The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdrozaimin, 2021-02-15 10:39:13

ILUSTRASI FESYEN

ILUSTRASI FESYEN

NORAINI BINTI MOHAMAD NOR
NOOR HASHIMAH BINTI ALLI

MOHD HAFIZ BIN SABRAN

Editor
Muhammad Fazli bin Jasli

Editor Pengurusan
Fara Diba binti Badrul Hisham

Penulis
Noraini Binti Mohamad Nor

Noor Hashimah binti Alli
Mohd Hafiz Bin Sabran

Pereka Kulit Buku dan Grafik
Suriawati binti Mohd Fadzil

Penerbit
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Kementerian Pendidikan Malaysia

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Cetakan Pertama 2018

© Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh disiar-
terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan apa cara sekalipun, termasuklah elektronik,
mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis daripada penerbit

dan pemilik hak cipta.

Perpustakaan Negara Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

ILUSTRASI FESYEN
ISBN 978-967-0823-75-1

ISI KANDUNGAN 2
Pengenalan Ilustrasi 5
12
Media Melakar 34
Media Mewarna 36
Bahan Bantu Ilustrasi 42
Permukaan Ilustrasi 49
Teknik Ilustrasi 50
Warna 51
Warna Asas 52
Warna Sekunder 53
Warna Tertier 54
Roda Warna 57
Warna Panas dan Warna sejuk 60
Lukisan Figura 73
Teknik 9 Head Figure 81
Teknik Croquise 84
Postur Statik 94
Postur Bergerak 96
Lukisan Teknikal 97
Alat dan Bahan lukisan Teknikal 110
Teknik Melukis Lukisan Teknikal
Perincian Pada Pakaian

PENGENALAN
ILUSTRASI FESYEN

Ilustrasi di takrifkan sebagai satu paparan visual yang
dipersembahkan samada dalam bentuk lukisan, gambar atau karya
seni lain bagi menjelaskan maklumat melalui satu persembahan
visual dalam bentuk grafik. Selain itu, ia juga digambarkan sebagai
seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar.
Menurut Jan D. White , ilustrasi merupakan satu tanda di atas kertas
yang mampu menerangkan permasalahan tanpa menggunakan kata.
Ia dapat menggambarkan suasana , seseorang dan bahkan objek
tertentu agak dapat menarik penggambararan suasana yang dapat
membawa pembacanya ke alam cerita. Selain itu, menurut Baldinger
ilustrasi adalah seni dalam menghasilkan gambar yang berfungsi
untuk memperjelas dan menerangkan sesuatu naskah.

2

Sejak 1920an , ilustrasi fesyen mula popular untuk menggambarkan
pakaian semasa. Ilustrasi jenis ini lebih tertumpu kepada kehalusan
dan ketelitian rekaan fesyen. Ketelitian diberi kepada posisi tubuh
figura untuk memberi kesan visual yang unggul pada rekaan pakaian.
Ilustrasi fesyen juga mengaplikasikan pelbagai alat, bahan, media
dan teknik dalam penghasilannya.

Kebiasaanya fungsi alat bahan ilustrasi ini adalah memberi tafsiran
kepada sesuatu rekaan, meningkatkan maksud sesuatu karektar
rekaan, menghasilkan tekstur dan corak pada pakaian dan
membantu menampakkan ilustrasi lebih bertenaga. Selain itu, ia juga
membantu penonton atau pelanggan untuk memahami sesuatu
rekaan dengan mudah. Dalam penghasilan lukisan fesyen ini,
pelbagai media boleh digunakan.. Dalam topik ini, kita akan melihat
pelbagai media dan peralatan yang digunakan dalam menghasilkan
ilustrasi fesyen.

MEDIA
MELAKAR

4

1.0 MEDIA DAN ALAT MELAKAR
a. Pensil

Pensil Graphite adalah satu bahan yang paling mudah dan
senang digunakan dalam melakar sesuatu lakaran. Terdapat
satu jalur graphite yang halus berwarna kelabu dan lapisan
kayu di bahagian luarnya. Ia merupakan bahan yang senang
dan mudah untuk di bersihkan jika ia berlaku kesalahan dan
kekotoran semasa melakar. Sangat sesuai untuk lukisan
terperinci dan lukisan berskala kecil. Boleh di dapati dalam 2
jenis iaitu Kekerasan ( H) dan kehitaman ( B).Tahap
kekerasan dan kehitaman dinyatakan dengan nombor 1

hingga 9. Mata pensil H akan menghasilkan garisan halus
dan cerah manakala mata pensil B akan menghasilkan

garisan tebal dan hitam. Merupakan alat yang paling sesuai
untuk menghasilkan teknik shading dalam sesuatu lukisan

5

Penggunaan Pensil :

Gambarajah 1.1 : Gambar ini menunjukkan kegelapan dan kehitaman garisan bagi pelbagai jenis pensil
Sumber : Google Image

Gambarajah 1.2 : Gambar ini menunjukkan hasil lukisan menggunakan pensil
Sumber : Google Image

b. Pensil Teknikal / Mechanical Pencils
Jenis pensil yang mempunyai butang yang boleh ditekan
untuk menolak keluar karbon pensil . Cara penggunaan yang
agak berbeza dalam proses merekabentuk sesuatu rekaan.
Sebagai contoh, pensil teknikal yang mempunyai mata
karbon berukuran 0.5mm boleh digunakan untuk melakar
atau menulis idea di buku nota manakala bagi mata pensil
yang berukuran dari 0.3 hingga 0.9mm sesuai sebagai
tambahan dalam fasa awal melakar sesuatu lukisan. Antara
kelebihan pensil teknikal ini ialah tidak perlu diasah.

7

c. Pen Teknikal
Pen yang mempunyai dakwat ( ink ) dan mata yang tepat dan
sekata.Nombor yang terdapat pada pen teknikal mewakili
ketebalan mata penanya. Mata pena yang paling halus
disimbolkan dengan 0.1 sehingga paling tebal iaitu 0.8. Dakwat
yang keluar akan mengembangjika mata pen teknikal dibiarkan
terlalu lama pada permukaan kertas.Pen teknikal hanya dapat
menghasilkan garisan sahaja. Tona ,tekstur dan corak hanya
dapat dihasilkan menggunakan elemen garisan. Garisan yang
dihasilkan mempunyai ketebalan yang sekata. Oleh yang
demikan pen teknikal adalah paling sesuai menghasilkan
teknik hatching.

Gambarajah 1.3 : Gambar ini menunjukkan hasil lakaran menggunakan pen teknikal
Sumber : Google Image

8

d. Charcoal / Arang
Asal dari batang arang kayu yang terbakar. Ia merupakan
media yang paling awal digunakan . Kelebihan dalam
penggunaan arang ialah dapat menghasilkan kesan gelap
yang maksimum, lembut ,lebih tepat dan tajam. Lorekan yang
pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada
masa yang singkat. Media ini memberi kebebasan dalam
menghasilkan lukisan secara spontan.

Kebiasaannya arang yang pendek adalah lebih senang
digunakan. Kesan comotan menggunakan media ini pada
tangan atau pemadam akan dapat menghasilkan pelbagai
jalinan dalam lukisan tersebut. Selain itu, kesalahan pada
lukisan mudah untuk diperbaiki dengan menggunakan kain.
Hasil lukisan yang telah siap perlu disembur dengan bahan
pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas lain bagi
mengelakkan comotan.

9

Gambarajah 1.4 : Gambar menunjukkan hasil karya yang menggunakan media arang
Sumber : Google Imege

10

MEDIA
MEWARNA

11

e. Marker Pen

Mempunyai dakwat yang kekal dengan pelbagai pilihan
warna. Dakwat mudah kering dan ada di antaranya bertoksid.
Terdapat marker yang boleh diguna semula dimana
dakwatnya boleh diisi semula. Mata marker pen mempunyai
mata pipih, mata tirus dan mata bulat. Setiap bentuk mata pen
mempunyai peranan yang berbeza. Mata pipih digunakan
untuk mewarnakan permukaan yang luas, manakala mata
tirus untuk melakar garisan dan butiran.

12

Penggunaan Marker Pen

Gambarajah 1.5 : Cara mewarna menggunakan marker pen
Sumber : Google Image

13

f. Pensil Warna

Pensil berwarna menyediakan garis-garis halus atau pewarna warna
yang jelas. Ia sangat bersih dan tidak memerlukan apa-apa
penyelenggaraan selain mengasah dari masa ke masa. Ia tidak
banyak berbeza daripada penggunaan pensil biasa.
Pensil berwarna membuat lukisan menjadi mudah. Apa yang
diperlukan ialah kertas, pensil, pengasah dan pemadam. Ia boleh
dikatakan agak lebih murah daripada menggunakan medium lain.
Walau bagaimanapun, hasilnya tidak kurang cemerlang, dari segi
warna tekstur, ketajaman, dan kebersihan. Oleh itu, lukisan dengan
pensil berwarna juga tidak semudah yang kita fikirkan.Terdapat

14

banyak teknik menggunakan pensel berwarna antaranya seperti
berikut :

Gambarajah 1.6 : Teknik – teknik yang dihasilkan dari pensel warna
Sumber : Google Image

15

 Teknik Stipping

Stippling adalah teknik dengan menyusun titik-titik kecil di atas kertas
gambar. Cara menghasilkan teknik ini ialah dengan menghasilkan titik-
titik yang rapat , dan ada juga jarak antara satu titik dengan titik yang
lain atau gabungan antara keduanya. Hasil sesuatu lukisan atau karya
yang menggunakan teknik ini bergantung pada jarak titik dan
juga mata pensil tersebut samada menggunakan pensil yang tajam
atau tumpul. Stippling merupakan cara yang bagus dalam memberi
tekstur yang menarik untuk lukisan kita.

16

 Teknik Hatching

Teknik ini dilakukan dengan melukis serangkaian garis selari. Garis-
garis ini sepatutnya berada dalam arah yang sama. Garisan boleh
dekat, jauh atau berbeza antara kedua-dua. Cara menghasilkan teknik
ini ialah dengan membuat garisan menggunakan pensil yang di tarik
dari permukaan kertas dan mengulangi garisan baru sehingga corak
atau lakaran yang kita mahu selesai.

17

 Teknik Cross Hatching
Teknik ini melibatkan lukisan serangkaian garis selari dan kemudian
melukis satu garisan selari lain dari arah yang berbeza di atas set
pertama garisan selari yang dihasilkan di awal lukisan tadi. Ini adalah
cara yang baik untuk membuat teduhan atau bayangan dalam imej.
Dengan berlatih secara berterusan, ia boleh membuat tekstur yang
menarik semasa menghasilkan ilustrasi.

18

 Teknik Back And Forth Stroke
Inilah teknik yang paling biasa digunakan dalam semua
teknik yang menggunakan pensel berwarna. Kebiasaanya
teknik ini adalah kaedah pertama yang kebanyakan kita
belajar ketika masih kanak-kanak. Pada asasnya, teknik ini
adalah dengan meletakkan pensil di atas kertas dan
menarik secara berterusan tanpa henti, ke hadapan dan ke
belakang, tanpa mengangkat pensil dari kertas. Teknik ini
adalah cara yang berkesan untuk mengisi ruang yang
berbeza dari kertas lukisan dengan warna yang solid.

19

g. Soft Pastel

Soft pastel atau hard pastel seperti kapur tulis tetapi
mempunyai warna yang lebih terang dan variasi. Berhabuk
sedikit bila digunakan disebabkan bahannya seperti kapur.
Terdapat 2 jenis iaitu jenis batang seperti kapur dan juga
jenis pensil.

20

Penggunaan Soft Pastel / Hard Paste
 Menggunakan Hujung Soft Pastel / Using the Edge of a

Pastel

Dalam menghasilkan ilustrasi menggunakan hujung pastel ini,
proses mewarna lebih cepat terutama di bahagian lukisan yang
besar.Perubahan tekanan semasa mewarna menggunakan
soft pastel ini akan mewujudkan tahap tekstur yang berbeza
pada kertas pastel.

21

 Campuran Soft Pastel / Blending Soft Pastel

Terdapat dua cara untuk menghasilkan warna dan variasi tona
di mana warna pastel dicampurkan pada kertas kemudian
digosok untuk mendapatkan warna yang sekata. Pelbagai alat
boleh digunakan untuk proses mencampurkan atau
menggabungkan warna pastel tersebut antaranya adalah jari
dan tisu. Kebiasaannya jari tangan sangat berguna untuk
kawasan campuran yang besar, tetapi tidak sesuai untuk
bahagian lukisan yang kecil dan terperinci.
Tips : Jika menggunakan jari (atau tangan) perlulah untuk
membersihkannya secara teratur untuk mengelakkan
pencemaran lukisan dengan warna yang sebelumnya dicampur.

22

 Scumbling Pastels

Salah satu kelebihan menggunakan soft pastel ini berbanding
medium lain ialah ketangkasan dalam mewarna. Cara yang
terbaik menggunakan teknik ini semasa menghasilkan ilustrasi
ini adalah dengan membuat lorekan warna di atas lapisan
warna pastel yang sedia ada. Ini menjadikan penutup warna
baru di atas. Hasilnya secara visual merangsang dan sangat
tekstur, dan pilihan warna yang berhati-hati akan menghasilkan
hasil yang menarik.

.

23

 Dusting with Pastels

Teknik ini adalah dengan cara menghancurkan pastel menjadi
debu di bahagian atas blok warna yang sedia ada. Pegang
pastel di atas blok warna dan mengikis permukaan untuk
mencipta debu. Sebaik sahaja menghasilkan debu dengan
susunan habuk di atas kertas, gunakan pisau palet rata untuk
menekan debu ke permukaan ilustrasi.

24

Tips :
Lebih mudah melakukan teknik ini dengan lukisan yang
diletakkan secara mendatar - debu pastel akan jatuh tepat di
bahagian yang ingin diletakkan , dan tidak mencemarkan atau
mengotorkan seluruh gambar. Pastikan pisau palet benar-benar
bersih sebelum menggunakan teknik ini kerana jika anda
memindahkan pisau sekitar ilustrasi ini, ia sedikit pun tidak akan
menggabungkan warna-warna lain.

25

h. Oil Pastel Merupakan
salah satu
yang dihasilkan pun media kering.
lebih baik, lebih halus, Oil pastel
dan mudah menempel terbuat dari
pada bidang kertas lilin dan
yang digunakan. minyak. Oil
Warna yang dihasilkan pastel memiliki
oil pastel lebih terang tekstur yang
dan cerah. Oil pastel lembut dan
dapat digunakan diatas berminyak,
kertas, kanvas dan hasil gambar
kayu. Boleh cair bila
terdedah dengan objek yang panas.

26

Penggunaan Oil Pastel
 Lukisan menggunakan hujung pastel / Drawing With the End

of a Pastel

Cara yang paling mudah untuk menggunakan pastel adalah
dengan memegang di bahagian hujung pastel seperti
memegangkan pensil atau pen. Garis yang dihasilkan
mempunyai kesan yang hebat. Ketebalan sesuatu garis dapat
ditentukan dari teknik tekanan yang dibuat semasa
menggunakan oil pastel ini. Semakin keras media ini di tekan,
semakin tebal dan terang warna pastel dapat dihasilkan.
Manakala untuk mendapatkan garisan nipis, tekan lebih
perlahan atau gunakan bahagian tepi media oil pastel ini.

27

i. Water Colour

Water Colour atau Warna air adalah media lukisan yang
menggunakan pigmen dengan pelarut air dengan sifat
transparent atau tidak legap. Ia juga merupakan media yang
fleksibel dan seronok digunakan.Penggunaan water colour
boleh dikawal tona warnanya. Ia terhasil daripada pigmen
atau bahan yang halus atau serbuk warna (dye) yang
dicampurkan dengan gam sebagai bahan baku serta gliserin
atau madu untuk menambah kekentalan dan melekatkan
warna ke permukaan. Water colour dijual dalam pelbagai jenis
iaitu kepingankering, di dalam tiub dan di dalam botol.
Walaubagaimana warna di dalam botol lebih menarik dan
bersinar.

28

Penggunaan Water Colour
 Teknik Wet On Wet ( Basah atas basah )

Penggunaan warna air yang disapu atas permukaan kertas
yang basah. Ia sesuai untuk menampakkan kesan air atau
awan dalam lukisan. Selain itu, sangat sesuai untuk
menghasilkan kesan warna lut sinar. Dalam menghasilkan
teknik ini, berus basah dicelupkan ke dalam warna yang cair
sebelum disapu pada kertas lukisan. Merupakan teknik paling
sukar dan mencabar terutamanya semasa sapuan warnanya.

29

 Teknik Wet on Dry ( Basah atas Kering )

Teknik ini bagi menghasilkan kesan warna legap . Warna air
di sapu tanpa campuan air atau campuran air yang sedikit di
atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.
Teknik ini melibatkan aplikasi warna secara berlapis-lapis iaitu
daripada tona nipis dan cerah kepada yang paling tebal dan
gelap. Sapuan warnanya mudah dikawal dan sesuai
digunakan untuk pelbagai jenis media.

30

 Teknik Dry on Dry (Kering atas Kering)

Teknik ini tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit
di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah
kering. Campuran warna yang agak pekat atau likat bagi
menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek. Teknik ini
sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan dengan
menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain
yang telah kering.

31

 Teknik Dry on Wet (Kering atas Basah)

Teknik ini melibatkan sapuan warna terus daripada tiub ke atas
permukaan kertas lukisan yang basah atau lembap. Ia sesuai
digunakan untuk menghasilkan kesan legap yang kering.
Teknik ini sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan
dengan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan
warna yang lain

32

j. Poster Colour

Bahan ilustrasi ini banyak menekankan teknik flat colour.
Penggunaan warna yang jelas tanpa sebarang hue. Jika
terdapat tona warna yang ingin dibuat, hue warna akan
berubah, tidak akan berada dalam kedudukan sebenar. Media
ini juga antara media basah paling popular terutama di
sekolah- sekolah di Malaysia. Ini kerana harganya murah,
warnanya pekat dan menarik, serta tekniknya mudah
dipelajari. Teknik dalam penghasilan catan cat poster juga
sama seperti catan warna air. Cuma biasanya untuk catan
poster, teknik berus kering atau kering atas kering, dan teknik
basah atas kering sering menjadi pilihan utama.

33

2. BAHAN BANTU ILUSTRASI
a. Berus lukisan

Berus antara alat terpenting dalam penghasilan sesuatu
lukisan. Ia di datangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Setiap berus ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza.
Materialnya juga tidak sama. Ada berus yang mahal tetapi
berkualiti, manakala berus yang murah bulunya mungkin
kurang berkualiti. Pemilihan berus penentu hasil sesuatu
lukisan tersebut. Kesannya dapat dirasa semasa kita
menggunakannya. Ini hanya dapat dirasai oleh pelukis
yang biasa menggunakan bahan atau alatan lukisan dan
catan. Maka tidak hairanlah jika terdapat beraneka
jenama berus yang ada di pasaran dengan harga yang
murah dan mahal. Antara material yang digunakan pada
berus termasuklah bulu kuda, bulu khinzir, nylon dan
sebagainya. Berus nylon lebih anjal dan tahan lama.
Berus bulu kuda lembut dan sangat sesuai untuk media
cat air. Terdapat pelbagai saiz dan bentuk berus yang
mana saiz berus boleh dilihat pada batang berus tersebut.

34

 Berus mata bulat
Paling sesuai untuk membuat perincian (detail ) pada
lukisan. Makin halus berus, makin halus perincian boleh
dibuat. Berus mata bulat masih boleh digunakan untuk
mewarna permukaan yang luas.

 Berus mata leper
Paling sesuai untuk mewarna permukaan yg luas.
Penggunaan berus jenis ini akan mempercepatkan aktiviti
mewarna. Tapi dalam masa yang sama banyak teknik
boleh dihasilkan dengan menggunakan berus ni.Ia sangat
sesuai untuk mewarna permukaan yang luas.

35

PERMUKAAN
ILUSTRASI

36

a. Kertas Lukisan / Katrij

Kertas yang paling kerap digunakan oleh pereka dalam
menghasilkan karya. Terdapat dalam pelbagai saiz dengan
permukaan yang licin. Berwarna putih dan juga putih
kekuningan. Terdapat dalam pelbagai gred ketebalan.Kertas ini
sesuai untuk media seperti pensil, dakwat, pen, charcoal,
gauche dan acrylic.

37

b. Watercolor Paper

Digunakan untuk menghasilkan karya yang menggunakan
media warna air sahaja. Permukaan kertas ini agak kasar dan
amat mudah meresap air. Bermutu tinggi dan agak
mahal.Terdapat dalam pelbagai gred ketebalan.

38

c. Kertas Tekapan / Tracing Paper

Sejenis kertas yang tipis yang digunakan untuk meniru,
menekap dan memindahkan imej serta rekaan. Permukaan
licin dan halus serta memudahkan untuk membuat lukisan
terperinci.

d.

39

Layout Paper

Kertas ini amat berguna dan sesuai dijadikan sebagai buku
lakaran kerana permukaannya yang separa lutsinar amat
berguna dalam proses memperkembangkan idea rekaan.
Pelbagai jenis media boleh digunakan di atas kertas ini. Ciri
kertas yang ringan dengan permukaan licin, ia sesuai untuk
susun atur tetapi juga untuk pensil, pen atau kerja dakwat
dalam ilustrasi, lukisan atau gambarajah seni bina..

40

e. Kertas Graf

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua , graf didefinisikan
sebagai rajah yang terdiri daripada garis-garis untuk
menunjukkan pertalian antara dua nilai yang berubah-ubah. Ia
juga yang terdiri daripada jalur atau palang yg menegak atau
mendatar dan panjangnya berkadar dgn kuantitinya.
menggrafkan atau merajahkan pertalian sesuatu nilai yang
berubah-ubah dalam bentuk graf; menggambarkan sesuatu
dlm bentuk graf.

41

TEKNIK
ILUSTRASI

42

4. TEKNIK ILUSTRASI
a. Teknik Tekapan

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 4 bermaksud kertas tipis
yang diletakkan di atas lukisan dan lain-lain untuk di tiru.
Menurut Bekkering dan Sailor (2002) menyatakan
bahawa tekapan dan lukisan menimbulkan dua isu yang

bersifat kontra
untuk menguasai
penggunaan
koordinasi mata
dan tangan untuk
membuat garisan.

43

b. Teknik Cetakan

Merupakan cara menghasilkan karya dengan
mencetak.Cetakan bermaksud mengecop corak atau gambar
yang sama dengan menggunakan alatan dan dakwat atau
warna. Proses hasil kerja menggunakan dakwat melalui
perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Proses ulangan
imej daripada satu permukaan ke atas satu permukaan lain.
Imej atau gambar yang dihasilkan menggunakan acuan plat.
Proses menggambar atau mencorak dilakukan dengan cara
memotong , mengguris di atas permukaan plat dengan
menggunakan dakwat / warna.Cara dan sifat bahan yang
diukir akan memberikan kesan yang berlainan.

44

c. Teknik Kolaj

Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu
bahan ke atas sesuatu permukaan. Kebiasaannya teknik ini
menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti
pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam
semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau
plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Proses
menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas
permukaan 2D menjadi imej. Bahan yang berlaian sifat atau
jalinan dapatmemberi kesan kepada kandungan dan
penyampaian gambar.

45

d. Teknik Stensi

Menghasilkan imej dari keratan kertas pendua atau profilem.
Satu kaedah menggambar menggunakan alat yang telah
ditebuk atau dilubangkan pada kertas pendua. Terbahagi
kepada dua bahagian :
 Bahagian positif
 Bahagian negatif

46

e. Teknik Graf

Menghasilkan karya seni atau ilustrasi dengan menggunakan
kertas graf bagi mendapat ketepatan dari segi ukuran dan
size. Kebiassannya, pelukis akan mengambil contoh gambar
sebenar untuk di jadikan sebagai inspirasi atau idea dalam
menghasilkan ilustrasi menggunakan kertas graf ini.

47


Click to View FlipBook Version