The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

eBuku Penghayatan Etika dan Peradaban [Bahagian I]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Angriani, 2023-10-09 22:22:31

Penghayatan Etika dan Peradaban

eBuku Penghayatan Etika dan Peradaban [Bahagian I]

Keywords: Penghayatan Etika dan Peradaban,Etika,Peradaban,eBuku

NUR ANGRIANI NURJA DORAH MOHAMED DARUL EFRIANTI ROBANI P E N G H A Y A T A N ETIKA & PERADABAN


Jabatan Pengajian Am Politeknik Kota Kinabalu EBUKU PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN BAHAGIAN I


HAK CIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit. EBuku Penghayatan Etika & Peradaban Bahagian I Nur Angriani Nurja Dorah Mohamed Darul Efrianti Robani Cetakan 2023 Perpustakaan Negara Malaysia Diterbitkan oleh: Politeknik Kota Kinabalu No. 4, Jalan Politeknik, KKIP Barat Kota Kinabalu Industrial Park 88460 Kota Kinabalu Sabah Tel: +088-401800 I Fax: 088-499960 e ISBN 978-967-2301-86-8 EBuku Penghayatan Etika dan Peradaban Bahagian I II


Prakata Kata Pengarang Sinopsis 03 Sejarah Pemikiran Eropah Agama & Kepercayaan Amalan dan Etika Peradaban Dunia Perspektif Konsep Etika Kolonialisme dan Pascakolonialisme Kesan Kolonialisme dan Pascakolonialisme Faktor Pembentukan Masyarakat Bertamadun Komponen Etika dan Peradaban Tahap-tahap Hubungan Etnik di Malaysia Peranan Selat Melaka Warisan dan Pendigitalan Sejagat SEKAPUR SIRIH KONSEP ETIKA DAN PERADABAN ETIKA DAN PERADABAN MASYARAKAT KEPELBAGAIAN 45 46 48 49 52 Konsep Etika dan Peradaban Susur Masa Etika dan Peradaban Etika dan Peradaban Acuan Malaysia Individu, Keluarga, Komuniti & Masyarakat Negara dan Pasaran Tokoh Ilmuwan Negara ETIKA DAN PERADABAN ACUAN MALAYSIA 3 9 12 16 19 21 29 30 37 39 IV V VIII ISI KANDUNGAN 01 02 04 III


Prakata Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Qamariah Makmud Penerbitan ebuku Penghayatan Etika dan Peradaban (Bahagian I) merupakan usaha murni para pensyarah untuk mempelbagaikan lagi sumber rujukan tambahan pensyarah dan pelajar dalam kursus MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban. Perkongsian ilmu dan persembahan berbentuk infografik boleh menarik minat para pelajar untuk merujuk atau membaca buku digital ini. Susunan gaya bahasa yang mudah dan paparan yang menarik memudahkan pembaca untuk memahami isi kandungan yang disampaikan. Penjelasan tentang pengertian konsep etika dan peradaban serta peranannya dalam pembentukan masyarakat majmuk dapat menjadi nilai tambah kepada pensyarah mahupun pelajar. Harapan saya agar usaha yang mulia ini diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memudahcara proses pengajaran dan pembelajaran. Saya selaku Ketua Jabatan Pengajian Am ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada pensyarah yang terlibat dalam penyediaan penulisan ebuku ini. Syabas. Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Am Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, penulisan ebuku Penghayatan Etika dan Peradaban (Bahagian I) telah diterbitkan dengan jayanya. IV


Penerbitan buku ini bertujuan untuk menjadi panduan dan rujukan tambahan kepada pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi dalam kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Di samping itu, buku ini memberi fokus kepada perbincangan tiga topik utama dalam PdP kursus tersebut. Di kesempatan ini, ingin saya zahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan penulis bersama; Puan Dorah dan Puan Efrianti yang sentiasa bersama-sama memberi idea dan sumbang-saran dalam penghasilan buku ini. Dukungan dan dan kesabaran dalam setiap tahap proses penghasilan buku ini akan sentiasa dalam ingatan. Tidak lupa juga kepada Ketua Jabatan, JPA dan sahabat-sahabat di JPA, PKK sepanjang usaha menyediakan buku ini. Akhir kata, selamat membaca dan berpandang mesra dengan eBuku Penghayatan Etika dan Peradaban (Bahagian I) yang kami persembahkan. Semoga buku ini memberi dampak kepada semua pembaca dalam menghayati dinamika idea dan amalan etika serta peradaban yang unik di negara Malaysia kita nan tercinta. Terima kasih. Kata Pengarang Nur Angriani Nurja Pensyarah Jabatan Pengajian Am Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, eBuku Penghayatan Etika dan Peradaban (Bahagian I) ini berjaya diterbitkan. V


Kami bersyukur kepada Allah S.W.T kerana atas limpah kurnianya dapatlah kami menghasilkan E-Buku ini. Tujuan E-Buku ini dihasilkan adalah untuk membantu pelajar IPTA dan IPTS mempelajari kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032) dengan lebih mendalam. Selain itu diharapkan E-Buku ini juga dapat membantu mempelbagaikan lagi sumber rujukan kepada pensyarah dan pelajar untuk mencari bahan rujukan secara digital. Kata Pengarang Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah hirabbil ‘aalamiin, setinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah SWT, segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad pembawa rahmat kepada seluruh alam. Dorah Mohamed Darul Keistimewaan E-Buku ini adalah isi kandungan yang mengandungi pelbagai gambar dan grafik yang menarik serta info yang interaktif untuk menambah minat pelajar mendalami Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032). latihan dan kuiz untuk meningkatkan pemahaman pelajar juga disediakan di setiap bab. Pensyarah Jabatan Pengajian Am Semoga Allah memberi petunjuk dan melimpahkan rahmatnya kepada kita semua. Ribuan terima kasih kepada sahabat saya Pn. Nur Angriani, Pn. Efrianti dan En. Muhammad Faiz yang banyak membantu menyiapkan E-Buku ini, jasa kalian semua hanya Allah yang mampu membalasnya. Sebarang kekurangan yang terdapat di dalam E-Buku ini mohon dimaafkan. Akhir kata saya sudahi dengan satu kata renungan daripada seorang ulama yang terkenal yang bernama Ibnu Sina , beliau pernah berkata: “Saya memilih umur pendek tapi penuh makna dan karya, daripada umur panjang yang hampa dan sia-sia.” VI


Kata Pengarang Efrianti Robani Pensyarah Jabatan Pengajian Am Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmatNya terhasil penerbitan eBuku Penghayatan Etika dan Peradaban dengan jayanya. Bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya terhasil e-buku kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU 21032). Besar harapan e-buku ini dapat menarik minat pelajar mendalami dan memahami kursus kerana ianya disediakan secara interaktif dan infografik. Selain itu, dapat menjadi sumber rujukan yang mudah kerana boleh diakses secara digital pada bila-bila masa. Diharapkan juga mampu meningkatkan kefahaman pelajar mendalami kursus ini melalui latihan dan kuiz yang disediakan. Setinggi perhargaan juga diberikan kepada penulis bersama Puan Nur Angriani Nurja dan Ustazah Dorah Mohamed Darul yang banyak membantu dalam penghasilan e-buku ini. Semoga jasa kalian dibalas dengan yang sebaiknya oleh Allah s.w.t. Akhir kata Indah permai alam semesta, Tempat singgahan makhluk ciptaan tuhan, Pandangla dunia yang fana, Melalui pandangan ilmu dan iman. VII


Sinopsis Pembentukan kepelbagaian masyarakat di Malaysia merupakan keunikan hasil daripada susur masa melibatkan evolusi sejarah era pra-kolonial, kolonial dan pasca-kolonial. Naratif dinamika pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia membantu penghayatan para pembaca khususnya pelajar IPT, pensyarah, guru, mahupun warganegara Malaysia yang patriotik. Etika dan peradaban merupakan konsep yang penting dalam memahami evolusi sesebuah komuniti atau masyarakat. Pergerakan idea atau amalan etika dan peradaban di Malaysia dipersembahkan secara kritis serta berinfografik dalam penulisan ebuku Penghayatan Etika dan Peradaban (Bahagian I). Selain itu,karya ini boleh menjadi rujukan tambahan kepada pensyarah dan pelajar IPT untuk kursus Penghayatan Etika dan Peradaban yang melibatkan perbincangan tentang perspektif etika dan peradaban acuan Malaysia, konsep etika dan peradaban serta pembentukan masyarakat kepelbagaian. Semoga dengan penerbitan ebuku ini akan meningkatkan pengamatan dan penghayatan secara holistik untuk memperkukuh perspektif peri pentingnya amalan etikan serta peradaban dalam kehidupan yang lebih mencabar. ~ Anonymous ~ Jika kamu ingin berubah menjadi orang baik namun masih sulit, setidaknya jangan malu menyatakan tiga hal penting; tolong, maaf dan terima kasih. Meski belum mampu menjadi baik, minimal punya adab. VIII


PENGENALAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA Bab ini akan menjelaskan tentang definisi yang berkaitan dengan istilah etika. Huraian susur masa etika dan peradaban berdasarkan prakolonial, kolonial dan pascakolonial. Serta analisis etika dan peradaban berdasarkan sejarah, struktur sosial dan biografi. Dorah Mohamed Darul


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya." "Memberi makanan minda dengan meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan lebih besar makna dan fungsinya ke arah menaikkan tamadun dan peradaban manusia daripada memberi makanan kepada tubuh badan semata-mata”. Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Buya Hamka)


Definisi Adab ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA Apa itu adab? Maksud adab ialah budi pekerti yg halus; tingkah laku yang baik; budi bahasa yang luhur (Kamus Dewan, 2010). Bercakap kasar dan tidak berbudi bahasa adalah satu tindakan yang menunjukkan seseorang itu tidak beradab dalam kehidupannya. Beradab adalah baik budi bahasanya dan sopan santun pekertinya. Contohnya Orang yang beradab tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dengan ibu bapanya. Beradab juga sinonim dengan telah maju tingkat kehidupannya. Peradaban sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa. 3


Definisi Adat Resam ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA Apa itu adat resam? Bahasa: Adat yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum (daerah dan lain-lain). Contohnya seperti adat resam berkaitan kelahiran, adat perkahwinan yang melibatkan proses merisik, bertunang, bersanding, berinai dan juga adat kematian. Setiap etnik yang ada di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, India, Sikh, Siam dan bumiputera Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai adat resam yang berlainan bagi melambangkan identiti adat budaya mereka. Adat merupakan peraturan yang wujud dan ditetapkan sejak turun temurun sehingga menjadi satu peraturan dalam satu masyarakat yang harus diikuti mereka. 4


Definisi Adat Istiadat ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA Apa itu adat istiadat? Dari segi bahasa, adat istiadat bermaksud berbagai-bagai adat yang diikut. Berbagai-bagai adat dan kebiasaan. Majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa (seperti pertabalan, perkahwinan dan sebagainya). Di Malaysia, adat istiadat adalah sesuatu yang amat penting, mesti diikuti dengan tertib, tegas dan betul. Ia banyak digunakan pada upacara rasmi dan majlis-majlis rasmi yang ketat dan mesti dipatuhi. Contohnya upacara atau majlis-majlis rasmi diraja. Adat istiadat yang menjadi kebanggaan setiap masyarakat juga mampu menjadi penghubung silaturrahim antara sesama anggota masyarakat. Generasi muda terutamanya, perlu peka kepada adat istiadat yang menjadi identiti negara kita, agar ia dapat dikekalkan untuk generasi akan datang, serta dapat meningkatkan jati diri mereka. 5


Definisi Etika ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “ethos” atau etos yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti. Bahasa: Prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adab sopan) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia seperti persatuan, pekerjaan dan sebagainya-menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua. Sosiologi: Satu standard menyeluruh mengenai benar atau salah yang menjelaskan apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia dalam konteks apa yang benar, tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik. Etika juga melibatkan prinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan individu atau sesebuah masyarakat. Etika dalam bidang pekerjaan akan menjadi pegangan setiap pekerja.Etika tersebut akan menjadi acuan dalam membentuk nilai adab dan sikap seseorang. Contohnya etika perguruan, etika jururawat, etika kedoktoran dan juga etika sebagai penjawat awam. apa itu etika? 6


Definisi Etos ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA Etos: [Bahasa] sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dan lain-lain. Contohnya seorang pelukis Malaysia boleh menghasilkan karya yang benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah dan etos masyarakat dan negara kita-menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Etos: [Sosiologi] Usaha membangunkan bangsa berdasarkan latar individu, keluarga dan komuniti berbagai serta berbeza sejarah, etnik, bahasa, agama, budaya dan latar geografi melebihi kesepakatan ciri asas negara atau bangsa. Etos adalah istilah untuk menunjukkan ciri sesuatu bangsa. Di dalamnya terkandung identiti dan jati diri seseorang. Di Malaysia, konsep Etos Bangsa adalah konsep yang menjelaskan mengenai Etos Nasional Bangsa Malaysia. Konsep ini telah diungkap secara jelas dalam ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tahun 1992 untuk menunjukkan ciri-ciri bangsa Malaysia yang bersatu menjelang tahun 2020. apa itu etOS? 7


Definisi Etiket ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA apa itu etiket? Etiket boleh didefinisikan sebagai adat dan peraturan bukan kesopanan (terutamanya dalam kehidupan sosial atau dalam profesion tertentu). Contohnya wanita bangsa kita belum mahir tentang etiket yang lazim di rumah-rumah orang besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Tindak tanduk seseorang apabila berada di khalayak di dalam sesuatu situasi. Contoh seperti etiket di meja makan, etiket menghadiri majlis rasmi, etiket menaiki kenderaan awam, etiket membuat panggilan atau menerima panggilan telefon dan sebagainya. Etiket adalah istilah moden seumpama adat istiadat (istilah tradisional). Kini, konsep ini sering diguna dalam konteks organisasi atau institusi untuk menunjukkan tatacara, peraturan berkaitan protokol dan etiket sosial dalam majlis. 8


Sebelum kedatangan kolonial telah wujud etika dalam masyarakat yang disebut adab, adat istiadat dan adat resam. Namun begitu, Proses migrasi yang berlaku sama ada dalam aktiviti perdagangan mahupun atas sebab penjajahan dalam Kepulauan Melayu dan luar Kepulauan Melayu menjadikan adab, adat istiadat, dan adat resam bercampur baur sehingga muncul istilah etika, etos dan etiket yang diguna pakai dalam masyarakat. Oleh itu penghayatan etika dan Peradaban di Malaysia perlu difahami berdasarkan susur masa sejarah negara yang dibahagikan kepada beberapa fasa iaitu : Susur Masa Etika & Peradaban 1) ZAMAN PRA KOLONIAL: Zaman sebelum Tanah Melayu dijajah oleh kuasa asing 2) ZAMAN KOLONIAL: Zaman ketika dijajah oleh kuasa asing 3) ZAMAN PASCA KOLONIAL: Zaman selepas penjajahan kuasa asing BERDASARKAN PRAKOLONIAL, KOLONIAL DAN PASCAKOLONIAL 9


BERDASARKAN PRAKOLONIAL Susur Masa Etika & Peradaban apa itu ZAMAN PRAKOLONIAL? Prakolonial – Zaman negara ini belum dikenali sebagai Malaysia dan belum dijajah. Etika telah terjelma dalam tingkah laku serta kehidupan seharian, formal atau tidak formal, disebut sebagai adab, adat resam dan adat istiadat. Zaman pra-kolonial adalah zaman sebelum negara ini dijajah oleh Kolonial Eropah. Sebelum kedatangan penjajah Eropah (iaitu prakolonial), orang Melayu telah mengamalkan adab sopan yang tinggi. Berjalan menundukkan sedikit tubuh badan apabila lalu di hadapan orang lebih tua, menundukkan sedikit tubuh ketika berjabat tangan dengan orang lebih tua adalah di antara adab sopan yang telah diamalkan sejak sekian lama. 10


BERDASARKAN PRAKOLONIAL Susur Masa Etika & Peradaban apa itu ZAMAN KOLONIAL? Sejarah mencatatkan bahawa Malaysia pernah dijajah oleh negara kolonial dari Eropah dan Asia. Kesultanan Melayu Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 hingga 1641, selepas itu tanah air kita di jajah oleh Belanda, British dan Jepun. Pendudukan setiap negara kolonial ini telah memberi kesan kepada cara hidup serta etika masyarakat setempat. Kedatangan British memberikan kesan yang besar kepada populasi masyarakat, etika dan juga cara hidup masyarakat di Malaysia. Ini kerana berlakunya migrasi secara besar-besaran buruh dari India dan China demi mendapatkan tenaga kerja untuk mengusahakan ladang dan lombong bijih timah di Tanah Melayu. Kolonial Barat membawa etika peradaban mereka dari segi percakapan, berpakaian, pentadbiran dan sebagainya. contohnya cara berjabat salam, memberi salam dan sebagainya mengikut etika formal kolonial ketika itu. Perkataan etika, etos dan etiket mula diguna pakai oleh masyarakat pada zaman kolonial. 11


Zaman PascaKolonial ETIKA DAN PERADABAN DALAM ACUAN MALAYSIA apa itu ZAMAN PASCAKOLONIAL? 1 2 3 Zaman pascakolonial bermula selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Masyarakatnya menggabungkan etika moden di antara adab, adat, etika, etos dan etiket. Masyarakatnya menerima pelbagai variasi percampuran budaya daripada kepelbagaian masyarakat dan percampuran pelbagai etika dalam kehidupan bermasyarakat samada secara formal dan tidak formal. Kemajuan arus globalisasi teknologi maklumat, menyebabkan adab, adat, etika, etos dan etiket bercampur baur hingga mengubah identiti dan jati diri masyarakat. Contoh: Keperluan ilmu teknologi maklumat yang digunapakai dalam konsep pendidikan disebabkan wabak COVID-19 yang melanda dunia. 4 Arus kepesatan globalisasi teknologi maklumat menyebabkan Kemerosotan nilai akhlak, bahasa dan adab sopan masyarakat Malaysia. Justeru itu, penjagaan etika yang betul melalui penghayatan etika dan peradaban Malaysia perlu dipertingkatkan agar identiti atau akhlak manusia itu boleh dikekalkan dalam kehidupan seharian. 12


Kerangka menganalisis etika dan peradaban acuan Malaysia MELALUI SEJARAH: 3 1 2 4 Sejarah ialah peristiwa dan pengalaman yang benar-benar berlaku pada masa lampau yang berkait rapat dengan kehidupan dan semua aktiviti manusia. Setiap manusia mempunyai pengalaman peristiwa masa lampau yang tidak boleh dihapuskan serta memberi kesan kepada pembentukan etika dan peradaban manusia. Meneliti sejarah ialah dengan melihat kembali asal usul individu negara ini, sama ada penduduk asal atau sebahagian daripada proses migrasi dalam wilayah alam melayu atau migrasi dari peradaban Cina, India, Arab, Eropah dan sebagainya. Bagaimanakah negara ini dibentuk menjadi sebagai negara? Contoh: Peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang berlaku dinegara kita sehingga berlakunya darurat. Akhirnya dibentuk gagasan falsafah rukun negara sebagai panduan rakyat Malaysia. Pengamalan rukun negara menghasilkan nikmat perpaduan dikalangan pelbagai kaum di Malaysia. 13


Struktur sosial dari segi bahasa ialah sistem sosial. Manakala dari sosiologi adalah hubungan yang dibina dan terjalin dalam sesebuah masyarakat yang berfungsi untuk menggerakkan dinamika masyarakat. Struktur sosial tradisional diperintah oleh raja, pembesar dan para bangsawan. Manakala rakyat jelata dan hamba adalah yang diperintah. Di Malaysia, struktur sosial moden diperintah oleh kelas atasan dan kelas menengah, manakala kelas pekerja dan kelas bawahan merupakan golongan yang diperintah. Dari segi individu, aspek ini boleh diambil untuk membentuk jati diri masyarakat yang lebih baik. sebagai contoh, seseorang yang berasal daripada keluarga yang serba kekurangan dari segi kewangan dan pendidikan, dia mampu untuk mengubah struktur sosial dalam keluarganya dengan berusaha menuntut ilmu dan mencari pekerjaan yang halal dan bersih. STRUKTUR SOSIAL TRADISIONAL MELALUI STRUKTUR SOSIAL: STRUKTUR SOSIAL MODEN Kerangka menganalisis etika dan peradaban acuan Malaysia 14


MELALUI BIOGRAFI: Kerangka menganalisis etika dan peradaban acuan Malaysia Biografi adalah riwayat atau kisah hidup seseorang. Sosiologi: Biografi adalah fenomena struktur sosial dan proses sejarah yang membentuk pengalaman individu, keluarga, komuniti dan masyarakat. Biografi individu bermula daripada kelahiran, cara hidup, latarbelakang, keluarga, Pendidikan, taraf hidup dan amalan masyarakat sekeliling (struktur sosial). Kita dapat memahami dan menghayati etika dan peradaban sesebuah negara dengan merujuk biografi individu berpengaruh di sesebuah negara. Contoh: Biografi tokoh kemerdekaan Malaysia iatu TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ. Secara tidak langsung, warga Malaysia dapat menghayati dan mengenali berkenaan dengan Malaysia kini, tanggungjawab serta sikap Patriotisme & Nasionalisme yang seharusnya ada dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia. 15


Penghayatan Etika & Peradaban MENGIKUT PERINGKAT INDIVIDU, KELUARGA, KOMUNITI DAN MASYARAKAT INDIVIDU Etika dan tingkah laku setiap individu adalah berbeza dan dipengaruhi oleh banyak faktor , iaitu pemikiran, kepercayaan (agama), kebudayaan masyarakat setempat dan juga nilainilai sejagat yang diterima mengikut perkembangan dunia semasa yang sentiasa berubah. Menurut Islam, individu beretika adalah yang banyak mencontohi akhlak peribadi Rasulullah SAW, kerana baginda merupakan role model akhlak yang terpuji. Sepertimana Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sungguh engkau (Muhammad) benar-benar memiliki akhlak yang sangat agung.” (QS: al-Qalam: 4) Kisah teladan Nabi Muhammad SAW: Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lainlain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah SAW, lantas memeluk Islam di tangan baginda. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut. 16


Penghayatan Etika & Peradaban MENGIKUT PERINGKAT INDIVIDU, KELUARGA, KOMUNITI DAN MASYARAKAT KELUARGA Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang mempunyai hubungan melalui pertalian darah, perkahwinan atau perundangan. keluarga yang bahagia adalah keluarga yang mampu berfungsi dengan baik dan dapat memenuhi keperluan ahlinya sama ada dari segi kasih sayang, ekonomi mahupun perlindungan. Berikut dikongsikan dua tips bagaimana Nabi Muhammad SAW mendidik dan melayan ahli keluarganya dengan baik: Baginda Rasulullah SAW merupakan seorang bapa yang sangat mencintai serta mengasihi putera dan puterinya, Qassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Umi Kalthum dan Ruqaiyah. Antara riwayat menceritakan, setiap kali Fatimah ingin masuk ke dalam bilik, Baginda akan bangun dan memimpin tangan puterinya itu dan didudukkan di sebelahnya. Sesungguhnya Nabi SAW juga sangat peka dan memahami sikap setiap anak-anaknya. Baginda Rasulullah SAW sangat bersikap adil kepada para isterinya, bahkan dapat menguruskan kehidupan rumah tangga dengan sempurna. Baginda juga seorang suami yang ringan tulang dengan sering membantu isterinya dalam menguruskan rumah tangga tanpa diminta. Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan baju lalu membantu isterinya di dapur tanpa sedikit pun marah atau merungut. 17


Komuniti ialah kumpulan yang tinggal dalam sebuah daerah atau negara (kamus dewan, 2005). Selain itu, komuniti merujuk sebuah masyarakat di sesuatu tempat ataupun negara. Keluarga yang beretika dan bernilai murni memberikan kesan kepada pembentukan komuniti dan masyarakat yang harmoni. Di Malaysia, antara ciri yang penting untuk membentuk masyarakat harmoni ialah penerapan pegangan agama bermula dari kecil, penghayatan etika dan nilai yang tinggi, pembudayaan cintakan ilmu, ekonomi yang baik dan teknologi yang selari dengan peredaran zaman. Keunggulan masyarakat ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak, iaitu kerajaan, anggota bukan kerajaan, anggota masyarakat, pihak swasta serta semua pihak yang terlibat. Catatan sejarah menyatakan Nabi Muhammad SAW, pernah mengikat tali persaudaraan diantara golongan ansar dan muhajirin melalui perlaksanaan Piagam Madinah. Kesannya masyarakat Madinah yang berbilang kaum dan pelbagai fahaman agama dapat hidup harmoni dalam satu negara yang berlandaskan syariat islam. Selain itu ekonomi mereka juga semakin kukuh dan mereka bersatu padu tanpa mengira kaum dalam menghadapi serangan musuh dari luar Madinah. Penghayatan Etika & Peradaban MENGIKUT PERINGKAT INDIVIDU, KELUARGA, KOMUNITI DAN MASYARAKAT KOMUNITI & MASYARAKAT 18


MENGIKUT KONTEKS NEGARA DAN PASARAN Penghayatan Etika & Peradaban NEGARA Ciri-ciri utama sebuah negara adalah dengan adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan menurut Moten dan Isam (2006). Dengan ciri-ciri ini, negara tersebut diiktiraf sebagai berdaulat dan mempunyai kuasa autonomi dalam pemerintahan. Negara yang dihormati dapat dibentuk dengan biografi masyarakatnya yang mengamalkan nilai etika yang unggul dalam menghadapi cabaran hidup yang mendatang. Generasi muda adalah aset negara yang perlu dibimbing dan dididik dengan ilmu pengetahuan dan akhlak yang tinggi. ”Sesungguhnya kejayaan suatu umat (bangsa) terletak pada akhlaknya selagi mereka berakhlak/berbudi, jika pada mereka telah hilang akhlaknya, maka jatuhlah umat (bangsa) ini”. Penyair besar Syauqi pernah menulis: 19


Biografi negara yang baik membolehkan hal ekonomi yang melibatkan pasaran yang berkembang pesat. Dalam pembentukan negara bangsa, aspek ekonomi amat penting bagi mengukuhkan lagi kestabilan sesebuah negara. Kestabilan pasaran dan ekonomi sesebuah negara dapat membuka ruang kepada kebolehpasaran graduan. Graduan hasil keluaran institusi di sesebuah negara yang maju dan stabil akan menjadi pekerja pilihan majikan negara luar atas sebab ilmu dan kemahiran yang dipelajari mereka amat diperlukan. Selain kebolehpasaran graduan, kebolehpasaran produk negara pada peringkat global juga akan melonjak naik disebabkan nama baik negara dan kepercayaan masyarakat dunia terhadap negara tersebut. Di samping itu, kestabilan ekonomi negara dapat menarik minat ramai pelabur asing untuk melabur dinegara tersebut. MENGIKUT KONTEKS NEGARA DAN PASARAN Penghayatan Etika & Peradaban PASARAN 20


Ybhg. Prof Madya Datuk Ts.Dr. Ramzah Dambul (yang lebih mesra dipanggil Ramzah Dambul/Rem Dambul) merupakan seorang pemikir, penyelidik, sasterawan, budayawan, pendidik dan pencinta haiwan. Beliau kini menetap di Sabah selepas jauh mengembara ke seluruh benua di dunia. Dr Ramzah merupakan lulusan Sarjana Muda Sains (Universiti Malaya, 1994); Sarjana Sastera dalam Geografi (Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000) dan Doktor Falsafah dalam Klimatologi Sinoptik (University of East Anglia, 2007). Dari segi kerjaya profesional, dia adalah pensyarah dan penyelidik di Universiti Malaysia Sabah sejak 1998 dengan gelaran ahli klimatologis, saintis yang mengkaji fenomena iklim yang menyentuh isu pemanasan global dan perubahan iklim sedunia, yang menjadi fokus utama kajian beliau. Bidang penyelidikan ini telah membawa dia mengembara serta berhijrah sementara ke England (2008), Taiwan (2009 & 2010) serta Saudi Arabia (2012 - 2014) untuk beberapa projek kolaborasi antarabangsa. Penghayatan Etika & Peradaban KENALI TOKOH ILMUWAN NEGARA KITA Ybhg. Prof. Madya DATUK TS. DR. RAMZAH DAMBUL 21


KENALI TOKOH ILMUWAN NEGARA KITA Penghayatan Etika & Peradaban Dr. Ramzah mempunyai pengalaman luas dalam sektor akademik dan penyelidikan, berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama 24 tahun dalam pelbagai jawatan akademik dan pengurusan, termasuk pelantikannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) 2019-2022. Pada 2016 beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTEC), menyelaras sektor berkaitan STI, dan perkara berkaitan kerjasama antarabangsa dua hala dan pelbagai hala berkaitan aspek STI . Sepanjang kerjaya profesionalnya, Dr. Ramzah juga memegang jawatan pengarah dalam pelbagai organisasi termasuk Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), Operasi Peningkatan Teknologi Multimedia (METEOR) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. Dr. Ramzah juga pernah berkhidmat sebagai Pakar Penyelidik dan Felo Pelawat untuk Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Perubahan Iklim King Abdulaziz University, Jeddah, dan Felo Pasca Kedoktoran Chevening di Unit Penyelidikan Iklim, United Kingdom. Dr Ramzah adalah penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia tahun 2012 dan 2013. Juga penerima Hadiah Sastera Sabah 2012/2013. Hadiah Saguhati Kategori Kumpulan Puisi (2014) (Dari Cinta kepada Cinta) Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH. Hasil lukisan beliau pernah dipamer di Pesta Buku Antarabangsa Riyadh. Sebagai Hakim Debat Kelas Tinggi, beliau beberapa kali dijemput sebagai juri Pidato Antarabangsa Piala Perdana Menteri. 22


Aktiviti PENGUKUHAN Apakah definisi bagi adab? A. Amalan yang diwarisi turun temurun dalam sesebuah kaum dan menjadi kebiasaan dan kelaziman. B. Bentuk peraturan yang diikuti dengan tertib dan cermat. Biasanya diamalkan dalam majlis-majlis rasmi yang melibatkan susun atur protokol yang tinggi. C. Budi pekerti yang halus; tingkah laku yang baik; berbudi bahasa. D. Apa yang baik secara moral dan boleh diterima oleh masyarakat Apakah yang dimaksudkan oleh etos dalam konteks bahasa? A. Peraturan yang harus diikuti oleh setiap lapisan masyarakat B. Sifat atau ciri sesuatu bangsa, budaya dan era C. Usaha menyemai rasa cinta akan negara dalam kalangan masyarakat D. Prinsip moral baik yang harus diikuti Apakah istilah tradisional untuk etiket? A. Adab B. Adat resam C. Adat istiadat D. Moral Apakah contoh bagi amalan Adat Istiadat di Malaysia? A. Mengadakan majlis perkahwinan B. Tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tua C. Pertabalan yang di-Pertuan Agong D. Menolong orang tua melintas jalan Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan berdasarkan susur masa atau zaman berikut kecuali... A. Prakolonial B. Kontemporari C. Kolonial D. Pascakolonial 23


Aktiviti PENGUKUHAN Zaman Pascakolonial merupakan era …… A. Kebangkitan B. Terbaru C. Moden D. Globalisasi Struktur sosial merujuk kepada… A. Komuniti dan sistem sekeliling sama ada formal atau tidak formal di mana kita tinggal dan dibesarkan, bersekolah dan bekerja. B. Pihak berkuasa tempatan C. Warga asing D. Jenayah dalam kalangan masyarakat Budaya bahasa rojak merupakan antara kesan daripada era …………. A. Kolonial B. Prakolonial C. Kontemporari D. Pascakolonial Apakah yang mempengaruhi tahap penghayatan etika dan peradaban? A. Sejarah B. Struktur sosial C. Biografi masyarakat yang berkenaan D. Semua di atas Apakah yang menyebabkan adab, adat istiadat, dan adat resam bercampur akibat proses pinjam meminjam dalam masyarakat? A. Proses migrasi dalam kepulauan melayu dan luar kepulauan melayu B. Wujudnya era prakolonial C. Percampuran penduduk pelbagai bangsa di tanah melayu sahaja D. Semua di atas 24


Aktiviti PENGUKUHAN Berikan pengertian konsep etika dan peradaban Huraikan perbezaan konsep etika yang diamalkan pada zaman prakolonial dan zaman kolonial. Huraikan peranan sejarah dalam proses menganalisis penghayatan etika mengikut acuan Malaysia. Contoh etika yang diamalkan. Justifikasi mengapakah etika tersebut wujud di kampus. Berdasarkan pemerhatian anda di kampus atau institusi pendidikan, bincangkan: 1. 2. Adakah jururawat ini beretika ? Huraikan kesan pengamalan etika dalam diri setiap individu. Seorang jururawat telah membantu seorang mangsa kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang dari kerja. 1. 2. 25


Sila lukis kartun sikap baik dan sikap buruk mengikut kreativiti anda sendiri seperti gambar rajah berikut. Sila buat poster kempen “Amal Makruf dan Nahi Munkar” (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran). menggunakan aplikasi Canva. Poster tersebut hendaklah disebarkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai melalui media sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. Sila letakkan pautan @ link poster di sini : 1. 2. .............................................. Aktiviti PENGUKUHAN 26


KONSEP ETIKA DAN PERADABAN Bab ini akan menjelaskan pergerakan idea dan amalan etika serta peradaban dunia. Di samping itu, konsep etika dari perspektif sejarah pemikiran Eropah, agama dan kepercayaan, kolonialisme serta paca-kolonialisme turut dibincangkan. Efrianti Robani


Untuk memahami pergerakan idea & amalan etika Melayu, perlu difahami terlebih dahulu peradaban, pengaruh dan perubahan yang berlaku di persekitaran Alam Melayu dan Nusantara umumnya Kemunculan kerajaan-kerajaan awal ini silih berganti dalam Alam Melayu/Nusantara


Pergerakan Idea & Amalan PERKEMBANGAN SEJARAH ALAM MELAYU zaman proto sejarah zaman pensejarahan zaman sejarah moden zaman pra sejarah • Zaman Paleolitik • Zaman Mesolitik • Zaman Neolitik • Zaman Logam / Gangsa Besi Kewujudan kerajaan purba / kerajaan awal • Langkasuka • Kedah Tua • Gangga Negara • Chih-Tu • Lo-Yueh • Tan-Tan • Merdeka 1957 • Perpaduan – penyatuan • Ke arah pembinaan negara-bangsa Malaysia • Kewujudan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka • Bermula pembentukan masyarakat kepelbagaian - perdagangan • Kedatangan kuasa penjajah o Portugis o Belanda o British 29


Pergerakan Idea & Amalan SEJARAH PEMIKIRAN EROPAH Zaman Sebelum Pencerahan Zaman Semasa Pencerahan Zaman Selepas Pencerahan SEJARAH PEMIKIRAN EROPAH Islam Hindu Budha AGAMA DAN KEPERCAYAAN 30


Pergerakan Idea & Amalan SEJARAH PEMIKIRAN EROPAH Zaman Sebelum Pencerahan Dikenali zaman gelap kerana berlaku peperangan, kebuluruan dan penyakit serta menghadapi kemerosotan dalam beberapa bidang seperti pendidikan, perdagangan, kehidupan, perbandaran dan pusat pentadbiran. Golongan gereja dan paderi memainkan peranan penting dalam mengawal dan mengongkong kehidupan masyarakat pada ketika itu. Raja pula berkuasa mutlak dan rakyat diperintah dalam bentuk old regim. Zaman Pencerahan Zaman pencerahan dikenali sebagai fasa The Age of Reason muncul rentetan daripada pengaruh dan penyebaran idea-idea berkenaan rasionalisme. Idea ini kurang mendapat mendapat sambutan kerana masyarakat terbiasa dengan pemerintahan old regim. Pada abad ke-17 dan 18, corak dan gaya pemikiran masyarakat berubah ekoran daripada kesedaran zaman pencerahan yang berlaku. Zaman Selepas Pencerahan Zaman selepas Pencerahan, terutama pada abad ke-19 dan ke-20, adalah zaman yang penuh dengan perubahan dan perkembangan yang signifikan di Eropah. Berlakunya revolusi industri, perkembangan ilmu pengetahuan, seni dan kebudayaan dan politik dunia. Pada abad ke-20 menyaksikan berlakunya Perang Dunia yang menghancurkan Eropah dan mengubah landskap politik dunia secara keseluruhannya. 31


03 02 01 Pergerakan Idea & Amalan PERSPEKTIF AGAMA DAN KEPERCAYAAN BUDDHA ISLAM HINDU Kemasukan migrasi ke tanah Melayu telah membawa bersama mereka kepercayaan dan agama yang dianuti masing-masing iaitu. 32


Penyebab Pertukaran Budaya: Migrasi ke tanah Melayu telah mengakibatkan pertukaran budaya antara pendatang Hindu dengan penduduk tempatan Melayu, yang mempengaruhi kepercayaan dan adat istiadat setempat. Pengaruh dalam Seni dan Kebudayaan: Agama Hindu membawa bersama kebudayaan, termasuk seni pahat, senibina kuil, tarian, serta sistem kepercayaan dan ritual keagamaan yang memberi kesan pada seni dan kebudayaan tempatan. Pengenalan Sistem Kepercayaan dan Ritual: Ajaran Hindu membawa bersama sistem kepercayaan dan ritual yang telah dianut oleh masyarakat setempat, yang kemudian mempengaruhi struktur kepercayaan dan amalan keagamaan dalam masyarakat Melayu. Pengaruh dalam Sistem Sosial dan Politik: Kepercayaan Hindu telah mempengaruhi sistem sosial dan politik masyarakat Melayu melalui penerapan nilai-nilai dan amalan sosial yang berhubungan dengan sistem kasta, struktur politik, dan organisasi masyarakat. Pengaruh Bahasa dan Tulisan: Kemasukan kepercayaan Hindu ke tanah Melayu juga telah mempengaruhi bahasa dan sistem tulisan, dengan pengenalan aksara Sanskrit dan perkembangan bahasa-bahasa yang dipengaruhi oleh kosakata Sanskrit. Pergerakan Idea & Amalan PERSPEKTIF AGAMA DAN KEPERCAYAAN HINDU 33


Pengaruh Budaya dan Seni: Migrasi ke tanah Melayu telah membawa bersama pengaruh budaya Buddha yang tercermin dalam seni pahat, senibina, seni lukis, dan seni anyaman. Sebagai contoh, kuil Buddha yang dibina dengan senibina khas Buddha seperti Candi Borobudur di Jawa Tengah, Indonesia. Penyebaran Ajaran Keagamaan: Migrasi tersebut telah mengakibatkan penyebaran ajaran agama Buddha di kalangan masyarakat Melayu, yang mempengaruhi struktur kepercayaan dan amalan keagamaan setempat. Contohnya, pengenalan ajaran tentang Empat Kebenaran Mulia dan Jalan Mulia. Pengaruh dalam Sistem Sosial: Agama Buddha telah mempengaruhi sistem sosial masyarakat Melayu dengan mempromosikan nilai-nilai seperti toleransi, kedamaian, dan kebijaksanaan, yang membentuk nilai-nilai sosial dalam masyarakat Melayu. Pengaruh dalam Sistem Pendidikan: Ajaran Buddha telah mempengaruhi sistem pendidikan dengan penekanan pada pemahaman mendalam tentang falsafah kehiduoan, moral dan etika, yang termaktub dalam pembentukan institusi pendidikan agama Buddha. Pengaruh dalam Sistem Politik: Pengaruh agama Buddha telah memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem politik yang berdasarkan nilai-nilai kebijaksanaan dan keadilan, yang tercermin dalam struktur politik yang adil dan stabil di beberapa kerajaan Melayu. Contohnya Kerajaan Sriwijaya di wilayah Sumatera, Indonesia. Sriwijaya adalah salah satu kerajaan maritim yang kuat dan berpengaruh di wilayah Asia Tenggara pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi. Pergerakan Idea & Amalan PERSPEKTIF AGAMA DAN KEPERCAYAAN BUDDHA 34


Pengaruh Budaya dan Sosial: Kemasukan migrasi Islam telah membawa bersama unsur-unsur budaya dan sosial yang berkaitan dengan agama ini. Ini termasuk seni bina, muzik, seni visual, adat istiadat perkahwinan, dan banyak lagi. Pengaruh ini terus berlanjut hingga hari ini dan merupakan sebahagian daripada identiti Melayu. Perkembangan Bahasa: Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan di rantau ini turut berkaitan dengan pengenalan Islam. Bahasa Arab dan bahasa-bahasa yang berkaitan digunakan dalam konteks agama, sains, dan keilmuan, memberi sumbangan kepada perluasan kosakata bahasa Melayu. Sistem Pendidikan: Pengenalan agama Islam membawa bersama pengenalan sistem pendidikan yang berkaitan. Pendidikan agama menjadi penting, dan pusat-pusat pengajian agama seperti madrasah dan sekolah pondok muncul sebagai pusat pembelajaran. Sistem Politik: Pengenalan Islam juga mempengaruhi sistem politik di beberapa wilayah Tanah Melayu. Kesultanan Melayu menerapkan prinsipprinsip Islam dalam sistem pemerintahan mereka, dan undang-undang Islam (syariah) memainkan peranan dalam menentukan hukum dan peraturan. Pergerakan Idea & Amalan PERSPEKTIF AGAMA DAN KEPERCAYAAN ISLAM 35


KOLONIALISME DAN PASCAKOLONIALISME ISTILAH KOLONIALISME: FIELDHOUSE (1981) - merujuk kepada penguasaan politik, ekonomi dan intelektual terhadap negara yang dikuasai. - secara amnya kuasa besar sebagai penjajah yang menguasai dan mengambil kesempatan terhadap kerajaan yang lebih lemah. RONALD J. HORVATH (1972) - satu bentuk penguasaan iaitu kawalan ke atas wilayah atau tingkah laku kumpulan lain oleh kumpluan lain yang asing. MICHEAL ADAS (1998) - membahaskan kolonialisme sebagai proses pertapakan dan pengembangan penguasaan yang memberikan kesan terhadap masyarakat dan budaya tempatan. Kolonialisme dan pascakolonialisme adalah dua konsep yang sangat penting dalam sejarah hubungan internasional dan perkembangan negara-negara di seluruh dunia. Mereka mempengaruhi banyak aspek seperti politik, ekonomi, sosial, dan budaya di negara-negara bekas jajahan, serta memainkan peranan penting dalam sejarah dan pembentukan dunia moden. Pergerakan Idea & Amalan 36


Kolonialisme juga memperkenalkan sistem politik dan ekonomi asing yang lebih memihak kepada penjajah asing. Mereka sering kali mengabaikan kepentingan dan keperluan tempatan. DOMINASI KUASA ASING Kolonialisme melibatkan dominasi dan eksploitasi kuasa asing terhadap wilayah dan penduduknya melalui penjajahan dan penindasan kebudayaan serta identiti masyarakat setempat. Kolonialisme PENGENALAN SISTEM POLITIK DAN EKONOMI ASING PERUBAHAN SOSIAL DAN BUDAYA Penjajahan kuasa besar ini, menghasilkan perubahan sosial dan budaya yang mendalam dalam masyarakat yang dikuasai. Sering kali mengakibatkan pencabulan hak asasi manusia, penghancuran budaya tempatan, dan kehilangan identiti sosial. 37


USAHA PEMULIHAN IDENTITI KEBUDAYAAN Pascakolonialisme melibatkan usaha untuk memulihkan identiti budaya, sosial, dan politik yang telah terjejas akibat kolonialisme, termasuk usaha untuk memulihkan bahasa, budaya tradisional, dan institusi sosial tempatan. Pascakolonialisme KEMERDEKAAN POLITIK DAN EKONOMI Pascakolonialisme melibatkan usaha untuk mencapai kemerdekaan politik dan ekonomi, membangun institusi yang berpusat pada kepentingan dan keperluan masyarakat tempatan, serta mengurangkan ketergantungan terhadap kuasa asing. PENEGAKAN HAK ASASI MANUSIA DAN KEADILAN SOSIAL Pascakolonialisme juga melibatkan usaha untuk menegakkan hak asasi manusia, mencapai keadilan sosial, dan membangun masyarakat yang eksklusif dan adil bagi semua rakyat, tanpa mengira latar belakang budaya atau etnik. 38


04 01 02 03 Pengenalan tulisan rumi dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu. Wujudnya perkahwinan campur antara penduduk tempatan dan penjajah. Contohnya lahir kaum Serani yang bertapak di Melaka. Wujud perkataan baru yang merupakan gabungan pelbagai bahasa seperti bahasa Arab, Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda dan Tamil. Pembentukan masyarakat majmuk seperti Cina dan India hasil dari kemasukan buruh oleh penjajah ke Tanah Melayu. Kesan Kolonialisme dan PASCAKOLONIALISME DI TANAH MELAYU 39


Aktiviti PENGUKUHAN Bagaimana geografi dan alam sekitar di kawasan Alam Melayu dan Nusantara mempengaruhi perkembangan budaya, ekonomi, dan sosial masyarakat di kawasan ini? Huraikan apakah yang berlaku pada Zaman Sebelum Pencerahan, Zaman Semasa Pencerahan dan Zaman Selepas Pencerahan sehingga boleh mempengaruhi etika dan peradaban manusia selepas itu? 1 2 5 3 4 Apakah faktor-faktor luar yang mempengaruhi peradaban Melayu dan Nusantara, seperti perdagangan dengan bangsa asing, penjajahan, atau pertukaran budaya? Bagaimana perbandingan antara etika tradisional Melayu dan amalan etika moden dalam masyarakat Melayu dan Nusantara? Apakah cabaran-cabaran dan peluang-peluang yang dihadapi oleh etika Melayu dalam dunia globalisasi dan moden? 40


Aktiviti PENGUKUHAN Bagaimana agama, terutamanya Islam, mempengaruhi nilai dan amalan etika dalam masyarakat Melayu dan Nusantara? 1 3 4 5 2 Bagaimana agama mempengaruhi seni dan kebudayaan dalam peradaban manusia? Adakah agama mempunyai peranan dalam menggerakkan inovasi sains dan teknologi, atau sebaliknya, menghalangnya dalam beberapa masyarakat? Apakah implikasi perubahan dalam keyakinan agama dalam masyarakat moden terhadap norma-norma sosial dan nilai-nilai? Apakah peranan agama dalam membentuk undangundang dan sistem perundangan dalam beberapa tamadun? 41


Click to View FlipBook Version