NOOR AZAH BINTI MOHD NOR | FAIZAH BINTI ABOO BAKAR
NOR AZLINA BINTI MOHD MIZUAN
Editor
Muhammad Fazli bin Jasli
Editor Pengurusan
Fara Diba binti Badrul Hisham
Penulis
Noor Azah binti Mohd Nor
Faizah binti Aboo Bakar
Nor Azlina binti Mohd Mizuan
Pereka Kulit Buku dan Grafik
Suriawati binti Mohd Fadzil
Penerbit
Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Cetakan Pertama 2018
© Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini
yang boleh disiar-terbitkan semula dalam sebarang bentuk dan dengan
apa cara sekalipun, termasuklah elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman dan sebagainya, tanpa mendapat izin bertulis daripada
penerbit dan pemilik hak cipta.
Perpustakaan Negara Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
URUTAN BADAN
ISBN 978-967-0823-67-6
Isi Kandungan
PENGENALAN .....................................................................................................1
KONSULTASI PELANGGAN ............................................................................ 1-30
ASAS ANATOMI DAN FISIOLOGI .....................................................................31
DEFINISI ................................................................................................................. 31
STRUKTUR ANATOMI ............................................................................................ 32-36
KONSEP URUTAN ............................................................................................... 37 -64
JENIS PENYAKIT KULIT ....................................................................................... 65 – 68
KESAN URUTAN .................................................................................................. 69
STANDARD KESELAMATAN SPA ............................................................................. 70-74
PERKHIDMATAN URUTAN BADAN ...................................................................... 76
PENGHARGAAN PELANGGAN ...................................................................................... 76-77
ADUAN PELANGGAN................................................................................................... 78-80
PRODUK SPA............................................................................................................... 81-84
REKOD PERKHIDMATAN ............................................................................................. 85-87
RUJUKAN ...................................................................................................................... 88
Pengenalan
Komunikasi
Gaya Hidup dan Kesihatan
Rekod Kesihatan
Medium Urutan
Bahan dan Peralatan
Postur Badan
Etika dan Amalan Kerja
PENGENALAN URUTAN BADAN
Urutan sama ada urutan Swedish, Tradisional, urutan Thai, urutan
Refleksologi, urutan Spa dan sebagainya mempunyai tujuan yang sama iaitu
bagi melancarkan perjalanan atau pengaliran darah dalam tubuh.
1. Penerimaan Pelanggan Dan Memeriksa Maklumat Konsultansi
1.1 Prosedur Menyambut Pelanggan
1.1.1 Membuka pintu dan menyambut ketibaan pelanggan dengan senyuman
mesra
1.1.2 Melakukan rutin salam satu Malaysia
1.1.3 Menjemput pelangganmasuk dan mengiringi pelanggan ke kaunter
1.1.4 Mempersilakan pelangganduduk
1.1.5 Menggunakan panggilan hormat, misalnya
a. “Silakan, Datin ” “Silakan, Puan ” “Silakan, Cik” dan
sebagainya
b. Jika tidak diketahui akan panggilan hormatnya, bolehlah
menggunakan panggilan hormat “Puan”, “Cik” atau mana
yang sesuai.
1.1.6 Menghidangkan welcome drink (sekiranya ada).
1.1.7 Menunjukkan pakej-pakej rawatan yang disediakan.
1.1.8 Menerangkan setiap pakej yang ditawarkan.
1.1.9 Menerangkan secara terperinci tentang rawatan yang bakal dilalui nanti.
1.1.10 Membantu pelangganmengisi borang konsultasi
1.1.11 Terangkan harga kepada pelanggan.
1.1.12 Siapkan resit rawatan
1
1.2 Memeriksa Maklumat Konsultasi
1.2.1 Profil pelanggan
a. Merekodkan nama, umur, jantina, pekerjaan,
nombor telefon, alamat dan sejarah perubatan dari
segi keadaan kesihatan dan ubat alahan serta
gaya hidup pelanggan dari segi pemakanan dan
tabiat dalam satu borang konsultasi yang akan
disediakan oleh juruterapi.
1.2.2 Khidmat Konsultasi
a. Menerangkan kepada pelanggan tentang pelan
pakej perkhidmatan, produk, cara pembayaran,
diskaun dan promosi
b. Semak borang konsultasi dan lihat sejarah
perubatan tetamu. Tanyakan kepada pelanggan
berkenaan sejarah perubatan samada pernah
membuat pembedahan, kemalangan dan
sebagainya.
Rajah 1.1 : Pakej perkhidmatan
(Sumber: Google image)
2
Rajah 1.2: Borang Konsultasi Tetamu
(Sumber: Google image)
3
2. Komunikasi Lisan Dan Bukan Lisan
2.1 Definisi Komunikasi
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai proses menghantar maklumat,
idea-idea, pemikiran, pendapat, fakta dan rancangan antara pelbagai
bahagian organisasi. proses komunikasi melibatkan proses menghantar
dan menerima maklumat.
2.2 Komunikasi yang berkesan
2.2.1 Tahu apa komunikasi sebenarnya.
2.2.2 Mempunyai keyakinan diri
2.2.3 Membuat hubungan mata.
2.2.4 Berhati-hati dengan bahasa badan.
2.2.5 Mempunyai keberanian untuk mengatakan apa yang anda
fikirkan
2.2.6 Bercakap cukup jelas untuk pelangganmendengar
2.3 Jenis-Jenis Komunikasi
2.3.1 Komunikasi lisan
Verbal adalah medium untuk komunikasi yang memerlukan kita
bercakap menggunakan perkataan yang dituturkan, seperti bercakap
muka ke muka, di telefon, atau seperti ucapan.
4
Rajah 2.1 Komunikasi lisan
(Sumber: Google image)
a. Kelebihan komunikasi lisan
i. Menjimatkan masa dan kos
ii. Peluang untuk maklum balas segera untuk memastikan
mesej itu difahami
iii. Peluang untuk menggunakan isyarat bukan lisan (nada,
bahasa badan, nada suara)
b. Keburukan komunikasi lisan
i. Miscommunication. Dalam erti kata lain, apa yang
pendengar mendengar sering tidak apa yan dimaksudkan.
c. Tips untuk berkesan lisan komunikasi
i. Jangan mengubah kelajuan dan irama suara anda
ii. Adakah penggunaan lengan dan tangan gerak isyarat untuk
menekankan mata anda
iii. Jangan menyimpan penyampaian pidato anda kuat dan
menawan untuk akhirnya
iv. Jangan menjaga suara anda kuat dan jelas, mengekalkan
hubungan mata.
v. Komunikasi bukan lisan
5
2.3.2 Komunikasi Bukan Lisan
Bahasa badan adalah satu bentuk keupayaan mental dan fizikal
komunikasi bukan lisan diantara seorang individu dengan individu yang
lain.
a. Contoh bahasa badan
i. Ekspresi muka
ii. pergerakan kepala
iii. Hubungan mata
iv. Isyarat tangan
v. Kedudukkan badan
Rajah 2.1: Ekspresi muka
(Sumber: Google image)
6
3. Gaya Hidup Dan Tahap Kesihatan
3.1 Pemakanan yang Seimbang
Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan gaya hidup
sihat. Sewajarnya kita mengambil makanan yang seimbang dalam diet harian
dan menjadikannya budaya hidup setiap hari. Makanan yang tidak seimbang
akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit bahaya seperti
tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis.
Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta
dapat mengelakkan penyakit berbahaya jika kita mengamalkan pemakanan
seimbang. Kita juga mesti meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak
setiap hari.
Rajah 3.1: Makanan kesihatan
(Sumber: Google image)
3.2 Aktiviti Senaman
Amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman.
Aktiviti senaman membolehkan darah mengalir dengan
lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik. Peluh
yang keluar ketika bersenam dapat membuang sisa
toksik dalam badan seseorang. Boleh lakukan dimana
sahaja seperti di taman permainan,kawasan lapang, di Rajah 3.2 : Aktiviti senaman
dalam gimnazium atau dalam rumah – menggunakan Sumber : Google image)
peralatan
senaman yang sesuai. Untuk mendapat kesan yang terbaik, kita mesti bersenam
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit bagi setiap sesi.
7
3.3 Pemeriksaan Kesihatan
Mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala juga merupakan amalan
gaya hidup. Seseorang itu tidak sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah
mendapat penyakit. Oleh itu, kita perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan
secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita agar dapat mengambil
tindakan yang sewajarnya jika kita mula diserang penyakit. Sesungguhnya,
tahap kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan
dengan lebih sempurna dan ceria.
3.4 Menjaga Kebersihan
Menjaga kebersihan rumah dan
persekitaran tempat tinggal juga
merupakan amalan gaya hidup sihat.
Tempat tinggal kita seharusnya bersih
dan terhindar daripada hidupan
serangga seperti nyamuk, lalat atau
lipas. Persekitaran yang bersih
membolehkan kita mendapat udara
yang nyaman dan bersih. Kita boleh Rajah 3.4 : Penjagaan kebersihan
menjaga kebersihan tempat tinggal kita Sumber : Google image)
dengan membuang sampah sarap yang
terdapat di rumah kita ke tempat yang sesuai. Selain itu, air bertakung yang
menjadi tempat nyamuk membiak juga perlu dihapuskan. Amalan menjaga
kebersihan rumah patut diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.
8
4. Rekod Kesihatan Pelanggan, Indikasi Dan Kontra-Indikasi
Sebelum pelanggan mendapatkan rawatan, pastikan juruterapis menjalankan
rawatan konsultasi dahulu, di mana kita akan mengetahui masalah-masalah
dari pihak pelanggan seperti masalah kesihatan, rawatan yang tidak boleh
jalankan atau sebaliknya. Rekod segala maklumat pelanggan dan simpan
dalam fail.
4.1 Kontra Indikasi Dan Indikasi Rawatan
4.1.1 Total (Keseluruhan)
Juruterapis dilarang melakukan urutan jika pelangganmempunyai masalah
atau dalam keadaan berikut
a. Demam
b. Sebarang penyakit berjangkit
c. Dipengaruhi arak (mabuk)
d. Bawah pengaruh dadah
e. Penyakit barah (Cuma dalam keadaan terlampau tetapi memerlukan
persetujuan doktor)
4.1.2 Setempat (Local)
Juruterapis boleh melakukan rawatan dengan mengelak dari melakukan
rawatan di kawasan yang mengalamai masalah berikut
a. Penyakit kulit
b. Bengkak dan benjol yang belum dikenal pasti
c. Vena verikos (varicose veins)
d. Mengandung
e. Luka-luka
f. Luka lebam
9
g. Keradangan
h. Parut (2 tahun untuk pembedahan besar dan 6 bulan untuk parut kecil)
i. Selaran matahari (sun burn)
j. Kawasan penyakit yang belum dikenalpasti puncanya
4.1.3 Perubatan (medical)
Rawatan memerlukan persetujuan doktor jika pelangganmengalami masalah
berikut
a. Mengandung
b. Penyakit kardio – vascular (thrombosis, hypertension, heart condition)
c. Pelanggandalam rawatan doctor atau terapis lain
d. Edema (cecair berlebihan dalam tisu badan)
e. Osteoporosis (masalah tulang rapuh)
f. Arthritis (imflamasi sendi)
g. Nervous / psychotic (penyakit mental yang teruk)
10
5. Jenis-Jenis Medium Urutan Badan
Medium untuk urutan badan adalah sejenis pelincir yang boleh membantu tangan
terapis untuk bergerak dengan mudah, lancar, dan bebas pada kulit tetamu.
Terdapat 4 jenis medium asas yang biasa digunakan iaitu
5.1 Minyak
5.1.1 Medium untuk mengurut yang biasa digunakan kerana
5.1.2 sifatnya yang licin dan ringan.
Mestilah berasal daripada tumbuhan atau daripada sumber
5.1.3 tumbuhan tetapi tidak terlalu tebal atau berat kerana haba
5.1.4 dan tekanan semasa pergerakan mengurut akan
5.1.5 menyebabkan melekit
5.1.6 Lighter oil (minyak yang berkepekatan rendah) seperti
grape seed, paling bagus digunakan pada bahagian yang
besar kerana sifatnya licin.
Thicker oil (minyak yang pekat) seperti Avocado paling
berkesan digunakan pada bahagian yang kecil.
Minyak mineral seperti minyak bayi, tidak boleh
digunakan pada mereka yang berkulit kering.
Berapa banyak minyak yang diperlukan:
25ml - 30ml minyak : Satu urutan badan
*Pelangganyang lebih besar atau yang berkulit kering memerlukan lebih
minyak
5.2 Serbuk
5.2.1 Bahan yang selalu digunakan ialah bedak talkum.
5.2.2 Bedak talkum digunakan pada kulit berminyak, pelangganyang
mempunyai rambut / bulu roma yang banyak atau pelangganyang tidak
suka pada minyak atau kri
11
5.3 Krim / Losyen
5.3.1 Krim / Losyen sangat bagus digunakan pada bahagian
yang kecil seperti muka, kadar resapannya paling tinggi,
lebih sesuai digunakan di bahagian muka.
12
6. Prosedur Persediaan Tempat, Alatan Dan Bahan Urutan Badan
6.1 Persediaan Tempat
6.1.1 Keadaan bilik sentiasa tersusun dan kemas
6.1.2 Suhu dan pencahayaan yang sesuai untuk urutan badan.
6.1.3 Pencahayaan yang tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap.
6.1.4 Suhu bilik yang tidak terlalu sejuk iaitu 24°c
6.1.5 Muzik yang perlahan dan menenangkan
6.1.6 Aroma yang menyenangkan
6.1.7 Cadar yang kemas dan teratur
6.1.8 Lantai yang bersih daripada sebarang habuk
Rajah 6.1 : Persediaan bilik yang kemas
Sumber: Google image
13
6.2 Persediaan Alatan FUNGSI
BIL JENIS PERALATAN
1 Katil Rawatan Tempat untuk
pelangganbaring semasa
sesi urutan badan.
Katil yang sesuai menjamin
keselesaan tetamu.
2 Kerusi Kerusi yang memudahkan
pergerakan terapis sewaktu
sesi urutan tangan dan
sebagainya
3 Troli Untuk meletakkan bahan
dan peralatan semasa sesi
urutan supaya kelihatan
kemas.
14
4 Tuala besar dan tuala kecil Untuk menutupi mata dan
menyelimuti badan tetamu.
5 Mangkuk kecil Untuk meletakkan minyak
urutan semasa sesi rawatan
6 Disposable bra & panties Untuk persalinan
pelanggansemasa sesi
rawatan
15
7 Disposable cap Untuk melindungi rambut
pelanggandari minyak
urutan
8 Kain batik Untuk dipakai oleh
pelangganketika sesi
rawatan urutan badan
9 Lilin kecil Untuk dipasang ketika sesi
rawatan bagi menaikkan
aroma bau wangi wangian
16
10 MP3 Player Untuk memainkan alunan
muzik perlahan semasa sesi
urutan berlangsung.
11 Burner Digunakan untuk
12 Lighter meletakkan lilin yang
sedang dibakar dan untuk
memanaskan minyak aroma
terapi supaya bauan
tersebar ke segenap bilik
rawatan.
Untuk menyalakan lilin
17
13 Wood Digunakan untuk mengurut
muka, kaki dan badan.
14 Bamboo Digunakan untuk urutan
badan
15 Serbuk urutan Bedak talkum untuk proses
urutan
Ia digunakan pada kulit
berminyak, pelangganyang
mempunyai rambut / bulu
yang banyak atau
pelangganyang tidak suka
pada minyak atau krim
18
16 Oil warmer Digunakan untuk
memanaskan minyak urutan
17 Wooden waste bin Digunakan sebagai tempat
pembuangan bahan-bahan
atau alatan yang sudah
tidak digunakan lagi.
19 Herbal compress / ball / pounder Digunakan untuk proses
tuaman
19
20 Apron Digunakan oleh terapis
Uniform semasa proses rawatan
rambut, medicure dan
pedicure
Dipakai oleh juruterapis
semasa waktu bekerja dan
proses mengurut tetamu.
20
6.3 Persediaan Bahan FUNGSI
BIL BAHAN-BAHAN
Untuk melicinkan kulit
1 Minyak urutan pelangganbagi
memudahkan proses
urutan.
2 Minyak aroma terapi Digunakan semasa
3 Bunga Segar permulaan sesi urutan dan
juga di letakkan pada
burner supaya aroma
tersebar ke segenap bilik
rawatan.
Untuk hiasan bagi
menyegarkan mata
pelangganketika proses
urutan badan.
21
7. Postur
Postur ialah gaya diri yang melibatkan penggunaan otot dan sendi badan yang
baik. Postur yang tidak betul semasa melakukan kerja akan menyebabkan
badan tidak selesa dan mudah letih. Juruterapis yang mengamalkan postur
yang baik memerlukan tenaga daya usaha yang minimum untuk
mengimbangkan badan.
7.1 Kebaikan Mengamalkan Postur Yang Baik
7.1.1 Mengurangkan keletihan semasa melakukan kerja.
7.1.2 Mengurangkan ketegangan otot.
7.1.3 Mengelakkan kesakitan pada tulang dan sendi.
7.1.4 Menampilkan gaya diri yang baik dan menarik.
Rajah 7.1 : Mengamalkan postur yang baik dan tidak baik
Sumber : Google image
22
7.2 Membina Postur Yang Baik
7.2.1 Badan dalam keadaan tegak dan disokong sama rata di ini
atas kedua tapak kaki.
7.2.2 Kepala tegak dan dagu selari dengan lantai.
7.2.3 Bahu, dada dan abdomen hendaklah lurus.
7.2.4 Cara berdiri seperti yang ditunjukkan sangat penting untuk
menentukan keseimbangan tubuh bagi mengurangkan
keletihan dan tekanan pada tulang belakang.
a. Pusingkan kaki kiri ke luar pada sudut 45°.
b. Letakkan kaki kanan lurus kehadapan dengan kedudukan
tumit kaki beberapa inci di hadapan kaki kiri. Kedudukan
akan membuat anda berasa selesa.
c. Kaki kanan dibengkok sedikit pada lutut.
7.3 Cara berjalan
7.3.1 Paksi badan berkeadaan tegak.
7.3.2 Mata memandang ke hadapan.
7.3.3 Kaki bergerak dan tangan diayun untuk mengawal
keseimbangan badan.
7.3.4 Tumit kaki harus menyentuh lantai dahulu sebelum
menurunkan tapak kaki.
7.4 Cara duduk
7.4.1 Duduk secara tegak dengan belakang bersandar pada
kerusi.
7.4.2 Berat badan tertumpu pada bahagian punggung.
7.4.3 Rapatkan kaki dan paha.
7.4.4 Otot pinggang berada dalam keadaan rehat.
23
Rajah 7.2 : Cara duduk dengan betul
Sumber : Google image
7.5 Cara Mengangkat Barang
7.5.1 Bertinggung semasa mengangkat barang yang berat dari
lantai.
7.5.2 Pastikan kedudukan barang berada di hadapan lutut.
7.5.3 Luruskan tangan ke bawah untuk mengangkat barang.
7.6 Cara Mengambil Barang
7.6.1 Rapatkan kedua-dua belah kaki.
7.6.2 Bengkokkan lutut tetapi bahagian toraks dan abdomen
dalam keadaan tegak.
7.6.3 Luruskan tangan ke bawah untuk mengambil barang.
24
Rajah 7.3 : Mengamalkan postur yang baik
Sumber : Google image
7.7 Postur Semasa Bekerja
Juruterapis hendaklah memastikan ketinggian alatan dan perabot
yang digunakan semasa bekerja adalah sesuai.
25
8. ETIKA & AMALAN BEKERJA
Etika yang baik : Untuk membina kepercayaan umum dan mengekalkannya,
seorang juruterapis spa harus mengamalkan peraturan etika yang berikut :
ETIKA YANG BAIK ETIKA YANG LEMAH
a. Mendapatan pengetahuan yang a. Tidak mempunyai etika berkerja
mendalam mengenai kosmetologi. yang baik.
b. Mempercayai dalam profesi b. Tidak mempunyai ilmu terutamanya
kecantikan dan spa dengan ikhlas dalam bidang berkenaan.
dan mempraktikkanya dengan teliti.
c. Tidak mengamalkan praktikal
c. Meneruskan kerja dan menepati sebaiknya.
segala kewajipan.
d. Tidak menepati kewajipan yang
d. Menghargai perhubungan yang baik diberi.
terhadap pembekal dan dari segi
reputasi, menetapkan satu contoh e. Perjanjian yang tidak ditepati dan
tingkahlaku dan tabiat yang baik. ini memberi kesan yang buruk di
dalam kosmetologi secara umum
e. Memberikan perkhidmatan yang adil dan untuk terapis yang berkenaan.
kepada semua pelanggan tanpa
menunjukkan favouritisme. f. Bersikap sombong.
g. Tidak mampu bekerjasama dengan
f. Setia kepada majikan dan rakan
sekutu. baik sesama pekerja.
g. Bekerjasama dengan kakitangan
sekolah, spa, salun dan para pelajar.
h. Sentiasa mempraktikkan taraf
tertinggi dalam ilmu kebersihan.
i. Bersopan santun, berbudi bahasa
dan menghormati perasaan dan hak
orang lain.
26
9.0 Kebersihan Di Kawasan Rawatan
Tiap-tiap spa hendaklah mengamalkan peraturan kebersihan dan kekemasan
untuk mengelakkan penyakit merebak dengan mudah dan menjamin kesihatan
awam khasnya pelangganSpa.
a. Spa mestilah cukup terang, ada bekalan udara panas atau sejuk,
mempunyai ganti udara dengan baik, sentiasa bersih dan dalam keadaan
bebas kuman.
b. Lantai atau alas lantai, dinding dan kain langsir mestilah dicuci dan
dibersihkan dari masa ke semasa.
c. Mempunyai bekalan air panas dan sejuk yang cukup serta mempunyai
kemudahan air minuman.
d. Alat-alat yang terjatuh di atas lantai hendaklah disteril dahulu sebelum
digunakan semula.
e. Keluarkan alat-alat yang kotor dengan segera dari tempat bekerja, cuci dan
sterilkan serta simpan di tempat yang tidak dimasuki habuk dan udara.
f. Jangan menyimpan alat-alat kecik seperti tweezer, pemicit jerawat dan lain-
lain di dalam kocek pakaian seragam terapis.
g. Gunakan spatula untuk mengambil bahan-bahan dari bekasnya.
h. Gunakan tuala yang bersih untuk tiap-tiap pelanggan. Simpan tuala bersih
di dalam cabinet yang bersih dan bertutup.
i. Semua peralatan yang digunakan semasa rawatan hendaklah dicuci dan
disteril kemudian disimpan di dalam bekas kedap udara atau kabinet steril.
j. Pastikan spa sentiasa bersih dan bebas daripada tikus dan lalat atau haiwan-
haiwan lain yang boleh membawa penyakit.
k. Jangan biarkan sampah jatuh diatas lantai. Buang sampah dengan segera
ke dalam tempat membuang yang tertutup.
l. Bilik rehat hendaklah dilengkapi dengan kemudahan aas seperti bekalan air,
sabun dan tuala kertas serta sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
27
9.1 Susun Atur Bengkel/Spa
9.1.1 Terdapat pelbagai bahan dan alatan di spa. Juruterapis
9.1.2 hendaklah memastikan keadaan persekitaran bengkel/spa
9.1.3 sentiasa kemas, selesa dan selamat
Suasana persekitaran tempat kerja dan tempat rawatan
kemas, selesa dan selamat akan membuat pelanggan berasa
selesa untuk mendapatkan perkhidmatan.
Bengkel/spa juga akan kelihatan lebih kemas kerana jika
alatan disusunkan dengan rapi dengan itu juruterapi dapat
melakukan tugasan dengan teratur.
28
Peredaran udara spa
hendaklah baik
Semua permukaan Peti pertolongan cemas
troli, cabinet dan hendaklah lengkap
lantai hendaklah
bersih
Sampah hendaklah Sapu dan mop lantai
dibuang setiap hari setiap hari.
Kegunaan tuala setiap
pelanggan haruslah dibersihkan
setiap kali guna
Rajah 9.1: Keadaan Persekitaran di tempat kerja
Sumber : Google image
29
10 Persediaan Pelanggan Untuk Urutan Badan
10.1 Persediaan Dan Kawasan Privasi Untuk Tetamu
10.1.1 Sediakan satu locker khas untuk pelanggan untuk menyimpan
10.1.2 barang-barang berharga.
Mengiringi pelanggan ke bilik persalinan sambil memberikan
disposable bra dan panties dan juga kain batik.
10.2 Susun Atur Bahan Dan Peralatan
10.2.1 Troli mesti dialas dengan tuala yang bersih.
10.2.2 Letakkan mangkuk berisi minyak urutan.
10.3 Persediaan Ruang Kerja Untuk Melakukan Urutan
Badan
10.3.1 Pencahayaan yang sempurna.
10.3.2 Lantai, dinding, kain langsir mestilah dicuci dari masa ke semasa.
10.3.3 Mempunyai bekalan air panas dan sejuk serta mempunyai air
minuman.
10.3.4 Jangan biarkan sampah terjatuh di atas lantai. Buang engan segera
ke dalam tong sampah.
10.3.5 Pastikan katil rawatan dialas dengan kain linen yang bersih.
10.3.6 Simpan tuala yang bersih di dalam kabinet yang tertutup.
30
Anatomi dan Fisiologi
Konsep Urutan
Teknik Urutan
Penyakit Kulit
1. Asas Anatomi Dan Fisiologi
1.1 Definisi Anatomi
Anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “memotong
atau membelah anggota badan”. Anatomi ialah bidang sains yang
berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai
morfologi atau sains bentuk. Anatomi kasar terbahagi kepada beberapa
bahagian.
Anatomi kasar terbahagi kepada:
Anatomi kawasan (regional)
Semua struktur badan dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji
secara berkumpulan. Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau
kepala.
Anatomi bersistem (systemic)
Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada kaitan antara satu sama
lain akan dikaji secara bersama. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai
bagi melihat hubungkait antara struktur dan fungsinya.
Anatomi permukaan (surface)
Kajian ini melibatkan struktur – struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa
pada permukaan tubuh.
1.2 Definisi Fisiologi
Berkaitan dengan sistem atau fungsi tubuh yang ada dalam badan. Kajian
tentang fungsi tubuh manusia dalam keadaan normal. Kajian ini berkait
rapat dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang
terangkum dalam kajian biologi. Terdapat kaitannya dengan kajian
tindakan fizikal dan gerakan-gerakan yang berlaku dalam badan.
31
1.3 Struktur Dan Fungsi
BIL NAMA SISTEM KOMPONEN FUNGSI UTAMA
UTAMA
Sistem Integumentary Pembalut luar tubuh
Melindungi dan mengelak
kecederaan pada tisu –tisu
dalaman.
Sintesis vitamin D.
Kulit, Rambut Lokasi pengesan rasa. (sakit,
Dan Kuku
1. tekanan, sejuk, panas dan
sentuhan).
Lokasi kelenjar peluh dan
kelenjar minyak.
Mengkumuhkan air, asid urik
dan lebihan garam mineral
Pembalut luar tubuh
Sistem Rangka Melindungi dan mengelak
kecederaan pada tisu –tisu
dalaman.
Sintesis vitamin D.
Lokasi pengesan rasa. (sakit,
Tulang tekanan, sejuk, panas dan
2. Rangka,Kartil sentuhan).
e,Ligamen,Se
ndi Lokasi kelenjar peluh dan
kelenjar minyak.
Mengkumuhkan air, asid urik
dan lebihan garam mineral
32
Menghasilkan lokomotor
Mempamerkan ekspresi
muka.
Sistem Otot
Mengekalkan postur badan.
3. Menghasilkan haba melalui
Otot Rangka aktiviti sel (tindak balas
metabolisme) di dalam otot.
Sistem Saraf
Sistem kawalan tindak balas
pantas badan.
Otak, Saraf Bertindak balas terhadap
Tunjang, perubahan (rangsangan)
4. Saraf Periferi, dalaman dan luaran badan
Reseptor
dengan mengaktifkan yang
berkaitan.
Sistem Endokrin Kelenjar merembeskan
hormone untuk
Kelenjar – menyelaraskan dan
kelenjar, mengawal atur proses fungsi
tiroid, tubuh seperti pertumbuhan,
Pituitari,
5. Adrenal, reproduktif dan kegunaan
Pineal, nutrien oleh sel-sel badan.
Pankress,
Timus, Ovari, Mengubahsuai aktiviti sistem
Testis
organ yang lain dengan
bertindak balas secara
perlahan.
33
Jantung mengepam darah
Darah adalah pengangkutan
Sistem Kardiovaskular utama badan dengan
membawa hormone, nutrien
dan oksigen keseluruh badan
serta bahan kumuh seperti
karbon dioksida ke sistem
Jantung,Dara respiratori.
6. h,Salur Darah Salur darah menyerap
oksigen dari paru –paru ke
jantung secara resapan.
Salur darah adalah medium
aliran darah ke seluruh
badan.
Rumah kepada sel darah
putih yang menjadi sistem
Sistem Limfatik pertahanan badan (imunisasi)
dari jangkitan dan penyakit.
Memungut cecair yang bocor
dari pembuluh darah (samada
Nodus Limfa, melalui resapan atau
Pembuluh penyejatan dan
Limfatik, mengembalikannya.
7. Duktus
Torasik Mengkumuhkan puing ke
dalam aliran limfatik.
34
Sistem respiratori Membekalkan oksigen ke
dalam darah dan
Rongga mengkumuhkan karbon
Hidung, dioksida.
Farinks, Paru –paru sebagai lokasi
Larinks,
8. Bronkiol , pertukaran gas (resapan
Paru – Paru melalui dinding pundi–pundi
udara) antara oksigen
dengan karbon dioksida.
Memecahkan makanan
Sistem Pencernaan kepada unit-unit yang boleh
diserap oleh darah (dalam
Rongga bentuk nutrient) untuk
Mulut, diagihkan ke seluruh sel
9. Esofagus, badan.
Perut, Usus
Besar, Usus Makanan yang tidak
Kecil, dicernakan dikumuhkan
Rektum, Anus
dalam bentuk najis
Menyingkirkan bahan –
Sistem Urinary bahan kumuh nitrogen dari
10.
badan.
Mengawal air dan eletroit.
Ginjal,Pundi Mengawal keseimbangan
kencing asid-bes dalam darah.
35
Fungsi utama – perempuan
Ovari menghasilkan telur dan
hormon wanita.
Sistem Reproduktif Uterus adalah lokasi
persenyawaan.
Perempuan-
Ovari, Salur Fungsi utama – lelaki
Menghasilkan generasi akan
Uterin
(Fallopio),
Uterus,
Vagina
11. Lelaki - datang.
Testis, Penis, Testis menghasilkan sperma
Pundi Prostat,
Skrotum. dan hormone seks lelaki
Duktus dan kelenjar
membantu menyalurkan
sperma ke trek reproduktif
wanita.
36
2. PERBEZAAN KONSEP URUTAN BADAN
2.1 Traditional Massage
Jenis urutan ini kebanyakannya dikendalikan
oleh orang lelaki kepada pelanggan lelaki.
Urutan ini menggunakan minyak yang dilumur
pada badan pelanggan , ditolak dan ditekan
dengan menggunakan jari, tapak tangan,
lengan, siku, tapak kaki, atau tumit. Jenis
urutan ini bermula dari tapak kaki hingga ke
Rajah 2.1 : Urutan Traditional Massage
Sumber : Google image) kepala.
2.2 Sport Massage
Urutan sukan adalah sejenis urutan yang khusus disesuaikan dengan
kecederaan atau penyakit yang berkaitan dengan sukan. Ia tidak bertujuan
untuk menjadi urutan yang merehatkan dan sememangnya ia boleh menjadi
agak kuat pada masa-masa tertentu. Berbeza dengan namanya, urutan sukan
tidak hanya digunakan oleh ahli sukan profesional atau orang-orang yang
banyak bekerja, urutan ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja, walaupun
ianya hanya senaman ringan seperti berjalan biasa.
2.2.1 Tujuan sport massage
Urut sukan direka untuk mencegah dan melegakan kecederaan dan
keadaan yang berkaitan dengan senaman atau sukan. Ia selalunya boleh
agak berat dan yang bermaksud untuk melegakan dan mengurangkan
tekanan dan ketegangan yang terdapat di dalam tisu lembut badan semasa
bersukan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa, atau selepas bermain
sukan atau bersenam dan menggunakan teknik-teknik yang direka untuk
meningkatkan daya tahan dan prestasi, untuk mengurangkan peluang
kecederaan dan jika terdapat kecederaan, untuk mengurangkan masa
pemulihan.
37
2.2.2 Faedah sport massage
Urut sukan boleh merawat pelbagai penyakit dan kecederaan yang
mungkin berlaku akibat
daripada senaman. Ia juga
mempunyai faedah lain yang
membolehkan anda untuk
berlatih atau bersukan
dengan lebih cekap.
Beberapa faedah urutan Rajah 2.2 : Urutan Traditional Massage
sukan termasuk (Sumber : Google image)
a. Mengurangkan kadar keletihan
b. Melegakan bengkak
c. Mengurangkan ketegangan otot
d. Menggalakkan fleksibiliti
e. Melegakan kesakitan
f. Mencegah kecederaan
g. Meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah
h. Meningkatkan peredaran darah dan aliran limfa
i. Merawat kecederaan seperti splin shin, siku tenis (tennis
elbow), terseliuh dan strain, paha (hamstring) dan lain-lain.
2.3 Post Natal Massage
Berurut selepas bersalin (semasa dalam pantang) amat digalakkan bagi
ibu-ibu, tujuan berurut ialah untuk memulihkan tenaga, memulihkan
kembali otot-otot yang lemah, membuang angin dalam badan,
memulihkan kembali saraf-saraf yang mengembang dan melancarkan
perjalanan darah. Urutan boleh dilakukan selepas 3 hari bersalin atau 5
hari selepas bersalin. Urutan tidak diberikan sebelum 3 hari bersalin
kerana pada waktu itu badan wanita masih lemah dan boleh berlaku
masalah deman atau pendarahan selepas berurut.
38
Tempoh berurut terpulanglah kepada ibu-ibu yang bersalin samada 3 hari
atau 6 hari atau 9 hari, tetapi dicadangkan urutlah paling kurang 3 hari.
Cara mengurut wanita bersalin pula adalah berbeza-beza, ada yang
mulakan dengan posisI ibu meniarap dan ada yang memulakan dengan
posisi ibu terlentang.
2.3.1. Persiapan sebelum mengurut
a. Sebelum mengurut hendaklah bertanya kepada ibu samada
masih ada darah atau tidak, kalau ada darah masih banyak
atau sedikit. Kalau pendarahan berlaku dengan banyak iaitu
lebih dari dari 5 pad sehari maka pesakit ini tidak boleh diurut.
Seeloknya jumpalah doktor untuk mendapat rawatan lanjut.
Tetapi kalau tiada darah atau darahnya sedikit, buatkanlah
pemeriksaan lanjut dibimbangi ada block dalam rahim.
b. Tanyakan juga samada ada ambil ubat tahan sakit sebelum
bersalin. Bagi yang ada ambil ubat tahan sakit, urutan tidak
akan memberi kesan pada para ibu.
c. Baringkan terlentang pesakit, rasa dulu perutnya dibimbangi
ada darah beku, jika terasa seperti ada ketulan, maka eloklah
ditungkukan dahulu.
d. Para ibu yang bersalin masih boleh berurut tetapi selepas 7
hari melahirkan.
e. Tidak boleh melakukan sengkak pada usia kelahiran yang
dekat seperti pada usia 3 atau 4 hari tapi boleh di sengkak pada
usia kelahiran 40 hari.
39
2.3.2. Cara urut selepas bersalin
a. Posisi Telentang
i. Urut perut bermula dari ulu hati menuju ke pusat. Kemudian
urut dari kanan ke kiri perut sambil bertungku selama 30
minit. Semua urutan hendaklah menghala ke pusat.
ii. Urut di bahagian buah dada, urut kearah aroela dengan
perlahan dan picit perlahan di bahagian aroela
untuk melancarkan pengeluaran air susu.
iii. Urut di bahagian tangan, dengan mengurut dari bahagian
ketiak ke jari tangan.
iv. Urut dari bahagian kaki ke peha
v. Kemudian sapukan param
Rajah 2.3 : Posisi telentang
Sumber : Google image)
b. Posisi mengiring kanan
i. Urut dari kaki ke bahagian peha terus ke bahagian belakang
badan. Di bahagian belakang badan buat urutan berputar lawan
jam sambil itu urut tulang belakang dengan menggunakan ibu jari
dari punggung ke leher.
ii. Kemudian sapukan param.
40
c. Posisi Mengiring Kiri
i. Urut dari kaki ke bahagian peha terus ke bahagian belakang. Di
bahagian belakang badan buatkan urutan berputar lawan jam
sambil itu urut tulang belakang dengan menggunakan ibu jari dari
punggung ke leher.
ii. Kemudian sapukan param.
d. Kepala
i. Buat urutan dari tulang dahi ke bahagian kepala
ii. Buat urutan dari pertengahan dahi ke bahagian sudut kepala kiri
dan kanan
iii. Kemudian letakkan pilis
iv. Akhir sekali pakaikan bengkung.
Rajah 2.4 : Pemakaian bengkung selepas urutan
(Sumber : Google image)
41
2.4 Relaxing Massage/ Urutan Swedish
Urutan sweedish diperkenalkan oleh Per Henrick Ling (1776 – 1839),
beliau adalah seorang ahli psikologi yang berasal dari sweeden dan
urutan berdasarkan kepada urutan Swedish. Pada 1813 beliau
menubuhkan THE ROYAL CENTRAL INSTITUTE OF GYMNASTICS di
Sweden dan merasmikan siri pergerakan gimnastik dan teknik urutan
yang dikenali sebagai urutan Swedish.
Teknik ini merupakan jenis urutan yang digemari kerana sangat lembut
dan merelakskan. Jika anda belum pernah melakukan urutan
sebelumnya, ini merupakan urutan yang tepat untuk tahap awal. Dalam
praktiknya, terapis akan menggunakan teknik seperti menekan,
meramas dan membuat gerakan melingkar pada lapisan permukaan luar
otot dengan menggunakan lotion atau minyak.
Teknik – teknik urutan termasuk effleurage atau stroking, petrissage atau
pressing, tapotement atau striking dan vibration.
Rajah 2.5 : Urutan Swedish
(Sumber : Google image)
42
2.5 Reflexology
Di Malaysia, jenis urutan ini dikenali sebagai picit tapak kaki, manakala di
Indonesia pula disebut picit Tusrah. Reflexology ini perkenalkan oleh
seorang pemuda berbangsa Swiss, bernama Mr. Heidi. Beliau telah
membuat satu kajian dan mendapati bahawa kunci segala perjalanan
darah dan lain-lain elemen di dalam tubuh manusia berpusat di kaki. Oleh
itu, jika seseorang itu menghadapi sebarang masalah, cukuplah dengan
hanya massage di tempat atau pusat tertentu yang sedia ada di tapak kaki
atau tumit. Masa yang perlu diambil untuk Reflexology ini biasanya tidak
melebihi lima minit bagi satu kali sesi
Rajah 2.6 : Poin refleksologi tapak kaki
(Sumber : Google image)
43
2.6 Urutan Thai
Selama berabad lamanya, urutan Thai dilakukan oleh golongan sami
sebagai salah satu komponen perubatan Thai. Urutan Thai agak lasak
dengan penggunaan tangan, lutut dan kaki pakar terapi urutan. Ramai
menganggap urutan Thai memberi kesan merehatkan dan membuatkan
diri lebih bertenaga. Urutan ini tidak menggunakan sebarang minyak yang
lazimnya dilakukan di atas lantai berlapik.
Ia boleh mengambil masa antara 60 minit sehingga dua jam. Urutan ini
antara lain membantu seseorang untuk lebih relaks, mengurangkan
tekanan dan meningkatkan peredaran.
44