_________ merupakan unsur penting yang membentuk identiti etnik Melayu di Alam Melayu dan Nusantara, memainkan peranan utama dalam membentuk cara hidup, sistem sosial, dan kepercayaan masyarakat Melayu. 1 2 3 4 5 Pada zaman _________, pengaruh agama Islam mulai tersebar di Alam Melayu dan Nusantara, membawa perubahan besar dalam sistem politik dan sosial masyarakat Melayu. Alam Melayu yang kaya dengan _________ seperti rempah ratus telah menarik perhatian kuasa-kuasa asing, memberikan impak besar terhadap ekonomi dan politik di rantau ini. Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan di Nusantara telah memainkan peranan penting dalam ___________ antara budaya-budaya di kawasan ini. Proses penyebaran agama Islam di Alam Melayu telah memberi impak besar terhadap ___________ dalam masyarakat Melayu. Budaya tempatan Kesultanan Melayu Melaka Sumber daya alam Perpaduan budaya Sistem politik dan sosial UJI MINDA 42
ETIKA DAN PERADABAN MASYARAKAT KEPELBAGAIAN Bab ini menjelaskan pembentukan dan komponen etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian. Seterusnya, peranan Selat Melaka sebagai pusat perkembangan peradaban etika. Kepentingan warisan dan pendigitalan sejagat turut memainkan peranan penting dalam etika serta peradaban masyarakat acuan Malaysia. Nur Angriani Nurja
Kita semua adalah rakyat Malaysia dan kemerdekaan inilah menyatukan kita. Ingatlah bahawa toleransi adalah kekuatan kita sebagai rakyat dan bangsa. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Penempatan Masyarakat Suatu tempat yang meliputi pusat kediaman, penduduk dan kawasan sekitar yang membentuk kota atau bandar 01 02 03 04 05 06 07 Faktor Pembentukan MASYARAKAT BERTAMADUN Institusi Sosial Sistem organisasi atau institusi sosial menjadi panduan dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan Sistem Perundangan Sistem perundangan yang teratur dengan nilai dan moral dikuatkuasa untuk mengatur perlakuan serta tindakan masyarakat Kepercayaan dan Agama Aspek penting dalam mendidik adab dan etika manusia. Kehidupan beragama berupaya membentuk nilai dan spiritual yang tinggi Bahasa dan Tulisan Bahasa dan beberapa bahasa serumpun dan sistem tulisan menjadi medium komunikasi penting serta khazanah warisan Kualiti Kehidupan Suatu tempat yang meliputi pusat kediaman, penduduk dan kawasan sekitar yang membentuk kota atau bandar Daya Cipta dan Teknologi Peningkatan daya cipta dalam teknologi dan pembinaan untuk memberi manfaat kepada kehidupan manusia 45
Komponen ETIKA DAN PERADABAN Persekitaran Geo-Fizikal Pertalian suatu etnik dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Misalnya, pada era kolonial, masyarakat Melayu bertanggungjawab membina peradaban Melayu di Tanah Melayu. Masyarakat dan Demografi Sekelompok manusia yang membentuk sebuah interaksi sosial dan memerlukan antara satu sama lain. Contohnya, masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan. Ekonomi dan Pasaran Perkembangan ekonomi mempengaruhi struktur masyarakat dan peradaban. Sejarah perkembangan ekonomi di Malaysia meliputi zaman pra-kolonial, kolonial dan pasca-kolonial. Falsafah dan Pemikiran Falsafah merupakan satu pegangan, fahaman, prinsip seseorang terhadap suatu perkara atau bidang. Falsafah membentuk pemikiran seseorang berdasarkan pengalaman yang dilalui dalam kehidupannya. 46
Konsep Masyarakat DALAM KONTEKS MALAYSIA MASYARAKAT MASYARAKAT MAJMUK Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka kerana faktor perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang Arab, China, Parsi dan India. Kedatangan penjajah (Portugis, Belanda & Inggeris) telah menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Sekelompok manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa yang hidup bersama dan tinggal dalam sebuah negara. J.S. Furnivall menjelaskan bahawa masyarakat majmuk bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka mengamalkan kepercayaan, kebudayaan, bahasa dan pemikiran masing-masing. MASYARAKAT PLURALITI MASYARAKAT PLURALISTIK Pembentukan masyarakat selepas zaman kedatangan penjajah iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris yang telah membawa masuk imigran-imigran dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi. Pembentukan masyarakat ketika ini berlaku secara paksaan. Merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai kaum di Alam Melayu sebelum kedatangan penjajah (Zaman prakolonial). Pembentukan masayarakat pada masa ini berlaku tanpa sebarang paksaan. CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALITI CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALISTIK Melalui proses semulajadi tanpa paksaan Datang secara sukarela untuk mencari kekayaan dan pekerjaan Disertai keluarga dan saudara Menjamin ketenangan fikiran dan keamanan mewujudkan interaksi harmoni antara penduduk tempatan Melalui proses paksaan untuk dijadikan tenaga buruh Dikerah oleh Inggeris/British demi kepentingan politik Tidak disertai oleh keluarga Hasrat unutk kembali ke tanah air (negara asal) tidak pernah padam Tidak melalui proses asimilasi dengan penduduk asal/tempatan. 47
Tahap-tahap Hubungan ETNIK DI MALAYSIA SEGREGASI 1 2 4 5 3 Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan dan merupakan tahap paling rendah. Segregasi juga meliputi pengasingan atau pemisahan yang meletakkan had-had dan sekatan tertentu ke atas hubungan, sosial, kontrak dan komunikasi. Sebagai contoh, Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan semasa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. AKOMODASI Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari dan hormat-menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Proses utama lagi kritikal yang sudah diterima dan hayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia, sama ada secara pribadi atau kolektif. AKULTURASI Proses penerimaan dan pinjam-meminjam unsur atau perlakuan budaya antara kelompok etnik yang berbeza. Walau bagaimanapun, penyerapan nilai negatif ada juga berlaku dan selalunya ditolak oleh masyarakat umum dan hanya diamalkan oleh segelintir ahli masyarakat, contohnya pengaruh black metal di kalangan anak muda. Proses akulturasi sering berlaku dalam aspek makanan, pakaian dan budaya. ASIMILASI Asimilasi adalah satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut. AMALGASI Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Sebagai contoh, wujudnya masyarakat Melayu-Arab yang menetap di Tanah Melayu dikenali sebagai golongan 'Syed'. 48
Selat Melaka @ THE VENICE OF THE EAST 01 02 03 05 04 06 Selat Melaka merupakan selat yang terletak di antara Pulau Sumatera di bahagian barat Indonesia dan Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand. Selat Melaka adalah sepanjang 500 batu dan berbentuk corong, dengan kelebaran 40 batu di bahagian selatan dan antara 155 batu di bahagian utara. Selat Melaka mula berkembang pesat sebagai laluan perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tumpuan para pedagang Arab, Parsi, China dan India di Melaka telah mewujudkan interaksi kepelbagaian dalam peradaban dan etnik. Selat Melaka juga merupakan lokasi yang selamat kepada para pedagang untuk berhenti dan menanti perubahan tiupan angin ke timur dan barat. Melaka telah menjadi pusat interaksi pelbagai peradaban dan etika melalui aktiviti perdagangan serta perkahwinan
Pedagang-pedagang dari luar mula menetap di Melaka dan membentuk komuniti mereka. Intergrasi kaum seperti asimilasi dan amalgasi menyumbang kepada kewujudan kepelbagaian budaya. Peranan Selat Melaka sebagai GELANGGANG PERADABAN Kewujudan interaksi antara kaum pada zaman Kesultanan Melayu Melaka kerana para pedagang berasimilasi dengan masyarakat tempatan. Hubungan satu budaya dalam suatu kajum telah wujud. Misalnya, orang Melayu mempunyai suku Melayu asli, Jawa, Banjar, Bugis dan Maidailing. INTERAKSI LINGKUNGAN BUDAYA YANG SAMA PERKAHWINAN Perkembangan Selat Melaka sebagai laluan perdagangan utama telah menjadi persinggahan utama para pedagang. Hal ini mendorong kepada perkahwinan campur (amalgasi) dan membentuk kepelbagaian etnik baharu di Melaka. Kedudukan Selat Melaka yang strategik menjadi laluan hubungan dan persinggahan para pedagang. Selat Melaka membentuk jalur pelayaran antara Laut Hindi dan Laut Pasifik yang menghubungkan negara China , India serta wilayah setempat. HUBUNGAN MARITIM ANTARABANGSA PENEMPATAN Peranan Melaka sebagai pelabuhan entreport juga memberi impak dalam penyebaran agama oleh para pedagang. Lantaran itu, hal ini telah mewujudkan kepelbagaian anutan agama dan kepercayaan di Melaka. PELBAGAI AGAMA DAN KEFAHAMAN 50
Kerajaan Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik. Pemerintahan secara diplomasi dan terbuka. Integrasi antara kaum mulai terbentuk semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kerajaan Melaka mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan untuk melancarkan pentadbiran. Sistem undang-undang bertulis menjamin keselamatan rakyat jelata. Sistem perundangan yang cekap menjamin keselamatan laluan Selat Melaka daripada ancaman lanun Melaka mempunyai hubungan yang baik dengan negara China. Hubungan luar memberi impak positif dan jaminan keselamatan daripada ancaman Siam. Pelabuhan Melaka berkembang dengan pesat tanpa gangguan anasir luar. Penghijrahan pedagang dari Arab, China, India dan negara lain pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka menggalakkan pembentukan masyarakat pluraliti. Aktiviti perdagangan menggalakkan proses asimilasi dan amalgasi. Etnik imigran (pedagang) yang tinggal di Melaka berkahwin dengan wanita tempatan. Wujud kelompok masyarakat pelbagai budaya dan adat resam seperti Baba Nyonya, Melayu Arab serta Melayu India. Melaka menjadi sebuah negara kota yang mempunyai masyarakat multi-budaya. Pluralisme budaya telah wujud sejak abad ke-5 masihi antara interaksi budaya Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dengan budaya Alam Melayu. Kesultanan Melayu Melaka LAMBANG PERTEMUAN PELBAGAI ETNIK PEMERINTAHAN PERDAGANGAN KEPENDUDUKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA 51
Warisan dan PENDIGITALAN SEJAGAT MEDIA CETAK Alat atau saluran komunikasi berbentuk bahan cetak atau penerbitan. Surat khabar, buku, majalah, laporan dan sebagainya. MEDIA ELEKTRONIK Alat komunikasi yang menggunakan alat elektronik moden Televisyen, radio WARISAN PENDIGITALAN SEJAGAT Teknologi maklumat dan media digital yang berkembang pesat banyak dipengaruhi oleh dunia barat. Kepesatan tersebut memberi kesan dan impak dalam nilai etika dan peradaban budaya negara kita (timur). Perkembangan digital sejagat perlu ditapis sebaiknya agar kesopanan dan tata susila yang baik tidak terhakis. MEDIA CETAK Alat penyebaran maklumat, berita kepada umum dalam masa yang singkat (sebaran am) Berita atas talian, media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram, Whatsapp dan lain-lain 52
Impak Media Digital TERHADAP ETIKA DAN PERADABAN IMPAK POSITIF Meningkatkan jaringan komunikasi. Mendekatkan manusia dari seluruh dunia. Meningkatkan taraf hidup (perniagaan secara atas talian - online). Membuka ruang kepada perkongsian ilmu tanpa sempadan. IMPAK NEGATIF Perubahan gaya hidup dan pencemaran bahasa Kesahihan maklumat diragui Pelayaran laman sesawang (website) yang berunsur negatif dan tidak bermoral tanpa sekatan Jenayah internet Penyebaran fitnah dan gossip Isu pembaziran masa oleh para remaja kerana leka dengan internet atau media sosial 53
Aktiviti PENGUKUHAN 1 3 2 4 5 b) Masyarakat dan Demografi Huraikan dua komponen etika dan peradaban dalam konteks Malaysia seperti mana berikut: a) Geofizikal Di Malaysia, dasar pembinaan negara bangsa terbina berdasarkan proses integrasi. Bincangkan bagaimanakah proses integrasi menerusi akulturasi, asimilasi, dan akomodasi menyebabkan identiti setiap etnik dikekalkan dan disuburkan. Budaya Barat telah mempengaruhi perkembangan teknologi dan komunikasidan menyerap masuk dalam kehidupan masyarakat bukan Barat melalui bentuk penjajahan pemikiran dan budaya. Bincangkan. Jelaskan ciri-ciri masyarakat majmuk yang terbentuk di Tanah Melayu era kolonialisme Inggeris. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan strategi kerajaan era pasca kolonial dalam penyusunan semula masyarakat bagi menyelesaikan kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Bincangkan. 54
1 3 14 6 11 9 12 4 10 15 5 8 7 13 UJI MINDA geografi tertentu. 1. Pembentukan masyarakat ______ di Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 3. Peradaban ditakrifkan sebagai sistem dan perkembangan _______ sesuatu bangsa. 6. Umran, Madhaniyah dan Hadharah adalah perkataan Bahasa Arab yang merujuk kepada _______. 12. Salah satu komponen etika dan peradaban. 13. Budi pekerti dan tingkah laku yang baik. 14. Digelar The Venice of the East yang menjadi pusat pertemuan pedagang dunia dari Arab, Parsi, China, India dan sebagainya. 15. ________mempunyai pertalian sejarah, tradisi dan budaya dengan persekitaran kawasan 11. Aspek media elektronik atau media _____ memainkan peranan penting dalam proses membina kesepaduan antara etnik. 2. Pada era ini, British menguasai ekonomi di Tanah Melayu dengan pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah. 4. Masyarakat plural adalah bercampur antara satu sama lain tetapi tidak _________. 5. Kepelbagaian masyarakat telah membantu kelahiran dan perkembangan daya __________ yang tinggi. 7. Kedatangan British ke alam Melayu berlandaskan serampang 3 mata iaitu keagamaan, kekayaan & _____. 8. Proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. 9. Dua (2) aspek yang dikuasai oleh Barat selain teknologi maklumat ialah media _____. 10. Etika dari sudut bahasa. MELINTANG KE BAWAH 55
Ahmad, Z. A. K., Muhamad, A. M., Khairiah, M. Y., Azman, M. Z., Solahudin, A. H., Mohd, N. A. R., Ismail, I., Iskandar, A., Muhammad, A., & Zahari, M. (2021). Penghayatan Etika dan Peradaban. UUM Press: Sintok, Kedah. Ainul, F. H., Norhafizah, M. G., Solhal, H. S., & Azirah, S. (2023). MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS): Arau, Perlis. Ateerah, A. R., Nur, A. Y., & Zaleha, E. (2021). Penghayatan Etikan & Peradaban. Penerbit UMK: Bachok, Kelantan. http://myscholar.umk.edu.my/bitstream/123456789/2207/1/ETIKA%20DAN% 20PERADABAN%2018.4.2021.pdf Nordin, H. (2008). Geografi dan Perdagangan: Kepentingan Selat Melaka kepada Perdagangan Dunia, Asia dan Dunia Melayu 1700-1800. Akademika 73, 3-26. http://journalarticle.ukm.my/674/1/akademika73%5B01%5D.pdf Siti, Z. S., Hasnah, H., Nur, A. S., Norhaslina, S., Mohd, R. R., Solehah, S., & Zuharyati, Y. (2022). Penghayatan Etika dan Peradaban (Siri Politeknik). Penerbit Ehsan: Subang Jaya, Selangor. https://www.coursehero.com/file/95294984/Soalan-Esei-BerkumpulanPLUMS-3docx/ https://www.slideshare.net/SharifahNurAbu/asas-etika-mengikut-susur-masa Sumber RUJUKAN 56
Nur Angriani binti Nurja Dorah binti Mohamed Darul Efrianti binti Robani Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kota Kinabalu Jawatankuasa PENULISAN PENAUNG Dullah bin Muluk, A. D. K Pengarah Politeknik Kota Kinabalu PENASIHAT Qamariah binti Makmud Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kota Kinabalu PENULIS & EDITOR GRAFIK & REKA BENTUK Nur Angriani binti Nurja Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kota Kinabalu PENYELARAS Anna Alicia Juanis Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kota Kinabalu PENGHARGAAN Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penghasilan 'EBUKU PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN BAHAGIAN I' 57
EBuku Penghayatan Etika dan Peradaban Bahagian I Jabatan Pengajian Am Politeknik Kota Kinabalu e ISBN 978-967-2301-86-8