WARNA
48
5. WARNA
Warna adalah spektrum tertentu yang terdapat pada suatu
cahaya sempurna (berwarna putih). IdentitI suatu warna
ditentukan oleh panjang gelombang dari cahaya tersebut.
Misal, warna biru mempunyai panjang gelombang 460
nanometer. Panjang gelombang warna yang masih boleh
ditangkap oleh mata manusia adalah antara 380-780
nanometer. Warna juga merupakan kesan pembalikan cahaya
ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui visual atau
deria penglihatan. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat
warna. Justeru itu warna dan cahaya merupakan dua perkara
yang berkait rapat. Dengan adanya cahaya, kita dapat
mengesan warna. Menurut Teori Warna Goethe (Jerman),
warna dibagi menjadi tiga jenis, iaitu warna primer, warna
sekunder dan warna tertier
49
a. Warna Primer / Asas
Merupakan warna utama yang mana apabila dicampurkan
akan menghasilkan warna lain. Warna asas juga lebih dikenali
sebagai warna yang tidak boleh dihasilkan dengan campuran
warna lain. Terdiri daripada 3 warna iaitu merah, biru dan
kuning.
50
b. Warna Sekunder
Merupakan campuran dua warna asas menghasilkan satu
warna yang baru. Terdiri daripada warna hijau, jingga dan
ungu.
JINGGA HIJAU
UNGU
Warna Asas Warna Asas Warna Sekunder
+
51
c. Warna Tertier
Terdiri daripada campuran satu warna asas dan satu warna
sekunder yang bersebelahan dalam roda warna.
52
RODA WARNA
Roda warna (juga disebut sebagai bulatan warna) adalah
representasi visual warna yang diatur mengikut hubungan kromatik
mereka. Mulakan roda warna dengan meletakkan warna-warna
utama yang sama antara satu sama lain, kemudian buat jambatan
antara primaries menggunakan warna menengah dan tersier.
53
WARNA PANAS DAN WARNA SEJUK
Warna Panas
Warna panas terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga
dan kuning serta warna di dalam kategori tersebut. Warna
panas ini dikategorikan sebagai warna yang dapat
menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan
sebagainya. Warna ini juga lebih kelihatan menonjol
berbanding warna lain. Sesuai digunakan bagi menghasilkan
catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta
dan sebagainya.
54
Gambarajah 1.7 : Gambar ini menunjukkan hasil lukisan yang menggunakan warna panas
Sumber : Google Image
Warna Sejuk
Warna sejuk ini merupakan kumpulan warna biru, hijau dan
ungu serta warna di dalam kategori warna tersebut. Warna ini
dapat menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar,
sedih dan sunyi. Ia dapat menghasilkan ilusi kejauhan dan
kebelakang. Warna ini sesuai jika digunakan untuk
menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi,
kematian dan kesegaran.
Gambarajah 1.8 : Gambar ini menunjukkan hasil lukisan yang menggunakan warna sejuk
Sumber : Google Image
55
LUKISAN
FIGURA
56
LUKISAN
Definisi
Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik
beberapa sahaja antaranya perkataan Lukisan dalam bahasa
Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German
dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’
iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung
dan tubuh badan.
Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam
bidang seni halus yang dihasilkan melalui garisan sehingga
mewujudkan rupa, bentuk, cahaya, bayang, jalinan dengan
menggunakan media kering. Lukisan juga boleh menyatakan luahan
emosi, keintelektual & spiritual manusia.
Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak
hati & perasaan pelukis masing-masing. Ini menjadi landasan asas
untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.
Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan
semangat (spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara
menghargai penglihatan dan pemikiran manusia. Lukisan merujuk
kepada emosi, keintelektualan dan juga spiritual.
Ia juga dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada
seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati,
diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan bahan
dokumentasi. Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg
boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi, sejarah dan artistic. Ini
terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam
dirinya iaitu; daya visualisasi, daya emosi dan daya estetika.
57
Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ianya
adalah milik semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil
menconteng di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia
melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi. Ini
juga ada kaitnya dengan penemuan lukisan-lukisan purba di gua-gua,
lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk
pemburuan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai
asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah.
LUKISAN FIGURA
Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau
binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk
melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar
bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya
lukisan figuratif.
Untuk menghasilkan lukisan figura manusia mungkin agak
sukar. Namun, jika menggunakan pendekatan secara sistematik
ianya agak mudah. Kaedah yang paling senangdan menarik untuk
melukis figura ialah menggunakan kaedah bola dan soket. Ianya
kaedah di mana pelukis melukis bulatan dan sendi membentuk
rangka figura manusia. Ianya mungkin Nampak mudah namun ramai
pelukis professional menggunakan kaedah ini. Kaedah ini juga
mudah digunakan dan berkesan. Terdapat beberapa cara
menghasilkan lukisan figura seperti :
i. Teknik 9 head Figure
ii. Teknik Croquise
58
TEKNIK 9 HEAD
FIGURE
59
TEKNIK 9 HEAD FIGURE
Gambarajah 1.9 : Gambar ini menunjukkan Rangka Lukisan 9 head Figure
Sumber : Google Image
60
Gambarajah 1.10: Gambar ini menunjukkan hasil lakaran figure menggunakan skala 9 head Figure
Sumber : Google Image
61
TEKNIK 9 HEAD FIGURE
1. Lukisan 9-head figure dilukis berpandukan 9 bahagian anggota
badan.
2. Setiap bahagian dibuat petak dan rangka bagi menentukan
bahagian dan garisan untuk bahu, dada, pinggang, punggung
dan lutut.
3. Setiap bahagian akan mewakili bahagian tertentu pakaian,
samada baju, seluar atau skirt.
4. Hasilkan rekaan pakaian berpandukan 9-head figure.
KETINGGIAN
1. Bahagian ( 1 inci ) adalah KEPALA & BAHU.
2. Bahagian ( 1 ½ inci ) adalah TINGGI PAYUDARA/DADA.
3. Bahagian ( 2 ¼ inci ) adalah SAIZ PINGGANG.
4. Bahagian ( 3 ½ inci ) adalah TINGGI PINGGUL.
5. Bahagian ( 4 inci ) adalah PINGGUL.
6. Bahagian ( 4 ½ inci ) adalah bahagian paling rendah di
PINGGUL@KELENGKANG.
7. Bahagian ( 6 ½ inci ) adalah LUTUT.
8. Bahagian ( 9 ¼ inci ) adalah BUKU LALI.
9. Bahagian ( 10 inci ) adalah JARI KAKI.
KELEBARAN
1. LEBAR BAHU adalah (1 ½ inci ) dari ukuran kepala.
2. LEBAR PINGGANG adalah di pertengahan( 3 - 4 inci ) dari
ukuran kepala.
3. LEBAR PINGGUL adalah ( 3 ½ inci ) dari ukuran kepala.
62
CARA MELAKAR FIGURA FESYEN
Kemahiran melukis figura ini sangat penting bagi mana-mana
pereka fesyen atau pereka yang bercita-cita kerana ia adalah langkah
pertama dan paling penting ketika menyampaikan idea reka bentuk
sebelum merekabentuk pakaian. Kemahiran ini juga boleh membantu
sekiranya ingin menghasilkan pakaian sendiri kerana ia membantu
dalam memvisualisasikan idea pakaian dan menyusun rekaan
pakaian.
Perkara pertama yang perlu diperhatikan dalam ilustrasi
fesyen adalah bahagian tubuh asasnya sangat berbeza daripada
bahagian badan manusia yang sebenar. Itulah sebabnya ia dipanggil
"bergaya". Di bawah adalah langkah dalam menghasilkan lukisan
figura fesyen dengan lebih terperinci.
63
Pada umumnya, terdapat dua sistem perkadaran kepala yang
berlainan. Dalam menghasilkan lukisan figura, kita mempunyai 9
bahagian kepala , yang biasanya merupakan standard dalam reka
bentuk fesyen dan ilustrasi.
FIGURA FESYEN
64
LANGKAH 1:
Lukis kepala fesyen anda dan bahagikan panjang badan menjadi 9
kepala. Kemudian, tetapkan tempat utama badan pada lukisan
seperti bahu, pinggang, pinggul, tangan, lutut, buku lali dan kaki.
65
LANGKAH 2:
Bentuk tangan dan kaki. Untuk berbuat demikian, lukiskan garis
panjang di sekeliling di garisan, untuk menghasilkan bentuk kaki.
66
LANGKAH 3:
Cara menggambar garis pinggang, pinggul dan lengan yang lebih
terperinci dan tepat. Padamkan garisan lakaran dan garis panduan
yang dihasilkan sebelum ini. Lukis kaki.
67
LANGKAH 4:
Bersihkan lukisan dengan membuang semua garis dan bulatan yang
tidak perlu dan terus menambah detail, seperti menggambar tangan,
membentuk kakinya dan melukis lutut.
68
Seperti mana-mana khasil lukisan, ilustrasi fesyen boleh menjadi
sangat ekspresif dan berbeza. Ini adalah garis panduan asas yang
perlu diikuti apabila mula mempelajari cara melukis figura. Selepas
memahami pengiraan yang betul dalam menghasilkan figura,
pelbagai posisi yang lebih menarik dan bergaya boleh dihasilkan.
69
Gambarajah 1.11: Gambar ini menunjukkan hasil lakaran figura Wanita Pandangan Hadapan
Sumber : Google Image
70
Gambarajah 1.12: Gambar ini menunjukkan lakaran figura lelaki pandangan hadapan dan belakang
Sumber : Google Image
71
TEKNIK CROQUIS
72
TEKNIK CROQUIS
1. Ilustrasi figura dihasilkan dengan menekap di atas croquis yang
pelbagai gaya.
2. Kaedah ini mudah kerana tiada menghadapi masalah dari segi
proportion, skala dan gaya yang hendak dilakar.
3. Lakaran juga lebih kelihatan kemas
Gambarajah 1.13: Gambar ini menunjukkan lakaran figura wanita menggunakan teknik croquis
Sumber : Drawing Fashion, Bill Thames
73
Gambarajah 1.14: Gambar ini menunjukkan lakaran figura menggunakan teknik croquis pelbagai posisi
Sumber : Google Image
74
Gambarajah 1.15: Gambar ini menunjukkan figura pelbagai posisi
Sumber : Google Image
75
Gambarajah 1.16: Gambar ini menunjukkan figura pelbagai posisi
Sumber : Google Image
76
Gambarajah 1.17: Gambar ini menunjukkan figura pelbagai posisi
Sumber : Google Image
77
Gambarajah 1.18: Gambar ini menunjukkan figura pelbagai posisi
Sumber : Google Image
78
Gambarajah 1.19: Gambar ini menunjukkan figura pelbagai posisi
Sumber : Google Image
79
POSTUR STATIK
80
Gambarajah 1.20: Gambar ini menunjukkan figura posisi statik
Sumber : Google Image
81
Gambarajah 1.21: Gambar ini menunjukkan figura posisi statik
Sumber : Google Image
82
POSTUR
BERGERAK
83
Gambarajah 1.22: Gambar ini menunjukkan figura posisi bergerak
Sumber : Google Image
84
Gambarajah 1.23: Gambar ini menunjukkan figura posisi bergerak
Sumber : Google Image
85
Gambarajah 1.24: Gambar ini menunjukkan figura posisi bergerak
Sumber : Google Image
86
Gambarajah 1.25: Gambar ini menunjukkan figura posisi bergerak
Sumber : Google Image
87
Gambarajah 1.26: Gambar ini menunjukkan figura posisi bergerak
Sumber : Google Image
88
Gambarajah 1.27: Gambar ini menunjukkan figura posisi bergerak
Sumber : Google Image
89
Gambarajah 1.28: Gambar ini menunjukkan figura posisi bergerak
Sumber : Google Image
90
LUKISAN TEKNIKAL
94
PENGENALAN
Bagi melayakkan diri untuk mendapatkan pekerjaan di industri,
seseorang itu bukan setakat tahu bagaimana untuk menghasilkan
lukisan teknikal tetapi seseorang pereka itu mesti bijak mentafsir dan
menterjemahkan rekaan pakaian kepada lukisan teknikal. Lukisan
teknikal yang tepat adalah perlu untuk melancarkan hubungan
dengan pihak pengilang.Dalam industri pakaian pada hari ini,
pengetahuan asas dalam menghasilkan lukisan teknikal adalah amat
penting. Secara asasnya, lukisan teknikal merupakan cara pereka
berkomunikasi dengan mereka yang akan menghasilkan pakaiannya.
Ukuran haruslah tepat dan lengkap sebaik mungkin untuk
menghasilkan sampel yang betul. Walaupun seseorang pereka itu
tahu apa yang sebenarnya diinginkan, adalah perlu untuk
menterjemahkan rekaanya kepada lukisan teknikal sebagai rujukan
maklumat oleh pereka yang lain.
Lukisan Teknikal adalah lukisan pakaian yang lengkap yang
merangkumi ciri stail dan butiran pakaian tersebut. Ia berbeza
dengan lukisan ilustrasi kerana lukisan ilustrasi merangkumi figura
dan pakaian, manakala lukisan kerja hanya lakaran keseluruhan
pakaian hadapan dan belakang. Ia dilukis dengan cermat, kemas,
bersih dan menepati ciri binaan pakaian tersebut. Ia juga dikenali
sebagai lukisan teknikal atau “flat drawing”. Selain itu, lukisan
teknikal biasa tidak berwarna. Cukup sekadar “outline”
menggunakan pen teknikal pada lakaran.
95
ALAT DAN BAHAN
Pencil teknikal
o Supaya mata pencil sentiasa tajam untuk penghasilan
lukisan yang kemas
Pen teknikal
o Mata pena yang berbeza dapat membezakan ketebalan
garisan pada sesuatu bahagian di pakaian dan garisan
jahitan
Pembaris
o Digunakan bagi membuat garisan yang lurus terutamanya
garisan jahitan pada pakaian
Kertas
o Bahan paling penting dalam membuat lukisan teknikal
Pemadam
o Untuk memadam kesilapan lakaran yang dibuat
Kertas surih (tracing paper) / kertas graf (grid)
o Digunakan untuk
menekap lakaran
“Fortable Light box for tracing”
(sekiranya perlu)
o Alat bantuan untuk
membuat tekapan
dengan lebih baik
96
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL SEBELUM
MELUKIS LUKISAN TEKNIKAL
• Mulakan dengan meneliti secara terperinci akan ciri-ciribentuk,
Langkah 1 silhoute dan stail lakaran rekaan pakaian yang dianalisa
• Kemudian, perhatikan ciri-ciri khas dan terperinci bentuk khas
Langkah 2 pakaian dan setiap bahan/alatan yang berpotensidigunakan.
• Selepas itu, perhatikan setiap ciri-ciri dan kelim yang ada,dan
Langkah 3 jenis kemasan dan mata jahitan yang digunakan
• Akhir sekali, hasilkan lukisan teknikal yang jelas, tepat dan
terperinci bagi keseluruhan pakaian dan bahagian-bahagian
Langkah 4 khas pakaian
TEKNIK MELUKIS LUKISAN TEKNIKAL Pastikan anda mengikut
Terdapat lima teknik melukis lukisan kerja : langkah-langkah ini yea…
i. Teknik bebas
ii. Menggunakan grid
iii. Menggunakan 8-head figure
iv. Menggunakan croquis
v. Menggunakan bentuk pakaian sedia ada / library
97
i. Teknik bebas
Ia dilukis secara pandangan imaginasi pereka yang
berpengalaman. Lukisan dihasilkan tanpa menggunakan
figura dan grid.
Hanya berpandukan rekaan asal, pereka dapat
menghasilkan lukisan teknikal yang dikehendaki. Mulakan
dengan meneliti secara terperinci akan ciri-ciri bentuk,
silhoute dan stail lakaran rekaan pakaian yang dianalisa.
Inilah contoh-contoh teknik
bebas
98
ii. Melukis menggunakan grid
Dengan menggunakan grid lukisan teknikal lebih tepat
dan seimbang. Grid digunakan untuk menentukan ukuran
dan kedudukan butiran pakaian tersebut. Setiap ukuran
bahu, kocek, kedudukan lengan, butang dan sebagainya
adalah lebih tepat dan mempunyai ukuran yang sama
seperti yang dikehendaki.
99
iii. Menggunakan bentuk badan 8-head figure
Lukisan teknikal 8-head figure dilukis berpandukan 8
bahagian anggota badan. Setiap bahagian dibuat petak
dan rangka bagi menentukan bahagian dan garisan untuk
bahu, dada, pinggang, punggung dan lutut. Setiap
bahagian akan mewakili bahagian tertentu pakaian,
samada baju, seluar atau skirt.
1
Garis bahu
2
Garis dada
3
Garis
pinggang
4
Garis punggung
5
6 Garis lutut
7
Garis buku
lali
8
100