah dayang.
A Beta
B Patik
C Tuanku
D Baginda

7 “Patik akan melaksanakan segala perintah ________ itu,” kata Bendahara kepada
Permaisuri Rahimah.
A Beta
B Hamba
C Tuanku
D Baginda

8 “Bentayan, bawakan kepada ________ keris panjang bersalut emas dan perak itu”,
perintah Sultan Mahmud Shah.
A aku
B beta
C awak
D baginda

9 “________ telah mengarahkan para hulubalang untuk menghapuskan lanun di perairan
Selat Melaka,” kata Temenggung kepada baginda sultan.
A Beta
B Patik
C Hamba
D Tuanku

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 7 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

10 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara kita telah berjaya menambahkan hasil
tangkapan ________.
A petani
B nelayan
C penoreh
D pesawah

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Beberapa orang __________ baharu kolej swasta itu sedang beratur untuk membuat
pendaftaran di meja urus setia.
A pelajar
B jurujual
C sukarela
D usahawan

12 Datuk dan opah sungguh gembira dengan kelahiran ________ perempuan pertama
mereka pada pukul 10:15 pagi tadi.
A bayi
B cucu
C anak
D murid

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Pelbagai persediaan telah dibuat oleh __________ Puan Nafsiah untuk menyambut
ketibaan Hari Raya Puasa.
A kerabat
B kenalan
C sahabat
D keluarga

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 8 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN B : Soalan 1 hingga 5

Tuliskan (betul) pada ayat yang betul penggunaan kata nama khas dan tuliskan (salah)
pada penggunaan yang salah.

1 Berita Harian ialah majalah kesukaan murid-murid prasekolah.
2 Rohani dan keluarganya pernah berkunjung ke Muzium Negara.
3 Kuala Lumpur ialah Bandar di-Raja negeri Perak Darul Ridzuan.
4 Abang saya baru sahaja membeli sebuah kereta Proton Perdana.
5 Ayah membelikan adik saya sepasang kasut sukan jenama Toyota.

[5 markah]

LATIHAN C : Soalan 1 hingga 4

Padankan kata nama yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada telah
ditunjukkan sebagai contoh.

1 ________ masih bermain bola sepak di padang itu Kalian
walaupun hujan lebat. Mereka
Baginda
2 “________ masih belum tidur lagi?” tanya Abdul
Rahman kepada adik-adiknya. Beta
[3 markah]
3 “________ sangat gembira kerana seluruh rakyat
jelata bersatu padu,” titah Sultan Mizan.

4 “________ akan berangkat ke Jordan esok pagi,”
kata bendahara kepada pegawai kanan istana.

LATIHAN D : Soalan 1 dan 2
Tandakan ( √ ) bagi kata nama yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 Menteri Besar Perak akan ke Teluk Intan pada minggu hadapan. __________ akan
merasmikan pembukaan sekolah yang baharu di sana.

Saya ( ) Beliau ( ) Mereka ( )

2 “Apakah yang sedang dilakuan oleh __________?” tanya Cikgu Azhar kepada salah
seorang pengawas apabila melihat sekumpulan murid berkumpul di tepi padang.

kamu ( ) kalian ( ) mereka ( )

[2 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 9 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN E : Soalan 1 dan 5
Pilih kata nama yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

dia kita anda kami kalian mereka

aku saya awak kamu beliau engkau

Deringan loceng menandakan waktu rehat telah bermula. Murid-murid berbaris dan berjalan
menuju ke kantin. __________ dan Azerah tersenyum bangga memerhatikan sikap rakan-
rakan seperjuangan. __________ amat mementingkan disiplin. Ketika berjalan ke kantin,
__________ ternampak seorang murid lelaki makan gula-gula kemudian, __________
menyimpan pembalut gula-gula itu ke dalam poket seluarnya. Perbuatan dan tindakannnya
itu melambangkan disiplin diri yang terpuji. __________ sepatutnya mengikut jejak langkah
murid tersebut.

[5 markah]

LATIHAN F : Soalan 1 hingga 5

Garis jawapan (kata nama) yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

1 Dalam (keheningan / keceriaan / kegelapan) subuh itu, Pak Meon sudah keluar mencari
rezeki untuk keluarganya.

2 (Penyiaran / Pertunjukan / Persembahan) rancangan berunsur pendidikan di televisyen
amat dialu-alukan oleh kerajaan.

3 Sikap (pemurah / peramah / pelaris) Pak Salim yang gemar bersedekah menyebabkan
kanak-kanak sangat suka kepadanya.

4 (Kegawatan / Kesempitan / Kemurungan) ekonomi dunia menyebabkan banyak pekerja
kilang itu terpaksa diberhentikan kerja.

5 Kekalahan pasukan bola sepak sekolah saya baru-baru ini adalah disebabkan oleh
(keletihan / kelesuan / kelemahan) di bahagian pertahanan.
[5 markah]

LATIHAN G : Soalan 1 dan 3

Betulkan kesalahan penggunaan kata nama dalam ayat yang diberi.

1 Banyak pekerja kilang elektronik itu terpaksa diberhentikan
akibat kesempitan ekonomi dunia masa kini.

2 Penyertaan mengayam ketupat itu mendapat sambutan
hangat kerana hadiah yang ditawarkan sangat lumayan.

3 “Kita hendaklah berbelanja mengikut kelengkapan, bukan
mengikut keinginan semata-mata,” pesan Ustaz Radzuan.

[3 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 10 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

BAB 2 KATA TUGAS

2.1 KATA SENDI NAMA

1. Kata sendi nama merupakan perkataan yang digunakan untuk menghubungkan frasa
nama atau kata ganti diri dengan kata atau frasa yang lain dalam ayat,

2. Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama diri.
3. Kata sendi nama mempunyai tugas yang berlainan dan perlu digunakan dengan betul.

KSN PENGGUNAAN / AYAT CONTOH

di (Menerangkan tempat atau arah)
ke Encik Saiful telah lama bertugas sebagai pengurus di syarikat milik ayah saya.
dari
daripada (Menerangkan tempat, arah, waktu atau masa)
Afiqah pergi ke Kuala Lumpur bersama-sama abangnya.
kepada
(Menerangkan arah, tempat, waktu atau masa)
pada Usaha membina ilmu perlu dimulakan dari peringkat sekolah rendah lagi.

akan (Untuk menyatakan perbandingan, benda yang abstrak, asal kejadian,
untuk bahagian sesuatu, pertentangan dan orang)
bagi 1. Pagar rumah Encik Asyraff semuanya diperbuat daripada besi tahan karat.
2. Azhari lebih tinggi daripada adiknya.
hingga
tentang (Menerangkan manusia, haiwan, pecahan dan keadaan yang mengalami
bagai sasaran)
seperti Hadiah yang besar itu diberikan kepada Cikgu Vijaya yang akan berpindah.
umpama
laksana (Menerangkan masa, haiwan, benda yang abstrak / benda yang konkrit)
Syarikat hartanah itu akan mula beroperasi pada minggu hadapan.

(Perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan
tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja)
Layang-layang itu putus tali dan tersangkut pada tiang telefon.

(Untuk menunjukkan perasaan atau sikap)
Cikgu Murni sangat sayang akan anak-anak muridnya.

(Menerangkan kegunaan sesuatu dan bahagian yang diperuntukkan)
Kami sekeluarga turut dijemput untuk / bagi memeriahkan majlis itu.

(Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan)
Pakaian seragam sekolah yang baharu ini untuk / bagi adik.

(Menerangkan masa atau waktu)
Intan akan tetap menjaga ibunya yang uzur hingga akhir hayatnya.

(Untuk menyatakan rujukan kepada sesuatu)
Mereka memberikan perhatian tentang kesalahan bahasa dalam ayat.

(Untuk menunjukkan perbandingan dan pelengkap)
1. Mereka saling berselisih pendapat seperti anjing dengan kucing.
2. Kecantikan puteri bongsu raja Parsi itu tiada tolak bandingnya bagai bulan

dipagari bintang.

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 11 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

KSN PENGGUNAAN / AYAT CONTOH

demi (Untuk menunjukkan tujuan, penegasan dan urutan)
dengan Nur Alya menjawab soalan Sains itu satu demi satu dengan tenang.

(Untuk menyatakan keterangan cara, perbandingan, bersama-sama dan
penggunaan sesuatu sebagai alat)
1. Dia menebas lalang itu dengan sebilah parang.
2. Ibu ke pasar tani untuk mencari lauk-pauk dan barangan keperluan dapur

bersama-sama ayah.

sejak (Untuk menunjukkan waktu atau masa bermula)
semenjak 1. Kakak menjadi pendiam sejak / semenjak kehilangan kawan karibnya.
2. Pemuda itu tidak pernah datang-datang lagi sejak / semenjak lamarannya

ditolak oleh keluarga Cik Nafsiah.

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 9

Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang paling sesuai.

1 Penolong Kanan Pentadbiran telah diminta untuk menyampaikan hadiah ________
para pemenang pertandingan teka silang kata itu.
A ke
B pada
C untuk
D kepada

2 ________ masa pendudukan Jepun, makanan dan barang-barang keperluan sangat
sukar didapati serta mahal pula harganya.
A Di
B Dari
C Pada
D Untuk

3 Kami dijangka ________ terlewat sampai ________ Pulau Langkawi kerana kereta
mengalami kerosakan.
A dari ... di
B akan ... di
C akan ... dari
D dengan ... ke

4 Kedua-dua orang murid prasekolah itu sangat pandai, tulisannya kemas dan mereka
juga dapat membaca ________ lancar.
A bagi
B hingga
C dengan
D kepada

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 12 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

5 “Lolongan anjing yang sayup-sayup itu datangnya ________ arah hutan bukit kampung
seberang,” kata abang kepada adik.
A di
B dari
C pada
D daripada

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Pelayan hotel itu menghidangkan juadah yang istimewa ________ pelanggannya yang
menginap di hotel tersebut.
A serta
B untuk
C supaya
D daripada

7 Mereka pergi ke Cameron Highlands menaiki sebuah bas yang disewa khas ________
pihak sekolah.
A oleh
B untuk
C dengan
D daripada

8 Marina Chin dan adiknya membersihkan longkang yang berlumut ________ sekeliling
kawasan rumah mereka.
A di
B ke
C pada
D untuk

9 Syarikat Mutiara Megah memerlukan belia dan beliawanis yang berkelayakan untuk
bekerja ________ mereka.
A demi
B pada
C dengan
D sehingga

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 13 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN B : Soalan 1 hingga 5

Tuliskan (betul) pada ayat yang betul penggunaan kata sendi nama dan tuliskan (salah)
pada penggunaan yang salah.

1 Rumah baglo itu tidak ubah seperti rumah Cikgu Abdul Rauf.
2 Adik dan kakak bermain congkak dalam serambi rumah mereka.
3 Abang saya memakai kereta Proton Waja itu sejak tahun 1996 lagi.
4 Kerja ini dapat diselesaikan akan kerjasama daripada semua pihak.
5 Dewan orang ramai itu bagai kegunaan semua penduduk kampung.

[5 markah]

LATIHAN C : Soalan 1 hingga 4

Padankan kata sendi nama yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada
telah ditunjukkan sebagai contoh.

1 Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa kepada
memandu _______ cermat. dengan

2 Lelaki itu menghadiahkan sekuntum bunga mawar oleh
________ tunangnya. hingga

3 Muhammad Sukri menunggu kawannya dari pukul [3 markah]
5:00 ________ 11:00 malam.

4 Mak Cik Leha telah dibawa ke hospital ________
Pak Mail petang semalam.

LATIHAN D : Soalan 1 dan 2
Tandakan ( √ ) bagi kata sendi nama yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 Encik Ahmad Khalid dan rakannya mengusahakan ternakan ikan air tawar ________
lima tahun yang lalu.

sejak ( ) seperti ( ) antara ( )

2 “Amalan bertegur sapa perlu diamalkan ________ kalangan generasi muda masa kini,”
kata Ustaz Muhammad Maydeen.

untuk ( ) kepada ( ) dalam ( )

[2 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 14 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN E : Soalan 1 dan 5
Pilih kata sendi nama yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan.

lalu pada sambil ketika supaya semakin

dari untuk kerana setelah kepada terhadap

Sudah hampir sebulan hujan tidak turun, cuaca sangat panas. Murai berasa sangat dahaga.
Murai terbang __________ suatu tempat ke suatu tempat untuk mencari air. __________
sekian lama mundar-mandir, akhirnya murai ternampak sebuah tempayan kecil yang berisi
air. Murai terbang rendah __________ hinggap di sebelah tempayan kecil itu. Murai cuba
mengais tempayan itu __________ dekat dengannya. Tiba-tiba, tempayan itu pecah dan
airnya meresap ke dalam pasir. Tampaknya, rezeki yang sudah di depan mata itu bukan
__________ murai. Kasihan … Murai.

[5 markah]

LATIHAN F : Soalan 1 hingga 5

Garis jawapan (kata sendi nama) yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

1 Kakak menyiapkan kerja sekolahnya (sampai / antara / dalam) pukul 12:00 tengah malam
hampir pada setiap hari.

2 Kasih sayang Nurul Hidayah (dengan / terhadap / hingga) kedua-dua ibu bapanya tidak
pernah berbelah bahagi.

3 Mak Munah terpaksa menggadaikan barang kemasnya (untuk / pada / hingga) menyara
persekolahan anak-anaknya.

4 Walaupun projek pertanian yang diusahakannya gagal, Naim akan terus meningkatkan
usaha (setelah / dengan / sehingga) berjaya.

5 Keropok Lekor Losong memang sudah terkenal keenakan rasanya kerana keropok itu
diperbuat (dari / pada / daripada) ikan yang segar.
[5 markah]

LATIHAN G : Soalan 1 dan 3

Betulkan kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam ayat yang diberi.

1 Budaya bertegur sapa perlu diamalkan di kalangan generasi
muda masa kini.

2 Novel “Perahu Kertas” yang ditulis untuk penulis muda itu
bermesejkan persahabatan sejati.

3 Sebahagian besar dari pelanggan di gerai nasi ayam kukus
itu adalah pekerja kilang elektronik.

[3 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 15 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

2.2 KATA HUBUNG

Kata hubung ialah kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa
atau ayat dengan ayat.
Terdapat tiga (3) jenis kata hubung.

KATA HUBUNG CONTOH

Gabungan dan, atau, serta, kecuali, maka, tetapi, lalu, sambil
Pancangan
apabila, jika, kalau, sekiranya, bahawa, hingga, supaya, agar, sejak
Pasangan manakala, sebelum, setelah, kerana

baik… mahupun, baik … ataupun, sedangkan … tambahan, entah …
entah, sungguhpun … namun, daripada … lebih baik,

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 10

Isi tempat kosong dengan kata hubung yang paling sesuai.

1 Pak Hamid masih mengusahakan bendangnya ________ hari telah beransur senja.
A malahan
B sekiranya
C sementara
D kendatipun

2 Rizal berdiri ________ memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan kepadanya.
A dan
B lalu
C hingga
D supaya

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Akmal sangat tekun belajar ________ dia memperoleh keputusan yang cemerlang.
A agar
B serta
C kerana
D kecuali

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 16 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

4 Ali Sabri berlatih bersungguh-sungguh ________ menjuarai acara lari 100 meter itu.
A tetapi
B sambil
C namun
D hingga

5 “Jasbir Kaur tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ________ dia tidak sihat,” kata Nurin.
A Namun
B Akhirnya
C Mungkin
D Kemudian

6 Julia begitu gembira ________ mendapat tempat pertama dalam pertandingan pidato.
A selagi
B kerana
C sekiranya
D sementara

7 ________ hidupan laut merupakan sumber protein yang penting kepada manusia tetapi
ada juga spesiesnya yang mengancam dan berbahaya kepada manusia.
A Selagi
B Manakala
C Walaupun
D Sementara

8 Wan Raihan telah belajar bersungguh-sungguh. ________ dia sangat berharap akan
dapat melanjutkan pelajarannya di sekolah berasrama penuh.
A Jika begitu
B Selepas itu
C Lantaran itu
D Sementara itu

9 Motosikal Pak Malek masih lagi meragam ________ motosikal itu baru sahaja keluar
dari bengkel motosikal minggu lepas.
A walhal
B sehingga
C sekiranya
D kemudian

10 Syamil melayari internet untuk mencari bahan bagi menyiapkan tugasannya, ________
menunggu Najmi tiba ________ dia tidak suka membuang masa.
A semenjak … demi
B sementara … selagi
C semenjak … kerana
D sementara … kerana

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 17 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN B : Soalan 1 hingga 5

Tuliskan (betul) pada ayat yang betul penggunaan kata hubung dan tuliskan (salah) pada
penggunaan yang salah.

1 Liza suka makan laksa tetapi adiknya suka makan kueteow goreng.
2 Zety berdoa selagi anaknya mendapat 6A dalam peperiksaan UPSR.
3 Helmi dan Loh berteduh di perhentian bas bila hujan turun petang itu.
4 Emak memasukkan rempah ratus ke dalam periuk lalu menumisnya.
5 Nani mahupun Noni tidak mahu terlepas peluang menyertai kem itu.

[5 markah]

LATIHAN C : Soalan 1 hingga 4

Padankan kata hubung yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada telah
ditunjukkan sebagai contoh.

1 Keluarga Manogaran mungkin berpindah ke Johor atau
________ ke Melaka. manakala

2 Encik Khairudin menebas semak samun ________ kecuali
isterinya menyapu sampah. selama

3 Murid-murid membuat latihan mengarang cerpen [3 markah]
________ guru menghadiri taklimat pagi.

4 Encik Hamidun bekerja di syarikat pembinaan dan
hartanah itu setiap hari ________ hari minggu.

LATIHAN D : Soalan 1 dan 2
Tandakan ( √ ) bagi kata hubung yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 Pak Cik Shamsuddin sudah menjangkau usia emas ________ dia masih sihat dan
masih boleh mengusahakan bendangnya.

tetapi ( ) sambil ( ) padahal ( )

2 Gaulkan tepung gandum dengan marjerin sehingga sebati, ________ masukkan tiga
biji telur ayam yang bersaiz sederhana.

malah ( ) namun ( ) kemudian ( )

[2 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 18 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN E : Soalan 1 dan 5
Pilih kata hubung yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam teks di bawah.

ketika seraya apabila kecuali semenjak manakala
dalam supaya sewaktu tentang walaupun sementara

Sesi persekolahan hari itu sudah tamat. Dhia Idrina, Mei Mei dan Rita Mary berlari-lari anak
menuju ke perhentian bas. __________ menunggu bas sekolah tiba, mereka membaca
buku cerita. __________ mereka sedang asyik membaca buku cerita, muncul Sumit Kaur
__________ menegur mereka.

“Kamu bertiga sangat menghargai masa. __________ menunggu bas sekolah pun
masih sempat juga menambah ilmu pengetahuan. __________ sekejap, pencarian ilmu
mesti diteruskan,” ujarnya.

[5 markah]

LATIHAN F : Soalan 1 hingga 5

Garis jawapan (kata hubung) yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

1 (Semenjak / Melainkan / Sungguhpun) wajah Cikgu Nurul Wahidah itu garang, namun
hatinya sungguh baik sekali.

2 Muhammad Zafril gagal ujian memandu. (Kalau begitu / Sebelum itu / Namun begitu), dia
berazam untuk mencuba lagi.

3 Datuk Seri Farid menyampaikan ucaptama. (Selain itu / Selepas itu / Sebelum itu), beliau
merasmikan bangunan baharu syarikat itu.

4 Enam orang perserta kembara lasak itu menarik diri di saat-saat akhir. (Namun / Justeru /
Sebaliknya), ekspedisi itu terpaksa dibatalkan.

5 (Alkisah / Syahdan / Kendatipun) musim banjir melanda kampongnya, Airil Azim terpaksa
membawa ibunya ke hospital kerana sakitnya semakin tenat.
[5 markah]

LATIHAN G : Soalan 1 dan 3

Betulkan kesalahan penggunaan kata hubung dalam ayat yang diberi.

1 Adik menaggis teresak-esak. Sebaliknya, tangisannya reda
setelah dipujuk oleh ibu.

2 Mak Kiah mencecah usia emas. Selain itu, dia masih rajin
berkebun sayur-sayuran.

3 Syahdan berlakulah pergaduhan antara kedua-dua orang
putera raja itu disebabkan harta dan takhta.

[3 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 19 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

2.3 KATA BANTU

1. Kata bantu ialah perkataan yang memberi penerangan tentang kata kerja.
2. Kata bantu terbahagi kepada dua, iaitu:

(a) Kata bantu aspek
(b) Kata bantu ragam

2.3.1 KATA BANTU ASPEK

1. Kata bantu aspek menerangkan sesuatu perbuatan yang dilakukan dari segi masa.
2. Perbuatan itu pula menjelaskan sama ada belum, sudah, atau sedang dilakukan.

Contoh Kata Bantu Aspek
(akan, belum, sudah, telah, pernah, masih, sedang)

a) Perbuatan yang belum dilakukan (akan, belum)
1. Cikgu Wan Mariam akan ke Pulau Langkawi esok,” kata Guru Besar.
2. Puan Hanisah belum menjahit baju sutera itu lagi.

b) Perbuatan yang sudah dilakukan (sudah, telah, pernah)
1. Zurina sudah menjalani rawatan matanya yang sakit itu.
2. Kereta yang terlibat dalam pelanggaran itu telah ditunda.
3. Kamal Azhar pernah memenangi pertandingan deklamasi sajak pada tahun lepas.

c) Perbuatan yang sedang dilakukan (sedang, masih)
1. Aiman dan Asyraf masih membujang sehingga kini.
2. Puan Umairah sedang berbual-bual dengan Puan Aina.

2.3.2 KATA BANTU RAGAM

Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan perasaan yang
berkaitan dengan perbuatan yang hendak dilakukan atau kemampuan untuk melakukan
sesuatu perbuatan.

Contoh Kata Bantu Ragam
(hendak, mahu, boleh, dapat, wajib, mesti, perlu, harus)

a) Menyatakan kehendak atau kemahuan. (hendak, mahu)
1. Saya hendak ke sekolah petang nanti kerana ada latihan hoki.
2. Adik mahu makan nasi goreng ayam dan minum air milo ais.

b) Menyatakan keupayaan atau keizinan. (boleh, dapat)
1. Nabil Iman boleh menyertai lawatan ke Taman Air Shah Alam.
2. Encik Irfan dapat mengangkat beg yang berat itu.

c) Untuk menyatakan kemestian. (wajib, mesti)
1. Pelbagai janji manis yang dibuat wajib ditunaikan olehnya.
2. Encik Afiq mesti pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur pagi esok.

d) Untuk menyatakan keperluan. (perlu, harus)
1. Kereta ayah saya perlu diperiksa pada setiap tiga bulan.
2. Awak harus bersedia agar tidak tewas dalam perlawanan itu nanti.

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 20 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 11

Isi tempat kosong dengan kata bantu yang paling sesuai.

1 Nureen Nabilah ________ menuntut di Universiti Teknologi Petronas (UTP) lima tahun
yang lalu dalam bidang Kejuruteraan Elektrik.
A sudah
B pernah
C sedang
D hendak

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Semangat patriotisme iaitu cinta akan tanah air ________ disemai dalam kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
A harus
B belum
C sedang
D hendak

3 Aizat dan kawan-kawannya ________ menyertai ekspedisi mendaki Gunung Jerai
semasa cuti persekolahan akhir tahun nanti.
A akan
B telah
C masih
D sedang

4 Pekerja kilang elektronik berbangsa Melayu itu ________ bertutur dalam bahasa Jepun
dengan baik dan fasih.
A mahu
B dapat
C sudah
D hendak

5 Muhammad Aiman Irfan ________ tidur lena ketika kami sekeluarga sampai di
rumahnya pagi tadi.
A mahu
B harus
C masih
D sudah

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 21 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

6 “Tentera Portugis ________ menyerang dan menakluki negeri Melaka,” kata Cikgu Ali
kepada anak didiknya.
A mahu
B sudah
C pernah
D sedang

7 “Minuman kotak yang berperasa strawberi itu tidak boleh diminum kerana ________
tamat tarikh luputnya,” kata ibu kepada adik.
A akan
B telah
C belum
D pernah

8 Pakaian yang dijemur oleh kakak pagi tadi ________ kering lagi kerana cuaca
mendung sepanjang hari.
A dapat
B belum
C pernah
D sedang

9 Pak Cik Azrul ________ menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan oleh Doktor
Samsiah yang merawat penyakitnya itu.
A mesti
B masih
C pernah
D sedang

10 Pasukan Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Tapah ________ menjadi johan dalam
perlawanan bola sepak semalam.
A akan
B telah
C mesti
D harus

11 Rombongan murid-murid Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh, Perak ________ dalam
perjalanan ke Melaka Bandar Bersejarah.
A akan
B telah
C harus
D sedang

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 22 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN B : Soalan 1 hingga 5

Tuliskan (betul) pada ayat yang betul penggunaan kata bantu dan tuliskan (salah) pada
penggunaan yang salah.

1 Ayah akan bertolak ke Kuala Lumpur pada malam tadi.
2 Kumar dan Aliff hendak ke perpustakaan pada petang nanti.
3 Masalah jerebu telah diatasi jika pembakaran terbuka dihentikan.
4 Sampah sarap itu mesti akan busuk dan berulat jika tidak dibuang.
5 Kapal terbang kargo itu sedang hendak mendarat di lapangan terbang.

[5 markah]

LATIHAN C : Soalan 1 hingga 4

Padankan kata bantu yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada telah
ditunjukkan sebagai contoh.

1 Nurul Amirah ________ tinggal serumah dengan pernah
Salmiah suatu ketika dahulu. sedang

2 Siti Ramlah ________ berborak dengan kawannya telah
dalam talian Internet. hendak

3 Alif Imran dan keluarganya ________ melancong [3 markah]
ke Langkawi pada cuti sekolah nanti.

4 Doktor Zahura ________ masuk ke dewan bedah
untuk menjalankan pembedahan selaput mata.

LATIHAN D : Soalan 1 dan 2
Tandakan ( √ ) bagi kata bantu yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 Ceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR itu ________ berlangsung
di dewan sekolah ini pagi esok.

akan ( ) sudah ( ) masih ( )

2 Pak Cik Darusman dan kawan-kawannya ________ memulakan kerja membajak tanah
sawah mereka pada minggu ini.

mesti akan ( ) sudah pernah ( ) sedang hendak ( )

[2 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 23 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN E : Soalan 1 dan 5
Pilih kata bantu yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam teks di bawah.

akan telah masih boleh belum sedang
mahu harus sudah dapat pernah hendak

1. Datuk __________ belum sedar ketika kami menziarahinya di hospital pagi tadi.
2. Ayah __________ membaca surat khabar semasa berkelah di Pantai Cahaya Bulan.
3. Pendatang tanpa izin itu __________ dihantar ke negara asal mereka pada bulan lepas.
4. Semua bangku di taman itu __________ digantikan dengan yang baharu tidak lama lagi.
5 Doktor Hasni __________ menuntut di Universiti Sains Malaysia sepuluh tahun yang lalu.

[5 markah]

LATIHAN F : Soalan 1 hingga 5

Garis jawapan (kata bantu) yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

1 Pak Cik Sallehuddin (mesti / masih / hendak) tidur ketika kami sampai di rumahnya pada
petang itu.

2 Muhammad Radzuan (sudah / dapat / sedang) menjawab soalan Matematik aras tinggi
itu dengan cepat.

3 Kita (boleh / sedang / hendak) membayar pelbagi jenis bil seperti bil air, bil elektrik dan bil
Astro di pejabat pos.

4 Pendaki-pendaki muda itu (akan / masih / pernah) mendaki Gunung Kinabalu dan berjaya
sampai di puncaknya.

5 Hafizi dan kawan-kawannya (telah / belum / pernah) menyiapkan projek Taman Herba itu
walaupun tempoh masa yang diberikan telah tamat.
[5 markah]

LATIHAN G : Soalan 1 dan 3

Betulkan kesalahan penggunaan kata bantu dalam ayat yang diberi.

1 Beberapa orang pegawai polis trafik akan dapat memulakan
sekatan jalan raya pada pagi itu.

2 Semangat patriotisme belum boleh disemai dalam kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

3 Encik Kamal tinggal di taman itu hampir setahun namun, dia
belum pernah mengenali jiran-jirannya.

[3 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 24 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

2.4 KATA BILANGAN

1. Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung atau membilang sesuatu.
2. Kata bilangan terdiri daripada tujuh jenis, iaitu:

a. Kata Bilangan Tentu
b. Kata Bilangan Tak Tentu
c. Kata Bilangan Pecahan
d. Kata Bilangan Pisahan
e. Kata Bilangan Himpunan
f. Kata Bilangan Tingkat
g. Kata Bilangan Tanya

PENGGUNAAN KATA BILANGAN

Kata Bilangan Tentu (satu, dua, tiga, empat, sepuluh, seratus dan sebagainya)
1. Untuk menyatakan bilangan yang tentu.
2. Mesti diikuti dengan penjodoh bilangan yang sesuai

Adik ada menyimpan dua biji guli di dalam poket seluarnya.
Lima puluh hadiah berupa hamper disediakan untuk acara sukaneka itu
Hampir tiga ratus orang peserta menyertai Klinik UPSR anjuran Berita Harian di Ipoh.

Kata Bilangan Tak Tentu (beberapa, para, semua, segala, sekalian, setengah, sesetengah,
sebilangan, sebahagian, berbagai-bagai, pelbagai, dan sebagainya)
1. Untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu atau tidak diketahui bilangannya.
2. Kata nama yang mengikutinya perlu diulang kerana kata bilangan itu sudah menunjukkan

maksud jamak.
Pelbagai jenis kuih dijual di Gerai Mak Dara sepanjang bulan Ramadan.
Pihak polis sedang mengumpul beberapa bukti lagi untuk mendakwa penjenayah itu.
Sesetengah murid tidak berminat untuk mengikuti aktiviti perkhemahan unit beruniform.
Sebahagian daripada tanah terbiar di desa itu telah diusahakan dengan tanaman nanas.

Kata Bilangan Pisahan (setiap, tiap-tiap, masing-masing)
1. Untuk menyatakan bilangan yang dikira satu persatu atau berasingan.

Pada setiap petang, Doktor Rizal akan menutup kliniknya pada pukul 6.00 petang.
Para tetamu duduk di tempat masing-masing apabila majlis hendak bermula.

Kata Bilangan Pecahan (satu perempat, dua pertiga, setengah, separuh, tiga suku)
1. Untuk menyatakan bilangan perkara yang terhimpun

Isikan tiga suka air mineral ke dalam botol yang mengandungi pewarna itu.
Simpan satu perempat gaji bulanan kamu ke dalam bank untuk masa depan.
Separuh daripada harta datuknya telah didermakan kepada rumah anak yatim.

Kata Bilangan Tingkat (pertama, ketiga, kesembilan, keseribu)
1. Untuk menyatakan urutan atau giliran sesuatu frasa nama.

Ghani telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan lukisan itu.
Peserta yang mendapat tempat keenam hingga kesepuluh akan menerima cenderahati.

Kata Bilangan Tanya (berapa)
1. Untuk mendapatkan maklumat tentang bilangan sesuatu.

Berapakah jumlah guli yang terdapat di dalam bekas kaca itu?
Harga sebuah kereta sorong yang berwarna hijau itu berapa?

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 25 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang paling sesuai.

1 Haikal amat gemar makan telur ayam kampung masak ________ dengan madu lebah.
A segala
B semua
C seluruh
D separuh

2 Majikan syarikat itu telah melayani ________ pekerjanya dengan adil tanpa pilih kasih.
A semua
B separuh
C beberapa
D sebahagian

3 Sudah ________ hari Muhammad Hassan tidak hadir ke sekolah kerana dia sakit mata.
A empat
B kelima
C puluhan
D sekalian

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 ________ lapisan masyarakat turut meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2017 itu.
A Ratusan
B Seduyun
C Segenap
D Beberapa

5 “Masukkan tiga ________ beras ke dalam sarung ketupat itu,” kata ayah kepada Zubir.
A suku
B semua
C separuh
D setengah

6 Hanya ________ ahli jawatankuasa yang hadir semasa mesyuarat bulanan PIBG itu.
A segenap
B segelintir
C setengah
D sebahagian

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 26 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

7 Hasni sangat gemar mengumpul ________ jenis setem dari dalam dan luar negara.
A setiap
B segala
C seluruh
D pelbagai

8 ________ ikan dan udang galah ditemui mati di sungai itu kerana dituba oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab.
A Setiap
B Semua
C Segala
D Banyak

9 Dalam perjalanan dari Kelang ke Cameron Highlands, ________ murid berasa pening
dan ________ orang sudah muntah.
A setiap ... seluruh
B segala ... sebahagian
C segelintir ... beberapa
D setengah ... sebilangan

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Puan Ratha Dewi telah menyediakan ________ jenis juadah semasa rumah terbuka
sempena sambutan perayaan Deepavali.
A setiap
B separuh
C sepenuh
D pelbagai

11 ________ kali selepas bersolat, Muhammad Alif mengangkat ________ belah
tangannya memohon doa kepada Allah.
A Pertama ... kedua
B Setiap ... kedua-dua
C Sesetengah ... kedua
D Beberapa ... kedua-dua

12 Semasa hendak ke pekan pagi tadi, Siti menunggu bas hampir ________ jam lamanya.
A setiap
B seluruh
C setengah
D sesetengah

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 27 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN B : Soalan 1 hingga 5

Tuliskan (betul) pada ayat yang betul penggunaan kata bilangan dan tuliskan (salah) pada
penggunaan yang salah.

1 Hampir sejuta naskhah surat khabar telah dicetak setiap hari.
2 Separuh minggu lagi Aidil dan keluarganya akan ke Kota Bharu.
3 Kakak amat gemar mengumpulkan dua ribu jenis setem luar negara.
4 Adik menggunakan sekalian kertas itu untuk membuat layang-layang.
5 Seluruh Kampung Seberang bergelap kerana bekalan elektrik terputus.

[5 markah]

LATIHAN C : Soalan 1 hingga 4

Padankan kata bilangan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada telah
ditunjukkan sebagai contoh.

1 Air sirap selasih akan lebih enak jika dicampurkan beberapa
dengan ________ ketul ais. separuh
sebahagian
2 Kakak menyiapkan latihan tatabahasa yang tinggal kedua-dua
________ lagi pada petang itu.
[3 markah]
3 Muhammad Hafizi menjadi juara dalam ________
acara olahraga yang disertainya.

4 Cikgu Azida menggunakan ________ daripada air
di dalam tong itu untuk menyiram pokok bunga.

LATIHAN D : Soalan 1 dan 2
Tandakan ( √ ) bagi kata bilangan yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 ________ helai kertas jawapan objektif Bahasa Melayu melayang apabila Nur Alya
Nadhirah menghempas fail ke atas mejanya.

Seluruh ( ) Beberapa ( ) Setengah ( )

2 Pegawai imigresen memeriksa ________ badan penumpang kapal terbang itu sebagai
langkah keselamatan sebelum memasuki negara mereka.

segala ( ) seluruh ( ) segelintir ( )

[2 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 28 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN E : Soalan 1 dan 5
Pilih kata bilangan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam teks di bawah.

suku segala separuh sekalian pelbagai segelintir
semua seluruh segenap seberkas beberapa sebanyak

1. Sudah __________ hari Nurul Hidayah tidak hadir ke sekolah kerana dia sakit mata.
2. Ayah amat gemar makan telur ayam kampung masak __________ dengan madu lebah.
3. Majikan syarikat kopi itu melayani __________ pekerjanya dengan adil tanpa pilih kasih.
4. Hanya __________ ahli jawatankuasa belia yang hadir semasa aktiviti gotong-royong itu.
5. “Masukkan tiga __________ beras ke dalam sarung ketupat itu,” kata ibu kepada Liyana.

[5 markah]

LATIHAN F : Soalan 1 hingga 5

Garis jawapan (kata bilangan) yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

1 Stadium Darul Aman itu penuh sesak dengan (ribuan / separa / pelbagai) penyokong
Pasukan Hijau Kuning.

2 (Setengah / Beberapa / Sebahagian) buah tong yang dipercayai mengandungi sisa toksik
ditemukan di tepi belukar itu.

3 Nurin Athirah Syazwanie sudah diberitahu (beribu-ribu / berkali-kali / beratus-ratus) tetapi
dia tetap terlupa akan pesanan itu.

4 Selepas selesai solat, ayah mengangkat (berkali-kali / kedua-dua / berhari-hari) belah
tangannya memohon doa kepada Tuhan.

5 (Setiap / Segala / Setengah) hujung bulan emak dan ayah akan ke pasar raya itu untuk
membeli barang-barang keperluan dapur.
[5 markah]

LATIHAN G : Soalan 1 dan 3

Betulkan kesalahan penggunaan kata bilangan dalam ayat yang diberi.

1 Sekalian besar daripada rakyat negara kita pada masa ini
sudah celik komputer.

2 Ustazah Rohana menggunakan sekalian anak kunci untuk
membuka mangga itu, namun tidak berhasil.

3 Cikgu Zaiton Alifiah mengambil masa sebilangan hari untuk
memeriksa kertas ujian penulisan murid-muridnya.

[3 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 29 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

2.5 KATA PENGUAT

1. Kata penguat - ialah perkataan yang mengikuti kata adjektif untuk membawa maksud
menguatkan makna atau maksud yang terkandung oleh kata adjektif itu.

2. Ada tiga jenis kata penguat, iaitu:
a) Penguat hadapan
b) Penguat belakang
c) Penguat bebas

Penguat hadapan (agak, paling, terlalu)
a) Pakaian yang dipakai oleh kumpulan pelawak itu agak pelik.
b) Adam Mustaqim ialah seorang murid yang paling rajin di dalam kelasnya.
c) Pak Murad terlalu miskin hingga tidak mampu untuk menyekolahkan anak-anaknya.

Penguat belakang (benar, betul, nian, sekali)
a) Baik benar tingkah laku anak gadis ketua kampong itu.
b) Pandai betul Cik Nita membuat kraf tangan daripada tanah liat itu.
c) Indah nian pemandangan di Pulau Kapas tatkala matahari hampir terbenam.
d) Rumah Pak Cik Nasir ialah rumah yang hampir sekali dengan masjid di kampong itu.

Penguat bebas (amat, sangat, sungguh)
a) Banglo yang terletak di tengah-tengah bendang itu amat indah.
b) Banglo yang terletak di tengah-tengah bendang itu indah amat.
c) Agak sukar bagi peserta ekspedisi lalu di situ kerana jalannya sangat sempit.
d) Agak sukar bagi peserta ekspedisi lalu di situ kerana jalannya sempit sangat.
e) Harga perabot yang diperbuat daripada kayu jati dari Indonesia itu sungguh mahal.
f) Harga perabot yang diperbuat daripada kayu jati dari Indonesia itu mahal sungguh.

Nota:
1. Penggunaan kata penguat dengan kata adjektif yang berawalan ter-. Contohnya:

a) Bangunan inilah yang tertinggi sekali di bandar raya itu. (salah)
b) Bangunan inilah yang tinggi sekali di bandar raya itu. (betul)
2. Kata keterangan penguat seperti; paling, sekali dan ter- tidak boleh digunakan sekali
gus kerana ketiga-tiga kata keterangan penguat tersebut tergolong dalam satu tingkat
penguat yang sama.
3. Jika kata ganda bersajak yang hendak digunakan dalam sesuatu ayat sudah membawa
makna sangat atau paling, maka kata penguat tidak perlu lagi dalam ayat tersebut.
Teliti contoh di bawa ini.
a) Pekarangan Istana Shah Alam itu sangat terang-benderang. (salah)
b) Pekarangan Istana Shah Alam itu terang-benderang. (betul)
c) Kami melalui jalan yang paling bengkang-bengkok untuk sampai ke situ. (salah)
d) Kami melalui jalan yang bengkang-bengkok untuk sampai ke situ. (betul)

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 14

Isi tempat kosong dengan kata penguat yang paling sesuai.

1 Air sirap laici yang dibancuh oleh Nooraina Syahmina itu ________ manis rasanya.
A nian
B betul
C agak
D sekali

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 30 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

2 “Sudah lama ________ kita menunggunya, namun dia belum muncul lagi,” kata ibu.
A agak
B benar
C paling
D terlalu

3 Alya Nadhirah merupakan peserta yang ________ muda menyertai ekspedisi lasak itu.
A agak
B betul
C benar
D paling

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Cantik ________ pemandangan di desa itu tatkala fajar sedang menyingsing.
A nian
B agak
C paling
D terlalu

6 “Rumah bidan kampung yang kamu cari itu ________ jauh dari masjid ini,” kata Haidir
kepada kawannya.
A nian
B agak
C betul
D sekali

7 Program Permata Minda “Anakku Sayang” mendapat sambutan yang baik ________
daripada ibu bapa dan penjaga murid.
A agak
B terlalu
C paling
D sungguh

8 Antara murid Tahun Enam Perdana, Amy Sephia yang ________ tinggi sekali prestasi
akademiknya berbanding kawan-kawannya yang lalin.
A agak
B terlalu
C paling
D sangat

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 31 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

9 “Keadaan udara di Tanah Rata, Cameron Highlands itu nyaman ________,” kata Cikgu
Asyiqeen kepada murid-muridnya.
A agak
B sekali
C paling
D terlalu

10 Persekitaran rumah yang kotor ________ itu akan menjatuhkan imej penghuninya.
A agak
B amat
C paling
D terlalu

11 Suhu di dewan Seminar Kepimpinan Belia itu ________ sejuk sehingga banyak peserta
terpaksa memakai baju yang tebal.
A nian
B betul
C sekali
D terlalu

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Puan Siti Hanum marah ________ setelah mendapat tahu anaknya sering memasuki
pusat permainan komputer itu.
A nian
B amat
C paling
D terlalu

13 Novel “Mahligai Rindu” yang dikarang oleh penulis muda itu ________ menarik.
A betul
B benar
C sekali
D sungguh

14 Khairul Fahmi merupakan penjaga gol pasukan negara kita yang ________ handal.
A nian
B betul
C sekali
D paling

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 32 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN B : Soalan 1 hingga 5

Tuliskan (betul) pada ayat yang betul penggunaan kata penguat dan tuliskan (salah) pada
penggunaan yang salah.

1 Cik Sally Leong kelihatan sungguh manis apabila berbaju kurung.
2 Saya tidak menyangka bahawa Syahmi pandai betul bermain futsal.
3 Pemandangan di Pulau Kapas tatkala matahari terbenam indah amat.
4 Lori itu bergerak benar perlahan ketika melalui kawasan yang berbukit.
5 Sani berasa teramat gembira sekali setelah menjuarai pertandingan itu.

[5 markah]

LATIHAN C : Soalan 1 hingga 4

Padankan kata penguat yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada telah
ditunjukkan sebagai contoh.

1 “________ awal kalian sampai pagi ini,” kata Encik Terlalu
Hanafi kepada para pekerjanya. sekali
betul
2 Hidangan untuk makan tengah hari yang dimasak agak
oleh kakak amat sedap ________.
[3 markah]
3 Adik bongsu Intan Sofea ________ lambat untuk
memulakan larian dalam acara 100 meter itu.

4 Sang Kancil gembira ________ apabila berjaya
mengalahkan Sang Bedal dengan tipu helahnya.

LATIHAN D : Soalan 1 dan 2
Tandakan ( √ ) bagi kata penguat yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 ________ besar jasa parajurit yang sanggup berkorban nyama demi mempertahankan
negara dan bangsanya.

Amat ( ) Nian ( ) Benar ( )

2 Badan Pak Cik Hamidi kelihatan ________ kurus ________ akibat mengidap penyakit
darah tinggi dan kencing manis sejak tiga tahun yang lalu.

agak ... nian ( ) amat ... sekali ( ) terlalu ... betul ( )

[2 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 33 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN E : Soalan 1 dan 5
Pilih kata penguat yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam teks di bawah.

nian agak benar paling sungguh

1. Adam Mustaqim merupakan murid yang ________ bijak dalam kelasnya.
2. Buah mangga yang dibeli oleh Puan Fauziah itu mahal ________ harganya.
3. Jurulatih pasukan bola sepak sekoal saya ________ tegas terhadap para pemainnya.
4. Indah ________ gambar pemandangan di lereng bukit yang dilukis oleh Zulkifli Dahlan.
5. Larian amal yang dianjurkan oleh sekolahnya mendapat sambutan yang ________ baik.

[5 markah]

LATIHAN F : Soalan 1 hingga 5

Garis jawapan (kata penguat) yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

1 Hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh pihak pembangkang itu (sekali / betul / sangat)
meyakinkan para hakim.

2 Soalan ujian Bahasa Melayu Pemahaman kali ini (paling / benar / nian) susah berbanding
soalan yang lepas-lepas.

3 Dialah yang banyak (amat / terlalu / paling) mengemukakan pandangan serta cadangan
dalam mesyuarat persatuan belia itu tadi.

4 Nur Shazlin tetap meneruskan kerja-kerja mengemas bilik bacaan itu walaupun dia sudah
berasa (sungguh / benar / paling) letih sekali.

5 Kerap (agak / paling / sangat) Abdul Hadi dan kawan-kawannya mengulang kaji pelajaran
di pusat sumber sekolah sejak belakangan ini.
[5 markah]

LATIHAN G : Soalan 1 dan 3

Betulkan kesalahan penggunaan kata penguat dalam ayat yang diberi.

1 Bakul mengkuang yang dianyam oleh Mak Cik Maimunah itu
sekali kemas buatannya.

2 Abang pulang benar lewat sejak dia dinaikkan pangkat dan
bertugas di tempat baharu.

3 Jurukamera itu merakamkan pemandangan suasana di tepi
pantai yang nian indah ketika fajar hampir terbenam.

[3 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 34 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

2.6 KATA ARAH

1. Kata arah - digunakan untuk menunjukkan hala, jurusan atau sesuatu kedudukan.
2. Kata arah kebiasaannya terletak antara kata sendi nama dengan frasa nama.

Contoh: Kami bergambar di (kata sendi) tepi (kata nama arah) pantai. (frasa nama)

Kata Arah Pengunaan Ayat Contoh

antara menunjukkan kedudukan Tolong letakkan pasu bunga ini di antara dua buah
atas
barat di tengah pondok bacaan itu.
bawah
belakang menunjukkan kedudukan Abang meletakkan buah mangga harum manis itu
dalam
dasar yang tinggi di atas meja makan.
hadapan
hujung menunjukkan kedudukan Tongkang yang sarat dengan muatan pasir itu
kaki
luar arah mata angin belayar ke barat Selat Tebrau.
pangkal
penjuru menunjukkan kedudukan Rahimah menyimpan kasut sukannya itu di bawah
puncak
samping yang rendah meja tulis.
segi
selatan menunjukkan kedudukan Pak Cik Alias menebas rumput rumpai di belakang

selepas sesuatu rumahnya.

menunjukkan kedudukan Pengawas pusat sumber memasukkan buku-buku

di bawah permukaan cerita itu ke dalam almari.

menunjukkan kedudukan Pekerja syarikat itu sedang menggali dasar sungai

paling bawah yang cetak dengan jentolak.

menunjukkan kedudukan Rumah Cikgu Hamdan terletak di hadapan Sekolah

sebelum sesuatu Kebangsaan Parit Sulong.

bahagian terakhir benda Pak Cik Arshad mencari buluh lemang di kawasan

yang panjang hutan yang terletak di hujung kampung.

bahagian bawah sesuatu Perkampungan orang asli itu terletak di kaki Bukit

tempat atau kawasan Pulut, Gerik, Perak.

menunjukkan kedudukan Murid-murid tahun enam berbaris di luar dewan itu
di luar sesuatu tempat sebelum peperiksaan dijalankan.

menunjukkan kedudukan Bahagian pangkal kayu balak biasanya lebih berat

bahagian permulaan daripada bahagian hujungnya.

menunjukkan kedudukan Pekerja pembersihan sekolah itu menyusun pasu

bahagian sudut bunga di penjuru pagar sekolah.

menunjukkan kedudukan Pendaki itu bergambar di puncak Gudung Ledang

yang paling atas sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

menunjukkan kedudukan Saya berdiri di samping ayah ketika menyaksikan

di sebelah perarakan Hari Kebangsaan itu.

menunjukkan kedudukan Jika dikira dari segi umur, memang Nafsiah masih
sisi / sudut pandangan muda berbanding rakan-rakannya itu.

menunjukkan kedudukan Kita mesti bergerak ke arah selatan untuk mencari

arah mata angin harta karun itu.

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 35 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

Kata Arah Pengunaan Ayat Contoh

sisi menunjukkan kedudukan Pak Cik Manan menyisipkan keris lekuk sembilan
di sebelah atau samping itu di sisi pinggangnya.

sudut menunjukkan kedudukan Masalah atau kemusykilan agama itu perlu dikaji
di penjuru atau bidang dari sudut pandangan Islam.

tengah menunjukkan kedudukan Bola getah yang ditendang kuat oleh adik melantun

di bahagian tengah ke tengah jalan raya.

tepi menunjukkan kedudukan Ada sebuah pondok kecil di tepi sawah untuk ayah

bahagian luar sekali dan ibu berteduh daripada panas dan hujan.

timur menunjukkan kedudukan Sekumpulan lanun bergerak aktif di bahagian timur
utara arah mata angin Pulau Baguan, Tawi-tawi dan selatan Filipina.

menunjukkan kedudukan Kereta api elektrik ETS akan bertolak ke utara dari
arah mata angin stesen Kuala Lumpur Sentral pada pukul 7:00 pagi.

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 10

Isi tempat kosong dengan kata arah yang paling sesuai.

1 Muhammad Haikal sangat terkejut apabila disergah oleh abangnya dari ________.
A depan
B hujung
C penjuru
D belakang

2 Rumah Cikgu Norehan terletak di ________ balai raya dan rumah Ketua Kampung
Durian Sebatang, Teluk Intan.
A atas
B sudut
C antara
D hujung

3 Semua murid diminta masuk ke ________ dewan utama kerana sambutan Hari Guru
2017 peringkat sekolah akan bermula.
A dalam
B depan
C hujung
D belakang

4 Di bahagian ________ kelas Enam Sarjana itu terdapat banyak bahan bacaan seperti
buku cerita dan majalah kanak-kanak.
A luar
B atas
C tengah
D penjuru

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 36 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Nenek Salmi sedang menumbuk sambal belacan di ________ ruang dapur rumahnya.
A sudut
B antara
C hujung
D belakang

6 Setelah penat bermain bola, kanak-kanak itu berehat di ________ pohon yang rimbun.
A atas
B bawah
C hujung
D tengah

7 Ali menyewa rumah di ________ bandar kerana sewanya lebih murah dan berpatutan.
A dalam
B tengah
C pinggir
D seberang

8 Pokok getah yang tumbang di ________ jalan raya itu sedang dipotong-potong dan
dibersihkan oleh penduduk kampung.
A sisi
B tepi
C luar
D atas

9 Kakak meletakkan penyapu sawang yang sudah digunakannya itu di ________ pintu
dapur rumah mereka.
A atas
B tengah
C hadapan
D belakang

10 Cik Zainab menggunakan telefon awam di ________ jalan itu kerana telefon bimbitnya
sudah kehabisan kredit.
A antara
B tengah
C samping
D seberang

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 37 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN B : Soalan 1 hingga 5

Tuliskan (betul) pada ayat yang betul penggunaan kata arah dan tuliskan (salah) pada
penggunaan yang salah.

1 Negara Singapura terletak di timur Semenanjung Malaysia.
2 Puan Azida menjemput sahabat karibnya masuk ke dalam rumah.
3 Azizul akan berjumpa Roslan dan Kok Seng di hadapan Bank Rakyat.
4 Datuknya yang sakit jantung itu terlantar di atas katil sejak bulan lepas.
5 Mak Munah mengeluarkan sekotak barang kemas dari puncak katilnya.

[5 markah]

LATIHAN C : Soalan 1 hingga 4

Padankan kata arah yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada telah
ditunjukkan sebagai contoh.

1 Semua ketua kelas berdiri di ________ murid-murid belakang
semasa perhimpunan rasmi. hadapan

2 Di ________ rumah Pak Hamid terdapat sebatang luar
pokok mangga yang berbuah lebat. antara

3 Marsya duduk di ________ Nurul Liyana dan Nurin [3 markah]
Nabilah di dalam Kelas Enam Sarjana.

4 Mahani menyerahkan bungkusan itu kepada Nurul
Nadiah dari ________ pagar rumah sahaja.

LATIHAN D : Soalan 1 dan 2
Tandakan ( √ ) bagi kata arah yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 Negeri-negeri di pantai ________ seperti Kelantan dan Terengganu kerap dilanda
banjir besar ketika musim tengkujuh.

timur ( ) barat ( ) utara ( )

2 “Bas ekspress dari selatan ke ________ itu akan sampai sebentar lagi,” kata pegawai
syarikat itu kepada para pelanggannya.

bawah ( ) utara ( ) tengah ( )

[2 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 38 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN E : Soalan 1 dan 5
Pilih kata arah yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam teks di bawah.

kiri luar celah hujung penjuru belakang

sisi hulu dalam tengah hadapan seberang

1. Darwish Haikal terus bersembunyi di __________ pintu rumah ketika adik mencarinya.
2. Tuan Haji Mustafa mudik ke __________ sungai untuk mengangkut hasil pertaniannya.
3. Puan Dayang Sofiya duduk di __________ Puan Nadirah yang terlantar di katil hospital.
4. Faridah meletakkan beberapa ketul batu yang berwarna-warni di __________ akuarium.
5. Pengadil telah berada di __________ padang untuk memulakan perlawanan bola sepak.

[5 markah]

LATIHAN F : Soalan 1 hingga 5

Garis jawapan (kata arah) yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

1 Mia Aresya menyimpan nombor telefon kawan baiknya itu ke (dalam / penjuru / belakang)
telefon bimbit.

2 Gerai buah-buahan di (tepi / bawah / tengah) jalan besar itu akan dipindahkan ke tapak
yang baharu tidak lama lagi.

3 Peragawan dan peragawati itu sedang memperagakan pakaian rekaan Nik Erwan Roseli
di (atas / bawah / sudut) pentas.

4 Ketua pengawas itu berdiri di (sudut / dalam / hadapan) murid-murid Tahun Enam Bestari
semasa perhimpunan dijalankan.

5 Para petani bertungkus-lumus menuai padi yang sudah menguning di (sisi / atas / bawah)
cahaya matahari yang panas lagi terik itu.
[5 markah]

LATIHAN G : Soalan 1 dan 3

Betulkan kesalahan penggunaan kata arah dalam ayat yang diberi.

1 Muhammad Zaid Zafran meratakan air ke hadapan kepalanya
hingga hujung rambut.

2 Puan Aida memastikan anaknya sentiasa berada di sudutnya
ketika berjalan di pasar malam.

3 Kos sara hidup di puncak bandar besar adalah lebih tinggi
berbanding dengan di kampung.

[3 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 39 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

BAB 3 KATA ADJEKTIF

1. Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat.
2. Kata adjektif digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang,

tempat, dan sebagainya.
3. Kata adjektif boleh dipadankan dengan kata penguat seperti paling, agak, terlalu, benar,

betul, sekali, nian, amat, sungguh dan sangat.
Contoh: Ariffin seorang murid yang sangat bijak.

Pemandangan di lereng bukit itu indah nian.
4. Kata adjektif juga boleh disertai kata bantu seperti dapat, masih, sudah, dan sebagainya.

Contoh: Buah rambutan gading itu masih muda.
Adik sudah pandai menunggang basikal.

5. Kata bantu dan kata penguat juga boleh hadir serentak bersama-sama kata adjektif.
Contoh: Sudah terlalu lama saya tidak bertemu dengannya.

6. Dalam bahasa Melayu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan kategori atau
jenis berdasarkan makna sesuatu kata adjektif berkenaan.

7. Jenis kata adjektif adalah seperti yang berikut.

Jenis Contoh Ayat Contoh

bentuk bengkok, bujur, bulat, buncit, 1. Jalan menuju ke desa itu sangat lurus.
bundar, leper, lonjong, lurus 2. Songkok yang dipakainya berbentuk bujur.

cara cepat, cermat, deras, gopoh, 1. Pandulah kenderaan dengan cermat.

jelas, kerap, lambat, pantas, 2. Adik saya selalu bermain papan gelogsor.

perlahan, selalu, sering 3. Kampung itu kerap kali dilanda banjir kilat.

Jarak dekat, hampir, jauh, nyaris 1. Sekolah saya agak jauh dari bandar.
2. Anak kucing itu nyaris dilanggar motosikal.

keadaan baik, bersih, cerdik, gembira, 1. Budak itu sentiasa berpakaian kemas.
sifat jahat, kasar, kemas, malas, 2. Nurul Huda pandai menganyam ketupat.
malu, pandai, sihat, sombong 3. Kakak baru sahaja sihat daripada demam.

pancaindera busuk, hapak, harum, wangi 1. Tuala yang lembap itu berbau hapak.

(bau) 2. Bunga mawar itu sungguh harum baunya.

pancaindera lunak, garau, merdu, nyaring 1. Nyaring benar bunyi hon kereta antik itu.

(dengar) 2. Dia mempunyai suara yang merdu sekali.

pancaindera aman, damai, selesa, tenang, 1. Ali tenang sahaja menghadapi dugaan itu.

(gabungan) tenteram 2. Suasana di negara itu masih belum aman.

pancaindera buruk, cantik, hodoh, kacak 1. Kereta yang dibelinya sungguh cantik.

(pandang) 2. Pemuda yang kacak itu sepupu abangnya.

pancaindera kelat, manis, masin, pahit, 1. Sambal belacan itu sungguh pedas.

(rasa) masam, pedas, tawar 2. Kurangkan makan makanan yang manis.

pancaindera kasar, keras, licin, lembut 1. Sambal belacan itu sungguh pedas.

(sentuh) 2. Kurangkan makan makanan yang manis.

perasaan benci, gelisah, kasih, segan, 1. Puan Aini amat sayang akan kucingnya.

rindu, ragu, sayang, suka 2. Ayah suka makan pisang goreng rangup.

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 40 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

Jenis Contoh Ayat Contoh
ukuran
waktu besar, kecil, panjang, rendah, 1. Buku cerita kanak-kanak itu nipis sahaja.
warna
nipis, pendek, tebal, tinggi 2. Yasmin yang paling tinggi dalam kelasnya.

awal, baru, segera, lampau, 1. Tolong hantar surat ini dengan segera.
kini, lama, sekarang, silam 2. Sekarang saya hendak ke pejabat pos.

biru, hijau, ungu, oren, jingga, 1. Tembikai kuning itu sangat manis sekali.

kuning, merah 2. Haziman memakai baju berwarna jingga.

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 10

Isi tempat kosong dengan kata arah yang paling sesuai.

1 Walaupun usia adiknya baru mencecah empat tahun tetapi dia ________ bercakap.
A laju
B mahir
C petah
D tangkas

2 Asyiqeen berasa ________ semasa menjalani temu duga di pejabat buruh pagi tadi.
A resah
B gusar
C gugup
D gopoh

3 “Daging kambing yang belum dicuci dengan bersih itu berbau ________,” kata kakak.
A hamis
B hapak
C tengik
D hangit

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Wajah Nur Nabilah nampak ________ ketika dia berbuai sambil membaca buku cerita.
A ceria
B luhur
C manis
D suram

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 41 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

5 Menara ________ di Teluk Intan merupakan salah satu mercu tanda bagi negeri Perak.
A senget
B goyang
C condong
D tumbang

6 Sudah beberapa jenis syampu dicubanya namun, rambutnya masih lagi ________.
A ikal
B kejur
C kesat
D kusam

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Yazid terpaksa menuntun basikal itu kerana tayarnya ________ terkena benda tajam.
A nipis
B leper
C kendur
D kempis

8 Beberapa buah rumah papan di Desa Aman ________ dipukul ribut kencang semalam.
A putus
B ranap
C pecah
D hancur

9 “Rasa pisang rastali yang belum cukup masak agak ________ sedikit,” kata emak
kepada anak-anaknya.
A kelat
B pahit
C tawar
D masam

10 Khairudin mengambil galah yang ________ untuk menurunkan layang-layangnya yang
tersangkut pada dahan pokok rambutan yang ________ itu.
A besar ... tinggi
B pendek ... sekah
C panjang ... rimbun
D rendah ... rendang

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 42 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN B : Soalan 1 hingga 5

Tuliskan (betul) pada ayat yang betul penggunaan kata adjektif dan tuliskan (salah) pada
penggunaan yang salah.

1 Pak Cik Senin digigit pacat, darah putih meleleh di kaki kanannya.
2 Budak itu hampir lemas kerana dihanyutkan oleh arus yang pantas.
3 Cuaca malam ini panas kerana petang tadi hujan turun dengan lebat.
4 Pak Karim mengasah pisau pemotong daging itu kerana sudah tumpul.
5 Air sungai itu sangat kotor kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.

[5 markah]

LATIHAN C : Soalan 1 hingga 4

Padankan kata adjektif yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada telah
ditunjukkan sebagai contoh.

1 Jambatan yang ________ itu akan dilebarkan untuk sempit
kemudahan penduduk Kampung Parit Raja. sarat
gawat
2 Persidangan itu menjadi semakin ________ kerana lengang
kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah.
[3 markah]
3 Emak pulang dari pasar dengan membawa sebuah
bakul yang ________ dengan barangan dapur.

4 Jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi
________ semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

LATIHAN D : Soalan 1 dan 2
Tandakan ( √ ) bagi kata adjektif yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 Intan Suraya berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran
ke luar negara tidak berjaya.

resah ( ) hampa ( ) hancur ( )

2 Puan Azila merupakan seorang ibu tunggal yang ________ menghadapi dugaan hidup
dalam membesarkan ketiga-tiga orang anaknya.

patuh ( ) cekal ( ) berani ( )

[2 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 43 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN E : Soalan 1 dan 5
Pilih kata adjektif yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam teks di bawah.

sepi jauh kelat lewat gopoh bengis

pagi awal sejuk malam cermat lembut

Jam dinding sudah menunjukkan tepat pukul 7:00 __________. Atikah baru sahaja terjaga
kerana dia tidur __________ malam. Atikah tidak sempat bersarapan, dia hanya minum
beberapa teguk air teh __________ yang terletak di atas meja makan. Atikah mengayuh
basikalnya ke sekolah dengan __________ walaupun dia sudah terlewat. Dengan tidak
semena-mena, Atikah terbayang wajah __________ guru disiplinnya yang sedang tercegat
di pintu pagar sekolah. Namun, dia mengayuh basikalnya dengan tenang dan berhati-hati.

[5 markah]

LATIHAN F : Soalan 1 hingga 5

Garis jawapan (kata adjektif) yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

1 Menjelang dinihari yang (syahdu / tenang / hening) Wan Hisyamuddin terpaksa turun juga
ke laut untuk mencari rezeki.

2 “Kain Sutera Terengganu ini memang (licin / empuk / halus) buatannya dan mahal pula
harganya,” kata jurujual itu lagi.

3 Para pengunjung dapat melihat pelbagai spesies ikan air tawar di dalam kolam itu kerana
airnya sangat (putih / jernih / cerah).

4 Badan ikan pari yang (pipih / bujur / tirus) itu membolehkan ikan tersebut bersembunyi
pada permukaan pasir di dasar laut.

5 Pembakaran kawasan hutan secara terbuka tidak harus dilakukan oleh mana-mana pihak
terutamanya pada musim (hujan / panas / dingin).
[5 markah]

LATIHAN G : Soalan 1 dan 3

Betulkan kesalahan penggunaan kata adjektif dalam ayat yang diberi.

1 Kavitha dimasukkan ke hospital kerana dia digigit oleh seekor
anjing samseng.

2 Anak Encik Nazari yang baru berusia lima tahun begitu fasih
menggunakan komputer.

3 Puan Kamariah selalu menggunakan air limau kasturi untuk
menghilangkan bau hapak ikan air tawar.

[3 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 44 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

BAB 4 KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu:
 Kata Kerja Transitif (Aktif dan Pasif)
 Kata Kerja Tak Transitif (Berpelengkap dan Tanpa Pelengkap)

Kata Kerja Transitif
1. Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada

benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek).
2. Ayat ini mesti diikuti oleh penyambut (objek) untuk melengkapkan maksud ayat tersebut.
3. Kata kerja transitif bentuk aktif, kebiasaannya menerima awalan meN- dengan atau

tanpa akhiran -kan atau akhiran -i.
Contoh: menulis, memasak, menyanyi, mengukus, menconteng, menaiki, membesarkan
4. Kata kerja transitif bentuk pasif pula merupakan hasil daripada proses perubahan ayat

aktif kepada ayat pasif.
Contoh: ditulis, dimasak, dinyanyi, dikukus, diconteng, dinaiki, dibesarkan
5. Kita kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama atau
frasa nama.
Contoh: Atan mendengar radio.

mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
6. Kata kerja transitif menggunakan imbuhan seperti men-, men-…-i, men-…-kan, memper-,
memper-…-i, dan memper-…-kan.
Ayat-ayat contoh:

 Kucing itu menangkap seekor burung.
 Perempuan Tionghoa itu menjual ubi keledek.

 Bapa Nurarlisha Mysarah sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama, Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan bentuk aktif dan
seekor burung ialah objek atau penyambut.
Dalam ayat kedua, Perempuan Tionghoa ialah pembuat, menjual ialah perbuatan bentuk
aktif dan ubi keledek ialah objek atau penyambut.
Dalam ayat ketiga pula, Bapa Nurarlisha Mysarah ialah pembuat, menulis ialah perbuatan
bentuk aktif dan surat ialah objek atau penyambut.
Teliti ayat-ayat contoh yang berikut:

 Pak Harun menjala ikan sepat di sepanjang sungai itu.
 Orang ramai diminta menjauhi kawasan lombong tinggal itu.
 “Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan,” kata ketua kampung.
 “Jangan suka memperdaya orang yang lemah,” nasihat ibu kepada anak-anaknya.
 Abu berusaha memperbaiki almari kasut itu menggunakan bahan-bahan terbuang.
 Pihak polis berjaya mempertemukan warga emas itu dengan anggota keluarganya.
7. Pembentukan ayat dalam kata kerja transitif bentuk aktif seperti di bawah ini.

Subjek (Pembuat) Kata Kerja Transitif (Aktif) Penyambut (Objek)
Dia suka membaca buku
Jamilah memukul seekor ular
Abidin menjual kuih-muih
Ramli berjalan ke sekolah
Kereta itu melanggar seekor lembu

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 45 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri

kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu, ayat ini
tidak mempunyai penyambut.
Ayat contoh:
 Mereka berjalan pada hari cuti.
 Kucing jantan itu sedang tidur.
 Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama, Mereka berjalan, tidak berlaku kepada benda lain.
Dalam ayat kedua, Kucing jantan tidur, tidak berlaku kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga pula, Hujan turun, juga tidak berlaku kepada benda lain.
2. Pembentukan ayat dalam kata kerja tak transitif bentuk aktif seperti di bawah ini.

Subjek (Pembuat) Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
Kami mandi di tasek itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan ke sekolah
Ayah berjoging di halaman rumah

3. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam setiap ayat,
yakni tidak memerlukan penyambut atau objek.

4. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber-, men-,
ter-, ber-…-an, ber-…-kan.
Ayat contoh:
 Ramlan belum datang lagi.
 Murid-murid sedang belajar.
 Sungai itu mengalir deras.

5. Peringatan; tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh berubah menjadi kata kerja transitif
dengan menambah imbuhan akhiran ‘-kan’ atau ‘-i’, di hujungnya.
Teliti ayat-ayat contoh yang berikut:
 Mereka menjalankan jentera itu.
 Murid-murid itu meluahkan perasaan mereka.
 Mak Munah menidurkan cucunya di dalam buaian.
 Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
 Halim mengikuti perbualan mereka dari awal hingga akhir.
 Saya sudahi syarahan saya ini dengan serangkap pantun nasihat.

Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang

tidak berawalan imbuhan men-.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif, iaitu:
 Kata kerja pasif diri pertama, kata kerja pasif diri kedua dan kata kerja pasif diri ketiga.
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan awalan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan awalan kau-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, kaupersilakan.
5. Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan.

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 46 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 10

Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.

1 Muhammad Zaidi ________ kesakitan apabila doktor mencuci luka di lututnya kerana
dia terjatuh dari basikal.
A merintih
B mengeluh
C merampus
D mengerang

2 Perusahaan ________ songket dan kain batik sangat terkenal di negeri pantai timur
iaitu di Terengganu dan di Kelantan.
A menekat
B menenun
C menyulam
D mengayam

3 Abang Borhanuddin ________ otak untuk mencari jawapan pada ruangan teka silang
kata di surat khabar itu.
A memikir
B memutar
C memerah
D memusing

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Encik Abdul Rahim ________ sayur-sayuran yang ditanamnya di belakang rumah itu
supaya hidup subur.
A merenjis
B menyiram
C menyimbah
D menyembur

5 Pekerja pembersihan itu menggunakan gunting yang tajam untuk ________ pokok
hiasan di perkarangan sekolah.
A menyabit
B menebas
C menebang
D mencantas

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 47 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

6 Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk ________ keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2020.
A memiliki
B mendapati
C mempunyai
D memperoleh

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Nurul Nabila ________ surat yang diterima daripada sahabat penanya yang sedang
menuntut di sebuah universiti di Indonesia.
A menulis
B mengirim
C mencoret
D membalas

8 Farah Atikah menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang ________ di atas
tilam di dalam biliknya.
A merayap
B menyusur
C mengesot
D memanjat

9 Anak-anak ayam kampung itu lari bertempiaran apabila seekor helang ________ salah
seekor daripada anak ayam itu secara tiba-tiba.
A menyiat
B meragut
C menerkam

√ D menyambar

10 Sebagai pengurus syarikat, Puan Nur Farisya sentiasa ________ pakaian yang kemas
dan sopan untuk ________ imejnya.
A memakai ... merawat
B menyarung ... menjaga
C melaram ... membentuk
D menampilkan ... membina

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 48 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN B : Soalan 1 hingga 5

Tuliskan (betul) pada ayat yang betul penggunaan kata kerja dan tuliskan (salah) pada
penggunaan yang salah.

1 Pekebun itu menggalas bakul yang penuh dengan sayur-sayuran.
2 Opah Gayah mengelap dulang tembaga itu hingga berkilat semula.
3 Puan Sazwina menebar doh karipap supaya adunan kuih itu sebati.
4 Haikal menuntun adiknya semasa hendak menyeberangi jalan raya.
5 Lidah adik melecur kerana terhirup air kopi panas ketika bersarapan.

[5 markah]

LATIHAN C : Soalan 1 hingga 4

Padankan kata kerja yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada telah
ditunjukkan sebagai contoh.

1 Menonton televisyen dengan cara berlebihan akan menganggotai
________ prestasi akademik seseorang. menjejaskan

2 Raihana bercita-cita untuk ________ pasukan polis berhijrah
semenjak di bangku sekolah rendah lagi. menyuraikan

3 Pihak polis sedang ________ perhimpunan haram [3 markah]
yang diadakan di hadapan bangunan tersebut.

4 Keluarga Encik Aminudin telah ________ ke tanah
tinggi Cameron Highlands semenjak tahun 1985.

LATIHAN D : Soalan 1 dan 2
Tandakan ( √ ) bagi kata kerja yang betul berdasarkan ayat di bawah.

1 Badan Nur Shyakinah ________ ketakutan kerana kakinya digigit oleh lintah semasa
dia mejalani aktiviti Kembara Rimba itu.

menggeletar ( ) menggelupur ( ) menggelepar ( )

2 Siti Nurhayati baru sahaja ________ pengajian dalam bidang perubatan di Universiti
Islam Antrabangsa Malaysia Kuantan, Pahang.

menyudahkan ( ) menamatkan ( ) menyempurnakan ( )

[2 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 49 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

LATIHAN E : Soalan 1 dan 5
Pilih kata kerja yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam teks di bawah.

menarik menyidai mengecat menyiram menampal membasuh
menyapu menghias mengelap menyusun mengemas menggubah

Pada hari minggu yang lalu, Murid-murid Tahun Enam Bestari bekerjasama ____________
kelas mereka supaya tampak bersih dan ceria setiap masa. Nuraina Syahmina ditugaskan
____________ tingkap kelas supaya bersih daripada kekotoran dan habuk manakala, Ezhar
dan Zharif Muaz pula ____________ meja agar tampak kemas dan rapi. Nur Hazimah pula
____________ cebisan kertas dan sampah sarap. Tugasan seterusnya dilaksanakan pula
oleh Siti Zulaikha, dia ____________ carta karangan di bahagian belakang kelas mereka.

[5 markah]

LATIHAN F : Soalan 1 hingga 5

Garis jawapan (kata kerja) yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

1 Komuter itu (melintas / merempuh / meluncur) laju meninggalkan Hentian Sentul menuju
ke Hentian Pelabuhan Klang.

2 Hati Puteri Nur Ashikin (tersedu / tersentuh / tergamam) apabila mendengar kisah sedih
yang menimpa keluarga malang itu.

3 Encik Muhammad Noor (menebas / mencukur / menggunting) rambutnya sehingga licin
semasa beliau menunaikan ibadah Haji.

4 Pak Karim dan anaknya (menebang / menakik / mencantas) pokok pulasan yang sudah
tua itu kerana pokok itu sudah tidak boleh berbuah lagi.

5 Jabatan Meteorologi (melaporkan / meramalkan / memaklumkan) bahawa ribut petir dan
angin kencang dijangka melanda bahagian pantai barat Semenanjung petang ini.
[5 markah]

LATIHAN G : Soalan 1 dan 3

Betulkan kesalahan penggunaan kata kerja dalam ayat yang diberi.

1 Hazwan lebih suka menonton televisyen manakala, Hazman
pula sangat gemar menjenguk internet.

2 Syarikat Intan Hijrah berhasrat untuk meneruskan pembinaan
Projek Perumahan Mesra Rakyat yang terbantut itu.

3 Kerajaan Terengganu menjadikan aktiviti memancing sotong
sebagai salah satu aktiviti pelancongan di negeri tersebut,

[3 markah]

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 50 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6

BAB 5 IMBUHAN

KATA BERIMBUHAN

1. Pengimbuhan merupakan bentuk terikat yang ditambahkan pada perkataan lain atau satu
proses menerbitkan kata dengan mencantumkan imbuhan dengan kata dasar untuk
menerbitkan kata yang baharu.

2. Pengimbuhan membentuk kata terbitan. Kata terbitan yang terbentuk pula boleh terdiri
daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata bilangan, dan kata keterangan.

3 Terdapat lima jenis imbuhan dalam tatabahasa bahasa Melayu, iaitu imbuhan awalan,
akhiran, apitan, sisipan dan pinjaman.

4. Imbuhan pinjaman merupakan imbuhan yang dipinjam daripada bahasa lain atau bahasa
asing yang diterima sebagai imbuhan baharu dalam bahasa Melayu.

IMBUHAN AWALAN

1. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir di hadapan sesuatu kata dasar.
2. Contoh imbuhan awalan:

di- ke- se- ter- diper- memper- juru-

beR- (be-, bel-, ber-) meN- (me-, mem-, men-, meng-, menge-)

peN- (pe-, pem-, pen-, peng-, penge-)

3. Contoh pengunaan imbuhan awalan:

di- diambil, dibawa, dicari, digaris, dihantar, dijirus, diketuk, dilambung, disimpan …

ke- kehendak, kekasih, ketua, ketiga, kelima, ketujuh, kesemua, kelapan-lapan …

se- sebuah, seekor, sejenis, setaraf, sedunia, sejagat, sekaya, semerdu, senegara …

ter- terjatuh, tersepak, tidak terangkat, terdampat, tercari-cari, terpandai, terhadap …

diper- diperdaya oleh, diperbuat, diperbesar, diperdalam, diper dua, diper tiga …

memper- memperhamba, memperkecil, memperbesar, memperlebar, memperoleh …

juru- juruacara, juruaudit, jurubahasa, jurubina, juruhebah, jururawat, jurumudi …

IMBUHAN AKHIRAN
1. Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir pada akhir kata dasar.
2. Contoh imbuhan akhiran:

-an -kan -i

3. Contoh pengunaan imbuhan akhiran:
-an tulisan, ratusan, saluran, daratan, tahanan, pakaian, batuan, kilauan, hentian …
-kan belikan, gabungkan, jelaskan, huraikan, padankan, sejukkan, terapkan, ulikan …
-i atasi, baiki, contohi, dekati, fahami, insafi, jauhi, kasihi, patuhi, sertai, sudahi …

Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)


Click to View FlipBook Version