Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 51 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
IMBUHAN APITAN
1. Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir serentak di akhir sesuatu kata dasar.
2. Contoh imbuhan apitan: (ber- … -an, ber- … -kan)
Apitan Ciri-ciri Fungsi / Maksud Contoh
ber- … -an bergabung dengan jumlah yang banyak Daun berguguran …
semua kata dasar saling Kertas berterbangan …
Lampu neon bergantungan …
Mereka berpelukan …
Para peserta bersalaman …
berulang-ulang Bendera berkibaran …
Unggas bersiulan …
ber- … -kan bergabung dengan menjadikan sesuatu … berasaskan getah asli
semua kata dasar … berbantalkan lengan
… berpandukan bintang
3. Contoh imbuhan apitan: (di- … -i, di- … -kan)
Apitan Ciri-ciri Fungsi / Maksud Contoh
di- … -i disertai, diawasinya
di- … -kan berbentuk pasif perbuatan pasif dilakukan disediakan, disiapkannya
oleh diri orang ketiga
4. Contoh imbuhan apitan: (diper- … -i, diper- … -kan)
Apitan Ciri-ciri Fungsi/Maksud Contoh
diper- … -i hanya digunakan pada kata dasar perbuatan dipersetujui
tertentu dipersenjatai
diper- … -kan Digunakan pada ayat berbentuk perbuatan diperlihatkan
pasif dipersendakan
diperbahaskan
diperdengarkan
5. Contoh imbuhan apitan: (ke- … -an)
Apitan Ciri-ciri Fungsi/Maksud Contoh
situasi
bergabung dengan kata dasar tertentu tempat keadaan
ke- … -an tanpa melibatkan sebarang perubahan ketibaan
ayat pasif
huruf sifat kediaman
kedutaan
kesejukan
kehujanan
kecinaan
kenegerian
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 52 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
IMBUHAN APITAN
1. Imbuhan apitan meN- … -kan terdiri daripada lima bentuk: (me- … -kan, mem- … -kan,
men- … -kan, meng- … -kan, dan menge- … -kan), mengikut huruf pertama pada kata
dasar yang berkenaan.
2. Imbuhan apitan meN- … -kan berfungsi untuk membentuk kata kerja transitif.
Apitan Huruf Kata Dasar Contoh
me- … -kan m, n masuk, nanti memasukkan, menantikan
ng, ny nganga, nyata mengangakan, menyatakan
lempar, runtuh melemparkan, meruntuhkan
l, r warna, yakin mewarnakan, meyakinkan
w, y
mem- … -kan b, f besar, fatwa membesarkan, memfatwakan
p, v pamer, variasi mempamerkan, memvariasikan
men- … -kan c, d cari, diri mencarikan, mendirikan
j, sy jadi, syarat menjadikan, mensyaratkan
t, z terjemah, zahir menterjemahkan, menzahirkan
mensia-siakan
s sia-sia
meng- … -kan a, e aib, elak menngaibkan, menngelakkan
i, o indah, olah mengindahkan, mengolahkan
u, g utara, guling mengutarakan, menggulingkan
h, k hairan, klasifikasi menghairankan, mengklasifisikan
gh, kh ghaib, khusus mengghaibkan, mengkhususkan
menge- … -kan kata dasar satu suku kata mengecamkan, mengehadkan
mengekhaskan, mengepinkan
mengeposkan, mengesahkan
mengesyorkan, mengetuskan
IMBUHAN APITAN
1. Imbuhan apitan meN- … -i terdiri daripada lima bentuk: (me- … -i, mem- … -i, men- … -i,
meng- … -i, dan menge- … -i), mengikut huruf pertama pada kata dasar.
2. Imbuhan apitan meN- … -i berfungsi untuk membentuk kata kerja transitif.
Apitan Huruf Kata Dasar Contoh
me- … -i l, m lindung, masuk melindungi, memasuki
mem- … -i n, w naik, waris menaiki, mewarisi
mengaburi (k menjadi ng)
k kabur menyedari (s menjadi ny)
s sedar
membaiki, mempelajari
b, p baik, pelajar
men- … -i c, d cukup, damping mencukupi, mendampingi
j, sy jauh, syukur menjauhi, mensyukuri
t, z taat, ziarah mentaati, menziarahi
menyanjungi (s menjadi ny)
s sanjung
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 53 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
Apitan Huruf Kata Dasar Contoh
meng- … -i
menge- … -i a, e awas, ekor mengawasi, mengekori
u, g ubat, gaul mengubati, menggauli
h, kh harung, khianat mengharungi, mengkhaniati
s, t syak, tahu mengesyaki, mengetahui
Apitan Ciri-ciri Fungsi / Maksud Contoh
memper - … -i
hanya digunakan pada menunjukkan memperingati
kata dasar yang tertentu perbuatan mempersetujui
mempersenjatai
Kesilapan yang selalu dilakukan, elakkan kesilapan di bawah ini.
memperbaiki X memperkuasai X memperolehi X
membaiki menguasai memperoleh
√ √ √
memper - … -kan bergabung dengan kata menjadikan, atau memperisterikan
nama dan kata kerja menyebabkan mempersendakan
untuk membentuk kata orang lain memperdebatkan
kerja melakukan memperdengarkan
perbuatan memperlihatkan
Apitan adjektif tidak menerima imbuhan memper - … -kan, Contoh seperti di bawah.
memperelokkan X memperelok / mengelokkan √
memperbesarkan X memperbesar / membesarkan √
memperlebarkan X memperlebar / melebarkan √
memperkuatkan X memperkuat / menguatkan √
Kesilapan yang selalu dilakukan, elakkan kesilapan tatabahasa seperti di bawah ini.
Dia memperolehi pendapatan yang lumayan hasil usahanya yang gigih. X
1.
√
Dia memperoleh pendapatan yang lumayan hasil usahanya yang gigih.
Para pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan kampong itu. X
2.
√
Para pekerja sedang memperlebar jalan raya di kawasan kampong itu.
Ali terus bekerja sambil memperdalamkan pengetahuannya tentang seni bina. X
3.
√
Ali terus bekerja sambil memperdalam pengetahuannya tentang seni bina.
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 54 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
IMBUHAN APITAN
1. Imbuhan apitan peN- … -an terdiri daripada enam bentuk, iaitu: (pe- … -an, pem- … -an,
pen- … -an, peng- … -an, penge- … -an dan per- … -an.
2. Imbuhan apitan peN- … -an membawa maksud mengerjakan sesuatu atau tempat
berbuat sesuatu.
Apitan Huruf Kata Dasar Contoh
pe- … -an m, n makan, nanti pemakanan, penantian
ng, ny ngayau, nyala pengayauan, penyalaan
l, r, w lepas, runding, waris pelepasan, perundingan, pewarisan
karang pekarangan (k tidak berubah)
k kurang pengurangan (k menjadi ng)
k perang peperangan (p tidak berubah)
p panas pemanasan (p menjadi m)
p sisir persisiran (s tidak berubah)
s siar penyiaran (s menjadi ny)
s tipu penipuan (t menjadi n)
t
pen- … -an c, d, j cari, dedah, jajah pencarian, pendedahan, penjajahan
s, sy swasta, syarikat penswastaan, pensysrikatan
t, z takrif, zalim pentakrifan, penzaliman
peng- … -an a, e, i adil, edar, intip penadilan, pengedaran, pengintipan
o, u olah, ubat pengolahan, pengubatan
g, h guna, harap penggunaan, pengharapan
k, kh klasifikasi, khusus peng klasifikasian, pengkhususan
penge- … -an bergabung dengan kata dasar pengeboman, pengecaman
satu suku kata pengehadan, pengesahan
per- … -an Apabila bergabung dengan perkampungan, persediaan
kata dasar yang bermula persembahan, persengketaan
dengan huruf r, satu daripada pertambahan, perwatakan
huruf r tersebut akan atau per + risik + an = perisikan
mesti digugurkan. per + rebut = an = perebutan
IMBUHAN SISIPAN
1. Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang disisipkan di tengah kata dasar.
2. Antara imbuhan sisipan ialah: (-el-, -er-, -em-, dan -in-).
Imbuhan sisipan -el-
Kata Kata Ayat Contoh
Dasar Berimbuhan
tapak telapak Telapak tangannya penuh dengan tompokan dakwat.
tunjuk telunjuk Jari telunjuk adik bongsunya berdarah kerana terkena pisau.
serak selerak Bilik Zarif Muaz berselerak dengan majalah dan surat khabar.
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 55 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
IMBUHAN SISIPAN
2. Antara contoh imbuhan sisipan ialah: (-er-).
Imbuhan sisipan -er-
Kata Kata Ayat Contoh
Dasar Berimbuhan
cucuk cerucuk Banyak cerucuk perlu ditanam untuk membuat bagunan itu.
gigi gerigi Mata gergaji itu bergerigi tajam serta boleh melukakan.
kuping keruping Keruping pada telinga kiri adiknya itu baru sahaja tertanggal.
sabut serabut Buluh ialah sejenis tumbuhan yang mempunyai akar serabut.
suling seruling Seruling bambu ialah sejenis alat muzik tradisional Melayu.
3. Antara contoh imbuhan sisipan ialah: (-em-).
Imbuhan sisipan -em-
Kata Kata Ayat Contoh
Dasar Berimbuhan
gelap gemerlap Di restoran itu kelihatan gemerlapan cahaya lampu neon.
gilang gemilang Amat gemilang sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.
guruh gemuruh Sesiapa yang berdarah gemuruh tidak sesuai menjadi tentera.
kuncup kemuncup Banyak kemuncup melekat pada stoking sekolah adik Farhan.
4. Antara contoh imbuhan sisipan ialah: (-in-).
Imbuhan sisipan -in-
Kata Kata Ayat Contoh
Dasar Berimbuhan
sambung sinambung Menuntut ilmu merupakan porses yang bersinambung.
IMBUHAN PINJAMAN
1. Imbuhan pinjaman ialah imbuhan asing yang diterima sebagai imbuhan baharu dalam
bahasa Melayu.
2. Kebanyakan imbuhan pinjaman tersebut berasal daripada bahasa asing seperti; bahasa
Sanskrit, Arab dan Inggeris.
3. Imbuhan pinjaman ini berfungsi untuk membentuk kata nama.
4. Imbuhan pinjaman terbahagi kepada imbuhan awalan dan imbuhan akhiran.
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 56 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
IMBUHAN PINJAMAN (Imbuhan Awalan)
1. Awalan maha- bermaksud paling atau tahap besar, tertinggi, dan teragung. Contoh:
Kata Imbuhan Makna
Dasar (maha-)
guru mahaguru professor atau orang yang tinggi taraf ilmu atau pendidikan
meru mahameru gunung tempat tinggal dewa-dewa atau pari-pari kayangan
raja maharaja raja besar atau raja yang mempunyai pengaruh besar
rani maharani permaisuri, ratu dalam istana, raja perempuan
siswa mahasiswa penuntut di menara gading atau penuntut di universiti
siswi mahasiswi penuntut perempuan di menara gading atau di universiti
2. Awalan pra- bermaksud sebelum atau syarat kepada sesuatu. Contoh:
Kata Imbuhan Makna
Dasar (pra-)
akhir praakhir sebelum akhir sesuatu perlawanan atau pertandingan
kata prakata kata pendahuluan oleh pengarang sesebuah novel
sangka prasangka sangkaan buruk akan sesuatu sebelum tahu hal sebenar
sejarah prasejarah pengetahuan mengenai masa, sebelum sejarah tertulis
sekolah prasekolah sebelum memasuki sekolah harian, tabika, atau tadika
siswazah prasiswazah orang yang belum lulus sebagai siswazah di universiti
tonton pratonton tayangan sesebuah filem/drama sebelum tayangan rasmi
3. Awalan tata- bermaksud peraturan atau susunan. Contoh:
Kata Imbuhan Makna
Dasar (tata-)
acara tataacara agenda, susunan acara dalam sesuatu majlis atau program
adab tataadab adat sopan santun, budi bahasa atau kelakuan yang baik
bahasa tatabahasa peraturan tentang bahasa atau proses pembinaan ayat
cara tatacara cara atau peraturan untuk membuat sesuatu, adat istiadat
etika tataetika peraturan pergaulan atau perihal adab atau budi bahasa
tertib tatatertib disiplin atau peraturan-peraturan yang perlu/mesti dipatuhi
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 57 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
4. Awalan dwi- bermaksud dua. Contoh:
Kata Imbuhan Makna
Dasar (dwi-)
bahasa dwibahasa maklumat yang ditulis atau dinyatakan dalam dua bahasa
bulan dwibulanan berlaku atau muncul setiap dua bulan atau dua bulan sekali
cabang dwicabang mempunyai dua cabang atau mempunyai dua bahagian
tahun dwitahunan berlaku atau diadakan setiap dua tahun, dua tahun sekali
5. Awalan anti- bermaksud menentang, mencegah atau benci akan sesuatu. Contoh:
Kata Imbuhan Makna
Dasar (anti-)
biotik antibiotik sejenis bahan kimia atau ubat pemusnah kuman/bakteria
dadah antidadah menentang segala kegiatan yang berkaitan dengan dadah
jenayah antijenayah menentang kegiatan atau gerakan jenayah atau kejahatan
karat antikarat mencegah atau mengelakkan berlakunya karat pada besi
Marxis anti-Marxis menentang teori Marxis (teori politik & ekonomi Karl Marx)
6. Awalan auto- bermaksud dengan sendirinya atau secara sendirian. Contoh:
Kata Imbuhan Makna
Dasar (auto-)
biografi autobiografi riwayat hidup yang ditulis sendiri atau yang dikarang sendiri
fokus autofokus dapat memfokuskan sesuatu objek secara berfungsi sendiri
graf autograf tandatangan seseorang, biasanya orang yang terkenal
motif automotif berkenaan kenderaan bermotor seperti motosikal, kereta
7. Awalan pro- bermaksud menyokong atau berpihak kepada sesuatu. Contoh:
Kata Imbuhan Makna
Dasar (pro-)
demokrasi prodemokrasi cenderung menyokong atau memihak kepada demokrasi
kerajaan prokerajaan berpihak atau menyokong kerajaan yang memerintah
komunis prokomunis memberi sokongan atau melaksanakan fahaman komunis
Malaysia pro-Malaysia berpihak atau memberi sokongan kepada negara Malaysia
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 58 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
IMBUHAN PINJAMAN (Imbuhan Akhiran)
1. Imbuhan akhiran -man dan -wan bermaksud pemilik atau pelaku sesuatu atau pekerjaan
yang berhubung dengan kaum lelaki. Contoh:
Kata Imbuhan Makna
Dasar (-man / -wan)
budi budiman berbudi atau berakal (fikiran yang sihat) atau bijaksana
seni seniman orang yang mempunyai bakat seni atau mencipta hasil seni
angkasa angkasawan orang yang terlatih untuk menyertai misi ke angkasa lepas
cendekia cendekiawan orang, golongan atau kaum yang cerdik pandai/terpelajar
juta jutawan orang yang mempunyai harta benda berjuta-juta ringgit
olahraga olahragawan orang lelaki yang terlatih atau mahir dalam sukan olahraga
pustaka pustakawan orang yang terlibat dalam menguruskan perpustakaan
rupa rupawan paras rupa yang elok dan cantik, biasanya untuk wanita
sukarela sukarelawan orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela
usaha usahawan orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan tertentu
warta wartawan orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar
2. Imbuhan akhiran -wati dan -ita bermaksud pemilik atau pelaku sesuatu atau pekerjaan
yang berhubung dengan kaum wanita. Contoh:
Kata Imbuhan Makna
Dasar (-wati / -ita)
olahraga olahragawati perempuan yang terlatih atau mahir dalam sukan olahraga
peraga peragawati perempuan yang memperagakan fesyen pakaian/kostum
seni seniwati bintang filem wanita, melibatkan diri dalam seni lakonan
biduan biduanita penyanyi perempuan, penghibur wanita atau artis wanita
3. Imbuhan akhiran -wi dan -i mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contoh:
Kata Imbuhan Makna
Dasar (-wi / -i)
dunia duniawi keduniaan, bersifat dunia, perihal atau mementingkan dunia
manusia manusiawi kemanusiaan, bersifat manusia yang mempunyai akal budi
abad abadi kekal, berterusan untuk selama-lamanya (sepanjang hayat)
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 59 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
4. Imbuhan akhiran -iah bersifat atau mempunyai sifat. Contoh:
Kata Imbuhan Makna
Dasar (-iah)
alam alamiah sesuatu yang bersifat semula jadi atau bersifat natural
batin batiniah bersifat kebatinan atau kerohanian (berkaitan dengan jiwa)
dunia duniawiah bersifat keduniaan (perihal hidup dan kehidupan manusia)
ilmu ilmiah bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik
lahir lahiriah pada lahirnya (yang kelihatan di luar) atau tampaknya
rohani rohaniah berkenaan dengan roh, batin, kejiwaan, mental dan spiritual
5. Imbuhan akhiran -isme bermaksud merujuk kepada sifat, fahaman atau sikap. Contoh:
Kata Imbuhan Makna
Dasar (-isme)
ideal idealisme bercita-cita terhadap sesuatu yang unggul atau sempurna
kapital kapitalisme sistem pemerintahan yang mengutamakan keuntungan
nasional nasionalisme perasaan cinta akan negara bangsa sendiri yang mendalam
patriot patriotisme perasaan cinta yang amat kuat terhadap tanah air sendiri
sosial sosialisme kekayaan negara dinikmati oleh rakyat secara sama rata
komunis komunisme fahaman politik yang beriktiraf harta negara milik bersama
LATIHAN A : Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan kata berimbuhan yang paling sesuai.
1 Sekolah kami telah berjaya meraih ________ dalam pertandingan bicara berirama.
A dimenangi
B memenangi
C kemenangan
D memenangkan
2 Mereka berkumpul di dewan sekolah untuk ________ taklimat daripada guru disiplin.
A didengar
B mendengar
C kedengaran
D mendengarkan
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 60 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
3 Datuk Azhar dan Datin Maria akan menghadiri satu majlis ________ produk kosmetik
dan produk kesihatan di Putrajaya.
A kelancaran
B pelancaran
C dilancarkan
D melancarkan
4 Syarikat Intan Hijrah ialah perunding yang bertanggungjawab ________ pembangunan
bandar desa di kawasan itu.
A terancang
B perancang
C merancang
D perancangan
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5 Tarian tradisional Melayu itu dipersembahkan semasa ________ ketibaan Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Perak.
A disambut
B sambutan
C penyambut
D menyambut
6 Misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi itu disertai oleh ________ dari
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
A seniwati
B karyawan
C mahasiswa
D nasionalisme
7 Tokoh ________ itu telah menerima pingat kebesaran daripada Sultan Terengganu
kerana jasa-jasanya kepada negara.
A jelitawan
B sejarawan
C negarawan
D budayawan
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 61 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
8 Puan Zuraini ________ tiga ketul kepala ikan merah untuk dijadikan lauk makan tengah
hari keluarganya.
A digulai
B bergulai
C menggulai
D menggulaikan
9 Kumpulan pelarian Roghinya itu telah dihantar ke pusat ________ sementara di Kem
Sungai Besi, Kuala Lumpur.
A setempat
B bertempat
C penempatan
D menempatkan
10 Banyak orang berkunjung ke Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah pada hujung minggu
atau pada cuti ________ am.
A terlepas
B berlepas
C kelepasan
D pelepasan
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Cristina Lee Siok Mei hendak ________ sepucuk surat kepada sahabat penanya yang
tinggal di Kota Kinabalu, Sabah.
A berkirim
B pengirim
C mengirim
D pengiriman
12 Istiadat ________ Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini telah mendapat liputan yang
meluas daripada pihak media.
A bertabal
B ditabalkan
C pertabalan
D menabalkan
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 62 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
LATIHAN B : Soalan 1 hingga 5
Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah belum menerima imbuhan yang sesuai.
Tulis imbuhan yang sesuai bagi perkataan tersebut dalam ruangan yang disediakan.
1 Penjaga haiwan di Zoo Taiping, Perak cuba dekat seekor anak harimau yang baru lahir
pagi tadi.
_________________________
2 Pak Cik Shamsuddin dan anak-anaknya sedang naik barang-barang serta perkakas
rumah ke dalam lori.
_________________________
3 Cikgu Muhammad Fadhil selalu nasihat anak-anak muridnya supaya belajar dengan
bersungguh-sungguh.
_________________________
4 Penduduk kampung orang asli Kuala Pangsun, Hulu Langat hidang tetamunya dengan
sedulang buah-buahan tempatan.
_________________________
5 Opah hendak membuat gam, dia gaul tepung ubi dengan air yang sangat panas atau
air yang mendidih di dalam sebuah mangkuk.
_________________________
[5 markah]
LATIHAN C : Soalan 1 hingga 4
Padankan kata berimbuhan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada
telah ditunjukkan sebagai contoh.
1 Adik seorang yang ________, dia sentiasa menjaga pembersih
kebersihan bilik tidurnya. kebersihan
pembersihan
2 Semua murid hendaklah menjaga ________ serta membersihkan
keceriaan kelas masing-masing.
[3 markah]
3 Puan Aini membasuh dan ________ sayur-sayuran
itu hingga bersih sebelum dimasak.
4 Orang kampung menjalankan ________ kawasan
yang dilanda banjir itu secara bergotong-royong.
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 63 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
LATIHAN D : Soalan 1 hingga 4
Tandakan ( √ ) di dalam petak yang telah disediakan bagi mengisi tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.
1 Makanan ringan kurang baik untuk kesihatan kerana tidak berkasiat dan _________
banyak bahan perasa tiruan.
kandungan mengandungi berkandung
2 Gula-gula getah itu sangat sukar ditanggalkan kerana telah __________ kuat pada
rambut budak perempuan itu.
melekat lekatan berlekat
3 Cikgu Muhammad Ruslan meminta Khairulsafi membaca __________ berita tentang
bencana banjir dalam surat khabar itu.
pemetik petikan pemetikan
4 Para __________ bagi kedua-dua pasukan bola sepak dinasihati agar tidak bertindak
keterlaluan semasa berada di dalam stadium.
sokongan menyokong penyokong
[4 markah]
LATIHAN E : Soalan 1 hingga 4
Tandakan ( √ ) pada ayat yang betul dan ( X ) bagi ayat yang salah.
1 Semenjak berpindah ke bandar raya, Nurul Nadia sering mengingati
akan ibunya di kampung.
2 Murid-murid sedang berbaris untuk menaiki bas sekolah kerana hendak
pulang ke rumah masing-masing.
3 Ibu menyuruh Arif Haikal mengangkat pakaian yang tersidai di ampaian
itu kerana pakaian itusudah kering.
4 Bekas juara perseorangan badminton wanita dari negara Indonesia itu
telah pesara daripada arena badminton baru-baru ini.
[4 markah]
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Modul MuLus Tatabahasa - Siri Lima 64 Bahasa Melayu Tahun 4-5-6
LATIHAN F : Soalan 1 hingga 5
Pilih kata berimbuhan yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat di bawah.
terakhir mengakhiri menghadiahi dipanjangkan berpanjangan
dipenuhi menasihati menasihatkan memenuhkan menghadiahkan
1 Kemarau yang __________________ telah menyebabkan seluruh kawasan bendang
di kawasan itu kering-kontang.
2 Pelari itu mendapat tempat __________________ dalam acara lari 100 meter kerana
dia mengalami kecederaan lutut.
3 Puan Wan Teh Zubaidah __________________ balang-balang kaca itu dengan biskut
kering dan gula-gula yang berwarna-warni.
4 Datuk Mustaffa __________________ bakal isterinya sebuah kereta mewah sebagai
tanda cinta sejati terhadap pasangannya itu.
5 Penolong Kanan Hal Ehwal murid telah __________________ murid-murid agar tidak
memakai barang kemas pada waktu sekolah.
[5 markah]
LATIHAN G : Soalan 1 hingga 5
Tuliskan (betul) pada ayat yang betul penggunaan kata berimbuhan dan tuliskan (salah)
pada penggunaan yang salah.
1 Emak mengkhaskan makanan tersebut untuk opah yang menghidap
penyakit diabetes dan darah tinggi.
2 Hampir empat billion ringgit Malaysia telah memperuntukkan bagi
pembangunan sukan di negara kita.
3 Pengunjung gerbang malam tertarik dengan barangan kraf tangan
yang dipamerkan oleh para peniaga.
4 Shahrul Ramadan dipilih sebagai juruacara majlis keraian itu kerana
dia petah bercakap di khalayak ramai.
5 Murid-murid Tahun Enam Bestari menghadiahi bebeberapa batang
pena penanda kepada guru kelas mereka.
[5 markah]
Modul MuLus Tatabahasa Siri Lima - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 4-5-6
Hak Cipta Terpelihara : Haji Md. Ramli Sabran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu), (Kementerian Pendidikan Malaysia)